BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT

BONGEK BERSELAWAT

2/25/08

Kenali Calon PAS Negeri Sembilan

Kenali dengan lebih dekat calon-calon PAS yang betanding dalam pilihanraya umum ke 12 tahun 2008. Slik klik pautan berikut http://calonpasn9.blogspot.com

2/21/08

Majlis Pengisytiharan Calon PAS & Ceramah

Majlis Pengisytiharan Calon PAS yang akan bertanding dalam Pilihanraya Umum ke 12 tahun 2008 dan Ceramah Umum
Hari : Jumaat
Tarikh : 22 Feb 2008
Masa : 9 malam
Tempat : Markas PAS Cawangan Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam)
Bersama :
1. Sdr Zulkefly Moahamed Omar , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
2. Ustaz Wan Azhar Ahmad
3. Semua calon-calon PAS

HARAPAN BARU UNTUK RAKYAT

2/20/08

Orang Cina dan India N.Sembilan tak perlu takut undi PAS sebab…

Pengundi di N.Sembilan khususnya orang Cina, orang India, orang Melayu harus disedarkan bahawa senario politik Islam di N.Sembilan ini amat berbeda sekali dengan negeri-negeri lain. PAS hanya bertanding 13 kerusi Dewan Undangan Negeri daripada sejumlah 36 kerusi yang dipertandingkan.

Orang Cina dan orang India sering ditakut-takutkan dengan pelbagai tanggapan negatif , seperti kalau PAS menang nanti kedai judi akan ditutup , kedai arak akan ditutup , kalau mencuri kena potong tangan dan macam-macam tuduhan yang menjauhkan orang bukan Islam dengan orang Islam.

Katakan kepada mereka kalau PAS menang semua 13 kerusi yang dipertandingkan ini sekalipun , PAS akan tetap tidak dapat memerintah N.Sembilan , PAS tidak akan dapat menutup kedai judi di N.Sembilan ini , PAS tidak akan dapat menutup kedai arak di N.Sembilan ini. Jadi apa yang orang bukan Islam perlu takut di Negeri Sembilan ini kalau mereka undi PAS.

Sebaliknya mereka akan untung apabila mengundi PAS , kerana PAS akan menjadi suara pembangkang yang kuat yang akan mendapat perhatian kerajaan yang memerintah. Ini terbukti seperti di Terengganu , di mana dengan ada pengaruh PAS yang kuat di sana , pelbagai projek telah dilaksanakan untuk menambat hati rakyat di Terengganu. Tetapi kita di Negeri Sembilan , akibat kurang daya persaingan , maka Negeri Sembilan kurang projek-projek mega yang menguntungkan rakyat juga kontraktor di Negeri Sembilan ini.

Kontraktor-kontraktor kecil Kelas F di Negeri Sembilan ini berebut-rebut untuk mendapatkan projek , tetapi sebaliknya berlaku dengan kontraktor-kontraktor kelas F di Terengganu.

Apabila kontraktor-kontraktor Bumiputera kelas F banyak mendapat projek , mereka akan mendapatkan bekalan pula dari pembekal-pembekal bangsa Cina. Begitu juga peluang pekerjaan untuk sub kontraktor India untuk menurap jalan juga akan bertambah.

Jadi siapa yang akan untung kalau PAS menjadi pembangkang yang kuat di Negeri Sembilan ini ? Tidak timbul isu kedai judi ditutup , kedai arak ditutup dan sebagainya. Judi dan arak hanya haram untuk orang Islam tetapi tidak dilarang untuk orang bukan Islam.

Buka minda .

