JEJAK UKHUWWAH

JEJAK UKHUWWAH

4/27/06

PAS sertai Demo Besar-Besaran 1 Mei di Seremban

Seremban Rabu 26 Apr – Pertemuan PAS dan PKR malam tadi dalam penuh suasana setiakawan dan semangat kerjasama telah mendapat persetujuan dimana PAS akan menyertai Demo Isu Kenaikan Harga Minyak di hadapan Wisma UMNO Seremban pada hari Isnin 1 Mei 2006 nanti.

Menurut Tn Hj Taufek yang merupakan Timbalan Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Negeri Sembilan, beliau menyeru kepada semua ahli PAS di negeri ini agar bersama menyertai demonstrasi aman tersebut.

Para peserta demonstrasi akan berkumpul di hadapan KM Plaza bertentangan dengan Wisma UMNO Seremban bermula jam 11 pagi.

Satu sidang akhbar akan turut diadakan pada hari tersebut. Selepas demonstrasi para peserta akan mengedarkan risalah penjelasan disebalik kenaikan harga minyak di KM Plaza, Terminal One Shopping Centre, Hentian Bas dan Teksi Terminal One, Stesen Komuter dan Keretapi Seremban dan Parkson Seremban.

Pihak penganjur demonstasi menjangkakan lebih 500 orang akan menyertai demonstrasi pada hari tersebut dengan lebih 10,000 risalah untuk diedarkan kepada orang ramai.

4/25/06

PAS N.Sembilan alukan sumbangan bukan kewangan

Jabatan Pilihanraya Negeri Sembilan (JPNS) amat mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan yang bukan dalam bentuk kewangan untuk melicinkan lagi jentera pilihanraya PAS di setiap daerah di Negeri Sembilan ini untuk menghadapi pilihanraya umum yang dijangkakan akan diadakan pada tahun 2007.

Antara bentuk sumbangan yang boleh diberikan ialah :
1. Komputer peribadi atau komputer riba yang baru atau terpakai
2. Mesin pencetak yang baru atau terpakai
3. Mesin fotostat yang baru atau terpakai
4. Kertas A4
5. Pen drive, disket dan CD
6. Kamera digital
7. PA sistem, speaker, mikrofon
8. Scanner
9. Bendera parti, bendera NS, bendera Malaysia
10. T shirt parti, t-shirt yang tidak bercetak
11. Ink , toner untuk mesin pencetak, mesin fotostat
12. Walkie talkie
13. Payung biasa, payung gerai
14. Meja lipat, meja buffet
15. Kerusi lipat
16. Overhead LCD projector
17. Mesin faksimili
18. Kain putih untuk buat banner
19. Cat, berus cat
20. Marker pen
21. Kipas meja, kipas berdiri
22. Extension wire
23. Top Up untuk Celcom, Maxis, Digi
24. Generator
25. Lampu picit

Kepada mereka yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi Setiausaha Kerja PAS N.Sembilan di talian 019-6576540 atau melalui e-mel tauf68@yahoo.com

Pertandingan Slogan PAS N.Sembilan

Lajnah Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan sekarang ini sedang mengadakan pertandingan Slogan khusus untuk PAS N.Sembilan. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

Syarat-syarat pertandingan :
1. SMSkan slogan ke talian 012-2267406
2. Boleh hantar seberapa banyak slogan dengan syarat satu slogan untuk satu SMS
3. Tarikh tutup pertandingan 31 Mei 2006
4. Keputusan hakim adalah muktamad
5. Hadiah misteri untuk satu pemenang sahaja
6. Pemenang akan dihubungi melalui nombor talipon daripada SMS yang dihantar

Contoh slogan seperti :
MEMBANGUN BERSAMA ISLAM
KE ARAH MALAYSIA BARU
MENDEPANI CABARAN

4/24/06

Ceramah Tn Ibrahim Tn Man 10 Mei Palong 4

Ceramah Umum

Oleh Tn Ibrahim bin Tn Man
RABU 10 Mei 2006
Jam 9 Malam

Di Markas PAS Palong 4

Anjuran : PAS Kawasan Jempol

Maklumat hubungi : 019-2876734

Kalau PAS menang, JKKK sedia ada dikekalkan

Kebanyakan orang kampung sekarang ini mengeluh, minyak naik, harga barang naik, anak nak sekolah nak pakai duit, anak nak masuk U nak pakai duit, cukai tanah naik, cukai pintu naik dan banyak lagi.

