BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT

BONGEK BERSELAWAT

11/30/06

Mufti N.Sembilan mahu kerajaan tegas tangani MURTAD

Mufti mahu undang-undang tangani murtad . Berita Harian 30 Nov 2006
KUALA LUMPUR: Dua mufti menyarankan supaya isu murtad diselesaikan secara tegas dengan memperkasakan segera undang-undang Mahkamah Syariah.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Murtadza Ahmad, berkata semua pihak terutama kerajaan, perlu bertegas menangani isu murtad dan mencari jalan penyelesaian segera.

Beliau berpendapat pendekatan psikologi digunakan terhadap mereka yang murtad, selain berharap undang-undang pencegahan dan hukuman berkaitan dengannya digubal dengan mengambil kira aspek harta benda, pewarisan dan rumah tangga.

“Kegiatan dakwah juga perlu diperkasakan agar masalah murtad tidak berleluasa dikalangan orang Islam,” katanya pada Konvensyen Kebebasan Beragama dan Isu Murtad: Ke Arah Penyelesaian Yang Praktikal di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di sini, semalam.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata isu sensitif itu bagaikan ‘virus yang boleh mengundang maut’ dan boleh menghancurkan akidah umat Islam jika terus dibiarkan.

“Walaupun hukuman bunuh disyariatkan terhadap mereka yang murtad, namun Mahkamah Syariah boleh menggunakan pendekatan secara psikologi iaitu memberi peluang selama tiga hari atau lebih (mengikut budi bicara hakim) untuk mereka bertaubat sebelum hukuman dilaksanakan,” katanya.

Harussani berkata, oleh kerana prosedur dan undang-undang Mahkamah Syariah yang berbeza, kaedah itu tidak dapat dilaksanakan secara seragam.

Pensyarah Undang-undang di UIA, Dr Zulkifly Muda, berkata kegagalan orang Islam untuk menghayati Islam berpunca daripada umat Islam itu sendiri selain ibu bapa dan pihak berkuasa.

“Mustahil ada orang akan murtad sekiranya pentadbir, ibu bapa dan pelbagai pihak mengamalkan ajaran Islam dan ditadbir dengan sistem Islam sepenuhnya,” katanya.

Seorang lagi pensyarah undang-undang di UIA, Prof Abdul Aziz Bari, berkata Perlembagaan Malaysia tidak mempunyai kecacatan dalam meletakkan kebebasan beragama tetapi ia tidak memberi ruang untuk murtad. – Bernama

“Konsep dan ruang kebebasan asasi di dalam perlembagaan adalah terhad dan spesifik. Ia perlu dilihat dalam konteks yang tertentu dan tidak harus dianggap sebagai hak yang mutlak,” katanya.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Thursday/Nasional/20061130004037/Article/

Kem Bestari Al Quran 4 – 29 Dis Senawang

Kem Bestari AL QURAN
Khusus untuk anak-anak berumur 9 hingga 13 tahun
Terbuka kepada lelaki dan perempuan
Bermula 4 Disember 2006 hingga 29 Disember 2006
Kelas dari hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tgh
Bertempat di Pusat Pengajian Imtiyaz, Dataran Senawang

Bilik kuliah selesa dan berhawa dingin
Dikendalikan oleh pengajar penyayang dan berpengalaman
Tempat terhad

Maklumat lanjut hubungi Al Fadil Ustaz Norazman 019-6400062 atau 06-6792617

Orang Rembau Utamakan KARAOKE, abai SPM, pelajaran

SURAT PERTAMA

Daripada : Rafizan bin Harun, No 63, Rumah Rakyat Chengkau, 71300 Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus. Tal : 017-3212699.Tarikh : 24hb November 2006

Kepada : Pegawai Penguatkuasa, Majlis Daerah Rembau,Tal : 6851144, Fax : 6855117

Assalamualaikum, Tuan ,

Gangguan Ketenteraman Awam Operasi Karaoke/Restoran

Merujuk kepada perkara di atas pihak kami amat mengharapkan agar pihak tuan dapat memantau operasi dua buah restoran di pekan Chengkau yang menyediakan perkhidmatan karaoke, salah sebuah daripadanya ialah Perpatih Corner.

Restoran karaoke ini beroperasi hampir setiap hari bermula jam 5 petang hingga jam 1 pagi. Sementara acara karaoke bermula sekitar jam 8 malam berlanjutan hingga jam 2 pagi.

Kami penduduk setempat di kawasan Rumah Rakyat Chengkau ini dan kawasan sekitarnya boleh mendengar gangguan bunyi karaoke yang mengganggu tidur kami terutamanya anak-anak kecil. Malahan ianya mengganggu konsentrasi para-para pelajar yang mentelaah pelajaran di rumah, lebih-lebih lagi di musim peperiksaan.

Pihak kami akan mengumpulkan tandatangan berkenaan masalah yang sedang kami hadapi ini untuk diserahkan kepada pihak tuan dalam masa terdekat ini.

Oleh yang demikian, pihak kami mengharapkan kerjasama pihak tuan untuk memantau operasi restoran karaoke berkenaan untuk kesejahteraan penduduk setempat.

Kerjasama daripada pihak tuan adalah amat diharapkan dan dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar , Rafizan bin Harun Jawatankuasa Bertindak Penduduk Setempat

s.k. : Ketua Polis Daerah Rembau – Tal 6852222, Fax : 6857363, Ketua Polis Negeri Sembilan – Tal : 7682222, Fax : 7623506

****************************
SURAT KEDUA

Daripada : Abd. Rahim bin Maarof, Kg Senama Baru, 71300 Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus, Tal : 012-4675820. Tarikh : 24hb November 2006

Kepada : Pegawai Penguatkuasa, Majlis Daerah Rembau, Tal : 6851144, Fax : 6855117

Assalamualaikum wrt wbt, Tuan ,

Gangguan Ketenteraman Awam Operasi Karaoke/Restoran

Merujuk kepada perkara di atas pihak kami amat mengharapkan agar pihak tuan dapat memantau sebuah restoran di Kg Senama Baru, di tepi jalan utama Rembau-Tampin yang menyediakan perkhidmatan karaoke.

Restoran karaoke ini beroperasi hampir setiap hari bermula jam 9 malam hingga jam 1 pagi.

Kami penduduk setempat dan kawasan sekitarnya boleh mendengar gangguan bunyi karaoke yang mengganggu tidur kami terutamanya anak-anak kecil. Malahan ianya mengganggu konsentrasi para-para pelajar yang mentelaah pelajaran di rumah, lebih-lebih lagi di musim peperiksaan.

Pihak kami akan mengumpulkan tandatangan berkenaan masalah yang sedang kami hadapi ini untuk diserahkan kepada pihak tuan dalam masa terdekat ini.

Oleh yang demikian, pihak kami mengharapkan kerjasama pihak tuan untuk memantau operasi restoran karaoke berkenaan untuk kesejahteraan penduduk setempat.

Kerjasama daripada pihak tuan adalah amat diharapkan dan dihargai.

Wassalam. Sekian, terima kasih.

Yang benar , Abd. Rahim bin Maarof , Jawatankuasa Bertindak Penduduk Setempat

s.k. : Ketua Polis Daerah Rembau – Tal 6852222, Fax : 6857363. Ketua Polis Negeri Sembilan – Tal : 7682222, Fax : 7623506

11/28/06

Kem Remaja Islam WORLD 1-3 Dis Seremban

Sertai Kem Remaja Islam WORLD ( Work Optimum Raise LeaDership )

Tempat : Taman Awam Rimba Rekreasi, Seremban, N.Sembilan
Tarikh : 1 – 3 Disember 2006 ( Jumaat – Ahad , 3 hari 2 malam )
Yuran : CUMA RM 30 sahaja ( Tempat Terhad – “First Come First Serve” )
Masa pendaftaran : 3 ptg , Jumaat 1 Disember 2006

Antara aktiviti yang dijalankan :
Mencari Maruah & Harga Diri Ku , Outdoor, Motivasi dan Pelbagai !!!

Anjuran : Kelab Remaja JIM

Maklumat lanjut hubungi :
Puan Jawiyah 012-3279161
Sdr Muhannad Hj Jamil 017-6149192

11/27/06

Kuil Hindu Lebih Hebat Dari Masjid Di Terengganu

Umat Islam di negara ini harus mengelakkan budaya mengharap atau menyerahkan kepada kerajaan untuk membina masjid atau surau di tempat mereka, serta untuk membuat aktiviti di masjid.

Masyarakat setempat haruslah berusaha sendiri membina masjid dan surau, serta menghidupkan aktiviti masjid serta surau. Jika tidak lihatlah apa yang berlaku di Malaysia sekarang ini, masjid berjuta-juta ringgit tetapi jemaahnya 3-4 orang.

Masjid makin lama makin mati, kuil makin lama makin hidup. Bukan salah orang Hindu , tetapi salah orang Islam sendiri. Gejala murtad bukan salah agama lain, tetapi salah orang Islam sendiri.

Akhbar The Star 27 Nov 2006 melaporkan Kuil Sri Maha Mariamman di Kemaman, Terengganu telah mendapat sumbangan RM 170,000 dari orang ramai dari Angola, Afrika Selatan, Perancis dan Indonesia apabila mereka merayu sumbangan untuk satu majlis di kuil berkenaan dalam tempoh yang singkat melalui internet sahaja. Kuil Mariamman adalah kuil yang terbesar di Terengganu.

***********************************************
Temple funds from as far as Angola, South Africa

KEMAMAN: Funds for the Sri Maha Mariamman consecration ceremony came from as far as Angola, South Africa, France and neighbouring Indonesia.

