BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT

BONGEK BERSELAWAT

12/27/08

Ceramah Us Abd Ghani Abd Rahman 31 Dis Seremban

CERAMAH PERDANA
Bersama :
Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman
Sdr Hanipa Maidin
Sdr Zulkfely Mohamed Omar
RABU 31 Disember 2008
Jam 9 malam
Di Markas PAS Ampangan , Seremban ( sebelah Surau Hitam )

Semua Dijemput Hadir

12/25/08

Program Sumbangan Bahan Binaan Bangunan PAS N.Sembilan

Adalah dimaklumkan Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan menawarkan kepada mereka yang ingin menyumbang bahan binaan untuk pembinaan Bangunan PAS Negeri Sembilan yang akan didirikan di Kg Ismail , Ampangan , Seremban.

Sumbangan boleh disalurkan melalui :
Sdr Hassan Hj Md Taha 013-3426346 , Ketua Penerangan PAS N.Sembilan
Hj Abd Aziz 016-2076045 , Bendahari PAS N.Sembilan
Sdr Suhairie 019-2998345 , Setiausaha Kerja PAS N.Sembilan

Bahan-bahan binaan tersebut boleh juga dihantar ke alamat berikut :
Lot 13015 , Batu 5 , Jalan Kuala Pilah
Kg Gedung Lalang Lama , Ampangan
70400 Seremban ( rumah Sdr Hassan Taha , sebelah Surau Hitam)

Pejabat Badan Perhubungan PAS N.Sembilan
No 100 , Tingkat 1
Taman Kayu Manis
Bt 3 ½ , Jalan Jelebu
70400 Seremban
Laman web http://pasns.blogspot.com

Sumbangan kewangan boleh disalurkan ke :
Nama akaun : Badan Perhubungan PAS N.Sembilan
No akaun : 5012010027521
Bank Islam Cawangan Kuala Pilah

Berikut ialah senarai bahan binaan yang diperlukan untuk peringkat asas bangunan PAS N.Sembilan :

1. Simen – 5000 kampit
2. Pasir kasar – 20 lori
3. Pasir halus – 20 lori
4. Batu simen – 120,000 biji
5. Besi ¾” (16) – 48 batang
6. Besi ½” (12) – 200 batang
7. Besi 3/8” (10) – 100 batang
8. Batu kisaran (batu jalan) – 5 lori
9. Batu ¾” (kerikil) – 2 lori
10. Plywood (9mm) – 300 keping
11. Kayu 1” x 2” x 12’ – 400 batang

Semoga sumbangan tuan/puan semua diberkati.
Terima kasih.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1430 HIJRAH

12/24/08

Program Tahun Baru N.Sembilan Sayang d Sayang

PROGRAM OPS SAYANG D’SAYANG AMBANG TAHUN BARU 2009
A. PERSEMBAHAN NAZREY JOHANI DAN FORUM
Tarikh: 31 Disember 2008 (Rabu)
Masa: 8.45 malam
Tempat : Dataran Senawang
- Persembahan Nasyid oleh Nazrey Johani Ex-Raihan
- Forum Simfoni Bicara Hijrah 1430
Panelis Forum:
Prof Madya Dr Syarifah Hayati Syed Ismail , Prof Dato Mohd Yusof Othman
Dr Harlina Harliza bt Siraj , Tuan Haji Zulkarnain Itam

B. EKSPO NGO-NGO ISLAM NS
Tarikh: 29-31 Disember 2008
Tempat: Dataran Senawang

C. PERTANDINGAN FUTSAL REMAJA CEMERLANG
Tarikh: 27 Disember 2008 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi - 5.30 petang
Tempat: Kompleks Sukan Paroi
Pendaftaran RM35 satu pasukan
Hadiah RM300, RM200, RM100

D. PERTANDINGAN MELUKIS & MEWARNA KELUARGA BAHAGIA
Tarikh: 28 Disember 2008 (Ahad)
Masa: 10.00 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat: Pasaraya Giant Senawang
Kategori: 5-7 tahun, 8-10 tahun dan 11-12 tahun.
Tarikh tutup pendaftaran 24 Disember 2008. Tiada yuran dikenakan.

