BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT

BONGEK BERSELAWAT

5/27/08

PJNS Lancar Program Sekampit Beras Setiap Bulan

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan , Sdr Zulkefly Mohamad bin Haji Omar http://zulkeflyomar.blogspot.com semasa Majlis Perasmian Buletin Purnama N9 pada 26 Mei 2008 di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paroi telah melancarkan Program “Sekampit Beras Setiap Keluarga Setiap Bulan – SBSKSB” .

Menurut Sdr Zulkefly program SBSKSB anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan ini memberi peluang kepada keluarga yang mampu untuk menyumbang sekampit beras setiap bulan kepada keluarga yang kurang mampu, susah dan miskin di Negeri Sembilan ini ketika negara menghadapi krisis beras. Ini adalah memandangkan bukan hanya harga beras kian meningkat malah ianya susah didapati di pasaran sekarang ini untuk gred beras biasa. Situasi ini akan terus menghimpit keluarga miskin, susah dan kurang mampu di Negeri Sembilan ini yang jika tidak dibantu akan membawa kepada pelbagai masalah lain.

Mereka yang ingin menyumbang serta turut serta dalam Program SBSKSB boleh menghantarkan sumbangan terus ke Pejabat Perhubungan PAS Negeri Sembilan http://pasns.blogspot.com , No 100, Tingkat 1, Taman Kayu Manis KM 5 Jalan Jelebu , 70400 Seremban , Negeri Sembilan. Tel/fax : 06-7637450 e-mel : zulkeflyomar@yahoo.com atau menghubungi Setiausaha Kerja PAS N.Sembilan Sdr Suhairi 012-6411306.

Peta ke Pejabat Perhubungan PAS Negeri Sembilan di SINI

5/22/08

Blog Kedah ada pelbagai stesyen TV

InsyaAllah, mlm esok saya akan mengikuti rombongan MTD Paroi ke Kedah. Anak-anak tak sabar sungguh nak pergi. Maklumlah mereka begitu seronok bila cerita tentang naik bas. Kali terakhir mereka semua menaiki bas ialah 3 tahun lepas.

Sempat juga saya menelefon mak angkat di Alor Setar memaklumkan tentang rombongan kami. Apa yang menarik di Kedah? Kunjungan kami kali ini diuruskan oleh Adun Pokok Sena. Sedikit maklumat tentang Kedah yang sempat saya layari di blog http://kedahlanie.blogspot.com/

Satu paparan yang amat menarik dalam blog pas kedah. Tidak sangka kunjungan pelawat telah melebihi 300K orang. Apa yang ada dalam blog ini? Ada pelbagai stesen TV dlm blog ini. Antaranya link untuk TV PAS 1 ,TV PAS 2 ,TV PAS 3 ,WTV8 ,Islamic TV ,TV Brunei, EuroSport Al-Jazeera ,Radio flyFM ,Radio IKIM ,Radio HotFM ,Radio NasyidFM

maklumat lanjut di http://nurmutiara.blogspot.com/

5/21/08

Moh Kita Jayakan Jambori Amal Pusat

Unit Amal Negeri Sembilan , akan menyertai Jambori Amal Pusat di Perak pada 30 Mei 2008 hingga 1 Jun 2008 ini dengan menghantar satu kontinjen yang terdiri daripada 40 orang ahli Unit Amal mewakili seluruh kawasan di Negeri Sembilan ini. Sehubungan dengan itu Unit Amal Negeri Sembilan memberi peluang kepada mereka yang ingin menjayakan Kontinjen Unti Amal N.Sembilan ini dengan menghulurkan sumbangan kewangan untuk menampung perbelanjaan yang akan ditanggung oleh Unit Amal N.Sembilan ke Perak yang dianggarkan sekitar RM 3,000.00.

Sumbangan boleh dilakukan secara tunai kepada Bendahari Unit Amal N9 iaitu Sdr Faizal (013-6641694), Sdr Zulkarnain 016-2097990 (Timb Peng.1 / Pgrh Prog N9) ; melalui cek di atas nama “Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan” atau dimasukkan ke dalam akaun BIMB atas nama 'Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan' 05012010036017.

Beramal Kerana Allah

5/18/08

Jambori Amal N.Sembilan 2008 Catat Sejarah

Jambori Tahunan Unit Amal Negeri Sembilan 2008 yang diadakan pada 17 dan 18 Mei yang lalu di Hutan Rekreasi Gunung Datuk, Rembau telah melakar beberapa catatan sejarah.

