BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT

BONGEK BERSELAWAT

11/30/07

Easy Solat Utk Anak-Anak 10, 11 Dis Seremban

Program “Easy” Solat khusus untuk anak-anak berusia antara 9 hingga 16 tahun
Bersama : AL Fadhil Ustaz Hj Norazman b Hj Mohamad (Universiti Al Azhar, Certified NFNLP, USA)

ISNIN 10 Disember 07 , 8:30 pg – 5 ptg
Di Masjid Jamek Dato Klana Petra Sendeng, Jln Jelebu, Ampangan
atau
SELASA 11 Disember 07 , 8:30 pg – 5 ptg
Di Masjid Bandar Baru Ampangan

Yuran cuma RM 20. Hubungi Ust Norazman 019-6400062 , 06-6792617

Perarakan Hak Asasi Manusia 9 Dis KL

A. Perarakan Tahunan Hari Hak Asasi Manusia - “Festival of Rights”
Ahad 9 Dis 07. Bermula jam 7 pagi
Sempena Hari Hak Asasi Sedunia 10 Disember yang disambut setiap tahun seluruh dunia
Anjuran : Majlis Peguam Malaysia / Bar Council Malaysia
‘As I Believe: Freedom of Expression through Art, Music, Culture and Conscience’
Bicarakan atau Bebaskan Tahanan ISA
Cadangan Tema Pakaian : Hitam / putih

B. Demonstrasi Bantahan Pindaan Perlembagaan Untuk Menaikkan Had Umur Anggota Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).
Selasa 11 Dis 07
Di Perkarangan Bangunan Parlimen

C. Perhimpunan Membantah Kenaikan Kadar Tol Lebuhraya
Seluruh Malaysia
Cadangan tarikh : 1 Januari 2008

Aturcara Tentatif Perhimpunan Hak Asasi Manusia dan Festival Hak Kebebasan 9 Dis 2007

0700 Congregate in front of SOGO Complex
0730 Short briefing on the Peoples’ Freedom Walk
0800 Walk from SOGO to Central Market through Dataran Merdeka
0900 Welcome speech by Chair, Human Rights Committee
0910 Breakfast
0920 Poetry Reading
0935 Conversations: “When Faith Meets Law”
(colouring session for children commences)
1145 Cultural performance by the Orang Asli (Kumpulan Kebudayaan SPNS)
1215 “I wish that ……” session
1245 Stage performances by various artists/activists
1400 Closing speech by President, Bar Council

11/26/07

Program Ibadah Korban 2007 DUN Paroi

Tawaran adalah dibuka kepada semua muslimin dan muslimat untuk mengambil bahagian dalam Ibadah Korban 2007 DUN Paroi. Dimana agihan daging korban akan diedarkan kepada mereka yang memerlukan dan layak antaranya golongan fakir miskin.

Mereka yang ingin mengambil bahagian sila hubungi Pn Norwani 013-3851202 atau Hj Taufek 019-6576540. Satu bahagian ialah RM350.

Sumbangan lain seperti barang makanan , keperluan dapur, pakaian, kasut, beg dan sebagainya turut dialu-alukan.

Marilah bersama meringankan beban mereka. Semarakkan semangat dan pengorbanan kita sebagai tanda kasih kepada mereka yang memerlukan.

Program Ibadah Korban 2007 DUN Paroi akan diadakan pada hari Sabtu 22 Disember 2007

Sumbangan juga boleh di salurkan melalui akaun Bank Islam (5012010061653) atas nama Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau

Pendaftaran Maahad Tahfiz As Saidiyyah kini dibuka

Kemasukan ke Tingkatan 1, 2, 3, 4 & 5 Tahun 2008 Maahad Tahfiz As Saidiyyah, Seremban dibuka sekarang. Maklumat lanjut di http://saidiyyah.blogspot.com

11/23/07

BERSIH2 : Ezam Md Nor, Dr Zul Ahmad 9 Dis Sban

Ceramah Perdana
Ahad 9 Dis 07 Jam 9 malam
Di Pusat BA Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam)
Bersama :
Sdr Ezam Md Noor – Pengerusi GERAK M’sia
Dr Zulkifli Ahmad – Sekretariat BERSIH M’sia
Mohd Taufek Abd Ghani – Gelombang Kuning NS

BERSIH1 : Md Sabu, Dr Badrul Amin 30 Nov Sban

Ceramah Perdana
Jumaat 30 Nov 07 Jam 9 malam
Di Pusat BA Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam)
Bersama :
Tn Hj Mohamad Sabu – Sekretariat BERSIH Malaysia
Dr Badrul Amin Baharun – Ahli MT PKR
Sdr Zulkefly Omar – PJ PAS NS

