KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

7/31/06

Rayuan MASJID DARURAT Cegah Gerakan MURTAD !!!

Assalamualaikum,

Gempabumi di Jogjakarta pada 27 Mei 2006 telah memusnahkan 880 surau dan masjid. Umat Islam di Jogjakarta ketika ini menghadapi masalah untuk menunaikan solat secara berjamaah apatah lagi bulan Ramadan, Syawal seterusnya Zulhijjah.

Yayasan Pembangunan Ummah dengan kerjasama Lembaga Da'wah Al-Qolam Indonesia telah mengambil inisiatif untuk mendirikan "MASJID DARURAT" yang dijangka boleh bertahan selama lima tahun untuk membolehkan umat Islam beribadah sementara menunggu masjid kekal yang dijangka memakan masa yang amat lama untuk dibina semula.

Pada 12 Julai 2006, Yayasan Pembangunan Ummah menerusi Pengerusinya, Tuan Haji Mohd Anuar Tahir telah menyerahkan bantuan yang telah disumbangkan oleh rakan-rakan yang prihatin untuk mendirikan sebanyak dua buah "Masjid Darurat" di bekas-bekas tapak masjid yang runtuh di Jogja.

Semasa lawatan ini kami dapati mubaligh-mubaligh Kristian juga berhempas-pulas untuk mendirikan rumah ibadat mereka di kawasan yang padat penduduknya dengan umat Islam. Malahan disebuah perkampungan, kami dimaklumkan bahawa 493 dari 500 keluarga Muslim telah bersetuju untuk menerima tawaran untuk didirikan rumah-rumah mereka semula yang telah runtuh akibat gempabumi dengan syarat mereka menerima ajaran Nasrani.

Kami juga telah melihat sendiri satu program yang dijalankan oleh YAKKUM (Christian Foundation for Public Heath) disebuah perkampungan di Jogja. Ketika azan Maghrib berkumandang, khemah YAKKUM tersebut dipenuhi oleh kanak-kanak Islam yang cukup terhibur dengan program tersebut. Didalam program yang dipimpin oleh mubaligh Kristian ini, kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa ini disogokkan dengan pelbagai dakyah Kristian menerusi permainan, program dan aktiviti yang menarik serta diberikan gula-gula dan makanan. Kedengaran sekali-sekala kanak-kanak tersebut bersama-sama dengan mubaligh Kristian tersebut menjeritkan "Halelujah!!!....". Untuk keterangan lanjut mengenai YAKKUM, sila lawat http://www.yakkum.or.id/

Diatas kesedaran ini, Yayasan Pembangunan Ummah bertekad untuk menambah pembinaan "Masjid Darurat" dan sumbangan umat Islam di Malaysia amat diperlukan. Yayasan Pembangunan Ummah juga berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan Gerakan Pemuda Islam Indonesia (GPII) untuk menempatkan ahli-ahli muda mereka disegala pelosok Jogja untuk membanteras usaha-usaha mubaligh Kristian yang mengambil kesempatan diatas kesusahan umat Islam di Jogja ketika ini.

Didalam temubual kami dengan ibu-ibu diperkampungan tersebut, mereka mengatakan bahawa tiada apa-apa yang boleh mereka lakukan atas usaha-usaha YAKKUM kerana rata-rata mereka masih lagi dalam trauma dan kebuntuan kerana rumah-rumah mereka telah hancur musnah sekali dan tambahan pula kanak-kanak tersebut mendapat makanan dan terhibur semasa program Halelujah mereka.

Yayasan Pembangunan Ummah amat mengharapkan kerjasama tuan-tuan dan puan-puan selaku pimpinan didalam masyarakat untuk sama-sama menggunakan rangkaian masing-masing untuk mendapatkan dana untuk tujuan tersebut. Segala sumbangan boleh diberikan terus kepada pihak kami atau menerusi akaun berikut:

Yayasan Pembangunan Ummah
No. Akaun: 1204 7010 0200 20
Bank: Bank Islam Malaysia Berhad, Petaling Jaya

Tuan-tuan dan puan-puan juga diharapkan dapat menyumbangkan pemikiran dan idea untuk bagaimana menghadapi permasalahan umat Islam di Jogja dan dalam masa yang sama umat Islam di Malaysia wajar disedarkan betapa seriusnya implikasi undang-undang atas dokongan segolongan kumpulan liberal atau pemerintah yang berfikiran dangkal yang mungkin memberi ruang kepada pihak bukan Islam menyebarkan dakyah agama mereka dinegara ini diatas prinsip kononnya kebebasan beragama.

Di Jogjakarta, kita menyaksikan kesusahan dan kemiskinan di eksploitasi untuk pengembangan agama mereka di kalangan umat Islam yang tertekan.

Umat Islam Jogja mengucapkan terima kasih diatas sokongan dan sumbangan anda.


Mohamad Rafie Ab Malek
Ahli Majlis Pengurusan
Yayasan Pembangunan Ummah
rafiens@yahoo.com

7/30/06

Konsert Kemerdekaan Akil Hayy 25 Ogos 2006

Konsert Kemerdekaan alunan Nasyid oleh Ustaz Akil Hayy (D’ Riyadh)

JUMAAT 25 Ogos 2006 , JAM 9 malam

Di Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan, Seremban, N.Sembilan

Sempena KARNIVAL RAKYAT 2006

Acara Lain Yang PASTI Menarik !!!
Peraduan Mewarna Terbuka Kanak-Kanak Sabtu 26 Ogos 9 pagi
Pameran dan Ekspo Pengguna, Perdagangan Islam, Penerangan dan Alam Sekitar 25 – 27 Ogos 2006
Sukaneka Rakyat Sabtu 26 Ogos 10 pagi – 4 ptg
Forum Perdana Sabtu 26 Ogos 9 malam
Explorace Seremban Ahad 27 Ogos 9 pagi
Ceramah Perdana Ahad 27 Ogos 9 malam

Maklumat lanjut hubungi :
En Zul 019-2818816
En Hasan 013-3426346
En Taufik 019-6576540

Gejala Murtad Makin Kritikal !! 9 Ogos Senawang

Ceramah Isu Terkini !!
Gejala Murtad Semakin Serius ! Adakah anak-anak kita terancam ?
Kupasan isu Kumpulan Artikel 11, IFC dan Lina Joy serta sokongan penuh umat Islam terhadap Mufti-Mufti dan kenyataan Perdana Menteri supaya Kumpulan Artikel 11 dan IFC tidak campurtangan isu kepentingan umat Islam dan orang Melayu di Malaysia

Oleh : Sdr Zulkefly Mohamad Omar – AJK FORKAD (Front Bertindak Anti Mutad)
RABU 9 Ogos 2006
Selepas Solat Maghrib
Di Surau Taman Alamanda , Senawang
(Belakang Pasaraya Giant Senawang, antara Taman Desa Dahlia dan Taman Satria)

Muslimin dan Muslimat Semua Dijemput Hadir

Anjuran :
FORKAD (http://groups.yahoo.com/group/forkad )
TERAS
Surau Taman Alamanda

CELAKA Israel !! Seremban 31 Julai

ROADSHOW 1 : Ceramah dan Tayangan Multimedia Isu Terkini Di Palestin

Oleh : Dr Zainurrasshid bin Zainuddin (International Medical University, Sukarelawan AMAN Palestin)

ISNIN 31 Julai 2006 Selepas Solat Maghrib
Di Balairaya / Surau Taman Pinggiran Golf, Seremban

Anjuran : Rukun Tetangga & Belia dan Beliawanis Taman Pinggiran Golf serta Pertubuhan Kebajikan dan Khairat Kematian Taman Pinggiran Golf

Semua Dijemput Hadir
CELAKA ISRAEL, BOIKOT ISRAEL. BOIKOT TESCO, MCDONALD, WALT DISNEY DLL BARANGAN ISRAEL DAN SEKUTUNYA

*********************************
ROADSHOW 2 : Ceramah dan Tayangan Multimedia Isu Terkini Di Palestin

Oleh : Dr Zainurrasshid bin Zainuddin (International Medical University, Sukarelawan AMAN Palestin)

AHAD 13 Ogos 2006 Selepas Solat Maghrib
Di Masjid Bandar Baru Senawang

Anjuran : Masjid Bandar Baru Senawang

Semua Dijemput Hadir
CELAKA ISRAEL, BOIKOT ISRAEL. BOIKOT TESCO, MCDONALD, WALT DISNEY DLL BARANGAN ISRAEL DAN SEKUTUNYA

7/28/06

PANTANG Umat Islam Malaysia DICABAR !!! 5 Ogos Masjid Negara

Seperti yang dimaklumi, isu-isu yang berkaitan dengan cabaran ke atas status Islam di Malaysia dewasa ini sudah boleh diklasifikasikan sebagai meruncing.

