JEJAK UKHUWWAH

JEJAK UKHUWWAH

5/30/06

Semua manusia mempunyai bapa yang sama

Johol 29 Mei – Semua manusia baik orang Melayu, orang Cina, orang India, orang Islam, orang Kristian, orang Buddha, orang Hindu, orang Yahudi dan semua keturunan, agama dan bangsa di muka bumi ini datangnya daripada bapa yang sama iaitu Nabi Adam as. Demikianlah antara ungkapan kata-kata nasihat daripada Tok Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan dalam majlis ceramah perdana yang diadakan di Kg Paya, Johol, Negeri Sembilan malam tadi.

Justeru itu tambah beliau lagi manusia yang hidup di muka bumi Allah ini haruslah hidup menurut cara hidup yang dikehendakki Allah sepertimana yang digariskan dalam Al Quran. Sekiranya manusia menerima semua anugerah Allah untuk kesinambungan hidup, Allah beri air manusia minum, Allah beri beras manusia makan, Allah beri udara manusia bernafas dengannya, mengapa Allah beri Al Quran sebagai panduan hidup manusia menolaknya.

Tambah beliau lagi sekiranya manusia di muka bumi ini hendak hidup dengan peraturan mereka sendiri dan menolak peraturan yang ditetapkan Allah, mudah sahaja, buatlah bumi sendiri, buatlah langit sendiri, buatlah udara sendiri maka bolehlah manusia hidup dengan cara mereka sendiri diatas muka bumi yang mereka cipta sendiri. Tok Guru Nik Abd Aziz juga memperingatkan kepada semua hadirin bahawa kerajaan Allah adalah amat pemurah dan maha adil dimana setiap kebaikan akan dibalasnya dengan nikmat syurga dan setiap kesalahan juga akan dibalas dengan azab neraka. Akan tetapi kerajaan manusia hanya mengambil tindakan ke atas rakyatnya yang membuat kesalahan tetapi tidak memberi ganjaran sekiranya rakyat membuat kebaikan walaupun kebaikan tadi sedikit.

Perumpamaan yang dibawa oleh Tok Guru sekiranya penunggang motosikal yang mematuhi peraturan jalanraya dari muda hingga ke tua memakai topi keledar, mereka tidak akan diberi ganjaran jika memakai topi keledar, akan tetapi mereka akan disaman jika tidak memakai topi keledar.

Ceramah yang disampaikan oleh Tok Guru malam tadi memberi banyak keinsafan kepada semua yang hadir dimana ribuan lautan manusia membanjiri Dataran Ilmu, Kg Paya kerana merindukan kata-kata nasihat daripada Tok Guru.

Turut hadir memberi ceramah pada malam tadi ialah Us Nasharuddin Mat Isa Timbalan Presiden PAS serta Dr Rosly Yaakop Pesuruhjaya PAS N.Sembilan.

Malah turut hadir mendengar ceramah Tok Guru beberapa orang kaum Tiong Hua yang beragama Buddha yang merupakan sebahagian daripada ahli Kelab Penyokong PAS N.Sembilan antaranya En Yau Con Seng dan rakan-rakan.

5/29/06

Pelancaran Amal Gen2 N.Sembilan

Seremban Sabtu 27 Mei – Majlis Pelancaran Amal Gen2 peringkat Negeri Sembilan telah disempurnakan hari ini oleh Us Jamsari Marsom, Ketua Pengarah Amal Pusat yang juga merupakan EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat. Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah Us Hassan Allias Ketua Pemuda PAS N.Sembilan, Hj Kateran dan Us Ramli Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan.

Beberapa acara menarik telah diadakan sempena majlis tersebut antaranya persembahan kawad, pertunjukan pencak silat, pertandingan bolasepak dewasa dan kanak-kanak, pertandingan boling padang, sepak raga bulatan dan acara balapan.

Pertandingan bolasepak 7 sebelah dewasa telah di menangi oleh pasukan Seremban yang menewaskan pasukan Rembau A , 2-1. Sementara pertandingan bolasepak bawah 12 tahun telah dimenangi oleh pasukan Rembau B yang menewaskan pasukan Rembau A, 1 – 0.

Menurut penganjur program Us Nazri, Gen2 Amal Negeri Sembilan akan mengatur beberapa program yang sesuai untuk belia dan remaja di negeri ini sepanjang tahun agar mereka dapat memenuhi masa dengan aktiviti yang bermanafaat disamping dapat membimbing masyarakat yang berakhlak.

PAS N.Sembilan lancar tabung Palestin

Badan Perhubungan Negeri Sembilan telah melancarkan tabung bantuan rakyat Palestin pada 25 Mei yang lalu ketika ceramah perdana di Markas PAS Cawangan Ampangan, Seremban.

Ceramah perdana berkaitan isu Palestin telah disampaikan oleh Us Kamal Ashaari EXCO Pemuda PAS Selangor, Cikgu Azmi Presiden TERAS, Dr Rosli Yaakop Pesuruhjaya PAS N.Sembilan serta Sdr Zulkefly Mohamed Omar Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan.

Menurut Sdr Zulkefly , PAS N.Sembilan akan mengadakan kempen kutipan derma untuk membantu rakyat Palestin yang menderita sejak sekian lama dan derita itu bertambah buruk lagi dengan sekatan bantuan daripada beberapa negara barat apabila rakyat Palestin melalui sistem demokrasi pilihanraya bebas telah memilih Parti Hamas untuk membentuk kerajaan Palestin. Kempen kutipan derma ini akan diadakan di setiap kawasan di negeri ini.

Mengulas mengenai bantuan RM 56 juta oleh kerajaan Malaysia kepada Palestin, Tn Hj Mohd Taufek Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan mengulas bantuan tersebut adalah merupakan tanggungjawab dari pihak kerajaan Malaysia yang lebih kepada pembangunan infrastruktur. Namun sebagai rakyat Malaysia dan umat Islam khususnya kita haruslah menyumbang mengikut kemampuan kita , kerana setiap kita mempunyai tanggungjawab untuk membantu saudara mereka yang sedang menderita mengikut kemampuan masing-masing. Setidak-tidaknya kita sudah menyiapkan bekalan jawapan kita di akhirat nanti sekiranya ditanya apakah yang kita lakukan untuk membantu rakyat Palestin ketika mereka sedang menderita di samping jawapan kita sentiasa berdoa akan keselamatan dan kesejahteraan mereka.

5/27/06

UMNO NS Bacul dan Dayus !

UMNO NS takut sebaran makluman program keADILan – BA salam, kepada semua ; kami amns mengalami masalah mps dan mpn all out tanggal poster n curi banner program 3 jun dan 10 jun. untuk itu kami mohon pihak saudara untuk sama bantu hebahan porgram tersebut. saya ada tulis artikel berita pendek seperti di bawah. saudara boleh code' Hj Ramlan Roes ketua angkatan muda negeri sembilan untuk kenyataan tersebut.

cheGuBard
27 Mei 2006, Seremban

Mohon Bantuan Sebaran makluman !

setiap malam tiga hari lalu pasukan menampal poster dan menggantung banner (dari angkatan muda keADILan dengan dibantu oleh DPPNS) telah menggantung 3 banner besar dan lebih 3500 poster hebahan mengenai himpunan rakyat di sekitar Seremban, Rasah dan kawasan sekitar.

Namun sehingga petang tadi keadaan amat mengecewakan kerana hampir semua poster termasuk semua banner yang digantung telah hilang. dari sumber - sumber yang diyakini menyatakan mereka melihat sepanjang tiga hari ini juga menyaksikan petugas Majlis Perbandaran Seremban dan Majlis Perbandaran Nilai setiap pagi bertungkus lumus menanggalkan poster himpunan rakyat bersama anwar ibrahim 3 jun ini. kelihatan di sekitar bandar seremban pekerja mps membawa pemancut air untuk memastikan poster yang ditanggalkan tidak mempunyai kesan. Poster dan banner fiesta futsal world cup 06 angkatan muda yang telah ditampal awal turut menjadi mangsa

roda ibrahim,59 tahun dari taman bukit chedang yang ditemuai menyatakan rasa kesal iaitu kenapa perlunya pekerja mps yang ramai membuang masa menanggalkan poster anwar tetapi membiarkan poster along, tukang urut dll.
"kan bagus pekerja yang ramai itu digunakan untuk membersihkan longkang dan mempertingkatkan mutu kerja pungutan sampah yang sudah bertahun buruk dikendalikan syarikat swasta" katanya yang sudah beratus kali pernah membuat laporan mengenai mutu perkhidmatan mps di taman bukit chedang semenjak tiga tahun kebelakangan ini.

sumber dalaman umno rasah pula menyatakan azman hassan,setiausaha umno negeri (abang menteri besar) sendiri yang telah menekan yang dipertua mps dan mpn agar memastikan tiada poster dan banner program pembangkang kelihatan khususnya di bandar seremban, beliau juga dilaporkan telah menghubungi sendiri ketua - ketua cawangan umno turut memantau dan menanggalkan sebarang poster dan banner aktiviti pembangkang di kawasan masing masing.

