FORUM

FORUM

KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

12/31/05

Jemputan Majlis Korban PAS Jempol

Assalamualaikum wrt wbt,

PAS Kawasan Jempol menjemput semua muslimin dan muslimat untuk menghadiri Solat Sunat Idil Adha serta Majlis Korban di :

Muassasah Darul Syarif, Jln Batu Kikir – Bahau
Solat Sunat Idil Adha 8:30 pagi , Imam : Us Ali Napiah
Majlis Korban selepas solat sunat dan khutbah Idil Adha
Selasa 10 Zulhijjah 1426 , 10 Januari 2006

Pertanyaan lanjut hubungi Sdr Rahim 019-2876734 Setiausaha PAS Kawasan Jempol

Suami Guru PASTI Amal meninggal dunia

Adalah dimaklumkan suami kepada Cikgu Ila, guru PASTI Amal , Taman Marida , Senawang telah meninggal dunia pagi Sabtu 31 Dis 2005 di Hospital Seremban akibat penyakit lama yang telah dimaklumkan sebelum ini. Jenazah beliau telah disemadikan di Kg Pulau Acheh, Chengkau, NS. Sdr Nazri Zainal dan Bendahari PASTI Sdr Sharidan telah hadir ke majlis pengkebumian. Semoga roh beliau diletakkan bersama orang-orang yang soleh. Kepada mereka yang ingin memberikan sumbangan kepada keluarga Allahyarham bolehlah menghubungi Sdr Nazri Zainal 016-2778269

12/30/05

DMPKR bantu pelajar miskin meneruskan persekolahan

5 orang pelajar cemerlang lepasan PMR di DUN Kota, daerah Rembau akan menerima sumbangan RM300 seorang sumbangan daripada Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau. 3 daripada pelajar berkenaan adalah merupakan pelajar dari Sek Men Dato' Astana Raja yang memperolehi keputusan 6A 2B manakala 2 orang pelajar lagi dari Sekolah Haji Ahmad Yatim, Ulu Gadong yang mendapat 5A 3B.

Kelima-lima pelajar berkenaan berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan dan dimaklumkan ibubapa pelajar berkenaan meminta bantuan daripada Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau , untuk menguruskan pendaftaran kemasukan anak-anak mereka ke sekolah berasrama. Hari ini sejumlah RM1500 wang pos telah di sediakan dan ianya bakal di salurkan kepada kelima-lima pelajar berkenaan sewaktu pendaftaran persekolahan 2 Jan 2006 nanti yang akan diuruskan sendiri oleh Ketua Muslimat Kawasan Rembau. Antara sekolah berasrama yang di pohon oleh pelajar berkenaan ialah Sekolah Dato' Sheikh Mohamad Said , Seremban.

Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau mengalu-alukan sumbangan individu yang ingin membantu kelima-lima pelajar ini terutamanya sumbangan yuran bulanan asrama, makanan, pakaian persekolahan serta perbelanjaan mereka untuk meneruskan pengajian kelak. Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau, Puan Maznah mengucapkan terima kasih kepada semua individu yang menyumbang. Kita mendoakan semoga anak-anak ini berjaya menjadi insan cemerlang pada masa akan datang dan kemiskinan yang menimpa mereka tidak membataskan mereka untuk terus menuntut ilmu.

Sebarang bentuk sumbangan boleh di sumbangkan melalui akaun Maybank 155050227085 (Puan Norwani - Timbalan Ketua Dewan Muslimat Pas Kawasan Rembau) atau menghubungi Puan Maznah Talib (013-2718054) / Puan Norwani (013-3851202)

12/26/05

Ceramah Mega Perdana Tunda ke 14 Januari 2006

Adalah dimaklumkan program yang dijadualkan pada 31 Dis 2005 telah ditunda pada 14 Januari 2006. Harap maklum dan harap maaf.

Sempena dengan Pelancaran Tabung Pembangunan PAS Negeri Sembilan Badan Perhubungan PAS N.Sembilan akan mengadakan Ceramah Mega Perdana seperti berikut:

Tarikh : SABTU 14 Januari 2006
Masa : 9 malam
Tempat : Markas PAS Cawangan Ampangan , Seremban (Sebelah Surau Hitam)
Penceramah :
1. Tn Guru Hj Abd Hadi Awang – Presiden PAS
2. Us Nasaruddin Md Isa – Timbalan Presiden PAS
3. Dr Hassan Ali – Naib Presiden PAS
4. Us Abd Ghani Abd Rahman – AJK PAS Pusat / Pesuruhjaya PAS Melaka
5. Dr Rosly Yaakop – AJK PAS Pusat / Pesuruhjaya PAS NS

Turut diadakan pada hari yang sama ialah Ceramah Motivasi yang akan diadakan pada jam 4:30 petang serta Kuliah Maghrib yang akan disampaikan oleh Al Fadhil Us Abd Ghani Abd Rahman.

Justeru itu semua muslimin dan muslimat adalah dijemput hadir ke program ini.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
Setiausaha PAS NS Sdr Shamsul 019-6532973 skamalidz@yahoo.com

Untuk sumbangan ke Tabung Pembangunan PAS N.Sembilan masukkan ke :
Nama Akaun : BPPNS
No Akaun : 5030 0100 00462
Bank : Bank Islam

12/22/05

Yayasan Terengganu Muflis ? Pelajar Melayu Tercicir

Berapa ramai lagi anak Melayu kita yang terpaksa berhenti belajar atau tidak dapat melanjutkan pelajaran seperti mereka ini ?

Utusan Malaysia 22 Dis 2005
Hairan Yayasan Terengganu tiada wang
Saudara Pengarang,
ANAK saya telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di utara Semenanjung dan telah memohon bantuan wang pendahuluan daripada Yayasan Terengganu. Tetapi malangnya telah dimaklumkan bahawa buat masa kini Yayasan tidak mempunyai wang.

Hal yang sama juga telah berlaku kepada anak jiran saya di mana setelah hampir tiga bulan mengikuti program kemahiran MLVK menerusi pembiayaan pinjaman Yayasan Terengganu tetapi sehingga kini masih belum lagi menerima wang saku.

Apabila diajukan pertanyaan kepada bahagian penajaan Yayasan Terengganu, jawapan yang diberi ialah Yayasan tidak mempunyai wang dan akhirnya pelajar tersebut terpaksa berhenti kerana bapanya tidak lagi mampu untuk menyaranya.

Pada pendapat saya, jawapan yang diberikan oleh pihak Yayasan Terengganu adalah tidak masuk akal kerana setelah Barisan Nasional menerajui Terengganu, kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah besar perbelanjaannya untuk pendidikan. Tetapi persoalannya sekarang ke manakah perginya wang peruntukan tersebut? - ORANG MISKIN, Kuala Terengganu.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2005&dt=1222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_07.htm

Penyokong Kuat BN N.Sembilan Tak Puas Hati

Kalau penyokong kuat Barisan Nasional di Negeri Sembilan ini tidak puas hati dengan kenaikan cukai pintu, apatah lagi rakyat biasa.

Utusan Malaysia 22 Disember 2005

PBT naikkan cukai pintu sesuka hati

Saudara Pengarang,
SAYA merujuk keluhan Penduduk Tercungap, Nilai, yang disiarkan pada 15 Disember 2005.