Jambori pada kali ini telah mendapatkan penyertaan yang paling ramai setakat ini iaitu seramai lebih kurang 140 orang peserta dari seluruh N.Sembilan mewakili kawasan Rembau, Tampin, Kuala Pilah, Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Telok Kemang, Seremban dan Rasah.

Ini juga adalah kali pertama Jambori Amal N.Sembilan dirasmikan oleh Wakil Rakyat dari Negeri Sembilan iaitu YB Tn Hj Taufek Abd Ghani yang merupakan ADUN Paroi dan Ketua Pemuda PAS N.Sembilan. Memeriahkan lagi majlis perasmian jambori pada kali ini ialah kehadiran Wakil Rakyat dari PKR iaitu YB Tn Hj Aminuddin Harun , ADUN Sikamat.

Jambori Unit Amal peringkat negeri ini adalah sebagai persiapan untuk acara Jambori Unit Amal Pusat yang akan diadakan di Perak dalam masa terdekat. Justeru itu Sdr Sufian Ibrahim, menyeru kepada semua ahli supaya bergiat aktif melalui Unit Amal untuk memasyarakatkan jemaah serta menggalakan anak-anak ahli agar menjadi ahli Unit Amal Negeri Sembilan.

5/16/08

Krisis Beras, Ahli PAS Perlu Tunjuk contoh

Tidak dinafikan kerajaan gagal menangani krisis beras. Itu kesalahan di pihak kerajaan.

Di pihak kita ? Kita sebagai ahli terutama diperingkat kepimpinan pula haruslah menunjukkan contoh kepada masyarakat agar berjimat cermat. Barulah mereka akan yakin dengan apa yang kita perjuangkan.

Justeru itu mesej ini perlu disampaikan kepada semua kepimpinan dan ahli agar mereka dapat menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat.

Antara sikap berjimat cermat yang seharusnya ditonjolkan ialah :

1. Elakkan makan di luar, melainkan tidak dapat elak (dalam musafir dsbnya). Amalkan makan dirumah , walaupun lauk telor goreng, ikan masin dsbnya. Paling tidak beli lauk saja , nasi masak, makan bersama keluarga di rumah. Tolong isteri masak sekali-sekala.

2. Simpan lauk yang berlebih , nasi dan sebagainya dalam peti ais. Panaskan semula lauk ini untuk hari kemudian. Jangan membazir lauk dan nasi. Buat nasi goreng segera, campur saja dengan lauk-lauk, sedap.

3. Elakkan minum teh tarik, kopi tongkat ali, melepak di kedai-kedai. Kalau perlu beli kopi Radix dsbnya, lebih baik lepak di Markas, PASTI, Pusat Khidmat, sediakan air panas sahaja dan biskut tawar.

4. Nasihatkan ahli kita yang merokok berhenti rokok, atau beransur-ansur berhenti rokok atau jangan merokok depan orang yang tidak merokok, terutamanya anak-anak.

5. Kepimpinan harus mengamalkan sikap kitar semula. Ajar anak-anak kumpul kertas, plastik dan besi. Selepas banyak boleh jual atau kumpulkan di rumah mereka yang boleh jual di pusat kitar semula. Mungkin boleh dapat RM 50 sebulan, nampak tak banyak, tapi kalau dah 100 rumah buat macam ni RM 5000. Bukan soal duit, tapi tanam sikap berjimat cermat , jaga alam sekitar, kurangkan sampah.

Banyak lagi amalan berjimat cermat yang lain, yang masih ramai di kalangan kita yang alpa. Penjimatan elektrik, air dsbnya.

Untuk membantu mereka yang susah dalam krisis beras ini , lancarkan Program Satu Keluarga Sekampit Beras Setiap Bulan, dimana setiap ahli yang mampu beri sumbangan sekampit beras setiap bulan dan kumpulkan di markas atau Pusat Khidmat DUN utk diagihkan keluarga miskin di kawasan setempat.