Di samping usaha-usaha yang telah berjaya dilakukan oleh pelbagai pihak yang prihatin, untuk menambah dan mengukuhkan usaha tersebut, PERSATUAN ALUMNI KOLEJ ISLAM KLANG, MALAYSIA (ALKIS) dengan kerja sama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mencapai persetujuan untuk menjayakan program seperti di bawah:

Program : Forum Islam di Malaysia Tercabar?
Tarikh : SABTU 5 Ogos 2006 8.30pg
Tempat : Dewan Muktamar Pusat Islam, berhampiran Masjid Negara

Panel (yang telah confirm) :
Dato' Osman Desa (SU Politik PM)
Ust Ahmad Awang (Mantan YDP PUM)
Tn Hj Azmi Hamid (Pengerusi TERAS)
Zainur Zakaria (Pengerusi PPI, Mantan Presiden Majlis Peguam)

Pembentang Isu - Nasir Desa, Jabatan Peguam Negara
Moderator - Prof. Madya Dr. Hasan Basri Awang Mat Dahan, Pensyarah Universiti Malaya

SEMUA UMAT ISLAM YANG PRIHATIN DIJEMPUT HADIR

Untuk keterangan lanjut, hubungi:
tel:// 013-3252167 - Shahool Hameed
email:// sekretariat@alkis.org.my

PERSATUAN ALUMNI KOLEJ ISLAM KLANG, MALAYSIA (ALKIS)
http://www.alkis.org.my/v3/index.php?option=com_content&task=view&id=67&Itemid=27

7/27/06

Semua Umat Islam Doakan Ibu Lina Joy !!!

Semua Umat Islam di Malaysia diseru bersolat hajat, bermunajjat dan berdoa agar ibu Azlina Jelani (Lina Joy) iaitu Mak Som dapat bersama semula dengan Azlina dalam keadaan Azlina sedar dari pukauan orang yang memurtadkannya dan kembali memeluk agama Islam. Begitu juga kita doakan untuk keluarga Aisyah Bokhari, keluarga Hartina Kamaruddin dan ramai lagi yang anak mereka telah dimurtadkan dengan cara sebegini. Juga kita doakan agar anak-anak kita semua, terutama anak gadis kita tidak terpedaya dengan golongan yang ingin memurtadkan generasi muda anak Melayu , anak Islam kita di Malaysia ini

--- ~CyberRyder~
Date: Thu, 27 Jul 2006 17:00:31 +0800
From: ~CyberRyder~ Subject: Fwd: Fw: Menziarahi keluarga Azlina Jelani (Lina Joy)


Assalamu'alaikum,

Saya sering tertanya-tanya, "tak kan lah ibu-bapa si Azlina ni langsung tak ambil peduli kisah anak perempuan mereka yang dah murtad dan sedang membuka pintu murtad secara bebas kepada umat Islam lain?" Tengahari tadi gejolak dalam jiwa saya itu terjawab apabila saya berkesempatan menziarahi keluarganya di USJ.

Bapanya yang berasala dari Kancong Darat sudah lama meninggal dunia. Yang menyambut rombongan kami seramai 10 orang terdiri dari pegawai2 dari MAIS, Dr. Zaleha Kamaruddin da! ri UIA, Hj Walid (my batch/my ofis mate) adalah ibunya, kakak, bapa saudara, ibu saudara, adik lelaki dan jirannya yang juga baru mendapat tahu bahawa Azlina yang sensasi tu adalah anak jirannya. Ibunya, Mak Som kelihatan sugul sepanjang
perbualan. Dapat saya rasai beban perasaan yang ditanggungnya selama 10 tahun ini terutama sekali apabila beliau mengenangkan pesanan arwah suaminya supaya memberikan perhatian kepada perlakuan Azlina ketika beliau di penghujung usia.

Dari pemerhatian saya, keluarga Azlina ni adalah keluarga yang beragama, Mak som bertudung sempurna, kakaknya letak tudung atas kepala, tapi rambut covered (I take it positifly coz dalam rumah). Nampak sejadah tergantung di dua tempat berasingan, ayat2 al quran ! dan gambar besar kaabah terbentang di ruang tamu, (semua nicircumstancial evidence for my conclusion)

Kata Mak Som, mereka mendidik Lin ( Azlina) sebagaimana orang lain, pendidikan agama setakat yang diberikan di sekolah ( Sri Aman- PJ) balik sekolah dia dihantar untuk mengaji al Quran di Sg Way, rumah ustaz. Beliau juga menunaikan solat dengan
sempurna. Namun kejadian kemalangan jalanraya lebih 10 tahun lalu di kampong mereka di Banting telah membawa kecelakaan kepada keluarga tersebut. Seorang lelaki India bernama Johnson yang terlibat dalam kemalangan tersebut telah secara tiba-tiba muncul dalam kehidupan Azlina. Beliau terlalu baik dan bersikap lemah lembut
dan sopan santun terhadap keluarga ini selepas kemalangan tersebut sehingga apabila
kereta Azlina terlantar di workshop beberapa minggu si Johnsoninilah yang menjemput dan menghantarnya. Rupanya kebaikan si Johnson ni ada makna!

Mak Som telah beberapa kali mengingatkan Johnson, kalau betul-betul minat, masuk Islam lah, tapi kata Johnson beliau belum bersedia. Diam-tak diam si Azlina tu yang di baptize kan. Rupa-rupanya bapanya orang kuat church! Paderi ke apa saya tak tau.
Apabila diconfranted beberapa kali, Azlina keluar dari rumah dan pindah rumah, tapi masih berkunjung ke rumah keluarganya. She's willing to talk to the family but not on that sensitive issue. Dia akan merajuk, 2-3 minggu tak muncul atau call. Mak Som pernah gunakan khidmat Datuk Ishak Baharom untuk dialog dengannya, tapi tak jalan. Hujahnya simple, "saya tak kacau orang".

Kata kakanya, Azlina ni very vocal! , firm, English speaking dan agak dominant da! lam keluarganya. She's now 42, according to the family dia belum kahwin dengan Johnson tu dan sedang tunggu outcome of this case. Tapi ada riwayat yang sampai kepada saya
kata dah kahwin di church tapi x leh daftar sebab ada perkataan Islam on her mykad.

Ibunya yang nampak sangat lemah dan kecewa itu sangat-sangat berharap untuk mengembalikan anaknya itu kepangkuan keluarganya dalam keadaan Islam dan beriman. Dia agak kecewa kerana ada beberapa individu dan pertubuhan yang menziarahinya dan cuba berusaha untuk membantunya tapi tak berjaya even untuk
berkomunikasi pun dengan si Lin tu.

ALKIS bercadang untuk membawa Mak Som berserta keluarganya ke Majlis Forum ALKIS pada 5 Ogos nanti di Pusat Islam untuk membri peluang kepada keluarga ini menyatakan harap! an mereka supaya Lin dikembali kepangkuan keluarganya dan agamanya.

Semuga episode Azlina Jelani ini akan memberikan kesan positif kepada umat Islam, kita doakan beliau diberi hidayah untuk kembali ke jalan Allah.

Wassalam. al Qurawiyy.

Strategi Untuk Memurtadkan Orang Melayu Islam

A. Strategi Untuk Memurtadkan Orang Melayu Islam
1. Pikat perempuan Melayu, ajak mereka berkahwin. Perempuan Melayu perlu murtad dahulu untuk berkahwin dengan lelaki agama lain.
2. Lalaikan Melayu dengan dadah, hiburan melampau, mat rempit, lepak, bohsia dll
3. Pecah belahkan institusi masyarakat Melayu terutama institusi masjid dan surau
4. Pecah belahkan antara Melayu berfahaman Islam fundamental , berfahaman Islam tradisi, tasauf dan sebagainya
5. Wujudkan kumpulan Melayu Islam Liberal, Islam Plural dan sebagainya
6. Wujudkan banyak kedai makan, restoran yang tidak halal tetapi dapat memperdaya orang Melayu Islam pergi makan.

B. Strategi Untuk Melawan Gerakan Murtad
1. Perkukuhkan institusi masjid dan surau tanpa membezakan jurang fahaman politik, mazhab dan sebagainya
2. Perkukuhkan institusi masyarakat Melayu tanpa membezakan jurang fahaman politik, mazhab dan sebagainya
3. Perkukuhkan institusi keluarga.
4. Asas Tiang Agama iaitu Solat diperkukuhkan.
5. Sentiasa mengikuti kuliah di masjid dan surau. Dampingi mufti, ulamak dan pendakwah
6. Sokong ekonomi, perniagaan orang Melayu Islam, terutama bidang makanan dan minuman

7/26/06

Bagaimana Berjihad Lawan Murtad Malaysia ? 30 Jul Bangi

ISLAM TERANCAM DI MALAYSIA : APA SIKAP KITA TERHADAP IFC, MURTAD, ISLAM LIBERAL, PLURALISME ?

Tempat : SURAU AN-NUR, BANDAR BARU BANGI
Tarikh : 30 JULAI 2006 / 4 REJAB 1427 AHAD
Masa : JAM 9.00 PAGI

Penceramah
SAUDARA YUSRI MUHAMMAD (Pengerusi PEMBELA)
PROF ABDUL AZIZ BARI (Pensyarah UIA)
HJ MUHAMMAD BUROK (Peguam)
HJ SULAIMAN ABDULLAH (Peguam)
HANIFA MAIDIN (Peguam)
HJ ZULKIFLI NORDIN (Peguam)
UST. SHAFEI NGAH (Peguam)

Penganjur
PERSATUAN PENDUDUK BANDAR BARU BANGI,
PERSATUAN KEBAJIKAN ISLAM AN-NUR,
SURAU-SURAU BANDAR BARU BANGI,
PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PERUBATAN ISLAM DARUS SYIFA',
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) BANGI,
JARINGAN SISWAZAH MALAYSIA (JASA),
ILMUAN, IMPACT, NAIM, ILMI, PESURAT & IPRO

Dengan Kerjasama
PERTUBUHAN PEMBELA ISLAM (PEMBELA)

JUMPA ANDA DI SANA!

