KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

4/30/08

Lokasi Pejabat PAS N.Sembilan

Klik pada peta

Pesuruhjaya PAS N.Sembilan ditukar ?

Tukar alamat Blog je. Jangan terperanjat. Alamat Blog Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Sdr Zulkefly Mohamad bin Haji Omar telah ditukar dari http://n9lenggeng.blogspot.com ke Blog yang baru di http://zulkeflyomar.blogspot.com

4/28/08

Program Membina Usahawan Muslim 2 Mei Seremban

Program Membina Usahawan Muslim Cemerlang
Produk kesihatan, makanan dan minuman keluaran Usahawan Muslim jenama terkenal

Bersama :
YB Tn Hj Mohd Taufek Abd Ghani – ADUN Paroi
Ustaz Zahir Ghazali – Ketua Pemuda PAS Kawasan Merbok

Jumaat 2 Mei 2008 – Jam 8:30 malam
Di PASTI As Saadah, Gedung Lalang 162, Ampangan, Seremban
Anjuran Lajnah Ekonomi Dewan Pemuda PAS N.Sembilan

4/25/08

Blog NISA Negeri Sembilan

Tahniah kepada NISA Negeri Sembilan kerana telah mewujudkan laman Blog di http://nisanegerisembilan.blogspot.com . Semoga dapat dimanafaatkan oleh semua pihak terutamanya golongan wanita khususnya para remaja.

4/24/08

Dengar Kisah PJ NS Misi Jejak Adik Azreen 28 Apr

CERAMAH PERDANA
Isnin 28 April 2008
Jam 9 mlm
Di Markas PAS Cawangan Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam)
Penceramah :
1. Sdr Zulkefly Mohamed Omar – Pesuruhjaya PAS N.Sembilan , Ketua Misi Jejak Kasih Adik Azreen ke Lombok, INdonesia
2. Tn Hj Mohamad Sabu – Naib Presiden PAS
3. N. Gobalakrishnan

CERAMAH UMUM
Ahad 27 April 2008
Jam 9 mlm
Di Muassasah Darul Syarif, Jln Batu Kikir-Bahau, Jempol
Penceramah :
1. YB Ir Khalid Samad
2. Sdr Badrul Hisham Shaharin – Bekas Calon Parlimen Rembau
3. Teo Kok Seong

CERAMAH RAKYAT
Selasa 29 April 2008
Jam 9 mlm
Di Kg Kepis Ulu, Johol (Rumah Abd Mutalib Muhamad)
Penceramah :
1. Dr Hatta Ramli
2. Sdr Zulkefly Mohamed Omar

CERAMAH AGAMA
Jumaat 2 Mei 2008
Selepas Maghrib
Di Surau Al Mustofa (Surau Hitam), Ampangan, Seremban
Penceramah : Ustaz Ghazali Hasbullah

LIGA FUTSAL DATO SERI ANWAR IBRAHIM
Sabtu 3 Mei 2008
Jam 9 pagi
Midah Futsal Batu Kikir
Pertanyaan 013-3311803

CERAMAH AGAMA
Ahad 4 Mei 2008
Selepas Maghrib
Di Surau Rumah Rakyat Dusun Nyior , Seremban
Penceramah : Ustaz Abd Ghani Abd Rahman

CERAMAH AGAMA
Selasa 6 Mei 2008
Selepas Maghrib
Di Surau Al Mustofa (Surau Hitam), Ampangan, Seremban
Penceramah : Ustaz Nasaruddin Ali

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
Isnin 12 Mei 2008
Selepas Maghrib
Di Madrasah Yam Dipertuan Beringin, Seri Menanti
Penceramah : Ustaz Dato Ismail Kamus

Jangan Lupa Tragedi Hitam 15 Mei nanti

Kalau kita seorang yang beperikemanusiaan, seorang yang prihatin kita sepatutnya memperingati tarikh penting sebelum 15 Mei pada setiap tahun. 60 tahun yang lalu, kira-kira sebulan sebelum berlakunya Nakbah . Deir Yassin adalah tragedi yang perlu kita insafi. Menjelang 15 Mei 2008 ini, genaplah 60 tahun 'Malapetaka Besar' buat umat ar Rasul saw dengan terdirinya negara Haram Israel di bumi para Nabi, di mana terletaknya Qiblat pertama umat Islam. Iaitu tragedi pembunuhan beramai-ramai di Deir Yassin , Palestin. Deir Yassin dahulunya adalah sebuah perkampungan kecil orang-orang Palestin yang terletak di sebelah barat wilayah Baitul Maqdis.

Diantara kata-kata saksi pelarian tragedi Deir Yassin yang sempat menyelamatkan diri termasuklah Arafat Hijazi, salah seorang saksi yang masih hidup menceritakan,”Saya melihat seorang tentera Yahudi memegang saudara saya, Saliha al Halabi yang hamil sembilan bulan. Dia meletakkan senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha terbunuh. Tentera tersebut mengambil sebilah pisau lalu membelah perutnya sehingga terburai, kemudian mengeluarkan anak Saliha yang telah mati dengan pisau Nazinya yang mengerikan itu”.

