FORUM

FORUM

KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

11/30/05

Ahli Parlimen Malaysia wajar contohi Teresa Kok

Apa yang baik wajar diteladani, walaupun ianya datang daripada orang yang tidak sehaluan , tidak seagama, tidak sebangsa dengan kita. Yang tidak baik kita jadikan sempadan. Teresa Kok adalah merupakan ahli Parlimen kawasan Seputeh daripada parti DAP. Sebut sahaja DAP ianya mengimbau kembali sejarah pergeseran perkauman antara Melayu dan Cina. Dan ada sesetengah daripada orang Melayu kurang senang dengan kehadiran DAP di kalangan mereka.

Namun apa yang menarik minat saya ialah apabila nama Teresa Kok menjadi bualan sekarang ini dengan pendedahan isu kes tahanan wanita warga Cina yang didakwa dibogelkan dan disuruh untuk melakukan ketuk ketampi oleh anggota polis. Ini menarik minat saya untuk mengenali Teresa Kok dengan lebih dekat. Apa yang menyebabkan beliau begitu senang didatangi oleh masyarakat terutamanya daripada kaum Cina sendiri.

Apa yang dijumpai ialah sesuatu yang ahli parlimen lain terutama daripada parti UMNO, MIC, PAS , Keadilan dan lain-lain parti komponen Barisan Nasional mahupun pembangkang yang wajar contohi. Iaitu Teresa Kok mempunyai laman web beliau sendiri http://teresakok.blogsome.com dimana masyarakat dapat mengikuti perkembangan ahli parlimen di kawasan mereka daripada masa ke semasa. Malah laman web Teresa Kok ini tidak beku seperti mana laman web agensi kerajaan yang hanya dikemaskini mungkin setiap enam bulan sekali atau mungkin apabila mendapat teguran dalam akhbar. Laman web Teresa Kok ini di kemaskini hampir setiap hari, terutamanya apabila ada sesi parlimen berlangsung.

Malah kritikan, komen serta teguran yang diberikan oleh Teresa Kok dalam laman webnya adalah merupakan isu setempat dan isu semasa yang mempunyai fakta yang munasabah, bukan setakat serangan emosional semata-mata atas sentimen kepartian.

Dengan ini rakyat yang diwakili oleh ahli parlimen berkenaan seolah-olah dapat mengenali ahli parlimen mereka dengan lebih dekat, dan secara tidak langsung dapat menilai mutu perkhidmatan yang diberikan oleh ahli parlimen mereka secara peribadi, bukan secara pukul rata oleh parti yang diwakili.

Dengan itu saya menyeru terutama rakan-rakan saya ahli-ahli parlimen dan wakil-wakil rakyat yang beragama Islam dan berbangsa Melayu daripada UMNO, PAS dan Keadilan agar mencontohi pendekatan yang diketengahkan oleh Teresa Kok dengan mengadakan laman web yang informatif dan interaktif agar ianya dapat menjalinkan hubungan erat antara ahli parlimen dan wakil rakyat dengan rakyat yang diwakilinya.

Rozmal Malakan
E-mel : rozmal@yahoo.com Laman web waghih.blogspot.com

*****************************************************************
Wanita Melayu Islam Turut Dibogelkan Pada Tahun 2000

Reformasi kaki abused during remand http://teresakok.blogsome.com/2005/11/28/62/

We held another press conference on police abuse scandal this morning.

…… Nora, a Muslim woman, was asked to strip in front of police woman and squat ten times at the women’s police lock-up at Kapar Police Station.

She was arrested by police on 4 November 2000 while looking for a place to set up her stall to hawk food to those attending ………… Not long after she arrived, she saw Klang Municipal Council officers arrive with FRU, police and General Operations Force Officers in tow.

She and others who were arrested were brought to the Kapar Police Station. Nora was released on November 10 and no charges without charges being laid.

Nora has complaint to ………… Suhakam but nothing came out after the report. This is another incident which proves cops do not discriminate as they abuse and bullly citizens and tourists from every community

11/25/05

Syed Hussein Alattas berkempen tidak memburukkan UMNO

Inilah cara berkempen yang professional, tidak memburukkan atau memperlekehkan parti lawan, sebaliknya Syed Hussein menghuraikan mengapa PAS perlu menang.

Kempen atas pentas PAS : ‘Saya ingat Mawi pun kalah’ – kata Syed Hussein Alattas

http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_c509bc96-7f000010-c0e88800-a8db57e0

Ramai wartawan yang mengerumuni penulis kontroversial Syed Hussein Al-Attas di satu majlis rumah terbuka Aidilfitri di rumah seorang pemimpin UMNO di Kuala Lumpur Khamis malam.Beliau baru saja pulang dari Pengkalan Pasir di Kelantan setelah beberapa hari di sana.

Semuanya tertarik mendengar heboh kisahnya berkempen atas pentas parti PAS.

Mengenali Syed Hussein atau “Pak Beb” siapa pun tak hairan beliau ‘ bikin gamat ’ .

Tetapi mengapa sampai naik keatas pentas ? Itulah yang menjadi tandatanya semua mengenangkan beliau selama ini mengekalkan imejnya sebagai penulis bebas yang kaki hentam tak kira siapa.

Syed Hussein tertawa riang mendengar macam-macam soalan yang dikemukakan padanya.
“Orang UMNO ..orang PAS semuanya kawan-kawan saya,”katanya.

Menurut Syed Hussein sepanjang 45 tahun jadi penulis bebas inilah kali pertama beliau naik keatas pentas berceramah.

“Ia satu pengalaman yang memang ‘ lain macam’ .Saya ingat Mawi pun kalah,”katanya secara berjenaka lagi.

Katanya selama ini beliau bukan ahli UMNO ataupun ahli PAS."Sekarang pun tidak".tambahnya.

Kata Syed Hussein beliau sendiri terkejut dengan sambutan ‘ macam selebriti’ yang diterimanya semasa tiga kali naik atas pentas PAS berceramah termasuk satu bersama Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat.

“Sana orang tarik…sini orang tarik…nak ambil gambarlah… nak sign autographlah…saya tak sangka langsung,”katanya.

Menjawab soalan lain Syed Hussein kata beliau menggangap semua ini sebagai salah satu pengalaman hidup.

Ditanya bagaimana kalau orang kata beliau sengaja nak glamour atau nak mencuri perhatian buat begitu,”…Oh tidak..tidak…Saya dah lama menulis…semua itu tak perlu…saya nak merasa juga bagaimana berdiri atas pentas,”katanya.

Ditanya pula apakah ini petanda sokongan terbukanya kepada PAS dalam pilihanraya itu, beliau spontan berkata “ …saya rasa saya mahu PAS menang dalam pilihanraya kecil ini.”

Katanya beliau mempunyai sebab-sebab tersendiri berpendirian begitu.

“Saya tak peduli apa orang nak kata…saya masih berkawan dengan orang-orang UMNO…macam hari ini saya hadir rumah terbuka pemimpin UMNO yang merupakan rakan baik saya ,”ujarnya.

Ditanya apakah ada dikalangan pemimpin UMNO yang memujuknya agar menghentikan berkempen untuk PAS, katanya,“setakat ini tidak.”

Ikut katanya semasa berkempen beliau tidak langsung menghentam para pemimpin UMNO sebaliknya menghuraikan mengapa PAS perlu menang.
Syed Hussein berkata beliau akan pergi lagi ke Pengkalan Pasir untuk berkempen.

“Saya juga akan mengiringi calon PAS semasa hari penamaan calon,”katanya

Serbuan Kedai Judi : Syabas Jabatan Agama N. Sembilan

Inilah yang lama dinanti-nantikan. Selama ini pelanggan Islam di Negeri Sembilan bermaharaja lela , tanpa segan silu membeli nombor ekor di siang hari di depan khalayak ramai.

Teruskan usaha ini, jangan gentar. InsyaAllah ramai yang menyokong usaha sebegini.

Edisi Tengah : Jains gempur kaki judi
http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Friday/Setempat/20051125082605/Article/indexm_html
Oleh Mohd Amin Jalil

SEREMBAN: Gerak gempur Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (Jains) di kedai nombor ekor di negeri ini menahan 21 kaki judi termasuk seorang datuk berusia lebih 60 tahun sejak undang-undang judi dikuatkuasakan September lalu.

Pengarah Jains, Datuk Zaharuddin Mohd Sharif, berkata mereka yang ditahan itu membabitkan beberapa operasi yang dijalankan di sekitar daerah ini dan Kuala Pilah.

Beliau berkata, Jains mula mengedarkan peraturan melarang umat Islam memasuki premis dan membeli nombor empat angka itu pada Mac tahun ini selepas undang-undang berkaitan diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Selepas itu Jains menampal risalah peringatan itu di premis berkaitan dan di beberapa tempat tumpuan awam.

“Tindakan dan operasi menahan mereka yang memasuki premis dan membeli empat nombor ekor bermula sejak September lalu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Zaharuddin berkata, pihaknya sudah mengambil segala maklumat dan butiran peribadi semua lelaki terbabit sebelum dihadapkan ke Mahkamah Syariah di sini, tidak lama lagi.

Menurutnya, mereka akan didakwa mengikut Seksyen 79 (A), Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 (pindaan 2003) di atas kesalahan berjudi atau berada di premis judi.

“Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Beliau berkata, Jains sedang merancang mengadakan operasi besar-besaran dalam tempoh terdekat ini dalam usaha menghalang masyarakat Islam terus melakukan perbuatan haram itu.

