FORUM

FORUM

KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

10/31/08

JBANS dikorporatkan mulai 1 Januari: MB

Berita Harian 31 Okt 2008
SEREMBAN: Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, menjelaskan Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan (JBANS) bukan diswastakan, sebaliknya dikorporatkan mulai 1 Januari 2009 dan akan dikenali sebagai Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS).

Beliau berkata, pengkorporatan JBANS mengikut Akta Industri Perkhidmatan Air (WSI) bukan saja membolehkan kerajaan negeri melupuskan hutang RM1.2 bilion berkaitan perkhidmatan bekalan air kepada Kerajaan Persekutuan, tetapi memperoleh royalti dan bayaran air mentah antara RM10 hingga RM15 juta setahun.

"Keputusan mengkorporatkan JBANS bagi memastikan operasi pembekalan air dikawal selia lebih teratur tanpa mengganggu fungsi kerajaan negeri yang masih bertanggungjawab terhadap sumber air, selain memastikan pengguna mendapat perkhidmatan lebih cekap dan berkesan berbanding sekarang.

"Kita juga memberi jaminan SAINS yang dimiliki 100 peratus kepentingannya oleh kerajaan negeri akan mengekalkan kadar tarif air sedia ada dalam tempoh dua hingga tiga tahun selepas ia beroperasi," katanya, selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di sini.
Beliau mengulas kekeliruan di kalangan kakitangan JBANS yang ditawarkan opsyen berkaitan cadangan itu selain mendakwa ia tidak memberi keadilan terutama dari segi gaji dan elaun.

Mohamad berkata, kakitangan JBANS tidak perlu risau dan bimbang di sebalik pengkorporatan jabatan itu kerana mereka akan mendapat lebih banyak faedah berbanding sekarang, termasuk peningkatan purata 17 peratus gaji serta elaun yang diwartakan dalam Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Mungkin mereka menolaknya kerana menerima gaji melebihi gaji pokok berikutan pelbagai elaun yang 'dicipta dan diwujudkan' dalam JBANS... jangan terkejut kerana ada yang menerima RM5,000 sebulan sedangkan gaji pokok hanya RM960," katanya.

Mohamad berkata, Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) yang diwujudkan Kerajaan Pusat akan mengambil alih aset seperti empangan dan loji rawatan air milik JBANS serta tanggungan hutang kerajaan negeri sebanyak RM1.2 bilion berkaitan perkhidmatan bekalan air.

"Kita akan menyewakan aset JBANS seperti loji dan empangan kepada PAAB dan melupuskan hutang dengan Kerajaan Pusat. PAAB melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kemudian akan menyewakan semula aset berkenaan kepada SAINS yang menguruskan perkhidmatan bekalan air serta sumber air mentah di negeri ini.

"Perolehan daripada hasil air tidak akan masuk ke akaun kerajaan negeri, sebaliknya SAINS akan guna untuk bayar sewa dan hutang dalam tempoh 35 tahun kepada PAAB. Bagaimanapun, kerajaan negeri akan mendapat perolehan daripada royalti air dan bayaran air mentah yang dijangka meningkat selepas lima tahun," katanya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Wilayah/20081031080845/Article/index_html

10/30/08

Tawaran sebagai guru PASTI di N.Sembilan 2009

Calon-calon yang memenuhi syarat di bawah dipelawa memohon jawatan sebagai guru di PASTI-PASTI seluruh Negeri Sembilan pada sesi 2009.

