BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT

BONGEK BERSELAWAT

6/28/07

Curi motosikal, pecah rumah paling tinggi di Senawang

Harian Metro 28 Jun 07 - SEREMBAN: Kumpulan mencuri motosikal dan pecah rumah terus menjadikan beberapa taman perumahan di Senawang sebagai sasaran walaupun kawasan pembangunan baru itu yang menempatkan kira-kira 100,000 penduduk sudah memiliki balai polis baru.

Antara taman perumahan yang seringkali menjadi sasaran kumpulan terbabit ialah Taman Tuanku Jaafar Fasa 1, 2, dan 3, Taman Cempaka, Taman Satria, Taman Tasik Jaya, Taman Seri Pagi dan Taman Senawang Jaya.

Kebiasaannya, kumpulan penjenayah itu melakukan kegiatan mereka pada waktu tengah malam dan awal pagi dengan menjadikan motosikal yang diletakkan di luar rumah sebagai sasaran.

Beberapa penduduk di kawasan penempatan itu pernah kehilangan motosikal dan barangan berharga apabila rumah mereka dimasuki pencuri sehingga menyebabkan kerugian beribu-ribu ringgit.

Pengerusi Jawatankuasa Sistem Rondaan Sukarela (SRS), Taman Cempaka, Ramli Hamid, 50, berkata beberapa penduduk taman itu turut kehilangan motosikal yang dipercayai dilakukan kumpulan terbabit.

Menurutnya, tidak kurang lima kes kehilangan motosikal berlaku sejak akhir tahun lalu hingga Mei lalu manakala kes pecah rumah yang berleluasa turut membimbangkan kira-kira 1,000 penduduk taman itu.

“Berikutan itu, kita menubuhkan SRS dengan membuat rondaan pada setiap malam bermula Jumaat hingga Ahad setiap minggu bagi membanteras kegiatan itu dan sehingga sekarang kes seumpama itu sudah berkurangan,” katanya.

Ahli jawatankuasa SRS Taman Tuanku Jaafar, yang hanya mahu dikenali sebagai Shuhaimi, 35, pula berkata taman yang didudukinya sejak 1990 itu turut menjadi sasaran penjenayah.

“Beberapa kes pecah rumah berlaku di taman ini sejak awal tahun menyebabkan penghuni kerugian barangan berharga selain ada kalangan mereka merasa terancam,” katanya.

Sementara itu, sumber polis berkata, Senawang adalah antara tiga lokasi di daerah ini yang mencatatkan kes kecurian motosikal dan pecah rumah paling tinggi.

“Mengikut rekod, kejadian pecah rumah dan kecurian motosikal adalah penyumbang terbesar kepada kadar jenayah di kawasan ini.

“Walaupun Balai Polis Senawang mula beroperasi sejak awal April tahun lalu, kejadian membabitkan dua kes terbabit membimbangkan,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Thursday/Setempat/20070628110808/Article/indexm_html

6/27/07

Remaja Jempol Di Kafe Siber Waktu Solat Jumaat

Waktu solat ke kafe siber
Utusan Malaysia 27 Jun 2007 - BARU-BARU ini saya telah pergi ke sebuah kafe siber di Bandar Seri Jempol atas sedikit urusan. Malangnya saya mendapati semakin ramai kanak-kanak Melayu yang sepatutnya pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, telah melencong ke kafe siber tersebut.
Semakin hampir masuknya waktu bersolat Jumaat, semakin ramai pula yang memasukinya untuk bermain permainan komputer.

Saya cuba menegur beberapa kanak-kanak di situ tetapi alangkah hampanya apabila mereka tidak menghiraukannya. Oleh yang demikian, saya amat berharap ibu bapa memantau pergerakan anak-anak mereka.

Kafe siber itu juga sepatutnya ditutup sebentar untuk menghormati waktu solat Jumaat. Tidak perlulah terlalu lama, sekadar dari pukul 1 hingga pukul 2 petang pun sudah mencukupi.

Pekerjanya pun boleh berehat seketika. Semoga pihak berkaitan akan memberi kerjasama sewajarnya.

– BAKAL PENDIDIK,
Seremban, Negeri Sembilan.
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0627&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_04.htm

***********************************
Utusan Malaysia 27 Jun 2007 - MINTA pihak polis mengambil tindakan drastik terhadap penagih yang semakin bertambah di Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan.

– 017-6402xxx
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0627&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_05.htm

6/26/07

PAS ziarah keluarga mangsa pembunuhan kejam

JOHOL, 26 Jun (Hrkh) - Pembunuhan kejam ke atas pasangan suami isteri di Senawang yang menggemparkan seluruh negara kelmarin turut mengundang kebimbangan PAS mengenai peningkatan kadar jenayah dan tahap keselamatan di dalam negara kita.

Bagi menyelami kesedihan dan turut sama bersimpati di atas musibah yang menimpa keluarga mangsa, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman bersama Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Pilah, Abdul Aziz Isa beserta Setiausaha Kawasan, Kamaludin Tahir dan Bendahari Kawasan, Mohd Noor Abd Rahman, telah menziarahi keluarga Aniza Ayob, 24, di Kampung Ulu Inas, Johol, Negeri Sembilan baru- baru ini.

