FORUM

FORUM

KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

10/31/06

Contoh Surat Bantahan 7 11 Jual Arak

Kepada umat Islam dan rakyat Malaysia yang prihatin sila faks, e-mel bantahan anda penjualan arak di kedai 7 11 secara individu atau melalui PIBG, AJK Masjid/Taman/Surau, NGO dan sebagainya. Berikut ialah contoh surat bantahan.

Daripada :
Penduduk Taman ________
PIBG Sekolah Rendah Keb Taman
AJK dan Jemaah Masjid Taman


Kepada :
Pemilik/Pengurus
7-Eleven Convenience Shopping Sdn. Bhd
Level 3A, Podium Block
Plaza Berjaya
No. 12, Jalan Imbi
55100 Kuala Lumpur
Phone: 603/2142-1136
Fax: 603/2142-1139
E-mel : hotmail@7eleven.com.my
http://www.7-eleven.com/about/profile_malaysia.asp

BANTAHAN PENJUALAN ARAK DI TAMAN ________

Merujuk kepada perkara di atas adalah dengan ini kami penduduk taman ___________ ingin membuat bantahan sekeras-kerasnya akan penjualan arak di premis 7 Eleven milik tuan di taman ____________.

Bantahan kami ini adalah bersandarkan atas beberapa faktor berikut :

1. Lebih 70 peratus penduduk sekitar adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam.
2. Sudah terdapat 5 buah kedai runcit, pasaraya, restoran bukan Melayu di kawasan ini yang menjual arak.
3. Kawasan ini adalah merupakan kawasan “lumba haram”, dimana pengambilan arak serta alkohol serta dadah lain dengan mudah akan menjadikan ianya tumpuan mereka yang melakukan aksi yang membahayakan orang ramai.
4. Kawasan ini terletak berhampiran dengan sebuah sekolah rendah, sebuah sekolah menengah dan 4 buah tadika. Adalah tidak wajar premis tuan menjual arak di kawasan ini.

Berdasarkan alasan yang munasabah di atas , sekali lagi kami menyuarakan bantahan sekeras-kerasnya akan penjualan arak di premis tuan di kawasan kami.

Sekian, terima kasih.

Tandatangan semua penduduk berhampiran.

Salinan kepada :
1. Pihak Bekuasa Tempatan/Dewan Bandaraya/Majlis Perbandaran/Majlis Daerah
2. Jabatan Kastam Dan Eksais Di Raja Malaysia

Minum Teh Dgn Datin Seri Wan Azizah 26 Nov Seremban

Assalamualaikum dan salam mesra ,

Hadirin dan hadirat semua dijemput hadir ke Majlis Jamuan Teh dan Dailog Ekonomi serta Pealncaran Tabung Dana Pilihanraya Angkatan Muda Negeri Sembilan pada :

Tarikh : AHAD 26 November 2006
Masa : 3 petang – 6 petang
Tempat : Seremban (Dewan berhampiran Chinese Martenity Hospital, Jln Seremban – Mantin)

Bersama tetamu khas :
YB Datin Seri Dr Wan Azizah , Presiden Keadilan
Tan Sri Dato Khalid Ibrahim , Bendahari Keadilan
Dato Nalakaruppan
Tian Chua , Ketua Penerangan Keadilan
Sdr Ezam Md Noor , Pengerusi GERAK

Sumbangan jamuan teh RM 10 seorang

Maklumat lanjut hubungi : Sdr Azizi 012-3696474 , 012-3589872

Jemputan Rumah Terbuka TPJ NS 4 Nov

Assalamualaikum dan salam mesra ,

Hadirin dan hadirat semua dijemput hadir ke Jamuan Idil Fitri berikut :

Sabtu 4 Nov 2006
Jam 8.15 malam
Di Rumah Timbalan Pesuruhjaya PAS NS Sdr Zulkefly Mohamad Omar
Di Kampung Masjid, Lenggeng, N.Sembilan
Bersama tetamu undangan , YB Ust Nasaruddin Daud, Timbalan Speaker Kelantan

Rabu 8 Nov 2006
Jam 9 malam
Rumah Terbuka PAS N.Sembilan
Di Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan, Seremban (Tapak Markas PAS NS)
Bersama tetamu undangan , Us Nasharudin Mat Isa (Timbalan Presiden PAS), YB Salahuddin Ayub (Ketua Pemuda PAS Pusat), Dr Rosli Yaakop (Pesuruhjaya PAS NS)

Maklumat lanjut hubungi :
Hj Taufek : 019-6576540
Sdr Hassan : 013-3426346

10/30/06

Jom BOIKOT NAZA, Menzalimi Orang Melayu Sendiri !!!

Sila baca keluhan orang Melayu dibawah yang membeli kereta keluaran orang Melayu. Harap ada pihak (Persatuan Pengguna P.Pinang, Persatuan Pengguna Islam, FOMCA, Biro Pengaduan Awam MCA/UMNO/PAS, dll) yang akan membela nasib orang Melayu ini, dan mungkin ramai lagi orang Melayu yang senasib dengannya yang menggunakan kereta Naza Sutera

Dari laman web www.tranungkite.net http://www.tranungkite.net/v3/modules.php?name=News&file=article&sid=1918

Laporan Kerosakan NAZA Sutera . Sunday, October 29 Kiriman HM

Untuk perhatian tuan, lain kali saya perlu berfikir lebih daripada berjuta kali jika ingin membeli kereta kereta keluaran NAZA kerana kualiti kenderaan yang amat teruk dan tidak menjaminkan. Saya telah membeli kereta NAZA Sutera 2 bulan lepas iaitu pada 1hb Ogos 2006 selepas menanti selama lebih kurang 4 bulan dimana wakil jualan tuan gagal membekalnya dalam tempuh yang telah dijanjikan oleh pihak Syarikat FS Trading Sdn Bhd iaitu dalam tempuh 2 minggu sahaja. Disini saya ingin menyatakan kekesalan yang amat sangat terhadap kereta yang telah dibekalkan oleh pihak tuan dan memohon supaya ianya dapat DIGANTIKAN DENGAN KENDERAAN YANG BARU. Inilah keadaan kenderaan yang telah dibekalkan kepada saya:-

1. Dari kualiti kereta tersebut adalah jelas bahawa pihak tuan hanya mementingkan soal keuntungan sehingga mengabaikan tentang kualiti kenderaan tersebut. Kereta ini lansung tiada kualiti dan saya melakukan kesilapan besar kerana hanya memandang dari segi rupa sedangkan ia penuh dengan masalah-masalah.

2. Dari segi pengamatan saya Jabatan Kualiti Kilang Naza gagal melakukan kerja dengan baik kerana sebahagian besar daripada peralatan didalam dan diluar kenderaan ini tidak dipasang dengan betul dan kemas. Ini termasuk bahagian-bahagian yang dibuat dengan plastik dan besi tidak dilekat atau dipasang dengan kemas dimana ada yang longgar. Seterusnya terdapat bahagian-bahagian dan skru yang sudah berkarat sedangkan kereta tersebut baru 2 bulan sahaja dan boleh dilihat dengan sebelah mata.

3. Pada minggun pertama, semasa saya memandu kereta balik daripada pejabat dan pada masa itu hujan turun; Saya terpaksa memandu dalam keadaan basah kerana air masuk melalui tingkap sebelah pemandu dengan banyak. Disini saya amati getah yang digunakan juga tidak berkualiti atau pun ia tidak dipasang dengan betul. Saya telah menghantarnya ke pusat serbis di Kuala Trengganu, setelah diperbetulkan ia masih tidak sempurna kerana pintu tersebut telah tidak selari dengan pintu-pintu yang lain. Jadi keempat-empat pintu ini perlu diketuk semula untuk menyamakannya. Ia masih tidak sempurna
kerana semasa hujan air masuk semula melalui pintu belakang pula. Cubalah bayangkan kesusahan yang telah saya hadapi hanya kerana Pintu-pintu ini.

4. Pada minggu ketiga ketiga balik daripada Trengganu stering kereta ini telah berbunyi seperti keldai seolah macam kenderaan yang berumur lebih daripada 20 tahun. Bayangkan macamana kedaan kereta ini setelah lebih dari 1 tahun.

5. Pada hari saya ambil kenderaan ini system penghawa dinginnya tidak berfungsi dengan betul; Angin sejuk hanya keluar daripada saluran bawah sahaja walaupun saya telah mengubah suis untuk angin itu keluar daripada atas. Keesokan harinya saya hanya kenderaan ke Syarikat FS Trading Sdn Bhd dan ia telah dibaiki dengan menyendal dengan sekeping span dan masih tidak sempurna. Adakah begini caranya ia dibaiki. Amat melucukan, Syarikat sebesar Naza tidak tahu camana nak pasang penghawa dingin dengan betul. Saya komplen tetapi jawapan amat tidak menyenangkan kerana pihak FS Trading menyatakan bahawa ianya salah panel pembekal dan jika saya hendak membaikinya dengan sempurna, saya perlu menghantar kereta ini ke Shah Alam dan ia akan memakan masa lebih daripada 2 hari kerana keseluruhan "dash board" perlu dibuka. Disini pihak Naza tidak membuat pemeriksaan dengan betul kerana takanlah angin ini ini tidak betul pun tak perasan sedangkan sebaik saya terima ia sudah rosak. Janganlah nak menyalahkan orang lain
sahaja.

6. Pada hari kedua saya ke Bengkel Naza, iaitu bengkel Syarikat Mesra Harmoni Sdn Bhd, nama ajer mesra, upah tarik kenderaan pun saya kena tanggung, saya bersama-sama mekanik membuat pemerhatian ketika kereta ini dibaiki; Malang sungguh kerana tiada banyak yang mampu dilakukan kerana di bengkel ini tiada alatganti yang perlu untuk membaiki kereta Sutera, semua kena tunggu bekalan daripada pihak Naza, kereta saya masih lagi disitu sehingga hari ini 04hb Oktober 2006 sejak 15hb September. Bayangkan "oil seal" pun, Naza ambik masa selama lebih daripada 3 minggu.

7. Kerosakan seterusnya ialah mengenai pam air untuk pembersih air (wiper) tidak berfungsi dengan betul dimana sekejap kuat sekejap perlahan dan yang paling menyedihkan baru sebulan "wiper" pun dah mula tidak betul pergerakannya. Bila saya menggunakannya ia bergerak dengan sempurna, tetapi bila saya tutup suisnya, ia akan berhenti ditempat-tempat yang ia suka. Sekejap ditengah-tengah cermin setelah dicuba berkali-kalibaru ia berhenti di tempat yang sepatutnya. Ini baru sebulan, kalau setahun mungkin ia tak bergerak lagi. Ia amat menyusahkan untuk menunjuk kepada mekanik kerana ia tidak stabil, di bengkel nampak ok, bila balik ke rumah, masalah ini timbul semula. Inikah kualiti kereta baru Naza??? Saya rasa pihak Naza tidak ambil berat lansung soal kualiti eksesori kenderaan ini. Macam tangkapmuat ajer.

8. Bonet belakang kenderaan ini juga tidak dipasang dengan sempurna kerana bonetnya tidak boleh dibuka dengan kunci. Pergi baiki ok, balik rumah jadi balik. Itulah kerja saya, kena ambik cuti dua hari hanya kerana nak baiki bonet kereta. Bayangkanlah kesusahan yang telah pihak Naza timbulkan kepada pengguna.

9. Batang gear bergegar dan menari sebaik sahaja enjin dihidupkan macam bas buruk yang mengangkut penumpang dikawasan pendalaman yang berumur lebih daripada 30 tahun dan pada masa yang sama kita dapat rasakan seolah enjin ini nak jatuh. Saya telah membeli 2 jenis kenderaan dan tak pernah alami keadaan sebegini ketika ia baru dibeli.

10. Enjin ini akan mengeluarkan bunyi amat bising yang ganjil setelah kelajuan melebihi 100km/jam, jadi sebaik saya ambil kenderaan ini saya terpaksa membawanya dibawah 100km/jam. Bunyinya seperti sebuah kapal terbang hendak memulakan penerbangannya, semasa saya pandu, semua penumpang jadi panik kerana ia macam hendak meletup. Saya berjumpa beberapa pemilik kereta ini di bengkel dan mereka menyatakan perkara yang sama dan ia bergantung pada nasib, kerana adanya terima masalah ini setelah ia bergerak lebih daripada 110km/jam. Tuan-tuan, percayalah, ia mengeluarkan bunyi yang ganjil, saya telah memandu lebih daripada 10 tahun dan kereta kancil saya yang berumur lebih daripada 9 tahun pun tidak mengeluarkan bunyi sebegini. Bila saya suarakan apa-apa yang ganjil mengenai enjin ini, dengan mudah dan selamba sahaja, mekanik menyatakan ianya kerana ia tidak menggunakan "timing belt" dimana ia gunakan "timing chain". Saya bukan mekanik, tapi jangan alasan ini sahaja untuk selesaikan masalah ini, sedangkan enjin ini sebenarnya tidak berfungsi dengan betul dan akibatnya akan saya Terangkan dibawah. Ini bermaksud seolah-olah "timing chain" tidak meningkatkan mutu enjin pada masa ini. Naza sepatutnya kena menyiasat dengan teliti sebelum menggunakan teknologi baru.

