JEJAK UKHUWWAH

JEJAK UKHUWWAH

4/30/07

Peniaga Bumiputera Diarah Henti Beroperasi di Suria KLCC

INIKAH NASIB BANGSA KITA?DITINDAS DI NEGARA SENDIRI?
KAMI adalah pemilik kedai menjual Levi’s/Dockers di tingkat bawah pusat membeli-belah bertaraf antarabangsa, Suria KLCC. Bulan lepas kami telah diberi notis untuk keluar dari premis tersebut tanpa diberi sebab munasabah atau pilihan premis lain walaupun telah dijanjikan sejak dua bulan yang lalu.

Kami mula beroperasi pada tahun 1998 iaitu sejak pembukaan pusat tersebut. Pada ketika itu ekonomi negara sedang gawat tetapi berkat ketekunan kami tanpa bantuan kerajaan, kami berjaya mengharungi cabaran demi cabaran.

Hari ini kami membayar sewa sekitar RM500,000 setahun, iaitu 10 peratus daripada nilai jualan setahun kami tanpa ada masalah tertunggak.

Bukanlah mudah untuk mengekalkan bayaran sewa sebanyak itu tetapi sebagai seorang peniaga bumiputera, kami mahu membuktikan kami juga mampu bersaing secara sihat.

Tetapi alangkah hampanya kami, setelah sembilan tahun beroperasi kami diminta keluar pula tanpa ada alasan munasabah. Kami berasa sangat terpinggir dengan tindakan tidak sihat ini.

Bertambah malang, kami adalah hanya segelintir peruncit bumiputera yang tekad untuk berniaga di Suria KLCC yang bertahan selama sembilan tahun.

Tentu sahaja, kami tidak akan rela membawa perniagaan kami dari kompleks membeli-belah antarabangsa ke gerai-gerai di pasar malam kerana itulah yang akan berlaku untuk melelong stok kami yang kini bernilai RM1.3 juta.

Sehubungan itu, kami memohon bantuan kerajaan untuk melihat masalah kami sebagai peruncit bumiputera yang boleh kami sifatkan sedang menghadapi tekanan.

– NIZAM SHAH dan MUHD. REDHA AHMAD, Kuala Lumpur.

( Artikel ini juga turut tersiar dalam Ruangan Forum Utusan Malaysia pada 17/4/2007 )

Dari Laman Web Persatuan Pengguna Islam Malaysia http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php?extend.338

KonserT AkhiL Hayy 5 Mei Jempol

Konsert Akhil Hayy
SABTU 5 Mei 2007
JAM 9 mlm
Batu Kikir, Jempol, N.Sembilan
Maklumat lanjut hubungi Nazri 019-6644320 , Fairuz 017-2459384
“Hiburan Alternatif Menggamit Rasa Naluri Berseni”

**********************
Ceramah Umum
Bersama Us Abu Bakar Chik & Dr Hatta Ramli
Isnin 30 April 2007
JAM 9 mlm
Di Kg Chenor, Kuala Klawang, Jelebu, NS (Rumah Tn Hj Jamlus)
“Semua Dijemput Hadir”

*********************

Majlis Makan Malam Bersama YB Dato’ Seri Tn Guru Hj Abd Hadi Awang & Yg Bhg Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man
ISNIN 7 Mei 2007
JAM 8 malam
Di Muassasah Darul Syariff, Jalan Batu Kikir – Bahau, Batu Kikir, NS
Kupon makan malam RM 10 seorang boleh didapati dari 019-6177713 , 017-2459384

4/23/07

Makan Malam Bersama Presiden 7 Mei di Jempol

Majlis Makan Malam Bersama Presiden PAS YB Dato’ Seri Tn Guru Hj Abd Hadi Awang sempena Ekspo Rakyat 2007
Isnin 7 Mei 2007 – Jam 8 malam
Di Muassasah darul Syariff, Jalan Batu Kikir – Bahau, Batu Kikir, Negeri Sembilan
Turut hadir Y Bhg Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man
Kupon RM 10 seorang
Maklumat lanjut hubungi Us Nazri 019-6644320, Nazri Zainal 016-2778269 , Hj Taufek 019-6576540. Blog http://pasns.blogspot.com

4/20/07

Nak Komen PLKN Faks terus ke JLKN

Aduan kes salah laku perlu ada bukti
Berita Harian 20 April 2007. JABATAN Latihan Khidmat Negara (JLKN), Kementerian Pertahanan ingin memberi maklum balas kepada aduan ‘Mat Teropong’ pada 2 April lalu. Jabatan sedia menerima cadangan dan maklum balas berkaitan pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) untuk penambahbaikan.

