KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

9/26/07

Kuliah Ramadhan Us Ramli 3 Okt TTJ

Assalamualaikum wrt wbt,
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir ke
Kuliah Ramadhan oleh Ustaz Ramli Abdul Wahab
Rabu 3 Oktober 2007 jam 8 malam
Di PASTI Taman Tuanku Jaafar, Sg Gadut, Senawang

Juga dijemput berbuka puasa bersama pada hari dan tempat yang sama. Maklumat lanjut hubungi Sdr Hassan 019-2171942

9/25/07

Bengkel Black Metal 6 Okt Rembau

Bengkel Menangani Gejala Black Metal Peringkat N.Sembilan
Tarikh : 6 Oktober 2007 , Sabtu
Masa : 9 pagi
Tempat : Masjid Jamek Rembau , Rembau , N.Sembilan

Semua Dijemput Hadir - Anjuran : ABIM Rembau

9/24/07

Perkara yang sering dilupakan oleh Agen Mengundi kita

Perkara penting yang sering dilupakan oleh Agen Tempat Mengundi dan Agen Kira Undi (Polling Agent and Counting Agent – PACA)

BORANG 10 - PENGUNDI UZUR/TAK BERDAYA & BUTA
Pastikan Ketua Tempat Mengundi SPR (Suruhanjaya Pilihanraya) mengisi Borang 10 untuk Pengundi Yang Uzur, Tak Berdaya, Buta yang perlukan seseorang untuk mengiring mereka.
Hanya saudara terdekat sahaja iaitu samada suami, isteri, ibu, bapa dan anak sahaja yang boleh dibenarkan mengiringi pengundi yang uzur, tak berdaya atau buta.
Rujukan:Buku Perjalanan Praya 1981 m/s 26

BORANG 11 - (UNTUK PERKARA-PERKARA YANG MERAGUKAN
Pastikan Ketua Tempat Mengundi SPR (Suruhanjaya Pilihanraya) mengisi Borang 11 dan ditandatangani oleh pengundi sekiranya pengundi tidak membawa Mykad atau Kad Pengenalan tetapi membawa identiti yang lain seperti Laporan Polis kehilangan Mykad, Lesen Memandu, Buku Akaun Tabung Haji, Salinan Kad Pengenalan dan sebagainya.
Borang 11 juga boleh digunakan sekiranya terdapat keraguan seperti pengundi memakai purdah, gambar pada Mykad tidak sama dengan pemilik dan sebagainya.

Lagi Kes Polis Acu Pistol Pada Orang Awam

Sahabat ku Suwandi Abdul Ghani yang cedera parah selepas terkena tembakan polis di dadanya ketika rusuhan yang dirancang oleh pihak tertentu di Terengganu.

Allah Maha Adil. Insaflah mereka yang membuat perancangan tersebut. Balasan Allah “cash” tunai , lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini. Saksikan sendiri bagaimana anggota polis yang berpakaian preman telah mengacukan pistol kepada orang awam di Butterworth dan di Kuala Lumpur , bukannya di Terengganu.

Di Butterworth 200 orang awam telah bertegang urat dengan dua orang anggota polis yang berpakaian preman ketika menjalankan tugas akhirnya polis tadi mengacukan pistol. Di Kuala Lumpur 50 orang Mat Rempit membelasah 2 orang anggota polis juga berpakaian preman ketika menjalankan tugas akhirnya polis tadi juga mengacukan pistol.

Insaflah, bertaubatlah. Sebelum pintu taubat ditutup. Suwandi, kau wira rakyat Malaysia. Suwandi, kau wira rakyat Indonesia.

Ya Allah, aku serahkan kepada Engkau segala urusan orang-orang ini. Ya Allah, aku serahkan kepada engkau mereka-mereka yang membuat perancangan dan melaksanakan perancangan rusuhan di Batu Buruk Terengganu pada 8 September 2007. Amin Ya Rabbal Alamin

***************************
Cops mistaken for robbers By YENG AI CHUN and M. SIVANANTHA SHARMA

Mstar 24 Sep 07. BUTTERWORTH: An undercover operation “backfired” when 200 people confronted two policemen in Jalan Raja Uda, mistaking them for robbers.

The policemen, in plainclothes, had gone to an open-air market at about 11am following a tip-off that porn VCDs were being openly sold.

The duo were said to have flashed their authority cards, following which two VCD peddlers made a getaway.

The policemen then went on to seize the VCDs that were placed on a table.

The crowd, suspecting something amiss, surrounded the shabbily-dressed policemen. Someone then shouted rompak, rompak! (robbery!).

During the commotion, four men carted away the seized VCDs. The standoff with the police lasted about an hour. A man was brought back to the Butterworth police station for questioning and released later.

North Seberang Prai OCPD Asst Comm Wan Abdullah Tuanku Said, who said the incident arose due to a “misunderstanding”, added that both policemen maintained that they had shown their authority cards.

“My men said they identified themselves but several witnesses said they did not do that,” he told a press conference at the Butterworth police contingent headquarters.

He said the two policemen, who sensed trouble after seeing the crowd swell, radioed for assistance.

ACP Wan Abdullah said policemen in patrol cars hurried to the scene.

He said police would investigate claims that one of the policemen had a scuffle with a man and brandished a pistol at him.

He urged those with information on who carted away the VCDs to call the police at 04-332 2222.

ACP Wan Abdullah stressed that policemen could choose not to wear uniforms when on duty but they must show their authority cards.

http://www.mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_356c174d-c0a85062-edc33d00-f23bf9ee

‘The bystanders did nothing’

By MOHD YAAKOB YUSOF

KUALA LUMPUR: He was punched and kicked by a group of Mat Rempit — but what hurt him most was the attitude of the bystanders who stood by as if watching a show.

And he is a cop trying to stop the Mat Rempit menace from terrorising the public! That was an unforgettable experience for Constable Mohd Firdaus Md Ali Hairuddin, who together with Sergeant Abdul Wahid Idris, were working undercover as members of the elite Squad 42 of the City traffic police in Tasik Sri Permaisuri last Sunday.

He said the incident occurred during an operation against illegal racing in the area, one of the ‘hot spots’ for Mat Rempit activities.

“I was with seven plainclothes colleagues sent there at 11.30pm last Saturday (Aug 18) after roadblocks were set up in the city.

“We suspected that the illegal racers would use Tasik Sri Pemaisuri to avoid the roadblocks.” True enough, he said they saw hundreds of Mat Rempit stunt riding there.

“An hour later, six of my squad members detained three of the racers and they were taken to Jalan Bandar police station for questioning.

“Only Sergeant Wahid and me were left as we were observing a suspect riding dangerously on a Yamaha RXZ in the area.” He said when the rider and his female pillion rider stopped at a bus stop two hours later, they moved in.

“We parked our bikes in front of the couple and introduced ourselves.

“The suspect panicked and started his bike while hitting us. I had to grab him.” He said the suspect’s pillion rider then kicked and punched him on the back, together with two other accomplices, who appeared from nowhere.

It forced Abdul Wahid to pull out his gun to scare away the other Mat Rempits.

“They fled but the suspect fell. However, he took off his shirt, making it difficult for us to grab him.

“Soon after he escaped, I saw the rider of a passing Yamaha RXZ motorcycle kicking Firdaus from behind.” Mohd Firdaus sustained minor injuries on his back and knee while Abdul Wahid had several scratches on the leg.

They only got the suspect’s abandoned bike as he had fled on a friend’s motorcycle.

However, Abdul Wahid said he was sad that passers-by did not help them.

“There are about 50 people who saw everything but they just stood by the road.

“It looked like they were watching a show.” He said the public should be helping police to curb illegal racing activities.

“We need help from everyone.

They shouldn’t put all the burden on our shoulders.” Abdul Wahab also called on parents to monitor their children to prevent them from getting involved in illegal races and other criminal activities.

http://www.mmail.com.my/Current_News/mm/Weekend/Frontpage/20070826224826/Article/pp_index_html
http://dppwp.wordpress.com/2007/09/24/50-orang-awam-hanya-lihat-polis-dibelasah-mat-rempit-kerana-takut-tertembak/#more-1157

Remaja Kuala Pilah tak sekolah untuk cari rezeki

Demi keluarga. Seorang remaja tidak pernah pergi ke sekolah kerana membantu ibu mencari rezeki

Harian Metro Ahad 23 Sep 2007. KUALA PILAH: Demi keluarga, seorang remaja sanggup mengorbankan alam persekolahan untuk membantu ibunya mencari rezeki sebagai penoreh getah di Kampung Gemencheh Ulu, Air Mawang, Johol, dekat sini.

Siti Zalilah Ahmad, 15, tidak pernah menjejak kakinya ke sekolah demi menjaga adiknya selepas ibu, Kaimah Md Sani, 49, berpisah dengan bapanya, kira-kira tujuh tahun lalu.

Siti Zalilah berkata, dia terpaksa melupakan alam persekolahan kerana perlu menjaga empat adiknya yang masih kecil ketika itu.

“Saya mula membantu ibu menoreh getah di kebun sejak berusia sembilan tahun. Pendapatan itu digunakan untuk membesarkan adik saya yang lain,” katanya yang ditemui di kediaman datuknya semalam.

Siti Zalilah berkata, dia memang ada hasrat untuk belajar di sekolah seperti remaja lain, namun disebabkan kesempitan hidup keluarganya, niat itu terpaksa dipendam.

“Saya hanya belajar membaca daripada kakak dan abang. Saya memang ada impian untuk belajar dan mendapat pekerjaan lebih baik, namun demi adik, saya mengalah,” katanya.

Sementara itu, Kaimah berkata, dia bernasib baik kerana ibu bapanya sudi membenarkan dia dan anak tinggal di rumah mereka.

“Hasil perkahwinan saya dengan bekas suami, kami mempunyai 15 anak. Lima sudah berumahtangga, lima lagi bekerja manakala saya menanggung lima lagi yang berusia di antara 15 hingga enam tahun.

“Sebahagian besar perbelanjaan kami sekeluarga bergantung sepenuhnya pada hasil jualan getah. Hendak harapkan sangat anak lain, mereka juga ada tanggungan sendiri, mujur Siti Zalilah banyak membantu saya,” katanya.

Kaimah berkata, hasil pendapatan menoreh getah dikongsi dengan pemilik kebun dan setiap bulan, dia hanya memperoleh sekitar RM200.

“Walaupun mempunyai keluarga besar, saya tetap berusaha memastikan mereka dapat hidup dengan sempurna.

“Saya tidak pernah memohon bantuan tetapi yang saya kesal, kira-kira dua tahun lalu, bekas penghulu pernah berjanji, saya layak mendapat bantuan rumah menerusi Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).

“Dia hanya meminta saya menyediakan tapak untuk rumah itu. Saya juga terpaksa menggunakan ‘duit kutu’ dan wang bapa saya sebanyak RM1,000 untuk membersihkan kawasan untuk tapak rumah berkenaan tetapi sampai sekarang, bantuan dijanjikan tidak saya peroleh,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Setempat/20070923101307/Article/index_html

9/23/07

Sepetang Bersama YB Ir Amiruddin 30 Sep Senawang

Sepetang bersama YB Ir Amiruddin Hamzah di DUN Paroi, Senawang (Parlimen Rembau) Ahad 30 September 2007
5:30 petang Lawatan Bazar Ramadhan
6:15 petang Tazkirah Ramadhan
7:00 petang Majlis Berbuka Puasa di MTD Paroi
Anjuran MTD Paroi . Maklumat lanjut hubungi Hassan 019-2171942 , Suhairi 012-6411306
******************

Majlis Berbuka Puasa & Ceramah 30 Seremban

Majlis Berbuka Puasa anjuran Lajnah Penerangan PAS N.Sembilan dan Badan Perhubungan PAS N.Sembilan
Ahad 30 September 2007
Di Markas PAS Taman Pancur Jaya, Seremban

Ceramah Ramadhan – Ahad 30 September 2007 – Jam 9:30 mlm
Penceramah : Ustaz Abd Ghani Shamsuddin, YB Ir Amiruddin Hamzah, Sdr Asmuni Awi
Di Markas PAS Taman Pancur Jaya, Seremban. Semua Dijemput Hadir
Maklumat lanjut hubungi Sdr Shamsul 019-6532973
******************

Majlis Berbuka Puasa 29 Sep Seremban

Majlis Berbuka Puasa anjuran Dewan Ulamak PAS N.Sembilan dan Badan Perhubungan PAS N.Sembilan
Sabtu 29 September 2007
Di Gedung Lalang 162, Ampangan, Seremban
Maklumat lanjut hubungi Hj Taufek 019-6576540
******************

Ceramah Pilihanraya Bersih 24 Sep Seremban

Ceramah Perdana : “Pilihanraya Bersih , Negara Aman dan Sejahtera”
Penceramah :
Tn Hj Mohamad Sabu – Naib Presiden PAS
Sdr Azmin Mohd Ali – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat
En Lim Guan Eng – Setiausaha Agung DAP

Isnin 24 September 07 – Jam 9:30 malam
Di Lot 13015, Bt 3, Jalan Kuala Pilah, Ampangan, Seremban (Sebelah Surau Hitam)

Semua Dijemput Hadir
******************

9/20/07

Bukti Terang Nyata Pengundi Hantu di Perak

Ahirudin Atan atau lebih dikenali sebagai Rocky Bru adalah merupakan seorang wartawan professional tanahair. Rocky ni lah yang menggemparkan Malaysia dengan artikel beliau bahawa PM beli kapal layar mewah di Turki dengan harga RM 30 juta http://rockybru.blogspot.com/2006/12/pms-rm30-million-yacht.html

Sekarang sekali lagi Rocky menggemparkan negara. Beliau begitu hairan dan pelik , bagaimana rekod Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia mengesahkan Rocky adalah pengundi yang sah di Rapat Setia , Perak. Sedangkan beliau tidak pernah berdaftar sebagai pengundi. Beliau tidak pernah tinggal di Perak. Alamat beliau pada kad pengenalan lama dan Mykad ialah di Puchong , Selangor. Kampung dia pula di Melaka. Adakah ianya jelmaan Hantu Rocky di Perak ?