"kami amat kecewa cara UMNO NS berlawan, mereka kudakan semua jentera kerajaan.....penakut ! kita mohon permit nak gantung banner mereka tak bagi...." nyata hj ramlan roes ketua angkatan muda negeri sembilan.

memang 3 jun ketika lawatan dsai ke ns itu nanti ada acara lain besar di seremban antaranya ialah penyampaian piala liga super dan perlawanan singapore malaysia di stadium paroi. dilaporkan menteri besar mengarahakn supaya pbns tidak mengenakan sebarang tiket untuk menarik lebih ramai penonton ke stadium.

jika umno negeri mahu melihat dengan usaha mereka program dsai tidak mendapat sambutan saya beri jaminan mereka akan kecewa. ' tegas ramlan

angkatan muda akan lipat ganda usaha hebahan. respon dari orang ramai pun baik kerana mereka ingin turun beramai - ramai bukan sahaja untuk mendengar amanat dsai tetapi menunjukkan rasa protes terhadap keadaan yang begitu menghimpit rakyat masa kini, khususnya di negeri ini perbagai cukai telah dinaikkan tetapi sebaliknya wakil rakyat terus bermewah.

angkatan muda keadilan negeri sembilan memohon kerjasama semua aktivis pro reformasi untuk membuat hebahan program di bawah

Makan Malam Perpaduan Rakyat
Anwar bersama Masyarakat Cina
3 Jun 7.30 malam Restoran Dragon Oakland, Seremban
pertanyaan tempahan tempat hubungi 012 665 7329 / 016 6313232

Himpunan Rakyat Negeri Sembilan Bersama Anwar Ibrahim
3 Jun 8.30 malam Km 7, jalan Seremban - tampin (sebelah Esso berhampiran JPJ NS) pertanyaan 0176688404

Fiesta Futsal World Cup 06 Angkatan Muda NS
10 Jun 9.00 pagi Indoor Sport Center, rahang
borang penyertaan hubungi 012 2722175

angkatan muda negeri sembilan merayu tenaga sukarelawan dari segi membantu mengedar risalah program, menampal poster, menggantung banner dan khususnya sukarelawan petugas semasa program. jika sesiapa berminat sila hubungi 012 2722175(ramlan) atau 012 369 6474 (azizi).

lawatan dsai ke negeri sembilan kali ini dijangka mendapat sambutan yang agak luar biasa kerana turut sama akan berceramah bersama beliau ialah YB Dominique Ng Kim Ho ADUN baru keadilan yang memenangi kerusi N9 Padungan baru baru ini. selain itu Azmin ali, saifuddin nasution ismail, tian chua dan Pesuruhjaya pas ns Dr Rosly Yaakop turut mengesahkan akan berucap dalam program yang bermula dari 8.30 malam itu.

Tapak tempat program himpunan itu diadakan di sewa khas dan dijangka boleh memuatkan lebih 15000 orang dengan selesa.

5/25/06

Kuliah Maghrib Us Abd Ghani 27 Mei Tmn Marida

Assalamualaikum wrt wbt ,

Muslimin dan muslimat semua dijemput untuk menghadiri

Kuliah Maghrib
Oleh Ustaz Abd Ghani Ahmad
Sabtu 27 Mei 2006
Jam 7:30 malam
Di PASTI Al Amal, Taman Marida, Senawang

Anjuran : MTD DUN Paroi, Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau, PAS Cawangan Senawang

5/23/06

PERGINYA SEORANG MUJAHIDAH - CORETAN PEMERGIAN KETUA DMPNS

Hari ini dalam sejarah - 21 May 2006/23 Rabiulakhir 1427 . Sejarah yang terukir di Muktamar Agung Dewan Muslimat Pas Negeri Sembilan kali ke -18 apabila perginya Puan Faridah Ismail, Ketua Dewan Muslimat Pas Negeri Sembilan ke rahmatullah sewaktu beliau dalam perjalanan ke Muktamar Agung yang berlansung di Gemencheh, Tampin Negeri Sembilan.

Kira-kira jam 9.45 pagi Ustazah Azizah Khatib Mat, Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat selaku perasmi Muktamar DMPNS telah tiba di Gemencheh. Selaku AJK, kami risau kerana jam hampir menunjukkan 10.00 pagi namun Ketua Muslimat Pas NS masih belum tiba. Lebih kurang jam 10.08 kami mendapat berita yang begitu menyedihkan daripada Ustaz Ali Hanafiah, suami Allahyarhamah bahawa Ustazah telah meningggal dunia dalam perjalanan ke muktamar. Suasana sedih dan pilu telah menyelubungi dewan muktamar. Satu berita yang tidak di sangka oleh semua perwakilan yang hadir. Kami semua di tenangkan oleh Ustazah Azizah dan semuanya adalah ketentuan Allah SWT.

Menurut Ustaz Ali, mereka berdua dari Kuala Lumpur kerana isterinya menghadiri mesyuarat DMPP. Allahyarhamah dan suami bermalam di Damansara memandangkan Ustaz Ali ada kuliah di sana. Selepas subuh, beliau bertolak balik ke NS untuk menghadiri muktamar agung dan setibanya di Dengkil, menurut Ustaz beliau telah nazak dan meningggal dunia di dalam kereta. Jenazah kemudiannya di bawa ke Hospital Kuala Pilah untuk pengurusan post mortem jenazah. Kehadiran pimpinan muslimat Pas Pusat semakin ramai di hospital Kuala Pilah yang di ketuai sendiri oleh Ustazah Azizah, Dr Mariah, Senator Jamilah, dan beberapa orang lagi pimpinan muslimat pusat. Lebih kurang jam 2.45 petang jenazah mula bertolak ke Palong 1, Gemas NS untuk di kebumikan.

Jam 4.00 petang sewaktu kami tiba di Palong 1, telah ramai tetamu yang menanti kehadiran Allahyarhamah. Sebaik sahaja kain yang menutupi muka Allahyarhamah di buka, Ya Allah terpancar akan senyuman dan ketenangan di wajahnya. Beliau sentiasa berdoa agar di matikan dalam perjuangan. Begitulah antara hasrat yang pernah di utarakan kepada suaminya Ustaz Ali. Alhamdulillah, hajat beliau dimakbulkan Allah untuk mati di dalam perjuangan.

Pengurusan jenazah di imamkan oleh Ustazah Endon selaku bilal wanita dan peluang ini tidak saya lepaskan bersama Puan Maznah, Ketua Muslimat Kawasan Rembau untuk sama-sama memandikan dan mengkafankan jenazah. Ya Allah, Maha suciMu Ya Allah yang memudahkan urusan kami. Tiada satu pun kesusahan sewaktu mengendalikan jenazah Allahyarhamah. Bibir kami sentiasa basah dengan zikir menatap wajah beliau, perginya seoarang mujahidah, pejuang yang ihklas dalam perjuangan. Jam 5.00 petang jenazah mula di bawa ke masjid untuk di sembahyangkan. Alhamdulillah.... ramai yang menziarahi Allahyarhamah dan saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir menziarahi untuk kali terakhir terutamanya Ketua DMP Negeri Melaka, Dr Khatijah, Ketua DMPN Selangor, Ustazah Wan Hasrina, Dr Mariah AJK DMPP dan semua pimpinan yang hadir. Marilah kita sama-sama mendokan agar Allah mengampunkan segala dosa-dosa beliau dan semoga Allah menempatkan beliau di kalangan hamba-hambanNya yang beriman. InsyaAllah.