Setiap aduan, cadangan dan maklum balas akan diambil tindakan sewajarnya berasaskan fakta selepas siasatan dijalankan. Penulis menyatakan bahawa pelatih PLKN perlu diasingkan bagi mengelakkan berlaku perkara negatif ataupun gejala sosial ketika tempoh latihan dijalankan.

Lanjutan cadangan itu, modul fizikal yang dijalankan kini jelas mengasingkan pelatih mengikut kumpulan lelaki dan wanita berdasarkan arahan pelaksanaan latihan.

Turut dinyatakan ada pelatih melakukan kegiatan tidak bermoral. Jabatan menganggap perkara ini amat serius dan amat dikesali.

Bagaimanapun, adalah penting bukti secukupnya dikemukakan kepada pihak jabatan bagi membolehkan siasatan dan tindakan disiplin diambil terhadap pihak terbabit.

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT,
Jabatan Latihan Khidmat Negara,
Kementerian Pertahanan.
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Friday/Surat/20070419223413/Article/

JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA
KEMENTERIAN PERTAHANAN
ARAS 8-10 MENARA TH SELBORN
153 JALAN TUN RAZAK
50400 KUALA LUMPUR
TEL: 03-26873400 FAKS: 03-26873434
http://www.khidmatnegara.gov.my/utama.htm

4/19/07

KedaI GuntinG RambuT MelayU Di SenawanG

Sudi Sudikan Menggunting Rambut Di :-)

Kedai Gunting Rambut Shamsul
No 40 , Tkt Bawah, Jalan Kemuning 1, Taman Kemuning, Senawang
(Depan Taman Senawang Jaya, antara Taman Marida dan Taman Desa Dahlia)

Dibuka 7 hari seminggu, 12 jam sehari
10 pagi hingga 10 malam
Isnin hingga Ahad (Jumaat rehat jam 12 tgh – 3 ptg)

Hubungi Shamsul 019-6524990

4/17/07

Bersama Saifudin Nasution di Seremban 22 Apr

Semua Rakyat Dijemput Hadir ke Majlis Ceramah Perdana
Bersama :
Sdr Saifudin Nasution, Pengurus Besar Tabung Tok Kenali Kelantan
Us Abd Ghani Abd Rahman, Pesuruhjaya PAS Melaka
Hj Mohd Taufek Abd Ghani, EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat

AHAD 22 April 2007
Jam 9 malam
Di Pejabat PAS Taman Tuanku Jaafar, Sg Gadut, Seremban

Maklumat lanjut hubungi Hassan 019-2171942

Sambutan MaulidurRasul Dusun Nyior 29 April

Assalamualaikum wrt wbt,

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir ke :

CERAMAH MAULIDUR RASUL 1428 HIJRAH pada
Tarikh/ Hari : 29hb April 2007, (Ahad)
Tempat : Surau Rumah Rakyat Dusun Nyior, Pkt 2A, Seremban
Penceramah : Ustaz Hj. Nor Azman Bin Mohamad (Imam Besar Masjid Ampangan)

Susuncara Sambutan
4:26 petang Azan & Solat Asar berjemaah
4:45 petang Majlis Berzanji
5:30 petang Jamuan mimum petang
7:00 petang Kehadiran semua jemputan & tetamu
7:21 malam Azan & Solat Maghrib berjemaah
7:40 malam Ucapan aluan oleh Pengerusi Surau RRDN
7:45 malam Penyampaian Nasyid
8:00 malam Ceramah Maulidur Rasul 1428H/ 2007
Solat Isyak berjemaah & Jamuan

Sambutan MaulidurRasul Masjid Senawang 28 April

Assalamualaikum wrt wbt,

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir ke :

Majlis Sambutan Maulid Ar Rasul Masjid Bandar Baru Senawang
Tarikh : Sabtu 28 April 2007
Masa : Lepas Solat Maghrib
Penceramah: Ustaz Bakhtiar Yusuf, Felda Pasuh, Simpang Pertang, NSDK.