Syarat permohonan :
1. Muslimat berumur 18 tahun ke atas
2. Berkelulusan SPM/Thanawi/STPM/STAM
3. Mahir Al-Quran & Jawi
4. Kemahiran Bahasa
5. Sanggup berkhidmat di mana-mana cawangan PASTI di N. Sembilan
6. Muslimat yang komited dengan institusi PASTI
7. Minat mendidik anak-anak pra sekolah dengan amalan Islam
8. Keutamaan kepada ahli PAS atau Nisa

Sesiapa yang berminat diminta hadir untuk sesi temuduga di lokasi berikut (Sila bawa salinan sijil-sijil kelayakan, mykad dll yang disahkan) :

1. Sabtu 22 Nov 08 ( 9 pg – 12 tgh ) di PASTI As Saadah , Gedong Lalang 162 , Ampangan , Seremban

2. Ahad 23 Nov 08 ( 9 pg – 12 tgh ) di Muassasah DarusSyarif , Batu Kikir , N.Sembilan

Untuk maklumat lanjut hubungi Ustaz Nazri 019-3457690 atau Pn Jamiah Majid 016-2635037

Sila layari laman Web Blog PASTI N.Sembilan di http://pasti-n9.blogspot.com

10/29/08

JBA N.Sembilan dikorporat. Siapa akan jadi mangsa ?

JBANS: CUEPACS minta NS buat penjelasan

Utusan Malaysia SEREMBAN 28 Okt. 08 - Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu kerajaan negeri memberikan penjelasan berhubung isu Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan (JBANS) sama ada ia akan dikorporatkan atau diswastakan.

Presidennya, Omar Osman berkata, langkah itu penting kerana kakitangan JBANS telah diberitahu bahawa jabatan itu akan diswastakan sedangkan maklumat yang diterima oleh CUEPACS ia akan dikorporatkan.

Beliau berkata, kekeliruan itu bukan sahaja telah menyebabkan kakitangan JBANS keliru malah sebahagian besar mereka kini kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh kerajaan negeri.

''Apa yang diberitahu oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan kepada CUEPACS, JBANS akan dikorporatkan tetapi dalam pertemuan hari ini kakitangan memberitahu, kerajaan negeri akan menswastakan JBANS.

Moral

''Mana satu yang betul. CUEPACS tidak mahu moral kakitangan jatuh disebabkan perkara ini. CUEPACS juga tidak mahu berlaku penganiayaan dalam isu ini. Kakitangan berhak mengetahui status terkini jabatan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berdialog dengan kakitangan JBANS berhubung isu penswastaan JBANS di sini hari ini.

Pertemuan itu dianjurkan oleh Kesatuan Pekerja-Pekerja Kerajaan Negeri Sembilan.

Omar berkata, beliau sendiri akan menemui Menteri Besar bagi mendapatkan penjelasan berhubung isu tersebut supaya ia dapat meredakan keadaan yang agak tegang ketika ini.

''Dalam isu ini CUEPACS memilih kerjaan negeri mengkorporatkan JBANS dan bukan menswastakannya. Langkah penswastaan akan menimbulkan banyak masalah berbanding pengkorporatan.

''Jika JBANS dikorporatkan ia masih tertakluk kepada pentadbiran kerajaan negeri tetapi sekiranya diswastakan JBANS tiada ikatan langsung dengan kerajaan negeri,'' katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, pertemuan hari ini telah membuat keputusan untuk menangguhkan penyerahan semula surat opsyen kakitangan serta pelaksanaan pengkorporatan atau penswastaan JBANS sehingga 31 Disember ini.

''Berdasarkan arahan yang diberi semua kakitangan wajib mengembalikan semula surat opsyen mereka pada 4 November ini. CUEPACS mahu perkara ini ditangguhkan. Kita mahu keadilan dan kita mahu mengelakkan berlaku kezaliman ke atas kakitangan," ujarnya.

Beliau berkata, sepanjang tempoh penangguhan itu pihak CUEPACS akan berunding dengan kerajaan negeri dalam usaha memastikan kebajikan semua kakitangan terbabit terbela.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1029&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_07.htm

10/28/08

Aktiviti pembalakan N.Sembilan , siapa untung , siapa rugi ?


