KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

10/30/05

PASTI Rembau raikan pelajar cemerlang

Senawang Ahad 30 Okt – PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam) Kawasan Rembau hari ini telah menganjurkan Majlis Angerah Kecemerlangan Pelajar PASTI Kawasan Rembau. Walaupun berada di akhir Ramadhan ianya tidak melunturkan semangat pelajar-pelajar PASTI serta ibu bapa memenuhi dewan untuk menyaksikan persembahan pelajar-pelajar PASTI dan juga majlis penyerahan Anugerah Kecemerlangan Pelajar PASTI.

Apa yang uniknya dalam majlis ini ialah adik Yogi dari keluarga berbangsa India serta beragama Hindu yang menjadi pelajar PASTI turut menerima anugerah berkenaan dengan ditemani oleh ibunya. Menurut Sdr Nazri Zainal , AJK PASTI Kawasan Rembau , ini membuktikan bahawa bangsa lain dewasa ini boleh menerima pendidikan PASTI sebagai alternatif pendidikan awal anak-anak mereka.



Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar PASTI pada tahun ini telah dirasmikan oleh Ustaz Hassan Alias Al Hafiz, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan.

Dr Rosli Lancar Tabung Manga Gempa Bumi

Rembau Sabtu 29 Okt – Dr Rosli Yaakop, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan hari ini telah melancarkan Tabung Mangsa Gempa Bumi Asia Selatan peringkat Negeri Sembilan dalam satu majlis ringkas selepas Majlis Berbuka Puasa yang diadakan di Markas PAS Kawasan Rembau.

Sehubungan dengan itu beliau menyeru kepada semua ahli khususnya dan rakyat di Negeri Sembilan ini agar menghulurkan derma melalui tabung ini untuk membantu meringankan beban mangsa gempa bumi di Asia Selatan terutamanya di Pakistan yang terjejas teruk akibat malapetaka tersebut. Apatah lagi ujar beliau kebanyakkan mangsa gempa bumi tersebut adalah saudara seagama kita, dimana sakit saudara kita itu sepatutnya dirasai oleh umat Islam di Malaysia ini.

Beliau juga menyeru agar umat Islam di Malaysia ini bersatu membantu mangsa-mangsa di negara yang dilanda malapetaka seperti di Acheh yang masih belum pulih daripada bencana Tsunami dan sekarang ini di Asia Selatan pula, dimana semua ini adalah ujian daripada Allah swt untuk kita semua. Umat Islam menurut beliau tidak sepatutnya menyerahkan bulat-bulat usaha menyelamatkan mangsa gempa bumi tersebut kepada PBB tanpa kita sendiri berusaha untuk membantu saudara kita di sana.

Beliau juga turut mengambil kesempatan ini menyeru kepada semua ahli PAS di Negeri Sembilan dan umat Islam di Malaysia ini amnya agar meraikan Idil Fitri dengan penuh rasa syukur, insaf, merapatkan ukhuwwah dan secara sederhana sesuai dengan apa yang dituntut Islam.

PAS N.Sembilan edar risalah kepada pengguna jalanraya

Senawang Sabtu 29 Okt – Prihatin dengan meningkatnya kadar kemalangan serta kadar jenayah apabila tiba musim perayaan di Malaysia, PAS N.Sembilan hari ini telah berusaha memberi kesedaran kepada pengguna jalanraya dan orangramai dengan mengedarkan risalah berkaitan di Plaza Tol Senawang.

Tidak melepaskan peluang ini ialah Dr Rosli Yaakop Pesuruhjaya PAS N.Sembilan dan Sdr Zulkefly Mohamad Omar Timbalan Pesuruhjaya PAS NS yang turut turun ke padang mengedarkan risalah berkaitan kepada orang ramai.

Menurut Sdr Zulkefly aktiviti pengedaran risalah kepada orang ramai di Negeri Sembilan ini adalah merupakan rutin tetap PAS di negeri ini bukan hanya ketika menjelangnya musim perayaan. Beliau juga menyeru agar usaha pengedaran risalah untuk memberi kesedaran orang ramai ini diperhebatkan di seluruh kawasan dan cawangan di negeri ini.

10/29/05

Ahli Politik Terengganu hantar SMS seks dan lucah

Harap Pak Lah siasat dakwaan ini sekiranya benar ianya melibatkan ahli politik, wakil rakyat atau mungkin EXCO Kerajaan Negeri Terengganu.

Harian Metro 28 Okt : Edisi Timur: SMS tagih cinta janda
http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Friday/BeritaUtama/20051028084141/Article/indexm_html
Oleh Wan Adlina Wan Ab Aziz

KUALA TERENGGANU: Seorang ahli politik di negeri ini, didakwa sanggup menggoda seorang janda beranak satu dengan mengirim ratusan mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) berunsur seks bagi menagih cinta wanita itu.

Harian Metro difahamkan, ahli politik berkenaan yang juga seorang eksekutif sebuah syarikat di negeri ini, dikatakan tidak henti-henti mengganggu janda berkenaan melalui SMS dan panggilan telefon berbau lucah.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Anita, 31, dari Chendering, di sini, mendakwa mesej berkenaan kebanyakannya berunsur lucah walaupun ada juga kata-kata manis seolah-olah mahu memerangkapnya.

Katanya, dia memang mengenali ahli politik berusia awal 40-an terbabit sejak 1990-an lagi tetapi menganggapnya sebagai kawan walaupun dia kini menjadi ibu tunggal selepas berpisah dengan suami dua tahun lalu.

Menurutnya, sebelum berkahwin, dia menganggap lelaki berkenaan sebagai abang angkatnya dan tidak menyangka sama sekali dia menaruh perasaan cinta yang mendalam sehingga mahu menjadikannya sebagai isteri.

“Sejak berpisah dengan suami, gangguannya semakin ketara hingga saya tertekan berikutan kiriman mesej berunsur seks dan lucah bertubi-tubi.

“Lebih-lebih lagi, dua hari lalu, saya menerima panggilan daripada seorang wanita yang mengakui temannya, mendakwa mengadakan hubungan seks dengan ahli politik itu di hotel terkemuka setiap kali bekerja di luar daerah sejak setahun lalu,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Anita berkata, dia terkejut dengan dakwaan wanita berusia 24 tahun itu yang juga mengaku ahli politik berkenaan memiliki teman wanita lain walaupun sudah beristeri.

“Ahli politik itu sudah beristeri dan mempunyai anak, tanpa segan silu memujuk saya menjadi isteri keduanya.

“Ajakan itu menjadi semakin serius sejak sebulan dua ini menyebabkan saya mula meragui keikhlasannya terutama selepas mendengar cerita teman wanitanya,” katanya.

Menurutnya, pelbagai janji manis ahli politik menabur demi menarik perhatiannya, tetapi dia bersyukur mengetahui perkara sebenar sebelum terlambat.

“Saya bersyukur kerana tidak menjadi mangsanya tetapi tidak tahu nasib gadis lain yang dipercayai pernah terperangkap dengan tindakannya,” katanya.

Menurutnya, antara mesej berbaur lucah yang diterimanya ialah ‘Abang dah ready ni nak @#%$, habis ni nak @#$% lama-lama sikit, Thanks syg, u meant everything to me, after so many years waiting for this moment.’

Mesej lain termasuk ‘Dan peluk cium dari abg yang hensem ni’ ‘Jgn la macam tu syg, abg di sini sentiasa rindukan syg di sana’ dan banyak lagi.

“Bagaimanapun, satu mesej yang jelas menunjukkan dia seorang yang berdolak-dalih dan suka permainkan wanita ialah ‘Syg, bukan niat abg tak nak segerakan nikah kita, tapi sekurang-kurangnya nak syg tau isi hati dan perangai abg sebelum kahwin’,” katanya.

Menurutnya, dia tidak menyangka sebagai seorang ahli politik yang disegani sanggup melakukan perbuatan terkutuk yang ditegah agama demi memuaskan nafsu seksnya.

Anita berkata, dia tidak menolak kemungkinan membuat laporan jika keadaan memerlukan dan gangguan terhadapnya semakin keterlaluan.

UMNO dan PAS harus ambil sikap bersaing bukan bermusuh

Kelewatan ini agenda perjuangan Melayu menjadi topik perbualan di mana-mana. Daripada persidangan di Parlimen hinggalah di kedai-kedai kopi. Namun permasalahan orang Melayu ketika ini tidak banyak berubah. Orang Melayu menjuarai segala statistik yang ada, baik dari sudut penagihan dadahnya, pembuangan bayinya, penganggurannya , tidak dapat melanjutkan pengajian baik di peringakat sekolah rendah, sekolah menengah apatah lagi pengajian tinggi dan seterusnya.

Melayu tidak dapat dipisahkan daripada UMNO dan PAS. Walaupun tidak semua ahli UMNO adalah orang Melayu atau beragama Islam dan juga tidak semua ahli PAS adalah orang Melayu. Akan tetapi majoriti ahli UMNO dan PAS adalah orang Melayu. Tidak dapat tidak pembelaan nasib orang Melayu sering diketengahkan dalam kedua-dua parti ini. Pembelaan nasib orang Melayu ini bukanlah mengenepikan pembelaan nasib bukan Melayu kerana setiap kaum di Malaysia ini ada parti atau persatuan yang memperjuangkan nasib kaum mereka sendiri.