11/21/07

Dari Muslimat NS untuk semua

Semoga akan lahir lebih ramai Srikandi yang akan membela nasib wanita. Sila ke link berikut http://mujahidah-fisabilillah.blogspot.com/

11/20/07

Ibadah Qurban di Palestin, mereka lebih memerlukan

Saudara kita di Palestin lebih memerlukan. Sertai Program Qurban & Aqiqah Barakah Palestin 2007. Maklumat lanjut di
http://amanpalestin.com/v1/index.php?name=News&file=article&sid=91

11/19/07

Kem CINTAI Al Quran Nov-Dis , Port Dickson

Program Cuti Sekolah “KEM CINTAI AL QURAN” di Maahad Tahfiz At Tohiriah, Port Dickson 24 Nov – 9 Dis 2007. Hafazan Juz Amma dan surah-surah terpilih, Motivasi, Lawatan ke Muzium Tentera & Ladang Burung Unta, Aktiviti Pantai, Futsal.
Yuran hanya RM 150 seorang termasuk penginapan dan makan minum. Peserta 7 ke 16 tahun. Keutamaan yang daftar awal. Hubungi Tn Hj Taufek 019-6576540. Anjuran Maahad Tahfiz At Tohiriah

Ceramah Perdana

Tarikh : AHAD 25 November 2007
Masa : 9.00 malam
Tempat : Markas PAS Cawangan Kg. Geylang, Pertang, Jelebu, NS
Penceramah :
Ustaz Shahril Long – Penceramah Bebas
Sdr Zulkefly Mohamad – Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Ustaz Isa Jaafar – EXCO PAS Kawasan Jelebu
Semua Di jemput Hadir.

11/16/07

Bersama Ulamak Mesir di Rembau 23 Nov

Madrasah al Hasaniah Bukit 9, Yayasan Sofa, Chengkau, N.Sembilan akan mengadakan suatu Majlis bersama Ulama dan Haul al Imam Alawi al Haddad pada tarikh 23 November 2007. Maklumat lanjut di http://yayasansofa.blogsome.com/2007/11/13/majlis-bersama-ulama-habaib-ibn-alawi-al-haddad/

Jom Bantu Ahli Unit AMAL Yang Bantu Orang Awam

Unit AMAL Malaysia telah berjaya mengawal Perhimpunan 100,000 rakyat dari sebarang provokasi luar. Lebih 100,000 orang berhimpun, tiada bendera Malaysia dibakar, tiada kereta dibaling batu, tiada tayar dibakar, semua ini dengan izin Allah.

Seramai 10 orang anggota Unit Amal Malaysia telah ditahan oleh pihak polis pada Himpunan Rakyat anjuran BERSIH 10 November lalu. Kesemua mereka yang ditahan itu ialah Mohd Zad b. Abdullah (W.Persekutuan), Nawi b. Abdullah (Pahang), Mohamad b. Arifin (Pahang), Ishak b. Osman (Kedah), Taib b. Abdullah (Kedah), Abi Salam b. Ariffin (Kedah), Mohd Nazrin b. Mohd Nasir (Kedah), Syafie b. Ismail (Kedah), Yahya Mohd Nor (Terengganu) dan Fauzi Awang (Terengganu).

Daripada laporan yang diberikan, mereka ditahan oleh pihak polis adalah bertujuan untuk memastikan tugasan yang diberikan kepada mereka bagi mengawal keamanan himpunan tersebut gagal. Walaupun dibebaskan pada pukul 10.30 malam hari yang sama, kesemua anggota Unit Amal yang ditahan itu dikehendaki melaporkan diri ke Balai Polis Dang Wangi pada 10 Disember 2007 nanti.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat ingin memohon daripada semua para pencinta keadilan agar dapat menghulurkan sumbangan kepada 10 anggota Unit Amal yang ditahan ini bagi menampung kos perbelanjaan pengangkutan mereka untuk hadir melaporkan diri ke Balai Polis Dang Wangi bulan hadapan. Selain daripada itu Jabatan Amal Malaysia juga memerlukan sumbangan untuk terus memperkasakan organisasi agar seluruh anggota Unit Amal Malaysia dapat memberikan perkhidmatan serta melaksanakan kebajikan kepada masyarakat.

