BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT

BONGEK BERSELAWAT

4/19/09

Sejarah tercipta di N.Sembilan , YDP Kawasan adalah ADUN

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Rembau kali ke 6 yang diadakan pada 19 April 2009 di Markas PAS Kawasan Rembau telah mencipta sejarah di mana ini adalah kali pertama seorang Yang Dipertua PAS Kawasan di Negeri Sembilan ini adalah merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri iaitu YB Tuan Haji Mohamad Taufek bin Abd Ghani.

YB Hj Taufek telah menang tanpa bertanding. Turut terpilih menerajui PAS Kawasan Rembau sessi 2009 - 2011 ialah Sdr Rozmal bin Malakan sebagai Timbalan Yang Dipertua , Sdr Mohamad Hassan bin Tamby sebagai Naib Yang Dipertua dan Al Fadhil Ustaz Mohd Nazri bin Yusof selaku Ketua Urusan Ulamak.

Majlis Perasmian Pembukaan telah disempurnakan oleh Sdr Zulkefly Mohamad bin Hj Omar selaku Pesuruhjaya PAS N.Sembilan dan Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan pula oleh YB Dr Dzulkelfy bin Ahmad selaku AJK PAS Pusat.

PAS Kawasan Rembau juga telah mencalonkan YB Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS dan YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa selaku Timbalan Presiden PAS.