Kami turut menerima nasib lebih malang di mana cukai pintu yang baru (bermula Januari 2006) meningkat sebanyak 95 peratus daripada RM201.60 kepada RM394.80. Lebih buruk lagi, kenaikan terakhir (RM201.60) adalah berkuat kuasa dari 1 Julai 2005, hanya enam bulan sebelum pihak berkuasa tempatan (PBT) sesuka hati menaikkan lagi cukai pintu.

Saya tidak terkejut sekiranya kami akan menerima notis kenaikan yang baru pada Jun 2006. Nampaknya duduk di Negeri Sembilan lebih tinggi kosnya jika dibandingkan tinggal di sempadan Selangor (Bandar Tasik Kesuma atau Beranang).

Walaupun rumah saya terletak di Sungai Gadut (bandar Seremban selatan), iaitu selepas Senawang (menuju ke arah Rantau, kawasan Menteri Besar Negeri Sembilan), tetapi ia termasuk di dalam kawasan Majlis Perbandaran Seremban.

Jika kawasan Nilai boleh dikatakan membangun dengan wujudnya Bandar Baru Nilai, Nilai 3 serta kedudukannya yang terletak di sebelah lebuh raya PLUS, kawasan perumahan saya pula terletak jauh dari kawasan bandar dan terpinggir.

Kami sangat tidak puas hati dengan tindakan PBT yang langsung tidak mempedulikan golongan bawahan.

Saya sangat berharap Pejabat Menteri Besar dapat memberi perhatian yang sewajarnya terhadap isu ini. Segala yang melibatkan golongan rakyat seharusnya mendapat perhatian yang berhormat Menteri Besar. - PENYOKONG KUAT BN, Sungai Gadut, Negeri Sembilan.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2005&dt=1222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_06.htm

12/20/05

Mangsa Banjir : PAS Harus segera bertindak

4 negeri di utara Semenanjung dilanda banjir paling buruk sejak berdekad. Bantuan harus dihulurkan dalam kadar segera dan dalam tempoh yang lama. Ini memandangkan banyak kawasan musnah, pendapatan mereka terjejas dan menjelang bukanya sekolah.

Adalah dicadangkan PAS Pusat, Muslimat Pusat dan Pemuda Pusat segera menggerakkan PAS negeri masing-masing untuk membantu mangsa yang terlibat sepertimana kita pantas melakukannya semasa pilihanraya Pengkalan Pasir baru-baru ini.

Contohnya seperti PAS N.Sembilan ditugaskan menjaga UPU Dangar di Pengkalan Pasir bersama YB Takiyudin. Begitulah juga untuk membantu mangsa banjir ini, letakkan N.Sembilan untuk membantu mangsa banjir di satu kawasan di Perlis katakan. Kemudian N.Sembilan boleh menubuhkan Bilik Gerakan banjir di negeri ini, serta menghantar pasukan peninjau untuk bertemu YDP Kawasan di Perlis untuk mengatur bantuan yang dapat dihulurkan ke sana.

Sesungguhnya musibah ini adalah cabaran dan dugaan bukan hanya untuk mangsa banjir bahkan untuk mereka yang tidak terlibat. Umat Islam, sakit satu bahagian badan, akan sakitlah keseluruhan bahagiannya.

12/18/05

Ceramah Mega Perdana 31 Dis Seremban

Sempena dengan Pelancaran Tabung Pembangunan PAS Negeri Sembilan Badan Perhubungan PAS N.Sembilan akan mengadakan Ceramah Mega Perdana seperti berikut:

Tarikh : SABTU 31 Disember 2005
Masa : 9 malam
Tempat : Markas PAS Cawangan Ampangan , Seremban (Sebelah Surau Hitam)
Penceramah :
Tn Guru Hj Abd Hadi Awang – Presiden PAS
Us Nasaruddin Md Isa – Timbalan Presiden PAS
Dr Hassan Ali – Naib Presiden PAS
Us Abd Ghani Abd Rahman – AJK PAS Pusat / Pesuruhjaya PAS Melaka
Dr Rosly Yaakop – AJK PAS Pusat / Pesuruhjaya PAS NS

Turut diadakan pada hari yang sama ialah Ceramah Motivasi yang akan diadakan pada jam 4:30 petang serta Kuliah Maghrib yang akan disampaikan oleh Al Fadhil Us Abd Ghani Abd Rahman.

Justeru itu semua muslimin dan muslimat adalah dijemput hadir ke program ini.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
Setiausaha PAS NS Sdr Shamsul 019-6532973 skamalidz@yahoo.com

Untuk sumbangan ke Tabung Pembangunan PAS N.Sembilan masukkan ke :
Nama Akaun : BPPNS
No Akaun : 5030 0100 00462
Bank : Bank Islam

Kembalikan Martabat Bangsa Melayu Yang Tercalar

Berikut ialah resolusi Kongres Kepentingan Bangsa yang diadakan 16-17 Dis 2005 di Universiti Teknologi Malaysia KL yang dipengerusikan oleh Tengku Razaleigh Hamzah Ahli Parlimen Barisan Nasional Gua Musang dan dihadiri dihadiri lebih 1200 orang mewakili lebih 100 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu.

Sila baca berita penuh dalam Mingguan Malaysia 18 Dis 2005 mukasurat 2. Bersamalah kita mempastikan agar resolusi ini dilaksanakan bukan sekadar retorik semata-mata.

Antara 29 perkara resolusi dalam kongres secara sebulat suara menggesa kerajaan:

* Mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, iaitu mengembalikan fungsi Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi matapelajaran Sains dan Matematik. Pada masa sama mempertingkatkan pengajaran Bahasa Inggeris.

* Mengembalikan semula peruntukan geran perkapita Sekolah Agama Rakyat supaya ia dapat berfungsi seperti asal bagi mengembangkan pendidikan aliran agama.

* Memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) secara tuntas kerana ia mewujudkan suasana yang tidak sihat bagi pertumbuhan dan kecerdasan minda serta kebebasan berfikir di kalangan ahli akademik dan mahasiswa.

* Mengambil usaha mempertahankan tanah orang Melayu/ Rizab Melayu di seluruh negara.

* Menjadikan Petronas berperanan sebagai agensi penjana yang bertanggungjawab melahirkan usahawan Melayu dalam bidang gas dan minyak.

* Memperkenalkan Akta Makanan Halal supaya industri makanan halal berkembang di kalangan orang Melayu Islam.

* Dasar Kebudayaan Kebangsaan diperundangkan dalam bentuk Akta seperti Dasar Bahasa dan Dasar Pendidikan.

* Menyubur dan menerapkan kebudayaan Melayu yang berteraskan Islam dalam pentadbiran, pendidikan dan lain-lain bidang.

* Penginstitusian zakat dilakukan mengikut proses undang-undang.

Resolusi tersebut dibaca oleh Dr Muhammad Nor Manuti dan diserahkan kepada Pengerusi Kongres, Tengku Razaleigh Hamzah.

12/16/05

Kaunseling Percuma MAINS untuk selesaikan masalah sosial

Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam N.Sembilan (MAINS)

Jenis Perkhidmatan:
Kaunseling Individu, kaunseling kelompok, skim panel kaunselor, perundingan/konsultasi, khidmat nasihat perundangan enakmen kekeluargaan Islam, pembentangan kertas kerja/seminar/kursus dan penceramah program berkaitan.