BUKIT MANTIN GONDOL…ANGKARA SIAPA?
Semasa coweng berbual dengan seorang pensyarah, dia ada menyuarakan kekecewaannya akibat kegondolan bukit Mantin. Katanya, keindahan pemandangan di jalan itu sudah tiada. Kalau dulu sejuk mata memandang setiap kali lalu. Tapi sekarang, sungguh menggecewakan. Dia hairan, mengapa Menteri Besar Negeri Sembilan ni, senang-senang sahaja bagi orang keluarkan hasil balak di kawasan itu sehingga gondol Bukit Mantin.

Tindakan memberi kebenaran membalak bagi sesuatu kawasan dan tanahnya kemudian diberikan milik kepada orang perseorangan bukan sahaja berlaku di Mantin, tetapi juga di beberapa kawasan lain di Negeri Sembilan.
Sumber : http://cowenganakpilah.blogspot.com/2008/06/bukit-mantin-gondolangkara-siapa.html


HUTAN PEKELAHAN MANTIN MUSNAH !
Sesampai saja aku di Bukit Mantin, aku terperanjat besar melihat longgokan kayu balak di hutan perkelahan Galla. Rupa-rupanya kerja pembalakan telah mengambil tempat kawasan perkelahan yang suatu masa dulu pernah aku singgah bersama-sama anak. Kemana perginya air terjun disitu ? Kalaulah suatu masa dulu, bila aku melintasi Bukit Mantin ini alangkah enak dan nyaman dengan kesejukan cuacanya, tapi sekarang entahlah.
Sumber : http://alihasanwaseda.blogspot.com/2008/05/hari-ini-27-mei-saya-ke-seremban.html


PEMBALAKAN HUTAN LIPUR LENGGENG PUNCA BANJIR LUMPUR
Aktiviti pembalakan di Hutan Lipur Lenggeng didakwa menjadi punca kepada banjir lumpur yang melanda lapan sekeluarga di Kampung Mendum, dekat sini, disaat mereka sedang menunggu waktu berbuka puasa sekitar 6.50 petang.

Pembalakan tersebut dibawah Projek Pembangunan Kawasan Menteri Besar Incoporation (MBI) yang dijalankan oleh Real Strong (M) Sdn Bhd. Tempoh lesen membalak syarikat terbabit adalah dari 4 September 2007 sehingga 3 Februari 2008 serta meliputi kawasan seluas 80 hektar.
Sumber : http://pasns.blogspot.com/2007/10/pembalakan-hutan-lipur-lenggeng-punca.html

10/27/08

Baharui Takaful Kenderaan Sambil Menyumbang DUN Johol

Kini kita boleh memperbaharui takaful kenderaan sambil menyumbang untuk Tabung DUN Johol.

Prosesnya amat mudah. Hubungi Pengarah MTD Johol Tuan Hj Kamarudin 013 3922378. Bayaran secara online ke akaun Maybank 112044875382.

Cover note akan diproses secara online dan dihubungkan terus ke rangakaian sistem komputer JPJ untuk kenderaan pemohon.

Selepas itu pemohon hanya perlu membawa geran kenderaan ke mana-mana Pejabat Pos atau JPJ untuk proses membaharui cukai jalan.

Maklumat lanjut di : http://joholhariini.blogspot.com/2008/10/cara-mudah-baharui-insuran-kenderaan.html

10/25/08

Bendera-bendera PAS dikoyak-koyakkan di Rembau


Manusia berpenyakit apakah yang sakit hati dan sakit mata mereka melihat bendera-bendera PAS berkibar diatas tanah milik ahli PAS di Rembau juga di Markas PAS Rembau ? Manusia berpenyakit apakah merasa senang hati mereka melihat kedai judi di Rembau bebas dilanggani oleh orang Melayu , orang Islam ?

Setakat ini telah 3 laporan polis dibuat di mana bendera-bendera PAS di Rembau telah diturunkan , dicabut , tanah persendirian ahli PAS diceroboh , tiang bendera diruntuhkan , dan dipotong tiang bendera dengan kesan potongan parang dan lebih teruk bendera PAS dikoyak-koyakkan.

