KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

5/26/09

Lobai lobai di N.Sembilan diseru tumbangkan Umno BN

Seorang ulamak muda Negeri Sembilan (Lobai Kampung ) menyeru kepada semua ulamak-ulamak ( Lobai – lobai ) di Negeri Sembilan agar bersatu dalam perjuangan untuk menumbangkan kerajaan Umno/Barisan Nasional.

Seruan Lobai Kampung tersebut pada pautan berikut http://lobai-kampung.blogspot.com/2009/05/ayuh-berjuang-tumbangkan-bnumno.html

5/20/09

Ceramah Ust Shahril Long 22 Mei 09 Johol, N9

MAJLIS ILMU
Bersama : Ustaz Shahril Long dan Ustaz Khairul Anuar Wafa (Ketua Dewan Pemuda PAS N.Sembilan)
Tarikh : 22 Mei 2009 (Jumaat)
Masa : 9 malam
Tempat : Surau Kg Paya Renggoh (Dataran Ilmu) , Johol , N.Sembilan

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir.

5/17/09

Gotong Royong Markas PAS Rembau 24 Mei 09

PROGRAM GOTONG ROYONG
Tarikh : 24 Mei 2009 (Ahad)
Masa : 8:30 pagi – 1 tgh
Tempat : Markas PAS Rembau , Kg Senama , Rembau

Semua ahli dijemput hadir

Aktiviti :
- Pindah barang dari Markas PAS Rembau di Kg Senama ke PASTI Al Amin , Kg Pulau , Chengkau
- Bersih bahagian dalam Markas PAS Rembau , Kg Senama

Maklumat lanjut hubungi Setiausaha PAS Kawasan Rembau , Tn Hj Shukri 017-2446215 atau e-mel shukri_habeb@yahoo.com

Dapatkan Poskad Bantah PPSMI ke Menteri Pelajaran

Dapatkan Poskad “Kami Bantah Penggunaan Bahasa Inggeris bagi Pembelajaran dan Pengajaran Matematik dan Sains” yang dialamatkan ke YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin , Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran.

Harga poskad cuma RM 1 (tidak termasuk setem 20 sen).

Untuk mereka di Negeri Sembilan boleh dapatkan daripada Pengerusi TERAS Pengupayaan Melayu Cawangan Negeri Sembilan Sdr Shamsul Kamal Idris dengan menghubungi 019-6532973 atau e-mel skamalidz@yahoo.com

HIDUP BAHASA MELAYU !

Contoh Poskad pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2009/05/dapatkan-poskad-bantah-ppsmi-ke-menteri.html

Maklumat lanjut di laman web Faisal Tehrani bertajuk Kempen Sejuta Poskad untuk Menteri Pelajaran http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/05/kempen-sejuta-poskad-untuk-menteri.html

5/12/09

Taufek lepas jawatan Pemuda PAS N.Sembilan

Sinar Harian 12 Mei 2009
SEREMBAN – Hasrat Pemuda Pas Negeri Sembilan untuk mengadakan pertemuan dengan Pemuda UMNO Negeri Sembilan bagi membincangkan isu berkaitan masalah remaja di negeri ini tetap diteruskan walaupun pimpinannya sudah bertukar tangan.

Ini disahkan penyandang Ketua Pemuda sebelum ini, Mohd Taufek Abd Ghani http://mohdtaufek.blogspot.com yang menyerahkan jawatan berkenaan kepada naibnya, Khairil Anuar Mohd Wafa pada Muktamar tahunan Dewan Pemuda Pas Negeri Sembilan ke-24, di Senawang semalam.

Bagaimanapun, Mohd Taufek yang terpaksa menyerahkan jawatan itu kerana faktor usia dilantik pula sebagai Yang di-Pertua Pas kawasan Rembau.

Ketika dihubungi Sinar Harian, Mohd Taufek berkata, pelantikan itu bukan bermakna segala perancangan yang disusun beliau sebelum ini akan terhenti begitu saja, sebaliknya akan diteruskan oleh barisan kepimpinan baru.

“Salah satu cadangan saya sebelum ini ialah untuk mengadakan perbincangan dengan Ketua Pemuda UMNO yang baru terhadap isu masalah sosial remaja di negeri ini ketika ini.

“Walaupun saya sudah tidak lagi memegang jawatan Ketua Pemuda, perancangan itu tetap akan diteruskan dalam masa terdekat ini,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, beliau akan berbincang dengan Khairil Anuar tidak lama lagi bagi merealisasikan hasrat tersebut dan dalam masa sama akan turut serta ketika pertemuan itu berlangsung.

Sementara itu, Mohd Taufek berkata, beliau tidak menghadapi sebarang masalah untuk menyerahkan jawatan tersebut kepada Khairil Anwar memandangkan naibnya sebelum ini sudah serasi bekerja di bawahnya.

“Beliau dengan saya sudah lebih lima tahun dan telah pun memahami dari segi cara kerja, sokongan serta hala tuju Pemuda Pas. Saya percaya, beliau mampu untuk teruskan usaha itu.

“Saya yakin dengannya kerana beliau merupakan tenaga muda dan berupaya memberikan kerja lebih yang lebih gigih,” katanya.

Mengenai jawatan terbaru beliau, Mohd Taufek yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi berkata, beliau akan terus menumpukan perhatian untuk memartabatkan parti dengan mengambil pendekatan mendekatkan diri kepada rakyat menerusi pelbagai program kemasyarakatan.

“Saya akan berusaha dengan lebih gigih lagi dengan membawa pendekatan yang selama ini saya laksanakan di kawasan saya iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2754186.asp

5/6/09

Ceramah Timbalan Presiden PAS 10 Mei 09 Seremban

CERAMAH PERDANA
Penceramah :
Ustaz Nasharuddin Md Isa , Timbalan Presiden PAS
Shamsul Iskandar Mohd Akin , Ketua Pemuda KeADILan
Zulkefly Mohamad Omar , Pesuruhjaya PAS NS
Zakaria Khalim , Timbalan Pesuruhjaya PAS NS

Tarikh : Ahad 10 Mei 2009
Masa : 9 malam
Tempat : Markas PAS Cawangan Ampangan (sebelah Surau Hitam) , Seremban

Semua Dijemput Hadir

5/3/09

Usrah Umum 13 Mei 09 Kota , N.Sembilan

USRAH UMUM DUN KOTA
Tarikh : 13 Mei 09 (Rabu)
Masa : 8:30 malam (Solat Isya berjemaah)
Tempat : PASTI Al Amin , Kg Pulau , Chengkau , N.Sembilan
Naqib : Al Fadhil Ustaz Zulkifli Ismai (Ketua Dewan Ulamak PAS Melaka)

Semua Ahli Dijemput Hadir

Anjuran : Dewan Ulamak PAS DUN Kota