BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT

BONGEK BERSELAWAT

8/30/05

Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden peringkat NS 17 Sep

Assalamualaikum wrt wbt,
Adalah dimaklumkan semua AJK peringkat negei, dewan-dewan, kawasan dan cawangan di N.Sembilan dikehendakki hadir ke Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden peringkat Negeri Sembilan yang akan diadakan pada tarikh berikut :

Tarikh : SABTU 17 Sep 2005
Masa : 8 pagi – 1 tgh
Tempat : Ampangan, Seremban

Pembentang kertas kerja :
Dato Dr Hassan Ali – Naib Presiden PAS
Us Taib Azamuddin – AJK PAS Pusat

Yuran pendaftaran : RM 10 seorang

Maklumat lanjut hubungi
Setiausaha PAS NS , Sdr Shamsul 019-6532973 e-mel : skamalidz@yahoo.com

Matlamat Munaqasyah
Pada muktamar tahunan PAS kali ke-51 yang lalu, Presiden PAS telah menggariskan tujuh paksi kebangkitan perjuangan.
Kertas kerja munaqasyah yang dibentangkan dijadikan asas kepada agenda bertindak parti berdasarkan tujuh paksi tersebut.
Perkara terpenting bagi setiap paksi yang dibentangkan tersebut ialah tindakan munaqasyah yang perlu disusuli oleh setiap ahli dan pimpinan PAS di semua peringkat.

Melayu belum merdeka : Dato’ Seri Harussani

Harussani: Melayu belum merdeka

Pengkalan Hulu 24 Rejab 1426H @ 29 Ogos 2005 (Isnin) - Biarpun negara sudah merayakan ulang tahun kemerdekaannya selama 47 kali dan beberapa hari lagi akan menyambut ulang tahun yang ke 48, namun bagi SS Mufti Negeri Perak, orang-orang Melayu di negara ini masih belum merdeka.

Kenyataan SS Mufti itu merujuk kepada nasib umat Melayu di negara ini yang masih tidak banyak berubah dalam usaha kembali kepada zaman kegemilangan yang pernah dicapai suatu masa dahulu.

Menurutnya, orang-orang Melayu tidak mahu berubah kepada satu kesatuan Melayu yang unggul dan dikagumi. Mereka hidup berpecahbelah dalam pelbagai sudut, sama ada ekonomi, sosial mahupun politik.

Menurut beliau lagi, ada di kalangan mereka yang berkuasa cuba untuk menafikan hak orang Melayu yang berlainan mazhab politiknya. Beliau merujuk kepada Kerajaan Terengganu yang kehilangan royalti minyaknya.

Justeru itu taraf kehidupan orang-orang Melayu tidak banyak berubah. Apa yang lebih malang lagi ada pihak mengambil kesempatan ini dengan menyesatkan orang Melayu lain dengan kehidupan beragama yang bertoleransi dan moden. Akhirnya mereka disesatkan dan menjadi pengikut agama sesat seperti Ayah Pin.

Nasib orang Melayu akan terus dirundung malang, kiranya mereka tidak mahu bersatu dari pelbagai sudut termasuklah agama dan fahaman politik.

Haruusani berkata demikian ketika menyampaikan 'executive talk' di Dewan Bandaran, Pengkalan Hulu pagi tadi - JMNPk

http://mufti.perak.gov.my/berita/berita050830-2.htm

Terkini ! Mufti Perak dilarang berceramah di Selangor !!!

Kerajaan Selangor 'banned' saya - Harussani
Pengkalan Hulu 24 Rejab 1426H @ 29 Ogos 2005 (Isnin) - "Di atas ketegasan saya itu, maka ceramah saya di sebuah Universiti tempatan di Selangor telah dibatalkan".

Demikian keluhan YBhg SS Mufti Negeri Perak, Hj Harussani bin Hj Zakaria, ketika menyampaikan ceramahnya di Masjid Kg Air Panas, Pengkalan Hulu, Ahad lalu.

SS Hj Harussani menjelaskan bahawa isu kondom dan jarum yang hendak dilancarkan oleh Kerajaan mulai Oktober depan perlu dinilai dari keseluruhan sudut agar ianya tidak akan merugikan semua pihak.

Menurut beliau dengan pemberian jarum percuma kepada mangsa hiv positif itu, apakah kita dapat menjamin bahawa jarum itu tidak dikongsikan dengan mereka di kalangan sesama penagih lain.

Begitu pula dengan pemberian kondom, apakah sudah dikenali mekanismenya bahawa dengan pemberian itu, mereka tidak akan berzina.

Ketegasan ini akhirnya mendapat perhatian pihak tertentu dan mereka telah 'banned' saya. Apabila disiasat, kononnya ia adalah dari arahan pihak atasan - JMNPk

http://mufti.perak.gov.my/berita/berita050830-1.htm

8/29/05

Forum Perdana & Peraduan Mewarna 10-11 September

Dengan segala hormatnya kami menjemput tuan/puan sekeluarga ke Program Forum Perdana :

Tema : Keamanan Sejagat Tanggungjawab Bersama
Ahli Panel:
1. Dr Zulkfili Al Bakri – Kolej UNITI
2. Us Zaharudin Abd Rahman – Pengurus Jabatan Syariah RHB
3. Hj Azmi Abd Hamid – TERAS International
Tarikh : Sabtu 10 September 2005
Masa : 9 MALAM
Tempat : Dataran Senawang, Senawang, N.Sembilan

Program : Peraduan Mewarna Kanak-Kanak Sempena Kempen Keamanan
Bayaran : PERCUMA
Kategori : Kanak-kanak 4-6 tahun , 7-10 tahun (Sila bawa pensil warna sendiri)
Tarikh : Ahad 11 September 2005
Masa : 9 PAGI
Tempat : Dataran Senawang, Senawang, N.Sembilan

Anjuran Yayasan Amal Malaysia Cawangan NS dengan kerjasama Jawatankuasa Surau Alamanda

Turut diadakan 10-11 Sep ( 9 pagi – 11 mlm)
Pameran Galeri Derita Perang oleh TERAS Pengupayaan Melayu
Pameran Cegah Jenayah, Dadah dan Trafik PDRM
Pameran AIDS/HIV , Apa peranan kita oleh Jabatan Kesihatan Negeri

Perlindungan Dari Gas Pemedih Mata

Sering orang awam, kanak-kanak, ibu mengandung, orang tua, orang kurang upaya terperangkap apabila gas pemedih mata ditembak bertujuan untuk meleraikan perhimpunan.

Berikut ialah beberapa panduan kepada mereka yang tidak bersalah ini untuk menyelamatkan diri dalam situasi ini.
Sumber rujukan http://www.starcalliance.org/teargas.html

SEBELUM GAS PEMEDIH MATA DILEPASKAN
Sekiranya anda nampak pihak keselamatan mula mengenakan topeng muka, bermakna gas pemedih mata akan dilepaskan.
Sekiranya anda memakai kanta pelekap (contact lense) tanggalkannya dengan segera, jangan gunakan kanta pelekap ini walaupun keadaan telah reda.
Pakai cermin renang (swimming goggle) sekiranya ada.
Tutup mulut dan hidung rapat dengan kain yang dibasahkan dengan air kosong (sebaiknya dibasahkan dengan air limau).
Sekiranya anda ada baju hujan, maka pakai baju dan seluar hujan dengan kemas serta tutup kepala anda dengan baju hujan yang ada penutup kepala.
Jangan gunakan losyen atau minyak sebagai pelindung kulit kerana ini akan lebih memburukkan keadaan kerana losyen dan minyak akan memerangkap kimia gas pemedih mata pada kulit anda.