Pembelaan nasib orang Melayu yang teruk terlibat dalam dadah secara tidak langsung membantu kaum lain juga. Jika orang Melayu berjaya mengurangkan kadar penagihan dadah, maka segala bentuk jenayah yang berkaitan dengan dadah akan berkurangan. Dan ini memberi manafaat kepada semua kaum, kerana jenayah tidak mengenal mangsa mereka. Peragut berbangsa Melayu akan meragut mangsa yang memakai rantai leher, tidak kira mangsa tadi berbangsa Melayu, Cina atau India.

Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi tulen haruslah mempunyai parti-parti politik yang bersaing antara satu sama lain, bukannya mengambil sikap bermusuhan antara satu sama lain untuk memajukan masyarakat. Dan orang Melayu pula jika ingin maju, maka parti-parti politik yang mempunyai majoriti ahlinya orang Melayu haruslah juga bersaing antara satu sama lain bukannya bermusuhan antara satu sama lain. Dan persaingan ini haruslah berjalan dengan mengambil sikap siapa yang terbaik untuk memberi khidmat kepada masyarakat tanpa memperlekehkan usaha yang diambil oleh pihak yang lain.

Kita mempunyai “kek” yang begitu besar untuk dikongsi bersama. Akan tetapi “kek” yang besar ini bukanlah dalam bentuk kekayaan, ianya adalah dalam bentuk penyakit sosial, jenayah, pengangguran, kemiskinan dan seterusnya. Jika hari ini UMNO memberikan sumbangan kepada 1000 orang fakir miskin dan PAS memberi sumbangan juga kepada 1000 orang fakir miskin , terdapat puluhan ribu lagi fakir miskin yang perlu dibantu. Jika hari ini UMNO berjaya memulihkan 2000 orang penagih dadah dan PAS berjaya memulihkan 2000 orang penagih dadah, terdapat lebih 200,000 lagi penagih dadah di luar sana yang majoritinya berbangsa Melayu. Jika hari ini UMNO memberikan tusyen percuma kepada 70 orang pelajar buta huruf dan PAS memberikan tusyen juga kepada 70 orang pelajar yang buta huruf, terdapat 70,000 lagi pelajar di luar sana yang tidak tahu membaca, apatah lagi menulis dan mengira.

Setiap parti politik itu ada keunikannya dan adalah melawan ketentuan sekiranya ianya disatukan, sepertimana didalam Al Quran yang menyatakan dijadikan manusia ini bersuku-suku dan berbangsa-bangsa untuk mereka mengenali antara satu sama lain. Sedangkan tidak mustahil untuk Allah menjadikan hanya satu bangsa sahaja di dunia ini.

Persaingan antara parti-parti politik ini seharusnya terlaksana dalam suasana persaingan yang sihat serta menguntungkan orang Melayu. Sikap iri hati dan hasad dengki haruslah dielakkan sama sekali kerana ianya hanya akan merugikan golongan yang mengharapkan bantuan dan pembelaan. Sebagai golongan yang mengharapkan bantuan dan pembelaan mereka sepatutnya diberikan peluang untuk mendapatkannya daripada mana-mana pihak. Golongan fakir miskin dan anak yatim di bulan Ramadhan ini contohnya akan mendapat manafaat apabila UMNO dan PAS menghulurkan bantuan kepada mereka walaupun upacara sumbangan tersebut tidak diadakan dalam majlis yang sama. Tapi apa salahnya sekiranya ianya diadakan pada majlis yang sama.

Apabila sikap persaingan sihat antara UMNO dan PAS ini semakin rancak dan sikap bermusuhan atau menidakkan peluang antara satu sama lain untuk berbakti kepada masyarakat diketepikan, lama kelamaan orang Melayu akan dapat menyelesaikan masalah yang melanda orang Melayu ini secara lebih berkesan walaupun bukannya diatas pentas politik yang sama. Untuk UMNO menafikan kehadiran PAS di tengah masyarakat serta untuk PAS menafikan kehadiran UMNO di kalangan masyarakat Melayu akan hanya menjauhkan lagi usaha-usaha untuk memulihkan dan menyelamatkan bangsa Melayu ini daripada terjebak ke masalah gejala sosial, penagihan dadah, pengangguran, perceraian serta namakan apa sahaja yang lebih teruk lagi.

Apakah UMNO dan PAS ini hanya boleh bertemu apabila ada upacara pengkebumian atau ada kematian di kalangan pemimpin mereka atau ahli keluarga pemimpin mereka ?

Yayasan Amal Malaysia lancar kempen keselamatan jalanraya

Seremban 28 Okt – Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan hari ini telah melancarkan Kempen Keselamatan Jalanraya semasa musim perayaan. Sehubungan dengan itu Sdr Sufian Ibrahim, Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan menyeru kepada semua masyarakat agar lebih bertimbang rasa dan bertoleransi apabila berada dijalanraya.

Menurut beliau lagi kempen ini bukan hanya sempena Sambutan Idil Fitri yang menjelang tiba, malah untuk sepanjang masa terutamanya di musim perayaan. Sempena kempen ini beberapa sepanduk dan kain rentang telah diletakkan di beberapa tempat strategik untuk mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati apabila berada di jalanraya.

Dalam pada itu Sdr Sufian juga menyeru kepada semua umat Islam di Malaysia ini agar menyambut perayaan Idil Fitri ini secara sederhana dan penuh perasaan muhibbah serta kasih sayang juga tidak melupakan nasib umat Islam yang dilanda malapetaka seperti di Pakistan, Kashmir, Afghanistan, Acheh dan dilanda konflik peperangan seperti di Iraq, Palestin, Chechnya, Thailand dan Filipina.

Bagi pihak Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, kami mengucapkan kepada semua muslimin dan muslimat Selamat Hari Raya ‘Idil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.

***************

Untuk maklumat terkini Misi Bantuan Yayasan Amal di Pakistan sila layari www.amalmalaysia.net

Lagi bantuan mangsa gempa bumi daripada masyarakat N.Sembilan

Seremban 27 Okt – Masyarakat N.Sembilan sekali lagi menunjukkan keprihatinan mereka tanpa mengenal batas sempadan agama dan kaum apabila pelbagai lapisan masyarakat tampil untuk menghulurkan derma untuk membantu mangsa gempa bumi di Pakistan melalui Yayasan Amal Malaysia. Para pekerja kilang Dynea di Seremban yang terdiri daripada majoriti bangsa Cina dan India hari ini telah menyerahkan sumbangan kepada wakil Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan berjumlah RM 201.

Sementara itu sumbangan turut diterima daripada pelajar-pelajar Sek Men Agama Persekutuan Labu berjumlah RM 282.64.

Turut tidak ketinggalan ialah warga industri sekitar Senawang iaitu daripada pekerja-pekerja Samsung Corning sebanyak RM 475, pekerja-pekerja Samsung SDI RM 110.20, jemaah Surau Al Amin Taman Cempaka 2 berjumlah RM 473, kakitangan sebuah hospital awam di Lembah Klang sebanyak RM 550 serta derma orang ramai sebanyak RM 150.

Menurut Sdr Sufian Ibrahim, Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, sumbangan yang diberikan oleh orang ramai ini akan segera disalurkan untuk membantu mangsa gempa bumi di Pakistan. Yayasan Amal Malaysia setakat ini telah menghantar dua misi membantu mangsa gempa bumi di Asia Selatan. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang untuk membantu meringankan beban yang dideritai oleh penduduk di Asia Selatan yang teruk dilanda gempa bumi tersebut.

Dalam pada itu menurut beliau lagi, Yayasan Amal Malaysia amat mengalu-alukan rakyat Malaysia yang berkemampuan terutamanya dalam bidang perubatan, kejuruteraan dan saikologi untuk meluangkan masa, tenaga dan wang ringgit untuk menjadi sukarelawan bersama Yayasan Amal Malaysia untuk misi-misi ke Asia Selatan yang berikutnya.

Menurut Sdr Sufian lagi, beliau juga menggalakkan rakyat Malaysia untuk membantu dari segi wang ringgit dan tenaga untuk turut serta dalam mana-mana badan sukarela yang lain seperti Mercy, Aman Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia sekiranya tiada wakil Yayasan Amal Malaysia yang hampir dengan lokaliti mereka. Ini adalah memandangkan negara yang dilanda gempa bumi yang teruk itu amat mengharapkan bantuan daripada semua pihak memandangkan kawasan yang dilanda malapetaka tersebut amat luas.

Kepada mereka yang ingin mengikuti perkembangan misi membantu mangsa gempa bumi dan untuk mendapatkan maklumat lanjut bolehlah melayari laman web Yayasan Amal di www.amalmalaysia.net atau menghubungi Sdr Sufian Ibrahim di 013-3589328 atau melalui e-mel xupmxutm@yahoo.com

10/27/05

Lagi bantuan mangsa gempa bumi daripada masyarakat N.Sembilan

Seremban 27 Okt – Masyarakat N.Sembilan sekali lagi menunjukkan keprihatinan mereka tanpa mengenal batas sempadan agama dan kaum apabila pelbagai lapisan masyarakat tampil untuk menghulurkan derma untuk membantu mangsa gempa bumi di Pakistan melalui Yayasan Amal Malaysia. Para pekerja kilang Dynea di Seremban yang terdiri daripada majoriti bangsa Cina dan India hari ini telah menyerahkan sumbangan kepada wakil Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan berjumlah RM 201.

Sementara itu sumbangan turut diterima daripada pelajar-pelajar Sek Men Agama Persekutuan Labu berjumlah RM 282.64.