4/16/07

Dr Rosli menang YDP Rembau

Dr Rosli Yaakop telah memenangi jawatan Yang Di Pertua PAS Kawasan Rembau dalam pemilihan AJK PAS Kawasan Rembau yang diadakan selepas Mesyuarat Agung Kawasan Rembau yang diadakan pada Ahad 15 Mei 2007 bertempat di Markas PAS Kawasan Rembau.

Apa yang menarik dalam pemilihan AJK Kawasan Rembau pada kali ini ialah semua jawatan telah dipertandingkan daripada jawatan Yang Di Pertua hinggalah ke jawatan Pemeriksa Kira-Kira. Proses pemilihan telah berjalan dalam suasana yang penuh ceria, telus dan mempamerkan demokrasi Islam yang amat indah.

Inilah keindahan demokrasi Islam yang diamalkan di peringkat kawasan Rembau di mana calon-calon dan para perwakilan memilih AJK peringkat kawasan telah dipilih tanpa ada sebarang unsur kempen mengempen, tanpa ada rasa tidak puas hati terhadap keputusan pemilihan. Ini adalah kerana proses pencalonan dan pemilihan telah diterangkan kepada semua perwakilan dengan teliti agar semua perwakilan berpuas hati dan menerima keputusan menurut apa yang para perwakilan sendiri telah tetapkan.

Walaupun agak janggal kedengaran seorang Yang Di Pertua yang menjadi AJK PAS Pusat dicabar , tetapi atas prinsip demokrasi Islam para perwakilan diberi peluang untuk mengemukakan calon-calon mereka sendiri, dan para perwakilan juga dengan hati yang terbuka menerima siapa sahaja yang terpilih untuk menjadi AJK menurut proses demokrasi Islam.

Mesyuarat Agung PAS kali ke 4 tersebut telah dirasmikan oleh Saudara Mazlan Aliman yang merupakan Naib Ketua Pemuda PAS Pusat. Dalam ucapan perasmiannya beliau menegaskan bahawa gerak kerja parti janganlah hanya di peringkat kertas kerja sahaja, apa yang lebih penting ialah praktikalnya , iaitu semua AJK serta ahli perlu turun ke padang untuk menyelesaikan masalah.

Guru Tahfiz diperlukan di Port Dickson

Assalamualaikum wrt wbt,

Adalah dimaklumkan guru tahfiz diperlukan untuk mengajar pelajar di Tahfiz At Tohiriah , Port Dickson, Negeri Sembilan.

Syarat-syaratnya ialah guru lelaki yang berkelayakan, berdedikasi, komited serta mempunyai sikap pengorbanan yang tinggi.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Ustaz Hassan Alias 016-6166266

Mukhaiyam Tarbawi Pemuda NS 21 & 22 Apr

Program Mukhaiyyam Tarbawi Pemuda NS 21 & 22 Apr di Negeri Sembilan.

Maklumat lanjut hubungi SU DPPNS 019-3941353

Liqa Fikri Us Idris Ahmad 22 Apr Seremban

Assalamualaikum wrt wbt,

Semua ahli dijemput hadir ke program Liqa Fikri oleh Us Idris Ahmad pada hari Ahad 22 April 2007 jam 3 ptg di Ampangan , Seremban. Anjuran Dewan Ulamak dan Badan Perhubungan NS. Maklumat lanjut hubungi Hj Taufek 019-6576540

4/13/07

Peneroka Felda NS ketagih arak meningkat

Gejala sosial penduduk Felda. Harian Metro 14 April 2007

SEREMBAN: Ada segelintir penduduk Felda di negeri ini menghabiskan wang pendapatan mereka dengan meminum minuman keras di pusat hiburan dan kedai makan secara terbuka tanpa berasa segan atau malu.

Sumber Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (Jheains) berkata, jumlah penduduk kawasan Felda yang ditangkap kerana minum minuman keras di kawasan terbuka atau tertutup meningkat dari semasa ke semasa.

Katanya, baru-baru ini kira-kira 10 penduduk dari kawasan Felda ditangkap kerana minum minuman keras.

