BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT

BONGEK BERSELAWAT

3/31/08

Ceramah Bulan April Sekitar N.Sembilan

Ceramah Agama
Penceramah : Ustaz Ghazali Hasbullah
Tarikh : 4 April 2008 Jumaat
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Al Mustofa (Surau Hitam), Ampangan , Seremban

Ceramah Agama
Penceramah : Ustaz Nasaruddin Ali
Tarikh : 8 April 2008 Selasa
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Al Mustofa (Surau Hitam), Ampangan , Seremban

Ceramah Maulidur Rasul
Penceramah : Ustaz Abdul Ghani Shamsuddi
Tarikh : 12 April 2008 Sabtu
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Selasih , Port Dickson


Kuliah Maghrib (Feqah)
Penceramah : Ustaz Dato Hj Arshad Abd Samad , Bekas Ketua Hakim Mahkamah Syariah Negeri Sembilan, Imam Masjid Bandar Baru Senawang
Tarikh : Jumaat 4 April 2008
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda , Senawang

3/30/08

Gambar Sekitar Kenduri Rakyat DUN Paroi

Berikut adalah sebahagian daripada gambar-gambar yang diambil semasa Majlis Kenduri Rakyat DUN Paroi yang telah diadakan pada hari Ahad 30 Mac 2008 di Dataran Senawang. Antara yang hadir ialah ADUN Paroi YB Tn Hj Mohd Taufek Abd Ghani, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan Sdr Zulkefly Mohamed Omar, Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat Sdr Badrul Hisham Shaharin dan beberapa pimpinan masyarakat setempat, NGO dan orang ramai dari pelbagai lapisan usia, kaum, bangsa, agama dan fahaman politik.















3/29/08

Gambar Ceramah Dato Husam Musa 28 Mac Seremban

Berikut adalah sebahagian daripada gambar ceramah Dato Husam Musa, Ustaz Dato Abu Bakar Chik dan Sdr Zulkefly Mohamed Omar yang diadakan pada 28 Mac 2008 di Markas PAS Cawangan Ampangan , Seremban

3/24/08

Majlis Kesyukuran PAS N.Sembilan 28 Mac

Sambutan Maulidur Rasul dan Majlis Kesyukuran Meraikan Kemenangan PAS serta Ceramah Umum
Jumaat 28 Mac 2008
Bermula jam 8 malam (Jamuan Makan Malam)
Di Markas PAS Cawangan Ampangan , Kg Gedung Lalang Lama, Seremban (sebelah Surau Hitam)
Penceramah :
YB Dato’ Husam Musa , Naib Presiden PAS
Ustaz Dato’ Abu Bakar Chik , AJK PAS Pusat
Sdr Zulkefly Mohamed Omat , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Semua Dijemput Hadir
Anjuran Lajnah Penerangan BPPNS

Daulat Tuanku

Bismillah Hirrahman Nirrahim
Alhamdulillah Hirabilalamin
Wassalatu Wassalamuala Asyarafil Anbiyai Wal Mursalin, Saidina Muhammadin Wa Alihi Wassahbihi Azamain.
Ya Allah Ya Tuhan Kami, kurniakan taufik, peliharakan dan lindungilah Raja kami, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah yang dengan kehendak-Mu jua Ya Allah menjadi pemimpin kami supaya Baginda akan dapat memimpin dan memerintah dan menjadikan Negara Malaysia makmur dengan kemajuan ilmu pengetahun, kebaikan, keamanan, kemewahan dan kejayaan.
Rabbana Atinafitdunia Hasanah Wafilakhirati Hasanah Wakina Azabanar
Wassallahuala Saidina Muhammadani Waala Akidmanar. Wasalullahi Ala Saidina Muhammadin Waalaalihi Wasabihi Wassalam Walhamdulillahi Rabbil Alamin.