Turut tidak ketinggalan ialah warga industri sekitar Senawang iaitu daripada pekerja-pekerja Samsung Corning sebanyak RM 475, pekerja-pekerja Samsung SDI RM 110.20, jemaah Surau Al Amin Taman Cempaka 2 berjumlah RM 473, kakitangan sebuah hospital awam di Lembah Klang sebanyak RM 550 serta derma orang ramai sebanyak RM 150.

Menurut Sdr Sufian Ibrahim, Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, sumbangan yang diberikan oleh orang ramai ini akan segera disalurkan untuk membantu mangsa gempa bumi di Pakistan. Yayasan Amal Malaysia setakat ini telah menghantar dua misi membantu mangsa gempa bumi di Asia Selatan. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang untuk membantu meringankan beban yang dideritai oleh penduduk di Asia Selatan yang teruk dilanda gempa bumi tersebut.

Dalam pada itu menurut beliau lagi, Yayasan Amal Malaysia amat mengalu-alukan rakyat Malaysia yang berkemampuan terutamanya dalam bidang perubatan, kejuruteraan dan saikologi untuk meluangkan masa, tenaga dan wang ringgit untuk menjadi sukarelawan bersama Yayasan Amal Malaysia untuk misi-misi ke Asia Selatan yang berikutnya.

Menurut Sdr Sufian lagi, beliau juga menggalakkan rakyat Malaysia untuk membantu dari segi wang ringgit dan tenaga untuk turut serta dalam mana-mana badan sukarela yang lain seperti Mercy, Aman Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia sekiranya tiada wakil Yayasan Amal Malaysia yang hampir dengan lokaliti mereka. Ini adalah memandangkan negara yang dilanda gempa bumi yang teruk itu amat mengharapkan bantuan daripada semua pihak memandangkan kawasan yang dilanda malapetaka tersebut amat luas.

Kepada mereka yang ingin mengikuti perkembangan misi membantu mangsa gempa bumi dan untuk mendapatkan maklumat lanjut bolehlah melayari laman web Yayasan Amal di www.amalmalaysia.net atau menghubungi Sdr Sufian Ibrahim di 013-3589328 atau melalui e-mel xupmxutm@yahoo.com

Jenazah dikafan tanpa dimandikan di Kg Astana Raja

Dpd : halwan9@yahoo.com

Di sini ingin saya mohon penjelasan mengenai satu kes
yang berlaku di dalam qariah Kampung Astana Raja,
Kota, N.Sembilan di mana jenazah seorang bayi
perempuan berumur 9 bulan tidak dimandikan terlebih
dahulu terus dikafankan setelah meninggal dunia akibat
demam panas. Isu ini telah menjadi perbualan hangat
orang kampung dan untuk mengelakkan salah faham dan
krisis sesama masyarakat, saya mohon penjelasan pihak
yang berwajib agar perkara ini disiasat seadanya.

Kes ini mula diketahui penduduk apabila nenek bayi
berkenaan selalu termimpikan cucunya yang telah
dikebumikan dalam keadaan menangis dan tanpa pakaian.
Beliau mula merasa tidak sedap hati lalu menceritakan
kepada jiran yang terdekat perihal cucunya yang tidak
di mandikan oleh bilal wanita yang menguruskan jenazah
di kampung berkenaan.

Penduduk di kampung berkenaan telah dimaklumkan oleh
bilal wanita tersebut bahawa bayi tidak perlu
dimandikan kerana matinya di kira mati ‘syahid’.
Betulkah begitu? Sahkah dengan apa yang di lakukan
oleh bilal wanita berkenaan memandangkan beliau
merupakan pengurus jenazah yang berkelayakan di
kampung berkenaaan. Sekiranya sah, apa alasannya?
Sekiranya tidak sah apa yang harus dilakukan oleh
pengurus jenazah dan ibu bapa terhadap bayi yang telah
dikebumikan itu?

Memandangkan banyak persoalan yang timbul maka salah
seorang penduduk di kampung berkenaan telah membuat
aduan di Pejabat Agama Daerah Rembau agar menyiasat
perkara tersebut. Namun amat sedih kerana sudah lebih
sebulan perkara ini dilaporkan sehingga sekarang tiada
jawapan muktamad yang diberikan. Bilal wanita
tersebut pula masih terus menjalankan kerja-kerja
pengurusan jenazah seperti biasa.

Justeru itu sekali lagi saya menyeru pihak yang
berwajib agar menyiasat perkara ini dengan segera. Ini
melibatkan hukum fardhu kifayah. Jika sekiranya benar
terdapat kesalahan dalam pengurusan jenazah bayi
berkenaan bermakna kami satu kampung akan
dipertanggungjawabkan untuk kesalahan ini. Ianya juga
akan turut menjejaskan nama baik qariah dan imej
kampung ini. Begitu juga dengan kredibiliti Jabatan
Agama Islam Negeri Sembilan yang memberi tauliah
kepada pengurus jenazah.

Inginkan penjelasan,

Halwa NS
Kota, Negeri Sembilan

Gejala seks punca bekalan air Seremban dicatu ?

Semasa menunggu Isya sempat berbual dengan Imam Surau Alamanda , Ustaz Aimi Hamzah. Kami menceritakan mengenai masalah catuan air di Seremban sekarang ini. Hari hari boleh dikatakan hujan di Seramban, namun air tetap dicatu. Sehari ada air, keesokannya tiada.

Lalu Ustaz Aimi beritahu, semasa beliau di Kusza dulu pernah berlaku perkara sebegini. Di Kusza ada 4 blok asrama, Blok Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali. Air dibekalkan ke empat-empat blok ini dari satu tangki utama yang sama. Namun dua blok yang sama sentiasa mengalami gangguan bekalan air, sedangkan 2 blok lagi yang mendapat punca air yang sama tiada sebarang gangguan.

Pelbagai usaha dilakukan untuk memulihkan bekalan air di 2 blok tersebut, namun semuanya tidak berjaya.

Setelah puas berusaha, pegawai Kusza bertanya kepada seorang pelajar yang warak di sana, Khairul Anwar namanya. Pegawai tadi bertanya pada Khairul, apa punca bekalan air di 2 blok Kusza ini. Khairul beritahu ada maksiat di dua blok ini.

Setelah disiasat mereka dapati memang benar di dua blok ini terdapat aktiviti maksiat dimana terdapat 10 pasangan yang terlibat dalam aktiviti homoseksual. Kesemua pelajar ini kemudian disingkirkan daripada Kusza.

Selepas daripada peristiwa itu, bekalan air di dua blok yang sebelum ini sering terganggu pulih seperti biasa. Sukar untuk dipercayai, namun demikianlah ceritanya daripada mulut seorang Imam sebelum solat Isya di bulan Ramadhan.

Berbalik kepada masalah air di Seremban ini, mungkin juga pelbagai kemungkinan boleh diperkatakan. Sudah lama tidak hujan, hutan kawasan tadahan hujan telah diceroboh, banyak paip pecah dan bermacam lagi. Namun kalau mengikut teori saintifik juga sumber alam di dunia ini atau tenaga ini tidak akan hilang, ianya akan bertukar bentuk sahaja. Seperti tenaga keupayaan akan bertukar ke tenaga kinetik, tenaga kinetik bertukar ke tenaga elektrik dan sebagainya. Begitu juga air di muka bumi ini, dari hujan, turun ke tanah, menjadi mata air , meruap semula dan seterusnya.

Apakah mungkin Seremban atau kawasan Empangan Terip yang menjadi sumber air Seremban terlalu banyak maksiat ? Sedangkan dibawah bumi terdapat banyak telaga dan kolam air bawah tanah.

Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui

Pemuda UMNO Jelutong rayu PM bela nasib Melayu Jelutong

MEMORANDUM
PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN JELUTONG
KEPADA Y.A.B DATO SERI HAJI ABDULLAH HAJI AHMAD BADAWI , PERDANA MENTERI MALAYSIA

http://www.umno-reform.com/URnews/memorandumpemudajelutung.htm
--------------------------------------------------------------------------------

Sesungguhnya kami Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jelutong amat sedih dan bimbang dengan pembangunan yang begitu pesat dan cepat keatas tanah milik persendirian ataupun milik syarikat yang melibatkan orang orang Melayu khususnya di persikataran Jelutong. Mengintai kembali sejarah yang membabitkan lot 326 hingga 332 Sek 1 dan lot 581,586 & 589 Sek 14 Bandar Jelutong ini adalah dari tahun 1997 lagi . Pihak Qaryah Masjid Jamek Jelutong telah menghantar sepucuk surat kepada YB Dato Mohd Shariff Bin Haji Omar yang ketika itu sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang serta Yang DiPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) untuk mengambil tindakan selanjutnya .Malangnya surat itu tidak mendapat sebarang jawapan serta reaksi daripada pihak YB Dato Timbalan Ketua Menteri . Tidak dengan itu sahaja , malah pada tahun 2000 pula , sepucuk surat telah dihantar kepada YAB Dato Seri yang pada masa itu sebagai Timbalan Perdana Menteri . Alhamdullilah , salinan sepucuk surat kepada YB Dato Dr Helmi Haji Yahaya selaku Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) telah diterima daripada pihak YAB Dato Seri agar permohonan Jawatankuasa Qaryah Masjid Jamek Jelutong ini diteliti dan diambil tindakan segera .Walaupun pahit juga hendak ditelan , namun semangat untuk tidak mengaku kalah daripada melihat nasib nasib bangsa Melayu terus dihalau dan merempat , sekali lagi pihak Jawatankuasa Qaryah Masjid Jamek Jelutong telah menghantar sekali lagi sepucuk surat kepada YAB Dato Seri pada 10hb April 2004 . Walaupun sehingga sekarang tiada tindakan serta reaksi daripada pihak YAB Dato Seri , tetapi kami percaya bahawa YAB Dato Seri akan terus membela nasib orang orang Islam serta Melayu Bandar dengan ikhlas dan bijaksana .