SEBARKAN MAKLUMAN INI

Program Munajat Pelajar 26 Ogos di Masjid Ampangan

Program Motivasi dan Munajat Peperiksaan 2006

Tarikh : 26 & 27 Ogos 2006 ( Sabtu dan Ahad )
Tempat : Masjid Jamek Dato Kelana Petra Sendeng, Ampangan, Seremban
Sasaran Peserta : Pelajar yang akan menduduki UPSR, PMR, SPM & STPM
Yuran peserta : Cuma RM 20 seorang
Tarikh tutup pendaftaran : 20 Ogos 2006

Untuk pertanyaan, pendaftaran dan maklumat lanjut hubungi atau SMS ke :
Hj Norazman b Hj Mohamad 019-6400062
En Rosli b Che Man 019-6547354
Pn Hamnah bt Husain 019-2214706

Anjuran : Biro Belia dengan kerjasama Biro Muslimat Masjid Jamek Dato Kelana Petra Sendeng, Ampangan, Seremban

TENTATIF PROGRAM
SABTU 26 Ogos 2006
7.30 am – Pendaftaran
8.45 am – Taklimat & Budaya Program
9 am – Memburu Kecemerlangan oleh Us Zulkarnain b Itam (GPK1 SMA Dato Hj Mustafa)
10.30 am – Kudapan
11 am – Tips Kecemerlangan Peperiskaan oleh En Abd Halim b Sulaiman (Pengetua SMA Sains Kuala Pilah)
12.30 pm – Makan tengahari, solat Zuhr
2.30 pm – Menggalas Amanah oleh En Zamzan Omar (Kaunselor SMKA Pedas)
4.30 pm – Minum petang, solat Asr
5 pm – Sesi bersama ibubapa dan penjaga, Ceramah Motivasi Kekeluargaan oleh Ustazah Nik Norsaha bt Nik Mohamad (SMA Dato Hj Tan Ahmad, Jelebu)
7.15 pm – Solat Maghrib, Solat Hajat dan Bacaan Yaasin dipimpin oleh Us Hj Mohd Muhsin b Sheikh Ahmad (Pengetua Maahad Tahfiz As-Sa’idiyyah, Seremban)
9 pm – Solat Isya, makan malam, taklimat Qiamullail dan urus diri

AHAD 27 Ogos 2006
4.30 am – Qiamullail
6 am – Solat Subuh dan Kuliah Subuh oleh Us Syuhada b Mahmud, Imam Masjid Jamek Tunku Besar Tampin
7 am – Resolusi dan Penyampaian Sijil
7.30 am – Sarapan pagi
8 am - Bersurai

Program SMART Solat Masjid Ampangan 12 Ogos

Program Penghayatan Sifat Solat Nabi Muhammad saw & Forum Perdana Sambutan Isra dan Mi’raj

Sabda Nabi Muhammad saw : “Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku menunaikan solat”

Tarikh : SABTU 12 Ogos 2006
Tempat : Masjid Jamek Dato Klana Petra Sendeng, Ampangan, Seremban, NS

A. Program Penghayatan Sifat Solat Nabi Muhammad saw
7.30 am – Pendaftaran
8.30 am – Rahsia Solat Khusyuk oleh Us Sofhan Halim (Madrasah Al-A’liyah)
10.30 am – Rehat & minum
11 am – Sifat Solat Nabi : Teori dan Praktikal oleh Us Khusyairi Hamdan (Imam Surau Bandar Seremban Selatan)
1 pm – Rehat, makan tenghari, solat Zuhr
2 pm – Solat Jamaah : Teori dan Praktikal oleh Us Syuhada’ Mahmud (Imam Besar Masjid Jamek Tunku Besar Tampin)

Yuran penyertaan cuma RM 20 termasuk makan pagi, makan tengahari dan kertas kerja
Untuk pertanyaan dan pendaftaran, hubungi atau SMS nama, alamat, tajuk Program Sifat Solat Nabi ke :
Us Safrizal b Tarmizan – 019-3098979
Us Danial Farhan b Dolmat – 017-3879630
Us Norazman b Mohamad – 019-6400062
Anjuran : Biro Dakwah Masjid Jamek Dato Klana Petra Sendeng, Ampangan

*************************************
B. FORUM PERDANA ISRA’ & MI’RAJ
Tarikh : SABTU 12 Ogos 2006
Tempat : Masjid Jamek Dato Klana Petra Sendeng, Ampangan, Seremban, NS
Masa : Selepas solat Maghrib
Tajuk : SEGALANYA BERMULA DI SINI …..

Ahli Panel :
Ustaz Abd Ghani Zaighu (Sekolah Menengah Kebangsaan Tampin)
Ustaz Norazamir b Alias (Pegawai Agama Islam Daerah Rembau)

7/25/06

Muslimat Jalan-Jalan ke Pantai Timur 18-20 Ogos

Nak donga kuliah Tok Guru Nik Abd Aziz kek SUK JKR 10, Kota Bharu ?
Nak jumpo muslimat Kelantan & Terengganu ?
Nak boli bolah kek Pasar Siti Khadijah , Kota Bharu ?
Nak tengok kodai kek Pengkalan Kubur ?
Nak boli kropok dan sutera dokek Pasar Payang, Kuala Terengganu ?
Nak ziarah Masjid Terapung Kuala Terengganu ?
Kok sompek singgah kek Masjid Ruslia ?
Nak ghaso Nasi Kerabu, Nasi Dagang Asli ?
Dan banyak lagi pomandangan indah sepanjang pantai timur !

Kok nak poi, moh lah poi dongan Dewan Muslimat PAS Kawasan Ghombau (Rembau)
Maso e, cuti skolah nanti 18-20 Ogos 2006 (Jumaat hingga Ahad)
Naik bas, syok sikit, ghombongan ghamai-ghamai
Tak maha do RM 80 jo soghang. Ini termasuk pengangkutan, penginapan dan makan tongahari. Kok pakej lain tak dapek do. Betolak dari Soghomban.

Tunggu apo lai, ambik tompek copek, tompek terhad. Hubungi :
Pn Maznah 013-2718054 - Ghombau
Pn Norwani 013-3851202 - Kolumpo
Pn Norashikin 019-6535145 - Soghomban

Pemuda UMNO Beri AMARAN Kumpulan Murtad Artikel 11 !!!

Utusan Malaysia 25 Julai 2006 . Jangan pertikai Perkara 121(A)
PUTRAJAYA 24 Julai – Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan semua pihak supaya tidak mempertikaikan kedudukan Perkara 121(A) dalam Perlembagaan Persekutuan

Sehubungan itu beliau meminta supaya semua tindakan berbau provokasi mempertikaikan kandungan perkara serta kedudukan Islam sebagai agama rasmi Malaysia itu, perlu dihentikan segera.

Katanya, mereka perlu akur bahawa Perkara 121(A) dalam Perlembagaan Persekutuan itu jelas menunjukkan negara ini merupakan sebuah negara Islam.

‘‘Apa yang mereka gembar-gemburkan itu sangat sensitif dan jika kita tidak jaga ia akan memecah-belahkan keharmonian dan hubungan akrab antara kaum di negara ini yang terbina sejak puluhan tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Kontrak Perjanjian Pembangunan Pelan Strategik Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) antara Kementerian Pelajaran dan MSC Technology Centre Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Hishammuddin diminta mengulas tindakan Kumpulan Artikel 11 yang mengandungi 13 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Majlis Peguam yang sedang menjalankan kempen seluruh negara bagi mendapat sokongan untuk meminda Perkara 121(A) Perlembagaan Persekutuan.

Kandungan Perkara 121(A) tersebut merujuk kepada peruntukan perlembagaan yang menghalang mahkamah sivil mencampuri bidang kuasa mahkamah syariah.

Pertemuan pertama kumpulan 13 NGO tersebut berlangsung di Johor Bahru, Johor pada 22 Julai lepas.

Menurut Hishammuddin, walaupun Malaysia sebuah negara demokrasi yang membenarkan ketelusan dan keterbukaan membincangkan pelbagai perkara, ia tetap terhad jika berkaitan aspek yang sensitif.

‘‘Dalam isu Perkara 121(A), ia ada batasannya. Sebab itu jika kita mahu memperjuangkan ketelusan dan keterbukaan dalam masyarakat berbilang kaum, kebijaksanaan pemimpin terdahulu mesti diambil kira.

‘‘Begitu juga mengenai Perkara 121(A) ini, ia tidak boleh dibincangkan begitu sahaja kerana telah terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan jelas bahawa Malaysia merupakan sebuah negara Islam,” tambah beliau.

Ketika diminta mengulas kenyataan Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria baru-baru ini mengenai 100,000 umat Islam di Malaysia murtad berdasarkan kajian oleh pihak tertentu, Hishammuddin berkata, perkara itu perlu diteliti oleh kehakiman syariah.

‘‘Saya tidak boleh jawab mengenai isu ini, ia mesti dirujuk atau dibicarakan di mahkamah-mahkamah syariah,” ujar beliau.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0725&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

7/23/06

MESTI TonTon ! Masjid BB Senawang Sabtu 29 Julai

Islam Dan Isu Antarabangsa : Apakah Peranan Kita Sebagai Muslim ?

SABTU 29 JULAI 2006
JAM 8 MALAM
DI Masjid Bandar Baru Senawang, N.Sembilan

Bersama :
TN HJ AHMAD AZAM BIN ABDUL RAHMAN
Pengerusi Global Peace Mission
Bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia ABIM
Pengarah Pengasas Union of Islamic NGO’s Islamic World

MESTI TONTON !