3/23/08

ADUN Paroi ziarah Pusat Pendidikan Al Irshad , Labu

Walaupun Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi Hj Mohd Taufek sibuk menghadiri undangan serta memberikan khidmat masyarakat sekitar DUN Paroi pada ketika ini , beliau telah melapangkan masa yang singkat untuk menghadiri Program Jualan Amal Nasi Beriani di Pusat Pendidikan Al Irshad , Batu 10 , Jalan Labu – Nilai pada 23 Mac 2008. Hj Mohd Taufek menyeru kepada orang ramai agar sentiasa berganding bahu memperkukuhkan institusi pendidikan Islam di Negeri Sembilan ini. Kepada mereka yang ingin mengetahui mengenai Pusat Pendidikan Al Irshad , bolehlah melayari Blog http://alirshadns.blogspot.com/

3/21/08

Guru KAFA N.Sembilan naik elaun RM100 ?

Bolehkah kerajaan N.Sembilan mengumumkan penambahan elaun sebanyak RM 100 dari sumbangan kerajaan negeri ? Selama ini guru KAFA hanya dibayar RM 500 sebulan , elaun ini bukannya dari kewangan kerajaan negeri , tapi dari kewangan kerajaan pusat (rujuk artikel The Star di bawah).

Bayangkan elaun RM 500 sebulan , tolak KWSP RM 50 , tinggal RM 450 sebulan. Kerja nampak macam tak berat , 4 hari seminggu, mungkin 5 jam sehari. Tapi mereka perlu buat persiapan, buat soalan, tanda kertas soalan, kalau yang baru bertugas tu ada yang 4-5 bulan kerja belum dapat elaun lagi. Lepas tu dibebankan pula dengan guru sering bertukar ganti. Maklumlah gaji rendah, kelulusan ijazah universiti luar negara, ada yang dah kahwin, mana nak tahan elaun RM 450 sebulan.

Kerajaan Negeri Sembilan perlu fikirkan dan perkemaskan pengurusan SARA, KAP dan KAFA di Negeri Sembilan ini. Ketepikan kepentingan peribadi, ketepikan kepentingan politik, ketepikan pangkat. Mari kita bersama majukan institusi pendidikan Islam di Negeri Sembilan ini untuk membentuk generasi yang cemerlang.

Kalau Ketua Menteri DAP boleh beri elaun tambahan RM 50 untuk guru KAFA , takkan Menteri Besar UMNO tak boleh ?


Pulau Pinang naikkan elaun guru KAFA RM50

PULAU PINANG 19 Mac – Kerajaan negeri hari ini mengumumkan kenaikan elaun guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) sebanyak RM50 mulai 1 April ini, sebagai tambahan kepada RM500 sebulan yang diperoleh mereka sebelum ini.

Timbalan Ketua Menteri, Mohammad Fairus Khairuddin berkata, kenaikan itu akan membabitkan pembayaran tambahan sebanyak RM879,000 kepada 1,465 guru di seluruh negeri ini.

Menurutnya, bonus tambahan itu telah dipersetujui oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi memudahkan urusan dan tanggungjawab guru-guru berkenaan.

‘‘Kita telah bersetuju untuk memberikan pembayaran kepada semua guru KAFA berkenaan secara ex-gratia, namun kita akan menetapkan bila pembayaran itu akan dilakukan,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang pertama di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, kerajaan negeri juga akan menambah bilangan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti.

‘‘Buat masa ini, kita akan melakukan perubahan awal di beberapa tempat dan proses berkenaan akan dilakukan dengan cara yang cukup baik dan lancar,” katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0320&pub=utusan_malaysia&sec=dalam%5Fnegeri&pg=dn_07.htm&arc=hive

Religious teachers to get more allowance

PENANG: The state government has approved a one-off allocation of RM879,000 for Islamic religious teachers to help ease the burden of the rising cost of living.

Deputy Chief Minister I Mohammad Fairus Khairuddin said the amount would be distributed to the 1,465 religious teachers teaching the basic Fardhu Ain course (Kafa) beginning next month.

“Currently, the Kafa teachers are getting RM500 a month from the federal government. The state government is giving an additional 10% allowance for this year,” he said after the state executive council meeting in Komtar yesterday.