Kepada semua rakyat Malaysia yang tidak minat politik, yang benci pada UMNO, PAS, PKR, DAP dan lain-lain. Tolonglah semak dilaman web SPR http://www.spr.gov.my samada nama anda tersenarai sebagai pengundi yang sah atau pengundi hantu.

Sekiranya nama anda digunakan sebagai pengundu Hantu, sila buat laporan polis dan sebagainya. Kerana mungkin no KP anda , atau no MyKad anda akan digunakan pula untuk buat pinjaman perumahan, buat pinjaman kereta, daftar talipon, yang akhirnya anda akan diheret ke mahkamah, diisytihar muflis, dipenjara dan sebagainya.

Berikut artikel Rocky mengenai perkara ini :
Excuse me, WTF registered me as a voter? http://rockybru.blogspot.com/2007/09/excuse-me-wtf-registered-me-as-voter.html

I, Phantom? I have never registered myself as a voter in my entire life.
So how did I get my name on the Election Commission's voter roll?
Someone must have done it for me. Who?
I have never been to Rapat Setia, for heaven's sake.
My address on my old ID and on my new MyKad is Puchong, Selangor.
I have never lived in Perak.
My kampong is in Melaka.
So who did I vote for in Gopeng? And in Simpang Pulai?

Is someone walking around with my ID, my MyKad?
Am I really who I think I am?
Was I a Phantom Voter in the last general election?

Excuse me, Mr Election Commissioner, YOU HAVE SOME EXPLAINING TO DO HERE!

I've always been skeptical when people talk about phantom voters being used to win elections. I have always been sympathetic with the EC when people accuse it of flaws in the electoral process. With millions on the electoral roll, surely honest mistakes can be expected here and there.

There's nothing honest about the EC's mistake here.
Thursday, September 20, 2007 at 1:35 AM

9/19/07

Solat Membentuk Pekerja Berkualiti 3 Okt Seremban

Assalamualaikum wbt,

Sempena kedatangan Bulan Ramadhan al-Mubarak yang mulia ini, Pusat Pembangunan Latihan & Teknologi Maklumat, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan ingin menjemput tuan/puan ke:

“Program Pembentukan Pekerja Berkualiti Melalui Kesempurnaan Solat”

Pengendali : Ustaz Haji Zaharuddin Haji Abdul Rahman (Ketua Jabatan Syari’ah Qatar Islamic Bank Malaysia )

Tarikh : 3 Oktober 2007 (Rabu)
Masa : 8 pagi – 5 petang
Tempat : Dewan Theaterette Wisma Negeri, Seremban, N. Sembilan.
Bayaran : RM 65 sahaja (cenderahati disediakan). No Akaun: 5012 0100 29660 (Bank Islam)

Pendaftaran : Sila hubungi Zarul (013-391 0979) atau Zuhairi (06-765 2901/ zuhairi3@yahoo.com)

Tuan / puan juga boleh memanjangkan maklumat ini kepada kawan-kawan dan ketua jabatan tuan / puan untuk dimaklumkan kepada semua pegawai dan kakitangan serta untuk memohon pelepasan kerja dan pembiayaan yuran.

Selamat berpuasa dengan penuh ketaqwaan,

ZUHAIRI MOHD NOPIAH
Ketua Jabatan Pembangunan Profesional & Korporat,
Jabatan Pembangunan Profesional & Korporat,
Pusat Pembangunan Latihan & Teknologi Maklumat,
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
Tel: 06-765 2900 / 1 Fax: 06-765 2906

"Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencari ilmu padanya nescaya Allah akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga." [H.R. Muslim:4/2074 no:2699]

O b j e k t i f
1) Mendedahkan beberapa kaedah dan teori bagi memperolehi khusyu' dalam solat serta menekankan kepentingannya.
2) Mendedahkan kaedah solat yang paling bertepatan dengan solat yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW berdasarkan dalil-dalil terkuat. Serta mendedahkan pandangan mazhab Syafie dan lain-lainnya (jika terdapat keperluan) di dalam hal-hal cabang.
3) Mempersembahkan suatu ilmu teori dan praktikal agar dapat melahirkan solat yang paling hampir dengan solat Rasulullah SAW.
4) Mengeluarkan umat Islam dari kepompong taqlid dalam ibadah solat kepada mengetahui dalil-dalil al-Quran dan As-Sunnah yang kukuh.
5) Memantapkan solat umat Islam hari ini agar ia benar-benar di tunaikan dalam bentuk yang sebaik-baiknya.

Renungan Untuk Bakal Wakil Rakyat dan Menteri

SURAT YANG DITULIS OLEH KHALIFAH ISLAM YANG KEEMPAT, ALI BIN ABI TALIB, KEPADA MALIK BIN AL-HARIS AL-ASHTAR SEMPENA PERLANTIKANNYA SEBAGAI GABENOR MESIR PADA TAHUN HIJRAH 655

Ketahuilah kamu wahai Malik bahawa aku mengutuskan engkau sebagai pemerintah di negeri yang pada masa lalu pernah mengalami pemerintahan yang adil dan tidak adil. Penduduknya akan memerhatikan tindakan-tindakan kamu dengan mata yang tidak senang, walaupun kamu sebelum ini pernah meneliti tindak-tanduk orang-orang yang kamu pimpin. Mereka juga akan bercakap mengenai kamu seperti apa yang kamu cakapkan mengenai mereka. Hakikatnya, masyarakat hanya memuji mereka yang melakukan perkara yang baik. Merekalah yang akan membuktikan kebenaran tindak-tanduk kamu. Oleh itu harta yang paling berharga yang amat dicari ialah amalan-amalan baik. Tetapkan iman kamu dan jauhi sama sekali perkara-perkara yang dilarang, dan kamu akan dapat mengenal antara yang baik atau sebaliknya.

Semaikan di hati kamu perasaan kasih kepada rakyat kamu dan biarkan ia menjadi sumber kebaikan dan rahmat kepada mereka. Jangan percaya bahawa mereka seperti orang yang tidak bertamadun dan janganlah merampas apa yang mereka miliki.Ingatlah bahawa rakyat negara itu terbahagi kepada dua. Mereka sama ada saudara seagama dengan kamu atau sebangsa. Mereka mempunyai kelemahan dan boleh melakukan kesilapan, malah sesetengahnya memang melakukan kesalahan. Maafkan mereka seperti kamu mahukan Allah mengampunkan kamu. Ingatlah bahawa kamu diletakkan di atas mereka, begitu juga saya diletakkan di atas kamu. Dan ingatlah bahawa Tuhan mengatasi orang yang melantik kamu sebagai pemimpin bagi membolehkan kamu menjaga kebajikan orang-orang bawahan kamu. Kamu akan diadili atas apa yang sudah kamu lakukan terhadap mereka.

Janganlah kamu melanggar perintah Allah kerana kamu bukan saja tidak mempunyai kekuatan untuk melindungi diri kamu daripada kemurkaanNya, tetapi kamu juga tidak boleh meletakkan diri kamu di luar belas kasihanNya dan keampunanNya. Jangan berasa bersalah atas tindakan kamu memberi maaf atau bergembira atas hukuman yang kamu jatuhkan terhadap mereka. Janganlah biarkan diri kamu dalam kemarahan kerana ia tidak akan membawa sebarang keuntungan.

Jika kamu dilantik ke jawatan yang mempunyai kuasa dan berasa megah atau sombong, ingatlah kuasa dan keagungan Yang Maha Esa ke atas alam ini yang kamu langsung tidak mempunyai sebarang kawalan. Ini akan mengembalikan kepada kamu unsur-unsur keseimbangan dan akan meletakkan kamu dalam ketenteraman dan ketenangan. Berhati-hatilah dan janganlah menentang keagungan dan kebesaran Tuhan dan jangan meniru kekuasaanNya: kerana Allah boleh membinasakan orang-orang yang menentangNya dan orang yang zalim.


Orang Biasa

Biarkan fikiran kamu menghormati, melalui tindak-tanduk kamu, akan kuasa dan hak Tuhan serta juga hak-hak manusia. Oleh itu pujuklah rakan-rakan kamu dan saudara-saudara kamu supaya turut sama berbuat demikian. Jika tidak,kamu akan bersikap tidak adil bukan saja kepada diri sendiri tetapi juga terhadap kemanusiaan. Kedua-dua manusia dan Allah akan menjadi musuh kamu.Tidak pernah diketahui ada orang yang menjadikan Allah musuhnya dan jika ini berlaku dia akan dianggap “berperang” dengan Allah sehingga dia mohon ampun. Tidak ada yang boleh menafikan manusia daripada menerima rahmat atau membangkitkan kemurkaanNya kecuali kekejaman. Itulah sebabnya Allah mendengar doa mereka yang tertindas dan menghukum mereka yang melakukan penindasan itu.

Kekalkan keadilan dalam pentadbiran dan semaikan semangat ini dalam jiwa kamu dan dapatkan persetujuan orang ramai kerana rasa tidak puas hati rakyat jelata mengatasi rasa puas hati segelintir masyarakat yang menikmati keistimewaan. Ingatlah bahwa mereka yang mempunyai keistimewaan itu kecil golongannya dan mereka tidak akan membantu kamu ketika dalam kesusahan. Mereka akan cuba memesongkan keadilan dan akan meminta lebih daripada yang mereka sepatutnya terima. Mereka juga tidak akan bersyukur dengan apa yang sudah diberikan kepada mereka. Mereka akan gelisah menghadapi dugaan dan tidak berasa kesal akan kelemahan-kelemahan mereka. Sesungguhnya, rakyat biasalah yang menjadi kekuatan sesebuah negara dan agama.

Jauhilah mereka yang cuba mendedahkan kelemahan orang lain. Lagipun, rakyat jelata tidak terkecuali daripada kelemahan. Adalah menjadi tanggungjawab pemerintah melindungi mereka. Jangan mendedahkan sesuatu yang tersembunyi, tetapi cuba hilangkan kelemahan yang sudah nyata. Allah sentiasa melihat segala yang terselindung daripada kamu, dan Dia saja yang akan mengendalikan perkara itu. Kamu hendaklah sebaik mungkin menutup kelemahan rakyat kamu dan Allah akan menutup kelemahan-kelemahan yang kamu cuba sembunyi daripada pengetahuan mereka.

Hapuskan kekusutan perasaan benci membenci antara rakyat dan pentadbiran dan hapuskan segala perkara yang menyebabkan ketegangan dalam hubungan mereka. Lindungi diri kamu daripada melakukan perkara-perkara yang tidak adil bagi kamu. Jangan tergesa-gesa mencari kebenaran fitnah yang diceritakan kepada kamu kerana orang itu adalah manusia yang tidak jujur serta cuma berpura-pura menjadi sahabat kamu.

Janganlah terima nasihat daripada orang yang kedekut kerana dia akan melemahkan semangat dan menakutkan kamu sehingga menjadi miskin. Janganlah terima nasihat daripada orang yang pengecut kerana dia akan melemahkan semangat kamu. Juga jangan terima nasihat daripada orang yang tamak kerana dia akan menanamkan sifat tamaknya kepada kamu dan menjadikan kamu zalim. Sikap kedekut, pengecut dan tamak akan menghakiskan keyakinan seseorang terhadap Allah.

Penasihat yang buruk adalah mereka yang pernah berkhidmat kepada pemimpin yang tidak adil dan berkongsi jenayah yang dilakukan. Jadi janganlah sekali-kali menerima orang-orang seumpama ini sebagai penasihat kamu. Kamu boleh mendapat orang-orang yang lebih baik daripada mereka iaitu orang- orang yang dianugerahkan kepintaran dan pandangan yang jauh serta tidak dinodai oleh dosa dan tidak pernah bersubahat dengan orang yang zalim melakukan kezalimannya atau penjenayah dalam melakukan jenayahnya. Orang seperti ini tidak akan membebankan kamu. Mereka sebaliknya akan menjadi sumber pertolongan dan kekuatan kepada kamu pada setiap masa. Dia akan menjadi kawan kamu dan orang yang asing kepada musuh-musuh kamu. Pilihlah orang seperti ini sebagai rakan baik dalam perjuangan mahupun ketika bekerja. Di kalangan mereka itu juga, tunjukkan minat kamu terhadap mereka yang jujur, walaupun ini kadangkalanya sukar dilakukan.

