KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

11/29/08

Kuliah Maghrib UsDato Tuan Ibrahim 30 Nov Seremban

KULIAH MAGHRIB
Oleh Al Fadhil Ustaz Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Ahad 30 Nov 2008
Selepas Solat Maghrib
Di Surau Al Mustofa (Surau Hitam) , Ampangan , Seremban

11/28/08

Ceramah Us Dato Tn Ibrahim 30 Nov Seremban

CERAMAH UMUM
Bersama :
Ustaz Dato Tuan Ibrahim Tuan Man – Pesuruhjaya PAS Pahang
Sdr Zulkefly Mohamad Hj Omar – Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Sdr Shamsul Iskandar – Ketua Pemuda PKR Pusat
AHAD 30 Nov 08
Jam 9 malam
Di Markas PAS Cawangan Ampangan , Seremban (sebelah Surau Hitam)
Semua Dijemput Hadir

11/25/08

Yoga dan Merokok , dua-dua Haram

Percaya atau tidak Yoga dan Merokok kedua-duanya telah difatwakan Haram. Tak percaya , rajin-rajinlah jenguk laman web E Fatwa JAKIM. Haram tetap haram , samada hendak terus mengamalkan Yoga atau terus menghisap rokok , itu terpulang kepada diri masing-masing. Jawablah sendiri dalam kubur depan malaikat dan di hari akhirat depan ALLAH.

Merokok hukumnya haram , membantah fatwa merokok menambahkan lagi soalan untuk dijawab diakhirat nanti.

Ingat ramai penagih dadah , penghisap ganja di Malaysia ini bermula dari tabiat merokok.

Kepada orang Islam yang menghisap rokok yang pergi masjid , yang tak tinggal solat , yang undi parti berasaskan Islam , tapi suka kerana Yoga diharamkan , jangan suka sangat , ingat , merokok dan Yoga tu sama saja haramnya di sisi Islam. Kepada yang tak hisap rokok , tak amal Yoga pun , banyak banyaklah muhassabah diri , cari kelemahan diri masing-masing , untuk diperbaiki. Bentuklah masyarakat yang berkasih sayang , ingati mengingati dan berpesan pesan antara satu sama lain.

Oleh : Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang
Tajuk : FATWA TENTANG ROKOK
Fatwa :
i. merokok adalah haram
iii. Oleh yang demikian, adalah haram bagi mana-mana orang Islam menghisap apa-apa jenis rokok, menjual atau terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam hal yang berkaitan dengan rokok.
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=1381

Oleh : Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah
Tajuk : MEROKOK
Isu : Hukum merokok
Keputusan : Merokok adalah haram
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=281

Oleh : Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis
Tajuk : Fatwa Negeri Perlis Mengenai Rokok
Keputusan : Mesyuarat telah meneliti dan berbincang dengan panjang lebar serta memutuskan bahawa menanam tembakau/merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah HARAM dengan berpandukan dalil-dalil serta nas-nas al-Quran, hadis dan pendapat para ulama yang muktabar.
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=350

Oleh : Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor
Tajuk : FATWA TENTANG MEROKOK
Fatwa :
(1) Merokok adalah haram
(2) Oleh yang demikian , adalah haram bagi mana-mana orang Islam menghisap apa –apa jenis rokok.
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=380

Oleh : Ahli Lembaga Jawatankuasa Negeri Sarawak
Tajuk : Merokok Pada Pandangan Islam
Keputusan : "Merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudaratan pada kesihatan dan pembaziran pada perbelanjaan"
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=845

11/24/08

NISA Melaka tawar program buat Blog 29 Nov

Ingin mempunyai BLOG anda sendiri ? Anda inginkan pendapat anda , aktiviti anda dan memori indah anda dikongsi bersama dengan semua orang didunia ini ?

