FORUM

FORUM

KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

6/27/05

Petisyen Pengampunan Dato’ Seri Anwar

Kepada pencinta keamanan, keadilan dan kesejahteraan. Sila ke link laman web dibawah ini untuk menandatangani petisyen Pengampunan Dato’ Seri Anwar
http://www.petitionspot.com/petitions/anwarp

6/22/05

Ceramah Masjid Diroboh Us Kamal Ashaari 6 Julai Rembau

Ceramah Perdana
Masjid Diroboh ?
Bukan di Bosnia tapi di Terengganu !

Dapatkan maklumat terkini dan mutakhir mengenai peristiwa perobohan rumah-rumah rakyat dan perobohan Masjid Desa Makmur, RTB Kg. Bujal, Kijal, Kemaman, Terengganu oleh Kerajaan Barisan Nasional Terengganu ( Islam Hadhari Terengganu Bistari) serta perhimpunan 10,000 rakyat di Wisma Darul Iman, Terengganu. Juga penjualan VCD keadaan sebenar semasa Masjid dan Rumah Rakyat dirobohkan.

Penceramah : Us Kamal Ashaari Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor

Tarikh : RABU 6 Julai 2005

Masa : 9 Malam

Tempat :Markas PAS Rembau
(Tepi Jalan Utama Rembau Tampin, 200 meter dari stesen Petronas Rembau)

Anjuran bersama : Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau

Maklumat lanjut hubungi : Tn Hj Taufek 0193920869 , e mel : tauf68@yahoo.com

Masjid Desa Makmur, RTB (Rancangan Tanah Berkelompok) Kg. Bujal, Kijal, Kemaman, Terengganu pada Khamis, 2.10 petang 26 Mei 2005 adalah satu mala pertaka yang tak dapat dilupakan. Masjid yang hampir siap, adalah titik keringat usaha penduduk setempat. Mereka bergotong royong mememastikan kerja-kerja pembinaannya berjalan lancar. Anggaran perbelajaan setakat ini lebih daripada RM100,000.00.

6/21/05

Ceramah Us Riduan Md Nor 9 Julai Rembau

Assalamualaikum wrt wbt ,

Muslimin dan muslimat semua dijemput untuk menghadiri satu ceramah agama yang akan disampaikan oleh :

Penceramah : Ustaz Riduan Md Nor , Exco Dewan Pemuda PAS Pusat
Tarikh : SABTU 9 Julai 2005 Sabtu , 2 Jamadil Akhir 1426 H
Masa : 9:00 malam
Tempat : Rumah Hj Idris Tahir , Kg Tanjung Sena Hilir , Rembau , NS

Maklumat lanjut hubungi :
Tn Hj Taufek 0193920869 e-mel : tauf68@yahoo.com

6/20/05

Ceramah Perobohan Masjid 8 Julai Seremban

Dapatkan maklumat terkini dan mutakhir mengenai peristiwa perobohan rumah-rumah rakyat dan perobohan masjid (bukannya markas parti) oleh Kerajaan Barisan Nasional Terengganu serta perhimpunan 10,000 rakyat di Wisma Darul Iman, Terengganu. Juga penjualan VCD keadaan sebenar semasa Masjid dan Rumah Rakyat dirobohkan.

Penceramah : Us. Nasaruddin Tantawi , Ketua Pemuda PAS Pahang

Tarikh : JUMAAT 8 Julai 2005 , 1 Jamadil Akhir 1426
Jam : 9 Malam

Tempat :
Lot 13015, Bt 3, Jln Kuala Pilah, Kg Gedung Lalang Lama, Ampangan, Seremban
(Sebelah Surau Al Mustofa atau Surau Hitam)

Anjuran bersama :
Badan Perhubungan PAS N.Sembilan dan Dewan Pemuda PAS N.Sembilan

Maklumat lanjut hubungi : Tn Hj Taufek 0193920869 , e mel : tauf68@yahoo.com

6/17/05

Pemuda Rembau anjurkan Tamrin 9 Julai

Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau akan mengadakan Tamrin Pemuda yang adakan berlangsung pada Sabtu 9 Julai ini. Menurut Sdr Hj Taufek , EXCO Pemuda Kawasan Rembau yang juga merupakan Pengarah Program tersebut, menyatakan matlamat utama program sedemikian diadakan adalah untuk memperkukuhkan ukhuwwah dikalangan ahli pemuda di kawasan Rembau disamping menanamkan semangat kerja berjemaah serta membuat perancangan rapi dan tersusun dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan di peringkat cawangan dan kawasan.

Sehubungan dengan itu kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut program berkenaan bolehlah menghubungi Sdr Hj Taufek yang di talian 0193920869 atau melalui e-mel tauf68@yahoo.com

Kuliah Us Kamal Ashaari 24 Jun Lenggeng

Assalammualaikum wrt wbt,

Semua dijemput hadir ke program berikut :

Kuliah Sirah Nabawiyyah
Penceramah : Ust Kamal Ashaari , Timb Ketua DPP Selangor
Tarikh : JUMAAT 17 Jamadil Awal 1426 , 24 Jun 2005
Masa : 9 malam (Solat Isyak di Masjid Lenggeng)
Tempat : Rumah Sdr Zulkepli Mohd bin Hj Omar , Kg Masjid Lenggeng.