Anjuran ABIM NS & Masjid Bandar Baru Senawang

Ceramah Dato Husam Musa 29 Julai Lenggeng

CERAMAH UMUM

SABTU 29 JULAI 2006
JAM 9 Malam

Bersama :
YB Dato’ Husam Musa – Naib Presiden PAS, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan
Tn Hj Mahfuz Omar – AJK PAS Pusat
Us Abd Ghani Abd Rahman – AJK PAS Pusat, Pesuruhjaya PAS Melaka

TEMPAT : Kg Masjid , Lenggeng (Rumah Sdr Zulkefly Mohamad Omar)

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Anjuran : Badan Perhubungan PAS N.Sembilan

Hakim hina serban, hina Islam, hina Haji

Us Dato Hj Daud Che Ngah dalam ceramah umum di Surau Taman Desa Melor 22 Julai 2006 begitu marah dengan kenyataan hakim mahkamah yang menyatakan serban adalah pakaian jahiliyyah, kerana orang kafir zaman jahiliyyah seperti Abu Lahab pun pakai serban. Menurut Us Daud Che Ngah kalau nak pakai logik macam tu, ibadah haji yang dibuat setiap tahun pun adalah amalan jahiliyyah, kerana Abu Lahab pun setiap tahun mengerjakan haji, setiap tahun melakukan tawaf.

Pakai serban memang tidak wajib, tapi jangan dihina pakaian serban dengan menyamakan dengan amalan jahiliyyah.

Kuliah Mingguan Muslimat Masjid Bandar Baru Senawang

Assalamualaikum wrt wbt,

Muslimat sekitar Masjid Bandar Baru Senawang dijemput hadir ke :

Kuliah Mingguan Muslimat
Hari : Setiap hari Sabtu
Masa : Selepas Solat Asar
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang

Anjuran : Muslimat Masjid Bandar Baru Senawang

Taman-taman dalam kariah Masjid Bandar Baru Senawang :
Flora, Ixora, Teratai, Kobena, Bandar Senawang, Senawang Indah, Jasmin, Widuri, Anggerik, Alamanda, Dahlia, Satria, Desa Melor, Kuarters Balai Polis Senawang

Borang 1 juta tandatangan lawan murtad Malaysia

Dilampirkan borang Kempen Tandatangan sekurang-kurangnya 1 juta umat Islam di Malaysia untuk menentang gerakan terancang memurtadkan orang Islam terutamanya orang Melayu di Malaysia ini.

Sila cetak, edarkan, dapatkan tandatangan dan pos, e-mel atau faks ke :
Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa
No. 17A, Lorong Datuk Sulaiman 7, Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur
Tal : 03-77106900 / http://ai-nidaa.com.my / urusetia@al-nidaa.com

Jika tidak menerima lampiran borang boleh buat sendiri borang menggunakan perisian Excel.

Tuliskan tajuk : SOKONGAN KEPADA PEGUAM PEMBELA ISLAM MALAYSIA
Buat 5 kolum : BIL , NAMA , NO K.P., TALIPON/E-MEL/ALAMAT DAN TANDATANGAN
Tulis dibawah sekali :
Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa,No. 17A, Lorong Datuk Sulaiman 7, Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur
Tal : 03-77106900 / http://ai-nidaa.com.my / urusetia@al-nidaa.com

7/22/06

Senamrobik Muslimat 30 Julai Ampangan

Program Senamrobik Nisa

Ahad 30 Julai 2006
Jam 7 pagi
Di Dataran SARA Gedung Lalang 162, Ampangan, Seremban
Jurulatih : Pn June , Olahragawati Negeri Sembilan

Yang penting ianya adalah PERCUMA !

Oleh itu semua muslimat dijemput hadir

Maklumat lanjut hubungi Pn Norwani 013-3851202 atau e-mel halwan9@yahoo.com

Jambori Amal N.Sembilan 11-13 Ogos

Sertai Jambori Amal Negeri Sembilan Jumaat 11 hingga Ahad 13 Ogos ini !

Antara acara yang pasti menarik !
BBQ Amal, Futsal, Sukaneka, Sukan Ekstreem, Flting fox, Night walk
Rentas halangan, latihan kecemasan, lalulintas, kawad
Motivasi perdana, smart solat dan banyak lagi…!

Moh Kito Mombino Jati Diri Yang Cemerlang

Maklumat lanjut hubungi Abang Nazri 019-6644320

Anjuran : Unit Amal Negeri Sembilan dan Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan

7/21/06

Pesuruhjaya PAS NS ketuai demo kutuk Israel di Seremban

Seremban 21 Julai – Dr Rosly Yaakop Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan hari ini mengetuai demonstrasi mengutuk serangan membuta tuli dan kekejaman rejim Zionis Israel yang melancarkan serangan yang tidak berperikemanusiaan di Palestin dan Lubnan. Laungan Hancur Israel, Jahanam Israel, Hancur Amerika, Jahanam Amerika bergema diperkarangan Masjid Jamek Ampangan, Seremban semasa demonstrasi yang diadakan selepas solat Jumaat. Dalam ucapannya beliau menyeru agar umat Islam di Malaysia ini membantu rakyat Palestin dan Lubnan yang sekarang ini saban hari menjadi sasaran tentera pengganas Israel yang rakus. Disamping mendoakan kejayaan dan keselamatan umat Islam di Palestin dan Lubnan, umat Islam di Malaysia ini haruslah juga membantu dari sudut kewangan, kerana rakyat Palestin dan Lubnan amat memerlukan kewangan untuk perubatan, makanan serta infrastruktur asas yang rosak teruk.

Turut hadir dalam demonstrasi tersebut ialah beberapa pimpinan peringkat perhubungan negeri dan dewan pemuda antaranya Sdr Zulkefly Omar dan Us Ramli yang merupakan Timbalan-Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan, Sdr Hassan Ketua Penerangan PAS N.Sembilan, Tn Hj Taufek Timbalan Ketua Pemuda PAS N.Sembilan, Us Khairil Naib Ketua Pemuda PAS N.Sembilan dan Us Azhar EXCO Pemuda PAS N.Sembilan.

Sementara itu Sdr Zulkefly Omar menyeru agar umat Islam turun beramai-ramai untuk menyertai demonstrasi besar-besaran dalam sejarah Malaysia pada 28 Julai 2006 nanti selepas solat Jumaat di Kedutaan Amerika Syarikat , Kuala Lumpur untuk mengutuk dan membantah serangan pengganas Israel yang tidak berhati perut. Menurut beliau lagi demonstrasi kali ini menjangkakan penyertaan lebih 100,000 umat Islam dari seluruh Malaysia.

7/20/06

PENTING ! Bersama Us Idris Ahmad 23 Julai Ampangan

Jemputan menghadiri Program Liqa' Fikri
Tarikh : 23hb Julai 2006 (Ahad)
Masa : 2 petang
Tempat : Markas PAS Gedong Lalang 162, Ampangan, Seremban
Penceramah : Y Bhg Ustaz Idris Ahmad . Setiausaha Majlis Syura Ulama'

Semua ahli PAS N.Sembilan dijemput hadir

Anjuran : Dewan Ulama' PAS N.Sembilan.

Tolong sebarkan bagi pihak Al Fadzil Ust Mohd Nazri Yusof
Setiausaha Dewan Ulama’ PAS N.Sembilan

Demo Bantah Kumpulan Murtad Artikel 11 Johor 22 Julai

Semua PEMUDA ISLAM Seluruh Malaysia diseru agar mengadakan demo di hadapan Hotel Selesa, Johor Bahru pagi 22 Julai (Sabtu) KERANA Kumpulan Penyokong Murtad Artikel 11 akan menganjurkan forum mengenai Kebebasan Hak (Human Rights).

BANTAH ! BANTAH ! BANTAH !

Juga semua umat Islam turun beramai-ramai di Masjid Wilayah Persekutuan Ahad 23 Julai 9 pagi bagi meyokong Gerakan Anti Murtad SE Malaysia melawan Kes Lina Joy yang akan diputuskan oleh mahkamah minggu depan.

Forum : Syariah dan Cabaran Semasa
Anjuran: Persatuan Ulamak WIlayah Persekutuan dan Teras
Dengan kerjasama: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
Serta Sokongan Dari Semua NGO-NGO Pembela Islam

23 Julai 2006 Ahad
di Masjid Wilayah, Jalan Duta KL

9.00 pagi - 12.30 tgh

Antara panel:
Sdr. Zainur Zakaria (Presiden Peguam Pembela Islam)
Hj Sulaiman Abdullah
Prof Aziz Bari (UIA)
Dato' Sheikh Azmi

HIDUP ISLAM ! HIDUP ISLAM ! HIDUP ISLAM !

Demo Palestin & Lubnan seluruh Malaysia lepas Jumaat 21 Julai

Semua UMAT ISLAM Seluruh Malaysia diseru menyertai DEMO MEMBANTAH SEKERAS-KERASNYA KEZALIMAN, KEBIADABAN TENTERA PENGGANAS REJIM ZIONIS ISRAEL YANG SEWENANG-WENANGNYA MENYERANG ORANG AWAM DI PALESTIN DAN LUBNAN

DEMO! DEMO! DEMO

JUMAAT 21 JULAI 2006
SELEPAS SOLAT JUMAAT
SELURUH MASJID DI MALAYSIA

DI NEGERI SEMBILAN DEMO BESAR-BESARAN AKAN DIADAKAN DI MASJID JAMEK AMPANGAN, SEREMBAN

SEDIAKAN BENDERA ISRAEL, AMERIKA SYARIKAT UNTUK DIBAKAR !!!

