JEJAK UKHUWWAH

JEJAK UKHUWWAH

12/29/06

NISA terus berbakti bantu pelajar miskin N.Sembilan

Program Sayangi Kami Siri Ke-2

Seremban 28 Dis 2006 - Seramai 18 orang pelajar miskin dan yatim telah menerima sumbangan kewangan melalui program “Sayangi Kami Siri Ke -2” anjuran Nisa Negeri Sembilan. Sumbangan yang diperolehi dari para dermawan dan orang ramai telah diagihkan kepada pelajar-pelajar yang bakal menyambung sesi persekolahan 2007 tidak lama lagi. Antara penerima sumbangan adalah merupakan pelajar-pelajar Sek Men Ampangan, anak-anak yatim Kg Astana Raja, Sikamat dan Ampangan.

Sumbangan telah disampaikan oleh Pn Norwani, pengerusi Nisa NS dalam satu majlis ringkas.

Nisa Negeri Sembilan mengucapkan terima kasih mereka yang memberi kepercayaan kepada Nisa Negeri Sembilan untuk melaksanakan program melalui bantuan derma yang dihulurkan. Semoga pengorbanan semua menjelang sambutan Eiduladha ini akan mampu menceriakan wajah anak-anak yatim untuk menghadapi sesi persekolahan.

Nisa Negeri Sembilan juga sentiasa mengharapkan sumbangan yang berterusan agar lebih ramai lagi pelajar-pelajar miskin serta anak-anak yatim dapat dibantu di seluruh Negeri Sembilan ini.

Kepada mereka yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi Pn Norwani 013-3851202 atau melalui e-mel halwan9@yahoo.com

Tiada Ucapan Tahun Baru Buat Anda

A Kadir Jasin ( Dato A Kadir Jasin – Bekas Ketua Editor NST)

TAHUN 2006 akan berlalu. Tahun baru 2007 akan tiba. Seperti kebiasaan, banyaklah orang akan mengucapkan selamat tahun baru dan mendoakan kebahagiaan.

Tidak kurang pula yang akan membuat ikrar, janji, azam, iltizam resolusi dan banyak lagi melalui pelbagai saluran termasuk akhbar, radio dan televisyen.

Seperti saya tidak menggunakan blog ini untuk mengucapkan Selamat Hari Natal yang baru berlalu dan Selamat Aidil Adha yang akan tiba atau Selamat Aidil Fitri, Selamat Deepavali dan Selamat Tahun Baru Cina sebelumnya maka saya tidak akan mengucapkan Selamat Tahun Baru 2007 kepada saudara dan saudari.

Bukan saya tidak ingat atau tidak menghormati saudara dan saudari. Atau tidak mahu saudara dan saudara selamat dan bahagia pada tahun baru yang akan menjelang.

Saya mahu saudara dan saudari serta seluruh penghuni bumi Malaysia yang dicintai ini selamat dan bahagia apatah lagi dalam suasana watan kita yang semakin tidak berarah tujuan ini.

Ketika pelabur, pemodal dan peniaga meninggalkan pantai tanah pusaka dengan modal berbilion ringgit untuk melabur serta bermastautin di China, India, Vietnam dan Afrika.

Ketika penarafan bumi ibunda di dalam pelbagai bidang semakin merosot.

Ketika ancaman inflasi semakin ketara dan pemerintah yang dipilih dengan majoriti besar oleh rakyat mengizinkan kenaikan antara 20 hingga 60 peratus tol lebuh raya “kerana tidak ada jalan lain untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan dan mengurangkan defisit perbelanjaan.”

Ketika suasana semakin kacau dan nyawa kita semakin tidak selamat kerana jenayah sensasi dan tidak sensasi semakin menjadi-jadi; apabila yang dituduh melakukannya dan yang menjadi mangsanya adalah pembesar negara.

Dalam masa seminggu rumah dua menteri dimasuki pencuri; sebuah di Putrajaya, pusat pentadbiran negara yang diuar-uarkan ultra moden dan selamat, dan sebuah lagi di Sarawak.

Jadi bukan sahaja kita rakyat jelata yang tidak ada pengawal peribadi dan tiada liputan keselamatan – security cover -- yang memerlukan ucapan selamat dan doa agar terlepas daripada kecelakaan, malah pembesar-pembesar negara pun begitu juga.

Di akhir-akhir ini, bukan sahaja pembesar-pembesar negara yang ada pengawal peribadi yang menjadi mangsa jenayah malah mereka pula dikaitkan dengan jenayah yang dahsyat yang membabitkan pengawal peribadi.

Ketika bencana alam yang lain semakin teruk dan semakin kerap melanda; kini giliran Negeri Johor yang baru sahaja dijanjikan projek pembangunan raksasa SJER menderita banjir besar.

Dan ketika para pembesar negara semakin galak beristirahat di luar negara, melayari lautan samudera dan pulang seketika untuk menjenguk rakyat yang dilanda bencana.

Justeru itu, kita tidak syak lagi memerlukan ucapan selamat dan doa yang panjang.

Tetapi saya tidak akan menawarkannya kepada sesiapa pun, termasuk diri saya, melalui blog ini kerana ucapan Selamat Tahun Baru seperti banyak ucapan-ucapan lain sudah menjadi klise.

(Daripada bahasa Perancis cliche -- disebut ke-li-sey – yang bermaksud ungkapan atau frasa yang cantik dan sedap didengar tetapi menjadi kosong dan hambar apabila diulangi tanpa sebarang tindakan.)

Kosong dan hambar seperti ikrar janji seorang perokok untuk berhenti merokok atau seorang pembesar pilihan rakyat untuk kerap turun ke padang tetapi hilang sehingga pilihan raya sekali lagi menjelang.

Jadi, mohon maaf tiada ucapan Selamat Tahun Baru buat saudara dan saudari para pelawat dan pembahas yang saya hormati.

Sebaliknya lebih bermanfaat kalau kita gunakan ruang dan kesempatan ini untuk memikirkan bagaimana kita boleh mengatasi masalah dan kemelut yang semakin rumit yang akan mendatangi kita pada tahun 2007.

posted by A KADIR JASIN 10:50 AM
http://kadirjasin.blogspot.com/2006/12/tiada-ucapan-tahun-baru-buat-anda.html

AMARAN Kiamat !!!

Adalah ini dimaklumkan kepada semua umat manusia agar membuat persiapan untuk menghadapi hari Kiamat yang pasti akan berlaku. Tidak hari ini, esok, tidak esok lusa, tidak lusa tahun depan, tidak tahun depan abad depan.

Yang pasti Kiamat Kecil akan berlaku apabila kita meninggal dunia. Kita semua pasti akan melalui Kiamat Kecil ini, esok, lusa, tahun depan, selepas ini ?

Maka buatlah persiapan sekarang untuk bekalan pada hari kiamat, agar kita tidak tinggal sehelai sepinggang tanpa ada bekalan langsung apabila berlaku kiamat.

Jangan salahkan mana-mana kerajaan baik di langit mahu pun di bumi yang tidak mengeluarkan amaran kiamat ini.

Amaran telah dikeluarkan. Bersedialah.

KIAMAT adalah lebih dahsyat dari Tsunami, lebih dahsyat dari banjir, lebih dahsyat dari gempa bumi.

12/28/06

Liqa Fikri Us Idris Ahmad 7 Jan 07

Assalamualaikum wrt wbt,

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir ke :

Program Kuliah – Liqa Fikri
Bersama Us Idris Ahmad – AJK PAS Pusat
Tarikh : 7 Januari 2007 (AHAD)
Masa : 2.30 ptg
Tempat : Ampangan , Seremban

Anjuran : Dewan Ulamak PAS N.Sembilan dan Badan Perhubungan PAS N.Sembilan

Maklumat lanjut hubungi Tn Hj Taufek : 019-6576540

Batalkan acara pesta-pestaan sambut tahun baru

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Hrkh) - Sambutan tahun baru yang dipenuhi pelbagai pesta dan konsert saban tahun digesa dibatalkan kerana tidak mendatangkan sebarang faedah di samping sebagai langkah menghormati nasib malang sebilangan rakyat Malaysia yang dilanda musibah.

Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub berkata, sambutan tahun baru yang berorientasikan hiburan seperti konsert dan acara pesta seperti menunggu detik tahun baru sepatutnya dibatalkan kerana mencetuskan permasalahan sosial, membuang masa dan wang.

"Di samping itu kita perlu menghormati sebilangan besar rakyat Malaysia yang kini berada dalam kesusahan," katanya yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian.

Selain itu kekerapan musibah seperti bencana alam, pertambahan dan peningkatan masalah sosial dan jenayah adalah rentetan kejadian-kejadian sebilangan rakyat yang sering melakukan perlanggaran agama dan nilai-nilai moral, katanya.

"Adalah lebih baik pada detik tahun baru ini, difikirkan aktiviti yang lebih berfaedah, bermunajat kepada Allah dan mengadakan majlis-majlis doa selamat di setiap masjid dan surau seluruh negara dan bukannya berpesta sampai pagi," katanya ketika dihubungi oleh Harakahdaily.

"Dan bukan tahun ini sahaja malah tahun-tahun akan datang tidak perlu lagi diadakan acara sambutan tahun baru ini," katanya lagi.

Kesal pemimpin hadir konsert tahun baru

Malah kata Salahuddin, turut dikesali konsert dan acara pesta tersebut seringkali dihadiri dan disokong oleh pemimpin-pemimpin kerajaan.

"Beginikah sikap pemimpin yang nak membawa rakyat dan kempennya mencegahnya gejala sosial dan jenayah. Mana adab sopan mereka?" katanya.

Selain itu kekerapan musibah seperti bencana alam , pertambahan dan peningkatan masalah sosial dan jenayah adalah rentetan kejadian-kejadian sebilangan rakyat yang sering melakukan perlanggaran agama dan nilai-nilai moral melalui aktiviti-aktiviti tidak sihat seperti konsert dan acara pesta hiburan yang melampau.

Natijah konsert katanya, mengakibatkan ramai remaja terjerumus kepada perlakuan sumbang, berpeleseran, berzina, berkhalwat malah menggalakkan kejadian lumba haram mat rempit yang membahayakan nyawa dan keselamatan pengguna jalan raya dan menyusahkan pihak polis.

Kajian rambang di pusat-pusat pemulihan akhlak mendapati kebanyakan penghuni dan remaja yang mengandung anak di luar nikah, pengguguran dan terjebak dengan aktiviti yang tidak bermoral memberi respons puncanya adalah kerana melibatkan diri dengan aktiviti konsert dan pesta tahun baru.

Laporan juga mendapati sering kali sewaktu tengah malam dan selepas konsert, ramai melakukan perbuatan terkutuk di kawasan-kawasan berhampiran konsert dan di taman-taman bunga untuk melakukankan maksiat pada malam tahun baru.

Bagi mereka, menurut kajian itu, pada malam tersebut adalah 'acara bebas' yang sukar dan tidak mampu dihidu perbuatannya oleh pihak berkuasa seperti jabatan agama Negeri, pihak berkuasa tempatan dan polis.

Kondom dan arak

Tahun lalu seperti kebiasaan pada tahun-tahun yang lain juga, pelbagai media melaporkan tinjauan selepas konsert-konsert tersebut khususnya di Dataran Merdeka dan di KLCC, ditemui kondom dan tin serta botol-botol minuman keras bersepah di merata-rata tempat yang menggambarkan perlakuan-perlakuan tidak berakhlak para peserta mahupun para remaja.

Manakala turut dilaporkan pada sebelah paginya ramai yang tidur seperti 'homeless' kerana tiada tempat tinggal sementara menunggu bas untuk menuju pulang ke destinasi masing-masing selepas penat berpesta yang menjejas dan memburuk imej negara di mata dunia terutama kepada pelancong-pelancong yang datang ke negara ini.