“Peningkatan pendapatan penduduk Felda membuatkan segelintir daripada mereka berbelanja besar untuk membeli minuman keras,” katanya.

Menurut sumber Jheains, bagi mengatasi masalah itu bahagian penguat kuasa meningkatkan operasi terutama di premis perniagaan dan pusat hiburan yang disyaki menjual minuman keras kepada orang Islam.

“Kebanyakan mereka yang ditahan kerana minum minuman keras berasal dari kawasan Felda di negeri ini,” katanya.

Selain itu, sumber Jheains berkata, terdapat juga pelayan pelanggan (GRO) yang ditangkap di pusat hiburan berasal dari kawasan Felda di negeri ini.

“Bilangan penduduk Felda yang melakukan perbuatan dilarang Islam itu masih sedikit berbanding penduduk Felda yang ada, tetapi mereka memberikan gambaran yang kurang elok kepada golongan muda di kawasan itu,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Friday/Setempat/20070413101603/Article/indexm_html

Bengkel Sukarelawan Dakwah Orang Asli 19-20 Mei 07

Bengkel Sukarelawan Dakwah Orang Asli Peringkat Kebangsaan
26 Mac 2007/ 7 Rabi’ul Awwal 1427H

KEPADA TUAN/PUAN/SAUDARA/SAUDARI

Assalamualaikum Wrt. Wbt

BENGKEL SUKARELAWAN DAKWAH ORANG ASLI PERINGKAT KEBANGSAAN ANJURAN ISLAMIC OUTREACH ABIM

Didoakan semoga berada di dalam keadaan sihat wal’afiat dalam menjalani urusan harian inshaAllah.

Merujuk perkara di atas, Islamic Outreach ABIM dengan kerjasama Islamic Outreach ABIM Pahang akan menganjurkan Bengkel Sukarelawan Dakwah Orang Asli Peringkat Kebangsaan kali ke-2. Bengkel ini bertujuan untuk melatih dan memperlengkapkan para peserta dengan kemahiran dan metodologi dakwah kepada masyarakat Orang Asli. Program ini dijangka dihadiri oleh 100 orang peserta yang terdiri dari sukarelawan dakwah ABIM negeri dan daerah, pertubuhan Islam, agensi kerajaan dan mereka yang berminat sebagai sukarelawan dakwah kepada masyarakat orang asli.

Berikut butiran lanjut :

Tarikh : 19 - 20 Mei 2007 (Sabtu dan Ahad)
Pendaftaran : 8.00 pagi pada 19 Mei 2007
Penginapan : Pendaftaran penginapan disediakan jam 8–10 malam pada 18 Mei (Jumaat)
Tempat : Dewan Muktamar
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Jalan Sungai Merab, Seksyen 12
43650 Bandar Baru Bangi
SELANGOR D.E

Bersama ini disertakan juga brosur program. Tiada bayaran dikenakan. Sebarang makluman atau pertanyaan bolehlah menghubungi Saudara Haider di talian 03-42569822/ 012-9797830.

Di atas kerjasama dan perhatian yang diberikan didahului dengan Jazakallahu Khairan Kathira.

Sekian, Wassalam.

AZRIL MOHD AMIN
Pengerusi
Islamic Outreach ABIM http://www.abim.org.my/web/modules/extcal/event.php?event=153

Myanmar : Malaysia dan PETRONAS perlu prihatin.

