BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT

BONGEK BERSELAWAT

8/31/07

“Road Show” Ceramah Di Ambang Ramadhan Sep N.Sembilan

CERAMAH PEMUDA MALAYSIA ZON TENGAH NS
AHAD 2 September 2007 Jam 9 malam
Di Pejabat PAS Ampangan (Sebelah Surau Hitam), Seremban, NS
Penceramah :
Sdr Suhaizan Kaiat – Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat
Cikgu Badrul Hisham – Ahli MT PKR
Ust Norazli Musa – Exco Pemuda PAS Pusat
Ust Zulkarnain – Exco Pemuda PAS Pusat
SEMUA DIJEMPUT HADIR
Selamatkan Malaysia – Rasuah Musuh Nombor 1 Negara – Belia NS Benci Rasuah

CERAMAH PEMUDA MALAYSIA ZON SELATAN NS
AHAD 2 September 2007 Jam 9 malam
Di Pusat Khidmat Masyarakat, Felda Bukit Jalor, Tampin, NS
Penceramah :
Sdr Mazlan Aliman – AJK PAS Pusat
YB Atiqullah
SEMUA DIJEMPUT HADIR
Selamatkan Malaysia – Rasuah Musuh Nombor 1 Negara – Belia NS Benci Rasuah

Ceramah Anak Tok Guru 7 Sep Seremban
Ceramah Sambutan Ketibaan Ramadhan Al Mubarak
Oleh : Al Fadhil Ustaz Nik Mohd Abduh Dato’ Nik Abdul Aziz
Jumaat 7 September 2007 – Jam 9 malam
Di Baitul Al Hasan (Sebelah Surau Hitam), Ampangan, Seremban
Semua Dijemput Hadir - Ramadhan, Kedatangan Mu Diidam-idamkan
Maklumat lanjut hubungi 0123660646

Bersama Dato Ishak Baharom 9 Sep Jempol
Ceramah Di Ambang Ramadhan
Penceramah : Yg Bhg Dato Hj Ishak Baharom (Bekas Mufti Negeri Selangor) dan Ustaz Idris Ahmad
Ahad 9 September 2007 – Jam 9 malam
Di Muassassah Darul Syarif, Jln Batu Kikir-Bahau, Jempol, N.Sembilan
Semua Dijemput Hadir – Ramadhan, Kedatangan Mu Dinanti-nantikan

Temui Us Abd Ghani Di Rembau 10 Sep
Ceramah Menjelang Ramadhan
Penceramah : Yg Bhg Ustaz Abdul Ghani Abd Rahman
Isnin 10 September 2007 – Jam 9 malam
Di Markas PAS Rembau, Rembau, N.Sembilan
Semua Dijemput Hadir


Motivasi bersama Dr Hassan Ali 10 Sep Seremban
Ceramah Motivasi Ramadhan
Penceramah : Yg Bhg Dato Dr Hassan Ali
Isnin 10 September 2007 – Jam 9 malam
Di Pasti Taman Tuanku Jaafar, Sg Gadut, Seremban
Semua Dijemput Hadir

8/30/07

Kuliah Dr Ariff Kosmo 7 Sep Senawang

Assalamualaikum wrt wbt ,
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir ke program berikut :
Kuliah Bulanan
Penceramah : Dr Mohd Ariff Kosmo, Pensyarah UKM
Tajuk : Pembangunan Insan Menurut al-Quran
Tempat : TASKI Alamanda (sebelah Surau Taman Alamanda, Senawang, NS)
Tarikh : 7 September 2007 – Jumaat
Masa : 9 malam
Anjuran : ABIM NS

Yakjuj, Makjuj dikurung dalam tembok ghaib

Manusia terpenjara antara dua gunung ribuan tahun lalu muncul apabila dunia hampir kiamat
Oleh Nasron Sira Rahim

Fakta Yakjuj dan Makjuj
· Ketika kemunculannya, mereka dikatakan akan menuju ke sebuah tasik di Palestin dan akan minum air tasik itu hingga kering
· Memiliki zuriat yang ramai dan dikatakan tidak akan mati sehingga melahirkan 1,000 zuriat.
· Tiada siapa mampu menewaskan mereka dan hanya binasa dengan kekuasaan Allah
· Muncul selepas turunnya Nabi Isa AS dan dajal
· Dalam sebuah hadis, Rasulullah menyatakan kebimbangannya apabila pada zaman baginda, Yakjuj dan Makjuj dikatakan sudah berjaya menebuk benteng Zulkarnain menjadi sebesar bulatan ibu jari dan jari telunjuk

Disebalik pembinaan kota besar hasil kemajuan pembangunan dan kemodenan yang melanda hampir seluruh pelosok dunia hari ini, masih ada kawasan rahsia di muka bumi ini yang menyimpan ribuan makhluk misteri. Hingga kini, penerokaan demi penerokaan di seluruh kawasan bumi masih belum menemui wilayah asing itu sekali gus menyebabkan kemujudan makhluk terbabit tidak akan dikenal pasti pengkaji atau manusia umumnya.

Bagaimanapun, kemujudan makhluk itu adalah sahih dan suatu harti nanti, mereka akan muncul juga di hadapan manusia. Akan tetapi, ketika makhluk itu muncul, sudah terlambat untuk manusia berbuat apa apa. Tiada lagi kajian mengenai sejarah mewujudan atau penyelidikan sains dilakukan terhadap makhluk itu seperti penemuan artifak atau spesis baru ketika ini kerana waktu munculnya makhluk dikenali Yakjuj dan Makjuj itu, dunia sudah terlalu hampir dengan kiamat!

Sejak dikurung ribuan tahun lalu, kemujudan dan lokasi ‘pusat tahanan’ Yakjuj dan Makjuj masih menjadi misteri kepada manusia. Bagaimanapun, kemujudan dua makhluk itu adalah pasti lantaran ia dinyatakan dalam al-Quran serta tergolong dalam perkara ghaib yang wajib diimani manusia menerusi tanda besar berlakunya kiamat.

Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (API-UM), Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman, berkata Yakjuj dan Makjuj bukanlah berupa haiwan atau spesis lain sebaliknya ia adalah manusia yang berasal daripada keturunan Nabi Adam AS. Katanya, mengikut hadis, bangsa Yakjuj dan Makjuj berasal daripada keturunan anak lelaki Nabi Nuh AS iaitu Yafis yang berkembang melewati masa hinggalah Zulkarnain membina tembok bagi menghalang mereka keluar daripada lokasi mereka.

“Ulama juga cenderung mengatakan Yakjuj dan Makjuj berasal dan dikurung di benua Asia Tengah berdasarkan tafsiran ayat ke 90 dari surah al-Khafi yang menyebutkan Zulkarnain sampai ‘ditempat terbit matahari’ iaitu timur dunia”
Dr. Fauzi Deraman, Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

“Cerita mengenai sejarah Yakjuj dan Makjuj tertera dalam al-Quran menerusi surah al-Kahfi, ayat ke 92 hingga 98 manakala kebangkitan dinyatakan dalam surah an-Anbiyaa’, ayat ke96 dan 97,” katanya.

Allah berfirman menerusi ayat surah al-Kahfi itu:
“Kemudian dia (Zulkarnain) menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua dua gunung itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan.

“Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?’

“Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (Manusia dan peralatan), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka. Berilah aku potongan potongan besi’.

“Hingga apabila besi itu sudah sama rata dengan kedua dua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti ) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) akan aku tunangkan ke atas besi panas itu.

“Maka mereka tidak dapat mendakinya dan mereka tidak dapat melubanginya. Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat daripada Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku (kiamat), Dia akan menjadikannya hancur luluh dan janji Tuhanku itu adalah benar.’”

Dalam ayat surah an-Anbiyaa’ pula Allah berfirman:
“ Hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj; dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan sudah dekatlah kedatangan janji yang benar (kiamat) maka tiba tiba terbelahlah mata orang kafir. (Mereka berkata): Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim’.”

Dr. Fauzi berkata, selain dua surah al-Quran itu, terdapat banyak hadis kuat yang membicarakan mengenai Yakjuj dan Makjuj tetapi ada juga perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai ciri ciri bangsa itu yang tidak diterangkan nas.

“Hadis riwayat Imam Ahmad pula menerangkan ciri fizikal Yakjuj dan Makjuj yang antara lain bermuka bulat dan kulit kekuningan seperti wajah kebanyakan penduduk Asia tengah. Pendapat lain menambah yang Yakjuj dan Makjuj berkemungkinan berasal daripada bangsa Tartar dan Mongul manakala lokasi tahanan mereka adalah kawasan pergunungan luas Caucasus.

Beliau berkata, kebanyakan ulama menyatakan yang bangsa itu terus wujud sehingga kini tetapi dipisahkan daripada dunia manusia oleh Allah SWT menerusi tembuk dibina Zulkarnain itu. Katanya, tugas bangsa itu setiap hari sejak ribuan tahun lalu adalah mengorek tembok itu untuk tembus ke dunia manusia tetapi Allah masih menghalang mereka dengan kembali meneguhkan benteng berkenaan sehinggalah hampir hari kiamat.

“Allah akan mengizinkan tembok itu runtuh dan Yakjuj dan Makjuj bebas ke dunia manusia apabila hampirnya kiamat dan peristiwa itu menjadi satu daripada 10 tanda besar kiamat,” katanya.

Yakjuj dan Makjuj juga muncul selepas kematian Dajal yang dibunuh Nabi Isa AS dan bangsa itu akan mendatangkan kerosakan besar di muka bumi. Kekuatan mereka dikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga tiada siapa yang mampu menewaskan kumpulan itu.

“Nabi Isa AS memerintahkan manusia yang masih beriman berlindung di pergunungan bagi mengelak menjadi mangsa Yakjuj dan Makjuj, baginda kemudian berdoa kepada Allah SWT dan Allah membinasakan mereka dengan mengutuskan seekor burung besar untuk mengangkut dan membersihkan mayat itu daripada bumi,” katanya.

Menyoroti dalil kewujudan Yakjuj dan Makjuj, manusia seharusnya yakin mempertahankan akidah Islam dan tidak bertangguh memohon keampunan dan keredaan Allah kerana mereka yang masih lalai adalah golongan yang diterangkan dalam surah an-Anbiyaa’ di atas seperti firmanNya: “(Mereka berkata): ‘Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim’.”

Berita Minggu 14 januari 2007
Penulis: Nasron Sira Rahim
Terbitan asal: Berita Minggu 14 Januari 2007
url artikel: http://grenbara.bravejournal.com/entry/21068

8/28/07

Khidmat Kesihatan Percuma di PD 1 Sep

Di jemput semua untuk bersama hadir ke Khemah Pusat Aktiviti Sosial yang di buka di Padang Merdeka, pekan Port Dickson (berhampiran jalan keretapi) untuk menjalani khidmat kesihatan percuma.