Dekatilah mereka yang jujur dan takutkan Tuhan dan beritahu mereka bahawa mereka tidak boleh cuba memuji kamu atas sebarang perkara kebaikan yang mungkin kamu belum lakukan. Ini kerana sikap tolak ansur terhadap kata-kata pujian akan hanya memupuk sikap megah dalam jiwa manusia dan ini akan menjadikannya angkuh. Jangan beri layanan yang sama kepada orang-orang yang baik dan yang jahat. Ini akan menghalang mereka yang baik daripada terus mlakukan perkara yang baik dan akan menggalakkan mereka yang jahat supaya terus melakukan perbuatan itu. Berilah pujian kepada mereka yang berhak diberi pujian. Ingatlah bahawa kepercayaan dan muhibah antara pemimpin dan rakyat hanya dapat dipupuk melalui kebaikan, keadilan dan perkhidmatan. Oleh itu pupuklah muhibah di kalangan rakyat kerana hanya muhibah sahaja akan menyelamatkan kamu daripada bencana. Mereka akan membalas sikap murah hati kamu dengan memberi kepercayaan mereka kepada kamu.


Kumpulan Manusia Yang Berbeza

Jangan mengenepikan tradisi – tradisi murni yang diwarisi daripada nenek moyang kita yang memupuk semangat harmoni di kalangan penduduk, dan jangan melakukan sesuatu yang boleh mengurangkan usaha –usaha itu. Mereka yang meletakkan asas tradisi – tradisi ini sudah medapat ganjaran mereka, tetapi jika tradisi – tradisi itu diganggu gugat, ia akan menjadi tanggungjawab kamu, Cubalah sentiasa belajar daripada mereka yang berpengetahuan dan bijak dan mintalah nasihat mereka mengenai urusan-urusan Negara supaya kamu dapat mengekalkan keamanan dan muhibah yang sudah diwujudkan. Ingatlah bahawa masyarakat dianggotai oleh pelbagai jenis manusia. Kemajuan sesuatu kumpulan itu bergantung kepada kemajuan yang lain, dan tidak ada yang boleh bergerak secara persendirian tanpa bantuan orang lain. Kita mempunyai bala tentera, kakitngan awam, badan kehakiman, pemungut cukai dan pegawai perhubungan awam. Masyarakat umum pula dianggotai oleh mereka yang beragama Islam dan dhimmi dan dikalangan mereka pula ada ahli perniagaan dan ahli pertukangan, penganggur dan orang yang degil. Allah sudah menentukan hak, tugas dan tanggungjawab masing-masing. Ini dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran dan Sunnah Nabi.

Bala tentera dengan rahmat Allah adalah sebagai benteng kepada manusia dan lambang kebesaran Negara. Ia adalah tonggak keimanan dan mengekalkan keamanan Negara. Tanpanya sesebuah Negara akan tergugat. Bala tentera pula tidak dapat bertahan tanpa sokongan Negara. Tentera kita sudah terbukti kuat kerana mereka berjuang kerana Allah, tetapi mereka memerlukan bantuan kebendaan, oleh itu mereka terpaksa bergantung kepada pendapatan Negara. Anggota tentera dan orang awam yang membayar cukai, kedua-duanya perlu bantu membantu antara satu sama lain. Begitu juga hakim, pegawai kerajaan dan kakitangannya. Kadi bertanggungjawab dalam pentadbiran awam dan undang - undang jenayah, pegawai kerajaan memungut cukai dan mentadbir Negara dengan bantuan kakitangannya. Dan seterusnya peniaga dan pedagang juga menyumbang pendapatan mereka untuk Negara. Mereka adalah orang yang menjalankan pasaran dan berada dalam kedudukan yang lebih baik daripada mereka yang menolak kehendak sosial. Allah memberi peluang yang adil pada semua orang, ada hak dalam semua kelas dalam pentadbiran di mana pentabdbir perlu memenuhinya. Mencari yang baik untuk penduduknya, satu tanggungjawab yang tidak boleh dipenuhi dengan sempurna kecuali dia mempunyai minat untuk itu dan meminta pertolongan daripada Allah. Sesungguhnya, itu adalah kewajipan mereka menjalankan tugas itu dan bersabar ketika berhadapan dengan kesusahan dalam menjalankan tugas.

Berikan perhatian khusus kepada kebajikan mereka yang berkhidmat dalam angkatan tentera yang pada pendapat kamu mereka itu taat kepada Allah dan RasulNya dan taat kepada ketua. Mereka yang boleh menahan diri ketika dipengaruhi nafsu. Mereka yang mendengar dengan tenang kepada nasihat yang berguna, dan mereka yang boleh membantu orang miskin dan membinasakan yang kuat. Dan mereka yang tidak bertindak ganas apabila dihasut dan sentiasa tetap pendirian.

Hendaklah kamu menjaga mereka dengan lembut sebagaimana kamu melayani anak- anak kamu. Jangan kamu mendabik dada mengenai kebaikan yang telah kamu lakukan kepada mereka dan jangan pula memandang ringan kemesraan yang mereka tunjukkan kepada kamu. Sikap seperti ini akan menimbulkan rasa ketaatan, kesetiaan dan baik sangka antara kamu dan mereka. Kamu hendaklah melayan kehendak mereka walau sekecilmana sekalipun. Janganlah kamu berpuashati dengan pertolongan yang sudah diberikan kepada mereka, kerana kadangkala, permintaan yang kecil jika diberi perhatian akan mendatangkan kelegaan yang amat besar kepada mereka. Sudah tentu mereka ini tidak akan lupa jasa – jasa kamu dan ketika kamu memerlukan pertolongan mereka.

Adalah berfaedah jika kamu memilih Ketua Turus Tentera daripada mereka yang sanggup menunaikan tugas dan bertanaggungjawab membantu askar – askarnya. Mereka yang mengatasi pegawai –pegawai lain dalm memberi kebaikan kepada askar- askarnya dan menjaga keluarga mereka apabila mereka pergi ke perbatasan dan dengan demikian seluruh anggota tentera akan bersatu padu. Perpaduan ini akan memberi mereka lebih kekuatan apabila menentang musuh. Kekalkan sikap lemah-lembut terhadap mereka supaya mereka terasa sentiasa bersama kamu. Hakikatnya kegembiraan sebenar seseorang pentadbir dan keselesaan yang memuaskan terletak kepada usahanya menegakkan keadilan dalam negeri dan mengekalkan hubungan mesra dengan rakyat. Kejujuran perasaan mereka dicurahkan melalui kecintaan dan penghormatan yang mereka tunjukkan kepada kamu, dan ini dapat mengekalkan keselamatan pentadbir. Nasihat kamu kepada askar-askar tidak berguna kecuali dan sehingga kamu menunjukkan sikap kasih sayang kepada anggota tentera dan pegawai-pegawainya supaya mereka tidak menganggap kerajaan sebagai beban yang menindas atau membawa kepada kejatuhannya.

Teruskan usaha memenuhi keperluan mereka dan memuji mereka berkali-kali terhadap perkhidmatan baik yang mereka berikan. Sikap seumpamanya itu insya-Allah akan mendorong tindakan yang lebih berani dan mengalakkan yang penakut menjadi berani. Cubalah memahami perasaan orang lain dan jangan menyalahkan antara satu sama lain dan jangan merungut apabila memberi ganjaran yang sewajarnya.

Berhati-hatilah ketika memilih pegawai bagi badan kehakiman kerana ia adalah badan tertinggi yang mungkin dipergunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, untuk kepentingan sendiri. Sahkan jawatan mereka setelah mereka menjalani latihan dan ujian. Jangan memilih mereka untuk jawatan yang memerlukan amanah yang tinggi kerana hubungan peribadi atau dipengaruhi oleh orang lain. Ini membawa kepada ketidakadilan dan rasuah.

Pilihlah mereka yang berpengalaman, tegas, kuat imannya dan daripada keluarga yang baik untuk menduduki jawatan-jawatan tertinggi. Mereka yang seumpama itu tidak mudah mengalah dengan godaan nafsu dan akan menjalankan tugas mereka dengan baik. Naikkanlah gaji mereka supaya mereka dapat hidup lebih selesa. Taraf hidup yang baik dapat membersihkan diri daripada kejahatan. Mereka tidak akan terdorong untuk mencukai pendapatan orang bawahan bagi kesenangan mereka sendiri. Dengan itu, mereka tidak mempunyai sebab sama ada untuk melanggar arahan kamu atau menyalahgunakan kewangan Negara. Awasilah mereka dengan orang yang setia dan mulia tanpa pengetahuan mereka. Carilah orang yang jujur dan setia untuk mengawasi pegawai-pegawai ini tanpa pengetahuan mereka. Melalui cara ini, mereka dapat membentuk kejujuran dan memberi perhatian yang sebenar kepada kebajikan orang ramai. Tetapi, apabila ada antara mereka dituduh tidak amanah dan siasatan Jabatan Perisik kamu memdapatinya bersalah, anggaplah bukti ini sudah memadai untuk menghukum mereka. Biarlah hukuman itu berat dan dijalankan di khalayak ramai.


Pentadbiran Kewangan

Pentadbiran kewangan perlu diberi perhatian berat, bagi menjamin kemakmuran mereka yang membayar cukai kepada Negara. Kemakmuran orang lain, khususnya rakyat bergantung kepada kemakmuran pembayar cukai. Sebenarnya negara wujud kerana adanya pendapatan. Kamu mesti menganggap perniagaan tanah pertanian yang diusahakan lebih penting daripada memungut cukai, kerana cukai tidak dapat dikutip jika tanah tidak produktif. Mereka yang meminta hasil tanpa membantu petani memajukan tanahnya, menimbulkan kesukaran yang tak diingini kepada petani dan menghancurkan negara. Pemerintahan orang yang seperti itu tidak akan berkekalan. Orang seumpama itu tidak lama jadi pemerintah.

Jika petani meminta dikurangkan cukai tanah kerana tanamannya musnah diserang serangga, kemarau, banjir atau tanah tidak subur, maka kurangkan cukai mengikut kadar yang sepatutnya. Dengan itu keadaan hidup mereka akan bertambah baik. Usah dibimbangkan soal kekurangan pendapatan kepada negara kerana satu hari nanti tanah itu akan mendatangkan kemakmuran yang berlipat ganda dan membolehkan kamu memperbaiki keadaan bandar kamu dan menaikkan imej negeri kamu. Rakyat akan percaya kepada keadilan yang kamu tegakkan itu. Keyakinan yang diberikan kepada kamu ini akan menambahkan kekuatan kamu kerana mereka akan bersedia pula untuk berkongsi beban bersama kamu.

Kamu mungkin dapat menempatkan sebanyak manusia di tanah pertanian, tetapi perasaan tidak puas hati akan menyelubungi mereka jika tanah tidak dimajukan. Punca petani menjadi binasa adalah kerana pemimpin yang tamak, cuba mengaut kekayaan berlipat ganda kerana bimbang dia tidak kekal lama. Mereka yang sedemikian adalah orang yang tidak belajar dari pengalaman dan teladan masa lalu.


Golongan Kerani

Sentiasa awasi kakitangan kamu dan pilihlah yang terbaik di kalangan mereka untuk mengendalikan urusan surat menyurat sulit kamu. Mereka yang berakhlak tinggi dan yang kamu percayai. Mereka yang tidak akan mengambil kesempatan mempergunakan kedudukan istimewa untuk menentang kamu dan mereka yang apabila menulis perjanjian, tidak terpangaruh dengan nafsunya dan menjejaskan kepentingan kamu atau gagal menjelesaikan masalah kamu. Pilihlah mereka yang apabila menjalankan tugas sedar betapa beratnya tanggungjawap mereka. Mereka yang tidak sedar tanggung-jawabnya sendiri sukar menghargai tanggung-jawab orang lain.

Janganlah memilih semata-mata berasaskan kekuatan pandangan pertama, kecintaan dan keikhlasan kamu. Sesungguhnya kepura-puraan boleh menipu pemerintah yang pintar. Pemilihan hendaklah dibuat setelah menjalani tempoh percubaan yang akan menguji kesesuian mereka. Dalam membuat perlantikan terus, pastikan mereka yang dipilih itu mempunyai pengaruh di kalangan rakyat dan mempunyai nama baik di setiap jabatan pentadbiran. Dan ingatlah sebarang kelemahan dikalangan kakitangan kamu, jurutulis yang kamu tidak mengambil berat terhadapnya akan menulis menentang kamu.


