JEJAK UKHUWWAH

JEJAK UKHUWWAH

7/27/05

Isu air NS : Angkatan Muda bawa ke BPR

Hujan lebat beberapa hari di Seremban tetapi air masih di catu lagi. Kenapa Negeri Sembilan sahaja mengalami ‘kemarau” kali ini ?

Setelah mengambil beberapa tindakan seperti menghantar nota peringatan kepada kerajaan negeri mengenai isu ini Angkatan Muda telah mendapat respon dari pelbagai pihak. Terbaru Angkatan Muda mendedahkan mengenai keterlibatan unsur pecah amanah / rasuah yang wujud dalam kerajaan negeri bersangkutan pengurusan air sehingga melemahkan pentadbiran kerajaan dalam menangani permasalahan ini.

Angkatan Muda telah menyatakan cabaran dalam sidang media bertarikh 22 Julai untuk dijawab oleh kerajaan negeri bagaimanapun sehingga kini kerajaan negeri hanya berdiam diri.

Sehubungan dengan itu Angkatan Muda dengan memikul tanggungjawab social membela rakyat maka kami akan membuat laporan dan menyerahkan bukti penyelewengan tersebut kepada Badan Pencegah Rasuah Negeri Sembilan.

Delegasi Angkatan Muda Negeri akan membuat laporan pada :

Laporan Pecah Amanah Kerajaan Negeri Sembilan Dalam Isu Pengurusan Air

Tarikh : 29 Julai 2005 (Jumaat)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Pejabat BPR Negeri Sembilan

Sebarang pertanyaan sila hubungi 0176688404 (bard) penerangan_keadilan@yahoo.com

7/26/05

Di Thailand Sami bantah firma arak jual saham, di Malaysia ?

Sedih saya mendengar berita dalam akhbar perdana baru-baru ini dikala orang Melayu berhimpun memperjuangkan nasib bangsa, rakyat negara jiran kita Thailand pula berhimpun membantah penyeneraian syarikat arak Thai Beverage PCL, pengeluar Bir Chang di Bursa Saham Thailand. Seramai 10,000 warga Thailand yang prihatin yang diketuai beribu-ribu sami Buddha telah mengadakan tunjuk perasaan secara aman tanpa kekasaran dari kedua-dua belah pihak mahupun penunjuk perasaan apatah lagi polis pencegah rusuhan di sana.

Apa yang menarik perhatian ialah agama bukan Islam pun mengakui bahawa arak adalah ibu segala maksiat apabila mereka melaungkan arak adalah kejahatan yang memusnahkan golongan muda. Sepanduk yang mereka bawa pula tertulis “Bursa saham Thailand akan jadi pasaran dosa”.

Bagaimana pula dengan kita di Malaysia, sehingga akhbar melaporkan diadakan pesta arak yang dikunjungi oleh ribuan golongan muda mudi yang majoritinya belia Melayu.

Baru-baru ini saya pergi ke tapak perkhemahan Gunung Datuk, Rembau. Berjumpa dengan salah seorang JKKK di sana, beliau mengeluh kerana minggu sudah beberapa kumpulan remaja dalam keadaan mabuk telah datang ke tempat berkenaan pada waktu malam dan merosakkan kemudahan serta peralatan di tapak perkhemahan berkenaan.

Kalau kita pergi di mana-mana kedai di Malaysia ini, arak begitu mudah didapati, tanpa sebarang kawalan penjualan kepada orang Islam atau pun bukan Islam yang dibawah umur. Jarang sekali kedengaran orang Islam ditangkap membeli arak, yang selalu kita dengar ialah warung dan rumah setinggan Melayu dirobohkan kerana tiada permit.

Malaysia sebagai Pengerusi Pertubuhan Negara-Negara Islam OIC yang mempromosikan konsep Islam Hadhari haruslah mengawal penjualan, pengiklanan, pembuatan arak ini. Jangan pula negara jiran kita Thailand yang tidak kenal erti Islam Hadhari lebih memahami bahaya arak kepada generasi muda harapan bangsa.

Berita Harian Khamis 21 Julai 2005 mukasurat 20

BANGKOK : Berpuluh ribu sami Buddha dan pejuang anti alkohol semalam sekali lagi memprotes rancangan menyenaraikan syarikat arak terbesar Thailand di bursa saham hingga menyebabkan jalan raya penuh sesak di Bangkok.
Dianggarkan sehingga 10,000 penunjuk perasaan anti arak berarak di pinggir bandar, kata polis. Mereka mendesak Bursa Saham menolak penyeneraian Thai Beverage PCL, pengeluar Bir Chang.
Peserta protes anjuran aktivis agama dan politik Chamlong Srimuang, berarak ke bangunan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Saham Thailand sambil melaungkan arak adalah kejahatan yang memusnahkan golongan muda.
“Bursa saham Thailand akan jadi pasaran dosa”, menurut sepanduk yang dibawa oleh sami - Reuters

7/25/05

Isu AP sudah lari daripada tajuk asal

Isu AP yang hangat diperkatakan akhir-akhir ini dan juga dalam perhimpunan agung UMNO yang lalu sebenarnya sudah lari daripada tajuk asal mengapa isu AP ini dibangkitkan.

Isu AP ini dibangkitkan ialah kerana Penasihat Proton Tun Dr Mahathir dan CEO Proton Tengku Mahalel menyatakan bahawa Proton tidak dapat bersaing sekarang ini kerana begitu banyak AP diberikan kepada syarikat pengeluar kereta daripada luar negara.