Mereka umpama timun dan durian. Digelek pun habis, menggelek pun habis. Terima sahaja keadaan yang ada. Ketidakpuasan hati mereka kepada kerajaan tidak dapat diajukan ke mana-mana lagi.

Mereka hendak mengundi PAS dan PKR untuk mengajar pemerintah yang ada tapi mereka takut-takut, takut kalau sekarang dapat kain pelikat lepas ni dapat kain buruk. Kalau sekarang dapat beras sekampit lepas ni tak dapat beras langsung. Kalau sekarang dapat tender buat jalan lepas ni dapat tender baiki jalan sahaja.

Oleh itu PAS dan PKR harus memberi jaminan serta perjanjian mungkin dalam bentuk manifesto kepada golongan seperti ini atau rakyat kebanyakkan apa yang mereka akan dapat kalau mereka undi PAS atau PKR. Sepertimana ketika peristiwa Fatah Mekah apabila Nabi Muhammad saw membuat perisytiharan kalau sesiapa berlindung di rumah Abu Sufian , dia akan selamat dan seterusnya.

Justeru itu apakah PAS dan PKR boleh memberi jaminan serupa ?

Jika PAS dan PKR menang semua JKKK akan dikekalkan ?
Jika PAS dan PKR menang semua Imam akan dikekalkan ?
Jika PAS dan PKR menang Tabika Kemas boleh beroperasi dibangunan sedia ada ?
Jika PAS dan PKR menang Guru-Guru Kemas yang berkhidmat lebih 20 tahun boleh menunaikan haji secara percuma ?
Jika PAS dan PKR menang semua parti politik termasuk UMNO boleh menggunakan Balairaya untuk aktiviti parti atau umum ?
Jika PAS dan PKR menang cukai pintu dan cukai tanah akan diberi potongan 50% ?
Jika PAS dan PKR menang semua pelajar lepasan SPM akan mendapat pendidikan percuma di IPTA/IPTS/Kolej dan lain-lain untuk tahun yang pertama ?
Jika PAS dan PKR menang ……….. ?

Itulah luahan rasa kebanyakkan penyokong BN yang ditemui, bukan mereka tak nak undi PAS atau PKR, mereka telah lama ditakut-takutkan.

Kalau PAS menang, JKKK sedia ada dikekalkan

Kebanyakan orang kampung sekarang ini mengeluh, minyak naik, harga barang naik, anak nak sekolah nak pakai duit, anak nak masuk U nak pakai duit, cukai tanah naik, cukai pintu naik dan banyak lagi.

Mereka umpama timun dan durian. Digelek pun habis, menggelek pun habis. Terima sahaja keadaan yang ada. Ketidakpuasan hati mereka kepada kerajaan tidak dapat diajukan ke mana-mana lagi.

Mereka hendak mengundi PAS dan PKR untuk mengajar pemerintah yang ada tapi mereka takut-takut, takut kalau sekarang dapat kain pelikat lepas ni dapat kain buruk. Kalau sekarang dapat beras sekampit lepas ni tak dapat beras langsung. Kalau sekarang dapat tender buat jalan lepas ni dapat tender baiki jalan sahaja.

Oleh itu PAS dan PKR harus memberi jaminan serta perjanjian mungkin dalam bentuk manifesto kepada golongan seperti ini atau rakyat kebanyakkan apa yang mereka akan dapat kalau mereka undi PAS atau PKR. Sepertimana ketika peristiwa Fatah Mekah apabila Nabi Muhammad saw membuat perisytiharan kalau sesiapa berlindung di rumah Abu Sufian , dia akan selamat dan seterusnya.

Justeru itu apakah PAS dan PKR boleh memberi jaminan serupa ?

Jika PAS dan PKR menang semua JKKK akan dikekalkan ?
Jika PAS dan PKR menang semua Imam akan dikekalkan ?
Jika PAS dan PKR menang Tabika Kemas boleh beroperasi dibangunan sedia ada ?
Jika PAS dan PKR menang Guru-Guru Kemas yang berkhidmat lebih 20 tahun boleh menunaikan haji secara percuma ?
Jika PAS dan PKR menang semua parti politik termasuk UMNO boleh menggunakan Balairaya untuk aktiviti parti atau umum ?
Jika PAS dan PKR menang cukai pintu dan cukai tanah akan diberi potongan 50% ?
Jika PAS dan PKR menang semua pelajar lepasan SPM akan mendapat pendidikan percuma di IPTA/IPTS/Kolej dan lain-lain untuk tahun yang pertama ?
Jika PAS dan PKR menang ……….. ?