Menurut Mazlan Aliman, PAS turut bersimpati ke atas kejadian yang telah menimpa kepada Allahyarhamah dan berharap keluarga mangsa bersabar menghadapi ujian tersebut serta sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahgiaannya.

"Kita reda di atas apa yang telah berlaku tetapi persoalan yang timbul kini ialah jenayah pembunuhan semakin membimbangkan dan meningkat dari hari ke hari sehingga menjejaskan kehidupan harian.

"Semua orang sudah merasakan tidak selamat untuk pergi ke mana- mana dalam negara kita sekarang ini dan kejadian seumpama ini boleh berlaku bila- bila masa," kata beliau.

Sementara itu, neneknya, Sa'ani Bekok, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Ulu Inas, Johol, Kuala Pilah, berkata anak kelapan daripada 10 beradik itu adalah seorang yang berperwatakan baik serta menghormati orang tua.

Dalam kunjungan tersebut PAS turut menghulurkan sedikit sumbangan yang disampaikan oleh Mazlan Aliman kepada nenek mangsa dan difahamkan ibu mangsa, Juriah Jantan, 55, sedang dirawat di hospital kerana sakit buah pinggang manakala ayah mangsa sudah meninggal dunia.

Dalam kejadian petang kelmarin, Syed Herie Azimi, 25 dan isterinya Aniza Ayob, 24, yang sedang sarat mengandung tujuh bulan ditemui mati dalam keadaan menyedihkan dengan beberapa kesan tikaman, di ruang tamu rumah sewa mereka dekat Lorong Desa Anggerik 3, Taman Anggerik, Senawang, dekat sini.

Mayat mangsa ditemui rakan mereka, Mohd Shafiq Mohd Zaki, 22, kira-kira jam 2.20 petang sebelum melaporkannya kepada polis.

Mayat Syed Herie ditemui dalam keadaan berlumuran darah di ruang tamu rumah itu manakala mayat isteri mangsa terbaring di depan televisyen tidak jauh daripada mayat suaminya.

Difahamkan, terdapat enam kesan tikaman di bahagian rusuk dan perut Syed Herie manakala terdapat satu kesan tikaman di bahagian tengkuk Aniza.

Aniza merupakan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara di Seremban manakala Syed Herie tidak bekerja.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Huzir Mohamad berkata, polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pasangan suami isteri ini mendirikan rumah tangga pada 15 September 2006 dan Aniza yang sarat mengandung tujuh bulan pernah keguguran sebelum ini.

Mereka menyewa rumah berkenaan sejak dua bulan lalu. - mks.

http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=8357&Itemid=28

Bersama Dr Badrul Amin 11 Julai Rembau

Ceramah Umum – “Nasib Orang Melayu Selepas 50 Tahun Merdeka”
Rabu 11 Julai 2007 – Jam 9 malam
Di PASTI Al Amin, Kg Pulau Besar, Rembau

Penceramah :
Ustaz Dr Badrul Amin Bahron – Ahli MT PKR
Sdr Zulkefly Mohamed Omar – Pesuruhjaya PAS NS
Hj Mohd Taufek Abd Ghani – Ketua Pemuda PAS NS

Semua Dijemput Hadir

Bersama Mazlan Aliman 7 Julai Seremban

Ceramah Umum - “Nasib Rakyat Selepas 50 Tahun Merdeka”
Sabtu 7 Julai 2007 – Jam 9 malam
Di PASTI Hasanah, Bandar Seremban Selatan

Penceramah :
Sdr Mazlan Aliman – AJK PAS Pusat
Sdr Zulkefly Mohamed Omar – Pesuruhjaya PAS NS
Hj Mohd Taufek Abd Ghani – Ketua Pemuda PAS NS

Semua Dijemput Hadir

Ceramah Daulatkan Islam 1 Julai Seremban

"CERAMAH SEMPENA PELANCARAN DOKUMEN TEKAD ISU- ISU SEMASA"
Penceramah :
1.Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid - Presiden Teras Malaysia
2. Sdr Zulkefly Mohamad Omar - Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan

Tarikh : 1hb Julai, 2007 (AHAD)
Masa : 9:30 malam
Tempat : Pejabat PAS Cawangan Ampangan (Sebelah Surau Hitam) , Kg Gedung Lalang, Ampangan, Seremban

Anjuran : Teras Pengupayaan Melayu Caw Negeri Sembilan

Dokumen Tekad adalah Garis besar tuntutan mendaulatkan Islam hasil dari Resolusi Kongres Umat Islam Se-Malaysia (KUISMA) yang bersidang pada 2-3 Zulhijjah 1427H bertempat di Kompleks Yayasan An-Nahdhah, Kubang Semang, Bukit Mertajam Pulau Pinang

Semua dijemput hadir.

6/25/07

Ceramah Us Akhil Hayy Masjid Jelebu 15 Julai

Assalamualaikum wrt wbt,

Muslimin dan muslimat semua dijemput mengimarahkan program Ceramah Perdana di Masjid Jamek Kuala Klawang

Hari : Ahad
Tarikh : 15 Julai 2007 bersamaan 1 Rejab 1428H
Masa : Selepas solat Isya'
Tempat: Masjid Jamek Kuala Klawang , Jelebu, Negeri Sembilan
Penceramah : Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa
(bekas vokalis Rokcers d'Riyadh,ahli panel program Hijrah Remaja Astro)
Anjuran : Masjid Jamek Kuala Klawang

Sebarang bantuan atau sumbangan untuk menjayakan majlis ini adalah amat-amat dialukan.