Al- Fatihah


Sedikit latar belakang beliau bagi insan-insan yang tidak mengenali beliau. Puan Faridah Ismail di lahirkan pada 18.9.57 di Kedah Darul Aman. Beliau berpindah ke Negeri Sembilan pada tahun 1985 iaitu sebaik sahaja berberkahwin dengan Ustaz Ali Hanafiah. Sejak tahun 1985, beliau telah bergerak aktif di dalam Pas dan kerja-kerja dakwah. Beliau juga merupakan Timbalan Muslimat Pas Kawasan Jempol dan merupakan seorang tanaga pengajar di Pasti Jempol. Penglibatan beliau di dalam Pas lebih daripada 20 tahun dan kegigihan beliau dalam aktiviti-aktiviti Pas memang tidak dapat di nafikan. Meskipun beliau pernah di nasihati doktor untuk berehat tetapi beliau tetap berjuang, menghadiri mesyuarat walaupun sakit. Seperti yang di maklumkan Ustaz, Allahyarhamah sering berkata” kalau duduk di rumah berehat pun, tetap sakit. Baik keluar rumah menghadiri mesyuarat, kerana sakit memang akan tetap sakit. Amanah kena di laksanakan. Setahu saya beliau tidak pernah ponteng dari menghadiri sebarang mesyuarat dan sekiranya ada keuzuran, beliau pasti menghantar wakilnya. Begitulah hebatnya beliau sebagai seorang pemimpin.

Kita yang masih hidup ini wajar mengambil ikhtibar di atas pemergian beliau. Moga beliau menjadi contoh kepada semua muslimat di Negeri Sembilan.

Salam takziah.

Norwani Ahmat
AJK DMPNS

Moh Jumpa Dato’ Seri Anwar 3 Jun di Seremban

Buat kali pertama Dominique Ng Kim Ho (wakil rakyat keADILan N9 Padungan) berucap di semenanjung setelah memenangi kerusi dalam Pilihanraya Sarawak baru baru ini.

Malam Perpaduan Rakyat

Penceramah :
Datuk Seri Anwar Ibrahim & Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
YB Dominique Ng Kim Ho (ADUN N9 Padungan, Sarawak)
Tian Chua (Ketua Penerangan keADILan)
Ezam Mohd Nor
Ginnie (Pengerusi Majlis)

SABTU 3 Jun 2006 JAM 7.30 malam
di Restoran Dragon Oakland, 147, Oakland Commerce Square, Fasa 2, Seremban, N.Sembilan

Tempahan tiket : Chai Tong Chai 0166313232 @ Marvin 0126657329


HIMPUNAN PERPADUAN RAKYAT N.SEMBILAN bersama ANWAR IBRAHIM

Penceramah :
Datuk Seri Anwar Ibrahim & Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
YB Dominique Ng Kim Ho (Adun Padungan)
Ezam Mohd Nor
Tian Chua
Saifudin Nasution Ismail
cheGubard (pengerusi Majlis)

SABTU 3 Jun 2006 8.45 malam
Di Km 7, Jalan Seremban / Tampin (berhampiran JPJ Seremban)

Pertanyaan : Hj Ramlan Roes 012 2722175 (untuk urusan sewa tapak gerai-terhad- sila hubungi segera)


Fiesta Futsal World Cup 06 Angkatan Muda
10 Jun 2006 - 9.00 pagi - 9.00 malam
Menjemput pasukan futsal dari seluruh negara merebut replika piala dunia dan hadiah wang tunai yang lumayan.
Pertanyaan sila hubungi : 012 2722175 (Hj Ramlan) 012 3696474 (Azizi)

Salah rakyat undi BN, umat Islam tertekan - Mufti Perak

Oleh Ekmal Yusof IPOH, 23 Mei (Hrkh) - Umat Islam wajar menyalahkan diri sendiri akibat memberikan mandat kepada pemerintah yang tidak dapat mengubah senario dan nasib umat Islam yang makin tertekan sehingga pelbagai gejala seperti murtad yang berlaku ketika ini.

Mufti Besar negeri Perak, Dato' Seri Dr Haji Harussaini Zakaria berkata demikian ketika berucap sempena melancarkan penubuhan Jaringan Muafakat 18 buah NGO-NGO Islam Perak di Masjid Negeri di sini baru-baru ini.

Menurutnya lagi, selain itu ibu bapa juga wajar memikul tanggungjawab kerana gagal mendidik anak-anak terutama yang akil baligh sehingga jumlah anak-anak Melayu Islam yang tidak tahu mendirikan solat agak ramai.

Selain itu, beliau juga tidak menolak kenyataan, bahawa anak-anak Islam kini tidak tahu bersolat akibat daripada perlaksanaan kepada sistem pendidikan Islam di sekolah-sekolah yang tidak sempurna.

"Mungkin kita boleh bebalkan kerajaan kerana tidak mewajibkan mata pelajaran Islam diajar di sekolah-sekolah termasuk tidak digalakkan belajar sembahayang dan bersembahayang di sekolah-sekolah ketika tiba waktu zohor,"tegas beliau lagi.

Tambahnya lagi, tidak cukup dengan situasi sebegitu terdapat pula kumpulan-kumpulan tertentu yang begitu beraninya mendekati orang-orang Islam di seluruh pelusuk negeri untuk didakwahkan dengan agama lain.

"Inilah yang kita hadapi setiap detik ke atas umat Islam di sini, tapi orang-orang Islam tidak sedar, orang Islam tidak mahu sedar kerana asyik leka dengan hiburan serta meringan-ringankan solat di dalam keluarga,"katanya.

"Oleh itu, jangan marah kerajaan, jangan herdik pejabat agama, dia tidak boleh buat apa-apa pun. Dan jangan marah para ulama.Tapi, sebenarnya kita sendiri yang salah, kerana selama ini rakyat yang memberikan mandat kepada pemerintah untuk 'meratah' rakyatnya sendiri sehingga sanggup seolah-olah 'dibogelkan' iman dan akidah,"katanya. - mks.

Bersama MB Kelantan di Johol NS 29 Mei ini !

CERAMAH PERDANA

Bersama :
1. Dato Nik Abd Aziz bin Nik Mat – Menteri Besar Kelantan
2. Us Nasharudin Mat Isa – Timbalan Presiden PAS
3. Dr Rosly Yaakop – Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

ISNIN 29 MEI 2009 – JAM 9 MALAM

Di Dataran Ilmu , Kg Paya Renggoh, Johol, Negeri Sembilan

Semua Dijemput Hadir

5/22/06

Rumah Diubahsuai Jadi Berhala – Majlis Daerah Rembau Membisu

Kami penduduk Melayu di Taman Seri Utama, Chembong, Rembau, Negeri Sembilan amat bimbang apabila sebuah rumah di taman kami ini sedang dalam proses pengubahsuaian untuk dijadikan rumah berhala untuk tujuan ibadah.

Kami penduduk Melayu di taman ini tidak nampak kewajaran sebuah rumah berhala didirikan dalam kawasan yang majoriti penduduk taman ini yang beragama Islam. Taman ini yang mempunyai 98 unit rumah mula didiami pada awal tahun 2005 dengan penduduk Melayunya lebihkurang 62 rumah, Cina 4 rumah dan India 12 rumah.

Kami juga amat hairan bagaimana sebuah rumah begitu mudah ditukar status ke rumah ibadah. Adakah pihak berkuasa tempatan, terutamanya Majlis Daerah Rembau telah memberikan kelulusan pengubahsuaian tanpa merujuk kepada persatuan penduduk di taman ini ?

Kami juga tertanya-tanya kenapa pemaju syarikat Melayu yang membangunkan taman perumahan ini masih belum memberikan tapak untuk pembinaan surau di taman ini.

Sehubungan dengan itu persatuan penduduk taman ini telah menghantar surat bantahan terhadap pendirian rumah berhala berkenaan kepada pihak Majlis Daerah Rembau pada 15 Mei 2006 dan sehingga ini belum mendapat sebarang maklumbalas daripada pihak Majlis Daerah Rembau.

Justeru itu kami amat mengharapkan pihak yang bertanggungjawab menjalankan siasatan yang terperinci dalam hal ini serta mengambil tindakan yang sewajarnya.


Kirimin melalui e-mel oleh Penduduk Senyap, Taman Seri Utama, Rembau

5/21/06

DAP, Jaga-jaga BN , lepas ni mereka tawan NS pula

DAP membuktikannya di Sarawak. Sebelum ni begitu kuat spekulasi bahawa DAP akan menawan N.Sembilan pada pilihanraya umum akan datang, ini bukan guraun, ianya adalah kenyataan.

