JEJAK UKHUWWAH

JEJAK UKHUWWAH

12/26/06

Pemuda NS ziarah “Ketua Pengganas” Malaysia


Pada 24 Disember 2006 seramai 40 orang Pemuda PAS Negeri Sembilan mewakili Dewan Pemuda PAS Rembau, Jelebu, Jempol, Seremban dan Telok Kemang telah menziarahi Ustaz Nik Adli bin Dato Nik Abd Aziz di rumahnya di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan.

Rombongan Pemuda Negeri Sembilan yang secara spontan itu telah disambut mesra oleh Ustaz Nik Adli yang kebetulan baru balik dari berkebun katanya. Dalam perbualan dengan Ustaz Nik Adli, Pemuda PAS Negeri Sembilan tidak menyentuh mengenai pengalaman beliau di tahan ISA selama 5 tahun di Kem Tahanan ISA Kamunting , Perak. Mereka hanya bertanya khabar dan bertanyakan bila Ustaz Nik Adli akan mula mengajar memandangkan sekarang masih cuti sekolah lagi.

Ramai pemuda yang tertanya-tanya bagaimana Ustaz Nik Adli yang begitu lemah lembut, berbadan kecil ini dituduh bukan sahaja sebagai pengganas malah menjadi Ketua Kumpulan Militan Malaysia (mungkin setaraf dengan Chin Peng dan Abd Rashid Maidin) yang mana tiada kenyataan yang mengatakan beliau bukannya Ketua Kumpulan Militan Malaysia dan atas sebab apa beliau ditahan dan atas sebab apa beliau dibebaskan.

Maklumat dari Gerakan Mansuh ISA – JIM , menyatakan masih terdapat puluhan lagi tahanan ISA yang ditahan di Kem Tahanan Kamunting.

Kepada rakyat Malaysia yang prihatin akan nasib keluarga serta anak-anak tahanan ISA yang tidak terbela bolehlah menghubungi wakil GMI Pn Laila di talian 012-6892608

Suami Pn Laila , Mat Sah Mohd Satray mengikut maklumat pada bulan Oktober 2006 masih lagi ditahan di Kem Tahanan ISA Kamunting sejak bertahun-tahun lamanya.

***********************************
Utusan Malaysia 11 Okt 2001 …… “ Nik Adli yang juga ketua kumpulan militan KMM ditahan bersama sembilan lagi yang didakwa terbabit dalam kegiatan militan untuk menegakkan kerajaan Islam menggunakan kekerasan pada Ogos lalu.”

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2001&dt=1011&pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_03.htm&arc=hive

***********************************
Utusan Malaysia 19 Okt 2006……. “Nik Adli Nik Abdul Aziz, anak Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sejak lima tahun lepas dibebaskan hari ini.

Nik Adli, 39, adalah antara 11 orang tahanan ISA yang terbabit dengan Kumpulan Militan Malaysia (KMM) dan Jemaah Islamiah yang dibebaskan serentak. “

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=1019&pub=utusan_malaysia&sec=dalam%5Fnegeri&pg=dn_01.htm&arc=hive