FORUM

FORUM

KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

9/29/06

Kenapa Saya Abd Zarin Dipecat Dari UMNO

Kenyataan Media Abd Zarin bin Mohd Yasin , 29 Sep 2006
http://sangkelembai2006.blogspot.com/
Presiden UMNO Abdullah Ahmad Badawi dalam Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi UMNO hari ini, 29hb September 2006 telah memecat saya dari menjadi ahli UMNO atas dakwaan bahawa saya telah melanggar peruntukan Fasal 20.8 Perlembagaan UMNO dibaca bersama Perkara 1 Tata Etika ahli UMNO iaitu berkelakuan dengan tujuan menjejaskan kedudukan parti UMNO di dalam kerajaan selain menjatuhkan imej dan nama baik parti.

Saya telah dihadapkan kepada Lembaga Disiplin UMNO pada 4hb September 2006 atas 22 pertuduhan yang berkisar kepada tulisan saya yang menyentuh Abdullah Ahmad Badawi dalam blog "Sang Kelembai". Lembaga Disiplin UMNO telah bersetuju untuk mengambil tindakan agar saya dibebaskan tetapi tidak dilepaskan dari tuduhan disiplin, dan saya memberi surat aku janji supaya tidak lagi menulis perkara - perkara yang menyentuh serangan peribadi Abdullah Ahmad Badawi sebaliknya menulis bentuk kritikan kepada perkara - perkara dasar atau pandangan yang boleh membantu parti. Surat "aku janji" itu telah saya serahkan kepada Lembaga Disiplin tersebut.

Sungguhpun demikian pada bulan Ramadhan yang mubarak ini, Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan pemecatan saya sebagai ahli UMNO dengan berselindung atas alasan bahawa ahli Majlis Tertinggi UMNO sebulat suara bersetuju dengan dengan keputusan pemecatan tersebut. Saya menerima pemecatan tersebut dengan terbuka dan menganggap bahawa pemecatan ini adalah satu rahmat bagi saya dari terus menyokong organisasi yang dipimpin oleh seorang Presiden yang bagi saya cenderung kepada sifat - sifat seorang "munafik"

Pemecatan itu memberi saya ruang untuk bebas dari ikatan Perlembagan UMNO bentuk baru, yang menyekat ruang untuk mengkritik dan menegur pemimpin, satu perkara yang berlawanan dengan prinsip Islam Hadhari. Ini membuktikan teguran saya bahawa konsep Islam Hadhari yang dibawa oleh Perdana Menteri kita hanya - Islam ada had dan ada hari.

Pemecatan saya juga membuktikan bahawa pemimpin UMNO tidak boleh dikritik atau ditegur dan perbuatan mengkritik kepimpinan khususnya dalam konteks ini "mengkritik Perdana Menteri " merupakan satu dosa besar dalam parti. Pemecatan ini tidak melunturkan sokongan saya terhadap UMNO kerana bagi saya, sokongan setelah saya dipecat menunjukkan komitment saya terhadap perjuangan agenda - agenda UMNO dan sokongan ini bukan sokongan yang mempunyai niat - niat perolehan tertentu. Kita tidak sepatutnya hadir dalam menyokong parti hanya untuk menuntut balasan dari parti untuk kepentingan diri sendiri tetapi kita hadir menyokong kerana kita percaya kepada idealisma dan perjuangan UMNO yang selama ini relevan untuk agama, bangsa dan negara.

Ini adalah kali kedua saya dipecat sebagai ahli UMNO dalam perkara yang sama, iaitu menegur pemimpin UMNO. Pada tahun 1996, kerana menulis berapa surat terbuka kepada Dr Mahathir Mohamed dan Anwar Ibrahim saya dipecat oleh Majlis Tertinggi UMNO dan diterima semula dalam UMNO selepas Anwar Ibrahim dipecat oleh Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1998.

Pemecatan ini bagi saya telah membuka ruang yang lebih luas sama ada untuk menulis, hadir dalam mana - mana majlis yang berjuang untuk membongkar pembohongan Abdullah Ahmad Badawi dan jika saya terlibat dalam mana-mana ceramah termasuk ceramah Parti Pembangkang selepas ini, ia lebih merupakan perjuangan saya bagi menghidari rakyat dari ditipu oleh Abdullah Ahmad Badawi. Saya komited untuk memastikan beliau meletakan jawatan atau disingkirkan sebagai Perdana Menteri secara demokrasi dalam pilihanraya yang akan datang. Penyingkirkan seorang Perdana Menteri bukan perkara baru. Ini pernah berlaku dalam pilihanraya 1969. Semua rakyat berbilang kaum dalam menunjukkan protes mereka, telah memberi undi kepada pembangkang sehingga memperolehi banyak kerusi Dewan Negeri dan seterusnya menguasai Pulau Pinang dan Pas kekal di Kelantan. Tindakan rakyat ini juga mengoncang kedudukan Perak dan Selangor. Begitu juga ditahun 1999, apabila seluruh rakyat Terengganu telah mengundi Pas kerana mahu menyingkirkan Wan Mokhtar Ahmad. Tidak mustahil pada pilihararaya yang akan datang rakyat Malaysia terdiri dari Melayu, China,India dan etnik lain akan mengundi parti pembangkang kerana mahu menyingkiran Abdullah Ahmad Badawi.

Saya tidak akan merayu atas keputusan tersebut dan akan hanya memohon menyertai semula UMNO setelah Abdullah Ahmad Badawi sudah tidak menjadi Presiden UMNO. Saya ingin membawa kepada satu peristiwa Saidina Hamzah yang tidak membunuh musuh perangnya sungguhpun musuh tersebut telah meludah kemukanya. Bila ditanya kenapa beliau tidak membunuh musuh tersebut, beliau menjawab, "bahawa aku berperang menentang musuh Allah dan aku takut kehilangan pahala kerana membunuh dia yang telah meludahku" dan sikap ini saya jadikan landasan perjuangan saya untuk terus membongkar kemunifikan pemimpin yang memperalatkan Islam.

Kepada semua ahli Majli Tertinggi UMNO, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sebulat suara bersetuju memecat saya dari menjadi ahli UMNO. Saya yakin ahli Majlis Tertinggi UMNO tahu dengan beradanya saya diluar UMNO, ini pasti akan memudahkan saya bergerak untuk menyegerakan kejatuhan Abdullah Ahmad Badawi. Saya komited dan tidak akan menghampakan harapan itu. Doakan saya berjaya dalam usaha ini. Saya mengungkap perutusan kemerdekaan tempoh hari :

"APA ERTI KEMERDEKAAN, JIKA TIDAK ADA KEBEBASAN. APA ERTI KEBEBASAN , JIKA TIDAK ADA PERJUANGAN. APA ERTI PERJUANGAN. JIKA TIADA PENGORBANAN. APA ERTI PENGORBANAN, JIKA TIDAK ADA KEBERANIAN. APA ERTI KEBERANIAN, JIKA TIDAK ADA KEMATIAN... dan saya sanggup mati dari berketuakan seorang Presiden Parti yang Munafik.

Sekian Terima Kasih
Senarai imbasan kertas pertuduhan boleh dilihat dalam laman www.umno-reform.com

9/28/06

Kisah Sebenar Kenapa Roti High 5 Jijik, Kotor dll

Jawapan Rasmi Dari Meja Admin PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) Mengenai Isu Roti High5
http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php?extend.235
Antara isu-isu besar yang telah dibongkar oleh PPIM adalah isu sosej haram, isu ayam campur babi, isu murtad, isu salib, isu ikan diberi makan babi, isu kuih bulan dan babi salai, isu tanda halal, isu vaksin haram, isu penjualan Pantai Hospital kepada Singapura, isu tarik kereta, isu gula, isu penindasan Islam di Selantan Thailand, isu penipuan kerajaan Amerika berkenaan tragedi 9/11 dan menyalahkan umat Islam dan banyak lagi isu-isu penting yang tidak dapat disenaraikan. Semua isu-isu ini ditangani dengan baik dan telah membuahkan hasil yang positif kepada para pengguna sebagaimana yang kita lihat selama ini.

Tetapi agak pelik apabila isu roti High5 diserbu kerana kekotoran yang telah disahkan “amat kotor” oleh Kementerian Kesihatan dan JAKIM menghadapi bermacam bantahan, fitnah, cemuhan serta tomahan daripada “berbagai” pihak. Ada yang menyalahkan PPIM kerana membuat inisiatif menyerbu sebuah kilang yang kotor dan menyediakan roti yang kotor kepada para pengguna. Nampaknya mereka ini seolah-olah setuju dan gemar memakan roti yang dikeluarkan oleh kilang yang amat kotor lagi menjijikan itu.

PPIM juga dikatakan menyebarkan fitnah mengenai minyak ‘haram’ yang digunakan sebagai ramuan dalam roti sedangkan PPIM telahpun membuat laporan Polis menafikan dakwaan tersebut dan menunggu laporan dari JAKIM. Ini merupakan satu fenomena yang amat pelik sepanjang perjuangan PPIM sejak 8 tahun lalu kerana ramai “pengguna” pula didapati ingin “mempertahankan” kilang yang kotor!

PPIM juga difitnah dan ditohmah menerima habuan serta merancang bersama Gardenia untuk menjatuhkan perniagaan Silverbird. Ia bermula dengan penafian pihak Silverbird bahawa kilang ditutup kerana “only a few broken tiles” (Sila rujuk gambar kilang tersebut yang sebenarnya tidak menggunakan tiles langsung dalam kilangnya).

Malah berita terkini yang diterima mengatakan seorang Menteri Kabinet memaklumkan bahawa isu High5 adalah isu “business rival” yang mana menidakkan isu sebenar, iaitu soal kekotoran, jijik, meloyakan dan tiada standard seolah tenggelam begitu sahaja! Malah tindakan undang-undang seperti yang sepatutnya dibuat, tidak pula diambil.

Amatlah menyedihkan jika setiap kali PPIM mengambil tindakan maka ramai pula ”pengguna” di luar sana datang kehadapan untuk mempertahankan para pengusaha yang dikira tidak beretika. Bayangkan setiap kali berita serbuan atau pendedahan berlaku tentang isu-isu diatas maka ramailah “pengguna” bermati-matian mempertahankan isu sosej, vaksin, salahguna tanda halal dan lain-lain isu di atas.

Cuba Bayangkan kesan yang akan timbul jika para pengguna mempertahankan Coca Cola, Colgate, Starbucks dan lain-lain produk yang dibuktikan mendatangkan mudarat kepada kita dan kepada keamanan dunia dibela sebagaimana terbelanya roti High5.


Untuk makluman semua, PPIM memang ada menjalankan aktiviti kemasyarakatan dengan syarikat-syarikat yang dikatagorikan sebagai MFO (Muslim Friendly Organisation) atau syarikat-syarikat yang beretika yang ingin memperbaiki perkhidmatan mereka dan bekerjasama dengan PPIM demi kepentingan hak pengguna.

Dalam konteks ini, kira-kira 5 tahun dahulu setelah PPIM menerima aduan sms dan email mengenai Gardenia tidak halal dan dicampur minyak babi, memang PPIM memeriksa ada kilang Gardenia (dan banyak kilang lain sepanjang 8 tahun lalu) yang mana setelah diperiksa dan dirujuk kepada beberapa pakar perunding agama, mereka berpuas hati dan tidak ada sebab untuk mengaitkan pelabur yang membeli saham di pasaran terbuka dengan isu ternakan babi kerana adalah "tidak adil untuk menyalahkan dan menghukum seorang anak yang di atas dosa ayah".

Lagipun setelah diberikan nasihat, mereka menerima secara terbuka dan memperbetulkan apa yang diminta. Mereka juga telah manaja program-program keagamaan seperti Al-Hidayah dan Mencari Keberkatan yang banyak membawa manfaat kepada jutaan umat Islam. Isu terhenti di situ tanpa sebarang bantahan dan juga tomahan yang tidak matang daripada mana-mana pihak seperti apa yang berlaku pada isu roti High 5.

Kalau High5 sendiri bersedia untuk menerima dan mengakui kesalahan sebagaimana yang dicatat oleh Kementerian Kesihatan maka sudah tentu PPIM bersedia memberi nasihat yang diminta. Malangnya tiada sebarang permohonan maaf atau “remorse” atau kesediaan menerima kelemahan dan memperbaikinya. Yang ada hanya percubaan untuk menafikan semua kesalahan, seolah-olah para pengguna di negara ini dungu dan hadap segala yang dihidangkan.

Kami juga rasa hairan di hari kejadian tersebut, Dato’ Jackson Tan CEO Silverbird bercakap dengan pengarah kami di mana dalam laporannya mencatatkan bahawa ayat pertama yang dikeluarkan oleh Dato’ Jackson adalah “ini dilakukan oleh Gardenia”. Adakah kilang yang kotor dilakukan oleh Gardenia? Apa kena mengena kilang kotor dengan Gardenia? Kalau kilang tidak kotor, Perdana Menteri pun tak boleh buat apa! “Gagak lalu, ranting patah?” Isu selepas itu adalah “dilakukan oleh musuh perniagaan, beberapa jubin pecah, …”

Adalah tidak professional dan tidak beretika menyalahkan orang lain di atas kesalahan kita sendiri yang telahpun dilakukan bertahun-tahun. Saya yakin kalaulah ditaja oleh Gardenia, maka maklumat ini sudah tentu diperolehi PPIM 4 tahun dahulu dan serbuan telahpun lama dilakukan. Serbuan tersebut bukannya dilakukan oleh PPIM sahaja tetapi pelbagai agensi kerajaan turut terlibat dan menyaksikan sendiri betapa teruknya keadaan. Moralnya, jangan menyalahkan orang lain di atas kelemahan dan kejahatan sendiri kecuali kejahatan sudah memang ada dalam diri. Memanglah, pencuri mana pun akan menyalahkan orang yang menangkapnya apabila tertangkap. Biasalah tu.... salahkan orang lain atas salah sendiri..