7/18/06

Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Bersumpah Tangani Isu Murtad

KENYATAAN RASMI PERBINCANGAN KHAS NGO-NGO ISLAM MENGENAI ISU AZLINA JAILANI (LINA JOY) DAN ISU-ISU ISLAM SEMASA
SIARAN MEDIA: 17 Julai 2006 / 21 JAMADIL AKHIR 1427H
Perbincangan khas di kalangan wakil-wakil NGO yang beraspirasikan Islam telah berlangsung di Gombak, pada hari Ahad 16 Julai 2006 (2:30 petang hingga 6:00 petang) untuk merangka sikap dan gerak kerja bersama bagi menangani pelbagai isu-isu berkaitan dengan kedudukan Islam di Malaysia. Mesyuarat tersebut memutuskan untuk menubuhkan gabungan yang dinamakan Pertubuhan-Pertubuhan (NGO) Pembela Islam (PEMBELA) sebagai rangkaian gerak kerja bersama pertubuhan-pertubuhan tersebut.

Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh wakil lebih 50 buah pertubuhan beraspirasikan Islam termasuk Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Peguam Pembela Islam (PPI), Wadah Pencerdasan Umat (WADAH), Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Muslim Professional Forum (MPF), Jamaah Islah Malaysia (JIM), Teras Pengupayaan Melayu (Teras), MUAFAKAT, badan-badan pelajar dan lain-lain Pertubuhan Bukan Kerajaan(NGO). Ia turut dihadiri oleh wakil-wakil taman perumahan, surau, masjid, para peguam, individu-individu yang mendokong aspirasi yang sama, selain para peguam yang terlibat secara langsung mengendalikan kes-kes berkenaan permohonan keluar Islam di negara ini.

Mesyuarat ini digerakkan dari keprihatinan terhadap beberapa kes-kes mahkamah yang melibatkan Islam yang telah timbul akhir-akhir ini seperti kes Muhammad Abdullah@Moorthy, Azlina Jailani (Lina Joy) dan Meor Atiqulrahman. Wujud kebimbangan dan ketidak-puasan hati yang semakin memuncak di kalangan masyarakat Islam di negara kita berkenaan dengan isu murtad serta kedudukan Islam dalam Perlembagaan dan perundangan negara.

Antara perkara penting yang diputuskan dalam mesyuarat tersebut adalah seperti berikut:

• Menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap masalah murtad di negara kita dan kesal dengan usaha berterusan pihak-pihak tertentu bertujuan menggugat kedudukan Islam di Malaysia melalui saluran perundangan.

• Menegaskan bahawa persoalan status keIslaman dan permohonan untuk keluar dari Islam adalah persoalan yang harus diadili oleh para Hakim yang memahami perundangan Islam di Mahkamah Syariah; dan bukan di Mahkamah Sivil terutama apabila ia melibatkan para Hakim bukan Islam.

• Masalah murtad perlu dipandang secara jujur dan serius oleh semua pihak terutama kerajaan. Kami percaya masalah ini boleh ditangani tanpa menimbulkan sebarang kekecohan sekiranya ia ditangani dengan bijak. Pihak kami bersedia untuk bekerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan bagi mengatasi masalah ini.

• Menegaskan masalah murtad dan kedudukan istimewa Islam adalah perkara yang amat sensitif di kalangan umat Islam di negara ini dan memperingatkan sebarang cubaan menggugat kedudukan ini akan mengguris perasaan ramai pihak dan bakal mengganggu keharmonian dan kerukunan masyarakat berbilang bangsa.

• Menyatakan rasa kesal di atas beberapa komentar yang tidak sepatutnya dibuat dalam penghakiman kes Meor Atiqulrahman Islam mengenai Rasulullah(saw) dan sunnah memakai serban.

Mesyuarat juga telah menubuhkan jawatankuasa bertindak yang akan menjalankan gerakan menangani masalah murtad dan mengukuhkan kedudukan Islam dalam perundangan negara. Kami mengalu-alukan sumbangan semua pihak untuk menangani masalah ini dari semua sudut.

PEMBELA bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk mengadakan majlis penerangan, dialog termasuk dengan bukan Islam dan pertemuan dengan pemimpin kerajaan bagi mencari penyelesaian bagi masalah murtad. Kami juga dalam proses menyediakan memorandum kepada para pemimpin kerajaan mengenai masalah murtad.

Sebarang sumbangan dan pertanyaan boleh ditujukan kepada:
Pertubuhan-Pertubuhan (NGO) Pembela Islam (PEMBELA)
d/a Sekretariat Abim Pusat,
Anjung Rahmat, Batu 6, Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur
Tel: 03-6188 0300
Faks: 03-6189 6700
Email: abim@po.jaring.my

YUSRI MOHAMAD
Presiden ABIM merangkap
Pengerusi Mesyuarat

http://www.abim.org.my/web/modules/news/article.php?storyid=732

Jom Minum Teh Sambil Bantu Palestin 29 Julai ini !

Majlis Hi Tea PALESTINTarikh : SABTU 29 Julai 2006
Masa : 2.30 ptg – 6.00 ptg
Tempat : Dewan Persidangan Junior, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya

Penceramah :
Dr Hafidzi Mohd Noor – Sejarah Pergolakan di Palestin
Azahari Abd Kadir – Peranan Masyarakat Malaysia Menangani Isu Palestin
Prof Madya Dr Maznah Daud – Tanggungjawab Muslim Membela Rakyat Palestin
Maszlee Malik – Maklumat terkini dari bumi Palestin (yang baru kembali dari Beirut)

Anjuran : JIM Daerah Hulu Langat
Hubungi :
013-3670142 (Syed Omar)
012-6349160 (Norzuriati)
013-363 4400 (Hasbullah)

PALESTIN BERDARAH ….. BANGKITLAH !!!

Harga Tiket RM50 seorang atau RM500 semeja

7/17/06

Polis Port Dickson Salah Guna Kuasa !!!

Ruj. Kami : amns / 2006 / (346) , Tarikh : 14 Julai 2006
Kepada : Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Tingkat 29, Menara Tun Razak, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur.

Bahagian Tatatertib Polis Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, 50560 Kuala Lumpur.

Saudara ;
SALAH GUNA KUASA POLIS DAERAH PORT DICKSON (TIMBALAN KETUA POLIS DAERAH).

Adalah dengan ini perkara diatas dirujuk.

Pada 10 Julai 2006 yang lepas Angkatan Muda Negeri Sembilan telah mengadakan program menonton Final Piala Dunia Fifa 2006 bersama pemimpin keADILan. Program ini diadakan dengan kami menyewa tapak e-stadium yang yang di miliki oleh Mohd Nor.

Bukan sedikit wang dan tenaga yang kami peruntukan ke arah menjayakan program tersebut. Untuk menampung segala perbelanjaan tersebut kami terpaksa mengenakan tiket kepada setiap pengunjung.

Malangnya selepas perkara ini dihebahkan telah beberapa kali pemilik tapak program dikunjungi oleh pihak polis yang bertanyakan pelbagai perkara mengenai program ini, yang kami jangkakan ini bertujuan jahat untuk menakutkan beliau. (Perkara ini diberitahu kepada kami oleh pemilik sendiri).

Pada 10 Julai program dijadualkan bermula jam 12.30 pagi namun anggota polis beruniform dan tidak beruniform telah hadir dengan jumlah yang ramai seawal 9 julai 9.00 malam. Kehadiran polis ini telah menyebabkan orang ramai berasa kurang selesa untuk hadir. Malah tidak sampai 350 meter dari tapak program juga di buat sekatan jalanraya.

Namum atas niat baik untuk bekerjasama dengan polis kami menyediakan tempat duduk untuk pihak polis dalam khemah program.
Antara kepimpinan keADILan dan tokoh yang hadir ialah Tian Chua (Ketua Penerangan, keAdilan Pusat) , Hishamuddin Rais (Pengarah filem) dan che’GuBard (Timbalan Ketua Penerangan) selain dari kepimpinan peringkat Negeri Sembilan.

Dengan keadaan polis yang ramai dan sekatan jalan raya tapak program seolah dalam kepungan polis. Walaubagaimanapun program tersebut tetap berjaya menarik kira – kira 400 orang lebih penonton (walaupun pada peringkat awal penganjur menjangkakan 1000 orang akan hadir). Ada juga penonton yang pulang awal kerana berasa kurang selesa kerana polis menggunakan kamera merakam gambar hampir ke semua penonton.

Kami menjadualkan Tian chua dan beberapa orang tokoh yang hadir untuk menyampaikan hadiah bagi kuiz dan cabutan bertuah ketika rehat separuh masa pertama.

Namum 5 minit sebelum waktu rehat tersebut kami didatangi pemilik tapak program merayu agar Tian Chua atau mana – mana pemimpin keADILan tidak naik ke pentas. Menurutnya pihak polis telah mengugut akan menangkap beliau jika sesiapa pemimpin keADILan naik ke pentas walaupun untuk menyampaikan hadiah. Ketika ditanya siapa pegawai yang membuat ugutan tersebut beliau menamakan Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson DSP Md Sham Abdullah.

Respon dari itu Hj. Ramlan Roes, Ketua Angkatan Muda Negeri dan Norazizi Abd Aziz, Setiausaha keADILan Teluk Kemang terus berjumpa dengan seorang pegawai beruniform dan bertanya siapa pegawai paling kanan yang berada di situ. Pegawai polis tersebut memperkenalkan kami dengan seorang lelaki berpakaian biasa yang bernama DSP Sham Abdullah, Timbalan Ketua Polis Daerah.