2/14/08

EASY SOLAT Masjid Jelebu 16 Feb

Assalamualaikum wrwb...
Muslimin-muslimat dijemput menghantar anak-anak ke :

Program : EASY SOLAT
Tempat : Masjid Jamek Kuala Klawang
Tarikh : Sabtu 16 Februari 2008 / 9 Safar 1429H
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Pengarah :
Ustaz Mohd Azmi bin Ismail(Pegawai Hal Ehwal Islam - Imam Masjid Daerah Jelebu)
Ustaz Hj Nroazman bin Hj Mohamad(Imtiyaz Training & Motivation)

Penyertaan terbuka kepada kanak dan remaja Muslim berusia 9-20 tahun.
Yuran : RM10 sahaja.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Ustaz Mohd Azmi bin Ismail(Pegawai Hal Ehwal Islam - Imam Masjid Daerah Jelebu) di talian 013-3031703 / 017-3793731

Daftarlah Segera Dan Rebutlah Peluang Keemasan Ini.
Ke Arah Melahirkan Generasi Celik Solat.

wassalam...

Pusara Penyebar Islam Terbiar Di Laman Kuil NS

PUSARA PENYEBAR ISLAM DI JELEBU TERBIAR DALAM LOKASI SEBUAH KUIL

Penduduk-penduduk di sekitar Kuala Klawang di daerah Jelebu hampir berputus asa apabila usaha memisahkan pusara penyebar syiar Islam terbiar di lokasi yang ditadbirkan oleh kuil Cina. Sekalipun isu berkenaan sudah disampaikan kepada pihak Muzium Negeri Sembilan, sebaliknya sukar diberi perhatian selagi pihak Pejabat Tanah Jelebu masih tak mewartakan ianya sebagai ‘warisan’. Seorang penduduk berdekatan dikenali Ishak, 55 mengakui banyak pihak menyedari pusara berkenaan dimiliki oleh pendakwah berasal dari Minangkabau dikenali ‘Kadi Haji Ishak’ yang berhijrah pada period Penghulu Jelebu yang pertama iaitu Dato’ Gombak sekitar abad ke 18.

Berita lanjut di sini DharmalaNS

2/11/08

Syabas Penduduk Taman Margosa , Seremban

Kalaulah semua taman mempunyai sikap prihatin seperti penduduk Taman Margosa ini, sedikit sebanyak dapat mengurangkan gejala sosial yang semakin meruncing

Harian Metro 11 Feb 08. SEREMBAN: Cemas dengan kedatangan pihak berkuasa yang menjalankan operasi cegah maksiat, seorang wanita hanya mampu menyorok bawah kabinet dapur di kediaman teman lelakinya di Taman Bukit Margosa, di sini, semalam.

Dalam operasi kira-kira 4.30 petang itu, pasangan berkenaan yang berusia lingkungan 20-an itu hanya berkurung dalam rumah selepas menyedari kedatangan anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) bersama anggota Sistem Rondaan Sukarela (SRS) taman itu.

Bagaimanapun, pasangan itu dapat ditahan anggota JHEAINS dengan kerjasama SRS sebelum dibawa ke balai polis berhampiran untuk diikat jamin keluarga atau rakan masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan SRS taman berkenaan, Sheikh Zakaria Othman, berkata anggota SRS mendapat maklumat pasangan itu dipercayai bukan mahram.

Beliau berkata, aduan itu diterima daripada tunang lelaki terbabit yang datang ke rumah berkenaan, namun sebaik tiba, dia mendapati ada wanita lain bersama tunangnya.

“Selepas mengenal pasti kesahihan aduan itu, anggota SRS menghubungi anggota JHEAINS dan sebaik mereka tiba, operasi mencegah maksiat terus lakukan di rumah terbabit.

“Pintu rumah itu dibuka seorang lelaki tidak berbaju dan pemeriksaan mendapati wanita itu cuba menyorok bawah kabinet dapur. Siasatan JHEAINS mendapati mereka berdua tidak mempunyai hubungan suami isteri,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, berdasarkan maklumat tunangnya itu, lelaki terbabit yang bekerja di sebuah kilang di Jalan Pantai kerap meminta wang daripadanya tetapi beberapa hari lalu dia enggan memberi bantuan kerana tidak tahan dengan sikap ‘mengikis’ itu.