Ikuti kisah selanjutnya yang ditulis oleh Dr Zainur Rashid Zainuddin , Biro Dakwah
ISMA Cawangan Seremban juga merupakan Aktivis Kemanusiaan anak Johor pada pautan berikut http://www.ismaweb.net/ISMA/Article582.phtml

4/21/08

Minum Petang Bersama ADUN Paroi 28 Apr

Majlis Minum Petang
Isnin 28 April 2008 – Jam 5 petang
Di Pusat Khidmat DUN Paroi , Taman Tasik Jaya , Senawang

Tetamu :
YB Tn Hj Mohd Taufek Abd Ghani , ADUN Paroi
Y Bhg Tn Hj Mohamad Sabu , Naib Presiden PAS
Sdr Zulkefly Mohamed Omar , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan & Aktivis Sosial

Kupon RM 10 seorang untuk Dana Tabung Khidmat Masyarakat DUN Paroi
Maklumat lanjut hubungi Sdr Hassan 019-2171942

Pesurhjaya PAS N.Sembilan sebagai Aktivis Sosial

Azreen tidak lagi trauma

KOSMO 21 April 2008. KUALA LUMPUR - Selepas trauma apabila tempat persembunyian di Lombok Timur, Indonesia terdedah dan dibawa pulang, Che Siti Noor Azreen Che Ishak kini dikatakan semakin pulih, malah sudah mula menceritakan pengalamannya semasa di negara jiran itu.

Gadis berusia 12 tahun itu juga kembali dilihat mesra bersama keluarga yang kini ditempatkan di satu lokasi rahsia, dipercayai sebuah hotel di ibu negara.

Demikian gambaran aktivis sosial, Zulkefly Mohamad Omar yang berkata, Azreen juga tidak lagi kekok menjawab pertanyaan.

"Hubungan Azreen dengan keluarganya juga seperti biasa. Dia (Azreen) seorang budak yang jujur dan dia jawab apa juga soalan kami," katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, Azreen juga sudah tidak sabar untuk kembali belajar tetapi mungkin ditempatkan ke sekolah baru.

"Azreen nak sangat pergi sekolah, tapi dia malu dengan kawan-kawan sebab berita mengenainya sudah diketahui umum.

"Kemungkinan dia akan bersekolah di tempat yang lain," ujarnya.

Sementara itu di Seremban, Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan, Abdullah Mohammad memberi jaminan akan memberi peluang kepada Azreen untuk menyambung pelajaran ke tingkatan satu.

"Walaupun tidak mendaftar dan mengikuti sesi persekolahan sejak dibuka awal Januari lepas tapi kita memberi peluang kepadanya untuk menyambung belajar," katanya.

Azreen ditemui semula pada 4 April lalu di sebuah perkampungan di Lombok Timur selepas hilang pada Aidiladha tahun lalu.

Dia kemudian dibawa pulang ke tanah air oleh bapanya pada Khamis lepas.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0421&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

4/20/08

Majlis Pelancaran Buku 50 Cara Selamatkan Malaysia

Seremban 20 April 2008 – Tn Hj Azmi Abdul Hamid yang merupakan Presiden Teras Pengupayaan Melayu telah melancarkan buku tulisan beliau yang bertajuk “50 Cara Selamatkan Malaysia”. Antara yang hadir dalam majlis pelancaran buku dan diskusi tersebut ialah Sdr Zulkefly Mohamed Omar , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan dan YB Hj Mohd Taufek ADUN Paroi.

Kepada mereka yang ingin membeli buku bertajuk “50 Cara Selamatkan Malaysia” bolehlah menghubungi wakil TERAS Cawangan N.Sembilan iaitu Sdr Suhairi 012-6411306 dengan harga RM 5 sebuah.

PAROI CARE

Projek PAROI CARE (CAkna Rakyat Elok) bertujuan untuk mengutip dana bagi menampung kerja kebajikan dan perkhidmatan kepada rakyat di DUN Paroi yang memerlukan antaranya golongan miskin , ibu tunggal , anak yatim dan mereka yang menagih simpati. Sila ke Blog http://paroicare.blogspot.com

4/18/08

Allah Selamatkan Adik Azreen

Alhamdulillah...adik Azreen berjaya dibawa balik ke Malaysia semalam dan telah tiba di LCCT jam 9.00mlm 17 April 2008. Sedikit berita dan gambar di http://nurmutiara.blogspot.com/

Siapa kata PAS dan UMNO tak boleh bersama di N.Sembilan ?

Tak percaya ? Saudara Zulkefly Mohamed Omar , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan bersama Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan , Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan dalam satu majlis di Negeri Sembilan baru-baru ini. Berita lanjut di link berikut N9Lenggeng

PAS Negeri Sembilan Kehilangan Sebutir Mutiara

Terima kasih kepada Sdr “Batu Timbang” yang mengirim berita ini

****************************
Allahyarham Hj Zainuddin Rashid atau lebih dikenali dengan nama UDIN KOMANDO 77 tahun baru sahaja meninggalkan kita pada jam 1330 hari Rabu 16 April 2008 yang lalu. Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Putrajaya dan selamat dikebumikan pada jam 1830 hari yang sama di tanah perkuburan islam Putrajaya . Allahyarham meninggalkan seorang balu Pn Napsiah 70 tahun , empat orang anak lelaki , seorang anak perempuan , beberapa orang cucu dan seorang cicit .

Sejak bersara dari Angkatan Tentera Malaysia pada tahun 1975 , Allahyarham menetap di Kampung Sawah Raja Rembau dan bergiat cergas di dalam PAS. Disiplin ketenteraan dan semangat juang yang dimiliki amat mempengaruhi perjalanan hidup allahyarham samada sebagai anggota masyarakat biasa mahupun penggerak parti. Allahyarham amat dikenali dan dihormati oleh samada rakan dalam parti PAS NS mahupun pemimpin parti lawan. Pandangan dan bacaan politiknya yang tajam selalu diambil kira di dalam sesuatu keputusan yang membabitkan perjuangan .