Laporan polis tersebut telah dibuat pada 6 Julai 2008 , 10 Oktober 2008 dan 12 Oktober 2008 masing-masing dengan Nombor Repot REMBAU/001186/08 , REMBAU/001548/08 dan REMBAU/001557/08 yang dibuat di Balai Polis Rembau.

Perbuatan SABOTAJ ini dilakukan di Kg Masjid , Senama , Rembau.

TERBARU kejadian serupa berlaku pada bendera-bendera yang digantung di Markas PAS Rembau. Satu lagi laporan polis akan dibuat berkenaan perkara ini.

PAS Kawasan Rembau menyerahkan perkara ini kepada pihak polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan susulan.

PAS Kawasan Rembau juga akan membuat satu sidang akhbar serta mengeluarkan kenyataan media dalam masa terdekat.

Sementara itu PAS Kawasan Rembau menyeru kepada semua ahli agar mengadakan solat hajat agar Kawasan Rembau secara khusus serta Negeri Sembilan dan Malaysia secara amnya dijauhi dari sebarang bala bencana serta musibah antaranya banjir , tanah runtuh , demam denggi , demam Chikungunya yang sedang melanda daerah ini serta beberapa tempat lain di Malaysia.

10/24/08

Daif betul pengangkutan awam N.Sembilan

Tidak dapat dinafikan lagi pengangkutan awam terutama bas di Negeri Sembilan begitu teruk. Yang menjadi mangsa ialah rakyat Negeri Sembilan sendiri terutama yang tinggal di Jempol dan Jelebu, juga Tampin. Bukan baru sekarang tapi dah lama dah.

Akhbar Sinar Harian 24 Oktober 2008 memaparkan kisah penderitaan penduduk di Jelebu dan Tampin yang tiada pengangkutan awam yang sempurna.

Sebelum ini juga telah disiarkan masalah pengangkutan awam di N.Sembilan pada pautan berikut :

Dua jam tunggu bas di Kuala Pilah hendak ke Batu Kikir http://pasns.blogspot.com/2006/06/dua-jam-tunggu-bas-di-kuala-pilah.html

50 TAHUN MERDEKA JELEBU TIADA BAS http://pasjelebu.blogspot.com/2008/02/50-tahun-merdeka-jelebu-tiada-bas.html

Bas di N.Sembilan macam zaman Jepun http://pasns.blogspot.com/2007/02/bas-di-nsembilan-macam-zaman-jepun.html

Meloponglah Orang Jempol dan Jelebu http://amkns.blogspot.com/2007/12/meloponglah-orang-jempol-dan-jelebu.html

Masalah bas awam beban penduduk Jelebu
Sinar Harian 24 Oktober 2008
JELEBU – Penduduk sekitar Jelebu menggesa supaya sistem pengangkutan awam di sini, terutama perkhidmatan bas yang kurang memuaskan, dipertingkat segera.

Mereka mendakwa perkhidmatan bas awam sedia ada hanya membabitkan laluan tertentu seperti Jelebu ke Seremban, manakala laluan ke kampung-kampung seperti Simpang Pertang masih belum beroperasi sehingga mereka terpaksa bergantung penuh kepada perkhidmatan ‘teksi sapu’.

Seorang penduduk, Mohd Ali Zon Sharif, 57, berkata masalah pengangkutan awam di daerah ini sudah lama dan semakin teruk sejak tiga tahun lalu.

Beliau berkata, penduduk bukan saja menghadapi masalah untuk menjalankan aktiviti harian mereka, malah turut menyebabkan kawasan pekan Kuala Klawang lengang kerana tidak dikunjungi penduduk sekitar.

“Saya difahamkan, setakat ini bas hanya beroperasi di satu laluan saja iaitu Jelebu ke Seremban sedangkan laluan ke Simpang Pertang dan Chennah tidak ada sedangkan kawasan tersebut mempunyai ramai penduduk.

“Ketiadaan perkhidmatan bas turut menyebabkan kesukaran pelajar untuk ke sekolah pada setiap hari,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Berikutan masalah itu, katanya, kebanyakan penduduk termasuk pelajar sekolah terpaksa mengambil risiko sendiri dengan menunggang motosikal dan dikhuatiri ramai tidak mempunyai lesen memandu.