E. PERTANDINGAN BERCERITA KISAH SAHABAT & PIDATO
Tarikh: 28 Disember 2008 (Ahad)
Masa: 2.00 petang - 5.30 petang
Tempat: Pasaraya Giant Senawang
Tema: Kisah Sahabat Nabi
Kategori: Sekolah rendah dan sekolah menengah.
Masa bercerita 3-5 minit dalam Bahasa Malaysia.
Tarikh tutup pendaftaran 24 Disember 2008. Tiada yuran dikenakan.

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Maklumat lanjut hubungi : Razman 019-6531756 , Omar 019-6699630
Laman web http://isman9.wordpress.com
Anjuran : Pertubuhan Gabungan NGO Dakwah Negeri Sembilan dengan kerjasama MAINS, JHEAINS dan Jabatan Mufti NS

12/19/08

Peluang menjayakan Pilihanraya Kecil K. Terengganu

Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan membuka peluang kepada ahli serta penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di negeri ini yang tidak dapat bersama ke Terengganu untuk menyertai kempen pilihanraya kecil Kuala Terengganu untuk bersama membantu jentera pilihanraya PAS dari Negeri Sembilan dengan menyumbang ke Tabung Jentera Pilihanraya P36 BPPNS.

Kepada mereka yang ingin menghulurkan sumbangan kewangan sila hubungi Sdr Suhairi yang merupakan Setiausaha Kerja Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan di talian 019-2998345

12/17/08

Malam Budaya NS cemar Maal Hijrah

Sinar Harian 17 Dis 08
SEREMBAN - Pas Negeri Sembilan menggesa Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan (MBNNS) mengkaji se-mula penganjuran Malam Budaya Negeri Sembilan yang dijadualkan pada 28 Disember ini, memandangkan malam tersebut merupakan malam tahun baru 1430 Hijrah.

Ketua Pemudanya, Mohd Taufek Abdul Ghani berkata, walaupun penganjuran yang berlangsung di Dataran Seremban itu baik dalam usaha memupuk semangat cintakan budaya, tetapi tarikh ditetapkan nyata tidak sesuai.

“Sepatutnya, pada malam itu umat Islam termasuk golongan remaja perlu menghayati sambutan Maal Hijrah dengan memperbanyakkan amalan termasuk membaca doa akhir tahun serta awal tahun.

“Saya bimbang, jika program itu diteruskan, ia dikhuatiri boleh mencemarkan malam Maal Hijrah dengan kegiatan tidak bermoral kalangan remaja yang hadir pada malam tersebut,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, ini bukan bermakna Pas Negeri Sembilan membantah terus program berkenaan, sebaliknya menyarankan ia dipinda dan akan memberi sokongan jika dianjurkan pada tarikh lain yang lebih sesuai.

“Bagi kita penganjuran Malam Budaya itu tidak salah kerana lebih melibatkan persembahan kebudayaan termasuk dari luar negara. Cuma, masa saja yang tidak kena dan saya minta supaya MBNNS mengkaji semula cadangannya mengadakan program itu pada tarikh lain yang lebih sesuai,” katanya ketika menghubungi Sinar Harian, di sini, semalam.

Sebelum ini, Presiden MBNNS, Khaidir Jamal memberitahu program berkenaan merupakan salah satu komitmen untuk memupuk semangat cintakan budaya tempatan dalam kalangan belia, selain mempromosikan kegiatan pelancongan di negeri ini.

Pada malam tersebut, beberapa kumpulan artis-artis budaya dari Sumatera Barat, Indonesia akan mengadakan persembahan dan turut dihadiri beberapa persatuan belia dari Yaman akan akan menyaksikan Malam Budaya Negeri Sembilan itu.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2256901.asp

Bagaimana nak sayangi Mat Rempit dan Bohsia

Adakah Mat Rempit dan Bohsia mesti dibenci atau disayangi ? Bagaimana untuk menyayangi Mat Rempit dan Bohsia agar kita dapat membimbing mereka ke jalan yang sejahtera dan aman ? Untuk mengetahuinya perlu ada ilmu.