Isu AP ini bukan asalnya dibangkitkan mengapa begitu banyak AP diberi kepada syarikat tertentu atau mengapa ada syarikat yang menerima AP ini mengisytiharkan harga kereta yang diimpot terlalu rendah untuk mengelakkan cukai yang tinggi kepada kerajaan justeru berkurangnya pendapatan kerajaan.

Sekarang isu AP hangat diperkatakan di mana-mana, di kedai kopi, di akhbar-akhbar dan sebagainya. Namun tajuk asal perkara ini tidak diselesaikan. Iaitu masalah utama sekarang ialah apa akan jadi kepada Proton, apa akan jadi kepada pekerja-pekerja kilang Proton yang rata-ratanya orang Melayu apabila Proton tidak dapat melariskan produk mereka ? Apa akan jadi pada kilang terbaru dan tercanggih Proton di Tanjung Malim ? Apa akan jadi pada kehidupan sosio ekonomi penduduk Tanjung Malim ? Mengapa hanya Proton yang membangkitkan isu ini ? Mengapa Perodua masih boleh bersaing dengan syarikat pengeluar kereta luar negara dengan kenderaan terbarunya MyVi ?

Tengok sahaja kepada model kereta Proton yang tidak mendapat sambutan di kalangan rakyat Malaysia sebelum isu AP ini timbul, Proton Tiara, Proton Juara, Gen 2, Proton Arena dan terbaru Proton Savvy.

Oleh itu pihak yang pada mulanya membangkit isu ini haruslah mencari jalan bagaimana untuk menyelamatkan industri kereta nasional iaitu Proton serta membuat perbandingan dengan Perodua yang juga sebuah syarikat kereta nasional yang setakat ini masih boleh bersaing dengan industri kereta luar negara.

Isu mengenai pengagihan AP, pentaksiran harga kereta impot yang rendah haruslah diserahkan kepada pihak Badan Pencegah Rasuah untuk mereka melakukan siasatan.

Dewan Muslimat PAS Pusat menyuntik semangat Muslimat NS

Rombongan Dewan Muslimat PAS Pusat yang diketuai oleh ketuanya Ustazah Azizah Khatib Mat, serta beberapa pimpinan Dewan Muslimat PAS Pusat antaranya Senator Zailah, Senator Jamilah Ibrahim, Puan Zuraidah dan Cik Nurul Huda Yusoff Rawa telah mengadakan lawatan rasmi ke Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan bertempat di Markas PAS Kawasan Jempol, Muassasah Darul Syarif, Jempol, N.Sembilan pada 24 Julai 2005 yang lalu.

Semalam , 24hb Julai 2005 satu program DMPNS telah di adakan di Muassasah Darul Shariff, Jempol sempena lawatan Dewan Harian DMPP ke Negeri Sembilan. Rombongan DMPP diketuai oleh Ustazah Azizah Khatib Mat selaku Ketua DMPP, Senator Zailah, Senator Jamilah Ibrahim, Puan Zuraidah dan Cik Nurul Huda Yusoff Rawa.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Ustaz Ramli Abu Bakar, Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan mewakili Badan Perhubungan PAS N.Sembilan

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Zah telah memperingatkan semua muslimat yang hadir mewakili Dewan Muslimat Negeri dan Kawasan agar senantiasa menyumbang idea dan tenaga untuk memperkemaskan lagi kepimpinan muslimat di Negeri Sembilan. Beliau juga menyarankan agar pertemuan tersebut menjadi pemangkin dalam melancarkan lagi perjalanan gerak kerja muslimat serta menasihati muslimat supaya kurangkan terlibat dalam perbincangan yang remeh temeh yang tidak memfokus kepada penyampaian mesej kepada masyarakat di Negeri Sembilan, khususnya golongan wanita.

Kak Zah juga menegaskan setiap penggerak haruslah bersikap terbuka dan berfikiran jauh kerana agenda yang perlu di pikul adalah besar dan memerlukan mereka yang berjiwa besar.

Ceramah Hj Abd Hadi Awang 31 Julai Seremban


Ceramah Perdana sempena lawatan rasmi Presiden ke N.Sembilan



Penceramah :
YB Dato’ Seri Hj Abd Hadi Awang – Presiden PAS
Dr Rosli Yaakop – Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

AHAD 31 Julai 2005

Jam 9 malam

Di Markas PAS Cawangan Ampangan , Seremban (Sebelah Surau Hitam)

Semua Dijemput Hadir

7/24/05

Liqa Fiqri Us Nasarudin Tantawi 25 Julai Seremban

Penceramah : Us Nasarudin Tantawi – Ketua Pemuda PAS Pahang

ISNIN 25 Julai 2005

Jam 9 Malam

Di Markas PAS Kawasan Seremban, Taman Paroi Jaya
Semua Dijemput Hadir

7/22/05

Ceramah Dr Mohd Nur Manuty 23 Julai Senawang

Ceramah Umum

Penceramah : Us. Dr. Mohamad Nur bin Manuty (Bekas Presiden ABIM)

Sabtu 23 Julai 2005
Jam 8:30 malam

Di Surau Irsyadiah, Taman Desa Ixora, Senawang

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir

Anjuran Surau Irsyadiah dan ABIM NS

AMK Negeri Sembilan anjur bengkel pengucapan awam

Friday, July 22 @ 09:56:00 MYT

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

SEREMBAN, 22 Julai (Hrkh) - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan akan menganjurkan Bengkel Praktikal Pengucapan Awam pada 24 Julai ini di Wisma Anwar Ibrahim, Seremban.