Untuk pengetahuan YAB Dato Seri juga , diantara projek projek pembangunan yang akan dibangunkan disekitar kawasan setempat adalah seperti berikut :

1. Projek Pembangunan oleh Concorde Land Sdn Bhd diatas Lot 326 hingga 332 Sek 1 Bandar Jelutong & Lot 581,586,588 dan 589 Sek 4 Bandar Jelutong , terletak bersebelahan dengan Masjid Jamek Jelutong.

2. Projek Pembangunan Syarikat Lim Kheng Kim (yang melibatkan lebih kurang 70 hingga 80 buah rumah terletak di Jalan Mohd Taib dan Jalan Tengku yang mana tanah pemilik asalnya ialah Allahyarhamah Shariffah Aloyah.

3. Projek Pembangunan Syarikat Kobay Properties Sdn Bhd yang melibatkan pembangunan di Jalan Kota Giam .

4. Projek Pembangunan Bendwind Sdn Bhd yang melibatkan pembangunan di Jalan Kota Giam.

5. Projek Pembangunan Kampung Tengah , Jelutong oleh Syarikat Udabina Sdn Bhd bersama JKP yang terbelangkalai melebihi 3 tahun . JKP hendaklah memastikan serta menumpu pembangunan di kawasan tersebut dengan segera dan perlu bertegas dan meletakkan noktah dalam menyelesaikan masalahnya

Menyedari tentang keupayaan dan kemampuan yang ada, maka seharusnya golongan warga Melayu bandar tidak sepatutnya dipinggirkan malah perlu dibela dan diberi perhatian khusus dalam pelbagai aspek kerana warga Melayu bandar adalah golongan yang bakal melahirkan serta membentuk remaja yang akan mengambil alih tampuk pemerintahan negara suatu hari nanti.

Justeru, kami mewakili seluruh warga Melayu Bandar Jelutong mengharapkan agar YAB Dato Seri dapat memberi perhatian dan akan terus membela nasib warga Melayu Bandar di Jelutong. Menerusi memorandum ini juga , kami ingin merayu dan memohon simpati daripada YAB Dato Seri supaya masalah pembangunan di kawasan Jelutong diberikan perhatian yang sewajarnya dan serius agar orang orang Melayu Bandar tidak lari meninggalkan kawasan Jelutong dalam arus pembangunan .Kami juga sedar bahawa pembangunan yang akan datang dikawasan ini tidak dapat dielakkan , tetapi ianya akan tetap berlaku . Tetapi biarlah pembangunan ini terus dan memberi manfaat kepada semua penduduk asal Jelutong.

Maka dengan ini kami :

1. Ingin Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) mengambil alih tanah diatas lot 326 hingga 332 Sek 1 Bandar Jelutong & Lot 581,586,588 dan 589 Sek 4 , Bandar Jelutong – terletak bersebelahan dengan Masjid Jamek Jelutong dari dijadikan kawasan komersial oleh Concord Land Sdn Bhd.Dengan pengambilan tanah itu , pembangunan yang dirancangkan terdahulu dapat dihentikan dan mengelak masalah masalah social bersebelahan masjid . Pengambilan tanah ini oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang ini akan mengelak kejadian kejadian serta suasana yang tidak diingini sepertimana berlakunya keatas Masjid Bayan Baru baru baru ini . Laungan azan masjid telah menyebabkan penghuni penghuni bersebelahan Masjid kurang selesa dan membuat aduan masalah laungan azan tadi . Ini secara tidak langsung boleh mengakibatkan perasaan marah oleh orang orang Islam yang mana isu ini amat sensitive dan tidak perlu ada pertikaian. Bersempena dengan kempen ISLAM HADHARI yang diperkenalkan oleh YAB Dato Seri sendiri . Tanah tanah lapang bersebelahan Masjid Jamek Jelutong ini perlu diambil alih oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) untuk pembesaran masjid yang sudah tidak dapat menampung jemaah di persekitaran Jelutong.

2. Oleh yang demikian, kami memohon keprihatinan, kesunguhan dan kebijaksanaan Majlis Agama Islam Pulau Pinang agar dapat bertindak dan menjadi sebuah badan yang membela bangsa Melayu dari faktor pembanguan khususnya di Pulau Pinang. Adalah menjadi harapan Pemuda UMNO dan seluruh warga Melayu Bandar agar Majlis Agama Islam Pulau Pinang dapat melaksanakan segala amanah yang dipertanggungjawabkan dalam membela Agama, Bangsa dan Negara.

Akhirnya , Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jelutong menaruh setinggi tinggi harapan kepada pucuk pimpinan UMNO dan kerajaan pimpinan UMNO untuk terus peka dalam menangani isu serta masalah pembangunan di Jelutong yang menghimpit serta mengeksploitasi orang orang Melayu akan dapat diatasi dengan kadar segera . Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jelutong amat mengharapkan campur tangan YAB Dato Seri dengan segera untuk menimbangkan agar tanah disebelah Masjid Jamek Jelutong diatas Lot 326 hingga 332 Sek 1 Bandar Jelutong dan Lot 581,586,588 & 589 Sek 4 Bandar Jelutong dihentikan sebarang pembangunan sehingga semua perundingan bersama Qaryah Masjid Jamek Jelutong dipersetujui .Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jelutong juga memohon simpati YAB Dato Seri supaya masalah pembangunan di Jelutong diberikan perhatian yang serius agar orang orang Melayu tidak lari meninggalkan kawasan asalnya Sekiranya tiada tindakan segera diambil atau ditangani , maka Melayu hanya akan menjadi tinggalan sejarah dikawasan Jelutong.

HIDUP ISLAM - HIDUP MELAYU - HIDUP MALAYSIA
Yang benar,

(ABDUL RAZAK ABDUL RAHMAN)
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
Bahagian Jelutong

Lawatan Sdr Ezam Md Nor ke Negeri Sembilan 28 Okt

Sempena Siri Kempen Menyambut Kebenaran Sempena Ramadhan

Pelancaran Pusat Aduan Rakyat - Talian Sahabat NS 0176688404
Tarikh : 28 Okt 2005
Masa : 4.45 Petang
Tempat No. 1, Jalan Dato Bandar Tunggal (depan Maybank Seremban / sebelah pej.Pos Utara)

Lawatan Ezam dan Exco Angkatan Muda NS ke Baazar Ramadhan
Tarikh : 28 Okt 2005
Masa : 5.45 petang
Tempat : Baazar Ramadhan Ampangan, Seremban

Solat Isya' dan Tarawikh berjemaah
Tarikh : 28 Okt 2005
Masa : 8.00 malam
Masjid Labu Bt 10, Labu.

Ceramah Umum - Ujian buat ahli UMNO –
Tarikh : 28 Okt 2005
Masa : 9.00 malam
Tempat : No. 1154, Taman Melor, Batang Benar, Pajam, Mantin

10/26/05

Jemputan Rumah Terbuka Pesuruhjaya Negeri Sembilan

Semua lapisan masyarakat dijemput untuk menghadiri Rumah Terbuka Pesuruhjaya PAS N.Sembilan, Dr Rosli Yaakop, sempena Sambutan Hari Raya Idil Fitri pada

Tarikh: 4 Nov 2005 (Hari Raya Kedua)
Hari : Jumaat
Masa: 11.00 pagi - 4.00 petang
Tempat : Markas PAS Kawasan Rembau
Rumah Terbuka PJ/YDP Pas Kawasan Rembau

Diatas kesempatan ini Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Idil Fitri kepada semua muslimin dan muslimat , Maaf Zahir dan Batin.

Semoga ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan ini diterima Allah dan semoga roh Ramadhan ini dapat dikekalkan ke Ramadhan yang akan datang jika dipanjangkan umur.

Lawatan Sdr Ezam Md Nor ke Negeri Sembilan 28 Okt

Sempena Siri Kempen Menyambut Kebenaran Sempena Ramadhan

Pelancaran Pusat Aduan Rakyat - Talian Sahabat NS 0176688404
Tarikh : 28 Okt 2005
Masa : 4.45 Petang
Tempat No. 1, Jalan Dato Bandar Tunggal (depan Maybank Seremban / sebelah pej.Pos Utara)

Lawatan Ezam dan Exco Angkatan Muda NS ke Baazar Ramadhan
Tarikh : 28 Okt 2005
Masa : 5.45 petang
Tempat : Baazar Ramadhan Ampangan, Seremban

Solat Isya' dan Tarawikh berjemaah
Tarikh : 28 Okt 2005
Masa : 8.00 malam
Masjid Labu Bt 10, Labu.

Ceramah Umum - Ujian buat ahli UMNO –
Tarikh : 28 Okt 2005
Masa : 9.00 malam
Tempat : No. 1154, Taman Melor, Batang Benar, Pajam, Mantin

10/25/05

Bekas Pesuruhjaya PAS N.Sembilan meninggal dunia

Seremban 25 Okt , 21 Ramadhan 1426 - Ustaz Ghazali Abdul Kadir, bekas Pesuruhjaya PAS N.Sembilan telah meninggal dunia sekitar jam 11 pagi tadi di Hospital , Seremban. Al Marhum adalah merupakan seorang tokoh agama yang tidak asing lagi di Negeri Sembilan, kerana sering menerima undangan memberikan kuliah dan ceramah di masjid-masjid dan surau di negeri ini.

