KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

10/22/09

Hutang Kerajaan N.Sembilan RM2.14 Billion



LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA
PENYATA KEWANGAN UNTUK NEGERI SEMBILAN TAHUN 2008

Berikut beberapa petikan dari laman web http://www.audit.gov.my/

HUTANG KERAJAAN NEGERI
Pada akhir tahun 2008, baki hutang Kerajaan Negeri telah meningkat sejumlah RM289.79 juta atau 15.7% kepada RM2.14 bilion berbanding RM1.85 bilion pada tahun 2007.

Baki berjumlah RM2.14 bilion tersebut adalah merupakan baki pinjaman pokok yang belum dijelaskan oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan Projek Rancangan Bekalan Air, Perumahan Awam Kos Rendah, Projek Perbadanan Kemajuan Negeri, Projek Ladang Hutan dan Projek Pelbagai.

Peningkatan baki pinjaman adalah disebabkan oleh pinjaman yang diterima oleh Kerajaan Negeri berjumlah RM291.98 juta pada tahun 2008.

Kedudukan hutang Kerajaan Negeri pada akhir tahun 2008 berbanding tahun 2007 adalah seperti di Jadual 4.39.

Analisis perbandingan antara jumlah baki hutang awam berbanding baki tunggakan bayaran balik pinjaman pada tahun 2008 adalah tidak memuaskan.

Ini disebabkan baki hutang awam dan tunggakan bayaran balik masing-masing telah meningkat sejumlah RM289.79 juta dan RM96.27 juta pada tahun semasa.