Jangan pandang kelemahan orang sahaja, pandang kelemahan sendiri

5/15/08

PROGRAM TERKINI N.SEMBILAN

Ceramah Agama
Penceramah : Ustaz Ghazali Hasbullah
Ahad 18 Mei 2008
Selepas Maghrib
Di Surau Al Mustofa (Surau Hitam), Ampangan, Seremban

Ceramah Agama
Penceramah : Ustaz Nasaruddin Ali
Selasa 20 Mei 2008
Selepas Maghrib
Di Surau Al Mustofa (Surau Hitam), Ampangan, Seremban

Ceramah Perdana
Penceramah :
YB Hj Taufek – ADUN Paroi , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan
Ustaz Nasaruddin Tantawi – Ketua Pemuda PAS Pahang
Khamis 22 Mei 2008
Jam 9 malam
Di Kg Sg Buluh, Simpang Durian, Jelebu

Ceramah Pakatan Rakyat
Penceramah :
YB Khalid Samad – PAS Selangor
YB Tian Chua – PKR Wilayah Persekutuan KL
Sdr Zulkefly Mohamad Hj Omar – Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Sabtu 24 Mei 2008
Jam 9 Malam
Di Markas PAS Ampangan (Sebelah Surau Hitam), Seremban

Ceramah Untuk Muslimat
Penceramah : Ustaz Drs Nursalam Al Hafiz
Ahad 25 Mei 2008
Jam 10 pagi – 11:30 pagi
Di Surau Al Mustofa (Surau Hitam), Ampangan, Seremban

Ceramah Perdana
Penceramah :
YB Salahuddin Ayub – Ketua Pemuda PAS Pusat
YB Hj Taufek – ADUN Paroi , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan
Sdr Zulkefly Mohamad Hj Omar – Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Sdr Badrul Hisham Shaharin – Ahli Majlis Tertinggi PKR
Isnin 26 Mei 2008
Jam 9 malam
Di Pusak Khidmat DUN Paroi, Taman Tasik Jaya, Senawang

Sambutan Hari Ibu DUN Paroi
Sabtu 31 Mei 2008
8 pg – 1 tgh
Di Dataran Senawang

Kejohanan Bolasepak & Bolajaring PASTI NS
Ahad 15 Jun 2008
Jam 8 pg – 1 tgh
Di Seremban

5/14/08

Perasmian Pusat Khidmat DUN Paroi 26 Mei

Perasmian Pusat Khidmat DUN Paroi dan Ceramah Umum

Isnin 26 Mei 2008
Jam 9 malam
Di Pusat Khidmat DUN Paroi , Taman Tasik Jaya , Senawang

Bersama :
Sdr Zulkefly Mohamad Hj Omar – Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
YB Salehuddin Ayub – Ketua Pemuda PAS Pusat
YB Hj Mohd Taufek Abd Ghani – ADUN Paroi
Sdr Badrul Hisham Shaharin – Ahli MT PKR

Semua Dijemput Hadir

5/13/08

Jambori Unit Amal N.Sembilan 17-18 Mei

Jambori Tahunan Unit Amal Negeri Sembilan 2008
17-18 Mei 2008 (Sabtu 10 pg –Ahad 6 ptg)
Di Hutan Rembau

Yuran : Unit Amal Kawasan RM 100 , Dewasa RM 10 , Kanak-kanak RM 5
Khemah sendiri
Pendaftaran hubungi 012-3656491 , Nazri Esa 012-6775537 , Nazri Zainal 019-9103431

5/12/08

PAS N.Sembilan desak siasatan Pesta Liar PD

PAS Negeri Sembilan hari ini menggesa pihak berkuasa menyiasat pesta liar yang dianjurkan oleh pihak swasta di Port Dickson pada 10 Mei 2008 yang lalu. Pesuruhjaya PAS N.Sembilan Sdr Zulfekly Mohamad bin Haji Omar hari ini menyatakan kekesalan beliau atas kelemahan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa terutamanya penguatkuasa Majlis Perbandaran Port Dickson serta pihak polis yang menyebabkan program hiburan tersebut akhirnya bertukar menjadi pesta liar.

Sehubungan dengan itu Sdr Zulkefly mendesak pihak berkuasa menyiasat perkara ini dari setiap sudut undang-undang dan mengenakan tindakan sewajarnya kepada pihak yang terlibat agar perkara ini tidak berulang lagi pada masa akan datang.

Sekiranya permit hiburan telah diluluskan , pihak berkuasa pula haruslah menyiasat samada pihak penganjur telah melanggar syarat-syarat permit dan seterusnya dibuat pendakwaan untuk dihadapkan ke muka pengadilan. Beliau juga merasa amat kesal kerana akibat daripada peristiwa ini Port Dickson secara khusus dan Negeri Sembilan secara tidak langsung mungkin akan dikenali sebagai Pusat Pelancongan Pesta Liar bukannya Pusat Pelancongan Keluarga.

