BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT

BONGEK BERSELAWAT

10/31/07

Gelombang Kuning Negeri Sembilan

Bendera Negeri Sembilan berlatar belakangkan warna Kuning. Kuning di sini Bermakna D.Y.M.M Raja.

Kepada rakyat Negeri Sembilan yang ingin turut serta dalam Perararakan Kuning di Dataran Merdeka pada Sabtu 10 November 2007 jam 3 petang sila hubungi koordinator Gelombang Kuning Peringkat N.Sembilan yang berikut :

Taufek 019-6576540
Tze Tze 012-3696474
Rebin 016-2862481
Szu Hei Mee 016-2155226
Asri 019-6529645

DAULAT TUANKU , DAULAT TUANKU , DAULAT TUANKU

****************************
BENDERA NEGERI SEMBILAN

TANAH KUNING - Bermakna D.Y.M.M Raja.
BAHAGIAN TIGA SEGI YANG BERWARNA MERAH - Bermakna rakyat.
BAHAGIAN TIGA SEGI YANG BERWARNA HITAM - Maksudnya Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini.


JATA NEGERI SEMBILAN


SEMBILAN TANGKAI DI DALAM PERISAI - Bermaksud sembilan buah negeri dalam gabungan Negeri Sembilan yang lama.
WARNA MERAH DALAM PERISAI - Menunjukkan hubungan-hubungan pada masa lalu dengan British.
WARNA HITAM - Bermaksud Dato'-dato' Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin.
WARNA KUNING - Bermakna Yang Di-Pertuan Besar.
BINTANG PECAH SEMBILAN - Adalah menunjukkan sembilan buah negeri dalam gabungan yang sama.
PEDANG DAN SARUNG DI ATAS PERISAI - Tanda keadilan.
DI TENGAH-TENGAH ANTARA PEDANG DAN SARUNG - "Changgai Putri" tanda kebesaran Yang Di-Pertuan Besar

10/26/07

Pelajar, pekerja kilang dicekup di Taman Margosa

Harian Metro 26 Okt 07. SEREMBAN: Kerinduan seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah, di sini, untuk bertemu kekasih hatinya di sebuah rumah teres mengundang padah apabila dicekup penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (Jains), dalam operasi mencegah maksiat, petang semalam.

Jurucakap Jains, berkata pelajar perempuan berusia 17 tahun ditahan ketika bersama teman lelakinya, seorang pekerja kilang berusia 20 tahun di sebuah rumah di Taman Bukit Marcosa, Paroi, dekat sini, kira-kira jam 3.30 petang.

Katanya, pelajar itu dipercayai baru saja pulang dari sekolah kerana ketika ditahan dia masih berpakaian seragam dan terkejut ketika sepasukan anggota Jains tiba di rumah teres itu.

"Teman lelakinya terkejut sebaik kami memperkenalkan diri sebagai anggota penguatkuasa Jains dan selepas menyiasat dalam rumah itu terdapat seorang pelajar perempuan yang masih berpakaian seragam.

"Selepas disoal siasat dia tidak mempunyai sebarang hubungan muhrim dengan lelaki terbabit dan ia satu kesalahan di sisi Islam kerana berdua-duaan dalam rumah berkenaan," katanya di sini, semalam.

Katanya, berdasarkan siasatan, pelajar itu bersama beberapa rakan sebayanya dikatakan selalu berkunjung ke rumah sewa lelaki berkenaan yang turut didiami oleh beberapa lelaki lain.

Jurucakap itu berkata, maklumat itu turut disahkan oleh beberapa jiran mereka yang sering ternampak beberapa pelajar perempuan datang ke rumah sewa lelaki berkenaan setiap kali habis waktu sekolah.

"Operasi yang kami adakan semalam juga adalah hasil maklumat daripada beberapa jiran lelaki itu.

"Bagaimanapun, nasib nyata tidak menyebelahi pelajar perempuan berkenaan kerana ketika kami sampai hanya terdapat dia dan teman lelakinya dalam rumah sedangkan rakan yang lain mungkin sudah beredar," katanya.

Menurutnya lagi, pihaknya menahan kedua-dua pasangan berkenaan untuk mengambil butiran peribadi sebelum dibebaskan dengan jaminan.

Katanya, selepas siasatan penuh dijalankan kelak, mereka berdua akan didakwa di Mahkamah Syariah di sini.

Jurucakap itu berkata, mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 61(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992, kerana berkhalwat atau cubaan melakukan persetubuhan haram.

"Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memantau pergerakan anak remaja mereka kerana dikhuatiri akan mudah melakukan aktiviti tidak sihat hingga menjejaskan nama baik keluarga serta masa depan mereka sendiri.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/64718/Article/index_html

10/25/07

Pembalakan Hutan Lipur Lenggeng punca banjir lumpur

Harakah 1-15 Nov 07 Oleh Zaili Muhammad

LENGGENG : Aktiviti pembalakan di Hutan Lipur Lenggeng didakwa menjadi punca kepada banjir lumpur yang melanda lapan sekeluarga di Kampung Mendum, dekat sini, disaat mereka sedang menunggu waktu berbuka puasa sekitar 6.50 petang.

Pembalakan tersebut dibawah Projek Pembangunan Kawasan Menteri Besar Incoporation (MBI) yang dijalankan oleh Real Strong (M) Sdn Bhd. Tempoh lesen membalak syarikat terbabit adalah dari 4 September 2007 sehingga 3 Februari 2008 serta meliputi kawasan seluas 80 hektar.
Papan tanda menunjukkan kerja-kerja pembalakan sedang dijalankan





Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifli Omar melahirkan rasa hairan bagaimana kawasan tersebut yang dikenali sebagai kawasan rekreasi boleh dilakukan kerja-kerja pembalakan.

“Saya dukacita diatas tindakan pihak tertentu yang melakukan pembalakan di Hutan Lipur Lenggeng secara terancang sehingga menyebabkan banjir lumpur dan beberapa jambatan juga turut rosak dalam kejadian tempoh hari. Kita minta pihak berkuasa menghentikan segera pembalakan ini kerana mendatangkan musibah kepada penduduk kampung, dimana akibat tindakan segelintir pihak yang cuba mengaut keuntungan tanpa memperdulikan nasib orang lain. Sekiranya pembalakan berterusan masalah ini akan berulang lagi dan penduduk berterusan mengalami kerugian harta benda serta mengancam nyawa mereka”, kata beliau.



Longgokan balak yang ditebang syarikat pembalakan
Menurut seorang ahli keluarga, Zorah Ibrahim, 29, air lumpur dari dapur naik dengan begitu cepat sehingga mereka tidak sempat menyelamatkan barangan termasuk juadah berbuka puasa yang dibawa arus.

“Kami panik apabila melihat air naik dengan begitu cepat. Tidak sampai 10 minit, ia sudah mencecah paras pinggang menyebabkan keadaan menjadi kelam kabut”, katanya.

Zorah berkata, selain kerosakan barangan elektrik, beberapa helai pakaian raya juga tidak dapat diselamatkan apabila disaluti lumpur dengan nilai kerugian dianggarkan lebih RM20,000

Sementara itu, ibu Zorah, Zainab Othman, 51, berkata sepanjang beliau tinggal di situ tidak pernah mengalami banjir yang seteruk itu. Menurutnya, banjir mulai surut kira-kira jam 10.45 malam tetapi rumah dan semua barangan disaluti lumpur.

“Banjir lumpur ini dipercayai berpunca daripada projek menebang kayu balak yang terletak di Hutan Lipur Lenggeng tidak jauh dari belakang kampung ini”, katanya.

Menurut Siti Rohani Awin, 56, ini adalah kali kedua dia mengalami banjir lumpur dalam masa 2 tahun sehingga menyebabkan almari, tilam, sofa dan peralatan elektriknya tidak dapat diselamatkan.

Seorang penternak, Nordin Lebar, 68, mendakwa mengalami kerugian teruk apabila 70 ekor ayam yang diternak mati akibat banjir lumpur.

Pada lawatan tersebut Zulkfili Omar, mewakili Badan Perhubungan PAS Negeri menyampaikan sedikit sumbangan bagi meringankan bebanan mangsa yang masih lagi bersedih mengenangkan segala persiapan hari raya yang musnah.



Zulkifli memberikan sumbangan kepada salah seorang mangsa
Zulkifli juga berjanji akan datang semula bagi membawa barang keperluan harian.


Nordin Lebar

Siti Rohani Awin

Zainab Othman

Zorah Ibrahim





Jamuan Hari Raya Kawasan Seremban 30 Okt

Jamuan Hari Raya Dewan Pemuda & Dewan Muslimat Kawasan Seremban
30 Oktober 2007 – Selasa - 8.30 mlm
Di Taman Setia Jaya, Jln Jelebu, (sebelah Masjid Jamek Ampangan)
Tetamu : Ustaz Mohd Zin ( Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat)

Ceramah Ustaz Ghazali Hasbullah
Jumaat 3 Nov Selepas Maghrib
Di Surau Al Mustofa (Surau Hitan), Ampangan, Seremban

Jamuan Hari Raya Cawangan Ampangan
Rabu 7 November 07 Jam 8:45 malam
Di Markas PAS Cawangan Ampangan (Sebelah Surau Hitam)

Nisa' laksanakan impian wanita

Nisa' laksanakan impian wanita Oleh Md Fuzi Abd Lateh. Berita Harian 24 Okt 2007


MERIAH: Karnival jualan busana muslimah menarik perhatian ahli dan tetamu jemputan ketika diadakan di Perodua, Serendah.

Pertubuhan sukarela dianggotai profesional rancang, bantu pertingkat potensi remaja

PERANAN besar dimainkan badan sukarela memperjuangkan hak remaja dan wanita menjadi misi utama penubuhan badan amal dinamakan Nisa' Malaysia yang juga dilihat mampu menjadi wadah penyambung generasi muda kini.

Pengarahnya, Mastura Mohamad, berkata bermula 23 Mei 2005 lalu, badan itu diberi penjenamaan baru ditukar nama daripada Unit Amal Nisa' Wilbanat kepada Nisa' Malaysia dengan perjuangan luas membantu semua golongan tanpa mengira kaum dan latar belakang agama masing-masing.