Khidmat Kesihatan Percuma
Tarikh: 1 Sept 2007 SABTU
Masa: 9.00 pagi - 2.00 petang
Tempat: Padang Merdeka, pekan Port Dickson, Negeri Sembilan
Tetamu : Dr Lolo' Hj Ibrahim dan beberapa pakar perubatan

Pelancaran Pusat Aktiviti Sosial, Telok Kemang
Tarikh: 1 Sept 2007 SABTU
Masa: 9.00 malam
Tempat: Pasti At Taqwa, Bt 8 Teluk Kemang, Port Dickson
Tetamu: Dr Lolo Hj Ibrahim & Tuan Hj Azmi (TERAS)

Sambutan Kemerdekaan Masjid Jelebu 29-30 Ogos

Assalamualaikum wr wb...

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir ke Majlis Sambutan Isra' Mi'raj dan Kemerdekaan ke 50 Masjid Jamek Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan

Tarikh : 29 Ogos 2007 /16 Sya'ban 1428H – RABU
Masa : 7.50 mlm(selepas Solat Maghrib)
Penceramah : Ustaz Razis(Pegawai Syariah Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM)

Majlis Bacaan Yasin & Tahlil Khas Kemerdekaan dan Solat Hajat untuk calon-calon peperiksaan UPSR.PMR,SPM & STPM Masjid Jamek Kuala Klawang

Tarikh : 30 Ogos 2007 / 17 Sya'ban 1428H - KHAMIS
Masa : selepas solat Maghrib
Tentatif Program :
7.30 malam - Solat Maghrib
7.50 malam - Bacaan Yasin & Tahlil
8.30 malam - Solat Isya'
8.45 malam - Solat Hajat

Untuk sebarang pertanyaa, sila hubungi Ustaz Mohd Azmi Ismail (Pegawai Hal Ehwal Islam - Imam Masjid Daerah) di talian 013-3031703 / 017-3793731.

Sekian. Wassalam.

Sambutan Kemerdekaan Madrasah Rembau 30 Ogos

Assalamualaikum wrt wbt ,

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir ke Majlis Sambutan Kemerdekaan ke 50 peringkat daerah Rembau pada

Tarikh : 30 Ogos 2007 – KHAMIS
Bermula jam 7 malam , solat Maghrib berjemaah
Tempat : Madrasah Tuan Guru Haji Abdul Rahman, Kg Selemak, Jalan Kg Batu – Inas, Rembau, Negeri Sembilan

Tentatif aturcara :
7 mlm – Berkampung
7:30 mlm – Solat Maghrib
8 mlm – Ceramah Kemerdekaan oleh Yg Bhg Ustaz Khairul Azhar bin Kamaruddin
9 mlm – Solat Isya/Jamuan
Muzakarah
Soal Jawab Agama
Qiamullail
Solat Tasbih
Solat Tahajjud
6 pagi – Solat subuh (Jumaat 31 Ogos 2007)
7 pagi – Kuliah Subuh oleh Al Fadhil Ustaz Ramli bin Abu Bakar Al Hafiz

Untuk maklumat lanjut hubungi Us Mohd Nazeri Yusof 019-3457690. Mohon bantuan sahabat semua untuk menghebahkan dan mempromosi program ini.

Anjuran : Jawatankuasa Madrasah Tuan Guru Haji Abdul Rahman

*************************************
Madrasah Tuan Guru Haji Abdul Rahman Haji Ali ini telah didirikan pada tahun 2003 oleh Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman untuk pengajian Islam penduduk setempat. Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman telah meninggal dunia pada tahun 2006. Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman telah dilahirkan pada tahun 1917 serta memulakan pengajian di Pondok Rasah dan kemudian menyambung pengajian di Mekah pada tahun 1938 hingga tahun 1942. Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman berkhidmat sebagai Imam di Masjid Jamek Tampin serta Guru Takmir sekitar tahun 1980an dan 1990an.

Madrasah Tuan Guru Haji Abdul Rahman ini terletak di Kg Selemak, Jalan Kg Batu – Inas, Rembau, Negeri Sembilan. Ianya terletak di kawasan kaki bukit, di kelilingi suasana kampung yang aman, tenang dan nyaman. Madrasah ini terletak di tepi jalan utama Rembau menuju ke Johol.

Jabatan Agama NS Lancar Ops Merdeka !

Laporkan Maksiat di Tempat Anda ! Hubungi Hotline 24 Jam Pegawai Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan di talian 06-7672756 , 06-7672757
Harian Metro 28 Ogos 2007 - SEREMBAN: Golongan remaja di negeri ini yang cuba mengambil kesempatan menyambut kemerdekaan ke-50 pada 31 Ogos ini dengan aktiviti tidak sihat diberi amaran supaya melupakan hasrat itu kerana Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) akan melakukan operasi cegah maksiat secara besar-besaran.

Ini bagi memastikan tiada pihak yang cuba mencemarkan hari baik itu dengan aktiviti yang tidak sihat atau maksiat.

Jurucakap Bahagian Penguat Kuasa JHEAINS berkata, operasi yang dirahsiakan masa dan lokasi itu akan membabitkan seramai 40 kakitangan penguat kuasa agama.

Menurutnya, mereka akan dibahagikan kepada enam kumpulan dan bergerak ke destinasi yang sudah ditetapkan terutama di kawasan tumpuan yang kerap berlaku aktiviti tidak sihat sama ada membabitkan warga tempatan ataupun dari luar negeri ini.

"Operasi khas ini bertujuan memastikan negeri ini tidak dijadikan tempat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan melakukan kegiatan maksiat seperti berkhalwat dan cubaan melakukan persetubuhan haram.

"Kita sudah menyediakan anggota terlatih untuk membanteras kegiatan maksiat kerana sejak kebelakangan ini aktiviti itu masih berleluasa termasuk membabitkan kalangan remaja," katanya di sini, semalam.

Menurutnya, pihaknya tidak mahu ada pihak yang cuba bertindak mencemarkan suasana meriah sambutan jubli emas kemerdekaan negara dengan aktiviti bertentangan dengan agama serta mencemarkan nama baik negeri.

Jurucakap itu berkata, kemungkinan antara lokasi tumpuan dalam operasi itu ialah pantai Port Dickson, Nilai, Senawang dan di beberapa kawasan taman rekreasi serta perumahan.

"Berdasarkan rekod sebelum ini, kawasan terbabit kerap berlaku kegiatan tidak sihat membabitkan pasangan lelaki dan perempuan yang bukan muhrim.

"Malah berpandukan rekod operasi mencegah maksiat yang dijalankan mendapati golongan remaja tidak ketinggalan terbabit dalam aktiviti itu," katanya.

Beliau berharap kerjasama orang ramai supaya melaporkan kepada JHEAINS jika terdapat sebarang aktiviti maksiat berlaku di kawasan mereka

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/38919/Article/index_html

8/27/07

Piala Monsun tak banyak beri faedah – Utusan Msia

Utusan Malaysia 23 Ogos 2007 - KUALA TERENGGANU 22 Ogos – Amalan rasuah dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan aduan paling banyak diterima oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Mengenai Integriti terutama yang melibatkan anggota bawahan dari cawangan trafik.

Pengerusi jawatankuasa berkenaan, Datuk Dr. Wan Hashim Wan Teh berkata, aduan mengenai integriti pasukan PDRM itu dikemukakan kepada pihaknya semasa sesi pendengaran awam di 11 negeri pada tahun ini.
………………..

Dalam pada itu katanya, rasa tidak puas hati rakyat Terengganu terhadap penganjuran sukan kapal layar Piala Monsun merupakan antara perkara yang dibangkitkan dalam sesi pendengaran awam hari ini.

Menurut beliau, masyarakat setempat mendakwa penganjuran sukan yang menelan perbelanjaan besar itu tidak banyak memberi faedah kepada rakyat di negeri ini.

“Kita akan minta penganjur dan kerajaan negeri menjelaskan pertikaian rakyat dan kemungkinan penganjuran sukan itu akan dinilai semula jika ia benar-benar didapati tidak membawa sebarang untung kepada rakyat mahupun kerajaan,” jelasnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0823&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm

8/26/07

Temui WadidLJadid & NazreyJohani 29 Ogos Senawang

MALAM KESENIAN ISLAM 2007
Sempena Kemerdekaan Malaysia Ke 50

Saksikan Persembahan Nasyid, Bicara Seni dan Hiburan Keluarga Bersama :
Nazrey Johani (bekas penyanyi utama Kumpulan Raihan)
Wadi L Jadid
Far East
Shoutul Itqan
Akhwan “MAWI”

RABU 29 Ogos 2007 – JAM 9 Malam
Di DATARAN SENAWANG (Berhampiran Pasaraya Giant), Senawang, N.Sembilan

Anjuran : Sektretariat Mahasiswa dan Mahasiswi Timur Tengah (SMATT) dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

Maklumat lanjut hubungi :
Hatta 013-3157400
Uzairi 019-6921232

8/24/07

Melayu dan Cina N.Sembilan dibawah satu payung

Pada 19 Ogos 2007 yang lalu telah berlangsung Konvoi Kemerdekaan di sekitar bandar Seremban yang dianjurkan secara bersama oleh Lajnah Perpaduan Kaum PAS Pusat, Badan Perhubungan PAS N.Sembilan dan Kelab Penyokong PAS Pusat dan N.Sembilan.

Penyertaan pelbagai kaum dalam konvoi ini terutama dari orang Melayu dan orang Cina di Negeri Sembilan ini menunjukkan banyak perkara yang boleh dikongsi bersama untuk membina masyarakat Negeri Sembilan yang maju, adil dan saksama.

Pada akhir sessi konvoi, peserta konvoi telah beramah mesra dengan para peniaga dan pengunjung di Pasar Besar Seremban dan satu sidang akhbar telah diadakan sejurus selpas itu.

Aktiviti ini telah mendapat liputan meluas dalam akhbar berbahasa Cina.









8/23/07

Adat Perpatih rujuk Al Quran sebagai perlembagaan

Berbanggalah orang Negeri Sembilan dengan Adat Perpatih dari Minangkabau kerana Adat Perpatih mengambil Al Quran sebagai Perlembagaan. Cuma peredaran masa menyebabkan kita lupa pada "adat Islamiyah” dan "adat jahiliyah". Kita cuma kaitkan adat Perpatih dengan majlis perkahwinan, cak lem pong, bongai dan sebagainya tetapi lupa dengan kata-kata adat kita yang tinggi iaitu "Adat bersendi Syarak, Syarak bersendi Kitabullah”. Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar yang telah ditunjukkan oleh nenek moyang kita dari Sumatera.

Diedit dari : BUDAYA MINANGKABAU DI ERA GLOBALISASI Oleh Mochtar Naim (Guru Besar Universitas Andalas, Padang)

Sejumlah ciri budaya yang lekat dengan nama Minangkabau adalah: demokratis, terbuka, resiprokal (timbal-balik), egaliter, sentrifugal, kompetitif, kooperatif, dan mengakomodasi konflik. Setelah itu meletakkan "Nan Bana" (yang benar) sebagai raja dan hukum tertinggi. Raja yang sesungguhnya dalam kebudayaan Minangkabau bukanlah orang, melainkan "hukum yang benar" itu -- suatu hukum yang di atasnya tak lain adalah Kitabullah (Alquran). Ini jika dikaitkan dengan perlambang utama kebudayaan Minangkabau yang telah Islami: "Adat bersendi Syarak, Syarak bersendi Kitabullah." Seperti diungkapkan, dalam tatanan masyarakat dan kebudayaan Minangkabau dikatakan:
Kamanakan barajo ka mamak
Mamak barajo ka panghulu
Panghulu barajo ka mufakat
Mufakat barajo ka nan bana
Nan bana badiri sandirinyo.