Sila hubungi Ustaz Mohd Azmi bin Ismail (Pegawai Hal Ehwal Islam- Imam 1 Masjid Jamek Kuala Klawang)
Tel : 013-3031703 , 017-3793731 atau
E-mel : m_azmi_ajie@hotmail.com

KETUANAN POLITIK MELAYU : Siapa peneraju?

http://arahkita.blogspot.com/2007/06/ketuanan-politik-melayu-siapa-peneraju.html

Anak muda ini mempersoalkan kerakusan bangsa - bangsa lain dalam membicarakan mengenai kehendak mereka. Anak muda ini mempersoalkan tanggung jawab Melayu tidak mengira apa wadah politik dalam melunaskan tanggung jawab membela ketuanan Melayu. Anak muda ini mempersoalkan erti kemerdekaan dan pengisian kemerdekaan untuk orang Melayu. Anak muda ini sebagai suara mahasiswa dan golongan belia mahu golongan elit politik sama ada kerajaan ataupun pembangkang terutamanya UMNO dan PAS untuk melihat dan menangani secara serius masalah agama dan bangsa kita. Tidak ada ertinya membincangkan tentang politik ketuanan Melayu jika agama dan bangsa tergadai. Saya akan "pamerkan tulisan ini dalam blog saya" untuk sama- sama kita membincangkan ketuanan Melayu - siapa pembela dan siapa pengkhianatnya berlantaskan penulisan anak muda ini - Mohd Nazree Mohd Yunus ,Mantan Presiden PMIUM 05

Artikel Sdra Mohd Nazree Mohd Yunus
KETUANAN POLITIK MELAYU : ANTARA UMNO ATAU PAS YANG MENJADI TERAJU

Ambang sambutan kemerdekaan yang ke-50 sudah semakin hampir. Semakin detik kemerdekaan melanjutkan usia, semakin resah kita sebagai anak muda melihat dan mengamati suasana. Semakin tua usia kemerdekaan maka semakin tua juga usia pergerakan pola politik negara. Berdasarkan senarai 10 rakyat Malaysia yang terkaya. Orang Melayu hanya pada kedudukan yang ke-9 iaitu Syed Mokhtar Al-Bukhary (MMC) dengan kekayaan 1bilion. Robert Kuok (Kuok Group, 5.6b), Ananda Krishnan (Astro, 4.6b), Teh Hong Piow (Public Bank, 2.1b), Lee Shin Cheng (IOI, 2.05b), Quek Leng Chan (Hong Leong, 2b), Lim Goh Tong (Genting, 1.5b), Yeoh Tiong Lay (YTL, 1.1b), Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau, 1.05b) dan Lim Kok Thay (Chairman, Genting Group, 440m)

Apa yang signifikan antara senarai 10 orang terkaya Malaysia dengan persoalan ketuanan Melayu. Orang Melayu masih di belakang. Namun tuntutan kaum yang lain masih lagi bernafsu besar. Isu Lina Joy, artikel 11, Penghantaran memorandum oleh 11 Menteri non-muslim terhadap Pak Lah tentang isu artikel 11. Perebutan anak dan pengurusan jenazah antara muslim dan non-muslim. Jelas perkara ini tidak sepatutnya berlaku dalam ambang sambutan kemerdekaan yang ke-50. Rakyat perlu faham tentang Islam dan menghormatinya. Mungkin juga ini berlaku kerana pemimpin sendiri sudah tidak mengendahkan Islam dan pihak yang memperjuangkan Islam seperti PAS sudah ketandusan idea untuk menyebarkan dakwah Islam. Ini semua tanggungjawab kita bersama di samping bebanan yang lebih besar untuk bertanggungjawab itu sepatutnya dipikul oleh pemerintah.

50 tahun liku-liku perjuangan kemerdekaan turut melibatkan jatuh bangun pemimpin. Namun pada ketika Malaysia menarik nafas mendetikkan nadi, golongan anak muda, mahasiswa dan belia juga tidak terkecuali daripada mencorakkan dan mematerikan diri dalam lipatan sejarah negara.

Perkembangan politik di Malaysia semenjak kemerdekaan hingga hari ini masih didominasi oleh politik perkauman. Hal ini demikian kerana berbagai-bagai-bagai kelompok etnik sentiasa mengemukakan tuntutan yang bertentangan dan sukar dipenuhi. Analoginya mudah, jika tetamu datang ke rumah, tuan rumah boleh membuat kopi untuk tetamu sebagai menghormati tetamu tetapi apabila tetamu mengarahkan tuan rumah untuk membuat kopi, adakah situasi ini boleh diterima. Orang Melayu sudah memberi sebagai penghormatan kepada bangsa lain. Namun apabila diminta dengan rakus sehingga hak orang Melayu pun terancam sudah pasti permintaan tidak akan ditunaikan.

Bak kata Tunku

“....orang Melayu sedia memberi hak-hak yang munasabah dan patut kepada orang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang banyak daripada hak-hak sebagai bumiputera Tanah Melayu kepada bangsa yang bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak negeri yang telah berbudi sebegitu banyak seperti yang telah diperbuat oleh orang Melayu. Sungguhpun ada jaminan hak-hak istimewa Melayu dalam perjanjian Persekutuan tetapi tidak sekali-kali mencegah atau menyekat bangsa-bangsa yang bukan Melayu daripada mencapai kesenangan dan kekayaan dan lagi sehingga sekarang hak-hak istimewa itu masih belum lagi menghasilkan keadaan yang setaraf di antara orang Melayu dengan yang bukan Melayu...”

