KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

12/31/07

Kekosongan Guru PASTI As Sobirin , Rembau

Adalah dimaklumkan PASTI As- Sobirin , Rembau memerlukan seorang guru dengan untuk sesi persekolahan 2008.

Syarat-syarat dan kelayakan :
Minima lulus SPM
Boleh mengaji Al-Quran dengan baik
Mempunyai perwatakan dan akhlak yang baik
Boleh menguasai Bahasa Arab akan diutamakan
Penginapan untuk guru disediakan
Berminat sila hubungi Cikgu Norsida (019-6562658) atau Cikgu Anita (012-6757274)

Unit Amal NS lancar Skuad Khas

Dengan perubahan iklim global yang semakin tidak menentu pada ketika ini , Unit Amal Negeri Sembilan dalam perancangan untuk menubuhkan Skuad Khas untuk membantu mangsa-mangsa yang ditimpa bencana alam di Malaysia ini seperti banjir, ribut, tanah runtuh dan sebagainya.

Unit Amal Negeri Sembilan sebelum ini telah menyertai beberapa misi membantu mangsa Tsunami di Kedah, mangsa banjir di Johor dan selatan Negeri Sembilan , dan pada ketika ini mangsa banjir di Pahang.

Pelbagai kemudahan dan peralatan asas adalah amat diperlukan untuk menjayakan misi membantu mangsa bencana alam bukan sahaja ketika musibah tersebut melanda malah selepas musibah antaranya untuk membersih rumah, masjid, surau dan sekolah selepas banjir.

Justeru itu Unit Amal N.Sembilan menyeru kepada orang ramai, khususnya di Negeri Sembilan untuk bersama menyumbang bagi melicinkan lagi perjalanan Skuad Khas Unit Amal N.Sembilan ini.

Antara kemudahan asas yang diperlukan ialah :
1. Kenderaan pacuan empat roda
2. Bot
3. Enjin bot
4. Set generator elektrik
5. Pam air berenjin
6. Mesin jet air
7. Jaket keselamatan
8. Walkie talkie
9. Sistem penapis air

Kepada mereka yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi AJK Unit Amal N.Sembilan yang berikut :
Sufian 013-3589328
Zulkarnain 013-6341990
Nazri Zainal 019-9103431
Nazri Esa 012-6775537

Unit Amal NS telah menghantar satu pasukan untuk membantu membersih rumah mangsa banjir pada 29 Disember 2007. Satu pasukan akan dihantar ke Pahang pada 4 Januari 2008. Mereka yang ingin menyumbang atau turut serta sila hubungi nama AJK di atas.

Isteri Ustaz Mohd Nazri Yusof meninggal dunia

Al-Fatihah kita sedekahkan ke atas Allahyarhamah Yasirah bt Yasin , isteri Ustaz Nazri Yusof yang telah meninggal jam 4.00 petang semalam (Ahad 30 Disember 2007). Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

Kak Yasirah telah sakit lebih 4 tahun lepas dan merupakan satu dugaan kepada Ustaz dan keluarga yang telah menjaganya. Marilah kita sama-sama mendoakan agar kesejahteraan dan kekuatan diberikan kepada keluarga Allahayarhamah.

12/25/07

JAMUAN AIDIL ADHA PAS JELEBU

Jamuan Hari Raya Aidil Adha PAS Jelebu akan diadakan pada :
Tarikh : 30/12/2007 (AHAD)
Masa : 7.00 malam
Tempat : Rumah Tuan Hj Hassan Bin Abdul Rahman, No 200, Jln Petaling, Kuala Klawang.