Pendulumnya bergerak dari satu titik yang absolut ke titik lain yang relatif. Dari segi tinjauan agamanya, adat itupun dibagi dua: yang sesuai dengan Islam menjadi "adat Islamiyah", dan yang tidak sesuai dengan Islam: "adat jahiliyah". Karena adat, setelah traktat Bukit Marapalam di abad lalu, tunduk kepada syarak, maka prinsip adat pun sama dengan prinsip syarak: yang baik diambil, yang buruk di buang -- darimana pun datangnya.

http://www.hamline.edu/apakabar/basisdata/1996/01/13/0022.html

MB NS perlu pastikan Allson Klana suci !

Tahniah diucapkan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan atas kejayaan Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus melalui Menteri Besar, Negeri Sembilan (Pemerbadanan) atau Menteri Besar Incorporated (MBI) telah mengambilalih Allson Klana Resort, Seremban, berkuatkuasa 1 Julai 2007.

Dengan pegangan saham 100% milik MBI sudah semestinyalah MB NS sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Agama Islam perlu memastikan perjalanan Allson Klana Resort adalah suci, bersih dan halal agar dapat dicontohi oleh pengusaha-pengusaha hotel dan resort yang lain.

Ini termasuklah perkhidmatan yang disediakan di Cascades Lobby Lounge dan The Giggles yang menempatkan Lounge, Pub & Café.

Disamping itu sebagai usaha menyokong kerajaan Malaysia untuk menjadikan negara ini sebagai Halal Hub serantau adalah disarankan agar Allson Klana Resort ini didaftar dibawah persijilan Halal JAKIM http://www.halaljakim.gov.my/

Semoga Allson Klana Resort milik Menteri Besar Incorporated menjadi peneraju Resort yang Suci, Bersih dan Halal.

http://www.sukns.gov.my/portal/index.php?option=com_content&task=view&id=198

YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus mengumumkan pada hari ini (3 Julai 2007, Selasa) Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus melalui Menteri Besar, Negeri Sembilan (Pemerbadanan) atau Menteri Besar Incorporated (MBI) telah mengambilalih Allson Klana Resort, Seremban, berkuatkuasa 1 Julai 2007.

http://www.allsonklana.com.my/allsonsban/index.htm
CASCADES Lobby Lounge - Enjoy the beautiful pool and garden view from the Cascades Lounge during pre-dinner cocktails. Soothing live entertainment in the evenings. Capacity: 108 seats

Giggles - The latest hub to emerge in town with a fusion of a Lounge, Pub & Cafe for the young hearted & fun loving. Light up your evenings with robust flavors, capturing music & cheerful ambience. Your hope for a delightful evening cannot be denied.

8/21/07

Program MEKAR PASTI NS 9 Sep

Assalamualaikum wrt wbt

Sukacita dimaklumkan bahawa PASTI Kawasan Seremban akan menganjurkan Program MEKAR. Program ini terbuka kepada semua ibubapa pelajar PASTI seluruh Negeri Sembilan yang dijadualkan pada Ahad 9 September 2007

Brosur dan borang penyertaan akan diedarkan ke seluruh PASTI di Negeri Sembilan melalui Setiausaha PASTI Negeri dan Pengerusi PASTI Kawasan dalam masa yang terdekat ini.

PROGRAM MESRA HARMONI KELUARGA BESTARI (MEKAR)

PENCERAMAH: DR. S. HUSIN
TARIKH: 9 SEPT 2007 / 27 SYA’ABAN 1428 (AHAD)
MASA: 9.00 PAGI – 12.30 T/HARI
TEMPAT: PASTI AS SAADAH, GEDUNG LALANG 162, SEREMBAN.

ANJURAN: PASTI KAWASAN SEREMBAN pastikawasanseremban@yahoo.com

MUQADDIMAH
Keluarga harmoni adalah matlamat sekalian muslimin. Sebuah keluarga harmoni terbina hasil daripada penghayatan ajaran Islam yang sempurna. Kini, ibu bapa menghadapi cabaran dan tugas yang amat getir untuk melahirkan anak-anak yang soleh dan keluarga yang diredhai Allah. Justeru, PASTI Kawasan Seremban mengambil inisiatif enganjurkan satu program yang dikenali sebagai MESRA HARMONI KELUARGA BESTARI atau singkatanya MEKAR sebagai satu usaha untuk memangkin masyarakat dalam membina keluarga bahagia.

OKJEKTIF
• Meningkatkan kemahiran keibubapaan di kalangan peserta.
• Memupuk motivasi di kalangan ibu bapa untuk membina sebuah keluarga yang harmoni.
• Menjalinkan ikatan silaturrahim di antara ibu bapa dengan pihak pengurusan PASTI.

PENYERTAAN / YURAN
• Terbuka kepada semua ibu bapa pelajar PASTI seluruh Negeri Sembilan.
• Yuran penyertaan ialah RM25.00 satu keluarga.

BORANG PENYERTAAN
Saya, ..…………………………………………….bersama pasangan saya, ………………………..dan anak saya, 1) ....………………………………. 2)…………………………………………………...
dari PASTI, ………………………………………..akan hadir ke program MEKAR anjuran PASTI Kawasan Seremban. Bersama ini disertakan yuran penyertaan sebanyak
RM25.00 tunai.

Berikut adalah maklumat lanjut diri kami:-
Alamat : ..………………………………………………………………………………………………..
No Tel : ……………………………………………
Email : …………………………………………….
* Borang dan yuran penyertaan hendaklah diserahkan kepada guru PASTI pada/sebelum 30 Ogos 2007
.
PERTANDINGAN MEWARNA Sempena Program MEKAR
Syarat Penyertaan
1. Peserta mestilah pelajar PASTI
2. Ibu bapa pelajar adalah peserta program MEKAR
3. Setiap peserta dikehendaki membawa alatan mewarna sendiri (Pensil warna sahaja
dibenarkan)
4. Keputusan pengadil adalah muktamad
Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan :-
• Amin : 019-9331815
• Azmi : 013-3393359
• Hairon : 019-2982649

TENTATIF PROGRAM
Pagi
8.45 Pendaftaran Penyertaan
9.15 Ucapan Aluan Pengerusi PASTI Kawasan Seremban
9.30 Ceramah Kemahiran Keibubapaan Oleh : Dr. S. Husin
Pertandingan Mewarna pelajar PASTI (Diadakan serentak dengan ceramah tetapi
di bilik yang berasingan)
11.00 Sesi soal jawab
11.30 Cabutan bertuah & penyampaian hadiah pertandingan mewarna
11.45 Penutup & Jamuan Ringan

Daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah iaitu suci bersih. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.

8/20/07

Temui Ahli Parlimen Palestin di Seremban 24 Ogos ini

Pidato Al Aqsa oleh Al Akh Musyir al Misri (Ahli Parlimen, Gaza, Palestin)
Tarikh : Jumaat 24hb Ogos 2007
Masa : 8:50 malam
Tempat : Masjid Sikamat, Seremban

Sempena peristiwa Israk Mikraj dan Hari Al-Aqsa Sedunia Tahunan yang disytiharkan oleh Majlis Ulamak Islam Sedunia beberapa tahun lalu, ISMA NS akan mengadakan Malam Al-Aqsa Sedunia pada hari Jumaat malam Sabtu, 24 Ogos 2007 bertempat di Masjid Jamek Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan.

Majlis dimeriahkan dengan: - Ceramah multimedia Palestin - Persembahan Nasyid - Ekspo Palestin & Dunia Islam...serta tetamu jemputan.

Kutipan kilat akan diadakan bagi membantu umat Islam Palestin yang sedang menghadapi sekatan ekonomi sejak hampir 2 tahun lalu. Kehadiran, sumbangan dan idea tuan puan sangat-sangat dialu-alukan.

Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan:-
Haji Azhari Talib 019-270 8780 (Pengarah Urusetia)
Omar Kasim 019-669 9630 (Setiausaha ISMA NS)
http://www.ismaweb.net/ISMA/Article363.phtml

HARI AL AQSA SEDUNIA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

Tarikh : Jumaat 24hb Ogos 2007
Masa : 10 pagi - 10 malam
Tempat : Masjid Sikamat, Seremban

Anjuran - Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Negeri Sembilan dengan Kerjasama - Masjid Sikamat & Majlis Agama Islam Negeri Sembilan Darul Khusus

Aturcara :
10 pagi-10 malam - Pameran Palestin dan Jualan Amal
7.25 malam - Solat Magrib
8.00 malam - Ucapan Pengerusi Majlis
8.05 malam - Doa Robitah
8.10 malam - Ucapan Pengarah Program
8.15 malam - Pidato al Aqsa 1 - Dr Zainur Rashid Zainuddin
8.40 malam - Tayangan multimedia
8.50 malam - Pidato Al Aqsa 2 - Al Akh Musyir al Misri (Ahli Parlimen, Gaza Palestin)
9.30 malam - Solat Isya
9.45 malam - Persembahan Nasyid & Jamuan & Pameran

Semua dijemput hadir & mohon disebarkan maklumat program ini

*************************************
Kepungan Israel ke atas Semenanjung Gaza menyebabkan penduduk Palestin di wilayah itu dilanda kebuluran. Gaza memerlukan bantuan kemanusiaan dan merayu masyarakat antarabangsa menamatkan kepungan Israel.

Sempadan Gaza kini dibawah kawalan ketat Israel sejak beberapa minggu yang lalu.
Kebanyakan laluan ke Gaza dari Israel dan Mesir ditutup dan telah mengakibatkan kekurangan bekalan makanan dan perubatan serta kemudahan-kemudahan asas yang lain.

Dalam masa yang sama, Masjid Al Aqsa terus diancam bahaya dengan penggalian terowong yang berterusan oleh yahudi. Jom sama-sama selamatkan Al Aqsa dan Palestin.....

8/19/07

Proton Persona, memang berbaloi, ini faktanya

Dari Blog Rozmal Malakan http://waghih.blogspot.com/2007/08/proton-persona-memang-berbaloi-ini.html

Sebelum ini saya tidak begitu berminat dengan beberapa model Proton, kecuali Satria Neo. Saya selalunya akan membaca “car review” atau kajian yang dilakukan oleh pengkritik kereta yang professional sekiranya ada teman-teman ingin membeli kereta model baru buatan tempatan atau luar negeri. Antara “car review” yang terbaik ialah di http://paultan.org . Paultan akan memberikan gambaran awal model sesebuah kereta berdasarkan fakta berserta dengan alasan logik dan professional. Sekiranya baik dia akan katakan apa yang baik pada sesuatu model, sekiranya tidak dia akan katakan tidak.