Mahasiswa dan golongan anak muda melihat perbalahan antara agama dan kaum ini sebagai suatu perkembangan sebagai yang tidak sihat dan tidak mempunyai makna. Apa makna 50 tahun merdeka kalau yang di atas terus tidak mengendahkan apa yang berlaku di bawah. Prejudis antara agama dan kaum semakin meruncing. Kita anak muda mahu situasi ini diperbetulkan.

Hari ini kita mahu memperingatkan anak muda supaya bangkit untuk melihat isu-isu semasa yang berlaku dalam negara secara makro dan mikro. Golongan cerdik pandai mahasiswa harus bangkit untuk kembali menjadikan suara mahasiswa adalah suara rakyat. Mahasiswa adalah jurucakap masyarakat bukan jurucakap bagi UMNO, PAS, KEADILAN, DAP, MCA, MIC, GERAKAN ataupun PPP. Hari ini mahasiswa dan golongan belia mahu golongan elit politik sama ada kerajaan ataupun pembangkang terutamanya UMNO dan PAS untuk melihat dan menangani secara serius masalah agama dan bangsa kita. Tidak ada ertinya membincangkan tentang politik ketuanan Melayu jika agama dan bangsa tergadai.

Dalam aspek yang lain, gerakan mahasiswa perlu mempunyai prinsip untuk bergerak secara bebas. Disebabkan ketidakbebasan menyebabkan kita tidak lagi bertindak sebagai loceng amaran buat pemimpin. Untuk membentuk kesedaran dan menghidupkan jiwa anak muda, pembudayaan ilmu perlu dipasakkan di dalam jiwa mahasiswa dan belia. Budaya jurnalisme wajib dibugarkan semula. Teks-teks usrah harus dikembangkan menjadi teks yang masyarakat umum boleh mendapat manfaat daripadanya. Teks usrah yang membincangkan tentang akidah, ibadah dan muamalat wajib sampai seberapa segera yang mungkin buat masyarakat kita yang kian nazak menanti maut dalam jeritan ketuanan Melayu masih nyaring dilaungkan. Tanggungjawab ini ada pada mahasiswa. Sebarkan ilmu yang benar walau sedikit seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah.

Kegagalan teks-teks usrah yang sepatutnya menjadi rujukan masyarakat mengakibatkan kemungkaran yang lebih besar telah berlaku. Lihat kemungkaran Lina Joy dalam mencabar Islam. Bagi kita sebagai anak muda Islam, Lina Joy bukan mempertahankan haknya tetapi mencabar hak orang Islam untuk mempertahankan agama. Perbincangan isu Lina Joy atas landasan kebebasan agama dan hak asasi manusia adalah suatu yang tidak relevan.

Mana mungkin Islam sebagai agama yang berlainan dengan agama yang lain harus mempunyai kayu ukur undang-undang yang sama dengan agama lain. Perkara ini antara kandungan terpenting yang perlu diberi faham kepada pencinta agama lain. Kita bukan menghalang untuk penganut agama lain mengamalkan agama mereka tetapi apabila mereka sudah mula mempersoalkan amalan dan undang-undang Islam kita, maka penerangan perlu diberi dan pencarian kefahaman adalah tanggungjawab mereka untuk memahami Islam dalam kaca mata konteks undang-undang Islam bukannya hanya dari kaca mata undang-undang atau hak asasi manusia semata-mata. Hak asasi manusia tidak akan bernilai apabila nilai hak asasi itu bertentangan dengan nilai dan undang-undang Islam. Bezanya Islam ialah kita mempunyai undang-undang kita yang berpandukan Al-Quran dan Al-Sunah. Ayuh fahamilah Islam dengan “actualknowledge” bukan hanya secara surface. Islam tidak memusuhi sesiapa.

Agenda untuk membentuk satu peradaban bangsa dan negara yang benar-benar utuh dan jitu bukanlah suatu yang mustahil untuk dicapai. Yang penting, hubungan interaktif dan dinamik perlu dimiliki oleh setiap barisan kepimpinan dan cendekiawan negara.

Tahap pemikiran yang cemerlang dengan idea yang bernas dan merentas bidang pengetahuan lain mampu untuk memacu dan membentuk peradaban manusia yang seiring dengan kemajuan intelektual. Golongan intelek perlu diizinkan untuk membentuk persekitaran negara. Namun AUKU ternyata membunuh potensi mahasiswa dan belia yang cerdik pandai yang berada di Universiti.

Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 Perkara 20(1) Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berhimpun secara aman dan menubuhkan persatuan dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia Perkara 10 Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan jelas menunjukkan bahawa setiap individu (rakyat) mempunyai kebebasan untuk berpersatuan termasuk mahasiswa. Di bawah AUKU seksyen 15, hak mahasiswa untuk berhimpun secara aman, hak berpersatuan dan hak bersuara langsung dinafikan.

Akibat golongan cerdik pandai tidak beroleh upaya untuk membentuk persekitaran, kita melihat antara kelompok yang boleh memelihara dan membentuk suasana adalah kelompok politik.

