FORUM

FORUM

KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

7/28/08

Program Jejak Ukhuwwah Ramadhan 1429 H

Program JEJAK UKHUWWAH RAMADHAN 1429 HIJRAH peringkat kawasan Rembau adalah bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini serta sebagai persiapan menjelang Idil Fitri pada bulan Syawal nanti.

Maklumat lanjut di RembauHariIni

7/26/08

Ceramah Presiden PAS 2 Ogos Seremban

CERAMAH PERDANA

Bersama :
YB Dato’ Seri Tn Guru Hj Abd Hadi Awang , Presiden PAS
Sdr Zulkefly Mohamad Hj Omar , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
YB Gobalakrishnan , Ahli Parlimen Padang Serai (PKR)

SABTU 2 Ogos 2008
Jam 9 malam
Di Dataran Muhibbah
, Kg Ismail , Ampangan , Seremban

Semua Dijemput Hadir

7/25/08

Peneroka kesal rumah terbengkalai lima bulan di Palong

Sinar Harian. FELDA PALONG 7 – Seorang peneroka, Effendi Abdul Mutalib, 48, kesal dan kecewa dengan projek pengubahsuaian rumahnya yang diuruskan oleh pihak kontraktor yang diupah Lembaga kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), yang terbengkalai sejak tiga bulan lalu.

Permohonan pinjaman peneroka sebanyak RM30,000 daripada pihak Felda telah digunakan untuk pengubahsuaian rumahnya dan bayaran balik akan ditolak melalui pendapatannya setiap bulan.

Menurut Effendi, projek mengubah suai rumah ini dijangka siap dibina dalam jangka masa tiga bulan sahaja dari tempoh kelulusan pinjaman, namun sehingga kini tiada sebarang tindakan dilakukan walaupun sudah mencecah lima bulan pembinaan.

“Masuk hari ini sudah tiga bulan kontraktor tidak datang menyiapkan kerja-kerja pembinaan dan pengubahsuaian rumah ini yang sepatutnya dijangka siap pada akhir bulan enam.” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Felda Palong 7.

Projek yang terbengkalai ini bukan sahaja dihadapi oleh Effendi malah turut dialami 18 buah rumah lagi sekitar Felda ini menyebabkan timbul masalah kepada peneroka-peneroka apatah lagi pada masa ini mereka tidak menerima pendapatan hasil getah disebabkan pokok-pokok getah telah ditebang untuk penanaman semula.

“Susah bagi kami kerana setiap bulan kami hanya menerima bantuan sara diri bulanan sebanyak RM900 lebih daripada pihak Felda dan setiap bulan bantuan sara diri saya itu akan dipotong sebanyak RM 50,” katanya.

Tambahnya, masalah ini sudah pun dikemukakan kepada pihak Felda namun tiada sebarang reaksi mahu pun jawapan yang telus sama ada daripada pihak kontraktor dan pihak Felda.

“Masalah dan isu ini sebenarnya sudah dibincangkan pada mesyuarat blok tetapi masih tiada jalan penyelesaian menyebabkan saya malu dan kecewa apabila rumah yang dijanjikan siap dibina dalam jangka masa pendek kini terbengkalai,” Katanya.

Keadaan rumah yang tidak sempurna ini menyebabkan kebanyakan barang-barang miliknya rosak kerana tiada tempat yang sesuai untuk disimpan.

Effendi memohon agar pihak yang bertanggungjawab terhadap masalah ini mengambil tindakan sewajarnya serta mempercepatkan proses menyiapkan pengubahsuaian rumah yang terbengkalai selama lima bulan.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story1776273.asp

7/24/08

Ceramah Dato Ibrahim Ali 27 Jul Seremban

CERAMAH UMUM
Bersama :
YB Dato’ Ibrahim Ali , Ahli Parlimen Pasir Mas
Ustaz Idris Ahmad , AJK PAS Pusat
Sdr Zulkefly Mohamad Hj Omar , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
27 Julai 2008 , Ahad
Jam 9 mlm
Di Markas PAS Cawangan Ampangan , Seremban (sebelah Surau Hitam)
Semua Dijemput Hadir


CERAMAH PERDANA
Bersama :
YB Dato’ Seri Hj Abd Hadi Awang , Presiden PAS
Tn Hj Mohamad Sabu , Naib Presiden PAS
N Gobalakrishnan
Sdr Zulkefly Mohamad Hj Omar , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Sabtu 2 Ogos 2008
Jam 9 malam
Tempat : Dataran Muhibbah , Kg Ismail , Ampangan , Seremban

Ceramah KONSPIRASI LAGI ? 26 Jul Pilah

CERAMAH UMUM
Tajuk : KONSPIRASI LAGI ?
Tarikh : 26 Julai 2008 Sabtu
Waktu : 9 mlm
Tempat : Pejabat Pakatan Rakyat DUN Juasseh , Taman Jemapoh Indah , Kuala Pilah
Penceramah :
En Samsul Iskandar Mohd Ikin , Ketua AMK Pusat
Sdr Zulkefly Mohamad Hj Omar , Pesuruhjaya PAS N9
YB Loke , Ahli Parlimen Rasah (DAP)
Maklumat lanjut http://jemapohku.blogspot.com