Walaupun PAS masih belum dapat menguasai masyarakat NS secara total , tetapi sumbangan allahyarham samada dari segi tenaga , buah fikiran mahu pun wang ringgit yang telah dicurahkan tidak dapat dinafikan telah turut menghasilkan sokongan yang diterima buat masa ini. Sebagai bukti , sudah lama calun PAS bagi DUN Kota dalam kawasan parlimen Rembau tidak hilang wang pertaruhan malah adakalanya memberikan saingan yang sengit terhadap calun BN.

Menurut salah seorang kenalan keluarga allahyarham iaitu Saudara Mohd Gawus Saat 48 tahun , allahyarham sebenarnya baharu sahaja beberapa bulan berpindah ke rumah yang disediakan oleh anak kedua allahyarham di putrajaya . Perpindahan ini terpaksa dilakukan bagi memudahkan anak-anak menjaga allahyarham dan isteri yang kebetulan sudah mula uzur sejak beberap tahun yang lalu. Puan Napsiah hanya mampu berkerusi roda buat masa ini disebabkan sakit lutut yang dihidapi sejak sekian lama.

Dua minggu yang lalu allahyarham terlalu ingin untuk bermalam di rumah sendiri di Sawah Raja dan meminta anak kedua allahyarham iaitu En Mohd Puzi untuk menghantarnya pulang. Setelah 3 malam berada di kampung , allahyarham yang memang menghidapi penyakit kencing manis , darah tinggi dan sakit jantung telah diserang mild stroke dan mendapatkan rawatan di hospital Tampin sebelum dihantar ke Hospital Seremban . Keadaan tidaklah membimbangkan kerana allahyarham boleh berjalan dan makan minum seperti biasa. Allahyarham dipindahkan ke Hospital Putrajaya atas permintaan anak-anak dan menjelang hari-hari terakhir keadaan kesihatannya terganggu semula dan seterusnya pada hari Rabu allahyarham telah meninggalkan kita buat selamanya.

Kepada rakan taulan atau sahabat handai mahu pun kenalan yang ingin mengucapkan takziah boleh lah berbuat demikian dengan menghubungi 013 2165711. Semoga segala pengorbanan yang dicurahkan oleh allahyarham selama ini diberi ganjaran oleh Allah SWT dan allahyarham ditempatkan di kalangan para aulia dan orang yang dikasihi Nya. Amin…..

4/17/08

Rayuan Dana Misi Bawa Azreen Pulang

Adalah dimaklumkan Dewan Pemuda PAS N.Sembilan sedang melancarkan kutipan dana kilat untuk menampung tiket dan urusan pasport adik Azreen untuk pulang ke Malaysia. Semoga ramai yang dapat membantu. Kos yang diperlukan sekitar RM 800.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun : Dewan Pemuda Pas Kaw Rembau
No Akaun : 05012010065457. Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Hubungi Sdr Sufian 013-3589328

4/16/08

Berita ADUN Paroi dan PJ PAS N.Sembilan di Metro

Terharu temui anak di Indonesia

Harian Metro . SEREMBAN: Selepas terpisah lebih tiga bulan tanpa sebarang khabar, akhirnya hasrat seorang penoreh getah untuk menemui anaknya yang dipercayai dipukau dan dilarikan sehingga ke Lombok Timur, Indonesia tercapai.

Hasrat dan rindu Che Ishak Che Kob, 47, akhirnya terubat selepas menemui anaknya, Che Siti Nor Azreen, 13, kira-kira jam 10 pagi semalam di Jabatan Kebajikan Sosial Lombok Timur hasil bantuan organisasi sukarela yang bertanggungjawab terhadap buruh Indonesia, Migrant Care.

Menurut wakil Migrant Care, Alex Ong, pertemuan itu amat memilukan dengan kedua beranak berpelukan dan menangis.

“Kami amat gembira dan tersentuh kerana berjaya menemukan bapa dan anak yang lama terpisah.

Mereka menghabiskan banyak masa bersama, manakala Nor Azreen dijamu makanan kegemarannya, rendang ayam kampung yang dibawa bapanya.

“Kami tidak mahu mengganggu mereka dan hanya akan membincangkan perkara bawa pulang Nor Azreen esok (hari ini),” katanya yang dihubungi semalam.

Ong berkata, masih ada beberapa perkara berkaitan undang-undang perlu diselesaikan sebelum mereka membawa Nor Azreen pulang ke Malaysia.

“Kami akan bekerjasama rapat dengan Kedutaan Malaysia dan akan berusaha membawa pulang Nor Azreen segera,” katanya.

Beliau berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paroi, Mohd Taufek Abd Ghani dan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar turut membantu berkaitan perkara itu.

Menurutnya, bapa kepada lelaki berusia 27 tahun yang melarikan Nor Azreen dan berkahwin dengan kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Nusan juga bertemu mereka.

“Nusan meminta kami mencari penyelesaian terbaik mengenai perkara ini.

“Jika Nor Azreen mahu bersama anaknya, Suparman, kami akan mencari jalan menyelesaikannya dengan bantuan Mohd Taufek dan Zulkefly.

“Kami juga menerangkan kepada Nusan Che Ishak mahu hal perkahwinan dilakukan mengikut hukum syariah tetapi semuanya bergantung kepada Nor Azreen yang akan memutuskan perkara itu,” katanya.

Nor Azreen dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah kira-kira jam 9 pagi, 20 Disember lalu untuk mengunjungi rumah rakannya di Taman Sri Rambai, Rantau.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20080416100535/Article/index_html

Maahad Ahmadi Gemencheh Rayu Mohon Bantuan

Sumbangan Derma Pembinaan Surau Maahad Ahmadi, Gemencheh

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Maahad Ahmadi dalam usaha untuk membina surau baru bagi menggantikan surau lama yang uzur dan tidak mampu menampung jumlah jemaah yang semakin ramai.