Sehubungan dengan itu PAS Negeri Sembilan yang diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan akan menyerahkan memorandum mengenai isu ini kepada Menteri Besar Negeri Sembilan , Ketua Polis Negeri serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson pada Selasa 13 Mei 2008 jam 11 pagi di Seremban. Orang ramai adalah dijemput bersama dalam majlis penyerahan memorandum ini.

Jangan Jadikan PD & NS Pusat Pelancongan Pesta Liar

Kepada semua warga Negeri Sembilan yang prihatin sila buat Repot Polis di e-Aduan PDRM http://www.rmp.gov.my , Aduan ke Portal NS http://www.spans.gov.my atau di balai polis berhampiran atau e-mel kepada agensi berkaitan Majlis Perbandaran Port Dickson http://www.mppd.gov.my e-mel mppdns@mppd.gov.my , YAB. Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan , Menteri Besar N.Sembilan , EXCO Agama Islam e-mel mbns@ns.gov.my http://www.ns.gov.my

Merujuk Utusan Malaysia 12 Mei 08 artikel bertajuk “Penduduk bantah pesta liar’, dengan ini saya ingin membuat laporan supaya pihak tuan menyiasat tulisan berkenaan serta melakukan tindakan susulan. Antaranya artikel tersebut mengatakan : parti arak dan berpakaian separuh yang diadakan oleh segolongan remaja , penganjur didakwa mendapat permit tapi telah disalahgunakan , sudah dua kali dianjurkan oleh beberapa resort dan syarikat rokok di Batu 5, Port Dickson, pegawai PBT memaklumkan ia cuma sebuah pesta muzik. Sekiranya dakwaan ini benar, pihak berkuasa seharusnya mendakwa dan membawa pihak penganjur ke muka keadilan. Pihak Berkuasa Tempatan juga harus lebih berhati-hati dan tegas mengeluarkan permit hiburan pada masa akan datang. Jadikan Port Dickson dan Negeri Sembilan Pusat Pelancongan Keluarga bukannya Pusat Pelancongan Pesta Liar
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?sec=Wilayah&i=section/wilayah.asp

5/10/08

Tawaran Menaja KTBB08 PASTI N.Sembilan

PASTI Negeri Sembilan akan mengadakan Kejohanan Tahunan Bolasepak dan Bolajaring 2008 (KTBB08) antara PASTI-PASTI Kawasan di seluruh Negeri Sembilan ini pada hari Ahad 15 Jun 2008 di Seremban yang dijangka akan dihadiri seramai 400 orang peserta serta ibu bapa.

Sehubungan dengan itu pihak jawatankuasa KTBB08 menawarkan peluang penajaan kepada individu serta syarikat yang berminat. Kadar pengiklanan dalam Buku Program ialah RM80 (saiz B5), RM40 (setengah B5) dan RM20 (seperempat B5).

Sementara itu kadar sewaan lot gerai ialah RM60 (khemah, meja dan kerusi disediakan) dan RM40 (khemah tidak disediakan).

Untuk tempahan, penajaan, sumbangan serta maklumat lanjt sila hubungi Sdr Zainal 013-3692019 atau Sdr Hairul 013-3393359

5/5/08

Kuliah Bulanan Presiden Teras 17 Mei

Kupasan Kitab Riyadhus Sholihin
Oleh Tn Hj Mohd Azmi Abdul Hamid , Presiden TERAS Pengupayaan Melayu
Sabtu 17 Mei 2008
Selepas Solat Maghrib Jam 7:30 mlm
Di Surau Taman Tasik Jaya Fasa 1, Senawang

5/4/08

Jambori Amal N.Sembilan

Jambori Tahunan Unit Amal N.Sembilan 2008
Sabtu 17 Mei ( 9 pagi ) – Ahad 18 Mei ( 6 ptg )
Untuk pendaftaran , maklumat lanjut , sumbangan hubungi Nazri Esa 012-6775537 , Nazri Zainal 019-9103431

Tubuhkan Jawatankuasa Khas Bagi Menyiasat Targedi Keretapi di Seremban

Tubuhkan segera JK Khas bagi menyiasat tragedi kemalangan keretapi ini" demikian pandangan YB Tuan Hj Mohamad Taufek ketika ditemui di lokasi kejadian kemalangan ngeri Keretapi Ekspres Rakyat Butterworth - Singapura di kawasan landasan keretapi berhampiran Kg Baru Rahang, Seremban pada jam 5:45 petang semalam.