Kini kita mula teringat mengenai kejadian yang berlaku pada Gardenia… adakah dilakukan oleh High5!!!? Isu minyak babi digunakan oleh Roti High 5 juga bukannya dimulakan oleh PPIM. Mungkin mereka dengan sengaja menaikkan isu ini dan apabila berjaya dibuktikan sebaliknya, maka isu kilang kotor jijik dan meloyakan tertutup dengan sendirinya.

Diperspektif yang lain, adakah bermakna apabila PPIM bekerjasama dengan mana-mana organisasi kerajaan ataupun swasta, PPIM tidak boleh memantau syarikat lain yang menjalankan aktiviti yang serupa dengannya.

Senarai produk dan organisasi yang mendapat nasihat dari PPIM adalah banyak sekali. Senarai penipuan produk yang telah dibongkar oleh PPIM pun banyak juga. Adakah ini bermakna PPIM tidak boleh memantau lain-lain produk sebagaimana yang sedang berlaku di antara Gardenia dan High5? Adakah ini bermakna PPIM harus tutup mata rapat-rapat apabila diadukan kekotoran kilang High5 semata-mata kerana PPIM memantau Gardenia.

Sama-sama kita renung perkara ini dengan bijaksana.…

”BERSAMA KEMBALIKAN HAK DAN MARUAH DENGAN BIJAKSANA”

-TO’KI-

9/27/06

AWAS ! SPR di Pasaraya Giant dan Terminal 1

Perhatian kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas.

Pastikan anda telah berdaftar sebagai pemilih untuk melayakkan anda mengundi dalam pilihanraya.

Suruhanjaya Pilihanraya sekarang ini sedang membuka kaunter di Pasaraya Giant Senawang untuk Membuat Pendaftaran Baru, Menukar Alamat atau Menyemak Daftar Pemilih.

Pastikan bawa MyKad anda. Penukaran alamat adalah mengikut alamat pada MyKad.

Pihak kami mendapati masih ramai mereka yang menetap di Negeri Sembilan ini berdaftar sebagai pengundi di luar Negeri Sembilan.

Kaunter di Giant Senawang dibuka pada hari Sabtu dan Ahad dari jam 10 pagi hingga 3 petang.

Sementara kaunter di Terminal One Seremban dibuka pada hari Sabtu dan Ahad 12 tgh hingga 5 petang.

Untuk maklumat lanjut hubungi pejabat SPR negeri 06-7639975

Tunaikan tanggungjawab anda sebagai warganegara Malaysia

AWAS ! SPR di Pasaraya Giant dan Terminal 1

Perhatian kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas.

Pastikan anda telah berdaftar sebagai pemilih untuk melayakkan anda mengundi dalam pilihanraya.

Suruhanjaya Pilihanraya sekarang ini sedang membuka kaunter di Pasaraya Giant Senawang untuk Membuat Pendaftaran Baru, Menukar Alamat atau Menyemak Daftar Pemilih.

Pastikan bawa MyKad anda. Penukaran alamat adalah mengikut alamat pada MyKad.

Pihak kami mendapati masih ramai mereka yang menetap di Negeri Sembilan ini berdaftar sebagai pengundi di luar Negeri Sembilan.

Kaunter di Giant Senawang dibuka pada hari Sabtu dan Ahad dari jam 10 pagi hingga 3 petang.

Sementara kaunter di Terminal One Seremban dibuka pada hari Sabtu dan Ahad 12 tgh hingga 5 petang.

Untuk maklumat lanjut hubungi pejabat SPR negeri 06-7639975

Tunaikan tanggungjawab anda sebagai warganegara Malaysia

Surau Seremban Jaya Di Baling Batu Ketika Azan

Ini laporan yang baru kami terima. Ketika azan subuh dilaungkan di Surau Ikhwan (Fasa 9) Taman Seremban Jaya , Seremban pada Rabu 27 September 2006, beberapa jemaah melaporkan terdengar dentuman agak kuat kesan balingan batu pada dinding surau dan ada yang terlepas ke kawasan mengambil wudhu’. Mereka tidak nampak siapa yang membaling batu-batu tersebut menurut mereka arah datangnya adalah dari bahagian menara tangki air yang bersebelahan surau tersebut .

Apa yang amat membimbangkan penduduk di sana ialah sekiranya mereka terus melakukan perkara biadap ini sewaktu solat Isyak di mana ramai kanak-kanak yang hadir di perkarangan surau tersebut akan mendapat kecederaan .

Laporan polis mungkin sudah atau akan dibuat oleh pihak jemaah surau bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.

9/26/06

Kristian Fellowship akan ditubuhkan di Sekolah-Sekolah Menengah

Forkad adakan 100 'road show' antimurtad sempena Ramadan

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Hrkh) - Sempena Ramadan Al-Mubarak, 'Front' Bertindak Anti-Murtad (Forkad) akan mengadakan 100 'road show' di seluruh negara untuk memberi kesedaran kepada umat Islam bahaya gejala murtad yang didakwa semakin berleluasa kini.

Pengerusi Forkad, Ustaz Ridzuan Mohd Nor, berkata kempen yang diberi tema 'Pertahankan Akidah Ummah' adalah usaha berterusan badan itu dalam menangani isu murtad di samping memberi peringatan kepada umat Islam agar tidak leka dengan dakyah-dakyah halus yang cuba disebarkan melalui pelbagai cara.

"Terkini, dakyah halus penyebaran agama lain melalui komik yang disebarkan secara percuma di sekitar Lembah Klang yang jelas cuba mempengaruhi golongan kanak-kanak," katanya ketika ditemui Harakahdaily selepas perhimpunan secara aman membantah kenyataan Pope yang menghina Islam dekat sini baru-baru ini.

Beliau merujuk kepada sebuah komik bertajuk 'Kisah Paling Menarik Yang Pernah Diceritakan' memuatkan kisah yang bertentangan dengan kepercayaan orang Islam itu jelas cuba menyebarkan fahaman agama lain disamping cuba mengelirukan dengan menyebut 'Allah' bagi maksud Tuhan sedangkan agama berkenaan tidak menggunakan nama 'Allah' dalam kitab dan ibadat mereka.

Komik tersebut diedarkan secara percuma di sekitar Cheras dan ditaburkan di pekarangan Masjid, Taman Maluri dilaporkan mengunakan perkhidmatan belia-belia berbangsa Melayu yang memerlukan upah wang ringgit.

"Dakyah ini sudah berlaku agak lama dan ini jelas bertentangan dengan undang-undang negara," kata Ustaz Ridzuan.

Selain komik katanya, Bible dalam Bahasa Melayu dan Alkitab dalam Bahasa Arab turut disebarkan secara percuma yang secara tidak langsung cuba menerapkan fahaman agama lain dan mengelirukan umat Islam khususnya yang kurang didikan agama.

Di samping itu, katanya Forkad turut mendapat maklumat ada usaha untuk mewujudkan persatuan agama di sekolah-sekolah menengah yang berperanan seperti Persatuan Agama Islam.

"Mereka nak menubuhkan Kristian Fellowship di sekolah-sekolah menengah dan telah pun menghantar cadangan," katanya.

"Fungsinya macam satu organisasi seperti Persatuan Agama Islam, ada tanzim...berselindung sebagai wadah kepada pelajar penganut Kristian," katanya.

"Tetapi kita yakin persatuan tersebut akan propagandakan agama Kristian kepada pelajar Islam sebagaimana yang telah pun berlaku di kampus-kampus," katanya lagi.

Forkad katanya, akan membuat laporan polis dan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam masa terdekat berkaitan hal berkaitan termasuk mengadakan pertemuan dengan para mufti seluruh negara.

"Isu ini bukan bermusim malah mesti ada usaha berterusan. Kita mahu semua pihak memantau dan mencegah supaya masyarakat Islam negara ini tidak terpesong akidahnya dan murtad akibat daripada perbuatan dan tindak-tanduk halus pihak-pihak tidak bertanggungjawab," katanya. - lanh

http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=4450&Itemid=1

9/24/06

Islam Hadhari Tak Perlu – Dr Mahathir

Dr M: Khairy dan 'Patrick Badawi' perintah Terengganu
Dari Lama Web Generasi Mahathir http://www.generasi-m.com

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat dakwaan terbaru terhadap menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh kerajaan sekarang.

Bercakap dalam satu majlis di Terengganu semalam, beliau mendakwa Perdana Menteri telah membiarkan menantunya, Khairy Jamaluddin dan rakannya seorang ahli perniagaan, Patrick Lim ‘memerintah’ Terengganu.

Dr Mahathir turut dipetik oleh Akhbar Straits Times Singapura sebagai membahasakan Patrick Lim sebagai Patrick Badawi.

Ini merupakan ucapan awam pertama Dr Mahathir selepas kalah dalam pemilihan menjadi perwakilan Umno Kubang Pasu 9 September lalu, yang didakwanya dicemari oleh politik wang dan taktik kotor.

Islam Hadhari

Dr Mahathir turut menyentuh tentang konsep Islam Hadhari yang diilhamkan oleh Abdullah selepas mengambil alih pentadbiran negara pada 2003.

Menurut bekas Perdana Menter itu, tidak perlu ditambah pelbagai interpretasi terhadap agama tersebut.

Islam Hadhari diperkenalkan oleh Adullah untuk mempromosikan Islam sederhana yang memfokuskan kepada pembangunan.

Pertikaian antara Dr Mahathir dan penggantinya itu tercetus selepas beberapa projek yang dilaksanakan sewaktu pentadbirannya, telah dibatalkan, termasuk keputusan kerajaan Abdullah membatalkan projek pembinaan jambatan bengkok.

Antara lain, Dr Mahathir menuduh Abdullah berbohong dan gagal untuk melindungi kedaulatan negara.

Beliau juga menuduh Khairy – yang kini merupakan Naib Ketua Pemuda Umno – mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri.

Umno masih relevan

Sementara itu, Dr Mahathir berkata Umno masih merupakan sebuah parti politik yang relevan bagi orang Melayu dan harus dipertahankan kerana ia penting untuk orang Melayu dan negara ini.

Bercakap di majlis yang sama, beliau berkata Umno umpama sebuah jambatan dan jambatan itu tidak harus dibakar selepas “selepas kita sampai ke sebarang sana kerana kita mungkin memerlukannya untuk perjalanan balik”.

Mengenai tindakan biadap sesetengah pemimpin Umno terhadapnya, Dr Mahathir berkata sikap seumpama itu tidak mencerminkan perilaku yang baik orang Melayu yang terkenal dengan budi bahasanya.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, beliau meminta Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi menunjukkan bukti bahawa beliau telah memburuk-burukkan kerajaan di luar negara.

Dr Mahathir menafikan yang beliau telah berbuat demikian sewaktu lawatannya baru-baru ini ke Pakistan, Kazakhstan, Abu Dhabi dan Iran.

Bekas Perdana Menteri berkata, jika Zahid berani, beliau diminta menyiarkan semula semua ucapannya dalam akhbar New Straits Times dan tunjukkan di mana beliau telah memburuk-burukkan negara.

From : (http://www.malaysiakini.com/news/57220) Sep 23, 06 4:17pm

http://www.generasi-m.com/today/index.php?ind=news&op=news_show_single&ide=413

9/20/06

Demo Bantah Pope 22 Sep Semua Masjid Negeri !!!

Bantah Pope: Pemuda anjur perhimpunan 22 September ini
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Hrkh) - Pemuda PAS akan mengadakan perhimpunan aman di seluruh masjid negeri selepas solat Jumaat 22 September ini bagi mendesak Pope Benedict XVI memohon maaf dan menarik kembali kenyataannya menghina Islam, kata Ketuanya, Salahuddin Ayub.

Perhimpunan itu dibuat sejajar dengan seruan ulama yang dihormati di seluruh dunia Islam, Yusof Al-Qaradawi yang mahu umat Islam mengadakan bantahan secara aman terhadap kenyataan biadab Pope di masjid selepas solat Jumaat ini iaitu Jumaat terakhir sebelum bulan Ramadan, katanya ketika ditemui di Dewan Rakyat petang tadi.

"Saya telah mengarahkan semua jentera Pemuda PAS negeri mengadakan perhimpunan itu. Saya harap seluruh umat Islam akan turut serta dalam bantahan itu," katanya.

Tidak cukup dengan 'sorry'
Menurut Salahuddin, meskipun kenyataan 'sorry' telah dikeluarkan oleh Pope Benedict sebelum ini, ia tidak mencukupi jika pembesar agama Kristian itu tidak menarik kembali kenyataannya dan memohon maaf.

"Pope hanya menyatakan 'sorry' yang kalau dalam pengertian sebenar bermaksud 'kesal' dan bukannya maaf. Kita mahu Pope menyatakan 'apologize' kepada umat Islam, dan tarik kenyataan yang mampu mencetus kemarahan umat Islam itu," katanya.

Sementara itu ketika ditanya sama ada PAS secara keseluruhannya akan mengadakan perhimpunan aman bagi isu tersebut beliau tidak menolak kemungkinan akan mengadakannya.

Menurut Salahuddin, cadangan mengadakan perhimpunan besar itu ada tetapi ia masih di peringkat perbincangan dan akan melihat kesesuaian jika Pope Benedict tidak menarik semula kenyataannya, kemungkinan besar perhimpunan itu akan diadakan.