Katanya, tindakan menahan mereka yang melakukan kesalahan itu bertujuan mengajar supaya tidak mengulangi lagi perbuatan itu, tetapi masih ramai masyarakat Islam tidak memperdulikan larangan dikuatkuasakan.

“Jains tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang ditahan kerana kesalahan itu, kerana setiap kelemahan akan menjejaskan kredibiliti jabatan,” katanya.

Zaharuddin mengingatkan individu terbabit supaya tidak terus terbabit dalam aktiviti haram itu demi menjaga maruah dan kredibiliti agama Islam itu sendiri.

11/24/05

Syed Hussin Al-Attas penyanjung Dr Mahathir sokong PAS ?

http://harakahdaily.net/article.php?sid=16883
Pak Habib turun ke Pengkalan Pasir sokong PAS
Thursday, November 24 @ 07:36:50 MYT

KOTA BHARU, 24 Nov (Hrkh) – Penulis Syed Hussin Al-Attas atau lebih dikenali dengan nama ‘Pak Habib’ telah melakukan ‘kejutan’ apabila menyatakan secara terbuka untuk menyokong perjuangan PAS sama ada dalam bentuk penulisan atau ceramah.

Setelah menyokong perjuangan Umno khususnya dalam penulisan selama 45 tahun, semalam beliau juga turut menyatakan secara terbuka untuk menyokong PAS di pilihan raya kecil Dun Pengkalan Pasir. Beliau berkata demikian ketika bercakap dalam sidang media di kediaman rasmi Menteri Besar (JKR 10) di sini.

Katanya lagi, perubahan pendiriannya itu bukan sahaja mengejutkan para pimpinan Umno, rakan-rakan penulis lain, sebaliknya beliau sendiri terkejut dengan perubahan itu.

“Jangankan orang lain, saya sendiri terkejut dengan perubahan saya ini, tetapi saya yakin saya tidak salah melakukan perubahan,” ujarnya lagi.

Beliau turut berpendapat, tidak ada sebab perjuangan PAS khususnya pemimpin mereka seperti Mursyidul Am, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, harus ditentang kerana parti itu satu-satunya yang memperjuangkan Islam.

Pak Habib turut melahirkan rasa syukur di atas perubahan pendiriannya untuk menyokong perjuangan PAS terutama di penghujung kehidupan.

“Saya bersyukur banyak-banyak kerana Allah telah membukakan pintu hati saya terutama di saat-saat akhir kehidupan saya ini, saya harap penyokong Umno yang lain juga berbuat demikian kerana hidup kita ni sudah semakin hampir dengan Isyak,” katanya.

Tok Guru Nik Aziz sifu saya

"Dulu sifu saya adalah Tun Abdul Razak dan Dr Mahathir tetapi sekarang sifu saya adalah Tok Guru Nik Aziz," katanya ketika berucap dalam majlis perhimpunan belia di Dewan Majlis Daerah Pasir Mas malam kelmarin.

Turut berucap di majlis itu adalah Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat, Haji Husam Musa dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan negeri, Abdul Patah Mahmood.

Seramai 350 belia dari 14 kelab belia seluruh Pengkalan Pasir berkumpul di majlis tersebut. Husam Musa telah melancarkan Gabungan Kelab Belia Pengkalan Pasir.

Setiap kelab menerima geran RM500 dari kerajaan negeri untuk menjalankan aktiviti belia di kampung masing-masing.

Antara aktiviti yang dirancang untuk mereka adalah Bengkel Pemanduan Motosikal Berhemah dan Belia Prihatin.

Juara Cub Prix Malaysia, Yasir Said akan menjadi jurulatih kepada mereka tentang cara-cara menunggang motosikal yang selamat.

Mereka juga akan masuk ke kampung-kampung untuk bertemu dengan belia bagi mengajak mereka menjalankan aktiviti yang sihat termasuk menunggang motosikal secara berhemah.

Pak Habib turut menyampaikan geran kepada sebahagian wakil kelab belia yang hadir. - SMH/ayu

Program Keluarga Angkat Dewan Muslimat di Pengkalan Pasir

AJK PAS Pusat Dr Siti Mariah menjemput mana-mana muslimat yang ingin bersama dalam Program Keluarga Angkat Bersama Pengundi di Pengkalan Pasir bolehlah melaporkan diri di Markas Muslimat di Kubang Bemban atau hubungi 016-6737991 Pn Mastura, 019-2100066 Dr Lo Lo atau 012-2361889 Dr Mariah

11/23/05

Selaras tarif air, Melayu diperbodoh lagi !

Jika sebelum ini ramai yang marah kenapa Malaysia jual air ke Singapura dengan harga yang murah. Kini Pulau Pinang pula sebuah negeri maju, tanahnya mahal, banyak kilang dan industri, kawasan tadahan air terhad mempunyai kadar tarif air yang termurah di Malaysia. Apakah Pulau Pinang belajar daripada Singapura bagaimana hendak membuat perjanjian supaya mereka dapat membeli air dengan murah ?

Maka tidak hairanlah bila Kerajaan Pusat hendak menyelaraskan kadar tarif air, kerajaan negeri Pulau Pinang yang mula membantah. Memetik laporan Bernama 8 Nov menyatakan kadar tarif air Pulau Pinang ialah 31 sen setiap meter padu , manakala kebanyakkan negeri lain mempunyai kadar lebih 50 sen.

PENANG, Nov 8 (Bernama) -- The Penang Government has objected to a Federal Government plan to standardise water tariffs in all states through the setting up of the National Water Services Commission (SPAN) as early as April next year.
Water tariff in Penang for domestic use is 31 sen for the first 1,000 litres while those of other states were over 50 sen.
http://www.bernama.com/bernama/v3/news_lite.php?id=164018

Ini secara langsung menyangkal kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan Dato’ Seri Mohamad Hassan yang dilaporkan dalam akhbar Berita Harian bertarikh 12 Julai 2005 yang memetik :
“Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata orang ramai perlu belajar menghargai air dan lebih bijak menggunakannya supaya tidak berlaku pembaziran. Beliau berkata, pihaknya mendapati antara penyebab utama pembaziran air kalangan orang ramai kerana tarif air di negeri ini adalah yang termurah berbanding negeri lain.”

Alahai Melayu diperbodoh lagi. Pertama diperbodoh untuk membuat perjanjian yang menguntungkan negeri lain seperti Pulau Pinang, menyebabkan pelabur asing lebih berminat melabur di negeri yang kemudahan asasnya murah. Kedua diperbodoh lagi dengan digula-gulakan negeri mereka mempunyai kadar tarif air yang termurah.

Sekitar Jamuan Raya Muslimat PAS N.Sembilan

Gambar sekitar Jamuan Hari Raya Idil Fitri Dewan Muslimat PAS N.Sembilan di Markas PAS Rembau Sabtu 19 November 2005


Persiapan Jentera Muslimat ke Pengakalan Pasir

Assalamu'alaikum wbt

Berikut merupakan arahan yang baru diterima melalui SMS daripada Dr Mariah dan Dr Lolo' dari Pengkalan Pasir, Kelantan. Kepada Muslimat yang akan turun untuk membantu jentera pilihanraya di sini sila buat persiapan berikut;

1. Muslimat diarahkan memakai jubah seluar atau “pantsuit” berikutan hujan berterusan di Pengkalan Pasir yang dijangka berkemungkinan akan banjir. Jubah dan baju kurung tidak sesuai.
2.Pakai kasut but getah memandangkan air yang naik dan jalan berlecak.
3. Bawa baju hujan atau baju tebal. Keadaan sejuk.
4. Bawa dan makan vitamin C.

Lain-lain :
Muslimat yang turun untuk keluarga angkat sila lapor diri terus kepada DMPP yang bertugas. Penempatan akan diuruskan oleh DMPP.
Program keluarga angkat untuk muslimat & nisa' untuk mereka yang ingin tinggal bersama pengundi disediakan.
Muslimat yang jauh dan tidak dapat hadir membantu melakukan solat hajat dan doa munajat.
Rombongan Muslimat NS akan bertolak 26 Nov malam, muslimat yang hendak turut serta, sila hubungi Pn Maznah (06-4384096). Mereka yang tiada pengangkutan dan perbelanjaan akan diuruskan.

Maklumat lanjut hubungi Wani 013-3851202 , e-mel : halwan9@yahoo.com

11/22/05

Majlis Agama Islam N.Sembilan wajar contohi Pusat Zakat Selangor

Ramadhan baru berlalu, namun umat Islam masih lagi dalam kehangatan meraikan Syawal. Ramadhan mengingatkan kembali betapa umat Islam digalakkan membantu mereka yang tidak bernasib baik, golongan fakir miskin dan anak-anak yatim

Terdengar juga keluhan daripada beberapa golongan yang kurang mampu, mereka yang berpendapatan rendah yang tidak mendapat bantuan Idil Fitri daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Ianya bukan berpunca MAINS tidak mempunyai dana kutipan zakat yang mencukupi, tetapi puncanya ialah MAINS tidak mempunyai kakitangan yang cukup, cekap dan terlatih.

Ini jelas terbukti apabila dibandingkan dengan Pusat Zakat Selangor, MAINS yang dibawahnya Pusat Zakat Negeri Sembilan dan Baitul Mal tidak mempunyai laman web yang mesra pengguna, dimana umat Islam di negeri ini dapat mengakses internet dengan mudah untuk mengetahui perkembangan terkini kutipan dan agihan zakat di negeri ini. Bukan itu sahaja , bahkan Pusat Zakat Selangor menyediakan borang bantuan zakat secara “on-line” yang sudah pasti memudahkan jawatankuasa masjid dan surau untuk menyalurkan maklumat terkini ahli kariah mereka yang memerlukan bantuan zakat.