Landskap politik Malaysia jelas menunjukkan hanya ada dua parti politik yang berteraskan keahlian Melayu secara “genuine” adalah antara UMNO dan PAS. KEADILAN tidak boleh dimasukkan dalam kelompok ini kerana parti itu merupakan sebuah parti yang multiracial. Justeru kepentingan Melayu tidak dapat dibawa melalui parti tersebut.

Membincangkan tentang polimik siapakah yang lebih layak untuk melabelkan diri sebagai pejuang Melayu dan siapakah yang akan menjadi jaguh pejuang Islam akan kita bahaskan. UMNO dan PAS perlu memperakui bahawa perjuangan berasaskan kalimah tauhid adalah perjuangan yang kekal. Percayalah bahawa perjuangan tanpa mengambil kira kalimah tauhid tidak akan kekal.

Namun, dalam arena politik Malaysia kita juga perlu memperakui bahawa perjuangan memartabatkan bangsa tanpa menindas bangsa lain juga adalah perjuangan yang tidak boleh dikesampingkan. Ini bukan bermakna kita mahu berjuang semata-mata kerana bangsa. Islam tidak menuntut untuk kita berjuang hanya semata-mata kerana bangsa tetapi mempertahankan bangsa demi survival agama adalah yang wajib kita cermati dalam konteks politik Malaysia.

Kepimpinan yang berjaya untuk menambat hati rakyat ialah kepimpinan yang menegakkan agama serta mempertahankan bangsa dengan membantu bangsa lain juga. Keadilan sosial perlu diwujudkan melalui keselesaan sosial. Hari ini UMNO yang menjerit mempertahankan Melayu sudah lagi tidak cakna dengan masalah orang Melayu dan PAS yang menjerit tentang negara Islam sudah hilang taringnya untuk melaung dan bertindak menyelamatkan Islam walaupun diakui usaha kedua-dua parti ada. Usaha itu perlu lebih dinamik dan holistik. Anak muda akan bersama dengan kepimpinan yang dinamik dan holistik dalam membawa agenda Islam dan Melayu.

Kedua-dua situasi ini berlaku kerana ada saling perkaitan antara UMNO dan PAS. Perjuangan UMNO untuk bangsa tidak boleh dilihat secara rasialis dan perjuangan PAS untuk Islam tidak boleh ditolak sama sekali dan mengatakan mereka ekstremis agama, tetapi yang menjadi ketidaksefahaman antara penggerak kedua-dua parti ialah UMNO takut kehilangan kuasa jika mengiakan apa jua berkaitan Islam disebabkan kerana kemungkinan ramai pemimpin UMNO tidak berlatarbelakangkan pengajian Islam kecuali Pak Lah. PAS pula terlalu takut untuk membicarakan tentang kepentingan Melayu kerana takut dicop sebagai meniru langkah perjuangan UMNO yang berteraskan bangsa. Adakah memperjuangkan bangsa di samping agenda teras Islam bertentangan dengan agama?

Sebenarnya situasi seperti ini hanya akan merugikan Islam dan bangsa Melayu. Akhirnya UMNO akan tersepit dan PAS juga tidak akan ke mana. UMNO perlu juga menjerit untuk Islam di dalam Parlimen dan PAS juga perlu menjerit tentang Melayu di dalam Parlimen. Kita faham dengan perjuangan Islam adalah merangkumi semua, tetapi cara PAS mempersembahkan pendekatan itu yang perlu lebih holistik dengan mengambil kira demografi Malaysia.

Kajian & observasi yang dilakukan jelas menunjukkan 75.7% reponden mahasiswa dan belia Melayu mengatakan bahawa apabila membicarakan tentang agama/Islam adalah berat. Puncanya bukan Islam itu yang salah tetapi pendekatan kita yang kurang sesuai. Sebab itu PAS selaku parti yang memperjuangkan Islam harus melihat pendekatan Melayu dalam masa yang sama berpegang kepada teras Al-Quran dan Al-Sunah sebagai rujukan utama. UMNO juga perlu begitu, perjuangan bangsa Melayu tanpa mempertahankan agama mereka adalah satu perjuangan yang sia-sia.

Jika 50 dahulu tidak ada yang berani mencabar Islam dengan undang-undang disebabkan mereka faham tentang Islam walaupun tidak menerimanya. Namun pada hari ini, ada yang sudah berani mengatakan tidak pada Islam secara terangan. Di manakah maruah kepimpinan UMNO selaku parti yang memerintah secara bersama dalam BN? Di mana pula peranan PAS. Hilang Islam maka hilanglah Melayu kerana Melayu itu ditafsirkan di dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan berbudaya Melayu. Ketuanan Melayu akan hilang apabila generasi muda sudah jauh daripada agama.

Fikirkanlah wahai pemimpin. Kita tidak punyai banyak masa. Di saat generasi muda bangsa lain sudah berfikir secara matang tetapi anak muda Melayu dilalaikan dengan hiburan. Bukan kita melarang langsung hiburan kerana agama juga membenarkannya, tetapi apakah makna hiburan kalau perkara tersebut memusnahkan jati diri, adab sopan dan maruah agama dan bangsa.

UMNO akan boleh bertahan lama jika mempertahankan Islam secara “genuine” dan PAS juga akan bertambah kekuatan “mainstream”nya apabila membawa imej Melayu.

