BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT

BONGEK BERSELAWAT

6/30/06

Ceramah AMAN Palestin 9 Julai Seremban

“Ceramah Palestin & Tayangan Multimedia”

Tarikh : 9hb Julai 2006 (Ahad)
Masa : 8 Malam
Tempat : Surau As Salam, Taman Panchor Jaya, Ampangan, Seremban

Penceramah :
Dr Zainur Rashid Zainuddin (Wakil Aman Palestin/Pakar Perubatan)

Hubungi : Ir Omar Kassim 019 6699630 (Imam)

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Hulurkan bantuan kepada rakyat Palestin melalui Aman Palestin Berhad di Akaun Maybank: 562263010787

Kunjungi Laman web Bahasa Melayu isu Palestin di http://palestinkini.info/

Sila rujuk laporan Utusan Malaysia 21 Jun 2006 mengenai kerja-kerja amal dan kemanusiaan yang dianjurkan oleh Aman Palestin
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0621&pub=utusan_malaysia&sec=bicara%5Fagama&pg=ba_01.htm&arc=hive

Dua jam tunggu bas di Kuala Pilah hendak ke Batu Kikir

Saya bagi pihak penduduk yang menaiki bas laluan Kuala Pilah - Batu Kikir - Bahau begitu mengharapkan pihak serta agensi kerajaan yang berkaitan dapat mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh kami (penumpang bas laluan Kuala Pilah - Batu Kikir - Bahau).

Ada kalanya kami terpaksa menunggu sehingga satu jam setengah atau lebih berbanding seperti yang di janjikan sebelum ini iaitu 15 hingga 20 minit sahaja.

Ada ketikanya pula kami terpaksa berehat semasa dalam perjalanan kerana bas yang dinaiki mengalami kerosakan.

Justeru itu kami ingin mencadangkan untuk mengatasi masalah ini agar tindakan segera diambil antaranya :
1. Agensi kerajaan yang berkaitan membuat pemantauan berterusan terutama sekali mengenal pasti keadaan bas yang uzur dan sentiasa rosak, pemerhatian kami banyak bas yang rosak daripada bas yang boleh beroperasi.
2. Menimbang permohonan syarikat lain sekiranya ada untuk beroperasi di laluan ini untuk mewujudkan persaingan yang sihat , justeru akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pengguna.
3. Membuat penilaian sekiranya laluan ini tidak kompetitif, kerajaan seharusnya memberikan bantuan, inisiatif, insentif serta sokongan kepada pengusaha bas sedia ada agar mereka dapat beroperasi mengikut jadual yang ditetapkan.
4. Sekiranya laluan ini tidak kompetitif dan tiada nilai komersial , kerajaan haruslah menyediakan alternatif dengan menyediakan bas-bas milik agensi kerajaan mengikut kesesuaian masa samada dengan mengenakan tambang, menggunakan sistem kupon atau secara percuma sebagai sebahagian daripada khidmat masyarakat.

Kami amat mengharapkan kerajaan yang kami pilih dan sokong dalam pilihan raya yang lalu dapat membantu kami dalam menyelesaikan masalah ini.

Cubalahlah fikirkan pekerja yang berkerja dengan agensi kerajaan mahupun swasta ataupun yang bekerja sendiri sentiasa lewat memulakan tugas mereka. Bukankah ini akan merugikan semua pihak akhirnya , dimana nilai produktiviti negeri ini secara keseluruhannya akan merosot dan akhirnya merugikan bukan sahaja rakyat malah kerajaan sendiri.

Abdul Rahim, Jempol, NS

PAS kecam Zionis Israel, minta ahli Solat Hajat

Oleh Saidatul Amami KUALA LUMPUR, 29 Jun (Hrkh) - PAS membantah keras kekejaman rejim Zionis Israel yang sedang secara rakus menceroboh bumi Gaza di Palestin tanpa sebarang sifat kemanusiaan serta menangkap beberapa menteri kanan dan ahli-ahli Parlimen kerajaan Hamas.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, berkata insiden ini jelas menunjukkan kebiadapan rejim Zionis Israel yang tidak langsung menghormati undang-undang antarabangsa serta kedaulatan sebuah negara walaupun mendapat bantahan dan kecaman dari pelbagai pihak.

Kepada ahli PAS di semua peringkat serta umat Islam seluruhnya, beliau meminta mereka bersama-sama mengadakan solat hajat, berdoa serta bermunajat memohon pertolongan Allah SWT agar memberi kekuatan serta melindungi umat Islam di bumi suci Palestin yang terus dilanda ujian yang besar akibat tindakan biadap dan jahat rejim Zionis Israel.

Berikut adalah kenyataan media Presiden PAS

PAS membantah keras kekejaman rejim Zionis Israel yang sedang secara rakus menceroboh bumi Gaza di Palestin tanpa sebarang sifat kemanusiaan serta menangkap beberapa menteri kanan dan ahli-ahli Parlimen kerajaan Hamas.

Insiden ini jelas menunjukkan kebiadapan rejim Zionis Israel yang tidak langsung menghormati undang-undang antarabangsa serta kedaulatan sebuah negara walaupun mendapat bantahan dan kecaman dari pelbagai pihak.

Keangkuhan rejim Zionis ini dapat dilihat dengan jelas apabila mereka memberi alasan menceroboh Gaza bagi menyelamatkan seorang tentera Yahudi yang telah ditawan oleh pejuang-pejuang Palesatin sedangkan mereka telah membunuh ribuan pemuda-pemuda, ibu-ibu serta anak-anak kecil Palestin tanpa sebarang rasa belas kasihan.

PAS melahirkan rasa dukacita terhadap kebanyakan negara-negara Islam dan komitmen sebenar mereka yang tidak lagi mampu memberi pembelaan kepada saudara-saudara mereka di bumi suci Palestin.

Begitu juga dengan kelemahan ketara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Liga Arab yang sepatutnya menjadi benteng penyelamat kepada umat Islam yang teraniya akibat kekejaman rejim Zionis Israel ini.

PAS ingin menyeru kepada semua negara-negara Islam, OIC, Liga Arab, PBB serta masyarakat antarabangsa agar dapat kembali memainkan peranan mereka bagi membantah sikap biadap rejim Zionis yang telah bertindak melampaui batas-batas kemanusiaan dengan menceroboh serta terus menerus membunuh umat Islam Palestin dengan kejam dan zalim.

PAS menegaskan bahawa ancaman besar kepada keamanan dunia sekarang ialah kuasa besar Amerika Syarikat dan sekutunya yang lantang bercakap membela keadilan dan demokrasi tetapi pada masa yang sama mereka juga menjadi pelindung kepada setiap tindakan kejam rejim Zionis Israel di bumi Palestin walaupun ia bertentangan dengan undang-undang antarabangsa serta boleh menggugat keamanan dunia.

Akhirnya kami menyeru setiap ahli PAS di semua peringkat serta umat Islam seluruhnya agar bersama-sama mengadakan solat hajat, berdoa serta bermunajat memohon pertolongan Allah SWT agar memberi kekuatan serta melindungi saudara-saudara kita di bumi suci Palestin yang terus dilanda ujian yang besar akibat tindakan biadap dan jahat rejim Zionis Israel.

Pejabat Presiden PAS
Jalan Pahang, Off Jalan Pahang Barat
28 Jun 2006/3 Jamadil Akhir 1427

6/27/06

Ada “Agen-Agen” Yahudi di Seremban

Pada Sabtu 24 Jun 2006, Surau Gedung Lalang 162, Ampangan, Seremban telah mengadakan program ceramah berkenaan isu Palestin selepas solat Maghrib. Salah seorang AJK surau tersebut telah mengadu, banyak poster-poster yang ditampal di Gedung Lalang 162 berkenaan program ceramah tersebut telah dikoyakkan.