Menurut Sdr Shamsul Kamal Setiausaha Badan Perhubungan PAS N.Sembilan, jenazah Al Marhum akan dibawa ke rumahnya di Taman Guru , Jalan Senawang - Paroi , Seremban selepas zuhr. Dan dijangka akan dikebumikan di Makam Hj Said Seremban sebelum solat Maghrib hari ini.

Menurut Sdr Shamsul lagi, Al Marhum pada malam tadi kelihatan sihat , tetapi telah mengalami kesesakan nafas pada sebelah pagi dirumahnya dan telah meninggal dunia sekitar jam 11 pagi tadi di Hospital Seremban.

Kepada mereka yang ingin menziarahi jenazah Al Marhum bolehlah ke rumah beliau di Taman Guru, berhampiran Surau Taman Guru.

10/24/05

Guru PASTI perlukan bantuan rawat suami

Senawang 24 Okt – Dalam keghairahan umat Islam berlumba-lumba mempertingkatkan amalan pada 10 malam terakhir Ramadhan dan kemeriahan sambutan Idil Fitri, masih ramai lagi insan yang tidak dapat berupaya meraikannya dan sekadar berbuka puasa ala kadar.

Prihatin dengan nasib golongan seperti ini Timbalan Ketua Pemuda PAS N.Sembilan Tn Hj Taufek Abd Ghani telah menziarai En Hamzah bin Pilus yang cacat penglihatan kedua-dua belah matanya akibat kemalangan di tempat kerja sejak tahun 1998. Seperti jatuh ditimpa tangga Hamzah ditimpa penyakit misteri yang menyebabkan kedua-dua belah kakinya membengkak dan perutnya membesar , akibatnya beliau tidap dapat bergerak.

Pendapatan beliau sebelum ini sebagai tukang urut refleksologi tidak dapat diteruskan apabila beliau ditimpa sakit misteri tersebut pada September 2005. Malah pencen ilat yang diterima daripada Perkeso sebanyak RM400 sebulan tidak cukup untuk menampung perbelanjaan perubatan beliau.

Isteri En Hamzah, Pn Rosila bt Ahmad bekerja sebagai Guru PASTI dengan pendapatan hanya sekitar RM 300 sebulan. Pasangan yang sedang menghadapi dugaan Allah ini mempunyai 5 orang anak dari yang berumur 3 tahun hinggalah ke Tingkatan 1.

En Hamzah sekarang ini menetap di Rumah Pangsa Senawang. Kepada mereka yang ingin menziarahi atau membantu pasangan ini bolehlah ke alamat berikut :
Blok E 15 (Blok E , Tingkat 1)
Rumah Pangsa Senawang
Tal : 012-6794277 , 06-6791611

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui Akaun RHB En Hamzah bin Pilus, No Akaun 10504200095933

Atau menghubungi Tn Hj Taufek 019-3920869 , Sdr Nazri Zainal 016-2778269 AJK PASTI

SAYU DAN SIMPATI

Oleh: Ibnu Ismail

INNALILLAHI WAINNA ILAIHI RAJI'UN
AKU SAYU DAN SIMPATI
Mendengar rintihan suami setia
yang kematian 'Wanita Pertama'nya
yang kehilangan isteri tercinta
yang telah puluhan tahun hidup bersama
yang telah melahirkan sepasang cahaya mata
"Saya sunyi, sunyi," katanya

AKU SAYU DAN SIMPATI
bagaimana bisa seorang suami
melupakan jasa si isteri
mana mungkin dilupai
penderitaan si isteri
serata dunia diubati
mengharap kesembuhan dari Ilahi
Kini sang isteri sudah pergi
dipanggil Rabbi ke alam abadi

SAYU DAN SIMPATI
Tinggallah suami tanpa teman
berseorangan melayari kehidupan
menelusuri hidup dengan kesukaran
rindu pada orang kesayangan
Bagaikan tertanya-tanya dan ternantikan
bilakah kan pulang srikandi idaman

Namun...
AKU LEBIH SAYU DAN LEBIH SIMPATI
bila melihat seorang isteri mendokong bayi
mengheret ke tengah dan ke tepi
ke hulu ke hilir mencari rezeki
sesuap nasi anak menanti
Dialah isteri dialah suami
kepada anak-anak yang dikasihi

AKU LEBIH SAYU LEBIH SIMPATI
dan lebih terharu
melihat sang isteri menanti dan menunggu
saat pembebasan suami yang diburu
dan dikurung oleh mereka yang celaru
celaru dengan pemikiran yang beku
mengikut telunjuk Order Dunia Baru



AKU LEBIH SAYU DAN LEBIH SIMPATI
Melihat sang ayah tertanya-tanya
kerana apakah anaknya ditahan tanpa bicara
dosa apakah lantaran anaknya didera
bukan penjajah koloni yang melakukannya
tetapi dari musuh rakan sebangsa

AKU LEBIH SAYU DAN LEBIH SIMPATI
melihat hilangnya akal seorang ayah
lantaran rindu yang tidak terbelah
anak yang ditahan tanpa sebarang salah
penantian yang hasilnya tidak berbuah

AKU LEBIH SAYU DAN LEBIH SIMPATI
melihat sang ibu dalam penantian
menanti dan mengharap pulangnya anak kesayangan
anak yang dikandungnya sembilan bulan
disusui si anak siang dan malam
dibelai dipeluk dan dicium penuh harapan
moga kelak jadi hamba Tuhan yang beriman
Bercekang mata menjaga keselamatan
seekor nyamukpun dihalau dan dijauhkan
Kini... Si anak dalam kurungan
entah bila kan dibebaskan
si ibu terus dalam penantian

AKU LEBIH SAYU DAN LEBIH SIMPATI
melihat anak kecil terpinga-pinga
melihat rakan-rakan menyambut hari raya
bersama ayah dan juga bonda
sedang dirinya hanya ada satu jua
hanya ada iu, ayah tiada
'Umi di mana ayah?' Itulah yang ditanya
si ibu menitiskan air mata
soalan yang bagaikan gegak gempita
yang bisa memecahkan kepala
'Ayahmu pergi berjuang nak," ujarnya

Ya... AKU SAYU DAN SIMPATI
kepada si suami yang kematian isterinya

Tetapi AKU LEBIH SAYU DAN LEBIH SIMPATI
kepada Sharifah Aisyah yang kehilangan ayahnya (Syed Ali)
kepada Noraini Ismail yang kehilangan suami (Alias Ngah)
kepada Shukriah Jusoh yang kehilangan suami (Solehan Ghafar)
kepada Norlaila Othman yang kehilangan suami (Mohd Shah)
kepada Esa Kamarudin yang kehilangan anak (Zid Sharani)
kepada Pak Darman yang kehilangan anak (Ahmad Pozi)
kepada Sles Monira yang kehilangan suami (Nik Adli)
kepada Nik Abdul Aziz dan Nik Kifayatullah
dan kepada Dato' Nik Abdul Aziz

PAS N.Sembilan anjur “Mantai” 1 November

“Mantai” yang biasa diperkatakan di Negeri Sembilan ini setiap kali menyambut Ramadhan atau Hari Raya bermakna hari penjualan daging lembu atau kerbau. Pada ketika inilah orangramai dapat merasakan daging segar yang baru disembelih. Kebiasaannya lemang juga akan banyak disediakan pada hari “Mantai” ini untuk menyambut kedatangan anak-anak dan cucu-cucu yang pulang dari perantauan.

Justeru itu PAS N.Sembilan turut sama menghidupkan adat “Mantai” yang sekian lama bertapak di N.Sembilan dalam menghidupkan suasana bermasyarakat.

Kepada mereka yang ingin membeli daging lembu dan daging segar pada hari “Mantai” ini bolehlah berkunjung di pusat “Mantai” di Markas PAS Cawangan Ampangan (Sebelah Surau Hitam) yang akan diadakan pada hari Selasa 1 November 2005 ( 28 Ramadhan 1426) bermula jam 10 pagi.

Maklumat lanjut hubungi Zul 019-2818816 , Hassan 013-3426346

PAS N.Sembilan edar risalah keselamatan musim perayaan 29 Okt

Adalah dimaklumkan Badan Perhubungan PAS N.Sembilan akan mengedarkan risalah keselamatan sepanjang musim perayaan kepada orang ramai di Seremban pada hari Sabtu 29 Oktober 2005. Semua ahli di negeri ini adalah dijemput bersama dalam program pengedaran risalah ini. Mereka yang ingin turut serta harap berkumpul di Markas PAS Cawangan Ampangan (sebelah Surau Hitam) pada jam 8:30 pagi.

Maklumat lanjut hubungi Zul 019-2818816

Berbuka Puasa bersama Us Abd Ghani 28 Okt

Muslimin dan muslimat dijemput ke majlis berbuka puasa bersama :

Ustaz Abd Ghani Abd Rahman – AJK PAS Pusat , Pesuruhjaya PAS Melaka
Jumaat 28 Okt 2005 – 24 Ramadhan 1426
Di Surau Kg Kutub, Lenggeng

Maklumat lanjut hubungi Zul 019-2818816

10/20/05

Majlis Berbuka Puasa Bersama Pesuruhjaya N.Sembilan

Assalamualaikum wrt wbt ,

Muslimin dan muslimat semua dijemput untuk menghadiri majlis berikut :

Majlis Berbuka Puasa Bersama Dr Rosli Yaakop , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Hari : Sabtu
Tarikh : 25 Ramadhan 1426 – 29 Oktober 2005
Tempat : Markas PAS Kawasan Rembau

10/19/05

Iktikaf Pemuda Rembau 23 Okt – 1 Nov di Masjid Senawang

Assalamulaikum wrt wbt ,
Ketua Pemuda PAS Kawasan Rembau Sdr Shamsul Kamal Idris menjemput semua muslimin untuk bersama mengimarahkan 10 malam terakhir Ramadan dengan beriktikaf di Masjid Bandar Baru Senawang.