Menurut Paultan, Proton Persona ini memang begitu berbaloi. Banyak ciri-ciri keselamatan, keselesaan, reka bentuk telah ditingkatkan berbanding dengan lain-lain model Proton. Yang paling penting ialah harga Proton Persona ini yang begitu menakjubkan. Dari segi ruang dalaman ianya adalah lebih besar dari lain-lain B model. Dari segi ketinggian ruang kepala tempat duduk belakang, ianya adalah lebih tinggi dibanding dengan model Gen 2 sebelum ini, dan tertinggi dibanding dengan lain-lain B model.

Dari segi ruang tempat isi barang di belakang , ianya juga adalah lebih besar dari lain-lain model, dalam dan luar negeri. Walaupun ianya masih menggunakan enjin Campro yang sama dengan Gen 2, beberapa pengubahsuaian telah dilakukan antaranya kedudukan tempat nat menukar minyak hitam dan beberapa perubahan kecil.

Ruang dalaman pula, telah ada tempat meletak barangan yang dipanggil “glove box” yang tidak terdapat pada model Gen 2. Panel sisi pintu juga telah diberi nafas baru. Begitu juga dengan pemegang brek tangan.

Pendek kata model Proton Persona ini banyak kelebihannya. Adakah ianya berbaloi ? Ya memang berbaloi. Mereka yang menanti-nantikan sebuah kereta sedan (saya tak adalah), inilah masanya yang sesuai.

Adakah saya kempen untuk Proton ? Tidak , saya kempen untuk model Proton Persona demi kebaikan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan kenderaan sedan yang berbaloi untuk dibeli atau “value for money”. Jadi kenapa model Proton akhir-akhir ini tidak berbaloi ke ? Itu kena tanya Proton apa puncanya, mungkin mereka telah dapat meningkatkan mutu kualiti vendor mereka. Mungkin vendor mereka perlu memberikan yang terbaik, demi untuk survival mereka dan survival Proton, juga survival negara.

Kalau Proton boleh hasilkan Persona perlukah Proton menjalikan usahasama dengan entiti asing ? Tak perlu, kita dah 50 tahun Merdeka, Proton Persona buktikan anak bangsa kita boleh hasilkan kereta yang amat berbaloi di zaman globalisasi, mengapa perlu kita menjalinkan usahasama dengan entiti asing ? Kita sepatutnya meyakinkan negara luar, terutama negara OIC agar mereka membuka kilang pemasangan kereta Proton , menggunakan modal mereka sendiri.

Adakah saya penyokong atau pembangkang kerajaan ? Tak kiralah penyokong atau pembangkang kerajaan, apa yang baik untuk rakyat dan negara itu , kita katakan baik. Apa yang tidak baik untuk rakyat dan negara itu , kita katakan tidak baik.

Yang ini sampingan saja, pada mereka yang tinggal di sekitar Seremban, sahabat saya ini adalah agen Proton. Kalau nak tahu atau pandu uji Proton Persona boleh hubungi beliau Rizahhuddyn di talian 012-3535698, atau di EON, M&F Maju Auto Sendirian Berhad, 40, Jalan Tun Dr Ismail, 70200 Seremban, NS. Tel 06-7671501 , 06-7639399 , fax 06-7633511 atau pergilah ke mana-mana pengedar seluruh negara.

Semoga Proton kekalkan usaha sebegini, begitu juga dengan vendor, pengedar dan pusat servisnya.

8/17/07

Ceramah Tn Guru Hj Abd Hadi 25 Ogos NS

Semua Dijemput Hadir ke
- Ceramah Perdana -
Penceramah :
Tuan Guru Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang
Dato Mustafa Ali
Dr Dzulkifli Ahmad

Sabtu 25 Ogos 2007 – Jam 9 malam
Di Pusat Khidmat Masyarakat, Taman Dato Taha, Gemencheh, N.Sembilan ( Tepi jalan utama Tampin – Gemencheh, pekan Gemencheh )

8/14/07

Majlis Zikr & Ceramah Mufti NS 17 Ogos Seremban

Assalamualaikum wrt wbt,

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir ke program berikut :

Majlis Zikir dan Ceramah Israk & Mikraj
Tempat : Surau An-Nur, Fasa 2, Bandar Seremban Selatan
Tarikh : 17 Ogos 2007 (Jumaat)
Agenda :
5 ptg – Solat Asr dan Majlis Zikir
7 mlm – Solat maghrib dan Ceramah oleh Sohibus Samahah Dato’ Sheikh Hj Murtadha bin Sheikh Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan

********************************

Ceramah Perdana Israk & Mikraj
Tempat : Surau An-Naim, Fasa 3B, Bandar Seremban Selatan
Tarikh 18 Ogos 2007 (Sabtu)
Agenda : 7 mlm – Solat maghrib dan Ceramah
Penceramah : Al Fadhil Ustaz Khairul Azhar bin Kamaruddin, Pendakwah Sukarela

8/13/07

Ceramah & Solat Hajat Perdana 1 Sep Rembau

“Di Ambang Pilihanraya”
Semua Dijemput Hadir dalam Program Ceramah Umum dan Solat Hajat Perdana

Bersama :
Ustaz Khairul Anuar Wafa, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS N.Sembilan
Pn Maznah Talib, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS N.Sembilan

Sabtu 1 September 2007
Jam 9 Malam
Di PASTI Al Amin, Kg Pulau Mampat, Chengkau, Rembau, NS

Nasyid K’Syed Serban Gegarkan Rembau

Rembau 12 Ogos 2007 - Siri ceramah Penerangan PAS N.Sembilan malam tadi dikejutkan dengan persembahan nasyid oleh Kumpulan Keluarga Syed Serban dari Pemuda PAS DUN Chembong. Kumpulan tersebut terdiri daripada 6 orang adik beradik iaitu Syed Abdullah sebagai ketua kumpulan dan vokalis, Syed Ahmad Syakur pemain kongga dan bonggo, Syed Abdul Jabar pemain kongga, Syed Muhammad Qayyum pemain kompang, Syed Abdul Wahid vokalis dan Syed Ahmad Muiz pemain yenki.

Kumpulan K’Syed Serban ini adalah dibawah pimpinan ayah mereka sendiri iaitu Ustaz Syed Ahmad Johari bin Syed Mohd yang juga merupakan AJK PAS Kawasan Rembau.

Ceramah pada malam tadi di Markas PAS Rembau membariskan penceramah iaitu Ustaz Nasharudin Mat Isa Timbalan Presiden PAS, Sdr Zulkefly Mohamed Omar Pesuruhjaya PAS N.Sembilan dan Ustaz Kassim Tahir Ketua Dewan Ulamak PAS N.Sembilan.

Kepada mana-mana pihak yang berminat untuk mengadakan persembahan Nasyid K’Syed Serban ini bolehlah menghubungi Ustaz Syed Ahmad Johari atau mana-mana AJK PAS Kawasan Rembau

8/12/07

Parti Politik dan NGO bergabung pulihkan demokrasi NS

Rembau 11 Ogos 2007 – Satu pertemuan tertutup selepas Majlis Jamuan Teh Bersama Sdr Saari Sungib telah diadakan di Sg Gadut hari ini antara parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO-NGO) untuk membincangkan secara serius peranan dan gerak kerja bersepadu untuk memulihkan demokrasi di Malaysia amnya dan Negeri Sembilan khususnya.

Antara yang hadir dalam pertemuan tersebut ialah wakil dari PAS Negeri Sembilan, Parti Keadilan Rakyat NS, GERAK, GMI dan beberapa NGO lain yang bergerak aktif di N.Sembilan.

Dato Al Azhar, Setiausaha Badan Perhubungan PKR NS dalam ucapannya menyatakan bahawa pertemuan yang julung-julung kali diadakan itu adalah merupakan satu petanda yang amat baik antara parti-parti politik dan NGO-NGO di Negeri Sembilan ini, walaupun media sering memberikan gambaran yang sebaliknya.

Tetamu utama majlis pertemuan tersebut ialah Tn Hj Saari Sungib atau lebih dikenali sebagai Abu Urwah yang merupakan Ketua Penerangan PAS Selangor dan juga merupakan bekas tahanan ISA menyatakan bahawa kerjasama antara parti politik dan NGO adalah amat penting dan sering ditekankan oleh Presiden PAS dan Mursyidul Am PAS sendiri. Beliau juga merasa bangga usaha sebegini telah dimulakan terlebih dahulu di Negeri Sembilan.

Sementara itu Ustazah Wan Hasrina, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat turut hadir memberikan ucapan berkenaan peranan wanita serta muslimat di semua peringkat untuk membantu memulihkan demokrasi di Malaysia demi kesejahteraan rakyat khasnya.

8/10/07

Pesuruhjaya PAS N.Sembilan Dalam Kenangan

Terjumpa artikel ini. Tersentuh hati ini. Terharu jiwa ini. Begitu gigih mereka ini memperjuangkan Islam di Negeri Sembilan. Ambillah semangat mereka ini untuk memperkuatkan ukhuwwah, saf dan gerak kerja kita di Negeri Sembilan untuk mencapai keredhaan Allah dan kemenangan Islam di Negeri Sembilan. Marilah kita menghadiahkan Al Fatihah ke atas roh-roh mereka, Ya Allah, tempatkan mereka ini di kalangan orang-orang yang soleh. Ya Allah, satukanlah hati-hati kami untuk menghadapi musuh.

Ustaz Ishak Mat Aris dan Ust Ghazali Kadir : Bekas Pesuruhjaya PAS N.Sembilan Dalam Kenangan

Ustaz Ishak Mat Aris http://zielashida.blogspot.com/2007/02/ustaz-ishak-mat-aris.html

Pendahuluan

Ketika kempen pilihanraya semakin rancak selepas pembubaran parlimen tahun 1990, kami di Lajnah Penerangan Negeri sedang menyusun program ceramah berkelompok bagi kawasan-kawasan yang akan ditandingi oleh PAS. Saya mencadangkan beberapa nama veteran PAS yang mempunyai kebolehan untuk bercakap mengenai perjuangan PAS kerana peluang untuk menjemput tenaga penceramah dari luar agak sukar. Antara veteran PAS yang saya kenali kebetulan sekampung pula ialah Allahyarham Ustaz Ishak Mat Aris atau panggilan di kampung ialah Lebai Sahak, Allahyarham Haji Sulaiman Md Amin dan Allahyarham Haji Aziz Kampung Geylang, Jelebu.

Mereka memang ‘hardcore’ dan mampu berdiri bercakap lama tentang perjuangan Islam yang diterajui oleh PAS. Di antara mereka bertiga itu, Allahyarham Haji Abdul Aziz paling ‘kogheh’ bila tercabar. Beliau mampu berhujah dan ayat-ayat alQuran keluar macam air dari mulutnya. Haji Sulaiman pula lebih banyak bercakap tentang sejarah PAS dan bacaan beliau tentang susur galur parti-parti politik tahun 50an dan 60an cukup mengkagumkan. Haji Sulaiman dan Lebai Sahak pernah berkerja di Singapura, sehinggakan ada cakap-cakap orang bahawa nama Kampung Geylang ( nama dalam pentadbiran negeri ialah Kampung Gelang) di Pertang itu diserasikan oleh mereka berdua. Kehadiran mereka di kampung memang dicemburui oleh jejuak UMNO lantaran keketalan mereka dalam perjuangan PAS. Terbinanya Balai Islam ( surau) di tanah Haji Sulaiman menjadi tumpuan orang ramai.

