FORUM

FORUM

KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

1/31/07

Kalau Miskin Menyewalah Di Kelantan

Beruntung sungguh orang miskin di Kelantan, dapat duit sewa rumah tiap-tiap bulan. Malang sungguh orang miskin di bandar-bandar lain terutama di JB, KL, Kuantan, Melaka, Seremban. Lagi malang keluarga miskin di Negeri Sembilan yang mengamalkan Adat Perpatih , kalau lelaki, dahlah miskin , tak ada hak untuk mendapat bahagian barang sedikitpun tanah untuk mendirikan empat tiang rumah atas tanah pesaka (pesaka bukan pusaka).

Atau mungkin skim ini akan dilancarkan diseluruh negara ? Apakah pekerja kilang dengan gaji RM 1000 sebulan, isteri tidak bekerja anak 4 orang boleh dikategorikan miskin dan layak menerima bantuan sewa rumah ini ?

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Wednesday/Nasional/20070131093550/Article/

Berita Harian 31 Jan 2007. Bantuan sewa rumah RM170 sebulan

KOTA BHARU: Kerajaan Pusat semalam melancarkan Bantuan Sewa Rumah antara RM80 hingga RM170 sebulan kepada penduduk miskin yang menyewa sekitar bandar dan pekan negeri ini, bagi mengurangkan beban kewangan mereka setiap bulan.

Bantuan itu disalurkan menerusi Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan pesertanya dikenal pasti pihak berkuasa tempatan (PBT) daerah masing-masing.

Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Othman Che Mat, berkata bantuan itu merangkumi bayaran sewa rumah selama setahun kepada penduduk miskin yang layak.

Beliau berkata, bantuan terbabit akan dibayar untuk tempoh setahun kepada pemilik rumah yang disewa penduduk miskin.

"Untuk permulaan, agihan hari ini dibuat kepada penerima sekitar Kota Bharu, Ketereh dan Machang yang membabitkan pelbagai lapisan penerima termasuk ibu tunggal dan warga tua," katanya selepas Majlis Penyampaian Bantuan Sewa Rumah itu yang disempurnakan Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada), Datuk Seri Panglima Annuar Musa di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan, semalam.

"Fasa pertama membabitkan 293 penerima dengan pembiayaan lebih RM373,000. Ia membabitkan penduduk miskin sekitar Kota Bharu, pekan Ketereh, Bachok, Machang, Pasir Mas, Tumpat dan Kuala Krai,” katanya.

Bumiputera Sarawak & Sabah dijajah seperti Singapura

SARAWAK & BUMIPUTERANYA SEMAKIN GENTING DIJAJAH SEPERTI SINGAPURA

Oleh Noor Aza Othman, Damansara Damai, Kuala Lumpur.
noorazao@hotmail.com

Bangsa Bumiputera di Sarawak terutamanya yang miskin dan di kampung-kampung samada yang beragama Islam atau bukan Islam, termasuklah kaum Melayu, Iban, Bidayuh, Melanau, Penan, Lun Bawang, Murut, Kayan, Kenyah dan lain-lain terus tertindas di Sarawak dalam krisis yang amat genting. Bahkan sebenarnya fenomena kritikal ini juga sedang berleluasa di seluruh Sabah dari apa yang saya diberitahu. Dan keadaan yang paling genting melibatkan penguasaan Hak Tanah Adat Bumiputera atau lebih dikenali sebagai Native Customary Landrights (NCL), yang tertakluk di bawah Hak Adat Bumiputera atau Native Customary Rights (NCR), iaitu hak pusaka turun temurun yang telah wujud sejak berabad-abad lamanya. Ini adalah dengan alasan-alasan “pembangunan ekonomi” yang melibatkan peningkatan yang amat agresif oleh bangsa Bukan Bumiputera dan Asing (termasuk penggabungan mereka), terutamanya dari Singapura, dalam penguasaan hartanah terutamanya untuk perumahan mewah dan hotel-hotel di tepi-tepi pantai, pembalakan yang berleluasa di Hutan-Hutan Simpan, dan perampasan atau penerokaan tanah untuk perladangan besar-besaran oleh syarikat-syarikat. Sehinggakan sebuah badan khas atau pasukan khas telah ditubuhkan oleh Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda), di mana menurut Timbalan Presidennya Michael Yam:

Badan khas atau pasukan petugas itu akan membantu memepercepatkan proses dan menarik lebih ramai warga asing ke mari….Kami berharap kerajan-kerajaan negeri akan melonggarkan beberapa peraturan.
(dipetik dari Utusan Borneo, 25/01/07, ms. 16)

Sewaktu saya berkunjung ke Miri dan Marudi yang indah, minggu lepas selama seminggu setelah bertahun-tahun lamanya, alangkah terkejutnya saya melihat penderitaan bangsa Bumiputera di sana yang semakin kritikal. Saya berasa seolah-olah berada di Hong Kong, Pulau Pinang atau Singapura. Pertama, premis-premis perniagaan di tengah bandar Miri atau Marudi lebih kurang 90% dikuasai bangsa Bukan Bumiputera. Dari perbualan saya dengan beberapa penduduk Bumiputera termasuk peniaga-peniaga di tengah bandar, mereka mengadu tentang strategi halus dan terlindung yang mendiskriminasi peniaga-peniaga Bumiputera untuk menyewa premis-premis perniagaan terutamanya di tengah pusat bandar yang hampir 95% dimiliki oleh yang Bukan Bumiputera atau Orang Asing, yang sengaja mengenakan sewa yang amat tinggi dan tidak termampu untuk Bumiputera, tetapi yang murah untuk Bukan Bumiputera. Kalau adapun para peniaga Bumiputera di tengah bandar, kebanyakan mereka menumpang di kaki lima di luar premis-premis perniagaan tersebut atau tersisih di pasar-pasar atau bazaar-bazar yang buruk, kotor, berselerak dan ada yang tidak rasmi contohnya Pasar Tamu. Untuk mengharapkan produk keluaran Bumiputera dipasarkan di kedai-kedai atau pasaraya Bukan Bumiputera lagilah jangan diharap. Ini termasuklah restoran-restoran Bumiputera Islam yang halal yang sukar dicari dan kalau ada pun, kurang bersih atau terpaksa menumpang di dalam restoran Cina. Bahkan, industri pelancongan termasuk hotel-hotel mewah di tepi pantai atau yang kecil, syarikat-syarikat pengangkutan pelancong dan pemandu pelancong, dikuasai Bukan Bumiputera dan Asing.

Kedua, penjualan atau perampasan tanah-tanah pantai di Miri termasuk dekat pusat bandar yang amat berharga, termasuk Tanah Adat Bumiputera dan Tanah Kerajaan (State Land) terus berleluasa, terutamanya kepada individu-individu dan syarikat-syarikat Bukan Bumiputera dan Asing. Di persisiran pantai dari Tanjung Lubang hingga ke Beraya, yang paling berdekatan dengan pusat bandar, perumahan amat mewah seolah istana-istana raja, semuanya dimiliki dan didominasi oleh individu-individu terkaya Miri terutamanya taukeh-taukeh balak terutamanya dari syarikat gergasi Samling dan Shin Yang dan syarikat asing. Di samping itu, dari Beraya hingga ke Bekenu, tanah-tanah persisiran pantai terus dikuasai Bukan Bumiputera atau Orang Asing walaupun tanah-tanah ini dahulunya Tanah Adat Bumiputera. Seorang penduduk kampung dari kaum Melayu dari Kampung Bakap, Ajan Sadan, mengadu dan menyuruh saya menyampaikan pada UMNO, tanah-tanah tepi pantai ini yang dahulunya Tanah Kerajaan begitu senang diberikan membatasi keadilan untuk rakyat, kepada individu-individu Bukan Bumiputera ini sedangkan sepatutnya disimpan untuk kegunaan penduduk awam, termasuk penambahan Taman Rekreasi untuk orang awam di tepi pantai dari Taman Selera yang pendek dan kecil, atau untuk pembinaan Universiti Awam. Namun kalau Bumiputera, terutamanya penduduk-penduduk kampung yang beratus tahun berdekatan pantai dari Kampung Racan, Kampung Nelayan, Kampung Bakap dan Kampung Sewak Jaya memohon untuk mendiami atau membeli tanah tepi pantai, tidak dibenarkan. Juga Adan memberitahu, ada tanah-tanah tepi pantai asalnya Tanah Adat Bumiputera yang dirampas atau dibeli kerajaan untuk dipindahmilikan kepada Tanah Kerajaan, tetapi dijual dengan begitu mudah kemudiannnya kepada individu-individu kaya atau syarikat-syarikat Bukan Bumiputera seperti yang berlaku di atas. Di samping itu, pemberian geran-geran individu di bawah Seksyen 18 yang tertakluk di bawah Hak Adat Bumiputera (atau NCR), dan menjadikannya kawasan tersebut Tanah Kawasan Campur (atau Mixed Zone) yang boleh dipindahmilik atau dijual kepada Bukan Bumiputera dan Orang Asing , iaitu ditukar dari berstatus Tanah Rezab Bumiputera (atau Native Communal Reserve) atau Tanah Kawasan Bumiputera (Native Area Land) yang mana lot-lot tanah tidak boleh dipindahmilik untuk geran individu atau kepada Bukan Bumiputera atau Orang Asing. Inilah yang berlaku di kawasan persisiran pantai di sebuah kampung Bumiputera yang 90% adalah kaum Melayu iaitu Kamping Batu 1 di Kuala Baram, di mana menurut seorang pegawai Bumiputera di Jabatan Tanah Miri, 150 lot Tanah Adat Pribumi disukat dan diberikan geran individu di bawah seksyen 18 NCR. Malangnya, 76% telah dijualkan kepada individu-individu dan syarikat-syarikat yang Bukan Bumiputera dan Asing.

Ketiga, perampasan tanah NCR atau Tanah Kerajaan yang tidak sah yang sewenang-wenangnya oleh Jabatan Tanah dan kerajaan Negeri dan disewakan selama 60 tahun kepada individu-individu kaya atau syarikat-syarikat gergasi yang kebanyakannya terdiri dari Bukan Bumiputera atu Asing, terutamanya untuk “pembangunan ekonomi” pembalakan, kilang-kilang papan atau perladangan kelapa sawit,. Ini dilakukan oleh agensi-agensi kerajaan Negeri iaitu Sarawak Land Development Board (SLDB), Sarawak Land Consolidation and Rehabilitation Authority dan Sarawak Land Custody and Development Authority (LCDA) (bayangkan orang kampung terpaksa menghadapi kekeliruan berhubung dengan agensi-agensi yang pelbagai ini). Kejadian ini telah disahkan oleh Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs) seperti Brimas, Sarawak Dayak Iban Association (Sadia), dan peguam hak asasi manusia Baru Bian dari kaum Lun Bawang, di mana buat masa ini terdapat lebih kurang 130 kes-kes yang difailkan oleh masyarakat Bumiputera berhubung Tanah Adat Bumiputera mereka yang dirampas seperti di atas, dan mengambil masa bertahun lamanya untuk dibicarakan seolah sengaja ditangguh-tangguhkan (lihat repot-repot di www.borneoproject.com). Namun, selalunya individu-individu atau syarikat-syarikat yang merampas tanah-tanah NCR ini terus dibenarkan oleh pihak mahkamah untuk beroperasi sedangkan menunggu kes-kes dibicarakan, dengan alasan yang mudah bahawa mereka sudah melaburkan banyak wang atau pinjaman untuk projek-projek mereka. Ada juga individu atau syarikat Bumiputera yang telah menyalahgunakan hak mereka di mana contohnya, seorang individu yang tidak mahu dinamakan oleh seorang pegawai di jabatan Tanah Miri, di mana seorang ahli perniagaan Melayu yang kaya dari Miri dijualkan Tanah Kerajaan khas untuk Bumiputera sebanyak 5,000 hektar di Marudi, tetapi lansung disewakan kepada individu Bukan Bumiputera selama 60 tahun. Seorang penduduk kampung Rumah Panjang Kaum Iban Kampung Belasoi iaitu Nyaru anak kepada ketua kampung Belasoi di Marudi, Munau a/k Kendawang, mengadu inilah perkara biasa di mana banyak Tanah Adat Bumiputera termasuk yang ditukarkan menjadi Hutan Simpan sejak penjajajahan British di sana, telah dipindahmilikkan atau disewakan kepada syarikat-syarikat balak dan kelapa sawit terutamanya yang Bukan Bumiputera atau Asing.

