BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT

BONGEK BERSELAWAT

3/31/06

Angkatan Muda NS cabar UMNO NS bersemuka isu minyak

ANGKATAN MUDA NEGERI SEMBILAN
Ting. 1, No. 1, Jalan Dato Bandar Tunggal, 70000 Seremban, Negeri Sembilan
Tel : 06-6788284 email : penerangan_keadilan@yahoo.com

Tarikh : 31 Mac 2006
Ruj. Kami : amns/keluar/2006/ (239)

DATUK AZMAN HASSAN
Setiausaha,
Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan.

Sdr ;

DEBAT / FORUM : ISU MINYAK

Pertamanya merujuk kenyataan Saudara Setiausaha Perhubungan Umno Negeri Sembilan dalam Utusan Malaysia 25 Mac 2006 bertajuk "UMNO nafi sertai debat isu minyak", di mana dalam laporan saudara menyatakan

Menafikan penglibatan Umno dalam debat isu minyak

Menafikan Umno menerima jemputan

Di sini ingin saya tegaskan untuk pengetahuan saudara

Sememangnya Umno tidak terlibat dalam penganjuran kerana ia dianjurkan oleh Angkatan Muda Negeri Sembilan dengan kerjasama PROTES (gabungan ngo dan parti politik menentang kenaikan harga minyak)

Sememangnya kami tidak menjemput Umno tetapi kami menjemput YB Ir Jamlus Aziz (selaku Ketua Pemuda UMNO NS dan Exco Kerajaan Negeri Sembilan)

YB T.Rajagopalu (selaku exco yang bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal pengguna)

Surat jemputan bertarikh 7 Mac 2006 {Ruj. Kami : amns/keluar/2006/ (235)}telah disampaikan melalui email dan faks pada hari yang sama dan penghantaran tangan telah dihantar ke tingkat 1, Wisma Negeri telah dibuat pada 13 Mac

Kami mengaggap serius kenyataan Perdana Menteri Malaysia iaitu mengarahkan semua ahli UMNO termasuk ahli BN berani untuk turun kebawah dan mengambil setiap kesempatan untuk memberikan penerangan kepada rakyat mengenai kenaikan harga minyak. Berdasarkan kenyataan Perdana Menteri itu kami mengganggap sudah tentu kedua wakil rakyat yang kami undang berani untuk menggunakan kesempatan ini untuk tampil dan memberikan penerangan isu berkenaan. Maka selepas menghantar jemputan kami terus membuat hebahan dengan menggunakan poster dan banner. Sehingga tarikh program debat kami tidak mendapat sebarang makluman bahawa mereka tidak mahu hadir.

Pada program tersebut kira kira 600 orang membanjiri kawasan dalam dan luar dewan yang hanya mampu mengisi 250 orang sahaja. Bagaimanapun semua mereka termasuk kami penganjur hampa kerana kegagalan untuk panelis dari parti pemerintah hadir dan tidak menghantar wakil.

CABAR UMNO NEGERI SEMBILAN ATAU WAKILNYA DEBAT !

Sehubungan dengan itu kami juga memuji sedikit keberanian saudara untuk memberikan komen mengenai isu ini di media arus perdana. Setelah kegagalan Ketua Pemuda Umno Negeri Sembilan berdebat dengan kami dalam isu kenaikan minyak ini maka, dengan ini secara rasmi kami mempelawa untuk Umno Negeri Sembilan untuk berdebat.

Kami bersedia untuk menghantar wakil di mana sahaja tempat dan waktu yang ditetapkan oleh pihak saudara dengan satu sahaja syarat iaitu ia mestilah diadakan secara terbuka.

Kami amat mengharapkan pihak saudara mempunyai sedikit keberanian dan sikap bertanggungjawab untuk berhujah secara terbuka mempertahanklan mengenai relevannya tindakan kerajaan menaikkan harga minyak.

Bukan seperti biasa hanya membuat penerangan dalam program rasmi kerajaan yang dihadiri kakitangan kerajaan dan pelajar yang rata tidak berani bersoal balas kerana takutkan tindakan tekanan kerana bakal dilabel pembangkang kerana bertanyakan soalan.

Kami bersedia untuk membentangkan dan memperdebatkan fakta mengenai betapa kelemahan kerajaan menjadi punca kenaikan harga minyak dan gas ini.

Kami memberikan masa 14 hari untuk mendapatkan respon dari saudara.

Sekian dan terima kasih.

Hj. Ramlan Hj Roes
Ketua Angkatan Muda Negeri Sembilan
0122722175

salinan kepada :

Pihak media

http://www.umno-reform.com/URnews/pemudaadilNS.htm