Kaunselor: Nor Azman Amat (Ketua), Mahadi Ali, Fadilah Mohamad (Seremban), Wan Aminuddin Wan Abdullah, Zana Ruslinda Ujang, Che Rozita Che Rahman (Tampin) dan Abdul Ghani Sulaiman dan Norlim Mohd Yusof, Che Som Omar (Bahau).

Waktu Operasi: Isnin - Jumaat: 10 pagi-5 petang.

Kaedah perkhidmatan: temujanji, walk-in, tele-kaunseling, surat, sistem rekod data peribadi, surat rasmi.

Telefon: Seremban (06-7679905), Tampin (06-4433050), Bahau (06-4553067).

Pusat Kaunseling Mains
Pusat Utama: Tingkat 3 Terminal One Seremban. Mula beroperasi 1998. Jumlah sesi kaunseling sehingga November 7,000.
Cawangan Kedua: Pekan Tampin - mula beroperasi Februari 2002. Jumlah sesi kaunseling sehingga November 1,619.
Cawangan Ketiga: Pekan Bahau - mula beroperasi Ogos 2005. Jumlah sesi kaunseling sehingga awal Disember 35.

Berita Harian 15 Disember 2005

Kaunseling Mains berkesan - Oleh Mohd Amin Jalil

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Friday/EdisiTengah/20051216104039/Article/

SEREMBAN: Ramai remaja di Negeri Sembilan yang terjebak dalam gejala sosial, berubah kepada personaliti lebih positif selepas mendapatkan khidmat kaunseling Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains).

Selain itu, mereka yang menghadapi masalah rumah tangga juga berjaya dipulihkan selepas mendapat kaunseling daripada pakar, sekali gus membahagiakan kembali kehidupan bersuami isteri. Pusat yang beroperasi di tiga tempat iaitu di Terminal One di sini, Tampin dan Bahau itu menyediakan khidmat pakar kaunseling percuma untuk semua peringkat masyarakat tanpa mengira agama.

Ini diakui Ketua Kaunselor Mains, Nor Azman Amat. Hasil maklum balas yang diperoleh, perkhidmatan yang diberikan pusat itu amat berkesan dan banyak masalah yang dikemukakan berjaya diatasi. Pelbagai masalah dikemukakan seperti remaja terlanjur, sengketa antara suami dan isteri, keretakan rumah tangga dan perceraian.

"Ada individu yang mendapatkan perkhidmatan itu melebihi sekali bergantung kepada hasil penyelesaian dan kesediaan mereka untuk berubah," katanya di sini. Sambutan orang ramai amat menggalakkan kerana perkhidmatan yang diberikan menyeluruh dengan kaunselor turut bertindak sebagai motivator.

Ramai juga kalangan pelajar, pekerja industri dan remaja mendapatkan khidmat nasihat terutama dalam memilih kerjaya bersesuaian. "Perkhidmatan yang kami berikan ini adalah untuk membantu masyarakat dari aspek kebajikan, selain kebuntuan mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi," katanya.

Orang ramai tidak harus bimbang kerana setiap masalah yang diajukan kepada pusat ini dirahsiakan. “Perkhidmatan yang diberikan untuk kepentingan masyarakat terutama membantu kerajaan mengurangkan kadar gejala sosial. Sehingga kini lebih 9,000 sesi kaunseling dikendalikan sejak pusat itu beroperasi pada 1998," katanya.

Selain membantu masyarakat, objektif utama pusat itu ialah menyampaikan dakwah secara menyeluruh dan berkesan melalui kaedah kaunseling, membentuk dan membimbing ummah yang dinamik dan progresif serta sentiasa mencari keredaan Allah serta memperbanyakkan usaha kebajikan dan mencegah kemungkaran melalui kaunseling.

Pusat itu turut mengadakan beberapa kursus berkaitan ketrampilan diri, kecemerlangan peribadi, kemahiran keibubapaan, komunikasi berkesan dan pembimbing rakan sebaya. Kegiatan itu hasil kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan pihak swasta yang ingin terbabit sama selain beberapa pertubuhan bukan kerajaan.

"Matlamat kami adalah menjadikan pusat kaunseling unggul dalam perkhidmatan kaunseling di negara ini," katanya.

Bendera Israel di Malaysia. Perlukah kita marah ?


Berikut ialah gambar yang diambil oleh jurugambar Wan Zahari pada jam 3:30 ptg 15 Disember 2005 di Bangunan PWTC, Kuala Lumpur. Gambarnya ialah bendera Israel berkibar diatas bangunan PWTC bersama beberapa bendera negara asing. Ramai yang marah apabila gambar ini tersiar, ramai yang marah kenapa bendera Israel dikibarkan di bangunan tersebut.

Apakah sekadar marah hangat-hangat tahi ayam ? Atau pun marah sekadar terasa sebak di dada dan geram perasaan? Adakah marah tersebut dapat ditransformasikan atau dihalakan untuk melakukan sesuatu yang bermanafaat untuk membela nasib rakyat Palestin ?

Ya memang kita marah, tapi apakah pernah kita bangun tengah malam bermunajjat pada Allah swt agar rakyat serta umat Islam di Palestin dilindungi dan diberi keselamatan daripada kekejaman pihak tentera ? Apakah pernah kita berdoa setiap kali selepas solat supaya umat Islam di seluruh dunia diberi perlindungan daripada keganasan ? Apakah pernah kita memberikan sumbangan kepada pasukan bantuan kemanusiaan untuk memberi bantuan perubatan, pendidikan dan makanan kepada negara umat Islam yang mundur ? Apakah pernah kita menghantar bantahan bertulis kepada kedutaan-kedutaan asing yang terlibat agar umat Islam diberi layanan berperikemanusiaan di negara tersebut ?

Atau kita hanya sekadar marah dan geram untuk menunjukkan kita prihatin akan nasib umat Islam seluruh dunia ?

Sertai Program Qurban Pusat Dakwah N.Sembilan

PROGRAM IBADAH QURBAN 1426H/2006M
TARIKH : 12 JANUARI 2006 ( KHAMIS )
TEMPAT : PUSAT DAKWAH ISLAMIAH N.SEMBILAN.PAROI

HANYA RM290.00 SATU BAHAGIAN
PENYERTAAN TERHAD

ANJURAN :
PUSAT DAKWAH ISLAMIAH N.SEMBILAN (PAROI, SEREMBAN)
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM N.SEMBILAN

HUBUNGI :
1. Ust Mahmud Fauzi
2. Ust Hj.Ahmad Husaini
3. Ust Adli Shahir

TEL : 06-6751609/605/604 FAX : 06-6789763

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : SEBELUM ATAU PADA 05 JANUARI 2006.

12/15/05

Cukai Pintu N.Sembilan naik 85.19%, bantulah jiran yang susah

Tahun 2006 menjelang tiba, Majlis Perbandaran Nilai, N.Sembilan telah menaikkan cukai pintunya sebanyak 85.19%. Tahun 2006 harga minyak akan naik lagi, tarif elektrik akan naik lagi, tarif air akan naik lagi. Dengarlah keluhan kakitangan awam rendah di bawah ini dalam Ruangan Forum Utusan Malaysia 15 Dis 2005. Perhatikanlah jiran-jiran sekeliling kita, kalau kita duduk di taman perumahan yang elit dimana masing-masing sibuk dengan kerusi kayu jatinya, sibuk “renovate rumah”, sibuk buat “gazebo” dalam rumah, sibuk mencari kereta model baru sekali sekala pandanglah jiran-jiran di taman-taman perumahan yang tidak elit.