Ceramah tersebut adalah berkaitan isu kemanusiaan di Palestin, tidak berkaitan langsung isu politik. Ianya di sampaikan oleh Dr Zainurrashid daripada Aman Palestin, sebuah persatuan kemanusiaan yang membantu mangsa-mangsa perang dan mangsa bencana alama. Ianya adalah satu persatuan yang sah dan penasihat kepada Aman Palestin pula ialah Tun Abdul Rahman Yaacob, bekas Ketua Menteri Sarawak. Malah Utusan Malaysia 21 Jun 2006 telah menyiarkan artikel khusus mengenai perjalanan Aman Palestin (sila rujuk http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0621&pub=utusan_malaysia&sec=bicara%5Fagama&pg=ba_01.htm&arc=hive)

Mengapa ada rakyat Malaysia yang sanggup mensabotaj usaha-usaha kemanusiaan membantu rakyat Palestin, dikala hari-hari dalam akhbar kita diberitakan tentera rejim Zionis menyerang orang awam di Palestin ? Lebih teruk lagi yang melakukan sabotaj ini ialah orang Islam sendiri , kerana kawasan Gedung Lalang 162 adalah majoriti penduduk Melayu beragama Islam. Apakah mereka yang melakukan sabotaj ini “agen-agen” Yahudi yang tidak bertauliah?

Apakah masyarakat Melayu tidak sensitif lagi akan isu-isu kemanusiaan sebaliknya begitu sensitif sekiranya artis-artis pujaan mereka berkahwin, bercerai, tidak jadi berkahwin, merisik, masuk meminang dan sebagainya ?

6/26/06

Sepetang bersama Y Bhg Mohd Sabu 8 Jul Seremban

Sepetang bersama Y Bhg Mohd Sabu 8 Jul Seremban
Mari Kita Minum Petang bersama Yg Bhg Tn Hj Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS

SABTU 8 Julai 2006
JAM 2.45 petang
Bertempat di PASTI Al Hikmah, Taman Tuanku Jaafar Seremban
(kalau dari Jalan Seremban-Tampin, masuk ke susur Taman Tuanku Jaafar akan lalu Masjid Taman Tuanku Jaafar sebelah kanan, pada persimpangan lampu isyarat pertama belok kanan, terus sahaja dalam 200-300 m , PASTI Al Hikmah simpang ke kiri)

Kupon untuk minum petang cuma RM 5 sahaja. Jamuan satay sementara stok masih ada

Dapatkan jawapan dan ulasan isu terkini adakah Tun Mahathir akan keluar dari UMNO ? Adakah Tun Mahathir akan mengetuai pembangkang ? Adakah PAS sedang mengadakan usaha mempertemukan Mahathir-Anwar-Tengku Razaleih dan banyak lagi.

Maklumat lanjut hubungi Pengarah Program Minum petang
Sdr Hassan Tamby 019-3671045
Hj Taufek 019-6576540
Pejabat BPPNS 06-7637450

Tempat amat terhad. Mereka yang ada kupon sahaja yang akan dibenarkan masuk.

Wartawan dari setiap wakil media dan polis dari setiap cawangan PDRM akan diberi satu kupon percuma dengan syarat perlu maklum kepada urusetia terlebih dahulu.

Ceramah Bahaya Islam Liberal 2 Jul Masjid BB Senawang

Adalah dimaklumkan Ceramah berikut yang pada asalnya dijadual pada 30 Jun ditunda ke 2 Julai 2006.

Ceramah : “Bahaya Islam Liberal dan Fahaman Pluralisma – Kenapa Keputusan Muzakarah Ulamak/Mufti Perlu Disokong?”

Penceramah : Yg Bhg Ustaz Haji Wan Azhar bin Wan Ahmad, Sek Keb Sg Sampo, Jempol, NS ( Bekas Presiden Kesatuan Guru Agama Sabah )

Termpat : Masjid Bandar Baru Senawang

Tarikh : AHAD 2 Julai

Masa : 7:30 mlm (Selepas Solat Maghrib)

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

6/23/06

Ceramah AMAN Palestin , Dr Zainur 24 Jun Seremban

Ceramah Isu Semasa Palestin
Oleh Dr Zainurrashid dari AMAN Palestin

SABTU 24 Jun 2006
Selepas Maghrib

Di Surau Gedung Lalang 162, Ampangan, Seremban

Maklumat lanjut hubungi : Tn Haji Hashinordin 016-3684279

6/22/06

Ceramah YB Salahudin Ayub 26 Jun Ampangan

CERAMAH UMUM
YB. SALAHUDDIN AYUB
(Ketua DPP Pusat)

TARIKH/MASA
26/6/2006 (ISNIN) / 9:00 Malam

TEMPAT
PASTI AL-WILDAN, Taman Setia Jaya, Ampangan, Seremban
(Bersebelahan Masjid Jame' Ampangan)

SEMUA DI JEMPUT HADIR

6/21/06

ReOpen 911 versi Malaysia : ReOpen Sauk/KMM

Buletin TV3 sekarang ini membongkar pembohongan besar Amerika mengenai serangan ke atas World Trade Centre, New York Tragedi 911 yang didalangi oleh pimpinan tertinggi Amerika dan Israel dengan penglibatan CIA dan Mossad (agen perisikan Israel).

Akibatnya Afghanistan dan Iraq diserang. Orang awam jadi mangsa atas nama memerangi “pengganas hantu” ciptaan Amerika dan “senjata hantu WMD” ciptaan Amerika.

Sebelum ini ramai rakyat Malaysia percaya 911 adalah angkara Osama bin Laden dan Al Qaeda. Tetapi media memainkan peranan, iaitu TV3, untuk “turnover” pusingkan pemikiran rakyat. Begitulah hebatnya media sekarang ini boleh mempengaruhi kepercayaan mereka yang melihatnya.

Tragedi 911, WMD telah dibuktikan oleh TV3 dalam segmen Reopen 911 sebagai pembohongan besar Bush. Jika 911, WMD adalah satu pembohongan apa yang Amerika paparkan sebelum ini, barangkali semua pembohongan belaka ? Wjudkah Osama bin Laden sebagai bapa pengganas ? Wujudkah Al Qaeda sebagai pertubuhan pengganas ?

Di Malaysia apa kurangnya. Tidak mustahil Amerikalah yang memberi maklumat wujudnya KMM (Kumpulan Militan Malaysia) yang berkaitan dengan peristiwa curi senjata di Sauk ? Tidak mustahil jugalah Amerika yang memberi nama Nik Adli Dato Nik Abd Aziz (anak Menteri Besar Kelantan) untuk ditangkap dan ditahan tanpa bicara dibawah ISA selama lebih 4 tahun berkaitan KMM ?

Apakah wartawan di Malaysia ini , atau individu tertentu di Malaysia ini seberani rakyat Amerika yang membongkar pembohongan kerajaan mereka sendiri ? Apakah wartawan TV3, NTV7, RTM seberani rakyat Amerika ?

Kilang di Perak larang org Islam sembahyang

http://www.umno-reform.com/urnews1/weko_timber.htm
J/K Khas Pekerja Ditindas MWTISB,
MAJU WEKO TIMBER INDUSTRIES SDN BHD,
Kawasan Perindustrian Gerik,
33300 Gerik, Perak Darul Ridzuan.
email : angkatanmahasiswamelayunasional@yahoo.com.my

­­
Pengarah
Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perak,
No2A3, 2A4 & 2C1, Tingkat 2,
Block A, Bangunan Gunasama Persekutuan,
30430 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. 19 JUN 2006

Tuan,

ADUAN PENCABULAN HAK ASASI PEKERJA DAN PERLANGGARAN AKTA KERJA 1955 OLEH SYARIKAT MAJU WEKO TIMBER INDUSTRIES SDN BHD, GERIK DAN GANGGUAN SEKSUAL/GEJALA SOSIAL MEMBABITKAN PEKERJA ASING.

Berhubung perkara di atas, saya mewakili kelompok pekerja tertindas memohon agar pihak tuan dapat mengambil tindakan keras diatas kezaliman dan perlanggaran hak-hak pekerja yang telah dilakukan oleh pihak pengurusan MAJU WEKO TIMBER INDUSRIES SDN BHD, KAWASAN PERINDUSTRIAN GERIK, 33300 GERIK, PERAK DARUL RIDZUAN. Pihak kami telahpun berbincang dengan pihak pengurusan tetapi jawapan yang kami terima amatlah mengecewakan. Kami terpaksa memohon kerjasama pihak tuan untuk membantu kami.

2. Berikut kami senaraikan kezaliman dan perlanggaran hak-hak sekerja yang dilakukan oleh pihak pengurusan MAJU WEKO TIMBER INDUSTRIES SDN BHD :

a) Tidak membenarkan pekerja yang beragama Islam bersembahyang.