Perdagangan dan Perindustrian

Amalkan skim-skim yang berguna bagi mereka yang terbabit dalam perdagangan dan perindustrian dan bantulah mereka dengan nasihat yang bijaksana. Sesetengah daripada mereka tinggal di bandar dan sesetengahnya pula berpindah dari setempat ke setempat dengan kemahiran masing-masing dan hidup dengan menjadi buruh harian. Perdagangan dan industri adalah sumber keuntungan kepada negara. Kebanyakan rakyat tidak cenderung untuk memikul tanggungjawab berat itu. Sebaliknya mereka yang menyertai profesion ini sanggup bersusah payah memungut barang-barang perniagaan dari jauh dan dekat, dari daratan dan laut, gunung dan hutan untuk mendapatkan faedah daripadanya.

Inilah golongan yang cintakan kedamaian dan bagi mereka kekacauan tidak perlu ditakutkan. Mereka cinta dan menurut perintah. Tentu sekali mereka tidak mahu menimbulkan keadaan huru-hara. Lawatilah ke seluruh pelusuk negeri dan jalinkan hubungan peribadi dengan golongan ini serta bertanyakan masalah mereka. Tetapi ingat, kebanyakan mereka tamak dan biasa dengan urusan menipu. Mereka menyorok hasil tanaman untuk dijual dengan harga yang mahal, dan ini menyusahkan rakyat. Perkara-perkara ini akan menjatuhkan maruah pemerintah jika perbuatan buruk itu tidak dihalang. Halang mereka daripada menyembunyikan hasil. Nabi Muhammad s.a.w. melarang perbuatan ini. Dan beri perhatian, supaya perdagangan berjalan dengan mudah, timbangannya betul dan harganya ditetapkan supaya menjual dan pembeli tidak mengalami kerugian. Tetapi jika ada yang tidak menghiraukan amaran kamu dan menyorok hasil tanaman, bertindak dan hukumlah mereka sewajarnya.


Orang Miskin

Takutkan Allah apabila berurusan dengan masalah orang miskin yang tidak mempunyai sesiapa untuk berlindung, terbiar, susah dan tidak bermaya dan yang kusut fikirannya kerana menjadi mangsa kepada takdir yang berlaku. Antara mereka ada yang tidak mempersoalkan nasib mereka dan sanggup menanggung kesengsaraan daripada meminta sedekah. Demi Allah, peliharalah hak mereka, kerana kamu bertanggung-jawab untuk melindungi mereka. Peruntukkanlah sebahagian daripada simpanan Baitul-mal untuk membaiki kedudukan mereka, tidak kira di mana mereka berada, dekat atau jauh dari kamu. Mereka hendaklah diberikan hak yang sama-rata dan adil. Jangan biarkan kesibukan melupakan kamu akan tanggung-jawab kamu terhadap mereka, kerana tidak ada alasan yang akan diterima oleh Allah jika kamu membiarkan nasib mereka melarat. Jangan kamu anggap bahawa kepentingan mereka kurang daripada kepentingan kamu, dan jangan mengenepikan mereka dalam perkiraan kamu. Awasilah orang-orang yang memandang rendah dan membiarkan kamu melupai akan nasib orang miskin.

Pilihlah antara pegawai-pegawai kamu mereka yang rendah diri dan bertakwa kepada Allah, yang akan memberi nasihat serta sentiasa mengingatkan kamu mengenai orang miskin. Sediakan peruntukan bagi mereka supaya kamu tidak payah memberi alasan kepada Allah di hari pengadilan, kerana mereka inilah orang yang patut menerima layanan baik daripada kamu. Carilah ganjaran daripada Allah dengan memberikan apa yang menjadi hak mereka. Inilah tanggungjawab suci kamu untuk memenuhi kehendak orang-orang tua di kalangan mereka yang tidak mempunyai tempat pergantungan hidup dan tidak mahu meminta bantuan kewangan. Tanggungjawab seumpama itulah biasanya sukar dilakukan oleh pemerintah, tetapi ia sangat dialu-alukan oleh masyarakat yang berpandangan jauh, Hanya masyarakat dan negara yang benar-benar menunaikan perjanjian mereka dengan Allah dapat memenuhi kepeluan orang miskin.


Musyawarah Terbuka

Temui mereka yang tertindas dan rakyat berpendapatan rendah dalam musyawarah-musyawarah terbuka. Ingatlah Allah turut hadir bersama. Adakan perbincangan dari hati ke hati dengan mereka dan janganlah membenarkan pengawal, pegawai-pegawai kerajaan atau anggota polis dan pegawai-pegawai dari Jabatan Perisik berada di situ, supaya mereka yang mewakili rakyat miskin dapat menyuarakan rasa tidak puas hati mereka tanpa takut-takut.

Tabahkanlah hati dan bertenang menghadapi bahasa yang keras, yang mungkin digunakan oleh mereka, dan janganlah mudah naik berang jika mereka tidak dapat menyatakan alasan mereka dengan jelas. Allah akan membuka pintu rahmat dan memberi ganjaran kepada kamu. Apa sahaja yang kamu boleh berikan kepada mereka, berikanlah tanpa bersungut, dan apa sahaja yang kamu tidak mampu untuk berikannya beritahulah mereka dengan penuh kejujuran.

Ada beberapa perkara yang memerlukan tindakan segara. Terimalah cadangan yang dibuat oleh pegawai-pegawai kamu bagi membaiki sungutan kakitangan perkeranian. Pastikan supaya bantahan dan permohonan yang dikemukakan untuk pertimbangan kamu sampai kepada pengetahuan kamu di hari ia dikemukakan, walaupun pegawai-pegawai kamu cuba bertindak sebagai orang tengah. Selesaikan sesuatu kerja pada hari itu juga, kerana keesokan hari akan membawa kerja lain pula.


Munajat Dengan Allah

Jangan lupa mengasingkan masa kamu yang paling baik untuk bermunajat dengan Allah, walaupun setiap ketika kamu adalah untuk-NYA (jika ia digunakan dengan jujur untuk berkhidmat kepada rakyat kamu). Masa yang kamu peruntukkan bagi mengerjakan sembahyang hendaklah digunakan sepenuhnya untuk menunaikan sembahyang lima waktu sehari. Sembahyanglah di siang hari dan pada waktu malam, dan bagi mendapatkan hubungan langsung yang sempurna dengan Allah, seboleh mungkin jangan kamu memanjangkan sembahyang hinggga ia memenatkan kamu. Apabila kamu menjadi imam dalam sembahyang, jangan kamu membenarkan sembahyang itu berpanjangan hingga menyebabkan kesulitan kepada makmum atau menyebabkan mereka tidak suka bersembahyang berjemaah, atau setidak-tidaknya mengurangkan kesannya, kerana dalam jemaah sembahyang itu ada yang cacat dan juga mempunyai urusan penting yang mesti dikendalikan.

Ketika saya diarah pergi ke Yaman saya bertanya kepada Nabi Muhamamad s.a.w. bagaimana harus saya mengimamkan sembahyang. Rasulullah bersabda: “Kerjakanlah sembahyang kamu seperti mana orang yang paling lemah di antara kamu melakukannya, dan jadikanlah contoh bertimbang rasa terhadap mereka yang takwa.”

Selain perkara yang sudah saya sebutkan di atas, seperkara lagi yang patut diperhatikan oleh kamu ialah jangan sekali-kali memisahkan diri kamu daripada rakyat, kerana jika kamu berbuat demikian kamu tidak akan tahu hal-ehwal mereka. Ia akan menyebabkan seseorang pemerintah itu mempunyai perspektif yang salah, selain menyebabkan dia tidak boleh membezakan mana yang penting dan yang tidak penting, yang mana betul dan yang mana salah, dan di antara yang benar dan palsu. Pemerintah adalah manusia biasa. Dia tidak mampu mengeluarkan pandangan yang betul untuk semua perkara, apatah lagi bagi perkara-perkara yang di luar jangkauan dan pengetahuannya. Tidak ada tanda-tanda yang khususnya untuk kebenaran bagi membolehkan seseorang itu membezakan di antara kebenaran dan kepalsuan. Sebenarnya dua perkara yang boleh berlaku kepada kamu, iaitu sama ada kamu berlaku adil atau zalim.

Jika kamu berlaku adil, kamu tidak boleh memisahkan diri kamu daripada rakyat, tetapi mendengar aduan mereka dan memenuhi kemahuan mereka. Jika kamu tidak berlaku adil, rakyat kamu sendiri akan menghindari kamu. Jadi apakah kebaikannya jika kamu menjauhkan diri daripada mereka? Dalam semua hal, menjauhkan diri daripada rakyat adalah tidak diingini, terutama apabila tugas kamu menuntut kamu menunaikan kehendak rakyat. Aduan mengenai penindasan daripada pegawai-pegawai untuk keadilan tidak sepatutnya menjemukan kamu.

Hendaklah kamu sentiasa beringat bahawa mereka yang di keliling kamu akan mengambil peluang mempergunakan kedudukan mereka untuk merampas apa yang menjadi hak orang lain dan melakukan ketidakadilan. Hapuskan kecenderungan seumpama itu. Kamu sendiri janganlah memberi walau seinci tanah kepada saudara mara kamu. Amalan ini akan menghalang pegawai-pegawai di sekeliling kamu daripada menyusahkan orang lain dan menyelamatkan kamu daripada penghinaan Allah dan manusia.

Laksanakanlah keadilan secara sama rata tanpa mengira sama ada seseorang itu bersaudara dengan kamu atau tidak. Jika ada saudara mara atau kawan-kawan kamu yang melanggar undang-undang, laksanakanlah hukuman yang ditentukan walaupun ia pahit kepada kamu, kerana ia adalah untuk kebaikan Negara. Jika pada sebarang waktu orang mengesyaki bahawa kamu tidak berlaku adil kepada mereka dalam apa jua urusan, jelaskanlah pendirian kamu kepada mereka supaya sebarang syak wasangka terhadap kamu dapat dihapuskan. Cara ini akan menyebabkan mereka menyayangi kamu. Ini juga akan memenuhi keinginan kamu kerana rakyat yakin dengan pemerintahan kamu.


Perdamaian dan Perjanjian

Ingatlah bahawa kamu tidak akan menolak tawaran perdamaian yang dibuat oleh musuh kamu. Terimalah kerana ia disukai oleh Allah. Keamanan adalah punca keselesaan kepada angkatan tentera, ia mengurangkan kebimbangan kamu dan meningkatkan kedamaian dalam Negara. Tetapi berhati-hati selepas perjanjian perdamaian ditandatangani. Sesetengah musuh menawarkan perdamaian untuk memperdayakan kamu. Mereka menawarkan perdamaian dengan harapan kamu akan berasa lebih selamat, sebaliknya mereka akan menyerang kamu apabila kamu tidak bersedia.

Jesteru itu, kamu hendaklah sentiasa berwaspada dan jangan meletakkan keyakinan terhadap bantahan mereka. Tetapi, jika mengikut perjanjian perdamaian itu kamu menerima kewajipan, maka hendaklah kamu melaksanakan kewajipan itu bersungguh-sungguh. Ia adalah amanah dan mesti dipertahankan seikhlas-ikhlasnya dan apabila kamu menjanjikan sesuatu hendaklah kamu tunaikan dangan segala keupayaan yang ada pada kamu, walaupun wujudnya perbezaan pendapat dalam hal lain. Tidak ada kemuliaan yang lebih mulia daripada menunaikan janji. Ini juga diakui oleh orang bukan Islam kerana mereka tahu padah melanggar perjanjian. Oleh itu, jangan membuat alasan dalam melaksanakan kewajipan kamu dan jangan sekali-kali memungkiri janji atau menipu musuh kamu. Perbuatan memungkiri janji adalah kesalahan di sisi Allah.

Sesungguhnya janji rahmat Allah untuk semua manusia. Janji Allah adalah pelindungan yang dicari, termasuk oleh manusia yang berkuasa di bumi ini kerana Allah tidak memungkiri janjiNya. Oleh itu, jangan membuat janji yang kamu tidak mungkin dapat menunaikannya. Jangan cabuli janji yang kamu buat walaupun ia menyakitkan hati. Adalah lebih baik menunggu dengan sabar akibat daripadanya daripada melanggarnya kerana kebimbangan. Awas! Jangan menumpahkan darah tanpa sebab yang sah.

Di Hari Kiamat akan ditanya jenayah yang dilakukan. Oleh itu, berhati-hatilah, jangan membina kekuatan Negara kamu dengan darah kerana darah itulah yang akan melemahkan Negara dan menyebabkan Negara bertukar tangan. Di hadapanku dan di hadapan Allah tidak ada alasan akan diterima bagi pembunuhan yang disengajakan.

Pembunuhan adalah jenayah yang boleh dihukum mati. Jika dalam melaksanakan hukuman rotan terhadap kesalahan jenayah ringan yang menyebabkan kematian, janganlah berbangga dengan martabat Negara sehingga menghalang keluarga si mati menuntut ganjaran.