Sekiranya MB N.Sembilan Dato Seri Mohammad Hassan silap percaturan politiknya pada pilihanraya umum akan datang tidak mustahil DAP akan mempunyai kerusi majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Sembilan.

Dengan sedikit simpati dari penyokong PAS dan PKR di N.Sembilan , DAP di Negeri Sembilan akan mendapat lebih undi. Dengan adanya Kelab Penyokong PAS di kalangan orang Cina di Negeri Sembilan akan memberi lebih kredit kepada DAP sebenarnya bukannya kepada PAS. Ini terbukti semasa pilihanraya 2004 di Bahau apabila Cikgu Lim dari DAP mendapat banyak undi orang Melayu di sana.

PAS dan PKR di Negeri Sembilan adalah dalam keadaan yang amat lemah. Untuk mendapatkan lebih banyak suara pembangkang dalam DUN Negeri Sembilan ialah dengan memberi sokongan secara tidak langsung kepada DAP. Dan tidak mustahil PAS dan PKR akan memberi lebih banyak kerusi untuk DAP bertanding di Negeri Sembilan ini.

Awas BN di N.Sembilan, jangan jadi seperti apa yang terjadi di Sarawak.

5/20/06

Ceramah Saudara Ku Di Palestin 25 Mei Seremban

CERAMAH UMUM
“Saudara Ku Di Palestin”

Penceramah :
Ustaz Kamal Ashaari
Cikgu Azmi – Presiden TERAS Pengupayaan Melayu
Dr Rosli Yaakob

Khamis 25 Mei 2006
Jam 9 malam

Di Markas PAS Cawangan Ampangan , Seremban (Sebelah Surau Hitam)

Anjuran :
Lajnah Antarabangsa, Badan Perhubungan PAS N.Sembilan

Mufti NS seru umat Islam amalkan zikr penting ini

Assalamualaikum wrt wbt,

Pada 7 Mac 2006 Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Sohibus Samahah Dato’ Hj Murtadza bin Hj Ahmad telah mengeluarkan pekeliling rasmi JMKNNS(01)209/705/1Jl4(85) kepada semua umat Islam di Negeri Sembilan agar mengamalkan doa zikr khas seperti yang dilampirkan bersama e-mel ini selepas setiap solat fardhu.

Memandangkan pelbagai cabaran yang dihadapi oleh umat Islam di negeri ini sejak mutakhir ini, secara peribadi saya menyokong sepenuhnya agar semua umat Islam di Negeri Sembilan mengamalkan zikr ini.

Kaifiatnya atau cara amalannya ialah :
1. Membaca ayat 85-86 Surah Yunus sebanyak 7 kali selepas solat Fardhu
2. Membaca ayat 255 Surah Al Baqarah (ayat Qursi) sekali selepas solat Fardhu

Untuk mendapatkan salinan surat pekeliling rasmi ini sila hubungi Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan di talian 06-7652425 , 06-7652426

Ayuh Kita Bantu Rakyat Palestin 26 Mei ini !

AYUH KITA BANTU RAKYAT PALESTIN
Pelancaran Kempen Derma RM 1 Untuk Rakyat Palestin Siri Ke 2

Bertempat di Masjid Jamek Ampangan, Seremban, Jln Seremban – Jelebu

Selepas Solat Jumaat 26 Mei 2006

Anjuran : “Badan Perihatin Umat Islam” – Gabungan NGO-NGO Negeri Sembilan

Wajib Bantu Rakyat Palestin - Fatwa Dr. Yusuf Al-Qardhawi
Dr. Yusuf Al-Qardhawi berkata : "Tidak boleh bagi umat Islam meninggalkan saudara kita mati dalam keadaan kelaparan, sedangkan di sisi mereka ada lebihan harta. bukan dari (ajaran Islam), untuk kita makan hingga penuh perut-perut kita, lalu kita membuang lebihan ke tempat buangan, sedangkan saudara kita menderita kelaparan. Rakyat Palestin memiliki banyak sebab untuk menerima bantuan kita. Mereka orang yang mempertahankan darah mereka... mereka memikul semua ini bukan disebabkan (Palestin) tanah mereka, sebaliknya disebabkan (Palestin) adalah tanah Islam. Orang-orang Islam di seluruh dunia bertanggungjawab membebaskan Palestin, dan membebaskan Masjid Al-Aqsa. Masjid Al-Aqsa bukanlah milik orang-orang Palestin, bahkan ia adalah milik orang Islam keseluruhannya. kalaulah orang-orang Palestin meninggalkan dari mempertahankannya, pasti kewajipan ke atas semua orang Islam di seluruh alam bangun mempertahankannya."
sumber : http://www.Islam-online.net/arabic/news/2006-04/22/article07.shtml

5/18/06

Pelancaran Tabung RM 1 untuk Palestin 19 Mei Seremban

“Masyarakat Prihatin Negeri Sembilan” sebuah gabungan NGO-NGO di Negeri Sembilan akan mengadakan kempen RM 1 setiap seorang untuk rakyat Palestin selepas solat Jumaat 19 Mei 2006 di Masjid Bandar Seremban Selatan, Sg Gadut, Seremban.

Pelancaran “Tabung RM 1 Untuk Umat Palestin” ini akan dilancarkan selepas solat Jumaat pada hari berkenaan.

Mereka yang ingin menyumbang ke tabung ini boleh menghubungi Pengerusi Jawatankuasa Bertindak “Masyarakat Prihatin Negeri Sembilan” Tn Hj Taufek di talian 019-6576540 atau tal/fax : 06-7637450 atau melalui e-mel tauf68@yahoo.com

Sumbangan boleh juga disalurkan ke akaun peribadi sementara iaitu di akaun Maybank , nombor akaun 155126945930. Sila SMS jumlah, tarikh dan masa “bank in” sekiranya sumbangan dimasukkan melalui akaun ini ke talian 012-2267406

5/16/06

Ceramah Masa Depan Palestin 20 Mei Seremban

Wacana Ilmu
Tajuk : “Cabaran dan Masa Depan Umat Islam Di Palestin, Iraq dan Iran

Penceramah : Prof Dr Hj Mohammad Redzuan b Othman
Ketua Jabatan Sejarah Universiti Malaya, Professor Pelawat Universiti Kaherah

Tarikh : Sabtu 20 Mei 2006

Masa : Selepas Solat Maghrib

Tempat : Surau Irsyadiah, Taman Desa Ixora, Senawang, N.Sembilan

Semua Muslimin dan Muslimat Dijemput Hadir

5/14/06

Kuliah Dr Harun Din 20 Mei Seremban

Kuliah Pengajian Tafaqquh Fid-Din

Bersama : Prof Dato’ Dr Harun Din – Pengasas Pusat Perubatan Islam Darul Syifa’

Tajuk : Sistem Perundangan Islam

SABTU 20 Mei 2006
Masa : 8:30 pagi – 12:30 tghari

Tempat : Sek. Rendah Agama Rakyat Gedung Lalang 162, Ampangan, Seremban

Yuran : RM 10 Pendaftaran , RM 40 Pengajian

Anjuran : Pusat Pendidikan Islam At-Tibyan

Untuk pendaftaran dan pertanyaan hubungi :

Us Fahri 012-2589637
Us Abd Ghani 012-6761187
Us Fuad 019-3941353

Muslimat PAS NS bantu kempen di Sarawak

Pn Maznah Talib AJK Dewan Muslimat PAS N.Sembilan juga merupakan Ketua Muslimat PAS Kawasan Rembau adalah antara beberapa petugas PAS yang akan membantu kempen pilihanraya PAS di Sarawak.

Pada pilihanraya kali ini PAS meletakkan Haji Alem Din 52 tahun anak tempatan dari Kampung Ulu Beladin, sebagai calonnya dalam pilihan raya negeri Sarawak untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) N24 Beting Maro pada 20 Mei ini.

Kepada penyokong dan ahli PAS yang tidak berpeluang membantu jentera pilihanraya PAS di Sarawak marilah kita sama-sama berdoa dan bermunajjat kepada Allah swt agar PAS beroleh kejayaan di Sarawak pada 20 Mei nanti.

Fatwa Penyokong Bolasepak Piala Dunia

Ketika saya ke bandar Seremban pada hari Sabtu 13 Mei 2006 saya amat terperanjat apabila terpampang papan tanda yang membawa pelbagai kemusykilan dari sudut hukum akidah dan agama.

