JEJAK UKHUWWAH

JEJAK UKHUWWAH

12/20/06

Abdullah Nafi Beli Bot RM30 Juta

CARACAS, 20 Dis (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Rabu menafikan laporan sebuah akhbar Turki kononnya beliau telah membeli bot berharga RM30 juta.

"Ini satu penipuan. Saya tak tahu dari mana dia dapat maklumat itu," katanya kepada pemberita di sini di akhir lawatan tiga harinya ke Venezuela.

Perdana Menteri diminta mengulas laporan akhbar berkenaan kononnya beliau telah pergi ke Bodrum di Turki baru-baru ini untuk melihat bot itu yang ditempahnya empat bulan lepas.

Menurut laporan itu, bot berkenaan diperbuat daripada kayu yang diimport dari Afrika Selatan dan dijangka siap dalam masa 16 bulan.

Abdullah berkata beliau akan menuntut akhbar itu membuat pembetulan.

"Memang saya ada di Turki tetapi saya tidak pergi melihat bot," kata Perdana Menteri yang singgah di negara itu dalam perjalanan ke sini.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=237511