Menurut maklumat yang disediakan dalam laman web Pusat Zakat Selangor ( www.e-zakat.com.my ) ini banyak bentuk bantuan yang boleh disalurkan kepada umat Islam yang memerlukan yang termasuk dalam lapan asnaf penerima zakat iaitu golongan Fakir, Miskin, Amil, Muallaf, Riqab, Gharim, Fisabillilah dan Ibnu Sabil. Sementara bentuk bantuan yang disediakan untuk golongan ini ialah Bantuan Hari Raya, Bantuan Bulanan , Bantuan Perniagaan , Bantuan Pelajaran Anak Miskin , Bantuan Rumah , Bantuan Sambutan Hari Kebesaran Islam , Bantuan Perikanan , Bantuan Penternakan , Bantuan Pertanian , Bantuan Perubatan dan banyak lagi bentuk bantuan yang disediakan.

Sebaliknya pula laman web Majlis Agama Islam Negeri Sembilan menggambarkan seolah-olah umat Islam di Negeri Sembilan di negeri ini hidup dalam kemewahan dan tiada fakir miskin yang perlu diberikan zakat. Sedangkan apa yang digambarkan dalam program BersamaMu TV3 baru-baru ini menceritakan nasib susah seorang nenek tua di Lubuk Cina , Negeri Sembilan. Dan saban hari di dada-dada akhbar sering menyiarkan golongan yang sentiasa memerlukan bantuan sesuap nasi, pembiayaan pembelajaran dan bantuan perubatan.

Statistik kutipan dan pengagihan zakat haruslah didedahkan dari masa ke semasa kepada umat Islam di negeri ini sebagaimana yang dilakukan oleh Pusat Zakat Selangor, agar dengan ini akan menambahkan lagi keyakinan umat Islam di negeri ini bahawa wang zakat yang dikutip disalurkan kepada mereka yang betul-betul memerlukan. Jika tidak umat Islam di negeri ini beranggapan MAINS hanya dibebankan untuk membeli bangunan rumah, kedai serta projek yang tidak laku untuk menyelamatkan sesetengah individu ataupun syarikat. Ini terbukti apabila deretan kedai pejabat di Taman Alamanda , Senawang sejak 5 tahun dahulu yang tidak sampai 50 peratus penyewanya telah dibeli oleh MAINS Holding baru-baru ini. Sedangkan dalam siaran Buletin Utama TV3 beberapa bulan yang lalu menceritakan bagaimana daifnya Sekolah Menengah Agama Telok Kemang yang mana ada perkakasannya tidak pernah diganti sejak ianya ditubuhkan.

Malah laman web MAINS ( www.mains.gov.my , www.zakatns.com.my ) hanya menyiarkan kemajuan sektor korporat yang diterajui MAINS dan tidak menceritakan keadaan sebenar fakir, miskin, pelajar yang memerlukan bantuan biasiswa walaupun terdapat laporan agihan dan kutipan zakat 2004. Antara laporan kemajuan yang terdapat dalam laman web MAINS ialah :

1. MAINS Holdings. EDI Fajar Dev didaftarkan pada 22 Januari 1997. Kemudian ditukarkan nama kepada MAINS Holding Sdn. Bhd. pada 10 November 1998. Sebuah anak syarikat penuh milik MAINS yang menguruskan aset-aset, hartanah dan pelaburan MAINS agar dapat meningkatkan kecekapan pengurusan serta menambahkan sumber pendapatan MAINS. Modal yang dibenarkan syarikat berjumlah RM5 juta manakala modal berbayar RM750,000

2. Hospital Pakar Seremban - Perjanjian usahasama telah dimeterai pada 15 Mei 1995 di antara MAINS dengan Syarikat Kumpulan Perubatan Johor Sdn. Bhd. (KPJ Sdn. Bhd.) iaitu anak syarikat Perbadanan Johor untuk membina sebuah Hospital Pakar di seremban
Modal dibenarkan untuk syarikat adalah sebanyak RM20.5 juta. MAINS memegang Ekuiti sebanyak 45% manakala KPJ sebanyak 55%. Kerja-kerja tapak sudah pun bermula pada 9 Januari 1998 dan dijangka beroperasi pada tahun akhir 2004

3. Syarikat Ladang Bangka Ulu Sdn. Bhd .Ditubuhkan pada 18 Januari 1989 dengan modal dibenarkan RM25 juta dan modal berbayar sebanyak RM25 juta. Nilai buku bersih pada Mac 2003 berjumlah RM30.63 juta . Sebuah syarikat milik bersama di mana MAINS memegang ekuiti sebanyak 49% dan TH Plantation iaitu anak syarikat Lembaga Tabung Haji pula sebanyak 51%
Menjalankan projek ladang kelapa sawit di Gemas dan Tampin dengan keluasan lebih kurang 6000 ekar . Sehingga 2003 MAINS telah menerima pulangan keuntungan sejumlah RM1,092,700

4. Klinik Waqaf An-Nur MAINS . Klinik ini diusahakan oleh MAINS dengan kerjasama Kumpulan Perubatan Johor. Mula beroperasi pada 6 Okt 2003 di Pusat Perniagaan senawang di rumah kedai 2 tingkat yang telah dibeli oleh MAINS dengan harga RM360,000. Sumber kewangan diperolehi dari sumbangan sedekah dan wakaf dari orang ramai, pertubuhan serta syarikat
Menawarkan perkhidmatan perubatan pada kadar caj yang minima. Klinik juga menawarkan perkhidmatan dialisis

5. Pusat Kaunseling MAINS. Pusat Kaunseling MAINS ditubuhkan pada 22 Februari 2000
Beroperasi di lot milik MAINS di Pusat Perniagaan Terminal One, Seremban & Tampin Square , Tampin mempunyai 5 kaunselor dan 2 Pembantu Tadbir. Memberi khidmat kaunseling percuma kepada masyarakat tanpa mengira kaum dan bangsa

6. Pusat Zakat Negeri Sembilan . Ditubuhkan pada 29 September 1998 . Sebuah anak syarikat milik penuh MAINS yang bertanggungjawab mengurus hal ehwal pungutan zakat di Negeri Sembilan . Mempunyai modal dibenarkan RM500,000 dan modal berbayar sebanyak RM500,000
Mula beroperasi pada 2 Januari 1999 dengan ibu pejabat di Pusat Perniagaan Betaria Seremban dengan 8 cawangan PZNS di seluruh Negeri Sembilan

Krisis Projek kondo sebelah Masjid Jelutong, UMNO & PAS Jelutong bersatu

Projek kondo sebelah masjid: Uji wibawa Abdullah, Umno Pulau Pinang

Oleh Zulkifli Mohamed http://www.malaysia-today.net/blog/2005/11/projek-kondo-sebelah-masjid-uji-wibawa.htm

PULAU PINANG: Cadangan projek pembinaan Kondominum 24 tingkat dan 94 unit rumah teres dua tingkat, bersebelahan Masjid Jamek Jelutong, yang mendapat bantahan penduduk Islam di sini sejak tahun 1997, dilihat mencabar kewibawaan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri ini.

Apa tidaknya, kerana arahan beliau sebelum ini yang mahukan status tanah terlibat dikaji dan ditebus semula untuk kepentingan penduduk Islam dipandang sepi apabila Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), tetap meluluskan projek tersebut.

Lebih menariknya, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Rashid Abdullah yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno, dikatakan lepas tangan dalam hal ini.

Kemelut yang berlanjutan 8 tahun itu hampir mencetuskan pergaduhan antara penduduk dengan pemaju apabila pihak pemaju Richmond Sapphire Sdn.Bhd. bertindak ala gengster menutup Jalan Masjid, iaitu laluan utama penduduk kampung bagi melakukan kerja awal pembinaan projek tersebut.

Kejadian kira-kira jam 3 petang pada 13 Oktober lalu itu mendorong pengurusan masjid berkenaan bertindak membuat laporan polis.

Berikutan kemelut yang tidak berkesudahan itu, pada 18 Oktober lepas lebih 1000 anak kariah mengadakan demonstrasi aman kira-kira 30 minit di perkarangan masjid berkenaan, sejurus selesai solat Jumaat.

Beberapa sepanduk yang dibawa tertera perkataan mempertikaikan pihak-pihak terbabit antaranya Timbalan Ketua Menteri, bekas Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr. Hilmy Yahya, MPPP, Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan beberapa individu yang terbabit dalam kemelut hampir 9 tahun itu.

Antara sepanduk yang tertera ialah ‘Dato’ Rashid Abdullah apa dah jadi’, ‘Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, jawatan mau, kerja tak mau, membebankan Pak Lah saja’, ‘Dr Hilmi? Mana janji masjid baru kami?’, ‘MPPP = Melayu Pulau Pinang Punah’, ‘Majlis Agama Islam Lemah Tiada Kuasa’, ‘Melayu diperlukan masa pilihan raya sahaja’, ‘Pak Lah tolonglah… nasib kami penduduk Jelutong’.

Menurut Pengerusi pembangunan masjid itu, Omar Abd. Kadir, 65, tanah di Lot 326 hingga 332 Seksyen 1 dan Lot 581,586 dan 589 Seksyen 14 diperlukan untuk pembinaan masjid baru.

Katanya pembinaan masjid baru itu bagi menampung kapasiti jemaah yang semakin meningkat.

“Jelutong kini ada 10,000 umat Islam dan kapasiti maksimum masjid sekarang hanya 1500 jemaah,” katanya dalam sidang media selepas demontrasi itu.