Nisa Melaka akan mengadakan program DO YOUR OWN BLOG

Tarikh : 29 & 30 Nov 2008 ( sila pilih samada Sabtu atau Ahad)
Tempat : Pusat Komputer EDUCOM Duyong , Taman Sri Duyung , Melaka

Masa (Pilih satu sesi sahaja) :
Sesi 1 : 8.30 – 10.30 pagi , Sesi 2 : 11.00 – 1.00 thg , Sesi 3 : 2.30 – 4.30 ptg

Yuran : RM 10.00 ( Pelajar) , RM 20.00 ( Bukan Pelajar)
Terbuka kepada semua , lelaki dan perempuan tanpa had umur
Tempat adalah terhad. Hanya 8 peserta sahaja untuk satu sesi

Hubungi No :
013 6674588 - Pn Mahani , 019 6267178 - Pn Rogayah , 016 2527610 - Cik Fadzillah

Tenaga Pengajar :
Pn Mahani ( Master of Informatics Health )
Cik Fadzillah ( Master of IT )
Pn Hafinizan ( Bach of IT )
Cik Nazirah ( Bach of Eng )

Maklumat lanjut di http://mutaligat.blogspot.com/2008/11/nisa-melaka-pelawa-orang-ramai-sertai.html

11/21/08

Kuliah Dato Harun Din 23 Nov Lenggeng

KULIAH MAGHRIB
Oleh Y Bhg Ustaz Dato Harun Din , Timbalan Al Mursyidul Am PAS
AHAD 23 Nov 2008
Di Surau Kg Katub , Lenggeng , N.Sembilan

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir
Maklumat lanjut hubungi 019-6532973

11/20/08

Ceria bersama Unit Amal N.Sembilan

Ceriakan hari anda hari ini. Sertai Sukarelawan AMAL N.Sembilan. Maklumat lanjut di laman web Unit Amal N.Sembilan http://unitamaln9.blogspot.com

Pelbagai Aktiviti Sukarelawan Yang Pasti Menarik :
* Aktiviti Sukan Dan Rekreasi
* Aktiviti Perkhemahan
* Perkhidmatan Kesihatan
* Motivasi Remaja Dan Keluaga
* Program Berkhatan
* Lawatan Ke Penjara
* Bantuan Mangsa Banjir
* Kelab Angkasa Malaysia
* Pameran
* Jambori Amal

11/18/08

Ijtimak Ulama PAS N.Sembilan 14 Dis Seremban

Majlis Ijtimak Ulama PAS Peringkat PAS N.Sembilan Kali ke 2
Tarikh : 14 Disember 2008 (Ahad)
Masa : 8 pg – 4:30 ptg
Tempat : Seremban
Yuran : RM 15
Terbuka kepada ahli sahaja
Pendaftaran hubungi Ustaz Nazri 019-3457690

Pembentang kertas kerja :
Ustaz Nik Mohd Zawawi , Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat
Ustaz Zaharudin , SUK Majlis Syura PAS

Ceramah bersama Ulama 14 Dis Seremban

CERAMAH UMUM
Bersama :
Ustaz Nik Mohd Zawawi , Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat
Sdr Zulkefly Mohamad Haji Omar , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Ustaz Kasim Tahir , Ketua Dewan Ulama PAS N.Sembilan
Ustaz Ramli Abu Bakar Al Hafiz , Timbalan Pesurujaya PAS N.Sembilan
Tarikh : 14 Disember 2008 (Ahad)
Masa : 9 malam
Tempat : Gedung Lalang 162 , Ampangan , Seremban (Rumah Sdr Hasamudin Hasan)

11/14/08

Bantahan penjualan arak di Melaka


Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 12 November 2008 hari Rabu pada mukasurat 24 Ruangan Dalam Negeri , kolum kanan dan bawah sekali bersaiz 2.5 inci lebar kali 2 inci tinggi menyatakan NOTIS PERMOHONAN LESEN MENJUAL MINUMAN KERAS seperti berikut :

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa nama
YAI KWI LAI
No. K/P : 740914-10-5313

Yang berniaga dengan nama ANSEN WORLD ENTERTAINMENT SDN BHD (771108 T) di alamat NO 9 , BANGUNAN DRALAND , JALAN MERDEKA , 75000 MELAKA telahpun membuat permohonan kepada PENGERUSI LEMBAGA PELESENAN , PEJABAT DAERAH MELAKA TENGAH. Bagi mendapatkan Lesen Menjual Minuman Keras Jenis RUNCIT. Sebarang bantahan dari orang ramai hendaklah dikemukakan Lembaga Pelesenan.