Itulah luahan rasa kebanyakkan penyokong BN yang ditemui, bukan mereka tak nak undi PAS atau PKR, mereka telah lama ditakut-takutkan.

4/23/06

Melayu calon wakil rakyat DAP di N.Sembilan ??

Itulah hangat yang diperkatakan sekarang. Rata-rata orang Cina yang ditemui di Negeri Sembilan ini menunjukkan sikap akan mengundi DAP pada pilihanraya akan datang. Dan rata-rata pengundi-pengundi pembangkang Melayu mencadangkan agar orang Melayu di Negeri Sembilan ini mencuba nasib pula untuk bertanding di DUN Negeri Sembilan ini atas tiket DAP, memandangkan DAP menunjukkan prestasi yang amat memberangsangkan di Negeri Sembilan pada pilihanraya umum 2004.

Sekiranya DAP di Negeri Sembilan mencalonkan beberap calon Melayu di Negeri Sembilan ini akan berlakulah apa yang dipanggil “I scratch your back, you scratch my back”. DAP akan mendapat lebih banyak undi Melayu apabila mereka mengemukakan beberapa calon Melayu di tempat mereka bertanding, dan akan ada Melayu yang mewakili pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri Sembilan.

Apakah DAP akan menggunakan strategi ini ?

Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Sukaneka PASTI Rembau masa untuk bersantai

Paroi Ahad 23 Apr – Hari Sukaneka PASTI Kawasan Rembau hari ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari kalangan warga PASTI, pelajar, ibu bapa, guru dan masyarakat setempat.

Rata-rata kelihatan ibu bapa datang meraikan sukaneka PASTI membawa seisi keluarga untuk memeriahkan lagi sukaneka pada kali ini. PASTI Kawasan Rembau telah menyediakan beberapa acara menarik dan mendapat sambutan menggalakkan daripada pelajar dan ibu bapa antaranya acara kayuh basikal lambat, kumpul sampah terbanyak, sambut belon antara suami isteri.

Turut memeriahkan sukaneka ini apabila ianya memberi peluang kepada beberapa golongan ibu bapa untuk membuka gerai menjual pelbagai barangan dan antara gerai paling laris ialah gerai air batu campur dan air tebu.

Dalam ucapan perasmian oleh Dr Rosly Yaakop selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, beliau menyeru agar ibu bapa sentiasa memberi perhatian kepada pendidikan anak-anak terutamanya dalam bidang agama. Pendidikan pra sekolah adalah merupakan pendidikan asas kepada anak-anak untuk membentuk anak-anak yang berakhlak mulia , soleh dan solehah. Dalam pada itu menurut beliau lagi kesihatan fizikal melalui acara sukan dapat membina otak yang cerdas.

Dr Rosly juga telah berkesempatan untuk menyampaikan hadiah johan perbarisan kepada PASTI Al Zulfaa.

Pemuda dan muslimat tenaga penting

Rembau Sabtu 22 Apr – Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau hari ini mengadakan mesyuarat agung secara serentak di Markas PAS Kawasan Rembau.

Dalam ucapan perasmian oleh Ustaz Jamsari Marsom, EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat merangkap Ketua Pengarah Unit Amal Pusat, beliau menyeru agar semua pemuda dan muslimat berganding baru untuk menggerakkan masyarakat terutamanya golongan muda mudi dalam dunia yang penuh mencabar sekarang ini.

Us Jamsari juga menyeru agar umat Islam di Malaysia ini sensitif dan peka atas apa yang berlaku kepada saudara mereka di Palestin, Iraq, Chechnya, Selatan Thailand serta Filipina dan di dunia Islam yang sedang bergolak agar sentiasa berdoa kepada Allah swt agar saudara kita yang ditindas dan dizalimi ini mendapat pembelaan dan pertolongan Allah swt.