Temple committee chairman R. Marimuthu said the RM170,000 needed for the ceremony was collected within a short period of time when an advisory was placed on the Internet.

“The majority who responded with funds were those who had worked in the petroleum industry here,” he said when met during the ceremony on Friday.

Some 1,500 devotees from Kuala Lumpur, Kuantan and Johor witnessed the ceremony, which is held once every 12 years.

Five days of prayers were held culminating in Friday's consecration ceremony.

He said priests from Malaysia and overseas conducted the prayers in accordance with Hindu rites.

The temple is the biggest and grandest of four Hindu places of worship in Terengganu.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2006/11/27/nation/16142275&sec=nation

11/25/06

Siri Ceramah di NS Disember 06

AHAD 26 November 2006
Jam 9 malam
Penceramah : Us Akhil Hayy, Sdr Mazlan Aliman, Sdr Shamsul Iskandar
Tempat : Markas PAS Cawangan Kg Paya, Renggoh, Johol

KHAMIS 30 November 2006
Jam 9 malam
Penceramah : Tn Hj Mohamad Sabu
Tempat : Felda Sg Lui, Jelebu (Rumah En Jaafar Pontel)

JUMAAT 1 Disember 2006
Jam 7.30 mlm, Selepas Solat Maghrib
Penceramah : Us Ghazali Hasbullah
Tempat : Surau Al Mustofa (Surau Hitam), Kg Gedung Lalang Lama, Ampangan, Seremban

SELASA 5 Disember 2006
Jam 9 malam
Penceramah : Dato Dr Harun Din , Dr Badrul Amin Baharon
Tempat : Markas PAS Cawangan Ampangan (sebelah Surau Hitam)
Maklumat lanjut hubungi Cikgu Hasan 013-3426346

11/21/06

Tragedi di Ampang, Cina Bela Melayu

Tragedi Kampung Berembang Ampang
http://www.umno-reform.com/ 12 Nov 2006
Norhasliana Bt Osman, dimasukan ke wad ICU kerana dipukul oleh FRU, beberapa orang ditahan dan diberitakan antaranya adalah, 15 anak muda berbangsa Cina , 6 Melayu dan 1 berbangsa India kerana memperjuangkan isu kemanusiaan untuk 80 keluarga Melayu. Semua insiden ini berlaku dalam bulan syawal sewaktu anak - anak sedang khusyuk mahu menduduki peperiksaan, Kg Beremban Ampang - kawasan Azman Wahid wakil rakyat Bukit Antarabangsa, menantu kepada Datuk Mufti Shuib Ketua Bahagian Ampang menutup kedua - dua belah mata atas kesengsaraan yang ditimpa mereka. Rasanya baru seketika Datuk Mufti Shuib berapi - api memperjuangkan Melayu dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 - isu semangat Melayu kelas 3 dan berbagai lagi isu mengenai perjuangan Melayu, akhirnya MELAYU ITU JUGA JADI MANGSA. Gambar ini adalah antara beberapa gambar yang akan kami paparkan kelak bagi menunjukkan erti perjuangan Melayu yang dipertunjukkan - dilakunkan - digambarkan sewaktu persidangan Agung UMNO 2006.

Dimana perjuangan itu? Apa maksud keris terhunus dan apa erti kita membicarakan perjuangan Melayu itu. Mereka tidak berada - mereka salah kerana hidup merempat - mereka mahukan yang terbaik dan mereka mahukan pembelaan. Adakah tidak ada cara lain selain dari menyiksa mereka - tidak sempatkah untuk berunding mencari jalan bagi menyelesaikan masalah ini. Adakah mereka pengemis yang tidak perlu dilihat - tidak perlu difikirkan. Sekali lagi MPAJ ( Majlis Perbandaran Ampang Jaya ) menjadi "hero" pada kontraktor - kontraktor , pemaju dan hamba kepada orang yang berkuasa dan TIDAK PADA RAKYAT MELAYU !

Tidurlah, buaikan mimpi melihat negara ini aman sejahtera, pemimpin peka masalah rakyat, pemimpin sedar kesengsaraan rakyat dan kirimkan salam kepada anak - anak Cina yang bangkit mempertahankan 80 keluarga Melayu sedang kepimpinan Melayu sebok memperjuangkan Melayu dalam Dewan PWTC dengan laungan HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU !

Tragedi di Ampang, Cina Bela Melayu

Tragedi Kampung Berembang Ampang
http://www.umno-reform.com/ 12 Nov 2006
Norhasliana Bt Osman, dimasukan ke wad ICU kerana dipukul oleh FRU, beberapa orang ditahan dan diberitakan antaranya adalah, 15 anak muda berbangsa Cina , 6 Melayu dan 1 berbangsa India kerana memperjuangkan isu kemanusiaan untuk 80 keluarga Melayu. Semua insiden ini berlaku dalam bulan syawal sewaktu anak - anak sedang khusyuk mahu menduduki peperiksaan, Kg Beremban Ampang - kawasan Azman Wahid wakil rakyat Bukit Antarabangsa, menantu kepada Datuk Mufti Shuib Ketua Bahagian Ampang menutup kedua - dua belah mata atas kesengsaraan yang ditimpa mereka. Rasanya baru seketika Datuk Mufti Shuib berapi - api memperjuangkan Melayu dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 - isu semangat Melayu kelas 3 dan berbagai lagi isu mengenai perjuangan Melayu, akhirnya MELAYU ITU JUGA JADI MANGSA. Gambar ini adalah antara beberapa gambar yang akan kami paparkan kelak bagi menunjukkan erti perjuangan Melayu yang dipertunjukkan - dilakunkan - digambarkan sewaktu persidangan Agung UMNO 2006.

Dimana perjuangan itu? Apa maksud keris terhunus dan apa erti kita membicarakan perjuangan Melayu itu. Mereka tidak berada - mereka salah kerana hidup merempat - mereka mahukan yang terbaik dan mereka mahukan pembelaan. Adakah tidak ada cara lain selain dari menyiksa mereka - tidak sempatkah untuk berunding mencari jalan bagi menyelesaikan masalah ini. Adakah mereka pengemis yang tidak perlu dilihat - tidak perlu difikirkan. Sekali lagi MPAJ ( Majlis Perbandaran Ampang Jaya ) menjadi "hero" pada kontraktor - kontraktor , pemaju dan hamba kepada orang yang berkuasa dan TIDAK PADA RAKYAT MELAYU !

Tidurlah, buaikan mimpi melihat negara ini aman sejahtera, pemimpin peka masalah rakyat, pemimpin sedar kesengsaraan rakyat dan kirimkan salam kepada anak - anak Cina yang bangkit mempertahankan 80 keluarga Melayu sedang kepimpinan Melayu sebok memperjuangkan Melayu dalam Dewan PWTC dengan laungan HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU !

11/20/06

Pusat Pendidikan Islam An-Nuur Hangus Terbakar

Pusat Pendidikan Islam An-Nuur, atau lebih dikenali dengan nama Pondok An-Nuur telah ditimpa musibah kebakaran pada 17.11.2006 (Jumaat) jam 1.15 ptg. Ketika kejadian pelajar-pelajar lelaki sedang menunaikan solat Jumaat di Masjid Jaami' Kg Kuala Penor, Kuantan, Pahang.

Bangunan yang terbabit ialah, bangunan asrama lelaki, kantin lelaki, pejabat pentadbiran, bilik kelas dan bilik kediaman guru-guru bujang. Kerugian keseluruhan dianggarkan sekitar RM 400,000.00.

Muslimin dan muslimat diharapkan dapat menghulurkan bantuan segera, khususnya untuk membangunkan semula bangunan-bangunan yang musnah dalam kejadian tersebut, bagi kegunaan pelajar-pelajar pada tahun hadapan.

Sumbangan boleh disalurkan melalui Akaun Pondok An-Nuur atas nama "Pondok An-Nuur" (BIMB) 9010021868-01.

Rebutlah peluang ini untuk anda membantu anak-anak Islam meneruskan pengajian mereka. Kebajikan tersebut adalah amal jaariah anda untuk bekalan di negeri yang kekal abadi.

Muslimin dan muslimat yang berhasrat membangunkan seluruh bangunan asrama akan kami namakan asrama tersebut dengan nama anda atau ibu-bapa anda yang telah meninggal sebagai tanda amal jaariah anda yang berpanjangan. InsyAllah.

Yang benar
Ustaz Mokhtar bin Senik
Pengerusi pentadbiran An-Nuur & Atiq
( Akademi Tahfiz dan Ilmu-ilmu Al-Quraan).

Untuk maklumat lanjut dan pengesahan sila hubungi Us. Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi , Tel : 019 916 8182 , e-mel tantawi22002@yahoo.com

Ibadah Korban 1427H PAS N.Sembilan

Assalamualaikum,

Kepada mereka yang ingin menyertai Ibadah Korban 1427 H anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan sila hubungi Sdr Zulkefly Mohamed Omar, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan di talian 019-2818816.

Untuk satu bahagian korban ialah RM 300. Mereka yang ingin menempah lembu untuk ibadah korban juga boleh menghubungi Sdr Zulkefly.

Azhar Mansor digesa saman media Kristian terlebih dahulu

Saudara Rockybru menggesa supaya Dato Azhar Mansor dan pihak polis agar manyaman dan menyiasat terlebih dahulu media Kristian yang menyebarkan fitnah bahawa Dato Azhar Mansor telah masuk Kristian sebelum beliau menyaman dan menyuruh pihak polis menyiasat fitnah SMS beliau yang akan membaptiskan orang Melayu di Perak. JAKIM dan Dato Dr Abdullah Md Zin, apa komen anda ?