Bermula jam 11 malam hingga solat Subuh

Ahad 23 Okt 2005 – Selasa 1 Nov 2005 (20-29 Ramadan)

Program ibadah dan tempoh masa adalah terpulang kepada individu samada untuk bertaddarus, solat sunat, berzikr dan sebagainya.

Moreh dan sahur tidak disediakan.

10/17/05

65 orang menerima sumbangan Ramadhan dari PAS Rembau


Rembau Sabtu 15 Okt – Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau telah menyampaikan sumbangan Ramadhan kepada lebih kurang 65 orang penerima yang terdiri daripada warga emas, ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim yang diadakan Pas Cawangan Astana Raja , Kota N.Sembilan.

Sumbangan adalah terdiri daripada barang–barang keperluan dapur dan wang tunai hasil derma daripada orang ramai, PAS kawasan dan juga syarikat korporat. Puan Maznah Talib, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau, selaku pengarah program, mengucapkan terima kasih kepada semua dermawan yang menderma dan menjayakan program Sumbangan Ramadhan tersebut.

Majlis Sumbangan Ramadhan tersebut telah di rasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan merangkap YDP PAS Kawasan Rembau, iaitu Dr Rosli Yaakob. Antara kepimpinan yang hadir dalam majlis tersebut ialah Tuan Hj Awaluddin, Timbalan YDP Kawasan Rembau, Hj Baharuddin , Ketua Cawangan PAS Astana Raja, Hj Taufek, Exco Pemuda PAS Pusat dan beberapa orang kepimpinan negeri serta kawasan.

Sumbangan kepada warga emas, ibu tunggal dan anak yatim telah di sempurnakan oleh Dr. Rosli Yaakob, Puan Maznah dan Hj Taufek. Dalam ucapan yang disampaikan oleh Puan Maznah, program ini akan di jadikan program tahunan muslimat kawasan. Jika tahun sebelum ini hanya 20 orang sahaja yang menerima sumbangan barangan, tahun ini jumlah penerima telah bertambah kepada 65 orang. Beliau juga menyeru kepada semua yang hadir agar banyak melakukan kebajikan , lebih-lebih lagi kepada anak-anak yatim, ibu tunggal dan warga emas yang memerlukan pertolongan.

Menurut Puan Enot, beliau amat terharu kerana di pihak PAS bukan setakat barang keperluan tetapi juga wang tunai untuk keperluan beliau menjalani ibadah puasa dan menyambut hari raya.

Dalam pada itu dalam ucapan Dr Rosli Yaakob selaku perasmi program berkenaan, beliau mengingatkan hadirin yang hadir bahawa sebagai umat Islam kita kena yakin bahawa segala rezeki yang datang kepada kita adalah dari Allah swt dan bukannya dari mana-mana pihak atau parti. Tujuan PAS menyalurkan sumbangan adalah untuk membantu sesiapa sahaja yang memerlukan tanpa mengira batasan fahaman politik masing-masing sepertimana ada di kalangan penerima merupakan ahli-ahli UMNO. Beliau juga mengambil kesempatan menjemput semua yang hadir ke rumah terbuka beliau pada hari raya kedua di Markas PAS Rembau.

Di akhir program semua penerima sumbangan sempat bergambar dengan Dr Rosli dan kepimpinan PAS kawasan. Hadirin dan hadirat turut beramah mesra dengan Dr. Rosli dan muslimat kawasan serta mengucapkan berbanyak terima kasih di atas keprihatinan PAS menyalurkan sumbangan Ramadhan. - na

Iftar bersama Tn Hj Muhammad Sabu 23 Okt Seremban

TAZKIRAH RAMADHAN & IFTAR

Tarikh : 23 Oktober 2005 (Ahad) – 19 Ramadhan 1426
Masa : 6.00 pm - 7.30 pm
Tempat : Taman Setia Jaya (belakang Masjid Ampangan)
Tetamu : Y. Bhg. Tn Hj. Muhammad Sabu (Naib Presiden)
Anjuran : DPPK Seremban dan kawasan Seremban

Semua dijemput hadir untuk meraikan Naib Presiden PAS

Hubungi : 013 634 1990 (zul)

Pemuda NS lancarkan Dana Infaq


Rembau Jumaat 15 Okt 2005 – 11 Ramadhan 1426 H
Dewan Pemuda PAS N.Sembilan pada tahun ini telah mengadakan program berbuka puasa bersama Dewan Pemuda Kawasan-Kawasan bagi mengeratkan lagi ukhuwwah dikalangan pimpinan pemuda negeri dengan pimpinan pemuda kawasan dan cawangan.

Program Iftar Jamaei yang diadakan di Markas PAS Kawasan Rembau pada kali ini mendapat kunjungan tetamu istimewa iaitu Us Norazli Musa, EXCO Pemuda PAS Pusat yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Perak.

Dalam sessi Tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Us Norazli pada malam tersebut beliau menyeru kepada semua ahli terutamanya pemuda agar mengambil semangar Badr Kubra untuk menegakkan kebenaran yang dibawa Islam dan tidak merasa ragu-ragu akan bilangan ahli yang sedikit.

Pada majlis tersebut juga Us Norazli Musa telah merasmikan Dana Infaq Pemuda yang dikendalikan oleh Lajnah Ekonomi dan Keusahawanan Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan.

Menurut Sdr Mohamad AJK Pemuda N.Sembilan Dana Infaq ini bukan hanya kepada pemuda malah ianya terbuka kepada semua ahli dan penyokong PAS tanpa mengira usia dan golongan. Melalui skim ini ahli berpeluang untuk menyumbang secara tetap dan konsisten sebagai jariah yang berterusan disamping menerima skim perlindungan takaful untuk diri dan keluarga mereka dimana jumlah sumbangan minima hanyalah RM 10 sebulan.

Maklumat lanjut mengenai Dana Infaq ini bolehlah didapati dengan menghubungi Us Suhaimi , Bendahari DPPNS 012-6835226, Sdr Mohamad 019-6619156 atau Sdr Fahri 012-2589637, 06-6796258.

10/7/05

Pegawai Istana N.Sembilan sertai keADILan

Oleh: Faisal Mustaffa http://www.malaysia-today.net/blog/2005/10/pegawai-istana-negeri-sembilan-sertai.htm

Kedatangan Anwar Ibrahim ke Negeri Sembilan memberi kesempatan kepada Setiausaha Kerapatan Adat Istiadat Negeri Sembilan, Dato Haji Aladzhar Abd Khalid membuat pengumuman menyertai keADILan pada 1 Oktober lalu.

Beliau bertindak demikian atas kesedaran pemimpin Umno kini korup dan hanya mementingkan diri sendiri, bukannya rakyat.

Aladzhar yang juga setiausaha kepada Bilik Gerakan Umno Negeri Sembilan dari 1987 hingga April 2005 berkata pengalaman tersebut, sudah mencukupi untuk membuat kesimpulan bahawa Umno sudah tidak lagi relevan. Bahkan, parti yang sepatutnya menaikkan martabat kaum Melayu hanya menumpukan kepada segolongan pihak sahaja.

"Manakala KeADILan adalah parti yang bukan hanya untuk orang Melayu tetapi mementingkan kesemua kaum di negara ini," kata Aladzhar yang ditemui selepas selesa majlis ceramah Anwar Ibrahim yang diadakan di Batu Kikir, Kuala Pilah.

Bagi kawasan seperti Jempol, kehadiran seramai 10,000 adalah satu jumlah yang berupaya untuk menggoncang Menteri Besarnya, Mohamad Hasan.

Aladzhar berasa sungguh kagum dengan sambutan pada malam tersebut. Beliau yang juga Setiausaha Kehormat Persatuan Datuk-datuk Lembaga berkata mengikut pengalamannya bukan senang untuk mengumpulkan rakyat seramai itu dalam upacara-upacara rasmi kerajaan negeri mahupun pusat.

"Pak Lah yang datang ke Negeri Sembilan pun susah untuk habiskan 70 meja," katanya ketika menjadi jawatankuasa menyambut Perdana Menteri ke Negeri Sembilan baru-baru ini.

Majlis makan malam yang sepatutnya diadakan di Dewan Majlis Daerah Kuala Pilah terpaksa dipindahkan kerana pihak Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) membatalkan permohonan KeADILan.

Akhirnya majlis tersebut diadakan di rumah bekas calon parlimen Kuala Pilah 2004, Haji Anuar Salleh di Ampang Tinggi, Parit, Kuala Pilah.

Permohonan dibuat pertengahan September lepas tetapi ianya ditolak pada 28 September lalu, tiga hari sebelum program itu diadakan.

Wang deposit sebanyak RM600 pun sehingga ini belum dipulangkan oleh pihak Majlis Daerah.

Alasan yang diberikan adalah kerana pihak kerajaan memerlukan dewan tersebut bagi urusan rasmi tetapi menurut sumber yang diperolehi, dewan itu kosong pada malam tersebut.