Fairus said the Penang Government was the first to offer temporary additional allowance for religious teachers.

He also announced that a better economic policy would drawn up by the Opposition parties.

“We are formulating the Malaysian Economic Agenda. It is still at discussion stage, we cannot reveal the contents yet. But it would be an alternative to the New Economic Policy,” he said.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/3/20/nation/20704524&sec=nation

3/18/08

Ceramah Ust Ismail Kamus 22 Mac Senawang

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir ke :

Ceramah Sambutan Maulidur Rasul saw
Hari : Sabtu
Tarikh : 22 Mac 2008
Masa : Selepas Maghrib – 7:45 mlm
Tempat : Surau Lavender Height , Senawang
Penceramah : Ustaz Dato’ Ismail Kamus

3/13/08

Majlis Kesyukuran PAS N.Sembilan

Sabtu 15 Mac 9 malam
DUN Johol
Rumah Hj Kamaruddin

Ahad 16 Mac 9 malam
DUN Lenggeng
Rumah Sdr Zulkefly

Khamis 20 Mac 9 malam
DUN Kota

Jumaat 28 Mac 9 malam
Markas PAS Cawangan Ampangan
Anjuran PAS N.Sembilan

Ahad 30 Mac 9 malam
DUN Paroi

3/12/08

Renungan untuk penyokong PAS & PKR di negeri selatan

Sebelum kita menyalahkan orang lain, cerminlah diri kita sendiri. Apakah kelemahan yang ada pada PAS dan PKR di negeri-negeri selatan tanahair yang menyebabkan pencapaian PAS dan PKR di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor tidak begitu memberangsangkan dalam Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu.

Ulasan lanjut di AMKNS

Pembangkang sapu bersih bandar-bandar di N.Sembilan

Ulasan lanjut di AMKNS

3/11/08

Terkejut Kahiry, Pembangkang Negeri Sembilan berjaya nafi majoriti dua pertiga BN

Oleh Wan Nordin Wan Yaacob

Pembangkang yang terdiri daripada PAS, DAP dan KeADILan di Negeri Sembilan berjaya dalam misi menafikan majoriti dua pertiga Umno/BN di sana untuk memastikan kedudukan pembangkang antara yang terbaik dalam sejarah di Negeri Sembilan.

Ini kerana untuk membentuk kerajaan yang majoriti dua pertiga, BN perlu menang bagi 24 kerusi Dun, tetapi kali ini BN yang diketuai Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Mohamad Hassan hanya memperolehi 'simple majoriti' sejumlah 21 kerusi.

Kemenangan pembangkang di 15 Dun menyaksikan DAP menghantar 11 wakil Dun, sementara KeADILan (4) dan PAS (1) masing-masing di kebanyakan kawasan kerusi di bandar dan pinggir bandar sekitar Seremban, Port Dickson, Bahau dan Rembau.

Wakil tunggal PAS, Mohd Taufek Abdul Ghani (Dun Paroi) setakat ini akan mengadakan kerjasama dengan KeADILan yang diwakili antaranya Timbalan Pengerusi KeADILan Negeri Sembilan, Chai Tong Chai (Chuah) ; Aminuddin Harun (Sikamat); Rahsid Latiff (Ampangan) dan M.Ravi (Port Dickson).

Sementara bagi kerusi Parlimen, pakatan BA hanya diwakili oleh Pengerusi KeADILan Negeri Sembilan, Dato' Kamarul Baharin Abbas (Parlimen Teluk Kemang) yang menewaskan Naib Presiden MIC, S.Sothinathan.

Persaingan di kerusi bandar kali ini amat ketara dikuasai pembangkang terutamanya DAP yang menguasai hampir kesemua kerusi dalam Parlimen Seremban dan Rasah yang dahulu didominasi MCA serta Gerakan.

Isu yang paling banyak melingkari kekalahan BN di negeri tersebut antaranya ialah isu pekerja kilang, isu kenaikan cukai pintu, isu kerajaan adik beradik yang melingkari pentadbiran Mohammad Hassan, isu nasional seperti isu kenaikan harga barang dan minyak selain perpecahan kerana kehadiran menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin di Negeri Sembilan.