Dari Blog Rockybru : The Muslim Yachtsman http://rockybru.blogspot.com/2006/11/muslim-yachtsman.html
I'm a Muslim, mate. Finally, Azhar Mansor, the sailing hero of millions of Malaysians, has come out in the open to declare that he is STILL a Muslim. Depending on the outcome of police investigation, he may sue the sender of the SMS who claimed earlier this month that Azhar the Christian Convert was going to help baptize hundreds of Malay-Muslims at an Ipoh church.

But while he considers that suit, Azhar should start suing publications worldwide which had "made" him a Christian that he is not. This one here http://your.sydneyanglicans.net/southerncross/articles/muslim_women_who_share_a_secret_love/ , for example, was published way back in June and is still widely quoted and circulated. Because they were not immediately denied, such stories gained credence. And if not challenged now, such stories will become a gospel truth.

[click here to read the Bernama's "I Am A Muslim, says Azhar"; here for a most recent BBC piece on "Life as a secret Christian Convert"].

11/17/06

Khemah Ibadah MENTOR Disember 06

Super Mentoring Junior Camp
Tempat : Darul Miftah, As Saadah, Bukit Naga, Shah Alam
Tarikh : 2 – 6 Dis 2006 (Kumpulan Remaja Lelaki), 5 hari 4 malam
9 – 13 Dis 2006 (Kumpulan Remaja Perempuan), 5 hari 4 malam
Terbuka kepada remaja lelaki dan perempuan. Kategori A 9 – 12 tahun, Kategori B 13 – 16 tahun.
Yuran Cuma RM 220 (sebahagian akan disalurkan ke tabung anak yatim & miskin KHP)
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran hubungi :
Akademi Tarbawi
Us Izzudin 012-5859537, Us Saif 013-4922495, Us Abd Rahim 017-4753040, Sdr Razali 019-3338484, Cik Asiah 03-89433943
E-mel : akademi_tarbawi@yahoo.com

Pembayaran boleh melalui Akaun : BIMB 12029010049189

Kelebihan Program :
# Pembimbing & fasilitator berpengalaman
# Interaktif dan menyeronokkan
# Penekanan aspek penghayatan Islam sebagai cara hidup
# Konsep “Mentoring” dan “Usrah”
# Nota dan sijil untuk setiap peserta

Penasihat Program :
# Us Salleh Saad (Imam Masjid Putrajaya)
# Pen Prof Salleh Saad – UIAM
# Dr Hj Azizan Ahmad – Pakar Motivasi UKM
# Prof Madya Dr Asmawati Desa – Pakar Psikologi UKM

MODUL PROGRAM
1. Modul kenali diri dan membina matlamat
2. Modul Halaqah Quran/Iqrak – Bacaan & Kefahaman (Asas)
3. Modul Smart Solat – Teori, Praktikal dan Penghayatan
4. Modul Pemantapan Iman (Rukun Iman)
5. Modul Ukhuwwah dan Penanaman Nilai Murni
6. Modul Bina Akhlak & Sakhsiah
7. Modul Oh Ibu ! Oh Ayah !
8. Modul Ancaman Syaitan !
9. Modul Kemasyarakatan – Ziarah Rumah Orang Tua
10. Modul Outdoor – Jungle Trekking, Obstacle, Kemahiran Hidup
11. Modul Pengurusan Diri – Self Development
12. Modul JATUH CINTA …. ILMU
13. Motivasi & Spiritual Journey

11/16/06

Ibadah Qurban 1427 H Untuk Mustad’afin Sabah & Sarawak

Yayasan Amal Malaysia mempelawa kepada muslimin sertamuslimat menyertai ibadah Qurban & Aqiqah 1427 H untuk golongan mustad'afin di seluruh Malaysia, khususnya masyarakat Islam di Sabah dan Sarawak.

Bayaran untuk satu bahagian Qurban atau Aqiqah ialah RM 350.00. Untuk bahagian Qurban konsep pembahagian daging mentah akan dilaksanakan. Manakala bahagian yang diniatkan aqiqah akan dibuat masakan untuk jemaah masjid atau kampung yang terlibat.

InsyaAllah kami akan menyampaikan korban & aqiqah tuan/puan kepada mereka yang memerlukannya sebagaimana dihajati. Kami juga berpengalaman mengendali program seumpama ini di Aceh, Kemboja, Pakistan dan lain-lain tempat. Sasaran program kali ini ialah 1000 keluarga dengan agihan 4 kilogram untuk setiap keluarga

Nabi s.a.w juga telah bersabda yang bermaksud: "Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu bahagiakan dirimu dengannya." (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)

Untuk maklumat lanjut sila hubungi wakil kami:

Dr. Rani 019-3951222 Ust Misbah 019-5557628 (Perak) Haji Azmi 019-2568820 (Sel) Ust Bob 013-9354843 (Tganu) Johari 019-9844767 (Pahang) Halim 019-5232961 (Penang) Kamis 012-4779100 (Perlis) Rahman 017-3817040 (Wilayah) Ust Nordin 013-3295079 (melaka) Sufian 013-3589328 (Negeri 9) Hj Rafi 019-7571316 (Johor) Abd Azeez 012-8817955 (Sarawak) Hj Khairan 012-8272417 (Sabah)

Pembayaran boleh dibuat melaui Akaun AMAL : 553010122090 (Maybank Malaysia Berhad) kemudian sms @ email ke alamat berikut :

YAYASAN AMAL MALAYSIA (AMAL)
AMAL FOUNDATION OF MALAYSIA
PEJABAT HUBUNGAN LUAR:
133-3A JALAN SBC TAMAN SRI BATU CAVES 68100 BATU CAVES
TEL & FAX: +603-61874382

Web: www.amalmalaysia.net Email: info@amal.malaysia.net

BORANG PENYERTAAN

Nama :
Alamat :
Tel / E-mail :
Nama peserta korban/aqiqah :
LAFAZ AKAD
"Bismillahirrahmanirrahim"
Saya dengan ini mewakilkan ...........................................untuk menyempurnakan ibadah Qurban/Aqiqah bagi ..................../dan nama di atas bagi tahun 1427 Hijrah kerana Allah Taala.

.....................................
Tandatangan peserta/wakil


LAFAZ PENERIMA AMANAH

Saya .................................................mewakili YAYASAN AMAL MALAYSIA dengan ini menerima amanah untuk mengurus dan menyempurnakan ibadah Qurban/aqiqah untuk beliau/ahli keluarga/peserta qurban berkenaan seperti nama di atas bagi tahun 1427H kerana Allah Taala dan menerima cek/wang tunai bernilai/sebanyak RM................ dari beliau untuk tujuan diatas dan sekiranya ada wang lebihan dari bayaran tersebut ianya akan digunakan untuk tujuan kebaikan ummah.

FIESTA Kerja Kosong Nisa Terengganu 24 Nov

Nisa' Terengganu akan mengadakan program MEH CARI KERJA.
Maklumat adalah seperti berikut:

Tarikh : 24 November 2006 (Jumaat)
Masa : 9 Pagi- 5 Petang
Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1, Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu, (depan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu)

Sila bawa bersama :
- Salinan kad pengenalan
- Gambar berukuran pasport
- Salinan resume (berbentuk cetakan dan soft-copy)
- Salinan transkrip/sijil kelulusan
- Berpakaian kemas

Antara jawatan yang ditawarkan:
- Pengurus
- Guru taska/tadika
- Kerani
- Eksekutif zakat
- Perekabentuk grafik
- Pembantu am
- Programmer
- dan sebagainya

Terdapat lebih 200 kekosongan jawatan untuk lepasan SPM hinggalah ke usia 50 tahun,
dan meliputi negeri Terengganu & Kelantan

Sebarang masalah, boleh rujuk pada :
09-688 5699 (Pejabat Nisa' Terengganu) e-mel : nasikerabupetro@yahoo.com

Konvensyen Kebebasan Beragama 29 Nov UIA

KONVENSYEN KEBEBASAN BERAGAMA & ISU MURTAD : KEARAH PENYELASIAN YANG PRAKTIKAL

TARIKH : 29 -30 November 2006
MASA : 9.00 pg - 5.00 ptg

TEMPAT
Mahkamah Mut , Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

PENGANJUR
Jabatan Undang-undang Islam
Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, UIAM &
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)

AHLI PANEL :
DATO’ HAJI MOHD. ZAWAWI SALLEH (Ketua Bahagian Penasihat, Jabatan Peguam Negara)
Y.BHG. SAHIBUS SAMAHAH DATUK SERI HJ. HARUSSANI ZAKARIA
(Mufti Kerajaan Negeri Perak)
PROF. DR. ABD AZIZ BARI (Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, UIAM)
DATO‘ HAJI MOHD MURTADZA HJ. AHMAD(Mufti Negeri Sembilan)
Y.BHG. DATO’ FAIZA THAMBY CHIK (Bekas Hakim Mahkamah Tinggi)
Y.BHG. PROF DATUK DR. ABDUL MUNIR YAACOB (Jabatan Syariah dan Undang-undang, UM)
DR. HJ. HASSAN AB. RAHMAN (Jabatan Peguam Negara)
PROF. MADYA DR. NAJIBAH MOHD ZIN (Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, UIAM)
DR. ZULKIFLY MUDA (Pen. Prof. Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, UIAM)

Untuk Maklumat Lanjut Hubungi :
Pn Suzana Yaacob 03-61964200
Dr Mohd Asmadi Abdullah 03-61964267
Cik Artini Ariffin 03-61964250 ext 3209

Yuran Penyertaan
RM 150 (Institusi)
RM 100 (Awam)

Tarikh tutup : 27 November 2006

Seminar Ancaman Zionis 25 Nov Kepala Batas

SEMINAR ANCAMAN PROTOKOL ZIONIS & PEMIKIRAN ISLAM LIBERAL
TERHADAP UMAT ISLAM DI MALAYSIA

Tarikh: 25 November 2006 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi - 01.00 tgh
Tempat: Dewan Melinium, Kepala Batas, P.Pinang.

