KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

7/25/07

Ceramah Us Nasharidin Mat Isa 12 Ogos Rembau

Semua Dijemput Hadir ke Ceramah Perdana

Bersama :
Ustaz Nasharudin Mat Isa , Timbalan Presiden PAS
Sdr Zulkefly Mohamed Omar , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

Hari : Ahad
Tarikh : 12 Ogos 2007
Masa : 9 malam
Tempat : Markas PAS Kawasan Rembau, Jalan Rembau-Tampin, Rembau, NS

Antara Helikopter Nuri dan Bollywood

Sebagai renungan menjelang Sambutan 50 Tahun Merdeka. Tulisan ini dari Blog Che Gu Badrul , bekas calon Parti Keadilan Rakyat DUN Rantau 2004 yang bertanding satu lawan satu dengan Dato Seri Mohammad Hassan, MB N.Sembilan pada ketika ini. Hayati kisah filem Bollywood memaparkan juruterbang jet pejuang yang terbunuh apabila jet pejuangnya terhempas……. Apakah filem ini akan diharamkan di Malaysia ? Apakah ada penerbit filem Malaysia yang berani menerbitkan filem yang serupa, versi Malaysia ?
MERDEKA ! SELAMATKAN MALAYSIA !
Al Fatihah kepada anggota keselamatan kita yang telah terkorban mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Monday, July 23, 2007 Takziah... http://chegubard.blogspot.com/2007/07/takziah.html

……………
Salam takziah kepada keluarga anggota tentera yang terbabit dalam nahas Nuri baru - baru ini. Nampaknya sudah jadi trend anggota tentera Malaysia mati tidak berperang. Persoalan yang perlu ditanya sekarang ini ialah siapa yang harus bertanggung jawab dengan kematian demi kematian anggota tentera kerana kegagalan peralatan ketenteraan negara ini ?

Ini mengingatkan aku dengan cerita hindustan Rang De Basanthi yang menceritakan bagimana kematian seorang juruterbang tentera mati kerana jet MIG yang dibeli oleh India dari Russia gagal berfungsi dengan sempurna. Sebelum itu India semenangnya porpular dengan kejadian jet pejuang terhempas kerana kegagalan pesawat berfungsi dengan sempurna.

Pada mula berita kematian Menteri cuba bermain 'wayang' dengan menunjukkan kononya dia sedih dengan trajedi tersebut.

Kematian juruterbang itu telah membangkitkan protes yang diketuai oleh emak juruterbang tersebut. Desakan siasatan dilakukan terhadap korupsi melibatkan pembelian senjata dan Menteri Pertahanan meletakkan jawatan. Polis digunakan dengan kejam untuk mematahkan protes rakyat sehingga dalam satu demonstrasi depan 'India Gate' emak juruterbang yang mati itu dipukul dipukul polis hingga koma.

Masih teringat dialog Menteri dengan kroni yang mengendalikan pembelian senjata. Menteri gusar dengan protes rakyat ditenangkan oleh kroninya dengan mengatakan "katakan pada rakyat yang apa nak pelik...mereka memilih untuk menjadi tentera ialah mereka yang bersedia mati untuk negara...sekarang atau akan datang pasti mereka akan mati..tunjukkan sahaja kesediahn dan keperihatianan menteri depan rakyat..beri penghargaan dan anugerah pada mereka yang mati...rakyat akan lupa...dan kau akan terus berkuasa dan kita sama sama kaya"....

Selepas kejadian Nuri yang merupakan siri kematian atau pembaziran nyawa anggota tentera Malaysia yang mati bukan kerana perang. Cerita Bollywood ini umpama reflek kepada realiti hari ini. Cuma bezanya dalam filem tersebut rakyat tidak mudah ditipu oleh muka sedih dan air mata buaya si Menteri....

……………………

http://en.wikipedia.org/wiki/Rang_De_Basanti

Struggling British filmmaker Sue (Alice Patten) comes to India after she reads the diary of her grandfather, who served in the British Force during India's struggle for Independence. She plans to make a short film about some of the unsung revolutionary heroes of the Indian Independence Movement. Her friend Sonia (Soha Ali Khan) helps her find four young men to act in the film: Daljit a.k.a. DJ (Aamir Khan), Karan Singhania (Siddharth), Aslam (Kunal Kapoor) and Sukhi (Sharman Joshi).

They aren't enthusiastic at first, but Sue wins them over. Laxman Pandey (Atul Kulkarni), a political party activist, later joins the group -- although he is initially unpopular on account of his Hindutva beliefs and contempt for Aslam, who is a Muslim. As the young men learn more about the history of the Independence movement, they lose their cynicism and start to consider what they can contribute to society.

Then Ajay, Sonia's fiancé, (Madhavan) an Indian air-force pilot, is killed when his plane crashes. The government proclaims that the crash was caused by pilot error. Sonia and her friends know that Ajay was an ace pilot and don't accept the official explanation. Instead, they claim that he sacrificed his life to save hundreds of other lives, which would have been lost had he ejected from the aircraft safely, leaving the aircraft to crash in an overcrowded area. They investigate and learn that the crash was due to a corrupt defence minister (Mohan Agashe), who had signed a contract for cheap, spurious MiG aircraft spare parts in return for a large kickback.

Not content to accept this as "just the way things are done", the group decide to protest peacefully at India Gate. Police forcefully break up their protest while in which they hurt Ajay's mother Waheeda Rehman. These young men then decide that they must emulate the early freedom fighters and resort to violence. They decided to kill the defense minister to avenge Ajay. The minister is speculated to be killed by terrorists and is considered a martyr. To bring forth the true story, the group decided to go to the public through a radio station. While the world is listening, they are all killed in the combined attack by the police and the commandos.

The film is remake of all time great Canadian film Jesus de Montreal with some Indianization of the plot. However media was perhaps unaware of the fact so they never mentioned.

7/24/07

Bersama Saari Sungib 11 Ogos di Seremban

CERAMAH PERDANA – “Nasib Rakyat Selepas 50 Tahun Merdeka”

Penceramah :
Sdr Saari Sungib – Ketua Penerangan PAS Selangor
Sdr Fariz Musa – Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan M’sia
Tn Hj Taufek Abd Ghani – Ketua Pemuda PAS N.Sembilan

Tarikh : SABTU 11 Ogos 2007
Masa : 9 malam
Tempat : Markas PAS UPU Paroi, Taman Tasik Jaya, Seremban

Semua Dijemput Hadir

7/23/07

Kenapa Musim Buah Luar Biasa Di Rembau Tahun Ini ?