Aturcara :-
Solat Maghrib berjemaah
Solat Hajat
Tazkirah oleh Ustaz Ramli Abu Bakar Al-Hafiz
Solat Isya' berjemaah
9.00 malam Jamuan Makan Malam
10.00 malam Ceramah oleh :-
Saudara Zulkefly Mohamad Omar (Pesuruhjaya PAS NS)
Ustaz Ramli Abu Bakar Al-Hafiz (YDP PAS Jempol)
Tuan HJ Kateran Bin Marman (Pemangku YDP PAS Jelebu)
Ustaz Nordin Sahlan (Ketua Pemuda PAS Jelebu)
"SEMUA DIJEMPUT HADIR"
http://pasjelebu.blogspot.com/2007/12/jamuan-aidil-adha-pas-jelebu.html

12/22/07

Ceramah Kalai Vanar 26 Dis Tampin

Ceramah Umum
Penceramah :
Kalai Vanar (Parti Keadilan Rakyat)
Dato Dr Hasan Ali (Pesuruhjaya PAS Selangor)
Rabu 26 Dis Jam 9 mlm
Di Pejabat PAS Tampin (Rumah Abu Sufian, pekan Tampin)
Hubungi A Ghani 013-6319872

12/18/07

Keluhan Pekerja Ladang N.Sembilan

Orang N.Sembilan sendiri ramai tidak tahu dimana letaknya Ladang Gatco. Ladang Gatco atau Kampung Serampang Indah terletak jauh di pedalaman di daerah Jempol. Terdapat lebih kurang 100 keluarga Melayu, 20 keluarga Cina dan 200 keluarga India di sini. Rata-rata mereka adalah peneroka dan pekerja ladang dan telah menetap di sini sejak berpuluh-puluh tahun.

Masalah besar yang mereka hadapi ialah mereka belum mendapat hak milik tanah dan mereka menunggu untuk dihalau keluar kerana mengikut ceritanya pemilik ladang telah tidak mampu membayar pinjaman bank sebanyak RM 16 juta.

Setelah bermacam-macam janji oleh wakil rakyat, kerajaan negeri dan kerajaan pusat sejak lebih 5 kali pilihanraya umum diadakan dengan memberi jaminan masalah tanah mereka akan diselesaikan, mereka sudah putus harapan.

Akhirnya pada 17 Disember 2007 Ketua Cawangan UMNO , AJK-AJK dan ahli-ahli UMNO di Gatco , Jempol telah mengisytiharkan keluar parti kerana tidak percaya lagi dengan dasar perjuangan UMNO yang membela nasib rakyat.

Tidak pula dinyatakan samada mereka masuk PAS, PKR atau DAP. Mesej mereka ialah mereka sudah kecewa dengan UMNO serta Barisan Nasional kerana menanggap bahawa pekerja ladang yang jauh di pedalaman ini tidak perlu diberi perhatian.

Majlis perisytiharan keluar UMNO tersebut telah dihadiri oleh bukan sahaja keluarga Melayu dari Gatco malah keluarga India dan Cina, kerana nasib pekerja ladang Kampung Gatco sekarang ini tidak mendapat perhatian yang sewajarnya dari pemimpin Barisan Nasional termasuk dari MCA, Gerakan dan MIC.

Sdr Zulkefly Mohamed Omar , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan yang dijemput hadir dalam majlis tersebut menyatakan keutamaan sekarang bukanlah untuk mengajak mereka menyertai PAS atau lain-lain parti pembangkang. Tetapi keutamaan sekarang ialah mempastikan pekerja ladang ini yang terdiri dari kaum Melayu, India dan Cina mendapat pembelaan yang sewajarnya, kerana adalah menjadi hak mereka sebagai peneroka tanah untuk mempertahankan tanah mereka, dan mereka adalah merupakan warga negara Malaysia yang sah. Sekiranya kerajaan sanggup membayar ganti rugi beratus-ratus juta ringgit kepada pihak swasta kerana penangguhan kenaikan tol, pembatalan projek jambatan bengkok dan sebagainya, apalah sangat RM 16 juta untuk menyelamatkan beratus-ratus keluarga pekerja ladang yang juga merupakan rakyat Malaysia.

