KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

3/31/06

Angkatan Muda NS cabar UMNO NS bersemuka isu minyak

ANGKATAN MUDA NEGERI SEMBILAN
Ting. 1, No. 1, Jalan Dato Bandar Tunggal, 70000 Seremban, Negeri Sembilan
Tel : 06-6788284 email : penerangan_keadilan@yahoo.com

Tarikh : 31 Mac 2006
Ruj. Kami : amns/keluar/2006/ (239)

DATUK AZMAN HASSAN
Setiausaha,
Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan.

Sdr ;

DEBAT / FORUM : ISU MINYAK

Pertamanya merujuk kenyataan Saudara Setiausaha Perhubungan Umno Negeri Sembilan dalam Utusan Malaysia 25 Mac 2006 bertajuk "UMNO nafi sertai debat isu minyak", di mana dalam laporan saudara menyatakan

Menafikan penglibatan Umno dalam debat isu minyak

Menafikan Umno menerima jemputan

Di sini ingin saya tegaskan untuk pengetahuan saudara

Sememangnya Umno tidak terlibat dalam penganjuran kerana ia dianjurkan oleh Angkatan Muda Negeri Sembilan dengan kerjasama PROTES (gabungan ngo dan parti politik menentang kenaikan harga minyak)

Sememangnya kami tidak menjemput Umno tetapi kami menjemput YB Ir Jamlus Aziz (selaku Ketua Pemuda UMNO NS dan Exco Kerajaan Negeri Sembilan)

YB T.Rajagopalu (selaku exco yang bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal pengguna)

Surat jemputan bertarikh 7 Mac 2006 {Ruj. Kami : amns/keluar/2006/ (235)}telah disampaikan melalui email dan faks pada hari yang sama dan penghantaran tangan telah dihantar ke tingkat 1, Wisma Negeri telah dibuat pada 13 Mac

Kami mengaggap serius kenyataan Perdana Menteri Malaysia iaitu mengarahkan semua ahli UMNO termasuk ahli BN berani untuk turun kebawah dan mengambil setiap kesempatan untuk memberikan penerangan kepada rakyat mengenai kenaikan harga minyak. Berdasarkan kenyataan Perdana Menteri itu kami mengganggap sudah tentu kedua wakil rakyat yang kami undang berani untuk menggunakan kesempatan ini untuk tampil dan memberikan penerangan isu berkenaan. Maka selepas menghantar jemputan kami terus membuat hebahan dengan menggunakan poster dan banner. Sehingga tarikh program debat kami tidak mendapat sebarang makluman bahawa mereka tidak mahu hadir.

Pada program tersebut kira kira 600 orang membanjiri kawasan dalam dan luar dewan yang hanya mampu mengisi 250 orang sahaja. Bagaimanapun semua mereka termasuk kami penganjur hampa kerana kegagalan untuk panelis dari parti pemerintah hadir dan tidak menghantar wakil.

CABAR UMNO NEGERI SEMBILAN ATAU WAKILNYA DEBAT !

Sehubungan dengan itu kami juga memuji sedikit keberanian saudara untuk memberikan komen mengenai isu ini di media arus perdana. Setelah kegagalan Ketua Pemuda Umno Negeri Sembilan berdebat dengan kami dalam isu kenaikan minyak ini maka, dengan ini secara rasmi kami mempelawa untuk Umno Negeri Sembilan untuk berdebat.

Kami bersedia untuk menghantar wakil di mana sahaja tempat dan waktu yang ditetapkan oleh pihak saudara dengan satu sahaja syarat iaitu ia mestilah diadakan secara terbuka.

Kami amat mengharapkan pihak saudara mempunyai sedikit keberanian dan sikap bertanggungjawab untuk berhujah secara terbuka mempertahanklan mengenai relevannya tindakan kerajaan menaikkan harga minyak.

Bukan seperti biasa hanya membuat penerangan dalam program rasmi kerajaan yang dihadiri kakitangan kerajaan dan pelajar yang rata tidak berani bersoal balas kerana takutkan tindakan tekanan kerana bakal dilabel pembangkang kerana bertanyakan soalan.

Kami bersedia untuk membentangkan dan memperdebatkan fakta mengenai betapa kelemahan kerajaan menjadi punca kenaikan harga minyak dan gas ini.

Kami memberikan masa 14 hari untuk mendapatkan respon dari saudara.

Sekian dan terima kasih.