Sumbangan tuan/puan bolehlah dimasukkan kedalam akaun Jabatan Amal Malaysia yang baru diwujudkan seperti berikut :

JABATAN AMAL MALAYSIA DPPP
Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) : 140-14010-133-669

Segala makluman tentang sumbangan bolehlah dimaklumkan kepada :

1) Mohd Hafiz b. Musa (Pengarah Kewangan) : 019-9817327
2) Mohd Shahraini Abu Sahid (Setiausaha) : 013-2449849

Sekian, terima kasih.
MOHD SHAHRAINI ABU SAHID
Setiausaha Jabatan Amal Malaysia
Dewan Pemuda PAS Pusat.

http://jabamal.wordpress.com

Tahniah SRIAS Seremban 25% dapat 5A UPSR 2007

Tahniah diucapkan kepada Sekolah Rendah Islam As-Sa’idiyyah, Seremban yang mencatatkan keputusan UPSR 2007 yang amat cemerlang. Keputusan yang terbaik setakat ini sejak penubuhannya. 25% pelajarnya mendapat keputusan 5A. Pendaftaran untuk pelajar Tahun 1 hingga Tahun 6 kini sedang dibuka. Tempat amat terhad. Keutamaan pelajar yang daftar awal. Maklumat lanjut di http://puspa-ns.blogspot.com

11/15/07

Cucu Pak Yazid dibelasah FRU

Siapa tak kenal Pak Yazid Jaafar. Seorang pendakwah bebas yang terkenal, disegani dan dihormati semua orang bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh Nusantara terutama di ibu kota Kuala Lumpur. Cucu beliau Aleyasak Hamid @ Hassan dibelasah teruk oleh FRU pada 10 November. Ini bukan satu sarang tebuan telah dijolok, tapi berpuluh-puluh sarang tebuang telah dijolok. Tebuan KUNING berjalur Hitam. Ikuti kisah selanjutnya di http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/utama/perhimpunan-bersih-tempurung-lutut-aleyasak-terbelah-dua-dipijak-polis.html

Taufek Ghani cabar Khairy Jamaludin di N.Sembilan

Dalam ceramah Pembongkaran Kisah Benar Himpunan 100,000 Rakyat di Seremban pada 13 November yang lalu Sdr Mohd Taufek Abdul Ghani, Ketua Pemuda PAS N.Sembilan telah mencabar Khairy Jamaluddin untuk bertanding satu lawan satu dengan beliau di mana-mana tempat pun di Negeri Sembilan ini, baik di Dewan Undangan Negeri atau pun di kerusi Parlimen.

Cabaran beliau itu telah disambut dengan tepuk sorak orang ramai yang hadir dan senyum tersipu-sipu SB-SB yang hadir pada malam tersebut.

Ini adalah cabaran kedua Khairy untuk bertanding di Negeri Sembilan, dimana sebelum ini Cikgu Badrul yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat telah mencabar Khairy untuk bertanding di Negeri Sembilan.

Taufek dan Cikgu Badrul adalah merupakan kawan karib , dan kedua-duanya adalah merupakan anak jati Negeri Sembilan. Cikgu Badrul telapaknya di Mambau, sementara Taufek telapaknya di Rembau, dan merupakan Anak Jati Rembau dimana kedua-dua orang tuanya berasal dari Rembau.

Dengan tegas Taufek menyelar sikap tidak bersopan santun yang diamalkan oleh masyarakat Rembau yang berbudi bahasa dengan adat perpatihnya, dimana Khairy sering menggelarkan orang yang tidak sehaluan dengannya sebagai “Beruk” atau “Monyet” termasuk bekas Perdana Menteri sendiri.

Sebagai anak jati Rembau, Taufek menegaskan , Khairy sepatutnya mengambil berat akan nasib Melayu Rembau, nasib belia Rembau, nasib pelajar Rembau. Sekiranya pebagai Koridor telah dan akan dilancarkan di seluruh Malaysia termasuk di Sarawak, kenapa pula N.Sembilan dipinggirkan ? Seolah-olah Khairy begitu yakin bahawa orang Negeri Sembilan , khususnya orang Rembau akan menyokong Khairy dengan membuta tuli. Sepertimana Perdana Menteri sendiri begitu yakin bahawa rakyat tidak berani menyahut cabarannya.

Rakyat Malaysia lupa derita rakyat Palestin

Benarlah Melayu mudah lupa !

Gaza sebagaimana wilayah-wilayah Palestin yang lain ditekan dan dicengkam dengan keganasan Yahudi sejak kira-kira 60 tahun yang lalu, kini terus menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis yang memuncak sejak enam bulan yang lalu.

