FORUM

FORUM

KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

4/21/09

Apa dah jadi dengan Polis di Seremban ni ?

Sila baca pautan berikut :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0421&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm dan http://amkns.blogspot.com/2009/04/warga-polis-seremban-prihatin-yang.html

Tindakan mereka membahayakan anggota wanita dan menjurus kepada menggalakkan maksiat.

Suami polis tidak setuju isteri meronda malam
Utusan Malaysia 21 April 2009

MERUJUK kepada surat bertajuk Polis wanita risau tergoda dalam kereta peronda bertarikh 17 April 2009, saya merasa terpanggil untuk memberi pandangan berhubung perkara itu.

Ini kerana isteri saya juga seorang anggota polis yang melakukan kerja-kerja rondaan bit dan kereta peronda. Saya berpendapat tugas itu lebih sesuai dilakukan oleh anggota lelaki berbanding wanita.

Saya berikan contoh, isteri saya meronda dengan anggota lelaki mulai pukul 1 pagi hingga 7 pagi atau pukul 7 malam hingga 1 pagi. Pada saya adalah amat tidak wajar seorang anggota wanita bekerja dengan anggota lelaki. Apatah lagi sekiranya anggota polis wanita itu baru sahaja melahirkan anak?

Pada pendapat saya, kereta peronda adalah barisan hadapan PDRM dan merekalah yang akan sampai dahulu di tempat berlakunya kejadian jenayah berisiko tinggi.

Jadi adalah tidak wajar meletakkan anggota polis wanita di barisan itu, yang diketahui mereka mempunyai kelemahan tertentu.

Saya merayu pihak PDRM khususnya di daerah Seremban dapat memberikan tugas lain yang difikirkan lebih sesuai kepada anggota wanita.

SUAMI TAK RELA
Seremban