11. Seterusnya kerosakan yang paling teruk setelah simpton-simpton diatas, pada minggu keenam dimana saya menggunakan kereta ini dan ia baru bergerak lebihkurang 3,000km; Pada 15hb September 2006 kereta ini gagal dihidupkan. Setelah sejam mencuba, saya mengoyangkan kenderaan ini maka Enjin boleh dihidupkan; Ia mengejutkan saya, dan saya perhatikan asap putih keluar dengan banyak, pada mula saya ingat enjin belum panas, tetapi
ia tak berhenti dan air mula keluar melalui ekzos dengan banyak dan tak berhenti-henti. Saya matikan enjin dan buka bonet hadapan, saya periksa minyak hitam dan air/coolant, ia masih berada dalam keadaan yang baik.

Pada masa ini saya amat terkejut kerana enjin tidak mati setelah saya cabut kunci dan ia amat memeranjatkan saya; Naza telah mencipta kereta turbo tanpa perlu meletakan enjin turbo. Dengan hati-hati saya hidupkan semula kereta ini dan pandu dengan perlahan ke pejabat seterusnya ke pejabat FS Trading Sdn Bhd yang jauhnya lebih kurang 10km; Disana mekanik telah memeriksa kenderaan dan apa yang mengejutkan saya ialah suhu telah meningkat dengan mendadak dan air telah kering. Apa yang menyedihkan saya, pihak FS Trading pandang sebelah mata sahaja masalah saya ini dan saya terpaksa tunggu sehingga lebih daripada 2 jam menunggu kereta tunda untuk menunda kenderaan ini ke bengkel Syarikat Mesra Harmoni di Taman Melati. Saya diberitahu bahwa saya tidak perlu membayar kos tunda, malangnya sampai disana saya diminta membayar kos tunda tersebut. Biasalah pengguna memang Selalu malang. Setelah diperiksa, pihak bengkel belum kenalpasti masalah dan minta saya dating keesokan harinya.

Pada keesokan hari saya diberitahu bahawa enjin ini kena dibuka dan perlu "overhaul" kerana enjin ini telah dimasuki air. Jadi yang simpton-simpton sebelum ini adalah kerana enjin ini tidak berfungsi dengan betul dan pihak bengkel hanya membuat andaian tanpa mengendahkan apa yang saya laporkan. Saya hairan kenapa kereta baru sebulan ini telah mengalami masalah sebegini teruk dan ini adalah masalah yang serius dan ianya adalah kereta baru. Bayangkan apa akan terjadi jika ia setelah dua tiga tahun nanti. Jadi pengguna seperti saya yang akan merana kerana terpaksa menanggung sengsara kerana terpaksa membayar pinjaman selama 7 tahun.

Saya amat kesal kerana mekanik disitu juga gagal menjawab punca kerosakan tersebut dan tidak mengakui ini masalah serius "MAJOR PROBLEM". Sekarang telah masuk minggu keTIGA kereta itu di bengkel Syarikat Mesra Harmoni, sebuah bengkel yang canggih dan gah tetapi tiada bekalan alatganti dan tidak mahu menanggung kos tunda tersebut sebanyak RM30.00 hanya kerana pihak Naza lambat membayar balik kepadanya iaitu lebih daripada 3 bulan. Biasalah pengguna kena tanggung, saya pada mula tidak berkira soal ini tetapi janganlah asyik Hendak menyalahkan orang.

Bila saya tanya pihak bengkel dia menyalahkan pihak Naza masih tidak membekalkan alatganti dan menyuruh saya yang menghubungi pihak Naza dan saya terpaks hubungi pihak Naza, tapi amat menyedihkan bahawa sehingga kini tindakan semua pihak seolah-olah saya ini tidak penting. Apa yang saya dapat simpulkan ialah apa pun yang terjadi biar pengguna yang tanggung bebanan janji syarikat buat untung selagi tiada nyawa yang melayang, selagi kita hentam pengguna.

Pada 30hb September 2006 saya tanya kenapa kereta ini tidak siap, pihak bengkel menjawab bengkel ini sedang menjalankan kempen serbis kereta Naza sempena bulan perayaan dan kerana kereta saya mengalami masalah kronik maka ia tidak berkesempatan untuk dibaiki dan ia juga disebabkan kerana setelah 2 minggu berlalu baru "cylinder head" dibekal oleh Naza dan ia tidak cukup kerana "oil seal" masih lagi tidak dibekalkan. Satu-satu alatganti kena tunggu dan tunggu untuk dibekalkan sehingga saya menawarkan diri untuk mengambil sendiri alatganti tersebut. Tuan kena faham saya beli kereta untuk menyenangkan hidup saya bukan membebankan saya. Kempen itu juga lebih penting jika dibandingkan dengan kesusahan yang ditanggung oleh saya, mereka yang datang untuk serbis kereta tiada masalah ketiadaan kenderaan sedangkan saya terpaksa menanggung berbagai masalah kerana tiada kereta. Sepatutnya mereka perlu faham masalah saya ini kerana ia memberi kesan kepada imej Naza sendiri.

Disini saya membuat aduan kepada pihak Naza dan menerangkan bagaimana keadaan kereta yang telah dibekalkan kepada saya dan memohon supaya sebuah enjin yang baru kerana saya sudah tidak beryakinan dengan enjin kereta ini. Ini adalah kerana mekanik disitu tak dapat mengenalpasti punca masalahnya dan sepatutnya pihak Naza wajib membekal kenderaan yang berada didalam keadaan baik. Malangnya permintaan saya tidak dilayan dan macam tiada masalah langsung yang wujud dihati pihak Naza. Pusat Khidmat Pelanggan menyatakan bahawa Naza tidak akan menggantikan dengan kenderaan yang baru dan ia hanya akan membaiki sahaja. Bayangkan atau fahamilah ini masalah enjin, kereta baru sepatutnya tidak timbul masalah seteruk ini. Jika ia amat sedikit adalah lebih baik enjin atau kereta ini digantikan dengan yang baru.

Disini barulah saya faham saya kena terima apa pun keadaan setelah saya beli kereta itu, seolah-seolah jika Naza bekal saya besi buruk pun saya kena terima samada saya suka atau tidak. Terima kasih kerana telah berjaya menyusahkan hidup saya. Sudahlah begitu saya dibuat macam bola ping pong dipukul kekiri dan kekanan dan asyik menyalah antara satu sama lain sehingga kita keliru dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi.

Jadi akhirnya pengguna yang terpaksa menanggung segala masalah, kesusahan samada dari segi masa,duit dan keperitan tidak hanya pada masa ketiadaan kenderaan untuk meneruskan kehidupan harian dan kemungkinan kerugian ini akan berlarutan bertahun-tahun.

Disini saya tertanya-tanya apa hak pengguna seperti saya bila keadaan ini terjadi; jika hanya dibaiki saya rasa ia tak memuaskan dan kelebihan serta keuntungan hanya sentiasa ada dipihak syarikat dan pengguna perlu jadi mangsa.

12. Setelah seminggu kereta di bengkel, saya pergi menjenguk dan tambah menyedihkan apabila melihat keadaan kereta baru tapi dah macam kereta buruk kebanyakan bahagian dan skru sudah mula berkarat. Paling menyedihkan semasa saya tiba di bengkel dengan sinis saya di perli kenapa datang cepat sangat sedangkan kereta ini tak tentu bila boleh siap, tiada rasa sempati langsung. Macam inikah sikap panel bengkel yang dilantik oleh Naza???? Dan ada suara sumbang mengatakan bengkel tempat saya membuat serbis pertama iaitu di Kuala Trengganu tidak membuat kerja dengan betul. Lagi sekali asyik hendak menyalahkan pihak lain.

Saya pergi kesana hendak melihat dan mendapatkan jawapan kenapa kereta baru yang begitu megah di televisyen itu boleh rosak sebegitu teruk tetapi ini jawapan yang saya dapat sedangkan saya beli kenderaan tersebut dengan harga lebih daripada RM38,000.00 dan bukannya RM3 sahaja. Seterusnya saya lihat skru besar yang memegang tayar telah berkarat dan disk brek juga berkarat dan ia amat mengejutkan saya keran baru 2 bulan sudah sebegini, tiada "antirust" ke?? Malah banyak lagi skru-skru daripada depan hinggalah kebelakang juga berkarat termasuk beberapa bahagian yang dibuat daripada besi lain juga mula berkarat. Apa pihak Naza tak uji atau kaji bahan-bahan yang akan digunakan untuk membuat kenderaan ini. Janganlah hanya keuntungan besar hendak dicari dan pengguna dijadikan bahan uji untuk mengurangkan kos. Saya nampak kereta ini hijau dan tidak lama lagi akan jadi warna karat.

14. Seterusnya masalah kunyi "remote" pada kali pertama guna untuk hari itu ia sempurna dan setelah kita bergerak lebih dari 50km dan berhenti; kunci "remote" tidak berfungsi lagi dan tidak mengeluarkan sebarang bunyi lagi. Tunggu sejuk dulu baru ia berbunyi, hairan ini pun boleh jadi masalah. Ini pun jadi masalah, ini baru sebulan entah apa lagi akan saya tanggung selepas ini, nampak saya membeli masalah berharga RM38,000 bukannya kereta baru. Sedar dan fahamilah masalah saya.

NAZA telah membuat kesalahan besar dan bodoh kerana memberi gambaran buruk kepada pelanggannya. Jikalau tuan hendak tahu bahwa dengan laporan ini mungkin telah mengubah cadangan kawan-kawan saya untuk membeli kereta keluaran tuan dan banyak yang telah menempah semula kereta MyVi keluaran Perodua yang memberi keuntungan kepada kedua belah pihak.

Jika saya ada kamera, pasti akan saya rakamkan masalah-masalah lain yang kecil dimana tak sepatutnya ada pada kereta baru ini dan ada bahagian-bahagian saya terpaksa perbetulkan sendiri dan malas nak komplen lagi kerana sudah tidak mampu. Contohnya penutup talipinggang keledar boleh tercabut dengan tiba-tiba. Jadi saya pegi kedai beli gam dan lekatkan semula. Itu pun tak reti nak pasang, boleh gila dibuatnya. Nampak canggih tetapi penuh dengan masalah, macam dibuat dengan kaki.

Kesimpulan????? Jika ada anugerah untuk kereta keluaran terburuk dan tanpa kualiti pada tahun tersebut; Saya yakin dan pasti kereta ini akan memenangi anugerah tanpa sebarang bantahan daripada mana-mana pihak. Disini jika kereta ini tidak diperbetulkan saya akan membuat promosi keseluruh tempat untuk membuktikan bahwa kereta ini amat buruk kualitinya.

Percayalah saya bukan dari Proton atau Perodua tetapi dua kenderaan keluaran syarikatnya telah saya guna dan tiada masalah seteruk ini terjadi pada saya, contohnya saya telah guna kereta kancil lebih daripada 8 tahun dengan tidak memberi saya masalah sebegini.

SYARIKAT NAZA BUAT KERETA INI DAN SETERUSNYA MENJADIKAN PEMBELINYA SEBAGAI BAHAN UJIKAJI ATAU R&D UNTUK KENDERAAN INI SUPAYA KOS DAPAT DITANGGUNG OLEH PEMBELI DAN BUKAN DITANGGUNG OLEH NAZA DAN BESAR KEMUNGKINAN IA AKAN BERTERUSAN SEBAIK MODEL BARU DIPERKENALKAN SELAGI TIADA NYAWA YANG MELAYANG ATAU CEDERA.

Sepatutnya pada peringkat awal kereta saya ini rosak teruk begini, pihak NAZA patut mengambil tindakan yang PROAKTIF dengan menggantikan dengan yang baru maka kita nampak dengan jelas bahwa ia bertanggungjawab sepenuhnya dengan apa yang dia bekalkan kepada pengguna; malangnya mereka tak mengendahkan tuntutan saya malah dengan sombong dan bongkaknya wakil daripada "Naza Customer Service" mengatakan bahawa Naza tidak sekali-kali akan gantikan kereta saya dengan yang baru. Naza akan baiki bila rosak, baiki ,rosak lagi, baiki, sehinggalah tamat tempuh gerenti dan masa inilah ditunggu-tunggu kerana ia akan bekal alatganti dan upah baiki yang mungkin terlalu mahal untuk mengambil kembali kos-kos pembaikan yang
diberi dengan percuma dahulu. Bayangkanlah minyak enjin kereta Sutera ini sahaja mahal jika disbanding dengan kereta keluaran Proton dan Perodua. Ini baru minyak enjin, itu belum alatganti lain, sudahlah sukar untuk dibekalkan sekarang ini dan saya hairan dimana punyanya perkara ini terjadi.