Keempat, penguasaan pangkat pegawai-pegawai atasan di jabatan-jabatan kerajaan terutamanya yang berkaitan dengan tanah dan hutan, iaitu di Jabatan Tanah dan Jabatan Hutan, rata-rata dimonopoli oleh Bukan Bumiputera. Mungkinkah ini antara faktor yang menyebabkan Tanah Adat Bumiputera begitu senang dipindahmilikkan dan Hutan-Hutan Simpan di jalankan pembalakan sewenang-wenangnya. Kerani-kerani yang berpangkat rendah memanglah ramai yang Bumiputera. Sewaktu saya ke Jabatan Tanah Miri dan Jabatan Hutan Miri untuk menyelidiki dengan lebih mendalam perkara-perkara yang berleluasa seperti di atas yang melibatkan Tanah Adat Bumiputera dan pembalakan di Hutan Simpan tersebut , saya telah dihalau dengan begitu angkuh oleh pegawai-pegawai atasan Bukan Bumiputera dan ada yang sepenuhnya berbahasa Inggeris walaupun saya bercakap di dalam bahasa Kebangsaan, seolah saya rakyat biasa yang tiada lansung hak (saya akan mengadu secara rasmi kepada Biro Pengaduan Awam selepas ini). Penduduk-penduduk kampung Bumiputera memberitahu bahawa inilah layanan yang biasa kepada Bumiputera apalagi dari kampung dan tidak berpendidikan tinggi, terutamanya apabila ingin membuat aduan tentang masalah perampasan Tanah Adat Bumiputera atau Tanah Kerajaan atau permohonan mendapatkan hakmilik Tanah Adat Bumiputera. Contohnya, Cik Rose dari kaum Melayu dari Kampung Sungai Rait, seorang peniaga kecil dari Pasar Tamu Miri, yang sudah menunggu lebih kurang 11 tahun untuk mendapatkan geran Tanah Adat Bumiputera. Namun syukurlah akhirnya dapat juga bertemu dengan seorang pegawai atasan Bumiputera, Encik Razak yang begitu prihatin pada soalan-soalan saya serta aduan saya. Namun, Encik Razak juga kelihatan tertekan untuk berterus-terang di dalam suasana jabatan kerajaan yang begitu berahsia, walaupun dia memberikan kerjasama yang amat bernilai, contohnya mengenai perpindahanmilik lebih 80% Tanah Adat Bumiputera di Kampung Batu 1 seperti yang diterangkan sebelum ini. Walaupun demikian Encik Razak berjanji akan membantu penduduk kampung yang ingin berjumpa dengannya. Dan apabila saya turun ke Pejabat Pendaftaran Tanah untuk mengetahui dengan lebih jelas tentang samada pemilik Bukan Bumiputera Tanah Adat Bumiputera ini adalah rakyat tempatan, Semenanjung atau orang asing terutamanya dari Singapura, saya tidak dilayan sama sekali oleh Pembantu Pegawai Pendaftar, Encik Lim Cheng Ek, dan memberitahu bahawa ini adalah rahsia sulit, seolah berkaitan keselamatan negara!

Kelima, penguasaan Miri, Marudi dan bandar-bandar lain di Sarawak dari apa yang diberitahu oleh penduduk yang berhijrah dari Kuching, Sibu, Limbang dan Bintulu, oleh syarikat-syarikat balak dan kelapa sawit yang berlagak seperti “Mafia”. Syarikat-syarikat ini yang seolah menguasai Sarawak dan ahli-ahli politiknya, seolah melaksanakan “Undang-Undang Hutan”nya sendiri (iaitu seolah Law of the Jungle). Selalunya syarikat-syarikat balak ini akan juga mempunyai anak-anak syarikat yang terlibat di dalam pelbagai perniagaan lain terutamanya dalam bidang hartanah, kilang-kilang papan), perladangan besaran kelapa sawit dan pengangkutan pasir (pasir ini mungkin juga diangkut ke Singapura secara haram). Contohnya, syarikat-syarikat yang berpusat di Miri, Samling dan Shin Yang amat berkuasa, dan digeruni oleh penduduk Sarawak. Syarikat-syarikat ini yang terlibat di dalam banyak projek-projek pembalakan di Hutan Simpan dan perampasan Tanah Adat Bumiputera untuk perladangan kelapa sawit atau perladangan untuk kilang papan (pulp plantation) secara besaran, kini begitu agresif menumpukan pada bidang hartanah (real estate). Ini termasuklah pembelian yang begitu senang Tanah Kerajaan di tepi-tepi pantai dan berdekatan pusat bandar, contohnya untuk pembinaan kediaman yang berupa istana-istana peribadi taukeh-taukehnya di persisiran pantai dari Tanjung Lubang hingga ke Beraya seperti yang diterangkan sebelum ini, sehingga sewenang-wenangnya memusnahkan kemudahan awam seperti sebuah jambatan rekreasi awam ke dalam laut dan pondoknya. Juga pembinaan Wisma Samling di Tanah Kerajaan di persisiran pantai yang dahulunya bekas tanah Jabatan Marin. Penguasaan hartanah di pusat bandar yang terbaru oleh syarikat-syarikat gergasi Samling dan Shin Yang ini di pusat bandar termasuklah Bukit Canada Hill dan Bukit Haji Wahid, yang juga merupakan Tanah Kerajaan, yang dahulunya merupakan pusat penempatan penduduk Bumiputera yang telah dipindahkan. Di samping itu, syarikat-syarikat gergasi balak ini serta yang syarikat-syarikat balak yang lebih kecil, bertindak seperti “Mafia” ini mengupah gangster-gangster, dan kadang-kadang dengan bantuan pihak polis tempatan yang nyata telah diberi rasuah, samada untuk menakutkan atau sehingga membunuh penduduk kampung, pekerja-pekerjanya atau aktivis-aktivis sosial yang menentang projek-projek perladangan dan pembalakan besar-besaran yang melibatkan perampasan Tanah Adat Bumiputera atau kemusnahan Hutan Simpan yang mengancam pendapatan tradisonal yan g masih berlleuasa, dari hasil hutan dan keselamatan penduduk, serta pekerja-pekerja yang menuntut hak mereka. Mereka juga kebanyakan tidak mendaftarkan pekerja-pekerja mereka di bawah skim nasional KWSP seperti yang dituntut oleh undang-undang negara. Seperti kejadian-kejadian yang sungguh mengharukan yang diceritakan oleh Nyaru yang telah disebutkan sebelum ini, bapanya iaitu Ketua Kampung Rumah Panjang Kampung Belasoi di Marudi, yang bernama Munau a/k Kendawang, yang disyakki di bunuh oleh gangster syarikat balak Sekaloh pada tahun 1994. Bapanya menentang pembalakan di Hutan Simpan Marudi yang menceroboh tanah perkuburan pusaka kaum Iban turun temurun yang berabad usianya yang tertakluk di bawah Tanah Adat Bumiputera yang telah dirangkumkan sebagai Hutan Simpan. Di samping itu, kampung saudara Nyaru di sebuah Rumah Panjang kaum Iban di Bakong, Miri, telah diserang oleh pasukan polis tempatan, setelah penduduk kampung tersebut menentang pencerobohan Tanah Adat Bumiputera mereka, sehingga juga tercetus kejadian pembunuhan. Selain dari itu, Nyaru terus lagi ditimpa malang dengan kejadian terbaru tahun lepas, apabila abangnya yang bekerja di syarikat balak KTS Katimas dipercayai dibunuh dengan sengaja, dan syarikat balak ini enggan membayar pampasan di samping tidak mendaftarkan pekerjanya ke KWSP. Ketiga-tiga kes tersebut tidak pernah mahu diselesaikan oleh pihak polis hingga sekarang; bahkan pegawai polis yang membunuh seorang penduduk warga emas yang tidak bersenjata di Bakong itu masih berkhidmat, bahkan dinaikkan pangkat. Dan sehingga sekarang pembunuhan aktivis Switzerland, Bruno Manser, yang memperjuangkan kawasan Hutan dan Tanah Adat Bumiputera kaum Penan terutamanya yang amat tradisional yang merupakan pengembara Hutan Tropika (Nomadic People of the Rainforest) dari pembalakan besar-besaran, yang mana kes pembunuhan ini masih belum diselesaikan Bayangkan aktivis-aktivis barat bukan Islam yang begitu berani dan ikhlas memperjuangkan hak orang Islam di Iraq, Palestin, Afghanistan dan Lebanon dari keganasan US-Israel, UK dan sekutu-sekutu mereka, dibunuh dengan kejam, hanya kerana mempertahankan keadilan? Jadi alasan Bruno Manser sebagai aktivis barat yang masuk campur hal ehwal negara kita dan maka biarkanlah pembunuhan kejam berlaku terhadapnya, tidak boleh diterima oleh pencinta keadilan. Bahkan Islam tidak hanya memperjuangkan keadilan untuk orang Islam semata-mata dan kekejaman kepada sesiapa termasuk yang bukan Islam.

Keenam, kebajikan yang diabaikan terhadap penduduk miskin Bumiputera. Contohnya sewaktu saya ke perkampungan kaum Melayu di Kampung Sewak Jaya dekat Miri, sistem perparitan tidak ada lansung. Air bertakung di parit-parit yang boleh membahayakan keselamatan penduduk dari segi wabak denggi dan menyebabkan kampung mudah dilanda banjir jika hujan lebat; di samping jalanrayanya banyak yang berlubang. Selain dari itu, kabel taliponnya sudah dicuri dan tidak mahu digantikan oleh pihak tempatan, yang mana ini juga telah menjejaskan sebuah chalet eko-pelancongan milik Bumiputera. Tempat menunggu basnya juga terdiri dari dua pondok papan buruk sedangkan kampung dan chalet ini terkenal dengan pelancong barat disebabkan terdapat persisiran pantai dan lautan yang terindah di Miri. Satu lagi contoh, ialah pengabaian di kampung-kampung Bumiputera di Marudi, yang terdiri kebanyakan dari kaum Iban, Melayu, Kayan dan Kenyah Sewaktu di sana, saya melawat Rumah Panjang kaum Iban di Kampung Sengkabang dan sungguh terharu melihat bekas tapak tanah rumah panjang tersebut yang terbakar sejak 2003. Sehingga kini tiada bantuan untuk mendirikan Rumah panjang tersebut semula dari pihak kerajaan negeri dan penghuni rumah panjang tersebut yang berjumlah lebih kurang 100 orang, tinggal dalam pondok-pondok buruk yang kelihatan begitu daif. Bahkan bekalan elektrik pun tiada, dan ini merupakan perkara biasa di kampung-kampung Bumiputera, Sedangkan, pekan Marudi yang tidak jauh dan dikuasai penduduk Bukan Bumiputera begitu canggih hinggakan sampai ada dua atau tiga bank. Menurut Ketua Kampung Sengkabang, Pak Entap, mereka sudah puas memohon dan ahli parlimen hanya menjengok sewaktu pilihanraya dahulu. Selain dari itu Pak Entap mengadu, untuk memperbaiki kehidupan mereka melalui bidang pertanian di samping menceburi industri kecil eko-pelancongan serta pemasaran kraftangan mereka yang indah, penduduk kampung-kampung Bumiputera Marudi sudah banyak kali berulang alik ke Jabatan Pertanian Marudi. Namun, pegawai-pegawai di Jabatan ini sering menghilangkan diri “minum kopi” berjam-jam dan melayan penduduk kampung dengan sombong. Bahkan banyak tanah-tanah kerjaan bekas Hutan Simpan dan Tanah Adat Bumiputera di Marudi semakin diberikan kepada syarikat-syarikat perladangan dan individu-individu Bukan Bumiputera.

Saya juga merasa hampa dengan keadaan ramai generasi muda dari kampung-kampung Bumiputera, terutamanya yang miskin, di mana masih ramai yang keciciran sekolah di peringkat awal. Contohnya, menurut Pak Entap di Rumah Panjang Kampung Sengkabang di atas, setakat ini hanya seorang yang masuk universiti dan dua mengambil bidang kejururawatan dari masyarakat tersebut. Kebanyakan generasi muda masih berhenti sekolah awal kerana tertekan akibat kemiskinan lalu ingin membantu keluarga, dan selalunya terpaksa walaupun berat hati, bekerja di syarikat-syarikat balak, pasir dan perladangan milik bukan Bumiputera. Namun, Pak Entap dan penduduk kampung Bumiputera yang lain percaya sekiranya industri pertanian dibangunkan dengan komersil untuk masyarakat Bumiputera seperti yang diperjuangkan Kementerian Pertanian, akan menarik generasi muda untik kembali ke kampung dan membangunkan masyarakat mereka terutamanya dari kemiskinan yang berlarutan dari generasi ke generasi. Ini juga akan menghasilkan generasi muda akan datang yang mementingkan pelajaran yang setinggi-tingginya akibat tidak lagi dibelenggu kemiskinan yang banyak mengganggu pembesaran dan pengembangan minda mereka. Selain dari itu, apabila kemiskinan membelenggu kehidupan mereka berterusan, mereka seolah menerima sebarang penindasan sebagai nasib yang telah ditentukan untuk kehidupan mereka oleh Tuhan.