Jika tidak anak-anak jiran kita di taman-taman yang tidak elit ini, akan keciciran dalam pelajaran, akan melepak, akan terjebak dalam gejala dadah, akan terjebak dalam gejala ragut, yang akhirnya yang menjadi mangsa ialah siapa sahaja yang ada wang, yang ada barang kemas dan sebagainya.

Tapi bak kata penulis di bawah, kalau kerajaan negeri boleh fikir cara lain nak kutip hasil. Bukan semata-mata menaikkan cukai pintu, sedangkan bangunan, kedai dan rumah terbengkalai di Nilai dan di seluruh Negeri Sembilan ini banyak yang tidak berpenghungi. Malah kedai-kedai sewaan kepunyaan Majlis Daerah dan Majlis Perbandaran banyak yang telah menjadi kandang kambing, kandang lembu dan reban ayam.

(Layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
****************************************************************
Penduduk tidak puas hati cukai pintu naik 85.19 peratus

Saudara Pengarang,

PENDUDUK di Bandar Baru Nilai dan kawasan sekitarnya tidak puas hati kadar taksiran cukai tahunan (cukai pintu) akan dinaikkan mulai 1 Januari 2006.

Kadar lama RM113.40 setahun akan dinaikkan kepada RM210 setahun, iaitu kenaikan sebanyak RM96.60 atau 85.19 peratus.

Surat pemakluman diterima pada 7 Disember 2005, tapi tarikhnya 14 November 2005. Dicatatkan bahawa bantahan boleh dibuat sebelum 16 Disember 2005. Apakah kelewatan penghantaran surat itu disengajakan?

Kenaikan ini menekan golongan kakitangan awam rendah seperti saya.

Kadar kenaikan gaji saya ialah RM45 setahun. Ini bermakna saya perlu mengambil masa dua tahun sebelum kenaikan gaji saya dapat menampung sepenuhnya kenaikan cukai taksiran dan sebagainya.

Bajet 2006 bersetuju menurunkan sebanyak 50 peratus cukai kereta yang berkapasiti 1600cc ke bawah bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah.

Nampaknya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pula mengambil kesempatan menambah beban kami.

PBT sepatutnya mencari idea lain untuk menambah pendapatan bukan naikkan cukai pintu.

Misalnya, Majlis Perbandaran Nilai (MPN) boleh menambah hasil dengan menyediakan tapak pasar tani yang besar dan mengutip sewa tapak. Sekarang penduduk di kawasan Nilai berbelanja di pasar tani Salak yang terletak di Selangor. - PENDUDUK TERCUNGAP, Nilai.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2005&dt=1215&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_04.htm

12/13/05

Syarikat Industri Seks akan buka kedai di Megamall

Playboy Enterprises, adalah merupakan syarikat yang mengeluarkan majalah lucah Playboy, akan membuka kedai mereka Megamall, di Malaysia ini, walaupun penerbitan mereka tidak dibenarkan dijual di sini. Apakah barangan yang dibenarkan dijual oleh syarikat Playboy di Malaysia ini ?

Apakah JAKIM, IKIM, PERKIM, ABIM, JIM, PEKIDA, Biro Agama UMNO, Dewan Ulama PAS, para pendakwah bebas atau pendakwah tidak bebas akan hanya berdiam diri, mengambil sikap tunggu dan lihat atau hanya saling tuduh menuduh antara satu sama lain atas segala gejala sosial yang melanda umat Islam terutamanya orang Melayu di Malaysia ketika ini?

Atau apakah kita orang Melayu menyokong usaha ini kerana dari segi jangka pendeknya memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak gadis kita untuk bekerja di kedai Playboy ?

Tidak cukupkan dengan majalah ghairah tempatan, novel ghairah tempatan, VCD lucah ketika ini ?

Tidak cukupkah dengan gejala Black Metal, gejala Punk, gejala Skinhead, gejala seks bebas di Malaysia ini ?

Berikut ialah petikan daripada laman web Malaysiakini mengenai pembukaan Playboy di Megamall http://www.malaysiakini.com/news/44418

Playboy to open store in Megamall
Dec 12, 05 10:26am
Playboy Enterprises, the company behind the Playboy magazine empire, said Monday it will open a store in Malaysia, even though the raunchy publication is banned here.

12/12/05

Harakah perlukan imej baru untuk pikat ahli membaca

Harakah pada zaman kemuncaknya semasa peristiwa pemecatan Dato’ Seri Anwar dan lanjutan daripada itu gerakan Reformasi telah menjadi seperti goreng pisang panas. Dimana-mana sahaja orang akan membaca Harakah, baik yang ahli mahupun yang bukan ahli.

Namun sekarang semuanya telah berubah, tiada lagi isu yang sehangat dahulu. Harakah bukan lagi menjadi akhbar utama ahli PAS sendiri. Malah ada dikalangan ahli PAS lebih berminat membeli akhbar perdana seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro dan Kosmo. Walaupun sebelum ini diadakan kempen agar ahli memboikot daripada membeli (bukannya boikot membaca) akhbar perdana tersebut. Ada dikalangan ahli kita yang membelanjakan lebih dalam masa sebulan untuk membeli akhbar perdana berbanding dengan Harakah yang hanya dikeluarkan dua kali sebulan.

Maka tidak hairanlah baru-baru ini akhbar Berita Harian dan tabloid Harian Metro adalah merupakan akhbar paling laris di Malaysia ketika ini.

Justeru itu pengurusan Harakah haruslah mengadakan reformasi di kalangan para wartawan dan penerbit mereka agar penampilan dan imej Harakah dapat memikat kembali semua ahli untuk berebut-rebut memilikinya pada setiap keluaran.

Daripada pemerhatian mata kasar saya secara peribadi antara isu-isu yang menarik pembaca untuk membaca sesuatu berita itu ialah isu yang berkaitan dengan masalah setempat seperti masalah gejala sosial, isu Black Metal, isu kemiskinan setempat, soal jawab agama, kaunseling, panduan kerjaya dan sebagainya.

Dalam isu kemiskinan contohnya, Harakah sepatutnya menumpukan orang fakir miskin dalam kawasan yang diwakili oleh wakil rakyat atau ahli parlimen PAS sendiri. Mengapa hanya hendak mendedahkan kemiskinan di kawasan wakil rakyat Barisan Nasional ? Maka tidak hairanlah Rancangan TV3 Bersama Mu dengan beraninya mengetengahkan isu kemiskinan tanpa mengira latar belakang wakil rakyat mereka telah dapat mencuri tumpuan rakyat.

Begitu juga dalam masalah pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan. Harakah tidak sepatutnya memuji sahaja PBT yang dibawah negeri tadbiran PAS. Harakah juga harus bersedia mendedahkan kelemahan PBT dalam negeri tadbiran PAS.

Antara kata lain, Harakah sepatutnya bukan hanya mendedahkan kelemahan Kerajaan Pusat, UMNO serta Barisan Nasional. Harakah juga harus secara professional dan bijaksana mengutarakan kelemahan dan masalah yang dihadapi oleh kerajaan negeri Kelantan, Badan Perhubungan PAS Negeri-Negeri serta jentera pilihanraya PAS.