“Ada antara penduduk kampung yang terpaksa bergantung kepada teksi sapu yang mengenakan kadar sewaan tinggi serta membebankan,” katanya.

Selain itu, beliau berpendapat, sekiranya masalah pengangkutan awam ini dapat diatasi, ia akan menggalakkan penduduk tempatan tinggal di kampung dan bekerja di bandar seperti yang dilaungkan kerajaan sebelum ini.

Bagi Adam Ahmad, 20, beliau turut mengakui perkhidmatan bas awam di sekitar Jelebu masih belum memuaskan dan perlu dipertingkatkan untuk keperluan orang ramai.

Pelajar Kolej Komuniti Jelebu dekat Titi itu berkata, walaupun ada antara laluan yang mempunyai perkhidmatan bas tetapi kekerapannya tidak menentu sehingga memaksa mereka menunggu lama.

“Pernah kami terpaksa menunggu sehingga hampir dua jam untuk mendapatkan perkhidmatan bas ke Titi. Secara purata kami terpaksa menunggu sekitar 45 minit untuk satu bas,” katanya.

Sementara itu, Khairol Yazid, 32, pula berharap masalah pengangkutan awam yang membabitkan penduduk sekitar Jelebu ini diatasi dengan segera bagi memastikan aktiviti seharian penduduk di situ tidak terjejas.

“Saya memohon pihak yang berkenaan untuk mengkaji dengan segera masalah pengangkutan awam ini kerana Jelebu kini semakin membangun dengan pelbagai tempat-tempat menarik untuk dikunjungi dan rugi jika kita tidak memanfaatkan kelebihan ini,” katanya.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2082304.asp


Penduduk Tampin resah bas awam kurang
Sinar Harian 24 Okt 08
TAMPIN - Kekurangan bas di daerah ini menyusahkan penduduk yang menggunakan perkhidmatan terbabit untuk ke destinasi masing-masing.

Menurut mereka, masalah itu menyebabkan penduduk yang tidak mempunyai kenderaan sendiri di sesetengah tempat menghadapi kesukaran untuk menuju ke tempat yang diingini.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, penduduk memohon pihak bertanggungjawab supaya menambah bilangan bas dan juga destinasi bas terbabit bagi memudahkan orang ramai.

Md Hanafi Md Hanafiah, 24, berkata ketiadaan kenderaan awam telah menyukarkan pergerakan mereka terutama golongan warga emas yang ingin mendapatkan rawatan di bandar.

“Kekurangan perkhidmatan bas ini amat dirasai sehingga ada penduduk di sesetengah tempat terpaksa mencari alternatif lain untuk bergerak ke destinasi masing-masing.

“Malah, ada juga penduduk yang tinggal di kawasan pendalaman terpaksa menumpang kereta jiran dan orang tidak dikenali untuk pergi ke kawasan yang mempunyai perkhidmatan awam berkenaan,” katanya.

Menurutnya, keadaan itu telah menyebabkan ramai penduduk yang tidak mempunyai kenderaan sendiri terpaksa membatalkan hasrat mereka untuk pergi ke tempat yang mereka hendak dituju.

“Jika perkara ini tidak diambil perhatian, saya khuatir ia akan mendatangkan masalah besar bagi sesetengah penduduk yang tinggal jauh di kawasan pedalaman dan tidak mempunyai kenderaan sendiri,” katanya.

Bagi Mohd Shafik Rusdi, 27, dia memohon kepada pihak terbabit supaya dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi pengguna kenderaan awam berkenaan.