Ketika ditanyakan mengapakah beliau mengugut pemilik tapak program, beliau tidak menjawab sebaliknya beliau terus menyatakan beliau mendapat arahan Ketua Polis Daerah untuk tidak membenarkan sesiapa pemimpin keADILan untuk naik ke pentas walaupun untuk menyampaikan hadiah.

Ketika ditanyakan apakah wujud peruntukan undang – undang membenarkan beliau membuat ugutan sebegitu ? Beliau menyatakan beliau hanya menjalankan arahan. Beliau memberikan kad nama dan tidak mahu berbincang lagi.

Oleh kerana pemilik tapak ketakutan diugut polis dan merayu kepada kami agar tidak memanggil mana – mana pemimpin keADILan untuk naik ke pentas, maka kami terpaksa akur.

Di sini kami ingin membuat aduan ke atas Polis Dareah Port Dickson khususnya Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson DSP Md Sham Abdullah kerana salah guna kuasa.

Jelas dari tindakan tersebut beliau bertindak di luar bidang kuasa. Hampir semua pasti akan mengatakan polis pagi tersebut bertindak atas arahan demi menjaga kepentingan politik parti politik pemerintah.

Kami dengan ini menuntut pihak polis mengambil tanggung jawab atas kejadian malam tersebut, tindakan tatatertib harus dikenakan kepada Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson.

Pihak yang bertanggungjawab juga harus memikirkan ganti rugi kepada penganjur yang telah banyak mengeluarkan tenaga dan wang untuk menjayakan program dan akhirnya digagalkan oleh polis atas arahan politik pihak tertentu.

Kami amat kesal dengan kejadian tersebut, dan jika tiada tindakan diambil atas kejadian tersebut maka imej polis akan terus buruk dan hanya dilihat sebagai alat tunggangan politik pemerintah. Kejadian ini juga sebagai bukti polis digunakan untuk mengancam ruang demokrasi dalam negara.

Untuk pengetahuan pihak saudara juga kami dalam pertimbangan untuk membuat laporan polis dan menfailkan saman di mahkamah ekoran peristiwa tersebut.

Sekian.

“Ke arah memperkasakan kedaulatan rakyat’

AMIRUDIN ABD WAHAB
Setiausaha Angkatan Muda Negeri Sembilan

s/k :
Ketua Polis Negara - Ibu Pejabat Polis Bukit Aman
Ketua Polis Negeri Sembilan - Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan
Ketua Polis Daerah - Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson
Media dalam dan luar negara.

7/15/06

Munaqayah PAS N.Sembilan 29 Julai

Assalamualaikum wrt wbt,

Semua ahli PAS N.Sembilan dijemput hadir ke :
“Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS”

Tarikh : SABTU 29hb Julai 2006
Masa : 8:30 pagi hingga 4:30 petang
Tempat : Seremban

Yuran penyertaan : RM 10 (Minum pagi, makan tengahari, kertas kerja disediakan)

Perasmian Munaqasyah oleh YB Dato’ Husam bin Musa, Naib Presiden PAS Pusat

Pembentangan Kertas oleh :
1. Y Bhg Tuan Haji Mahfuz Omar, AJK PAS Pusat
2. Y Bhg Ust Abd Ghani Abd Rahman , AJK PAS Pusat

Maklumat lanjut dan pendaftaran hubungi :
En Hassan 013-3426346
Hj Taufek 019-6576540
Pejabat PAS NS 06-7637450

Kempen 1 juta tandatangan lawan kafir Malaysia

Pertemuan Satu Juta Umat
“PERTAHAN AQIDAH , TEGAKKAN SYARIAH”

Forum : Syariah Dan Cabaran Semasa

AHAD 23 JULAI 2006
Jam 9 pagi

Di Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur

Anjuran :
Persatuan Ulamak Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan
TERAS Pengupayaan Melayu

Dengan kerjasama : JAWI

Maklumat lanjut hubungi : 012-8384312

7/12/06

Tentera Singapura dibentuk oleh Israel – Satu Fakta

Diterjemah dari laman web INDIA DEFENCE CONSULTANTS (IDC) http://www.indiadefence.com/SingAF.htm

Angkatan Tentera Singapura – Satu Analisa oleh IDC
The Singapore Armed Forces

New Delhi, 18 Ogos 2004

Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada tahun 1963 dan apabila tentera British mengambil keputusan untuk meninggalkan Timur pada tahun 1965, Lee Kuan Yew meminta bantuan India untuk Angkatan Tenteranya dan Hal Ehwal Luar. India hanya bersetuju untuk membantu dalam bidang Hal Ehwal Luar, bagaimanapun Lt Gen Mattew Thomas kemudian menjadi penasihat tentera pada tahun 70an.

Singapura kemudian meminta bantuan Israel dan kemudian Afrika Selatan dan mengambil pendekatan tentera mengikut cara Khidmat Wajib Swiss. Singapura sekarang mempunyai belanjawan sebanyak $4.5 Billion dollar untuk negara yang mempunyai penduduk hampir tiga juta.

Kejayaan tentera Singapura adalah hasil usaha Lee Kuan Yew dan anaknya Brig Gen Lee Sein Leong yang mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Goh Chok Tong yang sekarang in Menteri Kanan. Singapura sekarang ini akan mengadakan kerjasama dengan India dalam bidang ketenteraan dengan DRDO, Tentera Laut India dan pada hujung tahun ini latihan bersama IAF. Membuka hubungan dengan negara jiran akan menguntungkan India kerana Singapura telah melabur di India dan ekonomi sedang berkembang.

Admiral Teo Che Hean menerangkan kepada semua pegawai kanan India yang melawat Singapura iaitu hubungan strategik yang kuat adalah penting untuk perniagaan. Tentera Laut India telah mendapat manafaat dengan menghantar kapal-kapalnya ke Singapura dan sekarang mempunyai kekuatan kewangan untuk menghantar kapal mengisi minyak. Artikel berikut yang ditulis oleh Amnon Barzilai menceritakan kepada kita dengan terperinci.


Hubungan Cinta Rahsia, Dalam, Gelap
(Sekumpulan pegawai pertahanan Israel yang digelar ‘Mexicans’, membantu Singapura menubuhkan tenteranya. Ianya satu permulaan hubungan yang amat istimewa)

Oleh Amnon Barzilai

Krismas, 1965, adalah tarikh tidak rasmi bermulanya hubungan cinta yang hebat antara Israel dan Singapura yang amat dirahsiakan. Media antarabangsa, seperti media Israel cuba menyiarkan kisah ini. Sedikit demi sedikit maklumat dibocorkan, ada yang disiarkan, ada yang dinafikan ada yang diabaikan. Israel, seperti biasa ingin memberitahu rakan-rakan mereka tetapi berjaya mengekang kemahuan tersebut. Mereka takut hubungan tersebut akan berakhir sekiranya ianya diketahui umum. Israel mengenakan sekatan berkenaan kisah ini dan rahsia ini tersimpan. Sehinggalah pihak lagi satu tidak dapat lagi merahsiakannya.

Dalam bukunya, "From Third World to First: The Singapore Story 1965-2000," yang diterbitkan pada tahun 2000, Lee Kuan Yew, pengasas dan Perdana Menteri pertama Singapura mendedahkan rahsia yang disimpan selama hampir 40 tahun. Hakikatnya Tentera Israel yang telah mengasaskan tentera Singapura. Misi ketenteraan Israel diketuai oleh Yaakov (Jack) Elazari, ketika itu berpangkat kolonel, kemudian dinaik pangkat ke brigadier jeneral. Setelah meninggalkan tentera, beliau menjadi penasihat tentera Singapura. Dia meninggal dunia 15 tahun lalu. “Untuk mengaburi kehadiran mereka, kita gelarkan mereka ‘Mexican’, menurut Lee Kuan Yew.

Tentera Singapura hari ini adalah yang terkuat dan termoden di Asia Tenggara. Hubungan pertahanan antara Israel dan Singapura bertambah erat dan diperluaskan, dan sekarang ianya meliputi hubungan kerjasama bidang industri ketenteraan. Bidang kerjasama, menurut sumber asing, tentera Singapura adalah merupakan pelanggan utama Israel dalam bidang pertempuran dan teknologi ketenteraan. Industri kapalterbang Singapura bekerjasama dengan Israel dan Elbit Systems untuk menaik taraf pesawat pejuat F-5 Tentera Udara Turki. Beberapa tahun lalu, Menteri Pertahanan Singapura mendedahkan peluru berpandu anti kereta kebal jenis Gil diusahakan dengan kerjasama kedua-dua negara.


Dikelilingi Orang Islam

Lee Kuan Yew menerangkan pentingnya merahsiakan perkara ini pada kawan rapatnya di peringkat pimpinan, dan menteri pertahanan pertama, Dr. Goh Keng Swee. "Kita mesti mempastikan ketibaan Israel tidak diketahui umum, supaya tidak mendatangkan tentangan dari orang Islam yang tinggal di Malaysia dan Singapura” menurut Lee Kuan Yew. Ini adalah masalah Singapura. Penduduk pulau yang kecil ini 670 kilometer persegi (Israel 30 kali lebih luas) majoritinya berbangsa Cina, dan mereka berada diantara dua negara Islam iaitu Malaysia dan Indonesia. Sehingga 1965, Singapura masih lagi sebahagian Malaysia. Pada tahun tersebut British mengambil keputusan untuk keluar dari jajahannya ke timur Terusan Suez. Dalam proses yang pantas Singapura dipisahkan daripada Malaysia.