Penjelasan Pope gagal reda kemarahan umat Islam
Sebelum ini laporan AFP menyebut, kenyataan Benedict mengenai Islam dibuatnya dalam satu ucapan di Jerman yang mengisahkan perbualan antara Maharaja Kristian Empayar Byzantine, Manuel Paleologos II dengan seorang cendekiawan Paris mengenai kebenaran agama Islam dan Kristian.

Benedict dilaporkan memetik kata-kata maharaja Byzantine itu mengenai Nabi Muhammad, iaitu: "Saya memetik kata-katanya, "Tunjuk kepadaku apakah yang baru yang dibawa oleh Muhammad, dan ia hanyalah kejahatan dan ketidak perikemanusiaan, seperti perintahnya untuk mengembangkan (ajarannya) melalui pedang."

Jurucakap Pope kemudiannya berkata, Benedict menghormati Islam tetapi menolak keganasan yang dikaitkan dengan agama itu. Penjelasan itu, bagaimanapun gagal meredakan kemarahan umat Islam.


Pelbagai negara Islam bantah kenyataan biadab Pope

Akibat kenyataan itu, Parlimen Pakistan sebulat suara meluluskan resolusi menuntut Pope "menarik balik kenyataan itu demi menjaga keharmonian antara agama."

Di India, Pengerusi Suruhanjaya Negara bagi Kaum Minoriti, Hamid Ansari berkata: "Bahasa yang digunakan oleh Pope bunyi sama seperti rakan sejawatannya pada abad ke-12 yang memerintah supaya dilancarkan Perang Salib."

Kumpulan Ikhwan al-Muslimin, yang merupakan pembangkang utama di Parlimen Mesir, menyifatkan ucapan Pope itu lebih serius daripada isu lukisan kartun gambar Nabi Muhammad yang telah mencetus kemarahan umat Islam di seluruh dunia awal tahun ini.

"Pope akan berdepan dengan bantahan keras, kerana kenyataannya lebih memudaratkan berbanding dengan lukisan kartun tersebut, kerana ia datang dari mulut seorang pemimpin yang mewakili berjuta-juta manusia," kata pegawai kanan kumpulan tersebut, Abdel Moneim Abul Futuh.

Di Turki, pengerusi direktorat hal ehwal agama negara itu, Ali Bardakoglu pula menyifatkan kenyataan Pope itu "penuh rasa permusuhan dan kebencian" dan menegaskan Pope tidak harus dibenarkan ke Turki.

Bantahan juga berlaku di Iran manakala golongan ulama Sunni di Iraq pula menggesa kerajaan menghalau wakil Vatican sebagai bantahan terhadap kenyataan Pope tersebut.

Sementara itu Yayasan Ramadan di Britain membandingkan Pope Benedict XVI dengan Pope sebelum ini, John Paul II.

"Mendiang Pope John Paul II menghabiskan lebih 25 tahun untuk membina jambatan dan hubungan baik dengan masyarakat Islam. Dia telah memperlihatkan kepada dunia bahawa persepsi mereka terhadap Islam adalah salah dan kita adalah satu masyarakat yang cintakan keamanan," katanya

9/19/06

Anak umur 12 tahun lewat buat MyKad denda RM16

Perhatian kepada ibu bapa, penjaga dan guru-guru. Pastikan anak-anak kita semua apabila mencapai umur 12 tahun hendaklah membuat MyKad dalam tempoh 30 hari apabila mereka berumur 12 tahun. Saya sendiri tak perasan peraturan ini, baru-baru ini isteri saya membaut MyKad untuk anak saya yang berumur 12 tahun 40 hari dikenakan denda RM 11. Jika berumur 13 tahun dendanya RM 12, umur 14 tahun RM 14 dan umur 15 tahun RM 16 jika masih belum membuat MyKad.

AWAS ! Mereka yang berumur 18 hingga 25 tahun pula jika belum menukar MyKad selepas umur 27 tahun akan dikenakan denda RM 40 hingga RM 220 jika berumur 35 tahun ke atas.

Harap dapat sebarkan maklumat ini kepada semua.

Sila rujuk laman web Jabatan Pendaftaran Negara.

http://www.jpn.gov.my/main.htm

9/18/06

JOM DEMO BANTAH Pope !!!

Pope didesak tarik balik ucapan, letak jawatan

Parti Islam SeMalaysia (PAS) menuntut Pope Benedict XVI menarik balik kata-katanya yang menghina Islam dan Nabi Muhammad s.a.w dalam satu ucapan yang disampaikan di Jerman pada 12 September 2006 yang lalu.

Walaupun dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Vatican menyatakan bahawa Pope Benedict merasa menyesal dan meminta maaf kepada masyarakat Islam berhubung kata-katanya tetapi ia masih tidak memadai.

Kita mahu pernyataan maaf itu keluar daripada mulut Pope Benedict sendiri di mana beliau harus menarik balik semula kata-kata yang bukan sahaja telah menyinggung perasaan umat Islam tetapi menampakkan sikapnya yang tidak menyenangi ajaran agama Islam.

Ucapan itu jelas mempunyai niat yang jahat dan membawa maksud untuk menghina hina. Kalau benar ketua masyarakat Roman Katolik itu menghormati agama Islam sudah tentu beliau tidak akan mengeluarkan kenyataan seumpama itu apatah membuat petikan daripada sebuah buku yang tidak mengandungi sumber yang tepat.

Beliau seharusnya lebih berhati-hati dan sensitif kerana kenyataannya yang dibuat mempunyai kesan dan pengaruh yang besar terhadap hubungan masyarakat di peringkat antarabangsa.

Pandangan beliau secara tidak langsung adalah mewakili penganut agama Kristian. Pandangan itu seolah-olah selari dan sama dengan pandangan Presiden AS, George Bush yang menyifatkan umat Islam sebagai golongan pengganas yang wajar diperangi. Bush sendiri adalah salah seorang pendukung kuat kepada agama Kristian Protestan.

Jadi, umat Islam di seluruh dunia harus bangkit untuk menyuarakan bantahan dan penentangan mereka terhadap ucapan pope. Masyarakat Kristian tidak sepatutnya merasa marah dan tersinggung kalau umat Islam memberikan reaksi bagi mempertahankan dan menunjukkan sikap mereka terhadap ucapan Pope.

Sebagai pemimpin kepada agama Kristian, Pope Benedict sudah tentu sedar dengan ucapan yang dibuat dan beliau harus bertanggungjawab penuh terhadap ucapannya yang telah mencetuskan hubungan yang keruh di antara kedua-dua penganut agama terbesar di dunia.

Justeru itu, PAS mendesak supaya Pope Benedict meletakkan jawatannya dan mengambil tanggungjawab terhadap segala tindakannya yang telah mencetuskan suasana yang tidak menyenangkan di seluruh dunia.

Pada masa yang sama, PAS juga menuntut agar Malaysia sebagai Pengerusi OIC mengambil langkah yang lebih pro aktif untuk mempertahankan kredibiliti dan integriti agama Islam dengan turut membuat desakan yang serupa.

Ini adalah sebagai pengajaran kepada mana-mana pihak agar tidak membuat kenyataan yang boleh mengguris hati penganut dan menghina ajaran agama orang lain.

Hj Ahmad Awang
Ketua Penerangan PAS Pusat

http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=4322&Itemid=1

Budak Melayu Diupah Edar Komik Kristian

Nampaknya semakin kurang ajar dan tidak sensitif golongan ini terhadap umat Islam di Malaysia !!! Bangkitlah umat Islam di Malaysia ini dari lena dan mimpi , sebelum anak kita sendiri yang sesat !!! Berjihadlah dengan diri sendiri , harta dan wang ringgit untuk membela Islam di Malaysia ini, jangan serahkan tanggungjawab ini kepada orang lain !!!

UTUSAN MALAYSIA 18 Sep 2006. Komik agama bukan Islam berbahasa Melayu diedar percuma

ADA kumpulan tertentu menyebarkan buku komik agama bukan Islam berbahasa Melayu secara percuma kepada orang ramai. Komik tersebut saya peroleh secara percuma di tempat letak kereta Taman Shamelin Perkasa, Cheras baru-baru ini.

Yang lebih malang lagi pengedarnya dilakukan oleh belia Melayu yang saya jangkakan mestilah beragama Islam. Apabila ditanya tahukah mereka apa yang mereka edar, mereka menjawab mereka tahu tetapi terpaksa dilakukan demi kerja.

Belia yang sememangnya dahagakan pekerjaan terpaksa melakukan kerja tersebut demi wang ringgit untuk menyara hidup di kota raya. Golongan berkenaan mengambil kesempatan terhadap mereka.

Komik tersebut bertajuk Kisah Paling Menarik Yang Pernah Diceritakan memuatkan kisah yang bertentangan dengan kepercayaan orang Islam.

Persoalannya kenapa komik itu dibukukan dalam bahasa Melayu dan diupah belia Melayu untuk mengedarnya? Mengapa pula diolah dalam bentuk komik?

Seolah-olah terdapat suatu usaha golongan tertentu untuk menarik orang Melayu bertukar agama dan seperti ada sebaran secara halus dengan menyasarkan kanak-kanak untuk membacanya kerana mereka masih mentah dalam pengetahuan agama dan mudah dipengaruhi.

Komik itu menyebut ‘Allah’ bagi maksud Tuhan sedangkan agama berkenaan tidak menggunakan nama ‘Allah’ dalam kitab dan ibadat mereka.

Jelas menunjukkan penerbit buku ini mempunyai tujuan untuk mencetuskan kegelisahan di kalangan rakyat Malaysia yang majoriti beragama Islam.

Komik ini diedarkan jelas bukan bermotifkan perniagaan kerana ia percuma.

– SHAIFUL BAHRI SAIDIN, Sekinchan

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0918&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm

PAS N.Sembilan sedia tawan DUN Paroi, Lenggeng

PAS N.Sembilan telah membuat persiapan awal untuk menghadapi pilihanraya umum yang akan datang. Dengan senario politik semasa, PAS N.Sembilan mempunyai keyakinan dengan sokongan rakyat dari pelbagai kaum dan agama di Negeri Sembilan ini termasuk juga dengan adanya sokongan dari Kelab Penyokong PAS dari bangsa Cina beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri berpotensi untuk jatuh ke tangan PAS.

Sudah pasti yang menjadi tumpuan ialah DUN Paroi dan DUN Lenggeng dimana dalam pilihanraya umum yang lalu ditandingi oleh Dr Rosli Yaakop Pesuruhjaya PAS N.Sembilan dan Sdr Zulkefly Mohamad Omar Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan.

Segala jentera pilihanraya PAS N.Sembilan sedang memberikan tumpuan di kedua-dua DUN ini kerana kedua-dua DUN ini mempunyai beberapa kelebihan yang memihak kepada PAS.

DUN Paroi contohnya mempunyai ramai pengundi muda dan juga jentera pilihanraya golongan muda yang majoritinya sebelum ini memberi sokongan yang padu kepada Barisan Alternatif. Sementara di DUN Lenggeng pula mendapat sokongan mantap dari Kelab Penyokong PAS N.Sembilan yang terdiri daripada kaum Cina. Ini adalah kerana PAS N.Sembilan memainkan peranan yang besar dalam pembatalan projek insinerator di Broga yang berhampiran dengan Lenggeng.

Jentera-jentera pilihanraya PAS di peringkat UPU (Unit Peti Undi) dan MTD (Majlis Tindakan DUN) di kedua-dua DUN ini telah digerakkan sejak tahun lepas lagi bagi menghadapi pilihanraya umum yang akan datang.

Sama-samalah kita doakan PAS di N.Sembilan akan memperolehi kejayaan dalam pilihanraya umum yang akan datang.

9/17/06

Buku Isa Al Masih Diedar Percuma Kpd Orang Islam

Pesong akidah. Harian Metro 17 Sep 2006

GEORGETOWN: Buku bertajuk ‘Al Masih: Ringkasan Kisah Nyata Nabi Isa’ yang dikhuatiri boleh memesong akidah umat Islam dikesan disebarkan secara meluas melalui peti surat rumah penduduk di sekitar Pangsapuri Tanjung Tokong, di sini.

Seorang penduduk di pangsapuri berkenaan yang memeriksa peti surat miliknya terkejut apabila menemui buku itu, baru-baru ini.

Buku yang dicetak dalam bahasa Melayu Indonesia setebal 80 halaman itu turut memuatkan karikatur Nabi Isa yang pernah mencetuskan kemarahan umat Islam beberapa bulan lalu.

Hassan Mohoksain, 35, memberitahu Metro Ahad semalam, buku berkenaan diperolehi ketika membuat pemeriksaan surat harian di dalam peti surat.

Menurutnya, penyebaran buku berkenaan dipercayai pihak tertentu sebagai cubaan memesongkan akidah umat Islam yang menetap di pangsapuri itu.

“Selepas meneliti isi kandungan buku berkenaan, saya mendapati ada yang tidak kena kerana ia turut memuatkan beberapa karikatur Nabi Isa. Saya percaya kandungan buku itu mungkin diambil daripada kitab injil. Antara kandungan buku itu ialah dakwaan Nabi Isa Hakim Manusia dan Rahmat Allah,” katanya.

Berdasarkan cetakan pada buku itu, ia dikarang Dadang Sasmita. Saya tidak pasti siapa orangnya. Cetakan pertama dibuat pada 1994 sebanyak 3,000 naskah manakala pada 1995 pula sebanyak 5,000 naskah lagi," katanya.

Hassan berkata, dia hairan bagaimana buku seperti itu boleh berada di negara kita dan disebarkan dengan begitu mudah sekali selain ayat-ayat yang dilampirkan itu diambil dari kitab Kabar Baik.