Sebenarnya eksperimen ini telah berjaya kita lakukan dalam formula politik kampus. PMIUM telah membawa secara vokal Islam tetapi imej kepimpinan Melayu yang dibawa menyebabkan kepimpinan PMIUM sesi 05/06 telah diterima oleh masyarakat kampus. Pihak pentadbiran begitu “inteam” dengan kita. Kita tidak pernah menggadaikan prinsip kita untuk membawa makruf dan menentang mungkar di kampus. Jika PAS sudah meniru strategi boikot PMIUM, sekali lagi strategi membawa imej Melayu perlu diketengahkan.

Sudah tiba waktu PAS untuk memulakan kemenangan di bandar – bandar metapolitan. Jika UMNO mahu mengekalkan kuasa, bawalah secara jujur agama kita. Ketuanan Melayu bukan tiket untuk kita menidakkan peranan agama dalam perjuangan. Jika tidak mahasiswa dan generasi muda akan menolak parti yang tidak membawa agenda Islam dan Melayu. Kita yakin bahawa formula membawa agenda Islam dan Melayu secara tulen akan membantu membina negara Malaysia yang lebih harmoni dalam erti kata yang sebenar.

Keselesaan sosial yang sebenar adalah apabila kita dilayan dengan mengikut hubungan perasaan saling hormat-menghormati sesama manusia. Kepada generasi muda dan mahasiswa, ayuh kita kayakan minda. Kemiskinan minda menjadikan masyarakat kurang kesedaran sosial dan tidak peka dengan keadaan sosial semasa. Keadaan ini menjurus kepada kepincangan sosial.

Kata-kata Prof. Dr. Hamka: Orang yang bersahabat dengan “orang di atas” janganlah takut menyatakan cacat dan kekurangan yang harus diperbaiki. Kerana tiga orang yang beroleh celaka di atas dunia dan diancam oleh bahaya besar iaitu sahabat raja yang tidak mahu menerangkan kepada raja, apa cacat kerajaan. Orang sakit yang tidak mahu menerangkan kepada doktor apa macam penyakitnya. Dan seorang teman yang tidak mahu menyatakan rasa hatinya kepada sahabatnya. Ketiga-tiga orang itulah ialah orang yang khianat kepada dirinya sendiri.

Kita sebagai generasi muda jangan sesekali meletakkan diri kita sebagai orang yang khianat pada diri sendiri. Jika UMNO atau PAS tidak ada upaya untuk melakukan perubahan untuk agama dan bangsa, jangan terkejut jika mahasiswa bangkit menentukan perjuangan ini. Kita pastikan kekaburan yang ada disinari kebenaran dan perjuangan atas landasan politik sempit dilebarkan agar yang berjaya adalah Melayu itu sendiri dan Islam sebagai pegangan abadi. Salam Perjuangan mahasiswa.


Mohd Nazree Mohd Yunus
Mantan Presiden PMIUM 05/06
Mantan Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya 05/06

6/21/07

Ceramah Dr Hassan Ali, Dr Badrul Amin 29 Jun Seremban

Semua Dijemput Hadir ke Ceramah Perdana
Penceramah : Dato Dr Hassan Ali dan Dr Badrul Amin Bahrun
Jumaat 29 Jun 2007
Jam 9:30 malam
Di Markas PAS Cawangan Ampangan, Kg Gedung Lalang Lama, Ampangan, Seremban
(Sebelah Surau Hitam)

***********************************
###################################
Majlis Jamuan Perdana bersama Dato Dr Hassan Ali dan Dr Badrul Amin Bahrun
Jumaat 29 Jun 2007
JAM 8 malam
Di Markas PAS Cawangan Ampangan, Kg Gedung Lalang Lama, Ampangan, Seremban
(Sebelah Surau Hitam)
Anjuran : Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan
Kupon : RM 25 seorang
Untuk maklumat lanjut, sumbangan dan tempahan kupon hubungi : Hassan 013-3426346

ATURCARA JAMUAN PERDANA
7 malam – Ketibaan tetamu dan para jemputan
7:30 malam – Solat Maghrib
8 malam – Jamuan Perdana
8:40 malam – Solat Isya
9:30 malam – Ceramah Perdana

PAS Negeri Sembilan umum kabinet baru hadapi pilihan raya

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Hrkh) - Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan (BPPNS) telah mengumumkan pelantikan barisan kepimpinannya yang baru bagi Sesi 2007/2009 dalam satu sidang medianya di Seremban Isnin lalu.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan yang baru dilantik, Zulkifly Mohammed Omar yang mempengerusikan sidang media itu mengumumkan tiga timbalannya iaitu, Kateran Marman, Ustas Zakaria Kalim dan Ustaz Ramli Abu Bakar Al Hafiz.

Sementara BPPNS masih mengekalkan Ketua Penerangannya yang lama, Hassan Mohd Taha selain Setiausaha Perhubungan, Shamsul Kamal Idris.

Dalam sidang media yang sama, Zulkifli turut mengumumkan Abdul Aziz Mohd Isa sebagai Bendahari BPPNS sementara tiga penolong setiausaha antaranya, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad; Zaharuddin Othman dan Norwani Ahmat.