PROGRAM LANDAS DI NEGERI SEMBILAN
Latihan Aktivis Dakwah Lapangan Isu-isu Sosial (LANDAS)
Pada: 20 - 21 Dis 2008 ( Sabtu – Ahad )
Tempat : Dewan Sek Agama Rakyat (SAR), Gedung Lalang 162, Ampangan, Seremban

Pendaftaran pada 20/12/08 Jam: 9 pg - 9.30 pg
Program berakhir pada 21/12/08 Jam: 5.00 ptg

Maklumat lanjut hubungi:
Atriza 0136485597 , Suhairi 0192998345 , Shamsul 0196532973

Laman web LANDAS http://urusetialandas.blogspot.com

ATURCARA
Pendaftaran
Ta'aruf
Latihan secara teori dlm bengkel
Bina komitmen dan kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi
Lapangan mendekati remaja & belia bermasalah
Buat profail dan pemetaan kawasan
Masalah dan latihan praktikal di lokasi terpilih
Merancang Geraktindak belia/remaja dlm masyarakat
Mengenali isu-isu masyarakat & persfektif keperluan terlibat
Kemahiran berdakwah secara praktikal di lapangan dan turun ke kawasan terlibat

12/16/08

Bahaya tanah runtuh jalan Seremban Mantin Kajang

Pemandu kenderaan mengambil sikap berhati-hati apabila melalui Jalan Seremban-Kajang berhampiran kawasan bukit yang ditarah ini kerana risiko berlaku tanah runtuh terutama apabila hari hujan.

Khuatir tanah runtuh di jalan raya


Utusan Malaysia 16 Dis 08. SEREMBAN 15 Dis. - Kerja-kerja menarah bukit yang rancak dilakukan di Jalan Seremban-Kajang dekat Mantin menimbulkan kebimbangan di kalangan pengguna jalan raya terhadap kemungkinan berlakunya tanah runtuh di situ.

Kawasan bukit berkenaan didapati bersebelahan Hutan Simpan Kekal di bawah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan/Melaka dan kerja-kerja menarah bukit itu dikhuatiri akan turut mengganggu ekosistem hutan berkenaan.

Tinjuan Utusan Malaysia di lokasi berkenaan mendapati kerja-kerja memasang paip dan memasang cerucuk masih dilakukan di kawasan yang terletak kira-kira 500 meter dari Lapangan Sasar Mantin.

Utusan Malaysia yang ditegah memasuki kawasan berkenaan, bagaimanapun difahamkan terdapat beberapa pemaju yang terlibat dalam projek itu dan telah mendapat kelulusan bagi melakukan kerja-kerja di atas tanah milik persendirian itu yang dimulakan tahun lalu.

Bagi seorang pemandu, Malik Yusof, 47, beliau mengambil sikap berhati-hati setiap kali melalui jalan itu, terutamanya pada hari hujan kerana bimbang kejadian tanah runtuh seperti di Bukit Antarabangsa boleh berlaku sekelip mata.

"Memang saya agak bimbang terutamanya pada waktu hujan kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku ketika memandu.

"Kita memang sedia maklum kawasan ini terdedah kepada risiko apabila hari hujan. Kalau boleh elok dihentikan untuk sementara waktu," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Seorang penunggang motosikal, Salleh Zakaria, 37, pula berkata, projek-projek di lereng bukit punyai risiko yang amat tinggi selain nyawa orang ramai turut terdedah kepada bahaya pada bila-bila masa.

"Kalau berlaku tanah runtuh siapa yang harus bertanggungjawab. Apabila perkara itu berlaku, masing-masing pasti akan menuding jari.

"Saya fikir sebelum terjadi apa-apa yang buruk, eloklah dihentikan. Jangan sampai ia menjadi tragedi yang mengorbankan orang ramai,'' katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Perhutanan negeri, Azahar Anuar ketika dihubungi berkata, pihaknya sentiasa menjalankan aktiviti pemantauan dan projek itu masih berada di luar lingkaran sempadan Hutan Simpan Kekal negeri.