Assalamualaikum wrt wbt,

Alhamdulillah tahun ini musim buah di Rembau begitu luar biasa. Ini semua adalah rahmat Allah. Allah yang menurunkan hujan. Allah yang memerintahkan lebah dan serangga lain untuk melakukan pendebungaan. Allah yang memerintahkan angin supaya tidak bertiup kencang yang boleh merosakkan putik bunga. Semua ini adalah kerja Allah.

Tapi luar biasa sungguh. Pokok cempedak yang sejak tumbuh dan bertahun-tahun hidup tidak pernah berbuah, tahun ini berbuah dengan lebatnya. Pokok durian yang sudah bertahun-tahun merajuk untuk berbuah , Alhamdulillah tahun ini berbuah, MasyaAllah. Pokok pulasan yang tak sampai 5 kaki pun berbuah dengan lebat dan begitu manis, SubhanAllah.

Saya tanya beberapa teman dari Kuala Pilah. Dia kata Kuala Pilah taklah berapa menjadi buah pada tahun ini. Sementara tempat lain seperti Mantin, Lenggeng tu memang biasa pun berbuah.

Tapi di Rembau ini, memang berbeza. Tahun lepas rambutan pun tak berbuah. Apa sebab utama rahmat Allah ini turun, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Rembau ini tanahnya panas. Ada satu dusun tu disebabkan ada ahli keluarganya berbalah untuk mendapatkan durian, terus tidak berbuah bertahun-tahun lamanya.

Antara spekulasi yang menjadi perbualan ialah usaha dakwah telah mula bertapak di Rembau. Antara program besar ialah Ijtimak Ulamak Nusantara di Madrasah Al Marhum Tn Hj Ibrahim di Bongek. Usaha menghidupkan beberapa madrasah lain di Rembau, antaranya Madrasah Tn Hj Abd Rahman – Selemak. Usaha mencegah kemungkaran antaranya pengawalan karaoke, penjualan arak dan judi. Dan banyak lagi usaha dakwah lain. Apakah ini salah satu sebabnya , hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Kenalan saya pernah menghadiri kuliah seorang Guru Ulamak Tarikat terkenal di Negeri Sembilan. Sheikh tersebut berkata , sekiranya Islam memerintah Negeri Sembilan, akan keluar minyak di Port Dickson.

Teruskanlah usaha dakwah kita, dengan bersungguh-sungguh, dengan sedaya upaya kita, hingga keluar peluh keringat, hingga mengah.

Janganlah mana-mana kumpulan atau individu memandang rendah usaha dakwah kumpulan atau individu lain. Mana yang ada kemampuan kita untuk bantu kita bantu dengan sepenuh hati.

Walaupun kita melakukan usaha bersungguh-sungguh , jangan lupa ini bukannya atas sebab kita pandai, kita faham Islam, tetapi kepandaian, kekuatan dan kefahaman yang dipinjamkan Allah kepada kita hanya sementara waktu. Kalau kita bersikap bongkak, sombong, ego dalam menegakkan syiar Islam, bila-bila masa Allah boleh melantik sesiapa sahaja untuk menegakkan agamanya termasuklah orang Asli yang buta huruf.

Teruskan perjuangan.

Wassalam.

7/20/07

Ceramah Tn Guru Nik Abd Aziz 26 Jul N.Sembilan

Ceramah Perdana Bersama :
- YAB Tn Guru Dato Hj Nik Abd Aziz bin Nik Mat , Menteri Besar Kelantan
- Ustaz Nasharuddin Md Isa – Timbalan Presiden PAS
Khamis 26 Julai 2007
Jam 9 malam
Di Kg Masjid, Lenggeng, Negeri Sembilan (Rumah Sdr Zukefly Mohamed Omar)

Semua Dijemput Hadir

Konvensyen Rakyat Anjuran BERSIH 20 Julai

Konvensyen Rakyat Anjuran BERSIH
BERSIHKAN PILIHANRAYA - “Kembalikan Hak Rakyat!”

Tarikh : 20 Julai 2007
Masa : 8:30 - 11:00pm
Tempat: Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, No 1, Jalan Maharajalela, 50150 Kuala Lmpur.
(Kg. Attap, sebelah Wisma Pahlawan)

Gabungan Pilihanraya Bersih & Adil (BERSIH) dilancarkan pada 26 November 2006 di Parlimen bertujuan untuk menjalankan pembaharuan kepada sistem pilihanraya di Malaysia.Meskipun sudah 50 tahun Malaysia bebas daripada penjajah British, sistem demokrasi di Malaysia tidak menampakkan satu peningkatan malah semakin menrunsingkan, semakin tidak adil dan kotor.Selepas beberapa dekad kepincangan pengurusan sistem pilihan raya berlaku di negara ini,sekarang tiba masanya bagi rakyat Malaysia mendesak agar pilihan raya yang akan datang ini bersih dan adil selaras dengan dasar negara sebagai sebuah negara demokrasi dan makmur.


Pemidato:
Syed Shahir Syed Mohamud (MTUC)
Dato Seri Anwar Ibrahim
Sdr Lim Guan Eng
Dato Seri Hj Abd Hadi Awang
Dr Nasir Hasim
Yap Swee Seng (SUARAM)
Lim Huat Seng (DEMA)
V. Gayathry (CIJ)
Charles Santiago
Maria Chin Abdullah

Program:
- Kesampaian Tetamu
-Ucapan Pembukaan oleh En. Syed Shahir, Presiden MTUC
- Ucapan dari wakil-wakil NGO
- Persembahan Musik & multimedia
- Ucapan dari pemimpin parti politik
- TAMAT

Untuk maklumat lanjut mengenai Konvensyen, hubungilah Faisal (019-2232002)

Peta, sila lihat di sini: http://bersih.org/?page_id=114

7/18/07

Pemeriksa Kualiti Helikopter dari 70 ke 8 org sahaja !

Satu artikel yang meggusarkan semua juruterbang yang menerbangkan helikopter jenis Sikorsky (atau Nuri untuk TUDM). Laporan dibawah menyatakan kegagalan kipas belakang helikopter Tentera Laut Amerika Syarikat adalah disebabkan oleh “kecacatan pengeluar”. Sumber WTHN TV pula menyatakan jumlah Pemeriksa Kualiti di kilang Sikorsky di Stratford dikurangkan dari 70 ke 8 orang sahaja. TUDM harus menjalankan siasatan menyeluruh untuk menjaga keselamatan anggota mereka sendiri sepertimana Tentera Laut Amerika menjalankan siasatan menyeluruh terhadap helikopter mereka.