Selain itu beliau turut mengumumkan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Sembilan iaitu, Kamaruddin Mohd Tahir sementara Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pusat, Yau Con Seng dilantik sebagai Setiausaha Khas Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani dan Pengerusi Kelab penyokong PAS Negeri Sembilan, Kennet Cheok.

Dalam sidang yang sama, Wartawan akhbar berbahasa Cina telah diraikan oleh BPPNS dalam satu majlis makan tengahari di sebuah restoran terkemuka di Senawang.

Dalam majlis yang serba ringkas itu, para wartawan yang hadir adalah dari akhbar Oriental Daily,Sin Chew Jit Po,NanYang Siang Pau, China Press dan selain pimpinan PAS Negeri Sembilan.

Majlis ini diadakan sebagai satu penghargaan kepada wartawan akhbar Cina kerana membantu melaporkan aktivti PAS Negeri Sembilan dalam akhbar mereka.

http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=8278&Itemid=29

Motivasi Pelajar oleh Dato Dr Hassan Ali 1 Julai Seremban

KEM MOTIVASI KE ARAH KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN PEMUPUKAN AKHLAK MULIA DI KALANGAN PELAJAR

Tarikh : AHAD 1 Julai 2007
Masa : 8:30 pagi – 1:00 tengahari
Tempat : Surau Al Mustofa (Surau Hitam), Kg Gedung Lalang Lama, Ampangan, Seremban
Penceramah : Dato Dr Hassan Mohd Ali, Pakar Motivasi – Akademi Keluarga Bahagia Malaysia (AKRAB)

Peserta : Pelajar Tahun 5 hingga Tingkatan 6
Yuran : RM 20 seorang (minum pagi dan bahan rujukan disediakan)
Untuk pendaftaran hubungi Cikgu Hassan Hj Md Taha 013-3426346 , 06-7636346

********************************
KURSUS KESEDARAN WANITA ISLAM

Tarikh : SABTU 7 Julai 2007
Masa : 8:00 pagi – 5:00 ptg
Tempat : Surau Al Mustofa (Surau Hitam), Kg Gedung Lalang Lama, Ampangan, Seremban
Penceramah : Dato Abu Hasan Din Al Hafiz , Ustaz Yazid Jaafar , Dato Dr Hassan Mohd Ali
Yuran : RM 20 seorang (minum pagi, makan tengahari, kertas kerja disediakan)
Untuk pendaftaran hubungi Cikgu Hassan Hj Md Taha 013-3426346 , 06-7636346

Tentatif Aturcara
7:30 pagi – Pendaftaran bermula
8:30 pagi – Ceramah : Dato Abu Hassan Din Al Hafiz – “Isteri Yang Solehah”
10:30 pagi – Jamuan ringan
11:00 pagi – Ceramah : Ustaz Yazid Jaafar (Pak Yazid) – “Ciri-ciri Wanita Solehah”
1:30 tgh – Solat zuhur dan makan tengahari
2:30 ptg – Ceramah : Dato Dr Hassan Mohd Ali – “Akhlak Wanita Sejati”
4:30 ptg – Solat Asr dan bersurai

################################
TEKNIK SMART LEARNING DALAM MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Tarikh : AHAD 8 Julai 2007
Masa : 8:30 pagi – 4:30 ptg
Tempat : Surau Al Mustofa (Surau Hitam), Kg Gedung Lalang Lama, Ampangan, Seremban
Penceramah : Dato Dr Hassan Mohd Ali, Pakar Motivasi – Akademi Keluarga Bahagia Malaysia (AKRAB)

Peserta : Pelajar Tahun 5 hingga Tingkatan 6
Yuran : RM 25 seorang (minum pagi, makan tengahari, kertas kerja disediakan)
Untuk pendaftaran hubungi Cikgu Hassan Hj Md Taha 013-3426346 , 06-7636346

6/19/07

Bantah Britian, Salman hina Nabi, Islam 20 Jun KL

Semua Umat Islam diseru hadir ke Perhimpunan Aman :
Membantah Penganugerahan Tertinggi Kerajaan Britain kepada Salman Rushdie penulis buku “The Satanic Verses” yang menghina junjungan kita Nabi Muhammad saw dan menghina Islam pada :
RABU 20 Jun 2007
JAM 12 tengahari
Di hadapan Kedutaan Britain, Kuala Lumpur
Perhimpunan Aman ini akan diketuai oleh YB Salehuddin Ayub

6/11/07

Pidato Kemerdekaan Pemuda BA 15 Jun Seremban

Pidato Kemerdekaan bersama Pemuda PAS dan Pemuda Keadilan (AMK)
Tarikh : 15 Jun 07 JUMAAT
Masa : 9 malam
Tempat : Markas PAS Caw Ampangan (Sebelah Surau Hitam) , Seremban

Pemidato utama :
Ust Ridhuan Md Noor , Exco Pemuda PAS Pusat (Pengarang buku "Ulama dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan")
Sdr Faris Musa , Timbalan Ketua AMK Malaysia

Pemidato Tempatan :
Hj Mohd Taufek , Ketua Pemuda PAS NS
Ust Khairul Anuar Wafa , Naib Ketua Pemuda PAS NS
Sdr Sufian , EXCO Pemuda PAS NS
Sdr Mohammad , EXCO Pemuda PAS NS

Pengerusi Majlis : Sdr Suhairi

Turut diadakan Majlis Pelancaran Buku "Ulama dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan"