Meskipun Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menafikan Kahiry sebagai pubca kekalahan, namun angin kencang yang melanda Umno/BN mengenai khabar itu tidak dapat dinafikan.

Rakyat sebenarnya tidak setuju dengan kempen yang dijalankan secara 'angkuh' oleh Khairy memandangkan BN adalah kerajaan yang memerintah yang tidak perlu hingga ke tahap menggunakan pendekatan 'budak nakal' dalam berkempen.

Mohd Taufek cipta sinar dan sejarah PAS di Dun Negeri Sembilan

Oleh Wan Nordin Wan Yaacob

Kejayaan anak Rembau bersama Barisan Rakyat yang dikepalai Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Mohd Tafek adul Ghani amat manis sekali apabila PAS buat pertama kalinya dalam sejarah selepas berpuluh-puluh tahun mengintai ruang menghantar wakil sulong ke Dun Negeri Sembilan tercapai.

Mohd Taufek anak jati Rembau yang berasal dari Kampung Batu menang di Dun Paroi dengan majoriti undi 1071 menewaskan lawan yang lebih berpengalaman, Dato' Zaharuddin Mohd Shariff dan ia menjadi sejarah dalam usia politik PAS di Negeri Sembilan.

Semasa dihubungi Harakah pada 11 Mac lalu, suara Mohd Taufek agak terketar-ketar dan mungkin kerana agak tidak percaya dengan kemenangan beliau menewaskan calon BN.

Dalam nada sederhana, Mohd Taufek yang juga bekas Jurutera Kanan Samsung Sdn Bhd menyifatkan kemenangan beliau ini adalah hasil usaha jentera PAS yang dikuatkan dengan bantuan Ngo seperti Jim dan Kelab Penyokong PAS Negeri Sembilan.

Lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Biokimia dari UKM ini berhasrat membuka Pusat Khidmat Rakyat selain menginfakkan 50 peratus dari gaji yang bakal diterimanya selaku Wakil Rakyat Paroi ke dalam Tabung Rakyat Paroi.

Pusta Khidmat antara lain mungkin akan ditempatkan di Dataran Senawang untuk memudahkan masyarakat bertemu dengannya, kata Mohd Taufek yang mempunyai empat orang anak dan menetap dalam Dun Paroi hampir 15 tahun lamanya.

"Saya tahu agak sukar menjadi pembangkang ini dengan bantuan sudah pasti tiada dari kerajaan BN, namun saya yakin dengan kerjasama parti, rakan-rakan, petugas PAS, nasib rakyat Paroi akan diutamakan, justeru itu saya akan infakkan pendapatan saya sebagai Adun sebanyak 50 peratus untuk tabung yang ditubuhkan," katanya ikhlas.

Suami kepada Mahani Musa (seorang guru) ini akan menjafikan kepercayaan rakyat Paroi asas kepada ketekunan untuk membela nasib rakyat paroi antaranya isu pekerja, isu kebajikan, isu keselamatan dan perumahan di sini.

Beliau juga telah bertemu dengan wakil-wakil Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) untuk membincangkan sebarang bentuk persefahaman dalam Dun kerana KeADILan mempunyai dua wakil di Dun bersama 11 lagi dari DAP.

"Saya juga sedang berusaha untuk bertemu dengan DAP Negeri Sembilan untuk membincangkan hal yang sama.

"Saya bertekad akan membawa isu-isu Islam di dalam Dun, kerana sebelum ini Dun Negeri Sembilan sepi dari isu ini," ujarnya.

Justeru itu beliau menyeru kepada Anak-Anak Jati Rembau di Negeri Sembilan atau di perantauan agar dapat memberi sokongan untuk mempastikan kejayaan Barisan Rakyat di Negeri Sembilan khususnya di Dun Paroi dalam Parlimen Rembau ini untuk membela nasib rakyat.