Salahudin berkata, masyarakat seluruh negara sewajarnya menghormati rakan-rakan dan penduduk di negeri lain yang menyambut tahun baru mereka tidak seperti orang lain.

"Sibuk berpesta, berhibur, menari dan menyanyi menyambut tahun baru sedangkan ramai orang lain menyambut tahun baru dengan suasana yang tidak ceria dan dirudung malang," katanya.

Selain itu menurut satu sumber acara bunga api pada malam tahun baru yang dibiayai kerajaan menelan belanja ratusan ribu ringgit sewaktu negara mengalami masalah kenaikan harga barangan serta ekonomi yang meruncit, sewajarnya tindakan membazitrkan wang tersebut tidak patut dilakukan, katanya.

"Malah sambutan seperti itu juga dilarang oleh agama kerana puncanya boleh mengakibatkan perlakuan sumbang dan membazirkan wang," kata Salahudin.

Gotong-royong perdana Pemuda PAS

Ketika dihubungi, Salahuddin dalam rangka lawatan menghadiri gotong royong Perdana di bandar Segamat, Johor.

"Walaupun ada sesetengah tempat banjir surut, kerja-kerja operasi pemulihan masih dijalankan," katanya yang telah mengarahkan Unit Amal PAS seluruh negara untuk terus membantu.

"Malah kerja-kerja pemulihan sebenarnya lebih besar daripada operasi pemindahan dan saya berharap semua dapat mengembleng tenaga membantu mangsa dalam situasi sulit ini," katanya.

"PAS juga akan melakukan yang terbaik untuk membantu meringan beban mangsa-mangsa yang dilanda musibah banjir ini," katanya lagi. - lanh

http://harakahdaily.net/v061/index.php?option=com_content&task=view&id=5836&Itemid=85

Mangsa banjir dakwa ada keluarga tak terjejas terima bantuan

Harian Metro 28 Dis 06. MELAKA: Mangsa banjir dalam kawasan Air Molek dekat sini, mula kecoh dan mempersoalkan pemberian wang ihsan didakwa diberi kepada mereka yang tidak layak.

Malah ada di kalangan penerima terbabit rumah mereka langsung tidak terjejas kerana tidak dinaiki air tetapi tetap berpindah seperti diarah pihak berkuasa.

Berikutan itu, mereka juga dikira layak menerima wang berkenaan yang diberikan RM200 untuk satu keluarga.

Seorang mangsa yang ditemui dan hanya ingin dikenali sebagai Ani, 43, berkata, dia sekeluarga yang terjejas akibat rumah dinaiki air minggu lalu sehingga kini masih belum menerima wang ihsan.

Katanya, kejadian banjir terburuk dalam tempoh 11 tahun itu menyebabkan semua harta benda miliknya rosak dan kerugian dianggarkan lebih RM10,000.

“Anak saya terpaksa mengambil cuti kecemasan untuk pulang ke rumah membantu membersihkan rumah sebaik dibenarkan pulang.

“Habis perabot dan peralatan elektrik rosak dan tidak lagi boleh digunakan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Ani berkata, dia hairan kerana mereka yang tidak terjejas dengan banjir dalam kawasan taman perumahan sama menerima pemberian wang ihsan.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Thursday/Setempat/20061228094952/Article/indexm_html

Pemuda Tampin rayu bantuan mangsa banjir

Unit Amal Malaysia dan Pemuda PAS Tampin merayu kepada rakyat Malaysia yang prihatin untuk membantu lebih kurang 25 keluarga mangsa banjir yang terdiri dari bangsa Melayu, Cina dan India yang terjejas teruk akibat banjir baru-baru ini yang melanda rumah mereka berhampiran pekan Gemas, Negeri Sembilan.

Semasa kejadian banjir terburuk tersebut, rumah mereka telah ditenggelami air sedalam kita-kira 10-20 kaki yang memusnahkan sama sekali segala barangan, peralatan, kelengkapan sekolah di rumah mereka.

Kepada mereka yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah menghubungi Sdr Jasri 012-7052106, Us Khairul 019-2245321, Sdr Sufian 013-3589328 (Pengarah Unit Amal NS) atau Hj Taufek 019-6576540 (Timbalan Ketua Pemuda PAS N.Sembilan)

12/27/06

Pemuda Rembau capai sasaran

Sempena Perhimpunan 15,000 Pemuda PAS di Kota Bharu, Kelantan pada 23 Disember 2006, Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau telah mendapat pengiktirafan apabila antara 25 kawasan terawal di seluruh Malaysia yang mencapai sasaran pendaftaran ahli pemuda.

Replika cek sebanyak RM 300 telah disampaikan sendiri oleh Ketua Pemuda PAS Pusat YB Salehuddin Ayub kepada Pemangku Ketua Pemuda PAS Kawasan Rembau Sdr Shukri Habeb.

12/26/06

Nak tahu macamana solat dalam banjir ???

Dilampirkan gambar bagaimana Petugas Unit Amal bersolat dalam banjir.

Berita lanjut di http://dppnjohor.blogspot.com/

Sunday, December 24, 2006
BANJIR - SRI MEDAN
Walaupun menghadapi kesukaran untuk menyampaikan bekalan makanan tetapi bukan bermakna solat boleh ditinggalkan.
Kerana bot rosak dan kami menghadapi kesukaran untuk keluar daripada kawasan banjir malam tadi, maka kami telah menunaikan solat magrib di dalam banjir.

http://dppnjohor.blogspot.com/2006/12/banjir-sri-medan_24.html

Jemputan Majlis Idil Adha Cawangan Astana Raja

Assalamualaikum wrt wbt,

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir ke :

Majlis Jamuan Hari Raya Idil Adha

Pada Hari Isnin 11 Zulhijjah 1427 H bersamaan 1 Januari 2007
Masa 12 tengahari
Tempat : Kg Astana Raja, Kota, N.Sembilan (rumah Pn Maznah)

Ibadah korban akan diadakan pada pagi Isnin 1 Januari 2007. Semua dijemput hadir bersama untuk ibadah korban

Anjuran :
PAS Cawangan Astana Raja dan MTD Kota

SELAMAT HARI RAYA IDIL ADHA

Hentikan Main Sentimen Perkauman

“Hentikan Main Sentimen Perkauman Untuk Kepentingan Politik”

JEMPUTAN SIDANG MEDIA LAWATAN ANGKATAN MUDA KEADILAN KE MEMORIAL PERINGATAN PERANG DUNIA KEDUA DI NILAI.

Bermula kenyataan Datuk Dzainuddin Maidin, Menteri Penerangan Malaysia pada 16 Disember lepas yang menuduh dua memorial peringatan yang dibina untuk mengenang komunis. Kenyataan Dzainuddin yang turut cuba mengusik sentimen perkauman dengan
mengecam pembinaan memorial itu yang dikatakan kononya untuk mengenang Komunis bangsa Cina yang membunuh dan menzalimi rakyat.

Kenyatan Dzainuddin ini di sambut oleh amaran Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan dalam satu sidang media selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri.

Mohamad mennyatakan “Nilai (merujuk kepada memorial tersebut) itu saya sudah beri amaran suruh roboh kerana ia akan jadi isu sensitif dalam negara”

Sepanjang hampir dua minggu kenyatan menteri dan liputan media dilihat cuba mengaitkan kewujudan memorial itu dengan sentimen perkauman tanpa menilai dan menghormati kemungkinan wujud nilai sejarah. Angkatan Muda keADILan memandang serius dengan perkembangan ini.

Sehubungan dengan itu Angkatan Muda keADILan mengajak semua khususnya para wartawan untuk menghadiri lawatan dan penerangan mengenai monumen ini yang akan diadakan seperti berikut ;

Tarikh : 28 Disember 2006 (Khamis)
Masa : 10.50 pagi.
Tempat : Berkumpul di hentian sebelah Nilai di Lebuhraya Utara Selatan (menuju ke selatan)

Sebarang pertanyaan mengenai lawatan ini boleh sila terus menghubungi Azizi 0123696474 @ che’GuBard 0176688404.

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau dan mendapat penjelasan sendiri mengenai monumen tersebut. Lawatan itu nanti akan diketuai oleh Badrul Hisham Shaharin atau che’GuBard.

Memperkasakan Kedaulatan Rakyat

Sekian dan terima kasih ;
ARIFFIN @ REBIN BERHAM
Ketua Angkatan Muda keADILan N.Sembilan


che'GuBard.
www.chegubard.blogspot.com
penerangan_keADILan@yahoo.com / badrul_angkatanmuda@yahoo.com
+6017 6688404

Pemuda NS ziarah “Ketua Pengganas” Malaysia


Pada 24 Disember 2006 seramai 40 orang Pemuda PAS Negeri Sembilan mewakili Dewan Pemuda PAS Rembau, Jelebu, Jempol, Seremban dan Telok Kemang telah menziarahi Ustaz Nik Adli bin Dato Nik Abd Aziz di rumahnya di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan.

Rombongan Pemuda Negeri Sembilan yang secara spontan itu telah disambut mesra oleh Ustaz Nik Adli yang kebetulan baru balik dari berkebun katanya. Dalam perbualan dengan Ustaz Nik Adli, Pemuda PAS Negeri Sembilan tidak menyentuh mengenai pengalaman beliau di tahan ISA selama 5 tahun di Kem Tahanan ISA Kamunting , Perak. Mereka hanya bertanya khabar dan bertanyakan bila Ustaz Nik Adli akan mula mengajar memandangkan sekarang masih cuti sekolah lagi.

Ramai pemuda yang tertanya-tanya bagaimana Ustaz Nik Adli yang begitu lemah lembut, berbadan kecil ini dituduh bukan sahaja sebagai pengganas malah menjadi Ketua Kumpulan Militan Malaysia (mungkin setaraf dengan Chin Peng dan Abd Rashid Maidin) yang mana tiada kenyataan yang mengatakan beliau bukannya Ketua Kumpulan Militan Malaysia dan atas sebab apa beliau ditahan dan atas sebab apa beliau dibebaskan.

Maklumat dari Gerakan Mansuh ISA – JIM , menyatakan masih terdapat puluhan lagi tahanan ISA yang ditahan di Kem Tahanan Kamunting.

Kepada rakyat Malaysia yang prihatin akan nasib keluarga serta anak-anak tahanan ISA yang tidak terbela bolehlah menghubungi wakil GMI Pn Laila di talian 012-6892608

Suami Pn Laila , Mat Sah Mohd Satray mengikut maklumat pada bulan Oktober 2006 masih lagi ditahan di Kem Tahanan ISA Kamunting sejak bertahun-tahun lamanya.

***********************************
Utusan Malaysia 11 Okt 2001 …… “ Nik Adli yang juga ketua kumpulan militan KMM ditahan bersama sembilan lagi yang didakwa terbabit dalam kegiatan militan untuk menegakkan kerajaan Islam menggunakan kekerasan pada Ogos lalu.”

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2001&dt=1011&pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_03.htm&arc=hive

***********************************
Utusan Malaysia 19 Okt 2006……. “Nik Adli Nik Abdul Aziz, anak Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sejak lima tahun lepas dibebaskan hari ini.

Nik Adli, 39, adalah antara 11 orang tahanan ISA yang terbabit dengan Kumpulan Militan Malaysia (KMM) dan Jemaah Islamiah yang dibebaskan serentak. “

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=1019&pub=utusan_malaysia&sec=dalam%5Fnegeri&pg=dn_01.htm&arc=hive

TERAS Melayu NS rayu selamat mangsa “banjir” akidah

TERAS Pengupayaan Melayu Cawangan Negeri Sembilan merayu kepada umat Islam di seluruh Malaysia yang prihatin agar dapat membantu dalam usaha menyelamatkan begitu ramai bangsa Melayu beragama Islam yang menjadi mangsa “banjir” akidah yang semakin hebat melanda Malaysia dewasa ini.