Dengan ini saya ingin penjelasan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan, JAKIM, Majlis Agama Islam Negeri atau para alim ulamak hukum penyokong bolasepak yang beragama Islam yang menconteng muka mereka dengan lambang negara yang menyertai Piala Dunia 2006 yang menyerupai lambang salib.

Mungkin gambar yang tertera pada papan tanda ini adalah penyokong-penyokong bolasepak bukan Islam, tetapi tidak dapat dinafikan ramai penyokong bolasepak Islam akan terikut-ikut gaya penyokong bolasepak bukan Islam tanpa lebih dahulu mengetahui apakah hukum mereka melakukan perbuatan tersebut kerana iklan ini begitu besar dan diletakkkan ditengah-tengah bandar tempat tumpuan orang ramai.

Gambar dilampirkan diambil pada hari Sabtu 13 Mei 2006 berhampiran Perhentian dan Pusat Membeli Belah Terminal One dan belakang bangunan Wisma UMNO Seremban. (Dari laman web http://waghih.blogspot.com )

Program MEKAR mendapat sambutan menggalakkan

Seremban Ahad 14 Mei – Program Motivasi Keluarga MEKAR (Mesra Harmoni Keluarga Bestari) anjuran PASTI Negeri Sembilan hari ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada ibu bapa dari seluruh Negeri Sembilan. Hampir 100 orang peserta telah menghadiri program tersebut.

Dalam ucapan perasmian oleh Us Hassan Alias Ketua Pemuda PAS N.Sembilan, beliau menyeru kepada ibu bapa agar memberikan tumpuan dalam membina keluarga yang beriman dan bertaqwa memandangkan dunia sekarang ini mempunyai banyak permasalahan yang berpunca daripada pendidikan keluarga yang tidak sempurna.

Ceramah motivasi bertajuk Membina Keluarga Bertaqwa telah disampaikan oleh pakar motivasi Dr Sufyan.

Disamping itu pihak penganjur program dalam masa yang sama turut mengadakan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak yang turut mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Menurut Sdr Shazwan yang merupakan pengarah program, majlis seperti ini akan diadakan dari masa ke semasa dalam usaha untuk membentuk masyarakat yang cemerlang dunia dan akhirat.

5/11/06

JKKK kecewa sikap Jabatan Agama Islam N.Sembilan

Harian Metro 11 Mei 2006

TAMPIN: Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Tampin Tengah, Ali Omar, kesal dengan sikap Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (Jains) yang didakwanya melengah-lengahkan pembaharuan surat kuasa pelantikan sukarelawan di kawasannya.

Ini berikutan, dia yang membuat pemeriksaan di sebuah rumah di Taman Gunung Emas, di sini, selepas menerima aduan ada pasangan disyaki berkhalwat gagal mengambil sebarang tindakan perbuatan remaja berusia lingkungan awal 20-an itu.

Menurutnya, dia menerima aduan itu pagi kelmarin tetapi menghadapi masalah untuk meminta bantuan kerana tiada pegawai berkaitan perkara itu.

“Saya pergi ke Jabatan Agama Islam Tampin, tetapi malangnya tidak ada pegawai untuk menahan pasangan terbabit.

“Seorang kerani menyuruh saya membuat laporan ke Seremban. Saya kemudian menemui seorang imam dan bilal di kawasan berdekatan tetapi mereka memaklumkan surat tauliah mereka sudah tamat beberapa bulan lalu,” katanya.

Beliau berkata, akibat ketiadaan pegawai itu, pasangan yang disyaki berkhalwat dapat melepaskan diri.

“Saya meminta Jains segera memperbaharui tauliah yang diberikan kepada sukarelawan bagi membantu mereka membendung gejala sosial di kawasan ini,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Thursday/Setempat/20060511093039/Article/indexm_html

Futsal Terbuka AMK 10 Jun Seremban

Angkatan Muda Negeri Sembilan akan menganjurkan Fiesta sehari Angkatan Muda seperti berikut :

FIESTA FUTSAL 'WORLD CUP 06' ANGKATAN MUDA
SABTU 10 Jun 2006
8.30 pagi - 10.30 malam
Indoor Sport Center, Jalan Tok Ungku Rahang, Seremban.

Acara :
FUTSAL TERBUKA
Yuran RM 50 setiap pasukan (7 orang peserta)
Hadiah pertama RM 550 + replika world cup(bernilai RM 250) + medal + hadiah tajaan iringan
Hadiah Kedua RM 440 + medal + hadiah tajaan iringan
Hadiah ketiga RM 330 + medal + hadiah iringan
hadiah turut di sediakan untuk Penjaring terbanyak dan Pasukan terceria
8 team yang layak ke suku akhir akan menggunakan jersey Piala Dunia Pasukan pilihan *tentatif
penyertaan dihadkan kepada 40 team.

Juga diadakan PERTANDINGAN ARMWRESTLING dan SCOOTER TERCOMEL

Tarikh tutup penyertaan ialah : 5 Jun 2006

Untuk pendaftaran dan sebarang pertanyaan sila hubungi :
Hj Ramlan 0122722175 / Azizi 0123696474
Atau e-mel penerangan_keadilan@yahoo.com

5/9/06

UMNO jangan jadi dinosaur – Mingguan M’sia 7 Mei 06

MALIK: Pemimpin muda tidak tahu tentang sejarah perjuangan bangsanya. Mereka melihat UMNO sebagai ejen untuk memudahkan mereka berniaga. UMNO sudah menjadi terlalu materialistik. Ini realitinya. Akhirnya, kita hilang pedoman. Inilah yang berlaku kepada dinosaur – besar tetapi akhirnya pupus. UMNO jangan jadi dinosaur.

MINGGUAN MALAYSIA 7 Mei 2006 - “UMNO jangan jadi dinosaur”

SEBAGAI seorang sejarawan yang kemudiannya menjadi orang politik, Malik Munip mempunyai satu perspektif yang cukup menarik tentang UMNO yang akan meraikan ulang tahunnya yang ke-60, Khamis ini.

Dalam wawancara bersama NOOR AZAM SHAIRI di pondoknya di Muar, Johor kelmarin, Malik melihat betapa masa depan UMNO dan orang Melayu khususnya akan banyak bergantung kepada sejauh mana mereka mampu memahami bukan hanya sejarah parti tetapi juga sejarah negara.

“Kalau mahu memahami kejayaan politik UMNO, kita mesti menggilap asal usulnya, tahu matlamatnya,” katanya.

Sepanjang perbualan yang bermula sebelum waktu Zuhur dan kemudian disambung semula selepas solat Jumaat, Malik berkali-kali menyebut tentang kekuatan orang Melayu yang tidak disedari oleh orang Melayu sendiri kerana pengaruh penjajahan minda.

“Kita harus kembali membaca dan memahami sejarah serta mengenal ketinggian kebudayaan kita,” katanya.

Sementara itu, dalam satu wawancara bersama SITI MARIAM MD. ZAIN melalui telefon di Kuala Lumpur, Tan Sri Aishah Ghani, 82, yang mengaku tidak begitu sihat bagaimanapun semacam mendapat kekuatan baru apabila diajak berbual mengenai UMNO.

Sebagai seorang yang menyertai UMNO sejak usia remajanya, tokoh veteran itu berasa cukup bertuah dapat melihat parti itu berkembang dan berjasa kepada bukan saja orang Melayu tetapi seluruh rakyat dan negara.

“Cabaran perlu ditangani dengan bijak oleh ahli-ahli dan pemimpin jika mahu UMNO terus relevan,” katanya terus terang sambil menegaskan berkali-kali tanggungjawab perlu dipikul dengan sebaik mungkin.

MINGGUAN: Apakah maknanya 60 tahun ini kepada UMNO dan orang Melayu yang diwakilinya?

MALIK: Pergerakan UMNO bertitik tolak daripada satu perkataan iaitu pembangunan. Ini bukan hanya sekadar pembangunan fizikal sebaliknya turut memelihara kedaulatan orang Melayu itu sendiri. Apa ertinya seseorang itu hebat dan berjaya tetapi dia menolak asal usulnya dan melihat orang Melayu dengan kebencian?

Saya tidak nafikan ada ramai orang Melayu yang hebat dan berjaya dan menjadi bertambah Melayu, cuma mereka itu tidak sibuk dengan UMNO. Masalahnya sebahagian daripada kita tanpa sedar semacam taksub menolak warisan, menyangkakan warisan itu menjadi penghalang kepada kemajuan.

Apakah betul sangkaan itu?