Menurut Omar, tanah seluas 2,355 meter persegi asalnya milik Melayu, kini telah berpindah milik kepada syarikat Concord Land.

Katanya, Datuk Seri Abdullah pernah mengarahkan Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Unit Penyelarasan Pelaksana Jabatan Perdana Menteri untuk bertindak dan beliau memberi jaminan tanah itu akan ditebus semula.

Menurutnya, penilaian status tanah itu turut melibatkan Jawatankuasa Kerja Pemandu (JKP) Pulau Pinang di bawah Kementerian Kewangan.

Kata Omar, hasil penilaian JKP, tanah tersebut tidak membawa keuntungan kepada kerajaan.

“Kita harap sangatlah pemimpin Melayu yang ada di atas, sekurang-kurangnya mereka dapat membantu kita.”

“Kita hendak memperjuangan nasib kita hanya kerana rumah Allah ini.Tapi jika inipun tidak boleh, kita hendak kata apa lagi,” jelasnya kesal.

Sementara itu, Setiausaha Masjid, Zubir Amir,48, kesal dengan sikap Timbalan Ketua Menteri, yang lepas tangan dalam isu ini.

“Kami telah berjumpa Timbalan Ketua Menteri sebelum Ramadan, dan beliau menyatakan bahawa beliau tidak menerima sebarang surat daripada Perdana Menteri,” jelas Zubir.

Hanya pada 13 Oktober 2005 lepas, kata Zubir, barulah Datuk Rashid menghantar surat kepada Yang Dipertua MPPP, Datuk Ahmad Faisal Talib memohon penjelasan status tanah tersebut.

“Tindakan itu telah terlambat kerana pelan (projek) telah dilulus 8 Disember 2004,” kata Zubir.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Bahagian Jelutong, Abdul Razak Abdul Rahman memberitahu, pihaknya telah memaklumkan masalah itu kepada Perdana Menteri.

“Setakat ini kami belum mendapat maklumbalas.”

“Tapi walau bagaimanapun Pemuda tetap bersama anak kariah membantah projek pembinaan tersebut. Ini bagi memastikan nasib orang Islam, khususnya nasib orang Melayu Jelutong terbela,” katanya yang baru dilantik sebagai Ahli Majlis MPPP.

Dalam pada itu, AJK Keadilan Pulau Pinang, Mohd Rafi Osman berharap Perdana Menteri lebih prihatin dengan nasib Melayu Islam di Jelutong.

“Kita harap Abdullah dapat menunaikan hajat anak kariah untuk membina masjid baru,” katanya yang juga anak kariah Jelutong.

Sementara itu, YDP PAS Tanjong, Syed Mohd Nazli Syed Mohamad berkata pihaknya menyokong usaha murni jawatankuasa masjid.

“Mudah-mudahan kita tidak kena tipu lagi, kerana kita telah lama ditipu,” katanya yang mengetuai doa selepas demontrasi itu.

11/21/05

Kepentingan orang Melayu yang semakin terhakis

Ketika kempen pilihanraya kecil Kelantan sedang rancak berjalan, laman web dibawah ini mengalihkan fokus pembaca kepada permasalahan sebenar kepentingan orang Melayu yang semakin terhakis dewasa ini dan ianya berterusan hari demi hari.

www.umno-reform.com

Isu kepentingan peniaga Melayu di Central Market, isu pelajar Melayu keciciran dalam Sains dan Matematik dan banyak lagi, Melayu yang menjuarai penagihan dadah, Melayu yang menjuarai pengangguran dan Melayu yang menjuarai dunia hiburan.

Kalau bukan kita yang harus menyelesaikan masalah orang Melayu, Siapa pula ?

Kalau bukan sekarang orang Melayu harus menyelesaikan masalah orang Melayu, Bila lagi ?

Kalau bukan di Tanah Melayu, orang Melayu harus menyelesaikan masalah orang Melayu, Di Mana pula ?

Kalau ahli politik tidak boleh diharapkan lagi, siapa pula yang boleh diharapkan ?

11/18/05

Jamuan Raya Kawasan Seremban 23 Nov dgn Dr Zulkifli Ahmad

Tarikh : 23 November 2005 (Rabu)
Masa : 8.15 malam
Tempat : Sebelah Masjid Datuk Klana Putra Sendeng,Ampangan
Tetamu : Dr. Zulkifli bin Ahmad (AJK PAS Pusat)
Aturcara:
8.15 pm - Solat Isyak
8.45 pm - Solat Hajat
9.00 pm - Ceramah & Majlis Pelancaran Pilihanraya
9.00 pm - 11.00 pm - Jamuan Raya

Turut mengundang : AJK DPP Kawasan & AJK PAS Kaw. Seremban

Jamuan Raya PAS Telok Kemang 20 Nov

Majlis Jamuan Hari Raya Kawasan Telok Kemang dan Pelancaran Tabung Pilihanraya Pengkalan Pasir DPPNS

Tarikh : 20 November 2005 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Berhampiran Masjid Lama Teluk Kemang
Tetamu : Ustaz Hassan bin Alias Al-Hafiz (Ketua Pemuda DPPNS)
Aturcara:
10.00 pagi - Ceramah & Majlis Pelancaran Tabung Pilihanraya
11.00 pagi - 1.00 ptg - Jamuan Raya

Turut mengundang : AJK DPP & AJK PAS Kaw. Teluk Kemang

Datuk Ishak cabar kewibawaan MB N.Sembilan

Sejak dilantik menjadi MB N.Sembilan, Dato’ Seri Mohamad Hassan mulanya melantik seorang yang berkaliber Ir Jamlus Ketua Pemuda UMNO NS dan ADUN Gemencheh untuk menjawat EXCO yang menjaga urusan bekalan air. Selepas berlaku krisis air, dalam rombakan EXCO terbaru MB menggantikan Ir Jamlus dengan YB Dato Rais Zainudin ADUN Chembong pula menjadi EXCO menjaga urusan air. Semasa YB Rais baru dilantik EXCO tersebut berlaku kebakaran rumah di Sg Gadut dimana jentera tidak dapat memadam kebakaran kerana bekalan air dicatu dikawasan tersebut dan YB Rais menyalahkan bomba kerana tidak tahu jadual dimana ada catuan air dan bila.

Sekarang ini pula Datuk Ishak Ismail ADUN Lenggeng mengatakan dia boleh menyelesaikan isu air N.Sembilan dalam masa 6 bulan jika beliau dilantik sebagai EXCO.

Apakah Datuk Ishak mencabar kewibawaan MB N.Sembilan ? Cuma nak tanya yang EXCO-EXCO duk berbalah ni, rumah depa ada catuan air atau tidak ? Dapat merasa atau tidak betapa peritnya mereka yang mempunyai anak ramai , orang tua menadah air ?

Berita Harian 17 Nov - Adun jamin atasi krisis air dalam enam bulan

Oleh Hussain Said

SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng, Datuk Ishak Ismail memberi jaminan mampu mengatasi krisis air di daerah ini dalam tempoh enam bulan jika diberi tanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tenaga, Air dan Komunikasi negeri.

Beliau berkata, krisis air yang berlaku bukan disebabkan kemarau tetapi tindakan segelintir juruteknik Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan (JBANS) yang sengaja membocorkan paip dengan meningkatkan tekanan.

Katanya, apabila berlaku masalah kebocoran paip, mereka didakwa mendapat komisyen daripada kontraktor yang mendapat tender bagi membaiki kebocoran itu.

"Beri saya enam bulan untuk memegang tanggungjawab sebagai pengerusi air. Saya beri jaminan krisis air yang dihadapi penduduk daerah ini sejak Jun lalu akan diatasi.

"Kerajaan negeri juga tidak perlu membayar elaun kepada saya atas perkhidmatan itu," katanya dalam ucapannya di majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri anjuran Umno Bahagian Seremban di Dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) di sini, baru-baru ini.

Januari lalu, Ishak mencuri tumpuan apabila mendakwa mempunyai bukti kukuh kejadian paip pecah yang sering berlaku didalangi dua juruteknik JBANS Seremban dan seorang jurutera di ibu pejabat jabatan berkenaan dengan kekerapan paip pecah ketika musim cuti perayaan.

Ishak juga membuat laporan di Balai Polis Seremban terhadap seorang juruteknik di pejabat sama yang didakwanya menonton cakera padat video (VCD) lucah menggunakan kemudahan komputer di pejabat agensi itu.

Ishak yang juga Ketua Umno Bahagian Seremban berkata, beliau kecewa kerana pendedahan itu tidak diberi perhatian walaupun kerajaan negeri menubuhkan pasukan Lembaga Penyiasat Bebas.

"Saya hairan apabila saksi yang dipanggil bagi memberi keterangan mengenai kes itu pula ditukarkan sedangkan mereka yang terbabit masih kekal," katanya.

Mufti Terengganu yang bertaubat di pecat oleh Dato' Seri Idris Jusoh?

http://tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article&sid=3554
Oleh Anak Hadhari
Menurut sumber yang boleh dipercayai, Mufti Terengganu Dato' Dr Mohamad Zubir Awang yang bertaubat dan menarik balik buku-buku karangnya berkaitan dengan hukum Hudud telah dipecat oleh Dato' Seri Idris Jusoh.

Saya bergegas ke Kompleks Seri Iman setelah mendapat panggilan telefon seorang kawan yang mengatakan Mufti akan keluar hari ini (17 November).

Lebih kurang pukul 10.30 pagi, Mufti Terengganu, Dato' Dr Mohamad Zubir Awang kelihatan keluar dari Pejabat Mufti di Kompleks Seri Iman.