Hj. Ramlan Hj Roes
Ketua Angkatan Muda Negeri Sembilan
0122722175

salinan kepada :

Pihak media

http://www.umno-reform.com/URnews/pemudaadilNS.htm

3/29/06

Liqa’ Fikri Us Idris Ahmad 15 Apr Seremban

Liqa’ Fikri anjuran Dewan Ulama PAS N.Sembilan
SABTU 15 April 2006
Jam 3 petang
Bersama Us Idris Ahmad AJK PAS Pusat
Di Gedong Lalang, Ampangan, Seremban
Pendaftaran RM 10 seorang

Agenda :
3 ptg – Ucapan aluan Ketua Dewan Ulama PAS NS
3.10 ptg – Pembentangan Liqa Fikri oleh Y Bhg Us Idris Ahmad, AJK PAS Pusat
4.40 ptg – Soal jawab
5 ptg – Jamuan ringan dan solat Asr

Maklumat lanjut hubungi Hj Taufek 019-6576540

3/28/06

Pelancaran Tabung Prihatin Masyarakat Rembau

Menyedari kesempitan hidup rakyat yang saban hari semakin tertekan akibat kenaikan harga minyak, kenaikan harga barangan keperluan seharian juga kenaikan pelbagai caj perkhidmatan lain, Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau akan melancarkan Tabung Prihatin Masyarakat Rembau (TPMR) . Majlis pelancaran TPMR ini akan disempurnakan oleh Ustaz Nasharudin Mat Isa , Timbalan Presiden PAS sempena lawatan dan ceramah perdana beliau di Markas PAS Rembau pada hari Sabtu 29 April 2006 bermula jam 9 malam.

Menurut Pn Maznah Talib selaku Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau, adalah penting masyarakat yang berkemampuan untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan daripada masa ke semasa. Sekiranya golongan ini tidak dibantu, akan wujudlah jurang sosio ekonomi yang amat ketara yang seterusnya akan mengundang pelbagai gejala sosial yang lain, ujar beliau.

Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau sebelum ini telah bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti kebajikan masyarakat setempat sebelum ini dimana bantuan telah dihulurkan kepada golongan yang kurang berkemampuan khususnya keluarga miskin, ibu tunggal, anak-anak yatim menjelang Idil Fitri dan juga bantuan persekolahan menjelang penggal persekolahan baru dibuka.

Namun begitu menurut Pn Maznah, dana yang kukuh dan berterusan adalah perlu untuk mempastikan bantuan kepada golongan yang memerlukan ini dapat diberikan dari masa ke semasa, bukan hanya pada waktu-waktu tertentu. Adalah menjadi hasrat Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau dengan majlis pelancaran TPMR ini akan menggalakkan warga Rembau yang berada di luar Rembau serta mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh agar menyalurkan bantuan kepada orang kampung mereka sendiri. Dengan ini akan terbentuklah masyarakat yang prihatin yang cintakan saudara mereka apatah lagi dari kampung halaman mereka sendiri.

Kepada mereka yang berminat untuk mengetahui perjalanan Tabung Prihatin Masyarakat Rembau ini bolehlah menghubungi Pn Maznah di talian 013-2718054.

Pertandingan Fesyen dan Tudung Sempena Pelancaran Nisa N.Sembilan

Pelbagai acara menarik khusus untuk golongan remaja muslimah disediakan sempena pelancaran Nisa peringkat Negeri Sembilan yang akan diadakan di Gedung Lalang 162, Ampangan, Seremban pada Ahad 23 April 2006 ini bermula jam 9 pagi.

Menurut Pengarah Nisa Negeri Pn Norwani, antara acara yang akan diadakan ialah Pertandingan Fesyen Muslimah Cilik, Pertandingan Tudung Kreatif Remaja Muslimah, Pertandingan Masakan Rendang dan Pembuka Selera, Deklamasi Sajak, Persembahan Nasyid, Gerai Busana Muslimah, Jualan Amal Barangan Terpakai serta gerai-gerai Usahawan Muslimah.

Sejajar dengan peranan Nisa untuk membimbing para remaja untuk menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara, pelbagai program telah diatur yang sesuai dengan jiwa remaja. Menurut Pn Norwani lagi Nisa peringat Negeri Sembilan sebelum ini telah mengadakan beberapa program bersama remaja antaranya program motivasi, program khidmat kesihatan, program bantuan keluarga miskin yang bertujuan untuk mendekatkan remaja dengan masyarakat.