MALIK: Nilai Melayu sebenarnya telah dimanipulasikan. Kita misalnya dilatih untuk percaya bahawa orang Melayu mundur kerana berpegang kepada nilai biar mati anak, jangan mati adat. Tanpa sedar kita terperangkap dalam satu aliran pemikiran yang kita sendiri tidak faham. Kita mengutuk diri sendiri. Nilai Melayu yang tinggi itu kita pijak dan buruk-burukkan. Kita tidak sedar bahawa pepatah itu menunjukkan konsep keadilan Melayu yang bersendikan agama Islam – demi ketinggian martabatnya, hukum tidak boleh digadaikan.

Kalau kita lihat nilai etika kerja Melayu pula nilai itu sebenarnya jauh lebih baik daripada orang Jepun – daripada sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit, seluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan sampailah kepada yang lebih grafik, genggam bara api biar sampai jadi arang. Apakah tidak tinggi nilai etika itu – selagi diberi tugas, kita jangan sama sekali mengalah biarpun terpaksa menderita? Ada kalanya kita gagal, dan pada saat itu kita pulang kepada qadak dan qadar Ilahi – rezeki secupak tidak akan jadi segantang. Ketika gagal, kita sebaliknya berjaya meningkatkan keimanan.

Inilah nilai-nilai baik yang berakar umbi dalam jiwa orang Melayu tetapi telah ditafsirkan dalam kerangka yang menjijikkan. Ini sebahagian daripada penjajahan minda, sehingga kita menganggap warisan kekuatan itu beban yang menjijikkan. Pedih dan sedih sebenarnya. Orang Melayu harus memulihkan kesedaran tentang asas kekuatan mereka.

Bagaimana?

MALIK: Kita harus kembali membaca dan memahami sejarah serta mengenal ketinggian kebudayaan kita. Pelayar yang mengelilingi dunia, Datuk Azhar Mansor ketika ditanya mengenai inspirasinya, mengatakan lebih kurang begini: “Aku lakukan ini kerana datuk nenek aku pernah mengelilingi dunia dengan serba kekurangan. Aku adalah pewaris kepada tradisi keberanian itu.”

Kekuatan yang ada pada orang Melayu itu bukanlah sesuatu yang baru. Kita hanya menghidupkan semula nilai yang ada dalam tradisi. Kita harus jadi seperti orang Korea dan Jepun yang maju kerana kekuatan tradisi mereka, dari sastera dan budaya.

Kita harus ada program yang rapi untuk ini; tidak payah sibuk berbunyi tetapi buat belum pasti. Kita harus melakukan ini sampailah kita mampu berkata dengan penuh yakin bahawa menjadi orang Melayu dan manusia yang maju adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan.

Kita selalu mendengar pelbagai kritikan tentang sikap orang Melayu, tentang sukarnya menukar budaya dan kaitannya dengan kemajuan dan pembangunan. Pandangan saudara?

MALIK: Ini sebenarnya tidak ada kena-mengena. Pemenang Hadiah Nobel Ekonomi, Robert Solow pernah mengatakan bahawa turun naiknya perkembangan ekonomi dalam sesebuah masyarakat itu tidak ada kena-mengena dengan kebudayaan dan nilai masyarakat itu. Prof. Diraja Ungku Aziz, yang lebih dekat dengan kita di sini, mencerakinkan kemiskinan luar bandar dan menulis enam atau tujuh kertas kerja yang hebat. Tidak ada satu pun analisisnya itu menghubungkaitkan kemiskinan dengan soal budaya dan nilai.

Ini proses peminggiran ekonomi bumiputera yang dimulakan oleh penjajah tetapi kita tidak nampak dan tidak faham. Chai Hon Chan dalam bukunya The Development of British Malaya 1896-1909 menunjukkan bagaimana pembangunan British mengelak kawasan Melayu – Kuala Lumpur, Seremban, Ipoh dan Taiping. Orang Melayu hanya tinggal di kawasan pesisir yang tidak dibangunkan; Jugra di Selangor contoh yang terbaik – daripada sebuah pelabuhan, ia menjadi bandar yang sunyi, daripada sebuah bandar akhirnya menjadi kampung. Orang Melayu apabila tidak faham semua ini akan mengutuk diri sendiri.

Tidakkah kutukan itu menjadi cabaran?

MALIK: Proses mengutuk diri itu akhirnya melahirkan generasi yang meyakini inilah sifat-sifat Melayu yang sebenar. Orang Melayu akan membenci warisannya sendiri termasuklah UMNO. Orang Melayu akan hilang kebanggaan diri. Kata Ibnu Khaldun, masyarakat yang hilang harga diri tidak mungkin boleh mencipta kejayaan.

Masyarakat yang kuat harus ada esprit de corps atau semangat kekitaan yang kuat, bangga dengan warisannya. Jepun dan Jerman, negara yang cukup maju itu semangat kekitaan masyarakatnya cukup kuat. Kita? Kita hancurkan. Kita cemuh dan kutuk orang Melayu. Sekarang ini macam-macam isu ditimbulkan termasuklah mempersoalkan DEB.

Bagaimanakah saudara melihat perjuangan UMNO?

MALIK: Ada pemimpin UMNO yang berkata, UMNO ejen perubahan. UMNO tidak perlu berbicara tentang perubahan tetapi sebaliknya pembangunan dan kemajuan. Ini kerana baik disebut atau tidak, perubahan memang tetap akan berlaku. Falsafah pergerakan UMNO bukan perubahan tetapi pembangunan iaitu untuk menjadikan orang Melayu sebagai induk dalam semua bidang.

Kita wajib menterjemahkan kedudukan orang Melayu yang induk dalam semua bidang penghidupan. Alhamdulillah, orang Melayu menjadi induk dalam politik. Dalam soal ekonomi, masih jauh lagi tetapi dalam bidang pendidikan, kita sedang berkembang ke arah itu. Apa yang lebih kompleks ialah membina keperibadian bangsa berdasarkan tradisi keperibadian tempatan.

Apakah cabaran yang dihadapi oleh UMNO?

MALIK: Musuh nombor satunya ialah pembalingan idea yang boleh menimbulkan syak wasangka tentang kesahihan perjuangannya. Musuh orang Melayu dari awal Bismillah tahu tentang ini. Apabila ada orang mempersoalkan kesahihan perjuangan UMNO dengan melontarkan konsep keadilan sosial dalam pengagihan ekonomi, ada orang Melayu yang termakan dengan idea itu.

Kita jangan terlupa tentang proses peminggiran ekonomi yang dilakukan oleh penjajah. Masalahnya kita tidak faham tentang peminggiran itu dan diasuh supaya meyakini bahawa ia terjadi kerana salah kita sendiri. Akibatnya, kita melahirkan generasi yang otaknya terbelenggu dengan perancangan penjajah – mengutuk diri sendiri, menyalahkan budaya dan nilai, dan sebagainya. Kita tersisih kerana kita tidak memahami proses penjajahan.

Apakah kelemahan yang mungkin tidak disedari oleh UMNO?

MALIK: Orang Melayu selalu segan hendak mengaku hal-hal yang baik yang ada dalam budaya dan tamadunnya. Ini sense of apologia yang menggilakan sehingga kita waswas mahu melangkah ke depan, betul atau tidak setiap tindakan.

Saya pernah berjumpa dengan seorang graduan Jerman yang lulus ijazah kelas pertama dari University of Edinburgh dan bertanya tentang kejayaannya. Katanya: “Saya berjaya kerana saya orang Jerman.” Dia memahami kekuatan bangsanya, dan menjadikan itu sebagai asas kejayaannya.

Tetapi sejak akhir-akhir ini, setiap sesuatu yang melambangkan kecemerlangan Melayu cuba digambarkan sebagai mengaibkan. Proton yang melambangkan pencapaian kita yang luar biasa dalam bidang industri tinggi misalnya dalam masa beberapa tahun ini diberikan pelbagai gambaran yang negatif. Kita terlupa bahawa ini adalah soal membangunkan kemahiran dan kemampuan.

Ini namanya capacity building, bukan untung rugi. Kalau kita sudah melahirkan beribu-ribu jurutera Melayu yang mahir di Proton, kita tidak usah bertanya ia untung atau rugi kerana itu capacity building untuk jangka panjang. Capacity building itu adalah asas untuk mencipta wang, membina kekayaan dan mencipta kejayaan.

