KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

1/28/08

Kempen BERSIH di Jelebu

Berita lanjut di sini JOLOBU

KEMBALIKAN HAK RAKYAT

Kembalikan Hak Rakyat adalah merupakan Slogan Manifesto Pilihanraya PAS Negeri Sembilan.

Ikuti perkembangannya melalui Blog ini dari masa ke semasa

1/13/08

Ceramah Md Sabu 31 Jan Rembau

Ceramah Di Ambang Pilihanraya
Penceramah :
Tn Hj Mohamad Sabu – Naib Presiden PAS
Sdr Zulkefly Mohamed Omar – Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Tn Hj Mohd Taufek Abdul Ghani – Ketua Pemuda PAS N.Sembilan
Tarikh : Khamis 31 Januari 2008
Masa : 9 malam
Tempat : Markas PAS Kawasan Rembau, Jln Rembau-Tampin

Semua Dijemput Hadir

Makan Tengahari Bersama Presiden PAS 20 Jan NS

Majlis Jamuan Makan Tengahari bersama Presiden PAS Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang serta Amanat Presiden Di Ambang Pilihanraya Umum
Tarikh : Ahad 20 Januari 2008
Masa : 12 tengahari
Tempat : Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan, Seremban

Semua Dijemput Hadir

1/11/08

Di Malaysia Solat Jemaah Perlu Permit !

Tak percaya ? Baca berita berikut.
Malaysia Ku Cemerlang. Hadiah Tahun Baru 1429 Hijrah untuk umat Islam di Malaysia

Harian Metro 11 Jan 2008. KAJANG: Agak mengharukan apabila sebilangan besar masyarakat Islam di Kajang Prima di sini, terpaksa menyambut kedatangan Maal Hijrah semalam dalam keadaan serba kekurangan tanpa kemudahan surau selain memerlukan permit polis untuk menganjurkan majlis agama sempena sambutan berkenaan.

Begitupun, keadaan itu tidak melemahkan semangat penduduk terbabit yang tetap bersatu hati dengan bersama-sama bersolat Maghrib secara berjemaah atas jalan dan menjalankan beberapa aktiviti keagamaan serta jamuan.

Setiausaha Persatuan Penduduk Islam Kajang Prima, Mohd Rashdan Rohani, 33, berkata walaupun sebelum ini kerajaan Selangor berjanji membina masjid di kawasan itu, mereka tetap memerlukan surau supaya 600 penduduk Islam dapat menjalankan aktiviti keagamaan dengan lebih terurus.

Katanya, keadaan menjadi bertambah rumit apabila pengurusan Sekolah Menengah Taman Jasmin 2, kira-kira setengah kilometer dari taman itu, tidak lagi membenarkan penduduk menggunakan surau sekolah terbabit untuk solat Maghrib dan Isyak.

“Sepatutnya ada peruntukan membina surau di kawasan sekitar selepas tapak asal diambil Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk pembinaan Lebuhraya Sistem Lingkaran Kajang (Silk).

“Kami bukan menolak pembinaan masjid yang akan dilakukan kerajaan negeri, malah cukup gembira dan bersyukur jika perkara itu menjadi kenyataan tetapi persoalannya kini, tapak masjid yang akan dibina itu belum pasti dan berdasarkan apa yang diberitahu pihak bertanggungjawab, satu masjid akan dibina bagi menggantikan tapak surau yang diambil di Taman Asa Jaya kira-kira dua kilometer dari kawasan perumahan itu,” katanya ketika ditemui, semalam.

Rashdan berkata, penduduk Islam di kawasan itu berasa seperti ditindas apabila perjuangan lima tahun bagi mendapatkan surau ‘musnah’ sekelip mata.

Menurutnya, penduduk terkilan apabila pembinaan surau yang memerlukan hanya 0.1 hektar daripada seluas 3.3 hektar di taman permainan sedia ada, dibatalkan berikutan bantahan beberapa individu yang tinggal berhampiran tapak itu.

“Kami harap mereka boleh bertolak-ansur untuk membina surau kerana ia untuk kemudahan kami menunaikan solat berjemaah. Malangnya, mereka menolak setiap kali kami mahu mengadakan pertemuan bagi membincangkan masalah ini.

“Kami tidak mahu masalah surau dibesarkan dan ia perlu diselesaikan segera sekali gus boleh mengelakkan perasaan tidak puas hati antara penduduk berbilang kaum di kawasan ini,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20080111093340/Article/index_html

1/10/08

Program Jelajah Presiden PAS ke NS 20 Jan

Program Jelajah Presiden PAS Ke Seluruh Negara
“Gelombang Kuning Semarak Hijau”

Bersama :
YB Dato Seri Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang
Y Bhg Ustaz Nasharudin Mat Isa
YB Salahudin Ayub

Ahad 20 Januari 2008
Masa : 3 ptg – 12 tgh mlm
Tempat : Seremban

Tentatif Program :
1. Himpunan Perdana Rakyat
2. Dailog Bersama Non Muslim
3. Ceramah Perdana