Singapura mengisytiharkan kemerdekaan pada 9 Ogos 1965. Dan pada masa tersebut ia hanya mempunyai dua rejimen infantri, yang telah ditubuhkan dan diketuai oleh pegawai British. Dua pertiga tenteranya bukannya penduduk Singapura, dan pemimpin mereka tidak yakin dengan kekuatan tenteranya. Menteri Pertahanan, Goh, menghubungi Mordechai Kidron, bekas duta Israel ke Thailand untuk meminta bantuan. Kidron tiba di Singapura dalam beberapa hari bersama Hezi Carmel dari Mossad. "Goh memberitahu kita hanya Israel, negara kecil yang dikelilingi negara umat Islam, dengan tentera yang kuat, boleh membantu mereka membina tentera yang kuat, tentera yang dinamik”, menurut Carmel. Kedua-dua orang Israel menemui Lee, yang menulis “beritahu Keng Swee untuk menunggu dulu sehingga Lal Bahadur Shastri, Perdana Menteri India, dan Presiden Nasser dari Mesir membalas surat saya untuk membentuk tentera Singapura”.

Adalah tidak pasti samada Lee percaya India dan Mesir mampu atau berminat untuk membentuk tentera Singapura. Ramai Israel percaya ianya adalah taktik semata-mata. Selepas beberapa minggu India dan Mesir mengucapkan tahniah diatas kemerdekaan mereka tetapi tidak menawarkan bantuan ketenteraan. Lee mengarahkan Goh untuk mengubungi terus pegawai Israel.

Pada masa yang sama, sejurus laporan oleh Kidron dan Carmel, pertahanan Israel menghantar bantuan ketenteraan kepada Singapura. Dalam perbincangan yang dikendalikan oleh Ketua Turus Yitzhak Rabin, dengan kehadiran Timbalan Ketua Turus dan Pengarah Bahagian Operasi , Ezer Weizmann, telah diputuskan untuk melantik Major General Rehavam Ze'evi, ketika itu Timbalan Bahagian Operasi, bertanggungjawab untuk membina tentera Singapura. Ze'evi (digelar"Gandhi" ) melawat Singapura secara rahsia dan memulakan persiapan sekembalinya. “Gandhi ingin membentuk tentera Singapura yang ideal, sesuatu yang kita tidak buat disini”, menurut Carmel. “Dengan tidak membentuk Kementerian Pertahanan dan Staf Jeneral, Gandhi mencadangkan organisasi bersepadu, struktur yang lebih ekonomi. Jadi tidak akan ada terlalu ramai jeneral dan terlalu sedikit askar biasa”

Ze'evi melantik Elazari, yang bekerja dibawahnya dalam Bahagian Operasi, sebagai mengetuai kumpulan pembentukan. Lieutenant Colonel Yehuda Golan, ketika itu mengetuai divisyen armor (dia bersara dari tentera Israel berpangkat brigadier general), ditambah dalam kumpulan tersebut. Beberapa ahli kumpulan “menumpukan dalam persiapan untuk membina kem tentera”, menurut Golan. Pada mulanya mereka mereka menghasilkan buku "Brown Book," berkatian doktrin peperangan, kemudian buku "Blue Book," mengenai pembantukan Kementerian Pertahanan dan badan perisikan. Brown Book telah diterjemah ke Bahasa Inggeris dan dihantar ke kerajaan Singapura. Pada Oktober 1965, perwakilan tentera dari Singapura tiba di Israel.

“Perwakilan tersebut datang untuk memberitahu kita : ‘Tahniah, tapi untuk melaksanakan buku ini, awak dijemput datang ke Singapura,’” menurut Golan. Sebelum berlepas, ahli-ahli misi ketenteraan berjumpa Ketua Turus Biro. “Sahabat sekelian,” kata Rabin, “Saya ingin memperingatkan beberapa perkara. Pertama, kita bukannya hendak menjadikan Singapura sebagai jajahan Israel. Tugas awak ialah mengajar mereka kerjaya tentera, supaya mereka boleh berdikari menguruskan tentera mereka. Kejayaan awal ialah adalah apabila mereka berjaya menguruskan tentera mereka sendiri. Kedua, awak pergi kesana bukan untuk memberi arahan tetapi memberi nasihat kepada mereka. Dan ketiga, awak semua bukan pedagang senjata. Bila awak membuat nasihat untuk pembelian senjata, gunakan pertimbangan professional ketenteraan. Jangan ambil kira keputusan mereka samada mereka hendak membeli dengan kita atau orang lain”.

Bangun Jam 5:30 pagi

Pada 24 Disember 1965, lima bulan selepas Singapura menjadi negara merdeka, enam pegawai pertahanan Israel dan keluarga mereka berlepas untuk misi yang dirahsiakan. “Elazari dan dua pegawai lain menguruskan penubuhan Kementerian Pertahanan.” Menurut Golan. “Tugas saya dengan tiga pegawai lain ialah untuk menubuhkan tentera”.

Elazari bekerja mengikut beberapa prinsip asas, dimana tidak lari dari kumpulan asal Israell. Pertama untuk membentuk kader komander dan jurulatih tempatan. Kedua , bahan arahan bertulis dibuat oleh kadet yang dilatih sebagai pegawai. Dan ketiga latihan praktikal akan dikendalikan oleh jurulatih Singapura.

“Kita hendak melatih 40-50 orang yang mempunyai pengalaman tentera dan bersedia untuk bekhidmat dalam kerjaya ketenteraan.” Golan mengulas. “Kita menyuruh mereka melantik seorang sebagai komander. Sebagai ketua kumpulan, kadet-kadet tersebut melantik seorang berketurunan India Kirpa Ram Vij, yang seterusnya akan menjadi Ketua Turus Tentera. Selama tiga bulan kita berikan kursus intensif.”

Kursus pertama ialah format tentera Israel , bangun jam 5.30 pagi, kemas diri, kawad. Latihan bermula jam 7:30 pagi hingga 1 tengahari. “Selepas beberapa hari berlatih, sekumpulan kadet berjumpa saya dan berkata, ‘ ‘Colonel Golan, orang-orang Arab tidak duduk atas kepala kita? Kenapa kita buat kerja gila ini?’ Saya panggil Elazari dan beritahu keadaan yang berlaku. Beberapa hari kemudian dia datang bersama Menteri Pertahanan Dr. Goh, dan memberitahu kadet-kadet, `Buat apa yang Colonel Golan suruh , atau tidak awak kena buat dua kali ganda’. Dalam masa yang sama kumpulan pegawai Israel yang lain menyelia pembinaan kem tentera yang pertama berdasakan pelan Kor Jurutera Israel. Pembinaan kem tentera siap dalam masa tiga bulan. Dalam tempoh kurang setahun, kumpulan Israel telah mengendalikan kursus untuk rekrut baru, kursus ketua platun dan kursus pegawai, menurut pelan yang dihantar dari Israel. Seramai 200 komander telah dilatih.


Penganggur Bukannya Tentera

Sebaik sahaja staf komander siap, pasukan tentera mula dibentuk. Israel telah berssedia menubuhkan dua lagi rejimen infantri, mengikut model tentera Israel, setiap rejiman mempunyai tiga kompeni askar raifel, satu kompeni tambahan dan satu kompeni pengurusan – sejumlah 600 tentera. Lieutenant Colonel Moshe Shefi, seorang jurulatih kursus komander kompeni telah dihantar menjadi penasihat. who was an instructor in a company commanders course, was sent as an adviser. "Kami mendapati ada penentangan saikolgi untuk mengambil rekrut di Singapura,” katanya. “Dari 10 kerjaya, kerjaya tentera adalah yang terakhir. Pertama ialah artis, kemudian ahli falsafah, kemudian guru dan ahli perniagaan, dan pencuri tempat kesembilan. Kerjaya tentera adalah kerjaya memalukan di Singapura. Di Singapura , rekrut adalah untuk mengatasi pengangguran.”


Pegawai Israel mempunyai masalah. Untuk mengelakkan diri , kebanyakan pemuda yang dipilih (usia 18-24 tahun) yang berbangsa Cina menunjukkan bukti mereka telah bekerja. 70 peratus calon adalah penganggur dan berasal dari Malaysia.. Elazari dan Golan mengadu pada Lee dan Goh, tapi perdana menteri bertegas, “saya nak awak latih orang yang paling primitif di negara ini, yang tidak berpelajaran dan menganggur,’ kata Lee.

Terkejut, pegawai Israel cuba memujuk Lee untuk memberi pertimbangan, tapi dia bertegas : “Dalam perang dunia kedua, saya lihat tentera British dan tentera Jepun. Semua tentera British bijak dan berpelajaran. Tapi sebagai tentera mereka tak berguna. Tentera British yang primitif menerima arahan dan melaksanakannya, dan mereka tentera yang luar biasa. Hakikatnya tentera Jepun menewaskan tentera British”.

Kata Golan, “Yaakov dan saya cuba menerangkan kepada beliau bukan persoalan pelajaran tetapi ialah motivasi. Tentera Jepun bermotivasi kerana mereka berjuang kerana maharaja, yang dianggap sebagai tuhan. Mereka rela berkorban kerana dia. Apa motivasi yang tentera British ada, yang berjuang beribu kilometer dari negara mereka ?” Penjelasan mengenai semangat berjuang dan bagaimana untuk memberikan motivasi telah diterima Lee.

Selain daripada khidmat wajib dan kerjaya tentera, Singapura juga mengambil contoh khidmat simpanan tentera Israel. Setiap tentera yang tamat berkhidmat biasa dikehendakkai berkhidmat lagi 13 tahun, sehingga umur 33 tahun. Sistem untuk mobilasi khidmat ini telah ditubuhkan dan kementerian pertahanan melakasanakan latihan mengejut. Disebabkan saiz yang kecil dan kurang tempat untuk berlatih, Singapura menubuhkan beberapa kem latihan dengan beberapa negara jiran.