KETIKA GAS PEMEDIH MATA DILEPASKAN
Cuba bertenang , Jangan Panik ! Jika anda panik suhu badan anda akan meningkat dan akan lebih memedihkan lagi mata dan kulit anda.
Cuba bergerak keluar dari asap gas pemedih mata.
Jangan sentuh muka dan mata anda dengan tangan.
Hembus hidung, dan ludahkan keluar kimia yang terdapat dalam gas pemedih mata.
Jangan sentuh tin gas pemedih mata yang dilepaskan, ianya panas. Sekiranya anda dapati ibu mengandung atau kanak-kanak berada di kawasan tersebut, gunakan sarung tangan kulit untuk mencampakkan tin gas pemedih mata tersebut ke kawasan yang tiada orang (JANGAN campakkan tin gas pemedih mata tersebut ke arah pasukan keselamatan).

RAWATAN
Cuci muka, mata dan bahagian badan yang terkena gas pemedih mata dengan air yang banyak.
JANGAN gunakan sabun.
Salin pakaian yang bersih.

8/24/05

Ceramah Melayu Glokal 3 Sep

Melayu Glokal ? 120000 pelajar gagal ke IPTA !
Tidak menguasai B.Inggeris ? Tiada biasiswa ? Tiada pinjaman ? Tiada pembelaan ?

Apakah nasib bangsa Melayu di Malaysia pada masa dulu, kini dan selamanya ?

Ceramah oleh Sdr Zulkifli Nordin (Peguam Dato Seri Anwar Ibrahim)

Sabtu 3 September 2005

Jam 9 malam

Di Markas PAS Taman Tuanku Jaafar, Sg Gadut, Seremban

Semua Dijemput Hadir

8/18/05

Ijtimak PAS N.Sembilan 21 Ogos , Liqa Fikri 4 Sep

Assalamualaikum wrt wbt,

Dijemput kepada semua ahli ke program berikut :

Program 1 : Ijtimak PAS N.Sembilan
Ahad 21 Ogos
Jam 8 pagi – 1 tgh
Di Muassasah Darul Syarif, Jln Batu Kikir – Bahau, Jempol
Pembentang Kertas Kerja :
1. Us Haron Taib
2. Us Nazri Chik – “Pemikiran Islam Liberal”

Pendaftaran RM 10/orang
Hubungi Us Nazri 019-3457690

Program 2 : Liqa’ Fikri

Penceramah : Us Idris Ahmad
Ahad 4 Sep
Jam 4 ptg
Di Gedung Lalang 162
Hubungi Us Nazri 019-3457690

Beban orang NS bertambah , taksiran nilai hartanah naik 432%

Bertepatan dengan hasrat “PAS Bersama Rakyat” dalam menangani segala isu dan masalah rakyat di Negeri Sembilan , pimpinan PAS N.Sembilan telah pergi ke pejabat YAB Menteri Besar Negeri Sembilan pada jam 11:00 pagi 18 Ogos 2005 bagi menyampaikan memorandum terbuka berkaitan dengan masalah kenaikan nilai hartanah yang dialami rakyat khususnya di kawasan Majlis Daerah Jempol , N.Sembilan. Kenaikan nilai hartanah ini secara otomatik akan membawa kepada kenaikan cukai pintu yang terpaksa dibayar oleh rakyat kepada majlis daerah. Kenaikan pula berbeza-beza di antara 29% sehingga 432%. Antara mereka yang menanggung bebanan akibat kenaikan ini adalah En Ng dari, Bahau , N.Sembilan.

Rombongan tersebut telah diketuai oleh Dr Hj Rosly Hj Yaakop , AJK PAS Pusat merangkap Pesuruhjaya PAS NS.Turut hadir adalah Sdr Zulkepli Mohamad bin Hj Omar , Timbalan Pesuruhjaya PAS NS , En Yau Con Seng dan beberapa pimpinan BA N.Sembilan yang lain.

Setelah dibebankan dengan kenaikan harga diesel , petrol dan kenaikan harga barang-barang keperluan , hari ini penduduk-penduduk di N.Sembilan telah dibebankan lagi dengan kenaikan cukai pintu ini sehingga 4 kali ganda khususnya di pekan Bahau.

PAS N.Sembilan melahirkan rasa kesal kerana perkara yang sama dilaporkan turut dialami oleh penduduk-penduduk di Port Dickson dan kenaikan ini dibuat dalam masa kerajaan NS telah berbelanja RM2.5 juta untuk membaiki kediaman rasmi Menteri Besar N.Sembilan walaupun kediaman tersebut baru sahaja diduduki.

Dr Rosly berharap dengan pertemuan dengan YAB MB dan memorandum yang telah diserahkan , pihak kerajaan NS akan menimbang kembali keputusan menaikkan cukai pintu di beberapa daerah di N.Sembilan. Dr Rosly juga menyeru penduduk-penduduk di daerah Jempol yang terlibat dengan kenaikan ini supaya membuat bantahan di Majlis Daerah Jempol sebelum 16 September 2005 ini.

Kunjungan pimpinan PAS N.Sembilan ini telah mendapatkan liputan yang baik dari akhbar Cina dan satu sidang akhbar telah diadakan sebaik sahaja selesai pertemuan dengan YAB Menteri Besar yang diwakili Setiausaha Akhbar beliau iaitu Yang Berbahagia En Mokhtar bin Alias.

Penduduk Seremban Selatan Disaran Tagih Janji YB Bibi Sharliza

SURAT TERBUKA BUAT PENDUDUK BANDAR SEREMBAN SELATAN

Kami mendapat beberapa aduan mengenai kegusaran penduduk Bandar Seremban Selatan mengenai masalah bersangkutan CF yang kini telah pun diduduki hampir 4 tahun. Penduduk Bandar Seremban Selatan (BSS) Fasa 3, Sg Gadut, Seremban, berada dalam kebimbangan sejak mendiami kawasan tersebut lebih empat tahun lalu kerana rumah mereka tiada sijil Kelayakan Menduduki (CF).

Kami telah membuat lawatan sebanyak 2 kali ke kawasan saudara. Pertama kali kami menghantar pasukan peninjau untuk mengenalpasti permasalahan (20 Julai) dan pada 26 Julai membawa peguam bertemu wakil penduduk.

Kami amat memahami penduduk di BSS bukanlah daripada golongan mewah atau kaya raya, sebaliknya hanya golongan pekerja kerajaan dan swasta yang terdiri daripada semua lapisan bangsa, Melayu, Cina dan India juga betapa saudara semua mengharapkan sebuah rumah yang selesa dan selamat serta sah diduduki untuk membesarkan anak-anak, Namum ini merupakan tahun ke 4 rumah yang saudara – saudara diami tidak mempunyai CF.