Penceramah:
1. Ustaz Mohd Darus Senawi Ali - Naib Presiden HALUAN
2. Pen. Prof. Dr. Ugi Suharto - Pensyarah UIAM

- Kemasukan Percuma

Keterangan lanjut: Sdr. Rozaini: 019-4565524 (SUA Haluan P.Pinang)

Program Anjuran Pejabat Mufti P.Pinang dah HALUAN Malaysia.

Muslimin muslimat dijemput hadir.

Program Tahfiz Al Azhar anjuran TERAS 2007

Program Tahfiz Al Azhar, Mesir dengan kerjasama TERAS Pengupayaan Melayu

Kemasukan Disember 2006
Terbuka kepada pelajar lelaki dan perempuan umur 9 – 15 tahun
Tempoh pengajian 2 hingga 3 tahun, Sijil dari Al Azhar
Tambang dan pendaftaran RM 2960
Bulanan RM 380
Maklumat lanjut hubungi Ustaz Idris +20161296100

http://www.terasmelayu.net/

11/13/06

Beribu Pemuda Umno Johor Sertai KeAdilan !!!

Dari Laman Web Datuk Ruhani Ahmad http://kuda-kepang.blogspot.com/2006/11/berubahlah-sang-pemimpin-kata-pemuda.html

Berubahlah Sang Pemimpin Kata Pemuda Dari Johor….

Di bawah ini saya paparkan pula cetusan Rz, anak seorang Ketua UMNO Bahagian di Johor.

Rz: Saya harap YABhg Tun Dr. Mahathir Muhamad dilimpahkan rahmat supaya cepat sembuh.

Izinkan saya menyentuh komen suadara Hd. Saya tidak terkejut dengan kenyataan dan komen Saudara kerana dalam minggu ini saja telah beratus pemuda UMNO cawangan di kampung saya sudahpun meninggalkan parti keramat dan menyertai parti keAdilan.

Tidak dinafikan telah mencapai ribuan pemuda UMNO aktif di kampung-kampung secara senyap telah meninggalkan parti UMNO.

Saya berani memberikan kenyataan ini kerana di kampung saya telah banyak pemuda UMNO tanpa segan meludah ke tanah bila mendengar nama parti UMNO.

Saya amat kesal dan merasa amat sedih bila warga-warga tua juga turut telah mengatakan mereka telah meninggalkan parti kerana merasa bosan dengan kepimpinan sekarang yang lebih utamakan menantunya dan menghina bekas Presiden YABhg Tun.

Saya akui di kampung saya kini UMNO tidak sehebat dahulu dan kemungkinan pilihanraya akan datang menjanjikan kemenangan besar pada parti keAdilan atau pun PAS.

Harapan saya agar pemimpin-pemimpin atasan berubah sikap dan renungkan apa akan terjadi pada pilihanraya akan datang ini.

Saya yakin dan percaya ramai masyarakat kampung saya tidak akan memberikan undi kepada BN jika mereka tetap menghina YABhg Tun dan menyokong tanpa erti pada Presiden yang hanya mendengar kata nasihat menantunya saja.

Akhir kata, saya mohon maaf seandainya terkasar bahasa dan ada menyinggung perasaan sesiapa. - Dari Rz, anak bekas Ketua UMNO Bahagian dari Johor Darul Takzim. - 10:28 PM

Sekali lagi, saya harap UMNO Malaysia akan memandang serius cetusan di atas. Ini kerana ianya bukan fitnah dan bukannya dakyah. Ianya adalah kenyataan semasa.

Selanjutnya, saya ucapkan terima kasih kepada Rz. Ya. Saya dah baca nota khusus Saudara kepada saya. Sewaktu Parit Raja di serang Parti IWAK atau Parti IKAN pada 1988, memang banyak kenangan manis dan pahit yang saya perolehi.

Satu kenangan pahit ialah saya nyaris disimbah asid oleh kumpulan IWAK. Keduanya, saya nyaris dipukul oleh sekumpulan komando IWAK. Tapi tak apa. Semuanya demi UMNO!

Pasal budak tu (yalah.. BUDAK TU) biarkanlkah!!! Apa yang saya harap, Rz pujuk-pujuklah kawan-kawan dan sahabat-sahabat kita yang tengah marah dan terbakar hati akibat kepimpinan mutakhir.

Pantang anak Johor cepat mengaku kalah. Kita perlu betulkan jemaah perjuangan kita dari dalam. Jadi, kita ambillah iktibar daripada perjuangan kita menghancurkan IWAK di Parit Raja. Bersatu teguh, bercerai roboh. Biar putih tulang, jangan putih mata. Patah saya bertongkat paruh, namun tetap terbang jua! Salam takzim dan salam perjuangan daripada saya. – Ruhanie Ahmad

Terbaru ! Pensil lambang salib untuk anak-anak kita

Ini produk terbaru yang boleh merosakkan akidah anak-anak kita. Pensil yang berbentuk salib dengan ukiran manusia disalib dalam pelbagai warna yang menarik. Menarik dan bertujuan untuk digantung pada leher anak-anak kita.

Jika ibu bapa terjumpa pensil ini dipasaran sila buat laporan ke Jabatan Agama Islam, polis, persatuan pengguna Islam, kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan pihak media.

Bersama kita menjaga akidah anak-anak kita

Sumber dari : http://www.tranungkite.net/v3/modules.php?name=News&file=article&sid=2104

11/10/06

Jangan sisihkan orang yang murtad

Utusan Malaysia 10 Nov 2006. Bersama: MOHD. FARID RAVI ABDULLAH
SOALAN : Jika seorang Muslim murtad, adakah kita harus menjauhkan diri kita daripada orang-orang seperti mereka. Jika orang yang murtad itu adalah abang atau kakak kandung kita sendiri, adakah kita akan dimasukkan neraka kerana masih bergaul dan menganggap diri mereka seperti kakak atau abang? Bagaimana pula jika orang itu yang beragama lain memeluk Islam. Haruskah dia memutuskan hubungan mereka dengan keluarga kandung mereka sendiri?

JAWAPAN:
Agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w penuh dengan kasih sayang dan toleransi. Setelah baginda dilantik menjadi Rasul terakhir, baginda menghabiskan usia selama 23 tahun untuk mengajak orang kepada Islam.

Baginda tidak mengenal penat lelah dalam mengajak manusia kepada Islam. Masyarakat yang menjadi sasaran dakwah baginda mempunyai pelbagai perangai, kadang-kadang baginda berhadapan dengan ancaman nyawa.

Namun baginda tidak berhenti mengajak mereka kepada Allah. Justeru, tidak sepatutnya kita menjauhkan diri daripada mereka yang murtad, ini kerana mereka adalah mad’u (orang yang menjadi sasaran) kita. Justeru kita bertanggungjawab mengajak mereka kembali kepada agama Islam. Usaha kita mesti disertakan dengan pengharapan yang tinggi serta penyerahan kepada Allah s.w.t serta diiringi dengan doa yang tidak putus-putus supaya Allah kembalikan mereka kepada Islam.

Yakinlah dengan Allah, kerana Allah sahaja yang mampu memberi hidayah kepada manusia. Lebih-lebih lagi jika yang murtad itu adik-beradik kandung, sudah semestinya kita tidak sanggup melihat mereka berpaling dari agama Islam yang suci ini.

Isu orang murtad bukan sesuatu yang baru dalam dunia perkembangan Islam kerana di zaman Rasulullah s.a.w ada yang murtad. Pada zaman khalifah Abu Bakar pun ada yang murtad. Hukuman orang murtad jelas iaitu bunuh, tetapi berapa ramai yang dibunuh kerana murtad di zaman Rasulullah dan zaman para sahabat?

Kebanyakan yang murtad pada zaman itu adalah golongan yang tidak sempurna imannya. Apa kurangnya zaman kita ini? Adakah semua yang bergelar muslim itu sempurna imannya? Jadi punca orang keluar islam ialah nipisnya iman serta keyakinan kepada Allah s.w.t sebagai tuhan yang berhak disembah.

Kerja agama yang paling utama dilakukan oleh Rasulullah ialah mengajak orang kepada Islam. Sebaliknya, kita sudahlah tidak mengajak orang kepada Islam, malah bertindak menjauhkan diri daripada orang-orang yang perlukan bimbingan.

Berceramah di masjid senang tetapi dakwah secara perseorangan cukup sukar, perlukan kekuatan dan keinginan yang tinggi. Lebih-lebih lagi menghadapi orang yang murtad.

Orang yang paling hampir kepada seseorang ialah adik-beradiknya, maka adik-beradiklah yang lebih utama memainkan peranan mengembalikan mereka kepada Islam.

Ustaz tidak menafikan hukuman yang telah ditetapkan dalam kanun syariah, tetapi ingin mengajak masyarakat supaya menangani isu murtad dengan dengan lebih berhemah lagi melalui dakwah, kaunseling, ziarah. Pandangan fuqaha’ juga menyarankan orang murtad itu diberi tempoh untuk kembali ke pangkuan agama Islam.

