FORUM

FORUM

KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

9/6/09

Masjid Kg Bongek, N.Sembilan akan dirobohkan, semua senyap

PELAN TANAH AKAN DIAMBIL 46%. Sila klik pada imej



BANYAK PENDUDUK KAMPUNG LAIN TANAH MEREKA DIAMBIL
Sila klik pada imej




Masjid Kg. Bongek di N.Sembilan akan dirobohkan atas nama pembangunan, iaitu terlibat dalam projek landasan keretapi berkembar.

Pelan tanah yang akan diambil telah terpampang dalam Masjid Kg. Bongek, namun hingga saat ini tiada suara sepatah pun dari pejuang Melayu yang akan mempertahankan masjid ini dari dirobohkan.

Apabila ditanya kepada seorang Pak Haji di masjid itu , sampai mana mereka akan ambil tanah ? Pak Haji tu berkata sampai tangga masjid. Ditanya lagi Pak Haji adakah masjid ini akan dirobohkan, Pak Haji jawab tunggulah buat masjid baru. Tanya Pak Haji nak buat di mana, dia pun tak tahu.
Masjid Kg Bongek

46% tanah Masjid Kg Bongek akan diambil. Kepada siapa pampasan tersebut diberikan ? Masjid Kg Bongek mesti dipertahankan oleh orang Melayu Negeri Sembilan kerana ianya Masjid yang unik. Ramai orang sembahyang di masjid ini termasuk pelakon veteran Dato Aziz Singah.

Ulamak Negeri Sembilan yang terkenal Almarhum Tuan Haji Ibrahim juga adalah dari Bongek ( kisah beliau di sini http://madrasahbongek.blogspot.com/ )

Semua orang Melayu Negeri Sembilan mesti bangun mempertahankan masjid ini.

Kalau penganut agama Hindu di Seremban boleh mempertahankan kuil-kuil mereka dari dirobohkan seperti di jalan Seremban-Tampin dari dirobohkan dengan nyawa mereka sendiri takkan orang Melayu nak berdiam diri ?

Kuil Hindu di Jalan Seremban-Tampin




Projek pelebaran jalan Seremban-Tampin





Sebahagian dari kuil Hindu di jalan Seremban - Tampin