Sheikh Zakaria berkata, tangkapan khalwat itu kali kedua di taman berkenaan dalam tempoh seminggu. Khamis lalu, seorang lelaki ditahan anggota JHEAINS di sebuah rumah kerana kesalahan sama.

“Anggota SRS akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa agama negeri ini untuk memastikan aktiviti bertentangan dengan ajaran agama dapat dibanteras,” katanya.

Sementara itu, jurucakap penguat kuasa JHEAINS, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Menurutnya, kedua-dua pasangan itu akan didakwa di Mahkamah Syariah, di sini, mengikut Seksyen 61(1), Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 kerana berkhalwat atau cubaan melakukan persetubuhan haram.

“Jika disabit kesalahan, mereka berdua boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20080211092140/Article/index_html

2/4/08

Penduduk Senawang Buta Cegah Maksiat

Inilah yang berlaku di Senawang sekarang ini. Maksiat berleluasa tanpa siapa pun berani menegur. Walhal sudah ada peruntukan dalam undang-undang Jabatan Hal Ehwal Agama Islam serta Pihak Berkuasa Tempatan iaitu “Kelakuan Tidak Senonoh di Khalayak Ramai”. Apakah bala yang akan menimpa Senawang, semoga Allah menyelamatkan kita dari kemurkaanNya

Harian Metro 4 Feb 2008. Pasangan kekasih tidak hirau jiran
SEREMBAN: Gelagat sepasang kekasih bermesra tanpa segan silu atas pangkin di hadapan rumah mereka di sebuah taman perumahan di Senawang, di sini, menyebabkan penduduk terutama jiran terdekat meluat.

Pasangan yang berusia 19 dan 21 tahun itu berkelakuan tidak senonoh bukan saja pada malam hari, malah turut dilihat jiran pada waktu siang.

Mereka tidak menghiraukan langsung pandangan orang ramai termasuk kanak-kanak yang duduk berhampiran dan melalui jalan di hadapan rumah mereka di taman perumahan itu.

Seorang jiran yang hanya mahu dikenali sebagai Zaleha, 40, berkata gelagat gadis yang bekerja di sebuah kilang di Senawang itu sudah berlaku sejak kira-kira lima bulan lalu.

Menurutnya, mereka tidak segan silu bermesra di khalayak ramai, malah ibu bapa mereka yang menyedari perbuatan itu seolah-olah tidak menghalang perbuatan pasangan terbabit.

“Ibu bapa mereka membiarkan saja gelagat anak mereka itu dan ketika jiran bertanya mengenai perkara berkenaan, mereka memberitahu lelaki itu mempunyai hubungan saudara dengan mereka.

“Bagaimanapun jika melihat aksi dan kemesraan mereka berdua agak keterlaluan menyebabkan ramai jiran terdekat tidak selesa dengan aksi pasangan itu,” katanya di sini, semalam.

Zaleha berkata, dia kesal kerana ibu bapa mereka tidak menghalang perbuatan anak masing-masing sebaliknya bersubahat yang mungkin akan mendorong lelaki itu melakukan perbuatan lebih buruk.

Menurutnya, ibu bapa sepatutnya membimbing anak mereka dengan kelakuan yang baik dan disenangi ramai tetapi mereka membiarkan aktiviti tidak sihat itu sedangkan remaja terbabit tidak mempunyai sebarang ikatan perkahwinan.

“Saya sebagai jirannya berasa tidak senang dengan gelagat pasangan remaja terbabit kerana khuatir akan mempengaruhi pemikiran anak remaja saya yang sedang membesar,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (Jheains) ketika dihubungi, berkata aktiviti seperti itu tidak boleh dibiarkan kerana ia boleh mendorong berlakunya perkara maksiat yang lebih buruk.

“Ibu bapa bertanggungjawab memantau dan menasihatkan anak remaja masing-masing supaya tidak melakukan perbuatan yang menyalahi agama kerana bukan saja memberi imej tidak baik kepada keluarga malah masyarakat,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20080204124759/Article/index_html