Orang yang tinggal berhampiran dewan itu memberitahu majlis hanya diadakan keesokan harinya yang diadakan oleh sekumpulan masyarakat Cina dengan hidangan minuman arak.

Sebelum bertolak ke Kuala Pilah, Anwar singgah bertemu dengan ahli-ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang sedang mengadakan Temu Rapat di salah sebuah hotel di Port Dickson.

Anwar menyedari bahawa pergerakannya di situ diperhatikan oleh dua orang yang mencurigakan bersama kamera video-cam.

Sungguhpun Anwar melambai dari jauh, 'juru kamera' itu tetap merakamkan pergerakannya, sehingga Anwar terpaksa mengejar mereka.

Sebaik saja Anwar kelihatan menghampiri mereka, keduanya berkeliaran meninggalkan tempat tersebut

Pemimpin-pemimpin Umno bertemu Dato Seri Anwar Ibrahim

Oleh Haniza Talha http://www.malaysia-today.net/columns/haniza/index.htm
October 7, 2005

Pembawakan Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah pembawakan seorang pemimpin negara. Bagaimana keras sekalipun, pemimpin-pemimpin Umno ingin nafikan perkara tersebut, ia satu perkara yang tidak dapat ditolak dan sudah diterima oleh semua.

Walaupun sudah bebas dari penjara, tetapi pihak berkuasa masih mahu menyekat “kebebasan” Anwar dalam negaranya sendiri. Beliau terpaksa pergi ke luar negara untuk mendapat peluang pekerjaan. Sungguhpun demikian, apabila Anwar pergi ke mana-mana tempat di luar Malaysia, pihak kedutaan dan Jabatan Penuntut-penuntut Malaysia akan memberi amaran kepada pelajar-pelajar supaya tidak menghadiri majlis-majlis yang dihadiri oleh Anwar.

Amat menghairankan, kerajaan Barisan Nasional yang sudah lebih empat puluh tahun memerintah masih merasa tergugat dengan kehadiran seorang bekas timbalan perdana menteri yang dikatakan sudah tidak relevan lagi dalam landskap politik negara.

Amat memalukan (bagi kerajaan BN) lagi, mereka sanggup jatuh begitu rendah, sehingga merayu pada badan-badan antarabangsa agar tidak menjemput Anwar untuk menyampaikan ucaputama atau berucap di majlis-majlis bertaraf dunia yang dianjurkan. Itulah ciri-ciri kerajaan Barisan Nasional yang apapun "Malaysia Boleh"!

Aneh juga, seorang yang dikatakan sudah tidak relevan, tetapi masih diterima di merata dunia seperti seorang pemimpin negara. Pandangan serta nasihatnya sentiasa diminta di luar negara tetapi rakyat Malaysia sendiri tidak mengambil manfaat daripadanya. Begitulah cerdiknya kerajaan yang ada hari ini, yang buta terhadap permata yang mereka miliki, mahu dicampakkan sahaja tetapi masih menyimpan 'kayu-kayu reput' yang berkali-kali terpalit dengan korupsi.

Apabila Umno gagal menghalang Anwar dari bergerak di luar Malaysia serta mendapat perhatian rakyat di dalam dan di luar negara, mereka cuba sebarkan berita mengenai ura-ura kemasukan semula Anwar ke dalam Umno. ”Pengkhianat” bangsa yang mereka isytiharkan dalam perhimpunan agung tahun lalu, dan sudah diharamkan dalam Umno, kini ingin mereka bawa masuk kembali ke dalamnya.

Umno kini sudah 'gabra' kerana ramai pemimpin dan ahli-ahlinya masih menyokong Anwar dan ramai juga yang sudah hilang kepercayaan terhadap perjuangan Umno yang kononnya membela nasib bangsa Melayu. Bukan sedikit pemimpin-pemimpin Umno yang telah pergi berjumpa dengan Anwar sejak dia dibebaskan 2 September 2004 lalu.

Daripada menteri sehingga kepada ketua cawangan Umno, sudah pun pergi berjumpa Anwar menyatakan sokongan mereka kepadanya. Ada yang melawatnya di luar negara kerana tidak mahu di"tangkap" berjumpa dengan bekas timbalan perdana menteri tersebut. Tetapi ada yang sudah tidak peduli lagi sama ada diperhatikan oleh SB atau tidak, mereka beramai-ramai dari cawangan dan bahagian pergi bertemu dengan Anwar di kediamannya.

Tidak kurang juga yang menitiskan airmata buaya mereka di hadapan Anwar, memohon maaf kerana tidak bersama ketika Anwar dipenjarakan. Apa boleh buat, jika 'periuk nasi' menjadi agenda utama dalam perjuangan politik mereka.

Malah, kali terakhir dia pulang ke Malaysia pada 26 September baru-baru ini, hari esoknya pemimpin-pemimpin Umno akar umbi sudah pergi berjumpa dengan Anwar di kediamannya. Kali ini, kumpulan ini menyatakan sokongan padu mereka dan akan menerima beliau sebagai perdana menteri yang keenam. Mereka menyatakan hilang rasa kepercayaan mereka akan kemampuan Umno untuk membela nasib orang Melayu setelah isu-isu seperti AP, kenaikan harga minyak dan penyelewengan-penyelewengan terbongkar.

Anwar tidak sombong, dia menerima mereka semua seadanya, sebagai kawan dan mendengar apa yang mereka mahu sampaikan. Namun, apa yang mereka kemukakan padanya, suatu yang mustahil baginya untuk terima dan lakukan: Kembali kepada Umno kerana mereka tidak dapat lihat Abdullah akan terus mempertahankan kedudukannya dalam Barisan Nasional.

Ahli-ahli Umno masih mengharap bahawa Anwar akan kembali pada Umno. Sebenarnya, Anwar sudah nekad memilih jalan yang ”sukar tetapi jalan yang berkat”. Tempohnya sebagai menteri dalam Umno telah menginsafkan dirinya bahawa tiada jalan pintas dalam menegakkan keadilan dan kebenaran. Tetapi bagi mereka yang celik-celik mata sudah berada dalam Umno, makan minumnya disebabkan Umno, memang mereka tidak nampak lagi dunia tanpa Umno, sehingga melebihi pergantungan mereka terhadap Umno dari kepada Tuhan.

Sebuah opinion poll yang dijalankan Ogos lalu mendapati 60% orang ramai yang menyokong kepimpinan Anwar. Popularitinya juga sudah meningkat sejak dia dibebaskan. Ini dapat disaksikan ketika dia mengelilingi negara dalam ceramah-ceramah umum yang diadakan. Dengan keterbatasan hebahan dan makluman oleh Parti Keadilan Rakyat, namun, kehadiran Anwar di mana-mana jua sering dikunjungi puluhan ribu hadirin. Antara ceramahnya yang terbaru ialah di Kamunting, Taiping dan Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Apa yang kelihatan hanyalah lautan manusia memenuhi ruang yang ada. Sungguh menakutkan kerajaan Barisan Nasional!

Sungguhpun demikian, Anwar masih menjelajah ke seluruh negara setiap kali pulang ke negara, bagi mengadap rakyat dan menjelaskaan misinya.

Baru-baru ini di Port Dickson dalam sesi Temu Rapat Parti Keadilan Rakyat, Anwar menegaskan dia tidak akan memasuki Umno dan kali ini, dia bertambah yakin akan perubahan yang akan berlaku dalam landskap politik negara dalam pilihan raya umum yang akan datang. Dia juga menyatakan keyakinannya memilih Parti Keadilan Rakyat sebagai platfom bagi meneruskan usaha menegakkan keadilan untuk semua.

Saya bertanya kepada salah seorang ahli MPT yang sering mengiringi Datuk Seri Anwar Ibrahim, sama ada dia merasakan perubahan yang dikatakan Anwar akan berlaku. Menurutnya, pada mulanya dia tidak yakin perubahan tersebut akan berlaku memandangkan keadaan parti yang lemah dan ahli-ahli yang sudah kepenatan dan begitu banyak rintangan yang dihadapi, tetapi setelah dia mengelilingi negara dalam siri ceramah umum Anwar, dia dapati kehadiran orang ramai amat menakjubkan. Mereka seolah-olah tahu, Anwar akan berada di situ untuk bertemu rakyat. Bukan saja di bandar-bandar malah di luar bandar, apa yang dapat diperhatikan, kehadiran memang menjangkau puluhan ribu, seperti gelombang besar yang membawa bersamanya segala yang di jalannya, semua lapisan masyarakat. Bukan saja masyarakat Melayu yang datang berpusu-pusu untuk mendengar, malah, kaum Tionghua dan India juga turut serta ingin tahu apa yang diperkatakan oleh Anwar, tambahnya lagi.

Bila mendengarkan gambaran yang disampaikan oleh ahli MPT tersebut, membuatkan saya terkenang kembali, gelombang yang menyelubungi seluruh negara ketika peristiwa pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 dulu. Pada 20 September 1998, sebelum beliau ditahan, rakyat Malaysia dari seluruh negara telah datang berkumpul di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Belum pernah begitu ramai rakyat berkumpul, hanya dengan sebaran mulut dan internet (yang capaiannya tidak meluas) sahaja, untuk mendengar kenyataan Anwar.

Jika sekiranya, gelombang tersebut berlaku semula sebaik saja sebelum pilihan raya umum ke 12, saya yakin perubahan landskap politik yang disebut-sebut oleh Anwar sebagai ”sedikit masa lagi”, itu akan berlaku dan ia tidak mampu ditahan lagi oleh Barisan Nasional.