Bengkel itu akan bermula pada jam4.30 petang di Dewan Kuliah Pusat Gerakan Aktivis Reformasi Malaysia (Pager), Wisam Anwar Ibrahim, Taman Sri puteh, Jalan Tok Ungku, Seremban.
Bengkel tersebut terbuka kepada semua aktivis yang berminat untuk memantapkan pengucapan awam mereka, kata Timbalan ketua Penerangan AMK, Badrul Hisham Shaharim.

Program itu akan dikendalikan Badrul Hisham dan akan dijalankan secara praktikal sepenuhnya, kata beliau.

Katanya lagi, bengkel itu adalah siri pertama seumpamanya dalam memberi panduan bagaimana dengan cara mudah dapat mengusai pengucapan awam yang baik.

Yuran minima RM 6.00 dikenakan bagi menampung kos nota dan video yang akan dibawa pulang sebagai rujukan, katanya.

Peserta dihadkan kepada 16 orang sahaja bagi satu sesi dalam menjadikan penyampaian lebih berkesan, katanya.

Pertanyaan atau tempahan boleh terus berhubung dengan Setiausaha AMK Negeri Sembilan, Amir Ahmad di talian 017-6688404 atau 012-3589872

7/20/05

Jemputan ke Seminar ABIM Negeri Sembilan 24 Julai

SEMINAR PEMERKASAAN BELIA DAN INSTITUSI MASJID
ANJURAN ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA NEGERI SEMBILAN
DENGAN KERJASAMA
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN
DAN JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SEMBILAN

24 JULAI 2005 (Ahad), Jam 8 PAGI - 12 TENGAHARI

KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN PAROI, SEREMBAN

TENTATIF:-
8.00 pm : Kehadiran Peserta Seminar
8.50 pm : Majlis Perasmian Oleh Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan (JBSNS)
Ucapan Aluan YDP ABIM Negeri
Ucapan Perasmian Pengarah JBSNS

9.30 pm : Ucap Utama. Prof Madya Shaharudin BadarudinTimbalan Presiden ABIM
10.15 pm : Rehat dan Minum Pagi

10.40 pm : Forum: Pemerkasaan Masjid Sebagai Pusat Komuniti dan Belia : Keperluan Anjakan Paradigma
1.Profesor Dr. Mohd Yusof Hj Othman (Panelis Al-Kulliyah TV 3) Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
2.Profesor Dr. Azimi Hj Hamzah Ahli Majlis Perundingan Belia Negara
3.Moderator: Tuan Haji Mohammed Anuar Yusuf Exco Pendidikan ABIM Negeri Sembilan

11.45 pm : Pembentangan Resolusi.
12.00 pm : Bersurai

Semua dijemput hadir

Jufitri Joha
jufitri1979@yahoo.com
(Setiausaha Seminar)
merangkap Exco ABIMNS

Kuliah Dhuha Mingguan di Bandar Seremban Selatan

Tarikh : Bermula 24 hb Julai 2005
Hari : Ahad
Jam ; 8:30 pagi – 9:30 pagi
Tempat: Surau An Nur Fasa 2, Bandar Seremban Selatan, Sg. Gadut
Kitab : Minhajul Abidin karangan Hujattul Islam Imam Al Ghazali
Penyampai : Ustaz Nasaruddin Ali

Dijemput semua muslimin dan muslimat untuk merebut peluang menambahkan ilmu

Hapuskan Rasuah

Anak Cina bermain mercun
Anak Melayu menimba di sawah
Kalau nak jadi negeri membangun
Hapuskanlah segala rasuah

Bulat Lembaga menjadikan Undang
Bulat Undang menjadikan keadilan
Hasil negeri banyak yang hilang
Perasuah politik mesti dipenjarakan

Pemuda UMNO kesal kerajaan lambat bertindak isu Ayah Pin

Berita Harian 20 Julai 2005

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Wednesday/Surat/20050719234517/Article/

Pemuda patut bangkit isu Ayah Pin

SAYA berharap Pergerakan Pemuda Umno perlu mengambil peluang Perhimpunan Agungnya hari ini bagi mendesak kerajaan agar mengenakan tindakan tegas, termasuk menahan Ayah Pin atau mana-mana pemimpin yang membawa ajaran sesat mengikut ISA.

Perkara ini boleh dilakukan, lebih-lebih lagi kesempatan yang diberikan kepada wakil Pemuda Umno Terengganu sendiri yang diberikan tanggungjawab membahaskan usul agama pada persidangan Pemuda Umno kali ini.

Kesempatan ini hendaklah digunakan sebaik-baiknya sebagai medan menyuarakan rasa tidak puas hati golongan muda di Terengganu terhadap sebarang unsur penyelewengan yang mencemarkan kesucian agama Islam.

Pihak berkuasa di Terengganu sendiri mestilah tidak berlengah mengambil tindakan memandangkan masalah ini berlarutan lebih sedekad. Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu boleh menggunakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Ta’zir ) bagi menahan Ayah Pin daripada terus mengembangkan ajarannya.