Jika tidak pembaca akan sentiasa beranggapan bahawa pentadbiran PAS adalah begitu cekap dan professional serta menyalahkan segala masalah yang berlaku di Malaysia ini kepada UMNO dan Barisan Nasional semata-mata. Akibatnya pembaca dan ahli hanya akan berpeluk tubuh tanpa mencurahkan segala tenaga mereka untuk membantu parti kerana pada sangka mereka parti berada dalam kedudukan kewangan yang kukuh, pengurusan parti yang efisien yang menyebabkan mereka kalah hanyalah disebabkan oleh pengundi hantu. Kalau tiada pengundi hantu PAS pasti menang, benarkah begitu ?

Antara kata lain , Harakah harus memikirkan strategi bagaimana untuk memikat ahli sekali pandang sahaja berita utama (headline) Harakah mereka akan terus membelinya. Bagaimana caranya ? Samada untuk menambah berita bergambar, mengadakan lebih banyak animasi, mengurangkan artikel yang terlalu ilmiah, mengurangkan ruangan Bahasa Inggeris, menggunakan font yang lebih besar dan lain-lain lagi, terpulanglah kepada kebijaksanaan mereka serta maklumbalas daripada pembaca-pembaca.

Janganlah kita mengharapkan ahli kita setia membeli Harakah tanpa kita mengambil kira apa kehendak ahli atau pembaca masa kini.

Rozmal bin Malakan
Taman Alamanda, Senawang
rozmal@yahoo.com

12/11/05

Laman web pro UMNO mengkritik kepimpinan Pemuda UMNO

Laman web Kelab Maya UMNO (KMU) di www.kmu.net.my selama ini menyiarkan artikel-artikel yang mengkritik parti-parti yang tidak sealiran dengan parti-parti komponen Barisan Nasional antaranya PAS, PKR dan DAP.

Penyiaran artikel terbaru di KMU selepas pilihanraya kecil di Pengkalan Pasir adalah sesuatu yang lain daripada yang lain. Artikel yang bertajuk "PEMUDA DAN PUTRA UMNO...MANA KEMATANGAN?" di http://www.kmu.net.my/modules.php?name=News&file=article&sid=4911 menunjukkan laman web pro UMNO mula menunjukkan sikap keterbukaan mereka untuk mengkritik pemimpin mereka sendiri sebagai teguran daripada ahli kepada pemimpin.

Artikel tersebut antaranya menyebut mengenai ketidakpuasan penulis bagaimana Naib Ketua Pemuda UMNO Sdr Khairy Jamaluddin dan Ketua Putera UMNO Malaysia, berkonfrontasi dengan penyokong PAS di perkarangan Sekolah Kebangsaan Makasar pada hari pengundian tersebut, telah menunjukkan sifat yang kebudak-budakan.

Tahniah diucapkan kepada KMU atas artikel ini yang secara tidak langsung membentuk dimensi baru di dalam UMNO untuk melahirkan barisan penyokong yang berani menegur kepimpinan mereka. Teguran seperti ini haruslah dipandang oleh barisan pimpinan dengan hati yang terbuka.

Artikel seperti ini adalah merupakan cabaran pula kepada media PAS, PKR dan DAP agar penyokong-penyokong dan ahli-ahli mereka pula diberi ruang untuk memberi teguran kepada barisan kepimpinan mereka. Walau bagaimanapun teguran yang diberikan haruslah diluahkan dengan sikap yang professional tanpa menggunakan kata-kata yang kesat dan lebih kepada luahan emosional. Teguran tersebut hendaklah ke arah penambahbaikan di dalam parti.

Sementera kepimpinan yang menerima teguran tersebut hendaklah menerimanya dengan hati yang terbuka serta memberi maklumbalas yang lebih rasional.

Dalam isu pengundi hantu contohnya , kenapa isu “hantu” ini hanya kita katakan kepada pengundi Barisan Nasional sahaja. Apakah PAS, PKR dan DAP bebas sama sekali daripada pengundi hantu , atau apakah PAS, PKR dan DAP mempunyai bilangan pengundi hantu yang terlalu sedikit jika dibandingkan dengan pengundi hantu daripada Barisan Nasional lalu isu ini dijadikan modal ceramah-ceramah umum hinggakan penyokong-penyokong PAS sibuk membicarakan isu pengundi hantu tapi mengabaikan pemantapan jentera pilihanraya negeri, mengabaikan kebajikan ahli-ahli, mengabaikan kerja-kerja kemasyarakatan ? Kita sendiri boleh jadi pengundi hantu jika kita menggunakan Mykad abang atau kakak kita untuk mengundi bagi pihak mereka.

Malah isu hantu ini wujud dalam nama yang berlainan. Di Seremban contohnya ada pihak di kalangan ahli PAS sendiri yang membuat dakwaan wujudnya “Cawangan-Cawangan PAS Hantu”. Samada dakwaan itu benar atau tidak, ianya menggambarkan pihak yang mendakwa dan pihak yang didakwa sama saja dari kacamata mereka yang bukan ahli PAS. Pada mereka tiada bezanya jika selama ini PAS hanya membangkitkan masalah pengundi hantu Barisan Nasional, PAS sendiri pula sekarang ini pula dihantui dengan dakwaan Cawangan Hantu di kalangan ahli mereka sendiri.

Malah dakwaan “Cawangan-Cawangan PAS Hantu” di kawasan ini telah menghantui kepimpinan peringkat pusat yang hingga sekarang ini gagal mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk merapatkan saf antara kedua-dua belah pihak yang terlibat dalam dakwaan Cawangan Hantu ini.

Teguran dan kritikan terbuka yang diberikan oleh penyokong parti bukanlah untuk melihatkan pemimpin mereka dijatuhkan atau parti mereka lemah. Teguran dan kritikan terbuka ahli adalah untuk melihatkan ahli-ahli mereka bersama pemimpin-pemimpin mereka bekerjasama untuk memperkukuhkan parti.

Budaya surat layang haruslah dielakkan apabila memberikan teguran dan kritikan. Sebagai ahli yang berani memberi teguran dan kritikan mereka hendaklah melakukanyya dengan cara yang professional, melalui mesyuarat agong, melalui surat dan e-mel, melalui siaran media, melalui perbincangan dan sebagainya.

Malah budaya tegur menegur dengan sikap terbuka dengan semangat setiakawan ini haruslah diamalkan bukan hanya dalam parti-parti politik, bahkan ianya patut diamalkan dalam semua organisasi terutamanya gerakan Islam di Malaysia ini.

Semoga keputusan pilihanraya Pengkalan Pasir tidak akan melemahkan semangat ahli-ahli PAS untuk terus berjuang dalam menegakkan keadilan dan kebenaran Islam.

Wassalam.

Rozmal bin Malakan
Ahli PAS Negeri Sembilan
rozmal@yahoo.com
waghih.blogspot.com

12/9/05

Pendaftaran pelajar PASTI Al Amal , Senawang

Masa depan anak-anak kita bergantung kepada pendidikan usia muda mereka. Ketinggian mutu kreativiti daya intelek, keluhuran akhlak, kemantapan iman dan ketakwaan mereka mencerminkan sejauh mana kejayaan generasi hari ini yang dipertanggungjawabkan untuk membentuk mereka menjadi generasi soleh yang cemerlang.