Beliau hanya berpakaian baju Melayu dan berkain pelikat dengan serban tersangkut di bahu meninggalkan Pejabat Mufti bersama-sama barang-barang peribadinya.

Bagaimanapun saya tidak dapat memastikan dia benar-benar dipecat kerana saya tak sempat untuk menghampiri beliau.

Ada juga cakap-cakap angin mengatakan dia ditamatkan kontrak, tetapi cakap-cakap angin ini tidak logik kerana kontrak 2 tahun takkan habis tak cukup 'edah'?

Lagipun umur kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu yang mengambil-alih pemerintahan ini belum pun sampai dua tahun.

Tetapi cakap-cakap angin yang heboh kerana sikap beliau yang 'bertaubat dan tak menyokong Islam Hadhari' adalah faktor utama'. Isu beliau bertaubat menjadi panas pada September lalu apabila beliau mengeluarkan kenyataan menarik balik buku-buku karangannya berkait negara Islam dan hukum Islam.

Orang ramai yang yang saya hubungi berkata kami masih menunggu reaksi dan kenyataan dari pihak kerajaan negeri berhubung pemberhentian Mufti ini.

11/17/05

Hujan tak turun di empangan, catuan air Seremban diteruskan

Demikianlah kenyataan MB N.Sembilan. "Hujan pula bukan di kawasan empangan, jadi tiada kesan pada paras air," katanya, pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Majlis Perbandaran Seremban.

Hujan lebat kerap turun di Seremban, tapi mengapa hujan tak nak turun di empangan Terip yang terletak di Seremban ? Siapa punya kuasa yang menentukan semua ini dan mengapa ??? Apakah kawasan empangan “panas” ???? Apa yang harus dilakukan ??? Catuan air di Seremban telah berlarutan lebih 5 bulan sedangkan jaminan awal kerajaan negeri hanya satu bulan.

Berita Harian 17 Nov - JBANS sambung catuan air mulai hujung minggu

SEREMBAN: Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan (JBANS) akan meneruskan kembali catuan air di daerah ini selewat-lewatnya mulai hujung minggu ini jika paras air empangan pembekal terus susut berikutan pemberhentian catuan sempena Deepavali dan Aidilfitri lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata langkah itu terpaksa diambil kerana paras air di Empangan Sungai Terip yang membekalkan air di daerah ini merosot semula daripada 89.8 meter kepada 89.1 meter.

Katanya, kerajaan negeri bimbang jika paras empangan berkenaan terus merosot sehingga ke bawah paras kritikal 88 meter.

"Catuan bekalan air selang sehari terutama di daerah ini mungkin akan diteruskan semula dalam tempoh terdekat bagi mengelakkan paras air di empangan terbabit turun ke paras kritikal.

"Hujan pula bukan di kawasan empangan, jadi tiada kesan pada paras air," katanya, pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Majlis Perbandaran Seremban (MPS) di kediaman Yang Dipertua MPS, Abdul Halim Abdul Latif, di sini, semalam.

Sehubungan itu, Mohamad meminta penduduk memahami masalah yang dihadapi dan tidak menyalahkan kerajaan yang tidak langsung mempunyai niat menyusahkan rakyat.

Katanya, semua pihak perlu memahami keadaan sebenarnya kerana ketika ini JBANS membekalkan kira-kira 62 juta gelen air sehari di daerah ini yang akan berkurangan jika air Empangan Sungai Terip terus merosot.

"Bagaimanapun, JBANS akan terus membekalkan air menerusi lori tangki di setiap kawasan catuan dan pemimpin setempat diminta menyelaraskan penghantaran air di kawasan masing-masing," katanya.

PAS N.Sembilan lancar Tabung & SMS jentera pilihanraya kecil Kelantan

Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan telah melancarkan Tabung Jentera Pilihanraya PAS Negeri Sembilan yang ditugaskan untuk membantu jentera pilihanraya kecil Pengkalan Pasir , Kelantan.

Kumpulan pertama jentera pilihanraya PAS N.Sembilan akan berada di Kelantan pada 19 November ini bersama dengan Kelab Penyokong Cina Negeri Sembilan.

Kepada ahli-ahli di Negeri Sembilan yang ingin memberikan sumbangan untuk menjayakan serta membantu jentera pilihanraya PAS Negeri Sembilan semasa kempen pilihanraya kecil Pengkalan Pasir bolehlah menghulurkan sumbangan ke akaun berikut atau dengan menambah nilai panggilan prepaid dua talian berikut untuk memudahkan operasi bilik gerakan PAS N.Sembilan semasa di Kelantan iaitu 012-2267406 atau 019-3920869 atau dengan pemindahan kredit panggilan. Arahan pemindahan kredit panggilan ini boleh didapati di laman web berikut :

http://www.celcom.com.my/cep/productservices/consumer/contents/Prepaid/features_airtime.html
http://www.hotlink.com.my/level2/hotlevel2.asp?AID=2899

Untuk Maxis :
Daftar dahulu No Pin , Taip : PINREG 123456 ANNA hantar ke 22121
Anda akan menerima SMS untuk daftar no PIN.
Hantar nombor pin anda : 123456 ke 22121
Untuk menghantar kredit ke 0122267406
Taip : SHARE 0122267406 5 ( Utk RM 5, 10 utk RM 10 dan seterusnya) hantar ke 22121
Anda akan menerima SMS sebagai pengesahan no PIN anda

Untuk Celcom :
Daftar Password , Taip : CAT abcdef ANNA, hantar ke 1019
Untuk berkongsi kredit Taip : RM 1 (utk RM 1, RM 2 dan seterusnya) dan hantar ke 10193920869

Sumbangan juga boleh disalurkan terus ke akaun Setiausaha Badan Perhubungan PAS N.Sembilan Sdr Shamsul Kamal di akaun berikut :
Bank Islam , No Akaun : 5012010025582
BCB , No Akaun : 05060098360528

Atau akaun Badan Perhubungan PAS N.Sembilan (BPPNS)
Nama : BPPNS
No akaun : 5030 0100 00462 (BIMB)

11/15/05

Peluang ibadah kurban bantu saudara kita di Thailand, Filipina, Acheh dll

Kini umat Islam di Malaysia berpeluang untuk menyalurkan ibadah kurban mereka kepada saudara kita yang amat-amat memerlukan sumbangan daging kurban di Selatan Thailand, Selatan Filipina, Aceh, Kemboja dan di merata pelusuk dunia di mana umat Islam di sana hidup dalam serba kekurangan, kemiskinan dan kedaifan.

Anda berpeluang untuk menyertai Program Qurban Eidul Adha dan Aqiqah anjuran JIM International yang sudah memasukki tahun ke 7.

Hanya RM 285 satu bahagian anda akan dapat memberi makan daging kurban kepada berpuluh-puluh keluarga miskin di Selatan Thailand, Selatan Filipina, Aceh, Kemboja, Sri Lanka dan seterusnya.

Sekiranya anda tidak berkemampuan untuk melakukan ibadah kurban, sebarkan maklumat ini kepada seramai mungkin saudara dan sahabat anda.

Untuk laporan penuh aktiviti kurban dan maklumat lanjut layari laman web berikut :
http://www.jim.org.my
http://jim.org.my/qurban-iftar/

Atau hubungi
Urusetia Projek Qurban & Aqiqah
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
Lot 300.3, Lrg. Selangor, Pusat Bandar Melawati, 53100 Kuala Lumpur
Tal : 03-41089669 , Fax : 03-41071754
E-mel : jim_itnl@yahoo.com

Pembayaran melalui akaun : Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
Bank : Maybank Berhad
No Akaun : 562209608847

Melayu PP terpinggir , Pemuda UMNO PP kecewa dgn pimpinan UMNO

Melayu PP terpinggir , Pemuda UMNO PP kecewa dgn pimpinan UMNO. Apatah lagi Pak Lah orang Penang, Khairy Jamaludin juga orang Penang (keluarga bondanya).

Dari laman web http://www.umno-reform.com

Kami telah di hubungi sekali lagi oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jelutung mengenai MEMORANDUM yang telah di hantar kepada YAB Pak Lah. Setakat ini upacara pecah tanah telah di jalankan dan ini menampakkan bahawa UMNO sendiri gagal dalam membicarakan kepentingan Melayu. Kami dalam usaha ini telah memaparkan memorandum tersebut tetapi tidak ada hasil yang positif keluar dari kepimpinan UMNO dalam usaha untuk mempertahankan hak - hak orang Melayu malah ada kalanya " nampak gagal mempertahankan "existence" orang - orang Melayu Pulau Pinang. Apakah kita harus bertindak lebih garang lagi dalam membicarakan agenda Melayu. Ketua Pergerakan Pemuda Datuk Hishammuddin turut senyap. Begitu juga Khairy Jamaluddin dan Reezal Merican - yang mana isu ini telah di maklumkan kepada mereka.

Apakah ini sebenarnya bentuk - bentuk perjuangan Melayu - Jaguhan dalam Dewan tetapi senyap dan akur bila hak Melayu di tandingi. Saya memohon kepada Datuk Hishammuddin segera bertanyakan kepada Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jelutung Ketua Pemuda, ABDUL RAZAK ABDUL RAHMAN.- apa masalah mereka dan apa kedudukan Melayu di tanah yang telah di dominasi oleh kaum Cina di Pulau Pinang secara keseluruhannya.