Sumbangan dalam bentuk kaunseling dan kewangan adalah amat diharapkan daripada umat Islam yang prihatin untuk menyelamat dan memulihkan kembali akidah bangsa Melayu yang dilanda fenomena “banjir” akidah ini.

Sehubungan itu mereka yang ingin turut serta dalam misi ini atau ingin menghulurkan sumbangan bolehlah menghubungi Pengerusi TERAS NS Sdr Shamsul 019-6532973 atau melalui e-mel skamalidz@yahoo.com

Pemuda NS rayu orang ramai bantu mangsa banjir

Dewan Pemuda PAS N.Sembilan merayu kepada orang ramai agar membantu mangsa-mangsa banjir terutamanya di Johor yang terjejas teruk. Bantuan boleh disalurkan secara terus kepada mangsa-mangsa banjir, secara peribadi, melalui persatuan, pertubuhan sukarela, parti-parti politik samada parti pemerintah mahupun pembangkang dan sebagainya.

Kepada mereka yang ingin menghulurkan bantuan melalui Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan bolehlah menghubungi Ketua Pemuda PAS NS Us Hassan Alias 016-6166266 atau Timbalan Ketua Pemuda PAS NS Hj Taufek 019-6576540.

Kepada mereka yang ingin menghulurkan bantuan melalui Unit Amal NS bolehlah menghubungi Pengarah Unit Amal NS Sdr Sufian 013-3589328 atau Timbalan Pengarah Unit Amal NS Sdr Zulkarnain 013-6341990
Pada 25 Disember 2006 Ketua Pemuda PAS NS Us Hassan Alias diiringin Sdr Zulkarnain Timbalan Pengarah Unit Amal NS beserta bebarapa EXCO dan ahli Pemuda PAS N.Sembilan telah pergi ke Johor serta membantu mangsa banjir disana disamping menyumbangkan dua “water jet” mesin pencuci untuk tugas-tugas pembersihan.

Pada 27 Disember ini sekali lagi rombongan Pemuda PAS N.Sembilan serta Unit Amal akan pergi ke Johor untuk membantu mangsa banjir di sana.

Sekali lagi Dewan Pemuda PAS N.Sembilan menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar membantu mangsa banjir terutamanya di Johor juga Melaka, N.Sembilan dan Pahang tanpa mengenal batasan politik, perkauman, agama dan bangsa.

AMNS Sokong ADUN Lenggeng

Kenyataan Media. 24 Disember 2006

AMNS SOKONG KENYATAAN ADUN LENGGENG : HENTI CAMPUR TANGAN KELUARGA MB DALAM URUSAN KERAJAAN N.SEMBILAN

4 Disember lepas Sidang Dewan Undangan Negeri Sembilan kecoh apabila ADUN Lenggeng, Datuk Ishak Ismail membangkitkan isu campurtangan Keluarga Menteri Besar dalam pentadbiran kerajaan.

Ishak yang juga Ketua Umno Bahagian Seremban juga menyebut mengenai banjir sekitar negeri ini sejak akhir – akhir ini turut berpunca dari kegiatan korek pasir dan pembalakan yang di jalankan oleh mereka yang mempunyai pertalian keluarga dengan Menteri Besar.

Sebelum ini Angkatan Muda keADILan Negeri Sembilan (AMNS) telah menerima banyak rungutan baik dari orang biasa mahupun orang dalam Umno dan kerajaan negeri sendiri mengenai perkara ini.

Mengikut rekod Majlis Perbandaran Seremban dan Majlis Perbandaran Nilai tercatat nama ahli keluarga Mohamad Hassan sebagai Ahli Majlis dan rungutan di kalangan ahli juga pimpinan Umno negeri pula merasakan kurang selesa dengan penglibatan Datuk Azman Hassan (Abang Mohamad) sebagai Setiausaha Umno.

Menjadi buah mulut di negeri ini mengenai campur tangan keluarga Mohamad di dalam banyak urusan kerajaan dan mula menguasai banyak projek serta perniagaan menggunakan pengaruhnya.

AMNS memandang pendedahan Ishak dalam dewan itu sebagai kemuncak menifestasi kegelisahan rakyat negeri ini. AMNS menyokong kenyataan Datuk Ishak di dalam Dewan Undangan Negeri itu.

AMNS menuntut dihentikan segera campurtangan keluarga MB ini dalam urusan kerajaan.

Untuk itu AMNS akan melancarkan kempen menyedarkan rakyat untuk mendesak dan menolak campur tangan keluarga dalam urusan kerajaan negeri ini. Walaupun Mohamad berjaya menjadikan isu ini telah disenyapkan oleh media dari pengetahuan umum tetapi kempen poster dan risalah akan dilancarkan sehingga MB memberikan respon dalam isu ini. 50,000 Risalah akan disebarkan dan 10,000 poster akan ditampal di tempat – tempat strategik.

Kempen kali ini juga menuntut penjelasan MB mengenai penggunaan dana khas untuk rakyat miskin untuk mengubah suai dapur rumah rasmi dengan nilai RM 4.5 juta dan membeli perabut dengan nilai RM 5.44 juta.

Memperkasakan kedaulatan rakyat
Rebin @ Ariffin Berham
Ketua Angkatan Muda keADILan Negeri Sembilan


che'GuBard.
www.chegubard.blogspot.com
penerangan_keADILan@yahoo.com / badrul_angkatanmuda@yahoo.com
+6017 6688404

UTUSAN perlu perbetul fakta : Pemuda PAS

Tajuk 'Senyum Kambing' - Bil: 52 Tahun ke-44 PP 363/1/2007 (24 Disember 2006)

Date: Sun 12/24/06 11:53 PM

Saya merujuk kepada ruangan 'Senyum Kambing' yang berkaitan tentang Himpunan 15,000 Pemuda PAS 2006. Suka saya menarik perhatian semua bahawa himpunan tersebut julung-julung kalinya ini telah di rancang hampir 2 bulan telah mencapai kejayaan bagi mengerakkan jentera petugas-petugas pemuda di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak. Matlamat himpunan ini adalah untuk menyusun semua organisasi pemuda dan mengemaskini fungsi tenaga pemuda semaksima mungkin.

Ingin dijelaskan disini semasa ucapan-ucapan pada hari tersebut yang menyentuh semua aspek seperti masalah sosial, kebajikan rakyat, kezaliman, agama, organisasi dan khasnya pilihanraya. YB. Salahuddin Ayub, Ketua Pemuda PAS juga telah menyentuh berkaitan kehadiran yang mana Pemuda PAS Johor dikecualikan daripada menyertai himpunan ini untuk membantu mangsa-mangsa banjir di sana.

YB. Salahuddin Ayub juga telah mengarahkan didalam himpunan tersebut supaya menghantar seramai mungkin petugas-petugas pemuda ke Johor terutamanya selepas daripada himpunan ini. Hari ini sahaja 2 kumpulan petugas telah berada di Tangkak dan Segamat untuk membantu mangsa-mangsa banjir tersebut. Untuk makluman arahan supaya Pemuda PAS di Johor, Melaka & Negeri Sembilan membuka bilik gerakan telah dilaksanakan pada 20 Disember yang lalu.

Pemuda PAS juga telah menetapkan pada 27 Disember ini jam 3 petang supaya semua petugas pemuda seluruh negara pergi ke Johor terutamanya untuk tujuan misi bantuan petugas, manakala pada himpunan tersebut juga kutipan derma bagi membantu mangsa-mangsa banjir telah berjaya dikutip sebanyak RM12,500. PAS juga telah melancarkan tabung bantuan banjir negara baru-baru ini, ahli-ahli PAS boleh menyalurkan sumbangan bagi tujuan tersebut.

Untuk makluman semua juga YB. Salahuddin Ayub dan beberapa rombongan Exco Pemuda PAS terlebih dahulu melawat mangsa-mangsa banjir di Johor dan Melaka. Pada 20 Disember yang lalu, beliau telah berada di Pusat Penempatan Kg. Parit Selangor, Pontian dan Dewan Orangramai Kg. Melayu, Kluang. Manakala di Melaka, beliau berada di Jasin pada 21 Disember yang lalu. Bantuan segera Pemuda PAS akan terus disalurkan samaada berbentuk petugas atau pun wang ringgit kepada mangsa-mangsa banjir ketika ini.


SAFARIZAL BIN SALEH
Pagawai Perhubungan Awam,
Dewan Pemuda PAS Pusat.
019-2231424

12/22/06

Sejak Bila Pemuda PAS Membela Pak Lah, Pemuda UMNO Diam ?

"Bot PM" RM28 juta: Pemuda akan kemukakan bantahan kepada Turki
KUALA LUMPUR, 21 Dis (Hrkh) - Pemuda PAS akan menghantar nota bantahan kepada Kedutaan Turki dan meminta kerajaan negara itu mengambil tindakan ke atas akhbar Hurriyet yang menyiarkan berita yang disifatkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai "tidak betul langsung dan satu pembohongan".

Akhbar Turki, Hurriyet, baru-baru melaporkan Perdana Menteri melawat bandar Bodrum di negara itu untuk melihat bot persiaran bernilai US$8 juta (kira-kira RM28 juta) yang dilaporkan oleh akhbar itu sebagai ditempahnya.

"Walaupun berbeza fahaman politik, tetapi Pemuda PAS menganggap bantahan kepada kerajaan Turki itu perlu dibuat bagi mempertahankan kewibawaan "institusi perdana menteri" negara kita," kata ketuanya, Salahuddin Ayub.

Dalam siaran televisyen semalam, Perdana Menteri jelas kelihatan begitu marah dengan laporan akhbar tersebut.

“Laporan itu tidak betul langsung dan satu pembohongan. Saya tidak tahu bagaimana mereka mendapat maklumat itu hingga boleh menulis begitu,” kata Perdana Menteri kepada wartawan Malaysia pada akhir lawatan rasmi tiga harinya ke Venezuela.

Beliau malah menegaskan akan meminta Hurriyet membuat pembetulan mengenai laporan berkenaan.

Perdana Menteri mengakui ada ke Turki, tetapi tidak pernah terfikir untuk membeli bot mewah.

“Memang saya ada di Turki, tetapi saya tidak pergi melihat bot,” katanya yang singgah di negara itu dalam perjalanan ke Venezuela.

Mengambilkira kesungguhan Perdana Menteri menafikan laporan itu, Salahuddin berkata pihaknya akan menuntut kerajaan Turki mengambil tindakan ke atas akhbar tersebut jika ia gagal membuktikan kebenaran laporannya.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar pula mendesak Perdana Menteri sendiri mengambil tindakan undang-undang ke atas Hurriyet bagi membersihkan namanya.

"Meminta akhbar itu membuat pembetulan mengenai laporan berkenaan adalah tidak memadai sama sekali malah mungkin akhbar itu enggan membuat pembetulan sedangkan laporan itu pasti menjejaskan nama Perdana Menteri.

"Beliau mesti mengambil tindakan undang-undang ke atas Hurriyet supaya tidak ada pihak lagi yang berani membuat laporan yang disifatkan Perdana Menteri sebagai tidak betul langsung dan satu pembohongan," katanya.

Namun, kata Mahfuz lagi, perkara yang lebih baik untuk dilakukan ialah menubuhkan sebuah jawatankuasa siasatan untuk menyiasat bagaimana berita itu boleh disiarkan oleh akhbar Turki itu dan apakah motif akhbar tersebut dalam menyiarkan berita itu.

"Penubuhan jawatankuasa itu bukanlah sesuatu yang berlebihan untuk membersihkan nama baik Perdana Menteri. Jika beliau sendiri yang menafikan, orang boleh kata, tidak ada siapa pun yang akan mengaku jika menghadapi keadaan seperti yang dihadapi oleh Perdana Menteri.