Turut hadir dalam majlis perasmian ini ialah Tn Hj Awaluddin Mohal Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Rembau, Us Fuad Setiausaha Dewan Pemuda PAS N.Sembilan dan Pn Faridah Ketua Muslimat PAS N.Sembilan

Nisa Negeri Sembilan menyahut cabaran

Seremban Ahad 23 Apr - Nisa Negeri Sembilan hari ini melangkah ke dimensi baru apabila ianya diberi tanggungjawab untuk memimpin masyarakat terutama golongan beliawanis ke arah pembentukan masyarakat yang mempunyai nilai akhlak yang mulia. Majlis pelancaran Amal Nisa Negeri Sembilan telah dirasmikan oleh Dr Rosly Yaakop Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan. Amal Nisa sebagai sayap kanan Dewan Muslimat memainkan peranan yang cukup besar untuk menghubungkan golongan muda dengan golongan tua.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Us Kassim Ahmad Ketua Dewan Ulamak PAS N.Sembilan, Pn Faridah Ketua Muslimat PAS N.Sembilan serta pimpinan Amal Nisa Pusat.

Sementara itu Amal Nisa Negeri Sembilan sentiasa membuka pendaftaran ahli Nisa dari kalangan anak-anak ahli , isteri-isteri ahli serta muslimat umum yang berminat yang berumur antara 15 ke 40 tahun. Mereka yang berminat untuk menjadi ahli Nisa Negeri Sembilan dan ingin menyumbang untuk perjuangan muslimat muda bolehlah menghubungi Pengarah Nisa Negeri Sembilan Pn Norwani 013-3851202 atau e-mel ke halwan9@yahoo.com

4/19/06

Pelancaran Suara Anak Muda NS pada 1 Mei

Pelancaran S.A.M.N.S. (Suara Anak Muda Negeri Sembilan)
Sebaran bulanan dan pertemuan mesra aktivis reformasi

Jam 3 petang
Isnin 1 Mei 2006
Di Wisma Anwar Ibrahim, Jalan Rasah, Seremban.

Maklumat lanjut hubungi : penerangan_keadilan@yahoo.com

*************************************************|
Demonstrasi Aman Sempena Hari Pekerja

Perhimpunan rakyat terbesar yang pernah diadakan di Negeri Sembilan

Rakyat & Pekerja bangkit menentang kezaliman !

Isnin 1 Mei 2006
Jam 11.00 pagi
Di Hadapan Wisma Umno, Seremban

Seluruh rakyat dijemput hadir !

4/17/06

Majlis Dailog Dato Kamarudin Jaafar 30 Apr Rembau

Majlis Dailog Bersama
YB Dato’ Kamaruddin Jaafar – Setiausaha Agung PAS

AHAD 30 April 2006
Jam 9:30 pagi
Di Markas PAS Rembau

(Sempena Muktamar PAS Kawasan Rembau)

Maklumat lanjut hubungi Sdr Hassan 019-3671045

4/15/06

Jom ramai-ramai - Kunjungi gerai sempena pelancaran Nisa'

Assalamu'alaikum wbt

Saya dengan ini ingin mengalu-alukan dan menjemput semua muslimin dan muslimat untuk mengunjungi gerai-gerai yang akan di buka sempena pelancaran Nisa' NS Ahad 23 April 9 pagi di Gedung Lalang, Ampangan

Sama2xlah kita membantu membeli produk ahli2x kita serta memantapkan ekonomi sesama ummat Islam. Antara gerai yang akan di buka ialah;
busana muslimah - jubah & tudung
produk gamat dan ubatan tradisional
produk kecantikan
produk herba/homeopathi
minuman float
mee goreng/kerepek2x
caset+ cd + buku2x agama
frozen food- roti canai, roti boom, karipap
minuman kordial
ikan masin terubuk dari Sarawak
buah naga
produk terpakai - beg kulit, tudung, pakaian
takaful nasional
Sebarang maklumat lanjut hubungi saya Norwani : 013-3851202 halwan9@yahoo.com

4/13/06

Demo Isu Minyak KM Plaza Seremban 1 Mei

Demo dan pengedaran risalah bantah kenaikan harga gas dan petrol sempena Hari Pekerja
Anjuran Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan dengan kerjasama PROTES

ISNIN 1 Mei 2006
Jam 11.45 pagi
Depan KM Plaza, Seremban

Bersedia MOBILISASI 1 Mei Sempena Hari Pekerja

"Hari Rakyat & Pekerja Menentang Penindasan"