Saya simpati melihat perjuangan mereka dalam mempertahankan hak - orang Melayu sehingga terpaksa menghubungi www.umno-reform.com untuk mendapatkan maklum balas dari Pergerakan Pemuda UMNO sendiri. Apakah isu ini terlampau kecil untuk Ketua Pemuda UMNO Datuk Hishammuddin mengambil berat ? Kalau cabaran kepada hak Melayu kecil buat Datuk Hishammuddin maka turunkan sahaja keris itu - ianya tidak bermakna - hanya sekadar hiasan meraih sokongan. Apakah Ketua Pemuda ini layak di berikan ruang untuk jawatan Timbalan Presiden bagi memperjuangkan hak dalam Parti yang terbesar komposisi Melayu. Kita lihat dan kita akan terus ulas.

Aduhai Melayu - Siapa sebenarnya pemilik ekonomi negara kita ini. Kita tinjau syarikat - syarikat awam dan meneliti siapa yang sedang menjajah ekonomi Malaysia dan Melayu secara asasnya. Salah siapa kalau Melayu tercicir - apakah benar orang yang diharapkan membela di bela oleh kaum lain - hatta harta kita terjual ke Singapura. Siapa pendekar kita yang melaungkan kebangkitan Melayu - Hidup Melayu - tiada kompromi kalau isu Melayu ? Siapa - siapa ?

MALAYSIAN PLANTATION BERHAD - syarikat Berhad yang kini mempunyai pegangan utama oleh syarikat Singapura.

DAIMAN BERHAD - Lihat harta Daiman di Johor dan siapakah pemilik syarikat Daiman Berhad

TALAM - Mana Melayu? Melayu ada hanya sekadar membantu menyenangkan permohonan - permohonan mereka -

ECM LIBRA - dikatakan mahu memiliki FELDA

UNITED MALAYAN LAND BERHAD - UMLAND MILIK SIAPA? Singapura menjadi antara pemegang utama saham syarikat

11/14/05

Majlis Idul Fitri Lenggeng 18 Nov

Assalamualaikum wrt wbr,
Muslimin dan muslimat dijemput menghadiri
Majlis Hari Raya Idul Fitri
18 Nov 2005 , 16 Syawal 1426
Jumaat
8 malam
di Lot 526, Kg Masjid, Lenggeng
(Rumah Sdr Zulkefly Mohamed Omar, Timbalan Pesuruhjaya PAS NS)
Tetamu khas : Us Solihin Mokhyi

OIC perlu tubuh Badan Kemanusiaan Sejagat

Idil Fitri yang baru berlalu dalam kesibukan melayan tetamu yang berkunjung saya sempat menonton program di TV3 yang menyiarkan mengenai kesengsaraan yang dihadapi oleh pelarian Islam di Eritrea sejak bertahun-tahun lamanya akibat daripada kancah peperangan di negara tersebut. Syabas diucapkan kepada krew penerbitan TV3 yang memberi kesedaran kepada umat Islam di Malaysia ini yang sedang bergembira di Idil Fitri dengan pelbagai juadah, masih terdapat ramai umat Islam di seluruh dunia yang menyambut Idil Fitri hanya sekadar minum air kosong dan gandum, yang merupakan rutin makanan harian mereka.

Begitu menyayat hati terdapat ramai ibu-ibu tunggal Eritrea yang hanya menjadikan jagung yang mereka tanam dengan tulang empat kerat sebagai makanan sajian utama anak-anak mereka. Malah masjid serta surau di sana dalam keadaan yang begitu daif, hanya berlantaikan tanah dan berbumbungkan langit.

Apa yang mengecewakan ialah kenyataan daripada salah seorang pegawai bantuan kemanusiaan disana seorang warga Itali yang menyatakan bahawa tidak banyak menerima bantuan kemanusiaan daripada negara-negara Islam. Menurut pegawai tadi kerajaan Arab Saudi ada memberi bantuan, tetapi hanyalah dalam bentuk buah kurma. Sedangkan pelarian disana amat memerlukan kewangan untuk perubatan, makanan, perlindungan dan pendidikan. Sumber kewangan menurut pegawai tersebut hanyalah diterima daripada Eropah dan Amerika Syarikat.

Malah dalam satu temuramah dengan wakil salah seorang pelarian Eritrea tersebut menyatakan beliau mengharapkan sangat agar pemimpin-pemimpin negara Islam datang sendiri ke sana dan melihat kesengsaraan yang sedang mereka hadapi serta menghulurkan bantuan kepada mereka di sana, kerana mereka juga adalah umat Islam yang bersaudara.

Saya cuba melayari internet untuk mencari jika ada Badan Kemanusiaan Islam yang mengendalikan bantuan kemanusiaan di Eritrea, sepertimana sebelum ini adanya Aman Malaysia, Misi Keamanan Sejagat, Yayasan Amal, Mercy Malaysia yang memberikan bantuan kemanusiaan di Acheh, Kemboja, Iran, Sri Lanka dan yang terkini di Pakistan dan Kashmir. Namun usaha saya tidak berjaya, yang dijumpai ialah Badan Kemanusiaan yang dikendalikan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Badan-Badan Kemanusiaan yang dikendalikan oleh orang bukan Islam.

Apakah Pertubuhan Negara-Negara Islam OIC tidak boleh bersepakat untuk menubuhkan sebuah Badan Kemanusiaan untuk membantu umat-umat Islam yang menderita akibat kemiskinan, kebuluran dan kedaifan diseluruh dunia ? Malaysia sebagai Pengerusi OIC sepatutnya mengambil peluang yang ada ini untuk menubuhkan Badan Kemanusiaan Sejagat dengan menggesa negara-negara dibawah OIC agar mengurangkan perbelanjaan pertahanan atau perbelanjaan lain yang kurang penting untuk disalurkan dalam penubuhan Badan Kemanusiaan Sejagat untuk membantu umat Islam yang dilanda kebuluran dan kemiskinan.

Sekiranya Pakistan baru-baru ini menangguhkan pembelian jet F 16 untuk membantu mangsa gempa bumi di negara mereka sendiri, apakah negara Islam lain tidak boleh menangguhkan pembelian senjata berjumlah berbillion-billion dollar ? Apakah dengan penangguhan pembelian jet F 16 tersebut Pakistan akan lebih terdedah kepada serangan berani mati Al Qaeda ? Malah Malaysia boleh mengambil inisiatif sebagai pemangkin penubuhan Badan Kemanusiaan Sejagat ini dengan menangguhkan pembelian senjata dan kelengkapan tercanggih yang tidak mampu menangkis serangan bom berani mati seperti apa yang berlaku di Iraq, Jordan dan Bali.

Dalam pada itu badan-badan kemanusiaan yang dikendalikan oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan di Malaysia ini haruslah mengambil inisiatif untuk menarik lebih ramai rakyat Malaysia untuk menghulurkan bantuan baik dalam bentuk wang ringgit mahupun tenaga sukarela Badan-badan kemanusiaan di Malaysia ini juga harus dari masa ke semasa mengadakan permuafakatan agar bantuan yang dihulurkan akan menjadi lebih efektif dan efisien.

Namun yang paling utama ialah peranan media untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia ini agar sentiasa bersyukur dengan rezeki yang diberikan, serta tidak melakukan pembaziran akan tetapi sebaliknya sentiasa memghulurkan bantuan kepada mereka yang amat-amat memerlukan baik di dalam negara mahu pun di luar negara.

Teringat saya akan isu khutbah Idil Fitri yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan yang menyatakan adalah tidak patut seseorang itu pergi menunaikan haji berulang kali akan tetapi membiarkan jirannya atau saudaranya hidup susah.

Kuarters Polis N.Sembilan pun tiada air

Harian Metro 12 Nov

Edisi Tengah: 300 angkut air ikut tangga

Oleh Nor Aziah Othman
am@hmetro.com.my

PORT DICKSON: Sambutan Deepavali dan Aidilfitri tahun ini kurang bermakna bagi 300 penghuni Blok Mawar, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson, dekat sini, berikutan ketiadaan bekalan air di rumah mereka sebelum dan selepas sambutan perayaan itu.

Tinjauan Harian Metro di flat 10 tingkat itu mendapati penghuni terpaksa mengambil air di tingkat bawah untuk keperluan harian.

Kesengsaraan penghuni juga ketara apabila lif di flet itu kerap rosak walaupun sudah diperbaiki berulang kali.

Kelihatan juga kanak-kanak berusia lima hingga 10 tahun membantu ibu bapa mengangkat air dengan menggunakan baldi dan bekas air.

Seorang penghuni yang mahu dikenali sebagai Jali, 35, berkata dia kesal dengan pihak berkuasa di flet berkenaan membiarkan mereka hidup tanpa keperluan asas yang mencukupi.

Katanya, dia tidak dapat bersama saudara- mara yang datang beraya di kediamannya kerana terpaksa berulang-alik dari tingkat sembilan ke bahagian bawah flet itu sejak beberapa hari lalu.

“Kami sudah beberapa kali mengadu masalah ini kepada pihak terbabit tetapi setiap kali diadukan masalah itu kami dimaklumkan masalah itu sudah diambil tindakan,” katanya.

Bagaimanapun, Jali berkata, setiap kali diadukan masalah itu, pihak terbabit memberi alasan itu adalah cabaran dan mereka harus bersabar.

Seorang kanak-kanak, Nurul Zainal, 9, berkata Aidilfitri kali ini tidak seronok kerana terpaksa membantu ibu bapa mengangkat air dari bahagian bawah hingga ke rumahnya di tingkat enam flet itu.