Katanya, dengan keahlian melebihi 7,000 sehingga kini barisan jawatankuasa kerja pusat kian bergerak aktif membantu golongan sasaran, khususnya remaja berusia 13 tahun ke atas dalam pengisian pelbagai program bermanfaat dari semasa ke semasa.

"Perjuangan kami amat mudah. Membantu semua yang menghadapi masalah dan memerlukan perkhidmatan bimbingan berterusan menuju kejayaan yang dihajati. Walaupun tidak mempunyai pejabat urusan yang tetap, kami mampu mengadakan perjumpaan setiap hari hanya secara bergerak seperti dari rumah ke rumah dan dalam kereta.

"Perkhidmatan badan amal ini mempunyai tiga unit bahagian iaitu Unit Kerjaya, Unit Pembangunan Insan dan Unit Khidmat dan Kaunseling. Setiap unit mempunyai perancangan khusus menyusun pelbagai program untuk menyatukan ahli seluruh negara," katanya.


CANTIK: Demonstrasi mengikat tudung dibawakan Nisa' kepada ahlimereka.

Dengan dianggotai ahli jawatankuasa wanita pelbagai latar belakang seperti profesional, guru, peguam, usahawan, jurutera, doktor, kaunselor dan pakar teknologi maklumat, Nisa' dilihat mampu menggerakkan aktiviti yang diperlukan golongan sasaran.

Terbaru, mereka mengadakan program Karnival Busana Muslimah yang dianjurkan bersama Nisa' cawangan Hulu Selangor dengan Badan Agama Islam Perodua (BAIP) yang disertai lebih 300 ahli di Bangunan Korporat Perusahaan Automobil Kedua Negara (Perodua) di Serendah, Selangor.

Mastura berkata, kerjasama diberikan cawangan Hulu Selangor itu amat baik bagi menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat menyertai aktiviti jualan, pameran, pertunjukan fesyen butik muslimah, forum 'Wanita Cantik di mata, Cantik di Hati', sekali gus menandakan usaha mereka disambut baik.

Katanya, walaupun tidak mempunyai dana yang besar, sumbangan individu dalam menjayakan setiap program yang dirancang besar maknanya dalam melakukan kerja kebajikan ini, selain memberi laluan kepada semua ahli untuk aktif dalam acara yang disediakan.

Mengimbas sejarah penubuhan Nisa', beliau berkata, konsep awal mereka berdasarkan prinsip dan peraturan Pandu Puteri ditubuhkan pada 1992 lalu. Namun, kini bersesuaian dengan perubahan arus semasa mereka memberi penekanan konsep baru lebih kepada nilai yang positif dan keagamaan muslimah sejati.

Begitu pun, perjuangan persatuan berkenaan tetap menyeluruh dengan membantu setiap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, bahkan semua kaum mempunyai peluang sama untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan badan berkenaan.

“Pendekatan kami lebih mesra remaja. Kami tangani masalah mereka dengan lebih nilai positif. Nisa' selami masalah mereka, cuba membantu. Remaja berpeluang meluahkan isi hati. Setiap masalah yang dihadapi ada penawarnya. Ahli kami ada senjata ampuh membantu mereka.

"Antara aktiviti remaja yang diadakan adalah seminar, kembara ilmu, Nisa' Games, Kursus Personaliti Diri, Sukaneka, kursus kepimpinan dan Tayangan Video dan Kritikan Lagu. Tidak ketinggalan juga panduan menghadapi temu duga kerja, seminar Penilaian Menengah Rendah (PMR) , bengkel usahawan dan Sembang Kerjaya," katanya.

Bantuan dalam segmen kaunseling pula, membabitkan khidmat 'pendengar setia' kepada remaja bermasalah dan mengalami kerunsingan hidup. Nisa' memberi kebajikan kepada ahli secara proaktif. Semua maklumat diperoleh akan disalur pula kepada Unit Pembangunan Insan dan Kerjaya.

Mereka juga lebih akrab menjalinkan hubungan dengan beberapa rumah perlindungan dan kebajikan seluruh negara bagi membantu remaja dan wanita yang menghadapi pelbagai masalah. Kaunseling percuma diberikan beberapa kaunselor sukarela membantu insan malang ini.

Wanita yang ingin menceburi bidang perniagaan juga mempunyai pendedahan sama menerusi bantuan daripada ahli yang lebih berjaya. Bermula perniagaan kecil, jualan langsung, saiz besar, gedung perniagaan terkemuka dan luar negara, mereka mampu memberi pendedahan kepada wanita yang berminat untuk menceburi perniagaan.

"Nisa' juga sudah memperkenalkan penggunaan kad keahlian dalam kempen 'Jom Join Nisa'! dengan slogan 'Kita Laksanakan Impian Bersama' bagi mendapat pelbagai kemudahan yang disediakan kami. Kad yang ada lebih memberi semangat kepada ahli terdiri wanita di semua cawangan 14 negeri dan Nisa' Pusat.

"Pangkalan data mengenai keahlian yang disimpan ini juga membantu pengurusan menghubungi ahli bagi menyertai program yang disusun setiap masa. Setiap negeri mempunyai cawangan utama Nisa' masing-masing. Kami kerap mengadakan perjumpaan dengan ketua setiap negeri untuk manfaat bersama,” katanya.

Maklumat terkini mengenai badan amal ini boleh dilayari laman web Nisa' http://www.webnisa.net/ pada bila-bila masa dan juga menghubungi Mastura di talian 016-6737991 dan setiausaha, Sofea Zakaria (012-3021741).

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Citra/20071024071437/Article/

10/24/07

Program Jamuan Hari Raya Sekitar NS

Semua dijemput hadir ke majlis berikut :

Majlis Jamuan Hari Raya anjuran Dewan Muslimat PAS N.Sembilan dan Majlis Guru PASTI NS
Tarikh : Sabtu 27 Oktober 2007
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Taman Sri Kasih, Seremban

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya PAS Pusat
Tarikh : 28 Oktober 2007
Hari : Ahad
Masa : 2 petang - 6 petang
Tempat : Markaz Tarbiyyah Taman Melewar , Gombak, KL

Jamuan Hari Raya DUN Senaling, Kuala Pilah
Tarikh : 28 Oktober 2007
Hari : Ahad
Masa : 8 mlm
Tempat : Senaling
Tetamu : YB Amiruddin Hamzah

Jamuan Hari Raya PAS Kawasan Tampin
Tarikh : 29 Oktober 2007
Hari : Isnin
Masa : 8.00 mlm
Tempat : Felda Jelai 3, Gemas
Tetamu : YB Salahuddin Ayub

Jamuan Hari Raya Pesurujaya PAS N.Sembilan
Tarikh : 31 Oktober 2007
Hari : Rabu
Masa : 8.00 mlm
Tempat : Lenggeng (Rumah Sdr Zulkefly Mohamed Omar)
Tetamu : Tn Hj Mahfuz Omar

Jamuan Hari Raya PAS Negeri Sembilan
Tarikh : 3 November 2007
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 mlm
Tempat : Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Seremban
Tetamu : YB Dato' Hussam Musa (Naib Presiden PAS)
Untuk maklumat lanjut dan sumbangan hubungi Sdr Shamsul 019-6532973 , skamalidz@yahoo.com

10/23/07

JKM cari tapak Kompleks Penyayang

Berita Harian 23 Okt 2007. SEREMBAN: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengenal pasti tapak sesuai di setiap daerah di negeri ini untuk dijadikan lokasi Kompleks Penyayang yang dicadang dibina dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Datuk Norhayati Omar, berkata cadangan pembinaan kompleks itu di setiap daerah adalah sebahagian usaha melahirkan komuniti sempurna dan saling melengkapi antara anggota masyarakat.

Beliau berkata, kompleks itu akan dilengkapi pelbagai kemudahan seperti pejabat JKM, pusat jagaan dan aktiviti untuk kanak-kanak dan warga tua, pusat pemulihan dalam komuniti (PDK), dewan orang ramai, surau serta depoh simpanan bekalan bagi kes bencana alam.

"Setakat ini, ada tiga Kompleks Penyayang di negara ini iaitu di Kuantan, Pahang; Alor Gajah, Melaka dan Sungai Petani, Kedah.

“Cadangan penubuhan kompleks ini di setiap daerah adalah baik kerana ia dapat menambah jumlah pusat kebajikan yang bernaung di bawah JKM," katanya di sini, kelmarin.

Norhayati berkata, Negeri Sembilan mempunyai sebuah institusi untuk penjagaan warga tua, iaitu Rumah Seri Kenangan di Seremban, manakala sebuah lagi adalah pusat jagaan harian untuk kumpulan sasar terbabit.

Selain itu, katanya, Majlis Pusat Kebajikan Semenanjung Malaysia (MPKSM) cawangan Negeri Sembilan pula menguruskan enam pusat jagaan membabitkan Rumah Sejahtera di Sikamat dengan 24 penghuni, Rumah Kebajikan Mahsan (17 penghuni) dan Rumah Sejahtera Titi, Jelebu (15 penghuni).

Beliau berkata, tiga lagi pusat jagaan ialah Rumah Sejahtera Rembau dengan 10 penghuni serta Rumah Sejahtera Tampin dan Rumah Sejahtera Port Dickson yang masing-masing memberi perlindungan kepada 20 penghuni.

"Ada pusat jagaan warga tua di negeri ini yang dikendalikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), orang perseorangan dan swasta yang berdaftar dengan JKM menerusi Akta Pusat Jagaan 1993," katanya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/EdisiWilayah/20071023080122/Article/index_html

Jamuan Hari Raya DMPNS dan MGP

Majlis Jamuan Hari Raya anjuran Dewan Muslimat PAS N.Sembilan dan Majlis Guru PASTI NS. Sabtu 27 Oktober 2007 jam 9.30 pagi di Taman Sri Kasih, Seremban

Perhimpunan Rakyat Aman/ Peaceful People’s Assembly


Satu perhimpunan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) akan diadakan, bagi menuntut pilihanraya bebas, bersih dan adil. Sempena perhimpunan ini, ahli-ahi BERSIH akan berarak ke Istana Negara dan menyerah memorandum kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Tempat: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Tarikh: 10 November 2007
Masa: 3:00 petang

Nota:
1. Para peserta diminta memakai baju kuning sebagai lambang protes.
2. Bawa kain rentang atau bendera melambangkan simbol dan mesej BERSIH.