Di Balai Islam itulah juga Lebai Sahak menyampaikan kuliah agama secara mingguan. Di sana jugalah beliau menghembuskan nafas terakhirnya ketika mempengerusikan mesyuarat Lajnah Bangunan BPPNS pada tanggal 18 Mei 1997.

Latar Belakang

Ustaz Ishak Mat Aris dilahirkan di Mukim Seri Menanti pada 24 Julai 1932. Memulakan kerjayanya sebagai tentera British di Singapura dalam tahun 1950an dalam bidang automobil. Beliau mempunyai kepakaran dalam kajisawat injin kenderaan dan pernah membuka pusat latihan kajisawat kenderaan di Kuala Pilah selepas bersara dari tentera. Jasa beliau membuka pusat ini mendapat pengiktirafan Menteri Besar waktu itu. Ramai tenaga belia anak-anak bangsa mendapat bimbingan beliau dan rakan-rakannya.

Ketika di Singapura, Ustaz Ishak sempat mengikuti pengajian agama di Madrasah AlJoned dan beliau boleh menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Di sanalah jugalah beliau menaruh minat dalam perjuangan Islam ekoran dari kemuncaknya Rusuhan Natrah yang cukup terkenal itu. Sekembalinya ke tanah air, beliau terus aktif dalam PAS dan pernah diamanahkan sebagai Ketua Pemuda PAS negeri dalam tahun 1960an.

Selepas penutupan pusat latihan kajisawat di Kuala Pilah, Ustaz Ishak telah berhijrah ke Ipoh, Perak. Bermacam-macam kerja dilakukannya untuk menyara ahli keluaraga yang ramai. Kerja terakhirnya sebelum bersara wajib tahun 1985 ialah di Majlis Perbandaran Ipoh. Kembalinya ke kampung itu memang ditunggu-tunggu oleh Haji Sulaiman dan Haji Abdul Aziz, mereka berjaya menubungkan cawangan PAS Kg Geylang dan menjadikan Balai Islam Geylang sebagai pusat kegiatan kemasyarakatan.

Dilantik Pesuruhjaya

Ekoran dari keaktifan beliau dalam parti selepas pilihanraya 1990, PAS Pusat telah menaruh keyakinan untuk menyerahkan ‘baton’ kepimpinan negeri kepada beliau pada sesi 1993/97. Di bawah kepimpinan beliau, banyak masalah dalaman dapat diatasi dan boleh dikatakan tempoh tersebut sebagai ‘tahun ceria’ kerana hubungan organisasi segenap peringkat cukup baik. Namun, kedudukan kewangan beliau memang menyedihkan dan penyusun sendiri begitu simpati dengan kedhaifan beliau. Allahyarham pernah memberitau penyusun tentang keuzurannya tetapi beliau bertekad untuk terus berjuang walaupun jatuh tersungkur.

Kata-kata beliau ini memang terakam dalam laporan tahunan Mesyuarat Agong Tahunan PAS Kawasan Jelebu 1997. Apabila mendapat panggilan telefon berita kematiannya, penyusun terbungkam dalam keharuan apabila dinyatakan Allahyarham memang rebah sewaktu mengendalikan mesyuarat parti di Balai Islam Geylang. Ratusan orang telah datang menziarahi Allahyarham dan sholat jenazahnya diimamkan oleh Tuan Guru Haji Jaliluddin Abdul Wahid. Beliau meninggalkan seorang balu bernama Puan Darwiah Mohd Shariff berserta 10 orang anak dan berbelas cucu. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruhnya dan menempatkan beliau dalam golongan yang dijanjikan Allah dalam kebaktian terhadap agamaNya. Amin.
.
( rencana ini pernah disiarkan dalam Harakah 20 Mei 1997)

*****************
Ust Ghazali Kadir http://zielashida.blogspot.com/2006/03/ust-ghazali-kadir.html

Pendahuluan
Penduduk kampung kelahirannya melihat anak muda ini agak pendiam dan tidak begitu kenali. Maklumlah di masa kecilnya, bapa beliau Lebai Abdul Kadir telah berhijrah ke utara tanah air ketika negara direndung dharurat akibat angkara subersif kominis. Bapanya itu dikatakan antara sasaran gerombolan kominis yang bermaharajalela dan ramai penduduk kampung yang dianggap 'unggul' dicolek dan dibunuh oleh pasukan bintang tiga. Kemuncaknya, penduduk sekitar mukim berhampiran telah bersatu di bawah pimpinan orang-orang alim dan mencetuskan peristiwa bersejarah 'Perang Batu Kikir'. Dalam tragedi berdarah itu, pergerakan tersusun dari beberapa penjuru dan gema ratib zikir perang telah mengasak pekan kecil Batu Kikir yang menjadi benteng gerombolan kominis. Di sana terbukti kebatilan bagai kayu buruk dilambung gelombang arus kebangkitan semangat perang sabil.

Pendidikan
.
Ustaz Haji Ghazali dilahirkan di Kampung Jerejak, Padang Lebar pada tanggal 1 Mei 1937. Beliau mendapat pendidikan awal dari beberapa pondok di negeri Kedah dalam tahun 1940an. Bapanya salah seorang tenaga pengajar di Pondok Guar Tuan Syed di Seberang Perai hingga tahun 1950an. Kemudian Ust Ghazali memondok pula dengan Tuan Guru Haji Abdul Majid di pondok Batu Kikir, Pondok Merbok, Kedah dan seterusnya di Madrasah Al Attas, Johor Bahru. Antara sahabatnya ketika menuntut di Al Attas ialah al Fadhil S. Samahah Dato' Syeikh Haji Mohd Murtadza mufti kerajaan Negeri sembilan sekarang.
.
Beberapa tahun berikutnya, beliau mendapat kesempatan melanjutkan pengajian di Al Baqiatus-sholihat Villor dan Kolej Arab Jamaliah di Madras, India. Di pusat pengajian inilah beberapa tokoh agama terkenal di negara kita mendapat pendidikan terutama ulama-ulama dalam kepimpinan PAS. Ustaz Ghazali pernah melahirkan kekecewaannya kerana hasrat untuk memasuki Al Azhar Mesir terkandas disebabkan masalah kewangan yang menghimpit keluarganya masa itu.
.
Guru agama
.
Sekembalinya ke tanahair, beliau telah mengajar di Sekolah Menengah Chembong, Rembau dan sekolah terakhirnya di Sekolah Menengah Tunku Ampuan Durah, Seremban. Beliau mula menunjukkan kecederungan untuk aktif dalam gerakan Islam sejak di bangku sekolah lagi dan ketegasannya tidak sanggup berkompromi dalam aktiviti tidak Islamik di sekolah, akibatnya beliau mula ditekan dan akhirnya dipindahkan sebagai guru agama di penjara Seremban.
.
Kerjaya
.
Selepas bersara wajib dari perkhidmatan, Ustaz Ghazali melibatkan diri dalam bidang penulisan di negerinya dan pernah dilantik menjadi pemberita sambilan bagi akhbar perdana Berita Harian. Di samping itu penglibatan beliau dalam perkhidmatan bersama agensi menunaikan umrah dan haji juga terserlah. Beliau turut bersama dalam perjuangan PAS dan pernah diamanahkan menerajui kepimpinan PAS Negeri sembilan sebagai Pesuruhjaya dalam era kepimpinan ulama di akhir 1990an. Allahyarham Ustaz Ghazali juga terus aktif memberi kuliah agama di beberapa masjid dan surau di Daerah Seremban sehingga ke akhir hayatnya.
.
Meninggal dunia
.
Allahyarham Ustaz Ghazali Kadir menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Besar Seremban dan sebelum itu beliau baru kembali dari menunaikan umrah. Allahyarham telah meninggalkan seorang balu dan sepuluh orang anak. Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Makam Syeikh Mohd Said di Jalan Sikamat, Seremban. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruhnya. Amin.

Peraduan Mewarna Kanak-Kanak 18 Ogos Seremban

Peraduan Mewarna Kanak-Kanak
Sempena Sambutan Kemerdekaan ke 50 dan Kempen Sayangi Malaysia
Terbuka kepada semua kanak-kanak berumur bawah 7 tahun
Percuma ! Tiada yuran penyertaan

Tarikh : Sabtu 18 Ogos 2007
Masa : 9 pagi
Tempat : Dataran Muhibbah, Seremban, NS (Jalan Seremban-Jelebu, selepas Masjid Jamek Ampangan, simpang kanan ke Kg Ismail)

Hadiah Tempat Pertama : Wang tunai RM 50 dan barangan sekolah bernilai RM 50
Hadiah Tempat Kedua : Wang tunai RM 30 dan barangan sekolah bernilai RM 30
Hadiah Tempat Ke 3 – 10 : Wang tunai RM 10 dan barangan sekolah bernilai RM 20

10 peserta yang hadir dan daftar awal pada 18 Ogos akan menerima cenderahati dari pihak penganjur

Syarat-syarat pertandingan :
1. Peserta mestilah berumur bawah 7 tahun iaitu lahir pada atau sebelum tahun 2001
2. Setiap peserta dikehendakki membawa alatan mewarna sendiri dan dinasihatkan untuk menyediakan sendiri kemudahan meja dan alas untuk mewarna
3. Tarikh tutup penyertaan sebelum 15 Ogos 2007
4. Terhad kepada 50 peserta sahaja. Keputusan pengadil dan penganjur adalah muktamad.

Untuk mendapatkan borang penyertaan sila hubungi Dr Ahmad 017-3149547 atau Sdr Syazwan 019-6619156 atau boleh juga SMS butiran peserta kepada mereka iaitu :
a. Nama peserta
b. Alamat
c. Nama Tadika/Taski/Taska/Tabika/Pasti dll :
d. No tel ibu/bapa/penjaga :

Forum Terbuka Dr Harun Din 17 Ogos Seremban

Semua Dijemput Hadir ke Program :

FORUM PERDANA
Bersama Ahli Panel :
Y Bhg Dato’ Dr Harun Din
YB Dato’ Husam Musa
Y Bhg Dato’ Dr Hasan Ali

Hari : Jumaat
Tarikh : 17 Ogos 2007
Masa : 9 malam
Tempat : Dataran Muhibbah, Seremban, N.Sembilan
( Jalan Seremban-Jelebu, dari Seremban selepas Masjid Jamek Ampangan masuk simpang kanan ke Kg Ismail)

******************
PIDATO RAKYAT
Bersama Pemidato :
YB Dato’ Takiyudin Hassan
YB Sdra Salahudin Ayub
Al Fadhil Ustaz Abd Ghani Shamsudin
Y Bhg Sdra Zulkefly Mohamed Omar

Hari : Ahad
Tarikh : 19 Ogos 2007
Masa : 9 malam
Tempat : Dataran Muhibbah, Seremban, N.Sembilan
( Jalan Seremban-Jelebu, dari Seremban selepas Masjid Jamek Ampangan masuk simpang kanan ke Kg Ismail)

8/7/07

Seminar Usahawan Islam 3 Sep NS Percuma, Terhad

Jangan Lepaskan Peluang ini ! Satu seminar yang amat bermanafaat, sila daftar segera kerana tempat terhad dan ianya PERCUMA anjuran Pusat Dakwah Islamiah NS dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan

SEMINAR USAHAWAN ISLAM 2007
ISNIN 3 SEPTEMBER 2007
8 PAGI – 5 PTG
DI PUSAT DAKWAH ISLAMIAH NEGERI SEMBILAN, PAROI, SEREMBAN

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran sila hubungi : Ustazah Johara, Ustaz Zaimah, Ustazah Fauziah 06-6751609, 06-6787154 , Pusat Dakwah Islamiah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam NS.