Adapun menjauhkan diri daripada mereka akan memburukkan lagi keadaan dan ada pihak lain yang akan mengambil kesempatan. Dari sudut pergaulan tidaklah salah, kerana hubungan adik-beradik seperti air, tidak akan putus biarpun dicincang. Persoalan mengenai adakah apabila bergaul dengan mereka akan membawa kita ke neraka? Jawapannya tidak.

Ini dijelas dalam firman Allah: Barang siapa yang berbuat sesuai dengan hidayah (Allah), Maka Sesungguhnya dia berbuat itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri; dan barang siapa yang sesat maka sesungguhnya dia tersesat bagi (kerugian) dirinya sendiri. Dan seorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain, dan kami tidak akan mengazab sebelum kami mengutus seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah. (al-Isra’: 15).

Apabila seseorang itu menganut agama Islam, tidak harus dia memutuskan perhubungan dengan keluarganya asalnya yang bukan beragama Islam. Malahan hendaklah dia menjaga perhubungan kekeluargaan.

Sikap yang demikian akan menjadikan seseorang yang menganut Islam lebih dihormati dengan pilihannya. Sekurang-kurangnya dapat meneutralkan pandangan keluarga mengenai agama Islam.

Sedangkan sebelum ini ada yang berpendapat apabila seseorang itu menganut agama Islam maka terputuslah hubungan kekeluargaan, sampai ada yang kata ziarah pun tidak boleh.

Dalam masalah ini kita lihat bagaimana sikap Nabi Muhammad s.a.w dengan datuknya, pakcik-pakciknya serta saudara-saudaranya yang lain yang bukan beragama islam.

Walaupun kebanyakan mereka tidak beragama Islam, Rasulullah tetap menziarahi mereka, mendekati mereka. Apa matlamat Rasulullah berbuat demikian? Bukankah tujuan baginda untuk memperlihatkan kepada keluarga baginda akan sikap toleransi dalam Islam dan sifat kasih sayang dalam Islam?

Akhirnya ada yang menerima Islam seperti Abu Sufyan dan Hamzah. Lebih hebat lagi pada tahun Rasulullah membuka kota Mekah, berduyun-duyun penduduk Mekah menganut agama Islam.

Mengambil diri saya sebagai contoh, budi pekerti yang saya tunjukkan kepada keluarga menyebabkan ibu dan abang saya menganut Islam.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=1110&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

11/7/06

Peminjam 'along' di Muar diancam murtad

(Jangan harapkan kerajaan, ahli korporat atau Majlis Agama semata-mata membantu mereka ini, kita umat Islam semua harus bangkit membantu orang sekeliling kita secara individu, melalui AJK Masjid/Surau, melalui parti politik, melalui Persatuan/NGO dan sebagainya. Kami sudah mula melakukan usaha ini, anda bagaimana ?)

Oleh Salman Hussin MUAR, 7 Nov (Hrkh) - Kira-kira 300 hingga 400 peniaga Islam di sekitar Muar dikhuatiri terpengaruh dengan tawaran pihak tertentu yang bertujuan untuk memesongkan akidah mereka.

Pihak tersebut menawarkan secara percuma bantuan kewangan sehingga RM 50,000 kepada peniaga Islam yang gagal membayar hutang Tai Long atau along dengan syarat mereka perlu mengisi borang yang disediakan pihak berkenaan.

Kebanyakan peniaga terbabit berhutang dengan along sekitar RM15,000, bagaimana pun disebabkan kadar faedah yang tinggi iaitu 15 hingga 30 peratus yang dikenakan secara harian menyebabkan hutang mereka meningkat secara mendadak sehingga mencecah RM 50,000 dalam masa beberapa bulan sahaja.

"Kita percaya pihak-pihak tertentu yang cuba merosakkan akidah umat Islam ini mempunyai hubungan dengan along, kalau tidak macam mana mereka boleh mengesan peminjam yang gagal membayar hutang along ini," kata wakil peniaga terbabit yang ditemui Harakah, baru-baru ini.

Beliau yang enggan identitinya didedahkan seterusnya memberitahu, ”Walaupun pihak terbabit tidak memaksa kami menukar agama kepada Kristian tetapi lambing salib pada borang berkenaan telah menimbulkan keraguan kami”.

“Sekiranya kami menerima tawaran ini dan mengisi borang tersebut maka dikhuatiri akidah kami akan rosak, inilah perancangan halus yang dilakukan pihak-pihak tertentu dalam usaha untuk merosakkan akidah umat Islam”.

“Bagi mereka tidak perlu seseorang Islam itu menukar agama atau nama mereka secara rasmi sebaliknya memadai dengan merosakkan akidah mereka terlebih dahulu, sebab apabila akidah sudah rosak maka mudahlah bagi mereka menjalankan agenda seterusnya,” jelasnya lagi.

Menurut sumber itu lagi, mereka merasa sangat kesal dengan sikap pihak-pihak tertentu seperti wakil rakyat, KWSP, Persatuan Peniaga-Peniaga Melayu Muar dan juga Baitulmal yang gagal membantu menyelesaikan masalah mereka.

“Apa yang berlaku ini bukan sekadar masalah hutang semata-mata tetapi ianya melibatkan soal akidah umat Islam, jika pihak terbabit gagal memberi bantuan dikhuatiri ada kalangan peniaga yang hilang pertimbangan dan mencari jalan mudah walaupun terpaksa menggadaikan akidah mereka”.

“Kami meminjam dengan along pun bukan kerana suka-suka tetapi disebabkan kelembapan ekonomi yang menyebabkan perniagaan kami merosot, nak pinjam dengan institusi kewangan kerajaan atau swasta pun susah sebab itu kami terpaksa meminjam dengan along.

Bagaimana pun menurut sumber itu lagi, setakat ini belum ada seorang pun peniaga Islam di Muar yang dikesan menerima tawaran ini sebaliknya sumber-sumber tertentu mendakwa terdapat kira-kira 1,000 permohonan umat Islam di daerah ini menukar agama bertujuan untuk berkahwin dengan penganut agama lain.

Sehubungan itu beliau merayu usahawan dan jutawan Islam memberi bantuan bagi menyelamatkan akidah peniaga daripada ancaman along dan juga pihak yang berusaha untuk merosakkan akidah golongan peniaga Islam di Muar ini.

http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=5081&Itemid=29

11/6/06

Jihad Melawan Rasuah di Malaysia 12 Nov 06

SIRI 1 - WACANA RASUAH & SALAHGUNA KUASA

Jawatankuasa Siyasah Syar'iyyah & Keadilan Sosial dengan kerjasama Sekretariat Ulama dan Jawatankuasa Undang-undang Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) akan menganjurkan Siri Wacana Pentadbiran Soleh & Keadilan Sosial bermula dengan Siri 1 seperti berikut:

SIRI 1 WACANA: RASUAH & SALAHGUNA KUASA:
Meninjau dari Perspektif Syariah

AHAD 12 November 2006
9 pagi - 1.00 tengahari
Di PUSAT KOMUNITI JIM

Ahli Panel:
Sdr Ezam Mohd Noor
Pengerusi Gerakan Demokrasi dan Anti-Korupsi (GERAK)

Prof Hj Abd Ghani Ujang
Ahli Korporat dan Bekas Akademia UiTM (AJK JIM Petaling)
Ustaz dalam bidang Syariah (dalam pengesahan)

Yang patut hadir:
Ahli-ahli JIM dari kalangan sektor kerajaan
Ahli-ahli JIM dari kalangan sektor korporat
Ahli-ahli JIM yang terkesan dengan prosidur dan proses elemen rasuah dan salahguna kuasa
Ahli-ahli JIM yang prihatin dengan kemungkaran gejala rasuah
Golongan ilmuan dan sarjana dalam bidang 'good governance'
Golongan ulama & azatisah yang peka dan proaktif dalam menangani gejala rasuah ke arah mesra syariah

Untuk keterangan lanjut sila hubungi
Sdr Muhammad Zulkarnain Hamzah di 019-2800608

Wanita Melayu Gadai Barang Kemas Bantu Rakyat Palestin

Baru-baru ini saya menerima RM 1,000 dari seorang muslimat. Dia kata dia gadaikan barang kemasnya di Ar Rahnu. Tujuannya adalah untuk membantu umat Islam di Palestin yang kebuluran, dibunuh setiap hari seperti binatang oleh pengganas nombor satu dunia rejim zionis israel yang disokong amerika syarikat. Saya serahkan wang tersebut kepada salah satu NGO yang berdaftar di Malaysia yang terlibat secara langsung membantu pelarian Palestin.

Saya menyeru kepada semua umat Islam di Malaysia ini , agar berkorban apa yang ada untuk membantu umat Islam di Palestin. Kalau dah habis semua wang simpanan dan harta barulah kita berdoa dan berserah pada Allah.

Hari-hari kita mendapat berita kes ragut, kes rompakan, pecah rumah, dimana banyak barang kemas dicuri. Alangkah baiknya barang kemas yang tidak dipakai, wang simpanan yang menjadi rebutan anak cucu, diberikan untuk membantu rakyat Palestin dari dibiarkan diragut, dicuri dan dirompak.

Mereka yang ingin membantu rakyat Palestin pilihlah mana-mana persatuan yang banyak terdapat di Malaysia ini Aman Palestin, JIM, ABIM, AMAN Malaysia, Yayasan Amal dan banyak lagi.