6/8/07

Gempur Pemuda BA 9 Jun Seremban

Ceramah Umum
Bersama : Sdr Faris Musa (Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat) dan Ustas Nasaruddin Hassan At Tantawi (Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat)
Pada 9 Jun 2007 – SABTU JAM 9 Malam
Di Taman Setia Jaya, Jln Seremban – Jelebu, Ampangan, Seremban (berhampiran Masjid Jamek Ampangan). Hubungi Azizi 012-3696474 (AMKNS)

6/6/07

Perjuangan Islam bukan 100% hak mutlak PAS

KUNJUNGAN HORMAT PROWARIS KE ATAS PEMIMPIN-PEMIMPIN NEGARA DARIPADA PELBAGAI FALSAFAH POLITIK

"Bukti Profesional Melayu Hari Ini Sanggup Mengenepikan Perbezaan Falsafah Politik Demi Mencapai Sasaran Sebenar Perjuangan Agenda Melayu Dan Agenda Islam"

ProWaris akan mengadakan lawatan kunjungan hormat ke atas pemimpin-pemimpin negara dalam proses mempromosikan kedudukan pertubuhan tersebut sebagai sebuah institusi kecemerlangan Professional-Profesional Melayu yang berfalsafah “apolitical” – berjuang tanpa dipengaruhi oleh mana-mana falsafah politik.

Kunjungan hormat tersebut adalah sebahagian daripada acara penubuhan ProWaris secara rasmi yang dijangka bakal diadakan tahun ini sempena sambutan 50 Tahun Kemerdekaan Malaysia.

Di antara pemimpin yang disenaraikan adalah YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, YAB Dato Seri Najib Tun Abd. Razak, YB Tan Sri Muhyidin Yassin, YB Dato Seri Khalid Nordin, YB Dato Hishamuddin Tun Hussein Onn, Saudara Khairy Jamaluddin, Dato’ Mukhriz Mahathir, YB Dato Shahrir Samad, YAB Menteri-Menteri Besar dan ramai lagi.

Di samping itu Barisan Peneraju Prowaris akan membuat lawatan ke atas YBhg Dato Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Kehormat Parti Keadilan Rakyat dan YAB Dato Seri Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan dan juga Mursyidal Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Barisan Peneraju ProWaris menyokong penuh usaha untuk menganjurkan kunjungan hormat ini memandangkan terdapat kekeliruan yang serius di kalangan rakyat Malaysia terhadap perjuangan agenda Melayu dan Islam pada hari ini. Sesungguhnya perjuangan Agenda Melayu adalah bukan 100% hak mutlak United Malays National Organisation (UMNO); perjuangan agenda Islam adalah bukan 100% hak mutlak Parti Islam Se-Malaysia (PAS); dan perjuangan menuntut keadilan adalah bukan hak mutlak Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Barisan Peneraju ProWaris yakin bahawa dengan cara membentuk perjuangan “apolitical” – berjuang tanpa dipengaruhi oleh mana-mana falsafah politik, akan memberikan suatu nafas baru kepada ahli-ahli Profesional Melayu yang berasa pasrah dengan kerenah sesetengah pemimpin Melayu yang sanggup berkompromi dengan mana-mana pihak untuk menggagalkan misi Agenda Melayu dan Islam gara-gara untuk mengekalkan kedudukan mereka di arena politik.

Gagasan pengembelingan tenaga di kalangan Profesional-Profesional Melayu ini adalah bertujuan untuk merapatkan perhubungan dengan pemimpin-pemimpin negara sekaligus membuktikan bahawa ProWaris sanggup mengenepikan perbezaan falsafah politik demi mencapai Misi Agenda Melayu dan Islam seperti yang termaktub dalam Misi 100 Tahun ProWaris.

Sudah sampai masanya pemimpin-pemimpin negara sedar bahawa golongan Profesional Melayu adalah kelompok masyarakat yang paling penting dalam struktur sesebuah negara kerana hampir kesemua polisi kerajaan ke atas rakyat dilaksanakan oleh golongan Profesional. Pincang atau maju sesebuah perancangan negara juga bergantung kepada samada golongan profesional terutamanya Profesional-Profesional Melayu diberi perhatian penuh ataupun tidak oleh pemimpin-pemimpin negara.

ProWaris mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli baru dan lama ProWaris yang berminat untuk menyertai kunjungan hormat tersebut yang akan diadakan di lokasi-lokasi dan waktu-waktu yang akan diumumkan kelak.

Untuk makluman lanjut sila hubungi prowaris@yahoo.com.

PROFESIONAL MELAYU - KATALIS KEBANGKITAN BANGSA DAN AGAMA

http://www.prowaris.org/?m=h&id=197

Jamuan Perdana Dr Hassan Ali, Dr Badrul Amin 29 Jun NS

Majlis Jamuan Perdana bersama Tetamu Khas :
Dato Dr Hassan Ali
Dr Badrul Amin Bahrun
Jumaat 29 Jun 2007
Di Markas PAS Cawangan Ampangan, Kg Gedung Lalang Lama, Ampangan, Seremban
(Sebelah Surau Hitam)

Anjuran : Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan
Kupon : RM 25 seorang

Untuk maklumat lanjut, sumbangan dan tempahan kupon hubungi :
Hassan 013-3426346
Hj Taufek 019-6576540