FORUM

FORUM

KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

5/30/05

Ribuan warga Seremban banjiri ceramah Us Akhil Hai

Ampangan 29 Mei – Jika pada awal tahun ini ribuan warga Seremban membanjiri Karnival Sure Heboh yang diadakan di Padang MPS mendengarkan konsert artis-artis tempatan, pada malam tadi pula ribuan juga warga Seremban telah membanjiri kawasan Markas PAS Cawangan Ampangan untuk mendengar nasihat mantan artis terkenal tanahair iaitu Us Akhil Hai Rawa.

Para penonton yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat telah tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing walaupun hanya berlantaikan rumput dan tar. Beberapa kanak-kanak yang ditemui menyatakan ceramah yang disampaikan oleh Us Akhil Hai terlalu sekejap walaupun jam sudah melewati jam 12 tengahmalam memandangkan cuti persekolahan telah bermula.

Us Akhil Hai telah menyampaikan ceramah berkenaan Mauliur Rasul saw. Dalam ceramahnya beliau menyeru agar masyarakat kita mempertahankan budaya Marhabban dan Berzanji agar ianya bukan hanya diminati oleh golongan tua malah turut menjadi amalan generasi muda, dimana melalui Marhabban dan Berzanji inilah dapat kita semua menghayati kembali sirah kelahiran Nabi saw serta kehidupan beliau sebagai sebahagian daripada panduan dan ikutan kita semua.

5/27/05

Kempen Us Nasa sebagai Timbalan Presiden ?

Rozaml wrote :

Assalamualaikum,

Secara peribadi ana setuju orang seperti Us Nasarudin sebagai Timbalan Presiden, atau sesiapa sahaja yang sama atau lebih layak.

Cumanya tertanya-tanya sekarang kenapa Roslan SMS begitu bersungguh berkempen untuk Us Nasa ? Begitu juga dengan Muna Izzah Dato Fadil dan Dr Rosli (bukan Rosli Yaakop) dari Manchester.

Kredibiliti Us Nasa boleh terjejas dengan kempen oleh orang lain, bukan disebabkan oleh Us Nasa sendiri.

Harakah atau mana-mana webmaster sepatutnya mengambil jalan neutral. Sepatutnya mereka mengeluarkan kenyataan semua calon yang bertanding.

Nampaknya kita belum dapat menandingi demokrasi barat yang mana setiap calon diberi peluang untuk mengenalkan diri mereka, dan setiap calon diberi peluang sama jumlah orang utk berkempen utk mereka.

Tahap emosional kita mengalahkan tahap professionalisma kita. Berbalik kepada pesan Tok Guru, jika boleh diselesaikan secara syura, itulah yang terbaik.

Sesuatu yang boleh dibangkitkan semasa muktamar.

Wassalam.

5/24/05

Pemuda PAS Rembau terbit risalah panduan mencari pekerjaan

Prihatin dengan nasib para graduan serta lepasan IPTS dan IPTA yang sukar mendapatkan pekerjaan dewasa ini, Bahagian Latihan dan Sumber Manusia Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau telah menerbitkan satu risalah sebagai panduan kepada mereka yang sedang mencari pekerjaan. Antara panduan-panduan yang terdapat dalam risalah ini ialah :

Panduan Membuat Resume
Panduan Mengisi Borang Permohonan
Panduan Menulis Surat Permohonan
Panduan Sebelum Temuduga
Panduan Sewaktu Sesi Temuduga
Bagaimana Menceritakan Pengalaman Anda Semasa Sessi Temuduga
Pertanyaan Kepada Majikan
DOA
Disamping itu Bahagian Latihan dan Sumber Manusia Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau juga bersedia memberikan khidmat nasihat kepada mana-mana pihak atau individu yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan yang disediakan.

Kepada mereka yang ingin muat turun (download) panduan ini bolehlah mendapatkannya di alamat internet di bawah ini :

http://www.geocities.com/pasn9/TipKerja.doc

atau

http://www.geocities.com/pasn9/TipKerjaA.doc
(untuk versi "booklet")

5/21/05

Ceramah Us Akhil Hai 29 Mei Seremban

Orang ramai dijemput hadir ke :

CERAMAH MAULIDUR RASUL SAW

AHAD 20 Rabiul Akhir 1426 H - 29 Mei 2005

Jam 9 malam

Penceramah :
1. Ustaz Akhil Hai Rawa
2. Dr Rosly Yaakop - Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

Tempat :
Lot 13015, Bt 3, Jln Kuala Pilah, Kg Gedung Lalang Lama, Ampangan, Seremban
(Sebelah Surau Al Mustofa atau Surau Hitam)

Unit Amal N.Sembilan sertai Gotong Royong Perdana di Kota Bharu

Seramai 16 orang anggota Unit Amal dari seluruh Negeri Sembilan telah berlepas dari stesen keretapi Seremban pada jam 9:30 malam Jumaat 20 Mei yang lalu untuk menyertai Gotong Royong Perdana di Kota Bharu anjuran Unit Amal Pusat.

Menurut ketua kontinjen Sdr Sufian Ibrahim yang juga merupakan Pengarah Unit Amal N.Sembilan, penyertaan anggota Unit Amal N.Sembilan pada kali ini adalah diluar jangkaan. Sambutan yang diberikan oleh orang ramai juga adalah amat menggalakkan dalam membantu membiayai perjalanan anggota Unit Amal N.Sembilan ke Kelantan.

Turut serta dalam kontinjen kali ini ialah beberapa muka baru, barisan anak-anak muda dari pelbagai latar belakang. Sdr Shahrizal dari Kg Sawah Raja, Rembau yang sebelum ini telah menyertai misi kemanusiaan di Acheh telah turut serta menyertai kontinjen Unit Amal ini.

Apa yang menjadi pembakar semangat kontinjen N.Sembilan pada kali ini ialah apabila Ketua Pemuda PAS N.Sembilan yang baru dilantik Us Hassan Alias, turut bersama dalam kontinjen kali ini.

Tambah Sdr Sufian lagi, adalah menjadi hasrat Unit Amal N.Sembilan untuk melatih seberapa ramai mungkin muka-muka baru dan anak-anak muda menyertai Unit Amal agar mereka dilatih dan dibimbing dengan nilai-nilai kemasyarakatan yang murni yang berlandaskan syarak.