Untuk makluman, surau yang telah berusia lebih 30 tahun itu diperbuat daripada kayu dan hanya boleh menampung seramai 500 jemaah dalam satu-satu masa sedangkan jumlah pelajar sekarang telah menjangkau hampir 1,000 orang.

Maahad Ahmadi adalah satu-satunya sekolah agama negeri yang mempunyai pengajian ilmu-ilmu Islam dalam Bahasa Arab sepenuhnya dan STAM. Mudah-mudahan maahad ini mampu untuk melahirkan para ulamak yang menyebarkan ilmu Islam dan memperjuangkan agama Allah di muka bumi ini.

Mereka yang berminat untuk menyumbang, sila hubungi Ustaz Fauzi 013-6715038 atau Ustaz Fuad 019-3941353

Laman web Maahad Ahmadi Gemencheh di http://www.geocities.com/maahad_ahmadi
Laman web Link Institusi-Institusi Agama Islam N.Sembilan di http://puspa-ns.blogspot.com

Misi Jejak Kasih Azreen di akhbar KOSMO

'Saya sebak jumpa Azreen'
Pertemuan 10 minit tapi anak gadisnya tak mahu cakap banyak mengenai dirinyaPertemuan 10 minit tapi anak gadisnya tak mahu cakap banyak mengenai dirinya


CHE ISHAK menanyakan sesuatu daripada Tony mengenai anaknya, Che Siti Nor Azreen dalam pertemuan mereka di Mataram semalam.
-----------------------------------------------

Itulah kata-kata yang terkeluar dari mulut Che Ishak Che Kob, 47, selepas bertemu semula dengan anaknya yang hilang sejak empat bulan lalu, Che Siti Nor Azreen, 12, (Azreen) di sini semalam.
Bagaimanapun, pertemuan yang diadakan di sebuah rumah perlindungan kanak-kanak di sini hanya berlangsung selama kira-kira 10 minit dan diadakan secara tertutup serta turut dikawal polis Indonesia.

"Dalam suasana penuh emosi itu, lidah saya kelu untuk berkata-kata, cuma saya sempat menghulurkan rendang ayam yang dikirimkan emaknya dan dua pasang baju kurung kegemaran Azreen," katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di sini semalam.

Menurut Che Ishak lagi, banyak perkara yang dia mahu perkatakan kepada anaknya itu, namun dia terpaksa akur kepada permintaan Azreen yang tidak mahu bercakap banyak semasa beliau menemuinya.

Permintaan supaya pertemuan yang diatur oleh Migrant CARE itu diadakan dalam tempoh yang singkat dan secara tertutup itu adalah atas permintaan Azreen.

Turut hadir ialah lelaki warga Indonesia yang didakwa melarikan Azreen, Tony Wijaya atau Suparman, 27, bersama beberapa anggota keluarganya.

Dalam pada itu, menurut Che Ishak, walaupun pertemuan tersebut agak singkat namun beliau bersyukur kerana dapat dipertemukan dengan Azreen yang sekali gus mengubat kerinduannya terhadap anaknya.



CHE ISHAK (kanan) bersalaman dengan bapa Tony, Nusan Badri dalam pertemuan yang diatur oleh Migrant CARE di Mataram semalam.

--------------------------------------------------
CHE ISHAK (kanan) bersalaman dengan bapa Tony, Nusan Badri dalam pertemuan yang diatur oleh Migrant CARE di Mataram semalam.NUSA TENGGARA BARAT (MATARAM) - "Hati saya sebak lepas Azreen cium tangan dan bersalaman dengan saya."
Tambahnya, walaupun ingin berbicara panjang dengan Azreen, namun beliau tidak berkesempatan berikutan keadaan emosi anaknya itu masih tidak stabil dan sedang menjalani proses pemulihan.

"Namun saya sempat berpesan kepadanya, bahawa kami sekeluarga amat menyayanginya hingga kini walaupun tindakannya yang dilakukan itu agak keterlaluan," katanya.

Dalam pada itu, Che Ishak memberitahu, apa juga status Azreen kini, beliau reda dengan ketentuan itu dan pada masa yang sama berharap anaknya itu pulang semula ke Malaysia.

"Saya diberitahu, dia (Azreen) sudah berkahwin dengan Tony tetapi saya belum ada bukti seperti sijil perkahwinan dan dokumen lain," jelasnya.

Seterusnya beliau berharap pada pertemuannya hari ini, dia akan mendapatkan pengesahan daripada keluarga Tony sendiri.

Che Ishak memberitahu, dia juga tidak sempat menanyakan soalan itu kepada Tony dan menganggapnya bukan waktu sesuai tetapi cuma sempat menyampaikan pesan kepada lelaki berkenaan.

"Bagaimanapun saya sudah bercakap dengan Tony agar memujuk Azreen untuk berjumpa sekali lagi esok (hari ini)... mungkin banyak perkara yang dia sembunyikan daripada saya selama ini.

"Saya hendak tahu mengapa dan kenapa dia memilih untuk melarikan diri daripada kami selama ini," ujarnya.

Sementara itu, pegawai kaunselor di rumah kebajikan itu, Ibu Yuni pula memberitahu, pertemuan tersebut terpaksa diadakan secara tertutup berikutan tekanan dan ketidakstabilan emosi Azreen.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0416&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Berita dari Lombok , Indonesia

Dapat berita terkini Misi Menyelamatkan Adik Azreen dari Lombok , Indonesia yang dilakukan oleh NGO Migrant Care dan Kijang Care dengan kerjasama ADUN Paroi YB Tn Hj Mohd Taufek dan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan Sadr Zulkefly Mohamed Omar di laman Blog ADUN Paroi http://mohdtaufek.blogspot.com

4/15/08

Kisah Azreen, YB Hj Taufek dan PJ N.Sembilan di akhbar

Kisah jejak kasih Azreen yang dijalankan oleh ADUN Paroi YB Hj Taufek, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan Sdr Zulkefly Mohamed Omar dengan kerjasama NGO Migrant Care dan Kijang Care menjadi tumpuan akhbar Komso dan Berita Harian.