BOLEH TUAN-TUAN BAYANGKAN, KERETA BARU SEBULAN SETENGAH KENA ANGKAT ENJIN, KENA OVERHAUL DAN INI DIKATAKAN PERKARA KECIL DAN BIASA. Ini masalah serius "MAJOR PROBLEM" bukannya "MINOR".

Apa yang boleh dibuat oleh orang kerdil dan miskin sepeti saya. Saya terpaksa berusaha selama 9 tahun untuk menukar kereta baru dengan harapan kereta ini dapat memberi kemudahan kepada kehidupan saya. Bukan besar harapan saya terhadap kereta ini kerana saya beli kereta ini dengan harapan ia lebih baik atau sama dengan mutu kereta kancil yang telah saya milik dahulu tapi malangnya tak sampai dua bulan; Saya terpaksa menanggung segala masalah ini dan saya tidak yakin lagi dengan keselamatan kenderaan ini.

Disini jika apa yang saya harapkan daripada Naza tidak diendahkan saya hanya mampu berdoa pada tuhan moga kereta yang saya beli dengan tulang
> empat kerat saya ini akan berada dalam keadaan baik da mohon tuhan sentiasa lindungi saya dan keluarga saya supaya selamat semasa menggunakan kereta tuan ini walaupun mulai dari saat ini saya pasti akan menanggung kerugian dari masa kesemasa.

Akhir sekali, semuga Syarikat Naza dan Tan Sri Nasimuddin akan terus cemerlang dan kaya raya pada hari-hari berikutnya dengan menjalankan aktiviti pembuatan kereta seterusnya mengeluarkan lagi masalah-masalah kepada pembeli kereta buatan Naza. Ketahuilah inilah kali pertama dan terakhir saya akan membeli kereta atau apa-apa kenderan keluaran pihak tuan dan cukuplah derita ditanggung oleh saya yang miskin dan bodoh ini. Syarikat Naza kena faham bahawa pembeli kereta murah ini hanya dibeli oleh golongan bawahan dimana kebanyakannya adalah bangsa bumiputra.

Kepada Badan Kerajaan, NGO, Pihak Akbar dan mana-mana yang terlibat secara langsung atau tidak; Tolong tenguk-tengukan atau siasat perkara ini dan saya yakin ia bukan ia sudah lama berlaku dan jika tiada jalan penyelesaian dibuat, saya tidak terkejut kenapa industri otomobil di Malaysia terus suram seperti kata perpatah Melayu lama "RUMAH SIAP PAHAT BERBUNYI".

** TUAN-TUAN; SEMUA KOMEN INI HANYA DI FOKUSKAN KEPADA KERETA NAZA SUTERA MILIK SAYA SAHAJA DAN IA MUNGKIN TERJADI KEPADA PEMILIK-PEMILIK KERETA YANG LAIN DAN MUNGKIN TERDAPAT LAGI MASALAH LAIN YANG TELAH MENIMPA MEREKA. INI SAYA MAMPU SIMPULKAN DARI PEMERHATIAN SAYA SEMASA SAYA BERKAMPUNG DI BENGKEL NAZA KIA DI KUALA TRENGGANU DAN (Mesra Harmoni Sdn Bhd, Lot 7G & 9G, Jalan Melati Utama 4, Taman Melati Utama, Setapak, 53100, Kuala Lumpur) Tel:603-41070828. PERGI TENGUK SENDIRI JIKA TIDAK PERCAYA DENGAN KATA-KATA SAYA DIATAS. SATU NAZA SUTERA PASTI ADA LEBIH DARIPADA 10 MASALAH BODOH.

10/19/06

Kerajaan Beri Setengah Billion Ringgit Kpd Universiti Cambridge ?

Kera Di Hutan Disusukan, Anak Di Rumah Mati Kelaparan.
Persoalan Penting Sumbangan Lebih Setengah Billion Ringgit kepada Universiti Cambridge. Dari Blog Dato’ Seri Anwar Ibrahim October 18th, 2006
Kerajaan telah bersetuju untuk memperuntukkan lebih setengah bilion ringgit kapada Universiti Cambridge. Petronas dan Khazanah Nasional masing-masing telah menyerahkan 190 juta ringgit sementara bakinya akan dikumpul dari sumbangan bank-bank asing yang berpengkalan di Malaysia.

Jumlah yang melebihi 500 juta ringgit adalah terlalu besar untuk disumbang kepada mana-mana universiti atau badan asing untuk tujuan pendidikan atau penyelidikan. Malah jumlah tersebut mencukupi untuk dibangunkan universiti atau pusat penyelidikan negara dengan mengundang pakar tempatan, kepakaran rakyat asal Malaysia yang kini bertugas diluar negara atau memperolehi beberapa kepakaran asing apatah lagi dalam keadaan universiti-universiti kita masih tercicir di senarai universiti dunia.

Apakah pimpinan Kerajaan sekarang tidak menaruh keyakinan kapada keupayaan universiti, kepakaran atau pusat penyelidikan tempatan untuk meingkatkan mutu penyelidikan dan prestasi mereka?

Dan apakah cadangan tersebut bertujuan memenuhi selera dan kemegahan mana-mana tokoh tertentu kerana ingin dihubungkan dengan universiti terkenal diluar negara?

Adalah dikesalkan kerana pimpinan Kerajaan samasekali tidak peka dengan permasalahan negara dan kurang bijak dalam menangani isu pendidikan dan penyelidikan negara. Lebih dikhuatiri lagi ialah kerana tindakan cuai sebegini dilakukan tatkala ekonomi negara dikira lembab.

ANWAR IBRAHIM

http://anwaribrahimblog.com/?p=248

10/17/06

Tidak boleh agama lain sebar kepada umat Islam !

Usah buat kacau - Harian Metro 17 Okt 2006 – “Katanya, kuasa asing itu bergerak dalam pertubuhan bukan kerajaan yang mensasarkan dakyah mereka kepada umat Islam dan perkara ini turut berlaku di negara ini.”
KUALA LUMPUR: Penyebaran agama lain kepada umat Islam di negara ini adalah gangguan yang boleh mencetuskan ketidaksefahaman antara agama, kata Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman.

Beliau berkata, penyebaran agama lain kepada umat Islam berlaku di negara ini melalui kiriman pos dan bahan terbitan dan siaran luar negara menimbulkan keresahan agama.

“Penyebaran itu bercanggah dengan peraturan yang tidak membenarkan mana-mana agama lain disebarkan kepada umat Islam.

“Kita perlu beri perhatian dan persefahaman kerana gangguan seperti ini boleh mencetuskan ketidaksefahaman (antara agama),” katanya ketika mengadakan lawatan ke Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim).

Lawatan dan taklimat berkenaan dihadiri Abdul Hamid itu sempena pelantikan beliau sebagai Setiausaha Agung Kehormat Perkim.

Beliau dilantik Majlis Kebangsaan Perkim dalam mesyuarat yang dipengerusikan Yang Dipertuanya, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 26 September lalu. Bekas Perdana Menteri dilantik menyandang jawatan itu pada 21 Januari lalu.

Abdul Hamid berkata, Perkim perlu mengambil peranan aktif dalam usaha mengatasi masalah penyebaran agama lain kepada umat Islam secara harmoni supaya tidak menimbulkan kekacauan yang boleh menggugat kestabilan negara.

Menurutnya, Perkim memegang tugas penting yang mesti lebih aktif dalam memperkukuhkan umat Islam kerana sejak kejatuhan ideologi komunis di dunia, banyak kuasa besar mula beralih kepada negara Islam.

Katanya, kuasa asing itu bergerak dalam pertubuhan bukan kerajaan yang mensasarkan dakyah mereka kepada umat Islam dan perkara ini turut berlaku di negara ini.

“Organisasi bukan kerajaan seperti Perkim mesti mengambil peranan menjaga keharmonian antara agama dan kaum di Malaysia,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Tuesday/Setempat/20061017101740/Article/indexm_html

60 Remaja Dirai Dalam Program "Sayangi Kami"

Seramai 60 orang remaja yang terdiri dari kalangan anak-anak yatim dan pelajar-pelajar miskin di sekitar Seremban telah menerima sumbangan baju dan duit raya dalam program "Sayangi Kami" anjuran Nisa’ Negeri Sembilan. Sejumlah RM4,000 beserta pakaian hasil sumbangan syarikat korporat dan para dermawan telah berjaya diagihkan dalam majlis penyerahan yang diadakan pada 15 Oktober 2006 yang lalu.

Sumbangan tersebut serba sedikit dapat membantu meringankan kos persiapan para remaja dalam menyambut hari lebaran yang mulia. Program tersebut adalah sebagai tanda prihatin Nisa’ kepada golongan remaja yang masih gigih menuntut ilmu meskipun dibelenggu kesusahan dan kemiskinan. Sumbangan turut diberikan kepada balu dan keluarga Almarhum Ustaz Ibrahim Ali (imam Masjid Sikamat) , juga kepada seorang ibu tunggal yang mempunyai ramai tanggungan.

Dalam program berkenaan, pihak Nisa’ menasihati para remaja yang hadir supaya sentiasa tekun dan bersabar diatas ujian Allah dan menjadikan segala kesusahan yang dialami ini sebagai satu motivasi untuk berusaha dengan lebih gigih semasa menuntut ilmu. Meskipun kita tidak mampu merasai nikmat kemewahan namun kita sewajarnya bersyukur kerana masih lagi merasai nikmat iman dan Islam, satu-satunya nikmat yang tidak ternilai.

Sumbangan tersebut telah di sampaikan oleh Ustaz Kassim Rahmat (Pengerusi SARA Gedung Lalang 162), En Zulkifli Mohd Omar (AJK TERAS NS), En Sufian Ibrahim (Pengerusi Yayasan Amal NS), Pn Nurciana ( Guru Kauseling , SMA Ampangan) dan Pn Norwani (Pengerusi Nisa’ NS).

Dia akhir program semua remaja berpeluang memilih baju raya iaitu baju kurung dan baju Melayu, hasil sumbangan orang ramai. Pihak Nisa’ turut merakamkan jutaan terima kasih kepada semua para dermawan dan individu yang banyak membantu meringankan penderitaaan remaja berkenaan. Semoga usaha yang sedikit ini mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah SWT.

"Sayangi kami, taburkan budi…moga Allah mengasihani"

10/16/06

Skim Pelaburan Dinar Iraq, Sah atau Sebaliknya ???

Beberapa hari lepas ada orang bertanyakan mengenai pelaburan dinar Iraq yang menjanjikan keuntungan berlipat kali ganda. Saya tidak pernah melabur dalam mana-mana skim, cukuplah dengan rezeki yang ada.

Cuma kepada mereka yang berminat untuk melabur harap dapatkan kesahihannya, samada ianya mendapat kelulusan Bank Negara, atau apa-apa agensi yang berkaitan.

Mungkin sah mungkin tidak. Yang sah keuntungan yang berlipat kali ganda ialah Pelaburan Dinar Akhirat, lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini, sedekah untuk anak yatim, mangsa perang, orang fakir miskin, muallaf, masjid , surau dan ramai lagi yang memerlukan. InsyaAllah pelaburan ini menjanjikan keuntungan yang berlipat-lipat kali ganda.

http://iraqwarnewsdaily.com/iraqi-dinar-scam-hits-brunei.html

Iraqi Dinar scam hits Brunei

After the newspaper ads featured in USA Today and other major US newspapers, the popular Iraqi Dinar scam has moved to another country. Just when you thought it was safe for the US based investors, with all the warnings recently published by major media sources, the scammers have found yet another country ripe for profit.

10,000 Iraqi Dinars selling at B$ 110 was the title of a recent ad than ran in a Brunei newspaper. And people are jumping on it like crazy. Rumors are the sellers have run out of stock in less than one week.

How could this be possible? Because they don't know better. Ordinary people, people just like you and I read about this new investment in a newspaper they trust. The ad is claiming they're sitting on a pot of gold, and the Iraqi Dinar is about to jump in value big time. They start dreaming about fast riches. They swipe out their wallet faster than the blink of an eye and hand their hard earned money to the scammers.

The truth? The current exchange rate as of today is approximately 1 USD for 1.63 BND (Brunei Dollars).

This means at the exchange rate set by the Central Bank of Iraq people could, in theory, get close to 100,000 Iraqi Dinars for the same BND 110. This is almost TEN times more the amount the scammers are selling it for. And people are jumping on it like crazy! Why? Because they don't know better.

