PENGENALAN
Masyarakat Malaysia masa kini semakin ketinggalan dalam mempertingkatkan budaya membaca di dalam kehidupan seharian mereka. Jumlah individu yang membaca bahan-bahan ilmiah semakin kurang dan kebanyakkannya lebih tertarik kepada hiburan semata-mata termasuk anak-anak yang masih berada di bangku sekolah. Di dalam dunia serba moden dan penuh informasi ini, para pelajar juga perlu di dedahkan tentang cara memilih maklumat dan bahan bacaan yang baik untuk menjadi insan yang berguna.
Justeru itu, bagi menanamkan budaya membaca di kalangan anak-anak di peringkat awal lagi, Lajnah Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) BPPNS berhasrat melancarkan Program JOM BACA.
Pusat-Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dipilih untuk merealisasikan peringkat pertama program ini memandangkan mereka merupakan insan yang amat mudah untuk disemai semangat menyintai ilmu dan membantu mempertingkatkan minat membaca.
Program ini turut memberi informasi kepada anak-anak untuk membedakan bahan yang tidak memberi manafaat didalam memastikan mereka menjadi insan yang menjadikan budaya membaca sebagai salah satu amalan harian mereka.
OBJEKTIF
1. Menggalakakan budaya membaca
2. Mempertingkatkan ilmu
3. Menyintai bahan-bahan ilmiah dan ilmu Islam
Sesi Pertama – Khamis 2 Feb 2006
1. Pasti Al - Zulfa (9.00 pagi - 10.00pagi)
2. Pasti Al - Hidayah (10.00 pagi - 11.00pagi)
Sesi Kedua – Jumaat 3 Feb 2006
3. Pasti Al - Amal (Tmn Marida) (9.00 pagi - 10.00pagi)
4. Pasti Al - Hikmah (TTJ) (10.00 pagi - 11.00pagi)
AGENDA
9.00 am Ucapan Pengurus Pasti
9.10 am Ucapan wakil Lajnah ICT BPPNS
9.20 am Penyerahan bahan bacaan kepada semua pelajar Pasti
Anjuran:
Lajnah TMK BPPNS dengan kerjasama PASTI Kawasan Rembau.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi;
Puan Norwani - Pengerusi Lajnah TMK BPPNS
En. Mohamad Husaini Husin - Pengurus Pasti Kawasan Rembau (013-3598318)
En. Zainal 013-3692019/ 066786868 Pengurus Pasti Al - Zulfa (Taman Sri Kasih)
En. Mokhtar 012 - 67870242. Pengurus Pasti Al - Hidayah
Hj Taufek Marida - 019-3920869 Pengurus Pasti Al Amal
En. Shahrir Idris 0123303449-4.Pengurus Pasti Al - Hikmah (TTJ)