***********************************************
Sikorsky Addresses Quality Control Issues
Fri, 01 Dec '06

Defective Manufacturing Blamed For Parts Failures
The US Navy blamed a failed Seahawk helicopter tail rotor blade on a "manufacturing defect." The crew reported an unusual vibration during a routine flight. When they landed they found a portion of one blade missing.

Sikorsky admits it could have been a big problem. The company's vice president for quality George Klug told WTHN TV, "A total failure of any flight critical part would be an issue."

Sikorsky says it doesn't know how a defective tail rotor blade passed company quality control. More alarming, 41 other blades in service on other choppers had similar problems.

And the problems aren't just with Navy birds. The US Army reported the main gear box housings on some of its Blackhawks were made of too thin materials.

The company maintains it has an effective quality control program. "No manufacturing system is perfect. We strive for perfection; we don't always reach it, so getting people to identify the issues to address is what we're about here," says Klug.

But WTHN TV says its sources report Sikorsky reduced the number of quality inspectors at its Stratford, CT plant from seventy to eight.

The company says some of the defective parts are not made by Sikorsky and it relies on those suppliers to perform quality inspections.

"We've also added inspectors at our supply base," says Klug. "It is more effective to take those resources and put them where the parts are made than check them on the way into the factory here."

Despite internal documents obtained by WTHN showing an eight-fold increase in quality issues, Sikorsky maintains its safety record is better than ever. Klug says its aircraft perform better than ever in the world's toughest environments

http://www.aero-news.net/index.cfm?ContentBlockID=35a3e4cd-1a81-44d7-8d87-570e06d8494b&ContentBlockID0263216f-575c-484c-bb=

7/16/07

Bersama GERAK Hapus Rasuah 29 Julai Seremban

CERAMAH PERDANA – Rasuah , Musuh No 1 Negara
Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (GERAK)
Bersama Sdr Mohamad Ezam Mohd Noor Pengerusi GERAK
Ahad 29 Julai 2007
Jam 9 malam
Di PASTI Al – Wildan, Taman Setia Jaya, Jalan Seremban-Jelebu, Ampangan, Seremban (Sebelah Masjid Jamek Ampangan)

Anjuran : Dewan Pemuda PAS Kawasan Seremban dengan kerjasama GERAK

Maklumat lanjut hubungi Sdr Azizi 012-3696474
(Program ini adalah gantian ceramah yang sepatutnya diadakan 7 Julai yang lalu)

Maklumat lanjut GERAK :
Badrul Hisham Shaharin - Coordinator
B-1012 Block B 10th Floor Kelana Square
Jalan SS 7/26 Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
E-mail : gerakmalaysia@gmail.com
+603-7804-9632/4962 (Tel)
+603-7803-9423 (Fax)
Website http://info.gerakmalaysia.org

7/15/07

Bengkel Pengurusan Saudara Kita 21 Jul Seremban

Adalah dimaklumkan Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Badan Gabungan Dakwah Negeri Sembilan menjemput muslimin dan muslimat semua untuk menghadiri :
BENGKEL PENGURUSAN ISLAM SIRI 1 (SAUDARA KITA)
Pada Sabtu 21 Julai 2007
Jam 8 pagi – 5 ptg
Di Dewan Sg Ujong, Majlis Perbandaran Seremban, Seremban, NS
Bengkel ini adalah PERCUMA tetapi Tempat adalah Amat Terhad.
Mereka yang ingin menghadiri Bengkel ini sila maklumkan kepada pihak penganjur sebelum 19 Julai 2007 dengan memberikan Nama, Alamat dan Nombor Telefon ke :
Badan Gabungan Pertubuhan Dakwah N.Sembilan
No 10, Tingkat 1, Wisma ABIM, Bangunan UDA, Ampangan, 70400 Seremban, NSTel : 06-7630789 , Fax : 06-7911578

ATURCARA PROGRAM
8 pagi – Pendaftaran (sarapan disediakan)
8.30 pagi – Taklimat Bengkel
9 pagi – Pembentangan 1 – Pengurusan Saudara Kita dan Cabaran Masa Kini oleh :
1. Ustaz Jaafar bin Muhammad
2. Wakil Pejabat Pendaftaran Negara, NS
3. Wakil Islamic Outreach ABIM, KL
11 pagi – Minum pagi
11:15 pagi – Pembentangan 2 – Saudara Kita – Implikasi Undang-Undang Sivil dan Syariah
1. Ustazah Fatimah Manja (JHEAINS)
2. Ustaz Mohd Fadzil Abu Kassim (JHEAINS)
3. Encik Zainur Rijal Abu Bakar (Peguam)
1:15 tgh – Makan tengahari / Solat Zuhur
2:30 ptg – Persidangan Meja Bulat
4 ptg – Majlis Penutup oleh Pengarah JHEAINS
5 ptg - Bersurai

Hanya satu cara untuk ganti helikopter NURI

Hanya ada satu cara supaya nyawa anggota tentera kita tidak digadaikan dengan menggunakan helikopter Nuri yang berusia 38 tahun yang dibeli pada tahun 1969.

Kerajaan hendaklah mewajibkan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kabinet dan semua pembesar negara agar menggunakan helikopter Nuri untuk menghadiri mana-mana majlis rasmi dalam negara bukannya menaiki helikopter eksekutif. Barulah mereka sendiri boleh merasakan bagaimana rasanya menaiki helikopter yang berusia hampir 40 tahun dalam menjalani tugasan harian. Kalau kita sanggup berbelanja BERBILLION RINGGIT untuk membeli jet Sukhoi dan Kapal Selam Scorpene kenapa tidak sanggup berbelanja JUTAAN RINGGIT sahaja untuk menggantikan NURI yang digunakan hampir setiap hari untuk misi menyelamat, mencari dan sebagainya ?

Al Fatihah kepada semua anggota pasukan keselamatan kita yang telah gugur mempertahankan agama, bangsa dan negara.

*********************************************

Adakah pertahanan udara negara begitu rapuh ?

Beberapa kemalangan yang menimpa pesawat Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) mutakhir ini menggusarkan rakyat Malaysia apakah sistem pertahanan negara kita rapuh serta mempertaruhkan nyawa anggota TUDM khususnya dan rakyat pada amnya.

Buat masa ini TUDM mempunyai 14 pesawat pejuang MiG-29N, 2 pesawat pejuang MiG29NUB, 8 pesawat pejuang F/A-18D Hornet, 7 pesawat pejuang Aermacchi MB-339A, 16 pesawat pejuang Hawk 208, 6 pesawat pejuang Hawk 108, 2 pesawat pejuang RF-5E Tigereye, 3 pesawat pejuang F-5F dan 10 pesawat pejuang F5E Tiger II.
TUDM juga mempunyai 17 pesawat pejuang MB-339C yang dibeli daripada Tentera Udara New Zealand pada tahun 2003 tapi masih tidak lagi beroperasi. TUDM juga akan menerima 18 pesawat pejuang Sukhoi SU 30MKM dalam masa terdekat ini secara berperingkat.