MALAM AMAL PALESTIN anjuran RICOI
JAMUAN MAKAN MALAM dan Ceramah olih Dr. Chandra Muzaffar - "WHAT HOPE PALESTINE?"
BERSAMA KITA BANTU RAKYAT PALESTIN

1 Disember, 2006
Dewan Al Malik Faisal, UIA (Pusat Matrikulasi), Jalan Universiti, Petaling Jaya.

Sila hubungi Urusetia RICOI:
Talipon: 03-77273092(Pejabat)
H/P: 013-2284349(Anwar), 012-6986057(Adam), 013-375268(Norman),
019-3172160(Ustaz Muhammad), 019-3141400(Hafsah), 013-3595740(Sakina)

JOM BOIKOT, BAKAR MALAY MAIL, NST !!!

SEMAKIN KURANG AJAR EDITOR KUMPULAN NST DAN MALAY MAIL INI. TIDAK HORMAT LANGSUNG ORANG ISLAM DI MALAYSIA INI.

JOM SEMUA INDIVIDU DAN JABATAN KERAJAAN PAKAT BOIKOT DAN BAKAR NST DAN MALAY MAIL. PELAJAR MELAYU TAK JADI BODOH BAHASA INGGERIS KALAU TAK BACA NST DI SEKOLAH.

DAHLAH ISU KARTUN DENMARK HINA NABI MUHAMMAD SAW, NST NAK TAK NAK MINTA MAAF.

******************************************************
Laporan seks akhbar Malay Mail hangatkan konvensyen UMNO Wilayah Persekutuan
http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_b99d959f-3132372e-10a4a320-25e36a30

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkannya sebagai lucah semasa sidang media selepas berakhir Konvensyen UMNO Wilayah Persekutuan di Pusat Dagangan Dunia Putra petang Ahad.

Sebelum itu dalam ucapannya semasa menutup konvensyen itu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui beliau menerima banyak panggilan dari kalangan mereka yang tidak puas hati dan menyifatkannya melampaui batas.

UMNO Wilayah Persekutuan sendiri memasukan bab itu dalam salah satu resolusi konvensyen berkenaan.

Ini berkaitan laporan terperinci akhbar Malay Mail 4 November dan Weekend Mail 5 November mengenai perbincangan tentang amalan seks di kalangan rakyat Malaysia di bawah tajuk Let’s Talk About Sex.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Konvensyen UMNO Wilayah Persekutuan 2006, Datuk Kamarudin Ambok yang membaca semua resolusi konvensyen berkenaan berkata, penyiaran artikel seumpama itu boleh menyumbang kepada peningkatan rangsangan seks dan gejala sosial di kalangan remaja.

Najib telah mengulas panjang penyiaran laporan akhbar terbitan Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) itu.

“Ada macam-macam cerita dalam itu…orang tak tahu pun jadi tahu.Misalnya ada ada posisi ini, posisi itu…tapi cerita itu ada dalam akhbar itu.Ini bukan posisi dari segi main bola. Ini bukan the Middle East position …tidak Ini posisi tertentu yang dihuraikan secara agak terperinci.

‘‘Takkan …kalau hendak mencari keuntungan sekalipun takkanlah mengorbankan kepentingan orang ramai semata-mata nak cari keuntungan,.’’katanya.

Beliau menasihatkan media agar tidak mengeksploitasi unsur seks secara keterlaluan kerana ia akan menambah masalah dan penyakit sosial di kalangan masyarakat.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas usul UMNO Wilayah Persekutuan yang dalam konvensyennya menggesa media supaya menghormati etika dengan tidak menyiarkan berita-berita seks secara keterlaluan.

Majlis penutup konvensyen sehari itu dihadiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan Rafique dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Ketua Wanita UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil,Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Mohd Zin Mohamad dan Datuk Paduka Norza Zakaria,Ketua Puteri UMNO Datuk Noraini Ahmad,Penasihat Agama Perdana Menteri Datuk Abdul Hamid Othman serta para pemimpin UMNO Wilayah Persekutuan.

Semasa sidang akhbar Zulhasnan selepas konvensyen itu,Shahizat yang hadir sama juga memberitahu beliau turut menerima banyak SMS dan panggilan dari orangramai yang marah dengan laporan akhbar itu.

Katanya apa yang dikesalkan laporan itu dibuat oleh sebuah akhbar arus perdana.

Malah katanya, ini bukan kali pertama akhbar tersebut menyiarkan isu sensasi mengenai seks.

"Saya rasa amat malu dengan mereka. Apa yang mereka lakukan jelas merupakan perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan tidak beradab. Saya harap mereka berhenti berbuat demikian kerana ia akan menjadi satu daripada punca masalah sosial.

“Kami menerima banyak aduan berkaitan eksploitasi wanita oleh akhbar itu tetapi edisi semalam (Sabtu) semakin melampau dan ia perlu dihentikan serta-merta,’’ katanya.

Menurut Shahrizat isu sensitif seperti itu tidak sepatutnya dibincangkan secara terbuka kerana ia bertentangan dengan adab tempatan.

Resolusi konvensyen itu mengenainya berbunyi : “Konvensyen mendesak sekerasnya agar media menjaga tatasusila peradaban,adat dan sensitiviti agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Isu-isu atau gambar-gambar yang boleh memburukan kemuliaan agama Islam sebagai agama rasmi negara bercanggah dengan ketetapan prinsip Rukun Negara yang kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan yang dilancarkan pada tahun 1970 dihentikan penyiarannya.

Konvensyen secara spesifik ingin merujuk kepada penyiaran isu sensasi seks di akhbar perdana Weekend Mail 4 November 2006 telah memaparkan isu seks bebas secara terbuka.

Jesteru itu konvensyen ini mendesak supaya dihentijan secara serta merta penyiaran artikel seks murah dan eksploitasi wanita sebagai alat seks dalam usaha melariskan jualan sesebuah akhbar itu kerana ia boleh menyumbang kepada peningkatan ransangan seks dan gejala sosial di kalangan remaja.”

SMS untuk burukkan Mufti Perak, Azhar Mansor

(4 dan 5 Nov 2006 ramai umat Islam di Malaysia ini jadi bodoh kerana menyebarkan SMS yang tidak pasti kesahihannya tanpa usul periksa. Lain kali nak sebarkan SMS pastikan kesahihan, periksa dalam laman web yang sahih Harakah, JIM, ABIM dan sebagainya. Kalau nak bendung gejala murtad , mula dengan diri sendiri, hidupkan solat jemaah di masjid/surau/rumah, hidupkan makan jemaah. Jangan nak jadi juara isu murtad tapi solat jemaah di masjid, surau, rumah diabaikan)

Abang Azhar Mansor nafi adiknya murtad. Utusan Malaysia 5 Nov 2006.. – Azham Mansor, abang sulung kepada pelayar solo negara, Datuk Azhar Mansor, hari ini menafikan adiknya itu sudah murtad dan tinggal di Australia.

Ahli perniagaan berusia 56 tahun itu menegaskan, Azhar masih beragama Islam dan kini tinggal di Langkawi kerana menguruskan perniagaannya di sana.

Katanya, mesej Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan e-mel yang tersebar luas mengatakan Azhar sudah menganut agama Kristian serta membaptiskan ramai pelajar adalah fitnah dan tidak benar sama sekali.

‘‘Saya sebagai abang Azhar mahu menjelaskan bahawa SMS itu menipu dan tidak benar sama sekali. Setahu saya adik saya bekerja keras menjalankan perniagaan di Langkawi.

‘‘Saya pasti dan tahu Azhar seorang Islam. Saya minta tolonglah jangan ganggu dia lagi, sejak semalam saya cuba hubungi dia tapi tak dapat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Azham berkata, dia datang ke Gereja Lady of Lourdes di sini semata-mata mahu memastikan kesahihan SMS yang tersebar dan bersyukur kerana ia terbukti palsu.

Menurutnya, bapanya ada menghubungi Azhar dan dimaklumkan bahawa dia kini berada di Langkawi.

‘‘Kerajaan sepatutnya ambil tindakan terhadap penyebaran SMS ini dari awal kerana kerajaan lebih tahu apa yang patut dibuat. Mungkin saya akan jumpa Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria untuk berbincang dengannya.

‘‘SMS ini disebarkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Atas niat apa, itu saya tak tahu tetapi jelas dia nak burukkan nama mufti, Azhar, keluarga kami dan kita semua (umat Islam),” katanya yang dukacita dengan fitnah yang menimpa adiknya itu

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=1106&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm

Presiden Injil Nasional Mengaku Lakukan Seks Tidak Bermoral

Pastor Ted Haggard, Presiden Asosiasi Penginjilan Nasional yang mempunyai 30 juta pengikut Kristian dengan 14,000 geraja dibawahnya mengaku telah menipu pengikutnya dan telah melakukan sek yang tidak bermoral dalam pengakuannya pada 5 November 2006.
*************************************
Saying that he was a "deceiver and liar" who had given in to his dark side, the Rev. Ted Haggard confessed to sexual immorality Sunday in a letter read from the pulpit of the megachurch he founded.

The disgraced former president of the National Association of Evangelicals, which represents 30 million evangelical Christians, apologized and said "because of pride, I began deceiving those I love the most because I didn't want to hurt or disappoint them."