Itu sebabnya saya tidak faham kenapa Proton, dan satu lagi MAS, dipamerkan sebagai lambang kehancuran. Kita harus faham dan ambil tahu sejarah MAS. Saya dahulu mengajar sejarah ekonomi, dan saya berusaha untuk mengetahui hal-hal ini.

Saya bangkitkan semua ini kerana sedih melihat pemerahan kepada orang Melayu dalam sejarah. Semasa zaman penjajah ketika teh mula muncul sebagai tanaman komersial, semua geran tanah milik orang Melayu dicap tidak boleh tanam teh. Getah pun begitu juga. Ini proses peminggiran ekonomi orang Melayu, panjang ceritanya.

Sejauh manakah sumbangan UMNO dalam pembinaan ekonomi?

MALIK: UMNO satu-satunya parti politik bumiputera yang secara konkrit mempunyai rancangan ke arah memecahkan belenggu daripada colonial economy yang diwarisinya. Ia sudah mula membuka ruang dengan membina ekonomi nasional. Kalau sesuatu bidang itu masih dikuasai oleh satu kaum tertentu misalnya, bidang itu tidak mencerminkan komponen masyarakat negara ini – masih lagi colonial economy. Dalam hal ini kita masih belum berjaya sepenuhnya. Kita kurang berkesan.

Apa sebabnya ia kurang berkesan?

MALIK: Ini berbalik kepada soal tadi, penjajahan minda. Memberi bantuan kepada orang Melayu dianggap sebagai subsidi. Itu bukan subsidi tetapi memulangkan hak yang dinafikan dalam sejarah. Ini hutang negara kepada orang Melayu yang diwarisi daripada penafian penjajah terhadap hak bumiputera di buminya sendiri.

Tetapi ada juga pemimpin Melayu yang menyangka menolong orang Melayu itu sebagai satu anugerah, satu sedekah. Kepada saya, pandangan yang sebegini adalah satu dosa kerana kegagalan memahami sejarah ekonomi bangsanya sendiri. Ini bukan sedekah tetapi sebahagian daripada tanggungjawab untuk memulangkan hak. Orang Melayu bukan meminta sedekah tetapi menuntut hak.

Malangnya ada juga orang Melayu termasuk di dalam UMNO yang menganggap ini semua adalah historical garbage yang harus ditolak ke tepi.

Kenapa sejarah ini penting untuk difahami?

MALIK: Pertama, kita akan lebih mengenal diri sendiri kerana hak-hak kita berkait rapat dengan pemahaman kita mengenai sejarah. Kedua, kita akan tahu arah yang hendak dituju dan ketiga, untuk mengelak kita terperangkap dalam idea-idea yang mahu memesongkan pemikiran orang Melayu.

Apabila terperangkap dalam idea globalisasi misalnya, kita akan merasakan aspirasi nasional itu begitu terasing dan kecil. Globalisasi itu pula diberikan takrif yang sangat sempit iaitu perdagangan. Ia pula disifatkan sebagai satu arus – menentang bererti melawan arus, melawan proses semula jadi. Liberalisasi melalui globalisasi itu sendiri adalah satu penipuan, seperti kata Joseph Stiglitz.

Apakah yang orang perlu faham tentang UMNO?

MALIK: UMNO adalah bahtera perjuangan bangsa yang diwariskan untuk generasi akan datang. Itu kata Pendeta Za’aba. Dalam gagasan sebuah bahtera yang besar yang merangkumi segala macam manusia itu tentulah akan muncul watak-watak yang membuatkan kita jadi meluat. Tetapi rasa meluat itu bukan asas untuk kita menghancurkannya, pecahkan bahtera itu. Kita perlu perbaiki.

Apakah banyak watak yang meluatkan itu?

MALIK: Mereka yang tidak peduli tentang apa yang kita bincangkan ini. Aneh atau tidak, pada saat orang Melayu papa kedana kekuatannya hampir tidak ada tolok bandingnya tetapi ketika berjaya dan dianugerahkan rezeki melimpah, rezeki itu pula yang melemahkannya? Semasa UMNO ditubuhkan dulu orang Melayu miskin tetapi semangatnya cukup kuat pantang berundur tetapi kenapa sekarang ini luntur dan terhakis kerana harta? Kenapa?

Mereka yang mempersoalkan DEB itu sebenarnya adalah orang yang mendapat banyak manfaat daripada DEB. Mereka inilah yang terperangkap dengan idea-idea yang menjadi musuh itu. DEB selalu dikritik kerana tidak menyediakan padang yang sama rata. Tetapi masalahnya orang Melayu sejak dulu hanya jadi pemerhati di tepi padang apalagi hendak cerita duduk dalam padang.

Pada usianya 60 tahun ini, bagaimanakah kedudukan UMNO menghadapi sumpah generasi ketiga – generasi pertama membina, generasi kedua menikmati dan generasi ketiga menghancurkan.?

MALIK: Kita mesti berikhtiar bertungkus lumus memelihara supaya sumpah yang terbukti dalam banyak organisasi di dunia ini tidak berlaku kepada UMNO.

Apakah tanda-tanda itu sudah ada?

MALIK: Ada. Pemimpin muda tidak tahu tentang sejarah perjuangan bangsanya. Mereka melihat UMNO sebagai ejen untuk memudahkan mereka berniaga. UMNO sudah menjadi terlalu materialistik. Ini realitinya.

Ahli falsafah, John Dewey mengatakan bahawa organisasi pada mulanya menjadi alat untuk mencapai sesuatu. Setelah berkembang, ia akan sampai kepada satu peringkat apabila budaya organisasi itu kemudiannya menyebabkan ahli-ahlinya menjadi alat kepada organisasi tersebut. Winston Churchill juga mengatakan hal yang sama, iaitu pertama kita membentuk institusi dan kemudian institusi itu pula yang membentuk kita.

Akhirnya, kita hilang pedoman.

Inilah yang berlaku kepada dinosaur – besar tetapi akhirnya pupus. UMNO jangan jadi dinosaur. Kita jangan terlalu syok dengan jumlah ahli tetapi perlu sibuk membina kualiti ahli. Kalau boleh biar dapat kedua-duanya sekali – ahli yang banyak dan berkualiti.

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0507&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_01.htm&arc=hive

5/8/06

Kempen RM1 Seorang Untuk Rakyat Palestin

Himpunan Perdana : Selamatkan Kerajaan Palestin
Malam "MENYOKONG KERAJAAN PALESTIN HAMAS"

Pemidato :
Presiden PAS, Wakil Hamas, ABIM, JIM, TERAS

SABTU 13 Mei 2006
Masa : Selepas Isya’
Tempat : Markaz Tarbiyah PAS, Taman Melewar

Kempen RM1 Seorang untuk Rakyat Palestin semasa Himpunan Perdana
Atau salur terus ke Akaun Tabung Maybank 564070703248 Parti Islam Se-Malaysia

Jualan buku Al-Quds Dalam Bahaya untuk tujuan kutipan derma
Pelancaran TABUNG SELAMATKAN PALESTIN
Persembahan Nasyid Kumpulan Masaal

Semua diseru supaya menghadirkan diri...

*********************************************************
Rakyat Indonesia derma Palestin satu dolar seorang – Utusan Malaysia 8 Mei 2006

JAKARTA 7 Mei - Lebih 10,000 penyokong sebuah parti Islam yang popular hari ini berarak melalui jalan-jalan utama di sekurang-kurangnya tiga buah bandar Indonesia untuk menggesa Washington dan sekutu-sekutunya supaya bekerjasama dengan kerajaan Palestin pimpinan kumpulan militan Hamas.

Amerika Syarikat (AS), yang menyifatkan Hamas sebagai sebuah pertubuhan pengganas, dan Kesatuan Eropah (EU) telah menghentikan bantuan kewangan kepada Pihak Berkuasa Palestin selepas kemenangan kumpulan militan Islam itu dalam pilihan raya umum Palestin.

Hamas gagal memperoleh dana asing kerana bank-bank tempatan, serantau dan antarabangsa bimbang tindakan oleh AS.

Kira-kira 10,000 penyokong Parti Keadilan Sejahtera (PKS), sebuah kumpulan konservatif Islam yang terkenal dengan pendirian antirasuahnya yang tegas, telah melancarkan rapat umum di sini.

PKS menggesa rakyat Indonesia supaya menderma satu dolar setiap seorang untuk tabung bagi membantu masyarakat Palestin.