Sementara itu TUDM dalam kategori pesawat pengangkut pula mempunyai 8 pesawat Hercules C-130-30 , 2 pesawat Hercules C-130, 4 pesawat pengangkut minyak Hercules KC-130130H, 8 pesawat komunikasi Cessna 402B, 8 pesawat CN235-220M, 2 pesawat VIP CN235-220M, 1 pesawat VIP Boeing 737-700 BBJ, 1 pesawat VIP Bombardier Global Express, 1 pesawat VIP Bombardier CRJ-700 Regional Jet, 1 pesawat VIP Dassault FALCON 900B dan 1 pesawat VIP F28-100. Sementara itu TUDM telah menempah 4 pesawat pengangkut Airbus Military A400M.

Dalam bidang maritim pula TUDM memilikki 4 pesawat Beechcraft Super Kingair B200T MPA dan 2 pesawat Lockheed Hercules PC-130H.

Untuk kategori helikopter pula TUDM mempunyai 28 buah helikopter serbaguna Nuri Sikorsky S61A-4, 2 buah helikopter komunikasi Nuri Sikorsky S61A-4, 2 buah helikopter VIP Agusta Sikorsky A56-N1, 1 buah helikopter VIP Agusta A-109C dan 2 buah helikopter VIP Sikorsky S-70 Black Hawk. TUDM juga akan menerima 10 buah helikopter buatan Rusia Mi-171SH untuk tujuan mencari dan menyelamat.

Dalam kategori pesawat pelatih pula TUDM mempunyai 36 pesawat Pilatus PC-7, 8 pesawat Pilatus PC-7MkII, 20 pesawat MD3-160 Aerotiga dan 3 pesawat CTRM Eagle ARV.

Pesawat-pesawat TUDM ini ditempatkan di 8 buah pengkalan udara iaitu di Gong Kedak, Alor Setar, Butterworth, Kuantan, Subang, Sungai Besi, Kuching dan Labuan.

Dibandingkan pula dengan keupayaan Tentera Udara Republic Singapura (RSAF – Republic of Singapore Air Force) sebuah negara yang kerdil. RSAF mempunyai 26 pesawat pejuang F-16C Falcon, 36 pesawat pejuang F-16D Falcon, 36 pesawat pejuang F-5S Tiger 2, 9 pesawat pejuang F-5T Tiger 2 dan 8 pesawat pejuang RF-5S Tiger 2. Sementara itu RSAF menjangkakan akan menerima sebanyak 12 ke 20 buah pesawat pejuang tercanggih di dunia iaitu Boeing F-15SG pada tahun 2008 atau 2009.

Dalam kategori helikopter pula RSAF mempunyai 18 buah helikopter pengangkut berat Chinook CH-47SD, 22 buah helikopter pengangkut Super Puma AS 332M, 6 buah helikopter pengangkut Eurocopter AS 532UL Cougar, 20 helikopter tempur dan anti kereta kebal Apache Longbow AH-64D dan 6 helikopter anti kapal dan anti kapal selam Sikorsky ASW S-70B.

RSAF juga mempunyai 6 buah pesawat pengangkut berat Lockheed C-130H serta 4 buah pesawat VIP F50 UTL. Disamping itu RSAF memilikki 4 buah pesawat mengisi minyak di udara dari jenis Boeing KC-135R dan memilikki 4 buah pesawat mengisi minyak di udara dari jenis Lockheed KC-130B.

Menariknya RSAF mempunyai pesawat pengawasan amaran AEWACS (Airborne Early Warning) sebanyak 4 buah dari jenis Grumman E-2C Hawkeye. Serta 5 buah pesawat maritim dari jenis Fokker F50 ME2 yang dilengkapi dengan persenjataan Harpoon.

Dalam kategori pesawat pelatih pula RSAF menggunakan 27 pesawat pejuang Marchetti S.211, 4 pesawat pejuang Super Skyhawk A-4SU, 4 pesawat pejuang Super Skyhawk TA-4SU dan sekurang-kurangnya 5 buah helikopter Eurocopter EC120 dan AS 550U.

RSAF juga mempunyai beberapa pesawat pengintip tanpa juruterbang iaitu sebanyak 40 buah dari jenis IAI Searcher Mk2 dan beberapa buah lagi dari jenis IAI Malat Scout, ST Blue Horizon dan ST Firefly.

Pesawat-pesawat RSAF ini beroperasi di 6 buah pengkalan udara dalam negara Singapura iaitu di Changi (Barat), Changi (Timur), Paya Lebar, Sembawang, Tengah dan Kem Murai.

RSAF turut mempunyai beberapa pengkalan udara di luar Singapura iaitu Pengkalan Udara Pearce dan Oakey di Australia, Pengkalan Udara Cazaux di Perancis, Pengkalan Udara Luke, Cannon, Grand Prairie dan Silverbell di Amerika Syarikat. Pengkalan udara RSAF di luar negara ini menempatkan pesawat-pesawat dan anggota-anggota RSAF bagi tujuan latihan. RSAF juga telah menghadiahkan beberapa pesawat pejuang F-16 kepada Royal Thai Air Force sebagai pertukaran, RSAF akan menggunakan Pengakalan Udara Udon Thani di Thailand selama beberapa hari setiap tahun untuk tujuan latihan.

Pada tahun 2003 Singapura telah menyertai program pembangunan pesawat pejuang tercanggih F-35 Joint Strike Fighter (JSF) yang dijangkakan akan mula beroperasi pada tahun 2015. Dalam masa akan datang RSAF dijangkakan akan beroperasi dengan menggunakan dua jenis pesawat pejuang iaitu F-35 dan F-15.

Di atas kertas keupayaan RSAF jauh ke hadapan jika dibandingkan dengan TUDM. Walaupun negara Singapura begitu kerdil tetapi kekuatan tentera udaranya membanyangkan bahawa negara tersebut adalah gergasi pertahanan udara di rantau ini.

Statistik di atas menunjukkan bahawa RSAF lebih tertumpu kepada operasi pesawat dari jenis yang sama dengan ini akan memudahkan kerja penyenggaraan, mendapatkan alat ganti serta melatih anggota-anggota yang mengendali dan menyenggara pesawat tersebut. Sementara TUDM pula yang mempelbagaikan jenis pesawatnya dengan Sukhoi dan MIG dari Rusia, Hawk dari Britain, F-18 dari Amerika Syarikat, MB339 daripada Itali menyebabkan lebih banyak sumber diperlukan dari sudut kerja penyenggaraan, mendapatkan alat ganti serta melatih anggota-anggota yang mengendali dan menyenggara pesawat.