PASTI Al Amal , PT 1062 , Lorong Teratai 2 , Taman Marida, 70400 Senawang

Pendaftaran dibuka 26 – 30 Dis 2005 , 9 pg – 12 tgh ( Isnin – Jumaat )

Hubungi :
Cikgu Zaharah 019-2485431
Sdr Nazri Zainal 016-2778269

Pengambilan umur 4, 5 dan 6 tahun
Yuran Pendafaran + Yuran Bulan Jan + Sepasang pakaian + Buku : RM 235 ( 4 – 5 tahun ) , RM 250 ( 6 tahun )
Yuran Bulanan : RM 50 ( Feb – Nov )
Pengangkutan sekitar Senawang RM 25/bulan

Waktu Pembelajaran :
8.30 pagi – 12.00 tgh (Isnin - Khamis)
8.30 pagi - 11.30 pagi (Jumaat)

Objektif PASTI Al Amal :
Melahirkan generasi muslim yang beriman dan bertakwa.
Mendidik anak-anak budaya pembelajaran secara Islam.
Pendidikan Pra-Sekolah yang berteraskan Falsafah Pendidikan Islam.

Matapelajaran :
Komunikasi Asas: Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris
Matematik
Akhlak, Sirah,dan Asas Ibadah
Kesihatan dan Pendidikan Jasmani
Al Quran dan Tulisan Jawi

12/8/05

Ceramah Ir Amiruddin Hamzah 11 Dis Ampangan

Ceramah Perdana

Penceramah :
1.YB Ir Amiruddin Hamzah- ADUN Anak Bukit
2.Ybhg Dr Rosli Yaacob - Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan

Masa : 9.15 malam
Tempat : Markaz PAS Cawangan Ampangan (Sebelah Surau Hitam)
Tarikh : 11 Disember 2005 (AHAD)

Anjuran : Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan

013-342 6346 (En Hassan Taha)

12/7/05

Ceramah Perdana Mazlan Aliman 11 Dis Telok Kemang

CERAMAH PERDANA

Oleh Sdr Mazlan Aliman – Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat
“Di Sebalik Pilihanraya Pengkalan Pasir”
AHAD 11 Disember 2005
Jam 9 Malam

Di PASTI At Taqwa, Telok Kemang, Port Dickson, NS.

Semua Dijemput Hadir

Tahniah BN, menang DUN Pengkalan Pasir

Assalamualaikum wrt wbt ,

Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada Barisan Nasional yang telah memenangi DUN Pengkalan Pasir, Kelantan. Mereka memang layak memenanginya (they deserve the win) setelah berusaha bersungguh-sungguh. Menang tetap menang walaupun dengan majoriti yang sedikit, kerana itu adalah adat pertandingan.

Semoga usaha membela rakyat di Pengkalan Pasir dapat diteruskan.

Kepada rakan-rakan seperjuangan saya daripada PAS, jangan berputus asa. Menang atau kalah, perjalanan kita masih jauh, namun masa semakin singkat untuk kita menyelamatkan diri kita dan ahli keluarga kita daripada api neraka. Sebelum menyalahkan pihak lain , perhatikan dahulu kelemahan kita, penyusunan strategi, kesungguhan ahli, komitmen penyokong dan sebagainya.

Kepada kenalan saya dari UMNO terutama Pemuda di DUN Paroi , DUN Chembong, DUN Rantau, DUN Kota, Parlimen Rembau, jangan lari daripada perjuangan membela nasib agama dan bangsa. Terlalu banyak perkara yang boleh kita tangani bersama, daripada masalah penyelewengan akidah, pengangguran, penagihan dadah, sumbang mahram, rasuah dan banyak lagi. Masalah ini insyaAllah boleh diselesaikan jika kita mahu menyelesaikannya.

Kepada orang kampung saya Sdr Khairy Jamaludin, setelah menabur bakti di Pengkalan Pasir, jenguk-jenguklah waris di Kg. Gadong , Rembau yang susah-susah. Berikanlah anak-anak mereka bantuan pakaian, bantuan beg sekolah, bantuan basikal, bantuan buku sekolah, bantuan makan minum menjelang bukanya penggal persekolahan baru tahun 2006.

Tengok-tengoklah juga anak-anak muda di kampung tu yang sedang melepak agar tidak terjebak dalam gejala dadah, gejala Black Metal dan sebagainya. Tengok-tengoklah juga masjid-masjid kat Rembau ni yang rata-ratanya lengang tinggal beberapa kerat orang tua yang memakmurkannya. Jenguk-jenguklah juga graduan yang menganggur yang sekadar bekerja sebagai pembantu kedai atau pembantu klinik di Senawang ini. Mereka ahli Puteri UMNO.

Salam perjuangan untuk rakan dalam PAS dan kenalan dalam UMNO.

Wassalam.

Rozmal bin Malakan
Ketua Penerangan PAS Kawasan Rembau
rozmal@yahoo.com
waghih.blogspot.com

12/5/05

Pesta Black Metal , pijak Quran di Seremban

Harap masyarakat Islam di Malaysia ini lebih prihatin masalah ini, dan sentiasa menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa. Tahu-tahu tempat kita jadi tempat tumpuan ajaran sesat.

Pesta Black Metal , pijak Quran di Seremban

Harian Metro 5 Dis

SEREMBAN: Perhimpunan sekumpulan 105 pengikut Black Metal, di sebuah dewan di bandar ini, kelmarin, termasuk dari Kuala Lumpur, dikatakan menggunakan nama Persatuan Silat Cekak untuk memohon permit polis.

Kegiatan mereka terbongkar apabila serbuan polis mendapati mereka sebenarnya bersuka-ria dalam pesta Black Metal.

Kumpulan itu, termasuk empat remaja perempuan, rata-rata berusia belasan tahun hingga 30-an itu berada di Dewan Persatuan Masyarakat Ceylon, sejak jam 2 petang hingga diserbu polis pada 8.20 malam.

Perhimpunan itu mendapat permit polis dan Majlis Perbandaran Seremban (MPS), kerana penganjur pesta itu memohon mengadakan persembahan menggunakan nama Persatuan Silat Cekak.

Pesta itu bukan saja dihadiri remaja tempatan, malah turut disertai peminat Black Metal, termasuk dari utara tanah air, Kuala Lumpur dan Singapura yang dikatakan hanya perlu membayar RM18 untuk menyertainya.

Ketika serbuan, kebanyakan pengikut Black Metal itu asyik menari dan menyanyikan lagu Black Metal yang dipasang di dewan berkenaan.

Kebanyakan pesta itu berpakaian serba hitam atau berbaju T putih dan berseluar gelap yang memaparkan corak dan gambar ganas, menakutkan serta memakai aksesori seperti rantai salib terbalik dan pentagram, sesuai dengan ketaksuban mereka dalam aliran muzik hitam itu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Hasanuddin Hasan, berkata polis menerima maklumat mengenai kegiatan kumpulan Black Metal itu kira-kira jam 2 petang kelmarin, selepas orang ramai mengesyaki perhimpunan yang mencurigakan.

“Kami membuat serbuan kira-kira jam 8.20 malam apabila kami mendapat tahu tindakan mereka ada cubaan unsur ganas dan menyimpang daripada ajaran Islam termasuk dikatakan berhasrat untuk memijak al-Quran.

“Bagi memastikan perkara seperti itu tidak berlaku, polis menahan mereka bagi menghalang aktiviti yang bertentangan dengan agama itu,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, daripada yang ditangkap itu, 30 daripada mereka, termasuk tiga warga Singapura, didapati positif dadah dalam ujian air kencing.