Alasan yang diberikan oleh pihak pengurusan :
Mereka menyatakan ini akan menyebabkan proses pengeluaran terganggu.

Alasan yang kami berikan:
Alasan ini amat tidak munasabah ini adalah kerana terdapat ramai pekerja dalam syarikat ini. Dengan ini pekerja-pekerja boleh secara bergilir-gilir menunaikan sembahyang. Kami percaya isu proses pengeluaran terganggu adalah alasan yang langsung tidak boleh diterima.Ini menafikan hak pekerja-pekerja tempatan yang majoritinya beragama Islam. Perkara yang amat dikesalkan dimana pihak pengurusan ‘menyediakan’ surau tetapi tidak membenarkan ia digunakan mengikut waktu yang ditetapkan syarak.

Kesan kepada kami :
Terdapat pekerja-pekerja yang merungut dan membantah, mereka dikenakan surat amaran dan ugutan pemecatan. Ini adalah satu perkara yang amat mengecewakan.


B) KES GANGGUAN SEKSUAL YANG MELAMPAU OLEH PEKERJA ASING

Isu yang timbul
Majikan membiarkan percampuran bebas antara pekerja lelaki Myanmar dan Nepal dengan pekerja-pekerja tempatan wanita melayu/india. Sehinggakan berlakunya kes-kes gangguan seksual yang melampau.

Alasan yang kami berikan:
Pengawal keselamatan dan pihak pengurusan didapati tidak amanah dan tidak menjalankan tanggungjawab dengan sewajarnya.

Kesan kepada kami:
Kebanyakkan pekerja wanita mengalami trauma, tekanan dan gangguan berikutan gangguan yang dilakukan oleh pekerja asing yang amat melampau. Walaubagaimanapun berikutan rasa takut, kebanyakkan pekerja wanita memendamkan dan menutup kes ini. Ini menyebabkan kes-kes dan kejadian gangguan seksual ini semakin melampau-lampau lebih-lebih lagi melibatkan pekerja asing. Terdapat juga aduan dimana pekerja asing seringkali mengganggu, menggoda dan mengusik dengan cara keterlaluan terhadap pekerja wanita tempatan melayu/india.

C) KES MAKSIAT MELAMPAU OLEH PEKERJA ASING DAN WANITA TEMPATAN

Isu yang timbul
Majikan tidak mengambil tindakan sedangkan masalah ini amat kritikal. Sebagai bukti pihak tuan boleh datang sendiri ke kawasan kilang. Pada waktu rehat 12.00 tengahari hingga 1.00 petang. Tempat-tempat yang sering dijadikan tempat bercengkarama ialah di kantin, kawasan kilang, belakang kayu dan sebagainya. Pada waktu ini berbagai-bagai gelagat pekerja wanita melayu/india tempatan bersama pekerja asing, berpegangan tangan dan bermacam-macam perilaku tidak senonoh yang dilakukan.

Alasan yang kami berikan
Pengawal keselamatan juga turut terlibat dalam gejala ini secara langsung/tidak langsung ini amat menyukarkan keadaan dan proses pencegahan.

Kesan kepada kami
Kes-kes ini kebiasaan dan akhirnya menyebabkan bermulanya kes-kes hubungan sulit sesama mereka (termasuk kes curang atau kayu tiga, dimana pekerja wanita menjalinkan hubungan sulit/seks bersama warga asing). Ini menyebabkan pekerja-pekerja yang sedar dan insaf berasa jijik dan kotor melihat gelagat yang tidak senonoh yang dilakukan oleh mereka.

Ini juga menyebabkan kes-kes ini menjadi tradisi dan semakin diwarisi oleh pekerja-pekerja baru terutamanya pekerja wanita tempatan. Perkara yang lebih menyedihkan ia juga melibatkan wanita tempatan melayu/India yang telahpun berkahwin dan terdapat juga yang terdiri dari golongan wanita yang menjangkau usia 50-an.


D) KES MAJIKAN MENGUNCI TANDAS KETIKA WAKTU BEKERJA

Isu yang timbul
Majikan bertindak tidak wajar dimana, bertindak mengunci tandas ketika sesi bekerja. Tandas hanya dibuka pada jam 9.00pagi hingga 10.30pagi, 12.00tengahari hingga 1.00petang dan 3.00petang hingga 4petang. Selepas jam 4petang tandas dikunci sehingga malam. Sedangkan shif bermula 7.30pagi hingga 9.00malam.

Alasan yang kami berikan.
Dengan penguatkuasaan waktu khas untuk ke tandas gejala ponteng semakin menjadi-jadi, dimana dalam satu waktu penuh orang akan mengerumuni tandas dan terpaksa beratur panjang. Tindakan ini bukan sahaja zalim tapi amat bodoh, ia cuma akan menjejaskan produktiviti pengeluaran syarikat disamping menurunkan prestasi pekerja.

Kesan kepada kami:
Seandainya kami datang kerja tepat jam 7.00pagi, dan pada waktu yang sama kami terasa ingin membuang air, kami terpaksa tunggu sehingga jam 9.00pagi. Cuba bayangkan 2jam kami semua terpaksa menahan air kecil ataupun air besar? Ada diantara kami yang terpaksa melepaskan hajat kami dibelakang kayu dan belakang bangunan termasuklah pekerja wanita melayu/India. Ini juga amat menyulitkan keadaan pekerja wanita terutamanya ketika mereka uzur. Pihak kami telah mengadu kepada pihak pengurusan tetapi mereka mengugut untuk memecat dan memberi amaran keras.

3. Semoga pihak Tuan atau Tuan sendiri atau wakil turut sama turun padang untuk membantu menyelesaikan masalah ini. Kami juga harapkan pihak tuan mengadakan tinjauan atau lawatan mengejut setiap bulan atau setiap minggu atau lebihkerap (dalam waktu 12.00tengahari hingga 1petang/waktu rehat) ke kilang kami. Ini bagi mendapatkan bukti kukuh tentang wujudnya gejala ini(maksiat). Kami juga mencadangkan pihak Tuan mengadakan siasatan tanpa melibatkan pihak pengurusan ini kerana pihak pengurusan sentiasa menafikan kebenaran semua kes-kes ini, sebaliknya kami mencadangkan siasatan terhadap pekerja bawahan dan kami sentiasa beri kerjasama sepenuhnya.

4. Akhir kata dari kami, kami mohon pihak tuan dapat menggunakan kebijaksanaan dan kuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap kezaliman dan kepincangan yang dilakukan oleh syarikat ini demi untuk menyelamatkan dan membantu pekerja-pekerja yang tertindas. Kerjasama pihak tuan amatlah kami alu-alukan dan kami ucapkan jutaan penghargaan.

Sekian, terima kasih.

Yang memegang dan menjalankan amanah pekerja


(MUHAMMAD FARREL NURALAM)
Wakil Setiausaha Eksekutif,
J/K Khas Pekerja Ditindas MWTISB


ANGKATAN MAHASISWA MELAYU NASIONAL
memperkasa idealisma

6/20/06

Akhbar Kristian diedar percuma di KLCC kpd org Islam

Surat khas: Akhbar Kristian guna nama Allah
Oleh Abdullah Abdul Rahman Saudara Pengarang,
Tuan, saya seorang petugas di Menara Petronas, KLCC. Hari ini (20 Mei) saya menerima senaskhah akhbar HERALD The Catholic Weekly bertarikh 21 Mei yang diedarkan secara percuma, tetapi di akhbar itu dinyatakan harganya RM1.00. Akhbar ini mempunyai KDN - PP 8460/12/2006, ISSN: 1394-3294.

Apa yang memusykilkan saya, mengapa akhbar ini diedarkan secara bebas. Selain berbahasa Inggeris, di dalam terdapat seksyen bahasa Melayu, Cina dan Tamil. Apa yang memeranjatkan saya, ada artikel dalam bahasa Melayu yang menggunakan nama Allah secara bebas. Saya bimbang anak-anak muda akan mudah terpengaruh dengan propaganda ini.

Turut menulis dalam akhbar ini pada keluaran ini ialah Marina Mahathir. Beliau menulis mengenai orang Islam yang 'akan mengamuk' jika ada pihak cuba membuat karya mempertikai Islam seperti buku dan filem Da Vinci Code yang mempersoal ajaran Kristian.