Arahan Terakhir

Jangan tergopoh-gopoh melakukan sesuatu sebelum masanya, atau melengah-lengahkannya apabila masanya tiba. Jangan mendesak melakukan perkara yang salah, atau berlengah-lengah membetulkan kesalahan. Lakukan segala sesuatu dalam tempohnya, dan biarkan segala sesuatu mendapat tempat yang sewajarnya. Apabila semua orang bersetuju dengan sesuatu, jangan memaksa mereka menurut pandangan kamu dan jangan cuai dalam menjalankan tanggung-jawab kamu. Mata rakyat sentiasa memerhatikan kamu dan kamu bertanggung-jawab terhadap apa jua yang kamu lakukan kepada mereka. Kecuaian yang kecil akan ada kesan buruknya. Kawallah kemarahan dan jagalah tangan dan lidah kamu. Apa jua yang menimpa, cubalah bersabar, jika tidak ia akan menambahkan kebimbangan kamu.

Adalah amat penting bagi kamu mempelajari prinsip-prinsip yang telah mengilhamkan orang yang adil dan pemerintah yang saksama sebelum kamu. Berikan perhatian yang teliti terhadap contoh teladan Nabi Muhammad s.a.w., hadisnya dan perintah Kitab Allah dan apa jua yang kamu telah pelajari daripada urusan kamu. Berusahalah dengan segala kemampuan kamu untuk menjalankan arahan yang saya berikan dan yang kamu telah bersumpah setia untuk mengikutinya. Melalui arahan ini, saya memerintahkan kamu supaya jangan tunduk kepada hasutan hati kamu atau berpaling daripada menjalankan tugas yang diamanahkan kepada kamu.

Saya mencari perlindungan Allah yang Maha Berkuasa dan RahmatNya yang tidak terbatas, dan menyeru kamu berdoa bersama saya supaya Dia memberi rahmat kepada kita menerusi penyerahan kudrat kita kepada kemahuanNya. Supaya manusia sejagat menghargai kita dan kerja kita berjaya. Saya mencari puncak rahmat Allah dan berdoa agar Dia memberi kepada kita kesyahidan di jalanNya. Sesungguhnya, kita akan kembali kepadaNya. Saya mengungkapkan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dan ahli bait.


Rujukan :
http://wikisource.org/wiki/Surat_Khalifah_Ali
http://www.amaana.org/ismaali.html
http://www.almujtaba.com/articles/2/000181.html http://www.nmhschool.org/tthornton/mehistorydatabase/islamic_conquests_632.htm

Wahai Saudara , Bantulah Kami Ramadhan Kali Ini

Pasukan Perubatan Yayasan Amal Malaysia yang diketuai oleh Pengarahnya Haji Husin bin Ismail akan berada di Indonesia iaitu di Padang dan Selatan Sumatera untuk Misi Bantuan Mangsa Gempa Bumi pada 22 Sep hingga 27 Sep 2007. Semua ahli adalah diseru untuk mendapatkan dana dalam menjayakan misi bantuan ini. Maklumat lanjut di http://amalmalaysia.net

PAS Pusat mengalu-alukan sumbangan semua ahli dari seluruh Malaysia untuk menjayakan Program Berbuka Puasa Warga Kota Yang Tidak Berkemampuan. Program ini diadakan pada setiap hari di Pejabat PAS Pusat di tengah-tengah kesibukan ibukota dimana bubur lambuk dan kurma diagihkan kepada mereka-mereka yang memerlukan. Lagi banyak sumbangan lagi banyak agihan dapat dilakukan. Lagi banyak sumbangan lagi berkat rezeki kita. Lagi banyak sumbangan lebih banyak juadah dapat disediakan. Untuk sumbangan dapatkan maklumat di http://parti-pas.org


***************************
NGO syor wujud segera badan khas - JKM tak boleh dibeban pantau penduduk bandar

Berita Harian 19 Sep 07. KUALA LUMPUR: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpendapat cadangan mewujudkan badan khas untuk menangani masalah kemiskinan di bandar wajar dan perlu disegerakan bagi memastikan kualiti hidup masyarakat bandar seimbang pembangunan negara.

Mereka berpendapat masalah kemiskinan bandar perlukan perhatian khusus kerana ia lebih teruk berbanding luar bandar dan tanggungjawab memantau kualiti hidup masyarakat bandar tidak boleh diberikan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tugasnya berat memastikan kebajikan masyarakat terus terpelihara.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Shamsul Anuar Nasarah, berkata jabatan atau unit khas Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu diwujudkan bagi melaksanakan kerja memastikan kemiskinan bandar ditangani.

Katanya, kewujudan jabatan atau unit khusus lebih mempermudah dan mempercepatkan usaha kerajaan menangani kemiskinan bandar.

"Pendekatan menangani masalah miskin di bandar perlu berbeza dengan cara mengatasi kemiskinan luar bandar. Ini kerana suasana dan corak hidup di bandar berbeza daripada kampung. Di bandar kos sara hidup tinggi walaupun seseorang mempunyai gaji sama dengan pekerja di luar bandar.

"Di bandar semuanya memerlukan duit, bergerak sedikit pun wang perlu dikeluarkan, malah untuk ke tandas awam pun terpaksa mengeluarkan duit," katanya yang mahu tafsiran mengenai tahap kemiskinan di bandar dan luar bandar dibezakan.

Beliau mengulas cadangan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat yang mahu menilai semula kemiskinan bandar dan luar bandar, selain memberi tanggungjawab mengatasi masalah itu kepada JKM.

Shahrizat dilaporkan berkata, kemiskinan bandar dan luar bandar adalah antara perkara akan dinilai semula dan dimasukkan dalam kriteria baru untuk seseorang dipilih menerima bantuan kebajikan masyarakat.

Cadangan Shahrizat itu sebagai reaksi kepada laporan khas Berita Harian kelmarin mengenai cadangan penubuhan agensi khas bagi memantau kualiti hidup penduduk bandar yang jauh lebih teruk berbanding orang miskin luar bandar.

Sementara itu, Setiausaha Agung Majlis Kebajikan Masyarakat Kebangsaan (Makpem), Zainal Abidin Md Alias, berkata kerajaan perlu menangani masalah kemiskinan bandar dan luar bandar dengan pendekatan berbeza kerana tafsiran mengenai miskin tidak sama di kedua-dua kawasan.

Katanya, unit khas berkenaan perlu diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana kemiskinan di bandar lebih serius dan berkait rapat dengan masalah sosial.

"Jika tidak ditangani secara serius kita khuatir ia memberi imej tidak baik terhadap penduduk bandar besar seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Georgetown dan Johor Bahru," katanya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Nasional/20070919005719/Article/index_html

9/17/07

Jom Bantu Mangsa Tembakan Peluru Hidup Polis

PAS Lancar Tabung Mangsa 8 September

KUALA TERENGGANU, 13 Sept: PAS melancarkan Tabung Mangsa 8 September bagi membantu kos rawatan dan perbelanjaan guaman yang bakal dihadapi oleh mangsa Tragedi Batu Burok Khamis lepas.

Pelancaran itu dibuat oleh Presiden PAS sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan diperhatikan oleh para pemimpin PAS Terengganu.

Sehubungan itu, beliau meminta PAS di semua peringkat membuat tabung itu dan terangkan kepada orang ramai apa yang berlaku sebenarnya bukan sebagaimana yang dilaporkan oleh media milik BN.

Sebelum ini, PAS mendakwa, tragedi itu dirancang oleh Umno dan pihak-pihak tertentu untuk memburukkan nama PAS selepas PAS mula mendapat sambutan kembali di Terengganu selepas kalah pada tahun 2004.

Dalam kejadian itu, Suwandi Abdul Ghani, 37, cedera parah pada dadanya selepas terkena tembakan polis di dadanya. Beliau kini masih menerima rawatan lanjut di Hospital USM Kubang Kerian selepas peluru itu berjaya dikeluarkan.

Muhamad Azman Aziz, 21 juga terkena tembakan dalam tragedi itu. Beliau kini mendapat rawatan lanjut di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu. Kedua-duanya direman oleh polis dan disiasat atas kesalahan jenayah.

Kedua-duanya terpaksa menanggung kos rawatan dan bakal menanggung kos guaman apabila mereka didakwa nanti.
http://www.buletinonline.net/modules.php?name=News&file=article&sid=1211

9/13/07

Suwandi Kau Wira Rakyat !

Hantarkan ucapan kepada Suwandi !
Hantarkan ucapan persaudaraan dan setiakawan anda kepada mangsa peluru hidup polis :

Suwandi bin Abdul Ghani
3485, Kampung Binjai Rendah
21400 Marang
Terengganu

Hidup Suwandi ! Hidup Rakyat ! Hidup Keadilan !
Suwandi, kami bersama Saudara !
Kami mengutuk keganasan polis !
Suwandi ialah manusia !
Suwandi rakyat Malaysia !
Suwandi bukan babi !

http://penarikbeca.blogspot.com/2007/09/hantarkan-ucapan-kepada-suwandi.html

MB NS cuba cengkam Mufti Sheikh Murtadza

MB NS cuba cengkam Mufti Sheikh Murtadza (Artikel dibawah ditulis oleh Cikgu Badrul yang berjuang dari Korea, kita di Negeri Sembilan bagaimana ? Tidak mahu mempertahankan Mufti Negeri Sembilan kita yang dikasihi Sohibus Samahah Datuk Haji Mohd Murtadza Haji Ahmad. Cikgu Badrul bukan kelulusan ijazah bidang agama, tapi dia tahu siapa yang patut dihormati dan disanjungi sebagai ulamak, bangkitlah umat Islam di Negeri Sembilan, pertahankan Mufti kita. Salam Ramadhan dari Reformis Muda NS)

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan didakwa tidak menghormati institusi keagamaan yang menjadi agama rasmi negara apabila cuba mengambil alih pengurusan Akaun Amanah Mufti Kerajaan Negeri itu.

Perkara ini bukan rahsia lagi apabila merujuk kepada surat yang ditujukan kepada Mufti Negeri Sembilan, Datuk Haji Mohd Murtadza Haji Ahmad bertarikh 19 April lalu. Surat itu ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Norzam Mohd Nor tentunya tidak bertindak sejauh itu jika tidak mendapat `lampu hijau’ daripada Mohamad sebagai peneraju pentadbiran kerajaan negeri.

Surat itu dengan jelas mengatakan bahawa Akaun Amanah Mufti Kerajaan Negeri akan dikawal dan dipantau sepenuhnya oleh pegawai Kewangan Negeri bermula 1 Mei lalu. .Dengan arahan terbaru itu, semua tanggungan atau perbelanjaan yang membabitkan Akaun Amanah Mufti perlu mendapat kelulusan daripada pegawai Kewangan Negeri.

Selain Akaun Amanah Mufti, semua akaun amanah di jabatan-jabatan kerajaan yang lain turut menerima nasib yang sama. Tindakan itu dilihat sebagai usaha Mohamad mendapatkan `sumber kewangan’ bagi menampung beberapa `program Mesra Rakyat’ dan untuk beberapa agenda peribadi sejak menjadi Menteri Besar pada 25 Mac 2004.

Tindakan itu juga mengundang pandangan serong terhadap Muhamad yang didakwa cuba mencampuri urusan pentadbiran agama Islam negeri itu yang mana mufti adalah pihak berkuasa utama selepas Yang di Pertuan Besar dalam semua perkara yang membabitkan hukum syarak.

Tindakan Mohamad `mengarahkan’ Norzam membuat pemantauan dan kawalan ke atas Akaun Amanah Mufti yang diwujudkan pada Ogos 2004 turut didakwa telah mempertikaikan kewibawaan Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Jaafar ibn almarhum Tunku Abdul Rahman dan Mufti Negeri Sembilan, Mohd Murtadza.

Berlandaskan keyakinan berada di pihak yang benar, Murtadza mengatakan perasaan kesal dan membantah `arahan itu’ melalui surat bertarikh 23 April lalu. Murtadza menjelaskan, bantahan itu berlandaskan Surat Ikatan Amanah yang telah diluluskan pada 4 Ogos 2004 dengan jelas menetapkan Mufti Negeri Sembilan sebagai ` pegawai pengawal’ bagi urusan terimaan dan bayaran berkaitan Akaun Amanah Mufti.

Dalam bantahannya Murtadza turut memberikan lapan alasan mengapa arahan itu perlu dibatalkan atau ditarik semula demi menjamin maruah institusi itu sebagai tembok menjamin kesejahteraan agama Islam pada masa depan.

Murtadza juga menjelaskan, Akaun Amanah Mufti telah diuruskan dengan baik sehingga mendapat pengiktirafan sebagai penerima anugerah Ketua Audit Negara dalam kategori `penyata terimaan dan bayaran’ pada tahun 2005 dan 2006.

Surat bantahan itu, Murtadza turut mengatakan perasaan kesal apabila Norzam tidak memberikan sebarang alasan yang munasabah, tiada sebarang perbincangan dan mempersoalkan keupayaan tenaga kerja pejabat Kewangan Negeri dalam usaha memantau dan mengawal akuan-akaun amanah di Negeri Sembilan. Tindakan melulu itu juga dianggap boleh membawa musibah kepada tadbir urus kewangan kerajaan negeri.