Persatuan Pengguna Islam seru boikot Colgate Thailand

Dari laman web Persatuan Pengguna Islam Malaysia http://www.muslimconsumer.org

Memorandum Bantahan kepada Kerajaan Thailand yang telah diserahkan kepada Kedutaan Besar Thailand di Kuala Lumpur pada Isnin 3 Oktober 2005 jam 12 tengahari

Umat Islam di seluruh dunia khususnya di Malaysia dan di Selatan Thailand tidak akan lupa akan peristiwa bulan Ramadhan 2004 di mana berpuluh-puluh warganegara Thailand beragama Islam telah meninggal dunia akibat lemas setelah ditimbun di dalam trak-trak askar.

Mereka juga tidak akan dapat melupakan layanan buruk askar-askar Thailand – samada yang telah tersiar mahupun tidak tersiar melalui media massa - terhadap umat Islam.

Umat Islam tidak akan lupa dan sentiasa akan merasa tersentuh tatkala mengenangkan nasib beratus-ratus mangsa yang dipaksa meniarap dan merangkak sambil dibelasah dengan senjata serta tindakan-tindakan tidak berperikemanusiaan lain arahan Perdana Menteri Thaksin.

Kini Ramadhan muncul kembali dan umat Islam di negara itu masih lagi tidak sunyi dari ditindas oleh kerajaan Thaksin - malah ianya digerakkan secara lebih halus dan kejam lagi. Pelanggaran hak asasi manusia ini haruslah dipandang lebih serius oleh kerajaan-kerajaan ASEAN kerana ia boleh menimbulkan ketidakstabilan di rantau ini. Oleh yang demikian:

(01) Persatuan Pengguna Islam Malaysia sekali lagi mengecam tindakan askar-askar Thailand dan Perdana Menteri Thaksin yang telah secara membabi buta menyerang dan memburu orang-orang Islam yang tidak berdosa terutamanya golongan yang berkait rapat dengan institusi agama Islam di keempat-empat wilayah Islam itu.

(02) Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa agar Perdana Menteri Thaksin mengadakan siasatan yang adil serta lebih mendalam dan memberkas dalang penyebab kacau-bilau yang mengakibatkan umat Islam yang tidak tahu–menahu dari terus tertuduh dan dibunuh secara kejam saban hari.

(03) Persatuan Pengguna Islam Malaysia menuntut agar kerajaan Thaksin menggunakan peruntukan pengisytiharan darurat di Wilayah Selatan itu secara bijaksana dan berkesan untuk mengembalikan keamanan dan mengenalpasti punca sebenar kekacauan yang berlaku dan membawa semua puak yang terlibat ke meja perundingan dan menyelesaikan apa jua masalah secara diplomasi.

(04) Persatuan Pengguna Islam Malaysia menuntut agar Perdana Menteri Thaksin menggeledah semua sarang dan modus operandi kumpulan pengedaran dadah, penjual senjata haram dan konco-konco yang terlibat dengan rasuah serta membanterasnya secara total tanpa membabitkan masyarakat Islam yang tidak berdosa secara keseluruhan.

(05) Persatuan Pengguna Islam Malaysia menuntut agar semua umat Islam diberikan perlindungan sewajarnya di atas dasar perikemanusiaan serta diberikan layanan yang adil dalam apa jua kemelut yang melanda di selatan negara itu.

(06) Persatuan Pengguna Islam Malaysia akan terus mendesak kerajaan Malaysia agar melindungi mereka yang masuk ke negara ini untuk mendapatkan perlindungan sehingga mereka berjaya dihantar ke negara ketiga.

(07) Persatuan Pengguna Islam Malaysia akan terus mengaturkan tindakan pemulauan ekonomi serta lain-lain program yang sewajarnya untuk memberikan isyarat yang yang jelas dan keras kepada kerajaan Thailand agar memberhentikan segala kegiatan berbau kebinatangan dan biadap terhadap umat Islam. Ketika ini kami telah pun menganjurkan boikot terpilih barangan Thailand iaitu Ubat Gigi Colgate dan Ayam CP Lima Bintang .

(08)Kami juga menuntut agar kerajaan Thailand merangka program pembangunan rakyat selatan Thailand itu dengan lebih teratur dan saksama serta mewujudkan wilayah yang produktif bagi menjamin keadaan sempadan kedua-dua negara satu kawasan pertumbuhan ekonomi yang kukuh.

Dato' Dr. Ma'amor Osman
Setiausaha Agong
Persatuan Pengguna Islam Malaysia

10/5/05

Sambutan DeepaRaya HARAM , Jabatan Mufti Perak

Ipoh 8 Ramadhan 1425 @ 22 Okt 2004 - Orang-orang Islam adalah dilarang sama sekali mencampuradukkan perayaan orang Islam dengan perayaan orang-orang kafir dalam apa jua bentuk sekalipun.

Menyentuh tentang para peniaga yang menggunakan perkataan "Deparaya" yang dipercayai dari perkataan Depavali dan Hari Raya, adalah haram bagi umat Islam menggunakan perkataan itu meskipun bagi gimik melariskan jualan mereka.

Ustaz Zamri Hashim berkata demikian melalui radio Malaysia 3 Ipoh dalam siaran Soal Jawab Agama, pagi ini.

Menurut Ustaz Zamri lagi, umat Islam adalah diingatkan kepada surah Al-Kafirun yang menyebutkan amaran Allah bermaksud " Bagimu (orang kafir) agamamu dan bagi ku agamaku"

Hukum merayakan perayaan orang-orang kafir sudah disepakati oleh Jawatankuasa Syariah Negeri Perak sebagai salah satu perbuatan yang diharamkan.

Justeru itu umat Islam adalah dilarang merayakan perayaan orang-orang kafir biar dalam apa bentuk, secara bersama atau menghadiri perayaan itu. Biarkanlah orang-orang kafir merayakan mereka mengikut cara mereka tanpa melibatkan diri kita selagi kita mengakui keIslaman kita - JMNPk

Sumber http://mufti.perak.gov.my/berita/berita041022-2.htm

10/4/05

Udara di Sg Gadut tercemar tanpa ada tindakan !

Oleh : N. Ahmat
halwan9@yahoo.com

Setiap kali melalui kawasan perindustrian Sungai Gadut selepas waktu pejabat, maka ramai yang tidak akan terlepas dari menghidu bau yang kurang menyenangkan di kawasan perindustrian yang berhampiran dengan pejabat operasi Petronas. Saya berpendapat baunya disyaki datang dari kilang papan dan kilang perabot yang menggunakan gam kayu dalam proses pengeluaran produk mereka.

Gam kayu yang mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan ini, adalah merupakan bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan kepada sesiapa sahaja yang menghidunya. Kesan tersebut mungkin datang dengan kadar yang cepat dan mungkin juga dengan kadar yang lambat. Ianya bergantung kepada tahap pendedahan yang di alami oleh setiap individu lebih-lebih lagi pekerja-pekerja di kilang berkenaan yang secara langsung menghidunya setiap hari. Rata-rata pekerja di kilang berkenaan merupakan pekerja tempatan dan pekerja asing yang menjalankan kerja-kerja rutin di bahagian pengeluaran.

Di samping itu juga, dapat diperhatikan parit tepi jalan yang berdekatan penuh dengan sisa bahan kimia yang juga datang dari kawasan perindustrian tersebut. Apa yang membimbangkan ialah kawasan berkenaan berdekatan dengan kawasan estet perumahan dan juga terdapat beberapa buah gerai makanan yang menjadi tumpuan pekerja-pekerja kilang dan juga pemandu-pemandu lori. Justeru, selaku individu yang turut terlibat dalam pengamalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, saya berpendapat perkara ini perlu di pandang serius kerana ianya boleh menjejaskan kesihatan orang ramai.

Oleh yang demikian, saya menyeru Exco di kawasan berkenaan untuk turun padang dan mendengar keluhan penduduk serta melihat nasib pekerja tempatan dan pekerja asing yang bekerja dan tinggal di asrama kilang tersebut. Di samping itu, pihak Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan mungkin boleh menyiasat sistem pembuangan sisa toksid, tahap perlepasan effluen dari sistem pengolahan air buangan dan juga tahap pelepasan udara dari cerobong di kilang berkaitan. Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan Negeri Sembilan juga perlu terlibat dalam menyiasat dan mengenalpasti penyakit pekerjaan serta risiko kesihatan yang mungkin di terima setiap pekerja atau orang ramai yang lalu apabila terhidu bahan kimia berkenaan.

Jika benar bahan kimia tersebut berbahaya kepada kesihatan, maka satu tindakan yang mungkin perlu di laksanakan dengan segera oleh pihak berwajib ialah dengan mengeluarkan arahan sementara kepada orang ramai yang melalui kawasan berkenaan seperti menutup tingkap kereta dan meletakkan papan amaran "Anda sedang melalui kawasan yang udaranya tidak sihat yang mengandungi bahan kimia" sementara menunggu siatan terperinci dilakukan. Jika perkara ini di tangani sewajarnya oleh JAS, JKKP dan EXCO yang terlibat, saya yakin masalah pencemaran akan dapat di atasi sepenuhnya di kawasan perindustrian berkenaan dan juga seluruh Malaysia amnya.

Sikap mengambil tahu dan bertindak haruslah diamalkan oleh pihak bertanggungjawab dengan kerjasama masyarakat dan bukan hanya tunggu masalah dipaparkan dalam media cetak dan media elektronik barulah tindakan akan diambil apabila berlaku bencana yang menyebabkan kematian.