Terbuka kepada umum : Pengusaha Perniagaan, Badan Koperasi, NGO, Individu, Pelajar, Penganggur dan seterusnya.

ATURCARA
8 pg – Pendaftaran Peserta
8.30 pg – Sarapan
9 pg – Kertas Kerja 1 – Etika Perniagaan Dalam Islam oleh Yg Bhg Dato’ Dr Maamor bin Osman , Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
10.30 pg – Minum pagi
11 pg – Acara perasmian
12 tgh – Makan tengahari dan Solat Zuhr
2.30 ptg – Kertas Kerja 2 – Tanggungjawab Sosial Dalam Perniagaan oleh Yg Bhg Puan Hjh Rohani bt. Datuk Hj. Mohd. Shahir. Ketua Pengarah Eksekutif, Hijrah Strategic Advisory Group
3.30 ptg – Kertas Kerja 3 – Petua Murah Rezeki, Berkat Umur dan Jauhi Hutang Oleh Tuan Haji Zahazan bin Mohamed , Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Penyampai Kuliah Tafsir Radio IKIM, Pakar Motivasi, Penulis Buku Petua Murah Rezeki dan Jauhi Hutang

Hari Al Aqsa Sedunia Peringkat NS 24 Ogos

HARI AL AQSA SEDUNIA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

Tarikh : Jumaat 24hb Ogos 2007
Masa : 10 pagi - 10 malam
Tempat : Masjid Sikamat, Seremban

Anjuran - Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Negeri Sembilan dengan Kerjasama - Masjid Sikamat & MAINS

Aturcara :

10 pagi-10 malam - Pameran Palestin dan Jualan Amal
7.25 malam - Solat Magrib
8.00 malam - Ucapan Pengerusi Majlis
8.05 malam - Doa Robitah
8.15 malam - Ucapan Pengarah Program
8.20 malam - Pidato al Aqsa & tayangan multimedia
8.50 malam - Ucapan Tetamu dari Palestin
9.20 malam - Solat Isya
9.40 malam - Persembahan Nasyid & Jamuan & Pameran

Semua dijemput hadir & mohon disebarkan maklumat program ini

*************************************
Kepungan Israel ke atas Semenanjung Gaza menyebabkan penduduk Palestin di wilayah itu dilanda kebuluran. Gaza memerlukan bantuan kemanusiaan dan merayu masyarakat antarabangsa menamatkan kepungan Israel.

Sempadan Gaza kini dibawah kawalan ketat Israel sejak beberapa minggu yang lalu.
Kebanyakan laluan ke Gaza dari Israel dan Mesir ditutup dan telah mengakibatkan kekurangan bekalan makanan dan perubatan serta kemudahan-kemudahan asas yang lain.

Dalam masa yang sama, Masjid Al Aqsa terus diancam bahaya dengan penggalian terowong yang berterusan oleh yahudi. Jom sama-sama selamatkan Al Aqsa dan Palestin.....

Ceramah Hala Tuju Generasi Mendatang 25 Ogos Senawang

Sempena Bulan Sambutan Kemerdekaan ke 50 Semua Dijemput Hadir ke Majlis Ceramah Kemerdekaan berikut :

Tajuk : “ Ambang Kemerdekaan – Ke Mana Hala Tuju Generasi Mendatang ? “
Penceramah : Ustaz Mohd Nazree bin Mohd Yunus – Institut Kajian Asas Kemasyarakatan (INSKA), Bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) 2006, Penulis Artikel “Ketuanan Politik Melayu : Siapa Peneraju”

Hari : Sabtu 25 Ogos 2007
Masa : Selepas Maghrib – Jam 8 malam
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang, N.Sembilan


Petikan artikel “Ketuanan Politik Melayu : Siapa Peneraju”
……………..
“ Golongan cerdik pandai mahasiswa harus bangkit untuk kembali menjadikan suara mahasiswa adalah suara rakyat. Mahasiswa adalah jurucakap masyarakat bukan jurucakap bagi UMNO, PAS, KEADILAN, DAP, MCA, MIC, GERAKAN ataupun PPP. Hari ini mahasiswa dan golongan belia mahu golongan elit politik sama ada kerajaan ataupun pembangkang terutamanya UMNO dan PAS untuk melihat dan menangani secara serius masalah agama dan bangsa kita. Tidak ada ertinya membincangkan tentang politik ketuanan Melayu jika agama dan bangsa tergadai.” – MOHD NAZREE

Slik klik sini untuk artikel penuh Ketuanan Politik Melayu :
http://arahkita.blogspot.com/2007/06/ketuanan-politik-melayu-siapa-peneraju.html
http://pasns.blogspot.com/2007/06/ketuanan-politik-melayu-siapa-peneraju.html

Temui Mufti NS dlm Ceramah di Rembau 11 Ogos

Semua Dijemput Hadir ke Ceramah Sambutan Israk dan Mikraj
Tarikh : Sabtu 11 Ogos 2007 bersamaan 27 Rejab 1428 Hijrah
Masa : 9 malam – Selepas Solat Isyak
Tempat : Madrasah al Hasaniah, Kg. Bukit Sembilan, Km. 35 Jalan Seremban Tampin, 71350 Kota, Negeri Sembilan.
Penceramah :
Sohibus Samahah Dato’ Hj. Murtadza bin Hj. Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
Sohib al Siyadah Al Fadhil Dato’ Syed Omar ibnu Syed Abdul Kadir Al Aidarus,

Maklumat lanjut klik sini http://yayasansofa.blogsome.com

Ceramah Us Fuad Kamaludin 8 Ogos Senawang

Assalamualaikum wrt wbt,

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir ke Ceramah Israk dan Mikraj
Oleh Tn Sheikh Hj Muhammad Fuad Kamaluddin Al Maliki
Pada 8 Ogos 2007 (Rabu) – Selepas Maghrib
Di Surau Al Amin, Taman Cempaka 2/Taman Ros Mewah, Senawang
(Berhadapan Giant Senawang, masuk melalui Esso Taman Seri Pagi)

Jadual Kuliah Surau Desa Melor Ogos 2007

Assalamualaikum wr. wb.

Per : Kuliah Maghrib di Surau Taman Desa Melor.

Sahabat-sahabat dijemput untuk mengimara'kan kuliah-kuliah di bawah yang disusun untuk kita mengambil manfaat ilmu yang disampaikan dan sebagai muhasabah diri :

1. 07/08/2007 (Selasa)
Kuliah Tauhid oleh Ustaz Ali Kutty
(Setiap Hari Selasa - Minggu Pertama setiap bulan)

2. 08/08/2007 (Rabu)
Kuliah Tassawuf oleh Ustaz Azhar Ibrahim
(Setiap minggu Hari Rabu)

3. 09/08/2007 (Khamis)
Kuliah Tafsir Al-Quran + Tajwid
oleh Ustaz Mohd Redza Al-Hafiz (Imam Masjid Kuarters KLIA)
(Setiap Hari Khamis - minggu kedua & keempat setiap bulan)

Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Wassalam

JOM BANTAH Merdeka Statement galakkan Murtad !

KENYATAAN MEDIA BERSAMA

PERTUBUHAN-PERTUBUHAN PEMBELA ISLAM (PEMBELA)
Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) iaitu gabungan wakil-wakil NGO-NGO Islam yang prihatin dalam menangani pelbagai isu-isu berkaitan dengan kedudukan Islam di Malaysia. Mesyuarat pada 16 Julai 2006 telah memutuskan untuk menubuhkan gabungan tersebut sebagai rangkaian gerak kerja bersama organisasi Islam di Malaysia. Hingga kini 80 NGO gabungan. Laman web rasmi: www.myislamnetwork.net

ALLIED COORDINATION COMMITTEE OF ISLAMIC N.G.O.s (ACCIN)
Al-Hidayah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Belia PERKIM, GEPIMA, Islamic Information and Services (IIS), Jamiyah, Jemaah Islah Malaysia (JIM), Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA), Persatuan Al-Hunafa, Persatuan Darul Fitrah Malaysia, Persatuan Ulamak Malaysia (PUM), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Research & Information Center of Islam (RICOI), World Assembly of Muslim Youth (WAMY)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kenyataan Bersama Pertubuhan-Pertubuhan Islam Menolak Merdeka Statement CPPS, ASLI.


Kami, Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) dan Allied Coordinating Committee for Islamic NGOs (ACCIN), dua gabungan terbesar pertubuhan-pertubuhan Islam di Malaysia yang dianggotai oleh lebih 100 buah pertubuhan, menolak Merdeka Statement in Commemoration of Malaysia’s 50th Anniversary of Independence yang disediakan oleh Centre for Public Policy Studies, Asian Strategy and Leadership Institute (ASLI) dan disokong oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan di negara ini, yang turut cenderung untuk merombak terma-terma penting Kontrak Sosial yang telah dipersetujui oleh kaum-kaum di Malaysia. Dokumen ini didakwa bertujuan untuk melaksanakan Agenda Malaysia Baru (A New Malaysian Agenda) dengan mengemukakan lapan strategi teras.

Antara lain, Merdeka Statement menganjurkan hak kebebasan beragama secara mutlak tanpa mengambilkira Peruntukan Perlembagaan serta undang-undang negeri dan persekutuan yang bertujuan mengawal penyebaran agama bukan Islam di kalangan masyarakat Islam serta menggariskan peraturan-peraturan tertentu mengenai pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia.

Saranan Merdeka Statement agar Majlis Raja-Raja Melayu mempertahankan hak rakyat Malaysia untuk memilih agama yang mereka sukai serta menghapuskan hukuman undang-undang terhadap individu yang melanggar undang-undang Islam mempunyai maksud tersembunyi untuk menghalalkan amalan murtad di Malaysia. Adalah aneh untuk menyarankan Raja-Raja Melayu, yang mempunyai tanggungjawab di bawah Perlembagaan untuk memelihara kesucian agama Islam, supaya mempertahankan amalan yang melanggar syariat Islam.

Dalam hubungan ini, saranan Merdeka Statement mengenai hak kebebasan beragama secara mutlak, bukan sahaja bertentangan dengan semangat Kontrak Sosial yang mempertahankan kedudukan istimewa Islam yang berada di bawah naungan Raja-Raja Melayu sejak zaman sebelum merdeka lagi, malah tidak mewakili pandangan majoriti masyarakat Islam di negara ini.