Maklumat lanjut di http://chegubard.blogspot.com

4/12/06

Ceramah Dato Ishak Baharom 4 Mei Jempol

Ceramah Maulidur Rasul
Oleh : Yg Bhg Dato Hj Ishak Baharom
KHAMIS 4 Mei 2006
Selepas Maghrib
Tempat : Muassasah Darul Syarif, Jln Batu Kikir – Bahau, Jempol, NS

Semua Dijemput Hadir

Ceramah Dato Kamaruddin Jaafar 30 Apr Jempol

CERAMAH UMUM

Penceramah :
YB Dato Kamaruddin Jaafar – Setiausaha Agung PAS
Dr Rosli Yaakop – Pesuruhjaya PAS NS
Dr Azam – Pengerusi Parti Keadilan Rakyat NS

AHAD 30 April 2006
Jam 9 mlm
Tempat : Muassasah Darul Syarif, Jln Batu Kikir – Bahau, Jempol, NS

Semua Dijemput Hadir

Ceramah Us Nasharudin Mat Isa 29 Apr Rembau

Ceramah Perdana : Penjelasan Isu Semasa

Penceramah :
Us Nasharudin Mat Isa – Timbalan Presiden PAS
Sdr Mazlan Aliman – Naib Ketua Pemuda PAS Pusat

Sabtu 29 April 2006
Jam 9 malam
Tempat : Markas PAS Rembau

Semua Dijemput Hadir

Apakah DAP bakal menggegarkan Negeri Sembilan ?

Melihatkan prestasi DAP di Negeri Sembilan pada pilihanraya umum 2004 yang lalu sudah pasti menggusarkan Barisan Nasional Negeri Sembilan yang dipimpin oleh Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hassan. DAP telah memenangi 2 kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu di Lobak dan Bahau.

Apa yang perlu diberi tumpuan ialah daripada 11 kerusi yang dipertandingkan DAP di Negeri Sembilan ini, DAP menduduki 13 tempat teratas daripada peratusan jumlah undi yang diperolehi dari kalangan parti pembangkang di Negeri Sembilan ini, jauh meninggalkan PAS dan Parti Keadilan dibelakang. Malah calon India mereka di Bukit Kepayang memperolehi sebanyak 47.37% undi.

Maka tidak hairanlah DAP tidak begitu berminat untuk menyertai Barisan Alternatif memandangkan mereka boleh berdiri sendiri dengan kukuh di Negeri Sembilan.

Yang pasti sekiranya Barisan Nasional Negeri Sembilan silap percaturan mereka pada pilihanraya akan datang, silap menyusun strategi, lebih banyak lagi kerusi akan dirampas oleh DAP daripada Barisan Nasional dengan pengundi mereka yang sedia ada dan sedikit undi simpati daripada pengundi-pengundi PAS dan Parti Keadilan Rakyat. Sekiranya ini berlaku, kesemua wakil rakyat Barisan Nasional akan terasa bahang hangat setiap kali Dewan Undangan Negeri bersidang, samada mereka berada dalam parti yang memerintah atau ditakdirkan mereka akan menjadi parti yang membangkang di Negeri Sembilan ini.

Berikut ialah peratusan undi yang diperolehi DAP pada pilihanraya umum 2004 :

1. Lobak 59.08
2. Bahau 53.07
3. Bukit Kepayang 47.37
4. Temiang 43.82
5. Mambau 42.35
6. Rahang 40.19
7. Lukut 39.89
9. Chennah 38.54
10. Port Dickson 38.19
12. Nilai 36.40
13. Repah 36.06

4/11/06

Solat Hajat Utk Pengarah PLKN 14 Apr ini !!!

Marilah kita sama-sama di seluruh Malaysia melakukan solat hajat samada secara berjemaah atau secara bersendirian pada 14 April ini berikutan tempoh 30 hari bagi memohon maaf secara rasmi kepada Nik Adli Nik Abdul Aziz mahupun keluarganya telah tamat, berikutan penggunaan gambar anak Menteri Besar Kelantan sebagai lambang keganasan dalam modul Program Latihan Khidmat Negara apabila Pengarah Penyelidikan PLKN, Mohd Yusof Ahmad enggan berbuat demikian.