Majlis Pelancaran Nisa ini adalah terbuka kepada semua, sementara acara pertandingan yang disediakan adalah percuma. Mereka yang ingin menyertai acara pertandingan atau membuat tempahan tapak gerai hendaklah memaklumkan kepada pihak penganjur sebelum 17 April 2006.

Disamping itu pihak penganjur juga mengalu-alukan sebarang sumbangan daripada orang ramai untuk menjayakan program ini.

Untuk maklumat lanjut, pendaftaran dan tempahan gerai bolehlah menghubungi Pn Norwani 013-3851202, Cik Hanadiah 013-6153468, Cik Jazillah 019-3073100, Pn. Norashikin 019-6535145

Kadar sewa tapak gerai :
Tempahan tapak + khemah + meja (maksimum 2 meja panjang)+ kerusi = RM30
Tempahan tapak + meja + kerusi = RM15
Tempahan tapak sahaja = RM 10 (gerai besar)
Tempahan tapak sahaja = RM5 (gerai kecil) e.g. jualan minuman + makanan

3/25/06

Majlis Pelancaran NISA’ Negeri Sembilan 23 April

Tarikh: AHAD 23 April 2006
Masa: 9.00 pagi
Tempat : Gedung Lalang 162, Ampangan, Seremban

ANTARA YANG MENARIK
Pertandingan Fesyen Muslimah Cilik
Pertandingan Tudung Kreatif Remaja Muslimah
Pertandingan Masakan Rendang Kampung dan Pembuka Selera (Dessert)
Deklamasi Sajak
Persembahan Nasyid
Gerai Busana Muslimah
Jualan Amal Gerai RM2- RM5 Barangan Terpakai

ATURCARA
8.00 pagi - Pendaftaran
9.00 pagi - Ucapan Pengerusi Majlis
9.05 pagi - Ucapan Pengarah Nisa’ Negeri Sembilan
9.15 pagi - Ucapan Ketua Dewan Muslimat PAS NS
9.25 pagi - Deklamasi sajak “Untukmu Nisa”
9.35 pagi - Ucapan Perasmian oleh Pengarah Nisa’ Dewan Muslimat PAS Pusat
10.15 pagi - Lawatan Tapak Gerai
10.30 pagi - Jamuan ringan
11.00 pagi - Pertandingan Fesyen Muslimah (Kategori 9-12 tahun dan 13 –18 tahun)
- Pertandingan Masakan Rendang Kampung dan Pembuka Selera (Dessert)
- Pertandingan Tudung Kreatif Muslimah Sejati Untuk Remaja
12.00 thari - Persembahan Nasyid
12.20 thari - Lafaz Ikrar Nisa’ Negeri Sembilan
12.30 thari - Penyampaian hadiah
1.00 thari - Bersurai

Untuk maklumat lanjut dan tempahan gerai sila hubungi :
Norwani 013-3851202
Norashikin 06-6778631
Norciana 06-6781495

***************************
NISA' - Kebajikan. Kemanusiaan. Kemasyarakatan.

NISA’ merupakan sayap kanan Dewan Muslimat Parti Islam SeMalaysia (PAS) berhasrat untuk menjalin hubungan akrab dengan pelbagai pihak seperti kementerian, agensi kerajaan, media serta pertubuhan bukan kerajaan dalam usaha NISA’ untuk berkhidmat kepada masyarakat.

NISA' berhasrat melahirkan generasi yang mengagungkan agama, mencintai ilmu dan berakhlak mulia.

Slogan NISA' ialah "Penghubung Generasi Muda" (Connecting Youth), menggambarkan kesungguhan NISA' untuk menyatukan generasi muda melalui pendekatan bersepadu dalam usaha meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.

Untuk maklumat lanjut layari laman web Nisa’ www.webnisa.net

EXPO Pengguna & Alam Sekitar 1-2 Apr Lenggeng

EXPO PENGGUNA DAN ALAM SEKITAR

SABTU 1 April – Ahad 2 April 2006
9 pagi – 12 tgh malam
Di Kg Masjid, Lenggeng, Negeri Sembilan

EXPO ini bertujuan untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang hak mereka sebagai pengguna serta kepentingan penjagaan alam sekitar disamping mempromosikan barangan produk halal.