Menurutnya, isi kandungan dan penggunaan bahasa pula digunakan dalam bahasa Indonesia dan teknik penulisan dipandukan Kamus Besar Bahasa Indonesia manakala nama-nama Yesus yang terdapat dalam ayat pada buku diubah menjadi Isa Al-Masih.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp), Shafie Abdul Wahab, ketika dihubungi, berkata pihaknya memandang serius penyebaran buku yang mengandungi unsur menyeleweng pemikiran umat Islam.

Menurutnya, penyebaran buku seumpama itu merupakan kali kedua dikesan tahun ini.

Katanya, Jaipp akan menyiasat perkara itu dan berharap orang ramai berhati-hati jika menerima buku atau sebarang risalah yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Katanya, orang ramai yang menerima apa juga risalah atau buku yang meragukan perlu menyerahkan kepada Jaipp atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) untuk tindakan lanjut.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Sunday/Setempat/20060917115317/Article/indexm_html

Pendakyah Agama Lain Berkeliaran Di Dataran Senawang

Ini maklumat yang baru diterima pada 17 Sep 2006. Dilaporkan beberapa pendakyah agama lain sedang berkeliaran di Dataran Senawang sekitar jam 1-2 pagi mendekati remaja Melayu yang banyak melepak di sana.

Pihak kami masih mengumpul maklumat yang tepat untuk tindakan selanjutnya. Sesiapa yang ada maklumat yang terperinci harap laporkan ke, AJK Masjid Bandar Baru Senawang, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan serta Balai Polis Bandar Baru Senawang

9/15/06

GMI desak kerajaan bebaskan tahanan ISA

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Hrkh) - Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mendesak kerajaan membebaskan segera 100 tahanan ISA sempena Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi.

Presiden GMI, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, desakan itu adalah untuk memenuhi hasrat isteri dan anak-anak tahanan yang mahukan bapa mereka berada di sisi.

"Bebaskan tahanan secepat mungkin, inilah hasrat keluarga tahanan, tambahan pula ada dorongan baru untuk terus menahan mereka," katanya semasa dihubungi sebentar tadi.

Beliau turut mempersoalkan mengapa kerajaan boleh menuntut Amerika Syarikat membebaskan dan diberi hak perbicaraan tahanan Malaysia di Guantanamo sedangkan desakan keluarga tahanan ISA dalam negara tidak dipedulikan.

"Dalam hal ini Abdullah juga harus konsisten dengan desakan tahanan ISA di dalam negara bukan untuk luar negara sahaja," katanya.

Jelas Syed Ibrahim, semua tahanan harus diberikan hak perbicaraan supaya mereka dapat bebas secepat mungkin kerana semakin lama ia menjadi satu tekanan kepada anak-anak dan isteri.

Mengulas kelonggaran yang diberikan kepada keluarga tahanan untuk bertemu tahanan, Syed Ibrahim berkata, keluarga tahanan merasakan mereka seolah-olah ditipu apabila diberi kesempatan berjumpa tetapi hakikatnya suami mereka tidak bebas.

"Yang penting bagi anak-anak, mereka mahukan ayah mereka bebas terutamanya pada bulan Ramadhan dan Hari Raya nanti,"katanya

http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=4300&Itemid=1

Henti Sebar E-mel Perkauman Melayu, Cina

Kepada semua rakyat Malaysia kalau ada menerima sebarang e-mel yang membakar semangat perkauman harap hentikan. E-mel tersebut palsu dan propaganda semata-mata untuk mencetuskan konflik antara Melayu dan Cina.

Kalau berita e-mel tersebut tidak tersiar dalam laman web yang boleh dipercayai seperti ABIM, JIM, Harakahdaily, Persatuan Pengguna Islam, Persatuan Peguam Pembela Islam jangan percaya.

Orang Melayu nak berniaga, orang Cina pun nak berniaga. Orang berniaga suka ke tengok berlaku ketegangan dalam negara.

Hj Mustafa Ma seorang Cina menjadi pengerusi ACCIN sebuah NGO Islam dan penerima anugerah khas Maal Hijrah tahun ini. Dan ramai lagi orang Cina lain yang beragama Islam. Puteri Hang Li Po dan Laksamana Cheng Ho yang datang ke Melaka juga orang Cina yang banyak membantu kesultanan Islam Melaka dari serangan musuh ketika itu. Kajian sejarah dari professor Melayu tempatan baru-baru ini juga menyatakan orang Melayu juga asal usulnya dari negara Cina.

Mereka yang merekacipta e-mel perkauman ini adalah segilintir kecil yang ada kepentingan tertentu tetapi boleh mendatangkan kesan buruk kepada semua rakyat Malaysia.

Jadi hentikan penyebaran e-mel ini baik dalam Bahasa Melayu, Cina atau Inggeris. Dikalangan orang Melayu dan dikalangan orang Cina.

Yang penting sekarang umat Islam ialah berbalik kepada asas, pastikan diri sendiri dan keluarga solat 5 waktu disempurnakan, pastikan surau dan masjid hidup dengan kuliah-kuliah ilmu. Apa guna kita membakar semangat perkauman jika diri kita sendiri leka tidak menunaikan solat yang akhirnya kita membakar diri kita sendiri dalam api neraka

Bersama Us Ghazali 17 Sep Seremban

Ceramah Persiapan Menghadapi Ramadhan

Oleh Us Ghazali Hasbullah (Darul Atiq, Rasa, Ulu Selangor)
AHAD 17 Sep 2006
Selepas Maghrib
Di Surau Al Mustofa (Surau Hitam), Gedung Lalang, Ampangan, Seremban

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir

************************************

CERAMAH ISRA DAN MI’RAJ

Bersama Dr Badrul Amin Baharun
Jumaat 15 Sep 2006
8:45 malam
Di Surau Taman Selaseh, Port Dickson (berhampiran Sekolah Teknik)

Maklumat lanjut hubungi Azizi 012-3696474 , Amir 012-3589872

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Halang Penyebaran Dakyah Agama Lain

11 resolusi seminar Islam dan cabaran semasa
Utusan Malaysia 15 Sep 2006
SEBANYAK 11 resolusi dicapai dalam Seminar dan Cabaran Semasa yang berlangsung di Dewan Toh Puan Norashikin, Kompleks Darul Puteri, Jalan Cheras, Kuala Lumpur pada 19 Ogos lalu.

Seminar anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) juga bersempena dengan Muktamar Sanawi ABIM ke-35 yang bertemakan Kemurnian Risalah Paksi Kejayaan Misi Dakwah.

Berikut resolusi yang diputuskan;

1. Menuntut agar semua pihak menghormati kedudukan istimewa Islam di Malaysia selaras dengan sejarah keterikatan Islam dan umat di rantau Melayu serta semangat kontrak perlembagaan yang dicapai ketika negara mencapai kemerdekaan.

Hak penganut-penganut agama lain untuk mengamalkan kepercayaan agama masing-masing secara aman dan harmoni juga hendaklah dihormati dan dipertahankan.

2. Hak kebebasan beragama di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan haruslah dibaca bersama dengan peruntukan-peruntukan lain dalam perlembagaan yang menjamin kedudukan istimewa Islam di negara ini, khususnya Perkara 11(4) yang bertujuan menghalang penyebaran dakyah agama lain dalam masyarakat Islam.

Membenarkan seorang Muslim murtad adalah bertentangan dengan hasrat peruntukan tersebut.

3. Dewan-Dewan Undangan Negeri dan Parlimen bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan yang belum menggubal undang-undang yang menghalang gerakan penyebaran dakyah agama dan kepercayaan lain kepada umat Islam seperti mana yang diperuntukkan di bawah Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan hendaklah segera berbuat demikian.

Pihak berkuasa pula hendaklah melaksanakan undang-undang berkenaan dengan segera.

4. Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukan bidangkuasa eksklusif Mahkamah Syariah dalam semua perkara yang berkaitan dengan hal ehwal Islam di negara ini hendaklah dipertahankan.

5. Menegaskan kepentingan dialog antara agama yang dilakukan secara jujur dan melibatkan pihak-pihak yang berautoriti dalam kumpulan agama masing-masing dan para ilmuwan.

Dialog seperti ini penting dalam usaha meningkatkan persefahaman dan keharmonian hubungan antara agama dan kaum di negara ini.

6. Menggesa institusi-institusi pendidikan Islam, badan-badan dakwah dan institusi keluarga mempergiatkan usaha-usaha dakwah dan pendidikan Islam sebagai kaedah yang paling berkesan untuk menangani gejala keruntuhan moral dan akidah dalam umat Islam.

7. Menggesa institusi-institusi pendidikan Islam memanfaatkan sepenuhnya kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk menghadapi persaingan sengit era globalisasi dan liberalisasi pendidikan.

8. Institusi zakat perlu digembleng seoptimum mungkin untuk memperkasa kedudukan ekonomi institusi-institusi pendidikan Islam dalam menghadapi persaingan global.

Pendidikan zakat di institusi-institusi pendidikan Islam juga hendaklah berorientasikan keperluan untuk memperkasa ekonomi umat, di samping memenuhi kewajipan fardu ain.

9. Kefahaman terhadap perbandingan pemikiran Islam dan Barat harus diperkasakan melalui pengenalan kursus-kursus yang sesuai di institusi-institusi pendidikan tinggi, bengkel-bengkel dan forum-forum umum khusus untuk meningkatkan kesediaan masyarakat untuk menilai secara ilmiah pertembungan antara faham-faham Barat seperti sekularisme, liberalisme dan pluralisme agama dengan pemikiran Islam.

10. Mengutuk keras kekejaman rejim Zionis dan sekutu-sekutunya di Lebanon dan Palestin yang menyebabkan kematian ribuan jiwa yang tidak berdosa, kemusnahan harta benda dan pencabulan kedaulatan wilayah negara yang merdeka.

Pencerobohan rejim Zionis terhadap wilayah-wilayah umat Islam harus dihentikan segera dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu mengembalikan keyakinan dunia terhadap kredibilitinya dengan mengambil tindakan tegas melaksanakan gencatan senjata di Lebanon dan memastikan keganasan rejim Zionis dihentikan serta-merta.

11. Menggesa pertubuhan-pertubuhan Islam menjalin kerjasama strategik dengan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa untuk menghadapi implikasi negatif hegemoni Barat terhadap dunia Islam dan umat manusia sejagat.

Seramai lebih 900 peserta yang terdiri daripada kalangan pemimpin masyarakat dan badan-badan bukan kerajaan, ilmuwan, profesional Muslim, tokoh korporat, pegawai kerajaan, mahasiswa dan wakil-wakil pertubuhan-pertubuhan Islam luar negara menyertai seminar tersebut.

Sebanyak tiga tema besar cabaran yang dihadapi oleh umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia, iaitu liberalisme, hegemoni Barat dan liberalisasi pendidikan dibincangkan.

Berlatarbelakangkan senario inilah, seminar ini diadakan bertujuan memperkukuhkan kefahaman masyarakat amnya tentang perkembangan isu-isu semasa yang melibatkan beberapa tema-tema besar yang sedang dihadapi oleh masyarakat Malaysia.

Antara objektif seminar sehari ini ialah mendapatkan maklumat dan maklum balas tentang perkembangan isu-isu semasa yang melibatkan beberapa tema-tema besar yang sedang melanda masyarakat Malaysia. Di samping itu, ia turut membincangkan idea-idea seperti pemasyarakatan etika berpolitik, pengembangan masyarakat sivil, pengukuhan kesatuan pemikiran umat Islam, perpaduan nasional, memperkasa wajah dan moral bangsa serta peranan-peranan lain yang menuju pada misi pencerahan.

Bersempena dengan Muktamar Sanawi ABIM, seminar ini juga menegaskan beberapa agenda dan langkah ke depan yang akan dilakukan ABIM dalam melakukan revitalisasi gerakan dakwah, selain mencetuskan idea dan pendekatan baru yang dipandang lebih baik dan lebih berfaedah bagi kemajuan peradaban masyarakat Malaysia secara menyeluruh.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0915&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

9/14/06

Seremban , Remaja disogok wang, perempuan untuk murtad?

SEREMBAN, 14 Sept (Hrkh) - Mutakhir ini isu murtad di kalangan remaja Islam semakin serius, malah ia menjadi satu ancaman kepada akidah umat Islam tatkala pelbagai pihak bukan Islam berusaha memastikan hak kebebasan beragama diiktiraf kerajaan Islam Hadhari.

Harakahdaily mendapat maklumat mutakhir ini, gerakan memurtadkan remaja Islam sedang giat di Seremban 2 dengan usaha lebih agresif dan berani mendekati golongan sasar terutamanya remaja lingkungan usia 17 hingga 25 tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Surau Garden Homes, Azman Basra, mendakwa kewujudan kumpulan memurtadkan ini dikesan beroperasi di sebuah premis kedai dua tingkat berhampiran sebuah tokong Buddha di Bandar Seremban 2.

Kumpulan ini menjadikan golongan remaja sebagai sasaran kerana bagi mereka kelompok remaja lebih mudah didekati berbanding golongan dewasa yang lebih kuat pegangan akidahnya, kata Azman dalam satu pengumumannya di surau tersebut baru-baru ini.

"Golongan Kristianisasi ini menawarkan ganjaran berupa wang saku kepada remaja yang mahu murtad, malah mereka juga ditawarkan khidmat seks (bagi yang lelaki akan mendapat perempuan, dan yang perempuan akan mendapat pasangan lelaki) dan telefon bimbit," dakwanya.

Akibat tawaran yang agak lumayan ini, beliau mendapat maklumat ramai remaja dari taman-taman sekitar Seremban 2 murtad dan bilangannya cukup besar.