Akhir sekali, saya ingin mencadangkan agar ahli-ahli politik Bumiputera terutamanya dari generasi muda dalam UMNO untuk betul-betul turun padang dan menyiasat secara sulit krisis genting yang melanda Bumiputera Sabah dan Sarawak. Bila di sana, tak usahlah hanya duduk dengan selesa di hotel-hotel besar, tetapi bercampurlah sebagai rakyat biasa dengan rakyat yang miskin dan tertindas di kampung-kampung, di pasar-pasar buruk dan naiklah bas-bas atau kenderaan awam. Dan usahlah segan atau hendaklah merendah diri untuk beramah-mesra tentang kehidupan harian kerana orang-orang kampung selalunya mudah mesra dan ikhlas. Bahkan, penduduk miskin dan tertindas Bumiputera terutamanya dari kampung-kampung kaum Melayu di sana amat mahukan pembelaan UMNO (untuk menapak di Sarawak seperti di Sabah) dan Kerajaan Persekutuan, oleh kerana banyak parti-parti Bumiputera dan kerajaan negeri di sana yang dipergunakan oleh Bukan Bumiputera dan Orang Asing untuk memecahbelahkan Bumiputera dan menyokong penjajahan mereka, terutamanya menggunakan isu agama. Iaitu dengan menghasut Bumiputera Bukan Islam untuk membenci Bumiputera Islam. Dan kebanyakan Bumiputera Bukan Islam di Sabah dan Sarawak, termasuk di ceruk kampung amat agresif dipengaruhi mahzab Evangelism, iaitu salah satu mahzab Kristian yang palsu dan amat berbahaya yang diterajui oleh pemimpin-pemimpin dan penjajah barat yang amat bencikan Islam dan hak Bumiputera sesuatu negara, iaitu Bush, Howard dan Blair, dengan sekutu-sekutu kuat mereka termasuk Singapura. Maka di dalam konteks yang lebih luas, politik global juga turut wujud dengan amat halus dan tersembunyi tetapi paling merbahaya jika terus dibiarkan, di dalam penjajahan Sarawak dan Sabah ini, yang amat indah serta amat kaya dengan sumber asli gas dan miyak, yang masih banyak belum diterokai.

Yang Ikhlas,
Noor Aza Othman
Damansara Damai, Kuala Lumpur.
Talipon: 012-5394924
noorazao@hotmail.com

Awas ! Blogger ! Gelombang Reformasi Ke 2

Gelombang ke 2 biasanya lebih hebat dari gelombang pertama. Sepertimana Tsunami di Acheh, begitu juga banjir besar di Johor. Gelombang ke 2 yang akan membawa perubahan yang besar, membongkar segala kelemahan dan kepincangan. Begitu juga dengan gelombang Reformasi. Gelombang pertama bermula pada tahun 1997. Kini gelombang ke 2 bermula tahun 2007. Jika gelombang pertama rakyat memprotes di jalanan, kini gelombang ke 2 rakyat memprotes di internet. Setelah Rocky Bru dan Jeff Ooi di saman kerana aktiviti “blogging”, kini muncul semakin ramai bloggers, bukan sahaja dari golongan muda, malah dari golongan pencen, golongan usia emas seperti Mejar (B) D. Swami dari Rejimen ke 7 Renjer (Mechanised).

Kalau orang bukan Islam, pencen pula tu berani memperkatakan sesuatu isu dengan hujjah yang jelas dan bahasa yang tersusun, bagaimana pula dengan orang Melayu Islam tambahan yang muda-muda, yang berpendidikan di menara gading ?


**************************
Someone retired but whom I have yet to meet is Major (Rtd) D.Swami of the Seventh Rangers (Mechanised).

http://7rangers.blogspot.com/2007/01/when-mainstream-comes-calling-on-little.html

When mainstream comes a calling on the little uns...

.....can't they coin a reasonable rebuttal to counter them. The problem with the mainstream media is they do not like people to think, they want the people to be sheep. So what do they do, when they are losing credibility and trust of the very people they consider sheep, they sue. Well, they are big and mighty, they have the resources and the political might to stomp on little fellas like Jeff Ooi and Rocky Bru. Why are we sliding backwards?

In terms of freedom of the press or free speech. They want to stifle you becoz they are scared that their influence over the "sheep" is waning". They do not want these guys around when the elections come a calling. The image I see in my mind is this David and Goliath image. I do not think they really thought this through, they have been blinded by hate for these two blogger.

Here is a very interesting comment by a person calling himself ktak in the comments section of Jeff Ooi's blog. The images and the comments beside them are from me. The write up I have edited with changes to the spacing and the likes.

Blogs versus mainstream media, Malaysian style by ktak

Specifically, Jeff Ooi’s blog Screenshots versus the New Straits Times Press’ Berita Harian (BH) and the New Straits Times. The conflict raises important questions about several issues, including :

(a) what a blog is and how it works,

(b) non-professional journalists vs professional journalists, and

(c) freedom of speech and the Internet.

It began with Ooi when he wrote about how Islam Hadhari (that PM Abdullah Badawi has been promoting) and money politics in UMNO did not mix. A visitor to the blog calling himself 'Anwar' then posted a comment describing the combination in more graphic and derogatory terms.

This is the image, what most people would view in their minds.

Berita Harian gets into the act.

The issue became mainstream press fodder when BH filed a story on it, suggesting that Ooi was out of line and was disrespectful to Islam.

In his response, Ooi said the paper did a poor journalistic job because it

(a) did not seek to try to get his side of the story,

(b) ignored his rebuke of 'Anwar’s' remark,

(c) did not know that he (Ooi) had barred 'Anwar' from further postings on his blog, and

(d) did not really know how blogs work.

Many bloggers, I believe, hope that the end result would be like this........

The facts appeared to be on Ooi’s side as he did rebuke 'Anwar' before BH’s story came out. Did BH want Ooi to do more, like taking out 'Anwar’s' posting right away? BH could have raised all that in an interview with Ooi. But it did not get in touch with him for its story. Continued here.....

Lagi Pelatih PLKN Mati ! BOIKOT ! BOIKOT !

Ajal maut ditangan Allah. Sikap lepas tangan, tuduh menuduh tidak boleh dibiarkan. Ini kejadian kedua pelatih PLKN mati mengejut dalam tempoh tak sampai sebulan. Kedua-duanya remaja perempuan, dari Seremban pula tu. Mulanya dari Taman Tuanku Jaafar di Kem PLKN Ayer Keroh Melaka, terbaru dari Temiang, Seremban di Kem PLKN PDS Pasir Panjang, Port Dickson. Anda tidak ada anak remaja, perempuan pula tu ??? Berapa ramai lagi yang akan mati mengejut, mati misteri, meracau-racau, sakit misteri ?? BOIKOT PLKN ! BOIKOT PLKN ! BOIKOT PLKN !

***********************************
Lagi pelatih PLKN meninggal sesak nafas
Utusan Malaysia SEREMBAN 30 Jan. 2007 – Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas dan pengsan semasa dalam perjalanan dari rumahnya di Temiang Jaya, di sini ke Hospital Tuanku Ja‘afar, awal pagi ini.

Teng Siau Shen, 18, mengikuti program berkenaan di Kem PDS Pasir Panjang, Port Dickson sebelum dibawa pulang ke rumah oleh keluarganya pada 18 Januari lalu, meninggal dunia kira-kira pukul 4 pagi.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temiang, Lee Yuen Fong, Siau Shen mengikuti latihan berkenaan pada 1 Januari lalu.

Bagaimanapun, menurut beliau, semasa berada di kem terbabit dia sering menghubungi ibunya dan memberitahu dia rindu serta mahu pulang ke rumah.

‘‘Beberapa hari selepas itu, dia dikatakan sering meracau sehingga menyebabkan pihak pengurusan kem terbabit menghubungi keluarganya pada 18 Januari lalu.

‘‘Dia kemudiannya dibawa pulang ke rumah dan mendapatkan rawatan di wad sakit jiwa Hospital Tuanku Ja‘afar,’’ katanya ketika ditemui di bilik mayat hospital berkenaan di sini hari ini.

Menurut Yuen Fong, remaja terbabit dipercayai meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Ja’afar.

‘‘Hasil bedah siasat mendapati dia mati disebabkan sesak nafas dan tiada sebarang unsur jenayah di sebalik kematiannya,’’ kata beliau.

Menurutnya, ibu mangsa menerima kejadian itu dengan hati terbuka dan tidak menyalahkan pihak pengurusan kem sebaliknya memuji mereka kerana memberikan kerjasama dalam menguruskan anaknya.

Dalam pada itu, ibu mangsa yang ditemui Utusan Malaysia enggan memberikan sebarang ulasan kerana masih bersedih.
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0131&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm

Tak Hantar Anak Ke PLKN ! Boikot PLKN ??

Begitulah apa yang dinyatakan oleh Encik Azlan ketika Hj Mohd Taufek Penyelia PAS DUN Paroi serta Sdr Hassan Setiausaha PAS Kawasan Rembau melawat keluarga Ili Ameera Azlan yang meninggalkan dunia secara mengejut ketika mengikuti Program Latihan Khidmat Negara di Ayer Keroh , Melaka baru-baru ini.

Encik Azlan yang kehilangan anak sulung kini hanya mempunyai seorang sahaja anak perempuan yang ketika ini berada di Tingkatan Empat.

Encik Azlan berkata beliau tidak akan izinkan satu-satunya anaknya yang tinggal untuk mengikuti program PLKN pada masa akan datang.

Menurut beliau Allahyarham berat untuk pergi ke kursus berkenaan kerana beliau tidak biasa dengan aktiviti luar walaupun Allahyarham sebelum ini tidak pernah mempunyai sebarang penyakit.

Encik Azlan juga agak terkilan dengan pengurusan Kem PLKN di Ayer Keroh kerana beliau mendapat suasana kem berkenaan tidak begitu sesuai untuk aktiviti remaja perempuan.

Menurut Hj Mohd Taufek, PAS Negeri Sembilan memandang berat kes ini serta akan menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk meneliti balik tahap keselamatan program serta kem latihan PLKN terutamanya untuk remaja perempuan.

Ditanya apakah PAS Negeri Sembilan akan menggesa ibu bapa serta remaja memboikot program PLKN, beliau berkata perkara itu belum dibincangkan lagi, sehingga satu kajian terperinci dilakukan.

Dalam pada itu ibu mangsa masih kelihatan sugul dan terkejut dengan kejadian yang menimpa anak yang amat dikasihinya.
http://pasns.blogspot.com/2007/01/tak-hantar-anak-ke-plkn-boikot-plkn.html

1/30/07

Jangan Pergi Taman Tema Berjaya Times Square ? BOIKOT ?

Kepada semua rakyat Malaysia mari kita boikot semua Taman Tema di Malaysia ini terutamanya Taman Tema Berjaya Times Square. Pada 30 Disember 2006 satu rel besi dari landasan “roller coaster” telah tercabut dan menimpa dua orang pengunjung wanita berbangsa India dan mengakibatkan kecederaan serius dan mereka masih lagi trauma. Sehingga sekarang kes tersebut masih belum selesai , umpama bola ditendang ke sana sini. Untuk mengajar mereka yang tidak bertanggungjawab tiada cara lain, kita mesti boikot Taman Tema ini barulah mereka akan mengambil tindakan sewajarnya. Sudah terlalu banyak kes sebelum ini yang mengakibat kemalangan, kecederaan, kematian di beberapa Taman Tema di Malaysia. Kemalangan memang tidak dapat dielakkan, tetapi sikap lepas tangan tidak boleh dibiarkan.

**********************************
Siasatan Ke Atas Taman Tema Masih Belum Selesai
(Isnin, January 29, 2007 - Buletin Utama TV3)
http://www.tv3.com.my/sec-news.asp
Siasatan ke atas Taman Tema Berjaya Times Square di ibu negara, berikutan insiden besi roller coaster terjatuh di atas kepala dua pengunjungnya bulan lalu masih belum selesai.
Kelewatan dikatakan berpunca daripada pihak bertanggungjawab menjalankan siasatan kes itu.

Menurut satu sumber, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, DOSH, masih belum menetapkan tarikh bagi memulakan siasatan ini, atas sebab yang tidak dinyatakan.

Menurut sumber, DOSH hanya ke lokasi itu sekali untuk meninjau kawasan kejadian.

Bagaimanapun, hampir genap sebulan kejadian, siasatan belum dimulakan.

Ia turut menimbulkan kelewatan bagi pihak polis, menyelesaikan siasatan.

DOSH ketika dihubungi tidak dapat memberikan sebarang kenyataan, susulan ketua pengarah serta pengarahnya menghadiri mesyuarat.

Manakala pengusaha Berjaya Times Square juga enggan memberi kenyataan.

Semalam, Buletin Utama menyiarkan kekecewaan dua mangsa yang tercedera dalam kejadian 30 disember itu, dengan kelewatan siasatan itu dijalankan.

M-Saraswathy dan M-Kamini juga mempersoal tindakan diambil terhadap taman tema itu, yang diragui tahap keselamatannya.

Kedua beradik itu mengalami tekanan perasaan dan trauma sejak kejadian yang hampir meragut nyawa mereka itu berlaku.

Kedua mangsa kini mendapatkan rawatan bagi kecederaan keretakan tulang belakang dan saraf akibat kejadian itu.


Roller coaster rail bar falls on woman
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2006/12/31/nation/16454231&sec=nation

KUALA LUMPUR: A woman was injured after a metal bar from the track of a roller coaster dislodged and fell on her head at the Berjaya Times Square Indoor Theme Park here last night.

It is understood that the woman, who was with four family members, was sent to Hospital Kuala Lumpur immediately.

According to New Zealander Dayal Singh, 21, who was on the roller coaster, the incident occurred at 9.15 pm.

“The roller coaster suddenly slowed down and started to roll backwards. I heard a loud sound and when I looked down I saw the metal bar hitting the woman,” she said.