"Oleh itu, Perdana Menteri memerlukan pihak lain untuk membuat penafian dan membersihkan namanya setelah siasatan membuktikan laporan itu tidak betul langsung dan satu pembohongan," kata Mahfuz lagi.

Harakah keluaran terbaru mempersoalkan, benarkah Cobra Sultan, bot persiaran (yacht) bernilai sehingga US$8 juta itu dihadiahkan oleh seorang ahli perniagaan kepada Perdana Menteri?

Jika benar, perkara tersebut menimbulkan persoalan yang tidak berkesudahan; mengapa perahu layar itu dihadiahkan kepada Perdana Menteri, adakah perahu layar itu dihadiahkan oleh seseorang yang tidak mempunyai kepentingan perniagaan di negara ini, bolehkah Perdana Menteri menerimanya dan pelbagai persoalan lain.

Seseorang kakitangan awam ditegah dari menerima hadiah atau hamper yang bernilai lebih dari RM50.

Cerita bot persiaran mewah yang boleh memuatkan 14 penumpang itu pertama kali didedahkan kepada rakyat Malaysia oleh bekas Editor Eksekutif Malay Mail, Ahirudin Attan dalam blognya, Rocky's Bru

Ahiruddin memetik laporan Hurriyet mengenai lawatan Perdana Menteri ke bandar Bodrum "untuk melihat bot persiaran yang ditempahnya".

Beliau tiba di bandar itu dengan jet peribadi milik Penerbangan Malaysia.

Turut menyambut kedatangan Perdana Menteri ialah, tokoh keenam paling kaya di Asia, Tan Sri T. Ananda Krishnan. Kekayaan Ananda berjumlah kira-kira RM8.77 bilion.

Dalam lawatan itu, Perdana Menteri turut mengambil kesempatan untuk memancing dengan menaiki sebuah bot mewah, "Obsessions", milik Kremala Holding.

Bot persiaran berukuran 44 meter panjang yang dilaporkan sebagai ditempah oleh Perdana Menteri itu diperbuat dari kayu Akaju, Maun, Sipo dan Brimanya yang diimport dari Afrika Selatan.

Ia dijangka dapat disiapkan dalam tempoh 16 bulan selepas Perdana Menteri dilaporkan menempahnya.

60 orang terlibat menyiapkan perahu persiaran itu.

http://harakahdaily.net/v061/index.php?option=com_content&task=view&id=5772&Itemid=28

12/21/06

Bantuan untuk mangsa banjir dihalang UMNO ?

UMNO halang Angkatan Muda Negeri Sembilan bantu mangsa bencana alam.
Kenyataan Media - 21 Disember 2007
Hujan yang lebat semalam telah mengakibatkan paras air sungai di beberapa kawasan khususnya sekitar Johor, Melaka Negeri Sembilan naik mendadak. Beberapa kawasan seperti Pekan Gemas di tenggelami air.

Sebaik sahaja mendapat berita mengenai bencana tersebut maka Pusat Aduan Rakyat (di bawah Angkatan Muda Negeri Sembilan) telah memanggil satu mesyuarat tergempar. Mesyuarat jam 3.00 petang di Senawang, Seremban itu telah memutuskan untuk menghantar dua pasukan bantuan ke Gemas / Tampin dan satu pasukan berjaga – jaga di kawasan sekitar Linggi.

Kebetulan Setiausaha Angkatan Muda Negeri Sembilan Amiruddin Abd Wahab sedang berada di rumah bapa mertua beliau di Felda Sg. Kelamah yang juga teruk dilanda banjir. Maka beliau di hubungi dan di arahkan untuk bertemu ketua kampung kawasan tersebut dan memaklumkan mengenai bantuan yang akan dihantar oleh Angkatan Muda Negeri Sembilan. Jam 6.30 petang kami di hubungi semula oleh Amir yang mengatakan 30 orang keluarga terlibat, Sekolah Kebangsaan Sungai Kelamah dijadikan pusat perpindahan namum hanya 6 keluarga setuju berpindah pada ketika itu dan ketua kampung tersebut iaitu Saudara Md Zin amat gembira untuk menerima bantuan tersebut dan bersetuju untuk menunggu dan membantu agihan tersebut.

Maka serentak dengan itu saya mengetuai pasukan pertama dan bertolak ke Felda Sg. Kelamah. Kami membawa bekalan makanan bernilai RM 1000 ringgit dan sedikit wang tunai untuk di agihkan kepada 30 keluarga mangsa.

Oleh kerana banyak jalan ditenggelami air kami terpaksa berpatah balik menukar jalan beberapa kali. Perjalanan yang biasanya mengambil masa 2 jam 30 minit menjadi hampir 4 jam. Jam 11malam kami tiba di Felda Sg Kelamah, Amir cuba menghubungi ketua kampung namun panggilan tidak di angkat.

Kami terus menuju ke sekolah yang menjadi pusat permindahan. Namun kami disambut oleh Saudara Wahid Bin Dol (No tel : 06 434 9806) yang memperkenalkan diri sebagai Setiausaha JKK Kampung dan Hj. Ramli (No Tel : 012 3743468) sebagai Bendahari. Mereka menyatakan bahawa mereka telah menerima arahan untuk tidak membenarkan mana – mana pihak khususnya parti politik menghulurkan bantuan kepada mangsa. Kami di arahkan untuk menghubungi Jawatankuasa Bencana yang di Pengerusikan oleh Pegawai Daerah untuk menyalurkan bantuan. Mereka meminta kami jangan mengedarkan bantuan dan pulang sahaja.

Pelik dengan perkembangan ini kami terus ke rumah Saudara Md Zin, Ketua Kampung untuk meminta penjelasan. Beliau memohon maaf kerana beliau tidak boleh menerima dan membenarkan kami mengedarkan bantuan kerana telah menerima arahan dari Pejabat Daerah malah Polis Daerah juga telah menghubungi beliau memberikan arahan yang serupa. Bila di tanya adakah ini arahan Menteri Besar dan Wakil Rakyat kawasan beliau berdiam dan tidak menafikan.

Kecewa dengan perkembangan tersebut kami mula bergerak meninggalkan kawasan tersebut, namum dalam perjalanan keluar kami ditahan oleh seorang pemuda bermotorsikal.

Beliau menyatakan kekecewaan dengan perkembangan tersebut. Beliau dengar semua perbualan kami di sekolah sebentar tadi. Beliau berkata sehingga kini tiada sebarang bantuan yang sampai, apa salahnya di ketepikan masalah politik dan terima sahaja bantuan tersebut. Beliau menyatakan bahawa rumah semua JKK kampung dan Ketua Kampung tidak terlibat tetapi kasihani mereka yang dilanda bencana. Dengan bantuan beliau kami mengedarkan beberapa bungkusan bantuan makanan ke beberapa rumah yang terlibat. Malangnya ketika mengedarkan beliau telah lari kerana perasan kami di ekorai oleh beberapa orang bermotorsikal di percayai Polis Cawangan Khas yang mengambil gambar.

Oleh kerana tidak mengenali kawasan tersebut maka kami juga membuat keputusan meninggalkan kawasan tersebut.

Kami melahirkan rasa kecewa yang amat sangat dengan kejadian tersebut. Nampaknya pemimpin Umno gagal mengenepikan perbedaan politik walaupun dalam keadaan rakyat ditimpa bencana. Kerajaan Negeri Sembilan dan Mohamad Hassan sendiri harus menjawab perkara ini.

BADRUL HISHAM SHAHARIN
Pengarah Pusat Aduan Rakyat
0176688404

che'GuBard.
www.chegubard.blogspot.com
penerangan_keADILan@yahoo.com / badrul_angkatanmuda@yahoo.com
+6017 6688404

Kuliah Us Azman Syapawi 25 Dis Lenggeng, NS

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir ke
Majlis Kuliah Ilmu
Oleh Ustaz Azman Syapawi, Ketua Pemuda PAS Terengganu
Isnin 25 Disember 2006
Jam 9 malam

Bertempat di Markas PAS Kg Sungai Bioh, Sungai Jai, Lenggeng
(dekat rumah Mohd Ali Mokhtar @ Mansur)

Maklumat lanjut hubungi Sdr Zul 019-2818816

Kekosongan Guru Tusyen, Juruteknik dll di NS

KEKOSONGAN SEKTOR PERGURUAN
Guru Tuisyen Sepenuh Masa (4kekosongan) / Separuh Masa
Subjek Tumpuan :
PRA Sekolah
Sek Ren (Tahap 1, Tahap2 UPSR)
Bahasa Melayu, English, Math, Science

Sek Men (1,2,PMR)
English, Math, Science, Sejarah, Geografi

SPM ( Kelas Sains)
Fizik , Add Math, Kimia, Biologi

Berpotensi untuk bekerja lama (>Setahun)
Penginapan disediakan kepada bujang (Muslimat Shj)
Gaji sehingga RM 1000++ (Slps pengesahan & Insentif) *bagi sepenuh masa
Cintakan ISLAM & sanggup kerja susah keranaNYA
Kelebihan kepada Mesra Kanak-kanak, Bergaul dgn IbuBapa, Fasih Bahasa Inggeris, Mandarin
Berpengalaman Mengajar& Boleh Mengajar Al-Quran.
Graduan baru digalakkan memohon. Latihan diberikan.

Berminat ? Sila hubungi En Wan di 019-6619156 dan hantarkan resume ke email shaw79@yahoo.com atau poskan Ke :
Pusat Tuisyen Nurul Ilmi
No 26 Jln Beringin 4, Pekan Batu Kikir, 72200 Batu Kikir, Negeri Sembilan
Sebelum : 28hb Disember 2006

*****************************************
KEKOSONGAN SEKTOR INDUSTRI
Iwatsu (M) Sdn Bhd, Senawang, N.Sembilan is subsidiary of a multinational Iwatsu Electric Company Ltd (Japan). We are a leading manufacturer of key telephone systems and Oscilloscope looking for dynamic and dedicated Malaysians to fill the following vacancy :-

ERP SUPERVISOR
Department : ENTERPRICE RESOURCE PLANNING (ERP)
Posses a Diploma in Information Technology
Able to do PC Maintenance, Programming ~ Visual Basic will be added advantage
Knowledge in MRP, SQL
Computer literate
Fresh Graduate applicants also will be considered

QA / IPC TECHNICIAN
Department : QUALITY ASSURANCE
Posses a Certificate in Electronic / Electrical Engineering
Comfortable working under tight deadlines
Aggressive and able to work independently
Fresh graduate applicants also will be considered

SHIPPING STOREKEEPER
Department : SHIPPING
Able to communicate at all level ( English , Bahasa Malaysia)
Applicant should posses good communication skill and computer literate
Applicant should have strong leadership qualities with good interpersonal & supervisory skill
Computer literate and able to drive forklift .

Interested applicants are invited to submit their CV to En. Noorhan Mohd Nor ( Human Resource Dept ) . Contact No : 06-6777611 ext 125

12/20/06

Abdullah Nafi Beli Bot RM30 Juta

CARACAS, 20 Dis (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Rabu menafikan laporan sebuah akhbar Turki kononnya beliau telah membeli bot berharga RM30 juta.

"Ini satu penipuan. Saya tak tahu dari mana dia dapat maklumat itu," katanya kepada pemberita di sini di akhir lawatan tiga harinya ke Venezuela.

Perdana Menteri diminta mengulas laporan akhbar berkenaan kononnya beliau telah pergi ke Bodrum di Turki baru-baru ini untuk melihat bot itu yang ditempahnya empat bulan lepas.

Menurut laporan itu, bot berkenaan diperbuat daripada kayu yang diimport dari Afrika Selatan dan dijangka siap dalam masa 16 bulan.

Abdullah berkata beliau akan menuntut akhbar itu membuat pembetulan.