Risiko menduduki rumah tanpa CF
1. Menduduki rumah tanpa CF merupakan perkara yang bertentangan dengan undang undang maka saudara tidak diberikan perlindungan insurans seperti mereka yang menduduki rumah dengan CF dapat
2. Jika rumah saudara terbakar hangus, bayaran bank masih terus perlu dibuat sedangkan rumah tidak diganti kerana tiada CF
3. Jika saudara (ketua keluarga atau penama pinjaman) mati hutang saudara akan terus ditanggung pewaris dan penukaran hak milik menjadi terlalu sukar kerana rumah tiada CF

Mungkin ada yang seronok meter air tiada tetapi ………..
1. Taman Seri Rembau tiada CF dan telah diduduki. Air dibekalkan tanpa meter individu kononya pemaju ada meter besar, tetapi selepas baru – baru ini mendapat CF semua penduduk dipaksa membayar RM 600 lebih sebagai tunggakan air sebelum dibenarkan memasang meter individu. Bayangkan berapa yang akan ditanggung oleh saudara dan jiran yang hampir empat tahun ini ?
2. Di dapati saudara semua telah membayar deposit meter, tetapi pernahkah saudara periksa dengan JBA adakah deposit itu sampai ke tangan JBA ?

Berdasarkan undang undang pembeli boleh menuntut pampasan 10 % dari harga rumah bagi setiap tahun lewat pemaju gagal mennyerahkan rumah yang sempurna (jika definasi undang undang “rumah sempurna’ ialah sempurna semua termasuk CF maka saudara boleh menuntut hak saudara !). Adakah ini berlaku kepada saudara ? Menurut salah seorang penduduk, jiran saudara yang enggan namanya disiarkan, pemaju hanya membayar 60 peratus bayaran pampasan sedangkan 40 peratus yang selebihnya diambil oleh pemaju atas alasan yang tidak munasabah.

Kami dimaklumkan bahawa perkara ini termasuk dalam janji pilihanraya wakil rakyat sehingga saudara semua mengundi beliau (YB Bibi Sharliza) tetapi hingga kini apa tindakan beliau? Atau perlukah masalah ini diketengahkan dalam Buletin Utama barulah semua pihak akan turun padang ? atau adakah pemaju mempunyai kaitan dengan UMNO maka penduduk dibiarkan dalam risiko ?

Apa yang saudara perlu lakukan ?
1. Tubuhkan jawatankuasa bertindak penduduk. Jika telah ditubuhkan pastikan mereka melakukan perkara di bawah.
2. uat sidang media sekurang kurangnya sebulan sekali mengenengahkan perkara ini dan menyatakan perkembangannya. (pihak kami sedia membantu memanggil media untuk saudara)
3. Hantar surat pastikan status pembekalan air (JBA), title tanah (pejabat daerah), status kediaman (MPN) dan kepada wakil rakyat saudara menuntut janji beliau ? rekodkan tarikh dan dapatkan salinan akuan terima.
4. Jika semua maklumat telah diperolehi, aduan telah dibuat dan masih tidak bergerak, kami menyediakan nasihat guaman percuma untuk penduduk menfailkan saman kepada pihak tertentu demi mendapatkan hak saudara.

Yang paling penting ! kesedaran dan keberanian untuk bertindak mendapatkan hak penting untuk melindungi keluarga saudara ! Angkatan Muda Negeri Sembilan (AMNS) – Sahabat Negeri Sembilan – sentiasa di pihak anda !

Terbitan Angkatan Muda N.Sembilan Parti Keadilan Rakyat (keADILan)
Makluman / respon mengenai ISU ini boleh terus menghubungi Pusat Aduan Rakyat, N.Sembilan email : penerangan_keadilan@yahoo.com hotline (telefon / sms) : 0176688404

Tolong buat salinan dan edarkan !!!

8/16/05

Jika Datin Seri Endon perlukan Pak Lah, isteri tahanan ISA begitu juga


Rembau Ahad 14 Ogos – “Road Show” Dewan Pemuda PAS Pusat dalam isu memberikan hak dan keadilan kepada mangsa-mangsa tahanan ISA telah singgah ke Negeri Sembilan pada Ahad 14 Ogos yang lalu.

Dalam ceramah yang disampaikan oleh Tn Hj Mahfuz Omar AJK PAS Pusat, beliau menerangkan bahawa Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi harus sedar bahawa seorang wanita yang bergelar isteri sentiasa memerlukan suami disamping mereka untuk menghadapi saat-saat getir. Ini terbukti apabila Datin Seri Endon yang ketika ini sedang menjalani rawatan kanser di Amerika Syarikat telah ditemani oleh PM sebaik sahaja perhimpunan agung UMNO berakhir baru-baru ini untuk memberikan semangat kepada isteri beliau agar tabah menghadapi saat-saat getir.

Begitulah juga dengan isteri-isteri dan anak-anak mangsa tahanan ISA di Kem Kamunting. Mereka memerlukan suami dan ayah untuk tempat mereka menumpang kasih dan bergantung harap. Menurut Tn Hj Mahfuz jika seseorang itu ditahan mengikut ISA adalah lebih perit jika dibandingkan jika ditahan dan dibicarakan mengikut prosedur mahkamah. Ini adalah kerana tahanan ISA tidak diputuskan oleh mahkamah bila mereka akan dibebaskan.

Kini telah hampir 4 tahun beberapa tahanan ISA ini telah di tahan. Isteri-isteri dan anak-anak tahanan ISA ini telah menderita sejak sekian lama, tanpa mengetahui apa kesalahan sebenar suami serta ayah mereka lakukan.

Justeru itu beliau menggesa agar Perdana Menteri Malaysia yang telah mengalami rasa penderitaan seorang isteri agar membebaskan tahanan-tahanan ISA tersebut atau bicarakan mereka dimahkamah.

Turut hadir memberikan ceramah pada malam tersebut ialah Us Riduan Mohd Noor Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Us Ismail Dagang Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu dan Dr Rosli Yaakop Pesuruhjaya PAS N.Sembilan.

Lajnah Pengguna PAS meninjau kehidupan rakyat di pasar malam


Senawang Ahad 14 Ogos – Prihatin dengan masalah yang menimpa rakyat yang menanggung kesan akibat kenaikan minyak di negara ini, Lajnah Pengguna PAS Pusat yang dipengerusikan oleh Tn Hj Mahfuz Omar telah turun padang melihat nasib peniaga-peniaga pasar malam di Taman Senawang Jaya.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Dr Rosli Yaakop Pesuruhjaya PAS N.Sembilan, Sdr Zulkefly Mohamed Omar Pengerusi Lajnah Pengguna PAS N.Sembilan, Tn Hj Taufek Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Pusat serta beberapa AJK di peringkat negeri dan cawangan setempat.

Menurut Tn Hj Taufek, rakyat di Negeri Sembilan ini sejak akhir-akhir ini ditimpa dengan pelbagai-bagai masalah bermula dengan catuan bekalan airnya , kenaikan harga minyak yang mengakibatkan kenaikan harga barangan. Kenaikan harga barangan ini secara tidak langsung telah mengurangkan kuasa membeli para pengguna, yang mana ianya memberi kesan kepada para peniaga dan usahawan.

Risalah berkenaan isu kenaikan harga minyak serta cadangan yang dikemukakan untuk mengatasi masalah tersebut telah diedarkan kepada para peniaga dan orang ramai yang mengunjungi pasar malam. Turut diedarkan juga ialah risalah berkenaan masalah air di Negeri Sembilan ini yang berpunca daripada pengurusan yang lemah pihak kerajaan negeri dimana data-data dan fakta-fakta berkenaan adalah bersandarkan kepada laporan audit negara.