Sehingga hari ini, sudah timbul cakap-cakap di kalangan rakyat mengapa kerajaan seolah-olah berlengah-lengah dalam mengambil tindakan ke atas perkampungan Ayah Pin ini, sedangkan pihak berkuasa begitu cepat merobohkan binaan yang kononnya sebuah masjid yang didirikan di Kemaman tidak berapa lama dulu.

Sudah tentulah kita tidak mahu keadaan menjadi semakin tidak menentu barulah tindakan hendak diambil. Rakyat sudah hilang sabar menunggu dan mendengar ungkapan seperti ‘kita akan kaji’, ‘kita akan ambil tindakan’, ‘kita akan tengok dan fikir kesesuaian’ kerana semua ini akhirnya sekadar menggambarkan kelemahan kerajaan dalam menangani isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam.

Hakikat kumpulan yang menggelarkan diri mereka ‘kerajaan langit’ berjaya mengumpulkan pengikut lebih 1,000 orang dalam diam-diam tanpa kekangan daripada pihak berkuasa amat mengecewakan rakyat khususnya di kawasan perkampungan Batu 13, Hulu Besut.

Rata-rata penduduk di kawasan berkenaan melahirkan rasa malu dan terkilan apabila memikirkan ketidakupayaan mereka membanteras kemungkaran yang berlaku di depan mata.

Pembinaan struktur seperti bangunan, bahtera besar, kubur keramat dan segala macam lagi sebagai tempat pemujaan kumpulan itu hanya menyakitkan mata memandang, apatah lagi ia dibina begitu rapi menggunakan peralatan pembinaan yang mencecah jutaan ringgit harganya.

Secara fizikalnya memang kumpulan ini tidak melakukan tindakan yang mengancam keselamatan negara tetapi ajarannya merosakkan akidah ramai umat Islam yang ternyata bahayanya lebih besar.

Pengumuman Ketua Polis Negara bahawa beliau bersedia mengkaji penahanan Ayah Pin mengikut ISA memberikan sedikit harapan bahawa kemelut ini boleh di selesaikan dengan tertangkapnya lelaki berkenaan.

MOHD ISKANDAR JAAFAR,
Pemuda Umno Jabi, Setiu, Terengganu.

7/17/05

Pimpinan N.Sembilan turun padang melawat cawangan


Ahad 17 Julai 2005 – Kg. Air Hitam, Chembong, N.Sembilan
Barisan kepimpinan PAS N.Sembilan hari ini telah melakukan lawatan sambil beramah mesra dengan ahli-ahli PAS serta masyarakat setempat di Kg. Air Hitam, Chembong, N.Sembilan dalam kawasan Rembau.

Antara kepimpinan negeri dan kawasan yang hadir ialah Dr Rosly Yaakop Pesuruhjaya PAS N.Sembilan, Tn Hj Awaluddin Mohal Naib Yang Di Pertua PAS Kawasan Rembau, Sdr Shukri Habeb Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau, Sdr Rozmal Malakan Setiausaha Penerangan Badan Perhubungan PAS N.Sembilan dan beberapa kepimpinan peringkat negeri, kawasan dan cawangan setempat.



Dalam majlis tersebut Dr Rosly Yaakop telah memberikan beberapa kata-kata perangsang dan nasihat kepada beberapa pemuda-pemuda setempat yang mula berjinak-jinak dengan PAS. Beliau merasa berbangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh masyarakat setempat terhadap senario politik semasa dan kegawatan di negeri ini dimana mereka telah memilih Islam sebagai jalan untuk menyelesaikan segala kemelut yang dihadapi masyarakat sekarang ini.

Sementara itu wakil daripada cawangan Kg Air Hitam Tn Hj Zainal memperingatkan semua ahli bahawa mereka hendaklah mempunyai visi dan matlamat supaya hala tuju mereka dalam perjuangan Islam ini jelas. Disamping itu beliau juga menyeru kepada semua ahli di semua peringkat agar memainkan peranan untuk mengetengahkan perjuangan PAS dalam masyarakat yang bertujuan untuk menegakkan kebenaran dan keadilan. Ahli-ahli harus sentiasa bersedia membantu jawatankuasa yang dilantik di semua peringkat baik di cawangan, kawasan dan negeri dengan tidak menyerahkan segala perkara diserahkan kepada pimpinan untuk menyelesaikannya.

Wakil pemuda cawangan Kg Air Hitam Sdr Zairul pula menyatakan kesungguhan pemuda di cawangan tersebut untuk menarik lebih ramai ahli setempat untuk menyertai PAS.

Pada akhir majlis tetamu yang hadir telah bersama dalam majlis doa selamat dan jamuan bersama penduduk setempat.

7/16/05

Peniaga-peniaga kereta terpakai Melayu di Ampangan diarah berpindah

Sesiapa yang biasa ke Seremban pastinya tidak akan melepaskan peluang melalui kawasan Ampangan jika hendak meneruskan perjalanan samada ke Kuala Pilah atau pun Jelebu.

Suasana apabila melalui kawasan Ampangan ini adalah seperti melalui kawasan Melayu di pekan-pekan di pantai timur. Jika di Kuala Terengganu mereka ada Pasar Payang di tengah-tengah bandar yang hampir kesemua peniaga-peniaga di pasar tersebut adalah peniaga Melayu, maka di Ampangan juga walaupun tidaklah sebesar mana pasarnya, namun orang Melayu di Seremban ini boleh berbangga kerana adanya Pasar Ampangan yang hampir kesemua peniaga di sini adalah peniaga-peniaga Melayu.