Dangi Wangi OCPD Asst Comm Zulkarnain Abdul Rahman said a police report was lodged at the hospital by the 28-year-old woman, who received outpatient treatment for neck injuries.

Pelancaran Pengguna Bistari 11 Feb Terminal 1 NS

Majlis Pelancaran : “ SAHABAT PENGGUNA BISTARI”

AHAD 11 Februari 2007
Jam 2 ptg – 4 ptg
Di Ruang Legar, Terminal One Shopping Complex, Seremban

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Antara Acara Menarik :
* Pelancaran “Sahabat Pengguna Bistari” peringkat Negeri Sembilan oleh Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Pulau Pinang , Tn Hj Azmi Abd Hamid

*Persembahan artis Muadz dari Xifu and the Algebra http://myxifu.com/

* Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Tadika / Pra Sekolah Terbuka & Percuma

* Pameran buku dan risalah berkaitan kepenggunaan

Anjuran TERAS Pengupayaan Melayu

Untuk maklumat lanjut, pengiklanan buku cenderamata dan sumbangan sila hubungi :
Tn Hj Mohd Taufek 019-6576540
Tn Hj Hashinordin 016-3684279
Sdr Shukri 017-2446215

Objektif Sahabat Pengguna Bistari
* Memainkan peranan terhadap isu-isu pengguna yang timbul serta mengumpulkan maklumat berkaitan, mendokumentasikannya dan seterusnya mengajukan ke pengetahuan pihak yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

* Menyediakan satu sistem pendidikan yang berkesan dan mampu memainkan peranan untuk mendidik rakyat menjadi pengguna yang bistari supaya tidak mudah tertipu.

1/29/07

Masjid Sikamat, Seremban “Mati”

Pihak kami mendapat maklumat bahawa Masjid Sikamat Seremban yang tersergam indah yang serba baru dan besar sekarang ini mempunyai masalah yang serius dari segi pengurusan menyebabkan banyak aktiviti masjid berkenaan “mati”. Justeru itu kami menyeru kepada ahli Masjid Sikamat yang mempunyai maklumat berkenaan masalah di masjid berkenaan serta alternatif jalan penyelesaian agar dapat memaklumkan kepada pihak kami. Ini adalah untuk kepentingan masyakarat Islam di kariah berkenaan khasnya dan umat Islam di Negeri Sembilan amnya supaya perkara ini mendapat perhatian semua pihak terutama ahli-ahli kariah serta pemimpin setempat.

Berikut beberapa artikel dari Utusan Malaysia yang meceritakan masalah di Masjid Sikamat.

****************************
Keluhan kariah Masjid Sikamat

KARIAH masjid Sikamat, Seremban telah mengadakan mesyuarat agong khas pada 7 Mei 2006 yang lalu. Dalam mesyuarat tersebut telah diputuskan bahawa segala urusan pentadbiran dan kewangan masjid diambil alih oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan. Ini berikutan rasa tidak puas hati majoriti ahli kariah terhadap pengurusan lama masjid sebelum ini.

Bagaimanapun, sehingga kini kami tidak nampak Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan berperanan di dalam menguruskan pentadbiran dan kewangan masjid ini.

Semua urusan pentadbiran masih dijalankan oleh orang lama. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati sehingga aktiviti gotong-royong membersihkan masjid pada Ahad lalu kurang mendapat sambutan.

– JEMAAH PRIHATIN,

Sikamat, Seremban.

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0817&pub=utusan_malaysia&sec=forum&pg=fo_06.htm&arc=hive


*******************************
Alat pemancar telekomunikasi masih di menara masjid

PADA 17 Jun 2006, telah dilaporkan bahawa Menteri Besar Negeri Sembilan melarang syarikat telekomunikasi menggunakan menara masjid sebagai tempat meletakkan alat pemancar mereka.

Menurut beliau, tindakan itu bertentangan dengan dasar kerajaan negeri dan undang-undang pihak berkuasa tempatan malah mereka yang terbabit boleh didenda RM50,000 atau penjara selama dua tahun.

Setelah hampir tiga bulan kenyataan tersebut dibuat, didapati masih ada syarikat telekomunikasi yang gagal menurunkan alat pe mancar mereka. Ini tidak terkecuali di masjid kariah saya iaitu Masjid Sikamat Seremban.

Sehubungan itu, saya ingin bertanya alim ulama, adakah wajar menara masjid digunakan sebagai tempat meletakkan alat pemancar telekomunikasi?

Bayangkan orang yang menyalahgunakan telefon bimbit, seperti menghantar mesej lucah dan menyebarkan fitnah yang mana semuanya terhasil melalui alat pemancar telekomunikasi yang diletakkan di menara masjid.

– ZAINAL ABDUL,
Sikamat, Seremban.

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=1013&pub=utusan_malaysia&sec=forum&pg=fo_06.htm&arc=hive

*************************************
UMNO siasat undi tidak percaya terhadap wakil rakyat

SEREMBAN 2 Julai - Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan akan menyiasat tindakan UMNO Cawangan Bukit Ampangan mengemukakan undi tidak percaya terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri Sikamat, Datuk Md. Yusop Harmain Shah baru-baru ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pihaknya akan meminta laporan bertulis daripada UMNO Bahagian Seremban mengenai undi tidak percaya itu terlebih dahulu sebelum tindakan diambil.

‘‘Kita akan kaji kenapa mereka buat usul begitu, mesti ada sesuatu tidak kena. Sama ada panggil atau tidak Md. Yusop, tengok laporan dulu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan di sini.

UMNO Cawangan Bukit Ampangan mengemukakan usul dan undi tidak percaya terhadap Md. Yusop yang merupakan Setiausaha UMNO Bahagian Seremban dalam mesyuarat 24 Jun lalu.

Mereka dikatakan tidak berpuas hati apabila cadangan pembinaan balai raya di kawasan mereka tidak dilayan walaupun tujuh pucuk surat mengenainya dihantar bermula Julai 2002 hingga Mei 2006.

Ketua UMNO Cawangan Sikamat, Islakh Mardan berkata, pihaknya berbuat demikian kerana wakil rakyat itu tidak mampu membawa perubahan dan pembangunan di kawasan tersebut.

Md. Yusop ketika dihubungi berkata, mesyuarat tersebut tidak cukup ahli dan undi tidak percaya itu dibuat dengan motif tertentu.

Beliau difahamkan antara lapan dan 10 orang membuat keputusan itu manakala ahli Pemuda UMNO bertindak meninggalkan majlis kerana tidak bersetuju.

‘‘Isu balai raya tidak timbul kerana sudah ada sebuah balai raya di kawasan berdekatan malah sebagai ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian, dia sepatutnya tahu cara membuat aduan, bukannya cara begini,” katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0703&pub=utusan_malaysia&sec=politik&pg=po_04.htm&arc=hive

Sambutan 70 Tahun Madrasah Tn Hj Ibrahim Bongek 16 Feb

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.
BERSEMPENA DENGAN "MAJLIS SAMBUTAN 70 TAHUN MADRASAH AL-ISLAMIAH TUAN GURU HAJI IBRAHIM" BONGEK ACHEH 71300 REMBAU NEGERI SEMBILAN , akan DIADAKAN PROGRAM "IJTIMAK THOLABAH PONDOK SEMALAYSIA" (Perhimpunan penuntut-penuntut pondok semalaysia)

Pada 16 hingga 18 FEB 2007 M (Jumaat – Ahad)

Akan bersama meraikan majlis dengan tetamu khas terdiri dari para Ulama.

Majlis Ulangtahun ke 70 Madrasah Al-Islamiah Haji Ibrahim –Bongek akan dirasmikan oleh Y.A.B Menteri Besar Negeri Sembilan. disertai:

IJTIMAK THOLABAH PONDOK SEMALAYSIA
Perhimpunan Penuntut-penuntut Pondok SeMalaysia.

Sila sebarkan ... InsyaAllah, tabarakAllah.

Diantara tokoh-tokoh ulama semasa yang akan dijemput untuk pembacaan/pengupasan kitab turas, pembentangan kertaskerja, forum dan sesi soal-jawab :

1.Tuan Guru Al-Sheikh Professor Doktor Haji Muhibuddin al-Waliyy al-Khalidi - dari Acheh.

2.Tuan Guru Haji Ismail Sepanjang ( Baba Ismail )- daripada Fathoni.

3.Tuan Guru Haji Wan Shaghir - dari Khazanah Fathoniah. Kuala Lumpur.
Semua Penuntut-penuntut Pondok , pelajar-pelajar Universiti dan orang ramai dijemput hadir dengan sukacitanya, jamuan makan dan tempat berehat akan disediakan ala kadarnya insyallah. .
Jadual Pengajian/dialog dan forum perdana .

Tuan Guru Professor Doktor K.H Muhibbuddin Al-Waliy -Acheh Darussalam-
1.Jumaat 16 feb 2007- 8.00 malam - 10.00 malam.- Pengupasan Kitab Al-Hikam serta soal jawab.
2. Sabtu 17 feb 2007 - 9.00 malam - 11.30 malam - Forum Perdana serta soal jawab -bersama ahli panel yang lain, tajuk forum ( Pengajian Tradisional antara cabaran dan harapan).

Tuan Guru Haji Ismail Sepanjang (Baba Ismail).-Fathoni Daarussalam-
1.Sabtu 17 feb 2007- 8.30 pagi - 11.30 pagi - Pengajian Ilmu Tauhid berkitab ( kitab-kitab karangan Tuan Guru Haji Ismail sendiri) dan kupasan ayat-ayat mutasyabihat serta soal- jawab.
2.Sabtu 17 feb 2007 - 9.00 malam- 11.30 malam- Forum Perdana serta soal jawab -bersama ahli panel yang lain, tajuk forum ( Pengajian Tradisional antara cabaran dan harapan).

Tuan Guru Haji Wan Shaghir- Khazanah Fathoniah -Kuala Lumpur-

1.Sabtu 17 feb 2007- 2.00 petang- 5.00 petang - Pembentangan kertas kerja- (Tajuk belum diputuskan).
2. Sabtu 17 feb 2007- 9.00 malam -11.30 malam -Forum Perdana serta soal jawab- bersama ahli panel yang lain, tajuk forum (Pengajian Tradisional antara cabaran dan harapan).

Tuan Guru Haji Ibrahim , Bongek. Alim ilmu Falakiah, meninggalkan karangan bermutu dibidang falak/hisab untuk menentukan tarikh raya ,puasa , waktu sembahyang dan berbuka.
Beliau pernah berguru dengan tokoh-tokoh ulamak yang masyhur, diantaranya: Tok Kenali yang sangat terkenal, Pak Wan Sulaiman (Sheikhul Islam negeri Kedah- Mufti dizaman penjajahan), juga Tok Shafie telok bagan ( seorang ulamak tasawuf diMekah). Kegigihan mengajar, mendidik dan mengasuh masyarakat tiada tolak bandingnya diakui .
Tuan Guru Dr. Sheikh Muhibbuddin al Waliy akan mengupas matan al Hikam karangan Ibnu Ataillah as-Sakandari. Dr. al Sheikh ini , yang menuntut ilmu pada al Marhum Ayahnda beliau- Tengku Muda Waliy al-Khalidi, yg sangat mahir diberbagai cabang ilmu, khasnya ilmu alat, kemudiannya ke Mesir menyambung pengajian lalu meraih Doktorah Usul Fiqah. Dari pengakuan beliau , mempelajari kitab al Hikam dari Ayahnda beliau. Bersama kita mendengarkan kupasan yg jitu dan dialog yg menjernihkan kekerohan.. insyallah.

Tuan Guru Haji Ismail Sepanjang- Ulamak terkini dari Fathoni Darussalam , berjaya memikat hati perserta kuliah berkitab beliau pada setiap hujung minggu di Masjid Bandar Patani dan Nibung (Yala) dengan kehadiran ribuan orang. Diakui berkebolehan mendamaikan masyarakat sehingga kebolehan beliau diakui pemerintah. Beliau insyallah akan menjelaskan masalah Ilmu Tawhid, khasnya soal ayat-ayat mutasyabihat. Kitab yang akan dijadikan teks kuliah majlis adalah kitab "Mawaizul iman fi tarjamah ba'dh manahil al irfan"- karang beliau sendiri , dan sebuah lagi kitab terjemahan matan "Tijan al-darari"- juga karangan beliau. Ditambahkan seri lagi dengan sesi soal jawab kemuskilan. Insyallah bersama kita mengambil manfaat.

Tuan Guru Haji Wan Saghir- Pengkaji sejarah Ulamak-ulamak melayu yang tidak asing lagi. Ilmu dan kajian beliau yang melaut , dapat memuaskan kemuskilan khasnya berkenaan Keilmuan dialam Melayu yang dikaitkan dengan method pengajian tradisional (pondok).

Dimanakah hebatnya bangunan batu?,
jika tidak asalnya dari pasir dan batu..
Dimanakah pula lebihnya alim lulusan U?,,,
jika tidak asalnya dari ulamak melayu dulu-dulu....