Menurut Sdr Zulkefly , PAS tidak boleh bergantung sepenuhnya pada ceramah-ceramah untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat. PAS haruslah dari masa ke semasa turun padang bertemu rakyat dan dalam pada masa yang sama mengedarkan risalah-risalah untuk menyedarkan rakyat perkara sebenar yang berlaku dalam negara ini.

PAS Rembau berjaya anjurkan bengkel pengucapan awam

Buat pertama kalinya PAS Kawasan Rembau telah menganjurkan Bengkel Pengucapan Awam pada Sabtu 14 Ogos yang lalu di Markas PAS Rembau.

Bengkel pengucapan awam ini adalah merupakan anjuran bersama Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau dan Angkatan Muda Keadilan N.Sembilan. Beberapa kepimpinan di peringkat kawasan, dewan muslimat dan dewan pemuda telah hadir di dalam bengkel tersebut yang dikendalikan oleh Cikgu Badrul Hisham dari AMK.

Beberapa peserta yang hadir telah menunjukkan bakat terpendam mereka selama ini, dimana beberapa individu telah dikenal pasti untuk diketengahkan di masa hadapan sebagai penceramah di Negeri Sembilan ini khususnya.

Menurut Setiausaha Kawasan Rembau Sdr Hassan Tamby , beliau juga agak terkejut , kerana selama ini beliau sendiri tidak mengetahui adanya AJK di peringkat cawangan yang berkebolehan untuk berpidato.

Sdr Shamsul Kamal selaku Ketua Dewan Pemuda Kawasan Rembau menyatakan sepanjang penglibatan beliau bersama PAS di Negeri Sembilan , inilah pertama kali beliau mendapati bengkel sebegini amat praktikal dan sesuai diadakan, memandangkan Negeri Sembilan ini ketandusan penceramah.

Antara yang hadir dalam bengkel tersebut ialah Sdr Zulkefly Mohamed Omar Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan dan Pn Maznah Talib Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau.

Menurut Tn Hj Taufek selaku penganjur bengkel , menyatakan bengkel yang dikendalikan oleh Cikgu Badrul ini perlu diperluaskan lagi di seluruh kawasan di Negeri Sembilan ini bagi mencungkil bakat-bakat baru dalam mengetengahkan mesej perjuangan parti kepada rakyat.

Menurut Cikgu Badrul pula kepimpinan PAS di semua peringkat haruslah dari masa ke semasa memberi peluang kepada muka-muka baru untuk naik ke pentas-pentas ceramah untuk menjadi penceramah “penyendal” kerana adalah penting PAS melahirkan ramai penceramah yang berkebolehan untuk meyakinkan rakyat perjuangan untuk menegakkan keadilan dan kesejahteraan.

Tiada tindakan punca VCD lucah di Seremban 2 terus berleluasa

Tuesday, August 16 @ 12:50:28 MYT

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
SEREMBAN, 16 Ogos (Hrkh) - Penjualan video cakera padat (VCD) haram dan lucah dilaporkan masih berterusan di sekitar Garden Homes Bandar Seremban 2 mutakhir ini.

Meskipun pada bulan lalu Harakahdaily telah mendedahkan isu penjualan VCD haram ini dengan pendedahan itu dimajukan kepada salah seorang ahli exco kerajaan Negeri Sembilan melalui email oleh seorang penduduk Seremban, tetapi tiada tindakan dibuat setakat ini.
Dalam tinjauan Harakahdaily baru-baru ini penjualan VCD lucah didapati masih berleluasa tanpa sebarang sekatan dari pihak berkuasa.

Wakil Harakahdaily bertemu dengan seorang penduduk Garden Homes, Harul Nizam Mat Hassan, 28, untuk mendapat respon penduduk berhubung isu tersebut.

Hairul Nizam berkata, meskipun isu itu pernah didedah tetapi sehingga ke hari ini tiada sebarang tindakan dari pihak berkuasa.

"Mustahil jika pihak berkuasa tidak memantau laman web rasmi parti pembangkang.Jika pendedahan sedemikian tidak diendah, ini akan membuat pencetak rompak berkuasa membenam masyarakat dengan 'VCD ciplak' mereka," katanya.

Beliau mendakwa, kegiatan penjualan VCD itu hari ini bermula lebih awal dari beberapa bulan lalu di mana mereka memulakan perniagaan sekitar jam 5.30 petang berbanding sebelumnya sekitar 8.30 malam.

Ini mungkin kerana penjual VCD ini tidak merasa terancam dengan pihak berkuasa yang dilihat tidak pernah cuba bertindak, katanya.

Beliau bimbang jika kegiatan ini berterusan tanpa pencegahan, anak-anak muda di kawasan ini akan terus mendapatkan VCD lucah dengan mudah.

Seperti sedia maklum, VCD lucah memberi kesan negatif kepada seseorang remaja kerana kebarangkalian untuk melakukan seperti yang ditonton amat tinggi, katanya.

Malah jenayah seks mungkin akan bertambah jika percambahan pemikiran remaja kini terdedah kepada unsur-unsur lucah seperti ini yang dibiarkan berleluasa, katanya.

Justeru beliau menyeru pihak berkuasa tempatan, polis dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) agar segera bertindak ke atas penjual VCD haram ini. - mks.

Kawal inflasi dengan subsidi harga minyak - Dr Rosli

Tuesday, August 16 @ 13:58:15 MYT

"Guna keuntungan Petronas hasil dari kenaikan harga minyak dunia untuk kawal inflasi di Malaysia"
Oleh EKMAL YUSOF
KUALA KANGSAR, 16 Ogos (Hrkh)- Kerajaan boleh mengawal kenaikan harga barang yang sedang menggila sekarang dengan mengawal kenaikan harga minyak yang dijadikan punca untuk menaikkan harga barang.

Pakar Ekonomi, Dr Rosli berkata, kerajaan pula memang mampu berbuat demikian kerana syarikat milik kerajaan iaitu Petronas telah menambah keuntungannya kerana kenaikan minyak di dunia.

Melalui keuntungan Petronas hasil kenaikan harga minyak dunia itu, kerajaan boleh memberikan subsidi harga minyak dan menstabilkan harganya.

Presiden Petronas sebelum ini mengumumkan keuntungan tahunan yang terus meningkat.

Dari RM 24.32 billion pada tahun 2003, kepada RM35.5 billion pada tahun 2004 dan melonjak kepada pendapatan kasar RM58.03 billion tahun ini kerana kenaikan harga minyak.

Kerajaan pula mengumumkan kenaikan harga minyak baru-baru ini dapat menjimatkan RM1 bilion wang kerajaan dari bayaran subsidi minyak.

Bincang dengan Dr Mahathir

"Pimpinan kerajaan boleh berbuat demikian (subsidi harga minyak menggunakan keuntungan Petronas) sekiranya mendapat kerjasama dari Pengerusi Petronas Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan menggunakan wang keuntungan Petronas untuk menampung pembayaran lebihan kenaikan harga minyak dunia itu.

"Bila harga minyak tempatan stabil dan tidak naik, tidak ada sebab mana-mana pihak di negara ini hendak menaikkan harga barangan masing-masing," kata Dr Rosli.

Tetapi, sayangnya perkara begitu, kata Dr Rosli, tidak terjadi.

Seolah-olah, katanya, kerajaan Umno/BN ini memang ingin menaikan harga petrol dan diikuti dengan harga barang keperluan lain sebagai hadiah dan ucapan terima kasih mereka kepada rakyat kerana mengundi dan memenangkan BN dalam pilihan raya lalu.