Apa yang menjadi tanda tanya di sini ialah mengapa TUDM mempunyai begitu banyak pesawat VIP iaitu 7 kapal terbang VIP dan 5 helikopter VIP, sedangkan RSAF hanya menggunakan 4 kapalterbang VIP dari jenis Fokker F50. Adakah kerana Malaysia mempunyai begitu ramai ahli politik, ahli parlimen, menteri dan jeneral maka TUDM perlu menyediakan banyak pesawat VIP ?

Persoalan juga timbul akan nasib 17 buah pesawat pejuang MB-339C yang dibeli daripada Tentera Udara New Zealand pada tahun 2003 tapi masih tidak lagi beroperasi.

Begitu juga dengan bentuk mukabumi di Malaysia yang dikelilingi laut yang sudah pastinya memerlukan lebih banyak pesawat maritim, pesawat AEWACS serta pesawat tanpa juruterbang serta helikopter, TUDM hanya mempunyai jumlah pesawat yang kecil untuk tujuan ini jika dibandingkan dengan RSAF.

Ini baru dari sudut pertahanan udara, belum lagi di sentuh dari sudut pertahanan darat dan laut. Justeru itu Kementerian Pertahanan haruslah melaksanakan Dasar Pertahanan Negara yang dapat meyakinkan rakyat bahawa negara kita Malaysia mampu mempertahankan diri dari sebarang ancaman luar.

SELAMAT MENYAMBUT HARI PAHLAWAN

Marilah kita menghadiahkan Al Fatihah kepada anggota-anggota keselamatan kita yang telah gugurkan mempertahankan negara.

Sumber rujukan : Ensaiklopedia Wikipedia
http://en.wikipedia.org/wiki/Royal_Malaysian_Air_Force
http://en.wikipedia.org/wiki/Republic_of_Singapore_Air_Force

7/13/07

Artikel Menggusarkan Tahap Pertahanan Negara

Berikut satu rencana dari Utusan Malaysia yang amat menggusarkan akan tahap pertahanan negara kita Malaysia, sempena sambutan ke 50 tahun kemerdekaan, walaupun berbillion ringgit telah dibelanjakan untuk membeli jet pejuang, kapal selam, kereta kebal.

*********************************************
Contohi pertahanan Singapura - Oleh Azmi Hassan – Utusan Malaysia 12 Julai 2007

DALAM hal ehwal pembentukan dasar dan arah tuju pertahanan di kalangan negara anggota ASEAN, Singapura dikatakan mempunyai perancangan yang begitu menarik dan tersusun.

Begitu menarik sekali untuk mengkaji ketertiban pihak bertanggungjawab Singapura mengatur strategi pertahanan mereka. Paling menarik ialah mengenai penubuhan skuadron helikopter penggempur Apache Longbow (AH-64D) yang mengambil masa hampir satu dekad lamanya.

Kejayaan Singapura dianggap sebagai satu lakaran dalam sejarah pertahanan dunia kerana kejayaan mewujudkan pangkalan di luar Amerika Syarikat, Israel dan negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Skuadron 120 Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) mengendalikan 20 helikopter penggempur serba canggih ini dan menjadikan pangkalan udara Sembawang sebagai pusat operasi mereka.

Memang benar keakraban Singapura dan AS telah memainkan peranan utama dalam menjayakan realisasi itu. Tetapi kesungguhan dan ketelitian Singapura, terutama sekali seperti yang dipamerkan oleh Angkatan Tentera Singapura (SAF), sebenarnya telah menjamin cita-cita mereka dapat dicapai.

Satu lagi perkara yang agak menarik mengenai perancangan strategi SAF ialah bagaimana negara tersebut telah berjaya menubuhkan Pusat Kawalan Kapal Terbang Tanpa Pemandu (UAV) baru-baru ini. Pusat kawalan adalah penting kerana ia dianggap sebagai nadi sesebuah organisasi tentera kerana kebanyakan keputusan semasa konflik adalah berpunca dari sini.

Kewujudan pusat kawalan dianggap sebagai lumrah dalam sistem pertahanan sesebuah negara kerana ia merupakan satu keperluan asas. Sebab itu penubuhan Pusat Kawalan Pertahanan dan Operasi Udara (ADOC) RSAF pada Januari lepas dianggap satu perkara biasa.

Tetapi pengumuman yang dibuat pada bulan Mei lalu mengenai penubuhan pusat kawalan khas untuk UAV dianggap sebagai satu perkara yang agak luar biasa kerana tidak banyak negara yang memiliki kepakaran dan teknologi UAV.

Lebih menarik lagi ialah pengumuman penubuhan pusat kawalan UAV Singapura dilakukan dua minggu selepas Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan Datuk Seri Najib Tun Razak menyaksikan demonstrasi penerbangan sulung UAV tempatan di Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka pada 15 Mei 2007.

Jika Malaysia dikatakan baru mula mahu berjinak dengan pembangunan UAV, Singapura dikatakan telah melaksanakan strategi pembangunan UAV semenjak tahun 1970-an lagi melalui agensi penyelidikan seperti Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTA) dan Organisasi Sains Pertahanan (DSO).

Penyelidikan dan pembangunan UAV Singapura dikatakan menarik kerana strategi yang diatur begitu tertib sekali bermula dengan pembangunan kapal terbang kawalan jauh (RPV) pada awal tahun 1970-an. Pada pertengahan 1980-an RSAF mula menggunakan UAV jenis Scout sehinggalah ia digantikan dengan UAV lebih canggih Searcher pada awal 1990-an. Begitu ke hadapannya penyelidikan UAV Singapura, diberitakan Searcher pula akan digantikan dengan UAV yang lebih canggih Hermes-450.

SAF banyak menggunakan UAV kerana ia merupakan tunjang utama transformasi 3G (Generasi Ketiga) angkatan tentera mereka. RSAF 3G umpamanya menekankan keupayaan pertahanan udara paling canggih dan sudah semestinya UAV bakal memainkan peranan utama.

Eksesais Wallaby 2006 iaitu latihan ketenteraan SAF terbesar yang telah diadakan di Shoalwater Bay Training Area, Australia menyaksikan penggunaan UAV secara meluas bersama-sama dengan jet pejuang F16 dan helikopter penggempur Apache. Latihan yang melibatkan hampir 4,000 anggota tentera SAF antara lain menguji kemampuan UAV Searcher beroperasi dalam teater peperangan seperti yang terdapat dalam Eksesais Wallaby.