ACARA KEMUNCAK- FORUM PERDANA -AHLI PANEL ADALAH TIGA ULAMAK UNDANGAN TERSEBUT.
Semua Penuntut-penuntut Pondok , pelajar-pelajar Universiti dan orang ramai dijemput hadir dengan sukacitanya, jamuan makan dan tempat berehat akan disediakan ala kadarnya, insyallah. Antara acara selingan yang menarik, pameran sejarah ulamak melayu daripada Khazanah Fathoniah dan jualan kitab-kitab ulamak melayu yang bermutu . Kitab "Mawaizul iman fi tarjamah ba'dh manahil al irfan" dan kitab "terjemahan matan Tijan al-darari" karangan Tuan Guru Haji ismail sepanjang juga terjual sebagai teks pengajian untuk majlis ijtimak.

Pondok)Madrasah al-Islamiah Haji Ibrahim Kampung Bongek adalah satu-satunya madrasah (Pondok) yang tertua dalam Daerah Rembau khasnya yang telah wujud pada tahun 1936 dengan diasaskan sendiri oleh Tuan Guru Haji Ibrahim bin Mohd Dahan , seorang ulamak yang terkenal di Negeri Sembilan (1907-1997).

Antara jalan untuk ke “Bongek” Rembau - N9.

Jika dari KL bolehlah Exit toll pedas dan menghala ke Rembau/Tampin (Jalan Warna Merah) Lebih kurang 12 KM untuk sampai ke Bongek..
Jika dari JB bolehlah Exit toll Alor Gajah/Tampin - -Spg 4-- Kendong--> Bongek - iaitu ikut jalan menghala ke Rembau, Seremban , Lebih kurang 13 KM untuk sampai ke Bongek.
Tempat-tempat berehat yg dicadangkan semasa Majlis Ijtimak:
Bayaran yang berpatutan-
1. Rumah rehat/ hotel di Tampin.
2. Chelet di Seperi.
3. Hotel sekitar Rembau/ Seremban.
4. Free of charge-Masjid-masjid dan surau disekitar Bongek dan Seremban.
5. Insyallah mungkin terdapat rumah2 tumpangan di sekitar kampung Bongek...lain-lain

Usahasama Tabung Haji dengan Kilang Babi ?

Perkataan Suckling Pig
Ertinya Babi Muda.…. (Dari Laman Web Datuk Ruhanie Ahmad, bekas Ahli Parliman Barisan Nasional Parit Sulong)
http://kuda-kepang.blogspot.com/2007/01/perkataan-suckling-pig-ertinya-babi.html
Bila saya membuat posting mengenai Lembaga Tabung Haji (LUTH) menjadikan sebuah syarikat Singapura sebagai rakan kongsinya, saya tidak pernah berniat untuk mempersoalkan usahasama berkenaan.

Ini kerana LUTH berhak memilih sesiapa sahaja yang difikirkan layak untuk jadi rakan kongsi perniagaannya, waimah rakan kongsi itu adalah syarikat asing.

Niat saya buat posting itu adalah untuk membolehkan pengunjung blog ini membaca dan memahami erti seluruh perkataan yang dalam warna merah.

Antara perkataan yang dalam warna merah dalam posting tersebut adalah “suckling pig processing plant.”

Jadi, tidakkah anda mengetahui erti “suckling pig?” Bukankah “suckling pig” ertinya “babi muda?” Tidakkah “suckling pig processing plant” ertinya “kilang mempross babi muda?”

Persoalannya, adakah ini benar? Persoalannya, macam mana sampai jadi begini? Persoalannya, apakah reaksi para pencarum LUTH bila mengetahui bahawa makna “suckling pig” adalah “babi muda?” - Ruhanie Ahmad

1/28/07

Ceramah Tn Ibrahim, Dr Badrul Amin 5 Feb Seremban

Adalah dimaklumkan Ceramah Us Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini yang disiarkan bertempat di PAS Cawangan Ampangan dan PASTI Taman Seremban Selatan akan diadakan di Markas PAS Paroi di Taman Tasik Jaya

CERAMAH PERDANA
Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
Dr Badrul Amin Baharon
ISNIN 5 Feb
Jam 9 malam
Di Markas PAS Paroi, Taman Tasik Jaya

Maklumat lanjut hubungi
Hassan 019-2171942
Taufek 019-6576540

1/26/07

Apa nak jadi dengan TUDM ?

Kesian tengok anggota TUDM kita, dibebankan mengendalikan helikopter yang lanjut usia untuk operasi menyelamat mangsa banjir di Johor. Dibebankan lagi untuk menjaga jet-jet eksekutif pembesar negara. Dibebankan lagi untuk mengendalikan jet-jet dari pelbagai negara Rusia, Amerika, Itali, Britain. Terbaru benar atau tidak lagi satu pembelian jet eksekutif untuk pembesar negara ??

Pesawat VIP Baru Berharga RM 200 juta
http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=5716&mode=thread&order=0&thold=0
…….. telah membeli sebuah pesawat VIP ACJ 319 keluaran Airbus, bernilai antara USD 55-60 juta. Pesawat yang dibina dikilang pemasangan Airbus diToulouse, Perancis kini difahamkan berada diSwitzerland, kerana ubahsuai dalaman dan proses perlengkapan perkakas bersesuaian dengan pesawat yang menjamin keselesaan dan kemewahan penerbangan VIP.

Pesawat ini adalah model asas dari A320, tetapi mendapat modifikasi dan mampu terbang sejauh melebihi 6000 batu nautika atau 11000 km (jarak antara Kuala Lumpur dan London tanpa berhenti mengisi minyak). Keluasan 800 kaki persegi ruang dan jika sebagai pesawat kommersial, mampu membawa 140 penumpang. Ianya satu kelas dengan pesawat VIP Jet Boeing BBJ, yang sedia ujud dalam perkhidmatan TUDM. Pesawat ini mampu membawa antara 10-50 penumpang (bergantung kepada susunan tempat duduk) terbang sehingga 41000 kaki dengan segala keselesaan dan kemewahan perjalanan udara moden.

Antara pemasangan yang dibuat pada waktu ini ialah ruang duduk, ruang santai, meja makan, kamar peribadi, bilik air dan kemudahan mandi dan mungkin pejabat. Ini termasuk alatan kommunikasi seperti SATNAV, telefon, fax, pemain DVD, TV satelit dan kemampuan mengunakan internet. Alatan lain seperti dapur lengkap termasuk ketuhar mikrowave, pembasuh pinggan dan peti sejuk juga biasanya dipasang sebagai memenuhi keperluan penumpang VIP.

Difahamkan VIP Jet ini akan diletak dibawah kelolaan Squadron No.2 "Bayan" TUDM (yang berpengkalan diTUDM Subang) dan pemilik sebenar pesawat ini ialah Penerbangan Malaysia Berhad (PMB). Buat masa ini TUDM mengendalikan pesawat Boeing BBJ, Bombardier Global Express, Falconjet 900B dan F28 untuk kegunaan VIP.

Samada pembelian ini menepati keperluan Negara, itu menjadi tandatanya kerana TUDM sedang mengendalikan beberapa pesawat VIP yang canggih canggih dan sudah cukup menepati keperluan Pemimpin Negara. Sebagai contoh, BBJ itu dibeli dari Malaysia Airlines dan pertama kali digunakan semasa DYMM SPB Yang DiPertuan Agung Almarhum Tuanku Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menghadiri sukan Olimpik diSydney, Australia tahun 2000. PM YDP Abdullah mengunakan pesawat BBJ sediada ini apabila pertama kembali ke Kepala Batas setelah dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 1 Nov 2003.

Secara kebetulan (?), pesawat ini dipilih sebagai pesawat VIP Kerajaan Malaysia terbaru tatkala flavour masakini syarikat tambang murah AirAsia juga menempah 150 buah pesawat A320 yang sama, berbanding trend penggunaan BBJ yang lebih popular dikalangan penguna penerbangan VIP global.

Sebenarnya penulis merasakan wang ini sepatutkan dibelanjakan untuk membeli pesawat lain, yang lebih bermenafaat untuk Negara. Pada masa ini, TUDM memerlukan pesawat pesawat Airborne Early Warning/Command (AEW/C) dan Martime Patrol Aircraft/Anti Submarine Warfare (MPA/ASW) bagi melengkapkan pertahanan Negara, iaitu sebuah negara maritim yang mempunyai keluasan air antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang amat luas dan kawasan zon ekonomi eksklusif (ZEE) yang amat perlu diawasi, tanpa menimbang keperluan pengawasan trafik laluan laut antara terpenting didunia.

Persoalan sekarang, apakah Kerajaan Malaysia lebih minat memperlengkapkan TUDM dengan pesawat pesawat mewah untuk kegunaan segelintir berbanding pertahanan dan kepentingan Negara???? Sebagai contoh, pesawat helikopter S 61N Nuri yang digunakan semenjak 1968, menjadi tulang belakang operasi TUDM dan Tentera Darat dan baru baru ini bencana banjir diJohor, kini amat uzur keadaan dan amat diperlukan diganti terlebih dahulu, berbanding pesawat VIP.

http://waghih.blogspot.com/2006/07/adakah-pertahanan-udara-negara-begitu.html

Adakah pertahanan udara negara begitu rapuh ?

Beberapa kemalangan yang menimpa pesawat Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) mutakhir ini menggusarkan rakyat Malaysia apakah sistem pertahanan negara kita rapuh serta mempertaruhkan nyawa anggota TUDM khususnya dan rakyat pada amnya. Dalam masa tidak sampai sebulan satu pesawat Hawk telah terhempas, satu pesawat Hawk telah melakukan pendaratan kecemasan dan satu helikopter Nuri juga telah melakukan pendaratan kecemasan.

Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak selaku Menteri Pertahanan telah menyarankan agar pegawai-pegawai kerajaan dapat memberi pandangan, teguran serta cadangan kepada menteri-menteri dalam usaha untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan kementerian masing-masing.

Dalam Kementerian Pertahanan sudah pasti yang lebih arif mengenai keperluan pertahanan negara adalah pegawai-pegawai serta anggota-anggota tentera sendiri dari yang tidak berpangkat hinggalah ke Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sebagai rakyat biasa yang tiada kepakaran dalam bidang pertahanan negara atau pun ketenteraan, statistik kekuatan TUDM yang dipaparkan dalam beberapa laman web adalah amat menggusarkan. Ianya menggambarkan bahawa pertahanan udara negara jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan negara jiran yang kerdil dan lebih sediki jumlah penduduknya iaitu Singapura.

Buat masa ini TUDM mempunyai 14 pesawat pejuang MiG-29N, 2 pesawat pejuang MiG29NUB, 8 pesawat pejuang F/A-18D Hornet, 7 pesawat pejuang Aermacchi MB-339A, 16 pesawat pejuang Hawk 208, 6 pesawat pejuang Hawk 108, 2 pesawat pejuang RF-5E Tigereye, 3 pesawat pejuang F-5F dan 10 pesawat pejuang F5E Tiger II.
TUDM juga mempunyai 17 pesawat pejuang MB-339C yang dibeli daripada Tentera Udara New Zealand pada tahun 2003 tapi masih tidak lagi beroperasi. TUDM juga akan menerima 18 pesawat pejuang Sukhoi SU 30MKM dalam masa terdekat ini secara berperingkat.

Sementara itu TUDM dalam kategori pesawat pengangkut pula mempunyai 8 pesawat Hercules C-130-30 , 2 pesawat Hercules C-130, 4 pesawat pengangkut minyak Hercules KC-130130H, 8 pesawat komunikasi Cessna 402B, 8 pesawat CN235-220M, 2 pesawat VIP CN235-220M, 1 pesawat VIP Boeing 737-700 BBJ, 1 pesawat VIP Bombardier Global Express, 1 pesawat VIP Bombardier CRJ-700 Regional Jet, 1 pesawat VIP Dassault FALCON 900B dan 1 pesawat VIP F28-100. Sementara itu TUDM telah menempah 4 pesawat pengangkut Airbus Military A400M.

Dalam bidang maritim pula TUDM memilikki 4 pesawat Beechcraft Super Kingair B200T MPA dan 2 pesawat Lockheed Hercules PC-130H.

Untuk kategori helikopter pula TUDM mempunyai 28 buah helikopter serbaguna Nuri Sikorsky S61A-4, 2 buah helikopter komunikasi Nuri Sikorsky S61A-4, 2 buah helikopter VIP Agusta Sikorsky A56-N1, 1 buah helikopter VIP Agusta A-109C dan 2 buah helikopter VIP Sikorsky S-70 Black Hawk. TUDM juga akan menerima 10 buah helikopter buatan Rusia Mi-171SH untuk tujuan mencari dan menyelamat.

Dalam kategori pesawat pelatih pula TUDM mempunyai 36 pesawat Pilatus PC-7, 8 pesawat Pilatus PC-7MkII, 20 pesawat MD3-160 Aerotiga dan 3 pesawat CTRM Eagle ARV.

Pesawat-pesawat TUDM ini ditempatkan di 8 buah pengkalan udara iaitu di Gong Kedak, Alor Setar, Butterworth, Kuantan, Subang, Sungai Besi, Kuching dan Labuan.

