Sepatutnya NGO Melayu mengadakan kempen
supaya orang Melayu terutama remaja Melayu tidak pergi kedai judi
ekor, kedai judi internet, kedai 7-11 beli arak, kedai runcit beli
arak, pergi karaoke larut malam hingga ke subuh. Bukannya mengadakan
kempen boikot kedai Cina yang jual roti dan tepung! Cuba ronda-ronda
bandar Seremban lepas lewat malam hingga ke awal subuh, perhatikan
remaja Melayu, bapa Melayu, Dato Melayu, Atok Melayu di kedai-kedai
seperti ini.
Dikelar kerana langgar bahu
18 Mei 2013
SEREMBAN – Hanya kerana berlanggar
bahu, seorang lelaki dikelar sekumpulan lelaki tidak dikenali di
sebuah pusat karaoke di Terminal 2, dekat sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, Mohd Hairulnizam Hanafiah, 23,
cedera parah selepas bahagian kanan lehernya dikelar dengan senjata
tajam.
Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal
dunia selepas kira-kira 20 minit mendapatkan rawatan di Hospital
Tuanku Ja'afar (HTJ), di sini.
Ketua Polis daerah Seremban, Asisten
Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, pada awalnya, mangsa
bersama tujuh rakannya ke pusat karaoke terbabit kira-kira 12 tengah
malam. “Ketika berada di sebuah bilik di pusat karaoke itu, mangsa
tiba-tiba keluar kerana terdengar ada pergaduhan di bilik lain.
“Seorang lelaki keluar dari bilik tersebut dalam keadaan marah,
lalu terlanggar bahu mangsa," katanya.
Menurutnya, selepas kira-kira satu jam,
rakan mangsa yang masih berada dalam bilik karaoke tidak sedap hati
apabila mangsa tidak masuk semula dalam bilik.Katanya, rakan mangsa
kemudian keluar mencari mangsa dan terkejut selepas mendapati mangsa
duduk tersandar di pintu keluar pusat karaoke berkenaan dengan
keadaan leher berlumuran darah. "Mangsa yang cedera parah dibawa
ke hospital, namun disahkan meninggal dunia ketika sedang mendapatkan
rawatan," katanya.
NGO Melayu gesa boikot perniagaan
dimiliki Cina
Mei 14 2013
Beberapa NGO Melayu tampil menggesa
kaum itu memboikot perniagaan dan produk terkenal milik pengusaha
Cina kerana didakwa mendanai pembangkang dalam pilihan raya umum
ke-13.
Perniagaan yang mahu diboikot termasuk
dua rangkaian kedai makan, rangkaian pasar raya serta jenama roti dan
tepung terkenal.