When they wake up later on and try to sell the dinars back they're in for a big surprise. They can't. Nobody is buying Iraqi Dinars. There's currently no way for them to recover at most 1/10 from their investment except if they are willing to travel to Iraq to cash it in.

But first they have to wait and pray for the dinars to jump in value at least 10 times for them to merely recover their money back. By the way it looks now this sudden jump in value is not going to happen. Not today, not tomorrow, and neither in a month from now. It could happen in 3 years. Or 5 years. Or never.

Sad truth is people who were sold in at these rates were scammed. They were profited for their lack of knowledge. And the sellers knew exactly what the exchange rate was. They knew exactly what's the potential for this type of investment. And the only potential it has right now is for them, the scammers, to get rich from selling Iraqi Dinars.

So, why did the people buy in? Because they didn't knew better. But you do!

Don't fall prey for these scams! You deserve to be informed.

About the author:

Start reading! Make informed purchases, only if you think it's worthwhile. I'm showing you both sides of the coin. Then you decide. Uncensored. Plain truth. Completely free. Go to Iraqi Dinar Exchange now!

You can freely reprint this article provided the resource box is left intact and all links are live.

Written by: Catalin Ionescu

Jemputan Jamuan Hari Raya 8 Nov Seremban

SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI. Maaf Zahir dan Batin

Tuan-tuan dan puan-puan sekeluarga dijemput untuk menghadiri :
Majlis Jamuan Hari Raya
Rabu 8 November 2006
Jam 9 malam
Di Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan, Seremban

Bersama tetamu khas :
Y. Bhg. Ustaz Nasharudin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS
Y.B. Sdr Salahuddin Ayub, Ketua Pemuda PAS Pusat

Anjuran :
Badan Perhubungan PAS N.Sembilan
PASTI Negeri Sembilan
Dewan Muslimat PAS N.Sembilan
Dewan Pemuda PAS N.Sembilan
Dewan Ulamak PAS N.Sembilan

Untuk maklumat lanjut hubungi :
Tn Hj Taufek 019-6576540
Cikgu Hasan 013-3426346
Sdr Zulkefly 019-2818816

Tempat letak kereta disediakan dalam kawasan Dataran Muhibbah
Panduan ke Dataran Muhibbah, dari Seremban ambil simpang ke jalan Jelebu. Lebih kurang 1.5 km sebelah kanan ialah Masjid Jamek Ampangan, sebelahnya kedai Tom Yam, 50 meter di hadapan ada simpang kanan ke Kg Ismal, masuk simpang Kg Ismail ada jambatan, selepas sahaja jambatan ambil simpang kecil kiri, 50 meter dari sini ialah Dataran Muhibbah.

Orang ramai diseru jayakan Rumah AMAL BUNDLE

Projek Rumah AMAL “BUNDLE” atau pun AMAL SHOP adalah merupakan pusat pengumpulan dan pengagihan pakaian baru dan terpakai untuk keperluan keluarga miskin, anak-anak yatim, mereka yang ditimpa musibah serta mereka yang sedang bermusafir.

Idea penubuhan Rumah AMAL “BUNDLE” timbul apabila didapati ramai orang yang ingin memberi sumbangan pakaian baru dan terpakai kepada mereka yang memerlukan tetapi tiada tempat pengumpulan dan pengagihan yang khusus, ianya hanya timbul apabila
berlaku malapetaka atau bencana alam.

Oleh itu Rumah AMAL “BUNDLE” ini perlu diadakan sepanjang masa, memandangkan sebenarnya disekeliling kita ini masih ramai yang memerlukan bantuan terutamanya pelajar-pelajar miskin serta anak-anak yatim.

Dalam pada itu sesi Mini Rumah AMAL “BUNDLE” telah diadakan pada 15 Oktober 2006 yang lalu di Sekolah Agama Rakyat Gedung Lalang 162, Ampangan , Seremban dimana seramai lebih kurang 60 orang pelajar-pelajar miskin dan anak-anak yatim sekitar Ampangan diraikan dalam majlis pengagihan duit raya dan pakaian baru dan terpakai kepada mereka. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pn Norwani Ahmat mewakili Nisa N.Sembilan, Sdr Sufian Ibrahim mewakili Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan, Sdr Zulkefly Mohamed Omar mewakili Teras Pengupayaan Melayu dan Sdr Hakki Bawai mewakili syarikat korporat.

Untuk menjayakan Rumah AMAL “BUNDLE” atau AMAL SHOP ini di Negeri Sembilan, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan bercadang untuk mengadakannya di sekitar Senawang atau Seremban memandangkan kawasan ini mempunyai banyak rumah atau kedai kosong memandangkan kadar permintaan rumah atau kedai di sini adalah kurang. Justeru itu Yayasan Amal menyeru kepada mana-mana individu yang mempunyai rumah atau kedai kosong yang dalam keadaan baik dan tidak digunakan
untuk tujuan apa-apa agar dijadikan Rumah AMAL “BUNDLE”.

Dengan adanya Rumah AMAL “BUNDLE” pengumpulan serta pengagihan pakaian baru dan terpakai kepada mereka yang memerlukan dapat dijalankan sepanjang tahun tanpa perlu menunggu waktu-waktu perayaan.

Disamping itu Sdr Sufian juga menyeru kepada orang ramai yang ingin memberi sumbangan pakaian ini sebaiknya yang baru atau sekiranya ianya pakaian terpakai hendaklah dalam keadaan yang nampak baru, tidak koyak, tidak lusuh, bersih dan dilipat dengan
baik atau digantung menggunakan penyangkut baju.

Sekiranya sambutan Rumah AMAL “BUNDLE” menggalakkan ianya bukan hanya akan dijadikan pusat pengumpulan dan
pengagihan pakaian, ianya akan diperluaskan kepada buku-buku, keperluan alat tulis, permainan kanak-kanak dan sebagainya.

Kepada mana-mana pihak yang ingin menjadikan rumah atau kedai mereka kepada Rumah AMAL “BUNDLE” atau AMAL
SHOP di Seremban atau Senawang bolehlah menghubungi Sdr Rozmal Malakan Naib Pengerusi Yayasan Amal Cawangan N.Sembilan di talian 012-2267406 atau melalui e-mel rozmal@yahoo.com

10/14/06

Jom Boikot Roti High 5 Kerana Sikap Terlalu Bongkak Mereka

BOIKOT SEMUA PRODUK ROTI HIGH 5 DAN KEK SILVERBIRD
Dari Laman Web Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Kosmo terbitan Jumaat 13 Oktober, 2006 di halaman 4 telah memaparkan berita berkenaan dengan disertai gambar ‘Doh’ roti High 5 yang baru, bersih dan berkilat. Ia membawa berita bahawa kilang yang pernah di sita sebelum ini telah dibenarkan beroperasi semula. Itulah hakikatnya dan itulah kebenarannya tanpa sebarang tokok tambah.

Malangnya Pengarah Urusan syarikat ini Dato’ Jackson Tan dengan megah dan sombongnya MEMANIPULASI FAKTA dengan kenyataannya yang dipetik berbunyi:

‘Produk kami sentiasa memenuhi piawaian mutu tinggi, malah diperakui Jakim dan Kementerian Kesihatan’

Tidak secebispun perkataan MAAF, rasa bersalah atau kesal yang dirakam atau ditunjukkan oleh beliau terhadap KESALAHAN BESAR yang dilakukan selama ini. Marilah kita renungkan fakta sebenar kenapa kilang itu di arahkan tutup sekiranya benarlah kata beliau bahawa kami sentiasa memenuhi piawaian mutu tinggi. Inilah contoh kata-kata seorang usahawan yang PALING BONGKAK pernah saya temui di Negara ini.

Setelah melakukan kesalahan sepatutnya menerima tanggung jawab selaku peneraju syarikat untuk memohon maaf kepada para pengguna yang dizaliminya. Sedangkan Menteri, Perdana Menteri dan Raja pun pandai menggunakan perkataan maaf apabila menyedari mereka tersasar.

Dua fakta yang perlu kita pertimbangkan di sini iaitu MEMPERBAIKI dan MENGAKUI adalah dua perkara yang berbeza sama sekali. Fakta pertama kenapa perlu dilakukan pembaikan sekiranya kilang Stanson Silverbird memenuhi spesifikasi dan memang mengikut piawaian yang tinggi?

Apabila diperbaiki, sepatutnya pemiliknya MEMBUAT AKU JANJI bahawa kami TELAHPUN MEMPERBAIKI keadaan proses pengeluaran di kilang kami mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Selanjutnya berharap para pengguna sedia MEMAAFKAN MASALAH TEKNIKAL yang berlaku sebelum ini. Kami telah berjaya mengatasinya dan berharap para pengguna memberikan sokongan semula kepada produk kami.

Inilah yang patut dilakukan oleh peniaga yang BERHEMAH. Sayangnya dalam kes syarikat ini, pemiliknya memanglah bersikap kurang ajar, angkuh, tidak berbudi bahasa dan tidak mempunyai sense of responsibility, dan tidak menerima konsep akauntabiliti sebagaimana yang diperlukan dalam ‘corporate governance’.


Perbuatan beliau ini bukan sahaja mencemar maruah ummat Islam tetapi merendahkan taraf peniaga korporat lain di Negara ini yang cuba memperkenalkan kepatuhan korporat dan budaya korporat terpuji. Memang benar segala dakwaan masyarakat terutama para pengguna Muslim yang saya baca selama ini bahawa Dato’ Jackson Tan ini merasakan beliau ‘above law’ kerana perbuatannya secara berterangan menunjukkan kenyataan tersebut adalah ‘benar dan tidak ada yang lain melainkan benar belaka’.

Pada perkiraan Jackson 5 ini apakah para pengguna di Negara ini terlalu dungu, tolol, bangang, bodoh dan tidak berpendidikan? Sehingga kesemua kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau bernada biadab, angkuh, bangga diri dan sombong hingga memberi gambaran martabat beliau sama seperti perlambangan-perlambangan Firaun yang digunakan dalam laman web syarikatnya?

Tidak kira bagaimana sombong dan bongkaknya Firaun sekalipun, akhirnya beliau kecundang juga melalui perjuangan Nabi Allah Musa. Begitulah iktibar yang perlu kita semua hayati di sini. Sekiranya Firaun moden ini masih lagi tidak menyatakan kesalnya dan masih lagi bongkak dan takabbur sehingga tergamak menggunakan ulamak Islam yang dihormati kita untuk menutup pekong di dada.

Yang salah tetaplah salah, manakala yang benar adalah tetap benar. Kesalahan walaupun ditutup dan dilindungi dengan apa cara sekalipun tetap akan terserlah dengan bantuan Allah. Sekiranya kesalahan yang dilakukan walaupun telah diperbaiki tetapi bukan kerana keinsafan dan tawadduk bukanlah bermakna insan itu bertaubat. Ia hanyalah sekadar maslahah semata-mata. Beliau ternyata bukanlah DIZALIMI tetapi beliaulah segala PUNCA KEZALIMAN.

Para pengguna sekelian, tindakan kita tetap tidak akan berubah. Mari kita menetapkan pendirian bahawa High 5 MESTI TERUS DIBOIKOT. Tindakan ini dibuat adalah untuk MENGAJAR, kerana pemiliknya masih GAGAL MEMPELAJARI SESUATU YANG ASAS YAKNI RASA BERSALAH KERANA MENIPU.

Oleh itu, dengan rendah hati dan rasa insaf selaku hamba Allah yang kerdil penulis memang merasa amat sedih dan terkilan dengan tingkah laku syarikat berkenaan yang memperbudak, memperlekeh dan mempermainkan para pengguna di Negara ini. Jackson telah lupa bahawa merekalah yang selama ini membeli produk keluaran beliau. Pemilik syarikat ini bukan sahaja tidak tahu berterima kasih kepada kita semua sebaliknya menyalahkan orang lain terhadap kesalahan yang dilakukan mereka sendiri.

Dengannya saya ingin merayu, meminta, mendesak hatta mengisytiharkan jihad menentang kedegilan, kesombongan dan rasa bongkak pemilik syarikat High 5 melalui USAHA MENERUSKAN PEMBOIKATAN PRODUK MEREKA supaya diberi pelajaran berguna kepada beliau dan lain-lain peniaga yang sewaktu dengannya bahawa kita para pengguna tidak akan bertolak ansur dengan sikap mereka itu.

SALAM PERJUANGAN DAN SALAM JIHAD KEPADA ANDA PARA PENGGUNA BESTARI. MARI KITA GERAKKAN KUASA PENGGUNA KE ARAH

”Bersama Kembalikan Hak Dan Maruah Dengan Bijaksana”

http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php?extend.249

Idil Fitri ini jangan lupa ratusan anak yang ayah mereka dibunuh

Dalam kita bergembira menyambut kedatangan hari lebaran, janganlah kita lupa ratusan mungkin ribuan anak-anak orang Melayu yang beragama Islam yang begitu ramai di Selatan Thailand menjadi yatim kerana ayah mereka mati dibunuh akibat pergolakan di sana.