Tajuk tulisannya, The Followers, dengan satu gambar kumpulan orang membantah sesuatu dengan caption: "If anyone tried to write a similar thriller based around Islam, they'd be hounded and pilloried and threatened with death, thousands would riot in protest and people who would never have been able to read the book either because they are illiterate or can't afford it would have died."

Bersama-sama ini saya sertakan sebuah rencana di seksyen bahasa Melayu (muka surat 23, ada tiga muka surat dalam bahasa Melayu) untuk rujukan semua.

"Kasih Allah; Tidak membeza-bezakan"

Renungan Hari Minggu
Minggu Paskah VI
Bacaan I: Kis 10:25-26, 34-35, 44-48
Bacaan II: 1 Yoh 4: 7-10 Injil: Yoh 15:9-17

Katerina memang luar biasa. Cuba bayangkan. Dia tabah dan sabar menghadapi tabiat dan perangai anak perempuannya.

Nama anak perempuannya itu ialah Janet dia berperangai aneh, dan ganjil bin ajaib, tidak sewajarnya sebagai anak gadis. Apalagi sebagai puteri dari Katerina, anggota Kerasulan Wanita Katolik yang terkenal aktif. Cara hidup Janet benar menghina nama baik namanya.

Janet suka berpakaian yang aneh-aneh. Baginya berpakaian di tempat umum dan di rumah itu sama saja. Cara berpakaian menjadi sumber pertengkaran di antara dia dan mamanya. "Mamanya terlalu kuno, tidak ikut perkembangan zaman," kata Janet setiap kali bertengkar.

Katerina selalu mencuba menyakinkan Janet dengan suara yang lemah lembut. Tetapi sia-sia belaka. Setiap kali diberi nasihat Janet membunyikan radio atau CD dengan suara yang kuat. Dan suara mamanya tenggelam dalam bunyi muzik.

Itu baru soal pakaian. Pergaulan Janet dengan lelaki lebih teruk lagi. Janet sering berganti-ganti teman lelaki. Sering keluar rumah dengan lelaki yang berlainan. Sudah menjadi kebiasaan Janet untuk berteriak memanggil nama lelaki yang dikenalnya apabila melintas di jalan. Kalau sudah begitu, mamanya lari ke dalam bilik menyembunyikan rasa malu.

"Ke manakah nak kusimpan mukaku ini," dan ia sering menjadi pertanyaan Katerina kepada Janet. Tanpa sopan Janet menjawab, "Biarkan di kepala."

Janet memang tidak asing lagi sebagai seorang yang rajin ke gereja pada hari minggu. Hanya yang menjadi persoalan ialah caranya berpakaian. Banyak umat lain yang terganggu kerana melihat cara Janet berpakaian yang tidak sesuai dengan pakaian untuk masuk ke rumah Allah. Hampir telanjang!

Itulah Janet yang selayaknya dibenci oleh mamanya Katerina, kerana memalukan dan mencemarkan nama keluarga. Tetapi Katerina selalu berkata, "tidak apa, biarlah dia begitu, dia tetap anak saya. Saya tetap mencintainya." Kalau saja Katerina berkata; "saya membenci Janet, biar dia itu anak saya," orang tidak mempermasalahkannya. Ada ramai orang berbuat begitu. Orang hanya mencintai orang yang baik dan balik membencinya kalau dia berubah menjadi jahat. Contoh tentang hal itu terlalu banyak. Tetapi sangat sedikit orang yang bersikap seperti Katerina.

Bagi orang Kristian, ajaran Cinta Kasih yang ditegaskan Yesus sudah bukan barang dan hal baru. Bahkan rumusannya seperti tertulis dalam Injil sudah dihafalkan. Hanya dalam Injil Yohanes, ajaran Cinta Kasih diberi dasar yang lain "supaya
kamu saling mencintai seperti Aku telah mengasihi kamu." Pertanyaan kita ialah bagaimana Yesus mencintai kita?

Seperti Aku mencintai kamu, bukan kerana kamu baik, suci, dan tidak berdosa. Kalau Tuhan mencintai kita tunggu sampai kita baik dan benar maka manusia tidak
bakal menikmati cinta Tuhan.

Cinta Tuhan memamng lain. Biar pun manusia berdosa Tuhan tidak berubah jestru tindakan penebusan ada kaitannya dengan dosa manusia dan cinta Tuhan. Jestru di mana ada dosa di sana cinta Tuhan semakin tampak.

Dengan tetap mencinta Janet, Katerina sudah mewujudkan kata-kata Tuhan. Seperti Aku mencintai kamu. Janet tetap dicintai walapun dia berlaku aneh dan
mengundang emosi.

Memang mencintai orang atau selama orang itu baik lebih mudah daripada mencintai orang yang tidak baik. Apalagi kalau kejahatan seseorang langsung merugikan kita.

Ada orang tua yang secara tegas mengatakan putus hubungan dengan anaknya kerana anaknya begitu dan begitu. Atau sebaliknya. Ada anak yang bersumpah tidak mahu berbaik dengan orang tuanya kerana sesuatu hal tertentu.

Ada pemimpin di pejabat yang membenci orang bawahan kerana dia jahat. Nasibnya, pengkatnya tidak pernah diperhatikan. Ada guru atau pensyarah yang membenci murid atau mahasiswa/winya. Keputusan peperiksaan mereka selalu rendah bahkan sehingga mereka gagal.

Allah adalah kasih, dan setiap orang yang mengaku diri mengenal Allah dan menjadi milik-Nya hanya terbukti kalau hidupnya memancarkan penghayatan cinta kasih. Sebaliknya, segala hal yang kita lakukan, yang bertentangan dengan penghayatan cinta kasih, tidak berasal dari Allah. Kerana itu, tinggal dalam kasih Allah menjadi usaha pertama yang perlu diperjuangkan. Selanjutnya, kasih Allah yang sudah kita rasakan akan menggerakkan diri kita untuk mencintai sesama.

Itulah tugas perutusan kita; menjadi nabi cinta kasih sayang di zaman ini. Melalui tugas perutusan tersebut, kita turut serta dalam karya Allah, yakni menanamkan cinta kasih Allah dalam hati setiap orang dalam masyarakat di mana pun kita berada.

Seperti Roh Kudus juga dicurahkan Allah kepada setiap orang dari bangsa mana pun yang takut akan Dia dan yang berkenan kepada-Nya kerana mengamalkan kebenaran Allah; demikian cinta kasih Allah diharapkan dapat dirasakan oleh semakin ramai orang di dunia ini.

Kita adalah duta-duta kasih. Marilah kita berusaha bersama agar cinta kasih menjadi menjadi suasana yang boleh dinikmati oleh semua orang di dunia ini; suasana kasih yang memberikan kehidupan dan kesegaran. Yesus minta supaya kita saling mencintai seperti Aku mencintai kamu. Manusia berbuat sebaliknya; seperti kamu mencintai aku. Amin - Paderi Valentine Gompok, OFM Cap

Akhirnya, bagi pengetahuan semua akhbar ini diterbitkan oleh 'The Archbishop of Kuala Lumpur' bagi pihak 'The Bishops of Penisular Malaysia, yang beralamat di Petaling Jaya. - Abdullah Abdul Rahman, KLCC.

http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=2777&Itemid=1

6/19/06

Ceramah Bahaya Islam Liberal 30 Jun Seremban

Ceramah Bahaya Islam Liberal 30 Jun Seremban
CERAMAH AGAMA
Tajuk : “Bahaya Islam Liberal dan Fahaman Pluralisma – Kenapa Kita Harus Menyokong Mufti-Mufti di Malaysia ?”

