FORUM

FORUM

KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

4/19/09

Jom Boikot 7 Eleven

Semasa Mesyuarat Agung PAS Kawasan Rembau kali ke 6 pada Ahad 19 April 2009 di Markas PAS Kawasan Rembau di Kg Senama beberapa perwakilan telah membangkitkan kerisauan yang amat sangat akan gejala minum arak yang semakin kronik di kalangan orang Melayu khususnya di kawasan Rembau.

Ramai perwakilan yang setuju satu langkah yang drastik perlu diambil oleh umat Islam yang prihatin agar tindakan 7 Eleven yang menggaji pekerja Melayu menjual arak kepada orang Melayu. Walaupun ada terdapat kenyataan bahawa arak tidak boleh dijual pada orang Islam namun penguatkuasaannya adalah amat lemah memandangkan rangkaian 7 Eleven ini beroperasi 24 jam.

Justeru itu marilah semua umat Islam yang prihatin agar kita semua memboikot rangkaian kedai 7 Eleven demi menyelamatkan generasi umat Islam dan bangsa Melayu.