"Kita sedia maklum mengenai perkara ini dan memantau projek berkenaan dari semasa ke semasa. Memang ia bersebelahan dengan Hutan Simpan Kekal, bagaimanapun kawasan projek itu tidak memasuki tanah yang dirizabkan ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm

12/15/08

Lobi melobi calon PAS Parlimen Kuala Terengganu

Nampaknya ahli PAS , penyokong Pakatan Rakyat , penganalisis politik dan orang awam bukan main ghairah menantikan pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Perkara yang selalu ditanya siapa calon PAS , Mat Sabu ke , Wan Mutalib ke dan yang lain-lain. Apabila orang tanya saya , saya cakap mudah saja. Buat apa nak sibuk-sibuk tanya pasal calon , yang penting ialah jentera pilihanraya.

Apa sumbangan yang akan kita berikan untuk mempastikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu nanti. Soal siapa calon PAS , biarlah pucuk pimpinan yang menentukan, kita akur kepada keputusan pucuk pimpinan.

Kalau kita di Negeri Sembilan kita mesti bersedia menjadi sukarelawan jentera pilihanraya , kalau tak sanggup kita mesti bersedia menyumbang bantuan kewangan , kalau tak sanggup kita bantu apa yang patut , kalau tak sanggup lagi kita berdoa dan buat solat hajat.

Jadi tak perlulah sibuk kita ahli biasa atau penyokong biasa ni siapa yang jadi calon. Kalau calon tersebut begitu hebat sekali pun kalau jentera pilihanrayanya lemah , belum tentu calon tadi akan menang.

Pastikan Kemenangan Pakatan Rakyat di Kuala Terengganu.
Kemenangan PAS ialah kemenangan Pakatan Rakyat.

Tebing sungai runtuh ancam penduduk

Sinar Harian 15 Dis 08
ULU KLAWANG – Pihak yang bertanggungjawab diminta mengatasi segera masalah tebing sungai runtuh yang boleh membahayakan keselamatan penduduk Kampung Gedang, di sini.

Abdul Aziz Md Nor, 45, mendakwa masalah ini bermula lima tahun lalu apabila kerja-kerja mengorek pasir dilakukan di Batu 20.

Katanya, dia begitu bimbang terhadap keselamatan nyawa serta harta-benda penduduk kampung terutamanya bagi mereka yang tinggal berhampiran dengan tebing sungai tersebut.

“Kerja-kerja mengorek pasir yang dijalankan selama ini di hilir sungai menjadikan aliran air dari hulu sungai ini iaitu dari Bukit Tangga menjadi sangat laju dan sedikit demi sedikit kederasan air ini mula menghakis tebing sungai,” katanya.

Menurutnya, pihak yang berkenaan perlu mengambil tindakan sewajarnya seperti membina sangkar batu bagi menahan tebing di samping menetapkan tahap yang dibolehkan dan selamat bagi kerja-kerja mengorek pasir tersebut.

“Saya pernah membuat aduan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran daerah dua tahun lalu dan kemudian ke Majlis Daerah Jelebu (MDJ), namun tidak ada tindakan dari mereka,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, ketika pulang ke rumahnya di Kampung Gedang bagi menyambut Hari Raya Aidiladha lalu bersama keluarga, dia mendapati keadaan semakin membimbangkan kerana jarak di antara tebing sungai dan rumahnya hanya kira-kira dua hingga tiga meter sahaja.

“Malah jambatan di kampung ini juga sudah kelihatan agak senget sedikit akibat masalah tebing sungai runtuh sedikit demi sedikit dan keadaan ini boleh membahayakan nyawa penduduk kampung,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian ke kediaman pengadu mendapati sisa-sisa dari tebing sungai yang runtuh menghasilkan timbunan pasir di tengah-tengah sungai.

Pengumpulan tanah dan pasir ini boleh menyebabkan timbul masalah lain seperti banjir sekiranya hujan terlalu lebat.