* * * * * * * * * * *
A peaceful assembly, organized by the Coalition for Clean and Fair Elections (BERSIH), will be held as part of our campaign for clean, free and fair elections in Malaysia. BERSIH representatives will also hand over a memorandum to HRH the Yang Dipertuan Agong.

Venue: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Date: 10 November 2007
Time: 3:00 pm

Note:
1. Participants are encouraged to wear yellow as a symbol of protest.
2. Bring flags and banners depicting the BERSIH logo and relevant messages (themes of democracy and human rights, clean and fair elections, etc).

Maklumat lanjut di http://bersih.org/

10/22/07

Dapatkan Ayam Organik di NS

Ayam kampung adalah panggilan bagi ayam yang dipelihara secara lepas. Di negara Barat ia dikenali sebagai “free range chicken” atau “organic chicken” (ayam organik).

Ayam kampung jenis ini bergerak bebas dan berpeluang bergerak aktif mencari makanan tambahan dalam bentuk semula jadi terdiri daripada haiwan kecil seperti belalang, ulat dan cacing serta bahan daripada tumbuhan seperti bijirin, buah dan dedaun termasuk dari spesies tumbuhan herba.

Pergerakan otot yang aktif serta pengambilan makanan berunsur organik menghasilkan daging yang lazat dan berkhasiat tinggi. Ciri daging yang enak dan berprotin tinggi tanpa kolesterol akan mejadi kegemaran anda semua berbanding dengan ayam daging komersial yang hidup dengan pelbagai “anti biotic”, “beta against”, hormon tumbesaran dan bahan kimia yang diharamkan oleh kerajaan.

Keistimewaan Ayam Ogranik :
a. Halal proses penternakannya
b. Ayam diberi makanan yang bersih dan berkhasiat tinggi

Minta semua pengguna Islam yang bijak dan berprihatin terhadap kualiti serta halalan & tayyiban memberi sokongan untuk kita terus maju.

Dapatkan bekalan ayam kampung organik di N.Sembilan, Hubungi Sdr Bistari (Along) 019-6183959

Harga :
Saiz L RM 17 seekor
Saiz XXL RM 19 seekor

10/20/07

Rumah Terbuka PAS N.Sembilan 3 Nov

Jamuan Hari Raya PAS Negeri Sembilan
Tarikh : 3 November 2007
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 mlm
Tetamu : YB Dato' Hussam Musa (Naib Presiden PAS) , Ust Abu Bakar Chik (AJK PAS Pusat)
Untuk maklumat lanjut dan sumbangan hubungi Sdr Shamsul 019-6532973 , skamalidz@yahoo.com

Jamuan Rumah Terbuka Hari Raya PAS Pusat
Tarikh : 28hb Oktober 2007
Hari : Ahad
Masa : 2 petang - 6 petang
Tempat : Markaz Tarbiyyah Taman Melewar

10/19/07

Mohon promo Blog Maahad Muhammadi Thailand

Assalamualaikum wrt wbt, mohon kerjasama muslimin dan muslimat semua untuk mewar-warkan Blog Maahad Muhammadi Selatan Thailand di http://maahadmt.blogspot.com

Semoga Allah membalas kebaikan saudara dan saudari semua.

Wassalam.

10/18/07

Formula Menangani Kemiskinan di Rembau

KEMISKINAN DAN PEMBANGUNAN INSAN
Oleh : Profesor Muhammad Syukri Salleh - Universiti Sains Malaysia
http://www.geocities.com/muhammadsyukri/MiskinRembau.html

PENGENALAN

Kemiskinan merupakan fenomena sepanjang zaman. Pada zaman Rasulullah s.a.w. dahulu pun ada orang miskin. Antaranya ialah golongan ahlus-suffah. Mereka hidup dalam keadaan dha`if. Namun begitu, tidak pula diriwayatkan Rasulullah s.a.w. pernah menyuruh mereka bekerja. Pada zaman itu juga ada seorang miskin Ansar yang datang meminta sesuatu dari Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w. memberikan kapak dan menyuruh beliau bekerja. Pada masa yang sama, ada seorang miskin bernama Tsa’labah bin Hatib yang minta menjadi kaya. Rasullullah s.a.w. tidak merestuinya. Selain itu, ada juga seorang kaya bernama Abdul Rahman bin `Auf yang mohon menjadi miskin. Itu pun Rasulullah s.a.w. tidak merestuinya.

Mengapa reaksi Rasulullah s.a.w. berbeza-beza terhadap orang yang berbeza-beza ini?

Kertas ini cuba meneliti perkara ini untuk diambil iktibar darinya. Iktibar dari pengalaman orang-orang Islam ini, terutamanya dari zaman Rasulullah s.a.w. sendiri, adalah penting kerana hampir kesemua orang-orang miskin di Rembau terdiri dari mereka yang beragama Islam. Dari sini muga-muga satu pelan tindakan dapat dibentuk agar kemiskinan di Rembau dapat ditangani secara Islam dengan sebaiknya.

Baca Formula Ajaib Menangani Kemiskinan di Rembau seterusnya di link berikut : http://rozmal.blogspot.com/2007/10/formula-menangani-kemiskinan-di-rembau.html

DI SEBALIK KEMERIAHAN 1 SYAWAL

RAMADAN dan Syawal bagi 14 pelajar anak yatim berusia antara 10 dan 15 tahun di Rumah Anak Yatim Yayasan Sofa Negeri Sembilan di Kampung Bukit Sembilan, Chengkau, Rembau, amat berbeza dengan remaja lain yang sebaya dengan mereka.

Bagi mereka, hari raya bukannya untuk melaram dengan baju baru walaupun keinginan itu memang wujud, tetapi sebaliknya mereka amat bersyukur kerana telah dikurniakan nikmat oleh Allah untuk menyempurnakan ibadah puasa di bulan Ramadan dan seterusnya merayakan kejayaan melawan nafsu itu pada 1 Syawal.

Jauh di sudut hati anak-anak yatim ini yang begitu ikhlas dan tulus mentelaah buku pelajaran semasa ditemui di asrama mereka, cukuplah Syawal yang tiba disambut dengan belajar bersungguh-sungguh.

Rutin yang bakal dilalui oleh mereka apabila menjelang Aidilfitri ialah kembali ke rumah masing-masing bagi yang masih mempunyai keluarga atau saudara-mara bagi yang telah bergelar yatim piatu.

Bagi Muhd. Farhan Shamsudin, 10, Aidilfitri tahun ini merupakan detik paling sedih kerana menyambutnya tanpa ayah tercinta yang meninggal dunia akibat kanser tahun lalu.

Lebih menyayat hati bagi anak bongsu tujuh beradik ini apabila pemergian ayah disusuli pula oleh ibu tercinta kira-kira enam bulan selepas itu iaitu pada Februari lalu.

‘‘Saya amat sedih tetapi apalah daya saya kerana Allah ternyata lebih menyayangi mereka berdua. Apabila teringat dan rindukan mereka berdua, saya akan baca al-Quran dan sedekahkan kepada mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di asrama itu.

Halim Gool Muhamad, 14, yang boleh dikatakan sebagai ‘abang besar’ di asrama itu pula ternyata lebih tabah, sementelah telah tinggal di asrama itu sejak 2004.

Dia yang kematian ayah semasa berusia empat tahun masih beruntung kerana mempunyai ibu untuk menumpang kasih bersama enam lagi adik- beradik yang lain.

Bagaimanapun atas kerelaannya yang turut mendapat restu daripada ibu dan abang-abangnya, dia memilih untuk tinggal di asrama itu kerana konsep dan pendekatannya amat berbeza dengan asrama anak- anak yatim lain.

‘‘Kami dilayan terlalu baik, makan minum dijaga dengan sempurna, pengangkutan ke sekolah di luar juga disediakan, malah pada setiap hujung minggu pihak asrama akan menyediakan guru khas untuk mengajar tuisyen Matematik dan Sains,” katanya.

Bagi Faizzuan Ariff, 14, tanggungjawab yang digalasnya amat besar kerana sebagai anak sulung lima beradik, dia perlu menjadi teladan kepada adik- adiknya selepas kehilangan bapa sejak berumur lapan tahun.

‘‘Ayah meninggal dunia dalam kemalangan sewaktu pulang dari tempat kerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),’’ katanya.

Sebagai penyambung hidup, ibunya terpaksa bertungkus lumus membuat kuih- muih dan nasi lemak untuk dijual di merata kedai makan di sekitar Kampung Sungai Buluh, Jelebu.

‘‘Saya faham perasaan adik-adik dan sebagai abang sulung saya selalu ingatkan mereka supaya bersabar kerana Allah itu tidak akan sekali-kali berlaku kejam terhadap hamba-Nya. Segalanya yang terjadi itu mempunyai hikmahnya,’’ katanya yang bercita-cita untuk mendalami ilmu agama dan menjadi pendakwah.

Mohd. Firdaus Md. Nor, 14, pula tidak pernah menjadikan kematian bapanya akibat demam panas enam tahun lalu sebagai penghalang untuk terus berbakti kepada ibunya yang masih hidup.

Malah dia yang bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang berfikiran positif menjadikan kekurangan itu pemangkin untuk cemerlang dan membuktikan sesuatu kepada dunia luar.

(Teruskan hulurkan sumbangan anda kepada Tabung Yayasan Sofa Negeri Sembilan untuk membantu membangunkan Maahad As Sofa, Pembiayaan Anak Yatim dan sebagainya)

http://yayasansofa.blogsome.com/2007/10/12/di-sebalik-kemeriahan-1-syawal/

NGO Islam Kurang Buat Kebajikan di NS

Pengarah Hospital Seremban Rasmikan Semaian Kasih 2007

Seremban, 7 Okt – Pengarah Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Dr Jaafar Che Mat telah berbesar hati merasmikan program Semaian Kasih 2007 anjuran ISMA NS dengan kerjasama pihak Hospital Tuanku Jaafar, Ahad lalu. Di dalam program ini, ISMA NS telah mengambil initiatif menjalankan kutipan sumbangan ikhlas ahli dan masyarakat untuk diagihkan kepada para pesakit di hospital ini sempena Ramadhan dan Aidilfitri.