7/23/08

Moh Poi Perak 15-17 Ogos ini

Sempena Muktamar PAS ke 54 di Ipoh , Perak. Laman blog ini mempunyai maklumat lengkap tempat penginapan dan maklumat lain http://muktamar54.blogspot.com

SENARAI HOTEL
FAIRMONT - Tel : 052559999 . HIGHWAY HOTEL – Tel : 05-5487878 . SERI MALAYSIA - Tel : 05-2412950 . IPOH TIMES INN - Tel : 05-5497977 . MAJESTIC - Tel : 05-2555605 . SYUEN - Tel : 05-2538889 . DRAGON & PHOENIX HOTEL - Tel : 05-2534661 . REGALODGE - Tel : 05-2425555
LOTTE - Tel : 05-2542215 . GRAND VIEW - Tel : 05-2431488 . EXCELSIOR - Tel : 05-2536666
HERRITAGE - Tel : 05-2428888 . CASUARINA - Tel : 05-2555555 . FAIR PARK - Tel : 05-5488666
IPOH CITY - Tel : 05-2418282 . HILLCITY - Tel : 05-3135555

KADAR TOL Senawang – Ipoh Selatan RM 37.90 http://www.plus.com.my

7/19/08

Ceramah Anak-Anak Cilik 25 Julai Jempol

Ceramah Perdana
Bersama :
Ustaz Nik Abduh Dato Nik Abdul Aziz
YB Hj Mohd Taufek Abd Ghani – ADUN Paroi
Penceramah Cilik : Adik Habiburrohman , Mohd Al Amin dan Siti Rahmah

Jumaat 25 Julai 2008
Jam 9 malam
Tempat : Muassasah Darul Syariff, Jalan Batu Kikir – Bahau , Batu Kikir, Jempol, N.Sembilan
Semua Dijemput Hadir

************************
Ceramah Umum
Bersama :
YB Dr Siti Mariah bt Mahmud – Ahli Parlimen Kota Raja
Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad – AJK Penerangan PAS Pusat
Sabtu 26 Julai 2008
Jam 9 mlm
Di Markas PAS Lui Barat , Jelebu
Semua Dijemput Hadir

7/17/08

Ceramah Isu Semasa 22 Jul Seremban

Penceramah :
Sdr Zulkefly Mohamed Hj Omar - Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Sdr Mazlan Aliman
YB Anthony Loke
Selasa 22 Julai 2008
Jam 9 mlm
Tempat : No 441, Jln 8/1, Taman Panchor Jaya, Seremban

Semua Dijemput Hadir

7/9/08

Ceramah Anwar Ibrahim 10 Jul pindah ke Kg Ismail

CERAMAH PERDANA
Bersama
Dato’ Seri Anwar Ibrahim
YB Saifuddin Nasution
YB Sivarasa Rasiah (Peguam DSAI)
cheGuBard
YB Taufek Abd Ghani (ADUN PAS PAROI)
YB Antony Loke (MP DAP Rasah)

Hari : Khamis 10 Julai 2008
Masa : 9 malam
Tempat : Dataran Muhibah , Kg. Ismail , Ampangan, Seremban

Peta ke Dataran Muhibbah link berikut http://pasns.blogspot.com/2008/07/dataran-muhibbah.html

Dataran Muhibbah

Berikut ialah peta ke Dataran Muhibbah , Kg Ismail , Ampangan , Seremban.
Sila klik pada imej atau pautan Google di bawah :

7/6/08

Ceramah Dato Seri Anwar 10 Julai Seremban

CERAMAH PERDANA
Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Khamis 10 Julai 2008
Jam 9 malam
Di Taman Jasmin , Senawang, N.Sembilan
Semua Dijemput Hadir

Maklumat lanjut di http://chegubard.blogspot.com
Peta ke Tmn Jasmin di http://maps.google.com/maps?ie=UTF8&hl=en&ll=2.692247,101.994689&spn=0.010503,0.018711&z=16

7/4/08

PROTES 6 Jul Pindah ke Stadium Kelana Jaya

Perhimpunan aman Protes Sejuta Rakyat Ahad 6 Jul ditukar ke Stadium Kelana Jaya. Rujuk http://www.geramm.org

7/3/08

Johol , Kuala Pilah dilanda banjir teruk dalam sejarah

30 Jun 2008 beberapa kampung di Johol dilanda banjir paling teruk dalam sejarah Negeri Sembilan. Adakah ianya diburukkan dengan kerja-kerja pembalakan yang tidak terancang ? Apakah benar ada berita yang mengatakan pembalakan di Gunung Datuk, Rembau dan pergunungan sekitarnya melalui kawasan ini ? Media mana yang akan meyiasat dan mendedahkan kebenaran agar musibah ini tidak berulang? Cerita lanjut di http://dzulhaqq.blogspot.com/2008/07/banjir-sebagai-hikmah-dan-bala-dari.html