Kita mohon pada Allah swt agar semua urusan ini diserahkan kepada Allah swt agar memelihara maruah Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat serta keluarganya.

Kepada mereka yang berada di Kelantan boleh bersama menunaikan solat hajat ini secara berjemaah di Medan Ilmu, Jalan Dato’ Pati pada tengah malam hari berkenaan.

Semoga Allah memperkenankan hajat serta doa kita semua dan hajat serta doa Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat serta keluarganya dalam isu ini.

4/7/06

Pemuda Umno NS sambut kunjungan AMK ala 'gangster'?

Oleh Wan Nordin Wan Yaacob SEREMBAN, 7 April (Hrkh) - Berikutan keenganan menyahut cabaran berdebat mengenai isu kenaikan harga minyak, Pemuda Umno Negeri Sembilan (NS) dikunjungi sekumpulan anak muda dari Angkatan Muda Parti KeADILan Rakyat Negeri Sembilan untuk menyerahkan surat cabaran kali kedua di Pejabat Umno Negeri dekat sini pada jam 10.30 pagi semalam (6 April 2006).
Bagaimanapun kehadiran AMK di hadapan Pejabat Umno pagi semalam disambut Pemuda Umno dengan aksi yang disifatkan AMK sebagai ala 'gangster' dengan menempatkan barisan Pemuda Umno negeri serta pihak polis berkawal di luar bangunan.

Mereka telah disambut tidak kurang dari lima anggota polis beruniform dan 15 orang anggota polis tidak beruniform yang dapat dikenal pasti kerana mereka merupakan anggota cawangan khas yang sentiasa terlibat memantau program KeADILan.

Polis trafik juga ditempatkan dihadapan Bangunan Umno bagi menghalang semua kenderaan meletak dan memasuki kereta di kawasan tersebut.

Sementara Pemuda Umno Negeri Sembilan pula telah menggerakkan tidak kurang dari 50 orang ahli mereka untuk memenuhi ruang hadapan Pejabat Umno Negeri bagi menghalang kedatangan rombongan AMK.

Helikopter polis juga berkeliaran di ruang udara atas Pejabat Umno selama hampir 30 minit.

Kumpulan Pemuda Umno yang 'berkawal' di sekeliling bangunan Umno di ketuai oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rantau, Ghani Hasan yang juga adik Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Mohammad Hasan.

Dalam masa yang sama, dua wartawan akhbar berbahasa Cina yang hadir membuat liputan dikatakan diarah pulang oleh Editor mereka tanpa menunggu tamatnya sidang media AMK.

"Salah seorang dari mereka memaklumkan dihubungi editor mengarahkan mereka pulang kerana orang atas minta jangan buat liputan mengenainya, " kata Setiausaha AMK Negeri Sembilan, Amiruddin Wahab.

Sementara surat cabaran yang mahu diserah sendiri kepada Pemuda Umno Negeri Sembilan hanya diterima oleh salah seorang kerani yang tidak mahu memperkenalkan dirinya, kata Amiruddin.

Surat cabaran itu dihantar berikutan kenyataan media Umno Negeri Sembilan mengenai penafian terlibat dengan jemputan debat isu minyak yang telah diadakan pada 24 Mac di Wisam Anwar Ibrahim, Jalan Rahang Seremban.

Sebelum ini, AMK telah menyerahkan surat jemputan kepada Ketua Pemuda Umno Negeri, Dato' Ir Jamlus Aziz untuk berdebat dengan Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli; Naib Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin dan Exco Kerajaan Negeri Sembilan, T Rajagopalu, malangnya wakil Umno dan Barisan Nasional enggan menyahut cabaran itu.

Dalam surat tersebut AMK Negeri Sembilan menyatakan cabaran debat dan memberi tempoh 14 hari untuk Umno Negeri Sembilan memberi maklum balas.

Amiruddin yang mengulas mengenai 'layanan buruk' itu melahirkan rasa kesal kerana Umno menunjukkan sikap seperti gangster dalam menyambut kunjungan AMK.

"Ini juga menunjukkan ketakutan penguasa kerana tertekan dengan isu kenaikan minyak ini. AMK berharap Umno berani tampil untuk mempertahankan hujah mereka mengenai kenaikan minyak," katanya.