ANTARA YANG MENARIK
Sukaneka Kanak-Kanak PASTI/TASKI/TADIKA/TABIKA
Forum dan Dialog Pengguna
Pameran dan Gerai Jualan

Aturcara
Sabtu 1 April 2006
8.30 pagi – 9.50 pagi Pendaftaran Peniaga
10 pagi – 12 mlm Pameran dan Gerai Jualan
9 mlm – 12 mlm Perasmian dan Ceramah

Ahad 2 April 2006
8.30 pagi – 12 mlm Pameran dan Gerai Jualan
9 pagi – 11 pagi Sukaneka Kanak-Kanak
2.30 ptg – 4.45 ptg Forum dan Dialog Pengguna
9 mlm – 12 mlm Ceramah dan Penutup

Anjuran : Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS N.Sembilan

Maklumat lanjut hubungi :
Zulkefly 019-2818816
Ghazali 019-2515618

Ceramah Dato Ibrahim Ali & Mahfuz Omar 1-2 Apr Lenggeng

CERAMAH PERDANA ISU SEMASA

SABTU 1 April 2006 Jam 9 malam
Penceramah : Hj Mahfuz Omar , Dato Ibrahim Ali, Us Kamal Ashaari

AHAD 2 April 2006 Jam 9 malam
Penceramah : YB Salahuddin Ayub, YB Zaki Ibrahim, Dr Rosli Yaakop

SEMUA BERTEMPAT DI
Kg Masjid, Lenggeng, Negeri Sembilan

Anjuran : Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS N.Sembilan

Maklumat lanjut hubungi :
Zulkefly 019-2818816
Ghazali 019-2515618

3/13/06

Kuliah Dhuha 19 Mac Markas Rembau

Kuliah Dhuha
Oleh Us Abd Rahim Yusof
AHAD 19 Mac 2006
Jam 9 pagi
Di Markas PAS Rembau

Muslimin dan muslimat dijemput hadir

Senarai Penuh Harga Barangan Subsidi Di Malaysia - SULIT

Maklumat berikut dipetik daripada sumber internet yang tidak boleh dipercayai. Menurut sumber, maklumat ini dapat mereleasekan tension rakyat Malaysia.

Harga minyak selitar tanpa subsidi : RM 2.50
Harga minyak seliter bersubsidi : RM 1.90
Subsidi kerajaan kepada rakyat : RM RM 0.60
Rakyat harus berterima kasih kepada kerajaan agar kerajaan dapat membina lebih banyak sekolah di masa hadapan

Harga Nasi Lemak sebungkus tanpa subsidi : RM 1.50
Harga Nasi Lemak sebungkus bersubsidi : RM 1.00
Subsidi peniaga kepada pembeli : RM 0.50
Pembeli harus berterima kasih kepada peniaga agar peniaga dapat menyediakan warung yang mesra pengguna 5 tahun akan datang

Harga Roti Canai sekeping tanpa subsidi : RM 1.00
Harga Roti Canai sekeping bersubsidi : RM 0.70
Subsidi peniaga kepada pembeli : RM 0.30
Pembeli harus berterima kasih kepada peniaga agar peniaga dapat menyediakan kedai yang berhawa dingin 5 tahun akan datang

Harga Gunting Rambut sekepala tanpa subsidi : RM 8.00
Harga Gunting Rambut sekepala bersubsidi : RM 7.00
Subsidi tukang gunting kepada pelanggan : RM 1.00
Pelanggan harus berterima kasih kepada tukang gunting agar tukang gunting dapat menyediakan kedai gunting rambut yang ada home theater 5 tahun akan datang.

Ada sesiapa nak tambah lagi ?

PAS N.Sembilan kehilangan sasterawan dan pejuang veteran

PAS N.Sembilan telah kehilangan seorang sasterawan dan pejuang veteran dengan pemergian ke rahmatullah Drs Yeop Johari Yaakob pada pagi Jumaat 10 Mac 2006 yang lalu.

Drs Yeop atau lebih dikenali dengan Cikgu Yeop dikalangan rakan-rakan yang tidak menunjukkan sebarang penyakit sebelum ini meninggal dunia di rumahnya di Taman Paroi Jaya , Seremban semasa tidur pada usia 60an.

Beberapa pimpinan PAS peringkat negeri, kawasan dan cawangan telah menziarahi jenazah beliau antaranya Dr Rosli Yaakop Pesuruhjaya PAS N.Sembilan, Us Kassim Ketua Dewan Ulamak PAS N.Sembilan, Hj Abd Taufek Timbalan Ketua Pemuda PAS N.Sembilan.