Ketegasan beliau sebagai mufti juga terpancar apabila `menyindir’ Norzam dengan berkata; pegawai kewangan negeri itu tidak dapat menjiwai perjuangan untuk mendaulatkan Islam kerana tidak memahami sejarah perjuangan dan pahit maung ulama silam khususnya yang berjuang dalam kerajaan dalam usaha mendaulatkan agama Islam di bumi Adat Perpatih.

Menurutnya, Akaun Amanah Mufti tenyata mampu memenuhi keperluan dana untuk menjana generasi terdidik dan berakhlak, selain berkemampuan mengawal pembaziran terutamanya hal yang berkaitan dengan penganjuran `program hiburan’ yang melampau yang giat dilaksanakan oleh kerajaan negeri kebelakangan ini.

Murtadza turut menyindir Norzam dengan ungkapan ayat; Norzam mempunyai potensi yang baik serta berluang menikmati kenaikan pangkat, tetapi golongan yang akan terus berdepan dengan cabaran-cabaran yang menimpa umat Islam di negeri itu ialah para ulama. Sebagai mufti dan golongan ulama di negeri itu, Murtadza juga berjanji akan terus menjadi benteng dan tempat masyarakat mengadu serta mendapat nasihat.
Murtadza jua dengan tegas mengatakan akan mempertahan dan memperteguhkan institusi mufti kerana institusi itu dibawah naungan Duli Yang maha Mulia Yang di Petuan Besar yang merupakan Ketua Agama Islam di negeri itu seperti yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan.

“Pengambilan akaun amanah Mufti oleh pegawai kewangan negeri diangap membawa institusi mufti kembali ke zaman kemunduran. Keputusan itu perlu ditarik balik, ” tegas Murtadza dalam surat balasannya kepada Norzam.
che'GuBard dengan tegas dalam perkembangan ini berdiri di belakang mufti Negeri Sembilan dan memohon agar beliau terus tegas dan berani mempertahankan kebenaran dan hak.
Ketika zaman penjajah British dan Jepun pun jelas takut untuk menyentuh agama dan adat istiadat melayu kerana menghormati sentimen agama dan bangsa. Namun setelah merdeka 50 tahun satu persatu hak bangsa ini diperkotak katikkan oleh penjajah 'bangsa sendiri'.
Adakah Umno lebih gila dari penjajah atau melayu itu sendiri hilang maruah.
http://chegubard.blogspot.com/2007/09/mb-ns-cuba-cengkam-mufti.html

9/12/07

Projek Bantu Ahli kita menjelang Ramadhan dan Syawal

Assalamualaikum,

Sempena Ramadhan dan Syawal ini sama-samalah kita mempertingkatkan amal ibadah dan sama-sama kita mempertingkatkan ukhuwwah sesama ahli dengan membantu ahli kita. Berikut ahli-ahli kita yang perlu kita sokong sempena Ramadhan dan Syawal ini :

1. Kuih-kuih moden dan tradisional - Sdr Zukefly Mohamed Omar . Tel 019-2818816

2. Kurma Sajad dari Bam Iran – Hj Mohd Taufek Abd Ghani . Tel 019-6576540

3. Kuih Popiah Kering Homemade Original Fresh Sambal Ikan Kelantan – Sdr Basri. Tel 012-9608742

4. Kerepek-kerepek – Hj Kamaruddin (Johol) . Tel 013-3922378

5. Lemang Original Panas N.Sembilan – Sdr Nazri Zainal. Tel 019-9103431

Sama-samalah kita membeli dan sama-sama tolong promosi di tempat kerja dan di kejiranan kita.

Kalau ada lagi sahabat kita yang menjalankan perniagaan sempena Ramadhan dan Syawal ini harap maklumkan.

LIVE Ceramah Keganasan Polis Tganu 14 Sep di NS

Dewan Pemuda PAS Kawasan Seremban dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan dan Unit ICT Badan Perhubungan PAS N.Sembilan akan mengadakan Siaran Langsung Ceramah Khas Penjelasan Isu Keganasan Polis di Batu Burok Terengganu di tempat berikut iaitu :

1. PASTI Al Wildan, Taman Setia Jaya, Jalan Seremban-Jelebu, Ampangan, Seremban (Sebelah Masjid Jamek Ampangan)

2. PASTI Taman Tuanku Jaafar, Sg Gadut, Senawang, Negeri Sembilan

Maklumat lanjut hubungi Hj Taufek 019-6576540

********************************
Ceramah Khas Penjelasan Isu Keganasan Polis di Terengganu
Tarikh : Jumaat 14 September 2007 – 3 Ramadhan 1428 H
Masa : 9.00 mlm
Tempat : Perkarangan Masjid Rusila, Marang.

Penceramah:
1.YB Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang.
2.Ustaz Nasarudin Mat Isa
3.Hj Mohamad bin Sabu
4.Dato’ Mustaffa Ali

Siaran langsung ini juga boleh dicapai melalui http://www.terengganukini.net

9/11/07

Bantahan Aman di Bukit Aman KL 12 Sep

Bantahan Isu Keganasan Polis di Batu Burok Terengganu

1. Himpunan & Bantahan ke Bukit Aman Isu Keganasan Polis di Batu Burok Terengganu
Tarikh : 12 September 2007 (Rabu)
Masa : 12.00 tengahari
Tempat : Ibupejabat PDRM, Bukit Aman Kuala Lumpur
Diketuai oleh YB Salahuddin Ayub, Ketua Pemuda Pusat

2. Himpunan dan Ceramah Khas Penjelasan Isu Keganasan Polis di Batu Burok Terengganu
Tarikh : 14 Sept 2007
Hari : Jumaat mlm Sabtu
Masa : 9.00 mlm
Tempat : Perkarangan Masjid Rusila, Marang.
Penceramah:
1.YB Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang.
2.Ustaz Nasarudin Mat Isa
3.Hj Mohamad bin Sabu
4.Dato’ Mustaffa Ali

Semua ahli diminta hadir.

BAGI MEREKA YANG DATANG DARI NEGERI LAIN, BOLEH BERTOLAK SELEWAT-LEWATNYA PAGI JUMAAT 14 SEPTEMBER 2007 DAN IK’TIKAF DI MASJID RUSILLA.

Siaran Langsung di : www.terengganukini.net

Isi Kuliah Us Nik Abduh 7 Sep di Chengkau

Pada hari Allah memulakan penciptaan langit dan bumi , telah Dia tentukan perjalanan makhluknya yang bernama ‘masa’ itu beredar dalam pusingan 12 bulan setahun. Dia mencipta apa yang Dia mahu dan Dia memilih apa yang Dia mahu. Maka Dia memilih daripada 12 itu 4 bulan, lalu dijadikannya bulan haram ( mulia ).

Itulah bulan Zulqaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rajab. Nabi - nabi datang menyeru manusia memuliakannya dan menjadikannya bulan yang diingati untuk menawar kebajikan dan menahan kerosakan. Itulah antara ilmu kenabian yang diwarisi umat jahiliyyah sebelum kedatangan nabi akhir zaman sallaLlahu alaihi wasallam. Mereka mengerjakan ibadah haji di Mekah dan memuliakannya dengan perbuatan yang baik - baik, bahkan ‘membersih’ diri dengan mengelak diri daripada perbuatan yang buruk.

Begitulah Allah menetapkan kemulian bulan - bulan yang 4 ini. RasuluLlah diutuskan sebagai nabi akhir zaman dalam masyarakat jahiliyyah yang memuliakan bulan - bulan ini dengan pegangan jahiliyyah yang menyeleweng. Baginda mempertegaskan kemuliaan bulan - bulan tersebut tetapi menolak amalan - amalan yang bercanggah dengan syariatnya.

Kedatangan RasuluLlah adalah kemuncak penciptaan di dunia. Lahirnya seorang hamba yang menghiasi suasana indah perayaan ibadah dan ketundukan alam semesta kepada tuhan yang mencipta. Baginda memimpin perjalanan seluruh alam mengabdi diri kepada Allah. Lahir bersama baginda adalah umatnya yang terpilih. Umat Muhammad menjadi umat terpilih selepas Allah menolak Bani Israel sebagai umat pilihan selepas penderhakaan mereka terhadap Allah dan rasulNya.

Untuk umat ini Allah memilih beberapa kemuliaan yang melonjakkan keagungan mereka di sisiNya. Ramadhan adalah satu daripadanya. Ia adalah bulan mulia kelima untuk umat Muhammad sallallahu alaihi wasallam. Ia tidak dinamakan bulan yang haram ( mulia ) tetapi ia adalah bulan yang penuh berkat. Ia berkat dengan kemuncak satu malamnya yang penuh berkat dengan penurunan Al Quran dari langit ke dunia ini. Ia adalah malam Lailatul Qadr.

Allah menghendaki umat Muhammad merayakan malam ini dengan persembahan ibadat paling istimewa kepadaNya tanda kesyukuran yang tidak terhingga atas nikmat Al Quran. Ia perayaan selama sebulan yang berterusan. Di bulan yang mulia inilah Allah memfardhukan ibadah puasa yang menjadi ketandaan orang - orang yang kembali kepadaNya.

Bersama kita menyambut Ramadhan dengan penuh rasa syukur dan azam yang tinggi untuk beribadah di dalamnya. Allahlah dipohon segala kekuatan.

http://nikabduh.wordpress.com/

Polis ditangkap selepas ragut beg wanita di kafe siber

Mstar 10 Sep 07. IPOH: Seorang anggota polis ditahan ketika cuba meragut beg tangan seorang wanita berhampiran sebuah kedai kopi di Taman Ipoh Selatan di sini tengah hari tadi.

Dalam kejadian pukul 1 tengah hari itu, wanita berkenaan yang merupakan isteri kepada pengusaha kedai kopi sedang berada di dalam sebuah kafe siber yang terletak bersebelahan dengan kedai kopi suaminya.

Mangsa berusia 37 tahun itu berkata semasa dia sedang duduk, seorang lelaki tanpa disedari menghampirinya dari belakang lalu merampas beg tangan yang diletakkan di atas paha.

Dia kemudian menjerit meminta bantuan dan disedari oleh suaminya serta beberapa pelanggan kedai kopi berkenaan lalu mereka mengejar suspek terbabit yang cuba melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal.

Lelaki terbabit kemudian berjaya ditahan dan beg tangan wanita itu yang mengandungi kad pengenalan, telefon bimbit, kad kredit dan sejumlah wang turut berjaya diambil semula daripada lelaki itu.

Suami wanita itu kemudian menghubungi pihak polis.

Hasil siasatan polis mengesahkan lelaki yang berusia 27 itu merupakan anggota polis yang baru bertugas di sebuah balai polis di Ipoh tetapi sewaktu kejadian anggota terbabit tidak bertugas.

Sementara itu, Ketua Polis Perak Datuk Zulkifli Abdullah ketika dihubungi mengesahkan laporan tersebut dan menyatakan pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap anggota polis terbabit. BERNAMA

10-09-2007 08:20:37 PM
http://www.mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_ef5d3783-c0a85062-11a772d0-8f3e8357

Tahniah PAS Jelebu, Teruskan Perjuangan

Tahniah diucapkan kepada PAS Kawasan Jelebu. Menarik sekali Blog PAS Jelebu di http://pasjelebu.blogspot.com . Moh kita promo ! Dulu Umno , sekarang PAS Selamanya, InsyaALLAH.
Salam Ramadhan Al Mubarak.

9/10/07

Doa Untuk Orang Yang Melakukan Kezaliman

Ya Allah! aku serahkan kepada Engkau segala urusan orang-orang ini
Ya Allah! aku serahkan kepada Engkau segala urusan orang-orang ini
Ya Allah! aku serahkan kepada Engkau segala urusan orang-orang ini

Ya Allah! aku serahkan kepada Engkau ……, ……, ……. dan …….
Ya Allah! aku serahkan kepada Engkau ……, ……, ……. dan …….
Ya Allah! aku serahkan kepada Engkau ……, ……, ……. dan …….