SEKIAN DIMAKLUMKAN

***********************
KOMEN :
Setiap kali mana-mana kedai yang ingin menjual arak mereka perlu memohon lesen. Lesen ini mungkin tidak akan diluluskan jika mendapat bantahan munasabah dari orang ramai di kawasan berkenaan , tidak kira dari orang Islam atau bukan Islam.

Antara alasan yang munasabah ialah :
1. Kawasan adalah majoriti Islam
2. Sudah terdapat banyak kedai yang menjual arak , nyatakan bilangan minima kalau boleh
3. Sering berlaku pergaduhan antara mereka yang mabuk pada malam hari
4. Sering berlaku kemalangan jalanraya akibat pemandu mabuk di kawasan berkenaan
5. Botol-botol arak didapati bersepah-sepah di tempat awam dan jalanraya setiap hari terutama pada hujung minggu.
6. Kedai tersebut berhampiran dengan sekolah
7. Dan sebagainya

TAPI RAMAI RAKYAT MALAYSIA TERUTAMA UMAT ISLAM YANG TIDAK PRIHATIN ATAU TERLEPAS PANDANG UNDANG-UNDANG INI.

OLEH ITU JADILAH RAKYAT MALAYSIA DAN UMAT ISLAM YANG PRIHATIN

INDIVIDU , PERSATUAN , JAWATANKUASA MASJID , JKKK , PERTUBUHAN BELIA DAN SEBAGAINYA BOLEH BUAT BANTAHAN

JANGAN BERPELUK TUBUH. JANGAN HARAPKAN ADA ORANG LAIN AKAN BUAT BANTAHAN, AKHIRNYA TIADA SIAPA YANG BUAT BANTAHAN

NEGARA KITA SUDAH PARAH DENGAN DADAH DAN ARAK

11/12/08

Melayu minta bantuan dari gereja , pusat zakat tak mesra

Saya ada pengalaman sendiri dalam hal gerakan gereja membantu orang yang susah termasuk kepada orang Islam sendiri. Ketika zaman gawat 1998, seorang rakan saya di Singapura kehilangan sumber rezeki dan cuba mendapat bantuan dari pejabat zakat Singapura. Dia kecewa kerana pelbagai prosidur yang perlu dipenuhi untuk mendapat duit beras hari itu. Oleh kerana terdesak untuk mendapat sedikit makanan, beliau berjumpa dengan pihak kebajikan gereja Singapura. Tanpa banyak soal, pihak gereja terus memberi sumbangan wang dan meminta alamat rumahnya untuk dihantar stok makanan tambahan lagi.

Kelmarin, sahabat seforex saya, Zuhairi, melaporkan ada seorang insan muslim berjumpa dengan Pusat Khidmat Masyarakat Pas Titiwangsa di Kampong Baru memohon bantuan kesesakan hidup. Dia mengaku telah lama menginap di kuartes gereja dan diberi makan oleh pihak gereja. Kita pun hairan kenapa dia tak berjumpa dengan pejabat zakat atau masjid meminta pertolongan atau dia lebih yakin pihak gereja lebih mudah membantunya tanpa banyak soal.

Yang dapat saya rasakan ialah Pusat Zakat kita tidak dapat membentuk imej mesra fuqara - sentiasa bersangka baik dengan orang yang mengaku susah dan perlu diberi pertolongan segera.