"Memang saya ada di Turki tetapi saya tidak pergi melihat bot," kata Perdana Menteri yang singgah di negara itu dalam perjalanan ke sini.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=237511

DEMO BESAR-BESARAN BANTAH TOL NAIK 7 JAN 07 ;-(

MTUC, PKR, PAS, DAP dan lain-lain persatuan akan menganjurkan demo besar-besaran di Lebuhraya Damansara Puchong pada AHAD 7 Januari 2007 untuk membantah kenaikan tol. Kepada mereka yang prihatin dan ingin turut serta dalam demo ini sila ikuti perkembangan terkini di internet dari masa ke semasa.

Toll hike: Demo planned for Jan 7
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Hrkh) - A series of events which culminate with a demonstration on Jan 7, will be organized by the three major opposition parties as well as non governmental organizations and trade union to oppose recently announced toll hike.

The demonstration was planned to be held at the Lebuhraya Damansara-Puchong(LDP) - one of the five stretches of highway which saw some 20 to 60 percent increase in its rates.

Prior to the demonstration, a memorandum will be sent to Prime Minister Datuk Seri Abdullah Badawi in Putrajaya at 10am on Dec 27 to oppose the hike.

This will be followed by a forum at 8pm to be held at the Selangor Chinese Assembly Hall here on the same day.

A committee against the toll hike chairman Syed Shahir Syed Mohamud said he opposed the hike and expressed disappointment that the government had decided to go ahead with the hike after previous fuel, water and electricity tariff hike.

“The rakyat has to put up with all sort of hikes one after the other and this definitely burden the low and the middle income earner,” he said when met after a recent meeting to oppose the hike.

Among those present at the meeting were PAS treasurer Dr Mohd Hatta Ramli, DAP publicity secretary Theresa Kok, Parti Keadilan Rakyat (PKR) information chief Tian Chua, Parti Sosialis Malaysia pro-tem secretary general S. Arutchelvan and representatives of non-governmental organizations (NGO).

Strong signal needed from the rakyat

Syed Shahir who is also the Malaysian Trade Union Congress (MTUC) president said the toll hike would be felt by anyone especially those who resides in the Klang Valley.

“You just can’t go anywhere without paying toll,” he said.

He also said that a lot of workers has been complaining that they were not getting any salary increment but yet they have to keep up with rising cost of living.

“We just have to be sensitive. We can no longer take the approach of being insensitive,” he said.

“ We must send a strong signal that we are serious against the toll hike,” he said adding that otherwise government leaders would be complacent and developed a habit of telling themselves that the rakyat would only “make a noise” just for “two or three weeks”.

He also questioned why the agreement between the concessionaries and the government which provided for the hikes had been kept in a shroud of secrecy.

He also lambasted arguments by the government which said that the hike was still lower to several countries as not being compared fairly.

“You have to look at a lot of things to make a comparison. What about our road quality? How many tunnels or bridges that we have?,” he said

He also noted that in certain countries tolls were meant to keep traffic out of town centres.

“We are being tolled even if we were going out of town,” he said.

Skim Dinar Iraq Satu Penipuan - PPIM

Avoid Investing In Iraqi Dinar Scheme Warning
KUALA LUMPUR, Dec 20 (Bernama) -- The Malaysian Islamic Consumers Association Tuesday cautioned the public against a suspicious Iraqi dinar investment scheme, saying they could end up losers.

The association's project director, Noor Nirwandy Mat Noordin, said the scheme might be illegal and hoped that the public would not be duped by its attractive returns.

"Malaysians' excitement over fast and attractive returns has been a worrying phenomenon. The excitement over illegal investment schemes like the Swiss cash can backfire and they can be burnt," he said in a statement released here.

Noor Nirwandy said the Iraqi dinar investment plan operates on a pyramid scheme concept where investors are promised a return on investments of up to RM243,375 in one month.

As such, those who have information on such a scheme are requested to contact the association's hotline at 019-3591000 or its website at www.muslimconsumer.org.my, or to inform the central bank, he said.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v3/news.php?id=237476

Sila Semak Kad Pengenalan Anda di Laman Web SPR

Anda sudah berumur 21 tahun. Adakah anda telah berdaftar sebagai pengundi dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) ? Mungkinkah telah ada orang lain mendaftarkan anda di SPR ?

Mudah sahaja pergi ke link ini http://daftarj.spr.gov.my/ dan masukkan No Kad Pengenalan anda. Anda akan terus mengetahui samada anda telah berdaftar atau belum, atau ada orang lain menggunakan kad pengenalan anda, serta di mana tempat anda mengundi.

Sila periksa samada ahli keluarga anda juga telah berdaftar, ibu, ayah, adik beradik, jiran tetangga.

Sekiranya anda ingin menukar alamat tempat mengundi, pastikan anda menukar alamat di MyKad terlebih dahulu. Bayaran untuk tukar alamat pada MyKad ialah RM 10 dan tempoh siap MyKad alamat baru ialah sebulan. Maklumat lanjut pejabat Pendaftaran Negara berhampiran anda ialah di http://www.jpn.gov.my

Setelah anda menukar alamat pada MyKad barulah anda boleh menukar tempat mengundi dengan mengunjungi pejabat SPR yang berhampiran. Khidmat SPR adalah percuma. Maklumat lanjut mengenai SPR ialah di http://www.spr.gov.my

12/18/06

Pak Lah beli bot mewah peribadi RM 30 juta ?

Betulke laporan akhbar Turki ini yang mengatakan Pak Lah menempah bot mewah peribadi beharga RM 30 juta di Turki ? Kalau tak betul ini satu fitnah, dan Pak Lah mesti menyaman akhbar Turki ini atau Rockybru yang mungkin tersalah terjemah artikel tersebut.

Kepada penduduk Lembah Kelang dan rakyat Malaysia Selamat Menyambut Kadar Tol Baru sempena Tahun Baru ini.

http://rockybru.blogspot.com/2006/12/pms-rm30-million-yacht.html#links

The PM's RM30 million yacht
Malaysian PM here to see his (US$8 million) yacht. That's the headline from the Hurriyet, a Turkish paper I've got it translated .The report clearly said the luxury yacht belongs to the Malaysian Prime Minister. Not Ananda Krishnan's. The report did not say that it was given to Abdullah Badawi by the tycoon, either. It was very clear on the fact that this yacht, costing some RM30 million, is Abdullah's yacht.
Lost in translation? Or lost for word?

Hurriyet Newspaper
Malaysian Prime Minister here to see his boat
Malaysian Prime Minister, Abdullah Ahmed Badawi arrived in Bodrum yesterday to see his boat which he ordered four months ago. Badawi arrived in Bodrum at 1.30 am with a private jet that belongs to Malaysia Airlines.
The head official of Milas, Bahattin Atci, and Malaysian businessman Ananda Krishnan, who is the sixth richest man in Asia, welcomed Badawi. Kamil Sezgun, who is the director of Kobra Yachting and Tourism Ltd Co, was also present.
Badawi and his friend Krishan went to Gokova for fishing with a luxury motor yacht belonging to Kremala Holding, which was brought over here from Malta. The luxury yacht "Obsessions" is 40-meter long, made in the Netherlands and the captain of the yacht is Cavit Kabak. The yacht was anchored in Milta Marina.
Badawi said he loves Bodrum and south Aegean and the Mediterranean so much. It's a great pleasure for him to be here fishing and resting on the line (horizon) that connects blue and green (ocean and land).

The boat will cost 8 million dollars
The boat is made of Akaju, Maun, Sipo and Brimanya's tree which is imported from South Africa. It is expected to be completed in 16 months. Some 60 people are involved in the construction of the boat. The boat will be delivered after 12 months (since he ordered it four months ago). The capacity of the boat is for 14 people and the length is 44 meters. The boat will cost 8 million US dollars.

Temui Akhil Hayy 28 Dis ini di Seremban

CERAMAH UMUM

KHAMIS 28 Disember 2006
Jam 9 malam
Di Perkarangan PAS Cawangan Ampangan, Seremban(sebelah Surau Hitam)

Bersama
Ustaz Mujahid Yusof Rawa - Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat
Akhil Hayy – Artis Nasyid Solo Tanahair , Mantan Penyanyi Rock D'Riyadh

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Maklumat lanjut hubungi Cikgu Hassan Taha 013-3426346

12/17/06

PesTa TahuN BaRu utk RemaJa d’ Masjid Senawang

PESTA TAHUN BARU KHUSUS UNTUK REMAJA

Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang
Tarikh : 30 – 31 Disember 2006 (Sabtu – Ahad)
Penyertaan : Terbuka kepada remaja berumur 12 hingga 15 tahun dari seluruh Malaysia (terhad kepada 150 orang peserta sahaja). Remaja lelaki tidur di masjid, remaja perempuan pulang ke rumah selepas makan malam dan datang semula jam 7 pagi
Yuran penyertaan : Cuma RM 20 seorang
Anjuran : KRJ (Kelab Remaja JIM)

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut hubungi Pengarah Program : Sdr Ahmad Atiq bin Zulkepli 012-6335713

Antara acara menarik :
**PengAlaman Ibadah Korban Secara PraKtikal
**TakBir Idil Adha ReMaja Malaysia

Sumbangan untuk menjayakan program ini adalah amat-amat dialukan untuk menjayakan program remaja agar mereka tidak lalai dengan sambutan tahun baru dengan pesta muda mudi yang bergaul bebas. Bersama kita membentuk remaja Islam, generasi pemimpin masa terdekat. Sumbangan dalam bentuk hamper untuk kuiz, cenderahati peserta, wang ringgit adalah amat diharapkan dan dialu-alukan.

TENTATIF PROGRAM

SABTU 30 Dis 06
8 pg – Pendaftaran
9.30 pg – Perasmian
10.30 pg – Pecah Ais (Ice Breaking)
11.30 pg – Sambutan Tahun Baru
1.15 tgh – Solat Zuhr dan makan tengahari
2.30 tgh – GAMES
4.30 ptg – Solat Asr
5 ptg – EXPLORASI
7 mlm – Solat Maghrib & Makan Malam
8.30 mlm – Solat Isya & TAKBIR IDIL ADHA
9.30 mlm – IBADAH KORBAN
11 mlm – Minum malam & tidur

AHAD 31 Dis 06
4 pagi – QIYAM
6 pagi – Solat Subuh
7.30 pagi – Solat Sunat Idil Adha
9.30 pagi – Ibadah KORBAN
1 tgh – HAI HAI BAI BAI

12/15/06

Rakyat akan terus undi BN walaupun tol naik !

Kepada mereka yang berkobar-kobar marahkan kerajaan BN sekarang ini kerana menaikkan kadar tol, menaikkan harga minyak, menaikkan tarif air dan elektrik dan lain-lain Barang Naik, janganlah berangan-angan BN akan kalah dalam pilihanraya akan datang.

Ini adalah kerana BN sudah yakin walau sebanyak mana tol dinaikkan, walau sebanyak mana harga minyak dinaikkan, rakyat akan senyap. Kalau bising pun mungkin 2-3 hari. Kalau buat demo pun mungkin muka yang sama dan paling ramai pun 1000 orang.

Selagi ini berlaku, janganlah berangan-angan BN akan ditewaskan pada pilihanraya akan datang. Janganlah harapkan pemimpin PAS, DAP, Keadilan yang dua tiga kerat lantang bersuara, mengeluarkan duit poket sendiri untuk berdemo dan sebagainya, membiarkan diri mereka berisiko untuk dibelasah FRU, dikenakan tahanan ISA dan sebagainya untuk menumbangkan kerajaan BN.

Oleh itu rakyat yang marahkan kerajaan yang naikkan tol, minyak dan lain-lain, jangan marah dan salahkan kerajaan. Salahkan diri sendiri terlebih dahulu yang tidak bersungguh-sungguh menegakkan keadilan, membanteras kezaliman.