Strategi

Sememangnya begitu menarik melihat perjalanan perkembangan strategi pertahanan SAF kerana banyak perkara yang boleh dipelajari daripada apa yang telah diamalkan oleh Singapura, sama ada secara tersurat atau tersirat.

Kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh penggubal dasar pertahanan Singapura dalam melaksanakan sesuatu strategi pertahanan sepatutnya menjadi teladan kepada semua pihak. Peranan dan sumbangan yang telah dimainkan oleh DSO dan DSTA dalam meningkatkan penyelidikan sains pertahanan Singapura mempamerkan satu strategi yang mantap.

Apabila SAF menyatakan hasrat untuk menubuhkan skuadron helikopter penggempur sedekad yang lepas, ramai penganalisis mengetepikan hajat tersebut sebagai impian semata-mata yang tidak mungkin dapat dicapai. Tetapi hari ini RSAF telah pun mempunyai satu skuadron helikopter penggempur paling hebat iaitu Apache Longbow.

Begitu juga apabila SAF mula berjinak-jinak dengan pembangunan UAV hampir 40 tahun lepas, ramai yang tidak ambil kisah kerana pada ketika itu peranan UAV masih samar-samar lagi. Tetapi hari ini mereka mempunyai UAV Hermes-450 yang sama hebat dengan UAV kepunyaan AS seperti Predator dan Global Hawk.

Pembangunan pusat kawalan UAV RSAF menjadi lebih menarik kerana terdapat desas-desus yang menyatakan AS akan mendirikan sebuah pangkalan UAV di salah sebuah negara di Asia Tenggara.

Berita terkini mengenai penubuhan pusat kawalan UAV RSAF nampak gayanya mengesahkan bahawa calon sebenar pangkalan tersebut bukannya Malaysia atau Indonesia.

* AZMI HASSAN ialah Pengarah Pusat Dasar Teknologi & Kajian Antara- bangsa (Centepis), Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0712&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm

7/12/07

Hj Md Sabu & Anuar Tahir 15 Jul Seremban

CERAMAH UMUM – Semua Dijemput Hadir
Tn Hj Mohamad Sabu – Naib Presiden PAS
Sdr Hanipa Maidin – AJK PAS Pusat
Sdr Anuar Tahir – AJK PAS Pusat
Sdr Zulkefly Mohamed Omar – Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

AHAD 15 Julai 2007 Jam 9 malam
Di Markas PAS Cawangan Ampangan, Kg Gedung Lalang Lama, Seremban (Sebelah Surau Hitam)

7/10/07

Liqa Fikri 13 Julai Seremban Selatan

Assalamualaikum,

Makluman Program Liqa’ Fiqri
Jumaat 13 Julai 2007
Jam 9 Malam
Di PASTI Al Mustaqim, Taman Seremban Selatan
Bersama Ustaz Khairul Anuar Wafa – Naib Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS N.Sembilan

Semua Dijemput Hadir

Anjuran : Muslimat DUN Paroi

7/9/07

MERDEKA ! Lagi kes peniaga Melayu disisih diKLCC

Selamatkan peniaga Melayu. Utusan Malaysia 9 Julai 2007 - Pada 19 April 2007 lalu, Utusan Malaysia menyiarkan berita mengenai peniaga bumiputera premis Levi’s/Dockers yang berniaga sejak sembilan tahun lalu diberi notis keluar oleh pengurusan Suria KLCC tanpa sebab.

Syarikat tersebut mencatat jualan RM5 juta setahun dan membayar sewa kira-kira RM500,000 setahun.

Beberapa pihak seperti Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor dan Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) telah melahirkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan pengurusan Suria KLCC.

Hanya dengan campur tangan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, barulah pengurusan Suria KLCC menarik balik tindakan asalnya.

Inilah hakikat keadaan yang dihadapi ramai pengusaha bumiputera di Suria KLCC. Daripada 325 premis perniagaan di Suria KLCC, sekitar 10 peratus melibatkan usahawan bumiputera.

Kadar penutupan premis perniagaan bumiputera adalah sekitar dua, tiga unit setiap tahun, sama ada kerana diberi notis keluar atau dibebani kenaikan sewa yang melampau.

Pengusaha bumiputera minta agar pihak berwajib mengambil tindakan munasabah untuk membela kepentingan mereka yang berniaga di situ.

Saya sendiri menjalankan perniagaan Restoran Kelantan Delights di Aras 4, Suria KLCC sejak 1997. Tempoh perniagaan saya di Suria KLCC akan ditamatkan pada Ogos 2007.

Pihak pengurusan Suria KLCC ada menawarkan perjanjian sewa yang baru tetapi telah menetapkan beberapa syarat baru, selain yang sedia ada. Antaranya ialah:

“Menaikkan sewa hampir 50 peratus lagi iaitu dari RM360,000 setahun kepada RM520,000 setahun. (Padahal, kadar sewa telah naik 100 peratus dalam tempoh enam tahun. Pada 2001, sewa adalah RM180,000 setahun dan sekarang RM360,000 setahun).

“Kos mengubah suai keseluruhan premis pula ditanggung sepenuhnya oleh penyewa (yang saya anggarkan antara RM600,000 hingga RM700,000).

Tindakan pengurusan Suria KLCC ini bagaikan usaha untuk ‘menghalau’ perniagaan saya keluar dari kompleks tersebut.

Padahal sepanjang menjalankan perniagaan di sini, saya tidak mempunyai masalah membayar sewa, gaji atau stok. Saya sudah melabur modal yang besar untuk berniaga di Suria KLCC.

Walaupun menghadapi pelbagai cabaran termasuk kegawatan ekonomi (1998-2001), SARS dan selesema burung (2002-2004) serta persaingan dari restoran-restoran lain, saya masih mampu menjalankan perniagaan yang menguntungkan.

Perniagaan saya mempunyai track record yang baik. Restoran Kelantan Delights mendapat sambutan baik daripada pelanggan tempatan serta luar negara dan antara yang paling sesak setiap bulan Ramadan.

Antara milestones restoran ini adalah menerima jemputan pengurusan Harrods London untuk mengadakan pameran makanan di Harrods London selama seminggu pada 1998 dan dipilih sebagai ‘Best Halal Malay Restaurant’ bagi tahun 2005-2006 oleh Halal Journal.

Restoran Kelantan Delights juga mendapat liputan dalam media massa tempatan dan asing termasuk Australia, Jepun, Rusia dan Arab Saudi. Terbaru, restoran ini dipilih untuk program pembangunan francais di bawah Perbadanan Nasional Berhad (PNB).