Justeru itu atas dasar tanggungjawab saudara seagama, atas dasar bangsa serumpun, atas dasar keperihatinan dan keakraban Rasulullah saw terhadap anak-anak yatim, Yayasan Pembangunan Ummah merayu kepada umat Islam di Malaysia agar dapat menghulurkan bantuan semampu agar anak-anak yatim ini dilayan sepertimana dengan anak-anak yatim di Malaysia ketika Ramadhan dan Idil Fitri.

Mungkin sepinggan nasi berlaukkan daging sudah cukup untuk mereka ini. Mungkin sehelai baju baru untuk dipakai sepanjang tahun sudah cukup untuk mereka ini. Mereka bukannya mahu beraya atau berbuka puasa di hotel-hotel mewah. Mereka bukannya mahu 2-3 pasang baju raya, mereka bukannya mahu dibelikan mercun dan bunga api. Apa yang penting mereka mendapat asas makanan seadanya dan pendidikan yang sempurna.

Mereka yang prihatin serta ingin menghulurkan bantuan bolehlah menghubungi Sdr Aminudin di talian 019-6510167

Dapatkan Manual Pengurusan Pilihan Raya

TEMERLOH 14 Okt (Hrkh) - Badan Perhubungan PAS Pahang dengan kerjasama Jabatan Pilihan Raya PAS negeri (Japen) berusaha memantapkan jentera pilihan raya dengan menerbitkan buku 'Manual Pengurusan Pilihan Raya' .

Timbalan Pengarah Japen, Roslan Zainal Al Ahmadi semasa ditemui Harakahdaily berkata, buku setelah 368 muka surat tidak termasuk kulit dan prakata itu diterbitkan sebagai panduan dan rujukan kepada semua petugas pilihan raya.

Ia juga bertujuan untuk memantapkan jentera parti dengan ilmu pilihan raya kepada mereka.

Justeru itu, kata beliau buku tersebut mengupas isu pilihan raya bermula daripada tarikh pilihan raya terakhir sehingga berakhirnya pilihan raya baru.

Buku tersebut mengandungi tujuh bab dengan 316 tajuk kecil yang merangkumi semua persoalan mengenai pilihan raya.

Turut dimuatkan dalam buku tersebut ialah elemen perundangan, meliputi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1965, Akta Pilihan Raya 1958,Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 dan Peraturan-peraturan Pilihan Raya (pendaftaran Pemilih).

Selain itu, buku tersebut turut dilampirkan semua (contoh) borang-borang, kertas undi serta yang berkaitan dengan pilihan raya yang digunapakai dalam pilihan raya sebenar.

"Saya percaya buku ini sangat berfaedah bagi membantu petugas parti atau mereka yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya memahami perjalanan pilihan raya di Malaysia," kata Roslan.

Untuk meklumat lanjut orang ramai bolehlah menghubungi talian 019 9315738 (Zainora), O13 92225143/0139931905 (Roslan),013 9866143 (Zul) atau email bppnphg@gmail.com atau jpn_phg@yahoo.com. - mks.

http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=4784&Itemid=29

10/13/06

Umat Islam Haram Hadir Majlis Deeparaya Deepavali

Dari Laman Web Jabatan Mufti Perak
Haram merayakan perayaan orang-orang kafir

Orang-orang Islam adalah dilarang sama sekali mencampuradukkan perayaan orang Islam dengan perayaan orang-orang kafir dalam apa jua bentuk sekalipun.

Menyentuh tentang para peniaga yang menggunakan perkataan "Deeparaya" yang dipercayai dari perkataan Deepavali dan Hari Raya, adalah haram bagi umat Islam menggunakan perkataan itu meskipun bagi gimik melariskan jualan mereka.

Ustaz Zamri Hashim berkata demikian melalui Radio Malaysia 3 Ipoh dalam siaran Soal Jawab Agama, pagi ini.

Menurut Ustaz Zamri lagi, umat Islam adalah diingatkan kepada surah Al-Kafirun yang menyebutkan amaran Allah bermaksud " Bagimu (orang kafir) agamamu dan bagi ku agamaku"

Hukum merayakan perayaan orang-orang kafir sudah disepakati oleh Jawatankuasa Syariah Negeri Perak sebagai salah satu perbuatan yang diharamkan.

Justeru itu umat Islam adalah dilarang merayakan perayaan orang-orang kafir biar dalam apa bentuk, secara bersama atau menghadiri perayaan itu. Biarkanlah orang-orang kafir merayakan mereka mengikut cara mereka tanpa melibatkan diri kita selagi kita mengakui keIslaman kita - JMNPk

http://mufti.perak.gov.my/berita/berita041022-2.htm

10/12/06

Umat Islam Seremban diserang komik Kristian

Lagi pengedaran komik dakyah Kristian di Seremban
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Hrkh) - Umat Islam akan menyambut Aidilfitri kira-kira seminggu lagi dan ketika ini penghuni di bandar sibuk membeli segala persiapan raya termasuk kain baju dan kuih-muih tetapi pada saat ini juga beberapa kumpulan dikesan menyebarkan dakyah agama tertentu bagi memikat anak muda Islam yang leka.

Dalam keghairahan itu, umat Islam mungkin sekali terlupa anak-anak muda Melayu kini berhadapan dengan serangan pemikiran pendakyah agama lain termasuk agama Kristian.

Harakahdaily mendapat satu laporan dari beberapa penduduk Seremban Jaya, Senawang bahawa mereka mendapati pendakyah agama Kristian mempergiatkan usaha mengedar risalah berbentuk cerita komik yang dilihat mampu memesongkan akidah remaja Islam.

Menurut seorang penduduk, Mohamad Zakir Shuhaimi, pendakyah ini cuba mempengaruhi pemikiran anak remaja Islam supaya terpesong daripada akidah agama dengan kisah yang dipaparkan dalam komik tersebut.

Hingga kini Mohamad Zakir dan beberapa rakan berjaya mengumpul sejumlah 45 buah komik daripada beberapa remaja yang mendakwa menerima komik tersebut dari orang yang tidak dikenali ketika berjalan-jalan di Dataran Senawang.

Azizi Abdul Shakur pula berkata, komik tersebut mengisahkan tentang ajaran Kristian dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya.

Naskhah komik itu lebih menarik dengan susunan ayat dan manipulasi kisah bersumber alkitab dan kisah Nabi Isa dan Adam yang telah diputarbelitkan, kata Azizi.

Komik yang diterbitkan sebuah syarikat yang dikatakan berpangkalan di Kanada itu turut diedar di beberapa taman sekitar Ampangan dan Paroi, kata Azizi yang mendapat maklumat daripada beberapa teman yang tinggal di dua kawasan tersebut.

"Kami sebagai penduduk di sini bimbang jika anak-anak kami terpengaruh dengan dakyah ini. Kami mahu pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) dan mufti mengambil tindakan menyiasat gerakan pendakyah ini," katanya.

Sementara itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifli Mohammed Omar yang ditemui semalam berkata, Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan (BPPNS) kini sedang mengumpul maklumat kegiatan pendakyah tersebut.

Malah katanya, maklumat awal yang diperolehi telah disalurkan kepada beberapa individu tertentu yang berada dalam Mains untuk disiasat pihak berkenaan.

Zulkifli menasihatkan ibu bapa dan remaja supaya lebih berhati-hati dengan penyebaran komik tersebut yang dilihat boleh menggugat akidah remaja, kanak-kanak dan dewasa Melayu Islam. – lanh
http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=4759&Itemid=1

Bantulah anak-anak ini utk ziarah ayah mereka di penjara

Kepada mereka yang tersentuh hati membaca kisah dibawah ini, bagaimana anak-anak mangsa tahanan ISA meraih simpati , berdikit-dikit mengumpul duit bagi menampung tambang bas ke Kem Tahanan ISA Kamunting hanya semata-mata untuk melihat wajah ayah kesayangan mereka melalui cermin tanpa dapat mendakap setahun sekali di kala Idil Fitri sejak lima tahun yang lalu. Mereka tidak pernah meminta apa-apa, cuma hati kita yang tersentuh.

Mereka tidak meminta dibelikan pakaian raya, mereka tidak meminta untuk dibelikan mercun dan bunga api, mereka tidak meminta dibelikan kuih raya.

Mereka cuma ingin ke penjara melihat ayah mereka. Ini berlaku bukan di penjara Guantanamo, bukan di penjara Israel, bukan di penjara Iraq, bukan di penjara Afghanistan, bukan di penjara Thailand tetapi di Kem Tahanan ISA, Kamunting, Taiping, Perak, Malaysia.

Kepada mereka yang ingin menyumbang sila hubungi Pn Norlaila Nashita 012-6892608. Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun Maybank 562209608847 Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) , sila SMS kepada Pn Norlaila jumlah dan tarikh bank in serta tujuan sumbangan.

Kepada mereka yang tidak dapat menyumbang berdoalah agar keadilan dapat ditegakkan. Sebarkanlah e-mel ini ke seluruh dunia secara meluas.

*********************
Petikan artikel "Kita mungkin terlupa, namun ISA tetap mengintai ..." Oleh Ahmad Lutfi Othman

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Tiada ungkapan kata-kata boleh mendefinisikan cerita sedih-pilu itu; tiada lagi airmata

Usah disebut soal tanggungan perasaan para isteri dan anak-anak yang saban hari menanti dan menunggu - satu bentuk penyeksaan yang tidak terperi sakitnya. Begitu juga tentang perjalanan kehidupan si isteri menempuh onak dan duri, mehnah dan fitnah, serta kesempitan mencari sesuap nasi, menggalas bebanan menyara mereka yang ditinggalkan.

Bayangkan pula, dengan wang yang dikumpul berdikit-dikit untuk tambang ke Taiping, mereka hanya diberi kesempatan tidak lebih 45 minit untuk berbicara sambil dipisahkan dinding kaca. Masa 45 minit itu terpaksa diagih-agihkan supaya setiap seorang dapat melepaskan rindu.

Kadang-kadang si ibu terpaksa melepaskan anak-anak sahaja yang pergi.

"Kami anak beranak jarang melawat ayah mereka. Lagipun semuanya memerlukan belanja. Adakalanya saya belikan tiket bas pergi balik untuk anak-anak dan mereka pergi sendiri," cerita seorang isteri mangsa tahanan ISA kepada Harakah.

Menjelang akhir Ramadan penuh keberkatan ini, kami di Harakah cuba menyelami kesukaran hidup beberapa keluarga tahanan di sekitar ibu kota. Pertama, untuk menimbulkan kesedaran dan keprihatinan pembaca, selain berusaha mendorong para dermawan menyumbang bakti.

Memang rata-rata isteri tahanan enggan ditemu bual, apalagi menyedari ia bakal mengundang padah yang lebih perit apabila Harakah menyiarkannya.

Sekalipun tahanan ISA akan terus berhari raya di Kamunting, tidak adakah hasrat kerajaan menghulurkan perbelanjaan raya untuk anak-anak mangsa tahanan, yang sebahagiannya memang amat memerlukan? Berbuka puasalah dengan mereka. Hulurkan mereka sedikit kegembiraan."

Saya difahamkan, beberapa penangkapan mutakhir, terutama membabitkan warga Sabah, dengan nama-nama kumpulan yang baru kita dengar, bahawa nasib keluarga mereka lebih pedih dan sengsara lagi. Apatah lagi kemungkinan rangkaian GMI tidak cukup untuk menyantuni mereka, dan publisiti terhadap mangsa-mangsa baru ini tidak begitu meluas. Ya, tidak dapat dibayangkan bagaimana mereka, yang mungkin tersudut jauh di sana, melalui detik-detik kelam ini.

http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=4750&Itemid=1

10/11/06

Lagi banyak kes komik Kristian diedar kepada orang Islam

Harian Metro 11 Okt 2006 Edisi KL : Komik pesong akidah
KUALA LUMPUR: “Taktik mereka licik bagi mempengaruhi pemikiran kanak-kanak Islam supaya terpesong daripada akidah agama.

“Perkara ini amat berbahaya dan perlu disekat,” kata Pengerusi Persatuan Penduduk Pandan Jaya Fasa 2, Nurdin Rodin mengenai penyebaran komik mengenai ajaran Kristian di kalangan penduduk secara berleluasa sejak kebelakangan ini.

Menurutnya, pihaknya mengesan 720 naskhah komik kanak-kanak mengenai ajaran Kristian yang ditulis dalam bahasa Melayu dimasukkan dalam kotak surat penghuni flet.