Forum Dua Ulama N.Sembilan 24 Dis Senawang

FORUM PERDANA
Tajuk : “Kewajipan Berilmu”

Ahli Panel :
Dr Zulkifli Al Bakri – Ahli Majlis Fatwa NS, Pensyarah Kolej UNITI
Yg Bhg Us Mohd Zaidi Ramli – Timbalan Mufti Kerajaan N.Sembilan Darul Khusus

Tarikh : AHAD 24 Disember 2006
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang

Semua Dijemput Hadir

Anjuran :
Pusat Pengajian Imitiyaz & Masjid Bandar Baru Senawang

Maklumat lanjut hubungi :
Us Norazman 019-6400062

12/14/06

Rakyat Terengganu Bankrap ???

Apa sudah jadi dengan ekonomi Terengganu ? Dengar cerita begitu hebat. Dengan Monsoon Cup di Pulau Duyong yang menelan belanja ratusan juta ringgit. Harian Metro 14 Dis 2006 melaporkan keadaan sebenar ekonomi rakyat Terengganu.

Peniaga tertekan - Oleh Alias Mohamed am@hmetro.com.my
KUALA TERENGGANU: Satu ketika dulu peniaga di stesen bas Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT), cukup selesa apabila perniagaan mereka laris.

Tetapi tidak kini apabila ramai yang terpaksa gulung tikar, terutama pekedai menjual kain, baju, bunga serta peniaga emas di tingkat atas stesen itu.

Malah, keadaan semakin sukar apabila tempat yang menjadi tumpuan ramai itu kini semakin dijauhi apabila ia dikatakan menjadi tempat pelajar ponteng serta remaja melepak.

Peniaga, Mohamad Zali Zakaria, 43, mendakwa pendapatan diperoleh merosot 50 peratus berbanding mula berniaga di situ kira-kira 12 tahun lalu.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan dia menghadapi kesukaran membayar sewa kedai RM120 sebulan.

“Masalah turut dialami peniaga lain yang mengeluh kerana perniagaan mereka semakin merosot dan ramai yang gulung tikar kerana tidak mampu membayar sewa,” katanya.

Seorang lagi peniaga, Esah Ismail, 49, berkata masalah peniaga kecil perlu diberikan perhatian agensi berkaitan supaya mereka tidak terus gulung tikar.

Katanya, sebahagian besar peniaga di stesen bas MPKT adalah peniaga yang berniaga di tapak stesen bas lama di kawasan berhampiran.

Peniaga emas, Rohani Ismail, 43, mendakwa tidak selesa menjalankan perniagaan apabila atap tempat berniaga bocor.

“Ia berlarutan sekian lama dan setiap kali hujan terpaksa tutup kedai apabila air bertakung dalam kedai,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Peniaga Stesen Bas MPKT, Zakaria Abdullah, berkata, pihaknya sedar pelbagai masalah peniaga terbabit dan sudah mengambil beberapa tindakan untuk menanganinya.

“Buat masa ini, kita menggalakkan pihak berkenaan, khususnya ahli jawatankuasa persatuan peniaga mengambil tindakan sewajarnya jika ada perkara yang perlu diperbaiki,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Thursday/Setempat/20061214104325/Article/indexm_html

DEMO US keluar dari Iraq 15 Dis KL

Himpunan Membantah Keganasan Rejim Zionis di Gaza dan Pencerobohan Amerika di Iraq pada 15 Disember 2006 selepas solat Jumaat dihadapan kedutaan Amerika untuk siaran dalam Harakah.

Sukacita dimaklumkan bahawa pada 15 December 2006, Hari Jumaat akan diadakan satu demostrasi bagi membantah Keganasan Rejim Zionis di Gaza dan Pencerobohan Amerika di Iraq.

Majlis akan berlangsung sebagaimana berikut;

1.07 pm - Solat Jumaat di Masjid KLCC
Selepas Solat - Berkumpul dan berarak ke kedutaan US
Sumbangan untuk Tabung Kemanusiaan Antarabangsa PAS bolehlah disalurkan melalui akaun PARTI ISLAM SEMALAYSIA di Maybank, No. Akaun 5670 7070 3248.

http://harakahdaily.net/v061/index.php?option=com_content&task=view&id=5665&Itemid=28

Jangan biarkan budaya prom menular di Malaysia

Utusan Malaysia 14 Dis 06 - KINI ramai remaja didedahkan dengan majlis prom terutamanya di sekolah-sekolah yang terletak di kawasan bandar. Prom adalah satu majlis keramaian yang dikhaskan untuk para remaja yang baru menamatkan pengajian di sekolah menengah.

Majlis ini secara tradisinya bermula pada abad ke- 18 di Amerika Syarikat bertujuan untuk mendedahkan remaja dengan kehidupan yang lebih teratur dan beretika dalam pergaulan.

Perkataan prom berasal daripada perkataan promenade yang bermaksud majlis tarian yang formal di mana para jemputan memperagakan fesyen pakaian dan gaya tarian masing-masing. Pada mulanya prom diadakan di dewan-dewan sekolah, tetapi akhirnya berpindah ke hotel.

Apabila tarikh prom diumumkan di sekolah, setiap pelajar lelaki akan ‘melamar’ pelajar perempuan untuk bersama-sama ke majlis tersebut.

Adalah sesuatu yang amat ‘memalukan’ jika seseorang pelajar hadir tanpa pasangan. Akan tetapi, trend remaja Amerika kini sudah berubah dengan pelajar perempuan menjadi semakin agresif untuk ‘melamar’ pelajar lelaki pilihan mereka ke majlis tersebut.

Prom yang asalnya menjadi pentas yang lebih sopan kini telah menjadi medan untuk menunjuk-nunjuk kemewahan apabila keadaan ekonomi rakyat Amerika menjadi bertambah baik.

Prom kini sudah menjadi seolah-olah malam anugerah bintang dengan mereka yang berkemampuan akan muncul dengan menaiki limosin.

Majlis prom dimulakan dengan muzik yang konservatif dan menjadi semakin rancak selepas itu. Kesemua mereka akan menari berpasang-pasangan sehingga di akhir majlis puteri dan putera Prom akan dipilih.

Muzik liar diselangi dengan muzik romantik akan terus dimainkan dan setelah majlis tersebut tamat kebanyakan pasangan itu terus dengan ‘agenda tersendiri’ mereka sehingga ke pagi di bilik-bilik hotel dan tempat lain.

Wajarkah budaya ini menular dan dibiarkan subur di kalangan remaja Malaysia? Sudah tentu tidak.

Budaya

Mungkin prom di Malaysia belum lagi sampai ke tahap Amerika, tetapi jika budaya ini terus dipupuk sudah pasti akhirnya ia akan menuju ke arah yang sama.

Kita telah meniru budaya ragging dan menyaksikannya sehingga ia menjadi tidak terkawal dan mengakibatkan kehilangan nyawa remaja seperti yang berlaku di sebuah sekolah agama berasrama di Negeri Sembilan sedikit masa dahulu.

Ragging yang pada mulanya bertujuan untuk berkenal-kenalan telah menjadi budaya buli dan dera sehingga Kementerian Pelajaran terpaksa berbelanja untuk menganjurkan kempen khas bagi membanterasnya.

Diharap tindakan segera diambil bagi memastikan agar prom tidak menjadi satu lagi ancaman terhadap budaya dan tatasusila murni kita.

ZULKEFLI MOHAMAD,
Setiausaha Penerangan,
Persatuan Pengguna Islam Malaysia.
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=1214&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm

Bantulah Kami Kembali Ke Sekolah

Sempena pembukaan penggal persekolahan 2007 ini, NISA Negeri Sembilan akan menganjurkan Program “SAYANGI KAMI” – “Bantulah Kami Kembali Ke Sekolah” Siri ke 2 bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar miskin dan anak-anak yatim sekitar Negeri Sembilan memasukki sessi persekolahan 2007 nanti.

Justeru itu NISA N.Sembilan menyeru kepada orang ramai yang sudi menghulurkan sumbangan berbentuk pakaian sekolah, kasut sekolah, beg sekolah, yuran, wang saku dan sebagainya bolehlah menghubungi Pengarah NISA N.Sembilan Pn Norwani Ahmat di talian 013-3851202 atau melalui e-mel halwan9@yahoo.com atau pun boleh menghubungi AJK NISA N.Sembilan Pn Nur di talian 017-3629686.

Majlis penyerahan sumbangan ini akan diadakan pada 28 Disember 2006 bertempat di Ampangan, Seremban.

Semoga sumbangan tuan / puan semua akan mendapat keberkatan dan kerahmatan Allah.

12/12/06

Cina NS sokong peraturan pakaian seksi

Saya, Yau Con Seng hari ini ingin membidas sekeras-kerasnya kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Organisasi Pemuda MCA Negeri Sembilan, En Lee Kee Cheong berhubung isu etika pakaian wanita yang dibangkitkan oleh YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abd Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan Darul Naim yang juga Mursyidul Am PAS Pusat.

Saya juga ingin membidas kenyataan En Lee Kee Cheong yang juga merupakan Pembantu Khas kepada ADUN Temiang , YB Dato’ Lee Yuen Fong dalam surat khabar harian Cina bertarikh 8 Dis 2006 melambangkan bahawa MCA sebenarnya menggalakkan kaum wanita khususnya wanita Cina berpakaian seksi dan menyifatkan sesiapa yang tidak berpakaian seksi merupakan wanita yang tidak berilmu dan ketinggalan zaman. Dalam kenyataan En Lee Kee Cheong baru-baru ini dalam surat khabar harian Cina, beliau menyifatkan PAS sebagai ketinggalan zaman,tidak menghormati kaum wanita dan tidak prihatin dalam isu-isu semasa khususnya dalam soal etika pemakaian kaum wanita.

Saya beranggapan bahawa kenyataan MCA tersebut sebenarnya berniat jahat dan sengaja ingin memutarbelitkan kenyataan dari YAB Menteri Besar Kelantan. YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abd Aziz bin Nik Mat baru-baru ini menyarankan agar etika pemakaian yang lebih sopan di kalangan wanita perlu dipraktikkan di negeri tersebut sebagai satu usaha bagi mengurangkan kadar jenayah khususnya jenayah rogol yang semakin berleluasa akhir-akhir ini.

Saya juga turut menyelar kenyataan dangkal MCA yang mengaitkan bahawa larangan berpakaian seksi ini akan menjejaskan ekonomi dan persiapan Tahun Melawat Malaysia 2007. Inilah bukti bahawa MCA dan kerajaan Barisan Nasional sebenarnya tidak menghormati maruah wanita dan sering mengeksploitasi wanita dengan menggalakkan pemakaian seksi dengan alasan untuk menarik pelancong datang ke negara ini.Mereka sanggup mengorbankan maruah kaum wanita semata-mata untuk kepentingan mereka. Saya menyeru semua persatuan wanita dan NGO wanita supaya membuat bantahan kepada kenyataan MCA yang jelas menghina dan merendahkan martabat kaum wanita. Pakaian seksi sebenarnya tiada kaitan langsung dengan usaha meningkatkan industri pelancongan kerana pelancong-pelancong datang melawat sesebuah negara untuk melihat budaya dan keindahan negara tersebut. Saya juga menyeru agar semua pengundi wanita di seluruh negara memboikot calon-calon MCA dan Barisan Nasional dan memberi undi kepada calon-calon BA dalam pilihanraya yang akan datang ini sebagai satu hukuman kepada MCA atas kenyataan tidak bertanggungjawab ini.

Buat masa ini kod etika berpakaian yang melarang kepada orang awam berpakaian seksi dan juga batasan-batasan dalam berpakaian juga sebenarnya telah termaktub dalam undang-undang kecil (By Laws) dalam Akta Kerajaan Tempatan. Saya ingin bertanya kepada En Lee adakah parlimen Malaysia tidak bertamadun dan ketinggalan zaman apabila tidak membenarkan mereka yang berpakaian seksi masuk ke dalam parlimen walaupun sekadar menjadi pemerhati.