Menurut Azman, ada kes di mana seorang remaja yang dikatakan telah murtad hingga tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah kerana dakwanya meminum sebotol air yang dinamakan 'holly water'.

"Ini suatu perkembangan yang cukup membimbangkan. Saya berpesan kepada jemaah semua agar berhati-hati kepada kumpulan tertentu yang sedang menyebarkan dakyah ini.

"Saya juga berpesan supaya penjaga memerhati gerak-geri anak-anak remaja yang cukup mudah terdedah kepada proses Kristianisasi ini," katanya lagi.

Berikutan perkembangan yang membimbangkan itu jawatankuasa surau kini sedang membuat pemantauan dari semasa ke semasa bagi menghalang usaha memurtadkan remaja ini tidak akan dapat berkembang, kata Azman. - lanh

http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=4264&Itemid=1

Usul bincang pembakaran mayat saudara baru ditolak

13 Sept (Hrkh) - Usul Ahli Parlimen Kubang Kerian, Saudara Sallahuddin Ayub untuk menangguh sidang Dewan Rakyat semalam, bagi membincangkan isu pembakaran mayat saudara baru, Allahyarham Rafie Syzwan Abdullah ditolak atas alasan tidak perlu disegerakan.

Jenazah Rafie telah dibakar oleh ahli keluarganya yang beragama Hindu di pusat pembakaran mayat, Jalan Kota Tinggi, Kulai pada 5 September lalu walaupun pengislamannya diketahui umum.

Ketika mengumumkan keputusannya, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib memaklumkan bahawa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) sedang mengambil tindakan terhadap kejadian itu dan hasil siasatan belum diperolehi.

Berikut adalah pembentangan usul tersebut;

Tuan Yang di-Pertua, saya Sallahudin bin Haji Ayub, Ahli Parlimen bagi Kubang Kerian mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan Dewan yang mulia ini merundingkan isu pembakaran mayat Rafie Syzwan Abdullah di pusat pembakaran mayat di Jalan Kota Tinggi, Kulai Johor pada 5 September tahun 2006.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun isu ini telah berlaku pada 5 September 2006, ia bukan hujah untuk menyatakan ia tidak perlu untuk disegerakan. Isu ini telah berlaku satu insiden yang sangat tragik. Di mana kematian Rafie Syzwan Abdullah yang telah secara sah memeluk agama Islam lebih kurang 5 tahun yang lalu, yang mayatnya dibakar di sebuah pusat pembakaran mayat penganut agama Hindu di Jalan Kota Tinggi Johor.

Mahendran atau nama Islamnya Rafie Syzwan Abdullah 40 tahun, merupakan seorang peguam yang telah mengisytiharkan secara terbuka memeluk agama Islam 5 tahun yang lalu dan telah berkahwin dengan seorang saudara baru daripada Sarawak.

Berdasarkan kepada kenyataan rasmi ramai kenalan rapat beliau, Rafie telah menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim bersama keluarganya dan juga diketahui umum oleh keluarga asal yang beragama Hindu. Persoalannya, bagaimanakah urusan pengebumian beliau yang sepatutnya diurus mengikut amalan agama Islam boleh berakhir dengan pembakaran mayat beliau mengikut amalan agama Hindu? Siapakah pihak yang bertanggungjawab ini?

Isu yang sangat penting ini perlu untuk dibahas dan diberikan penjelasan oleh pihak berwajib di dalam Dewan yang mulia ini sebagai memenuhi tanggungjawab untuk memperjelaskan di mana berlakunya kecuaian dan keterlibatan pihak yang mungkin secara sengaja mencabar dan mencampuri urusan agama orang lain khususnya perkara yang melibatkan urusan dan amalan penganut agama Islam di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, Islam ialah agama yang melarang keras penganutnya mencampuri hal ehwal yang melibatkan amalan dan agama orang lain. Saya ingin memperjelaskan dalam Dewan yang mulia ini adalah terlalu mudah untuk isu ini dan seumpama ini pada masa yang akan datang menimbulkan dan mencetuskan suasana yang bakal menggugat keselamatan dan perpaduan negara.

Adalah wajar bagi Dewan yang mulia ini mendengar perbahasan usul ini secara rasional dan jawapan yang bakal diberikan oleh kementerian yang berkaitan supaya ianya dapat dijadikan satu panduan dan iktibar pada masa yang akan datang. Demi kita bersama berperanan menjaga, menghormati dan memastikan kestabilan negara dapat dipelihara dengan sewajarnya. Saya mohon mencadang, terima kasih.

http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=4258&Itemid=1

9/13/06

Ulama Sunni dan Syiah Sedang Bersatu !

Ulama Menetapkan Bahawa Perpaduan Negara-negara Islam Adalah Menjadi Agenda Utama Pada Masa Kini

Satu seminar antara Syiah dan Sunni di Mesir telah diadakan pada satu Perhimpunan Jurnalis pada 6 September 2006, yang disertai oleh para ulama dan pemikir Islam. Seminar tersebut bertujuan bagi mengelakkan sebarang percubaan untuk memecahkan umat Islam berlaku di kalangan umat Islam sendiri.

Para ulama yang hadir secara keseluruhannya menyeru para penganut agama Islam, sama ada Sunni atau Syiah, agar menghormati pendapat masing-masing serta mengelakkan Sunni dari melebarkan pengaruhnya ke kawasan-kawasan yang dikuasai Syiah dan sebaliknya, demi menjaga kepentingan kesatuan negara.

Setiausaha Persatuan Ulama Dunia, Dr. Muhammad Selim el Awwa berkata beliau menyokong seruan penyatuan di antara Sunni dan Syiah, satu usaha yang telah dicanangkan oleh Pengerusi Persatuan Ulama Dunia, Dr Yusuf al-Qaradawi.

Beliau menyeru seluruh umat Islam agar membaca buku karangan Dr. Qaradawi, “Penyatuan Antara Mazhab dalam Islam”, yang menegaskan bahawa adanya variasi dalam mazhab tidak sepatutnya memberi impak negatif dalam perpaduan sesama Islam. Dalam karangannya lagi, beliau berkata, bahawa bukan hanya Hizbullah yang menentang Israel, tetapi juga Sunni. Kekalahan Israel di tangan pejuang Syiah dan Sunni membimbangkan Israel dan Amerika untuk ‘membuka semula fail’ program nuklear Iran.

Beliau turut memberi komen tentang Presiden Bush yang menolak pelawaan untuk berdebat secara bersemuka dengan Presiden Iran Ahmedi Nejad. Dr Al Awwa berpendapat bahawa Presiden Nejad mempunyai keyakinan diri serta visi yang jelas yang tidak dipunyai oleh Amerika. Berkenaan tentang fatwa yang dikeluarkan ketika peperangan Israel dengan Hizbullah yang melarang sebarang kerjasama dengan pejuang Lubnan atas dasar agama, beliau berkata fatwa tersebut tidak diolah dengan betul.

Sumber: Ikhwanweb.com

http://www.ismaweb.net/ISMA/Article67.phtml

Dr Mahathir, Habis Madu Sepah Dibuang

Oleh: Pegawai Pencen

I can imagine how YAB Tun Dr Mahathir feels after being rejected recently by an UMNO division which had voted him in as their leader for 30 years.

It is everywhere in this big wide world, but it seems more so in Malaysia. When you are no longer in the position of power, people don't really care two hoots anymore about you. So much for gratitude. This, sad to say, is what is happening to our Tun Dr Mahathir.

What is happening to the Tun is exactly in tune with the Malay proverb - "madu dihisab, hampas dibuang".

Like most societies, Malaysian society is increasingly being afflicted by that unhealthy materialistic manner of sizing people up. Most Malaysians tended to try to figure out whether a person can help him or her to make more and more money.

Having been in a position of power of some sort, but now a pensioner struggling to make ends meet, I know how it is. When you are no longer in that driving seat to help people to make money, they can just look through you as if you do not exist.

I know, I am a pensioner who used to be a small Head of Department. Before and now, the treatment I get is rather different, but for the honorary title I have infront of my name.

I used to get some roughing up when I go to the government Ministries. When they saw my pension i/d card, and they saw the honorary title infront of my name, they can change immediately into such pleasant beings. Truly human cameleons.

Really they have no shame or conscience. One minute they would be so rude just because I am a pensioner, and the next moment they can be so pleasant after seeing the title infront of my name.

I sure find it helps to some extent to have an honorary title to my name.

Unfortunately for our former PM, Tun Dr Mahathir, the fact that he is a Tun and was our PM for 22 years no longer carries weight because he chooses not to quietly fade away into the background. I have worked with YAB Tun and I know Tun cannot tolerate inefficiency, sloppiness, etc etc which unfortunately are the traits akin to Pak Lah's government.

And the Tun bravely speaks up in criticism of Pak Lah's inefficient government, and before long the TUN becomes a PARIAH.

Twenty two years as the Prime Minister, and now an untouchable. And his only crime is to speak up to ensure the country he loves don't go down the drain. That sadly is what had befallen our Tun.

Poor Tun. I have worked with Tun. I don't like what Tun did to Anwar, and I took to the streets then. But I respect Tun Dr Mahathir.

Yes I had participated in demonstrations against the Tun, but I also have at the same time this very high respect for Tun's overall great leadership of our country.

When I recently drove northwards on our North-South freeway, I see progress and development. I could not but attribute the progress and development that we are enjoying now to the brilliant and visionary leadership of Tun Dr Mahathir.

I recalled in 1979 or was it 1980. I was one of the accompanying officials to Tun Dr Mahathir who was then our Minister of Trade and Industry cum Deputy PM. He was on a working visit to Switzerland and Germany, and he also made a day trip to visit the Paris-Brussels toll highway (the only toll highway then in Europe). Tun Dr Mahathir wanted to study first hand the cost, construction and maintenance of a privatised highway. Yes the beautiful highways we have now - it was visualized and planned way back some 25 years or so by Tun Dr Mahathir.

And where ever I went with our Tun Dr Mahathir when he was PM, I really could see that the Tun is a brilliant leader. And there is this charisma about him. You feel very proud to serve the Tun. You feel proud to be in his delegation. Tun makes you feel proud to be a Malaysian.

Why are they now treating him like dirt. He had done so much for Malaysia.

http://www.beritakmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=5398

Peserta Program Putera UMNO Minum Arak

Harian Metro 13 Sep 06. Edisi KL : Usaha murni tercemar Oleh Mazlan Hasan

LUMUT: Usaha murni Putera Umno mendisiplinkan kira-kira 8,000 Mat dan Minah Rempit di Teluk Batik di sini, Sabtu dan Ahad lalu tercemar dengan beberapa insiden memalukan termasuk dakwaan kegiatan maksiat, minum arak, gaduh serta mencemarkan masjid.

Antara insiden memalukan didakwa membabitkan segelintir peserta Ekspedisi Merdeka Putera Bermotor Kuala Lumpur-Teluk Batik 2006 anjuran Putera Umno itu ialah kejadian mereka mandi serta berendam dalam kolah mengambil wuduk di Masjid Teluk Muroh, dekat sini, ketika program membersihkan masjid dilaksanakan.

Beberapa penduduk setempat dikatakan menegur perbuatan tidak senonoh itu tetapi tidak diendahkan sehingga mereka terpaksa membuat aduan kepada Pejabat Agama Islam Daerah Manjung (PAIDM) di sini.

Pegawai Bahagian Penguat kuasa PAIDM, Mohd Zainudin Mohamed Zaini, mengesahkan menerima laporan jawatankuasa pengurusan masjid berkenaan.

Selain aduan itu, pihaknya menerima banyak aduan mengenai perbuatan sebahagian daripada 8,000 Mat dan Minah Rempit terbabit yang berkumpul selama dua hari di Teluk Batik pada 9 dan 10 September lalu.

“Antara aduan diterima daripada orang ramai ialah ada antara mereka bebas minum arak, berkhalwat dan menyalahgunakan kemudahan masjid,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohd Zainuddin berkata, penduduk juga mengadu mengenai pakaian menjolok mata beberapa peserta perempuan yang dianggap keterlaluan dan tidak sesuai terutama ketika menjalankan aktiviti membersihkan kawasan masjid atau kubur.

Menurutnya, sepanjang tempoh itu juga, pihaknya menjalankan operasi bersepadu dengan Pejabat Agama Daerah Seri Iskandar dan Kampung Gajah termasuk memantau hotel di sekitar bandar Lumut.

Katanya, hasil pemantauan itu, lapan remaja lelaki dan perempuan berusia 15 hingga 19 tahun yang menyertai ekspedisi berkenaan ditahan di sebuah hotel.

Menurutnya, kumpulan remaja terbabit memilih untuk menyewa bilik hotel dengan alasan kurang selesa berkhemah di pesisiran pantai bersama peserta lain.

“Dalam serbuan jam 4 pagi itu, semua lapan remaja berkenaan sedang tidur dalam keadaan mabuk dalam dua bilik hotel di Lumut.

“Kami dapati sebuah bilik dikongsi tiga lelaki bersama seorang remaja perempuan.

“Bilik kedua pula dikongsi dua remaja lelaki berusia 18 tahun dan dua remaja perempuan masing-masing 18 dan 15 tahun yang ditemui dalam keadaan mabuk.

“Turut ditemui ialah botol arak. Remaja dari Kuala Lumpur, Selangor serta Kedah dan mereka menunjukkan surat penyertaan ekspedisi,” katanya.

Beliau berkata, semua remaja terbabit akan didakwa di Mahkamah Syariah Manjung atas kesalahan berkhalwat mengikut Seksyen 54(1)(2) Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 pada 7 November depan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Pengerusi Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang juga Pengerusi Penganjur ekspedisi berkenaan ketika diminta mengulas kejadian itu, berkata pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai salah laku itu.