“Kami semua mempunyai urusan penting yang perlu diselesaikan tetapi kalau perkhidmatan bas yang sepatutnya memudahkan orang ramai tidak mencukupi, susahlah kami,” katanya.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2083402.asp

10/22/08

Bersama YB Mahfuz Omar 25 Okt Senawang

PROGRAM PENERANGAN BERSAMA PEMIMPIN
DAN
MAJLIS PELANCARAN TABUNG DUN PAROI

Sabtu 25 Oktober 2008
Jam 9 malam
Di Dataran Senawang

Bersama tetamu :
YB Tn Hj Mahfuz Omar , Ahli Parlimen Pokok Sena , Kedah
Sdr Zulkefly Mohamad Hj Omar , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
YB Tn Hj Mohamad Taufek Abd Ghani , ADUN Paroi
Cikgu Badrul Hisham , Ketua Bahagian PKR Rembau

10/21/08

Program Khatan Beramai-Ramai di Kuala Pilah 30 Nov

Pusat Komuniti dan Madrasah DUN Senaling (PKMDS) , Kuala Pilah akan menganjurkan Program Khatan Beramai-Ramai pada hari Ahad 30 November 2008.

Program ini ditawarkan kepada semua anak-anak di DUN Senaling khususnya dan kawasan Kuala Pilah amnya. Program akan dikendalikan oleh doktor-doktor pakar yang bepengalaman.

Bagi mereka yang berminat sila maklumkan penyertaan kepada Saudara Zaharudin 012-6167819 sebelum 16 November 2008.

Maklumat lanjut di http://suarasenaling.blogspot.com/

10/18/08

Rumah Terbuka dan Jamuan Raya DUN Paroi 25 Okt

Semua Dijemput Hadir ke
Rumah Terbuka dan Jamuan Raya DUN Paroi
Sabtu 25 Okt 2008
2 ptg –5 ptg
Di Dataran Senawang (Depan Maybank) , N.Sembilan

Anjuran : Pusat Khidmat DUN Paroi

Bersama :
YB Tn Hj Mohamad Taufek bin Abd Ghani , ADUN Paroi
Sdr Zulkefly Mohamad Haji Moar , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

Agenda :
2 ptg – 5 ptg : Jamuan
3 ptg – 3:30 ptg : Ucapan ADUN Paroi

Untuk sebarang maklumat , sumbangan dan sebagainya sila hubungi Pejabat Pusat Khidmat DUN Paroi 06-6794609

10/16/08

PAS mahu beli Bazaar MAINS


Keratan akhbar Sinar Harian 16 Oktober 2008

Apa komen Pengerusi MAINS , Dato’ Seri Mohamad Hassan ? Takkan bertahun-tahun pengalaman dalam sektor korporat tak boleh fikir cara nak majukan dan promosi Bazaar MAINS ?

10/15/08

Hulurkan bantuan , ringankan beban penduduk Mindanao

Centre For International Muslim Minority lancar misi ke Mindanao

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Hrkh) - Centre For Internationals Muslim Minority Affairs (CIMMA) akan melancarkan misi berupa tinjauan ke Mindanao , Filipina pada 19 Oktober ini.

Menurut jurucakapnya, Mohd Azmi Abdul Hamid misi yang akan bermula 19 Oktober ini pertamanya akan membuat tinjauan terhadap kemelut umat Islam di Mindanao yang kini kurang mendapat perhatian masyarakat dunia.

Ujarnya lagi , paling membimbangkan November ini , tentera pengaman Malaysia akan keluar dari Mindanao, kata Azmi yang juga Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) ketika dihubungi hari ini.

Menurut Azmi, pihaknya akan membuat tinjauan nasib umat Islam di Mindanao yang didiskriminasi oleh kerajaan Filipina pimpinan Gloria Macapagal Aroyyo sejak bertahun lamanya.

Baginya, perjuangan masyarakat Islam di Mindanao untuk mendapatkan kebebasan wilayah Islam tidak pernah mendapat perhatian pertubuhan dunia terutamanya Persidangan Negara-negara Islam (OIC) ataupun Asean.

Malah isu kekejaman tentera Filipina ke atas umat Islam di Mindanao tidak mendapat pembelaan sewajarnya, katanya.