Polis turut merujuk tiga daripada remaja terbabit kepada Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan (Jains) untuk tindakan lanjut kerana bersabit masalah akidah.

“Baki remaja lain dibebaskan selepas keterangan masing-masing diambil,” katanya.

Beliau berkata, kumpulan berkenaan sebelum ini dikatakan pernah menganjurkan aktiviti sama di Port Dickson dan dipercayai berusaha mengembangkan budaya Black Metal di beberapa daerah lain.

“Polis tidak akan berkompromi dengan kumpulan berkenaan yang cuba mengembangkan sayap mereka di negeri ini.

“Kami harap ibu bapa mengawasi anak masing-masing daripada terjebak aktiviti tidak sihat ini,” katanya.

Budaya Black Metal pernah menggemparkan negara apabila Harian Metro membuat liputan secara besar-besaran berhubung gerakan muzik underground yang menyesatkan itu di seluruh negara pada 2001 dan 2002.

Pengikut budaya songsang itu pernah mencuri tumpuan kerana dikatakan bertindak di luar batasan, termasuk membakar, memijak surah al-Quran dan berzina di depan kitab suci itu.

Baru-baru ini, kerajaan membatalkan konsert Mayhem iaitu kumpulan Black Metal dari Norway, yang sepatutnya membuat persembahan di disko Backroom, Kuala Lumpur, yang dijadualkan pada 4 Februari depan.

12/4/05

Kalau nak bantuan, pembelaan, doakan wakil rakyat mati

“Kalau nak bantuan, pembelaan, doakan wakil rakyat mati” ; kenyataan ini boleh dikira agak kasar dan mungkin terpesong. Namun itulah hakikatnya. Kempen pilihanraya kecil Pengkalan Pasir membuktikan kebenaran kata-kata diatas.

Lihat sahaja sekeliling kita, jiran-jiran kita , sanak saudara kita yang miskin dan merempat. Atau mungkin kita tidak mengenali orang susah dikalangan jiran tetangga kita atau sanak saudara kita kerana kita sibuk mengumpulkan harta, sibuk membesarkan rumah, sibuk mencari kereta model terbaru yang orang lain belum miliki, sibuk merebut jawatan Ketua Bahagian atau Ketua Cawangan. Maka kita tidak tahu siapa dikalangan jiran tetangga dan sanak saudara kita yang merempat, tahu-tahu muka mereka keluar dalam rancangan Bersama Mu TV3 atau dalam dada-dada akhbar.

Sekiranya kita banyak terlibat dalam kerja kebajikan, sering didatangi orang yang meminta bantuan, maka ada juga terlintas jauh didalam hati, kalau begini ramainya orang yang memerlukan bantuan tetapi tidak tahu ke mana hendak dipanjangkan hajat mereka, alangkah bagusnya jika wakil rakyat ditempat kita ini mati. Kerana jika ada wakil rakyat di tempat kita yang mati, maka akan adalah pilihanraya kecil. Sepertimana apa yang berlaku di Pengkalan Pasir , Kelantan.

Alangkah bagusnya menteri-menteri besar daripada serata negeri di negara kita ini datang ke teratak usang kita, meredah air banjir, bertanyakan khabar serta menghulurkan bantuan.

Alangkah bagus lagi mereka yang sakit selama ini tidak mampu untuk mendapatkan rawatan, datang doktor-doktor ke rumah mereka merawat mereka tanpa mengenakan bayaran, bahkan dihulurkan lagi bantuan kepada pesakit. Dan doktor-doktor yang datang pula bukan sekali malah semua parti menyediakan perkhidmatan doktor baik daripada parti pemerintah mahu pun parti pembangkang.

Tambahan pula sekolah akan buka sekarang ini, dapatlah pula pelajar-pelajar miskin memilikki basikal baru, beg baru, pakaian sekolah baru dan kasut sekolah baru.

Sekiranya beginilah mentaliti rakyat di negara ini dibiasakan, maka jangan hairan satu hari nanti bahawa rakyat daripada berbilang bangsa dan agama terutamanya mereka yang hidup merempat, miskin lagi fakir akan sentiasa berdoa bilalah wakil rakyat ditempat mereka akan mati, supaya kesusahan mereka akan dapat didedahkan semasa kempen pilihanraya kecil.

Malah penyakit ini boleh merebak dikalangan ahli kariah masjid, kerana jika selama ini atap surau dan masjid yang bocor tiada peruntukan untuk dibaiki, maka melalui pilihanraya kecil sahajalah peruntukan untuk membaik pulih masjid serta surau akan disegerakan.

Bagi para peniaga jalanan terutamanya peniaga-peniaga Melayu yang sering gerai-gerai mereka dirobohkan atas alasan mengganggu lalu lintas, mengotorkan sistem perparitan dan sebagainya, mereka juga akan berdoa agar wakil rakyat dikawasan mereka mati, agar keluhan mereka untuk mendapat tapak berniaga akan diberi pembelaan.

Maka hendakkah kita meneruskan tradisi ini ? Apakah di negara barat dan negara maju dan Malaysia yang akan menuju negara maju menjelang tahun 2020, rakyatnya masih lagi berfikiran sebegini ?

Dan wakil-wakil rakyat serta ahli-ahli parlimen, tenangkah hidup mereka apabila rakyat yang mereka wakilkan terutama daripada golongan yang susah, miskin, fakir dan merempat sentiasa mendoakan agar diadakan segera pilihanraya kecil di tempat mereka supaya nasib mereka mendapat pembelaan ?

Hidangan Arak MAS Tidak Menjamin Keuntungan

Kerugian lebih RM 600 juta dalam masa tidak sampai satu tahun yang dialami oleh Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) menimbulkan pelbagai persoalan dan spekulasi. Walauapapun adalah diharapkan pengurusan MAS yang baru dilantik dapat memulihkan kembali kedudukan kewangan MAS agar ianya dapat menjamin kesinambungan kerjaya kakitangannya serta dapat memulihkan kembali imej syarikat penerbangan Malaysia yang diterajui oleh anak tempatan sendiri.

Sebagai sebuah negara Islam yang mengamalkan konsep prinsip Islam Hadhari sewajarnya pihak kerajaan menyediakan garis panduan (SOP) bagaimana sebuah negara Islam harus mengendalikan syarikat penerbangan agar ianya dapat memenuhi cita rasa para penumpang dan dalam masa yang sama berlandaskan iman dan taqwa.

Mungkin sebelum ini kita berfikiran sebagai sebuah syarikat penerbangan yang beroperasi di peringkat antarabangsa semestinya kita mahu menarik minat para penumpang yang berpotensi untuk menaiki syarikat penerbangan kita. Maka mungkin hidangan arak yang disediakan oleh MAS dapat menarik minat lebih ramai warga asing untuk menaiki MAS. Lebih ramai warga asing dan pelancong asing menaiki MAS, maka MAS akan mengaut keuntungan yang lebih. Akan tetapi penyata untung rugi MAS baru-baru ini memberi mesej yang jelas dalam isu ini. Iaitu dengan menyediakan hidangan arak kepada para penumpang MAS, ianya tidak dapat menjamin MAS akan beroleh keuntungan.