Dr Rosli, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan sebelum ini adalah pegawai kanan Bank Negara.

Beliau memberikan ceramah di Padang Asam dekat sini baru-baru ini.

Menurut Dr Rosli, kerajaan tidak boleh membandingkan harga minyak di negara jiran sebagai alasan untuk menaikkan harga minyak kerana mereka bukan negara pengeluar minyak dunia sebagaimana Malaysia.

Hanya Brunei dan Indonesia sahaja yang mengeluarkan minyak untuk pasaran dunia manakala negara-negara lain tidak ada.
-zs

Jadual Ceramah Ogos-Sep 2005

Jumaat 26 Ogos
Forum Kemerdekaan
Ahli Panel : Us Abd Ghani Abd Rahman, Dr Badrul Amin, Us Kamal Ashaari
Jam 9 Malam
Di Markas PAS Cawangan Ampangan, Seremban (Sebelah Surau Hitam)

Ahad 28 Ogos
Ceramah Menjelang Kemerdekaan
Penceramah : Us Abd Ghani Abd Rahman, Dr Rosli Yaakop
Jam 9 Malam
Di Kg Astana Raja, Kota (Rumah Pn Maznah)

Sabtu 3 Sep
Ceramah Umum
Penceramah : Sdr Zulkifli Nordin (Peguam DSAI), Dr Rosli Yaakop
Jam 9 Malam
Di Rembau

Ahad 4 Sep
Ceramah Umum
Penceramah : Us Idris Ahmad
Jam 9 Malam
Di Rasah

Rabu 14 Sep
Ceramah Umum
Penceramah : Us Ahmad Awang
Jam 9 Malam
Di Gedung Lalang 162, Ampangan, Seremban

Sabtu 17 Sep
Ceramah Perdana
Penceramah : Dr Hasan Ali, Us Taib Azamudin
Jam 9 Malam
Di Gedung Lalang 162, Ampangan, Seremban

Ahad 18 Sep
Lawatan Timbalan Presiden Us Nasarudin Md Isa ke N.Sembilan

Jumaat 23 Sep
Ceramah Umum
Penceramah : Us Nasarudin Tantawi
Jam 9 Malam
Di Telok Kemang, Port Dickson

Sabtu 24 Sep
Ceramah Umum
Penceramah : Dr Hatta Ramli
Jam 9 Malam
Di Jempol

Sabtu 1 Okt
Ceramah Umum
Penceramah : Tn Hj Mahfuz Omar
Jam 9 Malam
Di Johol

Untuk maklumat lanjut hubungi Sdr Hasan 013-3426346

Malaysia perlu contohi Brunei dan Hong Kong tangani HIV/AIDS

Berikut adalah fakta yang begitu menggerunkan. Rakyat Malaysia jarang didedahkan dengan statisitik sebenar apa yang berlaku dalam negara ini, menyebabkan rakyat leka untuk menangani sesuatu isu itu secara serius.

Tahukah kita semua kajian yang dibuat oleh UNAIDS Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah membuktikan bahawa Malaysia mempunyai kadar penghidap HIV/AIDS dan kadar kematian akibat AIDS yang begitu tinggi jika dibandingkan dengan negara maju atau negara membangun yang lain serta negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang lebih tinggi di rantau Asia ini. Kadar yang tertinggi dibandingkan dengan Papua New Guinea, Jepun, Filipina, Korea, Singapura, Sri Lanka, Hong Kong, Laos dan Brunei. Kajian pada tahun 2003 menunjukkan Malaysia mempunyai penghidap HIV/AIDS seramai 52,000 orang dengan kadar kematian seramai 2,000 orang, sedangkan di Jepun hanya 12,000 orang penghidap HIV/AIDS dan kurang 800 orang kadar kematian. Begitu juga dengan Filipina yang jauh lebih rendah kadar penghidap HIV/AIDS iaitu 9,000 orang dengan kadar kematian kurang 500 orang.

Namun Brunei negara berjiran dengan Malaysia menunjukkan kadar penghidap HIV/AIDS yang begitu kecil, iaitu hanya 22 orang.

Maka apakah rahsia Brunei sehinggakan mereka dapat mengawal penyakit HIV/AIDS daripada merebak ? Adakah mereka membekalkan jarum, dadah dan kondom percuma ? Dan apa pula rahsia Hong Kong sebuah pulau yang padat dengan hanya 2,600 penghidap HIV/AIDS dengan kadar kematian kurang daripada 200 orang ? Apakah Hong Kong juga membekalkan jarum, dadah dan kondom percuma ?

ROZMAL MALAKAN, NS
Rozmal.blogspot.com

Sumber daripada
http://www.amfar.org/cgi-bin/iowa/asia/aids?record=15

1. Malaysia : HIV-Infected People = 52,000 , AIDS Deaths in 2003 = 2,000
2. Papua New Guinea : HIV-Infected People = 16,000 , AIDS Deaths in 2003 = 600
3. Japan : HIV-Infected People = 12,000 , AIDS Deaths in 2003 = <800
4. Philippines : HIV-Infected People = 9,000 , AIDS Deaths in 2003 = <500
5. Republic of Korea : HIV-Infected People = 8,300 , AIDS Deaths in 2003 = <200
6. Singapore : HIV-Infected People = 4,100 , AIDS Deaths in 2003 = <200
7. Sri Lanka : HIV-Infected People: 3,500 , AIDS Deaths in 2003: <200
8. Hong Kong : HIV-Infected People = 2,600 , AIDS Deaths in 2003 = <200
9. Laos : HIV-Infected People = 1,700 , AIDS Deaths in 2003 = <200

http://www.rtb.gov.bn/NewsUpdate/2003/Jun03/110603/main2.htm
According to statistics on HIV/AIDS in Brunei Darussalam, 22 Bruneians comprising of sixteen men and six women have been infected by HIV/AIDS. Out of this number, fifteen had succumbed to the virus.

8/15/05

Ceramah Us Abd Ghani 28 Ogos Astana Raja

Ceramah Di Ambang Kemerdekaan

Penceramah :
1. Ustaz Abd Ghani Abd Rahman – Pesuruhjaya PAS Melaka
2. Dr Rosli Yaako – Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

AHAD 28 Ogos 2005
Jam 9 malam

Di Kg Astana Raja (Rumah Pn Maznah)

Anjuran PAS Cawangan Astana Raja
Maklumat lanjut hubungi Pn Maznah 06-4384096

Ceramah Mahfuz Omar 22 Ogos Lenggeng

Ceramah Umum

Penceramah :
Tn Hj Mahfuz Omar – AJK PAS Pusat
Cikgu Badrul Hisham – Timbalan Ketua Penerangan Pemuda Keadilan

ISNIN 22 Ogos
JAM 9:15 malam

Di Lot 5260, Kg. Masjid, Lenggeng

Semua Dijemput Hadir

8/12/05

Haram puja “Idol” hiburan kata Mufti Perak

Haram bagi manusia memuja manusia

Ipoh 5 Rejab 1426H @ 10 Ogos 2005 (Rabu) - Kecenderungan manusia memuja manusia hari ini, sehingga seolah-olah manusia yang dipuja itu bukan taraf manusia lagi, adalah bersalahan dengan syariat Islam.