Malah suasana diluar Pasar Ampangan ini dimeriahkan lagi dengan peniaga-peniaga makanan yang turut menghidangkan makanan dari pantai timur seperti nasi kerabu, nasi dagang, laksam, kuih cek mek molek dan bermacam lagi.

Antara keunikan di sepanjang jalan utama di kawasan Ampangan ini ialah terdapat banyak peniaga-peniaga kereta terpakai yang diusahakan oleh orang Melayu. Sejak saya mula mengenali Ampangan ini saya rasa telah ada peniaga kereta terpakai Melayu di sini. Kebanyakkan mereka samada memilikki premis perniagaan sendiri atau pun menyewanya daripada pemilik tanah.

Namun minggu lepas saya dikejutkan oleh kenalan saya yang tinggal di Kg. Ismail, Ampangan. Dia menyatakan kesemua peniaga-peniaga kereta terpakai di sepanjang jalan Ampangan ini diarahkan berpindah oleh pihak Majlis Perbandaran Seremban. Tidak kurang 15 peniaga kereta terpakai Melayu yang terlibat. Mereka semua diberi tempoh untuk berpindah sehingga hujung tahun ini. Tidak dapat saya gambarkan dimana lagi kawasan strategik untuk peniaga kereta terpakai Melayu untuk menjalankan perniagaan mereka kalau bukan di jalan utama Ampangan ini.

Yang menjadi tanda tanya ialah mengapa peniaga kereta terpakai sahaja yang diberi arahan berpindah dan lagi kenapa pula di kawasan Ampangan. Sedangkan Ampangan bukanlah terletak di pusat bandar Seremban. Terdapat banyak lagi peniaga-peniaga kereta terpakai di tengah pusat bandar yang beroperasi, seperti di sepanjang jalan Rasah dan jalan Rahang, tapi mengapa hanya di jalan Ampangan ini ? Sedangkan Ampangan inilah satu-satunya kawasan Seremban yang majoriti penduduknya adalah orang Melayu.

Menurut kawan saya lagi, semua pengusaha kereta terpakai yang terlibat ini telah beberapa kali membuat rayuan kepada Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Seremban, namun keputusannya tetap muktamad, iaitu berpindah hujung tahun ini, kerana menurut mereka arahan datangnya dari Menteri Besar Negeri Sembilan sendiri Dato’ Seri Mohammad Hassan.

Sekiranya sedikit masa dahulu peniaga-peniaga bengkel membaiki kereta Melayu yang terletak di bengkel MARA di Jalan Penghulu Cantik telah diarahkan berpindah atas alasan untuk mendirikan bangunan baru. Kini bangunan baru yang menggantikan bengkel MARA tersebut telah tersergam indah namun tiada berpenghuni. Apakah kawasan jalan di Ampangan ini akan menjadi nasib yang sama sepertimana projek-projek lain yang diusahakan oleh pihak berkuasa tempatan di Negeri Sembilan ini , dimana kita dapati banyak premis perniagaan pihak berkuasa tempatan di merata tempat di Negeri Sembilan ini hanya dihuni oleh kambing dan lembu.

Oleh yang demikian adalah diharapkan pihak Majlis Perbandaran Seremban serta YAB Menteri Besar Negeri Sembilan dapat menarik semula arahan berpindah kepada peniaga-peniaga kereta terpakai Melayu di kawasan Ampangan ini, kerana inilah satu-satunya identiti peniaga kereta terpakai Melayu di Negeri Sembilan ini. Apakah mungkin selepas ini peniaga-peniaga yang megusahakan restoran di sepanjang jalan Ampangan ini akan turu terlibat ? Apakah gerai-gerai di Bandar Baru Ampangan akan dirobohkan pula dan dirikan bangunan baru yang akhirnya terbiar kosong tidak berpenghuni ?

7/13/05

Pemuda BA desak Exco letak jawatan gagal tangani krisis air

Rombongan Pemuda Barisan Alternatif yang diketuai oleh Tuan Hj Mohamad Taufek bin Abd Ghani , Exco Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Pusat dan Cikgu Badrul Hisham Shaharin , Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan serta beberapa pemimpin masyarakat dan para pengguna telah menghantar memorandum kepada Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan di Wisma Negeri, Seremban pada 13 Julai 2005.

Langkah ini adalah akibat daripada ketidakpuasan dan keresahan rakyat di mana krisis air di negeri telah menjadi semakin kritikal. Keresahan ini ditambah lagi apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng, Datuk Ishak Ismail, mendakwa sistem pengurusan air Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan (JBANS) ketika ini kurang memuaskan dengan mengemukakan beberapa dakwaan.

Pemuda BA berpendapat bahawa kerajaan Negeri Sembilan harus bertanggung jawab sepenuhnya diatas krisis air yang berlaku ini kerana ketidak kecekapan mereka telah menyebabkan krisis air yang pada mulanya yang disebabkan oleh kemarau bertambah teruk akibat pengurusan air yang tidak berkesan dan lemah.

Pemuda BA telah menerima banyak aduan daripada penduduk sekitar Seremban yang mengatakan bahawa pembaikan paip-paip pecah lambat diambil tindakan, catuan air yang tidak mengikut jadual dan wujudnya pilih kasih dimana terdapat taman-taman tertentu yang tidak dikenakan catuan, bil air yang meningkat apabila berlakunya catuan kerana mendakwa yang menyebabkan bil air mereka naik ialah angin bukannya air, air yang berkeladak dan juga terdapat juga taman yang mendapat air percuma sejak beberapa tahun kerana pemaju menyambungkan air ke rumah-rumah secara terus tanpa menggunakan meter air seperti di Bandar Seremban Selatan Fasa 3.