Cikgu Yeop terkenal di kalangan para sasterawan ketika beliau berkhidmat bersama Dewan Bahasa dan Pustaka. Semasa hayat beliau , beliau telah memberikan khidmat di peringkat badan perhubungan PAS N.Sembilan, PAS Kawasan Tampin, serta PAS Cawangan Astana Raja serta PAS Cawangan Kota.

Malah rumah beliau di Kg Bongek dijadikan Markas PAS serta kegiatan PASTI DUN Kota sedikit masa dahulu. Cikgu Yeop juga turut aktif memberikan khidmat masyarakat terutamanya kepada golongan pelajar miskin yang mendapat khidmat tuisyen serta kelas tambahan.

Disamping itu Cikgu Yeop sering memperjuangkan Adat Perpatih yang berlandaskan hukum syarak, sesuai dengan kata adat Adat Bersendikan Hukum, Hukum Bersendikan Kitab Allah, Syarak Mengata Adat Menurut.

Sesungguhnya PAS N.Sembilan telah kehilangan seorang pejuang yang unik serta sukar untuk ditukar ganti. Semoga Allah merahmati roh beliau serta melahirkan lebih ramai lagi pejuang Islam yang meperjuangkan sasterawan Melayu Islam serta Adat Perpatih dari kacamata Islam di negeri yang penuh beradat ini.

Bersama Senator Jamilah 18 Mac Markas Rembau

Program Liqa’ Muslimat PAS Negeri Sembilan

Kuliah oleh Senator Ustazah Jamilah Ibrahim , AJK Dewan Muslimat PAS Pusat

Tarikh : Sabtu 18 Mac 2006
Masa : 2.30 ptg
Tempat : Markas PAS Kawasan Rembau

Semua Muslimat Dijemput Hadir

Maklumat lanjut hubungi 013-3851202

3/10/06

Doa Konsert Sure Heboh di Nilai, NS

Ya Allah ampuni kami, kami lemah. Kami tidak rela konsert sureheboh diadakah di Nilai minggu ini, Janganlah Islam dihina di NS. Lindungi kami dari org zalim


Kenyataan Mufti Negeri Perak mengenai isu konsert

Ipoh 2 Rejab 1425 @ 19 Ogos 2004 - Jabatan Mufti Negeri Perak mengorak selangkah lagi ke hadapan apabila Unit Khas Jabatan itu menyiarkan kenyataan penuh Mufti Kerajaan Negeri Perak, YBhg Dato' Seri Haji Harussani Haji Zakaria dalam bentuk audio video.

Rakaman audio video ini telah dibuat pada 13 Ogos 2004 di pejabat YBhg Dato' Seri Haji Harussani kira-kira jam 3 petang. Wartawan dari media TV3 telah menjadi penemubual Mufti Kerajaan Negeri Perak itu mengenai isu konsert.

JMNPk mensifatkan isu konsert ini adalah lanjutan dari Konsert Sure Heboh yang telah diharamkan oleh Majlis Mufti-mufti Malaysia dalam Persidangan Mufti-Mufti Malaysia di Hotel Casuarina, Ipoh pada 28 Julai lalu.

http://mufti.perak.gov.my/berita/berita040819-1.htm

3/8/06

Kerajaan Naikkan Minyak Bagai Aksi Musang Takut - JIM

Kenyataan Media JIM: Kenaikan Harga Minyak: Ada Sesuatu yang Tidak Kena
2006-03-08
http://www.jim.org.my/module2.php?module=beritapil&id=1
Kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen berkuatkuasa pada 28 Februari 2006 adalah kenaikan mendadak yang sangat mengejutkan. Ini merupakan peratus kenaikan tertinggi dalam ingatan. Kenaikan besar ini amat membebankan. Kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang pasti menyusul, walau apa amaran kerajaan, menambah kesusahan kepada rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah. Mengumumkannya pada jam 10.30 malam sebelumnya, bagaikan aksi musang yang takut berhadapan dengan natijah tindak-tanduknya. Rakyat tidak wajar diperlakukan begini. Ia hanya menambah kemarahan rakyat. Selepas ini kadar caj air dan tarif elektrik pula akan dinaikkan.

Penegasan kerajaan bahawa penjimatan dari pengurangan subsidi akan digunakan untuk membiayai projek pembangunan terutamanya mempertingkatkan sistem pengangkutan awam, tanpa sebarang pembutiran projek, amat pelik. Ia mendedahkan cara perancangan secara runcit yang membimbangkan. Apa sudah jadi dengan perancangan strategik dan perancangan jangka panjang? Mungkinkah kerajaan akan menjelaskan kenaikan tarif elektrik untuk memperbaiki sistem pengagihan (distribution) atau caj air untuk mengganti sistem paip yang usang? Ke mana perginya keuntungan sebelum ini. Takkan rakyat juga dibebankan dengan perbelanjaan modal (capital expenditure) industri yang telah diswastakan?