Beberapa saranan dalam Merdeka Statement mengenai usaha-usaha yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ketidakseimbangan antara kaum (inter-ethnic) dan dalaman kaum (intra-ethnic) adalah munasabah. Namun demikian strategi tertentu seperti pelaksanaan dasar diskriminasi positif yang memberikan layanan istimewa kepada pegawai-pegawai bukan Bumiputera dalam perkhidmatan awam adalah tidak wajar.

Ini kerana dasar diskriminasi positif yang dilaksanakan untuk kaum Bumiputera hanyalah di peringkat pengambilan ke jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam, dan bukannya ketika mereka sudah berada dalam perkhidmatan untuk tujuan kenaikan pangkat dan sebagainya. Pelaksanaan dasar diskriminasi positif kepada pegawai-pegawai bukan Bumiputera sepertimana yang disarankan dalam Merdeka Statement tentunya akan menafikan hak munasabah pegawai-pegawai Bumiputera yang sudah berada dalam perkhidmatan awam.

Adalah tidak munasabah untuk menuntut pemberian “hak” yang baru kepada kaum bukan Bumiputera, sedangkan pada masa yang sama kaum Bumiputera diharapkan agar bersedia untuk melepaskan hak-hak istimewa mereka sepertimana yang telah termeterai dalam Kontrak Sosial yang dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin kaum sebelum merdeka dan termaktub dalam Perlembagaan.

Hal ini menunjukkan bahawa apa yang sedang dilakukan oleh CPPS-ASLI dan organisasi-organisasi yang menyokong Merdeka Statement ialah perundingan semula Kontrak Sosial, bukannya penegasan semula Kontrak Sosial sebagaimana yang dicanang. Tanpa persetujuan semua kaum, Merdeka Statement tidak wajar diangkat sebagai pernyataan yang mewakili hasrat seluruh warganegara Malaysia. Ia hanyalah pernyataan satu pihak.

Di samping itu, “Agenda Malaysia Baru” yang terkandung dalam Merdeka Statement juga gagal mempertegaskan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi negara, kedudukan agama Islam sebagai sebahagian daripada sistem perundangan dan pentadbiran negara, dan hak-hak masyarakat Islam untuk mendapatkan pengadilan menerusi sistem kehakiman Islam sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Walaupun pada prinsipnya kami mendokong usaha-usaha pengukuhan perpaduan nasional, memperkasa dayasaing negara di peringkat antarabangsa, mewujudkan ekonomi yang berinovatif, mengurangkan ketidakseimbangan pengagihan ekonomi, memperkasakan institusi-institusi demokrasi negara, melaksanakan reformasi pendidikan, menjamin kehidupan berkualiti dan menyokong usaha memerangi rasuah, yang turut disentuh oleh Merdeka Statement, kami, Pertubuhan-Pertubuhan Islam di Malaysia tetap memandang dokumen tersebut, jika dilihat intipatinya, adalah satu percubaan untuk merombak Kontrak Sosial yang telah dipersetujui oleh kaum-kaum di Malaysia, atas nama Agenda Malaysia Baru dan dengan mengambil kesempatan sentimen sambutan 50 tahun kemerdekaan negara.

Kami mewakili Pertubuhan-Pertubuhan Islam dengan sebulat suara mengulangi penegasan mengenai peri pentingnya seluruh warganegara Malaysia menghormati Kontrak Sosial yang telah dipersetujui oleh kaum-kaum di negara ini, dan menolak saranan-saranan dalam Merdeka Statement yang bertujuan untuk merombak terma-terma penting Kontrak Sosial tersebut. Walaupun dokumen tersebut turut mengandungi beberapa saranan yang positif tetapi percampuran dengan pelbagai bacaan dan saranan yang meragukan menjadikan keseluruhan dokumen tersebut bermasalah, negatif dan wajar ditolak. Kami turut menyeru agar lebih banyak pertubuhan-pertubuhan Islam tampil menyokong kenyataan kami ini.

Tn. Hj. Yusri Mohamad Tn. Hj. Mohamed Said Hj. Mohamed Razi
Pengerusi Penyelaras PEMBELA Pengerusi ACCIN / Pengerusi Jamiah
& Presiden ABIM

---------------------------------------------------------------------------------

Kenyataan ini diselaras untuk dikeluarkan oleh Sekretariat PEMBELA di atas alamat berikut:


Sekretariat ABIM Pusat
Anjung Rahmat
Batu 6, Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur
Tel: 03-6188 0300
Fax: 03-6189 6700
emel: pembela @myislamnetwork.net
www.myislamnetwork.net

8/6/07

Penduduk Seremban hantar memo kpd MB NS

Seremban: Hari Rabu 1 Ogos 2007, lalu sekumpulan penduduk Kg Abuk bersama pemimpin Pas tempatan dan YB Salahudin Ayob, Ahli Parlimen Kubang Kerian yang juga Ketua Dewan Pemuda PAs Pusat telah menghantar memo bantahan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan.

Memo tersebut adalah berkenaan tidak kepuasan hati mereka berkaitan pampasan yang ditawarkan oleh kerajaan keatas tanah dan rumah kediaman mereka yang akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada Projek Lingkaran Tengah, Seremban yang sedang rancak berjalan sekarang.

http://www.pemudapasseremban.net/v1/modules.php?name=News&file=article&sid=628

Klik sini http://www.pemudapasseremban.net/v1/memo_kg_abuk.pdf untuk memo tersebut.

Pensyarah-Pensyarah Universiti Malaysia Memberontak

(Diterima melalui e-mel : dr.azly.rahman@gmail.com )
Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bangunan Perdana Putra
622502 Putrajaya, Malaysia

1hb Ogos 2007

Yang Amat Berhormat,

PETISI MEMANSUHKAN AKUJANJI UNIVERSITI

Dengan hormatnya kami sertakan bersama ini sebuah petisi yang diendos (ditandatangani) oleh ahli-ahli akademik yang lalu dan yang masih berkhidmat, dan juga badan-badan NGO.

Kami semua mengenalpasti Akujanji Universiti sebagai suatu halangan besar kepada perkembangan sihat universiti-universiti. Oleh itu kami mendesak supaya ianya segera dimansuhkan.

Akujanji untuk mengaku taat setia kepada Kerajaan bukan saja menimbulkan budaya takut, pasif dan fikiran tidak kritikal, bahkan juga ia menghakis hak asasi untuk berpersatuan dan menyuarakan pendapat dengan bebas, yang sangat penting dilindungi serta diperluas demi kemajuan negara kita.

Kami berharap Kerajaan akan mengatasi kepentingan diri serta politik yang sempit dan mengambil langkah sewajarnya untuk memansuhkan Akujanji ini. Kegagalan melakukannya melemahkan lagi kebolehan serta kesediaan masyarakat akademik kita untuk melibatkan diri dalam bidang pemikiran serta keilmuan yang boleh membina sebuah negara yang kuat inteleknya serta progresif.

Kami berharap pihak YAB dapat memberikan perhatian dan tindakan sewajarnya agar Akujanji Universiti segera dimansuhkan.

Yang benar.
Dr Syed Husin Ali
Dr Lim Teck Ghee
(Tiada tanda tangan di sini kerana surat ini dikirim dengan emel. Terima kasih)

Petisi dan Pengendos di bawah:
PETISI UNTUK PEMANSUHAN AKUJANJI UNIVERSITI

Kami, yang bertanda tangan di bawah – bekas kakitangan universiti, kakitangan universiti yang masih berkhidmat (yang tidak dapat dimasukkan nama-nama mereka di sini oleh kerana bimbangkan tekanan pihak berkuasa) dan pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil – menggesa Kerajaan agar memansuhkan Akujanji dengan segera.

Keperluan menyatakan kesetiaan kepada Kerajaan – yang terdapat hanya dalam beberapa sistem universiti yang menekan dalam dunia – mencekik kebebasan akademik dalam negeri kita secara yang tidak pernah berlaku. Ia juga menimbulkan budaya takut, pasif dan fikiran tidak kritikal di kampus, yang membelenggu perkembangan universiti-universiti kita dan peningkatan mutu pengajaran serta keilmuan.

Pemimpin-pemimpin Kerajaan, termasuk Perdana Menteri, menyeru universiti-universiti supaya menyambut cabaran menaikkan tarafnya dan menghasilkan pengajaran serta penyelidikan berkualiti yang boleh membantu bangsa kita mencapai matlamat 2020, termasuk matlamat mencapai masyarakat yang matang, liberal, saintifik serta progresif. Akujanji merupakan penghalang besar bagi universiti-universiti kita bangkit menyambut cabaran ini.

Sehubungan ini kami menggesa Kerajaan mengambil balik Dr Azly Rahman, Dr Mutiara Mohamad dan ahli akademik lain yang telah dibuang kerja akibat menentang Akujanji. Begitu juga, kes-kes mereka yang menanggung derita dalam kemajuan karya mereka akibat Akujanji hendaklah dikaji semula dan diberikan keadilan serta pembelaan. Mereka semacam dipenjara kerana kepercayaan mereka dan diperlakukan secara tidak adil. Penyingkiran mereka merupakan titik hitam ke atas masyarakat akademik dan sistem serta nilai demokratik kita.

Keprihatinan kami ini bukanlah kali pertama disuarakan – banyak pertubuhan kakitangan akademik dan ramai individu yang prihatin telah bersuara dalam masa tiga tahun lalu dan mendesak supaya Akujanji dihapuskan kerana ia juga bertentangan dengan hak asasi serta kebebasan untuk berpersatuan dan bersuara. Kami berharap petisi ini akan menjadi langkah terakhir terhadap isu ini.

Kami merasakan perkara ini besar, bukan saja untuk kepentingan serta keprihatinan akademik, bahkan untuk kepentingan negara seluruhnya. Kami menyeru supaya Kerajaan memberikan sambutan secara adil serta bijak dan meletakkan kepentingan universiti serta negara di atas kepentingan politik parti. Pemansuhan Akujanji ini langkah amat mustahak bagi menjamin hak asasi agar kebebasan berpersatuan dan bersuara tidak akan terhakis lagi dan ahli-ahli akademik kita dapat memainkan peranan yang hak untuk membantu bangsa kita maju ke hadapan.