Untuk berniaga di lokasi berprestij seperti Suria KLCC memerlukan keberanian. Namun sewa yang terlampau tinggi atau syarat yang menyesakkan boleh membunuh sesuatu perniagaan.

Sebagai peniaga, saya memahami jika sewa perlu dinaikkan tetapi peningkatan sewa yang begitu mendadak dan tidak munasabah amat membebankan.

Pada waktu ini pun, saya beroperasi sebagai restoran Melayu terakhir di Suria KLCC. Kita bangga dengan ketinggian bangunan ini, tetapi berapa orang yang sedar bahawa dalam bangunan ini hanya tinggal satu sahaja restoran Melayu dalamnya.

Bayangkan, dalam negara kita meraikan 50 tahun kemerdekaan tahun ini, hanya ada sebuah restoran Melayu di bangunan ikon kebanggaan negara dan rakyat Malaysia. Ini satu senario yang memalukan.

Satu-satunya restoran Melayu di Suria KLCC, selain Kelantan Delights iaitu Restoran Senja telah ditutup kira-kira dua tahun lalu.

Justeru, kerajaan sebagai payung perniagaan Melayu dan menjaga hak kepentingan bumiputera perlu memantau keadaan yang dihadapi peniaga bumiputera di Suria KLCC.

Berilah peluang untuk kami terus berniaga di Suria KLCC dengan kadar sewa yang munasabah. Janganlah semangat, perniagaan dan pelaburan kami dimusnahkan dengan sewa yang terlalu tinggi.

Kami tidak mohon bantuan kewangan atau wang ringgit, cuma mohon peluang dan meminta agar kebajikan kami dibela.

Matlamat saya berniaga di Suria KLCC ialah untuk membangunkan jenama restoran Melayu yang kukuh dan berpotensi untuk dibuka di luar negara dan difrancaiskan.

Saya ingin menyahut cabaran pemimpin negara dan tuntutan semasa untuk membuktikan saya boleh berjaya.

Hasrat dan matlamat kami berjihad dalam bidang ekonomi hanya akan berhasil andainya diberi ruang untuk bernafas dan berpeluang untuk sama-sama menyumbang kepada kemajuan ekonomi dan pembangunan negara.

– JUHAIDI ABDULLAH,

Kelantan Delights Sdn. Bhd.

Kuala Lumpur.
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0709&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm

7/6/07

Pelatih PLKN banyak melakukan vandalisme

Pelatih PLKN siri ketiga paling bermasalah
Utusan Malaysia 6 Julai 2007. KUALA LUMPUR 5 Julai – Persatuan Pengusaha Kem (PPK) Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) menyifatkan para pelatih PLKN siri ketiga paling bermasalah dari segi disiplin dan banyak melakukan vandalisme dalam kem latihan.

Pemangku Presidennya, Datuk Mohd. Noh Rajab berkata, banyak peralatan dan kemudahan kem PLKN rosak setiap kali pelatih terbabit menjalani latihan.

“Banyak katil, pintu dan almari pecah akibat perbuatan vandalisme malah paip air juga dicabut oleh para pelatih tanpa sebarang tujuan.

“Hal ini amat menyedihkan dan pihak kami mendapati masalah tersebut paling banyak berlaku pada latihan siri ketiga berbanding siri yang lain,” katanya.

Serius

Mohd. Noh berkata demikian ketika berucap pada mesyuarat agung tahunan PPKN kali kedua di Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Bukit Kiara di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Abdul Hadi Awang Kecil. Lebih 40 ahli PPK PLKN hadir pada mesyuarat tersebut.

Mohd. Noh memberitahu, gejala vandalisme itu perlu dipandang serius kerana pengusaha-pengusaha kem PLKN seluruh negara merungut kepada persatuan selepas mengalami kerugian dan terpaksa menggantikan peralatan serta kemudahan kem yang baru.

Katanya, pihak persatuan mendapati kebanyakan pelatih PLKN siri ketiga terdiri daripada golongan pekerja, tidak bersekolah dan ada antaranya tercicir dalam pelajaran.

Selain itu, jelas beliau, latar belakang keluarga dan pengaruh rakan sebaya juga antara punca para pelatih menimbulkan masalah dan melakukan kesalahan vandalisme.

Dalam pada itu, Abdul Hadi memberitahu, setiap kerugian yang dialami pengusaha kem PLKN boleh dituntut daripada JLKN.

Menurutnya, JLKN akan mentaksir nilai kerosakan peralatan dan kemudahan serta memberi sejumlah peruntukan bagi membaik pulih kerosakan tersebut.

Bernilai

“Kerosakan peralatan dan kemudahan di setiap kem berbeza-beza antara satu sama lain dan ada antaranya bernilai ribuan ringgit,” ujarnya.

Sementara itu, Mohd. Noh menambah, para pengusaha kem PLKN juga mendakwa mereka dibebani hutang dan mengalami kerugian sepanjang mengusahakan kem itu yang diperkenalkan sejak 2004.

Menurut beliau, pihaknya terpaksa berhutang dan mempunyai pinjaman tertunggak dengan bank-bank tempatan semata-mata bagi menyediakan dan menyelenggarakan peralatan serta kemudahan di setiap kem latihan itu.

‘‘Kami perlu menyiapkan peralatan dan kemudahan kem hanya dalam tempoh tiga bulan untuk para pelatih.

‘‘Kos perbelanjaan bagi membina setiap kem melebihi jumlah pinjaman yang diperuntukkan iaitu antara RM3 juta dan RM5 juta bagi setiap kem latihan,’’ katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0706&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm

7/5/07

Fasilitator UM halang pelajar solat Zuhur

Bapa kesal Minggu Suai Kenal UM keterlaluan
Utusan Malaysia 5 Julai 2007 - SEBAGAI seorang bapa, saya bersyukur dan berbangga apabila anak sulung dalam keluarga saya ditawarkan ke Universiti Malaya (UM) baru-baru ini.

Sehari sebelum pergi ke Kuala Lumpur, saya telah membuat sedikit majlis doa kesyukuran bagi mendoakan semoga anak saya menjadi anak yang berguna dan berjaya di sepanjang pengajiannya di situ.

Dua hari selepas anak saya menjejakkan ke UM, saya telah mendapat khidmat pesanan ringkas daripada anak saya. Dia menceritakan kepada saya berkenaan aktiviti minggu suai kenal di universiti tersebut yang boleh dianggap keterlaluan.

Tidak pernah terlintas di fikiran saya bahawa universiti paling tua itu mendidik anak-anak buahnya dengan aktiviti yang boleh dianggap biadab terhadap budaya negara kita.

