KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

12/21/06

Bantuan untuk mangsa banjir dihalang UMNO ?

UMNO halang Angkatan Muda Negeri Sembilan bantu mangsa bencana alam.
Kenyataan Media - 21 Disember 2007
Hujan yang lebat semalam telah mengakibatkan paras air sungai di beberapa kawasan khususnya sekitar Johor, Melaka Negeri Sembilan naik mendadak. Beberapa kawasan seperti Pekan Gemas di tenggelami air.

Sebaik sahaja mendapat berita mengenai bencana tersebut maka Pusat Aduan Rakyat (di bawah Angkatan Muda Negeri Sembilan) telah memanggil satu mesyuarat tergempar. Mesyuarat jam 3.00 petang di Senawang, Seremban itu telah memutuskan untuk menghantar dua pasukan bantuan ke Gemas / Tampin dan satu pasukan berjaga – jaga di kawasan sekitar Linggi.

Kebetulan Setiausaha Angkatan Muda Negeri Sembilan Amiruddin Abd Wahab sedang berada di rumah bapa mertua beliau di Felda Sg. Kelamah yang juga teruk dilanda banjir. Maka beliau di hubungi dan di arahkan untuk bertemu ketua kampung kawasan tersebut dan memaklumkan mengenai bantuan yang akan dihantar oleh Angkatan Muda Negeri Sembilan. Jam 6.30 petang kami di hubungi semula oleh Amir yang mengatakan 30 orang keluarga terlibat, Sekolah Kebangsaan Sungai Kelamah dijadikan pusat perpindahan namum hanya 6 keluarga setuju berpindah pada ketika itu dan ketua kampung tersebut iaitu Saudara Md Zin amat gembira untuk menerima bantuan tersebut dan bersetuju untuk menunggu dan membantu agihan tersebut.

Maka serentak dengan itu saya mengetuai pasukan pertama dan bertolak ke Felda Sg. Kelamah. Kami membawa bekalan makanan bernilai RM 1000 ringgit dan sedikit wang tunai untuk di agihkan kepada 30 keluarga mangsa.

Oleh kerana banyak jalan ditenggelami air kami terpaksa berpatah balik menukar jalan beberapa kali. Perjalanan yang biasanya mengambil masa 2 jam 30 minit menjadi hampir 4 jam. Jam 11malam kami tiba di Felda Sg Kelamah, Amir cuba menghubungi ketua kampung namun panggilan tidak di angkat.

Kami terus menuju ke sekolah yang menjadi pusat permindahan. Namun kami disambut oleh Saudara Wahid Bin Dol (No tel : 06 434 9806) yang memperkenalkan diri sebagai Setiausaha JKK Kampung dan Hj. Ramli (No Tel : 012 3743468) sebagai Bendahari. Mereka menyatakan bahawa mereka telah menerima arahan untuk tidak membenarkan mana – mana pihak khususnya parti politik menghulurkan bantuan kepada mangsa. Kami di arahkan untuk menghubungi Jawatankuasa Bencana yang di Pengerusikan oleh Pegawai Daerah untuk menyalurkan bantuan. Mereka meminta kami jangan mengedarkan bantuan dan pulang sahaja.

Pelik dengan perkembangan ini kami terus ke rumah Saudara Md Zin, Ketua Kampung untuk meminta penjelasan. Beliau memohon maaf kerana beliau tidak boleh menerima dan membenarkan kami mengedarkan bantuan kerana telah menerima arahan dari Pejabat Daerah malah Polis Daerah juga telah menghubungi beliau memberikan arahan yang serupa. Bila di tanya adakah ini arahan Menteri Besar dan Wakil Rakyat kawasan beliau berdiam dan tidak menafikan.

Kecewa dengan perkembangan tersebut kami mula bergerak meninggalkan kawasan tersebut, namum dalam perjalanan keluar kami ditahan oleh seorang pemuda bermotorsikal.

Beliau menyatakan kekecewaan dengan perkembangan tersebut. Beliau dengar semua perbualan kami di sekolah sebentar tadi. Beliau berkata sehingga kini tiada sebarang bantuan yang sampai, apa salahnya di ketepikan masalah politik dan terima sahaja bantuan tersebut. Beliau menyatakan bahawa rumah semua JKK kampung dan Ketua Kampung tidak terlibat tetapi kasihani mereka yang dilanda bencana. Dengan bantuan beliau kami mengedarkan beberapa bungkusan bantuan makanan ke beberapa rumah yang terlibat. Malangnya ketika mengedarkan beliau telah lari kerana perasan kami di ekorai oleh beberapa orang bermotorsikal di percayai Polis Cawangan Khas yang mengambil gambar.

Oleh kerana tidak mengenali kawasan tersebut maka kami juga membuat keputusan meninggalkan kawasan tersebut.

Kami melahirkan rasa kecewa yang amat sangat dengan kejadian tersebut. Nampaknya pemimpin Umno gagal mengenepikan perbedaan politik walaupun dalam keadaan rakyat ditimpa bencana. Kerajaan Negeri Sembilan dan Mohamad Hassan sendiri harus menjawab perkara ini.

BADRUL HISHAM SHAHARIN
Pengarah Pusat Aduan Rakyat
0176688404

che'GuBard.
www.chegubard.blogspot.com
penerangan_keADILan@yahoo.com / badrul_angkatanmuda@yahoo.com
+6017 6688404