FORUM

FORUM

KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

12/26/06

UTUSAN perlu perbetul fakta : Pemuda PAS

Tajuk 'Senyum Kambing' - Bil: 52 Tahun ke-44 PP 363/1/2007 (24 Disember 2006)

Date: Sun 12/24/06 11:53 PM

Saya merujuk kepada ruangan 'Senyum Kambing' yang berkaitan tentang Himpunan 15,000 Pemuda PAS 2006. Suka saya menarik perhatian semua bahawa himpunan tersebut julung-julung kalinya ini telah di rancang hampir 2 bulan telah mencapai kejayaan bagi mengerakkan jentera petugas-petugas pemuda di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak. Matlamat himpunan ini adalah untuk menyusun semua organisasi pemuda dan mengemaskini fungsi tenaga pemuda semaksima mungkin.

Ingin dijelaskan disini semasa ucapan-ucapan pada hari tersebut yang menyentuh semua aspek seperti masalah sosial, kebajikan rakyat, kezaliman, agama, organisasi dan khasnya pilihanraya. YB. Salahuddin Ayub, Ketua Pemuda PAS juga telah menyentuh berkaitan kehadiran yang mana Pemuda PAS Johor dikecualikan daripada menyertai himpunan ini untuk membantu mangsa-mangsa banjir di sana.

YB. Salahuddin Ayub juga telah mengarahkan didalam himpunan tersebut supaya menghantar seramai mungkin petugas-petugas pemuda ke Johor terutamanya selepas daripada himpunan ini. Hari ini sahaja 2 kumpulan petugas telah berada di Tangkak dan Segamat untuk membantu mangsa-mangsa banjir tersebut. Untuk makluman arahan supaya Pemuda PAS di Johor, Melaka & Negeri Sembilan membuka bilik gerakan telah dilaksanakan pada 20 Disember yang lalu.

Pemuda PAS juga telah menetapkan pada 27 Disember ini jam 3 petang supaya semua petugas pemuda seluruh negara pergi ke Johor terutamanya untuk tujuan misi bantuan petugas, manakala pada himpunan tersebut juga kutipan derma bagi membantu mangsa-mangsa banjir telah berjaya dikutip sebanyak RM12,500. PAS juga telah melancarkan tabung bantuan banjir negara baru-baru ini, ahli-ahli PAS boleh menyalurkan sumbangan bagi tujuan tersebut.

Untuk makluman semua juga YB. Salahuddin Ayub dan beberapa rombongan Exco Pemuda PAS terlebih dahulu melawat mangsa-mangsa banjir di Johor dan Melaka. Pada 20 Disember yang lalu, beliau telah berada di Pusat Penempatan Kg. Parit Selangor, Pontian dan Dewan Orangramai Kg. Melayu, Kluang. Manakala di Melaka, beliau berada di Jasin pada 21 Disember yang lalu. Bantuan segera Pemuda PAS akan terus disalurkan samaada berbentuk petugas atau pun wang ringgit kepada mangsa-mangsa banjir ketika ini.


SAFARIZAL BIN SALEH
Pagawai Perhubungan Awam,
Dewan Pemuda PAS Pusat.
019-2231424