Kenyataan Media GERAK
13 April 2007

Malaysia dan PETRONAS perlu prihatin.
Agensi Berita AFP 31 Mac yang lalu melaporkan syarikat petroleum negara Petronas, akan lancarkan projek meneroka sumber petroleum dan gas di selatan perairan Burma.
Petronas akan berkerjasama dengan syarikat petroleum tempatan “Myanmar Oil and Gas Enterprise” dan akan memulakan projek penerokaan itu dalam bulan April 2007.
Petronas Chartikari Myanma Oil, syarikat kerjasama antara Petronas and Myanmar's Energy Enterprise, sebelum ini sudah pun menjalinkan kerjasama dalam meneroka sumber minyak dan gas di tujuh pelantar di sekitar Andaman Sea.
Sumber gas asli dan minyak merupakan sumber penting penyumbang dalam ekonomi Kerajaan Tentera Myanmar yang dalam keadaan amat tenat . Negara itu kini merupakan sebuah negara termiskin dan berada di bawah pemerintahan junta tentera. Keadaan ekonomi yang tenat itu kerana pemulauan ekonomi dari banyak negara yang dikenakan semenjak negara itu berada di bawah pemerintahan tentera dan memenjarakan Aung San Suu Kyi.
Aung San Suu Kyi, 61 merupakan tokoh demokrasi dan pemenang nobel keamanan pada 1991.
Dalam keadaan hampir seluruh dunia sedang memberikan perhatian untuk mengembalikan demokrasi di Myanmar, malah banyak negara mengambil langkah lebih ke depan bila mengenakan pemulauan ekonomi tetapi Malaysia mengambil langkah sebaliknya.
GERAK dengan ini menyatakan bantahan dan kekesalan terhadap tindakan tidak prihatin Kerajaan Malaysia dan Petronas dalam isu ini. Berdasarkan perkembangan ini Petronas dan Malaysia seolah tidak menghiraukan status demokrasi dan hak asasi manusia.
Dalam isu berkaitan Myanmar imej Malaysia pernah tercalar apabila wakil Malaysia ke PBB yang dilantik sebagai wakil khas menyelesaikan isu Burma bukan setakat gagal malah beliau dikaitkan dengan kejayaan mendapatkan projek telekomunikasi besar dan beberapa perniagaan di negara itu.
GERAK menuntut Penasihat Petronas yang dikenali sebagai juara pejuang hak asasi, anti perang dan demokrasi di luar negara menyatakan pendirian dalam isu ini.
BADRUL HISHAM SHAHARIN
Eksekutif Ko ordinator
Gerakan Demokrasi dan anti Korupsi (GERAK)
International Student (Feb 2007 - Feb 2008),
Inter-Asia Graduate School of NGO Studies Songkonghoe University ,
1-1 Hang-Dong, Guro-Gu, Seoul 152-716 South Korea.
Tel: +82-2-2610-4753 (office) Fax: +82-2-2610-4752
Email : chegubard@gmail.com

che'GuBard.
www.chegubard.blogspot.com
penerangan_keADILan@yahoo.com / badrul_angkatanmuda@yahoo.com
+6017 6688404

4/12/07

Ceramah Us Zawawi Yusoh 15 Apr Senawang

Assalamualaikum wrt wbt,
Muslimin dan muslimat dijemput hadir ke :

Ceramah Sambutan Maulidur Rasul SAW
Oleh : Ustaz Mohd Zawawi Yusoh
Pada 15 April 2007 Selepas Maghrib
Di Surau Taman Cempaka 1 , Senawang
(Hadapan pasaraya Giant, sebelah Taman Rasa Sayang)

Ceramah Us Fuad Kamaludin 18 Apr Senawang

Assalamualaikum wrt wbt,
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir ke Ceramah Maulidur Rasul
Oleh Tn Sheikh Hj Muhammad Fuad Kamaluddin Al Maliki
Pada 18 April 2007 (Rabu) – Selepas Maghrib
Di Surau Al Amin, Taman Cempaka 2/Taman Ros Mewah, Senawang
(Berhadapan Giant Senawang, masuk melalui Esso Taman Seri Pagi)

4/11/07

Pengambilan Pelajar Tahfiz PD

Assalamualaikum wrt wbt,

Adalah dimaklumkan pengambilan pelajar ke Tahfiz At Tohiriah , Port Dickson, Negeri Sembilan adalah dibuka untuk pelajar lelaki berumur antara 12 tahun hingga 15 tahun.

Untuk pendaftaran serta maklumat lanjut sila hubungi Ustaz Hassan Alias 016-6166266

4/10/07

Ceramah Us Yusuf Embong 12 Apr Seremban

Semua Dijemput Hadir ke Ceramah Umum
Oleh : Ustaz Yusuf Embong, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang
Khamis 12 April 2007
Jam 9:30 malam

Di Pasti Al Wildan, Taman Setia Jaya, Ampangan, Seremban
(Sebelah Masjid Jamek Ampangan)

Sindiket lelong rumah yang tak wujud

Harap semua pihak dapat menyiasat perkara ini, Persatuan Pengguna, Lajnah Pengguna serta agensi yang berkaitan. Agak pelik juga di sekitar Seremban dan Senawang sekarang ini terlalu banyak iklan, kain rentang, poster rumah untuk dilelong pada harga yang tidak munasabah. Harap semua pihak terutama pengguna lebih berhati-hati.