Sekatan ekonomi, politik, kemanusiaan dan kepungan ketenteraan telah dan sedang dikenakan tanpa rasa belas ihsan dan kemanusiaan yang turut menyeksa wanita, kanak-kanak, orang tua serta pesakit-pesakit yang tenat.

Itulah suasana terkini saudara kita di Semenanjung Gaza. Apa sumbangan kita sebagai manusia yang prihatin dan apakah pula tindakan selanjutnya?

Ikuti kisah sedih ini ditulis oleh Dr Zainur Rashid Zainuddin, aktivis masyarakat daripada Seremban, N.Sembilan dalam Utusan Malaysia 15 Nov 07 di link berikut http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1115&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm

VCD Ceramah, Motivasi, Kanak-kanak

Dapatkan VCD Ceramah, Motivasi, Kanak-kanak dari pengedar VCD terkemuka di N.Sembilan, termasuk VCD terkini Himpunan 100,000 Rakyat. Hubungi Along 019-6183959

11/14/07

Apa kata ulamak N.Sembilan mengenai BERSIH 10 Nov

Syabas, kepada ulamak N.Sembilan berikut yang berani bersuara. Kita bukan suruh sokong PAS, UMNO, PKR, DAP dan sebagainya. Ulamak perlu bersuara , menyatakan pendapat mereka mengenai isu semasa yang kritikal, bukan setakat menyatakan hukum isteri mencabut bulu ketiak suami. Semoga ianya menjadi inspirasi kepada Ulamak lain dalam dan luar Negeri Sembilan untuk bersuara. Ikuti apa kata Ulamak N.Sembilan ini mengenai Himpunan 100,000 Rakyat http://inijalanku.wordpress.com/2007/11/14/antara-politik-dan-kepartaian/#more-43

GELOMBANG KUNING - GELOMBANG KESEJAHTERAAN
MASA UNTUK BERUBAH – JANGAN LUPA PAKAI KUNING SETIAP SABTU

11/12/07

Mundurnya Kuala Pilah lepas 50 tahun Merdeka

Ya, betul, tak percaya tengok berita berikut. Di Air Kuning, Johol, Kuala Pilah. Ya Air Kuning, macam Gelombang Kuning tu

Sentral: Jalan bertar hanya impian
Berita Harian 12 Nov 2007

KETINGGALAN PEMBANGUNAN: Jalan becak di Kampung Teronjeng, Johol. Empat keluarga di laluan hujung kampung tanggung azab guna kemudahan tak sempurna sejak berpuluh tahun lalu

KUALA PILAH: Pembangunan prasarana asas seperti bekalan air, elektrik dan jalan raya sentiasa menjadi keutamaan kerajaan bagi memberikan keselesaan dan kemudahan kepada rakyat.

Buktinya, banyak kemudahan yang dibangunkan kerajaan dapat dilihat sejak negara mencapai kemerdekaan 50 tahun lalu berbanding sebelumnya hingga rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih baik dan sempurna.

Kemudahan itu bukan saja disediakan di kawasan bandar atau pekan tetapi juga seluruh kampung atau kawasan pedalaman.

Bagaimanapun, mungkin kerana terlepas pandang, masih ada penduduk yang sekadar mampu memandang orang lain menikmati kemudahan itu dan bagi kes di Kampung Air Kuning dan Kampung Teronjeng, Johol, dekat sini ia membabitkan jalan berturap.

Walaupun jumlah yang tidak mendapat kemudahan itu mungkin dianggap kecil, iaitu tiga keluarga di Kampung Air Kuning dan satu keluarga di Kampung Teronjeng, mereka tetap rakyat Malaysia dan berhak mendapat layanan sama rata dan adil.


JALAN BERLUBANG: Laluan tidak sempurna membahayakan pengguna terutama pada waktu hujan dan malam.

Jika alasan rumah terletak di hujung kampung, adakah perlu nenek moyang mereka dipersalahkan kerana mempunyai tanah di situ, mungkin itu jugalah satu-satunya aset yang mereka ada.

Akibatnya, keluarga berkenaan terpaksa menggunakan laluan yang tidak sempurna, terutama berulang alik untuk menjalankan urusan seharian, termasuk ke tempat kerja atau menghantar anak ke sekolah.

Keadaan bertambah teruk apabila setiap kali hujan yang menyebabkan jalan masuk ke kawasan penempatan becak dan berlopak hingga ada kala membahayakan mereka, termasuk terjatuh akibat gagal mengawal motosikal yang ditunggang.