Pemuda BA berpendapat krisis air di negeri ini yang pada mulanya diakibatkan oleh kemarau telah menampakkan kepada rakyat betapa tidak efisiennya pengurusan air oleh kerajaan Negeri Sembilan telah menambah burukkan lagi keadaan.

Menurut Tn Hj Taufek, Pemuda BA juga amat kecewa apabila Menteri Besar Negeri Sembilan cuba mengelirukan rakyat dengan mengatakan tarif air di Negeri Sembilan ini adalah yang termurah di bandingkan dengan negeri lain.

Justeru itu Pemuda BA mendesak kerajaan Negeri Sembilan supaya mengambil tindakan segera dan drastik bagi mengatasi krisis air di negeri ini, kerana jika mereka tidak mampu maka Pengerusi Jawatankuasa Tenaga, Air, Komunikasi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Ir Jamlus Abdul Aziz haruslah meletakkan jawatan kerana nyata telah gagal melaksanakan tugasnya dan memberi penerangan yang sebenarnya kepada rakyat.

Pemuda BA juga mendesak agar pengguna yang terbabit dalam krisis air ini diberi rebat sekiranya bil air yang mereka terima adalah melebihi dari bulan-bulan lain ketika tiada catuan.

7/12/05

Ceramah YB Salahudin Ayob 16 Jul Jempol

Ceramah Perdana

Oleh Y.B. Sdr Salahudin Ayob , Ahli Parlimen Kubang Kerian, Ketua Pemuda PAS Pusat

SABTU 16 Julai 2005
JAM 9 Malam

Di Muassasah Darul Syarif, Jln Batu Kikir-Bahau, Jempol, NS

Anjuran : PAS Kawasan Jempol dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Jempol

SEMUA DIJEMPUT HADIR

7/11/05

Ceramah Us Azman Syapawi 17 Julai Seremban

Ceramah Perdana

Penceramah :
Y. Bhg. Ustaz Azman Syapawi
Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu

AHAD 17 Julai 2005 , 10 Jamadil Akhir 1426
Jam 9 Malam

Tempat :
Markas PAS , No 102, Jln BSS 1/3 Bandar Seremban Selatan
(masuk melalui Taman Seremban Jaya (lepas tol Senawang) atau melalui Sg Gadut)

Anjuran : MTD Paroi

Maklumat lanjut hubungi : Taufek 019-3920869 tauf68@yahoo.com

7/9/05

Roboh Masjid di Trengganu, ayuh pemuda NS Solat Hajat

Assalamualaikum wrt wbt,

Malam tadi Us Nasaruddin Tantawi berceramah di Ampangan. Begitu menyentuh perasaan walaupun kita tidak berada di Trengganu ketika Masjid dirobohkan oleh kerajaan negeri Trengganu.

Dalam ceramahnya Us Nasaruddin menceritakan semua penduduk Trengganu dan ramai rakyat di sana sekarang ini mengadakan solat hajat setiap malam hampir dua bulan sekarang ini dan akan diteruskan. Mereka minta dalam solat hajat tersebut agar perkara ini dan mereka yang bertanggungjawab merobohkan masjid diserahkan sahaja kepada Allah swt.

Oleh itu marilah kita di Negeri Sembilan mulai hari ini, membantu saudara kita di Trengganu, dengan mengadakan solat hajat, setiap hari, tak kira samada secara bersendirian atau pun berjemaah.

Semoga Allah memberi pertolongan kepada golongan yang tertindas di Trengganu, dan kita serahkan pada Allah melindungi rumahNya.

Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! Allahu Akbar !

Jadual Kuliah Agama Surau Tmn Desa Melor Senawang

Jadual Kuliah Agama Surau Tmn Desa Melor Senawang
(Belakang Pasaraya Giant Senawang, sebelah Balai Bomba Senawang)

Ahad 3 Jamadil Akhir 1426 , 10 Julai 2005
Kuliah Subuh
Ust. Khazry bin Othman

Selasa 5 Jamadil Akhir 1426 , 12 Julai 2005
Kuliah Sirah (Maghrib)
Ust. Norazman bin Mohd

Rabu 6 Jamadil Akhir 1426 , 13 Julai 2005
Kuliah Fiqh (Maghrib)
Ust. Ibrahim bin Ali

Sabtu 9 Jamadil Akhir 1426 , 16 Julai 2005
Kuliah Subuh
Ust. Wan Afendy bin Wan Mohd

Sabtu 9 Jamadil Akhir 1426 , 16 Julai 2005
Ceramah Bulanan (Maghrib)
Ust. Dr. Zulkifli Al Bakri

Isnin 11 Jamadil Akhir 1426 , 18 Julai 2005
Kuliah Tauhid (Maghrib)
Ust. Khairil Anuar

Selasa 12 Jamadil Akhir 1426 , 19 Julai 2005
Kuliah Fiqh (Maghrib)
Ust. Ibrahim bin Ali

Sabtu 16 Jamadil Akhir 1426 , 23 Julai 2005
Kuliah Tafsir (Maghrib)
Ust. Asyraff bin Ayob Al Hafiz

