KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

3/28/06

Pertandingan Fesyen dan Tudung Sempena Pelancaran Nisa N.Sembilan

Pelbagai acara menarik khusus untuk golongan remaja muslimah disediakan sempena pelancaran Nisa peringkat Negeri Sembilan yang akan diadakan di Gedung Lalang 162, Ampangan, Seremban pada Ahad 23 April 2006 ini bermula jam 9 pagi.

Menurut Pengarah Nisa Negeri Pn Norwani, antara acara yang akan diadakan ialah Pertandingan Fesyen Muslimah Cilik, Pertandingan Tudung Kreatif Remaja Muslimah, Pertandingan Masakan Rendang dan Pembuka Selera, Deklamasi Sajak, Persembahan Nasyid, Gerai Busana Muslimah, Jualan Amal Barangan Terpakai serta gerai-gerai Usahawan Muslimah.

Sejajar dengan peranan Nisa untuk membimbing para remaja untuk menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara, pelbagai program telah diatur yang sesuai dengan jiwa remaja. Menurut Pn Norwani lagi Nisa peringat Negeri Sembilan sebelum ini telah mengadakan beberapa program bersama remaja antaranya program motivasi, program khidmat kesihatan, program bantuan keluarga miskin yang bertujuan untuk mendekatkan remaja dengan masyarakat.

Majlis Pelancaran Nisa ini adalah terbuka kepada semua, sementara acara pertandingan yang disediakan adalah percuma. Mereka yang ingin menyertai acara pertandingan atau membuat tempahan tapak gerai hendaklah memaklumkan kepada pihak penganjur sebelum 17 April 2006.

Disamping itu pihak penganjur juga mengalu-alukan sebarang sumbangan daripada orang ramai untuk menjayakan program ini.

Untuk maklumat lanjut, pendaftaran dan tempahan gerai bolehlah menghubungi Pn Norwani 013-3851202, Cik Hanadiah 013-6153468, Cik Jazillah 019-3073100, Pn. Norashikin 019-6535145

Kadar sewa tapak gerai :
Tempahan tapak + khemah + meja (maksimum 2 meja panjang)+ kerusi = RM30
Tempahan tapak + meja + kerusi = RM15
Tempahan tapak sahaja = RM 10 (gerai besar)
Tempahan tapak sahaja = RM5 (gerai kecil) e.g. jualan minuman + makanan