Justeru itu timbullah apa yang disebut sebagai 'idol' yakni manusia yang dipuja-puja disebabkan keistimewaan yang dimiliki kerana pandai menghibur.

YBhg SS Mufti Negeri Perak berkata 'idol' adalah terbit dari perkataan yang membawa masksud tokong, dan amat bersalahan sekali jika manusia memuja manusia seolah-olah manusia yang dipuja seperti tokong disebabkan keistimewaannya melebihi manusia dan pandai menghibur manusia yang lain.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata demikian pagi ini menerusi Perak FM kira-kira jam 7.30 pagi tadi menerusi rancangan Al-Fikrah bersama Mufti Perak.

Amat malang sekali bagi manusia yang dianugerahkan akal tetapi tidak mampu membezakan keistimewaan anugerah kelebihan manusia, sebaliknya bertindak memuja kelebihan itu hingga melupakan ianya adalah pemberian pencipta mereka - JMNPk

http://mufti.perak.gov.my/berita/berita050810-1.htm

Forum Pengendalian Kes HIV/AIDS Di Tempat Kerja dan Kejiranan Kita

Program : Forum Kesihatan
Tajuk : Pengendalian Kes HIV/AIDS Di Tempat Kerja dan Kejiranan Kita

Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Tarikh : KHAMIS 18 Ogos 2005
Masa : 8:00 malam (Selepas Maghrib)

Anjuran : Hospital Pakar Seremban

Dengan kerjasama :
Jawatankuasa Surau Alamanda dan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan

8/9/05

Gempar ! Jabatan Mufti Perak dedahkan surat fatwa Tugu Peringatan Negara


Sila buka laman web dibawah ini, keputusan Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa kali ke 19, dimana kertas kerja
dibentangkan oleh Brig Jen (B) Haji Abdul Hamid Zainal
Abidin (ketika itu berpangkat Kolonel). Fatwanya ialah
Haram Letak Kalungan Bunga Di Tugu Peringatan Negara

http://mufti.perak.gov.my/isu/tugu_kenangan.pdf

Kuliah Us Norazli Musa, Lenggeng 12 Ogos

Kuliah Haraki

Penceramah : Us Norazli Musa , Ketua Pemuda PAS Perak

Tarikh : 7 Rejab 1426 , 12 Ogos 2005

Hari : Jumaat Masa : 9:15 malam

Tempat : Kg. Masjid, Lenggeng (Rumah Sdr Zulkefly Omar)

Semua Dijemput Hadir.

8/7/05

PAS dengar keluhan pemandu kereta sewa Seremban


Seremban Ahad 7 Ogos 2005 – Kenaikan harga bahan api baru-baru ini benar-benar menjejaskan pendapatan pemandu-pemandu kereta sewa di Seremban. Ini adalah kerana kebanyakan kereta sewa menggunakan bahan api diesel dimana kenaikannya ialah sebanyak 20 sen untuk setiap liter.



Justeru itu PAS Pusat dan Dewan Pemuda PAS Pusat bersama Badan Perhubungan PAS N.Sembilan dengan diiringi Dewan Pemuda PAS N.Sembilan telah membuat tinjauan di sekitar bandar Seremban terutamanya di sekitar Terminal One Seremban.

Sdr Hanipa Maidin AJK PAS Pusat, Sdr Suhaizan Kayat Timbalan Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, diiringi oleh Sdr Mohamed Zulkefly Omar Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan dan Ustaz Hassan Alias Ketua Pemuda PAS N.Sembilan serta beberapa AJK PAS dan Pemuda PAS N.Sembilan telah sempat mendengar keluhan beberapa pemandu kereta sewa di Seremban.

Menurut pemandu-pemandu kereta sewa ini, nasib mereka sekarang ini umpama “Sudah Jatuh Ditimpa Tangga”, sudahlah keluhan mereka sebelum ini dimana mereka menghadapi persaingan yang tidak sepatutnya daripada pengusaha teksi yang mendapat lebihan permit daripada permit teksi Lembah Kelang, kini mereka dihantui pula oleh kenaikan harga diesel yang akan menyebabkan penumpang sudah mula menyahut serua Menteri Kabinet supaya “Bijak Berbelanja” dengan menggunakan pengangkutan awam lain terutamanya bas atau berkongsi kenderaan.

Bukannya mereka ini tidak pernah berunding dengan wakil rakyat dan ahli parlimen, malah menurut mereka sudah tidak kurang empat kali mereka memanjat pejabat wakil rakyat namun tiada jalan penyelesaian ke atas nasib yang menimpa mereka. Kecewa dengan penantian yang tiada kesudahannya umpama “Gantung Tak Bertali”, mereka juga melalui beberapa persatuan berkaitan telah menulis surat kepada Perdana Menteri agar campur tangan untuk menyelesaikan masalah pemandu-pemandu kereta sewa di Seremban yang umpama “Telur Dihujung Tanduk”. Namakan sahaja apa persatuan yang mereka salurkan masalah mereka, Persatuan Bekas Perajurit, Persatuan Pemandu Kereta Sewa, Persatuan Kereta Sewa Bandar Seremban dan Persatuan Kebajikan Pemandu Kereta Sewa Negeri Sembilan, namun tiada satu pun persatuan yang dapat benar-benar menyuarakan masalah mereka kepada kerajaan negeri, kerajaan pusat mahupun kementerian yang berkaitan.

Kemuncaknya ialah apabila pemandu-pemandu kereta sewa ini telah mengadakan piket kerana sudah tidak tahan lagi menunggu jawapan dan tindakan daripada pihak kerajaan dan kementerian. Yang mengecewakan pemandu kereta sewa ini ialah apabila pemimpin kerajaan negeri menuduh pemandu-pemandu kereta sewa ini malas, tidak mahu berusaha cari penumpang sekitar bandar Seremban. Menurut seorang pemandu kereta sewa yang tidak ingin disiarkan namanya berkata, “Bukannya mereka tak mahu cari penumpang sekitar bandar Seremban, masalahnya ialah mereka ialah pemandu kereta sewa. Status kereta sewa berbeza dengan status teksi. Kereta sewa hanya diberi permit untuk mengambil penumpang dari stesen bas atau kereta api dan dihantar ke destinasi mereka, dan selepas itu mereka mesti pulang semua ke stesen bas dan kereta api. Kereta sewa tak perlu guna meter, teksi mesti menggunakan meter. Teksi plet kenderaan mereka bermula dengan huruf H sedangkan kereta sewa menggunakan plet kenderaan biasa mengikut negeri”. Itulah keluhan sebahagian daripada pemandu-pemandu kereta sewa di Seremban ini.

Seorang lagi pemandu kereta sewa menyatakan mereka tidak diberi permit teksi walaupun beberapa permohonan telah dibuat, kerana menurut kementerian permit teksi hanya dikeluarkan pada syarikat besar bukannya individu. Kalau mereka hendak mengusahakan teksi mereka terpaksa menyewa teksi daripada syarikat ini dimana mereka dikehendakki membayar wang pendahuluan RM 5000 dan ditambah lagi dengan sewa harian sebanyak RM 57 sehari. “Mana nak cari duit sebanyak itu, sedangkan sekarang pun mereka hanya boleh mendapat kutipan sebanyak RM 60 sehari belum ditolak dengan penyenggaraan, kos diesel dan ansuran bulanan kereta”.

