BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT

BONGEK BERSELAWAT

10/23/07

JKM cari tapak Kompleks Penyayang

Berita Harian 23 Okt 2007. SEREMBAN: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengenal pasti tapak sesuai di setiap daerah di negeri ini untuk dijadikan lokasi Kompleks Penyayang yang dicadang dibina dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Datuk Norhayati Omar, berkata cadangan pembinaan kompleks itu di setiap daerah adalah sebahagian usaha melahirkan komuniti sempurna dan saling melengkapi antara anggota masyarakat.

Beliau berkata, kompleks itu akan dilengkapi pelbagai kemudahan seperti pejabat JKM, pusat jagaan dan aktiviti untuk kanak-kanak dan warga tua, pusat pemulihan dalam komuniti (PDK), dewan orang ramai, surau serta depoh simpanan bekalan bagi kes bencana alam.

"Setakat ini, ada tiga Kompleks Penyayang di negara ini iaitu di Kuantan, Pahang; Alor Gajah, Melaka dan Sungai Petani, Kedah.

“Cadangan penubuhan kompleks ini di setiap daerah adalah baik kerana ia dapat menambah jumlah pusat kebajikan yang bernaung di bawah JKM," katanya di sini, kelmarin.

Norhayati berkata, Negeri Sembilan mempunyai sebuah institusi untuk penjagaan warga tua, iaitu Rumah Seri Kenangan di Seremban, manakala sebuah lagi adalah pusat jagaan harian untuk kumpulan sasar terbabit.

Selain itu, katanya, Majlis Pusat Kebajikan Semenanjung Malaysia (MPKSM) cawangan Negeri Sembilan pula menguruskan enam pusat jagaan membabitkan Rumah Sejahtera di Sikamat dengan 24 penghuni, Rumah Kebajikan Mahsan (17 penghuni) dan Rumah Sejahtera Titi, Jelebu (15 penghuni).

Beliau berkata, tiga lagi pusat jagaan ialah Rumah Sejahtera Rembau dengan 10 penghuni serta Rumah Sejahtera Tampin dan Rumah Sejahtera Port Dickson yang masing-masing memberi perlindungan kepada 20 penghuni.

"Ada pusat jagaan warga tua di negeri ini yang dikendalikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), orang perseorangan dan swasta yang berdaftar dengan JKM menerusi Akta Pusat Jagaan 1993," katanya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/EdisiWilayah/20071023080122/Article/index_html