Bukan sekali dua baju dan kasut anak yang bersih, disaluti lumpur ketika dalam perjalanan ke sekolah, manakala kenderaan yang dinaiki acap kali terpaksa dicuci dan dibersihkan akibat kotor terpalit lumpur.

Mereka pernah mengemukakan masalah berkenaan kepada pihak berkuasa, tetapi sehingga kini tiada jawapan menggembirakan diterima hingga jalan berkenaan kekal tidak berturap sedari awal mereka tinggal di situ berpuluh tahun lalu.

Wakil tiga keluarga di Kampung Air Kuning, Md Said Maarop, 48, berkata dia sudah memohon berkali-kali supaya jalan masuk ke kawasan penempatan mereka diturap, tetapi sehingga kini tiada tindakan diambil pihak berkuasa.

Bekas tentera itu berkata, ada beberapa pekerja datang mengukur laluan masuk ke kawasan tiga rumah itu, tetapi senyap tanpa khabar berita sedangkan kerja menurap semula jalan sedia ada di kampung itu dengan peruntukan RM3 juta baru dilaksanakan Mac lalu.
"Amat menyedihkan, kerja menurap jalan sedia ada di kampung ini tidak dipanjangkan sehingga ke rumah kami. Saya terkilan dan sedih kerana penduduk lain mendapat jalan sempurna sehingga depan rumah, tetapi kami dianaktirikan daripada menerima kemudahan itu.

"Lagi pun, bukannya jauh sangat untuk menurap jalan ke rumah kami dari persimpangan yang sudah berturap itu, iaitu hanya kira-kira 900 meter jaraknya. Takkan kerja menurap jalan itu tidak boleh disambung terus ke rumah kami," katanya

Beliau berkata, saudara dan rakan yang berkunjung pada hari raya atau majlis keraian diadakan terpaksa meletakkan kenderaan di luar persimpangan masuk dan berjalan kaki hampir satu kilometer ke rumahnya akibat jalan yang tidak sempurna.

"Itu belum lagi kesusahan yang dihadapi apabila hujan terutama berulang alik untuk menjalankan urusan harian, menghantar enam anak ke sekolah dengan menunggang motosikal melalui jalan berkenaan," katanya.

Warga emas, Makni Rejab, 71, dari Kampung Teronjeng pula mendakwa, sudah berpuluh kali dia mengemukakan masalah itu pada mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

"Sudah lebih 50 tahun saya tinggal di sini dan kini dah berumur 71 tahun, tetapi masih belum dapat lihat kerja penurapan laluan ke rumah saya dilakukan," katanya.

Dia mengakui mungkin kedudukan rumahnya paling hujung di kampung berkenaan dan terpaksa melalui ladang kelapa sawit menjadi alasan jalan itu tidak berturap sejak sekian lama.

"Hairannya, kemudahan asas lain seperti elektrik, air dan telefon boleh disambung ke rumah ini. Setidak-tidaknya, turaplah sebahagian daripada jalan itu jika tidak semua hingga sampai ke rumah ini," katanya.

Pengerusi JKK Kampung Melekai, Saad Kudin, 71, mengakui pihaknya sudah mengemukakan permohonan sejak tahun 2000 kepada Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Pilah mengenai permohonan bagi menaik taraf jalan ke rumah penduduk terbabit.

Bagaimanapun, katanya, jawapan sama diterima iaitu permohonan yang dikemukakan itu akan disenaraikan untuk permohonan peruntukan sehingga beliau dituduh tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin.

"Saya sedih kerana penduduk tuduh saya tak buat kerja, sedangkan saya sudah mengemukakan permohonan bagi menaik taraf jalan berkenaan. Malah, turut membenarkan tanah saya digunakan bagi membina jalan ke rumah penduduk terbabit," katanya.

Beliau mengakui jalan kampung berkenaan perlu dinaik taraf kerana sudah banyak yang rosak dan sempit dengan jarak keseluruhan hanya membabitkan sembilan kilometer membabitkan Kampung Melekai, Air Kuning, Teronjeng, Kelomboi dan Dusun Besar.