Haggard, 50, resigned last week as NAE president, where he held sway in Washington and condemned homosexuality, after a man claimed to have had drug-fueled homosexual trysts with him. Haggard also placed himself on administrative leave from the 14,000-member New Life Church, which he founded in the 1980s. Its independent Overseer Board fired him Saturday. http://news.yahoo.com/s/ap/20061106/ap_on_re_us/haggard_sex_allegations

Kegerakan ini mulai populer di tahun 1980 oleh Peter Wagner dan John Wimber, bisa disebut juga sebagai "Neo Charismatic atau Neo Apostolic". Wagner terkenal sebagai pakar pertumbuhan gereja dan merupakan koordinator A.D 2000 United Prayer Track dan Internatioanl Spiritual Warfare. Di tahun 1999 bersama George Otis dan Ted Haggard mendirikan World Prayer Center di Spring Colorado. Dia juga adalah dosen di Seminary Fuller. Sedangkan John Wimber (alm) adalah pemimpin Vineyard Christian Fellowship dan Vineyard Ministries International. Wimber pernah mengajar mata kuliah Sign & Wonder di Fuller Seminary http://www.gpdiworld.us/isi/others/sejarahgereja.htm

Pastor Ted Haggard, presiden Asosiasi Penginjilan Nasional sekaligus gembala New Life Church yang gerejanya dipakai untuk memutar film ‘The Passion of The Christ’ di depan 800 pendeta Kristen, berkata, “Kami sama sekali tidak meragukan. Kami telah menyaksikan film yang begitu akurat menggambarkan apa yang tertulis di dalam Alkitab. Selama 18 tahun saya menggembalakan New Life Church, sudah ada ratusan bahkan ribuan orang yang berdiri di mimbar sebagai pembicara. Tapi saya belum pernah melihat rasa takut dan hormat akan Tuhan, kerendahan hati dan perasaan berdosa yang begitu mendalam ada di atas mimbar seperti yang saya lihat ketika Mel Gibson berdiri di sana sebagai pembicara.” http://www.isaalmasih.com/Warta/Mar2004/GPIA-Warta_7Mar_The.htm

Seru Dato Hassan Din Saman Roti High 5 RM 100 Juta

Jom kita bantu dan seru Dato Hassan Din menyaman Roti High 5 RM 100 juta atau lebih kerana menggunakan gambar Dato Hassan Din untuk mempromosi Roti High. Jika Wardnia boleh saman Pasaraya Mydin hampir RM ½ juta kerana menggunakan gambarnya untuk mempromosi Mydin, kenapa tidak kita seru supaya Dato Hassan Din saman High 5 RM 100 juta, dan duit tersebut kita beri kepada pelarian Palestin yang kebuluran untuk beli roti.

Roti High-5 menggunakan Dato Hassan Din Sebagai bahan iklan
http://www.tranungkite.net/v3/modules.php?name=News&file=article&sid=2010

Saya terlihat gambar Dato Hassan Din serta kenyataan akhbar di sebelah roti HIGH-5, pada 4hb Novembar 2006, di shelf penjualan roti. Setelah penjualan roti HIGH-5, merudum dengan terok sekali.

Bukan niat saya untuk menimbulkan isu lama. Ini isu yang timbul setelah melihat gambar Dato pada shelf roti HIGH-5 pada tarikh ini (4hb November 2006), yakni baru semalam.

Saya tidak berniat untuk memburokan nama dan reputasi Dato Hassan Din. Tetapi saya percaya adalah perlu untuk Dato Hassan Din membuat sesuatu agar nama nya tidak di gunakan untuk mengelirukan masyarakat, terutama nya orang Islam.

Perlu di ingatkan, dalam isu roti HIGH-5, ini tidak timbul persoalan penggunaan minyak babi. Isu yang di persoalkan, juga isu yang menyebabkan arahan penutupan kilang ROTI HIGH-5, ialah keadaan kilang, kebersihan dan proses pembuatan roti yang kotor lagi menjijikan.

Tidak dapat di nafikan penjualan roti HIGH-5 telah terjejas dengan TEROK sekali. Tiap kali saya pergi beli roti, dapat dilihat akan roti HIGH-5, yang tidak di sentoh pembeli dan tinggal tidak terjual.

Menyedari akan masaalah yang di hadapi mereka. maka roti HIGH-5, telah menggunakan Dato Hassan Din, sebagai bahan iklan murahan. Ya lah almost free. Tanya Dato Hassan Din, tiada bayaran yang di terima, saya percaya. Habis keluar terpampang dalam hampir semua akhbar perdana, gambar Dato Hassan Din, dengan kenyataan nya berhubung dengan roti HIGH-5. Mula nya agak berjaya taktik menggunakan kenyataan Dato Hassan Din ni. Tetapi kerana statement PPIM, penjualan roti HIGH-5, merudum kembali.

Taktik terkini yang di gunakan oleh roti HIGH-5, sekarang ialah dengan meletak kenyataan akhbar Dato Hassan Din (siap dengan gambar nya sekali), di setiap kauter atau shelf tempat penjualan roti mereka. Harapan mereka dengan meletakan gambar Dato Hasssan di di sebelah roti HIGH-5, maka orang Islam akan percaya dengan kenyataan akhbar Dato Hassan Din lalu membeli roti mereka.

Saya menganggap taktik terkini mereka amat tidak bertanggong jawab dan adalah perlu bagi Dato Hassan Din melakukan sesuatu untuk membersehkan nama nya. Adalah tidak betul dan tidak logic untuk PPIM membuat apa kenytaan atau penerangan berhubung perkara meletakan keratan akhbar dan gambar Dato Hassan Din di sebelah roti HIGH-5, di shelf dan kaunter penjualan di kedai2.

Note: Saya juga terlihat dan telah mengambil gambar, berniat untuk tulis artikel berkenaan perkara ini tetapi oleh kerana terlalu sibuk artikel ini tertangguh. - DC"

Sultan Johor mahu tambak dirobohkan

Oleh : Datuk Rejal Arbee: Sultan Johor mahu tambak dirobohkan
Sunday, November 05 http://www.beritakmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=5521

Kini jelas sudah rakyat Johor sememangnya mahukan jambatan menggantikan tambak yang menghubungi Johor Baru dengan Woodlands di Singapura. Baginda Sultan Iskandar tanpa berselindung lagi telah menyatakan dikhalayak ramai bahawa baginda mahu tambak itu dirobohkan.

Baginda memberi gambaran bahawa tambak itu telah sengaja didirikan penjajah British pada tahun 1920 untuk menyekat lalu lintas kapal di selat itu dan dengan itu telah menjamin kejayaan pelabuhan Keppel di Singapura.

Baginda mahukan kapal boleh merintasi Selat Tebrau kembali dan airnya dapat mengalir dari timur ke barat dan sebaliknya. Ini juga membolehkan pencemaran air yang tersekat kerana di halang tambak itu diatasi. Baginda juga menyatakan bahawa lambang peninggalan penjajah yang telah menipu negara sudah tidak patut wujud lagi.

Titah baginda itu dibuat di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan beribu rakyat Johor yang hadir ketika merasmikan Wilayah Pembangunan Iskandar (Wilayah Ekonomi Johor Selatan) pagi Sabtu lalu (4hb Nov). Ungkapan secara spontannya itu telah disambut dengan tepukan gemuruh oleh lebih 3,000 rakyat yang menghadiri upacara itu.

Malah titah baginda didengar oleh seluruh negara berkat siaran langsung oleh RTM 1 dan TV3.

Malangnya titah baginda itu tidak pula diberikan liputan yang sewajarnya oleh akhbar-akhbar perdana hari ini. New Sunday Times memasukkanya sebagai panel bawah di muka lapannya, Berita Minggu hanya berita yang agak ringkas satu kolum di muka dua sebagaimana juga Sunday Star satu kolum di muka tiga. Hanya Mingguan Malaysia memberikan sedikit tonjolan sebagai berita panel atas di muka duanya.

Demikianlah sikap akhbar-akhbar perdana kita mengenai suatu perkembangan yang jelas sekali menunjukkan betapa tidak popularnya keputusan kerajaan pimpinan Pak Lah membatalkan pembinaan jambatan itu walaupun kerja-kerja permulaan sudah pun dilaksanakan pada bulan-bulan akhir pemerintahan Tun Dr Mahathir.

Baginda tidak pula menyebut secara terperinci apakah hanya separuh saja daripada tambak itu (ia itu yang berada dalam wilayah Malaysia) perlu diroboh. Tetapi kiranya alasan merobohkannya adalah untuk menghapuskan lambang penjajahan tentunya baginda bermaksud keseluruhan tambak itu dirobohkan. Dan bolehlah kita simpulkan bahawa apa yang baginda mahukan ialah jambatan lurus dibina menggantikan tambak itu.

Apakah yang boleh diharapkan dari kerajaan Pak Lah sendiri serta juga Pemerintah Singapura hasil dari kenyataan spontan Baginda Sultan Johor itu? Ramai tidak memberikan harapan yang besar tambak itu akan digantikan dengan jambatan dalam tempoh terdekat ini.

Walaupun kita mengetahui Kerajaan Singapura tidak mahu mengecilkan hati baginda Sultan malah sentiasa dilihat mahu mengampu Baginda reaksi awalnya tidak memberikan tanda-tanda baik ia akan ubah sikap degilnya. Kementerian Luarnya menyatakan titah baginda itu tidak mencerminkan kehendak kerajaan pusat. Malah ia menyifatkan titah baginda sebagai ‘pelik’.

Persoalannya sekarang ialah apakah yang akan dilakukan Pak Lah? Sultan sudahpun menyatakan hasratnya. Apakah penasihat-penasihat Pak Lah yang gemar tunduk kepada kehendak republik sekangkang kera itu akan akur dengan kehendak baginda Sultan atau apakah mereka tidak akan menghiraukannya?