Apa yang mereka minta ini bukannya banyak sangat. Samada kerajaan atau kementerian berkaitan menghentikan operasi teksi yang mendapat permit dari Lembah Kelang ataupun memberikan mereka permit teksi, supaya mereka boleh mencari penumpang sekitar bandar Seremban dengan ini tidaklah mereka ini dituduh pemalas.

Terdapat antara 450 ke 500 pemandu kereta sewa di Seremban yang bersaing dengan tidak kurang 80 teksi. Kebanyakan pemandu kereta sewa ini mempunyai beban tanggungan yang ramai kerana mereka ini sudah berkeluarga, serta amatlah sukar untuk mereka mencari pekerjaan yang lain kerana tidak kurang 30% daripada pemandu teksi ini adalah merupakan bekas anggota tentera, bekas anggota polis dan bekas kakitangan kerajaan. Dan mereka yang menjadi pemandu kereta sewa ini terdiri dari berbilang kaum sekitar 60% Melayu , 30% Cina dan 10% India.

Menurut Sdr Zukefly Mohamed Omar, Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan, beliau mengharapkan agar kerajaan negeri, kerajaan pusat serta kementerian yang berkaitan melalui Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan agar memberi jalan penyelesaian yang munasabah kepada pemandu-pemandu kereta sewa di Seremban ini antaranya ialah memberikan kemudahan kepada pemandu kereta sewa ini diberi kelulusan untuk mendapat permit teksi individu. Disamping itu Sdr Suhaizan Kayat Timbalan Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat menyeru agar kerajaan mempertimbangkan subsidi diesel untuk pengusaha kenderaan awam diseluruh negara sebagaimana mereka memberikan subsidi diesel kepada para nelayan. Disamping itu beliau menyatakan kerajaan juga haruslah memberikan kemudahan serta menurunkan harga kit penggunaan NGV atau gas asli , dimana bahanapi ini jauh lebih murah. Bukan itu sahaja stesen-stesen minyak juga haruslah diperluaskan untuk menyediakan kemudahan bekalan NGV, dimana menurut beliau di seluruh Johor hanya terdapat 4 stesen minyak yang membekalkan NGV.

8/5/05

6 Ogos Pimpinan BA bersama rakyat di Felda Palong 4

Tarikh : 6hb Ogos 2005 (Sabtu)
Masa : 8:30 malam
Tempat : Markas PAS Palong 4, Gemas

Pemimpin :
Sdra Ezam Mohd Noor , Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia
Sdra Zulkepli Mohd Hj Omar , Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Cikgu Badrul Hisham, Timb Ketua Penerangan AMK Malaysia
Ust Khairi Zainudin , Ketua Penerangan DPP N.Sembilan

8/4/05

Ceramah Hj Mahfuz Omar 14 Ogos Rembau

CERAMAH PERDANA

Penceramah :
1. TN HJ MAHFUZ OMAR - Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat & AJK PAS Pusat
2. US RIDUAN MD NOOR – Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
3. US NORAZLI MUSA - Ketua Pemuda PAS Perak
AHAD 14 Ogos 2005

JAM 9 Malam

DI MARKAS PAS REMBAU

SEMUA DIJEMPUT HADIR

8/3/05

Pasti Palong rayu bantuan jayakan Karnival Pasti

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
SEREMBAN, 3 Ogos (Hrkh) - Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Felda Palong 4, Jempol merayu orang ramai dan ahli korporat di kalangan penyokong PAS menghulurkan bantuan kepada Pasti itu dalam menjayakan Karnival Pasti pada 20 Ogos ini.

Menurut pengelola Pasti Palong, Ahmad Reduan Ashaari meskipun ada pihak yang telah menghulurkan bantuan, tetapi ianya masih tidak mencukupi untuk menjayakan karnival itu.
"Maklumlah kewangan kami di Cawanganpun tidak mengizinkan, tetapi kami telah berusaha sedaya mampu untuk melaksanakan karnival itu bagi memprkenalkan pendidikan Pasti di mata masyarakat Felda," katanya.

Malah setiap ahli dari PAS Cawangan Palong 4 sendiripun telah banyak menyumbang bantuan dari sudut kewangan, barangan dan tenaga bagi menjayakan karnival itu, katanya.

Hingga kini permit mengakana program telah diperolehi sementara pihaknya hanya mengharapkan agar ada pihak sudi menderma dalam memastikan kejayaan karnival itu.

Mengulas mengenai program tersebut Ahmad Reduan berkata, setakat ini pihaknya telahpun menyusun beberapa aktiviti sepanjang karnival.

Karnival yang bermula pada jam 8.00 pagi itu akan menghidangkan program pertandingan mewarna terbuka kepada seluruh kanak-kanak yang berumur lima hingga enam tahun.

Selepas itu pihak penganjur turut akan mengakan program masak-memasak bagi meraikan tetamu yang hadir, katanya.

Sepanjang program berlansung pengunjung juga boleh melawat gerai-gerai pameran termasuk pameran dari beberapa agensi kerajaan yang sedang diusahakan, katanya.

Pengunjung juga boleh menderma darah dalam satu program derma darah yang dianjurkan bersama agensi kesihatan setempat, katanya.

Di sebelah malamnya pula orang ramai dijemput hadir dalam program ceramah perdana dan perasmian Pasti Palong yang akan disempurnakan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayob.

Justeru bagi merealisaikan seluruh program yang dirancangkan Pasti Palong 4 merayu jasa baik orang ramai menghulurkan bantuan, kata Ahmad Reduan.

Individu atau pertubuhan yang bermurah hati untuk menyumbang bolehlah menghubungi Ahmad Reduan di talian (06-4666276). - wn

KULIAH HARAKI US ZULKIFLI ISMAIL (DEWAN ULAMAK PAS MELAKA)

TARIKH : 5 OGOS 2005 (JUMAAT)
MASA : 9:30 MLM
TEMPAT : MARKAS PAS KAWASAN SEREMBAN, PAROI JAYA.

SEMUA DI JEMPUT HADIR.

8/2/05

Pengarah JPS akui kerajaan negeri lemah punca krisis air di Seremban

Petikan Utusan Malaysia 2 Ogos 2005 ms 26

Tempah catuan air di sekitar bandar Seremban yang bermula sejak 20 Jun lalu dijangka akan diteruskan antara satu hingga dua bulan lagi.

……Perkara ini diakui sendiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran, Datuk Ir. Keizrul Abdullah kerana kata beliau, punca utama krisis bekalan air yang berlaku kini ialah disebabkan faktor pengurusan yang lemah.

Tambahan pam untuk mengepam lebih banyak air ke dalam sesebuah empangan hanyalah penyelesaian jangka pendek. Begitu juga jika hanya berharap kepada usaha pembenihan awan dan juga mengharapkan hujan dan kepakaran bomoh hujan.

…….Selain itu, pendekatan ini membawa kepada usaha serius dan ketegasan kerajaan negeri untuk memastikan masalah kawasan tadahan hujannya tidak dicemari dengan aktiviti-aktiviti yang boleh merosakkan terutamanya melibatkan penebangan hutan dan pembalakan haram.

……perkara-perkara tertentu seperti mewujudkan program-program tertentu seperti kitar semula air oleh industri dan penyelesaian masalah kehilangan air akibat kebocoran paip-paip lama serta kecurian air.