Beberapa ratus lagi melancarkan tunjuk perasaan di beberapa buah bandar di wilayah Jawa Timur untuk mengecam sekatan yang diketuai oleh AS ke atas bantuan kewangan untuk Palestin.

“Kami menyuarakan bantahan kami terhadap AS dan Eropah. Mereka mestilah menarik balik sekatan itu kerana beribu-ribu penduduk Palestin kini diancam kebuluran,” kata Presiden PKS, Tifatul Sembiring dalam ucapannya pada rapat umum itu di tengah Jakarta.

Dalam pada itu, di Gaza, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan Perdana Menteri Ismail Haniyeh semalam gagal mencapai kata sepakat bagi meredakan krisis kewangan yang mengancam menggagalkan kerajaan Palestin.

Penasihat Mahmoud, Nabil Abu Rdainah berkata pada akhir rundingan empat jam di antara kedua-dua pemimpin Palestin itu bahawa Hamas enggan mengubah dasarnya yang boleh mendorong AS dan Eropah menarik balik bantuan kewangan untuknya.

“Kami kesal kerana masyarakat antarabangsa enggan berurusan dengan kami selagi kerajaan tidak mengubah dasarnya,” katanya.

Mahmoud dan Ismail bertemu buat pertama kali dalam masa sebulan bertujuan untuk cuba menyelesaikan krisis kewangan yang bermula apabila AS dan EU membekukan bantuan kewangan kepada Pihak Berkuasa Palestin sebagai membantah dasar Hamas terhadap Israel.

PAS boleh menang di N.Sembilan jika ……..

Muktamar Dewan Pemuda PAS N.Sembilan kali ke 21 berjalan dalam suasana yang penuh ceria yang bertempat di Markas PAS Tampin pada hari Ahad 7 Mei 2006 yang lalu.

Majlis perasmian muktamar kali ini telah disempurnakan oleh Ustaz Nik Abduh bin Dato’ Nik Abdul Aziz EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat.

Dalam ucapan perasmiannya Ustaz Nik Abduh banyak memetik pengajaran daripada sirah perjuangan umat-umat yang terdahulu sebagai panduan khususnya kepada ahli pemuda, dimana sejarah kegemilangan dan kebangkitan Islam diterajui oleh barisan pemuda dengan bimbingan daripada golongan tua. Tambah beliau lagi ramai serta kuatnya pengaruh pihak musuh bukanlah faktor utama kekalahan umat Islam masa kini. Ini adalah kerana sejarah telah banyak membuktikan betapa golongan yang sedikitlah yang menewaskan golongan yang ramai.

Justeru itu beliau menyeru kepada pemuda agar menitikberatkan 3 faktor utama yang menentukan kejayaan perjuangan umat Islam iaitu Kekuatan Akidah, Kekuatan Ukhuwwah serta Semangat Jihad yang tinggi. Adalah tidak mustahil untuk PAS menempa kejayaan di Negeri Sembilan ini baik dalam bidang siasah mahu pun bidang politik sekiranya semua ahli khususnya pemuda mempunyai tiga kekuatan yang kukuh tersebut walaupun Negeri Sembilan ini bilangan majoriti umat Islamnya tidaklah setanding dengan Kelantan dan Terengganu.

Terdahulu Ustaz Nik Abduh telah mengadakan ceramah umum di tempat yang sama sehari sebelumnya serta program motivasi dengan bekas-bekas pelajar IPTA di Negeri Sembilan.

Dalam muktamar kali ini Ustaz Hassan Alias Ketua Pemuda PAS N.Sembilan telah melancarkan pendaftaran Unit Amal Gen 2 Negeri Sembilan dimana Majlis Pelancaran Amal Gen 2 Negeri Sembilan akan disempurnakan oleh YB Salehuddin Ayub pada 27 Mei ini sementara Majlis Penganugerahan Khas Amal Gen 2 Negeri Sembilan pula akan disempurnakan oleh YAB Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 29 Mei nanti sempena lawatan sehari beliau ke Negeri Sembilan.

Pada akhir muktamar Us Hassan Alias telah melancarkan Derma Kilat untuk Tabung Pilihanraya Sarawak di mana Negeri Sembilan akan menghantar petugas dari kalangan pemuda dan muslimat untuk membantu jentera pilihanraya PAS di sana.

Motivasi Keluarga Dr Sufian Hashim 14 Mei Seremban

Program Motivasi Buat Ibu Bapa Dalam Membimbing Anak-Anak Ke Arah Mencintai Islam Dan Satu Usaha Pembinaan Keluarga Muslim Yang Cemerlang

AHAD 14 Mei 2006 – 8:30 pagi – 12 tgh
Di SARA Gedong Lalang 162, Ampangan, Seremban

Penceramah (Pakar Motivasi) : Prof Madya Dr Sufyan Hashim
Fellow Kanan Institut Alam dan Tamaddun Melayu (ATMA), UKM

Bayaran : RM 10 seorang (Tiada bayaran bagi anak-anak yang hadir, sila maklumkan bilangan anak yang hadir)

Aktiviti untuuk ank-anak : Peraduan Mewarna dan Pemainan Uji Minda

Untuk Maklumat Lanjut/Pendaftara/Tempahan Gerai sila hubungi :
Urusetia 06-6796258
Shazwan 019-6619156
Us Fuad 019-3941353

5/3/06

AMK NS hantar laporan tatatertib ke Bukit Aman

Sehubungan tindakan ganas dan tidak mengikut prosedur oleh Ketua Polis Daerah Seremban sebelum sidang media dibuat di hadapan Bangunan UMNO Seremban pada 1 Mei 2006 yang lalu, maka Angkatan Muda N.Sembilan akan memfailkan satu laporan tatatertib kepada Bahagian Tatatertib PDRM, Bukit Aman, dan selepas itu satu salinan laporan akan dihantar ke SUHAKAM.

Justeru itu orang ramai dijemput untuk menghadiri sidang media berikut :

Sidang Media "OCPD Seremban ganas dan bertindak luar kuasa kerana ikut arahan pemimpin politik"

Tarikh : Jumaat 5 Mei 2006
Masa : 10.45 pagi
Tempat : Pintu masuk, Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman.
MESRA – CEPAT – BETUL

Pertanyaan Hj Ramlan Ketua AMNS 0122722175

Atau e-mel penerangan_keadilan@yahoo.com

5/1/06

PJ PAS N.Sembilan sertai demo, 4 AMK ditahan polis

Seremban 1 Mei – Demonstrasi aman bagi membantah kenaikan harga minyak sempena Hari Pekerja yang dianjurkan Angkatan Muda Keadilan di hadapan Wisma UMNO Seremban hari ini dicemari dengan penangkapan 4 orang AJK Angkatan Muda Keadilan (AMK) iaitu Cikgu Badrul EXCO AMK Pusat, Sdr Ramlan Ketua Pemuda AMK NS dan 2 orang AJK AMK N.Sembilan.

Setakat berita ini ditulis keempat-empat aktivis masyarakat ini masih lagi ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban. Keempat-empat mereka ini akan dibawa ke mahkamah di Seremban 2 untuk permohonan reman pada jam 9 pagi Selasa 2 Mei.

Turut hadir dalam demonstrasi tersebut ialah Dr Rosly Yaakop Pesuruhjaya PAS N.Sembilan, Hj Mohd Taufek Abd Ghani Timbalan Ketua Pemuda N.Sembilan serta beberapa AJK PAS N.Sembilan juga ahli kumpulan Unit Amal Rembau yang menyertai beberapa demonstrasi aman di ibu negara.

Satu sidang akhbar telah diadakan oleh Dr Rosly Yaakop sebaik sahaja peristiwa penahanan 4 anggota AMK yang telah menarik perhatian wartawan-wartawan tempatan terutamanya wartawan akhbar berbahasa Cina.

Menurut Tn Hj Taufek, Pemuda PAS Negeri Sembilan akan terus menyertai demonstrasi aman sebagai mewakili suara bantahan pekerja berpendapatan rendah yang terjejas akibat kenaikan harga minyak dan harga barangan. Justeru ini beliau menyeru kepada semua ahli untuk hadir di mahkamah Seremban untuk menyatakan sokongan kepada aktivis-aktivis masyarakat yang ditahan. Menurut beliau lagi penangkapan aktivis AMK tersebut akan hanya memperkuatkan lagi bantahan rakyat serta memperkukuhkan lagi ikatan kerjasama pakatan Barisan Alternatif di negeri ini yang telah lama terjalin.