Selain itu, tebing pasir yang runtuh juga telah menghasilkan keadaan renggang atau terpisah di mana terdapat rekahan yang dalam di tengah-tengahnya walaupun ditutupi dengan pohon-pohon kecil.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2250008.asp

12/10/08

Ceramah Dato Nik Aziz Nik Mat 13 Dis Seremban

CERAMAH PERDANA
Bersama YAB Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat , Menteri Besar Kelantan
SABTU 13 Disember 2008
JAM 9 malam
Di Markas PAS Cawangan Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam)

Turut bersama :
Sdr Zulkefly Mohamad Omar , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Ustaz Dr Badrul Amin Baharun , Ahli Majlis Tertinggi PKR
YB Dato Kamarul Baharin Abbas , Pengerusi PKR N.Sembilan
YB Antony Loke Siew Fook , Pengerusi DAP N.Sembilan

Anjuran Badan Perhubungan PAS N.Sembilan

Semua Dijemput Hadir

12/9/08

Penduduk Jelebu bimbang tanah runtuh

Sinar Harian 9 Dis 2008
TAMAN IRAMA – Penduduk Taman Irama meluahkan rasa tidak puas hati dengan sikap pihak yang bertanggungjawab kerana tidak memandang serius masalah penduduk di taman ini.

Terdapat 19 buah rumah di taman ini yang terletak berhadapan dengan tebing bukit yang mendatangkan bahaya kepada mereka terutama ketika hujan lebat.

Seorang penduduk taman, Abdul Ghani Samah, 44 berkata, masalah mengenai tebing bukit yang berkemungkinan boleh mengundang bahaya dan maut kepada penduduk taman tersebut telah lama diketengahkan sejak tahun 2000 lagi dan berita mengenai masalah ini sudah tersiar dalam pelbagai akhbar pada tahun tersebut.

Dia kesal kerana membeli rumah di taman perumahan berkenaan kerana berdasarkan pelan asal, tebing bukit terletak jauh dari kawasan perumahan.

Bagaimanapun Abd Ghani tidak dapat berbuat apa-apa kerana dia sudah membeli rumah di situ dan terpaksa berdepan dengan berbagai risiko.

“Saya semakin bimbang apabila kejadian terbaru di Jalan Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa yang mengakibatkan 14 buah rumah banglo tertimbus dan turut mengorbankan nyawa manusia.

“Oleh itu, saya amat berharap tindakan serta bantuan segera dapat disalurkan pihak bertanggungjawab agar keselamatan penduduk di taman ini lebih terjamin,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di kediamannya, semalam.

Katanya, dia sentiasa berada dalam keadaan tidak selesa dan ketakutan terutama apabila hujan lebat kerana tanah runtuh sedikit demi sedikit berlaku dan turut masuk ke dalam rumah.

Seorang lagi penduduk taman, Minah Hasan pula berkata, dia amat berharap agar tebing bukit ini dapat disimen seperti yang terdapat di Bukit Tangga.

“Saya tidak mahu tembok ini diletakkan cerucuk besi sahaja kerana masalah debu lalang yang tumbuh di celah-celah cerucuk besi menyebabkan masalah seperti kegatalan pada kulit badan,” katanya.

Katanya lagi, cerucuk besi yang diletakkan bagi menstabilkan tebing bukit ini merupakan peruntukan yang diberikan pada tahun lepas yang mana pembinaannya tertakluk kepada peruntukan yang hanya mampu menyelamatkan lima buah rumah sahaja.

“Saya ada membuat surat aduan di Biro Pengaduan Awam Melaka dan Negeri Sembilan pada 5 Jun yang lalu berkenaan tanah runtuh. Pada 4 Julai, biro tersebut memberi surat maklum balas dengan mengatakan kejadian tebing runtuh berpunca dari tembok penahan yang tidak dibina oleh pemaju asal perumahan ini. Tindakan perundangan tidak dapat diambil kerana syarikat tersebut dibubarkan dan jurutera perunding projek telah meninggal dunia.

“Selain itu, kandungan surat tersebut juga menyatakan pelbagai kaedah dilakukan oleh Majlis Daerah Jelebu (MDJ) melibatkan kos membina keseluruhan tembok penahan termasuk pengambilan tanah yang dianggarkan melebihi RM48 juta memandangkan keadaannya yang tinggi, tidak stabil serta sudut kecerunannya melebihi 40 peratus,” katanya.

Dia berharap tindakan segera diambil pihak yang bertanggungjawab bagi memperbaiki keadaan tebing bukit ini selain menjamin keselamatan harta benda dan nyawa manusia yang tinggal berdekatannya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2232079.asp