Penceramah : Ustaz Hj Wan Azhar bin Wan Ahmad – Sek Keb Sg Sampo, Jempol, NS

Tarikh : JUMAAT 30 Jun 2006
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Anjuran : Masjid Bandar Baru Senawang

Unit Amal Rembau Naib Johan Futsal AMK

Tiada siapa menduga Pemuda Rembau boleh pergi jauh hingga ke peringkat akhir Kejohanan Futsal anjuran Angkatan Muda Keadilan yang diadakan di Seremban pada 18 Jun yang lalu. Pemuda PAS Rembau menghantar 2 pasukan, pasukan bimbingan Izam team Petrol Naik 30 sen dan pasukan bimbingan Hirwan team Eletrik Naik 12%. Izam dan Hirwan Pemuda Rembau yang berkampung di Pengkalan Pasir bersama petugas NS yang lain semasa pilihanraya kecil 2005. Petrol Naik 30 sen hanya berjaya sampai suku akhir tewas kepada Bertam FC dari Melaka 0-3. Elektrik Naik 12 % berjaya ke perlawanan akhir tewas juga kepada Bertam FC , 2-5. Bertam FC pasukan yang digeruni oleh semua pihak sering menjadi juara futsal peringkat negeri seluruh Malaysia. Sebanyak 40 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.

Pemuda Rembau mempunyai semangat juang yang tinggi. Walaupun tanpa pemain simpanan mereka berjaya ke perlawanan akhir. Malah kumpulan pemuda ini jugalah yang berdemo ke sana ke mari dalam isu kartun penghinaan keatas Nabi saw, demo harga minyak naik, dan menjadi petugas ceramah-ceramah umum.

Pemuda Rembau mengharapkan lebih ramai lagi pihak yang akan menaja Pemuda Rembau dalam kejohanan-kejohanan akan datang serta membentuk beberapa pasukan-pasukan pelapis.

6/18/06

Gerakan Menyokong Mufti-Mufti Malaysia

BAHAYA ISLAM LIBERAL & FAHAMAN PLURALISMA

Kenapa Islam Liberal Bahaya ? Liberal bermakna bebas. Islam Liberal bermakna umat Islam bebas melakukan apa sahaja kerana setiap orang menanggung dosa mereka sendiri, hatta mereka bebas untuk keluar daripada Islam.

Kenapa Fahaman Pluralisma Bahaya ? Pluralisma bermaksud majmuk. Fahaman Pluralisma ialah fahaman yang mempercayai semua agama dalam dunia ini sama sahaja. Agama Kristian, Islam, Buddha, Hindhu dan sebagainya semuanya sama sahaja kerana ianya menyeru kepada kebaikan. Justeru itu mereka percaya perayaan agama-agama di dunia ini sama sahaja, ke arah perpaduan. Mereka juga percaya masjid, gereja, kuil dan rumah ibadah agama lain boleh didirikan dalam satu dewan yang sama.

APA TINDAKAN KITA ? Menyokong penuh mufti-mufti di Malaysia dan berdiri teguh di belakang mereka , serta memberi kesedaran kepada umat Islam di Malaysia supaya merujuk perkara ini kepada mufti-mufti.

Ceramah TRIO- Md Sabu, Us Ahmad Awg, Dr Rosli 1 JUL NS

ciCERAMAH PERDANA
Mengulas Isu-Isu Semasa

Bersama :
Tn Hj Mohamad Sabu – Naib Presiden PAS Pusat
Us Hj Ahmad Awang – Ketua Penerangan PAS Pusat
Dr Rosli Yaakop – Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan

SABTU 1 Julai 2006 - JAM 9 Malam

Di Markas PAS Cawangan Ampangan, Seremban
(Sebelah Surau Hitam)

Semua DiJemput Hadir - Sila Sebarkan Maklumat Ini

Tiada lagi troli arak di Giant Senawang

Alhamdulillah , 17 Jun 2006, diperhatikan tiada lagi kelihatan troli yang mengiklankan arak jenama carlsberg di Pasaraya Giant Senawang. Semuanya ini dengan izin Allah, setelah usaha gigih umat Islam setempat yang membantah pengiklanan arak pada troli-troli. Antara usaha-usaha yang dilakukan oleh umat Islam di sini ialah menyebarkan secara meluas risalah-risalah yang menggesa umat Islam yang membeli belah di pasaraya tersebut agar tidak menggunakan troli yang mengiklan arak secara langsung atau secara tidak langsung. Risalah-risalah ini diedarkan di masjid-masjid, surau-surau, stesen minyak dan kepada pengguna Islam di pasaraya tersebut. Disamping itu rasa ketidakpuasan hati pengguna Islam juga disuarakan melalui e-mel kepada pihak pengurusan pasaraya Giant, melalui laman-laman web, melalui akhbar.

Sekiranya umat Islam di seluruh Malaysia ini mengambil tindakan pro aktif untuk mengatasi isu sensitiviti umat Islam, dengan izin Allah , Allah akan membantu kita semua. Seluruh umat Islam setempat haruslah bangkit menyuarakan pandangan mereka, tanpa mengharapkan semata-mata kepada pihak tertentu sahaja seperti pihak jawatankuasa masjid, pihak Jabatan Agama Islam dan sebagainya untuk bertindak.

Setelah semua usaha ini dilaksanakan barulah diadakan solat hajat dan bermunajjat kepada Allah SWT, agar kesucian umat Islam di Malaysia ini terpelihara.

Justeru itu semua umat Islam di Malaysia sekarang ini harus bangkit membela agama Islam tanpa menyerahkan tugas ini kepada golongan tertentu sahaja.

Jika tidak kita , siapa ? Jika tidak sekarang, bila ? Jika bukan di sini, di mana ?
If not us , who ? If not now, when ? If not here , where ?

ALLAHU AKBAR ! ALLAHU AKBAR ! ALLAHU AKBAR !

Akhirnya tapak pelupusan sampah Chembong ditutup !

Alhamdulillah, akhirnya tapak pelupusan sampah di Chembong, Rembau , Negeri Sembilan telah ditutup. Semuanya dengan izin Allah hasil usaha beberapa individu di kawasan tersebut yang membuat laporan melalui e-mel kepada Menteri Besar, EXCO, Jabatan Alam Sekitar, TV3 dan sebagainya. Walaupun berita mengenai tapak pelupusan sampah di Chembong ini tidak tersiar dalam akhbar namun dalam masa tidak sampai sebulan setelah e-mel dihantar arahan telah dikeluarkan untuk menutup tapak pelupusan sampah tersebut dan dipindahkan ke Port Dickson.

Tapak pelupusan sampah di Chembong dibawah kelolaan Majlis Daerah Rembau telah digunakan oleh pihak kontraktor Majlis Perbandaran Seremban dan beberapa industri sekitar Negeri Sembilan sejak 2-3 tahun lalu untuk membuang sampah dan lain-lain sisa industri.

Tapak pelupusan sampah yang pada asalnya hanya digunakan oleh Majlis Daerah Rembau ini telah menyebabkan ketidak selesaaan kepada penduduk sekitar, kerana tapak pelupusan sampah ini begitu hampir dengan kawasan kampung, taman perumahan dan jirat Cina , serta jalan utama Seremban – Rembau.

Sekali lagi hasil usaha penduduk setempat yang bangkit melaporkan perkara ini secara terus kepada pihak yang berwajib telah menyelamatkan keadaan di kampung mereka sendiri.

Penduduk setempat haruslah peka akan apa yang berlaku di sekitar mereka dan bangkit melakukan sesuatu tindakan yang pro aktif tanpa mengharapkan semata-mata kepada pihak tertentu untuk membela nasib mereka.

Jika tidak kita , siapa ? Jika tidak sekarang, bila ? Jika bukan di sini, di mana ?
If not us , who ? If not now, when ? If not here , where ?

6/17/06

Lantik saja Astora Jabat jadi Ketua Mufti

Kalau pandangan dan nasihat mufti-mufti di Malaysia ini ditolak mentah-mentah dalam isu berkaitan agama bukannya isu berkaitan politik seperti hukum kongsi raya, hukum konsert jom heboh, isu pengundian SMS, isu tafakkur di Tugu Peringatan Negara dan banyak lagi , maka lebih baiklah lantik Astora Jabat menjadi mufti.

Mufti-mufti dalam resolusi muzakarah ulama peringkat kebangsaan baru-baru ini mengeluarkan resolusi, pandangan, nasihat kepada pemerintah, bukannya memberi arahan.

Tidak bolehkah pemerintah bawa berbincang terlebih dahulu dengan mufti-mufti sebaliknya membiarkan pihak media yang mengapi-apikan isu kepentingan agama Islam di negara kita ?

Kalau Astora Jabat jadi mufti, bolehlah dilantik pula Amina Wadud sebagai imam masjid negara dan Zainah Anwar sebagai hakim ketua mahkamah syariah.