*******************************
KITAB JIHAD DAN STRATEGINYA. Bab Kejahatan Yang Dilakukan Oleh Kaum Musyrikin Dan Kaum Munafikin Terhadap Nabi s.a.w. Dari laman web Kerajaan Arab Saudi , Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf, Dakwah dan Nasihat

Hadis Ibnu Mas'ud r.a katanya:
Suatu ketika Rasulullah s.a.w sedang sembahyang berhampiran dengan Kaabah. Sementara itu Abu Jahal dan para sahabatnya duduk di persekitarannya kerana sehari sebelumnya mereka beramai-ramai menyembelih seekor unta, lalu Abu Jahal berkata: Siapakah di antara kamu yang berani mengambil ari-ari unta dari Bani Polan dan meletakkannya ke atas kedua bahu Muhammad apabila dia (baginda) sedang sujud. Seorang daripada mereka tiba-tiba berdiri dan mengambil ari-ari lalu meletakkannya ke atas bahu baginda. Mereka semua ketawa sehingga riuh rendah. Sementara itu aku hanya mampu berdiri dan melihat gelagat tersebut. Seandainya aku mempunyai kekuatan, nescaya aku akan buangkan benda itu dari belakang Rasulullah s.a.w semasa baginda sedang sujud yang amat lama. Baginda tidak mengangkat kepalanya sehingga salah seorang melaporkan perkara tersebut kepada Fatimah yang waktu itu sudah menjadi seorang gadis. Tidak lama kemudian datanglah Fatimah lalu membuang ari-ari tersebut dari tubuh Rasulullah s.a.w, kemudian Fatimah memalingkan mukanya ke arah orang-orang kafir Quraisy tersebut seraya mencaci-maki mereka. Setelah Nabi s.a.w selesai dari sembahyangnya, baginda mengangkat suaranya ke arah orang-orang kafir sambil berdoa ke atas mereka. Apabila baginda berdoa dan memohon baginda akan mengulanginya sebanyak tiga kali. Kemudian baginda berdoa: Ya Allah! aku serahkan kepada Engkau segala urusan orang-orang Quraisy ini dengan berdoa sebanyak tiga kali. Ketika mereka mendengar suara Nabi s.a.w itulah mereka serta merta berhenti dari ketawa. Mereka benar-benar takut dengan doa baginda. Kemudian Nabi s.a.w berdoa lagi: Ya Allah! aku serahkan kepada Engkau Abu Jahal bin Hisyam, Utbah bin Rabi'ah, Syaibah bin Rabi'ah, Walid bin Uqbah, Umaiyah bin Khalaf dan Uqbah bin Abu Mu'ait kemudian yang ketujuh aku lupa namanya. Demi Zat yang mengutuskan Muhammad s.a.w dengan membawa kebenaran, sesungguhnya aku melihat orang-orang yang baginda sebut itu terbunuh sewaktu peperangan Badar kemudian mereka diheret ke dalam telaga Badar
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3349 http://hadith.al-islam.com/Bayan/Display.asp?Lang=mal&ID=1041

Detik Hitam Sabra & Shatila 14 Sep Senawang

Assalamualaikum wrt wbt, Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan Al Mubarak. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Semoga amalan kita di bulan yang benuh barakah ini diterima dan diredhai Allah.

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir ke program :
Ceramah Perdana – Tajuk : “Detik Hitam Sabra dan Shatila”
Serta Pelanacaran Tabung Iftar RM 5 Untuk Umat Islam di Palestin

Penceramah : Dr Zainurrashid Zainuddin – Pensyarah dan Pakar Perubatan Malaysia serta Sukarelawan Aman Palestin

Tarikh : Jumaat 14 September 2007
Masa : 9:30 malam – Selepas Solat Witir
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang, Negeri Sembilan Darul Khusus

Layari laman web Aman Paletin di http://amanpalestin.com

Bantuan Untuk Sahabat Kita di Terengganu

Assalamualaikum,

Sahabat kita di Terengganu minta bantuan doa dari kita di Negeri Sembilan ini. Mereka kata paling utama doakan keselamatan nyawa Suwandi Abdul Ghani yang masih tenat di HUSM, Kubang Kerian kerana peluru yang ditembak. Sama-samalah kita semua doakan untuk sahabat-sahabat kita disana. Harap kita juga dapat melancarkan dana untuk membantu keluarga-keluarga mangsa untuk persiapan Ramadhan.

Wassalam.

Ceramah Rusuhan diTganu 10 Sep Rembau

Ceramah Rusuhan di Terengganu. Angkara Siapa ? Kenapa 2 pemuda ditembak dengan peluru hidup ?

Roadshow 1
Isnin 10 Sep 9 malam di Markas PAS Kawasan Rembau
Bersama : Us Abd Ghani Abd Rahman Pesuruhjaya PAS Melaka & Dr Dzulkifli Ahmad AJK PAS Pusat

Roadshow 2
Isnin 10 Sep 9 malam di Markas PAS Taman Tuanku Jaafar, Sg Gadut, Senawang
Bersama : Dr Hassan Ali Pesuruhjaya PAS Selangor, Sdr Zulkefly Mohamed Omar Pesuruhjaya PAS N.Sembilan dan Hj Mohd Taufek Abd Ghani

Roadshow 3
Selasa 11 Sep 8:30 mlm di Tuanku Jaafar Golf & Country Resort, Sg Gadut, Senawang
Bersama : Tn Hj Mohamad Sabu Naib Presiden PAS, En Amin Ali Naib Presiden PKR dan EN Lim Guan Eng Setiausaha Agong DAP

9/7/07

Forum Pilihanraya Bersih 11 Sep Seremban

Forum Perdana Rakyat – Ke Arah Pilihanraya Bersih
Bersama :
En Azmin Mohd Ali – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat
Hj Mohamad Sabu – Naib Presiden PASEn Lim Guan Eng – Setiausaha Agung DAP

Tarikh/Masa : Selasa 11 September 2007, 8:30 mlm
Tempat : Tuanku Jaafar Golf & Country Club, Taman Tuanku Jaafar, Sg Gadut, Seremban

Semua Dijemput Hadir – Masuk Percuma
Anjuran : BERSIH

About BERSIH http://bersih.org/
COALITION FOR CLEAN AND FAIR ELECTIONS (BERSIH)

BERSIH is a joint committee comprising civil society organisations and political parties with the objective of campaigning for free and fair elections in Malaysia.
Only when elections are free and fair, can citizens be real masters of their own destiny and expect holders of public office to act accountably and effectively. As long as citizens do not have the power to ‘throw the rascals out’, the hope for rule of law, human rights protection, good governance and sustainable development will be at the mercy of self-interested politicians. A real prospect of changing the government of the day is the key check and balance against abuses of power.
Unfortunately, 49 years after its Independence, Malaysia has failed to establish a free and fair electoral process. Not only have the civil society, political parties and international observers come to this conclusion, it was also admitted by the Chairman of the Election Commission himself. After the last general elections in March 2004 which was marred by irregularities and controversies at an unprecedented degree, even he found it necessary to agree with the public clamour for an independent inquiry. Regrettably, the independent inquiry was never carried out.
This flawed electoral process raises questions about the legitimacy of the state. Its continuity will not bode well for our nation’s future and will harm the legitimacy of the political system, as demonstrated by developments in Thailand, the Philippines and Taiwan. BERSIH therefore feels that all Malaysians must join forces to push for a thorough reform of the electoral process. We therefore propose a long-run reform agenda and three immediate working goals.
In the long run which will go beyond the next election, BERSIH believes that these eight aspects must be thoroughly reviewed and reformed:
a. Electoral system:
i. the need to correct the incredibly high disproportionality in federal and state elections where 64% of votes could translate into 91% of seats for the ruling party, due to the nature of the First-Past-The-Post system and the manipulations through mal-apportionment and gerrymandering of electoral constituencies.
ii. the need to introduce some forms of party list representation so that minimum 30% representation in legislatures of women shall be guaranteed.
iii. the need to re-introduce local election with an electoral system that is fairer and more inclusive for women and other marginalized groups.
b. Electoral administration:
i. The need to reform the current Election Commission which has failed to act as an independent institution by moving in the direction of a structure with multi-party representatives, as introduced in many democratizing countries.
ii. Legal provision for the rights of international and domestic observers
c. Party and candidate nomination – that these flaws must be corrected:
i. the discretionary power vested with the Registrar of Societies (ROS) that results in arbitrary decisions on party registration, as shown for example in the cases of Parti Socialis Malaysia ( PSM ) and the Malaysian Dayak Congress (MDC);
ii. the partisan and arbitrary decisions by Returning Officers that led to unfair disqualification of opposition candidates;
iii. the controversial post-nomination exit clause for candidates which led to alleged briberies and controversial walkovers.
iv. the arguably highest election deposit in the world which effectively obstructs the participation of resource-poor Malaysians including women and other marginalized groups.
d. Campaigning – legal provisions for the following:
i. a mandatory campaign period substantially longer than the meaningless 8 days in the last election;
ii. real exercise of the constitutionally enshrined freedoms of expression and of assembly;
iii. effective governance of campaign finance to eliminate corrupt practices.
iv. state finance to parties for compulsory capacity building for women candidates and marginal groups and gender sensitivity training.
e. Media/
i. dismantling of the present laws which result in the monopoly of print and broadcasting media by Barisan Nasional proxies.
ii. legal provision for free access to state TV and radio and fair (free or paid) access to private media by all political parties.
iii. legal provision for the right of reply to accusations and criticism in media for all political parties and candidates.
f. Caretaker Government
i. that the outgoing government should be prohibited from making any substantial policy or development decisions once Parliament and/or the State legislatures are dissolved.
ii. that the misuse of state resources and apparatus for electioneering and partisan purposes should be criminalized.
iii. that the preparation and revision of the electoral roll should be full transparent and subject to judicial review
g. Electoral Roll
i. that the electoral roll should be updated and accurate to prevent (i) exclusion and involuntary transfer of genuine voters, and (ii) impersonation and multiple voting by ‘phantom voters’.
ii. that all eligible citizens should automatically be registered as voters.
h. Voting
i. The implementation of indelible ink to prevent multiple voting;
ii. The abolishment of postal voting except for diplomats and overseas voters as accountability and secrecy are heavily undermined in current practices.

For the immediate short-term, JACER calls upon the Chairman and Secretary of the Election Commission, Tan Sri Abd. Rashid bin Abd. Rahman and Datuk Kamaruzaman bin Mohd Noor to implement the following three specific reforms concerning the electoral roll and polling as the first steps towards a free and fair election:
a. the use of indelible ink (as is done in Indonesia and India ) to prevent multiple voting;
b. The abolition of postal votes except for diplomats and other overseas voters;
c. a complete revision of the electoral roll to ensure that the existing irregularities are removed and a roll with full integrity is in place.

In the event that BERSIH does not see a positive response from the Chairman and Secretary of the Election Commission towards the above long-term agenda and, specifically, the three immediate reforms, BERSIH’s national campaign for electoral reform will call for their resignation.
BERSIH is endorsed by the following organizations:
Non-Governmental Organisations

1. Save Ourselves (SOS Penang)
2. Tamil Foundation
3. Group of Concerned Citizens (GCC)
4. Citizens’ Health Initiative (CHI)
5. Aliran Kesedaran Rakyat (Aliran)
6. Writers Alliance for Media Independence (WAMI)
7. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
8. Pusat Janadaya Berhad (EMPOWER)
9. Community Action Network (CAN)
10. Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Malaysia (HAKAM)
11. Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA)
12. Malaysian Trade Union Congress (MTUC)
13. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
14. Labour Resource Centre (LRC)
15. Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS)
16. Civil Rights Committee, KLSCAH (CRC)
17. Persatuan Ulama Malaysia (PUM)
18. Women’s Development Collective (WDC)
19. ERA Consumers
20. Centre of Independent Journalism (CIJ)21. Unit Pemikiran Politik, IKD (UPP)
2. Malaysian Voters Union (MALVU)
23. All-Women’s Action Society (AWAM)
24. Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS)
25. Research for Social Advancement (REFSA)
26. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

Political Parties
1. Parti Keadilan Rakyat (PKR)
2. Democratic Action Party (DAP)
3. Parti Islam SeMalaysia (PAS)
4. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
5. Sarawak National Party (SNAP)

Khairy Jamaludin Dicabar Bertanding di Seremban !