Ceramah Salahudin Ayub 13 Jan Seremban

Ahad 13 Jan 2008
Ceramah Umum
Penceramah :
YB Salahudin Ayub
Sdr Azmin Ali
Sdr Zulkefly Mohamed Omar
Jam 9 malam
Di Pejabat PAS Cawangan Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam)

Selasa 15 Jan 2008
Ceramah Agama
Penceramah : Ust Nasaruddin Ali
Selepas Maghrib
Di Surau Al Mustofa (Surau Hitam), Ampangan, Seremban

Ahad 20 Jan 2008
Ceramah Perdana
Penceramah :
Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang
YB Salahudin Ayub
Tn Hj Mahfuz Omar
Sdr Zulkefly Mohamed Omar
Jam 9 malam
Kg Masjid, Lenggeng (Rumah Zulkefly Mohamed Omar)

Ahad 20 Jan 2008
Ceramah Agama
Penceramah : Ust Ghazali Hasbullah
Selepas Maghrib
Di Surau Al Mustofa (Surau Hitam), Ampangan, Seremban

Selasa 22 Jan 2008
Ceramah Umum
Penceramah :
Dr Hatta Ramli
Gobalakrishnan
Sdr Zulkefly Mohamed Omar
Jam 9 malam
Di Muassasah Darul Sharif, Jln Batu Kikir-Bahau, Jempol

1/9/08

Beli Kamus berpeluang menangi Pakej Umrah

Sempena Karnival Maal Hijrah dari 10 hingga 13 Januari 2008 ini, Gerai Al Azhar Media mengadakan promosi jualan Kamus Arab-Melayu istimewa Kamus Al Miftah. Anda berpeluang untuk memenangi Pakej Umrah untuk dua orang untuk pembelian kamus ini.

Kunjungi kami di Karnival Maal Hijrah di Dewan Majlis Perbandaran Seremban. Jumpa anda di sana ! Maklumat lanjut hubungi Syazwan 019-6619156

Ceramah Maal Hijrah Dr Yusof Othman 12 Jan Seremban

Penceramah : Prof Dr Mohd Yusuf Bin Othman
Tarikh : 12 Januari 2008 (SABTU)
Masa : 10.30 am- 12.00 Tengahari. (makan tgh disediakan)
Tempat : Dewan Besar Kompleks Belia dan Sukan Paroi , Seremban
Tajuk : Menyingkap prestasi umat Islam 1400 tahun

Muslimin dan muslimat di jemput hadir
Anjuran ABIM / WADAH

1/5/08

PERHIMPUNAN PENGGERAK MELAYU KEBANGSAAN 10 Jan KL

Perhimpunan Penggerak Melayu Kebangsaan ( PPMK ke – 10 ).
Tarikh : 10hb Jan. 2008 / 01 Muharam 1429H
Tempat: Masjid Al-Muhsinin Taman Danau Desa, Off Jalan Kelang Lama, KUALA LUMPUR.
Tuan / puan boleh membuat pengesahan penyertaan dengan menghubungi kami melalui Jawatankuasa Masjid Al-Muhsinin dan Sekretariat PPMK ke 10, iaitu Sdr. Salahudin Abdullah 0199142341 / En Azizan Osman 019 – 5298185. Boleh juga melalui email ; azmi58@yahoo.com atau www.temanteras.wordpress.com

TENTATIF PROGRAM
SAMBUTAN MAAL-HIJRAH 1429H MASJID AL-MUHSININ

Anjuran: Masjid Al-Muhsinin & TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS)


ATURCARA SAMBUTAN MAAL-HIJRAH 1429H
9hb Januari 2007
6.00 ptg : Kehadiran tetamu jemputan : Munajat Umat : Bacaan Doa Akhir Tahun
7.18 mlm : Solat Maghrib berjemaah : Bacaan Doa Awal Tahun : Tayangan Slaid – Umat Islam Kini
8.16 mlm : Solat Isya’ berjemaah : Sketsa Maal-Hijrah : Persembahan nasyid : Deklamasi Sajak : Jamuan makan : bersurai

10hb Januari 2007
5.00 pagi : Qiyamullaill
5.45 pagi : Solat Subuh berjemaah
6.15 pagi : Tazkirah Sempena Maal-Hijrah Oleh: Dato’ Sheikh Abd Halim Abd Kader
9.00 pagi : Himpunan Penggerak Melayu Kebangsaan Ucapan Bertindak Presiden TERAS Mohd Azmi Abdul Hamid , Persoalan Kepimpinan : Cabaran dan Masa Depan Bangsa : Acara Khas Kanak-Kanak
10.30 pagi : Wacana Khas “ Untuk Apa Bangsa Perlu Berubah”
12.30 tghri : Jamuan Makan Tengahari
1.15 ptg : Solat Zohor berjemaah
2.30 ptg : Ceramah Khas Gerakan Wanita TERAS Nasional (WATAN) Memperkasa Ummah untuk Transformasi Ummah
2.30 ptg : Sessi Cambah Pemikiran Gerakerja TERAS Qariah Kebangsaan Pembentangan Pelan Bertindak TERAS 2008
5.00 ptg Penangguhan Bersurai