Masihkah golongan agama, ulamak-ulamak, guru-guru pondok di Malaysia ini berdiam diri ?

6/14/06

Mufti sepakat Kongsi Raya menjurus kepada Syirik !

Utusan Malaysia 14 Jun 2006 . Ulama mahu amalan kongsi raya dikaji semula
IPOH 13 Jun - Para ulama yang menghadiri satu muzakarah di sini meminta kerajaan mengkaji semula beberapa amalan seperti perayaan kongsi raya dan rumah terbuka bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan hukum syarak.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Muzakarah Ulama 2006 Datuk Seri Harussani Zakaria berkata kajian semula itu perlu kerana Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah membuat keputusan bahawa meraikan perayaan agama lain merosakkan akidah dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik.

“Perkara ini (keputusan Jawatankuasa Fatwa) bagaimanapun masih dalam bentuk penulisan dan belum lagi diserahkan kepada kerajaan untuk tindakan," katanya pada majlis penutupan muzakarah berkenaan di sini hari ini.

Muzakarah itu turut merumuskan 22 resolusi lain yang akan diserahkan kepada Sultan Perak, kerajaan negeri, kerajaan pusat serta Majlis Raja-raja.

Harussani, yang juga Mufti Perak, berkata antara resolusi yang diluluskan ialah meminta semua Majlis Fatwa negeri menubuhkan jawatankuasa bertindak khusus bagi menangkis sebarang hujah penganut fahaman liberalisme dan pluralisme yang menyerang akidah umat Islam.

Kerajaan juga diminta menubuhkan badan pemantau dianggotai ahli akademik dan ulama bagi menyekat penyebaran fahaman Islam liberal terutama menerusi Internet.

“Saya juga difahamkan pengikut fahaman Islam liberal sedang menunggu resolusi ini supaya mereka dapat merangka strategi baru bagi menyerang balik keputusan ini,” kata Harussani.

Muzakarah itu juga mencadangkan dialog diadakan melibatkan pelbagai pihak termasuk pengikut aliran Islam liberal dan agama lain untuk membetulkan salah tafsiran mengenai agama Islam serta memahami pandangan penganut agama lain.

– Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0614&pub=utusan_malaysia&sec=dalam%5Fnegeri&pg=dn_06.htm&arc=hive

6/13/06

Moh NiSa- Robik 8 Julai di Taman Tasik Seremban

Muslimat serta remaja muslimah semua dijemput bersama menyertai aktiviti riadhah serta senaman NiSa-Robik bersama Nisa’ Negeri Sembilan.

Pada :
Hari : Sabtu
Tarikh: 8 Julai 2006
Masa: 7.00 pagi
Tempat: Taman Tasik - Lake Garden Bandar Seremban

Amalkan gaya hidup sihat dan diredhai.

Penyertaan percuma terbuka kepada semua muslimah dan remaja muslimah.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pn Wani 013-3851202 atau e-mel halwan9@yahoo.com

Usaha masjid, gereja, kuil dll bawah satu bumbung di Malaysia

Mufti Kerajaan Negeri Perak telah memberi amaran agar jangan biarkan fahaman pluralisma bertapak di Malaysia. Apakah fahaman pluralisma ini ? Ianya adalah fahaman sesat yang menyatakan semua agama adalah sama. Ianya adalah usaha antarabangsa untuk mengadakan satu rumah ibadah yang sama dalam satu bumbung sepertimana yang berlaku di Yokyakarta. Pada hari Jumaat ianya sebagai masjid, pada hari Ahad ianya sebagai gereja, pada malam Jumaat ianya menjadi kuil Hindhu. Di Malaysia fahaman pluralisma ini diusahakan oleh Malaysian Interfaith Network (MIN). Laman web berikut yang berpusat di Cambridge, Massachusset, Amerika Syarikat menceritakan segala perancangan antarabangsa untuk menghancurkan kesucian Islam dengan fahaman liberalisma.

http://www.pluralism.org/research/profiles.php#MA One part of the Project's research is the creation of in-depth profiles of individual religious centers. The profiles below, from both Project Affiliate researchers and others, include general information and statistics about the centers, their history, reports of visits, and photographic images.

The Malaysian Interfaith Network (MIN), Malaysia (Interfaith)
Website: www.malaysianinterfaithnetwork.net

According to their website "The Vision of the Malaysian Interfaith Network (MIN) are primarily three issues:
1. To proactively promote DIALOGUE between faith organizations in Malaysia
2. To foster better UNDERSTANDING of common concerns and values and areas of contention.
3. To organize specific ACTIONS, sharing information, service and advocation."

Description
The Malaysian Interfaith Network (MIN) was created on February 15, 2003. It is is an interfaith network whose purpose is to create a more harmonious and peaceful society in the multi-racial and multi-religious Malaysia. MIN consists of 30 participants from various faiths, ranging from Islamic to Buddhist and Hindu groups. All these groups share the same aim which is to promote religious unity in Malaysia. National newspaper agencies such as The Star and The New Straits Times are also active participants in this network. The main agenda behind the creation of MIN is to act as the main platform of communication, initiatives and action for these various organizations.

Membership
The founding members of MIN are associated with the following institutions and organizations:
-Interfaith Spiritual Fellowship (INSAF) as part of the Pure Life Society
-Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, and Sikhism
-Sisters in Islam
-International Islamic University (IIU)
-Council of Churches of Malaysia
-Society of Jesus
-Rosicrucian
-The Theosophical Society (TS)
-Sri Sathya Sai Central Council of Malaysia (SAI)
-The Bahá’í Faith
-Bahá’ís of Penang Island
-Persatuan Brahma Kumaris Raja Yoga
-Altruistic Leadership Institute (ALI)
-The Taiping Peace Initiative (TPI)
-Konrad-Adenauer-Foundation, representative office to Malaysia
-Institut Kajian Dasar (IKD)
-World Alliance for Breastfeeding Action (WABA)
-Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI)
-The New Straits Times
-The Star
-Herald
-Rotary Club, Taiping
Programs and Events

MIN is built around 6 Task Forces:
1. Promotion of Family Values
2. Action against Extremism
3. Formation of Environmental Protection
4. Protection and promotion of Human Rights
5. Promotion of Interfaith Understanding and Harmony of Multifaith Education and Common Values
6. Promotion of Good Governance
Each task force is responsible for organizing programs and events that raise awareness about its work, such as talks and inter-religious dialogue sessions.

Prepared by Rodney Yeoh
Updated on February 1, 2006
http://www.pluralism.org/research/profiles/display.php?profile=74169

6/12/06

UM biar risalah Kristian diedar kepada siswazah Islam

Berita Harian Isnin 12 Jun 2006
Bapa tersentuh edaran risalah agama di UM - SAYA terkejut membaca surat ‘Bapa Prihatin’ pada 8 Jun lalu yang mendedahkan penyebaran risalah Kristian di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya. Hati saya tertanya-tanya, kenapakah perkara sebegini boleh berlaku di universiti perdana yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia? Siapakah bersalah dalam hal ini?

Islam diiktiraf sebagai agama rasmi negara dan termaktub dalam Perlembagaan negara kita. Mana-mana saja kegiatan untuk merendah-rendahkan martabat dan kemuliaan Islam patut dihalang. Islam tidak menyerang agama lain, bahkan Islam membuka pintu perdamaian. Islam menyeru ke arah kesatuan sejagat.

Namun apabila berlaku kejadian ini, maka sepatutnya satu tindakan segera diambil. Universiti juga pada pandangan saya, adalah tempat menyemai perpaduan antara agama. Tetapi kenapa hal ini boleh terjadi?

Saya kecewa apabila hal ini berlaku tanpa disedari. Sampai sekarang saya tertanya-tanya bagaimanakah penyebaran risalah boleh berlaku di gedung ilmu? Apatah lagi pada saat pelajar baru mendaftar dengan semangat berkobar-kobar.

Saya sendiri agak tersentuh apabila masih ramai anak muda tidak mengenal huruf al-Quran, bahkan tidak mampu melafazkan kalimah syahadah. Ada yang tidak pernah bersolat sejak dilahirkan.

Saya terkejut apabila membaca data pembabitan anak muda dalam kegiatan tidak bermoral bahkan bertentangan dengan agama seperti ‘black metal’. Mufti Perak sendiri mendedahkan jumlah orang murtad yang mencecah angkat ratusan ribu.