Secara tidak langsung cara dan masa (timing) tindakan kerajaan ini merupakan pengakuan bahawa kerajaan menghadapi masalah kewangan dan ekonomi negara semakin buruk. Mungkin juga ini merupakan langkah awalan kepada tindakan-tindakan yang lebih pahit. JIM mengesyorkan supaya kerajaan mendidik rakyat dengan menjelaskan hakikat yang sebenarnya. Kerajaan yang tulus akan lebih dihormati oleh rakyat. Tindakan bermuslihat akan membuat rakyat merasa tertipu dan menjadikan mereka sinis terhadap kerajaan.

Saranan TPM agar rakyat mengubah gaya hidup, berbelanja dengan berhemah dan mengelakkan pembaziran merupakan saranan yang baik. Rakyat akan memerhati perubahan gaya hidup para pemimpin untuk diteladani.

Bagaimanapun kerajaan harus konsisten, teori ekonomi mana yang digunakan, kerana beberapa tahun yang lalu kerajaan berhujah menggalakkan rakyat berbelanja untuk menggiatkan ekonomi (consumer-driven growth).

Langkah-langkah memerangi rasuah dan membenteras penyelewengan perlu diusahakan dengan gigih oleh kerajaan. Kedua-dua unsur ini, bukan sahaja merupakan jenayah dan amalan jelek lagi berdosa, tetapi juga meningkatkan kos dan kemungkinan kegagalan. Kebelakangan ini terlalu banyak projek yang gagal seperti keretakan kepada jambatan Lebuhraya Lingkaran Tengah (MRR2) (RM40 juta untuk kos pembaikkan) dan bangunan MATRADE (kos asalnya RM167 juta telah melonjak ke RM287.5 juta). Kerajaan perlu lebih telus. Tidak ada sebab yang munasabah mengapa harga, proses dan pemberian projek yang dibiaya dengan duit rakyat dihalang daripada pengetahuan rakyat.. Tanpa ketelusan rakyat akan berpandangan bahawa projek-projek kerajaan disalurkan kepada kroni-kroni dengan harga yang ditinggikan (inflated).

JIM berpendapat Malaysia sebagai sebuah negara yang kaya dengan sumber alam seharusnya boleh membela kebajikan dan kepentingan rakyat sekiranya khazanah kekayaan negara dapat diuruskan dengan adil, amanah, telus dan bertanggungjawab. Bukankah semua ini merupakan amanah Tuhan yang akan dipersoalkan kelak?

JIM juga ingin menegaskan bahawa tidak ada konsep “wang kerajaan” kerana semua wang dan aset yang dipegang oleh kerajaan adalah harta rakyat yang diamanahkan kepada kerajaan.

Oleh itu JIM menggesa kerajaan:

1. Membelanjakan sumber alam dan wang rakyat dengan memberi keutamaan kepada kepentingan umum dan kepentingan rakyat yang daif;

2. Mengelak pembaziran dan memastikan harga projek tidak dilambungkan berlipatganda dibanding cadangan pakar perunding. Perjanjian-perjanjian yang merugikan rakyat seperti pembelian elektrik dari IPP hendaklah dikaji semula;

3. Menjadikan proses pemberian projek lebih telus serta memastikan maklumat penerima boleh diakses oleh rakyat;

4. Memerangi amalan rasuah dengan menggunakan apa jua kaedah termasuk sting operation;

5. Menggalakkan pendedahan penyelewengan dalam pentadbiran awam dengan meminda Undang-undang (seperti Akta Rahsia Rasmi) dan peraturan-peraturan yang berkaitan; dan

6. Menubuhkan suruhanjaya-suruhanjaya bebas untuk menyiasat semua projek-projek besar yang gagal (seperti jambatan MRR2) atau yang gagal disiapkan.

Pengamatan menimbulkan satu persoalan yang menarik; apakah banyaknya masalah-masalah yang melibatkan kerajaan dan rakyat semasa kepemimpinan YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan kitaran tabii ekonomi, nasib tak baik YAB atau ada usaha-usaha berniat?