Akhirnya, saya memberi tempoh satu minggu kepada En Lee Kee Cheong supaya menarik balik kenyataan biadap beliau seterusnya memohon maaf kepada YAB Menteri Besar Kelantan dan seluruh kaum wanita di negara kita ini, seandainya beliau gagal berbuat demikian, saya dan Kelab Penyokong PAS akan mengadakan gerakan besar-besaran mendedahkan kenyataan tidak bertanggungjawap MCA ini kepada seluruh rakyat Malaysia. Saya juga menggesa supaya Presiden MCA , YB Dato’ Seri Ong Ka Ting supaya mengambil tindakan tegas dengan memecat En Lee Kee Cheong atas perbuatan biadap ini.

Akhir sekali, saya ingin bertanya kepada pemimpin-pemimpin UMNO berkaitan isu ini kerana agama Islam menuntut wanita Islam supaya berpakaian sopan dan menutup aurat. Soalan saya kepada anda semua ialah “UMNO, what is your stand ?!”

Yang benar,
En Yau Con Seng
Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pusat
12 Dis 2006

Harakah Kritik PAS N.Sembilan

“Begitupun ada yang kecewa dengan sikap berdiam diri PAS Negeri Sembilan”

Syabas kepada Harakah yang terbuka dalam laporan mereka, bukan hanya mereka mengkritik UMNO, kerajaan Negeri Sembilan pimpinan Dato Seri Mohammad Hassan malah Harakah turut mengkritik PAS N.Sembilan, semua ini adalah untuk rakyat sendiri menilai semua pihak dan demi kebaikan rakyat Negeri Sembilan. Bukankah itu demokrasi dari kacamata Islam namanya ? Takkan Negeri Sembilan saja , negeri lain macamana ?

**************************************
SEREMBAN, 12 Dis (Hrkh) - Pergeseran dalaman Umno tidak boleh dirahsiakan lagi selepas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan serangan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sejak awal tahun 2006.

Ujian demi ujian dan kritikan demi kritikan dihadapkan kepada Abdullah dari semasa ke semasa hingga akhirnya Umno dilihat kian kelabu dengan masalah dalaman yang sukar untukdiatasi meskipun Perhimpunan Agung Umno yang dikatakan sebagai medan perpaduan ahli parti sudah berlalu.

Umno 'retak menanti belah'

'Retak menanti belah', inilah ungkapan yang boleh disamakan dengan keadaan dalam Umno hari ini meskipun Dr Mahathir senyap seketika, namun konco-konconya pula kini menyerang pentadbiran orang kanan Abdullah.

Antaranya serangan peribadi ke atas Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Mohamad Hassan oleh Adun Lenggeng, Dato'Ishak Ismail dalam Sidang Dun Negeri Sembilan minggu lalu.

Ishak adalah tokoh politik yang sangat dikenali di negeri ini yang dikatakan sebagai penyokong kuat kepada bekas PM kerana pembabitannya dalam program-program bersama Dr Mahathir yang dijalankan di negeri ini.

Malah Ishak juga pernah secara terbuka menyokong kritikan Dr Mahathir ke atas Abdullah yang dilaporkan oleh sebuah akhbar online satu masa lalu.

Dalam pergeseran ini bukan Khairy yang jadi topik tetapi pembabitan abang Menteri Besar, Dato' Azman Hassan dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri dan pengagihan kontrak mula menjadi 'peluru' kepada Ishak untuk membedil orang kuat PM ini (Mohamad Hasan).

'Berbulu'

Harakahdaily difahamkan bahawa Ishak sememangnya 'berbulu' dengan gelagat Azman yang didakwanya sebagai 'mastermind' dalam pentadbiran kerajaan pimpinan adiknya yang hanya naik kejawatanMB kerana dikenali sebagai tokoh yang paling rapat dengan Abdullah.

Tidak cukup dengan menghentam Mohamad di dalam dewan, di luar dewan Ishak terus menerus mengecam dan mengkritik kepimpinan Mohamad, malah di satu program bersama ahli Umno di Dun Lenggeng Ishak memperlekeh corak pentadbiran Mohamad yang lemah.

Mengulas isu tersebut Pengarah Pusat Aduan Rakyat Angkatan Muda KeADILan Negeri Sembilan (AMKNS), Badrul Hisham Shaharin, berkata seluruh rakyat negeri ini sememangnya tahu soal campur tangan keluarga Menteri Besar dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Katanya campur tangan itu khususnya dalam isu pengagihan projek dan hal pentadbiran yang lain.

Tandatangan MB tidak laku?

"Perkara ini sudah menjadi perbualan terbuka ramai orang tahu, bukan orang biasa, orang keADILan atau PAS yang cakap. Perkara ini diperkata orang Umno. Ramai orang Umno juga datang mengadu," katanya.

Badrul Hisham juga menyifatkan bahawa Mohammad sebagai MB yang lemah yang terpaksa bergantung kepada Azman untuk mengawal Umno Negeri Sembilan.

Malah beliau terpaksa melantik abangnya sebagai Setiausaha Umno Negeri Sembilan serta Ahli Majlis dan perbagai jawatan lagi bagi mengukuhkan kedudukannya di negeri tersebut, katanya lagi.

Salah seorang ahli Umno yang tidak mahu dikenali berkata, apa yang dibangkitkan Ishak dalam dewan ialah menifestasi protes dalaman Umno.

Ramai kontraktor yang dahulunya kuat menyokong Umno negeri dipinggirkan hanya kerana dilabel orang kuat bekas Menteri Besar, Tan Sri Isa Samad.

"Dahulu semua orang berlumba nak jumpa MB dapatkan tandatangan sokongan untuk banyak benda tapi kini dapat sign MB tak membawa makna apa–apa jika tidak dapat 'endorsement' abang MB” katanya yang juga salah seorang ketua cawangan Umno di sini.

Kecoh

Sidang DUN Negeri Sembilan kecoh dan hangat dengan isu mengenai campur tangan Azman dalam pentadbiran kerajaan negeri. Isu ini telah mengheret tiga wakil BN bertikam lidah.

Dua wakil rakyat terbabit, Adun Palong, Aziz Samsudin dan Adun Sungai Lui, Zainal Abidin Ahmad yang menegur Ishak yang didakwa menimbulkan isu yang boleh mengaibkan orang lain.

Ketika membahaskan Belanjawan 2007, Ishak meminta Mohamad menasihatkan abangnya agar tidak campur tangan dalam pentadbiran kerajaan negeri dan memberi tekanan kepada pegawai awam.

"Perkara ini (memberi tekanan) berlaku kepada seorang pegawai kerajaan dalam satu majlis, baru-baru ini," katanya tanpa menyebut nama abang Menteri Besar, tetapi jelas merujuk kepada abang Menteri Besar yang juga Setiausaha Umno negeri, Azman Hasan.

Kenyataan itu mengundang reaksi daripada Aziz yang berpendapat Ishak mengaibkan Mohamad.

Zainal Abidin juga menggunakan peluang ketika sesi perbahasan untuk mengingatkan Ishak supaya mengamalkan budi bahasa dan sopan santun seperti yang disasarkan kerajaan.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melancarkan kempen berbudi bahasa dan wajarlah kita semua berusaha mengamalkan budaya itu," katanya.

Seleweng

Ishak berkata, beliau tidak berniat mengaibkan sesiapa dan teguran berhubung isu abang Menteri Besar dibuat untuk kebaikan semua pihak, kerana terlalu banyak orang mengadu menganai campur tangan keluarga Menteri Besar dalam pentadbiran kerajaan.

Terdahulu sebelum ini AMKNS turut mendedahkan isu penyelewengan Dana Kemiskinan sejumlah RM4.5 juta yang didakwa digunakan untuk ubah suai rumah MB Negeri Sembilan.

Dakwaan itu dibuat berasaskan kepada laporan audit tahun 2005 yang dibentang di Parlimen.Begitupun sehingga kini Mohamad tidak pernah mengeluarkan kenyataan menafikan tuduhan itu atau mengakuinya.

Dapatkan orang kuat PM ini terus mencatur politik negeri untuk satu penggal pilihan raya lagi, atau Ishak akan terus mencari jalan untuk menghentam Mohamad dengan kesumat yang berterusan.

Begitupun ada yang kecewa dengan sikap berdiam diri PAS Negeri Sembilan dalam isu ini malah isu yang membabitkan kerajaan negeri serta penyelewengan Dana Kemiskinan tatkala AMKNS giat menjalankan penerangan berhubung isu tersebut.

Reaksi dari pimpinan mahupun orang yang sepatutnya tidak pernah timbul hinggakan ada ahli PAS yang menyatakan bahawa isu ini seakan tidak diketahui oleh pimpinan PAS Negeri Sembilan untuk diperjuangkan.

http://harakahdaily.net/v061/index.php?option=com_content&task=view&id=5637&Itemid=28

12/11/06

Kerajaan Cina pun larang berpakaian seksi

Apabila kerajaan Kelantan memperkenalkan undang-undang mereka yang berpakaian seksi , ramailah yang melatah. Mempertahankan has asasi , kebebasan seorang wanita. Begitulah serong pandangan masyakarat kita, apabila orang Islam yang membuat peraturan yang menghentam orang Islam juga.

Tapi kenapa pada tahun 2004 , kerajaan Cina juga mengeluarkan undang-undang berpakaian seksi, media Malaysia tak melatah, media dunia tak melatah ?

Agaknya kalau kerajaan Cina mengenakan hukum potong tangan mereka yang mencuri mungkin media akan senyap. Orang Islam akan senyap, orang Melayu akan senyap.

Berikut laporan mengenai undang-undang pakaian seksi di Cina. Siapa yang ada masa, bolehlah tolong terjemahkan, dan suruh orang Melayu Islam yang melatah tadi baca.

Kalau nak ikut undang-undang kakitangan kerajaan Cina ini, mereka tidak dibenarkan berpakaian ketat sepertimana juga wanita Melayu sekarang ini yang bertudung, tapi berpakaian baju serta seluar ketat yang menampakkan susuk badan mereka.

Kalau berani persilakanlah mereka yang membela wanita berpakaian seksi ini membuat bantahan kepada kerajaan Cina pula.

http://news.bbc.co.uk/2/hi/asia-pacific/3621864.stm

China bans 'sexy' female attire

Female civil servants in eastern China have been banned from wearing sexy clothes and told not to use "dirty" language in the office.

Women have been asked to refrain from wearing revealing tops and leggings as well as too much jewellery at work, state media report.

They should "dress in a serious, proper, simple and natural way".

The regulations are the first of their kind in the country, says the partly state-owned China News Service.

The clothes must not be "avant-garde and ostentatious", the regulations announced by the Zhejiang provincial archives bureau say.

Nor should they be "too thin and tight or showing the under-garments".

'Elegant'

The report also recommended women should adopt manners in line with their professional positions.

"They should use elegant language, avoid rude words and must not in any case use dirty or strange words," it said.

"When they receive guests or speak on the phone, they must say 'please' and 'thank you'," the report said.

"When they are dealing with people outside the office, they must be mindful of the government's image and their personal images."

Wu Ling, director of the women's commission of the bureau, said her office formulated the rules because more than 70 workers in the bureau's 90-strong office were women.

"The reason why we see dressing as a priority is because it is the first impression that people get from the female civil servants," she said.