SENARAI PENGENDOS
Petisi Untuk Pemansuhan Akujanji Universiti: Senarai Pengendos
Kakitangan Universiti Awam Yang Lepas dan Masih Berkhidmat (mengikut abjad)
Dr Abdul Aziz Bari - Professor, Universiti Islam Antarabangsa
Dr C.E.R. Abraham, Former Associate Professor Universiti Sains Malaysia
Drs Abu Bakar A. Hamid
Former Professor and Deputy Vice Chancellor, University of Malaya
Dr. Agoes Salim, Former Deputy Chairman, Universiti Kebangsaan Malaysia Council


Ahmad Mustapha. Former Student Leader, University of Malaya, Singapore
Dr. Azmi Sharom, Associate Professor, University of Malaya
Dr. Sharon A. Bong, Former Lecturer, University of Malaya
Dr. Cheah Boon Kheng, Former Professor, Universiti Sains Malaysia
Dr. Chee Heng Leng, Former Associate Professor, Universiti Putra Malaysia
Dr. Stephen Chee, Former Professor, University of Malaya
Dr. Farish Noor, Former Lecturer, University of Malaya
Dr. Alberto Gomes, Former Lecturer, University of Malaya
Dr. Terence Gomez, Associate Professor, University of Malaya
Dr. Toby Huff, Former Visiting Professor, University of Malaya
Philip Koh Tong Ngee, Former Lecturer, University of Malaya
Dr. Khoo Boo Teik, Associate Professor, Universiti Sains Malaysia
Khoo Khay Jin, Former Lecturer, Universiti Sains Malaysia
Dr. Cassey Lee, Former Lecturer, University of Malaya
Dr. Patricia A. Martinez, Former Associate Professor, University of Malaya
Dr. Maznah Mohamad, Former Associate Professor, Universiti Sains Malaysia
Dr. Mohamed Aslam Haneef, Lecturer, International Islamic University Malaysia
Dr. Lim Lin Lean, Former Associate Professor, University of Malaya
Dr. Lim Teck Ghee, Former Professor, University of Malaya
Dr. Shirley Lim, Former Visiting Lecturer, Universiti Sains Malaysia
Dr. Francis Loh Kok Wah , Professor, Universiti Sains Malaysia
Dr. Loh Wei Leng , Former Professor, University of Malaya
Dr. Neoh Soon Kean , Former Lecturer, Universiti Sains Malaysia
Dr. Ng Choon Sim , Former Associate Professor, Universiti Putra Malaysia
Nur Barizah Abu Bakar, Lecturer, International Islamic University Malaysia
Othman Sulaiman, Universiti Sains Malaysia
Dr. Mavis Puthucheary, Former Associate Professor, University of Malaya
Dr M. K. Rajakumar, Former Member of University of Malaya Council.
Dr. P. Ramasamy , Former Professor, Universiti Kebangsaan Malaysia
Dr. Rosli Omar, Associate Professor, University of Malaya
Dr. Johan Saravanamuttu, Former Professor, Universiti Sains Malaysia
Dr. Syed Husin Ali, Former Professor, University of Malaya
Dr. Toh Kin Woon, Former Associate Professor, Universiti Kebangsaan Malaysia
Tunku Shamsul Bahrin , Former Professor, University of Malaya
Dr.Wan Abdul Manan Wan Muda, Professor, Universiti Sains Malaysia
Wong Chin Huat, Associate Research Fellow, Universiti Kebangsaan Malaysia
Dr. Diana Wong, Former Associate Professor, Universiti Kebangsaan Malaysia
Zaharom Nain, Associate Professor, Universiti Sains Malaysia

----------------


NGO-NGO YANG ENDOS
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
ALIRAN
All Petaling Jaya Pro-Action Committee (APPAC)
All Women's Action Society (AWAM)
Centre for Independent Journalism
Civil Rights Committee of Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (CRC-KLSCAH)
Community Development Centre (CRC)
Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS)
Gabungan Persatuan Bekas Penuntut Sekolah China Negeri Sembilan
Group of Concerned Citizens (GCC)
Institut Analisis Masyarkat (INSAN)
Institut Kajian Dasar (IKD)
Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT),
Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa/i, UKM
Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML)
Komunite Seni Jalan Telawi
LLG Cultural Development Centre
Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA)
Malaysian Voters Union (MALVU)
Middle Eastern Graduate Society
Monitoring Sustainability of Globalization (MSN)
National Human Rights Society (HAKAM)
Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall
Open Dialogue Center
Penang Watch
Pegerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK)
Persatuan Alumni PBTUSM (Lihua)
Persatuan Kakitangan Academik Universiti Malaya (PKAUM)
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Pertubuhan Pembangunan Insani Malaysia (INSANI)
Pusat Janadaya (EMPOWER)
Research for Social Advancement (REFSA)
Sisters in Islam
Save Ourselves (SOS)
Save Our School Damansara Committee (SOS-Damansara)
Selangor Hokkien Youth Section
Solidarity Mahasiswa Malaysia (SMM)
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
United Chinese School Committees' Association of Malaysia.(Dong Zong)
United Chinese School Teachers' Association of Malaysia (Jiao Zong)
Universiti Malaya Association of New Youth (UMANY)
Writers Alliance for Media Independence (WAMI)
Women's Aid Organization (WAO)
Women's Development Collective (WDC)
Youth for Change
Youth Section of Malacca Chinese Assembly Hall
Kuala Lumpur, 1 Ogos 2007

Nota: Selain nama-nama yang tersenara di atas, mereka yang mengendos termasuk ramai kakitangan akademik yang masih berkhidmat di universiti-universiti awam, dan juga beberapa orang yang sedang mengambil cuti sabatikal dan melanjutkan pelajaran di luar negara. Mereka menyatakan sokongan tetapi meminta nama mereka tidak diterbitkan.

8/5/07

Perkasakan Muslimat NS 11 Ogos Rembau

Ceramah Perdana
Bersama Ustazah Wan Hasrina, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat
Sabtu 11 Ogos 2007
Jam 9 malam
Di Markas PAS Cawangan Kg Astana Raja, Kota, N.Sembilan (Rumah Pn Maznah)
“Semua Dijemput Hadir” – SELAMATKAN MALAYSIA

Anjuran : HALWA NS dan MTD Kota

8/3/07

Pidato Anwar Ibrahim 7 Ogos di Seremban

Semua Dijemput Hadir ke Ceramah Kemerdekaan
Selasa 7 Ogos 2007 – Jam 9 malam
Di Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan, Seremban (dari Seremban simpang masuk kanan selepas Masjid Jamek Ampangan, Jalan Seremban-Jelebu)

Penceramah :
Dato Seri Anwar Ibrahim – Ketua De Facto PKR
Sdr Azmin Ali – Naib Presiden PKR
Sdr Zulkelfy Mohamed Omar – Pesuruhjaya PAS NS
Dato Kamarul Bahrin Abas – Pengerusi PKR NS
Sdr Fariz Musa – Timbalan Ketua AMK Pusat

8/1/07

KARNIVAL KEMERDEKAAN 2007 – PAS NS

KARNIVAL KEMERDEKAAN 2007 – PAS NS
17 - 19 Ogos 2007
Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan

:: Pelbagai Acara Menarik - Bola Sepak 7 Sebelah, Sukaneka Dewasa & Kanak-Kanak - Pidato Kemerdekaan - Konsert Ustaz Akil Hai - Gerai Jualan dan BANYAK LAGI ! ::

.: Semua Dijemput Hadir :.

ATURCARA
17/8/07(Jum) 9:00 malam
Forum Perdana
Ahli Panel :
Dato’ Dr Harun Din , Timb Mursyidul ‘Am
YB Dato’ Husam , Naib Presiden PAS
Dato’ Dr Hasan Ali , PJ Selangor

18/08/07 (Sab)
8:00 – 12:00 thari Acara Bolasepak 7 sebelah (peringkat saringan)
9:00 – 11:00 pagi Pertandingan Mewarna PASTI/Tadika
2:00 – 4:30 ptg Bolasepak (Semi Final dan Final)
Acara Muslimat – Gubahan , Masakan dan Bayi Sihat
5:30 – 7:00 mlm Pidato Kemerdekaan
9:30 – 12:00 mlm Malam Seni Syahdu “Nasyid atau Rock?” Ust Akhil Hayy

19/08/07 (Ahad)
8:30 – 9:30 pagi Konvoi Kemerdekaan
9:30 – 12:00 thari Sukaneka Kanak-kanak , Dewasa Wanita dan Sukaneka Lelaki
Acara Tarik Tali Dewasa
9:30 – 12:00 mlm Ceramah Perdana :-
a)YB Sdra Salahudin Ayub , Ketua Pemuda PAS
b)YB Dato’ Takiyudin Hassan, Exco Kjaan Ktan
c)Ustaz Abd Ghani Shamsudin, AJK PAS Pusat
d)Sdra Zulkeply Mohd Omar, PJ N.Sembilan

Baiah ayahanda cemar Pekida

Baiah ayahanda cemar Pekida. Oleh Faizatul Farlin Farush Khan

Harian Metro 31 Julai 2007. KUALA LUMPUR: Perjanjian ‘Baiah’ yang tidak diiktiraf tetapi digunakan sesetengah ketua kawasan atau lebih dikenali sebagai ayahanda dalam Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), didakwa menjadi antara punca yang menyumbang kepada pencemaran nama baik pertubuhan itu.

Pengurus Besar Yayasan Pekida Malaysia, Musbri Mohamed, berkata baiah iaitu penerimaan ahli secara perjanjian, bukan melalui borang permohonan didakwa diamalkan sesetengah ayahanda hingga menyebabkan ada individu yang mempunyai akhlak kurang elok diterima sebagai ahli.

Beliau berkata, individu ini tidak berdaftar dengan Pekida tetapi menggunakan nama Pekida sewenang-wenangnya hingga pertubuhan yang mempunyai keahlian lebih satu juta itu sering dikaitkan dengan perkara negatif termasuk budaya samseng.

“Mereka ini masuk Pekida tidak berdaftar tapi kemudian mengaku ahli Pekida dan buat perkara yang mencemarkan nama baik pertubuhan. Di Malaysia, kita ada kira-kira 168 ayahanda yang berdaftar.

“Tapi ada 250 lagi ayahanda yang tidak berdaftar. Mereka inilah yang buat penerimaan ahli secara baiah,” katanya selepas majlis perasmian Karnival Malaysiaku Gemilang oleh Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, di sini, semalam.

Musbri berkata, Pekida tidak pernah terbabit dengan sebarang perkara yang melanggar undang-undang, malah sentiasa terbabit dan menyokong rancangan kerajaan untuk membangunkan bangsa, agama dan negara.

Menurutnya, mana-mana ahli berdaftar yang didapati mempunyai masalah dari segi akhlak atau melanggar undang-undang akan digugurkan keahliannya.

Selain itu, katanya, ujian seperti beradu tenaga secara fizikal yang kononnya antara syarat yang diletakkan untuk menjadi ahli Pekida adalah satu pembohongan dan tidak wujud dalam pertubuhan itu.

“Amalan tidak berasas seperti itu datang daripada sesetengah orang yang mengaku ahli dan mengeksploitasi nama Pekida. Mereka ini adalah golongan yang mempunyai agenda tersendiri.

“Kita tidak amalkan perkara seperti itu. Ini adalah pertubuhan yang sah. Ia sudah lama wujud sejak 1936 lagi dan kami juga sudah berdaftar di bawah Akta Pertubuhan,” katanya.

Beliau berkata, apa yang lebih dikesalkan, ada segelintir pihak menggunakan nama Pekida untuk tujuan mengutip derma daripada pelajar sekolah kononnya untuk kerja kebajikan.

Katanya, pihak sekolah juga boleh menghubungi terus talian aduan Pekida di 03-40416030 jika didatangi individu mencurigakan yang mengaku sebagai ahli pertubuhan itu dan mahu mengutip derma daripada pelajar sekolah.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20070731095552/Article/index_html