Ia sangat memeranjatkan. Sepatutnya langkah untuk membendung gejala ini diambil segera mulai sekarang tanpa bertangguh.

Namun, saya mendengar daripada mulut anak rakan saya bahawa gedung ilmu yang kita harap-harapkan dapat melahirkan generasi lebih berwibawa dan komited dengan rancangan kerajaan lebih mengagungkan pesta seni yang langsung tidak membina minda kelas pertama.

Program keagamaan dipencilkan dan sukar untuk mendapat kelulusan. Apa salahnya program keagamaan dan apa baiknya program hiburan? Kita tidak perlukan orang ‘seni’ memimpin negara tetapi kita perlukan pemimpin amanah dan mampu mewakili suara hati rakyat.

Tapi jika begini proses pembentukan anak muda kita, saya rasa sasaran Perdana Menteri untuk membina modal insan hanya mimpi indah pada siang hari. Saya mencadangkan program keagamaan diperbanyakkan di kampus seluruh negara. Ia sangat penting pada perkiraan saya demi membina jati diri mahasiswa Islam yang unggul, selaras dengan keinginan Perdana Menteri kita.

Saya berharap isu penyebaran risalah Kristian di UM diambil perhatian pihak berwajib.

BAPA KESAL,
Teluk Intan, Perak.
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Surat/20060612081124/Article/

UM biar risalah Kristian diedar kepada siswazah Islam

Berita Harian Isnin 12 Jun 2006
Bapa tersentuh edaran risalah agama di UM - SAYA terkejut membaca surat ‘Bapa Prihatin’ pada 8 Jun lalu yang mendedahkan penyebaran risalah Kristian di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya. Hati saya tertanya-tanya, kenapakah perkara sebegini boleh berlaku di universiti perdana yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia? Siapakah bersalah dalam hal ini?

Islam diiktiraf sebagai agama rasmi negara dan termaktub dalam Perlembagaan negara kita. Mana-mana saja kegiatan untuk merendah-rendahkan martabat dan kemuliaan Islam patut dihalang. Islam tidak menyerang agama lain, bahkan Islam membuka pintu perdamaian. Islam menyeru ke arah kesatuan sejagat.

Namun apabila berlaku kejadian ini, maka sepatutnya satu tindakan segera diambil. Universiti juga pada pandangan saya, adalah tempat menyemai perpaduan antara agama. Tetapi kenapa hal ini boleh terjadi?

Saya kecewa apabila hal ini berlaku tanpa disedari. Sampai sekarang saya tertanya-tanya bagaimanakah penyebaran risalah boleh berlaku di gedung ilmu? Apatah lagi pada saat pelajar baru mendaftar dengan semangat berkobar-kobar.

Saya sendiri agak tersentuh apabila masih ramai anak muda tidak mengenal huruf al-Quran, bahkan tidak mampu melafazkan kalimah syahadah. Ada yang tidak pernah bersolat sejak dilahirkan.

Saya terkejut apabila membaca data pembabitan anak muda dalam kegiatan tidak bermoral bahkan bertentangan dengan agama seperti ‘black metal’. Mufti Perak sendiri mendedahkan jumlah orang murtad yang mencecah angkat ratusan ribu.

Ia sangat memeranjatkan. Sepatutnya langkah untuk membendung gejala ini diambil segera mulai sekarang tanpa bertangguh.

Namun, saya mendengar daripada mulut anak rakan saya bahawa gedung ilmu yang kita harap-harapkan dapat melahirkan generasi lebih berwibawa dan komited dengan rancangan kerajaan lebih mengagungkan pesta seni yang langsung tidak membina minda kelas pertama.

Program keagamaan dipencilkan dan sukar untuk mendapat kelulusan. Apa salahnya program keagamaan dan apa baiknya program hiburan? Kita tidak perlukan orang ‘seni’ memimpin negara tetapi kita perlukan pemimpin amanah dan mampu mewakili suara hati rakyat.

Tapi jika begini proses pembentukan anak muda kita, saya rasa sasaran Perdana Menteri untuk membina modal insan hanya mimpi indah pada siang hari. Saya mencadangkan program keagamaan diperbanyakkan di kampus seluruh negara. Ia sangat penting pada perkiraan saya demi membina jati diri mahasiswa Islam yang unggul, selaras dengan keinginan Perdana Menteri kita.

Saya berharap isu penyebaran risalah Kristian di UM diambil perhatian pihak berwajib.

BAPA KESAL,
Teluk Intan, Perak.
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Surat/20060612081124/Article/

Jangan Biarkan Fahaman Liberal Bertapak di Malaysia !

Liberalism And Pluralism Taking Roots In Malaysia

IPOH, June 12 (Bernama) -- Do not let liberalism and pluralism destroy Islamic values, the Mufti of Perak Datuk Seri Harussani Zakaria urged Monday.

He said unfettered liberalism and pluralism could be harmful to Malaysian society in the long run.

He pointed out that discourses on polygamy, faraidh system, the Quran, setting up of inter-faith commission and abolishment of Article 121 (1A) of the Federal Constitution, were getting louder as more Malaysians embraced liberalism and pluralism.

He said Indonesia experienced the same phenomenon some 30 years ago.

"If left unchecked, liberalism and pluralism will be difficult to control," he said when speaking at the Ulamak 2006 Convention, here today.

Experts on the issues who include Assoc Prof Dr Anis Malik Toha from the Islamic International University (UIA) and Adnin Armas from the Institute for the Study of Islamic Thoughts and Civilisation (INSISTS) will present working papers at the two-day convention.

Harussani also proposed that Muslim countries set up a body to monitor the penetration of western thinking and culture.

The convention, held in conjunction with the Sultan of Perak Sultan Azlan Shah's 78th birthday, was officiated by Raja Muda of Perak Dr Raja Nazrin Shah.

The convention was attended by Members of Parliament and State Assemblymen from Perak, Muftis from across Malaysia, religious officials and representatives of non-governmental organisations.

BERNAMA

6/7/06

Jangan guna troli arak Giant Senawang

Perhatian kepada umat Islam khususnya yang membeli belah di Pasaraya Giant Senawang, Negeri Sembilan. Lebih daripada separuh troli-troli di pasaraya ini dihiasi dengan iklan bolasepak piala dunia yang menarik minat semua golongan termasuk orang Islam. Tetapi disebalik iklan yang menarik ini ianya adalah merupakan iklan arak jenama carlsberg. Justeru itu kepada umat Islam yang ingin membeli belah di sini pilihlah troli yang tiada iklan arak.

INGAT ! Jenama arak carlsberg adalah jenama arak yang berasal dari Denmark. Negara yang akhbarnya mengeluarkan kartun yang menghina junjungan kita Nabi Muhammad saw. Sekiranya anda menggunakan troli arak ini anda secara tidak langsung mempromosi arak tersebut.

Sebarkan maklumat ini kepada semua umat Islam di taman perumahan berhampiran, di masjid-masjid berhampiran. Boleh juga diletakkan dalam troli-troli yang mengiklankan arak.

6/5/06

Salib Dan Patung Hindu Dalam Masjid Amalan Biasa di Yogyakarta

BANTUL (Yogyakarta), 4 Jun (Bernama) -- Pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) yang ke sini dalam misi membantu mangsa gempa bumi terkejut bila melihat kewujudan salib dan patung Hindu dalam sebuah masjid ketika hendak menunai solat zohor di sebuah perkampungan dekat sini hari ini.
Seorang anggota pasukan PBSM, Jeffrey Hassan berkata setelah pasukannya memberi bantuan rawatan kepada mangsa-mangsa di perkampungan Gepoko, mereka bersiap-siap untuk melakukan solat zohor.
"Saya bertanyakan orang kampung di mana letaknya masjid dan mereka menunjukkan arahnya.
"Tapi, alangkah terkejutnya kami, sebaik masuk ke masjid kami lihat sebuah salib, lambang penganut Kristian, dan patung Hindu di dalamnya," kata Jeffrey.
"Kami tak jadi solat, lalu bertanyakan orang kampung bagaimana perkara sedemikian boleh terjadi," katanya.
"Itu biasa aja. Sememangnya telah lama kami lakukan begitu. Kami di sini berkongsi melakukan ibadat dalam satu masjid," kata seorang penduduk.
"Pada hari Jumaat masjid itu digunakan oleh orang Islam, Ahad oleh orang Kristian dan Selasa untuk orang Hindu," katanya.
-- BERNAMA 04 Jun, 2006 21:05 PM Daripada Mohd Razman Abdullahhttp://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=201708

6/3/06

PAS Negeri Sembilan buat laporan polis ke atas Perdana Menteri

Fri Jun 02, 06 04:53:41 PM Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
SEREMBAN, 2 Jun (Hrkh) - Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan telah membuat satu laporan polis ke atas Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di Balai Polis Seremban 2 hari ini berikutan penghinaan ke atas khutbah jumaat, sekolah agama dan gereja.