Naskhah setebal 30 muka surat itu yang bertajuk ‘Kisah Paling Menarik Yang Pernah Diceritakan’ dicetak dalam lukisan komik berwarna.

Di bahagian belakang komik itu dicatatkan penerbitan pertama pada 1996 dan yang kedua pada 1998.

Naskhah komik itu diterbitkan Bibles International of Canada 548-800 24th Avenue, Surrey, BC Canada V4A 2H9.

Buku itu juga merujuk firman Allah sebagai Alkitab terbitan Lembaga Alkitab Indonesia.

Kandungannya menceritakan mengenai satu keluarga yang mempunyai dua anak dan si bapa menceritakan mengenai kisah nabi, antaranya Adam dan Isa.

Bagaimanapun, cerita nabi dalam buku berkenaan menyimpang daripada yang disebutkan al-Quran malah kisah Nabi Isa misalnya dikatakan disalib padahal umat Islam tahu fakta sebenarnya.

Ini kerana buku ini memetik kisah nabi dalam Bible walaupun dalam tulisannya disebut perkataan Allah.

Nurdin berkata, pihaknya bimbang banyak lagi naskhah komik itu yang belum ditemui atau diserahkan kepada mereka kerana kebanyakan peti surat berkunci.

“Saya meminta imam surau al-Falah, Pandan Jaya membuat pengumuman meminta sesiapa yang menerima naskhah komik itu menyerahkan kepada surau.

“Saya membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah dan Pejabat Agama Daerah Hulu Langat selepas menemui bukti naskhah komik penyebaran agama Kristian ini,” katanya.

Katanya, aduan juga dibuat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Cempaka, Datuk Mad Aris Mad Yusuf yang meminta ibu bapa berwaspada supaya naskhah komik itu tidak dibaca anak mereka.

Beliau berkata, perbuatan itu adalah sebahagian perang saraf yang dilakukan pihak tidak bertanggung jawab bagi memesong akidah umat Islam terutama kanak-kanak.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Wednesday/Setempat/20061011084522/Article/indexm_html

Tunjuk Perasaan GMI ISA 13 Okt ini Masjid Negara KL

Maklumat dari islahgateway@gmail.com
"Tunjuk Perasaan TUNTUT BEBASKAN TAHANAN ISA"
Pada: 13 OKTOBER 2006 (JUMAAT)
Masa: 2.00 PM (Selepas Solat Jumaat)
Tempat: MASJID NEGARA, KUALA LUMPUR, Malaysia
Sokongan Ikhwat & Akhawat amat di perlukan! Kehadiran semua amat di alu-alukan!

Insyaallah berkat bulan Ramadhan yang diberkati semoga Allah memberi kekuatan kepada kita!

Jangan Lupa Jumaat ini !!
Gerakan Mansuhkan ISA - GMI

Jika Musharraf boneka AS, Abdullah pula bagaimana?
Oleh Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat

Saya tidak terkejut sedikit pun dengan pendedahan Musharraf dalam memoir terbarunya berjudul 'In The Line Of Fire'. Pertama, CIA telah menyogok berjuta-juta dolar untuk Pakistan memburu 369 suspek al-Qaeda dan kedua, ugutan ke atas Pakistan untuk bersedia dibom dan kembali ke zaman batu jika tidak mematuhi Amerika Syarikat.

Walaupun kedua-duanya cuba dinafikan bekas Timbalan Setiausaha Negara AS Richard Armitage tetapi inilah kemelut yang berlaku dalam momokan Islamfobia tajaan musuh-musuh Islam kontemporari.

Saya cuma terlintas, jika presiden Pakistan itu boleh diheret ke dalam keadaan tekanan yang semacam itu, apakah diluar kemungkinan untuk orang ramai turut berfikir yang jangan-jangan langkah menyekat bantuan perkapita kepada SAR, menahan sebahagian bekas-bekas graduan dari universiti-universiti Pakistan dan Timur Tengah di bawah ISA (termasuk anak saya) oleh Perdana Menteri Malaysia juga adalah akibat dari mematuhi telunjuk-telunjuk khianat dari Washington?

Jika Hamid Karzai adalah boneka mereka di Afghanistan dan Shinzo Abe adalah Perdana Menteri pro-AS yang baru dilantik di Jepun, maka tidak mustahilkah dasar-dasar anti terrorisme Malaysia juga adalah dirangka di Rumah Putih?

Ia adalah sekeping memo arahan dari botol dakwat jahat dari meja ketua polis dunia bernama George W Bush.

Bahkan, jika dibaca rentak Kuan Yew yang seakan-akan cuba mencampuri hal-hal dalaman di Malaysia dengan 'komen-komen nakal' seperti yang distilahkan oleh Najib Tun Razak dan turut dilihat 'menghina oleh Bambang Susilo' (Berita Harian 27 September 2006), komentar biadap Pope Benedict XVI ke atas junjungan Nabi kita SAW yang mengutip kutukan maharaja kristian di zaman Medieval sewaktu berucap di Regenburg University di Jerman pada 12 September yang lalu, propaganda hitam akhbar berpengaruh Perancis yang mendakwa Osama telah mati diserang typhoid serta Musharraf yang kononnya telah diguling adalah antara serangan-serangan gerak saraf yang tidak sukar difahami.

Berita yang terburai di Baitulmaqdis yang melaporkan halalnya dibunuh Hasan Nasrallah yang mengisytiharkan kemenangan Hizbullah dalam konflik 34 hari dengan Israel itu cukup menjelaskan lagi keadaan.

Berita arahan ini keluar dalam Radio Tentera (Galei Tzahal), yang memetik pengakuan bekas pengarah agensi perisikan Mossad, Shabtai Shavit sendiri. Beliau mengarahkan pembunuhan ke atas Nasrallah ketika sedang berucap di Selatan Beirut pada hujung minggu lalu.

Sekali-sekala, kita wajar menyentuh beberapa insiden dunia terkini supaya umat Islam khususnya dan seluruh warga Malaysia amnya mampu memahami peralihan jarum kompas yang ligat bergerak di peta bumi.

Road map dunia dan rentak masa depan umat tampak terlalu banyak dicatur dan diatur oleh AS dan sekutu-sekutunya.

Semua orang sudah semakin meragui kejujuran AS dan rakan-rakannya dalam peristiwa 9/11 di New York pada 2001. Bersifat degil demi mengukuh dan mengekalkan buruk sangka penghuni dunia terhadap Islam, FBI dan CIA masih mati-matian terus menerus menasihati Rumah Putih agar terus mengolah siri-siri keganasan palsu.

Ini boleh dibaca rentetannya dari serangan ke atas Iraq yang dituduh memiliki WMD sedangkan ia memang sebuah pembohongan.

Berita kononnya lima lelaki Pakistan telah memasuki AS melalui Kanada dan merancang untuk melakukan serangan senjata biologi dan bom-bom beracun adalah satu lagi percubaan mereka untuk melahirkan fitnah.

Ia terbongkar setelah suspek yang diburu oleh Associated Press misalnya; Mohammad Ashgar itu sebenarnya seorang lelaki gemuk yang menjalankan perniagaan barangan kemas di Pakistan dan tidak pernah sekalipun menjejakkan kaki ke Amerika!

Beliau tidak ada kena mengena dan tidak tahu menahu pun dengan insiden berdarah yang cuba ditekapkan kemukanya itu.

Terkini, AS mengarut lagi dengan sengaja mengada-adakan berita kemunculan pelbagai Nexus Points di pelbagai paksi dunia Islam.

Dengan itu, AS mahu munculkan dirinya sebagai predator yang sedang bertungkus lumus cuma menyelamatkan dunia dari serangan keganasan.

Tentu sekali kita masih ingat betapa 10 pesawat di Heathrow pernah diancam bom pada 10 Ogos 2006 oleh militan Islam (?) kemudian berjaya dipatahkan oleh seorang Superman. Tony Blair lah, siapa lagi!

Demikian jugalah dengan kononnya Sears Tower di Chicago yang telah diancam bom oleh proksi al-Qaeda yang kononnya dipimpin oleh Nasir Batiste diawal Jun 2006. Semuanya adalah bohong.

Nampak sangat yang AS dan UK sedang dengan ghairahnya ingin mengumumkan berita- demi berita kejayaannya kerana pantas menyekat huru-hara yang dicipta, dicetak dan dibuat-buat oleh mereka sendiri.

Sasaran akhir mereka ialah Islam dan pejuang Islam. Mereka lalu khayalkan bagaimana rakyat sedunia akan memuja dan mengangkat mereka sebagai wira suci dan sekali gus melihat Islam dan penganutnya sebagai terroris yang sehina sampah dan sejijik najis.

Ini boleh dilihat melalui cara layanan mereka terhadap pejuang Islam dipenjara tertutup Guantanamo dan Abu Gharib, Saddam yang pernah digari dari lubang persembunyian dan kini menggigil di mahkamah, Osama yang merempat terhina, hidup ceret beret di gua misteri, dua anak lelaki Saddam yang mati disembelih, penangkapan Al-Zarqawi, ratusan pemimpin Islam yang digari di Indonesia, Selatan Filipina, Palestin, Thailand, Acheh dan Bali.

Dalam plot cerita dan skrip-skrip drama kusut yang berlingkar-lingkar itulah, Islam mahu diconteng semahu-mahunya dengan jambang terroris.

Jika tidak, masakan Bush menghubungkan terus peristwa memerangi keganasan dengan Perang Salib sejurus selepas menara WTC di New York itu di bom. Dendam kristian yang tidak sudah-sudah itulah juga rupanya yang sedang menyimbah darah umat Islam di mana-mana.

Ancaman AS berbunyi 'sama ada kamu bersama kami atau kamu bersama mereka' sesungguhnya bukan ultimatum yang adil untuk dipilih oleh warga dunia. Bukan begitu caranya mencari perdamaian. Mustahil AS tidak faham bagaimana seharusnya PBB itu berfungsi?

Saya hanya ada satu soalan pendek untuk bertanya. Malaysia sedang berada di mana dalam membina dasar luarnya dan sewaktu memilih rakan kongsi?

Bersama mereka yang menjadi mangsa keganasan atau berpihak kepada pihak yang mengganas? Lagipun, maksud ganas, mengganas, pengganas dan mangsa keganasan itu apa sebenarnya?

Sentiasa ingatlah bahawa Allah SWT itu mampu membaca segala niat kita walau bagaimana nyata atau sulitnya ia di sembunyi. Dan, inilah yang akan menentukan nilai amal kita yang sebenar. Bukankah kita semua akan berdiri di padang mahsyar untuk nantinya di tanya ?

"Jika mereka mendustakan kamu,maka sesungguhnya rasul-rasul sebelum kamupun telah di dustakan (pula) mereka membawa mukjizat-mukjizat yang nyata ,zabur dan kitab yang memberi penjelasan yang sempurna." (Surah Al- 'Imran Ayat 184).

(Penulis adalah Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan) - mr
http://202.186.86.214/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=4598&Itemid=28

Kuih Moden Industri Kampung Lenggeng

Isnin 9 Okt 2006 terbelilah saya kuih London Almond lepas program buka puasa di Sekolah Agama Rakyat Gedung Lalang 162, Ampangan. Cuma beli satu balang 50 biji harganya RM 16. Bawa balik rumah dalam masa 24 jam habis dimakan oleh anak-anak lepas waktu berbuka, moreh dan sahur. Tak tahulah apa keistimewaannya , isteri saya terus order 8 balang.

Sesiapa yang berkenan Kuih Moden Industri Kampung berjenama “Biskut Kak Long Muslimat Lenggeng” bolehlah menghubungi Sdr Zulkefly Mohamed Omar 019-2818816 untuk mengetahui lebih lanjut kuih-kuih dan biskut-biskut lain yang dijual. Ianya kuih-kuih moden yang diusahakan secara tradisional oleh kakak dan isteri beliau.

Selamat Bertarawih, Bertaddarus, Berqiamulllail, Berbuka, Bersahur dan Selamat Hari Raya Idil Fitri

10/9/06

Ingin merasai sendiri keperitan hidup umat Islam Kemboja ?

Anda ingin merasai sendiri keperitan hidup umat Islam di Kemboja serta membantu umat Islam di sana ? Melihat sendiri bagaimana umat Islam di sana hanya makan daging setahun sekali , itupun melalui sumbangan ibadah korban dan aqiqah. Melihat sendiri bagaimana umat Islam di sana yang berketurunan Melayu yang hanya makan nasi berlaukkan garam. Melihat bagaimana anak-anak mereka berkongsi-kongsi Al Quran untuk mengaji. Walaupun hidup dalam kesusahan dan penuh kedaifan tetapi mereka masih bahagia dengan Islam yang ada pada diri mereka.