NEGERI SEMBILAN BUKAN UNTUK DIJUAL – N.SEMBILAN NOT FOR SALE
MALAYSIA BUKAN UNTUK DIJUAL – MALAYSIA NOT FOR SALE

12/17/07

Kisah Menyayat Hati Mangsa Banjir Pahang

BERITA 1
Untuk makluman sahabat semua, banjir kali ini begitu luar biasa.Sepanjang 30 tahun menetap di Jengka,inilah kali pertama saya merasai suasana banjir. Pernah pada tahun 1988 ,air sungai Jengka menenggelamkan jalanraya menghubung Jengka 16 dan 15, tetapi hanya sedalam satu kaki sahaja. Tetapi tragedi 10 Dis yg lalu,cukup luar biasa.Di tempat yang sama , ketinggian air mencecah hidung saya ! Paling tidak diduga , saya yang terperangkap bersama Unit Amal pada malam itu, pulang ke rumah esoknya menaiki bot di atas jalanraya yang setiap hari sejak 30 tahun yang lalu saya melaluinya dengan kenderaan darat.

Seorang mangsa banjir di Jengka 17 yang berada di rumah anaknya di Kuala Lumpur ketika kejadian, sehingga hari ini belum pulang melihat rumahnya kerana tidak percaya rumahnya dilanda banjir. Mungkin peneroka itu akan separuh sasau bila dia pulang kerumahnya nanti menyaksikan harta bendanya sudah menjadi 'bangkai'.

Tetapi yang mengecewakan ,tiada sebaris beritapun di dedahkan oleh media arus perdana. Banjir telah surut di Jengka. Penduduk diarahkan pulang. Tetapi mereka belum bersedia untuk pulang. Rumah yang tiada api elektrik, tiada air bersih, tiada segalanya. Mereka pulang untuk mengkebumikan segala harta benda mereka yang musnah. Mereka tiada bantal , tiada selimut, tiada makanan, tiada minuman.

Ketika menghantar makanan tengahari 16 Dis Ahad, di sebuah rumah yang mempunyai anak kecil,saya sempat bertanya ibu mereka ,apa sarapan mereka pagi tadi? Si ibu menjawab,saya sarapan bersama anak dengan ubi kayu bakar .Ubi itu saya temui dalam air banjir.

Saya juga sempat bertanya seorang ibu yang menerima sumbangan makanan tengahari pada hari sebelumnya,apakah mereka mendapat sumbangan makanan untuk makan malam. Ibu itu menjawab, kami makan sekali tengahari yang disumbangkan oleh Uni Amal ,malamnya tiada makanan lagi. Aduhai ,saya tidak mampu meneruskan cerita.

Unit Amal yang membantu operasi pembersihan setakat ini hanya mampu membersihkan sekitar 10 peratus dari lebih 160 buah rumah yang ditenggelami air hingga mencecah syiling di dalam DUN Jengka sahaja.

Lantaran itu saya sangat mengalu-alukan kehadiran sahabat-sahabat dari seluruh negara bagi membantu operasi bersih dan bantuan kemanusian ke Jengka dan kawasan berhampiran yang masih ditenggelami air.

Maklumat lanjut hubungi, Ustaz Aris Fezul Penyelaras Amal Kawasan 0199855883 atau SU Engku 0199170654

BERITA 2
Ketika pihak media mendedahkan kononnya penglibatan pihak NGO dalam membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh NNegara pada tahun ini sangat berkurangan berbanding di Johor tahun lepas, Pasukan Unit Amal mendahului pihak-pihak lain menghulurkan bantuan kepada seluruh mangsa banjir tanpa mempedulikan latar belakang pegangan politik.

Di Temerloh, Pengarah Operasi Bantuan Banjir Kawasan Temerloh ,Saudara Syed Hamid mengakui pihaknya telah membelanjakan lebih RM 15 Ribu bagi membantu mangsa-mangsa banjir di kawasan tersebut.

Tambah Syed Hamid, lebih 700 keluarga yang terlibat dalam banjir terbesar sejak 30 tahun telah menerima sumbangan dari kawasan Temerloh.

Terdapat Pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menghubungi saya mengakui Unit Amal merupakan organisasi yang terkehadapan dalam membantu mangsa banjir,ujar beliau.