Helah ejen lelong dilelong. Harian Metro 10 April 2007
Oleh Intan Mas Ayu Shahimi

KUALA LUMPUR: Ejen lelongan hartanah tidak berlesen dikesan bergerak licik menipu orang ramai menerusi risalah ‘bank lelong rumah’ di sekitar ibu negara.

Mereka yang mengedar risalah itu di taman perumahan, kedai dan pangsapuri dikatakan mengutip wang deposit daripada individu yang terpedaya

Risalah terbabit hanya mencatatkan alamat rumah yang dilelong serta harga dan nombor telefon untuk dihubungi.

Ejen haram itu dipercayai mendapatkan maklumat mengenai lelongan rumah atau kedai melalui iklan akhbar yang dikeluarkan syarikat hartanah atau bank.

Berdasarkan penyamaran identiti yang dilakukan Harian Metro (HM), hampir keseluruhan ejen haram yang dihubungi mendakwa tidak mempunyai syarikat, tetapi sudah dilantik pihak bank untuk mendapatkan pembida yang berminat membeli sebarang aset yang dilelong.
Strategi ejen haram terbabit juga hampir sama dengan ejen berlesen.

Apa yang berbeza, ejen haram terbabit mengelak untuk sebarang perjumpaan sehingga yakin pembida benar-benar berminat dengan tawaran deposit yang dikenakan.

Namun, sebaik memperoleh wang deposit daripada pelanggan, mereka akan terus menghilangkan diri.

Difahamkan tidak semua ejen haram menggunakan taktik sama kerana ada bertindak lebih bijak dengan mempermainkan mangsa yang kurang pengetahuan mengenai proses lelongan.

Seorang mangsa ejen haram, Rabiatun, 50, berkata dia hanya menyedari ditipu selepas membayar RM7,000 untuk mendapatkan rumah yang sudah dibeli pemilik baru.

“Beberapa tahun lalu, saya menghadapi masalah tunggakan rumah hingga menyebabkan ia tersenarai sebagai lelongan bank.

“Bagaimanapun, dalam proses untuk mendapatkan penjelasan dan rayuan daripada pihak bank, saya dimaklumkan seorang lelaki yang mendakwa sebagai ejen hartanah bahawa rumah saya sudah dibeli pemilik baru,” katanya yang enggan gambarnya disiarkan.

Kata Rabiatun, dia kemudian berjumpa ejen hartanah itu yang menyamar sebagai pembeli baru terbabit sebelum diminta membayar semula wang deposit yang kononnya sudah dilunaskan kepada bank sebanyak RM3,000.

“Kerana sayangkan rumah yang dihadiahkan anak, saya bayar wang diminta.

“Namun, sebaik menyatakan persetujuan untuk membayar jumlah itu, saya diminta menambah bayaran sehingga RM7,000,” katanya.

Rabiatun berkata, lelaki terbabit mendakwa pertambahan bayaran berkenaan untuk kos memproses dan ganti rugi yang perlu dijelaskan jika dia mahukan rumah itu menjadi miliknya semula.

“Selepas semua urusan bayaran selesai, saya kembali merayu pada pihak bank untuk mendapatkan tempoh lanjutan.

“Dalam proses rayuan itu, barulah saya sedar rumah saya masih belum dilelong kepada mana-mana pembida,” katanya.

Sementara itu, sumber pelelong berlesen, Property Auction House Sdn Bhd berkata, pihaknya sedar kewujudan ejen haram terbabit.

“Bagaimanapun, dalam hal sebegini, orang ramai tidak boleh terus menuding jari menyalahkan ejen haram terbabit, sebaliknya perlu mengkaji sejauh manakah kesedaran dan pengetahuan mereka dalam prosedur lelongan hartanah,” katanya.