Katanya, peserta terbabit dijaga secara ketat dengan bantuan lebih 100 anggota Rela dan polis yang bertugas secara bergilir-gilir.

“Malah, untuk keluar masuk dari kawasan perkhemahan di Teluk Batik juga diberi kawalan ketat apabila kita mengadakan tiga sekatan jalan atau pusat pemeriksaan keselamatan oleh anggota polis trafik,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Abdul Azeez berkata, daripada sejumlah 8,000 peserta, seramai 7,700 peserta lelaki diletakkan di kawasan perkhemahan di kawasan pantai, manakala 300 peserta wanita pula diletakkan di motel di situ.

Katanya, langkah mengasingkan peserta lelaki dan perempuan terbabit perlu bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

“Saya menafikan sebarang kemungkinan ada peserta ekspedisi berkenaan terlepas sehingga ditangkap atas kesalahan melakukan khalwat di sebuah hotel di Lumut sepanjang tempoh program berkenaan.

“Malah, saya juga tidak tahu mengenai dakwaan pengurusan Masjid Teluk Muroh bahawa segelintir peserta berendam di dalam kolah wuduk masjid.

“Kejadian itu tidak mungkin berlaku kerana ada lebih 100 orang di masjid berkenaan ketika program dijalankan,” katanya.

Abdul Azeez bagaimanapun berkata, walaupun ada pergaduhan antara Mat Rempit tempatan dengan peserta ekspedisi, ia dapat diselesaikan secara baik.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Wednesday/BeritaUtama/20060913083112/Article/indexm_html

9/12/06

Projek Di Palestin Sempena Ramadhan 1427

Berikut ialah projek-projek umat Islam di Malaysia boleh sertai di Palestin sempena bulan Ramadhan 1427 melalui Yayasan AMAN Palestin :

1. Majlis Berbuka Puasa 3 US Dollar untuk setiap individu, 10 USD untuk setiap keluarga

2. Pakej Makanan : Pembelian bahan-bahan makanan untuk penyediaan waktu sahur dan berbuka puasa. 20 USD untuk setiap pakej makanan

3. Hadiah Hari Raya Idil Fitri. Diberikan kepada keluarga yang miskin dan memerlukan. USD 30 untuk setiap orang.

4. Zakat Fitrah. USD 33 untuk setiap orang.

Sumbangkan ke akaun AMAN PALESTIN BERHAD sebelum 17 Oktober 2006 (24 Ramadhan 1427 H)
Maybank : 562263010787
Bank Islam : 12029010047880
No 1, Jalan 3/3B. Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Tel : 03-89267019 , Fax : 03-89259963
E-mel : alquds3@streamyx.com / alaqsa3@streamyx.com

Ceramah Penghayatan Ramadhan 19 Sep Senawang

Assalamualaikum wrt. wbt.

Kami bagi pihak Jawatankuasa Surau dan Taman Alamanda menjemput muslimin dan muslimat semua untuk menghadiri majlis berikut :

Program : Ceramah Penghayatan Ramadhan
Hari : Selasa
Tarikh : 19 September 2006
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Penceramah : Yg Bhg Ustaz Khairul Azhar bin Kamaruddin

“RAMADHAN , KEDATANGAN MU DINANTI-NANTIKAN , PEMERGIAN MU DITANGISI”

Tindakan bakar mayat saudara baru cabar maruah umat Islam

JOHOR BAHRU, 12 Sept (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Johor, Dato’ Dr Mahfods Mohamad, menyifatkan tindakan membakar jenazah saudara baru, Allahyarham Rafie Syazwan Abdullah atau nama asalnya R.R Mahendran, 40, oleh keluarga mangsa tanpa merujuk mana-mana pihak terlebih dahulu dengan jelas telah mencabar maruah umat Islam dan Perlembagaan Negara.

Tindakan keluarga mangsa membelakangkan peruntukan undang-undang ini juga boleh menimbulkan suasana tidak harmoni di kalangan rakyat negara ini, katanya di sini.

Mahendran, seorang peguam difahamkan telah memeluk Islam kira-kira lima tahun lalu dan beliau telah meninggal dunia di sebuah hotel di Kuala Lumpur, kira-kira jam 2.00 pagi 5 September lalu dipercayai akibat serangan sakit jantung, jenazahnya telah dibawa pulang ke Johor Bahru oleh isterinya
yang juga dipercayai seorang saudara baru berasal dari Sarawak.

Menurut sumber, sebaik tiba di rumahnya di Taman Nong Chik, dekat sini, jenazah mangsa terus dibawa ke pusat pembakaran mayat di Jalan Kota Tinggi untuk dibakar mengikut kepercayaan agama asal keluarga mangsa.

Malangnya menurut sumber itu lagi, wakil Jabatan Agama Johor (JAJ) yang datang ke pusat pembakaran mayat itu gagal menyelamatkan jenazah daripada dibakar, mereka (JAJ) cuma lewat 10 minit sahaja, jika mereka datang lebih awal sudah tentu kejadian ini dapat dielakkan.

Bagaimana pun menurut sumber itu lagi, setelah mendapatkan perintah Mahkamah Tinggi Syariah, JAJ berjaya menuntut abu jenazah mangsa untuk dikebumikan menurut Islam dan difahamkan jenazah telah selamat dikebumikan di sebuah tanah perkuburan Islam di daerah ini, kira-kira jam 12 tengah malam 8 September lalu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membuat laporan di Balai Polis Central, dekat sini, baru-baru ini.

Laporan polis ini dibuat terhadap keluarga mangsa dan juga pusat pembakaran mayat terbabit yang didakwa terlibat dengan urusan pembakaran jenazah saudara baru ini. Sehubungan itu dalam laporan tersebut PAS Johor menuntut supaya polis menyiasat serta mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang terbabit dengan insiden ini.

Selain laporan polis, PAS Johor juga telah menghantar memorandum bantahan berikutan insiden ini kepada JAJ.

Menurut Dato’ Mahfods lagi, PAS merasa amat kesal kerana Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) begitu lambat bertindak sehingga membolehkan pihak lain bertindak lebih pantas menguruskan jenazah saudara baru ini mengikut kepercayaan agama asal mereka sedangkan mangsa beragama Islam.

Justeru kerana itu jelas beliau lagi, bagi mengelak kejadian seumpama ini tidak berulang lagi maka PAS mendesak kerajaan mengemaskini sistem maklumat berkaitan saudara baru di negara ini supaya apabila berlaku kematian atau sebarang kes lain maka idenditi mereka dapat segera dikesan dan tindakan selanjutnya boleh diambil dengan pantas.

Jika sistem ini dapat dilaksanakan sepenuhnya maka insiden-insiden yang boleh menimbulkan rasa tidak senang di kalangan rakyat negara ini sudah tentu dapat dielakkan, ujarnya lagi. - mns

http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=4224&Itemid=29

Sumbangan Ramadan Untuk Keluarga Mangsa ISA

Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan mengalu-alukan sumbangan kewangan sempena Ramadan dan Syawal ini untuk disalurkan kepada keluarga, anak-anak mangsa ISA yang teraniaya sejak lebih daripada 4 tahun yang hilang tempat pergantungan dan kasih sayang.

Kepada mereka yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah menghubungi Tuan Haji Mohd Taufek bin Abd Ghani di talian 019-6576540 atau pej/faks : 06-7637450

Jangan Lupa Penerangan Lebih Lanjut Dan Cerita Sebenar Mangsa Tahanan ISA seperti berikut :

KHAMIS 14 September 2006
Jam 9 malam
Oleh : Sdr Saari Sungip , Bekas Tahanan ISA
Di Sebelah Surau Hitam, Ampangan, Seremban

9/11/06

Cukur jambul amalan Hindu

Cukur jambul amalan bidaah orang Melayu
Jelas Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz. Utusan Malaysia 11 September 2006

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu.

Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)

Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin.

Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik, jelas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz.

Menurut beliau, amalan tahnik adalah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. Sebaliknya, cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut sebagaimana yang disunahkan oleh Rasulullah s.a.w..

Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.

Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa.

Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini.

“Mengikut sesetengah pendapat, amalan cukur jambul adalah tradisi dan kepercayaan yang dilakukan oleh masyarakat India seperti menggunakan buah kelapa. “Soalnya, kenapa menggunakan buah kelapa? Apakah relevan amalan sebegini dengan masyarakat Islam?” kata beliau.

Selain amalan-amalan di atas yang bertentangan dengan syariat agama, kesilapan yang turut dilakukan ibu bapa hari ini ialah akikah atau cukur rambut dilakukan setelah bayi berusia beberapa bulan. Majlis tersebut turut disertai dengan adat berendoi di mana buaian dihias dengan bunga-bungaan dan perhiasan lain.

Menurut Abu Hassan, upacara cukur rambut tidak perlu disertakan dengan marhaban atau berzanji. Ia memadai dengan bercukur rambut sahaja. Melainkan jika ia diadakan pada hari akikah, bolehlah diadakan jamuan.

“Tetapi kadang-kadang disebabkan rasa gembira dengan kehadiran orang baru dalam keluarga, kita mengadakan majlis secara besar-besaran hingga menampakkan unsur-unsur kemewahan. Perbuatan ini tidak menjadi kesalahan asalkan niat dan tujuan diadakan adalah ikhlas kerana Allah s.w.t.. Cuma dibimbangi sekiranya ia bertukar menjadi riak, maka ia adalah menjadi satu kesalahan,” ulas beliau mengenai kecenderungan masyarakat hari ini yang gemar mengadakan majlis cukur jambul secara besar-besaran.

Masyarakat Islam harus faham bahawa sesuatu amalan yang dilakukan sama ada yang sudah menjadi tradisi dan kebiasaan tanpa bersumberkan nas atau dalil yang sah perlu ditolak. Apatah lagi apabila ia dikaitkan dengan kepercayaan dan tradisi agama lain.

Kebanyakan amalan yang dijadikan adat bagi orang Melayu dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang sekian lama diamalkan di negara ini. Berpandukan kepada sejarah, sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, penduduk asal negara ini ketika itu menganut agama Hindu.

Antara adat yang tidak boleh dipisahkan oleh masyarakat Melayu ialah persandingan dan menepung tawar pengantin ketika majlis perkahwinan. Walaupun Islam tidak melarang tetapi dari segi perlaksanaannya ia tetap bertentangan dengan syariat agama. Contohnya, menghiaskan pengantin dan ditambah dengan pelamin yang berhias bunga-bungaan dan sebagainya. Kemudian, pengantin diletakkan di atas pelamin dan diadakan upacara merenjis dan menepung tawar. Malah pengantin perempuan pada hari ini juga cenderung melukis pelbagai bentuk dan corak pada tangan mereka sedangkan ia jelas bertentangan dengan hukum Islam yang melarang sebarang lukisan dilakukan pada anggota badan.

“Sebenarnya terlalu banyak adat dan tradisi yang bertentangan dengan syariat tetapi masih tetap diamalkan oleh masyarakat Melayu. Sepatutnya semua perkara bidaah ini harus dihentikan demi menjamin kesejahteraan ummah. “Justeru, demi kebaikan bayi yang dilahirkan supaya menjadi manusia yang berguna kelak, tidak seharusnya mereka didedahkan dengan perkara khurafat dan bidaah

sejak masih kecil,” tegas beliau.

Adat cukur jambul

Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas bayi dilahirkan. Untuk menjalankan upacara tersebut beberapa kelengkapan disediakan iaitu sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit dan bertih.

Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku seluang untuk dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk. Kemudian kelapa yang dihias dengan lilitan rantai emas atau perak disekelilingnya diletakkan di dalam sebiji batil. Kesemua rambut bayi yang dicukur akan dimasukkan ke dalam kelapa. Akhirnya kelapa tersebut di tanam di sekitar halaman rumah bersama sepohon anak kelapa atau seumpamanya sebagai memperingati masa anak itu dilahirkan.

Lazimnya, semasa adat ini dijalankan akikah turut diadakan. Dari segi syarak, akikah membawa pengertian menyembelih ternakan pada hari ke tujuh selepas anak dilahirkan. Akikah sunat dilakukan pada hari ketujuh kelahiran iaitu boleh dijalankan serentak dengan adat mencukur rambut dan adat memberi nama. Namun ia juga boleh dilakukan pada hari yang lain.

Adat berendoi

Semasa adat berendoi, bayi akan diletakkan di dalam buaian dengan menggunakan kain songket atau batik dan dihias indah dengan bunga-bungaan. Selendang akan diikat di kiri kanan buaian dan ditarik perlahan-lahan semasa upacara berlangsung. Ketika itu juga nazam atau marhaban dialunkan oleh sekumpulan lelaki atau wanita. Pada hari ini, masyarakat Melayu menjalankan adat ini serentak dengan adat memberi nama dan adat cukur rambut.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0911&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

9/10/06

Bersama Us Fuad 14 Sep Masjid BB Senawang

Bersama Us Fuad 14 Sep Masjid BB Senawang
Assalamualaikum wrt wbt,

Muslimin dan muslimat semua dijemput menghadiri majlis ilmu bersama Us Mohd Fuad pendakwah muda yang mengupas isu-isu terkini dan kontroversi, serta fatwa-fatwa semasa untuk kepentingan umat Islam yang dilanda pelbagai cabaran dewasa ini.

Penceramah : Ustaz Mohd Fuad
Tarikh : 14 September 2006
Hari : Khamis
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang

9/9/06

Biar Mahal Asalkan Halal

Setiap kali kita ke pasaraya yang terkenal di mana-mana, begitu sukar sekali untuk mendapatkan produk makanan yang diusahakan oleh usahawan Islam. Kalau ada pun diletak ditempat yang tidak strategik dan tidak banyak pilihan.