Beranikah Khairy tanding Di Negeri Sembilan ? Oleh Cikgu Badrul
Perkembangan sokongan yang meningkat terhadap keADILan di Pulau Pinang, Sabah dan beberapa negeri amat menyebabkan BN tertekan, khususnya merujuk kepada beberapa respon Naib Ketua Pemuda UMNO (merangkap menantu Presiden UMNO) Khairy Jamaluddin.
Khairy dalam beberapa kenyataanya cuba menyakinkan orang ramai bahawa parti keADILan akan mati, kenyataan beliau disambut oleh Pemuda Pulau Pinang yang menyatakan keyakinan untuk merampas Permatang Pauh.
Baru - baru ini Amir Mohd Ghazali, Ketua AMK Permatang Pauh menyatakan cabaran jika benar Khairy yakin BN mampu memenangi Permatang Pauh, beliau mencabar Khairy sendiri turun bertanding di Permatang Pauh.
Kenyataan ini telah dibuat dalam satu Majlis Sambutan Ambang Merdeka bersama anak muda setempat yang turut dihadiri oleh Fariz Musa, Timbalan Ketua AMK Pusat.
Komen ini yang disiarkan dalam Malaysiatoday dan beberapa media alternatif khususnya internet amat menarik jika di teliti. Khairy seorang pemimpin pemuda yang cepat naik menggunakan 'surat nikah' (menantu Presiden UMNO) kebelakangan ini cukup gemar bercakap. Memang tidak dinafikan beliau sedikit rajin jika dibandingkan dengan pemimpin pemuda lain khususnya Hishamuddin Tun Hussien.
Namun satu hakikat yang Khairy tidak sedar ialah musuhnya juga banyak dalam UMNO itu terutama yang meluat dengan gelagatnya dan tindak tanduknya mempergunakan bapa mertuanya yang lemah untuk mengaut kuasa dan kekayaan.
Cuma satu che'GuBard nak tambah tidak perlu minta Khairy untuk bertanding di Permatang Pauh untuk menamatkan karier politiknya cukup mencabarnya untuk turun bertanding mana - mana kerusi di Negeri Sembilan.
Bukan sombong tetapi UMNO di Negeri Sembilan khususnya di bahagian dia sendiri, Rembau sudah banyak suara - suara protes.
Apa kata che'GuBard cabar Khairy untuk tanding di Negeri Sembilan, khususnya di kerusi 'campuran'. Selaku 'bakal' Perdana Menteri Malaysia dia seharusnya berani bertanding di kerusi campuran yang menggambarkan masyarakat Malaysia. Di kerusi campuran di Negeri Sembilan Khairy akan belajar betapa jentera UMNO 'senyap-senyap' akan meninggalkan beliau dan protes dari bukan melayu amat tinggi terhadap kelancangan mulut beliau.
Beberapa perkembangan politik mutaakhir ini amat menarik di Negeri Sembilan. Pengerusi Perhubungan UMNO merangkap Menteri Besar Negeri Sembilan (sekutu kuat Khairy) kian panik dengan usaha yang berkemungkinan berjaya mendesak pengampunan Tan Sri Isa Samad dalam UMNO. Pembelian saham Allson dengan menyerahkan saham Menteri Besar Incroprated (MBI) dikatakan mempunyai kaitan rapat dengan isu ini.
Pembelian saham Allson dari ahli korporat oleh Kerajaan Negeri dengan menyerahkan sejumlah saham MBI dikatakan untuk memujuk ahli korporat tersebut dari terus menyokong Isa Samad. Ahli Korporat yang bergelar Datuk itu merupakan antara 'funder' besar Isa Samad. Dalam proses ini media tempatan memuji kebijaksanaan Datuk Seri Utama Mohamad Hassan yang dikatakan berjaya memiliki saham Allson tanpa menggunakan 'cash money' tetapi fakta yang seolah dilupakan ialah bagaimana seorang ahli korporat yang menjual sebahagian milikan dalam Allson tersebut kini memiliki saham dalam MBI yang lebih menguntungkan kerana memiliki kepentingan dalam semua anak syarikat kerajaan negeri.
Tetapi ramai khususnya pemimpin UMNO sendiri membantah tindakan ini yang dilihat menggadaikan kepentingan kerajaan demi kepentingan politik peribadi. Tindakan keterlaluan penyokong utama Khairy seperti mengambil kuasa menguruskan wang Baitulmal dari badan agama Islam Negeri juga merupakan isu panas sekarang ini. Surat arahan kerajaan dalam hal ini pernah disiarkan Buliten Rakyat.
Teguran terbuka yang dibuat Ketua UMNO Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail mengenai gangguan Abang Menteri Besar dalam banyak urusan kerajaan tidak dipedulikan dan berterusan sampai sekarang.
Ini semua menjadi api dalam sekam buat Khairy kerana Mohamad Hassan (dan keluarga) antara pembela nombor wahid beliau....
Balik kepada Khairy .....Apa kata kita bertemu di kerusi seperti Chuah atau Parlimen Teluk Kemang tidak pun parlimen Seremban ?
................................................................................................
N29 Chuah ialah ialah DUn di bawah Parlimen Teluk Kemang dan che'GuBard adalah Naib Ketua Bahagian keADILan Teluk Kemang.
http://chegubard.blogspot.com/2007/09/amk-permatang-pauh-cabar-khairy-tanding.html

Ceramah Nuruddin Al Banjari 9 Sep Jelebu NS

Assalamualaikum wrt wbt,

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir ke :
Ceramah Perdana
Bersama Tuan Guru Sheikh Muhamad Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki
AHAD 9 September 2007
Jam 7:30 malam , Selepas Solat Maghrib
Di Masjid Jamek Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Ustaz Mohd Azmi Ismail (Pegawai Hal Ehwal Islam - Imam Masjid Daerah) di talian 013-3031703

9/6/07

Jualan Amal Nasi Briyani UPU TTJ

Assalamualaikum, Satu Jualan Nasi Briyani untuk mengisi tabung dana UPU
Taman Tasik Jaya akan diadakan pada hari Ahad 9 Sep 2007 di Pejabat UPU Taman Tasik Jaya bermula jam 12.30 tgh hingga 3.00 petang.

Kupon berharga RM10.00 boleh didapati dari Sdr Shamsul Kamal 019-6532973 dan Sdr Suhairi 012-6411306

Kuliah Anak Tok Guru 7 Sep Rembau

Assalamualaikum wrt wbt, Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir ke Kuliah Maghrib oleh Ustaz Nik Mohd Abduh bin Dato’ Nik Abdul Aziz pada hari Jumaat 7 September 2007 jam 7 malam di PASTI Al Amin, Kg Pulau Besar, Chengkau, Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus. Maklumat lanjut sila hubungi Ustaz Nazri 019-3457690

9/5/07

Hak pekerja untuk solat fardhu 5 waktu

Kepada sesiapa yang berkenaan,

Harap dapat memberikan penjelasan kepada permasalahan berikut :

1. Apakah hak pekerja beragama Islam untuk solat fardhu 5 waktu di tempat kerja , adakah ianya termaktub dalam akta ?

2. Bolehkah majikan menetapkan masa solat fardhu 5 waktu untuk pekerja beragama Islam hanya boleh ditunaikan semasa waktu rehat atau waktu makan makan atau sebelum waktu kerja atau selepas waktu kerja ?

3. Bolehkah majikan menetapkan tempoh masa untuk solat fardhu 5 waktu, sekiranya ianya dilakukan bukan waktu rehat atau waktu makan ?

4. Bolehkah majikan menghalang pekerja untuk menunaikan solat fardhu 5 waktu di tempat kerja jika ianya dilakukan semasa waktu rehat atau waktu makan atau sebelum waktu kerja atau selepas waktu kerja ?

Sekian, Terima kasih.

9/4/07

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN PENDAFTARAN SEUMUR HIDUP PAS

DMPP menerusi Lajnah Politik & Pemerkasaan Organisasi dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Negeri-negeri/Wilayah Persekutuan buat julung-julung kalinya akan menganjurkan satu Kempen Pendaftaran Seumur Hidup PAS atau ringkasnya "KemPAS".

Majlis Pelancaran KemPAS akan diadakan pada 8 September 2007 bersamaan 25 Sya'aban 1428H (Sabtu) bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Selangor/Kuala
Lumpur bermula jam 9 pagi dan berakhir pada jam 1.30 petang.

Majlis Pelancaran tersebut akan disempurnakan oleh Y.A.B Tuan Guru Dato' Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidal Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Darul Na'im.

Yayasan Kasih Sayang NS Bantu Saudara Baru

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Ramai di antara kita, terutamanya mereka yang baru memeluk agama Islam, yang tidak menyedari tentang kewujudan badan sukarelawan yang berada berhampiran yang boleh membantu mereka yang mempunyai masalah.

Antara badan sukarelawan ini ialah Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan (YKS) di Taman Bukit Pilah Perdana, Kuala Pilah, yang ditubuhkan pada 5 Feb, 2003.

Muhammad Adnan Abdullah, Presiden YKS Negeri Sembilan yang sudah 18 tahun memeluk agama Islam berkata, sebenarnya permohonan untuk menubuhkan pertubuhan ini telah dibuat pada tahun 2001, tetapi ia hanya diluluskan pada 2003.

"Saya menubuhkan pertubuhan ini bertujuan untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan seperti anak yatim, ibu tunggal, saudara baru (mereka yang baru memeluk agama Islam) kerana jika tidak dibantu mereka akan hilang arah tujuan," beliau memberitahu Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

MATLAMAT PENUBUHAN

Matlamat penubuhan yayasan ini ialah untuk membangunkan tahap sosio-ekonomi dan penjagaan kebajikan saudara baru serta ibu tunggal dan anak yatim piatu.

"Kita mempunyai inisiatif sendiri membantu ibu tunggal iaitu dengan menubuhkan satu jawatankuasa khas," kata Muhammad Adnan.

Antara aktiviti yang dijalankan di YKS ialah kelas menjahit dan reka fesyen dengan tujuan membantu mereka untuk menguasai bidang jahitan. Dengan menguasai bidang jahitan, mereka boleh memperoleh wang untuk perbelanjaan.

Ia ibarat "memberi pancing" kepada mereka supaya mereka boleh berusaha sendiri tanpa mengharap bantuan orang lain, jelas beliau.

BANTUAN KEWANGAN

Pertubuhan ini mendapat bantuan kewangan daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

"Dengan adanya bantuan ini, sedikit sebanyak aktiviti yang dijalankan oleh pertubuhan kami berjalan dengan lancar," katanya lagi.

YKS turut membantu Jabatan Mufti Negeri Sembilan menjaga kebajikan saudara baru selain memberi nasihat dan kaunseling kepada mereka yang mahu kembali kepada agama asal mereka.

"Kes murtad di kalangan saudara baru memang mendukacitakan dan kami berdepan secara langsung dengan kumpulan ini. Kami turut mengadakan sesi runding cara untuk mengenal pasti masalah mereka dan mencari jalan bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut," katanya.

Setiap bulan, pertubuhan ini menjalankan aktiviti ziarah dan dakwah iaitu dengan melawati rumah saudara baru dan bertanyakan masalah dan keperluan mereka bagi memastikan mereka tidak berasa terasing dengan agama Islam dan kembali kepada agama asal mereka semula.

"Jika mereka mahu belajar di kelas fardu ain kita akan cuba aturkan mengikut kesesuaian masa mereka, selain itu juga kita akan menghantar guru dari pertubuhan kita yang datang ke rumah mereka untuk mengajar mereka mengaji".

JABATAN PENDAFTARAN NEGARA

Beliau berkata, masalah utama yang dihadapi saudara baru ialah dalam pertukaran kad pengenalan iaitu terlalu rumit untuk proses penukaran nama.

"Contohnya sebaik sahaja masuk agama Islam, mereka kena dapatkan surat akuan masuk Islam di jabatan agama, kemudian kena jumpa Pesuruh Jaya Sumpah untuk mengangkat sumpah.

"Akhir sekali kena pergi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk isi borang tukar nama dan kena tunggu hingga lima ke enam bulan barulah mereka (JPN) hantar surat kelulusan tukar nama".

Beliau berharap JPN mempermudahkan urusan saudara baru ini dan sepatutnya ada hubungan antara Jabatan Agama dengan JPN, maknanya sebaik sahaja seseorang itu masuk agama Islam maklumat itu sudah berada dalam rekod JPN.

"Walaupun pertukaran nama ada proses lain di Jabatan Pendaftaran Negara tetapi sepatutnya sudah ada maklumat yang mengatakan bahawa orang ini sudah masuk Islam supaya apabila orang ini meninggal tidak berlaku perebutan terhadap mayat mereka.

BANTUAN PELAJARAN

Pertubuhan ini turut membantu mereka dari keluarga miskin yang mahu meneruskan pelajaran dengan cara menyalurkan maklumat kepada Majlis Agama Islam.

Dengan ini Majlis Agama Islam dapat mengenal pasti sama apa layak atau tidak untuk dibantu.

Mereka yang dibantu mesti dari keluarga yang susah dan mempunyai potensi untuk meneruskan pelajaran.

Yayasan ini juga memberi bantuan kepada mereka yang hamil tanpa suami dalam usia yang muda.

"Ia bertujuan untuk mengelakkan mereka daripada menggugurkan kandungan, buang anak dan sebagainya," tambah Muhammad Adnan.

-- BERNAMA http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=282637

9/3/07

Tahniah Nisa Melaka papar kehidupan Syed Mokhtar

Tahniah diucapkan kepada Nisa Melaka yang memaparkan kisah kehidupan tokoh Islam terkaya di Malaysia iaitu Syed Mokhtar Al Bukhary di Blog Nisa Melaka http://nisamelaka.blogspot.com/2007/08/mempelajari-prinsip-hidup-tokoh-islam.html
“Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang” – Syed Mokhtar Al Bukhary, Tokoh Korporat Islam dan Tokoh Perpaduan Agama dan Bangsa

Mempelajari Prinsip Hidup Tokoh Islam Terkaya Di Malaysia
L/belakang Syed Mokhtar
Umur - 53 tahun- Pendidikan - SPM- Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)- Kekayaan -RM1,425 juta- Ke 7 terkaya di Malaysia- Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)- Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat- Kereta - Proton Perdana

Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

Bagaimana sumbangan sosialnya bermula
Bilamana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun ( RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan .

30. ......kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

50. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Kepada anak-anak ibu;
" Harta benda dan anak pinak itu ialah perhiasan di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan"

(Surah Al-Kahfi: Ayat 46)http://nisamelaka.blogspot.com/2007/08/mempelajari-prinsip-hidup-tokoh-islam.html