Ahad 17 Jamadil Akhir 1426 , 24 Julai 2005
Kuliah Subuh
Ust. Khazry bin Othman

Isnin 18 Jamadil Akhir 1426 , 25 Julai 2005
Kuliah Hadith (Maghrib)
Ust. Hambali bin Saad

Selasa 19 Jamadil Akhir 1426 , 26 Julai 2005
Kuliah Sirah (Maghrib)
Ust. Norazman bin Mohd

Rabu 20 Jamadil Akhir 1426 , 27 Julai 2005
Kuliah Fiqh (Maghrib)
Ust. Ibrahim bin Ali

Sabtu 23 Jamadil Akhir 1426 , 30 Julai 2005
Kuliah Subuh
Ust. Wan Afendy bin Wan Mohd

Setiap Khamis malam Jumaat
Tabligh
Majlis Fikr, Iman dan Amal (Maghrib)

7/7/05

Guru Malaysia kerja 74 jam seminggu, langgar had sedunia ILO

http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=143675
Guru Kerja 74 Jam Seminggu Dalam Kategori terbeban

PUTRAJAYA, 6 Julai (Bernama) -- Guru di Selangor, Johor, Melaka dan Kuala Lumpur boleh dikategorikan sebagai golongan "terbeban" kerana terpaksa menghabiskan sebahagian besar masa untuk melaksanakan pelbagai tanggungjawab mereka.

Jawatankuasa Menangani Beban Tugas Guru telah mendapati guru terbabit mengambil masa 74 jam seminggu untuk melaksanakan tugas mereka selain dibebankan dengan tugas mengisi 108 jenis borang.

Guru juga menghabiskan 38 hari setahun untuk menghadiri kursus dan latihan berbanding hanya rujuh hari yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

Penemuan awal jawatankuasa itu, yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Tan Sri Ambrin Buang, diulas Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam satu kenyataan di sini hari Rabu.

"Boleh dikatakan guru-guru kita adalah terbeban kerana Persidangan Pertubuhan Buruh Sedunia (ILO) 1930 mengkategorikan guru yang bertugas melebihi 48 jam seminggu adalah terbeban," katanya.

Daripada 74 jam seminggu, guru-guru terbabit didapati menggunakan 50.4 jam atau 68.1 peratus untuk melaksanakan tugasan berkaitan kurikulum dan 12.7 peratus dihabiskan untuk aktiviti kokurikulum.

Selain itu, 8.9 peratus masa guru digunakan untuk menjaga hal ehwal murid, 4.3 peratus untuk pengurusan pentadbiran, 2.4 peratus untuk pengurusan kewangan dan 1.2 peratus untuk pengurusan asrama.

Selebihnya, 1.1 peratus dihabiskan untuk pembangunan staf atau latihan, 1.1 peratus untuk hubungan komuniti dan 0.1 peratus untuk pembangunan fizikal sekolah.

-- BERNAMA

Ceramah Md Sabu 13 Julai , Johol NS

CERAMAH PERDANA

Bersama :

Tn Hj Mohd Sabu , Naib Presiden PAS
Dr Hj Rosly Yaakop , Pesuruhjaya PAS NS
RABU 13 JULAI 2005

JAM 9 Malam

Di Dataran Ilmu, Kg Paya , Johol, NS

Semua Dijemput Hadir

Kursus Computer Int. Mfg, Percuma utk Graduan Kejuruteraan

PROGRAM TAJAAN PENUH OLEH KERAJAAN MALAYSIA
INDUSTRIAL SKILLS ENHANCEMENT PROGRAM (INSEP) - (sepenuh masa)

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi En. Faizal ( faizal@nssdc.org.my ) / En. Ridza (ridza@nssdc.org.my) / En. Fidze (hafizee@nssdc.org.my) di talian 06-7587404.

Pengambilan adalah untuk bulan Ogos. Tarikh tutup pendaftaran pada 25hb Julai 2005.

PROGRAM YANG DITAWARKAN:
COMPUTER INTEGRATED MANUFACTURING SYSTEM

Syarat kelayakan:
- Ditawarkan kepada graduan lepasan diploma atau ijazah di dalam bidang KEJURUTERAAN SAHAJA dari mana-mana universiti/kolej tempatan atau antarabangsa.
- Graduan mestilah tidak bekerja.
- Tidak terikat dengan mana-mana institusi lain.
- Warganegara Malaysia
- Jangkamasa kursus 3 bulan

Kelebihan:
- Yuran Pengajian adalah tajaan penuh oleh Kerajaan Malaysia.
- Elaun bulanan RM 500.00/sebulan
- Penginapan diuruskan
- Pengangkutan dari tempat penginapan yang disediakan ke Pusat Latihan NSSDC disediakan.
- On-job-training (OJT) selama 3 bulan

Kepada semua yang berminat dan layak memohon sila isikan borang permohonan yang disediakan beserta dengan dokumen-dokumen seperti di bawah:

1. 3 keping Salinan kad pengenalan
2. 2 keping Salinan sijil SPM yang telah disahkan.
3. 3 keping gambar ukuran pasport.
4. Salinan surat pengesahan tamat belajar.
5. 2 keping Salinan diploma/ijazah (untuk program INSEP)

Borang yang telah lengkap diisi beserta dengan dokumen yang diperlukan hendaklah dihantar kepada:
Bahagian Latihan & Projek
Negeri Sembilan Skills Development Centre
Batu 8 1/2 Jalan Seremban - Mantin
71700 Mantin
Negeri Sembilan Darul Khusus

7/5/05

Majalah Doraemon diHARAMkan oleh JAKIM

http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=226

Jawatankuasa Penapisan Bahan-bahan Penerbitan Berunsur Islam Peraku 9 Buku/Majalah Sebagai Haram

Mesyuarat Jawatankuasa Penapisan Bahan-bahan Penerbitan Berunsur Islam Kali Ke-69 telah diadakan pada 27 hingga 29 Jun 2005 bertempat di Grand Seasons Hotel, Kuala Lumpur.