Misi ini katanya, akan berterusan dengan misi-misi yang berikutnya yang mungkin akan berbentuk kemanusiaan.

"Kita datang untuk misi pertama ini hanya untuk membuat tinjauan dan mendapatkan fakta mengenai isu di sana , dan misi akan diteruskan lagi selepas ini bagi tujuan misi kemanusiaan." katanya.

Namun katanya , CIMMA tidak mempunyai dana dan sukarelawan yang cukup untuk melanjutkan misi tersebut , justeru CIMMA meminta bantuan rakyat Malaysia yang prihatin bagi membantu melicinkan misi ini.

Sehubungan itu, kepada sesiapa yang mahu menyumbang bagi melancarkan misi ini bolehlah menghulurkan bantuan kepada akaun CIMB (07300002468528).

Sumber http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=17371&Itemid=1

10/14/08

Pendaftaran PASTI N.Sembilan 2009 kini dibuka

Jangan lepaskan peluang menghantar anak-anak kita untuk mendapat pendidikan awal di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang terdapat di seluruh Negeri Sembilan. Untuk maklumat lanjut layari Blog PASTI N.Sembilan di http://pasti-n9.blogspot.com

Untuk sebarang pertanyaan sila e-mel ke : pasti_ns@yahoo.com.my

10/12/08

Jamuan Hari Raya PAS N.Sembilan 17 Okt

Semua dijemput hadir ke Majlis Jamuan Hari Raya PAS Negeri Sembilan pada :
Jumaat 17 Oktober 2008
Masa : 8:30 mlm
Tempat : Dataran Muhibbah , Kg Ismail, Ampangan, Seremban

Bersama tetamu :
Ustaz Hj Ahmad Awang , Naib Presiden PAS
Sdr Zulkefly Mohamad Haji Omar , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
YB Loke Siew Fook , Pengerusi DAP N.Sembilan
Sdr Shamsul Iskandar , Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Agenda :
8:30 mlm Ucapan doa
8:35 mlm Jamuan Hari Raya
9: 30 mlm Ucapan dan ceramah oleh tetamu undangan
11 mlm Bersurai

Peta ke Dataran Muhibbah : SINI

****************************

Majlis Jamuan Hari Raya dan Ceramah Umum PAS Cawangan Ampangan
Jumaat 24 Oktober 2008
Masa : 8:30 mlm
Tempat : Markas PAS Cawangan Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam)

Tetamu dan penceramah :
YB Dr Mujahid Yusuf Rawa
YB N Gobalakrishnan
Sdr Zulkefly Mohamad Haji Omar

Semua Dijemput Hadir

10/10/08

Bersama Saff One dan Dato Tuan Ibrahim 20 Okt Senaling

Majlis Sambutan Hari Raya Pusat Komuniti dan Madrasah DUN Senaling
Tarikh : 20hb Oktober 2008 , Isnin
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Rumah Abd Aziz Hj Maarof , No 18 Kg Dioh Tengah , Kuala Pilah , N.Sembilan

Program : Jamuan / Nasyid / Ceramah Aidil Fitri

Tetamu Undangan Khas :
Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man
Kumpulan Nasyid Saff-One

Anjuran :
Pusat Komuniti dan Madrasah DUN Senaling

Hubungi Sdra Aziz 06 -481 3731 / 017 – 312 9077

Maklumat lanjut di Blog Suara Senaling http://suarasenaling.blogspot.com

10/7/08

Menteri Besar juga perlu turun padang


Menteri Besar, EXCO dan Wakil Rakyat juga perlu turun padang cari dan hulurkan bantuan. Ini akan lebih menjimatkan kos daripada mengadakan program sumbangan besar-besaran seperti yang diadakan di Masjid Taman Tuanku Jaafar , Seremban semasa Ramadhan 1429 Hijrah yang lalu.