Kejutan Kereta Kebal

Kebimbangan serangan tentera Malaysia, dan pergerakan pantas tentera Singapura, memerlukan keperluan tambahan. Dengan kewujudan infantri, pegawai Israel melakukan kajian mendalam pertempuran tentera Jepun di Asia Tenggara semasa perang dunia kedua dan bagaimana mereka berjaya menceroboh Malaysia dan Singapura. Shefi diberi tugas untuk memberikan ceramah mengenai perkara ini kepada kerajaan Singapura.

Dari apa yang dipelajari Israel, perang antara askar Jepun dan British, mereka membentuk tentera laut daripada sampan-sampan. “ Bot tesebut dibuat dari kayu yangbaik dan boleh membawa 10 ke 15 orang askar, dan sesuai digunakan di laut dan sungai,” kata Golan. “Dalam laut bergelora mereka boleh guna pendayung atau enjin. Kita beritahu Singapura untuk membeli 20 bot dan kita bentuk kem kecil untuk kompeni infantri berlatih melakukan serangan dan mencari arah”.

Kolonel bersara Asher Dar berkata, “Kumpulan kedua sampai Singapura dan melaksanakan apa yang Yehuda Golan bentuk sebagai doktrin peperangan. Kita melatih serangan menggunakan bot kecil dan meriam peluru hidup. Bila ketua bahagian latihan , Yitzhak Hofi, melawat Singapura , kita membuat latihan mendarat briged infantri dan menggunakan perahu layar sejauh 12 kilometer.”

Penungguan perang enam hari 1967 adalah memeritkan kepada kumpulan Israel di Singapura. “Kami berasa lega Israel tidak tewas jika tidak tentera Singapura akan hilang keyakinan”, kata Lee , menurut jurulatih Israel. Pada Januari 1968 , Singapura mengambil keputusan untuk menubuhkan Kor Armor. Dalam penuh kerahsiaan, satu perjanjian ditandatangani untuk membeli 72 buah kereta kebal AMX-13 dari tentera Israel. Ianya satu keputusan yang berani. Malaysia, jiran yang besar, tiada kereta kebal.

Semasa Hari Merdeka, Ogos 1969, kejutan yang amat besar menanti tetamu, termasuk Menteri Pertahanan Malaysia : 30 kereta kebal melakukan lintas hormat. “Ianya mempunyai kesan dramatik”, Lee menulis. Malaysia melahirkan kebimbangan. Menteri Pertahanan Singapura cuba memujuk kerajaan Malaysia menyatakan ianya bukanlah tujuan untuk persengketaan.

Selepas kejayaan Israel pada 1967, dinding kerahsiaam mula terbuka. Perwakilan Singapura di Bangsa-Bangsa Bersatu tidak mengundi resolusi untuk mengutuk Israel oleh negara Arab. Hubungan diplomatik penuh mula terjalin. Pada Oktober 1968 Lee membenarkan Israel menubuhkan misi perdagangan dan Mei 1969 Singapura membenarkan Israel mendirikan kedutaan. Status misi ketenteraan Israel di Singapura diperkukuhkan, dan diketuai oleh mereka yang berpangkat brigadier jeneral.


Asas Tentera Udara

Kumpulan pegawai Israel yang kecil di Singapura diperkuatkan dengan penasihat tentera dalam pelbagai bidang. Ketua Turus Kor Armor, , Major General Abraham Adan, tiba untuk memberikan nasihat pembelian kenderaan perisai. Pada tahun 1968, Adam Tzivoni, kolonel bersara yang mengetuai bahagian perancangan dan senjata tentera udara, telah dilantik sebagai penasihat Simgapura untuk membentuk tentera udara.


“Sebagai ganti pengeluaran tentera British, kerajaan British memberi Singapura geran sebanyak 50 juta pound untuk membeli pesawat British, helikopter dan peluru berpandu,” Tzivoni memberitahu. “British tidak sukakan saya. Tugas saya ialah untuk meluluskan perjanjian. Tetapi nampaknya British ingin menjual senjata tidak berguna kepada Simgapura. Selain perjanjian pembelian Hunter, saya menolak semua perjanjian lain.” Dibawah pengawasan Tzivoni, sekolah penerbangan dibentuk di Singapura, juga sekolah teknikal, satu skuadron helikopter Alouette dan meriam anti pesawat 40 mm telah dibeli.



Uzi dan Lagu Kawad Israel

Selepas pembentukan rejiman infantri tentera Singapura, timbul persoalan senjata apa harus digunakan. Pegawai-pegawai mahukan Uzi, sub mesingan Israel. Pegawai Israel menolak cadangan tersebut. Benar, Uzi senjata yang hebat pada tahun 1960, tapi untuk jarak dekat sahaja.

Tentera memerlukan raifel penyerang. Wakil dari tentera Israel menggesa kementerian pertahanan menjual raifel baru Gali. Tapi kumpulan berkenaan berpendapat senjata tersebut belum bersedia lalu mencadangkan M-16 Amerika.

Satu lagi masalah ialah keputusan untuk membeli mortar. Rejimen infantri dilengkapi dengan 60 - 52 mm dan 18 mm mortar (meriam katak). Senjata ini dihasilkan dan dikeluarkan oleh syarikat Soltam di bandar Yokne'am, dijual oleh kementerian pertahanan Israel dan diekspot ke seluruh dunia. “Walaupun kita fikir ini ialah mortar terbaik, kita tidak mencadangkannya sebaliknya menggunakan badan perunding bebas untuk mengambil keputusan,” menurut Yehuda Golan.


“Israel menekankan kemahiran ketenteraan dan motivasi yang tinggi. Kepintaran berkawad dan pertunjukan ketenteraan, tentera Singapura tidak pernah belajar dari `Mexicans.' Apa yang tentera Singapura belajar adalah dari pegawai British yang mengetuai dua rejimen infantri yang awal”, tulis Lee.

“Motto kita ialah kita tidak akan menyibuk apa yang Singapura boleh buat sendiri,” menurut Golan. “Mereka ingin mengatur perbarisan Hari Kemerdekaan mereka sendiri. Kami berkata perbarisan ketenteraan menggambarkan mentaliti negara dan sejarahnya.” Singapura tidak menjadikan ia satu isu. Bagaimana pun mereka mempunyai masalah yang memerlukan penyelesaian segera – apa rentak hendak dimainkan ketika tentera sedang berkawad. Ketua misi Israel, , Yaakov Elazari, membawa nota lagu dari Israel dan tentera Singapura berkawad diiringi lagu kawad Israel.


Buku Panduan Pertempuran Hutan

Pihak Singapura mengejutkan pegawai Israel apabila mereka menyatakan mereka perlukan kursus tempur dalam hutan. Singapura cuma ada hutan kecil seluas lima kilometer persegi, tapi negara jiran mempunyai hutan yang besar. Kata Yehuda Golan “ : Saya beritahu mereka benar, tapi saya bukanlah orangnya, kerana saya tidak tahu apa-apa perang di hutan.” Bagaimanapun pegawai Israel cuba mengatasinya. Keputusan dibuat untuk menghantar dua pegawai Singapura sebagai tetamu tentera Malaysia dalam kursus pertempuran dalam hutan.

“Tiga bulan kemudian, dua pegawai tersebut pulang dengan pengalaman yang diperolehi di Malaysia, dan kami membuat latihan tempur dalam hutan selepas itu,” menurut Golan. “Atas dasar ingin tahu, saya juga turut serta. Ianya begitu teruk – jelas mereka diajar cara British ketika perang dunia kedua. Saya mengambil keputusan melatih 10 orang pegawai. Kami memasukki hutan dan memulakan permainan perang. Kami latih bidang pandu arah, membentuk pasukan, menyerang dan mencari. Kita merujuk kepada buku panduan perang Amerika di Vietnam. Kita membangunkan cara pandu arah malam. Kita belajat bagaimana berfungsi sebagai sebuah kompeni tempur dalam hutan tebal. Selepas beberapa minggu latihan, saya menulis buku panduan perang dalam hutan untuk Tentera Singapura”.

7/5/06

Ceramah Perdana Palestin 10 Julai Seremban

CERAMAH PERDANA
ISU PALESTIN DAN ISLAM LIBERAL

Us Azman Syapawi – Ketua Pemuda PAS Terengganu
Us Kamal Ashaari – Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor

ISNIN 10 Julai 2006
Jam 9 Malam

Di Markas PAS Cawangan Ampangan, Seremban
(sebelah Surau Hitam)

SEMUA DIJEMPUT HADIR

7/2/06

Demo Bantah Keganasan Israel 7 Julai K.L.

AYUH !! Sertai Demonstrasi Aman Membantah Keganasan Israel Terhadap Orang Awam dan Rakyat Palestin selepas Solat Jumaat 7 Julai 2006 di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur.

Yang bekerja sila mohon cuti. Yang tidak dapat bercuti beri sumbangan kepada mereka yang hendak pergi tetapi tidak mampu.

Mereka daripada Negeri Sembilan yang ingin pergi atau ingin menyumbang sila hubungi koordinator di Seremban Tn Hj Mohd Taufek 019-6576540

Rakyat Malaysia, orang ramai yang prihatin, Islam atau bukan Islam, Persatuan-Persatuan , AJK Masjid dan Surau, individu, parti-parti politik digalakkan hadir.