*****************************
KOSMO 15 April 2008 'Bimbang Azreen tak kenal saya'

CHE ISHAK mengusap rambut seorang anaknya sambil diperhatikan isterinya, Siti Hawa Jusoh di KLIA sebelum bertolak ke Lombok, Indonesia semalam.

SEPANG - "Saya tidak marah dia, sebaliknya ingin tanya adakah dia masih kenal saya dan pujuk untuk pulang ke pangkuan kami.''

Itu harapan Che Ishak Che Kob, 47, ketika ditanya reaksi pertamanya apabila dijangka berjumpa semula dengan anaknya, Che Siti Nor Azreen, 12, yang terpisah sejak tahun lepas di Lombok Timur, Indonesia hari ini.

"Cuma, perkara yang paling saya takut adalah sekiranya dia (Azreen) tidak mengenali saya," katanya ketika ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.

Che Ishak berlepas ke Jakarta, Indonesia bersama wakil sukarelawan Migrant CARE, Alex Ong dan aktivis sosial, Zulkefly Mohamad Omar dan Mohamad Taufek Abd. Ghani.

Rombongan yang menaiki penerbangan pukul 2.30 petang semalam dijangka menemui wakil kedutaan di Jakarta sebelum dijangka tiba di Lombok kira-kira pukul 10.30 malam.

Semua mereka dijangka pulang ke tanah air pada 19 April ini.

"Sudah tentu saya tersangat gembira dan tidak sabar untuk bertemu dengannya, tapi sebenarnya saya juga rasa takut, maklumlah, kita tidak tahu keadaan sebenar di sana dan undang-undang serta adat mereka memungkinkan segala rintangan yang bakal dihadapi,'' ujar Che Ishak.

Azreen dilaporkan hilang pada Hari Raya Aidiladha lalu di Kampung Kuala Sawah, Rantau, kemudian ditemui berada di Lombok Timur dengan bantuan Migrant CARE.

Dalam pada itu, Che Ishak memberitahu, dia membawa bersama segala dokumen yang diperlukan bagi membuktikan bahawa Azreen adalah anaknya berserta dua helai pakaiannya.

Dalam pada itu, Alex ketika ditemui memberitahu, cabaran utama yang bakal dihadapi kelak adalah mengetahui apa status Azreen di sana adakah dia sudah dinikahi atau belum.

"Pelbagai perkara perlu diselidik dan dikaji sebelum sebarang tindakan diambil kerana kita memasuki negara orang yang mempunyai undang-undang dan adat tersendiri.

"Kita tidak boleh terus mengambil Azreen dan membawanya pulang ke Malaysia tanpa melalui pihak berkuasa di sana memandangkan Azreen masuk haram tanpa sebarang dokumen perjalanan," katanya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0415&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

*****************************
BERITA HARIAN 15 April 2008. Ibu kirim rendang, asam boi pujuk anak pulang

SEPANG: “Saya harap rendang ayam kampung, asam boi dan buah salak ini dapat membuka hati anak saya untuk ingat semula kepada keluarga dan pulang ke pangkuan kami,” kata Siti Hawa Jusoh, ibu kepada budak perempuan berusia 14 tahun yang hilang sejak lebih tiga bulan lalu dan ditemui di Lombok Timur, Indonesia, awal bulan ini.

Suri rumah itu membekalkan makanan dan jeruk kesukaan Che Siti Nor Azreen menerusi suaminya, Che Ishak Che Kob, 48, yang berlepas ke Indonesia semalam untuk bertemu anak kedua daripada tujuh beradik itu.

Turut dibawa dua gambar Che Siti Nor Azreen bersama keluarganya dengan harapan ia dapat memujuk pelajar Tingkatan Dua itu pulang ke pangkuan keluarga.

Che Ishak yang ditemani wakil sebuah organisasi sukarela yang bertanggungjawab mengenai buruh Indonesia, Migrant Care, Alex Ong serta wakil sebuah lagi NGO beribu pejabat di Kelantan, Kijang Care, berlepas ke Jakarta melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang semalam.

Beliau kemudian akan dibawa ke Lombok Timur, sebuah pulau berdekatan Bali, Indonesia untuk menemui anaknya yang menghilangkan diri sejak 20 Disember lalu.

Siti Hawa, 35, mengakui anak keduanya yang kini di bawah jagaan jabatan kebajikan dan perlindungan pihak berkuasa Indonesia seperti masih kebingunan dan tidak dapat mengingati keluarga walaupun sedang menjalani sesi kaunseling.

"Pihak sana ada menghubungi kami tetapi Azreen enggan bercakap. Saya harap dia sedar kami masih menyayangi dan merinduinya. Kami sekeluarga sudah memaafkan kesalahannya," katanya ketika ditemui KLIA.

Che Siti Nor Azreen dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Ladang Ulu Sawah, Kuala Sawah, dekat Seremban jam 9 pagi Aidiladha lalu untuk melawat seorang rakan di Taman Sri Ramai, Rantau, dihantar abangnya, Che Mohd Azroy, 15, ke perhentian bas berdekatan rumah.

Dia berjanji menghubungi Che Ishak jam 1 tengah hari untuk menjemputnya pulang, tetapi gagal berbuat demikian, dipercayai mengikut seorang lelaki warga Indonesia berusia 27 tahun yang juga jirannya.