AMK mempunyai terlalu banyak bukti dan fakta untuk diperdebatkan untuk membuktikan kenaikan ini berlaku kerana kelemahan pentadbiran kerajaan dan amalan korupsi yang membarah, katanya..

Rombongan tiga wakil AMK Negeri Sembilan meninggalkan bangunan Umno Negeri Sembilan jam 11.05 pagi tanpa kejadian tidak diingini.

4/6/06

Ceramah Us Nashrudin Mat Isa 29 Apr Rembau

Ceramah Perdana : Penjelasan Isu Semasa

Penceramah :
Us Nasharudin Mat Isa – Timbalan Presiden PAS
Sdr Mazlan Aliman – Naib Ketua Pemuda PAS Pusat

Sabtu 29 April 2006
Jam 9 malam
Tempat : Markas PAS Rembau

Kuliah Ilmu Dato Ishak Baharom 29 April Seremban

Siri Kuliah Pengajian Tafaqquh Fid Din – Siri 3

Bersama : Yg Bhg Dato Hj Ishak Baharom
Tajuk : Uslub Ad-Dakwah
Tarikh : Sabtu 29 April 2006
Masa : 8 pagi – 12 tgh
Tempat : Dewan Kuliah, Sekolah Agama Rakyat Gedung Lalang 162, Ampangan, Seremban

Anjuran : Pusat Pendidikan Islam At-Tibyan, Seremban

Yuran Pendaftaran : RM10 (tidak perlu jika telah hadir siri sebelumnya
Yuran kuliah : RM 40
Jamuan ringan, fail dan kertas kerja akan disediakan

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Ust Abd Ghani 012 6761187
Ust Fuad 019 3941353
Sdr Fahri 012 2589637
Tel/ Faksimili Pejabat : 06 6796258

Kuliah Maghrib Senawang 22 Apr

Kuliah Maghrib
Bersama : Us Abd Ghani
Sabtu 22 April 2006
Jam 7:30 mlm
Tempat : Markas PAS Cawangan Senawang, Taman Marida

Kuliah Dhuha Rembau 16 Apr

Kuliah Dhuha
Oleh Us Abd Rahim Yusof
Ahad 16 April 2006
Jam 9 pagi
Tempat : Markas PAS Rembau

Liqa Fikri oleh Us Idris Ahmad 15 April Ampangan

Liqa Fikri
Oleh Us Idris Ahmad – AJK PAS Pusat
Sabtu 15 April 2006
Jam 3 ptg
Tempat : Ampangan, Seremban
Anjuran : Dewan Ulamak PAS N.Sembilan

Hubungi : Hj Taufek 019-6576540

4/2/06

PAS edar risalah jelas isu minyak di Terminal One Seremban

Seremban 1 April – Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar (LPAS) PAS Pusat dengan kerjasama Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Negeri Sembilan hari ini bertemu dengan lebih seribu orang warga Seremban di hentian bas Terminal One dalam siri pengedaran risalah penjelasan kenaikan isu minyak.

Sdr Mahfuz Omar yang merupakan Pengerusi LPAS PAS Pusat telah diiringi oleh Sdr Zulkefly Mohamed Omar Pengerusi LPAS PAS N.Sembilan serta 17 orang ahli , pemuda serta muslimat PAS N.Sembilan.

Rata-rata warga Seremban yang ditemui ketika pengedaran risalah berkenaan memberikan respons yang positif serta memahami keadaan sebenar akibat daripada kenaikan minyak sebanyak 30 sen seliter yang dikuatkuasakan oleh kerajaan lebih sebulan yang lalu.

Pengedaran risalah tersebut adalah sebahagian daripada acara yang disusun selama dua hari sempena EXPO Pengguna dan Alam Sekitar Badan Perhubungan PAS N.Sembilan yang diadakan di Lenggeng.

Menurut Sdr Zulkefly, PAS N.Sembilan dari masa ke semasa akan memberikan kesedaran kepada orang ramai akibat kenaikan harga minyak serta tindakan yang perlu diambil untuk mengelakkan ketidakseimbangan sosial melalui ceramah-ceramah, sessi-sessi penerangan serta pengedaran risalah yang akan dilakukan secara berterusan dan meluas ke seluruh daerah di Negeri Sembilan ini dengan kerjasama semua pihak terutamanya ahli PAS sendiri serta, NGO-NGO serta orang ramai.