Dibandingkan pula dengan keupayaan Tentera Udara Republic Singapura (RSAF – Republic of Singapore Air Force) semua negara yang kerdil. RASF mempunyai 26 pesawat pejuang F-16C Falcon, 36 pesawat pejuang F-16D Falcon, 36 pesawat pejuang F-5S Tiger 2, 9 pesawat pejuang F-5T Tiger 2 dan 8 pesawat pejuang RF-5S Tiger 2. Sementara itu RSAF menjangkakan akan menerima sebanyak 12 ke 20 buah pesawat pejuang tercanggih di dunia iaitu Boeing F-15SG pada tahun 2008 atau 2009.

Dalam kategori helikopter pula RSAF mempunyai 18 buah helikopter pengangkut berat Chinook CH-47SD, 22 buah helikopter pengangkut Super Puma AS 332M, 6 buah helikopter pengangkut Eurocopter AS 532UL Cougar, 20 helikopter tempur dan anti kereta kebal Apache Longbow AH-64D dan 6 helikopter anti kapal dan anti kapal selam Sikorsky ASW S-70B.

RSAF juga mempunyai 6 buah pesawat pengangkut berat Lockheed C-130H serta 4 buah pesawat VIP F50 UTL. Disamping itu RSAF memilikki 4 buah pesawat mengisi minyak di udara dari jenis Boeing KC-135R dan memilikki 4 buah pesawat mengisi minyak di udara dari jenis Lockheed KC-130B.

Menariknya RSAF mempunyai pesawat pengawasan amaran AEWACS (Airborne Early Warning) sebanyak 4 buah dari jenis Grumman E-2C Hawkeye. Serta 5 buah pesawat maritim dari jenis Fokker F50 ME2 yang dilengkapi dengan persenjataan Harpoon.

Dalam kategori pesawat pelatih pula RSAF menggunakan 27 pesawat pejuang Marchetti S.211, 4 pesawat pejuang Super Skyhawk A-4SU, 4 pesawat pejuang Super Skyhawk TA-4SU dan sekurang-kurangnya 5 buah helikopter Eurocopter EC120 dan AS 550U.

RSAF juga mempunyai beberapa pesawat pengintip tanpa juruterbang iaitu sebanyak 40 buah dari jenis IAI Searcher Mk2 dan beberapa buah lagi dari jenis IAI Malat Scout, ST Blue Horizon dan ST Firefly.

Pesawat-pesawat RSAF ini beroperasi di 6 buah pengkalan udara dalam negara Singapura iaitu di Changi (Barat), Changi (Timur), Paya Lebar, Sembawang, Tengah dan Kem Murai.

RSAF turut mempunyai beberapa pengkalan udara di luar Singapura iaitu Pengkalan Udara Pearce dan Oakey di Australia, Pengkalan Udara Cazaux di Perancis, Pengkalan Udara Luke, Cannon, Grand Prairie dan Silverbell di Amerika Syarikat. Pengkalan udara RSAF di luar negara ini menempatkan pesawat-pesawat dan anggota-anggota RSAF bagi tujuan latihan. RSAF juga telah menghadiahkan beberapa pesawat pejuang F-16 kepada Royal Thai Air Force sebagai pertukaran, RSAF akan menggunakan Pengakalan Udara Udon Thani di Thailand selama beberapa hari setiap tahun untuk tujuan latihan.

Pada tahun 2003 Singapura telah menyertai program pembangunan pesawat pejuang tercanggih F-35 Joint Strike Fighter (JSF) yang dijangkakan akan mula beroperasi pada tahun 2015. Dalam masa akan datang RSAF dijangkakan akan beroperasi dengan menggunakan dua jenis pesawat pejuang iaitu F-35 dan F-15.

Di atas kertas keupayaan RSAF jauh ke hadapan jika dibandingkan dengan TUDM. Walaupun negara Singapura begitu kerdil tetapi kekuatan tentera udaranya membanyangkan bahawa negara tersebut adalah gergasi pertahanan udara di rantau ini.

Statistik di atas menunjukkan bahawa RSAF lebih tertumpu kepada operasi pesawat dari jenis yang sama dengan ini akan memudahkan kerja penyenggaraan, mendapatkan alat ganti serta melatih anggota-anggota yang mengendali dan menyenggara pesawat tersebut. Sementara TUDM pula yang mempelbagaikan jenis pesawatnya dengan Sukhoi dan MIG dari Rusia, Hawk dari Britain, F-18 dari Amerika Syarikat, MB339 daripada Itali menyebabkan lebih banyak sumber diperlukan dari sudut kerja penyenggaraan, mendapatkan alat ganti serta melatih anggota-anggota yang mengendali dan menyenggara pesawat.

Apa yang menjadi tanda tanya di sini ialah mengapa TUDM mempunyai begitu banyak pesawat VIP iaitu 7 kapal terbang VIP dan 5 helikopter VIP, sedangkan RSAF hanya menggunakan 4 kapalterbang VIP dari jenis Fokker F50. Adakah kerana Malaysia mempunyai begitu ramai ahli politik, ahli parlimen, menteri dan jeneral maka TUDM perlu menyediakan banyak pesawat VIP ?

Persoalan juga timbul akan nasib 17 buah pesawat pejuang MB-339C yang dibeli daripada Tentera Udara New Zealand pada tahun 2003 tapi masih tidak lagi beroperasi.

Begitu juga dengan bentuk mukabumi di Malaysia yang dikelilingi laut yang sudah pastinya memerlukan lebih banyak pesawat maritim, pesawat AEWACS serta pesawat tanpa juruterbang serta helikopter, TUDM hanya mempunyai jumlah pesawat yang kecil untuk tujuan ini jika dibandingkan dengan RSAF.

Ini baru dari sudut pertahanan udara, belum lagi di sentuh dari sudut pertahanan darat dan laut. Justeru itu Kementerian Pertahanan haruslah melaksanakan Dasar Pertahanan Negara yang dapat meyakinkan rakyat bahawa negara kita Malaysia mampu mempertahankan diri dari sebarang ancaman luar.

SELAMAT MENYAMBUT HARI PAHLAWAN

Marilah kita menghadiahkan Al Fatihah kepada anggota-anggota keselamatan kita yang telah gugurkan mempertahankan negara.

Sumber rujukan : Ensaiklopedia Wikipedia
http://en.wikipedia.org/wiki/Royal_Malaysian_Air_Force
http://en.wikipedia.org/wiki/Republic_of_Singapore_Air_Force

1/25/07

Pegawai Jabatan Alam Sekitar Hentam Karam Singh TV3

Pegawai JAS Selangor Hantar Surat Terbuka Buat PM

Assalamualaikum YAB Perdana Menteri,

Ini kali kedua kami Pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor menulis surat kepada YAB Datuk Seri. Kali pertama pada tahun lalu ketika mengadukan mengenai isu penyiasatan air busuk yang terhasil daripada limpahan air lecet Pusat Perlupusan Sampah Bukit Tagar.

Oleh kerana surat sebelum ini dihantar kepada YAB Datuk Seri dan beberapa orang Menteri tidak memberi impak yang baik, maka kali ini kami ingin menulis secara terbuka kepada beberapa laman web supaya masyarakat tahu dan memahami masalah kami.

Kami para pegawai JAS Selangor sedaya upaya menjalankan tugas dengan profesionalisme dan terbaik mengikut kemampuan kami yang terhad dan amat sedikit jumlah pegawaiya.

Malangnya sering kali tugas dan tanggung jawab kami bukan sahaja tidak dihargai malah diputar belitkan oleh beberapa media terutamanya TV3. Kami kecewa dan tertanya-tanya, mengapa dalam usaha menjadi juara masyarakat, kami JAS yang menjadi kambing hitam.
TV3 lebih berminat untuk menonjolkan seorang wartawan sebagai jaguh alam sekitar berbanding menceritakan isu sebenar. Ahli-ahli Parlimen BN juga begitu hebat memuji Karam Singh Walia yang hanya muncul tidak sampai 10 minit dalam TV untuk menghentam dan mendedahkan kelemahan, sedangkan terdapat rattsan lagi kes alam sekitar yang kami selesaikan setiap bulan tidak mendapat penghargaan langsung.

Kami sedar sebagai pegawai kerajaan kami tidak berhak dihargai dan dipuji oleh ahli politik. Namun kami juga manusia yang ada perasaan dan keluarga. Laporan-laporan TV3 dalam isu alam sekitar menggambarkan seolah-olah para pegawai JAS Selangor tidak bertanggungjawab dan tidak bekerja bukan sahaja menjejaskan moral kami malah mengaibkan ahli keluarga kami.

Memang benar jika JAS tidak berkesan maka kami harus bertanggungjawab. Soalnya mengapa laporan harus berpilih-pilih? Mengapa keputusan siasatan JAS yang mendapati limpahan air kumbahan dari Pusat Pelupusan Sampah Bukit Tagar sebagai punca bekalan air di Lembah Klang berbau pada tahun lalu tidak diperbesarkan atau mendapat liputan sewajarnya?

Apakah kerana kami pegawai JAS tidak mempunyai pengaruh wang dan kuasa maka kami boleh dijadikan mentimun sesuka hati?

Surat terbuka ini ditulis kerana kami amat kecewa dengan laporan TV3 dan Karam Singh Walia dalam Buletin Utama TV3 semalam (24 Jan 007).

Wawancara dengan Pengarah kami hampir sepuluh minit dicincang-cincang sehingga tidak sampai 30 saat. Mengapa tidak menyiarkan penjelasan kami sepenuhnya mengenai pusat pelupusan sampah (landfill) Kuala Selangor?

Bukankah Jabatan Perdana Menteri sendiri bersetuju dengan saranan Kerajaan Negeri Selangor supaya pemindahan Pusat Pelupusan Sampah Air Hitam, Puchong dilakukan dengan segera kerana aduan dan bantahan orang ramai?

Apakah salah JAS Selangor bila memberi kelulusan sementara kepada Pusat Pelupusan Kuala Selangor bagi membantu ratusan ribu penduduk Puchong dan Bukit Jalil dari terus menghidu bau busuk?

Mengapa tidak disiarkan kenyataan Pengarah JAS Selangor yang menjelaskan dengan terperinci bahawa tempat tersebut diberi kelulusan sementara berdasarkan kajian awal EIA, kedudukannya yang jauh dari penempatan orang ramai, jauh dari sumber air dan jauh dari kawasan tadahan air.

Mengapa kenyataan kurang ajar Karam Sing Walia yang mendakwa JAS merestui pusat pelupusan sampah haram milik kerajaan negeri (sebenarnya milik Worldwide) disiarkan oleh TV3. Apakah pemberita TV3 yang bernama Karam Singh Walia ini sudah dianggap wali alam sekitar sehingga berhak mencerca pegawai kerajaan sesuka hati?

Akhir sekali, kami para pegawai JAS memohon supaya jangan dijadikan mangsa permainan politik UMNO. Kami sedar semua isu yang mengkambinghitamkan JAS SELANGOR bertujuan memburukkan imej Menteri Besar Selangor sekarang ini, Dr. Khir Toyo. Carilah isu lain. Tolong jangan babitkan kami para pegawai profesional yang hanya menjalankan tugas demi rezeki yang halal.

Salam Hormat buat YAB Perdana Menteri

Daripada
Para Pegawai JAS Selangor Yang Kecewa

Note: Kami tidak dapat mengesahkan ketulenan emel ini sama ada benar-benar daripada Pegawai JAS Selangor. emel ini disiarkan kerana terdapat fakta-fakta yang disahkan benar oleh sumber laman ini.

Surat terbuka ini dari laman web : http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=5715&mode=thread&order=0&thold=0

Ceramah , Kenapa Saya Keluar DAP ? 2 Feb Seremban

SIRI JELAJAH PENERANGAN SELURUH NEGERI SEMBILAN

***********************************************
Ceramah Perdana Pengisytiharan YB Cikgu Lim Fui Meng (ADUN Bahau) keluar daripada DAP

Penceramah :
Ustaz Nasaruddin Md Isa – Timbalan Presiden PAS
Ustaz Mujahid Yusof Rawa – AJK PAS Pusat
YB Cikgu Lim Fui Meng – ADUN Bahau, Negeri Sembilan
Sdr Zulkefly Mohamed Omar – Timbalan Pesuruhjaya PAS NS
Tarikh : Jumaat 2 Feb 2007
Masa : 9 malam
Tempat : Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan, Seremban

***********************************************
Ceramah Maal Hijrah
Oleh : Ustaz Hj Wan Azhar Wan Ahmad
Tarikh : Sabtu 27 Jan 2007
Masa : 7:45 malam
Tempat : Markas MTD Kota, Kg Pulau Mampat, Rembau

***********************************************
Ceramah Maal Hijrah
Oleh : Ustaz Abd Ghani Abd Rahman
Tarikh : Ahad 28 Jan 2007
Masa : 7:45 malam
Tempat : Surau Taman Selaseh, Port Dickson

***********************************************
Ceramah Perdana
Penceramah :
Sdr Mazlan Aliman – Naib Ketua Pemuda PAS Pusat
Dato Ibrahim Ali
Tarikh : Sabtu 3 Feb 2007
Masa : 9 malam
Tempat : Markas PAS Cawangan Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam)

***********************************************
Ceramah Perpaduan
Penceramah :
Sdr Mahfuz Omar – AJK PAS Pusat
YB Cikgu Lim Fui Meng – ADUN Bahau, Negeri Sembilan
Tarikh : Ahad 4 Feb 2007
Masa : 9 malam
Tempat : Muassasah Darul Sharif, Jln Batu Kikir – Bahau

***********************************************
Ceramah Bersama Tokoh Ulamak
Penceramah :
Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man – AJK PAS Pusat
Dr Badrul Amin Baharon – Bekas Tahanan ISA Kamunting
Tarikh : Isnin 5 Feb 2007
Masa : 9 malam
Tempat : PASTI Seremban Selatan

Maklumat lanjut semua program di atas sila hubungi
Taufek 019-6576540
Zul – 019-2818816
Shamsul – 019-6532973
Hasan – 013-3426346

1/24/07

Ceramah Tn Ibrahim Tn Man 5 Feb Seremban

Muslimin dan muslimat dijemput hadir ke program berikut :

1. CERAMAH UMUM
Penceramah : Ustaz Tn Ibrahim bin Tuan Man, AJK PAS Pusat, Pesuruhjaya PAS Pahang
ISNIN 5 Februari 2007
Jam 9.30 malam
Di Markas PAS Cawangan Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam)

2. CERAMAH MAAL HIJRAH
Penceramah : Ustaz Hj Wan Azhar Wan Ahmad, EXCO Pemuda PAS N.Sembilan
SABTU 27 Januari 2007
Jam 8 malam , Selepas Solat Maghrib
Di Markas PAS MTD Kota, Kg Pulau Mampat, Rembau

Gotong Royong Perdana 3-4 Feb Batu Pahat

Perhatian kepada semua ahli Unit Amal Malaysia, sukarelawan serta mereka yang ingin turut serta membantu mangsa banjir di Johor.