Majlis dimulakan pada jam 9.45 pagi dengan ucapan alu-aluan Tuan Pengarah Hospital. Dalam ucapan ringkasnya, beliau sangat mengalu-alukan penglibatan NGO seperti ISMA dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di Hospital Tuanku Jaafar. Satu perkara yang agak ketara, ujar beliau ialah betapa hambarnya penglibatan NGO Islam dalam menjalankan aktiviti-aktiviti sebegini yang kebanyakannya dipelopori oleh badan-badan bukan Islam.

Ustaz Hj Abdul Halim Abdullah selaku Ketua Perhubungan Negeri telah menyampaikan kata-kata aluan bagi pihak ISMA. Antara lain, beliau mengucapkan setinggi penghargaan kepada Tuan Pengarah dan pihak hospital atas kesudian menerima kunjungan ISMA. Beliau turut memperkenalkan ISMA kepada sekian hadirin yang hadir termasuk doktor-doktor pakar, ketua-ketua jabatan, matron dan ketua-ketua jururawat. Beliau turut mengingatkan kira-kira 50 ahli ISMA NS yang hadir ke acara ini untuk mengambil kesempatan beramah mesra dengan pesakit dan petugas hospital semasa serahan hadiah dijalankan serta menghayati program ISMA bersama masyarakat kali ini.

Majlis ringkas sebagai pemula acara ini ditamatkan dengan penyerahan cenderahati daripada ISMA oleh Ust Abdul Halim kepada Dr Jaafar.

Program seterusnya ialah penyerahan hadiah kepada para pesakit di wad-wad yang telah dikenalpasti iaitu Wad Orthopedik Lelaki, Wad Kanak-Kanak dan Wad Sakit Puan. Dengan koordinasi yang baik di kalangan ahli ISMA yang hadir serta kerjasama yang sangat menggalakkan daripada petugas hospital, kesemua 250 beg sumbangan telah berjaya diagihkan dalam masa lebih kurang sejam.

Ketika ditemubual wartawan, Dr Zainon Yahya selaku Pengarah Program Semaian Kasih 2007 ini berasa sungguh bersyukur dengan kelancaran majlis yang diadakan pada pagi ini. “Kami tidak menyangka sambutan yang sebegini meriah telah disediakan oleh pihak hospital. Ia memberikan semangat kepada kami untuk terus bekerja dan menyumbang, InsyaAllah”, ujar beliau.

ISMA Negeri Sembilan melangkah setapak lagi dalam usaha untuk memberikan khidmat kepada masyarakat dan ummat yang dikasihi melalui program ini sebagaimana motonya ISMA – Pelopor Keperihatinan Sejagat. Kita berharap program seumpama ini dapat dikembangkan kepada skop penerima yang lebih luas seperti fakir miskin, ibu tunggal, dan anak yatim pada masa hadapan.

Acara ini turut disertai oleh wartawan dan jurugambar Utusan Malaysia serta mendapat liputan di Utusan Malaysia (9/10/2007) muka 27, di ruangan Utusan Selatan.

Omar Kassim
Setiausaha
Ikatan Muslimin Malaysia
(ISMA) Negeri Sembilan

http://www.ismaweb.net/ISMA/Article453.phtml

Jangan salahkan NGO Islam saja, salahkan diri kita sendiri juga sebagai umat Islam. Apa peranan kita ?

http://pasns.blogspot.com

10/17/07

Ibu Tunggal Derita Tanggung Anak di Putrajaya

Ini cerita bukan di Ranau, Sabah, bukan di Baling, Kedah, bukan juga di Gua Musang, Kelantan, tetapi di Putrajaya. Ya di Putrajaya. Den dah kato, ramai orang susah koliling kito. Jangan duk sibuk tengok angkasawan kek langit yo, rupo e sobolah ghumah makan nasi dongan tolo, boghonti skolah tak mampu bayar tambang bas. Tahun 2008 nanti lagi ghamai akan tak ke skolah, lagi ghamai yang tak masuk U, lagi ghamai tak kojo, sobab terlalu ghamai pendatang asing. Apo nak jadi ? Tengok-tengoklah sikit jiran kito, sedagho kito, oghang kampung kito.

*****************************
Tunggu SPM dua tahun

Harian Metro 17 Okt 07. PUTRAJAYA: “Anak sulung saya terpaksa menunggu dua tahun untuk mendapatkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana tidak mampu membayar yuran peperiksaannya,” luah seorang ibu tunggal, Siti Rohiya Mokhtar, 47 tahun.

Berikutan itu, katanya, Shazrin Izwan Zainal, 19, terpaksa melupakan hasratnya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi walaupun mendapat keputusan baik dalam peperiksaan yang diduduki pada 2005 lalu.

“Shazrin mengambil keputusan peperiksaannya Januari lalu selepas saya mendapat bantuan persekolahan anak-anak dari Pusat Zakat Selangor (PZS) Sepang.

“Memandangkan keputusannya baik, Shazrin sedang memohon untuk melanjutkan pengajian ke Politeknik kerana yuran yang dikenakan agak rendah berbanding universiti lain,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, sebelum memperoleh keputusan peperiksaan itu, Shazrin melakukan pelbagai pekerjaan untuk meringankan beban mereka sekeluarga.

Sementara anak keduanya, Shazima Izanti Zainal, 15, diberhentikan sekolah sejak tiga bulan lalu akibat tidak mampu membayar tambang bas sekolah RM55 sebulan.

Bagaimanapun, Shazima Izanti yang belajar di Sekolah Menengah Seri Sepang, Sepang, masih bernasib baik kerana dibenarkan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) walaupun tiga bulan tidak bersekolah.

“Sepanjang tempoh itu, dia belajar sendiri di rumah. Malah, saya sentiasa memberi dorongan supaya tidak berputus asa dan berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan dia mendapat keputusan cemerlang,” katanya.

Lebih malang lagi, Siti Rohiya terpaksa menanggung hutang sewa rumah yang tertunggak lapan bulan.

Dia yang bekerja sebagai pegawai keselamatan di Hospital Putrajaya menerima pendapatan RM850 sebulan, namun jumlah itu tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan enam anaknya termasuk persekolahan, perbelanjaan harian dan tambang ke tempat kerja.

“Empat daripada anak saya bersekolah, jadi saya terpaksa bekerja keras untuk memastikan mereka mendapat pelajaran supaya dapat mengubah masa depan keluarga kelak.

“Namun saya bersyukur anak-anak tidak pernah merungut walaupun terpaksa makan nasi dengan telur kerana mereka faham situasi kami sekeluarga,” katanya.

Menyentuh mengenai persiapan hari raya, Siti Rohiya berkata, biasanya baju anak-anak jarang bertukar, kecuali ada yang menghulurkan bantuan.

“Tahun lalu, emak saudara angkat mereka membelikan baju raya dan kuih-muih untuk persiapan raya, tetapi tahun ini saya tidak tahu lagi macam mana,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20071017090307/Article/index_html

http://amkns.blogspot.com

10/16/07

Lombong pasir punca banjir kilat Kampung Ismail

Berita Harian 16 Okt 2007. SEREMBAN: Banjir kilat yang dialami 30 keluarga di Kampung Ismail, Blok B dan C, Ampangan dekat sini, petang sebelum Aidilfitri berpunca daripada aktiviti melombong pasir di Sungai Linggi hingga menyebabkan pengaliran air sungai berkenaan tersekat.

Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan Awam dan Pembangunan Koperasi negeri, Datuk Zakaria Nordin, berkata keadaan bertambah buruk apabila hujan lebat, menyebabkan Sungai Batang Benar melimpah.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ampangan berkata, kejadian itu menyebabkan sebahagian besar penduduk yang tinggal berdekatan tebing sungai berkenaan dilanda banjir kilat setiap kali hujan.

"Sebenarnya, banjir kilat yang melanda kampung terbabit tidak sekerap yang dihadapi penduduk Kampung Pasir. Berdasarkan rekod kejadian banjir kilat ini adalah kali kedua berlaku sepanjang tahun ini.

"Bagaimanapun, saya sedih kerana kejadian itu berlaku pada petang tatkala penduduk sibuk membuat persiapan Aidilfitri," katanya yang turut melawat mangsa banjir pada petang dan malam kejadian.

Tinjauan mendapati kebanyakan penduduk tidak sempat menyelamatkan barangan mereka termasuk makanan dan pakaian apabila air naik sehingga ke paras lutut dalam sekelip mata.

Zakaria meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memantau dan memastikan syarikat yang menjalankan aktiviti melombong pasir di Sungai Linggi mematuhi syarat yang ditetapkan bagi mengelak kejadian sama berulang.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/EdisiWilayah/20071016070531/Article/index_html

10/12/07

Ayuh Bangun Rakyat Malaysia ! Jom cegah jenayah

Saya Rozmal bin Malakan , menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar membantu Saudara Kamal Effendi Hashim untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia agar lebih prihatin akan keselamatan diri kita, keluarga kita dan jiran tetangga kita.

Sokonglah usaha murni beliau ini. Layarilah Blog beliau di http://kamalfndhashim.blogspot.com/

Ya Allah, jadikanlah negara Malaysia ini , negara yang aman sejahtera. Jauhilah negara kami ini dari para penjenayah, perompak, perogol, perasuah, pencuri, pengkhianat, pendera dan orang yang zalim.

Penduduk miskin di bandar tak dilupa

Kerajaan negeri beri sumbangan ringankan beban buat persiapan sambut lebaran

Berita Harian 12 Okt 2007. SEREMBAN: Aidilfitri bukan saja hari kemenangan bagi umat Islam yang sempurna berpuasa, menahan lapar dan dahaga, melawan nafsu dan godaan jiwa, tetapi turut memberi limpahan rahmat kepada golongan memerlukan, kelompok miskin dan anak yatim, ibu tunggal serta fakir, saudara baru juga yang kurang upaya.