Laporan itu dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Dr Rosli Yaakob dengan ditemani oleh Timbalannya, Zulkifli Mohammed Omar dan Ketua Penerangan, Ustaz Hassan Mohammad.
Menurut Dr Rosli,laporan itu dibuat supaya polis menyiasat kandungan ucapan Abdullah yang dilihat sebagai provokasi dan tuduhan yang tidak berasas.
Kenyataan Abdullah dalam forum Meja Bulat Asia anjuran Asia-Isis di Kuala Lumpur itu sedikit sebanyak mengandungi unsur-unsur penghinaan ke atas institusi agama dan peranan institusi yang dikatakan melahirkan pelampau, kata Dr Rosli.
Ujarnya lagi,kenyataan itu dianggap akan mengundang kepada kebencian antara masyarakat pelbagai agama di negara ini dan di dunia, kata Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Dr Rosli Yaakob kepada Harakahdaily hari ini.
Menurut Dr Rosli, Abdullah dalam forum Persidangan Meja Bulat Asia-Pasifik Ke-20 di Kuala Lumpur mengaitkan pelampau berkhutbah semasa sembahyang Jumaat dan mengajar di sekolah agama dengan menganjurkan kebencian dan sikap jangan bertolak ansur.
Malah Abdullah juga dilaporkan berkata, perbuatan serupa (pelampau) juga diajar di gereja setiap Ahad dan semasa berceramah di radio, kata Dr Rosli ketika memetik kenyataan Abdullah yang tersiar dalam media arus perdana semalam.
Cemar imej Islam
"Laporan ini penting supaya Abdullah sedar bahawa ucapannya itu telah mencemar imej Islam itu sendiri," katanya.
Sementara itu Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani pula berkata, tuduhan yang dibuat oleh Abdullah dalam ucapannya itu tidak berasas.
Malah katanya, tuduhan itu dilihat melampau dan boleh mendatangkan perselisihan faham antara masyarakat berbilang agama di negara ini dan di seluruh dunia.
"Sebagai umat Islam saya kesal dengan kenyataan Abdullah ini yang dilihat sebagai satu provokasi dan tuduhan tidak berasas," katanya.
Justeru beliau dan BPPNS akan membuat laporan itu supaya kenyataan Abdullah yang tidak berasas itu akan disiasat secara bebas oleh pasukan polis, katanya.
Abdullah heret konflik gereja dan khutbah
Abdullah dalam satu laporan akhbar semalam dilaporkan sebagai berkata, perkara utama yang perlu dilakukan secara sejagat ialah menyekat sekolah dan rumah ibadat daripada mengajar dan menanam perbuatan melampau.
"Ini berlaku di kedua-dua pihak. Pelampau berkhutbah semasa sembahyang Jumaat dan mengajar di sekolah agama dengan menganjurkan kebencian dan sikap jangan bertolak ansur.
"Dan perbuatan serupa juga diajar di gereja setiap Ahad dan semasa berceramah di radio.
"Pelampau-pelampau ini saling membiak dan mereka semakin bertambah,'' kata Abdullah ketika menyampaikan ucaptama persidangan itu.
Rombak kurikulum sekolah agama?
Abdullah juga dilaporkan berkata, mengekang ekstrem bukanlah sesuatu yang mudah kerana sewaktu konfrantasi dan krisis, ekstremisme memiliki daya tarikan yang kuat.
"Golongan sederhana mengalami masa yang sukar. Pelampau akan mengeksploitasikan sentimen agama, nasionalisme dan patriotisme,'' katanya.
Sehubungan itu, Abdullah mencadangkan bagi dunia Islam, beberapa negara hendaklah meningkatkan usaha untuk menukar sekolah agama mereka daripada institusi yang melahirkan pelampau kepada pusat membentuk modal insan bagi menyumbang kepada satu ekonomi yang moden.

6/2/06

Abdullah heret konflik gereja dan khutbah

Hina khutbah, sekolah agama dan gereja : BPPNS akan buat laporan polis ke atas PM

Thu Jun 01, 06 04:02:12 PM Oleh Wan Nordin Wan Yaacob KUALA LUMPUR, 1 Jun (Hrkh) - Kenyataan Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai kaitan golongan agama dengan ekstrem dalam satu forum anjuran Institut Strategik dan Kajian Antarabangsa Asean (Asean-Isis) dianggap akan mengundang kepada kebencian antara masyarakat pelbagai agama di negara ini dan di dunia, kata Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Dr Rosli Yaakob kepada Harakahdaily hari ini.
Menurut Dr Rosli, Abdullah dalam forum Persidangan Meja Bulat Asia-Pasifik Ke-20 di Kuala Lumpur mengaitkan pelampau berkhutbah semasa sembahyang Jumaat dan mengajar di sekolah agama dengan menganjurkan kebencian dan sikap jangan bertolak ansur.
Malah Abdullah juga dilaporkan berkata, perbuatan serupa (pelampau) juga diajar di gereja setiap Ahad dan semasa berceramah di radio, kata Dr Rosli ketika memetik kenyataan Abdullah yang tersiar dalam media arus perdana semalam.
Berang dengan kenyataan yang disifatkan menghina itu, Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan (BPPNS) akan membuat satu laporan polis ke atas Abdullah di Negeri Sembilan selepas Jumaat (esok), kata Dr Rosli.
Cemar imej Islam"Laporan ini penting supaya Abdullah sedar bahawa ucapannya itu telah mencemar imej Islam itu sendiri," katanya.
Sementara itu Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani pula berkata, tuduhan yang dibuat oleh Abdullah dalam ucapannya itu tidak berasas.
Malah katanya, tuduhan itu dilihat melampau dan boleh mendatangkan perselisihan faham antara masyarakat berbilang agama di negara ini dan di seluruh dunia.
"Sebagai umat Islam saya kesal dengan kenyataan Abdullah ini yang dilihat sebagai satu provokasi dan tuduhan tidak berasas," katanya.
Justeru beliau dan BPPNS akan membuat laporan itu supaya kenyataan Abdullah yang tidak berasas itu akan disiasat secara bebas oleh pasukan polis, katanya.

Abdullah heret konflik gereja dan khutbahAbdullah dalam satu laporan akhbar semalam dilaporkan sebagai berkata, perkara utama yang perlu dilakukan secara sejagat ialah menyekat sekolah dan rumah ibadat daripada mengajar dan menanam perbuatan melampau.
"Ini berlaku di kedua-dua pihak. Pelampau berkhutbah semasa sembahyang Jumaat dan mengajar di sekolah agama dengan menganjurkan kebencian dan sikap jangan bertolak ansur.
"Dan perbuatan serupa juga diajar di gereja setiap Ahad dan semasa berceramah di radio.Pelampau-pelampau ini saling membiak dan mereka semakin bertambah,'' kata Abdullah ketika menyampaikan ucaptama persidangan itu.
Rombak kurikulum sekolah agama?Abdullah juga dilaporkan berkata, mengekang ekstrem bukanlah sesuatu yang mudah kerana sewaktu konfrantasi dan krisis, ekstremisme memiliki daya tarikan yang kuat.
"Golongan sederhana mengalami masa yang sukar. Pelampau akan mengeksploitasikan sentimen agama, nasionalisme dan patriotisme,'' katanya.
Sehubungan itu, Abdullah mencadangkan bagi dunia Islam, beberapa negara hendaklah meningkatkan usaha untuk menukar sekolah agama mereka daripada institusi yang melahirkan pelampau kepada pusat membentuk modal insan bagi menyumbang kepada satu ekonomi yang moden.