Mengulas kewujudan ejen haram itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor, Datuk Mohd Mokhtar Ahmad Dahalan, berkata beliau terkejut apabila dimaklumkan mengenai ejen haram yang menjalankan kegiatan mengaut untung dengan taktik tipu daya terhadap orang ramai.

“Ini bukan lagi kes tipu tapi penganiayaan kepada orang ramai, lebih-lebih membabitkan masyarakat yang kurang pengetahuan mengenai jualan lelong,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Tuesday/BeritaUtama/20070410090543/Article/indexm_html

Tusyen B. Inggeris di Masjid terbuka kepada bukan Islam

Adalah dimaklumkan Masjid Bandar Baru Senawang telah memulakan tusyen Bahasa Inggeris untuk pelajar-pelajar yang mengambil UPSR pada setiap hari Sabtu jam 9 pagi di Masjid Bandar Baru Senawang pada Sabtu 7 April 2007 yang lalu.

Tusyen ini diadakan setiap hari Sabtu jam 9 pagi dan adalah percuma serta terbuka kepada semua pelajar Islam dan bukan Islam yang akan mendudukki UPSR.

Kepada mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi Tuan Haji Jasmi 019-6612854 , Setiausaha Masjid Bandar Baru Senawang

Bengkel Dakwah di Hospital 14 Apr USJ

BENGKEL SEPARUH HARI DAKWAH DI HOSPITAL (DAHOS)
Anjuran PERKIM USJ-Subang Jaya dengan kerjasama Unit Dakwah Hospital M.A.I.S.

PENYERTAAN DIJEMPUT DARIPADA KALANGAN
Rakan PERKIM USJ, ahli kariah masjid & surau, NGO-NGO Muslim, surirumah & pesara, pelajar IPT, sesiapa saja Muslimin & Muslimat yang mahu bergerak bersama PERKIM USJ membuat lawatan berjadual ke Hospital Kelang

Tarikh bengkel : Sabtu 14/04/2007
Tempat : Dewan Muslimah, Masjid Al Mukminun USJ2/4S
Masa : Pendaftaran 8.30 pagi, Tamat 1.00 tengahari
Bayaran : PERCUMA. Tapi peserta mestilah buat pendaftaran awal melalui telefon : Haji Nik Rahmat (012-319 7890) Ketua Biro KESOS atau emel kepada perkimusj@gmail.com
Bawa pen dan buku nota untuk catitan
Borang Rakan PERKIM USJ akan diedarkan untuk mereka yang berminat bekerjasama.

PERKIM USJ-Subang Jaya beroperasi sebagai Islam Information Centre (IIC) di bangunan Masjid Al Mukminun USJ2. Kami menjalankan aktiviti mengajar Islam kepada mualafah dalam bahasa Inggeris setiap Sabtu 8.00mlm - 10.30 mlm, serta melaksanakan dan mendaftar Syahadah saudara-saudara baru.

4/6/07

Dr Jamnul Azhar Mulkan di Seremban 7 & 8 Apr

Bersama Dr Jamnul Azhar Mulkan (MBBS Al Azhar) dalam program berikut di Seremban :

Sabtu 7 April 2007 , Kuliah Subuh di Masjid Sikamat
Sabtu 7 April 2007 , Kuliah Khas Muslimat di Masjid Jamek Ampangan
Ahad 8 April 2007 , Kuliah Subuh di Surau Jiboi Baru

Makan Malam Bersama Pimpinan Pusat & NS 16 Apr

Majlis Makan Malam Bersama Pimpinan Tertinggi Barisan Alternatif Pusat dan Negeri Sembilan

ISNIN 16 April 2007
Jam 8 malam
Di Grand Ballroom, Level 2, Hotel Nikko, Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Tetamu kehormat : Tuan Guru Dato’ Seri Hj Abd Hadi Awang – Presiden PAS

Anjuran : Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan

Harga tiket : RM 100 seorang

Untuk tempahan tiket dan maklumat lanjut hubungi :
Zul 019-2818816
Taufek 019-6576540 , tauf68@yahoo.com
Hassan 013-3426346

Ceramah Maulid Us Nik Abduh 13 Apr Seremban

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir ke :

Ceramah Maulidur Rasul
Oleh : Ustaz Nik Muhd Abduh Dato Nik Abd Aziz
Pada : Jumaat 13 April 2007 (26 Rabiul Awwal 1428)
Jam : 9:30 mlm
Di Pusat Khidmat Masyarakat Taman Tasik Jaya (Rumah Lot Tepi berhampiran tapak pasar malam)

Maklumat lanjut hubungi Hj Taufek 019-6576540

4/1/07

ORANG MELAYU AKAN MENJADI HAMBA !

Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) adalah kawasan pembangunan seluas 2,200 km persegi di Johor yang membabitkan pelaburan RM47 bilion bagi menjana pertumbuhan dan aktiviti ekonomi antara tahun 2006 dan 2010, serta RM335 bilion lagi dalam tempoh 15 tahun (2011-2025).

Dr Mahathir berkata, orang Melayu akan menjadi hamba kerana tanah milik mereka terpaksa dijual kepada pelabur asing yang menawarkan harga yang tinggi. Katanya, adakah orang Melayu boleh menolak jika tanah mereka ditawarkan harga tiga kali ganda daripada harga semasa.

“Siapakah yang akan melabur dan membina bangunan di kawasan itu? Sudah tentu orang Israel kerana mereka ada kedutaan di republik itu (Singapura),” kata Dr Mahathir lagi ketika berucap di majlis forum rakyat mengenai kepimpinan Melayu dalam era globalisasi anjuran Umno cawangan Kulai Besar di Kulai, Johor pada 29 Mac 2007.

“Saya ingin bertanya kepada orang Johor, adakah mereka rela tanah mereka digadai kepada orang asing itu (Singapura),” katanya. Tetapi, katanya, orang Johor tidak membantah seolah-olah mereka rela negeri mereka dijajah semula. Dr Mahathir berkata, beliau percaya kepada kebolehan orang Melayu tetapi mereka tidak boleh bersaing apabila berada dalam WPI.


PAK LAH SETUJU HAK ISTIMEWA MELAYU JOHOR DILUCUTKAN

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi secara tidak langsung bersetuju dengan pandangan Tun Musa Hitam penasihat Wilayah Pembangunan Iskandar agar hak istimewa Melayu Johor dihapuskan untuk menarik pelabur asing. Laporan akhbar New Straits Times 22 Mac 2007 menyebut “Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yesterday announced the first set of incentives for the Iskandar Development Region (Iskandar) and top of the list is that investors do not have to comply with a rule that favours Bumiputeras. There will also be 10-year tax holidays and the freedom to employ foreign employees within certain zones.” (Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam mengumumkan pakej pertama insentif untuk Wilayah Pembangunan Iskandar dan yang mendahului keutamaan ialah pelabur tidak terikat kepada sebarang syarat yang memberi keistimewaan kepada Bumiputera….. dan kebebasan untuk mengambil pekerja asing sepenuhnya (tanpa perlu kuota Bumiputera))

Ini bermakna syarikat atau warga asing yang ingin melabur di Johor tidak akan terikat dengan hak istimewa Bumiputera iaitu orang Melayu. Dalam erti kata lain selama ini dengan adanya hak istimewa orang Melayu menyebabkan pelabur asing tidak berminat untuk melabur di Malaysia dan menyekat kemajuan sesebuah negeri.

MUSA HITAM GESA HAPUSKAN HAK ISTIMEWA MELAYU JOHOR

Tun Musa Hitam menggesa agar hak istimewa orang Melayu di Johor dihapuskan supaya lebih ramai pelabur luar akan melabur di negeri Johor. Itulah tajuk termuramah yang disiarkan oleh Bloomberg pada 21 Mac 2007.Tun Musa Hitam dan jutawan billionaire Malaysia Robert Kuok adalah merupakan salah seorang dari lima penasihat Wilayah Pembangunan Iskandar di Johor yang dilantik oleh kerajaan pimpinan Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi.

March 21 (Bloomberg) -- Malaysia should exempt the southern state of Johor from policies that favor the ethnic Malay majority to help attract foreign investors to the area, former Deputy Prime Minister Musa Hitam said. (Malaysia sepatutnya mengecualikan negeri Johor daripada polisi yang memberi keistimewaan kepada majoriti orang Melayu untuk menarik pelabur asing ke negeri itu..)