Bagaimanapun, gadis sunti itu ditemui pada 4 April lalu di sebuah perkampungan di Lombok Timur hasil usaha Kijang Care dan Migrant Care, tetapi dikatakan sudah berkahwin dengan lelaki bekerja sebagai buruh ladang itu yang turut ditahan pihak berkuasa tempatan Indonesia untuk membantu siasatan.

Che Ishak berkata, beliau tidak sabar memeluk dan mencium anak kesayangannya selepas hampir empat bulan menderita tidak mendengar khabar.

"Saya ingin membawanya pulang secepat mungkin dan kalau boleh meneruskan persekolahan. Dia masih muda, malah memperoleh pencapaian memberangsangkan pada Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), iaitu 2A, 2B dan 1C.

"Usaha pertama saya adalah memujuknya pulang dan selepas itu barulah berbincang mengenai masa depannya," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ong berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Kedutaan Malaysia di Jakarta untuk membantu membawa pulang Che Siti Nor Azreen secepat mungkin.

"Bila dia akan dibawa pulang belum dapat dipastikan kerana ia membabitkan undang-undang dan dasar luar antara Malaysia dan Indonesia. Dia memasuki negara itu secara haram. Kita akan bekerjasama dengan Kedutaan Malaysia di Indonesia bagi membawanya pulang," katanya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Nasional/20080415001230/Article/index_html

Persatuan Ibu Tunggal

Program Hi-Tea bersama Ibu tunggal anjuran Dewan Muslimat Pas Kawasan Rembau pada 12 April lepas mendapat sambutan di luar dugaan. Lebih 40 orang ibu tunggal dan ibu yang ditinggalkan telah hadir untuk sama-sama memeriahkan program berkenaan. Seramai 40 orang ibu tunggal telah menerima bantuan barangan dapur yang telah disampaikan oleh isteri YB Paroi, Pn Mahani.

Dalam program tersebut, Pn Mashitah Mahmud telah dipilih sebulat suara menjadi ketua dikalangan ibu tunggal yang hadir. Pn Sabariah Abas pula dilantik sebagai Tim Ketua untuk membantu melancarkan aktiviti ibu tunggal di sekitar Paroi. Alhamdulillah, persepakatan telah diambil supaya program ibu tunggal ini diadakan secara berkala. Selepas ini kita akan adakan bengkel pengurusan jenazah, bengkel mengurut, memasak dan menjahit untuk membantu ekonomi ibu tunggal.

Maklumat lanjut dan gambar di http://nurmutiara.blogspot.com/

Berita Hj Taufek di Kosmo & Bharian

KOSMO -'Bimbang Azreen tak kenal saya'

CHE ISHAK mengusap rambut seorang anaknya sambil diperhatikan isterinya, Siti Hawa Jusoh di KLIA sebelum bertolak ke Lombok, Indonesia semalam.
SEPANG - "Saya tidak marah dia, sebaliknya ingin tanya adakah dia masih kenal saya dan pujuk untuk pulang ke pangkuan kami.''
Itu harapan Che Ishak Che Kob, 47, ketika ditanya reaksi pertamanya apabila dijangka berjumpa semula dengan anaknya, Che Siti Nor Azreen, 12, yang terpisah sejak tahun lepas di Lombok Timur, Indonesia hari ini.
"Cuma, perkara yang paling saya takut adalah sekiranya dia (Azreen) tidak mengenali saya," katanya ketika ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.

Che Ishak berlepas ke Jakarta, Indonesia bersama wakil sukarelawan Migrant CARE, Alex Ong dan aktivis sosial, Zulkefly Mohamad Omar dan Mohamad Taufek Abd. Ghani.
Rombongan yang menaiki penerbangan pukul 2.30 petang semalam dijangka menemui wakil kedutaan di Jakarta sebelum dijangka tiba di Lombok kira-kira pukul 10.30 malam.
Semua mereka dijangka pulang ke tanah air pada 19 April ini.
"Sudah tentu saya tersangat gembira dan tidak sabar untuk bertemu dengannya, tapi sebenarnya saya juga rasa takut, maklumlah, kita tidak tahu keadaan sebenar di sana dan undang-undang serta adat mereka memungkinkan segala rintangan yang bakal dihadapi,'' ujar Che Ishak.
Azreen dilaporkan hilang pada Hari Raya Aidiladha lalu di Kampung Kuala Sawah, Rantau, kemudian ditemui berada di Lombok Timur dengan bantuan Migrant CARE.
Dalam pada itu, Che Ishak memberitahu, dia membawa bersama segala dokumen yang diperlukan bagi membuktikan bahawa Azreen adalah anaknya berserta dua helai pakaiannya.
Dalam pada itu, Alex ketika ditemui memberitahu, cabaran utama yang bakal dihadapi kelak adalah mengetahui apa status Azreen di sana adakah dia sudah dinikahi atau belum.
"Pelbagai perkara perlu diselidik dan dikaji sebelum sebarang tindakan diambil kerana kita memasuki negara orang yang mempunyai undang-undang dan adat tersendiri.
"Kita tidak boleh terus mengambil Azreen dan membawanya pulang ke Malaysia tanpa melalui pihak berkuasa di sana memandangkan Azreen masuk haram tanpa sebarang dokumen perjalanan," katanya.