Kebiadapan pengusaha Roti High 5 yang menggunakan minyak yang tidak halal dan keadaan kilang yang amat kotor sepatutnya menyedarkan umat Islam di Malaysia ini agar lebih berhati-hati dalam memilih makanan dan tidak kedekut untuk memilih makanan yang halal. Jangan kerana ianya lebih murah 20-30 sen atau 1-2 ringgit dan lebih mudah didapati kita lebih suka membeli produk yang bukan diusahakan oleh orang Islam.

Banyak sebenarnya produk makanan yang diusahakan oleh bumiputra Islam di Malaysia ini, dan kebanyakkan adalah dibawah bimbingan beberapa agensi kerajaan seperti FAMA, Jabatan Pertanian, MARA, Persatuan Nelayan, LKIM, industri kampung dan sebagainya.

Sebenarnya telah ada beberapa pengusaha bebas yang telah mengusahakan produk-produk ini secara berpusat seperti Halal Mart atau Halal Hub. Di Lembah Kelang mungkin konsep ini telah meluas, tapi di negeri lain ianya baru bermula.

Justeru itu adalah disarankan agar umat Islam mengusahakan perniagaan ini, dan anggaplah ianya sebagai ibadah untuk memberikan makanan yang halal kepada umat Islam di Malaysia ini. Dan umat Islam hendaklah menyokong usaha ini, sepertimana orang Yahudi di negara luar akan menyokong produk Yahudi mereka walaupun ianya lebih mahal dan lebih jauh untuk diperolehi.

Dengan ini secara tidak langsung akan menambahkan peluang pekerjaan dikalangan orang Islam. Walauapapun yang penting ialah makanan halal yang diredhai Allah, jika makanan kita tidak halal segala ibadah kita sia-sia sahaja.

Baru-baru ini semasa Expo Koperasi di Paroi kami sekeluarga mencuba Sirap keluaran Agromas. Harganya bawah RM 5. Kualitinya jauh lebih baik dari sirap lain di pasaran yang terasa bahan pengawetnya dan gula yang tidak asli.

BIAR MAHAL ASALKAN HALAL

Baru-baru ini saya dapati di Taman Desa Dahlia, Senawang baru dibuka kedai yang berkonsepkan Halal Hub ini. Berikut alamatnya dan dilampirkan gambar kedai berkenaan :

AZBINS FROZEN FOOD
No 22, Lorong D/D 1/8, Taman Desa Dahlia, 70450 Senawang, NS

Pengurus : Mej (B) Sazali bin Abd Aziz
Tal : 019-6238344 , 06-6770809

Menjual dan mengedar ; Makanan sejuk beku, makanan ringan, makanan segera, produk hasil laut, produk hasil ternakan, jus buah-buahan

9/8/06

Siapa Boleh Bantu Benjamin a.l. Sukumaran ?

Benjamin a/l Sukumaran dahulunya seorang yang sihat, bekerja sebagai juruteknik di salah sebuah kilang di Senawang. Dia hanya inginkan kehidupan yang seadanya, mencari pendapatan seharian, menanggung isteri dan membesarkan anak-anaknya. Namun tanggal 26 Februari 2006 telah merubah segala-galanya. Dia telah ditimpa kemalangan jalanraya dalam perjalanan pulang dari tempat kerja. Akibatnya dia lumpuh separuh badan dan hanya mampu bergerak sekarang ini menggunakan kerusi roda.

Keluarga, jiran-jiran dan rakan-rakan sekerja membantunya dari masa ke semasa. Namun sekarang beliau terpaksa keluar dari rumah yang disewanya di Seremban Jaya. Dia telah berusaha untuk mendapatkan rawatan pakar. Beliau juga telah berusaha untuk mendapatkan pampasan , pencen ilat atau apa yang sepatutnya daripada Perkeso. Namun sehingga ke saat ini tiada jawapan ya atau tidak diberikan daripada Perkeso. Tiada maklumbalas apa-apa daripada Perkeso setelah lebih 1 tahun beliau lumpuh.

Beliau telah berjumpa pelbagai agensi kerajaan, beliau telah berjumpa wakil rakyat MIC, beliau telah cuba menyuarakan masalahnya kepada Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan. Malah beliau telah cuba menghubungi pihak media , namun semua pihak tiada yang memberikan jawapan yang dapat menyelesaikan masalah beliau.

Kepada rakyat Malaysia yang perihatin, yang sudah 49 tahun Merdeka, sekiranya anda boleh membantu Benjamin untuk mempermudahkan urusan pampasan dari Perkeso, urusan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan seumpamanya , silalah hubungi beliau di talian 013-2717570 atau hubungi Sdr Rozmal bin Malakan 012-2267406, e-mel rozmal@yahoo.com

Forum Wanita Solehah 17 Sep Pusat Dakwah Paroi

Muslimin dan muslimat semua serta anak-anak dijemput hadir ke :

Forum : Wanita Solehah Teras Pembangunan Keluarga dan Masyarakat

AHAD 17 September 2006
Jam 9 pagi hingga 12 tengahari
Di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Seremban

Ahli Panel :
Ustaz Mohamad Uda bin Kassim , Penceramah Radio Msia Selangor, Penalis Al Kuliyyah TV3
Ustazah Faridah Hanum Mohd Zainol , Pendakwah Bebas dari KL

Moderator : Ustazah Razidah Adam , Jabatan Agama Islam NS

Acara Lain Yang Pasti Menarik :
Pemeriksaan Kesihatan Percuma
Pidato dan Kuiz Pelajar Sekolah Menengah
Gerai Jualan Aneka Barangan

Anjuran Bersama :
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Pusat Dakwah Islamiah Paroi

Umat Islam Kedekut Salah Satu Punca Murtad

Akhbar The Star hari ini melaporkan Gereja Calvary di Kuala Lumpur akan mengadakan Karnival Kalvari 2006 bertujuan untuk membina sebuah Pusat Persidangan yang bernilai RM 100 juta.

Tidak dinafikan umat Islam di Malaysia ini ada yang pemurah, ada yang menyumbang beratus ribu seorang mendirikan masjid, membuat rumah anak yatim dan sebagainya.

Tetapi masih ada umat Islam di Malaysia ini yang kedekut untuk meyumbang di jalan Allah beri sedikit untuk pembinaan surau dan masjid, rumah anak yatim, rumah saudara baru, program remaja dan sebagainya. Tetapi sanggup berbelanja beribu-ribu untuk kenduri kahwin, persandingan, beli perabot raya, beli kenderaan baru, berbuka puasa di hotel lima bintang, menganjurkan konsert dan sebagainya.

Adalah tidak mustahil golongan umat Islam yang kedekut adalah salah satu punca murtad. Kerana orang Kristian sanggup berkorban jutaan ringgit mendirikan gereja, mendirikan pusat persidangan, memberi makan percuma, memberi asrama dan sebagainya.

****************************************************
Church to raise RM100m for centre. The Star 8 September 2006

PETALING JAYA: The Calvary Church of Kuala Lumpur is holding a funfair to raise funds for its RM100mil convention centre.

For a start, Calvary Carnival '06 on Sept 16 at the Bukit Jalil Golf and Country Resort is targeted at raising RM500,000.

The Calvary Convention Centre, to be located beside the resort, is expected to cost RM100mil, excluding land cost of RM35mil.

Jim Guneratnam, administrative executive of Project Calvary Convention Centre technical committee, said the land had been paid for in full.

http://www.thestar.com.my

Bersama Saari Sungip & isteri mujahidin dianiaya 14 Sep NS

Dengarlah rintihan keluarga, isteri-isteri, anak-anak mujahidin daripada Malaysia yang pernah berjuang menghalau penjajah Rusia dari bumi Afghanistan sepertimana mujahidin Hizbullah menghalau tentera pengganas rejim zionis israel dari bumi Lubnan. Mereka kini ditahan di kem tahanan ISA Kamunting, Perak lebih daripada 4 tahun kerana mereka dilabel “pengganas”, sepertimana Hizbullah sebelum ini dilabel pengganas. Dengarlah kegigihan isteri-isteri dan anak-anak mangsa tahanan ISA membesar tanpa suami dan ayah tersayang disisi mereka.

Khamis 14 September 2006
Jam 9 malam
Di Markas PAS Cawangan Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam)
Bersama :
Sdr Saari Sungip ( Mantan Tahanan ISA , Mantan Presiden JIM )
Dr Rosli Yaakop ( Pesuruhjaya PAS N.Sembilan)

Jumaat 15 September 2006
Jam 9 malam
Di Kg Chenor, Klawang (rumah Jamlus)
Bersama :
Sdr Saari Sungip ( Mantan Tahanan ISA , Mantan Presiden JIM )
Isteri-Isteri Tahanan ISA

Roti High 5 Diragui Halal dan Kilang Amat Kotor

Sila rujuk laporan akhbar Berita Harian dan Kosmo 7 September 2006 serta gambar sekitar premis kilang di laman web Persatuan Pengguna Islam Malaysia http://www.muslimconsumer.org/ppim/news.php?extend.220
"Sokong,Bantu dab Belilah dari Industri Usahawan Islam"

Kilang roti terkenal diarah tutup – Berita Harian 7 September 2006

NILAI: Sebuah kilang memproses roti jenama terkenal di Nilai 3, dekat sini diarahkan menghentikan operasi selama dua minggu mulai petang semalam kerana didapati kotor serta menggunakan bahan yang disyaki tidak halal.

Arahan dikeluarkan selepas pihak berkuasa yang disertai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kementerian Kesihatan, Majlis Perbandaran Nilai (MPN), Jabatan Imigresen dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjalankan pemeriksaan di kilang berkenaan.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman, berkata pihak berkuasa sudah menerima aduan mengenai keadaan kilang yang tidak bersih serta menggunakan bahan disyaki tidak halal sejak beberapa bulan lalu.

Katanya, sebelum ini tindakan tidak dapat diambil terhadap syarikat itu kerana aduan tidak disertakan dengan bukti.

"Kira-kira tiga minggu lalu, kami menerima aduan orang ramai berserta gambar keadaan kilang itu serta minyak yang diragui halalnya," katanya pada sidang media di kilang itu petang semalam.

Dr Maamor berkata, melalui aduan itu pihaknya meminta kerjasama pihak berkuasa melakukan serbuan dan pemeriksaan.

"Serbuan berjaya mengesan tahap kebersihan yang terlalu rendah dan kilang roti berkenaan diarahkan tutup selama dua minggu," katanya.

Dalam pemeriksaan itu pihaknya menemui minyak yang disyaki tidak halal yang digunakan untuk membuat roti dan diserahkan kepada Jakim untuk ujian.

"Minyak yang diimport dari Jerman itu akan diserahkan kepada Jabatan Kimia untuk dianalisis kandungannya," katanya.

Sementara itu, Pengurus Kanan Penyelidikan dan Pembangunan/Jaminan Kualiti bahagian pengeluaran syarikat itu berkata syarikatnya akan memperbaiki mutu produk yang dikeluarkan syarikat itu.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Thursday/Nasional/20060906233255/Article/

9/7/06

Jualan Amal DPPKR & Nisa menjelang Ramadhan Syawal

Adalah dimaklumkan Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau dan Nisa Negeri Sembilan akan mengadakan Jualam Amal, Kebajikan dan Kemasyarakatan menjelang Ramadhan dan Syawal.

Kepada mereka yang ingin membeli sambil menyumbang boleh menghubungi mereka dibawah ini :

JUALAN BUAH KURMA DPPKR
Kurma Madu , Sekotak Cuma RM 10 , hubunghi Tn Hj Taufek 019-6576540

PROMOSI BISKUT RAYA NISA
100 biji untuk setiap jenis.
Almond London RM 34
Tart RM 32
Hazel Nut RM 30
Mazola RM 25
Kelapa RM 25
Sarang Semut RM 25
Semperit RM 28

Hubungi Pn Norwani 013-3851202

Ahli-Ahli UMNO Johor Merayu Bantuan, Simpati


RAYUAN DARIPADA AHLI-AHLI UMNO
Beginilah nasib orang Melayu, mereka sebelum ini telah mencurahkan segala-galanya untuk perjuangan UMNO dan mereka yakin bahawa UMNO akan membantu mereka.

Tetapi setelah 28 tahun meneroka tanah Lot 53091 & 53092, mereka dihalau apabila tanah tersebut diserahkan kepada pemaju.

Merayu, meminta simpati, mengharapkan belas ikhsan tetapi mereka akan terus dilayan seperti pendatang haram....

Lokasi : Tanah ini terletak berhampiran dengan Tol Air Hitam menuju ke Kluang. Pemuda PAS Air Hitam telah turun ke kawasan tersebut untuk mendapatkan maklumat, DPPNJ akan 'membongkar' nasib yang menimpa mereka dalam masa terdekat ini, insya Allah.

(Dilampirkan rayuan mereka ditulis atas kain rentang : “ KAMI ADALAH AHLI-AHLI UMNO. PENEROKA TANAH LOT 53091 & 53092 . SELAMA 28 TAHUN YANG LALU KAMI MERAYU KEPADA KERAJAAN NEGERI JOHOR SUPAYA TANAH INI DIKURNIAKAN KEPADA KAMI. DARI HASIL TANAH INILAH KAMI SEKELUARGA MENDAPAT SESUAP NASI UNTUK KEHIDUPAN SEHARIAN KAMI. DAN TEMPAT TINGGAL ANAK CUCU KAMI DIMASA AKAN DATANG. KASIHANILAH KAMI SEBAGAI INSAN YANG LEMAH DAN SERBA KEKURANGAN. TERIMA KASIH”)

posted by Bicara Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

Dipetik dari laman web http://dppnjohor.blogspot.com/

Pelik ? Orang Amerika masuk Islam, Melayu nak murtad ?