Program Jejak Fakir Miskin DUN Senaling

Program Jejak Fakir Miskin – Ahli Korporat dan AJK Pusat Komuniti Dan Madrasah (PKM) Senaling Turun Padang

KUALA PILAH - PKM Senaling telah melakar sejarah baru dalam program kebajikan di DUN Senaling dengan mengadakan program bersama dengan ahli Korpoarat dalam program Jejak Fakir Miskin pada 20 Ramadhan 1429 bersamaan 20hb September 2008.

Program yang di ketuai oleh Pengerusinya Saudara Zaharudin Othman bersama ahli jawatankuasa dan 15 orang ahli korporat dari Kuala Lumpur telah turun padang menjelajah DUN Senaling. Sebanyak 47 bungkusan barangan keperluan mangandungi beras 10 kilo, gula 2 kilo, minyak masak 3 kilo dan wang RM20.00 telah di agihkan kepada ibu-ibu tunggal, anak yatim dan fakir miskin.

Ahli Jawatankuasa PKM Senaling bersama-sama ahli korporat yand dibahagikan kepada tiga kumpulan dalam program jelajah telah sempat beramah mesra dengan mereka yang menerima bantuan tersebut dan amat terharu dengan keadaan yang mereka hadapi; ada diantara mereka ibu tunggal yang menyara anak 7 orang, ibu dan ayah tunggal yang tinggal keseorangan kerana di tinggalkan oleh anak-anak, ibu tunggal yang terpaksa menyara anak cacat dan bermacam-macam penderitaan yang dialami oleh mereka.

Bagi ahli korporat yang sempat bersama amat rasa bersyukur di berikan peluang untuk menyampaikan sumbangan di mana telah membuka mata mereka terhadap keperitan yang di lalui oleh fakir miskin tersebut.

Pada malamnya satu program iftar dan tarawih bersama anak-anak yatim dari Sawah Lebar telah di adakan. Dalam ucapannya Saudara Zaharudin Othman mengingatkan bahawa membantu orang dalam kesusahan merupakan tuntutan keimanan. Beliau juga menekankan bahawa usaha-usaha seperti ini tidak seharusnya digiatkan semasa bulan Ramadhan sahaja tetapi harus menjadi budaya kehidupan seorang mukmin; untuk berkongsi kurniaan Allah s.w.t. dengan mereka yang susah. Saudara Zaharudin mengakhiri ucapan beliau dengan mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli korporat yang telah menyumbang harta dan tenaga dalam menjayakan program tersebut dan mengharapkan program ini akan berterusan di masa-masa akan datang.

Encik Shahir yang mewakili ahli-ahli korporat mengucapkan terima kasih kepada ahli jawatankuasa PKM Senaling kerana telah menerima kunjungan mereka ke DUN Senaling. Beliau juga menyeru supaya program kerjasama diteruskan bukan sahaja di bulan Ramadhan tetapi di bulan-bulan lain. Beliau dan rakan-rakan memberikan komitmen untuk terus menyokong progam kerjasama ini. Di akhir ucapan beliau mengingatkan yang hadir supaya mengambil peluang yang telah di berikan oleh Allah s.w.t pada bulan yang barakah terutamanya di hari 10 terakhir untuk mempertingkatkan amal dan taubat.

Puan Rozana yang juga mewakili ahli korporat telah menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim.

Program di akhiri dengan sembahyang tarawih dan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Ustaz Ramli .


10/3/08

Sambutan Idil Fitri 1429 PAS Johol 11 Okt

MAJLIS SAMBUTAN HARIRAYA AIDILFITRI 1429H
JOHOL 30 Okt 08: PAS Kawasan Kuala Pilah akan menganjurkan majlis jamuan hariraya pada 11 Oktober 2008 (Sabtu) mulai jam 3.00 petang hingga 6.00petang. Majlis jamuan ini akan diadakan di perkarangan Pasti Imtiaz, Melang, Kuala Pilah. Semua ahli Pakatan Rakyat, penyokong-penyokong dari semua kaum dijemput hadir untuk memeriahkan majlis sambil menikmati jamuan hariraya.

Maklumat lanjut http://joholhariini.blogspot.com