Sekiranya anda sendiri ingin menyampaikan bantuan kepada umat Islam di sana maka andalah bolehlah menyertai Misi Relief ke Kemboja anjuran Yayasan Amal Malaysia pada 25 hingga 28 November 2006. Perbelanjaan untuk seorang adalah sekitar RM 1000, penginapan dan makan minum bukanlah hotel lima bintang, anda mungkin terpaksa tidur di masjid yang berlantaikan tanah beratapkan langit atau mungkin tidur di pondok-pondok.

Anda bolehlah menyampaikan sendiri sumbangan yang anda kumpulkan di kalangan sahabat handai serta rakan taulan samada dalam bentuk wang ringgit, makanan, buku, Al Quran, sejadah, telekung kepada saudara-saudara seagama dan sebangsa di Kemboja.

Jika anda tidak berkesempatan untuk bersama anda juga bolehlah menaja sesiapa untuk ke sana serta memaklumkan program ini kepada rakan-rakan.

Disamping itu mereka yang ingin mengambil bahagian dalam ibadah aqiqah di sana kadarnya hanyalah RM 150 untuk satu bahagian. Dengan hanya RM 150 berpuluh-puluh keluarga Islam di sana dapat makan nasi berlaukkan daging. Atau anda tiada siapa untuk diaqiqahkan anda masih berpeluang untuk memberi satu bahagian atas niat sedekah.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Relief Kemboja sila hubungi Sdr Jamaludin Elias AJK Yayasan Amal Pusat 019-6644796.

Mereka yang ingin pergi ke sana sila sediakan RM 1000, wang saku serta serahkan nama penuh, No Kad Pengenalan dan No Paspot kepada Sdr Jamaludin Elias.

Untuk maklumat lanjut mengenai Yayasan Amal sila ke laman web berikut www.amalmalaysia.net

Ingin merasai sendiri keperitan hidup umat Islam Kemboja ?

Anda ingin merasai sendiri keperitan hidup umat Islam di Kemboja serta membantu umat Islam di sana ? Melihat sendiri bagaimana umat Islam di sana hanya makan daging setahun sekali , itupun melalui sumbangan ibadah korban dan aqiqah. Melihat sendiri bagaimana umat Islam di sana yang berketurunan Melayu yang hanya makan nasi berlaukkan garam. Melihat bagaimana anak-anak mereka berkongsi-kongsi Al Quran untuk mengaji. Walaupun hidup dalam kesusahan dan penuh kedaifan tetapi mereka masih bahagia dengan Islam yang ada pada diri mereka.

Sekiranya anda sendiri ingin menyampaikan bantuan kepada umat Islam di sana maka andalah bolehlah menyertai Misi Relief ke Kemboja anjuran Yayasan Amal Malaysia pada 25 hingga 28 November 2006. Perbelanjaan untuk seorang adalah sekitar RM 1000, penginapan dan makan minum bukanlah hotel lima bintang, anda mungkin terpaksa tidur di masjid yang berlantaikan tanah beratapkan langit atau mungkin tidur di pondok-pondok.

Anda bolehlah menyampaikan sendiri sumbangan yang anda kumpulkan di kalangan sahabat handai serta rakan taulan samada dalam bentuk wang ringgit, makanan, buku, Al Quran, sejadah, telekung kepada saudara-saudara seagama dan sebangsa di Kemboja.

Jika anda tidak berkesempatan untuk bersama anda juga bolehlah menaja sesiapa untuk ke sana serta memaklumkan program ini kepada rakan-rakan.

Disamping itu mereka yang ingin mengambil bahagian dalam ibadah aqiqah di sana kadarnya hanyalah RM 150 untuk satu bahagian. Dengan hanya RM 150 berpuluh-puluh keluarga Islam di sana dapat makan nasi berlaukkan daging. Atau anda tiada siapa untuk diaqiqahkan anda masih berpeluang untuk memberi satu bahagian atas niat sedekah.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Relief Kemboja sila hubungi Sdr Jamaludin Elias AJK Yayasan Amal Pusat 019-6644796.

Mereka yang ingin pergi ke sana sila sediakan RM 1000, wang saku serta serahkan nama penuh, No Kad Pengenalan dan No Paspot kepada Sdr Jamaludin Elias.

Untuk maklumat lanjut mengenai Yayasan Amal sila ke laman web berikut www.amalmalaysia.net

Dato Leo Michael Toyad memeluk agama Islam

Mereka yang mencari kebenaran akan mendapat kebenaran, mereka yang lari dari kebenaran akan kesesatan.

Berita Harian 7 Okt 2006
Michael Toyad sahkan peluk Islam

PUTRAJAYA: Bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Leo Michael Toyad (gambar), 56, mengesahkan beliau sudah memeluk Islam, selepas mendalami dan mendekati agama itu sejak sekian lama.

Dr Toyad yang kini menggunakan nama Islamnya, Muhammad mengesahkan beliau memeluk Islam dan gembira kerana hasratnya untuk berbuat demikian sejak sekian lama, kini tertunai.

Dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada Berita Harian, di sini semalam, beliau berkata: “Ya Alhamdulillah... niat saya untuk menjadi seorang Islam tertunai. Selamat berpuasa dan wassalam”.

Dr Toyad juga berkata, beliau kini menggunakan nama Muhammad dan keputusannya memeluk agama Islam dibuat semata-mata kerana Allah.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, dipercayai kerana kini berada di luar negara.

Dr Toyad yang berkelulusan ijazah perubatan dari Universiti Malaya (UM), mempunyai tiga anak perempuan dan seorang anak lelaki, menceburi politik sejak kira-kira 25 tahun lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Mukah digugurkan daripada Kabinet dalam rombakan yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Februari lalu.

Sejak itu, beliau yang juga Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bergiat cergas dalam sektor swasta serta pelbagai kerja kebajikan

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Saturday/Nasional/20061007001049/Article/

10/8/06

Tazkirah Khas Palestin 13 Okt Senawang

Assalamualaikum wrt wbt,

Sempena Ramadhan Al Mubarak , muslimin dan muslimat semua di jemput hadir ke program berikut :

Tazkirah Khas Palestin
Jumaat 13 Oktober 2006
Selepas Solat Tarawih dan Witr , 9.15 mlm
Di Surau Taman Alamanda, Senawang

Oleh :
Dr Zainurrashid Zainuddin
Doktor Pakar Hospital Seremban, Pensyarah International Medical University, Sukarelawan Yayasan Aman Palestin

10/5/06

3R di Masjid Senawang ? Tak boleh jadi ni ! :-(

3R – Remaja Rai Ramadhan
Sebuah bengkel khas untuk remaja pada bulan Ramadhan 1427 H

Terbuka kepada semua remaja berusia antara 12 – 17 tahun

Sabtu – Ahad , 14 – 15 Oktober 2006
Di Masjid Bandar Baru Senawang, Senawang, N.Sembilan

Sesi beramah mesra dengan pesakit di hospital, menonton video, sembahyang, bertaddarus dan berbuka bersama kawan-kawan, aktiviti dalam kumpulan, pengisian Islam yang menarik dan pelbagai lagi.

Anjuran : Pertubuhan Jamaan Islah Malaysia NS (JIM NS)

Yuran Cuma RM 10 sahaja

Untuk pendaftaran sila SMS atau hubungi Pn Jawiah Darmawan 012-3279161 atau Cik Nadzirah Ahmad Basri 012-9637644.

Sesi pendaftaran Sabtu 14 Oktober 2006 8 pagi di Masjid Bandar Baru Senawang

Pelajar lelaki perlu bawa kelengkapan untuk bermalam di masjid seperti pakaian persalinan, tuala, alatan mandi dan sebagainya (pelajar perempuan tidak akan bermalam di masjid). Keperluan lain : Surau Al Ma’thurat, Al Quran, Alat tulis, Telekung.

Pelajar perempuan tidak akan bermalam di masjid dan boleh pulang ke rumah pada hari Sabtu 10.30 malam. Ibu bapa diminta mengambil anak-anak mereka. Mereka diwajibkan kembali semula ke masjid keesokan harinya pada jam 8 pagi. Program akan berakhir jam 2 ptg Ahad 15 Oktober 2006

Sambutan Nuzul Quran Masjid Jelebu 9 Okt

Assalamualaikum. ..
Muslimin dan muslimat dijemput ke

Program Sambutan Nuzul Quran Masjid Jamek Kuala Klawang-Masiid Daerah
Jelebu(MJKK)

Tarikh : ISNIN 9 Oktober 2006 / 17 Ramadhan 1427H
Tempat : Masjid Jamek Kuala Klawang , Jelebu, N.Sembilan

Atur cara :
6.45 ptg : Hadirin-hadirat berkumpul di MJKK
7.03 malam : Majlis Berbuka puasa
7.20 malam : Solat Maghrib berjemaah
7.30 malam : Ceramah Nuzul Quran oleh al-Fadhil Ustaz Mohd Esa bin Jaafar
8.12 malam : Solat Isya' dan Solat Tarawih berjemaah
9.30 malam : Moreh

Sesiapa yang berminat ingin memberi sumbangan boleh menghubungi Ustaz Mohd
Azmi Ismail(Imam 1 Masjid Jamek Kuala Klawang) di talian 013-3031703 atau
017-3793731.

Sekian. wassalam.

Peniaga Melayu Dianiaya Penguasa Melayu Di Rembau

Peniaga Melayu pasar baru Rembau dakwa teraniaya
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Hrkh) - Sebilangan besar peniaga Melayu Komplekas Pasar Baru Daerah Rembau mendakwa teraniaya dengan tindakan Majlis Daerah Rembau (MDR) yang dikatakan enggan membenarkan mereka berniaga di pekarangan luar pasar tersebut.

Menurut salah seorang peniaga pasar tersebut, Madziah Abdullah, masalahnya bermula selepas perpindahan tapak perniagaan dari pasar lama ke pasar baru Mei lalu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakahdaily dalam satu tinjauan bersama rombongan aktivis Teras Pengupayaan Melayu (Teras) Negeri Sembilan di rumahnya di Taman Chembong Jaya, Rembau semalam yang diketuai Zulkifli Mohammed Omar, Taufek Abdul Ghani dan Hassan Mohammad.

Kehadiran rombongan Teras itu bertujuan menyelesaikan masalah peniaga setelah sebelum ini Zulkifli dan rakan-rakan diminta peniaga untuk membantu menyelesaikan masalah mereka.

Kata Madziah, peniaga diberi lot kedai dalam pasar untuk beroperasi, malangnya lot tersebut terlindung antara satu sama lain mengakibatkan kesukaran peniaga untuk mendapatkan pelanggan.

Keadaan lebih tertekan kepada mereka yang berniaga di bahagian paling dalam pasar tersebut kerana pelanggan sukar untuk masuk ke bahagian tersebut untuk membeli barangan basah seperti sayur, ikan, ayam dan daging.

"Hasil jualan kami merosot teruk, malah hingga menghadapi masalah 'tidak balik modal'. Ini membimbangkan kami lebih-lebih lagi dalam menghadapi musim perayaan ini. Kami nak juga kumpul duit untuk beraya, tapi kalau tiap-tiap hari kerugian apa akan jadi kepada kami," katanya.

Pihak peniaga cuba untuk membuka gerai mereka dengan menggunakan payung dan meja di pekarangan luar pasar, bagaimanapun peniaga diugut akan disaman dan dikenakan tindakan merampas barangan peniagaan jika msih berbuat demikian.

Takut dengan arahan MDR itu, mereka akhirnya hanya berniaga di lot-lot yang disediakan, bagaimanapun tidak mendapat sambutan pelanggan kerana kedudukan yang terlindung yang memberi masalah kepada pelanggan untuk masuk ke kawasan dalam.

Akibatnya, beberapa peniaga yang tidak dapat bertahan terpaksa 'gulung tikar' kerana kerugian yang besar yang dialami mereka.

Madziah dan 30 peniaga lain telah mengutus surat rayuan kepada pihak MDR dan pihak berwajib yang lain termasuk Pejabat Menteri Besar supaya membenarkan peniaga menjalankan perniagaan di bahagian pekarangan pasar.

Bagaimanapun, MDR melalui Setiausahanya, Amiruddin Hamidin dalam satu surat bertarikh 27 September 2006 seperti yang ditunjuk Madziah kepada Harakahdaily menolak permohonan tersebut dengan alasan ia bertentangan dengan syarat seperti yang dikeluarkan dalam lesen perniagaan.

Selain itu MDR dalam surat tersebut juga memberitahu, peniaga tidak dibenarkan berniaga di luar petak atau lot kerana dibimbangi akan menimbulkan halangan dan gangguan awam selain kemungkinan akan ada bantahan dari peniaga lain.

"Kami tidak puas hati dengan sebab yang dikemuka MDR kerana ada pihak lain yang diberi berniaga di pekarangan kawasan tersebut, malah seorang peniaga berbangsa Cina yang berniaga lebih dari dua jenis barangan tidak diambil tindakan," katanya.