Sepanjang sebulan Ramadan, golongan asnaf inilah yang mendapat perhatian, dijemput ke pelbagai majlis sumbangan bantuan, tidak kira sama ada berlokasikan hotel atau restoran, lalu terisilah wajah mereka dengan riak senyuman kegembiraan.

Itulah istimewanya Islam, yang berada tidak lokek menghulurkan sumbangan, tidak kiralah dalam bentuk barangan atau kewangan, yang penting tiada pihak berasa tersisih dalam kemeriahan umat menyambut lebaran.

Pemerintah sendiri tidak pernah alpa dalam membela nasib rakyat, usaha berterusan direncana dan dilaksana bagi memerangi kemiskinan, bukan saja wang yang diberikan, tetapi meluas sehingga kemudahan kediaman.

Dulu, miskin hanya dikaitkan dengan orang kampung, tetapi peredaran zaman semakin menyempitkan tanggapan itu kerana kemajuan dan pembangunan menyebabkan kian ramai penduduk kota turut tersenarai dalam golongan sama.

Menyedari hakikat itu, kerajaan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memantau kualiti hidup masyarakat bandar bagi melihat realiti sebenar kehidupan mereka yang sebahagiannya lebih teruk daripada golongan miskin di luar bandar.

Kerajaan Negeri Sembilan juga serius dalam menangani masalah kemiskinan rakyat di bandar dengan menyalurkan pelbagai bantuan serta menyediakan kemudahan penginapan selesa kepada golongan berkenaan.

Sempena Aidilfitri kali ini, 152 penduduk di kawasan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) menerima bantuan kewangan dengan peruntukan keseluruhan RM300,000 melalui Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB).

Bantuan diserahkan sendiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, bukti keprihatinan pemimpin itu terhadap belenggu dihadapi sesetengah masyarakat kota yang selama ini semuanya dianggap sebagai mewah atau berada.

Seorang penerima, Zul Amirul Sidi Abdullah, 33, ketika ditemui, mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kepada kerajaan negeri kerana tidak melupakan rakyat yang memerlukan bantuan.

"Terima kasih memberikan bantuan ini, dapatlah juga meringankan beban saya dalam menampung keperluan keluarga bagi menyambut Aidilfitri," kata bapa kepada tiga anak berusia lima hingga tujuh tahun itu yang menetap di Rumah Pangsa Perdana Paroi, dekat sini.

Beliau yang tergolong dalam kelompok orang kurang upaya (OKU), berkata keprihatinan kerajaan yang tidak pernah terlepas daripada menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan, membuktikan kerajaan sentiasa membela rakyat.

Sementara itu, Menteri Besar berkata, kerajaan negeri tidak mahu melihat ada golongan yang memerlukan bantuan, tercicir daripadanya.

"Kita komited melaksanakan dasar serta program bagi memerangi kemiskinan di kalangan rakyat Negeri Sembilan," katanya.

Beliau berkata, peserta yang layak menerima bantuan dikenal pasti terlebih dulu oleh pihak berkuasa melalui bancian terperinci yang memilih penduduk dengan pendapatan seisi keluarga bawah RM585 sebulan sebagai penerima.

"Penerima bantuan ini termasuk ibu tunggal dan OKU. Ada tujuh jenis bantuan disalurkan, iaitu sewa rumah, persekolahan atau institusi pengajian tinggi, kos jaga anak, bantuan ke tempat kerja, pengangkutan ke sekolah, bantuan ihsan dan kos rawatan perubatan," katanya.

Mohamad berkata, kadar kemiskinan yang rendah di negeri ini menunjukkan dasar dan program yang dilaksanakan kerajaan berjaya mencapai matlamatnya.

"Bagaimanapun, usaha membasmi kemiskinan memerlukan kerjasama semua, terutama pemimpin setempat. Kita di peringkat kerajaan negeri sudah mewujudkan Dasar Jaringan Keselamatan Sosial yang mempunyai jawatankuasa khas.

"Jawatankuasa ini meneliti dan mengenal pasti setiap individu dan ahli keluarga yang miskin serta memerlukan bantuan untuk disenaraikan sebagai penerima. Kita tak mahu ada golongan yang tercicir daripada menerima bantuan berkenaan," katanya.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Datuk Abdul Halim Abd Latif, berkata pihaknya menerima 200 permohonan daripada rakyat berbilang bangsa untuk disenaraikan sebagai peserta PPKB, tetapi hanya 152 didapati benar-benar layak selepas bancian dilakukan.

"Menerusi bantuan ini, kita berharap dapat membantu golongan miskin dan memerlukan ini, terutama umat Islam yang bakal menyambut Aidilfitri tidak lama lagi." katanya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/EdisiWilayah/20071012081130/Article/index_html


JKM dapat bantuan tambahan RM2 juta

Berita Harian 12 Okt 2007. SEREMBAN: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan menerima bantuan tambahan sebanyak RM2 juta daripada Kerajaan Persekutuan untuk menampung jumlah peruntukan sedia ada bagi membantu 6,896 golongan memerlukan sepanjang tahun ini.

Pengarahnya, Mizan Maulud, berkata peruntukan tambahan itu menjadikan pihaknya menerima bantuan keseluruhan RM19 juta sepanjang tahun ini iaitu RM13 juta daripada Kerajaan Persekutuan dan bakinya RM6 juta disalurkan oleh kerajaan negeri.

Beliau berkata, peruntukan tambahan itu diberikan berikutan pihaknya menerima pertambahan bilangan permohonan yang memerlukan bantuan berbanding sebelumnya diyakini berpunca berikutan peningkatan kos sara hidup selain masalah sosial.

"Kita juga dapati permohonan bagi semua kategori bantuan bertambah kerana terdapat kes-kes penerima yang layak menerima bantuan tetapi tidak dirujuk sebelum ini dikemukakan kepada kita untuk dipertimbangkan bagi mendapatkan bantuan.

"Ini juga selaras dengan penekanan dan saranan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mahukan semua golongan yang layak menerima bantuan seperti ibu tunggal, fakir miskin dan anak yatim tidak tercicir dan ketinggalan daripada senarai penerima bantuan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyampaian bantuan kepada golongan memerlukan sempena Program Rahmat Ramadan Parlimen Seremban di Lobi Kompleks Pentadbiran Daerah Seremban 2, di sini.

Majlis disempurnakan Timbalan Menteri Pelajaran yang juga Ahli Parlimen Seremban, Datuk Hon Choon Kim. Hadir sama, Pegawai JKM Daerah, Mohd Zafri Hamzah.

Mizan berkata, pihaknya akan memastikan setiap permohonan yang diterima mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan sebelum mereka layak menerima bantuan dan ia akan dikaji semula setiap enam bulan.

"Bagaimanapun, kita berharap penerima tidak terlalu bergantung dengan bantuan yang diterima, sebaliknya mereka perlu berusaha mengubah nasib dengan berdikari termasuk menjalani latihan kemahiran dan sebagainya.

"Sebenarnya, banyak bantuan dan kemudahan yang disediakan kerajaan bagi membantu mereka mengubah nasib diri dan keluarga tetapi semuanya bergantung kepada mereka sendiri," katanya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/EdisiWilayah/20071012080120/Article/index_html

10/9/07

Wanita Didera Teruk Di Seremban Tiada Pemimpin Bantu

Ini berlaku di Seremban , sheikh ! Seorang ibu yang susah tinggal di pondok usang bersama lima orang anak, sering didera oleh saudaranya menggunakan batang besi dan sebagainya. Tiada siapa yang membantu, pemimpin setempat buat tak tahu, polis bersikap acuh tak acuh, yang membantu hanyalah para doktor di hospital yang menyuruh wanita Melayu malang ini buat pendedahan media. Seremban sheikh, Seremban. Tak jauh di Taman Permai. Siapalah yang kisah perempuan Melayu bernama Rosmala Mansor dengan lima anaknya yang tinggal di pondok kayu usang yang kehidupannya melarat, yang pasti Syawal pada mereka sama seperti bulan-bulan lain. Nampaknya benarlah Babi Melaka Lebih Bertuah Dari Melayu Negeri Sembilan.

*****************************
New Straits Times 9 Oct 2007. SEREMBAN: After years of being beaten up and tortured with hot metal rods by a relative, a 37-year-old mother of five decided that enough was enough.

Rosmala Mansor obtained an interim protection order from a magistrate's court, but even that failed to stop her alleged abuser.

Within days of getting the protection order, she was assaulted again in public.

Rosmala, from Taman Permai, claimed that her numerous complaints to the police had fallen on deaf ears because he was a former policeman.

She said her 48-year-old alleged abuser was only arrested recently after she threatened to bring the matter to the federal police headquarters in Bukit Aman.

Rosmala said in the latest incident two days ago, her relative beat and kicked her when they bumped into each other in Bukit Chedang.

She claimed that a passing patrol car stopped but the two policemen merely watched as her relative assaulted her.

"None of them dared to intervene. I pleaded with them to arrest him, but they just stood there," she said.

"They only handcuffed him after I snapped their pictures with the camera on my handphone and threatened to bring the matter to their superiors."

That was the second time the relative was arrested in the last six months.

Despite having burn scars and swellings on her body, medical reports and witnesses willing to testify on her behalf, Rosmala claimed her relative was released the first time and was never charged.

He is now under remand but Rosmala fears for her safety as he might be released again.

"He even beat up my daughters when they tried to protect me when he assaulted me," she said.

"The only ones who seem to be paying attention are the doctors at the hospital who treat me every time I get beaten up.

"In fact, they (the doctors) are the ones who told me to get help from the media. They have seen this happening to me too many times."

Rosmala said there were times when she came close to losing the will to carry on, but hung on for the sake of her children.

Currently living in a wooden hut with her daughters, she is also finding it tough to earn a living.

Business at her eatery had suffered since the only access road was cut off by a development project.

"We try to get by with whatever little I can make. It gets even harder now with Hari Raya coming. I feel so sorry for my children. They do not deserve this kind of life."

Rosmala said she had approached leaders and elected representatives before, but none of them were interested in helping her.

She had also sought help from the Welfare Department but claimed that she was only given some rice two months ago.