Program Gotong Royong Perdana operasi pembersihan akan diadakan pada 3 dan 4 Februari 2007 di daerah Batu Pahat.

Kita perlukan seramai mungkin ahli dan sukarelawan serta peralatan pembersihan.

Sila hubungi Pengarah atau AJK Unit Amal negeri masing-masing untuk maklumat lanjut.

Dapatkan maklumat, berita dan foto terkini misi Unit Amal di Johor di
http://dppnjohor.blogspot.com
http://pasns.blogspot.com

1/23/07

Gambar Misi Unit AMAL NS 20-21 Jan 2007 Banjir Johor

Berikut ialah gambar sekitar Misi Membantu Mangsa Banjir di Batu Pahat, Johor pada 20-21 Januari 2007 yang disertai oleh sekitar 30 orang ahli Unit Amal Negeri Sembilan, Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan serta sukarelawan PAS Negeri Sembilan

















1/22/07

Siapa kata Jemaah Tabligh tak bantu mangsa banjir ?

Selama ini Jemaah Tabligh hanya dikenali dengan Gash, Ziarah, Tasykil, Bayan, keluar 3 hari, keluar 40 hari, keluar 3 bulan dsbnya. Siapa kata Jemaah Tabligh tak turun padang membantu mangsa banjir ? Dilampirkan link berita dan foto Jemaah Tabligh dari Kelantan membantu mangsa banjir di Johor. Dalam sibuk membantu mangsa banjir sembahyang jangan lupa, ianya wajib.

http://dppnjohor.blogspot.com/2007/01/jamaah-tabligh-turut-sama-membantu.html

1/21/07

Unit Amal N.Sembilan bantu mangsa banjir Johor

Sabtu 1 Muharram 1428 bersamaan 20 Januari 2007, ketika umat Islam di Malaysia sedang menyambut ketibaan Tahun Baru Hijrah seramai lebih kurang 30 orang ahli Unit Amal Negeri Sembilan serta sukarelawan PAS Negeri Sembilan telah berkonvoi membawa bersama sumbangan kewangan, makanan, pakaian dan perubatan untuk membantu mangsa banjir di Johor.

Seawal jam 7:30 pagi kontinjen sukarelawan telah berkumpul di Ampangan, Seremban. Hasil sumbangan ahli serta orang ramai yang prihatin sebanyak RM 10 ribu telah berjaya dikutip dalam tempoh yang singkat.

Sebuah lori 3 tan yang sarat dengan bekalan makanan dan pakaian dengan diiringi 3 buah kereta, sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah kenderaan pelbagai guna digunakan untuk membawa dan mengagihkan sumbangan keperluan kepada mangsa banjir.

Menurut Pengarah Unit Amal Negeri Sembilan Sdr Sufian Ibrahim bantuan keperluan tersebut telah diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir sekitar Batu Pahat, Yong Peng, Parit Bilal dan beberapa kawasan yang terjejas teruk akibat banjir.

Turut bersama dalam konvoi ini ialah seorang tokoh korporat yang tidak asing lagi iaitu Encik Mohd Said yang turut sama mengagihkan barangan keperluan kepada mangsa banjir.

Sdr Sufian menggesa agar semua rakyat di Negeri Sembilan ini agar terus menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Johor kerana kemusnahan akibat banjir adalah amat dasyat sekali.

Mereka yang ingin menghulurkan bantuan mangsa banjir melalui Unit Amal Negeri Sembilan bolehlah menghubungi Sdr Sufian 013-3589328, Sdr Zulkarnain 013-6341990 , Us Nazri 019-6644320, Sdr Nazri Zainal 016-2778269

Tak Hantar Anak Ke PLKN ! Boikot PLKN ??

Begitulah apa yang dinyatakan oleh Encik Azlan ketika Hj Mohd Taufek Penyelia PAS DUN Paroi serta Sdr Hassan Setiausaha PAS Kawasan Rembau melawat keluarga Ili Ameera Azlan yang meninggalkan dunia secara mengejut ketika mengikuti Program Latihan Khidmat Negara di Ayer Keroh , Melaka baru-baru ini.

Encik Azlan yang kehilangan anak sulung kini hanya mempunyai seorang sahaja anak perempuan yang ketika ini berada di Tingkatan Empat.

Encik Azlan berkata beliau tidak akan izinkan satu-satunya anaknya yang tinggal untuk mengikuti program PLKN pada masa akan datang.

Menurut beliau Allahyarham berat untuk pergi ke kursus berkenaan kerana beliau tidak biasa dengan aktiviti luar walaupun Allahyarham sebelum ini tidak pernah mempunyai sebarang penyakit.

Encik Azlan juga agak terkilan dengan pengurusan Kem PLKN di Ayer Keroh kerana beliau mendapat suasana kem berkenaan tidak begitu sesuai untuk aktiviti remaja perempuan.

Menurut Hj Mohd Taufek, PAS Negeri Sembilan memandang berat kes ini serta akan menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk meneliti balik tahap keselamatan program serta kem latihan PLKN terutamanya untuk remaja perempuan.

Ditanya apakah PAS Negeri Sembilan akan menggesa ibu bapa serta remaja memboikot program PLKN, beliau berkata perkara itu belum dibincangkan lagi, sehingga satu kajian terperinci dilakukan.

Dalam pada itu ibu mangsa masih kelihatan sugul dan terkejut dengan kejadian yang menimpa anak yang amat dikasihinya.

1/19/07

BOIKOT NSTP ! BOIKOT NSTP ! Tegakkan Keadilan

Mereka yang tidak memboikot NSTP bermakna menyokong tindakan zalim keatas Bloggers (Wartawan Sukarela Bebas Menegakkan Kebenaran) iaitu Jeff Ooi, Rocky Bru dan rakan-rakan yang lain , yang disaman berjela-jela, diugut, digertak dan sebagainya

Blogger Lwn NSTP: Terima Kasih Atas Simpati
Dato A Kadir Jasin

SEPERTI banyak di kalangan blogger, pembahas dan pelawat sudah maklum, dua sahabat kita iaitu Ahirudin Atan (Rocky’s Bru) dan Jeff Ooi (Screenshots) telah disaman oleh New Straits Times Press (Malaysia) Berhad dan beberapa orang pekerja atasannya.

Banyak blogger, pembahas dan pelawat, sama ada melalui komen mereka di pelbagai blog atau melalui panggilan telefon dan sms, telah menyatakan simpati dan sokongan kepada Ahirudin dan Jeff. Ada yang menawarkan bantuan kewangan dan kepakaran.

Saya telah berhubung dengan Rocky dan Jeff beberapa kali mengenai hal ini. Untuk makluman saudara dan saudari sekalian, penubuhan sebuah tabung bagi melindungi blogger, bermula dengan Rocky dan Jeff, sedang diusahakan.

Secara langsung, tabung ini menyumbang kepada usaha mempertahankan kebebasan bersuara seperti termaktub di dalam Perlembagaan negara kita.

Kita telah dan sedang mengenal pasti beberapa orang tokoh di dalam dan luar dunia kewartawanan untuk dijemput menjadi pemegang amanah tabung ini.

Seperti umum sedia maklum, there’s no money in blogging. In fact bloggers spend their own money and spare their own time to manage their blogs for the benefit of visitors and debaters. They do not have the money and the expertise to fight corporations like the NSTP.

On behalf of Rocky and Jeff, I thank all of you for your goodwill and support. Thank you. Terima kasih.
http://kadirjasin.blogspot.com/2007/01/blogger-lwn-nstp-terima-kasih-atas.html

Ir Jamlus Exco NS berbohong

Kenyataan Media
Angkatan Muda keADILan Negeri Sembilan 19 Januari 2007


EXCO KERAJAAN NEGERI SEMBILAN BERBOHONG

Exco Kerajaan negeri sembilan telah berbohong dalam kenyataanya mengenai tidak wujud halangan untuk membantu mangsa banjir.

Dalam laporan utusan Malaysia 10 januari 2007 yang lalu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Belia dan Sukan Negeri, Datuk Ir Jamlus Aziz menafikan wujud halangan untuk Angkatan Muda keADILan Negeri Sembilan menyampaikan bantuan. Malah beliau turut menuduh kenyataan awal Angkatan Muda keADILan Negeri Sembilan mengenai halangan menghulurkan bantuan hanya bermotifkan politik semata – mata.

Ir. Jalmlus juga dalam laporan yang sama menuduh ‘pembangkang’ hanya tiba membantu ketika keadaan telah reda dan air telah surut. Malah ‘pembangkang’ hanya berkunjung ke kawasan yang ada pengikut sahaja.

Angkatan Muda keADILan Negeri Sembilan dengan ini menyangkal kenyataan bohong tersebut.

Pertama, jelas pasukan bantuan Angkatan Muda keADILan Negeri Sembilan yang dikejarkan ke Felda Sungai Kelamah, Gemas di halang untuk menyampaikan bantuan oleh JKKK Felda Sungai Kelamah yang juga pemimpin UMNO setempat. Setiausaha JKKK tersebut termasuk Ketua Kampung sendiri menyatakan yang mereka telah menerima arahan untuk tidak menerima bantuan dari mana – mana pihak khususnya parti politik. Segala bantuan hendaklah disalurkan terus ke Pejabat Daerah untuk diagihkan semula kepada penduduk oleh Pejabat Daerah atau wakil rakyat sendiri. Kehadiran orang mengambil gambar ketika pasukan bantuan AMNS berada di situ di percayai anggota cawangan khas juga membuktikan Polis turut terlibat menghalang bantuan. Kami dilarang oleh JKKK untuk menyampaikan sebarang bentuk bantuan.

Kedua, Ir. Jamlus berbohong mengatakan AMNS tiba hanya ketika banjir reda. Pasukan Bantuan AMNS ialah pasukan bantuan pertama yang tiba di Pusat Pemindahan, Felda Sungai Kelamah. Ini diakui sendiri oleh beberapa penduduk kampung yang ditemui dan mengatakan mereka berpindah sendiri dan belum mendapat apa – apa bantuan sehingga kami sampai.

Selepas banjir surut sememangnya AMNS ada menyediakan pasukan bantuan pasca banjir, namun bantuan kerja – kerja pembersihan hanya dapat di lakukan di tempat – tempat tertentu sahaja kerana tenaga dan kewangan yang terhad. Kami tidak menerima sebarang bantuan dan sokongan dari agensi kerajaan mahupun pihak swasta seperti yang dinikmati oleh agen parti BN yang dilihat sibuk menyampaikan bantuan menggunakan kemudahan agensi kerajaan dan bersumberkan syarikat korporat besar.

Malah di beberapa kawasan bantuan pasca banjir kami ditolak kerana wujud ketakutan di kalangan penduduk jika menerima bantuan dari ’pembangkang’ mereka akan terkeluar dari senarai bantuan kerajaan. Bagaimana ’khabar angin’ ini wujud tidak dapat dipastikan.
Kesempatan ini juga di ucapkan terima kasih dan tahniah kepada TM dan TV3 yang turut sudi menyenaraikan Pusat Aduan Rakyat, Angkatan Muda keADILan sebagai antara organisasi yang turut menyumbang bantuan kepada mangsa banjir.

’keADILan Youth, NorAzizi, 012 3696474 (Penyelaras Pusat Aduan Rakyat)’ telah ditayangkan selama 5 saat di kaca tv melalui iklan bantuan banjir tajaan TM di TV3 di hujung Buliten Utama 15 Januari 2007.