Menurut anak saya lagi, mereka diarahkan menari yang dinamakan cheer yang melampau. Cuba kita bayangkan mereka dikerah membuat cheer sehingga lewat pukul 3 pagi. Bercampur lelaki dan perempuan seperti dalam konsert.

Selain itu terdapat juga senior yang menjadi fasilitator tetapi tidak menitikberatkan soal ibadah solat. Anak saya sendiri tidak dapat menunaikan solat Zuhur kerana dihalang oleh seorang fasilitator.

Sebagai pelajar baru, anak saya tidak berani untuk berdepan kerana perwatakan senior tersebut garang dan tidak mesra pelajar.

Cuba bayangkan bagaimana perasaan saya sebagai seorang ayah. Anak yang saya didik selama ini dengan ilmu agama diperlakukan sedemikian rupa oleh fasilitator universiti terkemuka itu. Saya yakin dan percaya, kejatuhan ranking UM pada tahun lalu adalah disebabkan minda mahasiswanya yang dicemari dengan budaya hiburan.

Saya berharap pihak yang terlibat perlulah mengambil perhatian kerana perkara ini melibatkan imej universiti sebagai sebuah pusat akademik yang telah dicemari dengan aktiviti hiburan.

Jika perkara ini diteruskan, maka harapan Perdana Menteri untuk menjadikan mahasiswa negara kita mempunyai minda kelas pertama akan terbantut.

Semoga pihak yang terlibat perlulah mengambil berat perkara tersebut bagi mengelakkan mahasiswa UM terikut-ikut dengan budaya Barat dalam kehidupan seharian mereka.

– BAPA MITHALI,
Changloon,
Kedah.
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0705&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm

7/3/07

JOM Bantah bina lebuh raya Paroi, Seremban

Harian Metro 3 Julai 2007. SEREMBAN: “Tindakan membantah pembinaan lebuh raya di kawasan ini bukan bermakna kami menolak projek kerajaan yang secara keseluruhannya untuk faedah rakyat.

“Tetapi, pembinaan lebuh raya itu memberi banyak masalah dan kesan kepada majoriti penduduk taman ini yang kini dalam proses memajukan taman melalui pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan perpaduan,” kata Pengerusi Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Bukit Marcosa, Paroi, dekat sini, Datuk Mohd Nasir Hamzah.

Penduduk taman berkenaan membantah cadangan pembinaan Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) yang sedang giat dilaksanakan melalui taman itu.

Mohd Nasir, berkata majoriti penduduk taman itu tidak bersetuju pembinaan lebuh raya berkenaan membabitkan kawasan taman berkenaan.

Katanya, pembinaan lebuh raya itu kelak bukan saja boleh menjadikan taman itu berpecah kepada dua kerana laluannya membabitkan kawasan tengah taman, malah menimbulkan pelbagai masalah lain termasuk surau yang terletak di penghujung taman berkenaan akan terpisah daripada komuniti itu.

“Kami mendapat tahu projek pembinaan lebuh raya berkenaan akan melalui taman ini yang membabitkan sebahagian besar penduduk selain mengakibatkan pengambilan tanah.

“Kami sudah berbincang dengan semua penduduk dan majoriti mereka tidak bersetuju jika pihak berkuasa meneruskan cadangan bagi membina lebuh raya itu melalui taman ini,” katanya.

Beliau ditemui Harian Metro selepas Majlis Penutupan Sambutan Hari Keluarga 2007 dan Pelancaran Satu Keluarga Satu Peronda, di padang awam taman itu, petang kelmarin.

Majlis itu disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng, Datuk Ishak Ismail. Hadir sama, Penolong Pegawai Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (Japnin) daerah, See Fok Wah.

Pembinaan lebuh raya bernilai RM900 juta itu dikendalikan anak syarikat IJM Corporation Bhd dan sehingga kini difahamkan pembinaannya berjalan lancar dengan hampir RM100 juta sudah dibelanjakan dengan kira-kira 13 peratus kerja sudah disiapkan.

Lebuhraya Lekas adalah lebuh raya berkembar tiga lorong dan terbahagi kepada tiga seksyen iaitu seksyen pertama sepanjang 18.2 kilometer (km) dari Kajang ke Pajam; seksyen dua dari Pajam ke Setul sepanjang 14.5 km dan seksyen ketiga dari Setul ke Paroi sepanjang 11.6 kilometer.

Mohd Nasir berkata, pihaknya amat berharap kerajaan dapat memberi perhatian mengalihkan laluan asal itu kepada laluan baru yang tidak membabitkan taman atau kawasan perumahan yang berhampiran sedia ada.

Sementara itu, Ishak berkata pihaknya akan berusaha untuk memanjangkan masalah itu kepada pihak kementerian berkenaan bagi memastikan cadangan asal itu tidak dilaksanakan.

Beliau berkata, jawatankuasa persatuan penduduk taman itu sudah diarahkan mendapatkan tandatangan semua penduduk sebagai tanda bantahan terhadap cadangan pembinaan itu.

“Saya akan menelitinya secara terperinci sebelum menyuarakan pandangan penduduk kepada pihak berwajib atau kementerian yang berkaitan, agar masalah berkenaan tidak timbul lagi pada masa depan dan perkara itu dapat diselesaikan dengan adil,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Tuesday/Setempat/20070703102623/Article/indexm_html

Ceramah Hj Abd Hadi Awang 9 Julai Jelebu

CERAMAH PERDANA
Penceramah :
YB Tuan Guru Dato’ Seri Hj Abd Hadi Awang – Presiden PAS
Tn Hj Mohd Sabu – Naib Presiden PAS
Sdr Hanipa Maidin – AJK PAS Pusat
Tarikh : ISNIN 9 Julai 2007
Jam : 9 Malam
Di Kg Chenor, Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan (Rumah Hj Jamlus)
Maklumat lanjut hubungi Saiful 019-6174178

7/1/07

Pendedahan Ezam Md Nor 7 Julai Seremban

Bersama Ezam Md Nor dalam Siri Ceramah
“Menghapuskan Rasuah dan Korupsi di Malaysia – Barah Nombor Satu Negara”
Hari : SABTU 7 Julai 2007
Masa : 9 Malam
Tempat : PASTI Al Wildan, Taman Setia Jaya, Ampangan, Seremban (sebelah Masjid Jamek Ampangan, Jalan Seremban-Jelebu)
Penceramah :
Sdr Ezam Md Nor – Pengerusi GERAK (Gerakan Anti Rasuah dan Korupsi Malaysia http://gerakmalaysia.org )
Ustaz Zulkifli Ismail – Ketua Dewan Ulamak PAS Melaka
SEMUA DIJEMPUT HADIR