"Semua kampung ini berdekatan antara satu sama lain dan didiami kira-kira 750 penduduk," katanya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/EdisiWilayah/20071112081252/Article/index_html

11/11/07

Dr Rosli Ucapan Tahniah kepada rakyat NS

Berikut ucapan tahniah dari Dr Rosli Yaakop, bekas Pesuruhjaya PAS N.Sembilan yang sedang berada di luar Negara. (Maklumat juga diterima ramai pimpinan PAS N.Sembilan disembur asid di Masjid Jamek, antaranya Pesuruhjaya PAS N.Sembilan sendiri Sdr Zulkefly Mohamed Omar, yang dipapah oleh 2 remaja kerana sakit gout. Semoga semangat dan kezaliman yang dikenakan kepada Pesuruhjaya PAS N.Sembilan menjadi pembakar semangat ahli PAS, ahli BA dan rakyat N.Sembilan untuk bangkit menegakkan keadilan dan membela mereka yng ditindas tanpa mengira batasan agama, kaum dan bangsa)
Assalamualaikum

Ana mengikuti perkembangan mobilisasi100k rakyat di TV Al Jazeera. Sebelumnya, pada kira-kira pukul 2.30 petang, ana telah hubungi Awaluddin bertanyakan perkembangan. Ana bimbang mobilisasi tak jadi. Tetapi syukur al hamdulillah, mobilisasi sungguh berjaya. Tahniah kepada rakyat Malaysia yang celik kekadilan dan balasungkawa kepada rakyat Malaysia yang buta keadilan.

Di siaran Al Jazeera, ana ikuti temubual langsung stesyen berkenaan dengan DSAI. Syabas DS kerana antas telah sampai kepada dunia mesej yang amat jelas - pulihkan demokrasi dan bershkan SPR demi pilihan raya yang adil.

Ana lihat clip menunjukkan keganasan polis. Mereka sembur gas pemedih mata dan air asid. Ana nampak ramai yang bert-shirt kuning kena sembur. Ana terharu dengan keberanian mereka berdepan dengan polis dan tidak gentar menghadapi hujan asid.

Syabas ana tidak terhingga kepada rakyat NS yang sertai mobilisasi 100k. Ana yakin memang ada 100,000 yang hadir. Dalam clip vedio Al Jazeera, jelas nak demonstrator berbaju kuning. Tahniah kepada BPPNS dan suluruh jentera PAS NS yang telah bekerja bertumpus lumus menggerakkan rakyat NS yang cintakan keadilan.

Ingatlah janji Allah bahawa Islam akan dimenangkanNya di atas yang lain. Kita hanya perlu tunjukkan usaha. Kita cari syurga Allah melalui perjaungan di atas jalanNya. Setiap umat Islam mesti dan wajib menginginkan syurga Allah dan setiap orang yang berjuang di atas jalanNya semata-mata untuk mencari redhaNya, wajib pula Allah kurniakan syurga kepada meraka itu.

Syabas dan teruskan perjuangan.

Wassalam.

Kisah Benar Himpunan 100,000 dari NS 13 Nov

KISAH BENAR HIMPUNAN 100,000 RAKYAT
DI DATARAN MERDEKA, KL

CERITA DARI WARGA KOTA DAN OGHANG NOGOGHI YANG HADIR SECARA AMAN TAPI DIKEJAR FRU, DISEMBUR ASID, DITEMBAK GAS PEMEDIH MATA, DIHALANG PERJALANAN

BERSAMA
MOHD TAUFEK ABD GHANI - PENGERUSI SEKRETARIAT GELOMBANG KUNING N.SEMBILAN
USTAZ RIDUAN MD NOOR - AJK PEMUDA PAS PUSAT
UST KHAIRIL ANWAR WAFA - TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS N.SEMBILAN

13 NOV 07 – SELASA - JAM 9 MALAM
DI PASTI HASANAH , BANDAR SEREMBAN SELATAN
SEMUA DIJEMPUT HADIR

Rakyat NS Cabar Pak Lah, Bubar Parlimen

Syabas dan tahniah kepada rakyat NS dari berbilang bangsa, agama, kaum, jantina, umur. Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada tok-tok imam bandar dan kampung , guru-guru pondok, ahli-ahli jemaah tabligh yang tanpa disangka-sangka turut serta menyertai perhimpunan tersebut.