Zaid Kamaruddin
Presiden
Selasa 7 Mac 2006

3/7/06

Ceramah Isu Minyak Dato Dr Hassan Ali 20 Mac Jempol

CERAMAH PENERANGAN UMUM

“Isu Minyak dan Isu Semasa”

ISNIN 20 Mac 2006
JAM 9 Malam
Di Muassasah Darul Sharif (Markas PAS Kawasan Jempol) , Jln Batu Kikir-Bahau, Jempol, NS

Penceramah :
Dato Dr Hassan Ali – Naib Presiden PAS
Dr Rosli Yaakop – Pesuruhjaya PAS NS
Dr Ahmad Azam Hamzah – Pengerusi Parti Keadilan Rakyat NS

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Maklumat lanjut hubungi Sdr Abd Rahim 019-2876734

3/6/06

Sambutan Hari Pengguna 19 Mac Markas PAS Tmn Melewar

Sambutan Hari Hak Pengguna Sedunia 2006

Tema ; Tenaga – Air Untuk Semua (Water For Life)

AHAD 19 Mac 2006
Masa : 8 pagi
Tempat : Markas PAS Taman Melewar, Gombak

Anjuran Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat dan Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Pusat

Pendaftaran : RM 10/orang . Terhad kepada 300 peserta

Maklumat lanjut hubungi Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Pusat, Tn Hj Mohd Taufek Abd Ghani 019-6576540 , tau68@yahoo.com

ATURCARA
8 pg – Pendaftaran
9 pg – Ucapan Aluan Pengarah dan Pengerusi Lajnah
9:45 pg – Ucapan Perasmian oleh Presiden PAS
10:45 pg – Lawatan Pameran Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar
11 pg – Jamuan ringan
11:30 pg – Pembentangan Kertas Kerja “Krisis Air di Malaysia” oleh Dr Hamdan
Pengulas : YB Dato Kamaruddin Jaafar , En Mohd Saiful (FOMCA)
1 tgh – Makan, Solat Zuhr, Bersurai

******************************
CERAMAH PERDANA
******************************
“Krisis Air dan Minyak”
Tarikh : AHAD 19 Mac 2006
Masa : 9 mlm
Tempat : Darul Ummah (Markas PAS Titiwangsa) KL
Penceramah :
Hj Mahfuz Omar
YB Salahuddin Ayob
Dato’ Ibrahim Ali

3/4/06

Peniaga sepatutnya diberi panduan naik harga barang

Kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen seliter baru-baru ini sudah pasti memberi kesan langsung kepada semua harga barangan di pasaran. Ini adalah logik akal kerana semua barangan yang hendak dipasarkan memerlukan setidak-tidaknya kos pengangkutan yang berkait langsung dengan penggunaan minyak, samada petrol, diesel mahupun gas asli.

Memberi amaran kepada para peniaga untuk tidak menaikkan harga barangan adalah merupakan satu tindakan yang tidak pro aktif dalam kita sama-sama menanggung beban kenaikan harga minyak baik daripada pihak pengguna, mahu pun pihak peniaga apatah lagi pihak kerajaan.

Apa yang sepatutnya pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna lakukan ialah menyediakan garis panduan kepada pelbagai sektor peruncitan dan perniagaan di negara ini untuk menaikkan harga barangan mereka mengikut kadar yang bergantung kepada berapa banyak barangan berkenaan bergantung secara langsung atau tidak langsung kepada minyak atau hasil sampingan minyak.

Kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen seliter adalah merupakan kenaikan sebanyak 18.6% daripada harga asal minyak. Dalam erti kata lain kenaikan apa barang sekali pun di Malaysia ini sepatutnya tidak boleh melebihi daripada 18.6% selepas kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen seliter.

Sebagai contohnya katakan harga ikan tenggiri sebelum kenaikan minyak ialah RM 18 ringgit sekilo. Maka harga ikan tenggiri selepas kenaikan minyak sebanyak 18.6% tadi tidak boleh melebihi RM 21.35 sekilo. Tapi adalah tidak logik harga ikan tenggiri adalah berkadar terus dengan kenaikan harga minyak. Katakan kos pengangkutan dalam perniagaan barangan basah adalah 50% daripada kos keseluruhan. Justeru itu harga ikan tenggiri sekilo sepatutnya dinaikkan 50% daripada 18.6% menjadikan harga ikan tenggiri yang sepatutnya selepas kenaikan harga minyak ialah RM 19.70.