Menurut serang lagi peniaga, Mazlan Abdullah, peniaga berketurunan Cina itu mendapat lot yang berada di bahagian hadapan pasar, dan menjual sayur, ikan dan barangan kering sedangkan mengikut syarat dalam perlesenan, peniaga hanya dibenarkan menjual satu jenis barangan sahaja.

"Jika dalam lesen dia dibenar berniaga sayur, jadi dia kena jual sayur sahaja tak boleh jual barang lain. Tetapi peniaga Cina itu berniaga pelbagai barangan menyebabkan peniaga yang berniaga barang lain tidak mendapat sambutan, lebih-lebih lagi kedudukannya berada di hadapan pasar," katanya.

Menurut Mazlan, beliau dan rakan telah beberapa kali cuba berniaga di luar kawasan pasar, bagaimanapun beliau telah disaman oleh MDR kerana kesalahan ingkar arahan majlis.

Menurutnya, meskipun reka bentuk kompleks pasar cantik, susun atur ruang niaganya tidak mesra pelanggan menyebabkan pelanggan tidak datang ke semua gerai.

Selain itu peniaga juga berhadapan dengan bahaya sebarang kemungkinan terkena renjatan elektrik kerana bahagian suis utama tidak berpenutup dan wayar yang terdedah, katanya.

Sementara itu Zulkifli yang bercakap mewakili rombongannya berkata, pihaknya akan cuba menyelesaikan masalah tersebut dengan mengajukan aduan kepada pihak tertentu termasuk akan mendedahkannya kepada akhbar tempatan.

Menurut Zulkifli, pihaknya juga mencadangkan agar peniaga bertemu dengan pihak MDR untuk mendesak majlis menggantikan dinding batu pembahagi antara lot digantikan dengan 'roller grill' selain mengubah semula pembahagian zon jenis jualan barangan mengikut pembahagian yang sesuai. – lanh

http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=4627&Itemid=29

Guru Agama Terus Mengajar Walaupun Tidak Bergaji

Satu lagi contoh kegigihan guru-guru agama kita. Mereka ini walaupun berkelulusan agama, mungkin ada yang ada ijazah, tetap meneruskan khidmat bakti untuk mempastikan anak-anak murid mereka memperolehi pendidikan agama dalam dunia yang penuh dengan pelbagai maksiat dan cabaran dewasa ini demi untuk membentuk generasi yang beriman, beramal, bertaqwa barulah boleh cemerlang, gemilang dan terbilang.

Berikut satu lagi SMS SOS yang diterima di bulan Ramadhan ini meminta belas ihsan kita yang diberi cubaan dengan harta kekayaan dan wang ringgit walaupun tidak banyak

SMS nya ialah :
“Assalamualaikum, Sahabat yang mengajar di Sekolah Menengah Agama (SAR) Gau, Temerloh, Pahang tidak bergaji sejak Ogos , sumbangan masuk ke akaun SMA Saadah (BIMB Temerloh) 60289010011392. Mudir Ustaz Jauhari Ishak 012-9649730”

Roadshow Ramadhan 1427H AMK NS

Berikut ialah jadual Pelancaran Program Kempen Kesedaran dan Kebenaran sempena Ramadhan anjuran Angkatan Muda Negeri Sembilan.

Roadshow Ramadhan AMK NS Bahagian Rasah
Jumaat 6 Oktober 2006
5.00 petang - Edar risalah di Pasar Ramadhan Dataran Senawang
6.45 malam
- Majlis berbuka Puasa dan Tazkirah
- solat dan tarawikh di Surau Senawang Jaya
- lawatan ke rumah fakir miskin
Hubungi Hj Ramlan 017 3899638

Roadshow Ramadhan AMK NS Bahagian Jempol
Ahad 8 Oktober 2006
5.00 petang - Edar Risalah di Pasar Ramadhan dan rumah- rumah di Felda Palong 4,5,6
7.00 malam - Majlis berbuka Puasa dan Penyampaian bantuan
9.45 malam - Ceramah
Hubungi Arifin 016 2862481

Roadshow Ramadhan AMK NS Bahagian Kuala Pilah
Khamis 12 Oktober 2006
5.00 petang - Pasar Ramadhan Pekan Kuala Pilah
7.00 petang - Majlis berbuka Puasa dan Tazkirah Semasa

Roadshow Ramadhan AMK NS Bahagian Seremban
Jumaat 13 Oktober 2006
5.00 petang - Edar Risalah di Pasar Ramadhan Ampangan & Paroi

Selasa 17 Oktober 2006
5.00 petang - Edar Risalah di pasar Ramadhan Taman Semarak , Nilai
7.00 malam - Majlis Berbuka Puasa dan penyampaian Bantuan.

Konvoi Sehari menjelajah Bahagian Teluk Kemang dan menyampaikan Bantuan pada hari Ahad 15 Oktober 2005

Sebarang pertanyaan sila hubungi : Azizi 012 369 6474

10/3/06

Pengusaha Bas Terminal Seremban Ditindas

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Hrkh) - Tindakan pihak pengurusan stesen bas Terminal One Seremban, Syarikat Panji Timur, menyusun semula lorong bas dan menaikkan kadar sewa dan caj kepada pengusaha didakwa mengakibatkan mereka semakin tertekan.

Seorang wakil Persatuan Pengusaha Bas Seremban yang hanya mahu dikenali sebagai Mohammad Rafiuddin (bukan nama sebenar) berkata, tindakan pihak pengurusan menyusun semula lorong bas menyebabkan kekeliruan kepada penumpang dan pemandu.

"Malah caj yang dahulunya kira-kira RM5,000 kini meningkat kepada RM15,000 (kenaikan 200 peratus) sebulan tidak termasuk caj tambahan harian sekali masuk RM5 bagi bas ekspres dan RM2 bagi bas henti-henti di setiap kali keluar masuk ke Terminal One," katanya ketika memberi maklumat kepada Harakahdaily.

Menurutnya, pihak persatuan pengusaha bas telah menyerahkan permohonan kepada pihak pengurusan supaya mengkaji semula tindakan, bagaimanapun masih belum ada respons mengenainya.

Sementara itu penulis yang membuat tinjauan hari pertama (3 Oktober) kenaikan kadar bayaran tambahan keluar masuk bas mendapati keadaan kecoh sebentar pada awal pagi ketika bas-bas dari dalam dan luar Seremban memasuki Terminal One.

Harakahdaily diberitahu terdahulu sebelum itu tiga trak FRU dan anggota polis ditempatkan di Terminal One sebagai langkah bersedia menghadapi sebarang kekecohan.

Bagaimanapun keadaan terkawal selepas pihak polis ditempatkan di kawasan tersebut. - lanh

Peluang Kongsi Harta Dengan Anak-Anak Yatim

Semua harta dan wang ringgit yang kita milikki hasil titik peluh keringat siang dan malam serta perit jerih belajar di menara gading adalah milik Allah yang Maha Kaya. Ianya hanyalah pinjaman di dunia yang fana ini. Kini kita berpeluang untuk berkongsi harta dan wang ringgit yang dipinjamkan ini dengan anak-anak yatim dan pelajar-pelajar miskin, mudahan-mudahan Allah akan meggantikannya dengan harta yang kekal milik kita dengan berlipat kali ganda di akhirat, alam yang kekal abadi selama-lamanya

Adalah dimaklumkan Nisa' NS akan mengadakan " Program Sayangi Kami" yang mana dalam program ini anak-anak yatim dan pelajar-pelajar miskin di sekitar Negeri Sembilan akan menerima sumbangan sama ada berbentuk wang ringgit dan barangan hasil sumbangan orang ramai dan para dermawan.

Penyerahan sumbangan ini akan diadakan pada hari Isnin 16 Oktober 2006 jam 3 petang di Gedung Lalang 162, Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan.

Justeru itu, pihak Nisa mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk wang ringgit mahupun barangan bagi membantu meringankan penderitaan anak yatim dan pelajar miskin ini bagi sama-sama merasai kegembiraan menyambut Ramadhan dan Hari Lebaran.

Sebarang pertanyaan untuk sumbangan barangan boleh menghubungi Puan Norwani (O13-3851202), Cik Jazilah (019-3073100) atau Cik Hanadiah (013-2069775)

Sumbangan boleh disalurkan ke
NISA’ NEGERI SEMBILAN
No.835, Jalan Sri Pulai 38,
Taman Sri Pulai 3, 70200 Seremban, Negeri Sembilan

10/1/06

Bantuan mangsa kebakaran guru Pasti Jempol

Pada 29 September 2006 yang lalu rumah Pn Haslina bt Maarof guru Pasti Raudah di Taman Puan Chik, Jempol telah hampir musnah dijilat api. Kebakaran berlaku ketika beliau sedang mengajar di Pasti berhampiran. Menurut laporan kebakaran tersebut telah memusnahkan sebahagian besar kelengkapan beliau sekeluarga. Kebakaran tersebut turut memusnahkan pakaian-pakaian seragam pelajar Pasti Kawasan Jempol yang sedang disiapkan untuk sesi akan datang. Untuk sementara ini beliau, suami serta anak-anak mereka menumpang di rumah jiran mereka. Sehubungan dengan itu pihak Pasti Negeri Sembilan dan Pasti Kawasan Jempol menyeru kepada mereka yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah menghubungi Pengarah Pasti Negeri Sembilan Ustaz Shazwan 019-6619156 atau Sdr Idzwan 013-3763833

Program Waqaf Barangan PASTI Ramadhan 1427

Bersempena dengan bulan Ramadhan 1427 ini, PASTI Negeri Sembilan sedang mengadakan progam Waqaf Barangan PASTI sebagai satu usaha dan galakan kepada umat Islam untuk membuat amal jariah.

Setiap barangan PASTI yang dibeli akan disalurkan kepada keluarga yang tidak berkemampuan untuk mendaftarkan anak mereka di PASTI.

Antara bentuk sumbangan yang boleh dihulurkan ialah :
Set buku teks RM 30
Set alat tulis RM 20
Baju seragam RM 30
Baju sukan RM 30

Kepada mereka yang ingin menyertai program Waqaf Barangan PASTI ini bolehlah menghubungi Pengarah Pasti Negeri Sembilan Ustaz Shazwan 019-6619156 atau Sdr Idzwan 013-3763833

Satu lagi PASTI dibuka di Senawang tahun 2007

Satu lagi PASTI akan dibuka di Senawang pada tahun 2007 nanti. PASTI di Taman Desa Ixora , Senawang ketika ini sedang menerima pendaftaran pelajar berumur 5 dan 6 tahun. Kepada ibu bapa serta penjaga yang berminat untuk menghantar anak-anak mereka bolehlah menghubungi Tn Hj Bada 019-3303647 atau Sdr Said 013-2066505

Masa depan anak-anak kita bergantung kepada pendidikan usia muda mereka. Ketinggian mutu kreativiti daya intelek, keluhuran akhlak, kemantapan iman dan ketakwaan mereka mencerminkan sejauh mana kejayaan generasi hari ini yang dipertanggungjawabkan untuk membentuk mereka menjadi generasi soleh yang
cemerlang.

Sementara itu mereka yang ingin mendapatkan maklumat PASTI sekitar Senawang, Sg Gadut dan Rembau bolehlah menghubungi Sdr Husaini 013-3598318 Pengurus PASTI Kawasan Rembau

Untuk pendaftaran di PASTI Al Amal , PT 1062 , Lorong Teratai 2 , Taman
Marida, 70400 Senawang sila hubungi Cikgu Zaharah 019-2485431 atau Sdr Nazri Zainal 016-2778269

Pengambilan umur 4, 5 dan 6 tahun dengan yuran yang amat berpatutan

Waktu Pembelajaran :
8.30 pagi – 12.00 tgh (Isnin - Khamis)
8.30 pagi - 11.30 pagi (Jumaat)

Objektif PASTI :
Melahirkan generasi muslim yang beriman dan bertakwa.
Mendidik anak-anak budaya pembelajaran secara Islam.
Pendidikan Pra-Sekolah yang berteraskan Falsafah
Pendidikan Islam.

Matapelajaran :
Komunikasi Asas: Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Bahasa
Inggeris
Matematik
Akhlak, Sirah,dan Asas Ibadah
Kesihatan dan Pendidikan Jasmani
Al Quran dan Tulisan Jawi

Rayuan Sumbangan 12 Keluarga Fakir Miskin AMK NS

Sempena Ramadhan Al Mubarak ini Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan ingin merayu kepada umat Islam yang berkemampuan untuk menyertai Bantuan 12 Keluarga Fakir Miskin.

Bantuan serta sumbangan dalam bentuk kewangan , barangan makanan dan keperluan harian adalah amat-amat dialukan.

Mereka yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi Sdr Azizi 012-3696474 atau Cikgu Badrul 017-6688404