Sementara itu Kawasan Maran telah mengeluarkan belanja mencecah RM 10 Ribu untuk membantu 500 keluarga yang terlibat dengan banjir.

Ketua Lujnah Kebajikan Kawasan Maran,Saudar Jaafar Mat Tam berkata,Chenor menjadi daerah teramai melibatkan perpindahan mangsa banjir.

Tambah Jaafar,selain menyalurkan bantuan beras ,air bersih menjadi keperluan utama penduduk yang menjadi mangsa banjir.

Bagi kawasan Felda di Jengka,banjir yang melanda pada 10 Disember lalu adalah di luar jangkaan penduduk. Seorang anak peneroka Felda Jengka 15,Engku Nurzaman Engku Muhammad 38 tahun mendedahkan,sepanjang menetap di Jengka semenjak lebih 30 tahun lalu, inilah kali pertama banjir melanda seluruh Jengka.

Katanya,pada tahun 1988 pernah berlaku sedikit banjir yang menenggelamkan jalan raya menghubungkan Jengka 15 dan 16,tetapi hanya sekitar satu kaki sahaja.

Tetapi kata beliau,banjir kali ini hampir menenggelamkan hingga paras leher beliau.
Sementara itu Pengarah Amal Kawasan Kuala Krau, Ustaz Aris Faizul Ismail berkata walaupun tanpa persedian menghadapi banjir ,pihaknya bertindak pantas mengarahkan semua anggota amal menjalankan operasi bantuan sebaik saja banjir mulai melanda sekitar jam 9 malam. Operasi Unit Amal yang pertama ialah memindahkan mereka yang terperangkap di dalam kenderaan di jalanraya Jengka 15&16 yang pertama ditenggelami air.

Kami juga turut membantu mengeluarkan kenderaan yang tenggelam di dalam banjir di Matau Bandar Pusat Jengka.

Pada malam tersebut juga Unit Amal telah mewujudkan Unit Kawalan yang meninjau kawasan-kawasan berpotensi dinaikki air.
Pada hari pertama banjir,Unit Amal telah menyediakan makanan untuk mereka yang terperangkap di dalam banjir.Bantuan makanan harian juga terus dilaksanakan hari ini.
Unit Amal juga sedang bertungkus lumus menjalankan operasi pembersihan di rumah-rumah mangsa banjir.

Bagi penduduk Matau Bandar Pusat Jengka,sumbangan yang disampaikan oleh MTD Jengka adalah sumbangan pertama yang pernah mereka terima semenjak beberapa hari menjadi mangsa banjir.

Seorang lelaki yang bertanggungjawab terhadap kebajikan penduduk Matau,Encik Sabri berkata pihak kerajaan telah beberapa kali meminta senarai mangsa banjir daripada beliau tetapi hingga hari ini tiada sebarang sumbangan diterima.

Seorang pemimpin wanita Umno di Matau melahirkan rasa kecewanya kerana pemimpin yang mereka angkat selama ini tidak langsung menunjukkan kesungguhan untuk membantu mereka. Beliau yang di kenali sebagai Mak Cik Odah mengakui selama ini di rumah beliaulah mesyuarat-mesyuarat Umno di adakan,tetapi ternyata sokongan nya kepada parti tersebut tidak mendatangkan hasil.

Ceramah GEGAR NS 28 Dis NS

CERAMAH PERDANA “GEGAR NS” – Gelombang Gagasan Rakyat NS
Bersama
Dato Seri Anwar Ibrahim
Anthony Loke Siew Fook (ADUN DAP Lobak)
Dato Kamarul Baharin Abbas (Pengerusi PKR NS)
Sdr Zulkefly Mohamed Omar (Pesuruhjaya PAS NS)
Cikgu Badrul (Aktivis Sosial Antarabangsa, Korea Selatan)
William Leong (Bendahari PKR)
Chai Tong Chai (Naib Pengerusi PKR NS)
Tarikh : JUMAAT 28 Dis 2007
Masa : 9 Malam
Tempat : Kampung Linggi (Depan Sekolah Kebangsaan Linggi), N.Sembilan
Maklumat lanjut hubungi Azizi 012-3696474
KE ARAH NEGERI SEMBILAN DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT

Pemain Bolasepak Terkenal Selamatkan Masjid

Semoga segala amal ibadah Kanoute diberkati dan dirahmati Allah. Serta menjadi ikutan juga inspisrasi pemain dan peminat bolasepak Malaysia untuk menjadi pemain bolasepak professional Islam yang bertaqwa bukan pemain bolasepak Islam Hadhari . Klik pada gambar untuk berita penuh

12/14/07

Seminar Tasawwuf N.Sembilan 22 Dis 07

SEMINAR TASAWWUF NEGERI SEMBILAN 2007
Tarikh : 22 Dis 2007 (Sabtu)
Pendaftaran : 8 pagi
Tempat : Allson Klana Resort, Seremban

Majlis Perasmian SEMINAR TASAWWUF NEGERI SEMBILAN 2007 akan disempurnakan oleh DYMM Tuanku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Orang ramai adalah dijemput untuk turut serta. Mereka yang ingin menyertai seminar ini sila maklumkan kepada Urusetia Jemputan melalui talian telefon 06-7652426 atau 06-7652432 atau Fax 06-7652427 sebelum 18 Disember, 2007 (Selasa)

Pendaftaran PERCUMA – Tempat TERHAD

Anjuran : Jabatan Mufti Negeri Sembilan . Sila sebar luaskan maklumat ini. Terima kasih

CERAMAH GEMPUR PEMUDA

TARIKH : 18/12/2007 (SELASA)
MASA : 8.30 MALAM
TEMPAT : FELDA PASOH 2 (Rumah Haji Suparman Kasman)

PENCERAMAH :
1) YB SALAHUDDIN AYUB - Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
2) TUAN HJ TAUFEK GHANI - Ketua Dewan Pemuda PAS NS
3) USTAZ NORDIN SAHLAN - Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Jelebu

Seiringan dengan program ceramah tersebut UNIT AMAL NEGERI SEMBILAN akan membuka kaunter pendaftaran ahli baru Unit Amal Negeri Sembilan.

SEMUA DIJEMPUT HADIR - "PAS UNTUK SEMUA"

12/12/07

Kempen Cegah Barang Naik 15 Dis Sban

Ceramah Perdana – Kempen Bahaya Barang Naik Kepada Rakyat
Bersama :
Ustaz Haji Ahmad Awang – Naib Presiden PAS
Sdr Anuar Tahir – AJK PAS Pusat
Sabtu 15 Disember 2007 jam 9 malam
Di Pasti Taman Tuanku Jaafar, Senawang, NS
Semua Dijemput Hadir

12/10/07

Sumbangan Program K4T PASTI Seremban

Adalah dimaklumkan PASTI Al-Islamiyyah, Seremban akan mengadakan Program Pendidikan Kelas 4 Tahun (K4T) bermula sesi pengajian 2008.

Program K4T ini adalah merupakan sistem pendidikan yang dirangka khusus untuk pelajar yang berusia 4 tahun dimana ianya memerlukan pelbagai Bahan Bantu Mengajar yang berbeza dengan program pendidikan yang sedia ada dengan kos tambahan sekitar RM 5,000.00

Justeru itu orang ramai adalah dialu-alukan untuk turut sama membantu menjayakan program ini dengan menghubungi AJK Pelaksana Program Sdr Zulkifli 017-8866044 atau Sdr Zulkarnain 016-2097990.