Akhirnya sekali lagi AMNS melahirkan rasa kesal terhadap pembohongan Exco Kerajaan Negeri Sembilan. AMNS berharap agar UMNO dan BN bersikap lebih terbuka dengan mengutamakan rakyat dalm setiap tindakan mereka bukan hanya memikirkan kepentingan politik semata – mata. Jelas bencana demi bencana termasuk banjir yang terbaru BN gagal bersikap terbuka dalam membantu rakyat sebaliknya hanya meletakkan kepentingan politik di depan.

AMIRUDDIN ABD WAHAB
Setiausaha
Angkatan Muda Negeri Sembilan.

Nota Bantahan Terhadap MB NS

Kepada :

YAB Datuk Seri Mohamad Hasan,
Menteri Besar Negeri Sembilan,
Ting 5B, Wisma Negeri,
Seremban Tarikh : 17 Januari 2006


YAB Datuk Seri ;

NOTA BANTAHAN TERBUKA - ISU CAMPUR TANGAN KELUARGA / UMNO DALAM URUSAN KERAJAAN NEGERI

Angkatan Muda keADILan Negeri Sembilan dengan ini membantah campur tangan keluarga / UMNO Datuk Seri dalam urusan kerajaan negeri.

Membantah campur tangan urusan keluarga dalam pentadbiran kerajaan :

Merujuk kepada :

Perkara yang dibangkitkan oleh ADUN Lenggeng dalam sidang Dewan Undangan Negeri yang lepas menyentuh mengenai campur tangan ahli keluarga Menteri Besar dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Kenyataan Datuk Ishak dalam sebuah akhbar versi internet tempatan (http://www.malaysiakini.com/news/62131) yang menegaskan bahawa abang Menteri Besar (Datuk Azman Hasan) sememangnya mencampuri urusan kerajaan negeri terutamanya dalam bahagian kontrak.

Pembahagian jawatan yang dibawah bidang kuasa pengaruh Menteri Besar yang turut melantik keluarga Menteri Besar
Datuk Azman Hasan (Ahli Majlis MPN) berdasarkan carian dalam laman web rasmi Majlis Perbandaran Nilai

Maka Menteri Besar tidak boleh mengelakkan tanggapan rakyat mengenai campur tangan keluarganya wujud dalam urusan kerajaan negeri.

Membantah campur tangan UMNO dalam urusan kerajaan negeri.

Merujuk kepada kenyataan Menteri Besar dalam Harian Metro 16 Januari 2007, MB telah mengakui MB gagal membezakan parti politik dan pentadbiran kerajaan kenyataan dalam Harian Metro itu mengesahkan wujud campur tangan UMNO dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Antara kenyataannya (petikan laporan Harian Metro, 16 Januari) ialah ;

· Mohamad berkata, kejadian itu berlaku mungkin disebabkan beberapa pegawai kerajaan yang tidak berpuas hati apabila ditegur oleh Azman ketika majlis makan malam anjuran Badan Perhubungan Umno negeri, baru-baru ini.

· “Apabila dia jadi pengerusi, sudah tentu dalam mesyuarat kita akan berbincang dan mengkritik. Bagaimanapun, itu bukan bermakna campur tangan dalam jabatan sebaliknya untuk memastikan semua kerja berjalan lancar. Kalau ketua jabatan tidak betul, kita perlu menegur,” katanya

Kedua dua kenyataan yang dipetik dari laporan Harian Metro ini jelas merupakan bukti gangguan UMNO dalam Kerajaan Negeri.

· Datuk Azman selaku Setiausaha UMNO tidak layak ‘menegur’ (memberi amaran / memperbetulkan) secara terus pegawai kerajaan kerana Setiausaha UMNO bukan termasuk dalam hieraki Kerajaan Negeri.

· MB mengakui perlibatan instrument kerajaan (pegawai kerajaan dan kemudahan kerajaan) dalam mengadakan Majlis UMNO. Pegawai yang ‘ditegur’ oleh Datuk Azman ialah Pegawai Kerajaan yang diarahkan terlibat menjayakan program UMNO.

· “Dia jadi Pengerusi” merujuk kepada Datuk Azman. Bagaimana seorang setiausaha Umno boleh terlibat dalam pentadbiran kerajaan rujuk kepada “mengkritik, membetulkan ketua jabatan dan menegur” ?

Membantah penggunaan RM 4.5 juta pembaziran wang untuk ubahsuai bahagian dapur rumah Menteri Besar.

Merujuk kepada pendedahan dalam laporan Audit Negara 2005 yang dibentangkan di Parlimen jelas menyatakan

· Kerajaan Negeri Sembilan telah menyalahgunakan wang dana khas yang seharusnya di salurkan kepada rakyat miskin. Antara pembaziran yang dimaksudkan ialah :
o Penggunaan RM 4.5 juta untuk mengubah suai kediaman MB
o Pembelian perabut bernilai RM 5 juta lebih

( untuk kepastian angka dan fakta sila rujuk laporan Audit yang dibentangkan di parlimen yang juga telah dijadikan dokumen umum)

Respon dari pendedahan tersebut MB hanya menyatakan tiada salah guna kuasa dan tiada pembelajaan tidak mengikut prosedur berlaku. MB menegaskan semua pembelajaan telah mengikut prosedur yang betul. Malangnya MB tidak menafikan lagi secara terbuka bahawa projek pengubah suaian kediaman beliau menelan belanja RM 4.5 juta dan pembelian perabut (kerajaan negeri) bernilai lebih dari RM 5 juta.

Ketika mula menjadi MB, Mohamad Hassan enggan duduk di kediaman rasmi MB yang selama ini di duduki oleh Datuk Seri Utama Tan Sri Hj Mohamad Isa Dato Hj Samad ketika menjadi Menteri Besar dulu. Sebaliknya menggunakan alasan untuk menjimatkan wang rakyat dari digunakan untuk mengubah suai kediaman rasmi MB yang lama maka beliau menukar Rumah Tetamu Negeri (yang baru saja siap ketika itu) sebagai kediaman MB. Malangnya hanya beberapa tahun kediaman baru itu telah diubah suai (di bahagian dapur ) dengan belanja RM 4.5 juta. Ini satu pembaziran lebih – lebih lagi dalam keadaan rakyat hidup dalam kesempitan.

Nota bantahan yang turut di dokong oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan ini perlu di beri perhatian serius oleh MB. Segala apa yang dinyatakan menuntut penjelasan terbuka dan segera MB juga paling penting perlu dihentikan dan diperbetulkan segera.



Sekian.



Nota bantahan mewakili rakyat
di sediakan oleh :

ANGKATAN MUDA keADILan NEGERI SEMBILAN

Nota bantahan mewakili rakyat
turut di sokong oleh :

Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan

Muslimat Mualaf Pejuang Internet Kini Di K.L.

Ini satu berita yang amat menggembirakan dan mengejutkan. Khadija Abdul Qahaar, warga Kanada, seorang boleh dikata dahulunya terkenal sebagai wartawan, pengeluar majalah, kemudian memeluk Islam, membongkar rahsia disebalik peristiwa 911, kejadian sebenar perang Iraq dan banyak lagi. Menghabiskan segala harta benda, wang ringgit untuk menegakkan kebenaran menurut perpektif Islam, rupa-rupanya mengendalikan laman web beliau dari Kuala Lumpur.

Satu pelung yang sepatutnya tidak boleh dilepaskan untuk bertemu muslimat yang baru masuk Islam, yang diusia emas, tetapi mempunyai semangat menegakkan kebenaran yang begitu tinggi yang kita sendiri tak mampu hendak mengikutinya.

Baru-baru ini pejabat beliau telah terbakar. Dengan izin Allah beliau selamat walaupun ketika itu beliau tidur, tiada sistem penggera kebakaran dan bomba lewat untuk menyelamat. Yang menyelamatkan beliau ialah Allah swt.

BLOGGERS UNITED ! BLOGGERS UNITED ! BLOGGERS UNITED !

************************************************
A Very Important Message From The Publisher of Jihad Unspun
Jan 16, 2007
By Khadija Abdul Qahaar

Assalamualeikum Brothers and Sisters,

All praise it to Allah who tests His truthful servants in order to purify them. Last Friday we had no sooner finished setting up our new location in Kuala Lumpur but fire ravaged throughout the facility destroying it and the majority of our equipment. Truly to Allah we belong and truly to Him we shall return.

On Friday night a fierce electrical storm hit a malfunctioning air conditioner in the location in KL and started a fire. There were no smoke alarms and as it turned out, several problems with the sprinkler systems that did not deploy. The location was a large apartment where I was living in the back and we were working in the front main area. Staff was off for the weekend alhamdulilah. I awoke Saturday morning to the bedroom full of thick black toxic smoke – so thick I couldn’t even see. I ran to the window to grasp for air and then tried to make it out to the kitchen were there is a balcony. The smoke was so thick I have to turn back three times. I realized I must to do something and as I opened the bedroom door I realized that a small sprinkler in the kitchen had been deployed. I wet a pillowcase in it cover my face and ran for the kitchen balcony door.

Once outside I saw a huge fire raging in the office. It was coming closer and closer. The apartment was on the eighth floor. Another few minutes I knew I would have no choice but to jump which would have surely killed me. Next thing you know a neighbor with the help of another neighbor scaled across the wall eight floors up and reached the balcony. He told me to stay down and try to break the living room balcony door. He could not but after repeated tries he kicked it until it broke but the glass cut his foot almost in half. At that point we noticed that there is a small tap and a hose on the balcony that he used to put the fire out. While we were able to salvage the computer equipment and cameras, the water damage rendered the equipment useless. Alhamdulilah we were able to get some replacement parts and inshaAllah we will be up and running again on Monday with His blessing

The firemen finally showed but way too late. Again I repeat no smoke alarms and only one of the three sprinkles deployed. My lungs have been singed as has my back along with a nasty cut on my leg. Alhamdulilah my injuries are healing due to the blessings of Allah. Absolutely everything in the location has been smoke damaged.

We returned to the location yesterday and realized what a blessing Allah has given us. Absolutely everything inside is either destroyed by the fire or damaged by smoke. This once again shows that Allah is clearly in control of whether we live or die.

Over the past few months we have had great challenges at JUS that are surely tests from Allah. These have interrupted our publishing schedule now several times but we ask for your patience. InshaAllah we will resume publishing Monday. Make no mistake we will not quit for our blessed Allah is surely testing us for more challenges to come as we stand for His truth and His truth alone.

The upside of all of this is that the challenges we have face during the past few months have dismissed the acquisitions that JUS is the CIA finally. Not only is it unlikely that these kuffr would ever be challenged to this degree for Allah only tests his servants but their vast resources means they would not skip beat as they have more than enough funds to ensure redundant backs ups. This is not the case with JUS that should be obvious to all by now. Our work is solely carried out based on the trust of Allah who is the best provider.

We one again must ask for your patience as we endeavor to restore our operations. Brother and Sisters please pray for us and any support you can provide is gratefully appreciated.

May Allah bind the hands of His true servants together. Ameen.

Wa salam,
Khadija Abdul Qahaar
Publisher JUS
http://www.jihadunspun.com/intheatre_internal.php?article=107185&list=/home.php&

Kematian pelatih PLKN: DPPNS minta siasatan menyeluruh

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Hrkh) - Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dari Kem Ayer Keroh, Melaka, yang menyertai PLKN 1 Januari lalu meninggal dunia selepas sesak nafas di kem itu dua hari lalu.

Ili Ameera Azlan, 17, bekas pelajar Sekolah Menengah Teknik Tunku Jaafar, Seremban, dilaporkan sesak nafas sejurus dikejutkan daripada tidur oleh rakan sebiliknya kira-kira jam 5.30 pagi.

Menurut laporan akhbar semalam, Ili Ameera dihantar ke Hospital Melaka (HM) jam 6 pagi sebelum disahkan meninggal dunia jam 6.30 pagi.

"Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan (DPPNS) merakamkan rasa simpati dan akan menziarahi keluarga Allahyarham Ili Ameera di rumahnya di Taman Tuanku Jaafar hari ini," kata Timbalan ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani kepada Harakah pagi tadi.

Beliau sendiri terkejut dengan laporan itu dan mahu pihak berkuasa membuat siasatan penuh dengan mengemukakan laporan kejadian di Kem Ayer Keroh itu.

"Kita menyatakan rasa simpati ke atas keluarga Allahyarham dan mahu pihak berkuasa dan pihak terbabit membuat siasatan terperinci punca kematian," katanya.

Dalam laporan semalam, Ketua Polis Melaka, Dato' Ayub Yaakub dilaporkan sebagai berkata, pihaknya akan menyiasat dari semua aspek.

"Kita sudah mendapatkan keterangan rakannya. Daripada siasatan awal forensik, kita tidak menemui apa-apa atau tiada unsur jenayah.

"Malah, Allahyarham juga dikatakan seorang yang ceria. Tiada kegiatan berat dilakukan pihak PLKN semalam (kelmarin) berikutan hujan dan kelas malam juga habis pada jam 10.30 malam," katanya.

Sementara itu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata siasatan rapi akan dilakukan untuk mengetahui punca sebenar kematian.

"Saya tidak mahu membuat apa-apa andaian sekarang. Kita tunggu laporan sedikit masa lagi," katanya sambil melahirkan rasa simpati dan sedih atas kematian pelatih itu. - lanh