4.30 ptg : Solat Asar : Pameran Kesihatan
8.00 mlm : Forum Hijrah 1429H Ahli Panel:
1) Tuan Hj Mohd Azmi Abd Hamid
2) Us. Haji Wan Termizi
: Solat Isya berjemaah : Jamuan Ringan
11.00 mlm : Bersurai

1/4/08

Tahniah PASTI N.Sembilan , lahir satu lagi

Syabas dan tahniah diucapkan kepada PASTI N.Sembilan. Pada tahun 2008 satu lagi PASTI telah ditubuhkan.

PASTI Imtiyaz di Taman Wira Jaya , Melang , Kuala Pilah ( sebelah Surau Taman Wira Jaya , belakang pasaraya Uppwell)

Pendaftaran untuk pelajar-pelajar PASTI Imtiyaz masih lagi dibuka. Untuk pertanyaan dan pendaftaran hubungi Ustazah Rosenadiah 0136009973 atau Ustaz Shazwan 0196619156

PMR tak dapat 9A kerana B. Arab , sedia awal

Ramai pelajar yang mengambil PMR tidak mendapat 9A, kerana Bahasa Arab, terutamanya mereka yang tidak mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Islam.

Sehubungan dengan itu Pusat Pendidkan Islam At-Tibyan, Bandar Seremban
Selatan menawarkan

KELAS TAMBAHAN BAHASA ARAB KOMUNIKASI UNTUK PELAJAR
SEKOLAH MENENGAH AGAMA.
1. Pelajar yang berminat untuk menguasai Bahasa Arab.
2. Ingin menambah kemahiran dalam Komunikasi Bahasa Arab.
3. Persediaan untuk Peperiksaan Umum Bahasa Arab Komunikasi.
4. Menjadikan Bahasa Arab sebagai amalan sepanjang hayat.

SESI PENGAJIAN : Isnin dan Rabu , 8.00 mlm. hingga 10.00 mlm.

Juga diadakan Kelas Mengaji Al Quran untuk pelajar sekolah menengah :
1. Pelajar yang masih belum khatam Al Quran
2. Ingin menambah kemahiran dalam Tajwid Al-Quran
3. Memperelokkan bacaan Al-Quran
4. Menjadikan Al Quran sebagai amalan sepanjang hayat.

SESI PENGAJIAN : ISNIN HINGGA KHAMIS , 8.00 MALAM HINGGA 9.30 MALAM

Hubungi : Ustaz Fuad - 019 3941353 , Ust Firdaus - 013 3878251 , Ustaz Zul Ramli - 017 2668473

1/3/08

MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU 1429 H REMBAU

Tentatif Program :
Jumaat ( 11 Januari 2008 )
- Solat Maghrib
- Majlis Ceramah / Tazkirah
- Majlis Perlancaran Kitab Sanad SAW oleh Sheikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki

Sabtu ( 12 Januari 2008 )
8.30 pagi - Ceramah : Bahaya dan Ancaman Syiah - Oleh : Sheikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki
10.30 pagi - Ceramah : Aqidah ahli al Sunnah Wa al Jamaah : Cabarannya Merentasi Abad. Oleh : Al Fadhil Ustaz Haji Mahfuz bin Muhammad
02.00 ptg - Ceramah : Kristianisasi dan Ancaman Gejala Murtad di Malaysia Oleh : al Fadhil Ustaz Haji Mohd. Farhan Abdullah al-Hafiz
06.00 ptg - Majlis Perarakan Maal Hijrah saw - Majlis Bacaan Maulid Daibaie
07.12 ptg - Solat Maghrib
Ceramah - Panel Jemputan : Al Fadhil Ustaz Haji Mohd Hafiz bin Selamat , Al Fadhil Dato’ Syed Omar ibnu Syed Abdul Kadir Al Aidarus , Al Fadhil al Habib Hassan al Ba alawi
- Majlis Perlancaran Kitab “ Kul Hazihi Sabili ” dan Majlis Perlancaran CD Qasidah Puji-pujian Nabawi

MUSLIMIN/ MUSLIMAT ADALAH DIJEMPUT HADIR
Untuk urusan penginapan atau keterangan lanjut, sila hubungi :
Encik Norizam bin Hashim ( 013 380 7785 )
Encik Ainul Amriz bin Ismail ( 019 227 9226 )
Yayasan Sofa Negeri Sembilan
Km 35 Jalan Seremban Tampin
71350 Kota Negeri Sembilan
Tel / Fax : 06 445 0363
email : yayasansofa@gmail.com
http://yayasansofa.blogsome.com/2007/12/31/majlis-sambutan-tahun-baru-hijrah-1429/