Orang Negeri menanti-nantikan kunjungan Presiden

Itulah yang dapat digambarkan apabila Presiden PAS YB Dato’ Seri Hj Abd Hadi Awang telah mengadakan kunjungan singkat ke Negeri Sembilan pada 31 Julai 2005 yang lalu. Ceramah Perdana yang diadakan di perkarangan Markas PAS Cawangan Ampangan pada sebelah malamnya telah membuktikan betapa rakyat Negeri Sembilan ini menanti-nantikan kedatangan Presiden PAS bagi mendengar ceramah serta amanat yang disampaikan oleh Tn Guru sendiri. Malah kehadiran orang ramai adalah diluar dugaan seolah-olah pilihanraya semakin dekat.

Dengan isu-isu semasa serta kekalutan yang ditimbulkan oleh kerajaan BN dan UMNO sendiri khususnya di Negeri Sembilan ini antara isu catuan air di Negeri Sembilan, isu rasuah politik bekas MB N.Sembilan, isu AP serta isu kenaikan harga minyak telah menaikkan semangat rakyat N.Sembilan untuk bangkit menyatakan bantahan mereka terhadap kesusahan yang dihadapi oleh mereka akibat dari kelemahan pentadbiran kerajaan negeri serta kerajaan pusat.

Pada sebelah petangnya pula Tn Guru Hj Abd Hadi Awang beserta Dr Rosli Yaakop Pesuruhjaya PAS N.Sembilan telah mengadakan pertemuan dengan pimpinan PAS peringkat negeri serta kawasan, dimana Dato Seri Presiden telah memberi kata-kata perangsang kepada barisan kepimpinan negeri dan kawasan dalam menghadapi gelombang kebangkitan rakyat. Tn Guru Hj Abd Hadi Awang menyeru kepada barisan kepimpinan negeri dan kawasan agar meraikan mereka-mereka yang baru menyertai PAS serta menggunakan segala kepakaran dan kemahiran yang ada untuk mengadakan perkongsian bijak dengan parti-parti diluar komponen Barisan Nasional.

Bekas calon PAS DUN Kota meninggal dunia

Adalah dimaklumkan Tn Hj Zainal Jinin , bekas calon PAS DUN Kota serta bekas Setiausaha PAS Kawasan Rembau telah meninggal dunia pagi tadi sekitar jam 2 pagi di rumah anaknya di Taman Pinggiran Senawang akibat sakit buah pinggang yang dialaminya. Jenazahnya akan disempurnakan di Kota, N.Sembilan hari ini sebelum zuhr. Semoga Allah merahmati roh beliau dan menempatkan beliau dikalangan orang-orang yang soleh.

8/1/05

Hari Keluarga PASTI Kawasan Jempol 14 Ogos

Tarikh : AHAD 14 Ogos 2005
Masa : 8 pagi – 1 tgh
Tempat : Muassasah Darul Syaruf, Jln Batu Kikir – Bahau, Jempol, NS

Semua Dijemput Hadir Memeriahkan Hari Keluarga PASTI Kawasan Jempol

Maklumat lanjut hubungi Sdr Rahim 019-2876734

Subsisi Petrol : Pemimpin juga perlu berkorban dan bijak berbelanja

Antara alasan yang diberikan untuk meredakan kemarahan rakyat akibat kenaikan harga petrol dan diesel adalah wang yang berjumlah RM9 billion yang telah dibelanjakan kerajaan bagi menampung subsidi petrol dan diesel. Hari ini kerajaan mengisytiharkan bahawa kerajaan tidak mampu lagi membelanjakan wang sebanyak itu untuk meringankan bebanan rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana walaupun dalam masa yang sama syarikat petroleum nasional kepunyaan kerajaan, PETRONAS telah mengaut keuntungan melebihi RM56 billion.

Jika inilah alasan yang diberikan kepada rakyat maka kita mahu pemimpin khususnya Perdana Menteri dan semua menteri kabinet juga perlu membebaskan diri mereka dari kebergantungan kepada subsidi yang berbentuk elaun dan segala kemudahan percuma dari kerajaan. Hari ini Perdana Menteri dan menteri-menteri kabinet mengecapi kemudahan subsidi seperti tol percuma, bil eletrik percuma , bil air percuma , kos petrol percuma , kos pembelajaran anak-anak percuma dan pelbagai lagi kemudahan yang mereka perolehi secara percuma ataupun boleh dibuat tuntutan semula kepada pihak kerajaan. Gaji bulanan yang mereka perolehi tidak sedikitpun mereka perlu gunakan kerana semuanya telah ditanggung oleh pihak kerajaan.

Ini berbeza dengan rakyat kerana dengan gaji bulanan yang mereka perolehi itulah mereka akan belanjakan untuk segala keperluan hidup seperti makan minum , pelbagai bil yang perlu dijelaskan , kos bahanapi kenderaan , tol dan sebagainya. Segala bebanan dan tanggungjawab ini akan menjadi semakin berat dengan kenaikan harga barang keperluan akibat kenaikan harga petrol dan diesel.

Keadaan yang sama berlaku di Negeri Sembilan dan Johor hari ini ketika krisis air semakin meruncing, kesusahan akibat ketiadaan bekalan air hanya dirasakan oleh rakyat sahaja. Ini dibuktikan apabila catuan air selama 24 jam hanya dikenakan kepada rakyat dan ianya tidak berlaku ke kediaman rasmi Menteri Besar dan rumah-rumah pemimpin kanan kerajaan. “Tradisi Membela Rakyat” yang sering menjadi motto kerajaan Barisan Nasional perlu diubah kepada “Tradisi Membebankan Rakyat” .

TUAN HAJI MOHAMAD TAUFEK BIN ABD GHANI
Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar,
Dewan Pemuda PAS Pusat

Rembau 1 Ogos 2005
e-mel : tauf68@yahoo.com

Letak kalungan bunga di Tugu Peringatan HARAM – JAKIM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, semalam mengetuai upacara memperingati wira negara yang terkorban dengan meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara di sini sempena sambutan Hari Pahlawan 2005.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan beberapa menteri…….

Ia diikuti tiupan bugle Last Post dan bacaan sajak bertajuk Pahlawan oleh Asisten Superintendan Rose Baini Kassim dengan iringan muzik Pancaragam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

BERITA HARIAN 1 Ogos 2005 Wira negara dikenang
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Nasional/20050731234033/Article/

Tajuk : Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=371

ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991 (Enakmen 3/91)

Fatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2) Enakmen itu: “Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.”

Tajuk : Bacaan doa di tugu peringatan
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=428

Berdoa di tugu peringatan adalah ditegah oleh syara’ dan hukumnya haram kerana perbuatan seumpama itu termasuk di dalam larangan firman Allah, surah al Maidah ayat 90 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-ansab(menyembah berhala) dan al azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya”.

Keterangan: “Al-Ansab” maknanya batu orang-orang jahiliyah sembelih korban disisinya dan beribadat kepadanya. Berdoa adalah ibadat, berdoa di batu tugu peringatan sama seperti orang-orang jahiliyah beribadat di al-Ansab yang dimaksudkan di dalam ayat 90 itu

Tajuk : Upacara Hari Pahlawan di tugu peringatan
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=608

Bahawa haram tiupan dan bertafakur dengan menundukan kepala kepala selama 20 saat dengan meletakan kalung bunga ditugu, bacaan sajak yang boleh menimbulkkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan, tetapi dengan syarat tidak dilakukan dihadapan tugu, atau di dalam suasana yang dilarang oleh syarak kerana semua ini adalah upacara agama juga.