Rosmala hopes officials from the Women, Family and Community Development Ministry will look into her problems and help to protect her family.

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Tuesday/National/2055607/Article/index_html

10/7/07

Peluang Keemasan Meraikan Anak-Anak ISA NS

Sempena musim perayaan ini dan sempena menjelangnya sessi baru persekolahan 2008 nanti Pusat Asuhan Tunas Islam Negeri Sembilan (Pasti NS) membuka peluang kepada mereka-mereka yang berminat untuk memberikan sedikit sinar Syawal kepada anak-anak tahanan ISA yang berada di Negeri Sembilan. Sebarang bentuk sumbangan adalah dialu-alukan samada wang ringgit, pakaian raya, kasut raya, pakaian sekolah, beg sekolah, buku, permainan dan sebagainya.

Kepada mereka yang berminat atau ingin menjadikan mereka ini anak-anak tajaan boleh menghubungi Pengarah Program atau AJK Pasti NS Sdr Syazwan di 019-6619156

Tazkirah Us Abd Ghani 10 Okt Alamanda

Assalamualaikum wrt wbt,

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir ke majlis Tazkirah Ramadhan pada :

Rabu 10 Oktober 2007
Selepas Witir jam 9:15 malam
Oleh : Ustaz Abdul Ghani Ahmad Zaigu , SMK Tampin
Di Surau Taman Alamanda, Senawang

10/5/07

Kisah Derita Seorang Ibu di N.Sembilan di bulan Ramadhan

Keesokannya pula, Sabtu 29 September lalu Harakah meneruskan perjalannannya menyampaikan sumbangan ihsannya kepada keluraga mangsa Akta Kejam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Felda Serting, Negeri Sembilan.

Melangkahkan kaki ke Felda Serting 1 (kini Felda Raja Alias) di Bandar Baru Jempol menjejaki isteri tahanan ISA, Halimah Ishak pada 29 September lalu merupakan satu pengalaman yang tidak ternilai yang dilalui krew Harakah.

Bukan setakat ingin meyampaikan bantuan wang ringgit dan barangan makanan kepada Halimah tetapi juga ingin melihat penderitaan yang ditanggung isteri kepada tahanan ISA, Khaider Kadar ini sejak suaminya ditahan pada tahun 2004.

Menjejaki keluarga tahanan ISA adalah satu peluang yang cukup bermakna kepada penulis dalam menghayati penderitaan mangsa dan keluarga mereka.

Hilang kasih sayang ayah kerana kejamnya ISA

Perjalanan tiga jam krew Harakah ke Serting bagi menyampaikan bantuan sempena Ramadhan dan Syawal kepada Halimah disambut Halimah dengan senyuman dalam kesedihan.

Halimah menginap dengan lapan anaknya di sebuah kedai kecil yang disewanya sejak 19 tahun lalu setelah beliau dan suami, Khader Khadran pindah ke Serting kerana suaminya bekerja di sana.

Begitu pun, tarikh 11 Januari 2004 membibitkan noktah hitam kepada Halimah dan Khaider yang terpaksa berhadapan dengan tindakan zalim kerajaan pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Khaider ditahan di bawah ISA dengan tuduhan terbabit dengan pertubuhan pengganas Jemaah Islamyiah (JI).

Bagaikan petir menyambar tubuh, kesakitan, kesengsaraan dan kepayahan terpaksa ditempuhi kerana penahanan tanpa bicara itu. Kata Halimah, polis hanya mengambil beberapa buah kitab dan Sahih Bukhari milik suaminya sebagai asas penahanan Khaider yang dituduh sebagai seorang pengganas.

Sejak suami ditahan pada 11 Januari 2004, Halimah terpaksa menggalas tugas sebagai ibu dan ayah kepada lapan anaknya yang masih muda untuk mengenal erti kesusahan.

Keadaan rumahnya pula agak dhaif dengan bumbung syiling yang sudah mula bocor dan dengan hanya duduk di bahagian belakang kedai yang cukup sempit.

Di situlah juga anak sulung Halimah, Abu Hurairah dan isterinya menginap sama kerana Abu Hurairah terpaksa menolong ibunya bagi menjaga adik-adiknya dan membantu dalam menjual air soya di kawasan tersebut.

Tujuh lagi anaknya, Mashitah, Siti Sarah, Adam, Jamilah, Siti Hajar, Aishah dan Ismail turut merasai penderitaan yang dialami Halimah setiadanya suami tercinta.

Berbekalkan sebuah van buruk yang sudah uzur peninggalan suaminya, Halimah terpaksa juga memberanikan diri untuk memandu bagi menyelesaikan segala urusan mendapatkan bahan untuk membuat air soya dan memasarkannya di sekitar Serting.

Satu masa lalu, semua tugas-tugas itu digalas suaminya tanpa keluh kesah dan Halimah hanya membantu di kedai sahaja.Setakat ini Halimah hanya bergantung kepada pendapatan melalui penjualan air soya sahaja menggalas tugas suami bagi menampung perbelanjaan lapan anaknya.

Empat dari lapan anaknya masih bersekolah di sekolah pondok Pasir Puteh di Kelantan dan dua lagi belajar di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) di Negeri Sembilan.

Menurut Halimah, pendapatan melalui penjualan air soya tidak seberapa tidak seperti dahulu dan hanya cukup-cukup makan sahaja.

Menceritakan pengalaman beliau beraya dengan beberapa kali menziarahi suami pada hari raya pertama di Kem Tahanan Kamunting (Kemta) amat memilukan.

Menurut Halimah, beliau terpaksa mengusung anak-anaknya yang masih kecil seawal jam 6.00 pagi untuk ke Stesen Bas Bahau yang terletak kira-kira 35 kilometer dari rumahnya.

Belanja RM300 untuk lawat sehari suami di Kamunting

Perjalanan dari Bahau ke Kemta di Kamunting (Perak) memakan masa yang panjang dan Halimah terpaksa menahan segala kepayahan itu demi melihat wajah suami tercinta yang terpenjara kerana kezaliman pemerintah.

Perjalanan jauh terkadang membuatkan Halimah sudah mula hilang kesabaran memikirkan penderitaan yang dilalui.Bukan sedikit belanja yang terpaksa dikeluarkan bagi sekali lawatan, antara RM200 ke RM300 hanya untuk sampai ke Kemta.

Untuk pulang dari Kemta ke Negeri Sembilan pula, Halimah perlu bergegas untuk sampai di Kuala Lumpur bagi mendapatkan bas ekspress Kuala Lumpur-Bahau pada jam 9.00 malam.

Biasanya Halimah akan sampai pada jam 11.00 malam di rumahnya setelah awal pagi lagi keluar dari rumah semata-mata untuk ke Kemta menziarahi Khaider.

Ada kalanya Halimah dipermainkan oleh pegawai-pegawai penjara dengan pelbagai taktik semata-mata untuk melewat-lewatkan pertemuan dan menghalang isteri bertemu tahanan.

Apa yang dapat diusahakan hanyalah berdoa kepada Allah yang maha Esa supaya suaminya segera dibebaskan dari Kemta.Harapan itu masih ada, tetapi Halimah tidak redha dengan kezaliman yang dilakukan kerajaan ke atas suami dan keluarganya.

Lalu, Harakah mengajak pembaca semoga sudi menghulurkan bantuan dan meringankan beban golongan gelandangan ini seperti si miskin, kurang upaya, yang uzur, para penduduk setinggan yang menjadi mangsa penguasa,anak-anak yang hilang kasih sayang kerana ayah mereka di tahan akta kejam ISA dan anak-anak yatim serta ibu tunggal yang hilang tempat berpayung. Di sebalik kemeriahan suasana Ramadan dan menjelang Aidilfitri, marilah sama-sama menginsafi dan bersimpati...

Untuk itu jika ada pihak yang mahu menyumbangkan sumbangan wang ringgit bagi meringankan penderitaan Halimah sekeluarga, bolehlah memasukkan wang ke akaun Bank Pertanian Malaysia, Halimah Ishak (no akaun : 2-576-002164-2).

Bagi yang mahu menyampaikan bantuan sumbangan kepada golongan tidak bernasib baik, bolehlah mendermakan terus kepada akaun Maybank atas nama HARAKAHDAILY DOT COM (564070000336) dan sedaya mampu, Harakah dan Harakahdaily.net akan menyalur dan mengagihkan kepada mereka. Insya-Allah. - mks.

http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/utama/tiada-siapa-peduli-penderitaan-mereka.html

10/3/07

Rumah Ketua Pemuda Paroi Rosak Teruk Akibat Ribut

Seremban 3 Oktober 2007 – Adalah dimaklumkan rumah Ketua Pemuda PAS Cawangan Paroi Jaya di Taman Paroi Jaya, Seremban rosak teruk akibat angin kencang dan ribut yang melanda kawasan tersebut minggu lepas. Dilaporkan atap rumah banyak yang rosak dan bocor. Kepada mereka yang ingin menghulurkan bantuan sila hubungi Ketua Pemuda PAS N.Sembilan Tn Hj Taufek 019-6576540

10/2/07

Iktikaf Perdana Pemuda NS 6 Okt

Program Iktikaf Perdana Pemuda NS
Sabtu 6 Okt 2007 ( 11 malam hingga Ahad 7 Okt 11 pagi)
Di Masjid Bandar Baru Senawang
Maklumat lanjut hubungi Ustaz Khairul 019-2245321

10/1/07

JAIS gagal tangkap Us Nasrudin Tantawi

PERISTIWA AR – RAAFIQ Oleh : Us. Nasrudin Tantawi

3 hari sebelum saya dijadualkan untuk membentang Muqaddimah kitab Feqhud Daulah Karangan Dr. Yusuf al Qaradhawi pada Majlis Tafaqquh Fid Deen di Surau ar Raafiq di Seksyen 7 Kota Damansara , saya telah menerima tidak kurang 10 maklumat melalui sumber yang berauthoriti dan juga sms bahawa pihak JAIS akan menangkap saya di surau tersebut.

Sehari sebelum jadual itu berlangsung (iaitu pada 29 Sept 2007 / sabtu), pihak penganjur telah menghubungi saya bagi mengesahkan laporan bahawa saya akan ditangkap oleh JAIS jika menghadhiri program Tafaqquh Fid Deen keesokkan harinya jam 9.00 am adalah laporan yang benar dan tepat.