Wassalam

6/15/05

Peluang membiayai anak-anak yatim mangsa Tsunami Acheh

Help International – TERAS kini membuka peluang kepada semua masyarakat yang ingin menabur bakti membiayai anak-anak yatim mangsa Tsunami di Lokseumawe, Acheh.

TERAS adalah merupakan badan amanah yang menjalankan kerja pendidikan, penyelidikan, pengembelengan dan transformasi masyarakat.

Projek membiayai anak-anak yatim ini adalah dengan kerjasama badan sukarelawan Program
Kemasyarakatan Peduli Umat (PKPU), Parti Keadilan Sejahtera (PKS) dari Indonesia dan
Help International-TERAS.

Keluarga angkat dari Malaysia berperanan membantu anak-anak yatim melalui penyaraan wang bulanan sebanyak RM100 ke RM150 sebulan untuk perbelanjaan hidup dan pelajaran mereka di sana. Program ini BUKAN mengambil anak angkat dari sana dan dibawa ke Malaysia dan dijaga oleh ibu bapa angkat di sini. Sumbangan kurang daripada RM100 sebulan akan tetap dipertimbangkan.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web TERAS di http://www.terasmelayu.org

Atau menghubungi mereka ini

Ahmad Tarmizi Sulaiman, Setiausaha HELP International - TERAS
Tal : 0194264053 e-mail: alifmizi@maktoob.com atau teras1419@yahoo.com atau sgpau76@yahoo.com

Mohd Nazmi bin Desa
Tal : 0194667844 e-mail: ibnuqaryah2004@yahoo.com

Faizul Abu Bakar
Tal : 019-4527436 e-mail: faizul_abu_bakar@hamadatec.com.my

Sumbangan hendaklah disalurkan kepada:
Akaun: TERAS , Akaun No(Bank Islam Malaysia Berhad): 2 0 2 0 0 1 0 0 2 1 3 5 1

Sila kemukakan bukti pembayaran anda dgn e-mailkan kepada teras1419@yahoo.com atau
faxkan kepada 04-4571712. Selepas pembayaran dibuat, resit pembayaran anda akan di emailkan.

6/14/05

Hari Sukan PASTI Peringkat N.Sembilan

Hari Sukan PASTI Peringkat N.Sembilan

Tarikh : AHAD 19 Jamadil Awal 1426 , 26 Jun 2005
Masa : 8:00 pagi hingga 12 tengahari
Tempat : Ampangan, Seremban
Tema : "Pelajar Cergas , PASTI Cemerlang"

Semua Dijemput Hadir

Maklumat lanjut hubungi Hj Taufek : 019-3920869 e-mel : tauf68@yahoo.com

6/13/05

Teater “Bilik Sulit” Malaysia Bebas ISA Seremban 19 Jun

Malaysia BEBAS dari ISA, Semua Dijemput Ke

Teater “Tok Sloo” dan “Bilik Sulit”
Arahan Pengarah terkenal Hishamudin Rais (From Jemapoh to Manchester)

AHAD 19 Jun 2005
Jam 8:30 malam

Di Dewan Waa Chai , Seremban, N.Sembilan

Turut diadakan ceramah oleh Sdr Saari Sungip (bekas tahanan ISA) dan isteri-isteri tahanan ISA.

Anjuran :
Gerakan Mansuh ISA (GMI)
Angkatan Muda KeADILan (AMK)
Pemuda PAS Negeri Sembilan

MASUK PERCUMA

Maklumat lanjut hubungi : Badrul Hisham 0176688404

Pemuda NS lancar VCD UMNO roboh masjid

Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan dengan kerjasama PAS Kawasan Jempol akan mengadakan Ceramah Perdana dan pelancaran VCD "Kerajaan Islam Hadhari Trengganu Zalim , Roboh Masjid dan Rumah Rakyat" peringkat Negeri Sembilan pada Khamis 16 Jun 2005 bermula jam 9 malam bertempat di Muassasah Darul Syarif, Jalan Batu Kikir-Bahau, Jempol, Negeri Sembilan.

Ceramah Perdana sempena pelancaran VCD ini akan disampaikan oleh Sdr Mazlan Aliman , Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Menurut Sdr Taufek Abdul Ghani , EXCO Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan yang juga merupakan EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat, Ceramah Perdana dan Pelancaran VCD ini adalah sebagai sokongan ke atas rakyat negeri Terengganu yang dizalimi oleh Kerajaan Barisan Nasional Terengganu yang telah merobohkan rumah-rumah peserta Rancangan Tanah Berkelompok di Terengganu.

Justeru itu seluruh warga Negeri Sembilan adalah dijemput ke majlis ini untuk menyaksikan sendiri kegelojohan pihak kerajaan negeri Terengganu merobohkan masjid dan rumah-rumah rakyat Terengganu serta memberikan sokongan kepada mereka yang ditindas.

6/7/05

Ceramah Perdana 29 Jun Jelebu

Ceramah Perdana
Penceramah : Tn Hj Mohd Sabu dan Sdr Hanipa Maidin
Tarikh : RABU 22 Jamadil Awal 1426 , 29 Jun 2005
Masa : 9 malam
Tempat : Markas PAS Kg. Jerang, Jelebu, NS