12/7/06

Pertandingan Azan & Hafazan DIS 06 SeNawanG

Pertandingan Hafazan Juz Amma dan Azan
Peringkat Masjid Bandar Baru Senawang

Jumaat 29 Dis 2006
Jam 8 pagi – 4 ptg
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang

Terbuka kepada remaja dari kariah Masjid Bandar Baru Senawang

Anjuran : Badan Kebajikan , Masjid Bandar Baru Senawang

Taman-taman di dalam kariah Masjid Bandar Baru Senawang ialah :
Taman Anggerik, Taman Widuri , Taman Senawang Indah, Taman Jasmin, Taman Kobena, Taman Teratai, Taman Desa Ixora, Taman Desa Flora, Taman Desa Melor, Taman Satria, Taman Alamanda, Taman Desa Dahlia, Taman Bandar Senawang, Taman Kuartes Polis

Syarat-Syarat Pertandingan :
1. Penyertaan hendaklah melalui Pengerusi Surau setiap taman
2. Terdapat 2 kategori setiap pertandingan– Sekolah Rendah (7-12 tahun) dan Sekolah Menengah (13-17 tahun).
3. Pertandingan Azan hanya untuk pelajar lelaki.
4. Pertandingan Hafazan terbuka untuk pelajar lelaki dan perempuan.
5. Untuk pertandingan azan setiap taman hanya dibenar menghantar tidak lebih 3 orang wakil untuk setiap kategori.
6. Untuk pertandingan hafazan setiap taman hanya dibenar menghantar tidak lebih 2 orang wakil untuk setiap kategori.
7. Peserta lelaki hendaklah memakai baju melayu lengkap atau berjubah.
8. Peserta perempuan dikehendaki memakai baju kurung atau jubah serta bertudung.
9. Senarai nama peserta yang mewakili taman hendaklah diserahkan kepada Pengerusi Badan Kebajikan Masjid Bandar Baru Senawang sebelum Khamis 21 Disember 2006.

Hadiah-hadiah
Johan untuk setiap kategori RM 100
Naib Johan untuk setiap kategori RM 75
Tempat ke3 untuk setiap kategori RM 50

Maklumat lanjut hubungi Sdr Amin Farid 019-6510167

Forum Kebebasan Beragama 17 Dis Senawang

FORUM : “Islam Dan Kebebasan Beragama”

AHAD 17 Dis 2006
Jam 2 ptg – 4 ptg
Di Masjid Bandar Baru Senawang

Ahli Panel :
Prof Dr Abd Aziz Bari – Pensyarah UIA
Tn Hj Azmi Abd Hamid – Presiden TERAS
Dr Azhar Yaakob – Pensyarah Kolej MARA

Semua DiJemput Hadir

Anjuran :
TERAS Pengupayaan Melayu
Masjid Bandar Baru Senawang
Madrasah Tuan Guru Haji Abdul Rahman Ali

Maklumat lanjut sila hubungi :
Ustaz Nazri : 019-3457690
Hj Mohamad : 019-6576540
Sdr Kamal : 019-6532973

12/6/06

Jom Bersama Pelajar Miskin, PERANGI ALONG

Menjelang Syawal yang lepas Angkatan Muda Negeri Sembilan telah berjaya membantu 56 buah keluarga fakir menikmati Eidulfitri. Melalui program yang dinamakan Jejak Fakir tersebut AMKNS amat menginsafi kedaifan rakyat di celah-celah kepesatan pembangunan negeri.

Menjelang tahun baru ini AMKNS amat merisaukan nasib anak-anak keluarga fakir ini. Maka atas semangat yang sama dan atas kejayaan program ini AMNS akan meneruskan program bantuan ini dengan program ’Jom Kembali Sekolah’. Program Jom kembali ke Sekolah ini akan di lancarkan untuk membantu anak – anak fakir miskin ini membeli peralatan dan keperluan sekolah.

Memang benar, yuran peperiksaan sekolah dimansuhkan tapi bagaimana dengan yuran sampingan seperti yuran Majlis Sukan, Yuran PIBG, Yuran Kertas Peperiksaan percubaan dan seumpamanya. Malah bagaimana mereka ini mungkin berdepan dengan pakaian sekolah dan peralatan sekolah yang semakin mahal. Kami merayu bagi pihak anak – anak keluarga miskin ini , kepada mereka yang berkemampuan sudilah membantu dengan menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan, peralatan sekolah dan seumpamanya. Sebarang bantuan bolehlah disalurkan dengan menghubungi ; Badrul 017 6688404 @ Azizi 012 3696474.

Atau boleh terus masukkan ke akaun khas Bendahari AMKNS (BSN) 05 105 2900012 0067 – Zaini Yusof dan kemudian boleh menghubungi nombor di atas untuk mendapatkan resit pengesahan penerimaan sumbangan.

Janji Angkatan Muda keADILan Malaysia meneruskan tekad memperjuangkan rakyat terbanyak !

Badrul Hisham Shaharin
Pengarah Pusat Aduan Rakyat
Angkatan Muda Negeri Sembilan

che'GuBard.
www.chegubard.blogspot.com
penerangan_keADILan@yahoo.com / badrul_angkatanmuda@yahoo.com
+6017 6688404

12/4/06

Motivasi Anak Soleh Penyejuk Hati 9-16 Dis

Motivasi Penghayatan Islam – “Anak soleh penyejuk hati ayah bonda”

Tarikh Program - Sabtu 9 – Sabtu 16 Disember 2006 ( 1 minggu )

Program ini terbuka untuk para pelajar yang berumur 11 tahun – 13 tahun sahaja.

Jumlah Peserta – Terhad kepada 40 orang sahaja untuk menjamin keberkesanan program.

Tempat : Kg. Jawa, Melang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Penganjur : Pengajian Ummu Qurra’

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut sila hubungi :
Ustaz Ahyad 019-378 8517 / 013 233 0696

Objektif
a. Memberi halatuju dan matlamat hidup yang betul kepada semua peserta
b. Menyiapkan para peserta dengan didikan fardu ain yang lengkap dan sempurna
c. Melatih para peserta untuk menjadi remaja yang berani, berkepimpinan dan berakhlak mulia
d. Mendidik peserta menjiwai tanggungjawab mereka dalam membela nasib keluarga dan menghormati orang tua terutamanya ibu bapa.

Pengisian program :
1. Motivasi Pelajar Terbilang
2. Pembentukan halatuju sebagai seorang pelajar dan anak soleh/ah
3. Team building
4. LDK dan persembahan pasukan
5. Asas bersuci
6. Kemahiran membaca Al-Quran
7. Kemahiran solat termasuk solat Jama’ & Qasar
8. Kemahiran memperdengarkan azan & iqamah
9. Kemahiran membaca khutbah (lelaki)
10. Qiamullail
11. Pembentukan akhlak & sahsiah
12. Pentingnya menjadi anak soleh/ah
13. Redha Allah bergantung kepada redha kedua ibubapa
14. Riadah berkonsep
15. Kembara alam
16. Motivasi ”Curahan Kasih” bersama ibubapa

12/3/06

Kongres Umat Islam Se Malaysia 23-24 Dis Ipoh

KONGRES UMAT ISLAM SE-MALAYSIA 1 - KUISE

"MEMPERKASAKAN UMAT - MERELIASASIKAN AGENDA - MENEGAKKAN KEDAULATAN ISLAM"

AKAN BERLANSUNG PADA
2 - 3 ZULHIJJAH 1427 H - 23 - 24 DISEMBER 2006

DI DEWAN JUBLI, POLITEKNIK UNGKU OMAR, JALAN RAJA MUSA MAHADI,
IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN

PERASMIAN OLEH : DYTM RAJA MUDA PERAK

Anjuran : TERAS Pengupayaan Melayu, Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak (JAMAI`Y) dengan kerjasama Pusat Khidmat Sosial Islam – PAKSI
http://terasmelayu.net/

AGENDA Hari Pertama

UCAP UTAMA PERSOALAN MENGEMBALIKAN IZZAH ISLAM DAN MELINDUNGI MARTABAT UMAT Oleh : Prof. Dr. AZIZ BARI

Agenda Pertama MEMPERKUKUH AGENDA PENDIDIKAN ISLAM
Agenda Kedua MENGGARIS AGENDA UMAT MEMBINA KEKUATAN SOSIAL
Agenda Ketiga MEMPERKASA EKONOMI UMAT
Malam FORUM PERDANA KONGRES Siasah dan Kepimpinan Ummat - mencari titik kesepakatan

HARI KEDUA
Agenda Keempat MENGGERAKKAN KEDAULATAN ISLAM
Agenda Kelima MEMBINA PENGHAYATAN ISLAM
Agenda Keenam MEMBINA GERAKAN PEMUDA DAN WANITA YANG BERKESAN – KEARAH MELAHIRKAN GENERASI PEWARIS PERJUANGAN MENDAULATKAN ISLAM

Resolusi Kongres: GARIS BESAR TUNTUTAN MENDAULATKAN ISLAM

DI ANTARA AHLI –AHLI PANEL
Prof Dr Abdul Aziz Bari
Prof Dr Mohammad Kamal Hassan
Prof Madya Dr Sidek Baba
Prof Dr Khalijah Mohd Salleh
Ustaz Abdul Ghani Samsuddin
Datuk Syeikh Azmi Haji Ahmad
Prof Dr Awang Sarian
Prof Madya Dr Hassan Basri
Prof Madya Dr. Siti Zulaikha Mohd. Nor
Prof Madya Abdul Salam Karnadi
Dr Kamarulzaman Yusof
Dr Muhammad Nur Manuty
Dr Arsyad Taib
Datuk Dr Siddiq Fadhil
Dr Azizan Baharuddin
Dr Zaini Hamzah
Dr Ghazali Basri
Dr Wan Salim Wan Mohd. Nor
Dr Fadhullah Jamil
Ust Salleh Hj Ahmad
Dan ramai lagi.

DENGAN KERINGAT, DENGAN PENGORBANAN, DENGAN MARUAN
"DARI UMAT UNTUK ISLAM"
Seramai 2000 perwakilan dan 5000 pemerhati dari seluruh Negara akan berkumpul di IPOH.. untuk PENYERTAAN dan KETERANGAN LANJUT

SILA HUBUNGI: Sekretariat TERAS Pengupayaan Melayu Tel/Fax: 04-4571712
Atau URUSETIA KONGRES, JAMAI'Y d/a Masjid Sultan Idris Shah 11 (MASJID NEGERI) IPOH. PERAK Tel: 0195550464

Bagi menjayakan Kongres Umat Islam yang pertama kali diadakan ini,Marilah sama-sama kita INFAQKAN (BERSEDEKAH) harta kita bagi membiayaai Kongres ini untuk Memertabatkan Islam dalam Kehidupan Masyarakat dan Negara melalui:
SATU KUTIPAN JUMAAT SATU MASJID
SECUPAK BERAS SATU KELUARGA
SEKILA TANGKAPAN IKAN SEORANG NELAYAN
SEKILA GETAH SEORANG PEKEBUN
Sumbangan dari setiap mu’min: Ahli Pesara, Peniaga, Ahli Professional, Ahli Akademik, Mahasiswa, Pendidik,Seniman, Aktivis NGO, Usahawan, kakitangan Awam, Polis, Tentera, Pekerja Swasta, Pendakwah dan tidak ketinggalan PEMIMPIN SETIAP PARTI POLITIK YANG SEDANG MEMERINTAN DAN YANG TIDAK ADALAH
SANGAT-SANGAT DIHARGAI. Semoga sentiasa di berkati Allah. InasAllah.
SUMBANGAN WANG BOLEH DIMASUKKAN KEAKAUN;
KONGRES UMAT ISLAM SeMALAYSIA
NO. AKAUN : 08013010061047 (BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)

Ceramah Dr Harun Din 5 Dis Seremban

CERAMAH UMUM
Penceramah :
Dato Dr Harun Din
Dr Badrul Amin Baharon

SELASA 5 Disember 2006
Jam 9 malam
Di Markas PAS Cawangan Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam)

SeMuA DiJeMpUt HaDiR

Maklumat lanjut hubungi Cikgu Hassan 013-3426346