Pemerhatian yang seterusnya yang dapat diambil ialah, tidak semestinya sebuah syarikat penerbangan yang mempunyai pramugari yang berpakaian ketat , seksi dan tidak menutup aurat akan menjamin keuntungan sesebuah syarikat penerbangan.

Sebaliknya banyak faktor lain yang menentukan keuntungan sesebuah syarikat penerbangan. Sebagai seorang pelanggan yang inginkan kelainan banyak faktor yang menarik minat penumpang akan mengulangi syarikat penerbangan yang sama antara keluasan kabin, keselesaan tempat duduk, makanan dan minuman yang dihidangkan, keramahan kakitangan kabin dan seterusnya. Diperingkat pengurusan pula , pemilihan sub kontraktor, vendor, pesawat, sistem perkomputeran yang sesuai akan menentukan untung rugi sesebuah syarikat.

Malaysia sebagai Pengerusi Persidangan Negara-Negara Islam (OIC) haruslah menggalakkan agar negara-negara Islam menyediakan garis panduan (SOP) yang glokal agar ianya dapat memberi keselesaan kepada penumpang tanpa mengira agama dan bangsa dalam pada masa yang sama menghormati agama serta budaya di kalangan negara-negara Islam.

Adalah diharapkan pengurusan MAS yang baru ini dapat memberi kelonggaran kepada pramugari untuk menutup aurat serta memakai pakaian yang longgar, seperti mana kelonggaran diberikan kepada kakitangan kabin yang bukan Islam untuk tidak menutup aurat.

Begitu juga dalam masalah hidangan arak, adalah diharapkan MAS tidak lagi menghidangkan arak di dalam pesawatnya. Apa yang peliknya ialah orang bukan Islam apabila menaiki MAS tidaklah begitu beria-ia benar meminum arak, akan tetapi ada segelintir orang Melayu apabila menaiki MAS tanpa segan silu meminta hidangan arak kerana ianya disediakan secara percuma.

Malah di sesetengah negara barat mereka tidak menghidangkan arak untuk penerbangan domestik. Malah ada kakitangan syarikat penerbangan negara barat mengutarakan cadangan agar hidangan arak tidak disediakan kerana ianya boleh mendatangkan gangguan dalam penerbangan apabila ada penumpang yang mabuk.

Setakat ini syarikat penerbangan negara Islam yang tidak menghidangkan arak dan menggalakkan pramugarinya menutup aurat ialah Saudi Airline dan Royal Brunei Airline.

Malah komen yang diberikan oleh penumpang-penumpang bukan Islam yang menaiki Royal Brunei adalah lebih kepada keselesaan kabin, makanan dan keramahan kakitangan kabin. Penumpang-penumpang bukan Islam tidak mencadangkan supaya hidangan arak patut dihidangkan oleh syarikat penerbangan negara Islam.

Sekiranya MAS tidak dapat menyediakan alternatif sebagai sebuah syarikat penerbangan negara Islam, dapatkah kerajaan mengarahkan MAS supaya mematuhi garis panduan syarikat penerbangan negara Islam sepertimana kerajaan mengarahkan agar harga gas asli NGV diarahkan ditarik balik kenaikannya pada 3 Disember 2005 yang lalu ?

Apakah dengan tidak menghidangkan arak dan tidak memberi kelonggaran pramugarinya untuk menutup aurat MAS akan rugi lebih teruk lagi ? Apakah syarikat penerbangan yang tidak menghidangkan arak dan mempunyai pakaian pramugari yang menutup aurat mengalami kerugian yang lebih teruk daripada MAS ?

Berkatkah rezeki yang diperolehi oleh pekerja Islam MAS apabila mereka secara tidak langsung terlibat dalam aktiviti penghidangan arak, daripada pramugarinya, juruterbangnya, juruteranya, pengarah urusannya dan seterusnya ?

Berikut ialah komen seorang penumpang bukan Islam mengenai Royal Brunei :

http://www.airliners.net/open.file/827014/L
Aircraft Taken at Royal Brunei Airlines, Airbus A319-132, April 19, 2005

One of the more interesting flights I have taken. Brunei is a Muslim country, and hence for this flight (1) Flight attendants (as you can see) in traditional headdress (2) No alcohol served (3) Praise and songs to Allah on pushback (4) The inflight screens (as shown) showing direction and distance to Mecca. All in all, a great flight and a wonderful experience-Andrew Hunt.

12/1/05

Ahli Parlimen Islam cadang aktiviti judi utk taja sukan negara

Apakah Malaysia bakal memusing jam ke belakang pada zaman 1970an dimana judi menjadi budaya masyarakat ini atas alasan membantu orang susah iaitu Loteri Kebajikan Masyarakat. Sekarang ini Zaid Ibrahim Ahli Parlimen Kota Bharu mencadangkan pula supaya diadakan Judi Khas untuk mengumpul dana untuk memajukan sukan di negara ini ?

Berikut ialah laporan akhbar The Star 1 December mukasurat 12. Beliau malah mencabar hukum Allah dimana beliau berkata “What are we afraid of?” Apa yang harus kita takutkan . Walaupun pada asalnya beliau maksudkan kenapa harus takut kepada suara yang akan membangkang cadangan beliau. Seolah-olah hanya 6 orang ahli Parlimen sahaja yang akan membangkang. Ini menunjukkan Zaid Ibrahim memperlekehkan Pak Lah sebagai PM yang pada fikiran beliau akan menyokong cadangan beliau, sepertimana Noh Omar yang mendahului memberikan pandangan mengenai isu tahanan wanita dibogelkan.

The Star - Thursday December 1, 2005

Zaid: Run lotteries to raise sports funds

ORGANISE special lotteries to raise funds for sports. This was the suggestion Datuk Zaid Ibrahim (BN – Kota Baru) gave to overcome the problem of finances.

He said many gaming companies did not contribute to sports adequately.

Sports in England, he said, were fully funded by profits from gaming.

Zaid: 'What is more important is what we use the money for' Asked whether the proceeds would be halal, he asked: "What is more important is what we use the money for. Why are we afraid of doing it? Is it because of PAS?

"They only have six seats in Parliament. What are we afraid of?"

He made the comments when debating Budget 2006 for the Youth and Sports Ministry at committee stage.

During the debate, several MPs questioned the role of the Sports Commissioner.

They said the post should be abolished because it had not helped the development of sports.

Loh Seng Kok (BN – Kelana Jaya) said many countries which did not have such a position still managed to excel in sports.

"One has to look at the state of sports before and after the position was created," he said, adding that the post was created to solve problems, not otherwise.

This led Datuk Ghazali Ibrahim (BN – Padang Serai) to suggest that the post be abolished as it had not benefited sports in Malaysia.

Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (BN – Larut) asked why the commissioner had been given the right to meddle in a particular sports organisation.

"This is akin to interfering in family matters," he said.

Debate on this issue then focused on why the commissioner could not solve the issue of the deregistration of the Malaysian Taekwondo Association (MTA).

Lim Kit Siang (DAP – Ipoh Timur) asked why the parties involved couldn't come together to resolve the problem.

"If this drags on, I'm afraid our performance in the sport may be adversely affected," he said.

Deputy Youth and Sports Minister Datuk Ong Tee Keat, winding-up for his ministry, said the problem arose when MTA failed to appeal to the ministry against the commissioner's decision to suspend the association.

"Furthermore, MTA took the issue to court and this added tension to the whole matter," he said.
He said that like all MPs, he also hoped the matter would be resolved quickly.