Pihak cuba mendapatkan keputusan dari saya , apakah saya akan hadhir atau tidak ?

Saya menegaskan bahawa program Tafaqquh Fid Deen mesti diteruskan dan saya pasti akan hadhir . Pihak JAIS tidak sepatutnya mengambil langkah sedemikian kerana terlalu banyak kerja yang boleh mereka lakukan terutama pada Ramadhan ini , seperti menangkap golongan yang tidak berpuasa dan makan pula di khalayak ramai .

Jika tindakan JAIS itu adalah bertujuan untuk menakutkan saya agar tidak menyampaikan ilmu agama ini kepada masyarakat , ternyata tindakan JAIS itu sia - sia malah tidak sedikit pun menjejaskan reputasi saya sebagai seorang pejuang insyaallah .

Kalau langkah JAIS adalah untuk mengawal perkembangan agama dan penceramah memerlukan tauliah untuk menyampaikan ceramahnya , maka saya merasakan tindakan menangkap penceramah bukan cara atau langkah yang bijak dan bertamaddun.

Berkali penganjur mengingatkan saya bahawa maklumat rancangan JAIS untuk menangkap saya adalah suatu yang serius kerana ia datang dari sumber yang dipercayai .

Berkali juga saya memberi penegasan kepada penganjur bahawa saya akan tetap hadhir kerana ia adalah kewajipan saya dan saya tidak nampak tindakan saya itu adalah salah . Kerana sebelum daripada ini , saya telah menyampaikan ceramah hampir seluruh surau di negeri Selangor dan saya mendapat feed back yang positif tanpa sebarang masaalah apalagi membawa perpecahan dikalangan masyarakat ummat Islam .

30 September 2007

Saya tiba di Surau ar Rafiiq sekitar jam 9.30 am tanpa sebarang senjata melainkan sebuah kitab Feqhud Daulah untuk saya bentang.

Para hadhirin telah lebih awal memenuhi ruang surau tersebut dan majlis telah bermula di bawah pimpinan Ustaz Nasir Zakaria , seorang guru agama dan pendakwah yang bertauliah di negeri Selangor.

Saya dimaklumkan bahawa SB dan beberapa orang yang tidak dikenali serta sangat mencurigakan telah berada di dalam surau . Saya terus melangkah penuh yakin dan tenang membuat perkiraan terhadap kemungkinan apa yang akan berlaku di saat itu.

Apabila saya telah berada di dalam surau , saya mendapat maklumat dari penganjur bahawa anggota JAIS sekitar 30 orang telah masuk ke kawasan surau. Lagak mereka langsung tidak menampakkan mereka adalah penguasa agama , sebaliknya laksana gengster menuju medan pergaduhan .

Pihak Penganjur meneruskan program seperti biasa dengan Ustaz Nasir selaku penceramah dan pendakwah yang bertauliah terus memberi ceramahnya sekitar tajuk Feqhud Daulah .

Format yang Menarik

Setengah jam kemudian , Ustaz Nasir menamatkan kuliah beliau dan membuka majlis kepada soal jawab mengenai Feqhud Daulah . Format ini dilakukan kerana saya tidak dibenarkan untuk menyampaikan kuliah dan ianya berkuatkuasa serta merta kerana akur kepada JAIS yang tidak membenarkan saya menyampaikan kuliah.

Para audien mengambil kesempatan untuk terus mengajukan soalan mengenai Feqhud Daulah kepada Ustaz Nasir yang memimpin majlis Tafaqquh Fid Deen pada hari itu.

Ustaz Nasir , sejurus menerima pelbagai soalan tidak berlengah untuk terus menjawab segala soalan dengan tenang. Sementara keadaan di luar agar hingar dengan perbincangan dan perancangan untuk terus menangkap saya , sedang saya masih berada saf hadapan dalam majlis tersebut.

Tiba - tiba Ustaz Nasir membuka kepada audien jika ada sebarang penambahan terhadap jawapan yang telah beliau berikan. Mungkin kerana menyedari kehadhiran agak ramai ulama' muda seperti Ustaz One G , Ustaz Riduan Ismail malah Ustaz Zaharudin turut kelihatan dalam majlis tersebut.

Ustaz One G yang berada betul - betul dibelakang saya mengisyaratkan agar saya ambil bahagian untuk menambah point jawapan yang telah diberikan oleh Ustaz Nasir. Ustaz Izwan selaku pengerusi majlis , spontan menyerahkan microfon kepada saya .

30 minit ulasan

Saya terus mencapai mic lalu menambah point - point penting mengenai Feqhud Daulah sebagai jawapan tambahan kepada soalan yang dikemukakan. Setelah 30 minit saya menjawab , saya mengembalikan mic kepada pengerusi. Majlis kian rancak dengan pelbagai soalan diutarakan oleh audien .

Ustaz One G turut ambil bahagian menjawab , demikian juga Ustaz Riduan Ismail untuk memeriahkan lagi majlis Tafaqquh Fid Deen. Malah saya sendiri tidak terkecuali untuk terus memberi komitmen menghidupkan majlis ilmu yang cukup unik pada hari itu dengan terus melontarkan idea dan ilmu yang ada buat pengetahuan dan maklumat kepada semua yang hadhir .

Keseluruhan slot yang saya guna untuk menambah point atas jawapan yang diselia oleh Ustaz Nasir Zakaria yang juga seorang guru bertauliah pada pagi itu , pada anggarannya melebihi tempoh satu jam. Saya puas hati dengan format baru ini walaupun bukan saya yang memimpin majlis kerana menghormati pihak JAIS yang tidak membenarkan saya menyampaikan kuliah.

Suasana di Luar Semakin Kalut

Beberapa orang saksi memaklumkan bagaimana pihak yang cuba untuk menangkap saya berada dalam keadaan blur dan dilema setelah didapati bukan saya yang menyampaikan kuliah sebaliknya Ustaz Nasir Zakaria yang memberi kuliah. Saya hanya menambah beberapa point atas permintaan dan dibawah selia Ustaz Nasir seorang penceramah yang bertauliah.

Tapi jelas kelihatan dari kegelisahan dan gerak geri mereka , mereka nak tangkap juga saya pada hari itu , dan kelihatan sekitar 20 orang anggota polis beruniform telah masuk ke kawasan surau .

Sementara majlis telah berada di penghujung. jam telah menunjukkan pukul 11.30 am . Keadaan di luar surau bagai dikepong oleh JAIS , Polis dan SB . Seorang saksi menelefon saya memberi anggaran lebih 100 orang yang bersedia untuk menangkap saya pada saat itu.

Saya Tidak Mahu Mengalah

Pihak penganjur mula meminta saya keluar , tetapi saya enggan keluar sehinggalah majlis selesai , kerana saya merasakan saya tidak bersalah .

Saya faham benar langkah yang diambil oleh penganjur. Mereka tidak mahu saya ditangkap. Mereka tidak mahu pemimpin mereka ditangkap oleh pihak yang tidak demokratik dan bertamaddun itu . Ya , saya memahami hal itu , malah jika saya selaku penganjur , saya juga akan menyelamatkan pemimpin saya dari diapa- apakan oleh tangan kotor yang tidak bermaruah itu .

Tetapi saya tidak mahu mengalah kerana saya berada di pihak yang benar . Apakah salah saya menyampaikan ilmu ? kalau ilmu yang saya sampaikan itu salah , mereka ada rakaman , mereka ada SB yang dihantar untuk mencatit , mereka boleh dakwa saya di mahkamah tanpa perlu menyerbu dan menangkap saya dengan menggunakan kekuatan anggota polis sebegitu ramai .

Saya terus berada dalam majlis tersebut sehingga ianya selesai . Saya lihat pihak penganjur mula bimbangkan keselamatan saya . Saya menenangkan mereka.

Saya tidak bimbangkan kekuatan manusia yang hanya dikerahkan untuk menghalang kegiatan makruf sedang mereka membiarkan sahaja pelacur selesa beroperasi biarpun disiang Ramadhan , malah saya melihat sebuah gerai yang beroperasi memberi makan kepada mereka yang tidak berpuasa , tidak jauh dari tempat program tersebut. Kenapa JAIS tidak menangkap mereka sebalik merancang untuk menangkap saya ? atau mereka bertindak atas arahan orang - orang tertentu ? apakah JAIS hanya menjadi alat orang politik yang terdesak untuk mengekalkan pengaruh politik mereka ?

Sejurus Majlis Selesai

Saya terus berada dalam majlis sehinggalah majlis tersebut selesai dan saya terus bangun untuk keluar menuju kereta yang disediakan oleh penganjur untuk menghantar saya pulang ke pejabat saya .

Semasa saya melangkah keluar , 4 atau 5 orang unit keselamatan pihak penganjur mengiringi saya keluar melalui pintu depan dan terus menuju ke kereta . Alhamdulillah , takdir Allah swt. sebegitu ramai anggota JAIS dan Polis yang mengepong , mereka tidak perasan saya meninggalkan majlis dan terus pulang ke pejabat saya.

Dalam perjalanan saya ke pejabat , saya dihubungi oleh seorang rakan bagaimana pihak JAIS dan Polis menyerbu naik ke atas surau setelah menyedari majlis telah tamat untuk menangkap saya dan mereka terpinga - pinga melihat saya telah tiada . Mereka mengeledah 4 penjuru surau dan mereka terus mengepong surau dan mencari di persekitaran surau .

Mereka menyangka saya menyorok di mana - mana . Malah kelihatan sebahagian dari mereka yang marah - marah kerana gagal menangkap saya . Ada yang mungkin sebelum menyamar pakai kupiah , mencabut kupiah lalu menghempasnya ke bumi penuh kecewa kerana gagal menangkap saya , ada yang meludah marah penuh kecewa.

Saya hanya tersenyum mendengar laporan kawan sayan melewati telefon . Apa yang lucu , mereka turut mengekori mana - mana kenderaan yang keluar dari surau tersebut , bimbang kalau - kalau saya berada dalam kereta tersebut. Mereka mencari kenderaan saya , mereka bagai tidak percaya saya berjaya lolos dari kepongan mereka.