Malaysia mempunyai pakar-pakar ekonomi, pakar-pakar matematik, pakar-pakar perangkaan dan pakar-pakar teknologi maklumat. Justeru itu gunakanlah kepakaran mereka tadi untuk memberi garis panduan kepada pelbagai sektor perniagaan di Malaysia ini untuk menaikkan harga barangan mereka mengikut kadar yang sepatutnya. Daripada perniagaan kecil-kecilan hinggalah ke peringkat perniagaan besar-besaran, selaras dengan apa yang dislogankan iaitu untuk melahirkan Melayu Glokal.

Berilah panduan kepada peniaga roti canai berapa harus mereka menaikkan harga roti canai mereka, berilah panduan kepada peniaga ikan berapa mereka harus menaikkan harga ikan mereka, berilah panduan kepada pengeluar simen berapa mereka harus menaikkan harga simen mereka. Kenaikan harga minyak hanya sekali untuk tahun ini sepatutnya memudahkan pihak kerajaan untuk mengeluarkan garis panduan tersebut. Bukan seperti kenaikan harga minyak yang sedikit tetapi kerap seperti tahun yang sebelumnya.

Sekiranya garis panduan ini tidak diberikan sudah pasti apa yang akan berlaku ialah kesan domino , apabila ada pengeluar atau pemborong yang menekan butang panik kerana tidak tahu berapa hendak menaikkan harga barangan, mereka akan menaikkan harga barangan mengikut kadar mereka sendiri untuk mengelakkan kerugian memandangkan para pembekal sekeliling mereka telah menaikkan harga barangan. Yang pada akhirnya yang menanggung kerugian bukan hanya para peniaga yang kehilangan pelanggan, bukan hanya para pengguna yang semakin kosong poket mereka, bahkan kerajaan sendiri yang akan rugi dari segi kehilangan pendapatan daripada hasil cukai jualan.

Maka apakah tindakan memberi amaran kepada para peniaga untuk tidak menaikkan harga barangan sebagai wajar ? Atau apakah sepatutnya kerajaan memberi garis panduan kenaikan harga barangan, dan kemudian mengambil tindakan kepada para peniaga yang menaikkan harga barangan mereka pada satu kadar yang tidak logik.

Selepas diberikan garis panduan kenaikan harga barangan, terpulang pula kepada peniaga samada mereka hendak menaikkan harga barangan mengikut garis panduan tersebut atau mengekalkan pada harga lama bergantung kepada permintaan di pasaran atau bergantung kepada kuasa membeli pengguna.

Rozmal bin Malakan
Kg Bongek, Rembau, N.Sembilan
rozmal@yahoo.com , http://waghih.blogspot.com

Pemuda N.Sembilan pertahan maruah Nabi saw

Seremban 3 Feb – Pemuda-pemuda Negeri Sembilan hari ini menyatakan kesanggupan mereka untuk berkorban mempertahankan maruah Nabi saw. Demonstrasi aman yang diadakan diperkarangan Masjid Jamek Ampangan hari ini menarik perhatian ribuan jemaah yang hadir. Pemuda-pemuda yang menaikkan sepanduk mempertahankan Nabi saw dan memboikot barangan Denmark dengan penuh semangat mendengar ucapan beberapa pimpinan setempat.

Antara yang berucap dalam demonstrasi tersebut ialah Sdr Zulkefly Mohamad Omar dan Tuan Hj Abd Taufek Abd Ghani. Dalam ucapan oleh Sdr Zulkefly, beliau menekankan adalah menjadi kewajipan seluruh umat Islam di dunia termasuk di Malaysia untuk mempertahankan maruah Nabi saw serta maruah Islam daripada terus dihina. Justeru itu beliau menyarankan agar umat Islam di negara ini memboikot barangan daripada negara Denmark. Ini adalah kerana menurut beliau usaha memboikot ini dilakukan oleh negara maju sendiri iaitu Amerika Syarikat yang memboikot kerajaan Palestin sekarang ini apabila Hamas memenangi pilihanraya di sana.

Tambahan beliau lagi barisan pemuda-pemuda Islam Negeri Sembilan sentiasa bersedia untuk mempertahankan maruah Nabi saw dan maruah Islam daripada terus dicemari. Hadirin yang hadir dengan penuh semangat telah melaungkan takbir dan salawat mendengar pendirian pemuda-pemuda Islam Negeri Sembilan.

Demonstrasi yang diadakan di Masjid Jamek Ampangan berjalan dalam suasana yang begitu lancar dengan kerjasama daripada pihak keselamatan yang turut sama membuat liputan penuh demonstrasi berkenaan.