“Saya juga tidak dapat lama berbual-bual dengan rakan yang berkunjung

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Friday/Setempat/20051111101332/Article/indexm_html

11/13/05

Konsert Ust Dzulkarnain Hamzah , Seremban 26 Nov

Dengan segala hormatnya kami bagi pihak Sekolah Rendah Agama Rakyat Gedung Lalang 162 ingin menjemput pihak tuan-tuan dan puan-puan serta keluarga untuk menghadiri program berikut :

Konsert ‘Mencari Damai Abadi – 4 in 1’
Persembahan Nasyid / Zikr Munajat / Persembahan Multimedia / Tazkirah

Oleh Ustaz Dzulkarnain Hamzah Al Hafiz (Penasihat beberapa kumpulan nasyid terkenal)
Sabtu 26 November 2005
Jam 9:00 malam
Di Sek Ren Agama Rakyat Gedung Lalang 162, Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan

Untuk maklumat lanjut hubungi :
Hj Hashinordin bin Hashim 016-3684279
Hasamudin 013-3407525
Rozmal 012-2267406 , e-mel : rozmal@yahoo.com

MASUK PERCUMA

Anjuran : SARA Gedung Lalang 162 & Yayasan Amal Malaysia Cawangan NS

Adalah diharapkan tuan-tuan dan puan-puan dapat memanjangkan jemputan ini kepada sahabat dan taulan , saudara mara serta jiran tetangga. Semoga dengan kehadiran pihak tuan dan ahli kariah akan mengeratkan ukhuwwah sesama kita.

Untuk sumbangan SARA Gedung Lalang 162
Nama akaun : Sek Ren Agama Rakyat Gedong Lalang 162
No akaun : 5012010004652
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad

Untuk sumbangan Misi Kemanusiaan Yayasan Amal Malaysia
Nama akaun : Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan
No akaun : 05012010047905
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad

Untuk maklumat terkini bantuan kemanusiaan gempa bumi di Pakistan layari laman web www.amalmalaysia.net

PENDAHULUAN
Manusia sentiasa berusaha untuk mencari ketenangan dalam jiwa mereka. Namun perangkaan mereka yang mengalami sakit jiwa, gangguan mental, cubaan membunuh diri dan membunuh diri semakin meningkat saban tahun termasuklah mereka yang beragama Islam.

Justeru itu satu pendekatan yang mesra bukannya mendesak atau memaksa haruslah diketengahkan ke dalam kelompok masyarakat yang tercari-cari jawapan kepada penyelesaian masalah jiwa mereka.

MATLAMAT
1. Untuk membawa konsep zikr mengingati Allah bagi mencari ketenangan jiwa dan penyelesaian konflik masyarakat ditengah-tengah kelompok masyarakat.
2. Untuk membawa konsep beribadah yang biasanya diamalkan di dalam institusi masjid ke luar masjid iaitu ke dalam kehidupan seharian.
3. Untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat bahawa mencari ketenangan melalui alunan suara yang lunak dan hiburan adalah diharuskan asalkan ianya tidak melanggar batasan agama.
4. Untuk menyampaikan mesej kepada orangramai bahawa usaha mencari ketenangan melalui hiburan melampau, pergaulan bebas, dadah dan pelbagai permasalahan sosial hanyalah ketenangan yang sementara tapi derita selamanya.
5. Untuk memberi mesej kepada umum bahawa ketenangan yang kekal abadi hanyalah boleh dikecapi apabila kita merujuk kepada Al Quran dan Sunnah.

11/10/05

Fakta Arak Rejimen Askar Melayu DiRaja

Sebelum tahun 1980an, arak adalah merupakan satu kemestian terdapat di mes-mes pegawai di mana-mana kem Angkatan Tentera Malaysia. Ianya adalah peninggalan budaya tentera British. Malah batallion yang seratus peratus anggotanya Melayu beragama Islam pun mesti terdapat arak-arak dalam mes-mes pegawai iaitu didalam Rejiman Askar Melayu DiRaja.

Pada lewat 1970an, seorang pegawai Melayu yang baru dinaikkan pangkat telah diberi kuasa untuk memerintah satu Rejimen Askar Melayu DiRaja. Beliau berbincang dengan pegawai-pegawai bawahannya dan berkata “Kita semua ni Rejimen Askar Melayu, semua orang Melayu Islam, mengapa perlu kita ada arak-arak dalam kem ini, saya beri masa kamu semua seminggu untuk buat keputusan samada hendak meneruskan hidangan arak di kem ini”. Selepas seminggu semua pegawai di kem berkenaan bersetuju untuk tidak menghidangkan arak dalam kem berkenaan, lalu dipecahkan semua botol-botol arak dalam mes berkenaan. Rejimen Askar Melayu berkenaan telah memecah tradisi Angkatan Tentera Malaysia yang selama ini menjadi kemestian adanya arak-arak dijual di mes-mes.

Tak sampai seminggu berita berkenaan sampailah ke pengetahuan pemerintah tertinggi tentera ketika itu di Kementerian Pertahanan (MINDEF). Lalu pegawai memerintah Rejimen Askar Melayu berkenaan dipanggil mengadap Jeneral berkenaan. Jeneral (Melayu) berkenaan menyuruh supaya diletakkan semula arak dalam kem berkenaan. Pegawai tadi kata dia tidak akan meletakkan semula arak, kalau Jeneral hendak dia kena letak sendiri.

Selepas daripada peristiwa itu bermulalah beransur-ansur mes-mes ATM tidak lagi menghidangkan arak. Jeneral dan pegawai memerintah tadi terus melakukan tugas masing-masing tanpa insiden yang tidak diingini.

Kesimpulannya di sini ialah , orang Melayu untuk bangkit semula, mereka mestilah berani untuk menyuarakan kebenaran tidak kira dimana mereka berada. Menyuarakan kebenaran tidak semestinya dengan kekerasan, ianya adalah dengan diplomasi dan bijaksana.

Dan yang memegang amanah ialah mereka yang dilantik menjadi pemimpin, baik pemimpin di dalam setiap jabatan, pemimpin di peringkat kementerian mahu pun pemimpin parti politik pemerintah mahu pun pembangkang. Sekiranya mereka takut hendak bersuara dan bertindak maka orang Melayu akan menjadi satu bangsa yang bacul. Rasuah, jenayah, pecah amanah, maksiat akan berleluasa dan bermaharaja lela dalam umat bangsa Melayu.

11/9/05

Kajian kesan kenaikan tarif elektrik ke atas rakyat miskin NS

Air dan elektrik adalah merupakan asas utama untuk setiap penduduk di negeri ini.

Justeru itu Lajnah Penerangan Badan Perhubungan PAS N.Sembilan sedang menjalankan kajian kesan kenaikan tarif elektrik dan air ke atas penduduk yang berpendapatan rendah di Negeri Sembilan ini. Adalah diharapkan semua badan bukan kerajaan dan parti politik terutamanya daripada PAS sendiri di setiap cawangan dan kawasan agar menyalurkan maklumat mereka yang berpendapatan rendah di sekitar anda kepada pihak kami.

Hasil kajian ini akan diserahkan kepada pihak kerajaan negeri agar kenaikan kadar tarif air dan elektrik kelak tidak menjarakkan lagi jurang sosio ekonomi negara ini. Serta satu pendekatan haruslah diambil bagaimana golongan berpendapatan rendah dan miskin ini dapat dibantu oleh semua pihak dalam menangani masalah ini.

Sila e-melkan makulmat berikut kepada pasn9@yahoo.com atau disalurkan melalui mana-mana AJK PAS Negeri.

Kajian ini hanya melibatkan pendapat seisi rumah kurang RM 1000 sebulan.

1. Jumlah isi rumah : ____ orang
2. Pendapatan seisi rumah sebulan : RM _____
3. Kawasan kediaman : Taman/Kampung _________
4. Bandar/Pekan : __________
5. Anggaran bil elektrik sebulan: RM ______
6. Anggaran bil air sebulan : RM ______
7. Jumlah isi rumah yang masih belajar (Tadika/Sek Ren & Men/IPTA) : ____ orang

Kuliah Dhuha Us Abd Rahim Yusof 20 Nov

Assalamualaikum wrt wbt ,
Muslimin dan muslimat dijemput untuk menghadiri program berikut :

Kuliah Dhuha
Penyampai : Al Fadhil Ustaz Abdul Rahim Yusof
AHAD 20 November 2005 , 18 Syawal 1426
JAM 9 Pagi
Di Markas PAS Kawasan Rembau

11/8/05

Kemalangan jalanraya : Kaji dulu punca sebelum bertindak

Tambah masa latihan untuk kelas memandu, tarik serta merta lesen pemandu yang cuai, kenakan hukuman maksima, hanya 10 tahun pengalaman boleh memandu kenderaan awam dan pelbagai lagi kenyataan yang dikeluarkan terutamanya diperingkat kepimpinan negara dan kementerian menggambarkan seolah-olah kes kemalangan jalanraya akan dapat dikurangkan jika langkah sedemikian diambil.

Sebelum kita pergi lebih jauh bentuk tindakan yang perlu diambil, apakah punca sebenar kemalangan jalanraya di negara ini telah di kenal pasti ? Saya kira Majlis Keselamatan Jalanraya dan beberapa agensi lain serta institut pengajian tinggi ada membuat kajian terperinci mengenai punca kemalangan jalanraya di Malaysia ini dan telah mengesyorkan beberapa cadangan yang perlu diambil. Persoalannya adalah kajian ini didedahkan kepada umum untuk dinilai serta diberi peluang kepada orangramai untuk memberikan maklum balas ?

Untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu, perlulah dikenal pasti puncanya terlebih dahulu. Setelah dikenal pasti puncanya maka hendaklah dikenal pasti cara penyelesaiannya pula. Dan punca ini hendaklah berasaskan kepada statistik dan fakta bukan andaian semata-mata.

Punca kemalangan jalanraya ini hendaklah diletakkan prioriti atau keutamaan mana yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Jika statistik menunjukkan punca kemalangan jalanraya pada musim perayaan adalah akibat pemandu yang mabuk adalah yang tertinggi maka penyelesaian kepada masalah pemandu yang mabuk harus dicari. Pemandu yang menjalani latihan 100 jam sekali pun dan mempunyai 20 tahun pengalaman sekiranya dia mabuk akan mendatangkan risiko kepada diri mereka sendiri dan nyawa orang lain. Begitulah juga kepada pemandu yang mengambil dadah, ganja dan pil khayal.

Sekiranya statistik di sesuatu tempat itu menunjukkan bahawa keadaan jalanraya yang tidak sempurna adalah punca kemalangan tertinggi ditempat tersebut maka pendekatan kejuruteraan haruslah diambil untuk memperbaiki keadaan jalan tersebut. Kompaun dan denda yang maksima tidak akan dapat menyelesaikan masalah kemalangan yang tinggi di kawasan tersebut.

Begitulah juga jika statistik di kawasan lain pula menunjukkan bahawa pemandu yang tidak mempunyai lesen memandu adalah penyebab tertinggi kes kemalangan di tempat tersebut maka satu tindakan yang komprehensif haruslah diambil untuk mempastikan tiada pemandu yang memandu kenderaan tanpa lesen memandu. Menambahkan lagi masa latihan memandu, akan menambahkan kos serta masa. Ianya akan menjauhkan lagi mereka yang tiada lesen memandu untuk mengambil lesen memandu. Begitu juga menggantung lesen memandu mereka yang kerap melakukan kesalahan (pemandu tegar) tidak akan menghalang mereka ini daripada terus memandu tanpa lesen.

Mungkin juga ada hasil kajian yang menunjukkan pemandu di Malaysia ini menghadapi masalah jiwa atau saikologi dimana mereka ini sentiasa ingin memandu dalam keadaan terburu-buru, tidak suka dicabar di jalanraya, sentiasa ingin cepat sampai dan seterusnya. Jika statistik menunjukkan punca sebegini banyak berlaku akibat kesesakan jalanraya atau tekanan hidup maka penyelesaian secara saikologi atau batiniah pula yang perlu diambil.

Di Amerika contohnya mereka ada persatuan yang diberi nama MADD (Mothers Against Drunk Drivers) iaitu Persatuan Ibu-Ibu Yang Menentang Pemandu Mabuk. Persatuan ini ditubuhkan untuk melindungi anak-anak mereka daripada pemandu-pemandu yang mabuk dimana mereka memberikan program kesedaran kepada para remaja agar tidak memandu dalam keadaan mabuk. Apa salahnya di Malaysia ini atas inisiatif rakyat sendiri menubuhkan persatuan yang sedemikian ? Persatuan ini boleh memberikan cadangan kepada kerajaan agar menghalang atau menghadkan penjualan arak pada musim perayaan atau hujung minggu , terutamanya di kedai-kedai 24 jam yang mudah didapati di Malaysia ini.

Apa yang peliknya ialah ujian memandu di Amerika Syarikat adalah begitu mudah , namun ianya tidak pula melahirkan ramai pemandu-pemandu suka memotong laluan, pemandu-pemandu yang kreap membunyikan hon, pemandu-pemandu yang membuang sampah dari tingkap kenderaan. Malah tiada dikenakan syarat perlu menjalani latihan selama sekian jam dan sebagainya. Apa yang perlu mereka lakukan ialah cuma ujian mata, samada rabun dekat, rabun jauh atau rabun warna. Kemudian ujian objektif yang begitu mudah dan murah, jika gagal hari ini, boleh datang esok. Jika gagal esok boleh datang lusa. Sehinggalah kita boleh menghafal semua soalan dan jawapan yang diberikan. Selepas itu barulah diadakan ujian memandu yang juga begitu mudah, jika gagal hari ini, boleh datang esok dan seterusnya.

Apakah pemandu-pemandu di Malaysia ini memberontak secara senyap (silent protest) kerana setelah melalui ujian memandu yang begitu lama, payah dan mahal mereka boleh memandu dengan sewenang-wenangnya kerana mereka memiliki lesen memandu yang paling sukar untuk lulus di dunia ?

Pembeli rumah tidak tertipu oleh pemaju bermasalah lagi

Sekiranya anda atau keluarga anda atau sahabat anda ingin membeli rumah daripada pemaju perumahan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sekarang menyediakan maklumat terperinci pemaju perumahan yang bermasalah. Sekiranya pemaju perumahan tersebut baru didaftarkan anda boleh bertanyakan pada kementerian status lesen mereka di talian Kementerian 03-2099-8325

Data yang disediakan baik digunakan oleh mana-mana parti politik yang ingin membela nasib rakyat jelata. Boleh dicetak data yang terletak pada laman web ini dan paparkan di masjid-masjid, surau-surau, balairaya-balairaya dan lain-lain tempat awam.

Mereka yang ada akses internet boleh membantu dengan mempromosi laman lewb KPKT dan mengedarkan maklumat bercetak kepada mereka yang tiada akses internet.

Laman web KPKT
http://www.kpkt.gov.my
http://www.kpkt.gov.my/kpkt/main.php?Content=sections&SectionID=146

Berikut ialah contoh pemaju perumahan di Negeri Sembilan yang bermasalah :

SENARAI PEMAJU YANG TELAH DIKOMPAUN DI BAWAH AKTA/PERATURAN DARI
TAHUN 2003 HINGGA TAHUN SEPTEMBER 2005
1. Ascentland Sdn Bhd . Projek : PD Tiara Bay, Port Dickson Peraturan 6(1)(h) RM1,000.00
2. Negara Properties Realty Sdn Bhd . Projek : Nilai Impian, Seremban Peraturan 6(1)(g) RM1,000.00
3. Esteam Network Sdn Bhd . Projek : Taman Angsamas Peraturan 6(1)(h) RM1,000.00
4. Spring Avenue Sdn Bhd . Projek : Seremban Jaya Peraturan 6(1)(i) RM1,000.00
5. Syarikat Rahman Brothers P'umahan SB . Projek : Taman Desa Orkid, Senawang Peraturan 6(1)(d)
6. Naga Sakti Sdn Bhd . Projek : Taman Tuanku Jaafar Peraturan 6(1)(a) RM1,000.00
7. Dmia Land (M) Sdn Bhd . Projek : Taman Bukit Zamrud Seremban Peraturan 6(1)(e) RM1,000.00


LAPORAN PEMAJU YANG TELAH DIKOMPAUN DI BAWAH AKTA PEMAJUAN PERUMAHAN DARI TAHUN 2003 HINGGA SEPTEMBER 2005
1. Mawar Delima Sdn Bhd . Projek : Taman Seri Rahang,Seremban Seksyen 7(f) RM10,000.00
2. Naga Sakti Sdn Bhd . Projek : Taman Tuanku Ja'afar, Seremban Seksyen 7(f) RM10,000.00
3. Mega Diamond Holdings Sdn Bhd . Projek : Desan Permai, Rembau Seksyen 7(f) RM10,000.00
4. Lankhorst Hartanah Sdn Bhd. Projek : Casa Flora, Seremban Seksyen 7(f) RM10,000.00


PEMAJU YANG DIDAKWA ATAS KESALAHAN-KESALAHAN LAIN DI BAWAH AKTA PEMAJUAN PERUMAHAN (KAWALAN DAN PELESENAN) 1966 DAN PERATURAN-PERATURAN BERKAITAN BAGI TEMPOH 2003 HINGGA SEPTEMBER 2005
WONG AKAU PENGARAH SYARIKAT ASTANA STRATEGI (M) SDN BHD
PROJEK: TMN JAYA LUKUT N. SEMBILAN
SEKSYEN 15(2) AKTA 118
-2 Pertuduhan Pengarah
-Pemaju Berlesen Dalam Syarikat Yang Telah Digulung
TARIKH BICARA: 21 MARCH 2006 di MAHKAMAH MAJISTRET MELAKA

Jemputan Rumah Terbuka PAS N.Sembilan

Kepada semua ahli PAS dan rakyat Negeri Sembilan adalah dijemput untuk menghadiri Rumah Terbuka serta Jamuan Sempena Sambutan Idil Fitri seperti berikut :

Rumah Terbuka PAS Pusat
Tarikh: AHAD 13 November 2005
Masa: 2.00-5.00ptg
Tempat: Taman Melewar

Jamuan Hari Raya Dewan Muslimat PAS NS
Tarikh: SABTU 19 November 2005
Masa: 10.00 pagi - 1.00ptg
Tempat: Markas PAS Rembau

Jamuan Hari Raya PAS Kawasan Rembau
Tarikh: SABTU 26 November 2005
Masa: 10.00 pagi - 2.00ptg
Tempat: Markas PAS Astana Raja - Rumah Pn Maznah

Jamuan Hari Raya PAS Kawasan Jempol
Tarikh: SABTU 26 November 2005
Masa: 2.00ptg - 5.00ptg
Tempat: Jempol

Jamuan Hari Raya PAS Negeri Sembilan
Tarikh: AHAD 27 November 2005
Masa: 2.00ptg - 5.00ptg
Tempat: Gedung Lalang 162 , Ampangan, Seremban