Mesyuarat Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh S.S. Dato Seri (Dr.) Haji Harussani bin Haji Zakaria, Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan. Turut menganggotai Jawatankuasa ini ialah tiga orang ahli pakar akademik yang dilantik khas daripada UKM dan UM, wakil daripada Cawangan Khas E6 PDRM, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Jabatan Mufti Negeri Selangor, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Agama Islam Selangor, Penasihat Undang-undang JAKIM, Pengarah Bahagian Penyelidikan serta Pengarah Bahagian Keurusetiaan dan Perhubungan Antarabangsa, JAKIM selaku Setiausaha kepada Jawatankuasa.

Sebanyak 10 laporan penapisan dan kajian buku/majalah dan 1 laporan kajian CD telah dibentang dan dibahaskan. Hasilnya, sebanyak 9 buku/majalah telah dipersetujui untuk diperaku haram dan sebuah buku telah dipersetujui untuk ditahan kemasukannya ke negara ini. Manakala perakuan ke atas CD ditangguhkan untuk kajian lanjut. Antara buku-buku yang telah diperaku haram ialah :

(i) TSUNAMI , Pembawa Mesej Dari Tuhan;

(ii) My Journey From The Christianity Of Ahlul Sunnah Wal Jamaah To The Islam Of The Prophet;

(iii) Majalah Tora Aman Doraemon , Kisah Penciptaan Dunia;

(iv) Ombak Hidup Mengalami Damai Di Mata Taufan; dan

(v) The Passion Of The Christ Kesengsaraan Al-Masihi.

Manakala buku yang dipersetujui untuk ditahan ialah :

(i) Fiqh Perempuan - Refleksi Kiai Atas Wacana Agama dan Gender.

Buku-buku yang telah dipersetujui untuk diperaku haram/tahan akan dikemukakan kepada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) untuk proses pewartaan.

Kuliah Us Ali Kutty Jumaat 8 July Alamanda

Assalamualaikum wrt wbt ,

Muslimin dan muslimat semua dijemput ke majlis ilmu :

Kuliah Tasawur Rabbani
Oleh : Yg. Bhg. Us Ali Kutty

Jumaat 1 Jamadil Akhir 1426 , 8 Julai 2005

Selepas Solat Maghrib ( 7:45 mlm )

Di Surau Taman Alamanda, Senawang

Bersama Ir Amiruddin Hamzah 10 Julai Seremban

CERAMAH PERDANA

KESEJAHTERAAN DAN KEADILANUNTUK SEMUA , HAPUSKAN RASUAH

Bersama
IR AMIRUDDIN HAMZAH , ADUN Anak Bukit , AJK PAS Pusat

TN HJ ABD KUDUS , Bekas OCPD K.Pilah (Parti KeAdilan Rakyat)

AHAD 10 JULAI 2005 JAM 9 MALAM

MARKAS PAS GEDUNG LALANG 162, AMPANGAN , SEREMBAN
(Rumah Sdr Hasamudin)

SEMUA DIJEMPUT HADIR

7/4/05

Siswazah terkejut orang lain daftar dan guna MyKadnya

Berita Harian 4 Julai 2005

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Surat/20050704000232/Article/

Kad pengenalan diguna orang lain

SAYA adalah graduan di salah sebuah institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) di Selangor dan kini berada di Kuala Terengganu.

Ketika berurusan di Jabatan Pendaftaran negara (JPN) Terengganu untuk memohon MyKad iaitu menggantikan kad pengenalan lama kepada MyKad, JPN memaklumkan kepada saya MyKad saya telah dikeluarkan di Putrajaya.

Saya amat terperanjat kerana sebelum ini saya tidak pernah memohon MyKad. JPN Terengganu mengarahkan saya pergi ke JPN Putrajaya untuk menyelesaikan masalah ini.

Saya pergi ke Putrajaya atas urusan ini dan JPN Putrajaya amat terkejut dengan kes saya ini. Selepas disoal siasat, JPN Putrajaya membenarkan saya membuat permohonan MyKad baru.

JPN Putrajaya mengenalpasti seorang lelaki menggunakan kad pengenalan saya yang berkemungkinan menyamar untuk membuat dan mengambil MyKad saya di JPN Putrajaya.

Saya bimbang kerana pengenalan diri saya berada pada orang lain dan dengan ini akan menimbulkan pelbagai masalah. JPN Putrajaya menyarankan saya membuat laporan polis supaya kes saya ini dapat diselesaikan.

Polis mengambil butiran lelaki berkenaan hasil maklumat JPN Putrajaya. Apa yang berlaku itu jelas menunjukkan JPN perlu lebih berhati-hati kerana berkemungkinan ada dalang atau sindiket yang cuba menggunakan pengenalan diri orang lain bagi tujuan tertentu.


INSAN BINGUNG,
Kuala Terengganu