Ada yang datang dari Palong, ada yang datang dari Jelebu, ada yang datang dari Pilin, ada yang datang dari Bukit Rokan. Ada yang mengendong anak, ada yang memapah datuk. Hebat sungguh hebat. Tidak kurang 10,000 orang rakyat Negeri Sembilan turun ke KL pada 10 Nov. Itu tidak termasuk yang tersangkut dalam kesesakan jalanraya akibat beratus-ratus sekatan polis dari Palong sampailah ke Dataran Merdeka. Itu tidak termasuk yang naik LRT , tidak berhenti di KL, tetapi terus sampai ke tempat lain. Itu tidak termasuk berpuluh-puluh bas yang ditahan. Itu tidak termasuk keretapi gerabak kosong tergelincir di tengah-tengah Kuala Lumpur. Bayangkan keretapi boleh tergelincir di tengah-tengah Kuala Lumpur dimana keretapi tadi berjalan perlahan. Itu juga tidak termasuk dengan kenyataan yang menakut-nakutkan rakyat oleh Perdana Menteri, Ketua Polis Negara, Ketua Pemuda Umno Bahagian Rembau (Khairy Jamaluddin) yang melarang orang ramai menyertai perhimpunan 10 Nov.

Rakyat NS yang turun tanpa senjata, hanya dengan pakaian kuning, amat marah dengan tindakan polis di luar Masjid Jamek yang menyembur air asid , membaling bom asap pedih kepada orang ramai, yang terdiri dari wanita, kanak-kanak, malah bayi. Juga wartawan Al Jazeera yang sedang membuat liputan turut disembur air asid. Dan malam tadi tersiar dalam warta Tamil di TV 2 jam 8:00 malam, dimana tanpa disangka-sangka warta Tamil tadi menyiarkan begitu banyak klip video tindakan ganas dan tidak berperikemanusiaan pihak polis pimpinan Pak Lah. Malah disiarkan temuramah wartawan Al Jazeera dan Zainuddin Maidin di TV 2 , begitu marah wartawan Al Jazeera menyatakan kenapa polis bertindak ganas di luar batas kemanusiaan kepada rakyat yang berhimpun secara aman, sehinggakan wartawan Al Jazeera yang terkena asid , berlari balik ke pejabat dalam kesakitan yang amat sangat. Lalu apa jawapan Zainudin Maidin “WARTAWAN AWAK TU BERLAKON SAHAJA” (Apakah kaum India di Malaysia ii sudah mula bangkit, akibat dari perobohan kuil-kuil yang tidak berlaku di Kelantan ?)

Kini rakyat NS mencabar Pak Lah supaya BUBAR PARLIMEN sekarang, sementara semangat rakyat NS masih membuak-buak.

Rakyat NS juga mencabar Khairy Jamaluddin yang mengaku anak Rembau dan Zainuddin Maidin, supaya disembur asid dan gas asap pemedih mata, DAN BERLAKON mengeluarkan air mata.

Rakyat NS juga mencabar pihak penganjur iaitu BERSIH supaya mengadakan pula Himpunan SEJUTA RAKYAT. Kerana pada perkiraan kasar tidak kurang 300,000 rakyat yang telah turun pada 10 Nov jika diambil kira semua aspek.

11/9/07

Tahniah Us Halim Seremban Pelancaran Blog

Tahniah diucapkan kepada Ustaz Abdul Halim Abdullah (dari Seremban), Naib Presiden ISMA yang telah melancarkan Blog beliau sendiri pada 6.11.07 di http://inijalanku.wordpress.com
Semoga lebih ramai lagi alim ulamak dan aktivis masyarakat akan bangkit di Negeri Sembilan ini untuk menegakkan kebenaran dan membantu mereka yang memerlukan melalui internet.

11/7/07

Orang Hilang , Nordyana Akma , Mari Bantu

Menyedari kadar jenayah dan gejala sosial yang semakin meningkat, Reformis Muda N.Sembilan telah mengadakan satu Blog di http://orang-hilang.blogspot.com khusus untuk membantu mangsa penculikan, tipu daya, lari dari rumah dan sebagainya, terutamanya mereka yang terdiri dari golongan kanak-kanak dan remaja. Kes pertama ialah remaja Nordyana Akma yang dilaporkan hilang pada Jun 2006 dari Tampin. Sesiapa yang ada maklumat, foto atau apa-apa yang berkaitan yang boleh membantu sila hubungi keluarga mangsa, pihak polis atau e-melkan ke amk_ns@yahoo.com

********************************
The Star Wednesday November 7, 2007

Father of missing girl still hopeful

Compiled by ZANI SALLEH AND A. RAMAN

THE Hari Raya pineapple tarts and chocolate chips are still there. Sulaiman Idris is keeping them for his 17-year-old daughter Nordyana Akma, who went missing in June last year.

He told Harian Metro that it was the only way for him to keep the memories of his youngest child of four siblings.