“Mereka Yang Mencari Kebenaran Akan Menjumpai Kebenaran. Mereka Yang Lari Dari Kebenaran Akan Kesesatan”

Keinginan mengembara bawa Michael Wolfe kepada Islam
Utusan Malaysia 7 September 2006 - Susunan ZUNAIDAH ZAINON
SELEPAS 25 tahun menjadi penulis di Amerika Syarikat (AS), Michael Wolfe ingin mencari sesuatu yang berupaya melembutkan perasaan sinisnya dalam melihat prospek kehidupan. Lahir dalam keluarga yang mempunyai dua pegangan agama lantaran ayahnya berketurunan Yahudi manakala ibunya penganut Kristian menyebabkan Wolfe agak tertekan apabila membicarakan isu perkauman dan kebebasan.

Untuk mencari dimensi baru dari sisi hidup yang berbeza, Wolfe mengambil keputusan mengembara ke Afrika Utara sejurus tamat pengajian universiti. Akhirnya beliau yang ketika itu berusia awal 20-an memutuskan menetap di benua tersebut selama tiga tahun.

Pergaulan dengan masyarakat Arab dan Eropah yang kebanyakannya beragama Islam menguak perasaan Wolfe tentang obsesi orang Barat terhadap kelas sosial. Apa yang diperhatikannya, Islam tidak pernah membezakan umatnya berdasarkan kaum ataupun warna kulit tetapi berpandukan kepada ajaran dan kepercayaan agama.

“Saya ingin mencari satu laluan yang boleh melepaskan diri daripada pengasingan istilah budaya materialistik tetapi fahaman konvensional yang saya ikuti sejak kecil terlalu rapat.

“Tambahan pula latar belakang saya yang bercampur aduk menyebabkan saya mempunyai dua pegangan (agama) berbeza. Namun, kedua-duanya sangat meragukan,” kata Wolfe yang mengikuti kisah perjuangan Malcolm X yang sentiasa menegaskan bahawa orang Amerika perlu memahami Islam kerana ia satu-satunya agama yang boleh mengikis perasaan antiperkauman dalam masyarakat.

Bagi Wolfe, semakin beliau berkeinginan mencari prospek baru dalam kehidupannya, pengalaman hidup masyarakat Islam di Afrika Utara akan dirujuk.

Selepas melalui dua kali perjalanan ke Maghribi pada 1981 dan 1985, Wolfe berpendapat, Afrika Utara adalah benua yang dapat memberi keseimbangan dalam kehidupannya. Wolfe menegaskan, beliau bukannya mahu menukar budaya tetapi semata-mata ingin mencari makna baru kehidupan.

Beliau turut menceritakan pengalamannya dalam satu penerbangan ke Maghribi. Setelah selesai menikmati makan malam, Wolfe ke bilik air. Semasa ketiadaannya, penumpang beragama Islam mengambil peluang membentuk satu barisan untuk mendirikan sembahyang di bahagian luar pintu. Bagaimanapun, kemunculan Wolfe dari bilik air tiada sesiapa menyedarinya. Beliau berjalan antara lorong kerusi untuk mencari sendiri jawapannya.

Memuji Tuhan

Ketika itu Wolfe hanya mampu berdiri dan memandang bahagian belakang jemaah. Mereka memegang sebuah buku sebesar tapak tangan yang kemudian meletakkannya di dada seperti sedang memuji Tuhan.

“Saya hanya memerhatikannya dari pintu bilik air sehingga mereka selesai dan kemudian berjalan duduk ke tempat saya semula. Kami mendarat di Brussels.

“Semasa menaiki semula kapal terbang, saya menemui keratan surat khabar berbahasa Yiddish di atas dulang makanan. Apabila dalam penerbangan menuju ke Maghribi, saya lihat mereka sudah tiada,” cerita Wolfe atau nama Islamnya Michael Abdul Majeed Wolfe. Beliau memeluk Islam selepas 20 tahun mengembara ke negara-negara Islam.

Rentetan peristiwa itu, beliau tidak menyifatkan kehidupannya baru bermula. Pada peringkat awal, sekitar 1981, beliau begitu teruja untuk mengembara dan Maghribi menjadi negara pilihan utama.

Perasaan ini membawa Wolfe mengenali penulis terkenal seperti Freya Stark. Ketika itu beliau benar-benar ingin mencari agama yang tidak berkaitan dengan sebarang ritual ataupun pemujaan dan tidak mempunyai misteri di sebaliknya. Dalam hal ini, semakin banyak beliau mendalami tentang Islam, semakin kuat tarikannya dalam diri Michael Wolfe.

Namun, rakan-rakan yang terdiri daripada ahli akademik Barat mengaitkan agama dengan perasaan penuh syak wasangka. Mereka mengkelaskan agama sebagai alat untuk memanipulasi politik ataupun konsep yang dibawa dari abad pertengahan.

Beliau mendapati majoriti 650 juta orang Islam yang berada di 44 negara sedang mendalami ilmu agama manakala 400 juta adalah minoriti di negara-negara Eropah, Asia dan Amerika. Dibantu dengan sistem ekonomi selepas penjajahan, Islam menjadi pegangan utama kumpulan minoriti itu selama 30 tahun di negara-negara Eropah Barat.

“Rakan-rakan politik saya terkejut apabila mendengar minat baru saya. Boleh dikatakan semuanya keliru dengan Islam yang telah diputarbelitkan dengan kejahilan dan sebagainya.

“Buku yang mereka baca dan rancangan televisyen yang mereka lihat menyebabkan mereka berpendapat pegangan agama hanyalah sebagai fungsi politik,” kata Wolfe menceritakan reaksi rakan-rakannya.

Kata Wolfe, ajaran Islam berasaskan kepada lima rukun. Beliau percaya sebagai orang Islam yang berkemampuan, mereka perlu mengerjakan fardu haji sekurang-kurang sekali seumur hidup.

Sebagai individu yang memilih Islam, beliau berasa perlu untuk memenuhi rukun Islam kelima iaitu menunaikan fardu haji ke Mekah.

“Setiap tahun umat Islam akan berpuasa sebulan diikuti mengerjakan fardu haji yang mengambil masa kira-kira 40 hari. Saya sudah mendalami banyak buku berkenaan Islam dan melibatkan diri dengan aktiviti masjid di kediaman saya di California dan juga sudah mengamalkan ajaran Islam.

“Sekarang saya berharap dapat mendalami apa yang dipelajari mengenai Islam yang sudah tersemai sejak sekian lama,” ujar Wolfe yang ingin memulakan semula kembaranya ke Maghribi.

Profil Michael Wolfe

Michael Wolfe ialah penulis puisi, fiksyen, kisah pengembaraan dan sejarah. Karyanya banyak disiarkan dalam majalah dan mendapat penghargaan daripada Academy of American Poets, National Endowment for the Arts, California Arts Commission dan American Travel Writers Association. Beliau ialah perunding Macdowell Colony dan penerima Amy Lowell Travelling Poets Scholarship. Semua karya puisinya dihimpun dan diterbitkan dalam tiga volum sejak beberapa tahun lalu.

Di samping itu, beliau menyampaikan syarahan di beberapa universiti seperti Harvard, Georgetown, Standorf, SUNY Buffalo dan Princeton. Beliau mengajar Penulisan dan Bahasa Inggeris di Philips Exeter and Philips Andover Academies, California State Summer School for the Arts dan Universiti California, Santa Cruz.

Wolfe yang berkelulusan sarjana muda Seni Klasik daripada Universiti Wesleyan merupakan penerbit Tombouctou Books di Bolinas, California.

Beliau telah menghasilkan tiga buah buku berkaitan Islam iaitu The Hadj yang diterbitkan pada 1993 dan One Thousand Roads to Mecca (1997). Selepas tragedi 11 September 2001, beliau mengedit koleksi esei oleh penulis Amerika beragama Islam dalam buku bertajuk Taking Back Islam: American Muslims Reclaim Their Faith terbitan Rodale Press. Buku ini memenangi Anugerah Wilbur pada 2003 bagi kategori buku agama terbaik.

Kini, beliau menyiapkan novel Just Look At You Now dan menterjemahkan himpunan epitaf daripada Antologi Greek. Wolfe baru sahaja menyiapkan volum keempat yang menghimpunkan karya puisinya bertajuk Digging Up Russia.

Pada 1997, Wolfe muncul hos program pengembaraan menunaikan haji dari Mekah untuk Ted Koppel’s Nightline untuk siaran ABC. Program tersebut memenangi anugerah media daripada Muslim Public Affair Council. Pada Februari 2003, beliau bekerjasama dengan wartawan sistem televisyen antarabangsa CNN, Zain Verjee, untuk menghasilkan dokumentari berkenaan haji.

Pada 1999, Wolfe bersama-sama dengan rakannya, Alex Kronemer, menubuhkan yayasan pendidikan media iaitu Unity Productions Foundation (UPF). Kolaborasi Wolfe dan Alex menerusi UPF berjaya menghasilkan dokumentari dengan tempoh masa dua jam mengenai perjalanan kisah hidup Nabi Muhammad bertajuk Muhammad: Legacy of a Prophet. Program ini turut menerima Anugerah Khas Juri bagi kategori Dokumentari Profesional Terbaik (Masyarakat dan Negara).

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0907&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

9/6/06

Bukti Program Mahathir Turun NS DiSabotaj


Gambar poster ini diambil di dinding sebuah restoran di kawasan Kg Jual Johol Negeri Sembilan,di sini dapat kita lihat betapa terdesaknya Umno Pimpinan Pak Lah untuk menggagalkan Program yang di anjurkan oleh Umno Cawangan Kg Jual sehingga sanggup mengadakan konsert dan cabutan bertuah.Berdasarkan kepada maklumat yang di perolehi beberapa buah bas juga telah di sediakan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengangkut penduduk dan dan ahli umno kg Jual khasnya ke tempat lain.Semua JKK dan Ketua-Ketua Umno Cawangan juga di wajibkan hadir ke program sambutan kemerdekaan yang di anjurkan pada tarikh dan masa yg sama dengan program Tun Dr Mahathir di Kg Jual Johol.

Dipetik dari laporan http://www.generasi-m.com/today/

Jenazah orang Islam dibakar cara agama lain di Johor

Jenazah saudara baru dibakar
Harian Metro 6 Sep 2006, Edisi Selatan: Jenazah saudara baru dibakar

KULAI: “Saya terkejut apabila diberitahu jenazah Mahendran akan dihantar ke pusat pembakaran mayat di Jalan Kota Tinggi,” kata Firdaus Goh Abdullah, 52, rakan kepada seorang peguam saudara baru yang jenazahnya didakwa dibakar mengikut upacara agama asal oleh keluarganya, petang semalam.

Menurut Firdaus, beliau terkejut apabila mendapati jenazah rakan baiknya R R Mahendran, 40, atau nama Islamnya Rafie Syazwan Abdullah berada di dalam sebuah van ketika mahu menziarahinya di rumahnya di Taman Nong Chik kira-kira jam 4.30 petang semalam.

“Saya mahu menziarahi jenazahnya. Bagaimanapun sebaik sampai di rumahnya didapati keranda yang mengandungi jenazah rakan baik saya berada di dalam sebuah van.

“Saya bertanya kepada pemandu van terbabit dan diberitahu mahu di bawa ke tempat pembakaran mayat di di Jalan Kota Tinggi,” katanya.

Firdaus seorang saudara baru berkata, dia mengenali Allahyarham sejak 10 tahun lalu dan mendapat berita rakannya itu meninggal dunia di Kuala Lumpur awal pagi semalam dan jenazahnya dibawa ke rumahnya di Taman Nong Chik.

“Bagaimanapun, hasrat saya memberikan penghormatan terakhir sebagai orang Islam tidak kesampaian kerana apabila tiba, Mahendran sudah pun di dalam keranda dan van,” katanya.

Difahamkan jenazah Mahendran yang dipercayai memeluk Islam kira-kira lima tahun lalu, diuruskan mengikut upacara agama asalnya oleh keluarganya.

Mahendran, dipercayai meninggal dunia di sebuah hotel di Kuala Lumpur, kira-kira jam 2 pagi semalam akibat serangan sakit jantung dan jenazahnya dibawa pulang ke Johor Bahru oleh isterinya yang juga dipercayai seorang saudara baru berasal dari Sarawak.

Firdaus berkata, dia ke pusat pembakaran mayat dan nampak ahli keluarga Mahendran termasuk isterinya ada di situ.

Katanya, dia tahu Mahendran memeluk Islam dan mendakwa Mahendran sering membuat rumah terbuka setiap kali menyambut Aidilfitri dan menyifatkan rakannya itu seorang yang sangat baik dan bijak mengendali pelbagai kes jenayah di mahkamah.

Wakil media yang tiba di pusat pembakaran itu kira-kira jam 7 malam, semalam, dimaklumkan ahli keluarga sudah pulang selepas menghantar jenazah Mahendran.

Wakil Jabatan Agama Johor (JAJ) yang turut berada di pusat pembakaran itu bagaimanapun enggan memberi sebarang ulasan berhubung perkara itu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri, Zainal Abidin Osman dan Pengarah JAJ, Datuk Mohd Zaini Osman juga gagal dihubungi.

Sementara itu, keluarga Mahendran yang ditemui di rumahnya kira-kira jam 9 malam tadi juga enggan mengulas lanjut

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Wednesday/Setempat/20060906095329/Article/indexm_html