"Tragedi yang mengorbankan 1 nyawa dan mencederakan 9 orang penumpang ini boleh dielakkan jika semua pihak mengambil iktibar dan pengajaran dari peristiwa kemalangan keretapi yang berlaku di Sabah baru-baru ini" , kata ADUN Paroi tersebut yang merupakan antara pemimpin N.Sembilan yang tiba awal di lokasi kemalangan tersebut.

Ekpres Rakyat yang menuju ke Singapura tergelincir dari landasannya di KM 465 laluan Butterworth - Singapura yang membawa hampir 200 orang penumpang itu. Lokasi kemalangan tersebut berhampiran dengan projek pembesaran jalan Seremban-Senawang yang sedang rancak dalam pembinaan. "Kebimbangan juga wujud ke atas struktur tanah di sekitar kawasan projek yang berhampiran dengan Sg Rahang, sekaligus turut menjejaskan struktur tanah di landasan keretapi tersebut, inilah sebab saya mencadangkan jawatankuasa ini ditubuhkan untuk mengkaji seluruh aspek termasuk kemungkinan berlaku kecurian komponen landasan sebagaimana kes menara TNB yang tumbang baru-baru ini" ujar Hj Taufek yang tiba bersama ADUN Sikamat , YB Tn Hj Aminudin Harun.

Tragedi yang melibatkan keretapi eskpres yang membawa ramai pelancong barat dan Singapura dikhuatiri akan menjejaskan industri pelancongan di negara kita. Hj taufek juga mencadangkan kepada pihak KTM supaya meningkatkan keupayaan kakitangan menghadapi situasi sedemikian dengan menubuhkan "Emergency Response Team" yang mana boleh menangani sebarang masalah yang timbul terutama berhubung dengan kebajikan penumpang yang terlibat delam ngeri tersebut.

Dalam temubual Hj Taufek dengan penumpang-penumpang ekspres tersebut mendapati mereka telah menunggu lebih 2 jam sebelum bas yang akan membawa mereka ke stesen keretapi berhampiran tiba. Air minuman juga dibekalkan oleh pihak NGO setelah mereka menaiki bas tersebut. Walaupun kemungkinan "ERT" tersebut telah wujud namun keupayaan mereka mesti dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Selepas berada hampir sejam di lokasi kemalangan, Hj Taufek dan rombongan telah menziarahi jenazah pemandu keretapi yang terbunuh, Allahyarham Sdra Yahya bin Osman di Wad Forensik Hospital Tuanku Jaafar, Seremban dan turut menemui keluarga mangsa yang turut berada di wad tersebut. Terdapat juga 9 orang mangsa kemalangan keretapi ini yang sedang dirawat di Hospital Tuanku Jaafar termasuk 2 orang warganegara Singapura. Allahyarham Sdra Yahya merupakan abang kepada aktivis PAS di Taman Dusun Nyiur , Seremban , Sdra Ali Osman. Al-Fatihah.

5/2/08

Ceramah Pemimpin Bersama Rakyat

Ucapan Sulung Sidang Dewan Undangan Negeri NS
Bersama
YB Hj Mohd Taufek Abd Ghani , ADUN Paroi
YB Aminuddin Harun , ADUN Sikamat
SABTU 3 Mei 2008
Jam 9 malam
Di Pejabat PAS Taman Tuanku Jaafar, Sg Gadut, Seremban

5/1/08

Program Pemantapan Muslimah

Assalamu'alaikum wbt

Semua muslimat kawasan dan cawangan dijemput hadir beramai-ramai ke Program Pemantapan Muslimah seperti berikut;
Tarikh:10 Mei 2008
Masa; 9.00 pagi
Tempat: Dewan D'Ark, Taman Sri Kasih Seremban
Tetamu :
YB Siti Zailah (Kelantan)
YB Hj Taufek (N.Sembilan)
Tim. Ketua DMuslimat PAs Pusat
Pesuruhjaya Pas N.Sembilan

Anjuran: Muslimat Pas Negeri Sembilan & Nisa' N.Sembilan