4/14/08

Sehari Bersama Presiden TERAS 20 April Seremban

Pelancaran Buku Diskusi
Oleh Tn Hj Mohd Azmi Abdul Hamid , Presiden TERAS Pengupayaan Melayu
Ahad 20 April 2008
Jam 5 petang
Di Gedung Lalang 162, Ampangan, Seremban

Kuliah Maghrib
Oleh Tn Hj Mohd Azmi Abdul Hamid , Presiden TERAS Pengupayaan Melayu
Ahad 20 April 2008
Jam 7:30 mlm
Di Surau Taman Tasik Jaya , Senawang

Maklumat lanjut hubungi Sdr Suhairi 012-6411306
Laman web TERAS di http://temanteras.wordpress.com

4/13/08

Rayuan dana misi selamatkan adik Azreen

Adalah dimaklumkan YB Tn Hj Mohd Taufek Abd Ghani ADUN Paroi, N.Sembilan akan ke Lombok , Indonesia bersama Che Ishak, bapa kepada adik Azreen remaja 13 tahun dari Rantau, N.Sembilan yang dilarikan ke Indonesia pada tahun lepas. Mereka akan bertolak pada hari Isnin 14 April 2008. Bapa adik Azreen akan berusaha untuk membawa anak kesayangannya pulang ke Malaysia. Misi Jejak Kasih Adik Azreen ini memerlukan belanja yang agak besar. Justeru itu sumbangan kewangan adalah amat diharapkan. Mereka yang ingin menyumbang sila e-melkan ke mdtaufek@yahoo.com . Rakyat Malaysia juga disarankan agar berdoa Misi Jejak Kasih ini berjaya. Sekiranya segalanya berjalan lancar Misi Jejak Kasih ini dijangka akan selesai dalam tempoh seminggu.

4/11/08

Bapa Azreen persoal ketidakprihatinan MB Negeri Sembilan

Bapa Azreen persoal ketidakprihatinan MB Negeri Sembilan
Wan Nordin Wan Yaacob

KUALA LUMPUR, 11 April (Hrkh) - Bapa Che Siti Azreen, Che Ishak Che Kob (remaja yang dilarikan ke Lombok Timur, Indonesia sejak Disember lalu) mempersoal ketidakprihatinan Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Mohammad Hassan berhubung kes kehilangan anaknya itu.

Che Ishak yang menjadi pengundi di Dewan Undangan Negeri (Dun) Rantau, mengakui memgundi BN pada pilihan raya umum lalu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di rumahnya di Kampung Ulu Sawah, Rantau, Negeri Sembilan Rabu lalu.

Beliau mendakwa, ada mengadu kepada pejabat Dun Rantau di mana wakil rakyatnya ialah Menteri Besar sendiri baru-baru ini.

Namun dakwanya, ketika mengadu soal kehilangan anaknya di pejabat Dun, pihak tersebut menyatakan ia tidak ada kena mengena dengan Dun, atau Menteri Besar.

"Saya pegi mengadu tu selepas tiga bulan saya buat laporan polis, tetapi tidak ada apa-apa perkembangan, jadi sebagai pengundi di Dun yang diwakili Menteri Besar ini, saya mahulah mengadu hal kepada Menteri Besar, kalau-kalau beliau boleh menolong, atau memberi pandangan.

"Namun masa saya pergi ke pejabat itu baru-baru ini, mereka tidak mahu melayan kerana kata mereka ia bukan di bawah bidang kuasa MB.

"Saya amat kecewa sebab masa pilihan raya dahulu, dalam meraih undi macam-macam janji ditabur, tetapi lepas pilihan raya masalah rakyat tidak mahu diambil tahu," katanya.

Namun beliau terharu dengan pertolongan yang dihulurkan oleh pihak 'Kijang Care' yang dikepalai Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa dan Alex Ong yang akhirnya berjaya menemui anaknya di Lombok Timur Sabtu lalu.

"Saya tak sangka, Alex seorang yang berketurunan Cina dan Dato' Husam yang duduk di Kelantan membantu saya, saya cukup terhutang budi dan tidak sabar nak bertemu dengan anak saya di sana," katanya.

Akhbar harian menyebut Azreen, 13, yang hilang sejak Aidiladha lalu dipercayai menjadi mangsa pukau seorang lelaki warga Indonesia yang juga jirannya ditemui semula di Desa Terentem, Dusun Kabar, Lombok Timur, Indonesia, Jumaat lalu.

Che Ishak yang berasal dari Kelantan dan kini menetap di Ladang Ulu Sawah, Kuala Sawah, Rantau dekat sini, berkata beliau diberitahu Migrant Care sebuah organisasi sukarela yang bertanggungjawab mengenai buruh Indonesia bahawa anaknya sudah ditemui.

Remaja itu kini dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan tidak cedera serta berada dalam jagaan Jabatan Kebajikan Sosial Lombok Timur, manakala lelaki 27 tahun yang melarikannya sudah ditahan pihak berkuasa tempatan.

Che Ishak dijangka ke Lombok dalam minggu ini bagi menemui dan membawa pulang anaknya dengan kerjasama sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Kijang Care yang turut membiayai kos perjalanan dan pasportnya.

Untuk makluman, Dun Rantau adalah di bawah Parlimen Rembau yang mana ahli Parlimennya ialah, Khairy Jamaluddin. - mks.

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=13853&Itemid=28

KKP - YAYASAN AMAL NS Tabur bakti

6 April 2008, Yayasan Amal Malaysia (AMAL) cawangan Negeri Sembilan sekali lagi telah menabur bakti dengan menganjurkan khidmat kesihatan Percuma (KKP) kepada penduduk Paroi yang diadakan di hadapan padang balai raya Taman Senawang Jaya. Program tersebut telah menarik minat lebih 120 penduduk berbilang bangsa untuk menerima rawatan percuma.Antara rawatan percuma yang diberikan ialah pemeriksaan BMI, tekanan darah dan glukos dalam darah. Di samping itu bekalan ubat percuma turut dibekalkan kepada penduduk seperti vitamin, antibiotic, ubat luka, ubat untuk sakit kulit dan ubat selsema.