Ada banyak lagi kes-kes lain yang tak perlu saya sebutkan di sini. ……

Cerita benar dan yang sensasi selanjutnya di Blog Bekas Calon PAS Parlimen Tampin http://sokongpr.blogspot.com/2008/11/zakat-bukan-islam.html

11/10/08

Sarawak jauh lebih baik dari N.Sembilan kawal arak

Mungkin sebab UMNO tiada di Sarawak , PBT di sana menjaga sensitivi penjualan arak di kawasan majoriti Melayu. Tapi UMNO di Negeri Sembilan tak kisah semua ini , mereka lebih rela bergaduh , baling kerusi untuk berebut jawatan. Yang menjadi mangsa ialah umat Islam di Negeri Sembilan

Peneroka Felda di N.Sembilan terkenal dengan ketagihan arak , video lucah dan lain-lain gejala sosial (Rujukan http://pasns.blogspot.com/2007/04/peneroka-felda-ns-ketagih-arak.html ) . Namun Pengerusi MAINS yang juga MB sendiri hanya sibuk mempertahankan UMNO. Takut UMNO berkubur di Negeri Sembilan , tapi tak takut orang Melayu Negeri Sembilan semakin jauh dari Islam.

Sarawak juga sebelum ini begitu tegas mengeluarkan lesen judi, tapi di Negeri Sembilan orang Melayu bebas melanggani kedai judi.

*********************************************************
Lesen Jual Arak Tidak Diberi Di Kawasan Majoriti Melayu Di Sarawak

KUCHING, 8 Nov 2008 (Bernama) -- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Sarawak tidak akan memperbaharui atau mengeluarkan lesen baru penjualan arak di kawasan majoriti penduduk Islam bagi membendung masalah ketagihan arak di kalangan remaja Melayu.

Menteri Muda Hal Ehwal Islam Sarawak Datuk Daud Abdul Rahman berkata walaupun tindakan itu tidak sama sekali menyelesaikan masalah tersebut tetapi ia dapat mengurangkan masalah sosial itu secara berperingkat.

"Kami sudah memaklumkan secara lisan bahawa tidak ada lesen dikeluarkan di kawasan majoriti penduduk Islam," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tambahan pula, Daud berkata badan bukan kerajaan (NGO) dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) akan membincangkan kaedah pendekatan secara menyeluruh bagi membendung masalah ketagihan arak di kalangan pemuda Melayu di negeri ini.

Mengenai langkah kerajaan negeri mengatasi masalah itu berikutan kematian seorang pelajar Melayu dari Kampung Astana di sini, katanya adalah agak sukar mengawal penjualan arak di kawasan yang didiami ramai penduduk bukan Melayu.

"Sensitif kaum lain perlu diambil kira terlebih dahulu," katanya.

Pelajar tersebut, yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) minggu depan, mati ditikam oleh sekumpulan pemuda yang dipercayai mabuk di Tebingan Sungai Kuching di sini Khamis lalu.

Mengenai pelaksanaan cadangan mengehadkan penjualan arak di kawasan majoriti penduduk Islam akhir tahun ini, Daud berkata rancangan itu masih menunggu kelulusan Pejabat Peguam Besar Negeri.

Sebelum ini, Daud dipetik sebagai berkata jika cadangan itu diluluskan maka ia akan dilaksanakan di kawasan yang mempunyai 80 peratus majoriti penduduk Islam.

Sejak 2003, sebilangan wakil rakyat di kawasan majoriti penduduk Islam di sini telah mencadangkan supaya undang-undang penjualan arak dipinda atau undang-undang baru digubal bagi membendung dengan lebih berkesan penjualan bahan itu secara haram.

Antara cadangan ialah mengenakan hukuman denda maksimum RM5,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali ke atas pihak yang disabit kesalahan menjual arak secara haram.

Buat masa ini, hukuman bagi kesalahan itu merupakan denda antara RM100 dan RM150 mengikut undang-undang kecil kecil Majlis Perbandaran Kuching (Pelesenan Pelbagai Peniagaan) dan Majlis Daerah Luar Bandar Kuching (Plesenan Pelbagai Perniagaan).

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=370288

11/1/08

Program Ibadah Korban Cawangan Ampangan

Program Ibadah Korban PAS Cawangan Ampangan , Seremban
Satu bahagian lembu hanya RM 330
Untuk pendaftaran awal sila beri nama dan no telefon kepada Cikgu Hassan 013-3426346
Pembayaran penuh hendaklah dibuat 10 hari sebelum tarikh korban