Saya teringat firman Allah swt .

و مكروا و مكر الله و الله خير الماكرين

Mereka merancang dan Allah juga merancang dan Allah sebaik - baik perancang.


HJ NASRUDIN HASSAN TANTAWI
TIMBALAN KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/2007/10/peristiwa-ar-raafiq-seksyen-7-kota.html#links

Jom Sahur di Gereja !

Apakah tidak ada cara lain untuk umat Islam dan penganut agama Kristian untuk mengadakan satu program yang boleh mengeratkan kerjasama antara agama ? Apakah tidak boleh diadakan bersahur di masjid ? Apa komen JAKIM, JAIS ? Sedangkan program tazkirah Ramadhan di sekat-sekat.

****************************************
UM students plan inter-faith event with Indonesia

The Star 1 Oct 2007. PETALING JAYA: Taking a leaf out of an inter-faith sahur event in Jakarta, Universiti Malaya is organising a get-together here on Wednesday, where non-Muslims will join in the pre-dawn meal for Muslims intending to fast.

The event will be linked to the Indonesian one, held at Jakarta’s Grand Cathedral, via tele-conferencing.

The Malaysian side will hold the event at the Ungku Abdul Aziz Residential College in the UM here.

The local organisers of the sahur serumpun (indicating people with similar regional roots) expect about 1,000 people, mostly from the campus community and invited guests, to attend the function, held from 2am to 6am.


Discussing details: Mohammed Nasser (third right) discussing details for the event with student leaders and university officials. They are (from left) Mohd Imran Nol Hakim, Mohd Efendi Omar, Mohammad Iqbal Yusof, Mohd Firdaus Abdul Halim and Fizal Husin.
In Indonesia, where holding a sahur in a cathedral during Ramadan had been done before, the event is being organised by a group known as the Positive Movement.

Movement member Inayah Wulandari, 23, the youngest daughter of former president Abdurrahman Wahid, had invited Malaysian youths two weeks ago to hold the event on the same day and to link the two sessions via tele-conferencing.

She had contacted student leader Mohammed Nasser Yusof, a final year law student and general manager of the UM Students Business Centre here, who agreed it was a good idea.

Inayah’s story was carried on Sept 18 in mStar, the Malay news portal of The Star, and has since been discussed at public platforms, with dissenting Muslims voicing their concern about the religious significance of the sahur being eroded.

Inayah said holding the sahur in a church was nothing new in Indonesia, stating that her Positive Movement had done it for two years.

She said the Christians would prepare the food for sahur and the Muslims would join in the meal together with them at the cathedral.

“Inayah is my friend. We met as youth leaders in August, while attending a summer camp,” said Mohammed Nasser.

“I agree with Inayah’s intention to promote harmony, mutual understanding and youth relations between the two countries.

“However, she has her way of doing things, while we (Muslims in Malaysia) have ours.

“We do not promote the liberalism and pluralism as subscribed by Inayah. Ours is the Islamic way,” he said.

While acknowledging the criticisms, he said he would not be cowed into disengaging himself from Inayah.

“This can even be an annual event,” said Mohammed Nasser.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp

Program Membantu Fakir Miskin di Kota , NS

Majlis Penyerahan Bantuan Kepada Fakir Miskin serta Warga Emas di Kota, Negeri Sembilan pada hari Ahad 7 Oktober 2007 jam 5 petang. Sumbangan wang ringgit, bahan bubur lambuk, beras, minyak masak, susu, gula, biskut, teh, kopi dan lain-lain adalah amat-amat dialu-alukan. Untuk maklumat lanjut dan saluran bantuan sila hubungi Pn Maznah 013-2718054 atau Sdr Zamri 012-3513434. Anjuran HALWA DUN Kota.

Iftar dan Sumbangan Guru PASTI 6 Okt Rembau

Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Idil Fitri untuk Guru-Guru PASTI
Sabtu 6 Oktober 2007
Jam 6 petang
Di Markas PAS Kawasan Rembau, Kg Senama, Rembau

Anjuran : Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau, Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau, PASTI Kawasan Rembau dengan kerjasama PAS Kawasan Rembau

Untuk maklumat lanjut dan sumbangan hubungi Norwani 013-3851202 , Shukri 017-2446215 , Hassan 019-2171942

Wartawan bantu keluarga mangsa kezaliman ISA di NS

Negeri Sembilan, ISA dan lambaian pembangkang menggamit mata (Bahagian 1)

Sehari bersama rakan-rakan Harakahdaily ke Felda Serting 1 di Bandar Pusat Jempol, Negeri Sembilan membuahkan banyak pengalaman tentang dan pengamatan maju mundurnya negeri yang penuh dengan adat pepatih itu.

Sejak jam 9.30 pagi, penulis menunggu rakan-rakan dari Kajang iaitu Jurugambar Wan Zahari Wan Salleh serta Wartawan, Salmiyah Harun untuk ke lokasi yang dijanjikan bagi menyerahkan bantuan kepada isteri tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Serting.

Setibanya rakan-rakan di Terminal One Seremban, penulis bergegas memakir kereta di kawasan letak ketera Terminal One untuk turut serta dengan rakan-rakan lain ke Serting.

Dalam perjalanan penulis sempat memerhatikan proses pembangunan yang sedang berjalan di Negeri Sembilan, sebuah negeri yang tidak asing kepada penulis kerana sudah 29 tahun mendiami negeri ini.

Begitu pun tidak banyak lokasi yang telah dikunjungi penulis meskipun telah lama bermastautin di negeri ini.

Sampai sahaja di Bukit Putus iaitu kawasan yang memisahkan Kuala Pilah dengan Seremban, tersergam projek lebuh raya yang akan meluruskan bukit yang sekian lama dengan keadaan jalan bengkang bengkok.

Bukit Putus memang terkenal dengan 'jalan maut' satu ketika lalu dengan keadaan jalan yang cukup menyeramkan. Beberapa kes lori dan kereta terbalik di sana menggamit minda saya berfikir sejenak mengapa tidak dari dahulu lagi jalan tersebut diluruskan.

Dengar-dengar sumber rakan menyatakan sebenarnya projek meluruskan jalan di Bukit Putus sepatutnya dimulakan sejak Tan Sri Isa Samad menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan tetapi berikutan beberapa masalah sampingan menyebabkan projek terpaksa ditangguhkan.

Kini Dato' Seri Utama Mohammad Hassan yang mengambil alih kerajaan negeri dan projek telah dimulakan meskipun ada kedengaran dakwaan kroni-kroni menumpang nasib merasai pembahagian projek tersebut. Biasalah Umno begitulah caranya, membuat pembangunan untuk dilihat rakyat dan keuntungan disapu oleh sanak saudara.

Menuju ke Pekan Tanjong Ipoh, sebuah pekan yang agak lama di negeri tersebut terletak di tengah-tengah jalan antara Kuala Pilah ke Seremban.

Pekan ini cukup sibuk meskipun terlalu kecil kerana ianya terletak di tengah jalan tersebut. Tidak maju hanya kerana pekan ini tidak dihuni penghuni yang ramai, hanya sekadar beberapa ratus orang kampung yang mendiami kawasan sekitar Tanjung Ipoh dan Terachi.

Meneruskan perjalanan di sepanjang jalan Kuala Pilah-Seremban, penulis terserempak dengan sebuah rumah yang dipenuhi hiasan bendera PAS dan KeADILan.

Cukup kagum dan berani. Penulis dapat membayangkan bagaimana 'kuatnya' semangat pemilik rumah tersebut yang cukup berani memacakkan bendera PAS dan KeADILan di rumahnya. Meskipun beliau dikelilingi kubu kuat Umno di Kampung Talang.

Terfikir sejenak, semangat yang ditunjukkan oleh pemilik rumah tersebut mungkinkah sekali akan membuahkan satu lembaran baru dalam politik di Kuala Pilah?.

Kisah setempat pernah menunjukkan bahawa Kuala Pilah adalah antara kawasan yang dahulunya ada Ulama dan para alim yang mendiami. Masih teringat penulis, seorang rakan yang berasal dari Negeri Sembilan yang bersekolah bersama penulis menceritakan kisah seorang alim di Kuala Pilah.

Kata rakan penulis itu warga kampung tersebut cukup mengkagumi kewarakan individu tersebut yang walaupun buta, tetapi cukup kuat beribadat.

Hingga kata rakan saya itu kesan-kesan tertentu yang boleh dilihat oleh mata halus orang tertentu yang merasakan bahawa orang buta itu punyai keistimewaan tersendiri.

Mungkin penulis tidak dapat mendeskripsi seluruh kisah orang buta itu, tetapi menarik untuk dikisahkan jika ada para penulis sejarah mahu menulis soal orang buta itu melalui satu kajian lapangan bertemu masyarakat di sana.

Syiar agama yang dibawanya satu ketika dahulu memakmurkan kawasan tersebut hingga kata rakan surau dilimpahi rahmat dengan kehadiran tetamu Allah dari pelbagai tempat.

Terfikir dek penulis, tak mustahil jika satu hari nanti kawasan itu akan kembali menjadi kawasan yang dilimpahi rahmat andainya ada yang ingin memakmurkannya.

Dan tidak mustahil jika satu hari nanti bila rakyat Malaysia amnya Negeri Sembilan khasnya mula menerbitkan rasa cinta yang kuat kepada Islam, kawasan pertama yang boleh dimenangi PAS dalam Pilihan Raya Umum ialah Kuala Pilah.

Apa yang perlu usaha dari pihak PAS Negeri Sembilan untuk meneruskan misi dakwah di seluruh negeri bagi meyakinkan rakyat bahawa Islam pembela seluruh rakyat.

Sesuai dengan slogan yang dicanang oleh PAS Negeri Sembilan melalui Kelab Penyokong PAS "PAS For All".

Ikuti kisah selanjutnya dalam bahagian ke-2 : Balu ISA merintih empat tahun dipisahkan oleh kerajaan Abdullah Ahmad Badawi di tirai besi..

http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/utama/negeri-sembilan-isa-dan-lambaian-pembangkang-menggamit-mata-bahagian-1.html