“It is the second Hari Raya that she is not home. And I still long to see her,” he added.

He said the tarts and chocolate chips with almonds were his daughter’s favourite.

Nordyana Akma was to register for a law degree course at UiTM Kuantan campus, Pahang, in July 2 last year.

Her mother, Suhaini Abdul Shukor, 51, died weeks after Nordyana Akma left her family home in Kampung Baru, Tampin.

Sulaiman is seeking the public's help to trace her and can be contacted at 013-6315275.

11/6/07

Kekosongan Guru PASTI

Guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) diperlukan
Lokasi : Sekitar Seremban
Kelayakan : -
Umur 18 tahun ke atas
Kelulusan minima SPM
Bekas pelajar dari sekolah agama akan diberikan keutamaan
Gaji boleh dirunding
Berminat ? Sila emelkan resume ke pastikawasanseremban@yahoo.com

11/5/07

Mobilisasi Kuning 7 & 8 Nov, Seremban – Jempol

Mobilisasi Gelombang Kuning Peringkat N.Sembilan

Bahagian Negeri Sembilan Barat
Bersama :
Taufek Ghani – Pengerusi Sekretariat Bersih NS
Yau Con Seng – AJK KPP N.Sembilan
Us Idris Ahmad – PAS Pusat
Us Abd Ghani Abd Rahman – PAS Melaka
Rabu 7 November 2007
Jam 9 Malam
Di Pejabat PAS Cawangan Ampangan , Seremban (sebelah Surau Hitam)

Bahagian Negeri Sembilan Timur
Bersama :
Hj Mohamad Sabu – PAS Pusat
Fariz Musa – Angkatan Muda Pusat
Zulkefly Omar – PAS N.Sembilan
Khamis 8 November 2007
Jam 9 Malam
Di Muassasah Darul Syarif, Jalan Batu Kikir-Bahau, Batu Kikir, Jempol, N.Sembilan

Semua Dijemput Hadir – Gelombang Kuning , Gelombang Kebahagiaan dan Keamanan

Layari laman web berikut untuk berita dan maklumat terkini sekitar NS :
http://gelombangkuningn9.wordpress.com
http://amkns.blogspot.com
http://pasns.blogspot.com
http://chegubard.blogspot.com

11/2/07

Premis Menarik Di Marang Water Front

1 Unit Kedai Pejabat Untuk Dijual. Lokasi : Marang Water Front, Bandar Marang, Terengganu. 100 meter ke Jeti Pulau Kapas. Pemandangan Pulau Kapas yang jelas dengan panaroma yang menarik dan tenang. Harga RM365K. Hubungi 019-2467067

Anak Tok Guru Nik Aziz beraya di rumah Amy Search

Sejak bila pula anak Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan jadi peminat Amy Search ? Ikuti kisah penuh kontroversi ini di http://nikabduh.wordpress.com/2007/11/01/raya-di-rumah-amy-search/

11/1/07

Pakai baju/tshirt Kuning 3 Nov di Dataran Muhibbah

Sekretariat Bersih Negeri Sembilan yang bermesyuarat malam tadi menggalakkan mereka yang akan hadir pada Jamuan Hari Raya anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan pada Sabtu 3 November 2007 bermula jam 8 malam di Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan, Seremban agar memakai baju/pakaian kuning, atau T Shirt Kuning BERSIH, gelang kuning dan sebagainya bagi menyemarakkan lagi Sambutan Gelombang Kuning Peringkat Negeri Sembilan.

Kepada mereka yang ingin membeli t shirt kuning Bersih bolehlah menghubungi Taufek 019-6576540 , Tze Tze 012-3696474 , Rebin 016-2862481 ,Szu Hei Mee 016-2155226 atau Asri 019-6529645

Sementara itu satu Ceramah Mobilisasi Gelombang Kuning Negeri Sembilan akan diadakan di pejabat PAS Cawangan Ampangan, Seremban pada hari Rabu 7 Nov 2007 bermula jam 9:30 malam. Orang ramai adalah dijemput hadir.

Mereka yang menyertai Perhimpunan Rakyat pada Sabtu 10 November 2007 di Dataran Merdeka , Kuala Lumpur adalah dinasihatkan pergi awal pagi samada menggunakan pengangkutan awam atau memandu sendiri untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Juga digalakkan pergi dalam kumpulan-kumpulan yang kecil untuk memudahkan perjalanan.

“Gelombang Kuning , Gelombang Keamanan”
“Gelombang Kuning , Gelombang Muhibbah”