Seramai 6 orang doktor telah memberikan khidmat secara sukarela dalam aktiviti AMAL ini. Menurut Pengerusi AMAL cawangan Negeri Sembilan, Mohd Sufian b. Ibrahim, sambutan kali ini amat luar biasa berbanding aktiviti yang dijalankan sebelum ini. Biasanya maksimum pesakit dalam setiap program KKP hanya 80 orang sahaja dan kali ini sambutan dikalangan penduduk cukup baik. Beliau ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Utusan Malaysia yang telah membantu mempromosikan program ini sehingga dapat menarik ramai penduduk untuk lebih terbuka dan berani memeriksa tahap kesihatan mereka. Turut hadir adalah ADUN Paroi , YB Hj Mohamad Taufek Abdul Ghani tanda sokongan di atas kesungguhan AMAL melakukan aktiviti kemasyarakatan. Beliau menyeru NGO-NGO yang lain agar turut sama membantu dan mengerakkan aktiviti kemasyarakatan bagi membantu masyarakat sekeliling yang memerlukan pertolongan.

Majlis Hi-Tea bersama Ibu Tunggal

Di jemput semua untuk hadir bersama meraikan 30 orang ibu tunggal di sekitar DUN Paroi.


12 April 2008 (SABTU)
2.15 petang
Surau TAman TAsik Jaya, Senawang

* YB ADUN Paroi akan menyampaikan sumbangan barangan kepada 30 orang ibu tunggalSemua dijemput untuk minum petang dan majlis ramah mesra bersama ibu tunggal dan YB yang hadir. Bagi yang ingin menderma untuk meringankan penderitaan ibu tunggal ini boleh hubungi Pn Norwani 013-3851202 atau SU Kerja Pn Zarina 013-3098779Anjuran: Muslimat DUN Paroi

Maklumat lanjut di http://nurmutiara.blogspot.com/

4/9/08

Seminar Ekonomi Muslimah

Seminar Ekonomi Muslimah bersama Senator Wan Ubaidah
Ahad 13 April 2008
Jam 3 petang
Di Hotel Sri Malaysia , Seremban
Percuma (minum petang disediakan) . Untuk Ahli sahaja
Anjuran Dewan Muslimat Negeri Sembilan
Hubungi Pn Maznah 013-2718054

4/7/08

CERAMAH PERDANA

Tarikh : 11/4/08 (JUMAAT)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Markaz MTD Klawang ,Lot 415, Kg. Larong, Kuala Klawang, Jelebu
Penceramah :-
1) YB Haji Saari Sungib - ADUN PAS Hulu Kelang
2) YB Haji Taufek Ghani - ADUN PAS Paroi
3) YB Haji Aminuddin Harun - ADUN PKR Sikamat
Semua dijemput hadir

4/6/08

Sekitar Sukaneka PASTI Rembau

Sukaneka Tahunan PASTI Kawasan Rembau telah berlangsung dalam suasana penuh meriah dan jayanya pada 6 April 2008 di Padang Awam Taman Tasik Jaya. Ianya buat pertama kalinya dirasmikan oleh YB Tn Hj Mohd Taufek Abd Ghani ADUN Paroi. PASTI semakin menjadi pilihan ibu bapa dewasa ini sebagai tempat pendidikan awal anak-anak mereka. Terdapat 9 buah PASTI di Kawasan Rembau pada ketika ini iaitu PASTI Amal di Taman Marida , PASTI Hidayah Taman Tasik Jaya, PASTI Hasanah Bandar Seremban Selatan, PASTI Mustaqim Taman Pinggiran Senawang, PASTI Zulfaa Taman Sri Kasih, PASTI Haazim Taman Desa Ixora, PASTI Amin Chengkau dan PASTI Sobirin Taman Rembau Utama.

Berikut gambar sekitar Sukaneka PASTI Kawasan Rembau 2008

4/1/08

KURSUS KEJURURAWATAN PERCUMA- SILA HADIRI TEMUDUGA

Assaalamu'alaikum

Saya ingin menjemput semua yang mempunyai anak2x atau saudara mara perempuan yang berminat untuk menjadi jururawat dan bekerja bersama syarikat Sime Darby.

Temuduga terbuka pada 4,5,6 April ini antara jam 8.00 pagi - 6.00 petang di Subang Jaya Medical Centre (SJMC), Subang Jaya.

Kelayakan
Min SPM dengan kepujian dalm BM, BI, Matematik dan Sains. Berusia antar 18 tahun - 24 tahun. Sila pastikan anda membawa sekeping gambar, salinan kad pengenalan dan sijil2x berkaitan yang telah disahkan.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
SJMC Academy of Nursing & Health Sciences, (B4P8025)
SJMC Training & Educational Services Sdn.Bhd [Company no. 339346-W]
email: ,
Tel: 603-51210103; 603-51220790; 603-51224028; Fax: 603-51220173
10, Jalan Anggerik Vanilla S31/S, Kota Kemuning, Seksyen 31, 40460 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

The SJMC Academy of Nursing and Health Sciences is in the process of recruiting students for the July 2008 intake for the 3-year Diploma in Nursing Program. This program leads to the State Registered Nurse Certification, recognized by Ministry of Education and Lembaga Jururawat Malaysia.

FULL SPONSORSHIPS from SJMC and Yayasan Sime Darby are available for students who meet our criteria and who pass the interviews . The appended advertisement gives the details of the sponsorship and the dates for the walk-in interviews.

All selected candidates will be trained at the SJMC Academy of Nursing and Health Sciences and will be attached to SJMC for their clinical posting. This will afford the candidates the best academic and clinical experience.