Hendaknya jangan pula mereka timbulkan kembali penjualan pasir dan kebenaran jet-jet pejuang republik itu melintasi ruang udara kita sebagai pemberian kepada Singapura bagi mendapatkan persetujuannya membina jambatan.

Tetapi jika dilihat dari reaksi awal Menteri Luar, Datuk Seri Syed Abdul Hamid Albar, seorang anak Johor, tidak banyak yang boleh diharapkan. Kerajaan Pak Lah mungkin tidak akan menghiraukan sangat titah baginda itu. Sama-samalah kita lihat perkembangannya.

Sebagai perspektif terhadap persoalan ini, dilampirkan artikel saya pada 18 April untuk kolum saya di Berita Harian (pada hari Rabu 19 April) tetapi telah di tarik keluar (tidak disiarkan) pada saat-saat akhir oleh pengurusan editorial The New Straits Times. Artikel ini kemudian di siarkan oleh blog Datuk Kadir Jasin pada 19 April dan lamanweb Berita Kmu pada 20 April.

Rejal

05. 11. 06

11/4/06

Rakyat Palestin Dibunuh Setiap Hari, Anda Masih Berdiam ???

Rayuan Derma Malam Palestin 2006
Maklumat penuh sila layari laman web Yayasan Aman Palestin www.amanpalestin.com
Assalamamualaikum YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Dato'/Datin/Tuan/Puan

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Pakatan Persatuan Islam Tenaga Nasional Berhad (PAKATAN TNB), Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Bangsar, Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad (BAKIT TM) dan Aman Palestin Berhad akan menganjurkan Program Malam Palestin 2006. Program ini dianjurkan sebagai usaha kita bersama untuk mengutip derma bagi membantu rakyat Palestin di khemah-khemah pelarian di Lebanon dengan cadangan cara membina pusat latihan untuk wanita dan rumah kebajikan anak-anak yatim di sana.

Sebagai makluman kepada YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Dato'/Datin/Tuan/Puan, pada tahun 2005, kami telah pun mengadakan program yang sama dan wang yang diperolehi telah diserahkan terus oleh wakil-wakil Penganjur Bersama untuk membina Rumah Anak Yatin di Bur Barajneh, Lebanon dan Pusat Latihan Jahitan di sana. Hasil Kutipan daripada Program Malam Palestin 2006 ini pun akan dihantar terus oleh wakil-wakil Penganjur Bersama ke tempat-tempat yang dirancangkan itu.

Program yang bakal diadakan itu adalah seperti berikut:

Tarikh: 18 Nov 2006 (Sabtu malam minggu)
Masa Program: 8.00 - 11.00 malam
Tempat : Dewan Sebaguna Kompleks TNB, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur

Penceramah: Dr. Azam Tamimi dari London, United Kingdom

Pengajur Bersama:
Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Bangsar, KL
PAKATAN, Tenaga Nasional Berhad
BAKIT, Telekom Malaysia Berhad
Aman Palestin Berhad

Oleh itu, kami merayu agar YHbg Tan Sri/Puan Sri/Dato'/Datin/Tuan/Puan turut sama menjayakan pgorgam ini dengan memberikan sumbangan kepada program ini. Individu yang memberikan sumbangan melebihi RM20,000.00 akan diberi kesempatan menyerahkan "mock cheque" kepada Penaung Program Malam Palestin 2006 di majlis tersebut.

Adalah diharapkan pihak YBhg Tan Sri/puan Sri/Dato'/Datin/Tuan/Puan dapat mengesahkan persetujuan untuk memberikan sumbangan selewat-lewatnya pada 1 November 2006 ke alamat berikut:

Bendahari,
Program Malam Palestin 2006
d/a Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Jalan Ara, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur

Seumbangan cek hendaklah di atas nama:
"Akaun Malam Palestin"

atau dikreditkan terus ke:
Akaun No: 14-023-01-003154-0 di Bank Islam Malaysia Berhad

Atas kerjasama dan sokongan YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Dato'/Datin/Tuan/Puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Lampiran: Borang Jawapan:

Rujukan Kami:
Rujukan Tuan:

Bendahari,
Program Malam Palestin 2006,
d/a Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq,
Jalan Ara, Bangsar,
59100 Kuala Lumpur

PER; RAYUAN DERMA MALAM PALESTIN 2006

Kami merujuk kepada surat Tuan Rujukan: PAL2006/URU/(001) bertarikh 10 Oktober 2006 mengenai perkara di atas. Kami bersetuju memberi sumbangan wang bagi PROGRAM MALAM PALESTIN 2006 seperti dibawah:

i- RM 3,000.00
ii- RM5,000.00
iii- RM10,000.00
iv- RM15,000.00
v- RM20,000.00
vi- ……………….

Kami sertakan bersama cek berpalang No:…………………… Bank ……………………… untuk tindakan selanjutnya.

Kami telah memasukkan wang seperti di atas ke dalam Akaun Bank Islam Malaysia Berhad, Akaun No. 14-023-01-003154-0. Kami sertakan bersama salinan “bank-in slip” berkaitan untuk tindakan selanjutnya.

Sila kemukakan resit rasmi berkaitan untuk simpanan kami

Article posted: 30 Okt, 2006 - 01:24 AM

http://www.amanpalestin.com/v1/index.php?name=News&file=article&sid=50

11/3/06

Anwar pelawa Mahathir menjadi penasihat Pembangkang

Anwar invites Mahathir to advise the Opposition
The Star 3 Nov 2006 - KUALA TERENGGANU: Former deputy prime minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has ironically come to the defence of Tun Dr Mahathir Mohamad.

Anwar said Umno leaders were forgetting Dr Mahathir’s immense contributions.

He also invited the former prime minister to serve as adviser to the Opposition.

The Parti Keadilan Rakyat adviser said: “Despite my differences with Dr Mahathir, I pity him somewhat, as he is being rebuked and criticised by Umno leaders who had once honoured him.

“He had led the country for 22 years and contributed immensely to the country and now it looks like Umno leaders are forgetting his contributions.

“I am not supporting him but he should be accorded respect as a former premier.”

On his invitation to Dr Mahathir to be adviser to the Opposition parties, Anwar said: “I might have been mistreated in the past and could have had differences with him, but this will not be a hindrance.

“As long as he is a citizen, I respect his views, and any attempts by him to join the Opposition will not be blocked by me,” Anwar told reporters after a PKR Hari Raya gathering at Pekan Batu 6, Kuala Nerus, here yesterday.

He acknowledged that the leaders of Opposition parties had to reach a consensus before Dr Mahathir could be appointed adviser.

However, Anwar did hit out at Dr Mahathir for labelling the country a “police state” under Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“He is now swallowing his own bitter pills, as he had once run the country in such a manner,” Anwar added.

11/2/06

Sukarelawan Masjid Jamek KL Diperlukan

Masjid Jamek KL dalam perancangan untuk dijadikan sebagai Pusat Islam yang praktikal. Mereka yang berminat untuk menjadi sukarelawan Masjid Jamek KL sila e-mel ke mahaguru58@gmail.com . Untuk maklumat lanjut cadangan menjadikan Masjid Jamek KL sebagai Pusat Islam sila ke laman web berikut http://mahaguru58.blogspot.com/

Proposed Islamic Centre at Masjid Jamek KL

In the Name of Allah, Most Compassionate, Most Merciful.

Insya Allah, if my plans go well and no hindrances arise, this building which houses the Meeting Hall of the Masjid Jamek Bandaraya K .Lumpur will soon be tranformed into an Islamic Centre to cater for the growing number of visitors to this most historical mosque in the capital!

I am in the midst of finishing the working papers for the setting up of the Islamic Centre and have the tacit approval of the Mosque Committee members and patron in the form of the Chairman of the Ubaidi Trust Foundation.

I have received a substantial number of Quran English, Malay, Mandarin, Spanish and Tamil Translations from the Islamic Counsellor's Office of the Kingdom of Saudi Arabia plus some Comprehensive Guidebooks , gifts from the Islamic Outreach Department of the Malaysian Muslim Youth Movement @ ABIM, KL.

I invite those of you who are interested to join us as volunteers in our Islamic Centre by emailing me your contact details at mahaguru58@gmail.com

As you can see, the hall is already well equipped with the necessary library facilities, whiteboard, tables, chairs, airconditioned, etc.

Just add in a few easy chairs, counters, audio visual equipment, brochure cabinets, etc and we will have a practical information centre that will cater well to our visitors from all over the world, Insya Allah!

Wasted spaces can be best utilised by putting in the extra effort to fully utilise and maximise usage of available facilities instead of letting it go to waste and the visitors just go around the mosque complex , snap a few photos and just leave without gaining some precious information about Islam during their visit.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala commands us to 'Invite All (Mankind) to the Way of Our Lord with Wisdom and Beautiful Preaching and to Reason with them ( the Non Muslims) in Ways that are Best and Most Gracious'. Surah An Nahl Verse 125 ,Holy Al Qur'an .

Come join us in this noble efforts!
All are welcome especially those who have good Islamic Knowledge and are fluent in English, Mandarin, Malay, Tamil, Spanish, French, Italiano, etc. Those who are good in sign languages are also needed!

At first we will be operating totally on a voluntary basis. As and when we get our finances stabilised, we will pay an allowance to you. It's all ikhlas fi sabilillah for the sake of Allah SWT!

We will be operating during weekends at first and as we get more volunteers, we will be operating daily in the long run. Please do'a for us. Insya Allah