KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

10/17/07

Ibu Tunggal Derita Tanggung Anak di Putrajaya

Ini cerita bukan di Ranau, Sabah, bukan di Baling, Kedah, bukan juga di Gua Musang, Kelantan, tetapi di Putrajaya. Ya di Putrajaya. Den dah kato, ramai orang susah koliling kito. Jangan duk sibuk tengok angkasawan kek langit yo, rupo e sobolah ghumah makan nasi dongan tolo, boghonti skolah tak mampu bayar tambang bas. Tahun 2008 nanti lagi ghamai akan tak ke skolah, lagi ghamai yang tak masuk U, lagi ghamai tak kojo, sobab terlalu ghamai pendatang asing. Apo nak jadi ? Tengok-tengoklah sikit jiran kito, sedagho kito, oghang kampung kito.

*****************************
Tunggu SPM dua tahun

Harian Metro 17 Okt 07. PUTRAJAYA: “Anak sulung saya terpaksa menunggu dua tahun untuk mendapatkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana tidak mampu membayar yuran peperiksaannya,” luah seorang ibu tunggal, Siti Rohiya Mokhtar, 47 tahun.

Berikutan itu, katanya, Shazrin Izwan Zainal, 19, terpaksa melupakan hasratnya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi walaupun mendapat keputusan baik dalam peperiksaan yang diduduki pada 2005 lalu.

“Shazrin mengambil keputusan peperiksaannya Januari lalu selepas saya mendapat bantuan persekolahan anak-anak dari Pusat Zakat Selangor (PZS) Sepang.

“Memandangkan keputusannya baik, Shazrin sedang memohon untuk melanjutkan pengajian ke Politeknik kerana yuran yang dikenakan agak rendah berbanding universiti lain,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, sebelum memperoleh keputusan peperiksaan itu, Shazrin melakukan pelbagai pekerjaan untuk meringankan beban mereka sekeluarga.

Sementara anak keduanya, Shazima Izanti Zainal, 15, diberhentikan sekolah sejak tiga bulan lalu akibat tidak mampu membayar tambang bas sekolah RM55 sebulan.

Bagaimanapun, Shazima Izanti yang belajar di Sekolah Menengah Seri Sepang, Sepang, masih bernasib baik kerana dibenarkan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) walaupun tiga bulan tidak bersekolah.

“Sepanjang tempoh itu, dia belajar sendiri di rumah. Malah, saya sentiasa memberi dorongan supaya tidak berputus asa dan berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan dia mendapat keputusan cemerlang,” katanya.

Lebih malang lagi, Siti Rohiya terpaksa menanggung hutang sewa rumah yang tertunggak lapan bulan.

Dia yang bekerja sebagai pegawai keselamatan di Hospital Putrajaya menerima pendapatan RM850 sebulan, namun jumlah itu tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan enam anaknya termasuk persekolahan, perbelanjaan harian dan tambang ke tempat kerja.

“Empat daripada anak saya bersekolah, jadi saya terpaksa bekerja keras untuk memastikan mereka mendapat pelajaran supaya dapat mengubah masa depan keluarga kelak.

“Namun saya bersyukur anak-anak tidak pernah merungut walaupun terpaksa makan nasi dengan telur kerana mereka faham situasi kami sekeluarga,” katanya.

Menyentuh mengenai persiapan hari raya, Siti Rohiya berkata, biasanya baju anak-anak jarang bertukar, kecuali ada yang menghulurkan bantuan.

“Tahun lalu, emak saudara angkat mereka membelikan baju raya dan kuih-muih untuk persiapan raya, tetapi tahun ini saya tidak tahu lagi macam mana,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20071017090307/Article/index_html

http://amkns.blogspot.com