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun PASTI Kawasan Seremban (No Akaun 0501-0018953-72-3) Bank Muamalat

Ceramah Idil Adha Us Abd Ghani 21 Dis Rembau

Program Korban dan Ceramah Umum sempena Sambutan Hari Raya Idil Adha

Tarikh : 21 Dis 2007 (Jumaat)
Tempat: Kampung Astana Raja (Rumah Pn Maznah)

9 pg – 11 pg : Majlis korban dan agihan daging kepada fakir miskin dan penduduk setempat
12 tgh – 1 tgh – Jamuan makan tengahari
9 mlm - Ceramah Perdana oleh
Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman – Pesuruhjaya PAS Melaka
Sdri Aiman Athira Al-Jundi – Setiausaha Dewan Muslimat PAS Pusat
Sdr Zulkefly Mohamed Omar – Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

Anjuran MTD DUN Kota dengan kerjasama HalWa Rembau

12/4/07

Ceramah dan Kempen Tahun Anti Rasuah NS 2008

Ceramah Perdana dan Pelancaran Tahun Anti Rasuah NS 2008
Oleh : Sdr Mohamad Ezam Mohd Noor – Pengerusi GERAK
AHAD 9 Disember 2007
Jam 9 malam
Di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Ampangan , Seremban (Sebelah Surau Hitam)
Maklumat lanjut di http://gerak-ns.blogspot.com

Nak Buek Apo Habih SPM ?

Program 1: “Nak buat apa ye, lepas habis SPM?”
Tarikh: Ahad 9 Dis 2007
Masa: 2 ptg – 6 ptg
Tempat: Pejabat JIM NS, 11A, Jln Bunga Raya 8, Taman Tasik Jaya, Seremban
Peserta: Pelajar tingkatan 4 dan 5 (baru lepas SPM) dan ahli KRJ
Anjuran : KRJ NS (Kelab Remaja JIM N.Sembilan)
PERCUMA : Terhad kepada 50 orang peserta sahaja

Objektif utama:
-Memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka bidang yang boleh mereka ambil di pusat pengajian tinggi berdasarkan minat mereka.
-Membuka ruang kepada pelajar untuk bertanyakan kepada penceramah/professional yang khusus dalam bidang masing-masing.
-Memberi pengetahuan kepada pelajar mengenai sesuatu kursus yang mereka tidak ketahui sebelum ini.

Aktiviti:
-Penceramah/profesional dalam bidang peguam syari'e, pendakwah sepenuh masa, jurutera komputer, guru, pensyarah, pegawai komunikasi akan berkongsi dengan peserta
-Senarai kolej dan universiti yang menawarkan kursus yang baru
-Pengenalan kepada Karisma.

Daftar kehadiran dengan sms ke Kak Nadzirah 012-9637644 sebelum 7 Dis 07

********************************

Program 2 : “ Suka-suka di Port Dickson”
Tarikh: Sabtu 15 Dis 2007
Masa: 8 pg – 6 ptg
Tempat: Port Dickson, N.S (Berkumpul di Sekolah As Saidiyyah, Seremban)
Peserta: Pelajar tingkatan 1 – 5 dan ahli KRJ
Yuran: RM 15 seorang
Aktiviti Menarik : Ice-breaking, bermain kayak di laut, melawat rumah api Tanjung Tuan

Objektif:
1. Mengisi masa lapang remaja
2. Mengeratkan ukhuwwah di kalangan peserta dan fasilitator
3. Mengingatkan peserta mengenai keindahan ciptaan Allah

Daftar segera dengan sms ke Abg Atiq 013- 6137906 sebelum 9 Dis 07

12/3/07

Tahniah, satu lagi Blog Muslimah NS

Satu lagi Blog oleh Muslimat NS. Teruskan perjuangan http://nurmutiara.blogspot.com

Pidato Ketua Pemuda YB Salahuddin 11 Dis Rembau

Pidato (Ceramah Umum) Ketua Pemuda PAS Pusat – YB Salahuddin Ayub , Selasa 11 Dis jam 9 mlm di Markas PAS Rembau, Jalan Utama Rembau-Tampin, Rembau , NS.
Semua Dijemput Hadir

Ceramah Umum – YB Amirudin Hamzah , Rabu 5 Dis 9 mlm di Markas Tarbiyah PAS Cawangan (F) Bukit Rokan Utara, Gemencheh

Ceramah BERSIH – Sdr Ezam Md Nor dan Dr Zulkifli Ahmad , Ahad 9 Dis 9 mlm , di Markas PAS Cawangan Ampangan, Seremban , Sebelah Surau Hitam